The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by marlinajpnin, 2020-02-18 05:38:11

Draf Antologi Cerpen Atuk Karya Othman Rasul

DRAF ANTOLOGI CERPEN ATUK_OTHMAN RASUL_PDF

Tengah hari Yasin pulang dari sekolah menghulurkan sepangkuan buku kepada
isterinya yang menunggu di muka pintu. Yasin memberikan senyumnya.

Rogayah tidak membalas senyumnya itu. Dia terus ke meja meletakkan buku-buku
yang disambutnya itu. Kemudian bergegas masuk ke bilik tidur. Sepatah pun dia tidak
berkata-kata kepada Yasin. Perbuatannya itu menyebabkan Yasin berasa sungguh aneh.

Dengan seribu tanda tanya yang berputar-putar di dalam kepala, lalu Yasin pun
pergi mendapatkan Rogayah. Di dalam bilik, di atas katil, dilihatnya Rogayahsedang
menyembamkan muka ke bantal. Dia tersedu-sedu di situ.

"Eh. Yah, kenapa menangis? Apa yang ditangis kan?" tanya Yasin datang
mendekati Rogayah dan duduk memegang bahunya yang tersengok-sengok.

"Gadis-gadis jiran kita itu, bang," kata Rogayah mengangkat kepalanya. Kelihatan
pipinya basah diterjuni air mata.

"Apa halnya?"

"Mereka sindir-sindir Yah. Mereka kata-kata Yah. Mereka pulaukan Yah," kata
Rogayah tersedu-sedu.

"Ah, sudahlah. Biarkan!"

"Yah tak tahan, bang. Yah tak tahan. Yah malu."

"Apa yang disindirnya?" tanya Yasin mula mahu tahu apakah sindiran yang begitu
mengusik hati isterinya itu. Rogayah duduk menjuntaikan kaki. Dia mengesat air matanya
yang menjalur di pipi.

150

"Tadi, waktu Yah membasuh kain di sungai, mereka datang. Mereka sindir-sindir
Yah. Mereka giat-giat Yah. Pedih hati Yah dibuatnya. Rasa nak Yah anyam mulut mereka
itu." .

"Apa kata mereka?"

"Seorang daripada mereka berkata kepada kawannya: Yah tak bermalu.
Merampas kekasih orang. Yah perampas kekasih orang, katanya. Diingatnya Yah ini
apa? " Yasin tersenyum sedikit mendengar keterangan itu.

Di dalam hatinya berkata bahawa inilah seorang perempuan yang tidak tahan
digiat-giat dan disindir-sindir. Terutama jika digiat-giat tentang hal keburukan dan
kerendahan dirinya.

"Habis. diamkan saja cukuplah. Mereka itu memang suka nak berseloroh sebab
Yah orang baru di sini."

"Takkan nak berseloroh macam itu. Kalau dia tak menyentuh peribadi Yah, tak
apalah. Ini dikatanya pulak Yah perampas kekasih orang. Jangan-jangan abang yang
dimaksudkannya sebagai kekasihnya itu?"

"Tolong jangan panjang-panjangkan hal yang macam ini, Yah. Tak baik. Buruk
padahnya nanti."

"Kemudian mereka membasuh kain dekat Yah. Yah cubalah nak campuri; Yah
sampuk bualan mereka. Tapi sedikit pun mereka tak endahkan Yah. Mereka pulaukan
Yah. Macam manalah tak radang hati Yah."

Lalu Yasin pun bangkit daripada duduknya. Dia berjalan ke sana ke mari
berpusing-pusing. Hatinya sudah disarangi kebimbangan mengenangkan hal
ketenteraman isterinya itu.

151

Yasin datang lagi mendekati Rogayah, lalu menarik tangannya, mengajak makan.

"Yah mesti pekakkan telinga saja. Yah mesti pandai mengambil hati mereka.
Campuri mereka. Dan jangan tunjukkan sangat tentang perbezaan diri Yah dengan diri
mereka," kata Yasin mengajar.

