"Saudara Hamdan yang budiman," aku mula membaca surat pertama. "Mimah
sangat terhutang budi pada saudara. Saudara tentulah tau bahawa Mimahlah yang
pecahkan cermin tingkap kelas kita kan? Mimah bukan main takut lagi. Kalau Cikgu tau
tentu Mimah kena marah di depan ramai. Tentu nama Mimah disebut-sebut dalam
perhimpunan. Alangkah malunya.
"Sebenarnya Mimah bukan sengaja pecahkan cermin tingkap itu. Rupanya ada
orang yang kasihan pada Mimah. Saudaralah yang melindungi Mimah dari malu. Saudara
mengaku memecahkan cermin tingkap itu. Saudara sanggup membayarnya. Nah,
beserta surat ini Mimah sampaikan wang tiga ringgit sebagai gantinya. Terimalah wang
ini. Budi baik saudara itu tak dapat Mimah lupakan sampai bila-bila - ikhlas dari Hamimah
Yusuf."
Selesai surat itu dibaca, aku termenung. Aku melipat semula lembaran itu.
Kumasukkan kembali ke dalam sampul bersama wangnya sekali.
Bagaimana ini? Nampaknya hubungan ini tidak boleh dibiarkan berpanjangan.
Hamimah sudah me. muji Hamdan. Hamdan sudah dipuja dan disanjungnya… Alangkah
kembangnya hati Hamdan mendapat pujian dari Hamimah. Bagaimana akhirnya nanti?
Dan aku bagaimana?
Aku mengeluarkan sampul surat yang satu lagi. Aku menyiatnya dengan tangan
yang masih menggigil. Surat itu pendek sahaja isinya, tetapi cukup menggugupkan
jantungku.
"Saudara Ghani," aku membacanya. "Persatuan Ilmu Alam dan Sejarah akan
mengadakan lawatan ke ibu kota minggu depan. Saudara pergikah? Kalau saudara pergi,
beritaulah segera. Syimah ingin pergi kalau kaudara turut bersama dalam rombongan itu.
Beritau cepat, tau? Yang menunggu: Norsyimah."
200
Oh, alangkah menyakitkan isi kedua-dua pucuk surat ini. Nampaknya Hamimah
dan Norsyimah sudah lepas ke tangan orang! Hamdan dari Ghani sudah dapat
memenangi hati mereka. Sudah berapa lama berlakunya perhubungan ini? Hamimah!
Norsyimah! Aku bertepuk tangan sebelah? Aku bodohkah? Betapalah tersiatnya hatiku
sekarang.
Aku mengetap bibir - geram. Mukaku merah menyala. Aku meramas kedua keping
sampul surat itu. Aku memandang cermin besar di depanku. Sekujur tubuh yang tinggi
lampai berdiri di depanku. Aku menatap tubuh itu lama-lama. Hatiku semakin kacau.
Sudah remajakah aku? Ya, aku sudah remaja. Harus berfikir seperti seorang
remaja. Aku akan menjadi dewasa. Harus mempunyai flkiran yang bijaksana. Ini adalah
satu ujian buat seorang yang telah remaja.
Aku melepaskan genggaman. Kedua sampul surat yang telah terperonyok itu
kuangkat dan kurenung. Sesudah itu aku mendengar suara emakku memanggil.
201
20. LAMBAIAN TERAKHIR
KETIKA itu hari masih pagi. Aku duduk menyendiri di anjung rumah. Terdengar enjin
motosikal penjual suratkhabar berhenti di luar. Sebentar kemudian Azman datang berlari-
lari mendapatkan aku. Nafasnya tercungap sedikit.
"Kakak! Ini gambar kakak dah masuk suratkhabar."
Azman membentangkan akhbar itu di depanku. jari telunjuknya yang runcing
menunjuk ke arah gambar yang terpampang di muka depan.
"Ini gambar kakak, bukan?"
“Ya!”
Kurenung gambar itu. Memang benar itu adalah gambarku. Berbaju kurung dan
rambut disisir rapi.
Aku tahu Azman sedang merenung wajahku. Tetapi aku tidak mengendahkannya.
Mataku terus meleret membaca tajuk besar yang tertulis di atas gambar itu. Tajuk itu
berbunyi: MURID JANTUNG BERLUBANG PERLU RAWATAN SEGERA.
Tanganku menggigil memegang akhbar itu. Aku cuba hendak membaca berita
selanjutnya. Tetapi mataku berair. Pandanganku menjadi kabur. Kemudian air mata
meleleh pula di pipi. Lalu akhbar itu kuletakkan semula di atas riba.
"Kakak janganlah nangis. Kakak janganlah nangis," suara Azman merayu dan
tambah memilukan hatiku.
202
Azmah kupeluk dengan erat. Tuhan Sahajalah yang tahu bagaimana hancurnya
perasaanku. Aku tersedu” beberapa kali. Mungkinkah aku akan berpisah dengan Azman?
Dengan emak? Dengan abah?
"Kakak!"
Azman mendongak memandang mukaku. Aku menyeka air mata dengan lengan
baju. Pipi Azman juga basah. Rambutnya yang terjuntai di dahi itu kukuakkan. Kemudian
kukucup dahinya dengan lembut.
"Baiklah, kakak tak menangis lagi. Tapi, kenapa Azman pula yang menangis?"
Azman menghapuskan air matanya dengan belakang tangan. Kemudian dia
melekapkan kepalanya di dadaku. Dadaku yang di dalamnya mengandungi jantung. Dan
jantung itu sudah berlubang! Ya, kata doktor yang memeriksaku, jantungku didapati
berlubang. Mesti dirawat segera. Mesti dibedah segera. Tetapi pembedahan dan rawatan
untukku tidak boleh dibuat di dalam negeri. Tidak ada pakarnya. Kalau mahu pilih
mestilah dirawat di luar negeri.
"Bila kakak nak pergi berubat?" Azman mem dongakkan mukanya lagi.
"Entahlah, kakak tak tau.”
“Bila kakak dah berubat tentu kakak baik, kan?"
"Terserahlah pada Tuhan, Man."
"Tapi bila kakak pergi, jangan lupa Azman, tau?”
203
Sembilu tajam terasa bagaikan menghiris-hiris hati. Hati terus membawa aku
hanyut lagi ke lautan dukalara. Air mata tidak mahu keluar lagi. Aku cuba melirik sebuah
senyuman untuk Azman. Biar hati Azman menjadi tenang sedikit.
"Kakak takkan lupa pada Azman. Sampai bila pun Azman kakak ingat. Di mana
pun kakak tak lupa pada Azman," tegasku lalu kuusap-usap rambut Azman yang lurus
lembut itu.
"Kalau boleh Azman nak ikut kak'ak. Azman nak bersama kakak sampai bila-bila."
"jangan cakap begitu, Azman. Kakak… “
"Kenapa, kak?"
Lidahku cukup payah untuk bertutur. Kelu rasanya. Tetapi aku terpaksa jelaskan
kepada Azman. Aku mesti berterus terang kepadanya.
"Kakak tunggu derma dari orang ramai. Kalau tak cukup wang macam mana kakak
nak pergi berubatBclanjanya bukan sedikit. Beribu ringgit."
"Abah tak ada duit?"
"Kalau abah ada duit, takkan gambar kakak masuk suratkhabar."
“Oh!” Mulut Azman terlopong. Dia mengerutkan kening.
Baharulah jelas kepadanya akan kedudukan sebenar tentang diriku. Selama ini
dia cuma tahu jantungku berlubang. Abah akan menghantar aku berubah. Itu sahaja.
204
Azman tidak tahu abah pergi ke pejabat suratkhabar kerana mengadukan hal.
Abah minta bantuan orang ramai. Abah memerlukan lima belas ribu ringgit! Kalau tidak,
abah tidak akan dapat menghantar aku ke luar negeri untuk dirawat.
Sekarang berita tentang diriku sudah tersebar luas. Tersebar ke seluruh negara.
Orang ramai tentu membacanya. Kawan-kawanku di sekolah tentu membacanya. Guru-
guru tentu membacanya. Guru Besar sekolahku juga tentu membacanya. Hampir semua
orang sekarang sudah membaca tentang nasih seorang anak yang berlubang
jantungnya. '
Perjalanan nafasku selalu terasa sesak. Dadaku selalu sakit. Bila aku berjalan
agak pantas sedikit, terasa badanku menjadi lemah. Seluruh anggotaku terasa terapung-
apung tidak bermaya. Dan akibatnya bibir dan kuku jari-jan'ku bertukar biru lebam. Itulah
yang kualami. Kemudian barulah abah membawa aku berjumpa doktor. Alangkah
terperanjat dan lukanya hati abah bila mengetahui aku mempunyai jantung yang
berlubang - tidak seperti anak-anak orang lain.
Emak menangis setiap hari. Berita tentang diriku itu tambah meremukkan hatinya
lagi. "janganlah menangis lagi, mak," aku cuba memujuk hatinya. Emak tidak dapat
hendak berkata selain dari mencurahkan air mata. Melihat emak berendam air mata itu
hatiku pula turut tersayat.
"Janganlah menangis, mak. Bukankah Tuhan sentiasa bersama kita? Tuhanlah
yang akan menentukan scgala-galanya, mak.”
Emak menangis juga. Dia hampir melolong. Badanku dipeluknya erat-erat seperti
tidak akan dilepas… kannya.
