The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by marlinajpnin, 2020-02-18 05:38:11

Draf Antologi Cerpen Atuk Karya Othman Rasul

DRAF ANTOLOGI CERPEN ATUK_OTHMAN RASUL_PDF

Pemandu teksi terbahak. Tom dan Ann berpandangan. Tom berasa tersindir, tetapi tidak
menun. jukkannya kepada pemandu teksi Melayu ini.

“Berdikari maksudnya berdiri di atas kaki sendiri. Ber-di-kari.” Pemandu teksi cuba
menjelaskan sejelas-jelasnya.

“Ooooh!” Tom tertawa, kemudian dia menggeleng-geleng. Ann seperti orang
bodoh.

Kemudian Tom memberitahu sesuatu kepada isterinya. Barulah Ann tergelak-
gelak.

“Sejak merdeka, kami berusaha sendiri. Lihatlah bangunan-bangunan dan kilang-
kilang itu. Tumbuh macam cendawan selepas hujan. Encik akan lihat pembangunan
sepanjang jalan hingga ke Kuala Lumpur. Di mana-mana tempat pun di negara ini
pembangunan sedang pesat berkembang maju.”

Tom dan Ann yang sentiasa melontarkan pandangan ke luar tingkap dapat
merasakan pembangunan itu sedang mengembangkan sayapnya seperti seekor raksasa
yang hendak terbang. Di mana-mana juga mereka nampak pembangunan: rumah kedai,
kilang, dan kompleks tersergam di sana sini. Beginikah gambaran Malaysia yang kulihat?
Fikir Tom diam-diam. Ia menoleh kepada isterinya yang masih tercengang-cengang
macam kepala bangau paya.

“Beginilah kami mengisi kemerdekaan,” cetus pemandu teksi setelah berhenti di
depan lampu merah, sambil memerhatikan sederet kenderaan yang melintas di
depannya. “Bukan bidang industri saja yang dibangunkan, malah segenap bidang
pertanian, perdagangan, pelajaran, kebudayaan, ketenteraan, dan berbagai-bagai lagi.”

Tom pula seperti orang bodoh sekarang mendengar penerangan pemandu teksi
itu. Tidak disangkanya betul negara yang ditinggalkannya itu telah begitu pantas

50

membangun. Ia cuba membandingkannya dengan keadaan 27 tahun yang silam. Waktu
itu yang dilihatnya hanyalah rimba, ladang getah, dan beberapa buah bangunan kecil.

“Dahulu negara sentiasa terancam. Penduduknya selalu ketakutan. Pengganas
komunis bertapak kuat di sini,” ujar Tom. “Waktu itu pasukan kami pernah diserang
hendap, tapi mujurlah pertahanan kami kuat. Kami berjaya menumpaskan serangan itu,”
tekan Tom, bangga.

“Sekarang negara sudah aman. Angkatan tentera kita pun sudah besar dan kuat.”

Tom terdiam. Kemudian ia teringatkan sesuatu.

“Waktu darurat dulu, Encik Sabri bekerja sebagai apa?”

“Saya menjadi tentera. Berjuang dalam Empat Melayu.”

“Oh! Oh! Pemah bertembung dengan pengganas?”

Pemandu teksi tersenyum. “Ya, bukan sekali dua kami bertembung dengan
mereka! Waktu itu pasukan kami ditempatkan di sebuah kawasan hitam.”

“Berapa orang pengganas dapat Encik Sabri bunuh?”

“Entahlah, tak dapat angka yang tepat, tapi yang betul-betul tersungkur di depan
senjata saya lima orang. ”

“Wah, hebat juga! Tentu dapat pingat kepujian daripada kerajaan British. ”

Pemandu teksi tiada komen. Ia menyambung senyum.

“Encik Sabri, setelah berhenti jadi tentera, terus bawa teksi?’ ’
51

“Tidak. Mula-mula saya berniaga kecil-kecilan. Berkedai runcit di kampung.
Apabila sudah agak maju, saya serahkan kepada isteri dan anak saya. Saya pohon lesen
bawa teksi. Kemudian saya beli kereta ini."

“Wah, begitu beruntung!”

“Itulah saya katakan tadi. Pembangunan di setiap bidang berkembang begitu
cepat. Dan banyak lagi kemudahan yang dapat kami peroleh daripada kerajaan.”

Terlalu banyak perkara yang hendak ditanyai Tom. Berbagai-bagai perkara
hendak diketahuinya tentang negara ini. Tetapi, segala perkara yang hendak ditanyai itu
biarlah disimpan dahulu. Dalam waktu seminggu berada di negara ini nanti, tentulah
banyak lagi perkara yang akan dilihat dan diketahui. Dalam tempoh itu pasti Ann akan
bertambah kagum.

“Memang saya yang salah anggap selama ini. Rupanya begini keadaan sebenar,”
ujar Ann yang matanya meloncat dari setempat ke setempat mengagumi keadaan hidup
orang-orang yang dianggapnya tinggal di dahan pokok itu.

Sebelum teksi memasuki pekarangan hotel, tempat mereka akan menginap, Tom
sempat bertanya kepada Sabri.

“Encik Sabri pernah terlibat dalam operasi di Hulu Selangor?”

“Ya, pernah, pernah! Itu kawasan panas. Kawasan hitam. Pengganas-pengganas
di situ telah menyerang sebuah balai polis. Tapi saya tak dapat melupakan serang
hendap komunis ke atas pasukan kami dekat Kuala Kubu Bahru.” Pemandu teksi itu
mengerutkan dahinya.

52

Tom menggeleng-geleng. Kenangannya menyelinap sebentar kepada Pasukan
yang pernah dianggotamya.

“Saya ada beberapa orang kenalan. Harun, Jamil, Boon Leong, Mat Agus, dan
Sarjan Dolah.”

“Sarjan Dolah itu dari Perak, bukan?”

“Benar, benar! Pasukan kami pernah buat operasi bersama dengan pasukannya.
Kami berjaya memusnahkan sebuah khemah pengganas dan membunuh beberapa
orang penghuninya.”

Sabri memberhentikan teksinya. Ia menoleh kepada Tom, lalu berkata: '

“Kalau Sarjan Dolah itulah yang Encik maksudkan, dia sekarang sudah menjadi
Wakil Rakyat.”

“Wakil Rakyat?” Tom terperanj at.

Pada suatu petang Tom mengajak isterinya bersiar-siar melihat panorama ibu kota
Kuala Lumpur. Ia ingin ke taman bunga dahulu, kemudian melihat bangunan Parlimen.
Selepas itu dia tidak akan melepaskan peluang melawat Tugu Pahlawan yang menurut
mamak penjual akhbar di depan hotelnya, ada dibina berhampiran dengan bangunan
Parlimen itu.

Tiba-tiba sahaja mereka sudah berada tercegat-sambil mendongak di depan Tugu
Pahlawan itu.

“Sayang, kau perhatikan betul-betul pahlawan itu,” ujar Tom sambil telunjuknya
menuding keras ke arah patung seorang tentera yang berdiri mengangkat senapang di
atas mayat-mayat pengganas yang bersungkuran di kakinya.

53

“Ya, saya sedang memerhatikannya! Ada apa?” mya Ann, kehairanan.
“Pandang betul-betul pejuang yang tinggi mengangkat raifal itu.”
“Ya, saya sedang memandangnya! Kenapa?”
“Renunglah wajahnya, tubuh badannya, dan keberaniannya. Sungguh gagah
bukan?”
“Ya, memang dia gagah! Ukirannya sangat baik dan teliti.”
“Dapatkah kau camkan siapa sebenarnya pahlawan itu?”
“Entahlah. Aku tak tahu, Tom.”
“Cuba kau renung lagi wajahnya. Renung betulbetul, kemudian bandingkan pula
dengan wajahku.”
“Tom!”

Tom tiba-tiba tergelak terbahak-bahak. Dia melepaskan tawanya yang bertali-tali
dan seakanakan bertempik pula. Tawanya yang semakin meninggi, berselang dengan
tempikan itu menarik perhatian beberapa orang pelawat yang berkunjung ke situ. Ann
berasa cemas melihatkan kelakuan suaminya yang bertukar ganjil itu.

Dan Tom tertawa lagi sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya.
“Ha, ha, ha… ha… ha… ha... ha…!”
“Tom! Tom!”

54

55

6. TAMU DARI MEDAN

SEBUAH teksi hitam berbumbung kuning berhenti di depan rumahku. ltu Pak Ulung
Muhamad dari Medan, Sumatera sudah sampai Aku tergesa-gesa menyambut dia di
pintu pagariu Sesudah membayar tambang teksi yang menghantarnya, Pak Ulung
Muhamad memalingka mukanya kepadaku. Matanya tajam sekali.

“Pak Ulung! Apa khabar?” Aku mahu menyambar tangannya.

“Kamu, Budin?” Matanya bertambah tajam.

“Ya.”

Pak Ulung Muhamad lantas menerpaku. Digoncangnya tanganku sejenak. Lepas
itu aku dirangkul, dipeluknya erat-erat. Sungguh erat dan mesra. Menggigil ia menangis.
Dia meraung di bahuku. Dia mencium dahi dan kepalaku. Dia mengusap-usap rambutku.

“Oh, kamu Budin anak adikku, Dahlan! Oh, ayahmu dan ibumu...! Aku kesal tak
dapat bertemu dengan mereka.... Hati aku luluh… aduh....” Pak Ulung Muhamad
menangis dan meratap.

Dan aku juga turut terhiris mendengar ratap tangis Pak Ulung Muhamad itu. Dia
teresak-esak. Pertemuan itu sungguh menghibakan dan mengharukan perasaan kami.

Sebenarnya baru sekarang aku melihat Pak Ulung Muhamad. Baru sekarang aku
bertemu muka dengannya. Sebelum pertemuan ini, cuma namanya saja yang ku dengar
disebut-sebut dalam perbualan kedua-dua arwah orang tuaku. Hanya setelah membaca
surat-suratnya baru aku dapat menggambarkan rupa Pak Ulung Muhamad, bapa
saudaraku ini. Dan aku memang selalu berutus surat dengannya semenjak akhir-akhir
ini.

56

Pak Ulung Muhamad berpisah dengan Ayah semasa Ayah bujang. Ayah merantau
ke negeri orang. Ayah memilih jalannya sendiri. Meneroka hidupnya sendiri. Lantas
bermastautin di Malaysia. Berkahwin di Malaysia. Berladang di Malaysia. Dan inilah aku,
seorang daripada anak-anak Ayah yang terlontar di bandar sederhana ini.