"Bagaimana Yah nak mencampuri mereka? Di belakang Yah mereka berkata
bahawa Yah tak layak bercampur gaul dengan mereka kerana kata mereka Yah orang
bandar. Moden. Tak tahu hal masyarakat kampung. Baju Yah tak laku dipakai di sini.
Rambut Yah macam sarang tebuan."

"Ah, sudahlah, Yah! Memang orang perempuan macam itu. Tak hairan. Di mana-
mana pun orang perempuan tak pernah puas. Sentiasa nak mengatasi kaum sejenisnya,"

Malam itu Yasin pulang lewat dari madrasah. Apa bila sampai di halaman,
dilihatnya di dalam rumah masih terang benderang, menandakan Rogayah masih belum
tidur lagi.

"Yah, Yah, buka pintu!" panggil Yasin.

"Siapa?"

"Abang."

Daun pintu direnggangkan. Rogayah mengenjuk dengan pelita di tangan. Di
sebelah tangan lagi terpegang sebilah parang panjang.
.

"Hai, apa pulak ini?" tanya Yasin terkejut demi terpandang parang panjang berjela
itu. "Kenapa abang lambat?"

152

"Ada mesyuarat di madrasah tadi."
"Apa yang abang dapat bermesyuarat itu? Apa guna masuk campur dengan hal
orang-orang di sini. Tak ada untung."
"Hai, apa halnya? Dah pandai cemburu pulak? Di mana belajar?" tanya Yasin
merenung muka Rogayah.
"Abang asyik bermesyuarat dengan orang-orang tua di madrasah saja. Abang
lupakan budak-budak mudanya. Tengah abang bermesyuarat tadi, budak-budak itu
datang ke mari. Mereka jentik-jentik dinding di luar. Mereka jolok-jolok Yah dari bawah
rumah."
Yasin mengelukan lidahnya. Dia tidak harus mempercayai segala aduan isterinya
itu. Yang ada di kepalanya sekarang ialah satu siri rintangan yang merintang-rintang yang
telah ditempohnya semenjak bertugas di kampung itu.
Ketika hendak memejamkan matanya di dalam pelukan suaminya untuk tidur,
Rogayah bertanya: "Bang, bila abang nak ditukarkan dari sini?"
"Bila abang mati."

153

16. TERSINGKIR

Memang dia sedar kedatangannya ke kampung rumah murah itu tidak dikehendaki
sesiapa, kecuali isterinya. Dia tahu dia tidak akan diterima di sini. Hanya isterinya saja
yang bersungguh-sungguh benar mengajaknya tinggal menetap di kampung ini.

“Bang, kita beli sajalah rumah murah tu.”

“Tapi, Putih saya tak pemah merancang nak tinggal di situ.”

“Memang tak pemah abang merancang nak beli rumah. Sekarang apa dah jadi?”

“Sebenamya rancangan saya bukan begitu. Lebih besar dari itu. Tapi, ah . . . tak
berguna lagi . . . ” ia mengeluh.

Burhan memalingkan mukanya keluar tingkap, membiarkan matanya menyoroti
kereta-kereta yang lalulalang. Tak berani lagi dia menentang tepat muka dan mata
isterinya. Tak seperti beberapa tahun lalu yang dipandangnya mata isterinya itu sebagai
batu yang tak berguna saja. Sekarang benar-benar dia telah insaf. Dia telah kembali
kepada dirinya.

Dia terkenang kata-kata Putih yang selalu terluah begini: ltulah abang, masa itu
sedikitpun tak beringat. Cakap saya abang tak umpamakan. Tengok Encik Muin. Encik
Abu dan Encik Mansur, semuanya dah pun berumah batu sendiri. Tak macam kita yang
. . . Masih terdengar lagi kata-kata itu.

Mata Burhan masih lagi tertumpu keluax tingkap rumah sewa mereka yang terletak
betulbetul di persimpangan empat yang setiap waktu sibuk dilalui keretakereta.
Kesibukan dan kebisingan di tempat itu tidak lagi mengganggu fikirannya. Sekarang tidak
lagi dia merungut-rungut pemandu-pemandu yang kadang-kala agak biadap di
persimpangan sibuk itu.

154

“Sekarang barulah kita terpaja-paja. Barulah tau sempitnya dunia,” kata Putih
kesayuan.