"Mak tak mau berpisah dengan kau, Ani. Mak sayang kau."
205
Aku cuba mengeringkan air mata emak dengan sehelai sapu tangan. Air mata
emak tetap juga keluar meleleh di pipinya. Sedu-sedan emak benar-benar telah
meremukkan lagi hatiku.
"Kuatkanlah hati, mak. Ini dugaan Tuhan," aku renung wajah emak untuk
memberikannya kekuatan semangat. "Banyak juga orang yang pulih semula sesudah
dirawat," kataku untuk menenangkan hatinya.
Hari sudah petang. Tetapi abah belum juga pulang. Semenjak aku mengidap
penyakit ini, abah memang sering pulang lewat. Kadang-kadang dia pulang lewat senja.
Lepas itu abah keluar semula. Kata emak abah pergi kerja lagi. Aku tahu abah mesti kerja
lebih. Abah mesti berusaha untuk dapatkan belanja supaya aku dapat dihantar berubat
ke luar negeri.
Aku kasihan melihat abah kerana terpaksa bekerja lebih. Bila abah pulang
mukanya berminyak, berpeluhBadannya letih lesu. Abah hanya seorang buruh
kasarKerjanya memecah batu untuk dijadikan bahan campuran membuat simen. Waktu
malam abah pergi lagi untuk dapatkan kerja lebih masa. Dan hampir larut malam barulah
abah pulang semula.
"Kenapa kau belum tidur, Ani?" tanya abah bila dilihatnya aku masih lagi
bersandar di atas kerusi.
"Ani belum mengantuk, abah."
"Ani mesti tidur. Mesti banyak rehat. Kan begitu pesan doktor," kata abah sambil
melangkah perlahan merapati aku. Matanya memandang beberapa buah majalah yang
terletak di sisiku. Majalah-majalah itu kubaca tadi sebagai perentang waktu.
"Baiklah, abah, Ani akan tidur."
206
Aku bangun perlahan. Abah memapahku ke bilik tidur.
Di bilik tidur aku masih tidak dapat melelapkan mata. Sesekali dadaku terasa
sesak dan sukar bernafas. Tetapi yang lebih merunsingkan ialah memikirkan nasibku ini.
Aku menjadi beban kepada abah dan emak. Tubuhku bertambah susut dan mukaku
bertambah cengkung.
Berapa lamakah lagi aku akan hidup? Soalan itu sentiasa menyenak ke dada.
Tetapi aku mesti tabah. Dan setiap orang akan menghadapi mati. Cuma waktunya sahaja
belum dapat ditentukan. Demikianlah aku cuba mententeramkan hati.
"Kakak, bangun!" suara Azman berteriak.
Sebenarnya aku telah lama terjaga. Tetapi sengaja aku baring menelentang
dengan mata terkatup rapat. Tadi, setelah sembahyang Subuh dan berdoa kepada
Tuhan, aku balik semula ke katil. Aku cuba menenangkan hati dengan merenung
hidupku.
"Kakak, bangun!"
Azman menggoncang-goncang bahuku pula. Mata dibuka. Azman kulihat masih
berpakaian tidurnya.
"Kenapa Azman bangun awal?"
"Nak tengok kakak. Kakak sakit lagi?"
Aku hanya menjawab dengan tersenyum meleret. Telatah adikku itu serba sedikit
dapat meringankan rasa berat yang menghimpit dada.
"Bangunlah, kak. Kata mak ada orang nak datang tengok kakak."
207
Aku bangun dan perlahan-lahan meninggalkan bilik tidur untuk ke bilik air. Lepas
membersihkan diri aku naik semula ke atas. Sedang mengenakan pakaian, aku dengar
suara orang dengan lunak memberi salam di luar. Emak bergegas ke pintu dan
mempelawa tetamu naik.
"Ani, Cikgu kau datang," emak menjenguk di pintu bilik.
Bila aku keluar, kudapati Guru Besar sekolahku bersama Cikgu Saodah sudah
menunggu di anjung.
"Selamat pagi, Cikgu."
"Selamat pagi," balas Cikgu Cheah sambil tersenyum. Begitu mesra dia
memandang padaku.
Aku mengambil tempat di depan Cikgu Cheah. Cikgu Saodah menunggu dengan
wajah yang muram. Dia gum tingkatanku. Aku tidak dapat melupakan khidmatnya
padaku. Dia juga banyak memberikan perhatian padaku. Sekarang sudah dua minggu
lama'nya aku tidak menemuinya di bilik darjah.
Cikgu Cheah menghulurkan sebuah sampul surat panjang padaku.
“Ani, ini derma dari guru-guru sekolah. Terimalah wang ini buat belanja berubat
Ani."
Sampul surat panjang itu kuterima dengan tangan gementar. Dadaku berdegup-
degup.
“Terima kasih, Cikgu.”
208
Aku menoleh ke arah emak yang berdiri memerhati. Dia mengesat matanya
dengan lengan baju.
Cikgu Cheah dan Cikgu Saodah merenung mukaku. Barangkali mereka nampak
mukaku yang cengkung dan pucat.
Cikgu Cheah tidak banyak bercakap, kecuali menyuruh aku bersabar. Dia cuba
menenangkan hatiku. Katanya aku akan pulih seperti orang lain setelah mendapat
rawatan nanti. Dia menasihati aku supaya bersabar dan berehat. Cikgu Saodah plila
berkali-kali mengingatkan aku supaya jangan bersedih dan segalagalanya adalah
kehendak Tuhan. Aduh, aku sungguh rasa terharu!
Kepulangan Cikgu Cheah dan Cikgu Saodah membuat hatiku rasa sepi. Aku
melangkah ke tingkap, melihat kereta Cikgu Cheah pergi meninggalkan rumahku.
Cahaya matahari pagi cukup baik. Bersinar-sinar dengan terangnya. Pokok-pokok
kelihatan bertambah segar. Bunga ros dan okid tanamanku di halaman rumah sedang
berkembang. Warnanya menyerlang, tambah mengindahkan lagi pandangan. Beberapa
kuntum kelihatan cukup besar seolah-olah mahu memperagakan diri.
Berapa lamakah lagi aku akan menikmati kekayaan Allah ini? Aku menekur bunga-
bunga itu dengan hati yang cuba ditenangkan. Aku masuk bilik semulax Mengadap
cermin besar. Wajahku direnung lamak lama.
“Ani!” suara emak memanggil.
“Ya, mak.”
"Marilah minum. Kau belum minum lagi."
"Baiklah, mak."
209
Di dapur emak dan Azman sudah menunggu. Emak menyediakan makanan
kegcmaranku: kuih tepung talam berkepala santan kelapa. Tepung talam itu telah
dipotong-potongnya, siap terhidang di dalam piring. Semangkuk air susu pekat terletak
di tepi piring itu.
“Kenapa Azman belum minum?” tanyaku.
“Nak tunggu kakak.”
“Ya, Ani. Dari tadi lagi dia duduk di situ. Katanya dia tak mau minum selagi kau tak
minum," sampuk emak pula.
Kami sarapan tanpa bercakap-cakap lagi. Emak nampak muram mengunyah kuih.
Azman juga m-embisu sambil meneguk teh. Aku tidak berselera. Tetapi kerana
mengenangkan susah payah emak memasak tepung talam itu, kukunyah dan kutelan
jugalah kuih itu dengan hati yang hancur luluh.
Waktu tetap merangkak. Detik demi detik membawa siang kepada malam,
kemudian dari malam ke siang. Hari terus berlalu. Tamu semakin ramai datang. Abah
dan emak .semakin gelisah. Mereka semakin cemas. Derma dari orang ramai masih
belum mencukupi. Dan kurasa badanku semakin lemah. Tulangculangku terasa semakin
menimbul, muka semakin cengkung dan pucat.
Fikiranku mulai melayang-layang. Badan terasa terapung-apung dan tidak
berpijak lagi di bumi. Aku terkenang pada ayah dan emak. Aku terkenang pada Azman -
satu-satunya adikku. Aku terkenang pada kawan-kawan sekolah: Norijah, Lina dan Uji.
Terkenang pada Cikgu Saodah dan beberapa orang guru lain.
210
Tengah hari itu abah pulang lagi beserta kelesuan. Dia memandangku dengan
mata berair. Emak merenungku dengan matanya yang merah. Barangkali air mata emak
sudah kering.
"Abah, bila kakak nak pergi berubat?" tanya Azman. Abah cuma menggeleng-
geleng lemah. Dia memeluk Azman. Kulihat bahu abah bergoncang.
Petang itu datang seorang lelaki yang tidak kukenali. Menurut katanya, dia
membaca berita dalam akhbar.
"Saya cukup bersimpati dengan Ani. Dan saya datang ni untuk membantu supaya
Ani segera berubat di Manila," tegasnya.
Sejak itu, dia selalu juga datang ke rumahku. Malah, dengan bantuannya, dua kali
aku dan abah ke Kuala Lumpur menguruskan paspot, visa dan lain-lain untuk persiapan
berangkat ke Manila.
Pada suatu petang yang lain, lelaki itu datang lagi. Dia bercakap tergesa-gesa
dengan abah. Abah jadi gugup.
“Berkemaslah. Esok kita ke lapangan terbang," kata abah mendekati emak.