“Aku kesal kerana tak dapat bertemu dengan ayahmu,” ulang Pak Ulung Muhamad
sambil mengeringkan pelupuk matanya. “Apabila suratmu menceritakan kematian
ayahmu, hancur luluh rasa hati aku. Kamu bukan tak ingat, waktu itu konfrontasi.
Hubungan kita terputus. Hampir setahun ayahmu meninggal baru sampai beritanya ke
sana.”

“Ayah meninggal setahun lapan bulan mendahului Ibu,” sambungku.

“Benar. Surat yang memberitakan kematian ibumu itu pun aku baca dengan
linangan air mata sungguh sedih. Oh, tak sangka kamu dan adik adikmu lekas benar
piatu! Ayah dan ibumu itu muda,” balas Pak Ulung Muhamad yang masih merah kedua-
dua biji matanya.

“Sudah ditakdirkan, Pak Ulung.”

“Adik-adikmu masih di kampung?”

Aku angguk.

“Aku akan ke kampung menemui mereka.” Pak Ulung mengeringkan lagi air
matanya.

“Kamu dah beristeri, kan?”

“Benar, Pak Ulung. Tapi marilah kita masuk ke rumah dulu. Pak Ulung tentu letih.
Kita berbual di dalam saja.”

57

Aku menyambar beg Pak Ulung yang hitam sopak-sopak dan sederhana besar
itu. Pak Ulung ku bawa ke rumahku yang baru saja kubeli setahun lalu. Rumahku ini
rumah batu. Berlapis dua.

Sampai di tengah ruang tamu, Pak Ulung membenamkan punggungnya di atas
kerusi lembut yang memang menanti. Pak Ulung ku biarkan berehat di situ sementara
begnya kubawa naik ke atas. Sebuah bilik sederhana besarnya sedia menanti Pak Ulung
di sana.

“Besar rumah kamu ini, Budin,” ujar Pak Ulung Muhamad semasa aku menuruni
tangga.

“Ah, Pak Ulung ni...!” Aku tersenyum.

“Benar, Din,” katanya sungguh-sungguh. “Aku kagum apabila sampai ke mari tadi.
Aku nampak rumah di sini hebat-hebat. Aku sendiri tak menyangka kamu bisa memiliki
rumah sebesar dan sehebat ini. Betul-betul aku kagum,” kata Pak Ulung Muhamad yang
matanya ku lihat meliar ke segenap pelosok ruang tamu itu.

“Itu pun saya beli cara ansur, Pak Ulung. Kalau bayar sekali gus jangan mimpi
rumah ini.”

Mata Pak Ulung Muhamad menjalar ke peti TV, radio, piano, dan almari-almari
besar yang tersergam di sana sini.

Aku mengambil tempat di depan Pak Ulung Muhamad. Ku perhatikan wajah Pak
Ulung yang iras-iras wajah arwah Ayah. Tapi muka Pak Ulung lebih tirus dan cengkung
daripada muka ayahku yang sedikit kembang berdaging itu. Hanya setelah Ayah sakit
berbulan-bulan, barulah kelihatan wajahnya lebih mirip wajah Pak Ulung Muhamad.

58

“Mewah hidup kamu, Din. Hidup seorang pegawailah katakan....” Pak Ulung
Muhamad tersenyum mengusik.

Aku terasa tersindir. Tapi sebenamya aku bangga. Aku bangga kerana titik peluh
arwah Ayah menyekolahkan aku tidak tumpah sia-sia. Memang aku selalu bersyukur
kepada Tuhan kerana mengabulkan cita-cita Ayah itu.

“Oh, ya, aku terlupa! Kita asyik berbual. Mana isterimu itu, Din? Aku belum bersua
dengannya. Nuraini namanya, kan!”

“Ya, tapi dia belum pulang kerja.”

“Isterimu bekerja? Eh, kamu tak pernah bilang dalam surat-suratmu!”

Aku tersengih saja, mahu mematikan persoalan yang ditimbulkan Pak Ulung
Muhamad itu.

“Sebentar lagi pulanglah dia. Kira-kira sejam lagi. Hari ini dia kerja separuh hari.”

“Oh! Dan katanya kamu sudah punya anak. Mana dia? Yati namanya, kan?”

“Ya, Yati. Dia pun sekejap lagi akan pulang. Dia sekarang belajar di Taman
Didikan Kanak-kanak. Tahun depan masuk sekolah betul.”

“Oh, hm, kamu juga punya seorang babu untuk mengemas rumah dan memasak!
Namanya, oh, terlupa! Mana dia?”

“Dia sakit, Pak Ulung. Dia bercuti selama tiga hari. Terpaksalah kami mengambil
alih tugasnya.”

Sepi beberapa ketika. Pak Ulung kelihatan mengelamun.

59

“Nanti saya ambil minuman. Pak Ulung tentu dahaga.” Aku pun pergi ke peti yang
agak tersorok di bahagian belakang. Aku hendak menghilangkan dahaga Pak Ulung
Muhamad. Pak Ulung Muhamad masih mengelamun di kerusi empuk itu sewaktu dua
gelas air strawberry sejuk ku hidangkan di depannya. Matanya memandang kipas angin
yang berputar ligat. Dia kulihat dalam kebingungan bagai orang yang baru siuman
daripada rasukan bajang.

“Silakan, Pak Ulung. Pak Ulung letih?”

“Ya, aku terlalu letih, Din!” Lalu digogoknya kandungan gelas yang berwarna
merah jambu itu n separuh. Sepi kembali.

“Bagaimana rasa Pak Ulung apabila sampai ke mari?” Aku ingin menutup pintu
kesunyian.

“Oh, sudah tentu gembira bercampur sedih! Maklum sajalah pertama kali aku ke
mari dan pertama kali pula bertemu dengan anak buah di sini.”

“Bagaimana pula dengan orang-orang yang Pak Ulung tinggalkan? Sihat-sihat?”,

“Alhamdulillah sihat dan baik saja. Cuma adikmu Maimun itu saja selalu benar
diserang lelah. m api tidaklah berat penyakitnya.”

Aku mengasak lagi Pak Ulung Muhamad dengan pertanyaan-pertanyaan. Kami
berhenti bercakap apabila tiba-tiba deringan nyaring hon sebuah van meningkah
perbualan kami. Van itu wk heme“ di pintu pagar rumah. Itu anakku pulang. Yati pulang.
Yati dalam gaun hijau mudanya lembut datang mengatur langkahnya.

“Ini anakmu?” tanya Pak Ulung Muhamad.

60

“Ya, Pak Ulung!”

Pak Ulung Muhamad menerpa Yati. Dilambung dan diciumnya pipi Yati yang
kemerah-merahan dibakar haba matahari pagi itu. Kemudian Pak Ulung merenung lama-
lama wajah Yati. Dia merenung tajam ke mata Yati yang agak sepet itu. Berkerut sedikit
kening Yati memandang perlakuan Pak Ulung Muhamad itu.

“Betul ini anakmu, Budin?” Pak Ulung Muhamad mengerutkan dahinya, selaku
tidak percaya.

Aku tertawa terbahak-bahak. Geli benar hatiku mendengar pertanyaan Pak Ulung
Muhamad itu.

“Mengapa kamu tertawa, Budin?”

“Pak Ulung tak percaya ini anak saya?”

Pak Ulung Muhamad terdiam bingung. Dia memerhati dan memerhati wajah Yati
yang berpipi gebu merah dan bermata agak sepet itu.

Yati hendak menangis, tapi dengan cepat ku sambar dan ku bawa ke pangkuan.
Ku usap-usap rambut Yati yang hitam dan panjang mengurai itu. Matanya tetap
menentang Pak Ulung Muhamad.

“Yati memang anak saya, Pak Ulung. Anak kandung kami. Sudah enam tahun
umurnya. Dia pandai menyanyi dan suka menekan-nekan piano. Macam emaknya yang
berbukat main piano.”

“Oh..., tapi, Budin....”

“Tapi, apa, Pak Ulung? Pak Ulung masih tak percaya ini anak saya dan Nuraini?”

61

“Aku bukan tak percaya ini anakmu… tapi....” Ia menggeleng-geleng kebingungan.

Aku tertawa lagi. Kami bercakap dan minum lagi. Sekarang Yati sudah berada di
ribaanku. Aku meletakkan gelas apabila sebuah kereta Ford berwarna hijau muda
berhenti di pintu pagan silau cerminnya melempar masuk melalui pintu yang memang
terganga dan memanah pula wajah Pak Ulung Muhamad. Pak Ulung mengerutkan dahi.

Itulah isteriku, Nuraini, sudah pulang. Pintu kereta meletup dikatupnya. Nuraini
melangkah tergesa-gesa sedikit dengan batiknya terkibar-kibar ditiup angin. Di
pangkuannya berlambak isi fail yang tak menentu susunannya. Dari jauh lagi dia sudah
berteriak-teriak:

“Abang! Kata Pak Ulung tu sampai hari ini. Puas Nur cari di stesen kereta api. Tapi
tak berjumpa. Nur minta cuti daripada boss hari ini ke Jc rana nak tunggu Pak Ulung tu.”

“Tak payah lagi awak tunggu dia, Nur. Pak Ulung dah lama sampai. Dia ke mari
dengan teksi. Masuklah jumpa dia.”

Sewaklu memperkenalkun Nuraini kepada Pak Ulung Muhumud, ku lihat biji mata
Pak Ulung bagaikan tcrsembul keluar. Walaupun tangannya dijabat erat oleh Nuraini, tapi
air mukanya membayangkan seolah-olah tidak percaya kepada penglihatannya sendiri.
Dia begitu terpesona. Begitu terperanjat.

“Mengapa Abang biarkan Pak Ulung ni begini saja? Bawalah dia ke bilik atas. Dia
letih nampaknya dan perlukan rehat,” kata Nuraini tersenyum-senyum dan memaniskan
mukanya.

Nuraini masuk dan hilang bersama dengan Yati. Pak Ulung Muhamad ku bawa ke
atas, ke biliknya yang memang tersedia untuknya di sini. Sebelum menaiki tangga Pak
Ulung berhenti sebentar, memandang gambar persandingan kami yang tersandar pada

62

almari di kaki tangga. Dia menggeleng-geleng. Aku tersenyum. Matanya berpindah pula
ke sekeping gambar lagi yang juga tersandar di sebelah gambar aku dan Nuraini. Itu
gambar aku sedang memakai jubah hitam dengan ijazah bergulung di tangan.

Apabila sampai di atas, sebelum tanganku memutar knob pintu, Pak Ulung
Muhamad merapati kupingku. Dengan suara tertahan-tahan ia berkata:

“Budin, aku nak bertanya. Isterimu itu bangsa....”