Sebuah rumah murah berharga tujuh ribu ringgit. Inilah rumah Burhan danisterinya
bersama anak angkatnya Norma. Sudah dua bulan mereka pindah ke rumah ini. Dan
selama itulah Burhan merasa hidupnya ter singkir. Tidak sedikitpun di hati kecilnya dapat
menerima kehadirannya dalam masyarakat kampung rumah murah itu.

Burhan menghadapi masalah hidup dalam masyarakat kampung rumah murah itu.
Bukan masalah wang untuk membayar rumah, tetapi masalah lain yang selalu
menyengat perasaannya.

“Abang pergilah berjamaah dengan orang-orang tu. Pergilah, bang”

Berjemaah di surau? Itulah rangkaian kata yang benar-benar menyenakkannya.
Hatinya gugup sertamerta apabila mendengar usul Putih itu. Bukan kerana dia baru insaf.
Malah, semenjak beberapa bulan ini dia sentiasa saja menghampiri Tuhan. Dia telah
membeli dan membaca buku-buku agama. Telah beramal siang dan malam mengadap
Tuhan dan memohon ampun kepadanya.

“Tengok Norma. Dia dah mesra dengan orang-orang di sini. Masuk kelas agama,
kursus dakwah. Tapi awak masih belum nak ke surau.”

Terpegun lagi Burhan. Kata-kata isterinya itu semenjak beberapa hari lalu lagi
telah memukulnya. Kegiatan Norma dengan dakwahnya pun telah memukulnya sudah
lama. Bukan dia mengutuk kegiatan dakwah Norma. Bukan dia membantah isterinya
yang setiap malam berjemaah di surau kampung itu. Tapi ada sesuatu yang lebih hebat
dan berat memalu jantungnya. Itulah punca besar yang membentuk sikapnya sekarang.

155

“Abang pergilah. Abang akan diterima. Mereka akan menerima abang,
percayalab,” Putih separuh memujuk menyuruh suaminya itu supaya ke surau juga.

Ketakutan itulah yang menghimpitnya sekarang. Dia takut dia tidak akan diterima.
Dia takut dia akan disingkirkan. Dipencilkan seorang diri di penjuru surau. Terpencil? Ah,
dia telah lama tau, orang-orang yang ditakutinya itu pasti ada di surau itu berjemaah. Ya,
dalam surau pasti ada Pak Hitam, Lebai Mat, Hasyim, Suki, Latif dan ramai lagi. Mereka
tentu menunggu saja ketibaannya . . .

“Awak bukan tak tau, Putih. Mereka yang memusuhi saya dulu ada di situ.
Bagaimana saya nak pergi? Saya tau mereka tentu menunggu saja. Tentu mereka akan
menyerangbalas. Mereka mendendami saya. Mereka akan mengejek dan meludah-ludah
saya nanti.”

Burhan tak sangka betul zaman boleh mengubahnya sedemikan rupa. Dia sering
terkenangkan peristiwa-peristiwa berlalu. Waktu itu dia menjadi seorang pegawai
kerajaan di pejabat daerah. Dia sedar itu kesalahannya. Dia yang mencetuskan
kebencian orang kepadanya. Itulah kesalahan besar yang sampai sekarang sungguh
memsuh dan menyiksanya. Ia merasa tersingkir lagi.

“Selagi abang masih mau duduk bertapa dalam rumah ni, selagi itulah abang akan
dipencilkan orang.”

Burhan terbayang muka Hasyim yang pemah ditengkingnya dalam pejabat.
Sekarang nampak wajah itu menggertupkan gigi geram dengan kedua biji mata yang
memerah.

Burhan terbayangkan muka Lebai Mat yang pemah disakiti hatinya dengan kata-
kata kesat yang mengecewakan di depan kakitangan lain. Sekarang muka itu nampak
keras kejang dan mahu memamahnya sampai lumat.

156

Burhan teringatkan peristiwa dia memarahi pak Itam sebagai orang tua bodoh dan
tak tahu bersopan santun apakala berjumpa seorang pegawai. Sekarang muka itu
kelihatan memijar marah menyeringainya.