Emak terpinga-pinga. Lama dia berdiri. Tidak tahu apa hendak dibuat.
"Segala-galanya dah diuruskan. Pagi esok kapal terbang akan bertolak. Saya
akan pergi temankan Ani ke Filipina."
Emak masih terpempan. Mulutnya ternganga. Kata-kata abah itu dianggap seperti
dalam mimpi sahaja.
Seketika kemudian barulah emak melolong. Dia menerpa dan memelukku.
211
"Sudahlah, mak. Berdoalah kepada Allah supaya Ani selamat."
"Ani, anakku!’
Emak mengongoi. Aku dipeluknya amat erat bagai tidak mahu dilepaskan. Datang
abah menyabarkan emak. Barulah aku dilepaskannya. Kemudian Azman pula
menerkamku. Dia juga memelukku. Kucium pipi Azman dan kuusap kepalanya.
Tiba di Lapangan Terbang Subang aku dikerumuni. Beberapa orang pemberita
akhbar menyelit-nyelitkan diri di celah-celah orang ramai hendak bertemu abah. Mereka
bertanya sesuatu kepada abah. Abah menjawab dengan suaranya yang tersekat-sekat.
Lampu flash kamera berculang-caling mengambil gambarku. Esok tentu berita tentang
diriku akan tersiar lagi. Seluruh pembaca tanahair akan tahu kisah diriku: Nurani - jantung
berlubang - terbang ke Filipina.
Emak rebah ke bumi bila kutinggalkan dia. Mujurlah beberapa orang saudara-
mara datang membantu dan memapahnya.
"Kakak!"
Aku menoleh. Azman sedang melambaikan tangan. Mulutnya tercebik-cebik.
Rambutnya terjuntai ke dahi. Tiada siapa hendak menjuakkannya ke atas.
"Kakak! jangan lupakan Man!” laung Azman lagi.
Hatiku hancur, sehancur-hancurnya. Aku terlupa mencium Azman tadi. Aku
terlupa memeluknya. Orang terlalu ramai. Aku sudah berada di bilik menanti. Aku tidak
dapat hendak keluar menemui Azman lagi.
"Azman!”
212
Pesawat udara sudah mengangkat aku dari bumi. Kupandang keluar melalui
tingkap berkaca. Tangantangan kecil masih melambai. Tentu mereka menunggu
kepulanganku pula. Tetapi, mungkinkah itu lambaian terakhir? Aku tetap berserah
kepada Allah.
213
21. PAK USU
PAK Zubir mengenakan cermin mata tuanya. Dia menyiat sampul surat itu dengan
cermat. Takut benar dia kalau isinya terkoyak. Dengan tangan yang sedikit gementar,
Pak Zubir pun mengeluarkan surat putih yang berlipat. Kemudian surat itu
dikembangkannya.
“Surat dari siapa, ayah?” tanya Arif, tidak sabar lagi menunggu.
“Nantilah dulu. Ayah belum jelas,” sahut Pak Zubir sambil membetulkan
kedudukan surat itu.
Arif menunggu lagi. Matanya melurut pada surat yang terbentang itu.
“Ah, tak jelas. Tak terang. Ayah tak boleh baca. Surat bertaip. Tulisannya pun
halus sangat," ujar Pak Zubir kesal setelah merapatkan surat itu ke mukanya.
Memang Pak Zubir jarang-jarang menerima surat. Kalau ada pun, surat itu bertulis
jawi dengan terang. Dan surat itu pula biasanya datang dari Ustaz Arsyad atau dari Haji
Darus. Mereka inilah yang rajin beratus surat dengan Pak Zubir.
Akan tetapi surat yang diterimanya kali ini adalah luar biasa. Sekeping kertas putih
licin yang bertaip. Hurufnya pula halus-halus. Pendek sahaja isinya, tetapi tersusun
kemas dan rapi. Memang belum pernah Pak Zubir menerima surat yang seperti ini.
Sebab itulah dia menjadi bingung.
"Ayah tak boleh baca. Nah, kau bacalah," katanya lalu disogokkan kepada Arif
yang cepat-cepat menariknya dari tangan Pak Zubir.
214
Arif membaca surat yang ringkas dan padat itu. Setelah mendengar isi surat itu,
Pak Zubir pun mengerutkan dahi. Dia berfikir dengan dalam. Setelah itu dia terlonjak dan
matanya terbeliak.
“Oh, Usop! Surat ini dari Usop! Pak Usu kamu!"
"Pak Usu?" Arif pun kebingungan. Dia hairan melihat Pak Zubir mengukir senyum.
"Siapa Pak Usu tu, ayah?"
"Usop! Namanya Usop," ujar Pak Zubir dengan nafas agak kencang. Mukanya
tiba-tiba berseri.
Arif ternganga. Dia masih tidak mengerti. Siapakah Usop ini? Surat itu ditatapnya
semula. Diulangnya membaca surat itu.
“Di mana alamatnya, Arif?" tanya Pak Zubir dengan gugup.
“Di Seksyen I7, Petaling jaya."
“Oh,” sambut Pak Zubir, tersenyum sambil menggeleng-geleng. "Aku tak sangka
kau masih ingat pada aku, Usop. Aku tak sangka," kata Pak Zubirlagi sambil mengesat
air jernih yang tiba-tiba menggenang di kelopak matanya.
Tetapi, siapakah orang yang bernama Usop ini? Pertanyaan itu masih terpampang
di dalam kepala Arif. Arif membiarkan dahulu ayahnya mengelap air mata.
"Ayah, siapa orangnya yang bernama Usop ini?"
Pak Zubir memandang tepat kepada wajah Arif setelah kelopak matanya
dikeringkan.
215
"Dia sepupu ayah. Dah dua puluh tahun ayah tak jumpa dia. Selama itulah dia
meninggalkan kampung ini.
“Kenapa jadi begitu?”
“Dia tu dahlah cacat, anak yatim piatu pula. Dia tinggalkan kampung ini kerana tak
ada siapa yang nak membelanya," jelas Pak Zubir lalu tunduk menekur lantai. Dia
mengenang-ngenang peristiwa lama yang telah ditempuhnya. Mungkin peristiwa itu
mengusik perasaannya.
“Setelah dia meninggalkan kampung ini, tak ada siapa pun yang mau ambil tau
tentang dirinya lagi. Entah mati entah hidup, siapa pun tak peduli lagi," cerita Pak Zubir
sambil menggeleng-geleng kesal.
Arif semakin tertarik dengan kisah sedih itu. Hatinya Juga turut membawanya
bermuram. Berbagai pertanyaan menerpa di dalam benaknya. Sebelum sempat dia
mengemukakan pertanyaan lagi, emaknya muncul dari dapur. Dengan penuh kehairanan
Mak Gayah datang menghampiri Pak Zubir.
“Surat dari siap ?” tanyanya agak tergamam. Dilihatnya Pak Zubir masih
menggeleng-geleng sambal melipat semula surat itu.
“Dari Usop. Awak ingat Usop ?”
“Usop yang mana?” soal Mak Gayah lagi.
“Usop, sepupu aku. Yang dah pergi membawa diri tu.”
“Si buta tu ?”
Pak Zubir menggangguk.
216
“Dia masih hidupkah ? Bukankah dia dah mati?”
Pak Zubir menggeleng lagi. “Ini suratnya. Dia tulis surat kepada aku. Sekarang dia
tinggal di Petaling Jaya.”
“Di Petaling Jaya?” tingkah Mak Gayah dengan mulut terlopong.
“Ya. Katanya dia nak pulang ke kampong. Nak tinggal beberapa hari di rumah
kita.”
Muka Mak Gayah jadi masam. Dia mencebirkan bibir, seolah-olah berita itu tidak
menyenanginya. Mungkin berita itu menyingkap semula peristiwa yang dibencinya. Lalu
dia pun menoleh, memandang ke jendela yang terbuka.
“Nak tinggal di rumah kita pula? Ah, orang buta. Tentu menyusahkan kita saja,”
kata Mak Gayah sambal melemparkan pandangan ke hala pintu yang ternganga.
“Apalah salahnya dia tinggal di rumah kita. Dia tu bukankah darah daging aku
juga?”
“Apa yang boleh dia buat pada kita, hah? Dia bukan boleh tolong kita Sebaliknya
membebankan kita pula,” balas Mak Gayh dengan hatinya yang bertambah mengkal.
“Awak tu macam dulu juga. Masih berdendam. Bukankah dah 20 tahun dia tak
pulang…”
“Ah, sudahlah. Si Usop datang nak minta bantuanlah tu. Dia ingat kita senang. Dia
ingat kita banyak duit nak beri padanya. Dia datang nak mengutu kita,” potong Mak Gayh
sambal bercekak pinggang.
217
Mak Gayah berlalu ke dapur. Dia meninggalkan Pak Zubir yang masih tersandar
di kerusi dengan fikirannya masih mengingati Usop.
Pertengkaran kedua ibu bapanya itu membuat Arif semakin bingung. Apakah
sebenarnya yang telah berlaku dalam keluarganya 20 tahun yang lalu? Kenapa emaknya
membenci dan mengeji Usop? Apakah yang membawa Usop meninggalkan kampong
halaman? Kenapa pula emak dan ayahnya tidak pernah menceritakan kepadanya
tentang semuanya ini? Apakah ini satu rahsia dalam keluarga? Soalan-soalan itu terbit
bergilir-gilir di dalam kepala Arif.