“Ya, Pak Ulung. Dia keturunan Cina. Nama asalnya Ai Lian."

“Ai Lian? Tapi kamu tak pernah ceritakan dalam surat-suratmu bahawa isterimu
orang Cina.”

Aku bawa tertawa saja untuk mematikan keraguan Pak Ulung Muhamad itu. Bukan
masanya lagi aku mahu membongkar kisahku dengan Ai Lian: berkenalan, bercinta, dan
berkahwin.

“Patutlah anakmu, Yati, mirip wajah ibunya,” sambung Pak Ulung.

“Sekarang baru Pak Ulung percaya Yati anak saya, kan?”

Pak Ulung Muhamad mengangguk. Dia merenung tepat mukaku seketika.

“Aku hampir tak percaya tadi bahawa itu isterimu.”

Aku tersenyum.

“Memang jodoh kami, Pak Ulung. Lagipun di sini sudah jadi perkara biasa. Melayu
kahwin Cina adalah kebiasaan di sini sekarang.”

63

Pak Ulung Muhamad terdiam. Dia tidak tersenyum seperti yang kuduga.

Tingkap-tingkap di dalam bilik untuk Pak Ulung itu memang semuanya sudah
sedia terbuka. Angin berhembus-hembus masuk. Langsir tingkap yang nipis itu berkibar-
kibar ditiup angin. Rambut Pak Ulung yang kusut sedikit itu bergerak-gerak.

Di bawah terdengar enjin kereta menderam-deram, dituruti pula bunyi hon yang
memekakkan. Aku berjalan ke tingkap yang terrganga itu. Menjenguk ke bawah. Itu
kereta Ah Ling, abang Nuraini. Kulihat Nuraini berkejar mendapatkan kereta itu.

“Siapa itu, Din?” Pak Ulung turut menjenguk ke tingkap.

“Itu keluarga Nuraini. Mereka tau Pak Ulung datang. Mereka ke mari pun kerana
nak bertemu Pak Ulung. Orang tua Nuraini selalu benar bertanya bila Pak Ulung hendak
ke mari.”

Pak Ulung Muhamad memerhatikan satu-satu orang-orang yang turun dari kereta
putih susu itu. Yang mendahului mereka ialah seorang lelaki gemuk berperut boyot. Di
belakangnya seorang perempuan memakai ciongsam biru berbunga-bunga kuning. Di
belakangnya sekali, Ah Ling, abang Nurajni.

“Itu ibu dan bapa Nuraini.”

Lagi Pak Ulung Muhamad memandang tepat mukaku. Entah pucat atau entah
disebabkan limpahan sinar matahari, air muka Pak Ulung ku lihat berubah. Yang nyata
benar keningnya makin berkerut sambil menelan liur.

“Pak Ulung berehatlah dulu. Bilik air di hujung sana. Saya nak turun. Apabila Pak
Ulung selesai mandi dan sembahyang, jemputlah turun. Tengah hari ini kita makan
beramai-ramai di bawah.”

64

Pak Ulung Muhamad masih terpegun. Bibirnya bergerak-gerak sedikit. Dia macam
orang bingung semula.

Nuraini menyiapkan hidangan istimewa pada tengah hari itu. Semuanya sudah
siap teratur di atas meja besar. Keluarganya kelihatan bagai tidak sabar lagi. Bau
masakan tumis yang harum membangkitkan selera. Mataku sebentar-sebentar
mengarah ke tangga yang kaku di hujung sana. Sudah hampir sejam berlalu. Tapi Pak
Ulung Muhamad masih juga belum muncul-muncul....

65

7. YANG BERKACAMATA TEBAL

Jarong berasa amat malu kerana manuknya yang bergelar Lenteng itu sudah tewas,
tersembam ke tanah. Manuk kepunyaan Buda yang bergelar Denak itu lebih handal, lebih
tangkas. Tak sampai lima minit Lenteng sudah tersepuk dan kepaknya terjela ditusuk
mata taji yang terikat pada kaki Denak.

Di saat yang mengecewakan itu dilihatnya orangramai sedang bersorak galak.
Pelawat-pelawat asing itu memagari gelanggang persabungan. Mereka bersorak lagi
dengan meriahnya dan bertepuk tangan. Dilihatnya manuk kepunyaan Buda yang putih
berbintik-bintik hitam itu masih lagi terlompat-lompat dan tergendeng-gendeng
mengelilingi manuknya. Wajah Buda? Wah, apa lagi. Kelihatan berminyak-minyak
dengan kegembiraan. Kemenangan baginya itu satu kemenangan yang tak ada tuluk
bandingnya.

Kedua mereka menyambar manuk masing-masing. Taji-taji yang terpasang di kaki
kedua binatang itu segera dilucutkan. Dan si Jarong dikerumuni oleh pelawat-pelawat
asing itu hendak mempastikan turihan dan tusukan yang dilakukan oleh Denak pada
dada Lenteng. Darah pekat bersemburan keluar.

Mujurlah pelawat-pelawat itu bertindak memungut derma kilat di kalangan mereka.
Apabila wang terkumpul, Jarong dan Buda diberi sama rata. Rupanya mereka bersimpati
juga kepada yang tewas. Dan barangkali kedatangan mereka menyaksikan upacara
menyabung itu semata-mata kerana bermaksud seronok-seronok saja. Atau mungkin
kerana mereka hendak memeriahkan suasana saja, fikir Jarong yang kembali cerah
sedikit air mukanya.

"Tewas?" tanya Bunga yang sedang berselimpuh di tepi muka pintu rumah
panjang itu. Mukanya membayangkan seakan-akan hendak tersenyum.

66

“Hm, dah kuduga dari semalam. Tuahnya sudah pergi. Sial yang datang,” jawab
Jarong yang berdiri di depan anak gadis berkulit kuning langsat dan bertubuh gempal
ketat itu.

“Manuk, sabungan si Buda itu bukan kepalang tangkasnya. Dilatihnya sungguh-
sungguh. Dalam seminggu dua ini kulihat dia asyik menguliti Denaknya itu saja. Ke mana
ia pergi Denaknya itu ada bersama."

Jarong meludah ke tanah. Beberapa ekor babi peliharaan yang mengeronyot di
bawah rumah panjang itu bertunda-tunda hendak merebut air ludah Jarong.

Sambil memerhatikan sebentar percikan darah Lenteng yang melekat di bajunya
itu, lalu ia pun berkata lagi, hendak memperkatakan sesuatu lagi tentang manuk
sabungannya yang telah tewas itu.

"Baru kali ini manukku dikalahkan. Itu pun kerana rezeki si Buda juga."

"Adat bersabung . . . "

“Tapi kau tengoklah sendiri yang mana lebih besar. Si Lenteng atau si Denak?"

“Itu aku akui. Tapi si Denak tu cukup dilatih. Sedangkan si Lenteng kau gembur
dengan makanan cuma."

“Dan kau tengoklah sisik tuahnya. Mana yang lebih?"

“Itu pun aku akui. Lenteng kau lebih tuahnya. Tapi tuah manuk kau tu tidak kau
pupuk dengan latihan," Bunga tersenyum mengejek lagi membuat hati Jarong bertambah
sakit bagai diperah-perah

“Kau menang,” ujar Jarong dengan menentang geram Wajah Bunga. “Kan selalu
menyalahkan aku,” hatinya kian membara.

67

Kalau bukan Bunga, kekasihnya sudah lama ia ditonyohnya. Kalau bukan Bunga,
buah hatinya, sudah lama ditenyehnya.

“Marah lagi?” Bunga tertawa pula hendak mengusik lagi hati Jarong yang hampir
mendidih itu. Mujurlah tawa si Bunga yang sentiasa manis dihiasi lesung pipitnya itu
dapat menjirus api kemarahan si Jarong.

Jarong hanya terdiam. Api kemarahan sudah reda. Dia berpaling ke tengah laman.
Di sana, di atas padang, pelawat-pelawat asing itu sedang mengerumuni beberapa orang
lagi dari sukunya yang sedang menyumpit dan melontar lembing.

Memang petang itu satu temasya yang telah diatur rapi oleh Suku Iban di rumah
panjang itu sedang berjalan dengan rancak. Cuaca pula baik dan redup. Sorak-sorai dari
pelawat-pelawat asing itu menggegak-gempitakan kawasan sekitarnya, hinggakan
beberapa ekor babi peliharaan mereka itu pun kelihatan tak senang diam.

Dua tiga ekor asu menyalak di kejauhan. Beberapa ekor lagi berkeliaran saja
mengedari pelawat-pelawat asing yang sentiasa saja mengelak-elak dari sentuhan
mereka.

Pada malamnya pun hati Jarong masih belum dapat ditenteramkannya. Peristiwa
kekalahan manuknya itu amat melukakannya. Subuh esok dia tidak akan mendengar
kokok si Lenteng lagi seperti biasa. Dia tidak akan dapat menyaksikannya mengirai-
ngiraikan bulu dan mengembang-ngembangkan kepaknya di tengah laman. Lenteng
sekarang sudah bersemadi dalam tanah Kampung Sebandi Ulu.

Jarong sudah ngirup beberapa cangkir air tapai yang dimasamkan oleh Bunga
sendiri. Namun hatinya belum juga terasa begitu damai. Di tepi dinding tuai itu dia
tersandar, terlunjur. Seakan-akan tidak diendahkannya benar majlis rancak yang sedang
berlangsung di depan matanya itu.

68

Majlis ngajat yang telah berjalan hampir dua jam itu bagai tidak dipedulikannya
langsung. Dia asyik ngirup dan ngirup lagi. Air tapai yang terhidang di sana sini di
sepanjang ruai disambut hormat oleh pelawat-pelawat asing itu.

Di tengah tuai, majlis ngajat tradisi itu digantikan pula oleh majlis bertandak yang
dibawa oleh pelawat-pelawat asing itu. Begitu gembira mereka. Tempek sorak
menenggelamkan suasana. Hilai tawa menghangatkan dan mengkagumkan Suku Iban
itu. Sungguh rancak majlis itu berjalan sekarang.

Tapi hati Jarong tidak semeriah seperti yang ditafsirkan majlis. Air mukanya
sentiasa saja kelihatan kelat. Entah sudah berapa kali hatinya berdetak bila melihat si
Bunga menari begitu rapat dengan pelawat-pelawat asing itu. Memang si Bunga laris
nampaknya. Hampir setiap kali bertandak ia ditarik dan disorong. Begitu mudah.

“Ngapa abang Jarong tak ngajat tadi?" tiba-tiba ia dikejutkan oleh satu suara halus.