Burhan terkenangkan waktu dia mengherdik keras dan kasar akan Suki yang
terlupa mengucapkan “selamat pagi, tuan” waktu masuk biliknya. Sekarang muka itu
nampak berkerut-kerut menggerutu terlalu bumk mahu mengunyahnya bulat-bulat.

Lepas itu terbayang Latif, Sanusi, Daim dan ramai lagi. Semuanya mahu menelan
atau meludahnya dengan wajah jegang dan mata merah. Mereka ini tentu sekarang
sedang berkumpul dalam surau kampung rumah murah itu. Tentu saja mereka sedang
membualkan ha] dirinya. Tentu saja mereka sedang menunggu hendak bertindakbalas,
melepaskan geram yang sekian lama mendesak dada.

Burhan memikirkan gejala buruk ini sudah lama. Tapi apakan dayanya sekarang,
dia sudah lemah, tak berkuasa lagi. Lemah bagai mempulur pisang yang sudah layu
dibakar matahari. Sekarang tidak pernah orang memanggilnya “tuan” lagi. Tidak siapa
lagi yang mahu mengucapkan apa-apa lagi kepadanya. Tiada siapa pun lagi yang
tertunduk-tunduk ketakutén apabila melintas di depannya sekarang.

Kini Burhan hanyalah seorang biasa. Sudah meninggalkan gelaran ‘Datuk Burhan
P.J.K. dan J.P.’nya Tak ada bezanya lagi dengan Pak Itam, Lebai Mat, Hashim, Suki,
Latif dan ramai lagi penduduk kampung rumah murah itu. Dia dikenali sebagai Pak
Burhan saja sekarang. Anak-anak muda memanggilnya ‘kojek’ saja kerana kepalanya
yang berkilau dan perutnya yang masih sedikit gendut.

Waktu mengunyah keledek rebus petang itu dengan isterinya, Burhan teringatkan
Norma yang tidak ada bersama.

“Mana Norma?”

157

“Ke surau.”

“Apa dibuatnya lagi?”

“Kan petang ini kaum perempuan berkumpul nak adakan kelas berzanji. Normalah
dilantik jadi setiausahanya.”

Burhan mengangguk saja. Dia mengunyah dan menghirup kopinya.

“Abang tak dijemput Encik Latif?” tanya Putih.

Burhan tidak berkata apa-apa. Kedua matanya saja terkelip-kelip. Encik Latif
pernah jadi kerani di bawahnya semasa di pejabat dulu. Tapi sudah bersara tiga tahun
lalu. “Petang esok dia kenduri aruah nak ke tanah suci. Abang tak dijemputnya?"

Burhan masih lagi mengunyah. Lagi dia terbayangkan Latif, bekas kerani
pejabatnyn itu. Orangnya lurus dan tidak banyak bercakap. Tetapi selalu dimarahnya di
depan kakitangan-kakitangan lain. Dia tahu Latif tersinggung dengan perbuatannya itu.
Tapi Burhan monganggap tindakan serupa itu adalah sebahagian dari tugasnya sebagai
seorang pegawai.

“Dia jemput saya, tapi . . . "

"Abang itulah. Dah ada seorang berdua yang mangenang abang. tapi abang
berdegil juga. Abang nak berlagak macam pegawai juga. Macam dulu juga.”

“Awak tak faham, Putih. Bukannya kerana saya dulu seorang pegawai, tapi di
rumah Latif tu . . . mereka yang mendendam saya itu tentu dijemput sama. Macam mana
nak menentang muka mereka? Macam mana nak mendekati mereka? Macam mana
saya nak berbualnbual dengan mereka? Mereka tentu menunggu saja. Mereka tentu
hendak membidas saya di depan orang jemputan. Saya akan mereka keji dan cerca

158

secukupnya sampai saya benar-benar malu." Burhan terbayangkan kembali muka Lebai
Mat, Pak Itam, Suki, Latif dan ramai lagi. Mereka tentu menunggu saja untuk
membasuhnya. Memang ini giliran mereka pula hendak memberi malu di depan
khalayak. Alangkah pucat dan pedihnya nanti kalau pergi juga.

“Fikir abang saja begitu, tapi abang belum pergi kepada mereka.”