Arif tidak mahu menanyakan segalanya itu kepada ayah dan emaknya. Dia tidak
mahu suasana dalam rumah menjadi keruh. Dia tidak mahu ayah dan emaknya akan
bertengkar pula. Biarlah perkara itu berlaku begitu sahaj. Lebih baik tunggu sahaja
kepulangan Pak Usu. Bagaimana rupa Pak Usu? Inilah yang lebih penting sekarang.
Arif membiarkan angin petang yang berebut masuk melaui jendela mengusik-usik
rambutnya. Dia leka di anjung rumah membaca sebuah novel yang di pinjamnya dari
perpustakaan sekolah. Novel itu sudah separuh dibacanya. Jalan ceritanya menarik,
membuat Arif tidak jemu-jemu mengikutinya. Dia bercadang hendak menghabiskan
segera bacaannya.
Bunyi enjin sebuah kereta terdengar semakin hampir. Akhirnya enjin kereta itu
dimatikan betul-betul di halaman rumah. Arif meletakkan buku. Dia berdiri dan menjenguk
di jendela. Dilihatnya sebuah kereta besar berwarna biru tua berhenti di tengah laman.
Dia hairan. Belum pernah pula kereta besar biru tua itu singgah di situ. Ah, mungkin dia
memerlukan pertolongan.
Arif bergerak ke pintu. Sambil menuruni anak tangga, dia cuba mempastikan
siapakah pemandu kereta itu. Tetapi, oleh kerana cermin kereta itu agak gelap, tidak
dapatlah dia mengenalinya.
218
Sejurus kemudian pintu sebelah kiri kereta itu pun ditolak. Daun pintu terkuak.
Seorang leaki yang berpakaian kemas melangkah keluar. Dia bercermin mata gelap
menambahkan lagi ketampanannya. Sebatang tongkat putih dikeluarkan. Sambil berdiri
sejenak, leaki itu pun bersuara.
“Mamat,” katanya perlahan.
Pemandu yang muncul dari sebelah kanan kereta itu lekas-lekas menghampirinya.
“Ya, Encik.”
“Betulkah ini rumahnya?”
“Betuk, Encik. Mengikut kata orang di simpang tu tadi, inilah rumahnya. Pokok
pinang itu tandanya.”
Lelaki tampan bercermin mata gelap itu mencecahkan tongkatnya ke atas tanah.
Tanah itu berpasir. Di adapt mengesannya. Setelah tersenyum sedikit, dia pun
melangkah penuh yakin ke hadapan.
“Assalamualaikum!”
“walaikumussalm!” sahut Arif. Dia bergerak ke kaki tangga, terus mara
menghampiri lelaki bertongkat putih itu.
Lelaki bertongkat putih itu tercegat dan tersenyum.
“Er, inikah rumah abang Zubir?” ujarnya sambal merab dengan tongkatnya.
“Ya, dia ayah saya.”
219
“Oh, syukur Alhamdulillah!” ucap lealki tampan itu. Wajahnya membayangkan
kegembiraan hatinya.
“Encik nak jumpa ayah saya?” tanya Arif dengan hormat.
“Ya, ya! Mari ke mari,” kata lealki itu sambal melambaikan tangan agar Arif datang
mendekatinya.
Arif menurut perintah. Tangannya di raih oleh lelaki itu. Kemudian tubuh Arif
dipeluknya sebentar sambal bersuara dengan perlahn.
“Engkau anak abang Zubir?”
“Ya.”
“Nama kau?”
“Arif.”
“Ayahmu mana?”
“Dia ke kebun. Sekejap lagi pulanglah dia.”
“Emak mana?”
“Dia bersama ayah ke kebun.”
Lelaki itu termenung sebentar. Tetapi jelas wajahnya membayangkan kepuasan
hatinya.
220
Arif merenung lagi wajah lelaki itu. Sebuah wajah yang bersih, dihiasi pula oleh
cermin mata gelap. Oh, agaknya inilah orangnya yang diceritakan ayah. Mungkin dialah
Pak Usuku, flkir Arif.
Arif memerhatikan pemandu kereta itu membuka belakang kereta. Pemandu itu
mengeluarkan sebuah beg besar. Kemudian Arif pun bersuara lagi.
“Oh, maafkan saya, Pak Usu. Sebenarnya saya tak kenal tadi.”
“Tak mengapa, Arif,” balasnya tersenyum. “Silakanlah naik, Pak Usu.” “Terima
kasih, Arif.”
Sambil mengatur langkah, Pak Usu berkata lagi: “Ada ayah terima surat dari Pak
Usu?”
“Ada. Dia tau Pak Usu nak datang.”
Arif membantu Pak Usunya menaiki tangga. Pemandu kereta turut juga menaiki
tangga sambil menjinjing beg besar.
Sekarang Pak Usu sudah pulang. Tetapi kenapa dia jadi bahan pertengkaran
emak dan bapa? Kenapa emak tidak senang dengan Pak Usu? Kenapa emak membenci
Pak Usu? Kenapa Pak Usu tinggalkan kampung halaman? Apa kerja Pak Usu sekarang?
Persoalan-persoalan itu hidup semula bermain dalam kepala Arif.
“Pak Usu duduklah dulu di sini,” Arif membawa Usop ke kerusi rotan yang terletak
di hujung anjung.
Pak Usu menurut sahaja. Dia duduk dengan tenang di atas kerusi itu. Arif nampak
dia sedang mengenang sesuatu. Sesuatu yang tidak akan dimengertinya. Apakah yang
221
dikenangnya? Peristiwa pahit yang pernah dlalami? Peristiwa menyayat hati yang
menyebabkan dia meninggalkan kampung halaman?
“Dah banyak perubahan di kampung ini,” cetusnya setelah terdiam sejurus. “Ya,
Pak Usu. Di kampung ini dah ada elektrik. Dah ada air paip. Dah ada jalan batu.”
“Bukan itu saja,” sambung Pak Usu dengan pantas. "Pak Usu rasa rumah pun dah
banyak. Penduduk kampung tentu dah mewah.”
Arif membiarkan sahaja Pak Usunya melahirkan pendapatnya. Mungkin dia akan
bercerita lebih lanjut tentang kampung ini. Dan mungkin dia akan mengisahkan detik-
detik yang dilaluinya sehingga membawanya pulang ke kampung dengan kereta besar
biru tua itu. Keinginan Arif hendak mengetahuinya kian memuneak. Tentu kisahnya amat
menarik. Seorang buta yang hidup melarat, tiba-tiba muncul semula dengan segala
kemewahan.
“Pokok durian di belakang rumah tu ada lagikah?” tanya Pak Usu sambil
menegakkan badannya.
“Ada, Pak Usu. Banyak buahnya. Musim durian baru-baru ni banyak ayah dapat
duitnya.”
Pak Usu tersenyum. Mukanya dihalakan tepat kepada muka Arif. Cermin mata
gelap itu masih tidak ditanggalkan.
“Di bawah pokok durian itulah tempat Pak Usu bermain dulu," ujamya. Kemudian
dia pun tertawa berdekah-dekah. Mungkin ada peristiwa yang menggelikan hatinya.dan
ada pula kaitan dengan pokok durian yang lebih sepemeluk besarnya itu.
“Pernah ayah kau ceritakan tentang diri Pak Usu pada kau?”
222
Arif menggeleng. Kemudian baharulah dia tersedar bahawa gelengannya itu tidak
memberi erti.
“Tak pernah, Pak Usu. Cuma bila sampai surat Pak Usu barulah ayah bercerita.”
“Dia tau tentang diri Pak Usu?”
“Entahlah. Tapi dia tak sangka Pak Usu masih mengenangnya. Emak pula sangka
Pak Usu dah tak ada lagi.”
Pak Usu terdiam. Kelihatan sedang mengcnang sauatu peristiwa yang mungkin
pernah mencacatkan hatinya. Kisah Pak Usu yang penuh misteri itu terbayang pada
wajahnya yang tiba-tiba jadi muram.
“Orang kampung ingat Pak Usu dah mati?”
“Entahlah. Arif tak tau.”
“Abang Zubir tak tau. Emak kau tak tau. Orang kampung pun tak tau. Mereka
semua tak tau apa yang Pak Usu dah buat bila meninggalkan kampung ini.”
Arif ternganga. Pak Usu sudah mahu menyingkap sedikit demi sedikit tabir yang
melindungi misteri hidupnya. Arif menunggu sahaja dengan gelisah.
“Kenapa Pak Usu tinggalkan kampung?” terpancut pertanyaan itu dari mulut Arif.
Pak Usu tersenyum lagi. Dia terpaku dan membisu sejenak. “Ah, panjang
kisahnya. Tak patut kau tau. Pak Usu pun nak melupakannya. Tau mau menceritakan
nya kepada sesiapa. Biarlah abang Zubir dan emak kau saja yang tau.”
223
Arif erasa hampa. Pak Usu tidak mau menyingkap penuh hidupnya yang mungkin
penuh getir itu. Tetapi‘ apakah yang membawa Pak Usu pulang ke kampung halaman
semula?
“Pak Usu pulang kerana nak jumpa ayah dan emak kau. Mereka sangat banyak
berbudi kepada Pak Usu dulu. Pak Usu berazam nak membalas budi mereka," jelas Pak
Usu apabila suasana menjadi sepi sahajabuat beberapa ketika.