"Oh. kau, Dahlia. Oh, abang malaslah,” sambil pura-pura senyum ke arah anak
gadis yang sudah berlunjur di sisinya.

"Kak Bunga bukan main lagi nampaknya."

“Ya, kakak kau tu memang begitu."

"Kata kakak, abang bertengkar dengannya siang tadi, betul?" Dahlia berpaling
merenung muka Jarong.

“Oh, tidak. Cuma abang bercakap agak lantang sedikit. Itu saja,’ Jarong pura-pura
senyum lagi. Ia mengangkat cangkimya dan ngirup lagi sisa tuak air tapainya.

69

"Saya heran mengapa kakak Bunga suka bertengkar. Dulu dengan abang Bedung
dia bertengkar. Sekarang abang Bedung sudah tak ada. Dengan abang Jarong pula
dilawannya bertengkar."

Jarong tergelak mendengar kepitahan si Dahlia. Dahlia, satu-satunya kanak-
kanak Iban yang kecerdikannya kelihatan mengatasi anak-anak lain seisi rumah panjang
itu. Dia bersekolah kira-kira tiga batu dari kampungnya itu.

“Kau sekolah, Dahlia. Kau lebih tau dari abang. Bukankah Bedung itu orang
berpelajaran? Dia sudah diam di bandar. Bekerja di sana. Dia seperti pelawat-pelawat
asing itu sekarang. Sedangkan kakakmu Bunga itu tidak berpelajaran macamnya."

"Kerana itu Kak Bunga selalu bertengkar dengannya? Kerana itu Kak Bunga
ditinggalkannya?"

“Ah, kau masih kecil, Dahlia. Kau masih belum bisa mengerti."

"Tapi Dahlia boleh agak, Bang Jarong. Kerana Dahlia selalu baca buku-buku
cerita. Mungkin kisahnya hampir serupa dengan yang Dahlia baca."

"Baguslah. Rajin kau membaca," sambut Jarong.

"Kak Bunga ditinggalkan kerana tak sesuai lagi bagi Bang Bedung kan? Bang
Bedung lebih bertamadun. Intelek. Dia tentu tak mahu beristerikan Kak Bunga. Lebih baik
dia beristerikan orang bandar kan? Yang tarafnya."

Jarong melayani Dahlia dengan fikirannya saja. Hatinya membenarkan apa yang
diucapkan oleh Dahlia itu. Bunga ditinggalkan Bedung kerana pendidikan yang diterima
oleh Bedung. Mereka terpaksa berpisah.

"Kau tahu dari mana pelawat-pelawat asing itu datang, Dahlia?"

70

“Ya, dari Semenanjung.”

“Di mana Semenanjung?”

“Hampir seribu batu dari sini. Di seberang laut. Tapi masih sebahagian dari negara
kita. Pelawat-pelawat itu ingin mengenali suku-sakat kita di sini."

Jarong pernah dengar nama Semenanjung itu sebenarnya. Malah nama itu pun
sampai sekarang masih berparut di hatinya. Parut yang membuat dia mengingati
kehilangan ayahnya. Dia masih dapat mengingat berita yang mengatakan ayahnya telah
terbunuh dalam satu serang hendap pengganas. Tapi itu kisah dua puluh tahun lalu.
Waktu ayahnya diupah untuk menamatkan darurat.

Mata Jarong masih mengarah bulat kepada Bunga yang sedang terlentok-lentok
menari dengan seorang yang berkacamata tebal. Kacak perawakannya. Senyuman
Bunga berlesung pipit itu sentiasa saja dikulumnya. Membuat pemuda yang berpasangan
dengannya itu tidak begitu tenteram nam aknya. Tapi membuat hati Jarong tersiat dan
terkoyak.

"Pelawat-pelawat itu memang begitu, bang Jarong. Seboleh-bolehnya mereka
mahu bermesra dengan semua penduduk. Mereka itu orang-orang intelek dan mahu
Bang Bedung kan? Bang Bedung lebih bertamadun. Intelek. Dia tentu tak mahu
beristerikan Kak Bunga. Lebih baik dia beristerikan orang bandar kan? Yang tarafnya."

Jarong melayani Dahlia dengan fikirannya saja. Hatinya membenarkan apa yang
diucapkan oleh Dahlia itu. Bunga ditinggalkan Bedung kerana pendidikan yang diterima
oleh Bedung. Mereka terpaksa berpisah.

"Kau tahu dari mana pelawat-pelawat asing itu datang, Dahlia?"

71

“Ya, dari Semenanjung.”

“Di mana Semenanjung?”

“Hampir seribu batu dari sini. Di seberang laut. Tapi masih sebahagian dari negara
kita. Pelawat-pelawat itu ingin mengenali suku-sakat kita di sini."

Jarong pernah dengar nama Semenanjung itu sebenarnya. Malah nama itu pun
sampai sekarang masih berparut di hatinya. Parut yang membuat dia mengingati
kehilangan ayahnya. Dia masih dapat mengingat berita yang mengatakan ayahnya telah
terbunuh dalam satu serang hendap pengganas. Tapi itu kisah dua puluh tahun lalu.
Waktu ayahnya diupah untuk menamatkan darurat.

Mata Jarong masih mengarah bulat kepada Bunga yang sedang terlentok-lentok
menari dengan seorang yang berkacamata tebal. Kacak perawakannya. Senyuman
Bunga berlesung pipit itu sentiasa saja dikulumnya. Membuat pemuda yang berpasangan
dengannya itu tidak begitu tenteram nam aknya. Tapi membuat hati Jarong tersiat dan
terkoyak.

"Pelawat-pelawat itu memang begitu, bang Jarong. Seboleh-bolehnya mereka
mahu bermesra dengan semua penduduk. Mereka itu orang-orang intelek dan mahu cari
pengalaman hidup," Dahlia memberi penerangan.

“Kan, Dahlia, bila tamat belajar nanti, mahu jadi macam mereka?"

"Dah tentu, abang Jarong," Dahlia memekik sedikit. "Dahlia mahu melanjutkan
pelajaran sampai ke hujungnya."

"Nak tinggalkan suku-sakat kita ni macam si Bedung?"

Dahlia menentang muka Jarong dan mengorak senyum.

72

"Ke mana juga Dahlia pergi, Dahlia adalah dari sukusakat kita. Dahlia tetap dati
keturunan Iban. Cuma corak hidup Dahila saja yang mungkin berubah."

Jarong tunduk sebentar melayan fikiran Dahlia itu dengan fikirannya.

Mujurlah si Bunga tidak bersekolah macam si Dahlia ini, fikirnya. Jika ia
disekolahkan dulu, mungkin sekarang ia berada di tengah-tengah bandar menguruskan
hal-hal orangramai seperti juga si Bedung itu.

Jarong tersedar dari tidurnya. Rupanya dia tertidur dalam tersandar. Matanya
tereelik bila gong dan gendang menghalilintar tiba-tiba. Kebanyakan mereka yang
bertandak itu sudah mabuk. Terhoyong-hayang. Ditolehnya ke kiri. Tapi Dahlia tidak
kelihatan lagi. Dia sudah pergi. Mungkin dia sudah tertidur dalam biliknya. Dan malam
sudah hampir ke hujungnya.

Darah Jarong menggelegak sekejap itu juga bila Bunga dilihatnya tidak berada
lagi di tengah majlis. Beberapa kali matanya digonyoh-gonyoh hendak mempastikan.
Dipanjangkannya pula leher kalau-kalau si Bunga berada terselit di celah-celah tubuh
yang separuhnya sudah berkaparan di atas tikar. Tapi si Bunga tidak juga kelihatan. Ke
manakah dia?

Dengan hati yang mendidih Jarong duduk kembali dan menyandarkan badannya
pada dinding. Fikirannya mulai menerawang dan hatinya mulai berkata-kata. Bertambah
hancur perasaannya sekarang. Ke manakah si Bunga? Dengan pemuda Semenanjung
berkacamata tebal itu? Ah...

Pagi itu semua penghuni rumah panjang itu keluar "berdiri, berbaris di depan
pelantar. Saat perpisahan hampir tiba. Pelawat-pelawat asing itu sudah turun ke sungai.
Semuanya sudah sedia menunggu di dalam bot-bot yang akan membawa mereka pergi.

73

Mereka mulai berlambaian tangan. Dan si Bunga yang turut melambai-lambai
bersama puaknya itu kelihatan begitu terusik nampaknya. Air mukanya membayangkan
kehampaan dan dia merasa tersindir.

"Orang-orang Semenanjung tu baik-baik, ya, kak," bisik Dahlia yang sekarang
rupanya sudah berada di sisinya.

“Ya, mereka mesra sekali."

"Selama ini Dahlia fikir mereka tu perompak."
“Ada-ada saja kau ni,” marah si Bunga.

"Kalau berpeluang inginkah kakak ke Semenanjung?" usik lagi Dahlia.
“Ah, jangan merepek. Tak mungkin,” masam muka Bunga.

"Tapi, Dahlia akan ke sana. Dahlia akan ke sana satu hari nanti."

"Apa kau nak buat?"

"Untuk mencapai cita-cita."

"Cita-cita kau?"
“Ya, melanjutkan pelajaran ke universiti macam pemuda Semenanjung yang
berkacamata tebal itu."
“Yang menari dengan kakak malam tadi?"

"Benar, kak. Lama kami berbual-bual petang semalam.
74

Dia beri Dahlia semangat dan perangsang. Dahlia disuruhnya lanjutkan pelajaran
ke Semenanjung."

Motobot-motobot yang membawa pelawat-pelawat asing itu sudah hilang di balik
selekoh. Sewaktu akan kembali Dahlia berkata lagi:

"Kak, maafkan Dahlia. Terlupa nak beritahu kakak tadi."
"Apa dia?"
"Abang Jarong dah lama menunggu di bawah pokok besar tu."
Muka Bunga masam lagi.
"Memang begitu abang Jarong kau tu. Cemburunya keterlaluan," ujarnya sambil
pergi ke arah pokok besar di belakang rumah panjang itu untuk menghadapi sebarang
kemungkinan.

75

8. MENCARI KERJA

PELUIT kereta api menjerit panjang. Kereta api hendak bertolak meninggalkan stesen
kecil itu. Jamil menjulurkan kepalanya keluar tingkap untuk melihat ayah dan ibunya yang
menghantarnya. Dia melambai-lambaikan tangan seraya mengucapkan selamat tinggal
kepada kedua-dua orang tuanya itu. Lambaian tangannya segera dibalas pula oleh
kedua-dua ayah dan ibunya yang dilihatnya semakin mengecil dan kabur.