“Tapi, saya belum mu apa pekeljaan Pak Usu.”
Pak Usu tertawa berdekah. Geli hatinya barangkali. Dia sendiri tentu menduga
bahawa pertanyaan serupa itulah yang paling utama akan dikemukakan. Pertanyaan
seperti itu jugalah yang akan terlucut dari mulut Pak Zubir dan Mak Gayah nanti.
“Pak Usu sekarang bekerja di university jadi pensyarah Pak Usu akan keluar
negeri tak lama lagi. Seb elum Pak Usu keluar negeri, Pak Usu berhajat nak jumpa ayah
dan emak kau. Sebab itulah juga Pak Usu balik.”
Arif terpempan. Manusia bercermin mata gelap yang duduk dj depannya itu
menjadi begitu asing baginya sekarang. Apakah aku ini bermimpi? Tanya Ari diam-diam
dj dalam hati.
“Panjang ceritanya, Arif” sambung Pak Usu. “Nanti malam, bila kita semua dah
berkumpul, Pak Usu akan ceritakan segala-galanya. Sekarang, cukuplah Pak Usu
katakan bahawa ilmu pengetahuanlah yang menyuluh hidup Pak Usu. Kau pun boleh
menjadi lebih dari Pak Usu kalau kau berusaha.”
Arif mendengamya seperti mendengar Cikgu Arifin bercakap dalam bilik darjah.
Segala apa yang dicakapkan itu sama sahaja dengan apa yang diucapkan oleh Cikgu
Ariffin.
224
“Arif,” kata Pak Usu sambil mcmbongkok ke depan. Dia meletakkan tangannya di
atas paha Arif. “Pak Usu dengar bunyi air yang mengalir di belakang rumah tu. Dulu Pak
Usu mandi di situlah. Airnya sejuk dan tenang. Boleh kau bawa Pak Usu mandi di situ
sekejap lagi nanti?”
“Boleh, Pak Usu.”
Pak Usu tersenyum lebar, Arif merenung wajahnya tanpa berkelip. Hatinya amat
ingin melihat ayah dan emaknya pulang segera.
225
22. JEJAK
MAJALAH itu akhirnya dilemparkan ke sudut ruang. Dia tidak dapat menahan benci yang
menggelora. Di sudut hati kecilnya tetap menolak gambar-gambar foto yang menyakitkan
itu. Dia memandangnya dengan jijik seperti memandang ketul-ketul daging haram.
Majalah itu terperonyok di tepi dinding dengan kulitnya terselak. Kertas
halamannya hampir berkecai setelah direnyuk-renyuknya dengan jari-jarinya yang halus
runcing itu. Namun dia masih belum berpuas dengan tindakannya.
”Mas, kenapa kau lakukan?” Mak Ibah, tanpa disedari, perlahan-lahan datang
mend'ekatinya. Wajahnya sugul tetapi terbayang kejernihannya.
"Mas benci, Makcik Mas meluat tengok gambar-gambar itu. Mas jijik baca
ceritanya. Semuanya menyakitkan. Memalukan‘."
“Tak baik, Mas. Kau membenci emak sendiri.”
Mak Ibah tetap merendahkan suara. Dia tidak mahu mengeruhhkan suasana. Dia
tidak mahu perkara itu melarat-larat sehingga menjejaskan pula ketenteraman dalam
rumah itu. Sudah sepuluh tahun dia bekerja menjadi pembantu rumah. Dan dia sangat
arif akan segala perkembangan diri Mastura.
“Mas tak tahan menahan malu, Makcik.”
“Tapi membenci ibu itu tetap berdosa.”
Mastura membenamkan dirinya di atas sofa. Matanya diredupkah memandang
hamparan biru tua di bawah tapak kakinya. Dia cuba menenangkan gelora yang
menghempas di dalam dada. Kedua tapak tangannya dilekapkan ke muka sehingga
kedua matanya terkatup rapat.
226
“Mas benci wartawan hiburan itu. Mereka cari duit dengan menjual nama emak.”
“Tapi, Mas takkan tak tau. Itu tugas mereka. Mereka cari rezeki dengan cara
begitu. Begitu jugalah emak kau."
Mastura teringat semula akan gambar foto pada kulit depan majalah itu. Itu
gambar emaknya. Seniwati terkenal. Menjadi pujaan kepada berjuta peminat. Siapa yang
tidak kenal dengan nama Pipah? Dia menjadi buah mulut pemujanya. Sebut sahaja nama
Pipah orang akan menghubungkannya dengan beberapa adegan yang dilakonkannya.
Sebut sahaja nama filem, orang akan mengaitkannya dengan Pipah, heroin yang
membintangi filem tersebut.
Gambar Pipah sering menjadi hiasan ruang hiburan di akhbar-akhbar. Dia sering
menjadi buruan para wartawan yang ingin melariskan majalah mereka. Dengan itu
banyaklah kulit depan majalah hiburan yang memaparkan gambar foto Pipah. Pipah
dipotret dengan berbagai gaya dan fesyen. Cerita dan aktivitinya digembar-gemburkan.
Mak Ibah meluruskan majalah yang sudah berkeromot itu. Dia membetulkan
kertasnya yang renyuk-renyuk. Majalah itu hendak dibawanya pergi ke bilik atas. Dia
mahu menyusunnya di dalam almari khas yang memuat berbagai majalah.
Sebelum Mak Ibah sampai ke pangkal tangga, Mastura menjatuhkan tapak
tangannya dan muka.
“Makcik, nanti dulu!”
Mak Ibah terhenti melangkah, lalu berpaling. Dia merasakan ada sesuatu perkara
yang harus diketahuinya dengan lebih lanjut dan Mastura.
“Mas nak cakap dengan Makcik?”
227
“Ya, Makcik duduklah.”
Mak Ibah mengambil tempatnya di depan Mastura. Air mukanya tetap jernih dan
tenang. Dengan pandangan yang tajam merenung muka Mastura, dia pun bersuara.
“Nampaknya kau berubah benar semenjak kebelakangan ini.”
“Ya,” Mastura menundukkan kepala pula. “Makcik tentu tau setelah menyelami
hati Mas.”
Mak lbah mengukir senyum.
“Ya. Makcik tau. Dan emak kau juga tau."
“Emak juga tau?"
Mak lbah meneruskan senyumnya. Dia tersenyum sebagai seorang yang amat
mengerti dengan segala keadaan yang berlaku.
“Ya. Emak kau bukan saja sebagai orang wayang. Jangan lupa. dia juga ibu kau.
Dia juga merasakan apa yang kau takutkan."
Ketakutan itulah yang selama ini benar-benar mencengkam hatinya. Tidak siapa
yang tahu hantu apa sebenarnya yang bertapak dalam hati Mastura. Dengan siapa lagi
hendak diluahkan perasaan yang kian memberat menghimpit dada? Hanya dengan Mak
Ibahlah.
"Mas malu pada kawan-kawan. Mas malu pada jiran-jiran." kata Mastura sebagai
hendak memulakannya.
228
“Apa yang kau malukan? Menjadi orang wayang bukanlah kerja yang memalukan..
Emak kau cara rezeki dengan cara begitu.”
“Tapi, Makcik tak tau apa sebenamya yang memalukan Mas."
“Kau jangan lupa, Mas. Emak kau dah lima tahun menjanda. Kalau tidaklah
dengan hasil pekerjaannya itu, takkan dapat kau hidup semewah ini.”
Mastura menggeleng-geleng. Matanya tetap pada hamparan biru tua.
“Makcik masih belum mengerti.”
“Baiklah, Mas. Apa yang kau tau?”
“Emak jadi bualan kawan-kawan Mas di sekolah. Kata mareka emak dah berlakon
dalam filem lucah.”
"Astghafirullahalazim! Sampai begitu sekali mereka menuduh emak kau!"
Mak Ibah menggeleng seperti tidak mahu percaya. Kata-kata Mastura itu tepat
terpacak menikam jantungnya. Tidak disangkanya pula demikian jauhnya prasangka
serupa itu bertapak dalam hati gadis 15 tahun itu.
"Makcik takkan percaya kerana Makcik diam di rumah saja. Makcik tak dengar apa
kata kawan-kawan Mas."
“Jangan percaya kepada perkara yang bukan-bukan, Mas. Memang orang suka
memburuk-burukkan nama baik emak kau. Dalam dunia ini lebih banyak orang yang
dengki dari yang jujur."
229
“Tapi, Makcik tengoklah majalah-majalah tu. Semuanya siarkan gambar emak
yang tak senonoh. Gambar emak tengah baring, tengah mandi, tengah manelentang,
tengah duduk dekat lelaki dan entah apaapa lagi. Tengok pula pakaian mak. Semuanya
mendedahkan. Makcik masih tak percaya dengan cerita kawan-kawan Mas?"
“Tapi. kan gambar-gambar itu untuk hiasan majalah saja? Kalau uk dibuat begitu
takkan emak kau jadi seniwati terkenal.”
“Emak terkenal kerana gambar-gambar seperti itulah. Gambar emak sengaja
dipampangkan di sana sini. Cerita tentang emak sengaja dibesarkan. Makcik bacalah
majalah itu. Tentang emak bercerai dengan abah pun dibesarkan. Ditokok tambah
supaya sedap."
Mak Ibah tetap menggeleng. Dia sedar kemarahan Mastura kian membara.
Hatinya cemas mengenangkan perbuatan emaknya itu. Barangkali sebab itulah pada
kebelakangan ini tingkah laku Mastura sudah berlainan. Dia enggan makan bersama
emaknya. Enggan bergurau dengan emaknya. Selalu menyendiri. Termenung di sana,
termenung di sini. Segala tingkah lakunya kasar, perengus dan segala perbuatan menjadi
serba tidak kena.
Mak Ibah cukup takut dengan sesuatu tindakan Mastura yang di luar dugaan. Dia
sedar gadis dalam peringkat umur serupa itu belum dapat berflkir tentang hidup dengan
sempurna. Dia boleh melakukan apa sahaja menurut perasaan.
Terkenang Mak Ibah kepada beberapa peristiwa buruk yang menimpa anak-anak
seniman dan seniwati terkenal di Barat. Anak-anak mereka merasa tersingkir lalu
membunuh diri. Mereka tidak sanggup bersama keluarga lagi. Mereka mencari jalan
keluar yang paling mudah.
Semua ini amat mencemaskan hati Mak Ibah.
230
“Kau selalu memikirkan yang bukan-bukan. Sebab itulah kau merasa takut,” kata
Mak Ibah ingin mententeramkan hati anak gadis yang masih terpegun lemas di
depannya.
“Makcik selalu sangat menyebelahi emak. Makcik suka dengan perbuatan dan
tingkah laku emak? Atau Makcik takut diberhentikan kerja?”
“Ya, Allah! Mengucap, Mas,” Mak Ibah membeliakkan mata sambil mengurut dada.
Mastura memekup mukanya semula dengan tapak tangan. Tubuhnya
bergoncang. Tidak dapat dia menahan sebak di dada, lalu air matanya pun merembas.
Sebenarnya Mastura sayang pada Mak lbah. Mak Ibah dianggapnya macam ibunya
sendiri. Dan Mak Ibahlah yang lebih banyak menumpukan masa membesarkan Mastura.
Mak Ibah bangun dari duduknya. Dia menghampiri Mastura. Bahu Mastura
dipegangnya dengan lembut.
“Sudahlah, Mas. Tenangkan flkiran kau. Makcik ada. Makcik tau apa yang akan
Makcik buat.”
“Maafkan Mas, Makcik.”
Mastura mendongakkan muka. Merenung tepat wajah Mak Ibah yang kelihatan
masih jernih dan tenang. Lalu dipeluknya Mak Ibah dan terus menangis di dada
perempuan berusia 55 tahun itu.
Mak Ibah meninggalkan Mastura yang masih teresak-esak di atas sofa. Dia mahu
ke tingkat atas mengemas bilik. Pagi tadi dia bangun awal. Memgsak dan mengemaskan
sarapan Pipah. Kata Pipah dia akan meninggalkan rumah selama kira-kira seminggu. Dia
akan bersama pengarahnya ke Genting Highlands untuk satu penggambaran. Crew yang
lain semuanya sudah berada di atas bukit dingin itu sejak tiga hari yang lalu.
231
Petang itu Mastura cuba menenangkan hatinya dengan bermain piano. Piano itu
ayahnya yang beli. Dan apabila dia menyentuh mata-mata piano itu ingatannya segera
melayang kepada ayahnya. Ayahnya seorang penggubah lagu. Semenjak bercerai
dengan pipah jarang sekali dia dapat bertemu dengan ayahnya.
Dicubanya memainkan sebuah lagu gubahan ayahnya. Tetapi banyak dia
melakukan kesilapan. Nada-nadanya sumbang. Beberapa kali diulangnya. Nada-nada
sumbang itu tetap menggema juga. Dia menggeleng-geleng kesal. Dan jarinya yang
runcing-runcing itu terus juga meniti pada mata piano. Akhirnya lagu itu menjadi hancur
berkecai bila Mastura menghempaskan jari-jarinya dengan kasar ke atas mata-mata putih
piano.
“Mas!”
Mastura berpaling. Dilihatnya Mak Ibah berdiri kaku di tepi gerobok, sedang
memerhatikannya sambil menggeleng-geleng. Mak Ibah melemparkan pandangan ke
arah Mastura dengan penuh pengertian.
Dia ke halaman rumah dengan tujuan menghirup udara petang. Udara petang basah dan
melekit. Lepas tengah hari tadi hujan bubuk turun melembabkan daun-daun dan rumput-
rumput. Apabila matahari bersinar dengan terangnya semula, bangkitlah udara hangat
yang merimaskan. Mastura mengatur langkahnya dengan perlahan.
“Mas!”
Dia berpaling dan mendongak. Di atas beranda tingkat atas dia nampak Mak Ibah
sedang tercegat memerhatikannya.
“Ya, Makcik.”
232
“Kau nak ke mama?”
“Tak ke mana-mana, Makcik.”
Mastura bergerak memerhatikan bunga-bunga orkid yang mengembang subur di
laman. Matanya meneliti kelopak-kelopak ungu muda dan putih itu dengan asyiknya
beberapa ketika. Orkid-orkid itu emaknya yang menanam dan merawatnya setiap pagi
bila dia berkelapangan.
Dia teringat emaknya pernah memberikan posenya di depan rimbunan pohon-
pohon orkid itu. Seorang wartawan datang mengambil beberapa shot di sekitarnya. Kira-
kira sebulan kemudian gambar foto Pipah pun tersiar di sebuah majalah hiburan. Majalah
hiburan serupa itulah yang dilemparkannya pagi tadi.
“Mas!”
“Ya, Makcik.”
“Kau nak mandi? Kalau nak mandi Makcik ambilkan pakaian mandi kau.”
“Tidak, Makcik.”
“Habis, apa kau buat di tepi kolam tu?”
“Tak ada apa-apa, Makcik.”
Di tepi kolam itu Mastura duduk menjuntaikan kaki. Dia menyingkatkan skirtnya
dan merendamkan kakinya ke dalam air kolam yang jernih dingin itu. Air kolam itu
dikocakkannya dengan kedua belah kakinya.
233
Dalam sebuah majalah, termuat gambar foto emaknya sedang berehat di tepi
kolam mandi itu. Pipah sedang basah kuyup dengan baju mandinya memperlihatkan
susuk tubuhnya.
“Mas!”
“Ya, Makcik.”
“Kau belum minum. Minuman dah Makcik siapkan.”
“Baiklah, Makcik.”
Mastura meninggalkan kolam mandi itu dengan hati yang sedikit lapang. Dia terus
ke ruang makan. Di situ sudah sedia menunggu minuman petangnya. Mak Ibah tidak
dilihatnya di mana-mana. Barangkali dia masih sibuk di belakang rumah menjirus anak-
anak bunga gantung.
Kesepian mula menjamah hatinya pula. Dia menuangkan teh ke dalam cawan.
Airnya berdebur keluar dan menggema curahannya. Dia mengambil sekeping ro‘i bakar
bersapu mentega. Dikunyahnya roti itu dengan perlahan. Pun dia dapat mendengar
kunyahannya menggema hingga sampai ke sudut jantung.
“Mas!”
“Ya, makcik.”
Mastura meneguk tehnya sebelum berpaling.
“Makcik nak bercakap dengan kau.”
234
“Oh, silakan, Makcik. Marilah kita minum sama-sama.” Mak Ibah duduk dan
Mastura menuangkan the untuknya.
“Makcik nak cakap tentang emak?”
“Ya, begitulah,” balas Mak Ibah cuba menenangkan suara sambil memandang air
teh yang mencurah ke dalam cawannya.
“Makcik dah lama tinggal bersama Mas. Tapi Mas tak tau bagaimana perasaan
Makcik.”
Mak Ibah tertawa sedikit.
“Pada Makcik, emak kau baik orangnya. Makcik pun senang bekerja di sini. Dan
Makcik anggap dia macam anak Makcik sendiri.”
“Makcik senang bekerja di rumah orang wayang macam emak?”
Mak Ibah mengangguk. Senyumannya memperli~ hatkan lagi hatinya yang tenang
dan jujur.
“Malah Makcik rasa bangga pulak tinggal dengan Pipah.”
”Bangga?”
Mak Ibah angguk lagi.
“Malah Makcik rasa berjaya sekarang.”
“Berjaya?” tingkah Mastura. Hampir tidak percaya dia mendengar kata-kata
pengakuan Mak Ibah itu. Direnungnya muka Mak Iban dengan seribu tanda tanya.
235
“Apa maksud, Makcik?”
“Semoga cita-cita kami dimakbulkan Tuhan.”
Lagi kedua biji mata Mastura terbeliak. Apakah Makcik ini sudah gila? Apakah
yang dikatakannya ini? Dia merenung Mak Ibah yang mulai menghirup tehnya dengan
tenang.
“Makcik membingungkan saya.”
“Memang kau bingung sekarang,” kata Mak Ibah sambil tersenyum. “Ini adalah
rahsia kami berdua. Niat kami suci. Tak mau -heboh-hebohkan macam orang wayang.
Kami tak mau orang suratkhabar tau.”
“Cubalah Makcik terangkan sekarang,” desak Mastura, tidak sabar lagi menunggu.