“Nak ke mana awak ni?” tanya seorang lelaki di sebelahnya. Lelaki itu berpakaian
kemas. Bersongkok dan berkaca mata tebal. Mukanya licin bersih baru dicukur.

“Ipoh,” jawab Jamil.

“Sekolah?”

“Tidak.”

“Kerja?”

“Tidak.”

Lelaki sebaya ayahnya itu terdiam sebentar. Mungkin dia sedang memikirkan
sesuatu tentang anak muda di sebelahnya itu.

“Pak Cik pun nak ke Ipoh juga,”

“Pak Cik ke Ipoh hendak ke rumah siapa?”

“Ke rumah anak. Dia bekerja di Ipoh.”

“Selalu Pak Cik ke rumahnya?” tanya J amil.
76

“Sebulan sekali, apabila Pak Cik rindu. Anak Pak Cik itulah seorang. Memang
terasa cang. gungnya kalau berenggang dengan anak. Tambah pula emaknya baru
meninggal empat bulan dulu.” Lelaki itu mula membongkar kisah keluarganya.

“Ngapa Pak Cik tak tinggal dengannya?”

“Cadangnya memanglah begitu, tapi buat masa ni belum lagi. Padi, ayam, dan itik
tengah menjadi benar. Sayang pula hendak meninggalkannya.”

Lelaki itu memandang ke luar tingkap. Jamil pun turut memandang ke luar. Mereka
sedang menempuh kawasan jelapang padi yang kelihatan menghijau terbentang.

“Hendak ke rumah siapa di Ipoh?” tanya lelaki itu pula dengan pandangan serius
ke muka J amil.

“Ke rumah Encik Basrun.”

“Oooh, Encik Basrun Wakil Rakyat tu? Pak CTR kenal dia tu! Kawan Pak Cik
sekolah dulu. Pak Cik masih ingat; semasa Jepun dulu kami berdua dipaksa menurunkan
buah kelapa. Masa itu kami memburuh di pelabuhan Teluk Intan. Tapi, sekarang tak
sangka betul dia tu. Dapat duduk di kerusi empuk. Dan nasib Pak Cik tak banyak berubah.
Untung jugalah anak Pak Cik yang bekerja di bank tu membantu.” Lelaki berkaca mata
tebal itu semakin berselera menceritakan kisah hidupnya.

Jamil melangut mendengamya.

“Apa urusan anak ke rumah Encik Basrun tu?”

“Hendak cuba-cuba meminta pertolongannya. Kata orang kalau dah bersengat,
cakapnya laku. Tanda tangannya berharga.”

77

“Yalah! Nak minta tolong apa dengannya?”

“Nak minta tolong rekomenkan kerja. Saya ni dab lama berhenti sekolah, Pak Cik.
Itu pun setakat PMR saja. Dah puas minta kerja sana sini. Tak juga dapat-dapat. Nak cari
kerja yang sesuai memang susah.” Jamil menunjukkan kesungguhannya. Hati kecilnya
mengharapkan simpati daripada lelaki itu.

Tukang tiket sampai. Mereka menunjukkan tiket masing-masing. Sekarang kereta
api meredah hutan simpan pula.

“Ngapa tak belajar lagi? Kan sekarang zaman orang berlumba-lumba meninggikan
pelajaran.”

“Dah tak kuasa lagi, Pak Cik. Ayah pun dah tak mampu lagi membelanjai saya.”

“Habis, apa kerja yang hendak anak minta ni?” Dia menyoal lagi.

“Sebarang. Saya tak pilih, asalkan puas hati kedua-dua orang tua saya. Saya pun
rasa tak sedap duduk baring saja di rumah. Makan minum ditanggung orang tua. Malu
saya pada kawan-kawan.”

Jamil teringat akan kata-kata ayahnya. Ayahnya yang menyuruhnya pergi
berjumpa dengan Encik Basrun mengadukan hal kepadanya.

“Pergilah ke rumah Basrun tu, Mil. Dia bukan orang lain dengan kita. Emak engkau
berkait-mengait dengannya. Pak Long engkau dia tu!”

“Masakan dia kenalkan saya, Ayah.”

78

“Yalah, Ayah tahu! Kamu asyik bersekolah saja. Bagaimana dia nak mengenali
kamu. Tapi, Ayah biasa sangat dengannya. Kamu tengoklah semasa dia melawat
kampung ini sebelum pilihan raya dulu! Kamu nampak betapa mesranya Ayah dengan
dia, kan? Dia pun tak segan-segan naik ke rumah kita ni.” Pak Manap memandang Mak
Ibah. Mak Ibah mengangguk-angguk saja.

“Ngapa Ayah tak timbulkan soal kerja saya pada masa tu?”

“Eh, eh, kamu ni macam dah lupa pula! Semasa itu dia belum jadi Wakil Rakyat
lagi. Dia baru jadi calon. Cakapnya belum laku. Tapi sekarang lain. Cakap sajalah apa
yang kita hendak. Bisikkan sajalah ke telinganya apa yang tak memuaskan hati. Nescaya
dia akan menunaikan apa yang kita minta. Dia dah jadi wakil kita dalam kerajaan
sekarang ni.”

“Tapi, saya bimbang kalau-kalau dia tak mau menolong."

“Jangan bimbang. Ayah dah tulis surat kepadanya tentang kamu. Dia pun dah
berjanji hendak menolong. Itu kewajipannya.”

Jamil tunduk mendengar keterangan ayahnya. Semenjak Encik Basrun terpilih
menjadi Wakil Rakyat, ayahnya sering membangga-banggakan pertalian
persaudaraannya dengan Encik Basrun.

“Pergilah, Mil. Minta tolong pada Si Basrun itu. Tak kan sampai hatinya melihat
kamu tak bekerja hingga ke tua. Lagipun, inilah masanya kalau nak menolong anak
buahnya sendiri,” sampuk Mak Ibah pula sambil memperonyokkan daun sirih yang telah
berlipat ke dalam mulutnya.

“Betul tu! Kita pun dah tolong mengundinya dulu. Mengharung semak dan lumpur.
Kalau tak dikenangnya juga jasa kita, entahlah. Pernah juga katanya dulu nak masukkan
api dan air ke kampung kita ni.”

79

“Kalau dah begitu kata Emak dan Ayah, saya pergilah,” kata Jamil. Ibu bapanya
tersenyum.

“Jangan lupa sampaikan salam Emak dan Ayah kepada Encik Basrun dan
isterinya tu.” Mak Ibah mengingatkan anaknya.

“Jemputlah sekali dia ke mari. Durian kita tak lama lagi mula gugur. Kalau nak
makan beras baru ajaklah mereka anak-beranak. Kita makan berkelah,” sambung Pak
Manap, jujur.

Jamil memandang ke luar tingkap semula. Lombong-lombong bijih kelihatan
berlopak-lopak dengan aimya yang membiru. KapaJ-kapal bijih dan palung-palung juga
kelihatan berderet-deret mengorek dan menghisap bijih dari dalam bumi.

“Sekarang memang susah nak cari kerja,” kata lelaki di sebelahnya itu lagi. “Dulu,
kalau ada orang yang berkelulusan, kerja mencarinya, tapi sekarang, orang-orang yang
berkelulusan pula yang mesti memburu kerja. Pak Cik ni kira bertuah juga kerana anak
Pak Cik itu, sejak dia bekerja belum mis hantar duit belanja tiap-tiap bulan ke kampung.
Kalau tidak kerana pertolongannya, hmm, susah juga dibuatnya!”

Jamil mengangguk-angguk saja. Dia tak kuasa bicara lebih banyak lagi. Cerita
orang yang di sebelahnya bersama dengan kejayaan anaknya itu membuatkan dia
gelisah dan iri saj a. Dia merenung masa depannya yang belum tentu itu.

Belum puas lelaki yang dipanggilnya “Pak Cik” itu menceritakan hal kejayaan
anaknya, kereta api sudah pun tiba di stesen Ipoh. Selepas bersalaman, lelaki itu hilang
dibawa sebuah teksi. Sedangkan Jamil mempercepatkan langkahnya arah Green Town
untuk mencari rumah Encik Basrun.

80

Dengan berpandukan alamat Encik Basrun yang dibawanya bersama, J amil
berjaya juga menemui rumah besar itu. Dia tiba di pekarangan rumah itu semasa Cik
Som, isteri Encik Basrun mengatur pasu bunganya.

“Assalamualaikum, ini rumah Encik Basrun?” tanyanya satu-satu dengan tertib.

“Waalaikumussalam. Ya, ini rumah Encik Basrun, tapi dia dah keluar. Belum
pulang dari melawat,” jawab Cik Som sambil mengibas-ngibas lengan bajunya untuk
menghilangkan debu-debu. tanah yang hinggap di situ.

“Bila baliknya?”

“Belum tentu. Kadang-kadang cepat, kadang-kadang lewat malam baru sampai ke
rumah.”

“Tapi saya ni perlu sangat menemuinya.”

“Dari mana datangnya ni?”

“Saya dari Kampung Tuk Sidin.”

“Oh, ya, baru saya teringat! Memang ada Abang Basrun terkenang ada orang dari
Kampung Tuk Sidin nak datang. Saya lupa namanya.”

“Jamil.”

“Oh, ya! Baru ingat! Anak Pak Manap, kan?”

“Ya. Emak dan Ayah berkirim salam.”

“Waalaikumussalam....”

81

Cik Som mempersilakan Jamil masuk. Dengan sopan santun pula Jamil
melangkah masuk ke rumah besar itu. Berjengket-jengket ia memijak lantai yang beralas
permaidani itu, lalu duduk di atas kerusi gebu di ruang tamu.

Jamil berasa berada dalam sebuah istana, Perabot-perabot di ruang tamu itu
moden-moden dan tentu mahal-mahal belaka. Isteri Encik Basrun pula berbudi bahasa
orangnya; tidak sombong seperti yang disangkakannya.

Cik Som menghidangkan minuman dan biskut. Sambil minum Cik Som bertanya
khabar tentang orang-orang di Kampung Tuk Sidin. Bertambah lapang dada Jamil
sekarang.

Petang itu Encik Basrun tiba di rumah seperti biasa. Kepulangannya beserta
dengan kelesuan yang berat. Keretanya berdebu merah dan bersememeh dengan
lumpur. Dia baru pulang dari melawat sebuah kampung pedalaman untuk merasmikan
satu perhimpunan belia.

Jamil memperkenalkan dirinya. Encik Basrun berasa bangga juga kerana salah
seorang anak buahnya dari kampung sudi menziarahinya. Jamil disuruhnya bermalam di
rumahnya.