“Begini, Mas,” Mak Ibah menelan tehnya. “Makcik dan emak kau akan ke Mekah
menunaikan haji.”
“Makcik!” sambut Mastura mengawal tawanya yang mahu terbungkas. Dia
memekup mulutnya.
“Agaknya kau fikir Makcik dah gila. Sebenarnya tidak. Makcik yang mengajak
emak kau ke Mekah. Wang kami dah cukup terkumpul.”
“Tapi, emak orang wayang.”
Mak Ibah merenung anak mata Mastura.
“Emak kau tak mau main wayang lagi. Balik nanti dia akan beritau kau.”
236
Bagai mahu terlompat Mastura kerana terlalu gembira. Dia mengurut dada dan
menghembuskan nafas lega. Kemudian dipegangnya kedua belah tangan Mak Ibah
dengan kemas. Direnungnya mata Mak Ibah dalam-dalam.
“Betulkah apa,yang Makcik cakap ni?”
“Pernah Makcik berbohong pada kau?”
Mastura mengetap bibir. Matanya terkedip. Hampir air matanya terurai bila Mak
Ibah berkata lagi.
“Mas, dia cukup takut kalau kau mengikut jejaknya.
Dan Mastura merenung legat seluruh wajah Mak Ibah dengan mata yang basah.
237
23. DALAM SANGKAR EMAS
SAMAD sedang tekun membaca sebuah majalah di dalam biliknya. Tiba-tiba dia dengar
dengkur kereta menaiki bukit. Dia tahu itu adalah kereta Mercedes Benz 240D ayahnya.
Kereta itu mendaki bukit dengan tenang. Kemudian berhenti perlahan di hadapan rumah
banglo itu.
Pintu dikuak. Dan Samad masih menatap majalah pengetahuan yang baharu
dibelikan ayahnya.
“Ha, begitulah. Duduk di rumah. Jangan ke mana-mana. Abah tak suka kau ke
kampung bawah tu lagi.”
Samad merenung muka ayahnya itu sebentar. Kemudian terus menatap akhbar di
tangannya.
“Kan tau, Mad, pengaruh kawan-kawan boleh mengganggu pelajaran. Di kampung
bawah tu ramai budak nakal. Perangai tak senonoh. Tak ambil berat tentang pelajaran.
Abah tak mau kau jUga terpengaruh macam mereka.”
Samad tunduk sahaja. Dia mendengar nasihat itu sambil matanya tetap terpaku
pada isi majalah.
Memang selalu ayahnya berkata begitu. Budak-budak di kampung bawah bukit itu
boleh merosakkannya. Sebab itulah dilarangnya Samad pergi ke rumah Mail. Mail tinggal
di kaki bukit itu - sebuah kampung haram. Ibu bapanya berasal dari Kampung Ulu Akar,
sebuah kampung pedalaman yang mundur. Mereka berhijrah ke kampung haram itu
kerana kesempitan hidup. Dan di kampung sesak itulah sekarang mereka tinggal untuk
menyambung hidup.
238
“Contohilah abah,” kata Encik Fazil lagi. “Abah lebih pentingkan pelajaran. Abah
tak mau jadi rosak kerana kawan. Sebab itulah abah jadi senang sekarang. Dapat diam
di atas bukit ini macam orang-orang mewah yang lain.”
Samad memang membenarkan kata-kata ayahnya itu. Dia tahu pelajaranlah yang
mengangkat taraf hidup ayahnya. Kalau ayahnya melalaikan pelajaran sudah tentulah
dia masih tinggal di kampung sekarang. Dan kalau di kampung tidak. ada kerja, tentulah
dia berhijrah juga ke bandar seperti penduduk kampung bawah ltu.
Memang banyak orang kampungnya berpindah ke ibu kota ini. Kata mereka di
kampung susah cari makan. Tanah tidak ada. Kalau ada pun tanah sedikit tidak dapat
menampung hidup dengan sempurna. Harga getah sudah turun. Harga kelapa juga turun.
Ambil upah kait kelapa tidak boleh menjamin hidup lagi. Apalagi kalau sudah beranak-
pinak.
Sebab itulah mereka berpindah ke ibu kota. Di sini mereka boleh kerja kilang.
Ambil upah kerja apa pun senang dapat. Kerjanya pula tidak berat. Lagipun di ibu kota
ini banyak hiburan. Lepas teruk-teruk bekerja boleh bersiar-siar ke taman bunga atau
melihat orang ramai membeli-belah di pasar-pasar besar. Waktu malam boleh
menghiburkan hati di panggung-panggung wayang.
Akan tetapi mereka terpaksalah tinggal di kawasan sesak. Mereka terpaksalah
menjadi setinggan. Rumah-rumah mudah didirikan di situ. Tidak banyak kisah. Yang
penting ialah sedikit wang. Walaupun dinamakan orang kampung haram, tetapi banyak
juga kemudahan yang boleh diperolehi di situ. Pihak berkuasa tidak akan sampai hati
merobohkan rumah dan menghalau mereka balik ke kampung asal semula.
“Kau jangan pergi ke kampung bawah tu,” ibunya juga pernah berpesan.
“Kenapa, mak?”
239
“Di situ orang-orangnya tak baik. Suka jaga tepi kain orang lain. Budak-budaknya
tak senonoh. Hisap rokok. Lama-lama sedut dadah. Bila dah ketagih, meneuri,
merompak. Hm,” tegas Puan Salmah mencebirkan bibir.
“Tapi, bukan semua mereka begitu, mak.”
“Yalah. Tapi macam-macam dah terjadi di situ. Lebih baik kau jangan ke situ. Nanti
terlibat pulak. Di rumah ini dah cukup semuanya: suratkhabar, majalah, televisyen, radio,
telefon dan berbagai lagi. Apa lagi yang kau mau?”
Puan Salmah pergi meninggalkan Samad yang masih termenung. Dia masih
termenung di atas kerusi tebal dan lembut itu
Dalam kepala Samad masih bermain wajah Mail. Mail kawan baiknya di sekolah.
jarang-jarang berenggang. Mereka sama-sama belajar dalam satu kelas pula. Dan Mail
tinggal di kampung bawah kaki bukit itu. Keluarganya sudah hampir sepuluh tahun
menetap di situ.
Bapa Mail seorang buruh. Dia menyara keluarganya itu hanya dengan pekerjaan
itu. Pagi-pagi lagi ia sudah keluar rumah. Petang baharu dia pulang dengan urat-urat
tegang dan peluh berminyak di badan. Begiiulah seperti yang diceritakan Mail kepada
Samad.
“Saya kesian tengok ayah,” kata Mail “Dia berhempas pulas setiap hari kerana
kami.‘
Samad mengangguk sahaja. Dia juga turut berasa sedih.
“Kalau ayah tak buat begitu macam mana kami nak makan. Macam mana saya,
abang dan adik nak sekolah,” sambung Mail yang merenmg jauh ke hujung padang
sekolah.
240
“Saya berharap peluh ayah kau takkan sesia tumpah ke bumi,” ulas Samad.
“Selalunya orang yang berakitrakit ke hulu akan berenang-renang pula ke tepian....”
Mail menepuk belakang Samad. Dia melompat ketawa sebelum Samad
menghabiskan kata-katanya.
“Wah, dah pandai berperibahasa pula. Calon murid terbaik. Jadi orang besar juga
kelak. Ke mana lagi tumpah kuah..”
“Kalau tak ke roti canai!" potong Samad dengan cepaL
Dan mereka serentak tertawa. Berdekah-dekah, terlonjak-lonjak badan mereka.
Beberapa orang pelajar yang berlonggok dekat mereka, berpaling. Mereka hairan melihat
kedua teman yang macam belangkas itu tertawa lepas sebebas-bebasnya. Apakah yang
menggelikan hati mereka?
Beberapa peristiwa lucu bersama Mail bermain di kepalanya, bersilih ganti Samad
meletakkan majalahnya ke samping. Isi majalah itu tidak berguna lagi sekarang.
Semuanya sudah menghilang. Diganti oleh gambaran-gambaran dan kenangan-
kenangan sewaktu di sekolah. Terbayang semula peristiwa-peristiwa di kantin, di
perpustakaan, di padang, di dewan dan di kebun sains.
Waktu cuti dirasakan amat panjang. Amat lama. Samad tidak tahu apa yang
hendak dibuat lagi di rumah. Sudah puas membaca. Berbagai-bagai buku dan majalah
sudah ditatap. Puas membaca dia ke tepi tingkap. Menjenguk keluar memandang rumah-
rumah yang bertaburan di lereng bukit dan akhirnya di bawah bukit. Dari tingkap itu juga
dia nampak keadaan kampung haram. Rumah Mail terlindung di balik-balik dinding dan
bumbung rumah yang bersesak-sesak.
241
Apa yang hendak aku buat sekarang? fikir Samad. Dia pun bergerak keluar bilik.
Menuruni tangga yang berkelok-kelok. Sampai di bawah dia tercium bau masakan Makcik
Minah dari dapur.
Samad mengatur langkah ke pintu. Dia membuka pintu yang bercermin dan
berjaring.
“Nak ke mana kau, Mad?“ tiba-tiba suara Makcik Minah menyapanya. Dia tergesa-
gesa datang. Mukanya berminyak.
“Nak ambil angin, Makcik.” “Ke mana?”