“Ayah kamu ada kirim surat kepada Pak Long. Kamu nak minta kerja, ya?” kata
Encik Basrun selepas makan malam.

“Ya, Pak Long!”

“Kerja apa yang hendak kamu minta tu. Mil?”

“Sebarang kerja, Pak Long. Asalkan dapat membantu Emak dan Ayah sikit-sikit
jadilah. Ayah selalu cakap, nak merasa duit daripada titik peluh saya pula. Daripada titik

82

peluhnya juga, katanya. Katanya lagi, dia dah penat mengerahkan tulang empat keratnya
untuk perbelanjaan sekolah saya.”

“Kamu pas apa, Mil?”

“PMR, Pak Long.”

“Kelulusan PMR sekarang ni dah tak berapa laku lagi.”

Jamil menelan liur, hampa. Dia terbayangkan sijil PMRnya yang terpelihara
dengan baik dalam beg pakaiannya. Hiba dia mengenangkannya, apabila
membandingkan pengorbanannya bertahun-tahun untuk mendapatkan kertas itu.

“Tapi, tolonglah, Pak Long! Kawan-kawan saya banyak yang dah dapat kerja di
bandar. Mereka pun lulus macam saya.” Jamil meminta simpati.

“Ngapa tak sekolah lagi, Mil? Kamu masih muda. Kamu tau, sekarang zaman
perlumbaan mendapatkan pelajaran. Banyak orang yang miskin, tapi kemiskinan tidak
menghalang mereka daripada belajar.”

“Ayah tak benarkan saya belajar lagi, Pak Long. Katanya merugikan saja. Saya
pun dah dua kali ambil SPM. Tak lulus-lulus juga.

“Kerja apa yang boleh kamu buat, Mil?”

“Sebarang kerja, asalkan dapat di bandar. Pak Long tentu tau di mana-mana ada
kerja kosong.”

Encik Basrun tersenyum kecil. Ia merasakan sesuatu yang mengusik hati kecilnya.

83

“Kenapa tak tolong saja emak dan ayah kamu bekerja? Kumpulkan wang. Apabila
sudah mampu nanti, ikhtiarlah cari bendang sendiri.”

Muka Jamil keruh. Dia tunduk saja memandang lantai berkarpet merah jingga itu.
N asihat Pak Longnya itu telah mengecewakannya. Tidak diduganya sama sekali hal
yang sedemikian ini berlaku.

“Tapi, Pak Long, Ayah tak mau saya berbendang macam dia juga.”

“Tapi kamu lulus PMR saja! Macam mana Pak Long nak tolong?”

“Saya bukan nak kerja bergaji besar, Pak Long. Jadi peon ataupun atendan
jadilah.”

“Tapi, kamu nanti akan menghadapi hidup yang lebih mencabar! Kamu akan
beristeri dan beranak-pinak. Mampukah kamu memberi secukup pelajaran kepada anak-
anak kamu? Maukah kamu melihat anak-anak kamu lulus setakat PMR juga? Kamu mesti
pandang hari depan kamu, Mil. Tak kan nak membujang seumur hidup?”

Terkunci mulut Jamil menerima paluan itu. Kelu lidahnya hendak berkata-kata lagi.

“Kamu ikutlah nasihat Pak Long, Mil. Pak Long ni dah masak dalam hidup. Pak
Long tak mau anak buah Pak Long pun tertipu oleh kebendaan,” kata Encik Basrun lagi
dengan nada memujuk.

Jamil mula merasakan kebenaran pada kata-kata Pak Longnya itu. Kesedaran
mulai membenih di lubuk hatinya. Selama ini dia tidak pernah merenung bentuk masa
depannya.

“Pak Long boleh tolong kamu, Mil.”

84

“Cara macam mana, Pak Long?” tanya J amil.

“Sekarang Pak Long boleh beri modal. Modal ini untuk kamu membeli anak-anak
ayam. Pak Long mau kamu beternak ayam di kampung.”

“Beternak ayam?”

“Ya! Perusahaan ini akan lebih menguntungkan kamu daripada menjadi peon.”

Jamil mengangguk-angguk. Kesedaran yang membenih mulai bercambah dan
mengembang, meluapkan semangat yang menggulung.

“Baiklah, Pak Long. Saya ikut nasihat itu.”

“Pak Long boleh pinjamkan kamu modal seribu ringgit. Gunakanlah wang itu untuk
menjalankan perusahaan itu. Jangan lupa menolong ayah dan emak kamu mengerjakan
bendang mereka.”

Petang itu Pak Manap menunggu kepulangan Jamil dengan debar mengandung
harap. Kepulangan anaknya disongsong di kepala halaman.

“Apa kata Pak Long kamu, Mil? Mau dia menolong?” tanya Pak Manap tak sabar-
sabar lagi. “Mau.”

“Baguslah!” Pak Manap tersenyum bangga.

“Dia bercadang nak ke mari bulan depan.”

“Hah, baguslah tu! Dia bukan macam Wakil-wakil Rakyat yang lain.”

“Dia pinjamkan saya seribu ringgit, Ayah.”
85

“Hah, baguslah! Dikenangnya juga kita ni.”
“Pak Long nasihatkan saya supaya bela ayam. Inilah modal yang dipinjamkannya.”
“Apa? Disuruhnya kamu bela ayam?”
“Saya dah buat keputusan sendiri, Ayah. Saya tak nak bekerja di bandar. Kata Pak
Long beternak ayam lebih baik daripada bekerja di bandar dengan kelulusan saya ni.
Belanja hidup di bandar pun lebih mahal. Tentu lebih susah.”
Kemudian, muncul pula Mak Ibah dari telaga.
“Kerja apa kamu dapat, Mil?”
“Bela ayam.”
“Bela ayam?” Muka Mak Ibah menjadi redup.
“Jangan bimbang, Mak. Saya berazam nak menjayakan perusahaan ini. Saya nak
tunjukkan kepada kawan-kawan dan orang-orang kampung. Mak tengoklah nanti
hasilnya. Mak tengoklah.”
Mak Ibah dan Pak Manap merenung wajah Jamil yang menyala dengan semangat
baru.

86

9. RIKI KUCING SIAM

Kedatangannya ke rumah ini tidak membawa apa-apa untung padaku. Tidak sedikit pun
membawa apa-apa kebahagiaan padaku yang sudah bertahun-tahun tinggal dan
berbakti di dalam rumah ini. Empat tahun padaku bukan satu jangka waktu yang pendek.
Setiap ruang dan setiap ceruk rumah ini sudah kulancar betul-betul.

Ia hanya dimuliakan kerana keturunannya. Kerana darjatnya. Kerana
keganjilannya dari yang lain-lain. Itu saja. Walhal tidak pernah sedikit pun kulihat dia
berbakti atau memberi manfaat kepada tuan kami. Belum pernah kulihat dia
menyumbang bakti atau jasa sekerat kuku pun jika dibandingkan dengan tingginya nilai
kasih yang diletakkan ke atas dirinya.

Tapi dia tetap disayangi jua, dipuja dan dibelai sentiasa. Dari celik sampai
terpejam mata tuanku, dia tetap berada dalam belaian manja yang begitu mengenakkan.
Siang malam dia sentiasa dalam ribaan atau pelukan atau dokongan atau dakapan entah
apa lagi. Dia menunjukkan manjanya lagi. Menyampah lagi aku melihat perangainya yang
mengada-ngada itu.

Sekarang perutku yang menggelembung ini kian menggelembung. Sudah sakit
benar rasanya. Kadang-kadang tiada terperi lagi rasanya. Mau menjerit atau mengiau
sepanjang malam bila serangan itu menghentak perutku. Mahu saja rasanya
menghempas diri sendirian dalam gelap malam yang memekat hitam. Hendak mengadu?
Kepada siapa? Kepada laki? Ah . . . , dia jantan jalang! Perangainya memang begitu.
Sedapnya saja yang diambilnya. Lazatnya saja mahu dikecap, kemudian lantaklah: Aku
jantan jalang! Aku hidup untuk kau dan kerana kau. Sekarang kau bukan beban aku lagi.
Aku akan cari yang lain. Yang lebih segar-bugar. Begitulah pendiriannya.

Sendirianlah aku terlonta-lonta keletihan menahan sakit di bawah ceruk dapur
yang berdebu, penuh jelaga dan kayu arang itu. Sendirianlah aku menanggung beban
yang amat berat dan payah ini.

87

Bagaimana pula dia? Oh, dia tetap aman dan lena dalam dakapan di atas katil
yang bertilam gebu dan beralas kain tebal itu.

Kenapa aku dan dia diperbezakan? Kerana dia cantik dan aku buruk? Aku fikir
bukan itu ukuran yang dipakai oleh tuanku. Aku percaya kerana keganjilan-keganjilan
yang ada padanya itulah membuat aku dan dia diperbezakan. Dan kadang-kadang
sungguh aku rasa tersisih sama sekali dari keluarga seisi rumah ini.

Makanan kami juga dibezakan. Dia diberi air susu pekat-likat empat kali sehari.
Makanannya dari nasi yang digauli dengan sadin tin cap ayam A-1. Kadang-kadang
ditumbukkan ikan bilis hingga lumat lunak dan digaulkan dengan nasi lalu diberi dalam
pinggan kaca berbunga-bunga cantik untuknya.

Makananku? Ah. tetap seperti biasa juga. Sudah bertahun-tahun aku hidup hanya
mengutip, menerkam sisa-sisa nasi atau tulang-tulang ikan yang terdampar di atas lantai
atau yang terpelanting ke sudut-sudut ruang atau yang tersepit di celah-celah pinggan
kotor.

Hanya bila terdapat sisa-sisa nasi dalam pinggan salah seorang anak-anak tuanku
itu barulah disajikan padaku di atas sekeping suratkhabar buruk.

Di situlah aku makan dengan enaknya walaupun perut tidak pernah terasa
kenyang. Tikus jarang mengenyangkan kerana selama tinggal di rumah ini dua tiga ekor
saja yang dapat kutangkap.

Ya, sebenarnya keturunannya itulah membuat dia dibelai dan dimanjai. Badannya
gemuk subur. Bulunya yang keperang-perangan dan bertompok-tompok hitam di kaki, di
ekor dan di mukanya itu bukan mencantikkannya sebenarnya. Tapi keganjilan warna bulu
dan matanya yang bodoh itulah yang sungguh memenangi hati tuanku. Bila tetamu
datang dia akan dipuji dan dikagumi kerana keganjilan bulu dan tubuhnya yang sihat
gempal itu. Saiz badannya yang hampir sekali ganda dari dari saiz badanku ini
menggeramkan banyak orang.

88

Kalau tetamu datang ia akan mengiau manja dengan suaranya yang lemah lunak
untuk memenangi hati tamu itu.

Ia akan berkisar-kisar, menggesel-geselkan badan dan menyondol-nyondolkan
kepalanya pada kaki atau tangan si tamu. Kedua biji matanya yang kebiru-biruan itu akan
merenung legat muka si tamu dengan pandangan mengharap, meminta-minta. Atau
menjilat-jilat bulunya. Sungguh aku benci melihatkan perangainya yang mengada-ngada
itu. Menasabahlah kalau aku menaruh perasaan dengki yang khianat terhadapnya.

Datanglah sakit yang tak terperikan itu lagi. Dalan malam gelap yang tidak berdetik itu
kurasa suasana keliling hingar-bingar oleh kebisingan tak menentu yang menyerkup. Aku
mengiau dan mengiau. Tapi siapa yang akan ambil perhatian kepada ngiauanku yang
mengandung kesakitan ini? Di ceruk dapur itu siapalah yang akan sudi menolong.
Siapalah yang akan menunjukkan simpatinya kepadaku.

Aku percaya kucing Siam yang ganjil tapi hodoh itu sedang berdengkur dengan
enaknya di kaki tuanku di atas tilam yang gebu lembut di dalam bilik. Dia takkan tahu apa
yang sedang kurasai sekarang. Takkan mahu dia merungsingkan fikiran dengan
mengambil berat darihal penderitaan yang kutanggung. Apalah gunanya dia
menyusahkan diri? Mengusutkan fikiran? Apalah hubungannya dengan aku?

Kesakitan yang menjerut perut dan ponggongku kian menghebat membuat aku
menggelepar. Menggeleparlah aku sendirian. Anak-anakku yang nakal-nakal ini terasa
menendang-nendang hendak menjenguk dunia yang palsu ini. Terasa meronta-ronta
bagaikan tidak sabar lagi hendak mengecap entah kenikmatan apa. Bergerak-gerak
perutku kerana kenakalan mereka itu.

Wahai anak-anakku yang bakal lahir. Pandai-pandailah menjaga dirimu nanti
apabila terlempar ke kancah dunia yang penuh kepalsuan dan kejelikan ini. Janganlah
hendaknya hidup yang kau pinta itu menjadi sia-sia dan tidak bererti apa-apa. Berbaktilah

89

kepada sesiapa jua. Jangan kau nanti seperti kucing Siam yang bodoh itu. Hidup tidak
memberi apa-apa untung kepada tuannya selain dari kemegahan keturunan dan
keganjilannya saja.

Lihat abang-abangmu, kakak-kakakmu. Lebih enam kali aku mengandung dan
meneran mereka.

Aku memberanakkan mereka kerana tuntutan seks. Tapi di manakah mereka?
Tak seekor pun tinggal denganku sampai tiga bulan. Kecil-kecil lagi sudah dibuang
tuanku kerana tak pandan menjaga diri. Mereka selalu melonggokkan berak di sana sini
bikin hati tuanku jengkel dan bengis, lalu mereka pun disingkirkan. Kalaupun tak dibuang
dalam karung guni. mereka diberikan kepada sesiapa yang mahu memelihara.

Akhirnya lahir juga anak-anakku tiga ekor semuanya Comel-comel belaka.
Kumandikan dan kuusap penuh kasih sayang. Dua daripadanya menyerupai bulu
badanku -kuning berbelang putih. Yang seekor lagi menyalin bulu bapanya belang cicak.
Ketiga-tiganya begitu manja denganku.

Satu pagi yang terang aku baring-baring dengan anakanakku di tepi tingkap.
Sungguh enak rasanya bermandikan cahaya matahari yang melontar masuk menimpa
badanku. Anak-anakku sambil lelap-lelap mata melekap ke perutku, menyonyot-nyonyot
tetekku yang penuh berair. Ekor kukodek-kodekkan sedikit dan hati terasa amat lapang
dan tenang. Tiada siapa yang mengganggu kami anak beranak.

Seorang jiran datang mengunjungi tuanku. Sedang mereka duduk berbual-bual, si
kucing Siam itu tengah bergelung tidur di atas kusyen di sebelah tuanku. Kulihat jiran itu
sangat tertarik dengan binatang peliharaan tuanku itu. Dia mengkaguminya. Perbualan
mereka segera tertumpu kepadanya. Riki, begitulah kucing Siam itu dipanggil.

"Baik awak buang jantannya. Kalau tidak dia akan merayau-rayau dan biang," usul
jiran itu.

90

Tuanku setuju terus. Dan esoknya Riki dibawa ke klinik haiwan. Menurut jiran itu
alat kelaminnya perlu dibedah oleh doktor haiwan. Semenjak hari itu Riki kulihat sering
termenung ke mana-mana ia pergi. Sehari-harian dia menghabiskan masanya dengan
tidur saja. Waktu makan dia diberi makan. Lepas itu tidur semula. Dia sudah kehilangan
tenaga untuk merayau-rayau dengan bebasnya di kawasan perumahan itu. Hanya di
waktu petang saja kulihat dia mundar-mandir di kawasan rumah menghilangkan kebas.
Dia sudah kehilangan jantannya!

Sekarang Riki lebih banyak tidur dari makan. Badannya yang gemuk itu bertambah
gemuk. Semakin tinggi dan semakin panjang badannya. Perut pula sudah mengelembir
hampir cecah tanah. Muka tambah kembang berdaging.

Seluruh penduduk di kawasan perumahan itu semakin mengkagumi kesuburan
tubuh dan kegempalan Riki. Badannya yang bulat dan bulunya yang sentiasa licin bersih
itu tambah menggeramkan banyak orang. Kelihatanlah dia sebagai seekor binatang yang
gagah dan mempesonakan. Dia sudah jadi buah mulut. Dipuja.

Kedua tuanku suami isteri tidak ada di rumah pada satu hari. Anak-anaknya sudah
tentulah ke sekolah seperti biasa. Dan kucing Siam, buah hati tuanku itu pun tidak
kelihatan di mana-mana sepagi itu. Sunyi-senyap saja keadaan rumah. Hanya sesekali
terdengar decutan cicak di dinding, membuat mata anak-anakku terbeliak dan
mendongak beberapa ketika. Kemudian mereka kembali menyonyot tetekku.

Ketika anak-anakku sedang bermain-main ekorku dengan riangnya, terdengar
bunyi kereta mengaum di tengah laman. Itu tuanku sudah pulang. Setelah pintu kereta
meletup dikatup, pintu rumah bergegar dibuka. Kulihat kucing Siam gemuk itu berada
dalam pangkuannya. Enak benar nampaknya dia dalam pelukan tuanku itu.

Tapi aku hampir-hampir tidak percaya bila tuanku itu mengeluarkan seutas rantai
dari kocek seluarnya. Lalu mengenakannya ke leher Riki kesayangannya itu. Setelah

91

rantai itu dicangkuk ke lehernya barulah tuanku itu mengurut-ngurut kepala, tengkuk dan
belakang Riki.

"Sekarang kau jangan keluar, tau, Riki. Mereka takkan dapat mencurimu. Aku tahu
ada orang yang akan mencurimu," kata tuanku sambil membelai-belai sayang kepalanya.

Sekarang Riki sudah diberi berantai di lehernya. Hujung rantai yang panjang itu
ditambatkan pula pada sebatang kaki meja. Dia sekarang sudah terbelenggu, tidak dapat
ke mana-mana lagi. Cuma berlegar-legar saja di keliling kaki meja itu kelihatan sesekali
dia menggandakan kekuatan tenaganya untuk lepas bebas seperti biasa tapi apakan
daya.

Semangkuk susu pekat-likat dihidangkan untuknya. Minumlah dia seperti tidak
berselera keadaannya. Mungkin rantai yang menambatnya itu telah mematahkan
seleranya untuk menikmati air susu yang terdedah di depannya itu. Dan tuanku tetap
membelai dan menguruturut kepala dan belakangnya itu seperti kelumrahannya.

Dia menjeling kami anak beranak. Anak-anakku yang nakal-nakal itu tengah
bergumpalan sesama sendiri dengan riangnya. Ekor yang kukodek-kodekkan menjadi
alat permainan yang sangat menarik anak-anakku. Mereka berlompatan dan
bergumpalan lagi sesama sendiri. Berkejaran, bergigitan, tunggang-balik dan usik-
mengusik lagi

Riki merenung lagi anak-anakku yang berkejaran ke sana ke mari dengan
bebasnya di kelilingku. Matanya yang kebiru-biruan itu memandang legat kepada anak-
anakku. Dari matanya itu bagai akan terpancar satu perasaan yang amat menekan
jiwanya. Kukira tekanan jiwanya itu mungkin sama beratnya dengan rantai yang
menggelung, menjerut lehernya itu.

Datang semula tuanku mendapatkan Riki yang masih terpinga-pinga dengan
belenggu yang menghukumnya itu. Hukuman yang mesti dikenakan kepadanya kerana

92

ditakuti merayau-rayau di sekitar kawasan perumahan itu lantas dicuri orang. Berita
kehilangan banyak kucing jenis ini telah sering benar didengar oleh tuanku. Malah jiran-
jirannya selalu mengingatkan supaya Riki jangan dibiarkan lepas bebas dalam kawasan
perumahan itu. Maka ia pun dirantailah.

Riki sekarang sedang baring, masih tertambat di bawah meja. Perutnya yang
buncit itu turun naik dengan kencangnya. Ekornya yang hitam berkaluk itu terkodekkodek
sedikit. Matanya berair memandang anak-anakku yang masih cuit-mencuit, tampar-
menapar, berkejaran dan akhirnya bergumpalan sesama sendiri.

Perut terasa lapar. Kuajak anak-anakku ke dapur hendak mencari-cari jika masih
ada sisa-sisa nasi atau tulang-tulang ikan yang masih tersepit di celah-celah lantai atau
terhimpit di bawah tikar. Anak-anakku semuanya mengekori. Di dapur aku cuba merayau-
rayau hendak mencari alas perut.

Tiba-tiba terdengar di luar sana satu raungan yang amat hebat. Raungan itu aku
kenal benar. Itu adalah raungan si Riki. Raungan itu dituruti oleh deringan rantai dan
dentuman sebuah bangku tumbang ke lantai. Terdengar tuanku mengaduh dan menjerit
kesakitan. Pergelutan terdengar di ruang tamu itu.