“Ke bawah sana sekejap.” “Emak kau belum pulang. Nanti dia marah.”
“Sekejap saja, Makcik.”
“Kalau abah kau tau, Makcik pula dimarahnya nanti.”
“Saya penat memerap di rumah, Makcik. Saya nak ambil angin di luar sana.
Sekejap saja, Makcik.”
Makcik Minah menggeleng-geleng sambil memerhatikan sahaja Samad keluar
pintu.
“Samad!. Kalau jadi apa-apa hal...., hai alangkah susah!” bisik Makcik Minah.
Sebagai orang gaji, Makcik Minah tidak dapat berbuat apa-gpa lagi. Tidak sampai
pula hatinya hendak berkata menahan Samad. Samad sudah besar panjang. Kalau
dahulu, lainlah. Lagipun dia berasa bélas juga melihat Samad. Samad ibarat seekor
burung yang terpenjara dalam sangkar emas. Dia tidak bebas macam budak-budak lain.
Sepanjang waktu mesti mengikut disiplin yang dikenakan oleh ibu bapanya.
242
Cuti sekolah yang panjang itu sungguh menyeksanya. Fikirannya jadi buntu. Buku-
buku, suratkhabar, majalah. radio dan televisyen tidak dapat menghiburkannya lagi. Yang
paling menyeksanya ialah kesunyian. Malah di setiap sudut rumah itu bertapak kesunyian
yang mencengkam hatinya.
Encik Fazil tidak pernah tahu tentang hal ini. Dia asyik bekerja sahaja. Pergi pagi,
balik petang. Begitulah setiap hari. Kadang-kadang berhari-hari lamanya dia tidak pulang.
Katanya dia terpaksa bentangkan kertas kerja di majlis-majlis seminar, forum, simposium
dan entah majlis apa lagi. Maklumlah Encik Fazil orang penting. Kata orang dia orang
sastera. Seorang pejuang sastera. Kerana itu dia sentiasa diperlukan. Buah fikirannya
dam pandangannya amat diperlukan. Kadang-kadang dia diperlukan beberapa hari di
luar negeri pula.
“Kalau mau jadi macam abah, kau mesti banyak membaca. Abah jadi profesor ini
bukan dengan jalan senang. Bukan dengan jalan ringkas. Abah dah lalui berbagai
rintangan,” kata Encik Fazil ingin meyakinkan Samad.
“Kalau kau tak jadi macam abah pun tak mengapa. Tapi abah tak mau kau jadi
macam orang-orang di bawah bukit itu. Abah dah banyak berbelanja kerana kau. Tengok,
dua almari penuh dengan buku dalam bilik itu. Berbagai ilmu ada tersimpan di situ.”
SAMAD membuka kelopak matanya. Tiba-tiba uhaja dia mendapati dirinya
terbaring di atas katil. Seormg perempuan berpakaian serba putih sedang mengelap-
ngelap dahinya. Dia rasa kepalanya sengal-sengal dan pedih. Samad meraba kepalanya.
Sehelai kain putih membungkus kepalanya itu.
“Di mana saya?” tanya Samad, matanya liar memandang sekeliling wad.
“Adik dalam hospital,” kata jururawat yang masih mengelap-ngelap dahinya.
“Kenapa? Kenapa saya dibawa ke mari?”
243
Si jururawat tidak menghiraukan pertanyaan Samad. Dia terus juga mengelap-
ngelap dahi Samad yang lembab itu. Bantal di bawah kepala Samad dibetulkannya.
“Kenapa saya dibawa ke mari?” ulang Samad. Dia memandang tepat muka
jururawat itu.
“Adik dilanggar kereta. Kepala adik luka sedikit. Tapi janganlah adik banyak
bergerak. Nanti darah keluar lagi.”
Samad terdiam. Dia cuba mengingat-ingat peristiwa yang menyebabkannya
terlantar di rumah sakit itu. Petang itu, dia ingin bersiar-siar ke tepi kolam, bekas lombong
hampir kampung haram. Di situ banyak orang memancing ikan bersama kawan-
kawannya. Mungkin pada petang itu pun Mail ada di situ!
Samad masih ingat dia menyeberangi jalan raya. Dia hendak segera ke tepi kolam
itu. Dalam kepalanya pula penuh dengan ingatan terhadap keluarganya. Keluarganya
orang ternama. Orang berada dan lengkap pula dengan kemudahan-kemudahan hidup,
tetapi hatinya terasa terpenjara. Tidak sebebas kawan-kawannya yang sedang
memancing di tepi kolam.
Waktu melintas jalan raya itulah dia disondol oleh sebuah kereta yang meluncur
dengan derasnya dari atas bukit. Mujurlah kereta itu dapat diperlahankan dengan
mengejut apabila menghampiri tubuh Samad. Akan tetapi kereta yang bergerak itu tidak
dapat diberhentikan serta-merta. Tubuh Samad dirempuh juga dan dia terhumban ke tepi
jalan raya.
Samad menunggu waktu melawat dengan jemu. Kata jururawat, pada pukul lima
nanti baharulah para pelawat boleh dibenarkan masuk. Samad segera terkenangkan
abahnya, emaknya dan Makcik Minah.
244
“Mak!” laung Samad bila dilihatnya Encik Fazil dan Puan Salmah muncul di pintu
wad.
Encik Fazil dan Puan Salmah pun mempercepatkan langkah. Mereka meluru ke
katil Samad yang terletak di bahagian tengah wad. Ketika itu banyak pelawat telah masuk
menuju pesakit-pesakit yang hendak dilawati.
“Samad! Ya Allah” Kenapa kau, nak!” seru Puan Salmah yang lekas-lekas
menerpa mendapatkan anaknya. Mukanya kelihatan amat cemas.
“Saya dilanggar kereta, mak,” balas Samad shmbil menahan air jernih yang mulai
menggenang di kelopak mata.
“Macam mana boleh jadi begini?”
“Saya keluar rumah sekejap, mak. Nak ambil angin....”
“Orang degil. Memang begitulah,” potong Encik Fazil pula.
Puan Salmah mendongak memandang suaminya. Dia membantah kata-kata yang
diucapkan oleh Encik Fazil. Memang tidak seharusnya dia berkata begitu kepada
anaknya yang cedera.
“Syukurlah, kau selamat,” ujar Puan Salmah sambil membelai-belai rambut
Samad yang kusut.
Samad membiarkah sahaja emak dan abah memeriksa luka-luka yang terdapat di
kepala dan di kakinya. Mujurlah kecederaan Samad tidak parah. Tetapi kedua ibu
bapanya itu masih belum dapat menghapuskan rasa cemas yang bersarang di dada.
245
Sedang mereka berbual-bual, datang dua orang pelawat lagi. Kedua pelawat itu
terus sahaja menghampiri katil Samad. Samad segera mengenali mereka.
“Mail!” tegur Samad sambil menghulurkan tangan. “Oh, Pakcik pun datang juga.”
Samad dan orang yang dipanggilnya Pakcik itu pun bersalaman.
“Abah, ini Mail, kawan saya. Dan ini, bapa Mail,” ujar Samad memperkenalkan
kedua orang pelawat yang baru tiba itu.
Mereka pun bersalaman pula “Hasan!” terlompat dari bibir Encik Fazil bila
didapatinya orang menjabat tangannya itu dikenalinya.
Mereka berpandangan seketika.
“Engkau Fazil?”
“Ya. Tapi kenapa kau berada di sini?” tanya Encik Fazil yang masih lagi
kehairanan.
“Aku datang nak melawat Samad. Aku yang bawa dia ke mari dengan teksi.”
Encik Fazil terdiam sebentar. Puan Salmah juga tercengang. Mereka tidak
menyangka bahawa Hasan inilah yang membantu Samad ke hospital. Sejurus Iamanya
Encik Fazil tidak berkata apa-apa.
“Ya. Pakcik. Mujurlah bapak ada di situ. Dialah yang selamatkan Samad.” Kata
Mail pula. Encik Fnzil dan Puan Salmah berpaling muka memandang Mail.
Encik Fazil menggeleng-geleng. Dalam hatinya tetap bersyukur anaknya masih
selamat.
246
“Samad.” kata Encik Fazil pula bila suasana agak tenang. “Pakcik kau inilah yang
selamatkan nyawa abah. Masa kecil-kecil dulu abah jatuh ke dalam sungai. Air sungai
dalam dan arusnya deras. Kalau tak ada dia, tentulah abah hanyut."
“Abah sekampung dengan Pakcik?"
Encik Fazil mengangguk.
Encik Fazil menggeleng-geleng lagi. Hasan tersenyum sahaja. Puan Salmah,
Samad dan Mail masing-masing menelinga sahaja mendengar kisah itu. Kisah
pertemuan yang tidak disangka-sangka. Dua sahabat itu menjadi perhatian pula
sekarang.
“Dah lama benar kita tak berjumpa. Engkau tinggal di mana Hasan?"
“Di kampung haram, di bawah bukit itu.”
“Di kampung bawah bukit itu?” tingkah Encik Fazil, benar-benar ingin mengetahui.
“Ya. Kalau senang silakanlah ke rumah,” kata Hasan dengan tersenyum-senyum.
“Baiklah, aku akan pergi. Aku akan pergi,” balas Encik Fazil. Dia mengangguk
berkali-kali.
Samad senyum dan hatinya terasa amat terharu.
247