Aku segera berkejar ke sana. Anak-anakku berloncatan mengekor, berlumba-
lumba. Wah, apa yang kulihat? Itu tuanku sedang menggelupur kesakitan. Bekas cakaran
kuku yang tajam bergalur-galur di muka, leher dan dadanya, Darah pekat mengalir.
Rantai yang menambat Riki, kucing siam bedebah itu sudah terputus, Dia sudah hilng
entah ke mana melalui pintu yang ternganga.

93

10. PULANG KE BUMI HIJAU

Pak Baba sekeluarga sudah diselubungi kebimbangan sekarang. Suasana tegang selalu
saja datang mengacah keluarga berlapan itu. Tambahan pula semenjak inflasi menekan
hidup, suasana yang meruncing itu tambah menggentingkan kerukunan rumahtangga
Pak Baba.

"Awak tu degil. Saya ajak balik kampung, awak bantah,” bentak Mak Tam sambil
menoleh suaminya setelah beberapa ketika memerhatikan Kuala Lumpur dari tingkap
fletnya.

Pak Baba menarik nafas lagi dan melepaskannya perlahan. Tunduk merenung
lantai.

“Awak mau tengok anak-anak kita mati kebulur?” lonjak lagi Mak Tam dengan air
matanya sudah mulai bergenangan.

"Memang awak tak kesian tengok anak-anak . . . "Mak Tam sudah tersedu-sedu
pula menahan isakan. Hiba hatinya.

"Dengar sini, Tam, dengar sini. Kau ingat di kampung tu tak ada kebuluran? Kau
ingat kalau balik kampung kita akan mewah? Dengar sini, Tam. Orang-orang kampung
sekarang ni mengeluh macam kita. Harga kelapa dah merosot. Harga getah apa lagi.
Jangan kau tak tau, Tam. Semua orang, baik di kampung atau di bandar semuanya susah
sekarang. Ini zaman inflasi."

"Saya tau, itu. Tapi kan kebuluran di kampung orang makan. Kebuluran di kota ni
nak makan apa? Makan batu?" rungut Mak Tam sambil menghapuskan air matanya.

"Saya nak balik kampung."

94

"Aku tak mau."

"Saya mesti balik kampung."

“Suka hati kaulah.”

“Saya boleh cucuk tanam. Tanah di kampung tu terbiar. Saya boleh kerjakan,"
cabar Mak Tam.

"Suka hati kau.”

“Sawah pesaka tu pun terbiar. Saya akan kerjakan. Saya ada tenaga," Mak Tam
menggoncang-goncangkan kedua tangannya.

"Terpulang pada kau. Tapi aku takkan pulang. Aku takkan balik kampung," Pak
Baba berdegil.

"Kalau awak tak mau balik, saya akan balik seorang."

"Anak-anak?"

Terdiam dan termenung Mak Tam. Kedegilan suaminya itu membuat dia hampir
hilang pertimbangan. Hati Pak Baba hati batu. Keras, malah keras dari batu. Kalau liat
boleh juga dibentur-bentur dan lama-kelamaan akan mengalah juga. Tapi kedegilan hati
Pak Baba yang sekeras bongkah besi waja itu sungguh-sungguh menyakitkan hati Mak
Tam sudah berkali-kali. Mak Tam tahu benar.

“Anak-anak ikut saya ke kampung."

“Suka hati kau. Aku tak mau balik. Aku tak mau balik."

95

“Apa yang awak nak tunggu sangat di sini hah? Sedar lah diri tu. Awak dah
bersara. Dah dua bulan duduk goyang kaki aja. Duit pencen awak tu sekadar cukup untuk
bayar sewa bilik saja. Anak-anak macam mana? Kita nak makan apa?"

"Dengar sini, Tam. Sekalipun aku dah bersara, tapi aku bukan merempat seperti
mereka yang lain-lain tu. Aku ada kemahiran. Aku boleh cari kerja di mana-mana bengkel.
Kawan aku ramai di bengkel-bengkel tu. Aku dah hampir dua puluh tahun membaiki
kereta, awak tau,” ujar Pak Baba sombong.

“Dan lagi, Tam, aku malu balik kampung."

“Malu? Awak malu balik kampung?”

“Waktu bujang dulu lagi aku tinggalkan kampung. Dah dua puluh lima tahun aku
bekerja di Kuala Lumpur ini. Dah enam anak kita lahir di sini. Apa kau fikir aku tak malu
balik kampung menyembah tanah semula? Heh, malu . . . malu."

Dalam kebingungan, Mak Tam memandang keluar tingkap fletnya semula. Di
bawah, Kuala Lumpur nampak semakin hidup. Pagi, manusia berpusu-pusu,
berbondong-bondong, ke sana ke mari macam semut. Menggernyut macam ulat tahi.
Kereta-kereta besar dengan gagah melunsur di antara manusia yang berjejal-jejal itu.
Terlintas di kepala Mak Tam perkataan ‘inflasi’ yang pernah di dengarnya di radio itu
seakan-akan mengolok-olokkannya saja.

Dan baru sebentar tadi pun perkataan yang mengolok-olokkannya itu disebut pula
oleh suaminya. Inflasi... inflasi....dia tidak mengerti erti sebenarnya. Cuma fikir Mak Tam
entah perkataan itulah agaknya yang membuat dapurnya jarang berasap lagi.

"Kalau awak malu menyembah tanah, biar saya yang sembah. Kalau awak tak
mau ikut, anak-anak kita boleh disuruh menolong."

96

Pak Baba menggeleng-geleng. Mak Tam isterinya itu nampak nekad benar
hendak balik kampung. Biarkan, fikir Pak Baba. Biar dicubanya dulu. Biar dicubanya
bergelumang dengan tanah lumpur dan tanah hitam kampung itu. Lihat nanti. Tunggu
sampai ke mana Mak Tam sanggup mengerah tulang empat keratnya itu. Tunggu dan
lihat sampai ke mana kedegilan Mak Tam mahu berbudi dengan tanah.

"Aku dah beli tanah di kampung. Cukuplah untuk tapak rumah dan untuk bercucuk
tanam," kata Dolmat sewaktu membayangkan rancangan masa depannya kepada Pak
Baba di sebuah warong teh tarik.

Dolmat bercerita lagi tentang tanah yang baru dibelinya itu. Pak Baba melengung
saja mendengar. Dia hampir tidak percaya Dolmat, kawan sejawatnya itu telah berhasil
memiliki sebidang tanah sendiri. Dolmat teman baiknya semasa di bengkel J.K.R. dulu.
Malah Dolmatlah tempat ia berhutang kalau memerlukan wang.

Pak Baba termenung panjang.

"Dulu aku suruh beringat-ingat Baba. Tapi kau tak pedulikan nasihat aku. Kau lebih
mementingkan nafsu. Aku dah kata, kemewahan di sini bukan untuk orang-orang macam
kita. Kemewahannya untuk orang-orang mewah saja. Tapi kau dah silap langkah . . . "
kawannya tu berkata lagi.

Pak Baba menghirup tehnya, kemudian termenung semula. Dia mengangguk-
angguk kecil. Dia mengingati detik-detik dan peristiwa kebuasannya di kota serba jadi itu

"Kau juga nak balik kampung macam bini aku?"

Angguk dan tersenyum si Dolmat. "Kau mau menyembah tanah balik? Tak malu
dengan orang-orang kampung kau?" tanya Pak Baba pada rakannya itu.

Geleng dan tersenyum lagi si Dolmat.

97

“Orang-orang kampung hendak ke kota. Tapi awak ganjil. Macam bini aku juga.
Ingin hidup macam dulu balik. Mengerah tulang empat kerat menyembah tanah."

Geleng dan tersenyum si Dolmat lagi. Kemudian dia menghirup tehnya pula.

Dolmat tiga bulan lagi akan bersara. Dia sudah nekad hendak balik ke kampung
bersama keluarganya setelah bersara nanti. Rupanya selama ini dalam diam-diam dia
mengumpulkan wang untuk memiliki sebidang tanah di kampung. Dan inilah hasratnya
selama ini: hendak memiliki tanah sendiri.

"Dulu lain, Baba. Kalau dulu aku mengerjakan tanah orang lain, tapi sekarang tidak
lagi. Kalau dulu hasilnya dibahagi dua, tetapi sekarang tidaklah begitu. Cukuplah untuk
menghidupkan kami anak-beranak."

Anak-anak dah rindukan abahnya. Pulanglah walau sekejap pun, kata isi surat
yang diterima oleh Pak Baba pagi itu.

Surat dari kampung itu menggetarkan hati Pak Baba. Kesunyian dalam bilik fletnya
yang telah dialami hampir tiga minggu itu terasa makin mencengkam pula. Ganjil pula
terasa bila keriuhan bertahun-tahun itu tiba-tiba bertukar menjadi sunyi dan muram saja.

"Anak-anakku rindukan aku?" bisik Pak Baba sambil melipat surat ringkas itu
kembali ke dalam sampulnya.

Dalam kerinduan pada anak-anak itu ia ke tingkap fletnya, memandang ke bawah.
Kota serba jadi itu kelihatan berburuan ke sana ke mari, seperti dirinya juga yang sudah
dua minggu memburu kerja di berbagai ceruk. Tapi persaingan hebat menyingkirkanya.
Ke mana juga bengkel kereta dia pergi, tak ada kerja yang terluang untuknya.

Pak Baba termenung panjang lagi.

98

Sebuah teksi hitam berbumbung kuning melarikan Pak Babe balik ke
kampungnya. Teksi itu deras dan Pak Baba nampak kehijauan yang menakjubkan
terbentang di sepanjang jalan. Anak-anak dan isterinya sudah tentu menunggunya
pulang.

“Abah dah pulang! Abah dah pulang!” pekik anak bongsunya yang baru
disekolahkan di kampung itu.

Beberapa orang lagi anaknya yang juga bersekolah menengah hampir kampung itu
bercegatan berdiri di halaman bila melihat teksi hitam itu berhenti dan melepaskan
penumpangnya. Badan-badan mereka masih berpeluh berminyak-minyak.

“Dari mana engkau semua berpeluh ni?” tanya Pak Baba.

“Baru menyiapkan batas-batas keledek di belakang rumah tu, abah,” sahut salah
seorang dari mereka.

Pak Baba meninjau belakang rumah itu dari jauh, memerhatikan keliling kawasan
rumah itu. Jalur-jalur batas yang masih segar hampir memenuhi kawasan itu. Jauh, di
sudut belakang nampak anak-anak pisang tegak berceranggahan.

“Di sana tu nak ditanam cili, terung dan tomato,” potong seorang anaknya pula.

“Emak engkau mama?”

“Belum pulang dari sawah, abah. Katanya nak menabur benih padi.”

“Dah dapat kerja?" tanya Mak Tam waktu makan malam.

99


Click to View FlipBook Version