“Saya takut, Putih.”

“Takut? Heh, kan mereka yang takutkan abang dulu ?” Putih menyindir tajam,
menusuk ke ulu hatinya.

Burhan menahan marahnya. Dia tau Putih memulangkan paku buah keras.
Memang isterinya dari dulu lagi sentiasa memberi ingatan. Jangan takbur dan angkuh.
Orang akan benci. Apalah ertinya keangkuhan? Bukankah manusia itu sama saja
dilahirkan? Bukankah kelahiran itu datangnya dari tempat yang paling hina?

Sekarang Burhan selalu teringatkan ingatan isterinya itu. Entah dari sumber mana
Putih mendapat kata-kata bermakna itu, dia kurang pasti. Mungkin dari Ustaz Sehak yang
memberi kuliah subuh di surau. Atau mungkin dari salah sebuah buku pengetahuan
agama yang dibelinya. Atau mungkin juga dia pemah mendengamya menerusi siaran
radio. Masih lagi dia tidak pasti.

“Putih, bukan awak tak tahu. Saya bukan macam dulu lagi.”

“Benar kata abang tu. Dulu abang berkuasa,” kata lagi Putih menyindir.

“Saya dah insaf. Tapi mengapa mereka masih memandang sepi terhadap saya?
Bila bertembung mereka tak mau menegur sapa saya lagi.”

159

“Mungkin mereka marah kerana abang tak ke surau: Tak mau campur hal mereka.
Mungkin juga mereka fikir abang masih macam dulu juga.”

“Tapi perbuatan mereka tu salah, kan?”

“Bagaimana kalau mereka nak menyedarkan abang?”

“Tapi mereka mendendam saya. Percayalah. Bukankah dendam-mendendam itu
dicela disisi hukum Tuhan?”

“Benar, tapi abang mesti bergaul dengan mereka. Barulah tau benar tidaknya
mereka mendendam abang. Tak boleh menuduh buta tuli saja. Tuhan murka kalau kita
menaruh prasangka yang bukan-bukan.”

Terdiam lagi Burhan. Kata-kata isterinya yang memalu jantungnya itu kian halus
dan tajam terasa menyelinap manuk akalnya. Mungkin benar mereka memusuhi aku
kerana aku tak pernah menghormati mereka. Mungkin benar mereka menolak
kehadiranku di kampung rumah murah ini kerana kesombonganku ketika menjadi
pegawai dulu. Atau mungkin benar mereka memalingkan muka dariku kerana aku
memencilkan diri dari mereka.

Memang Burhan sudah kembali kepada dirinya sekarang. Semasa menjadi
pegawai dulu bukan pula dia lupa kepada Tuhan. Tidak. Memang semenjak kecil dulu
lagi dia sedar dia seorang Islam. Tak pernah makan babi. Tak pernah sentuh bulu anjing.
Dia tidak membunuh dan tidak merogol. Burhan tau sedari kecil perbuatan demikian itu
memang haram hukumnya. Dia tahu akan erti pahala dan dosa. Dia tahu akan perbuatan
terlarang dan yang diperintahkan Allah. Segalanya itu dia arif benar. Dia membaca dan
mendengarnya selalu akan suruhan dan larangan Tuhan. Memang dia mengaku dia
seorang Islam . . .

160

Tapi dia mulai melupakan kewajipannya. Waktu menjadi kerani dulu pernah juga
dia sekali-sekala ke surau mendengar syarahan agama. Tapi semenjak jadi pegawai dia
mulai sibuk dengan urusan. Tidak sempat lagi mengaji agama dengan tuan guru di surau.
Urusan pejabat dan tugas-tugas lain hampir menenggelaminya pula.

Kenalan mulai kian bertambah. Hubungan makin subur dengan orang-orang yang
agak boleh berkira bicara. Taukeh-taukeh dan pemborong-pemborong mulai menyusul
seorang demi seorang mengetuk pintu berspring biliknya. Dia sudah tahu memilih orang-
orang yang boleh mengenyangkan. Perut Burhan kian membuncit dan keretanya sudah
bertukar panjang menjalar.

Putih hampir dilupakannya. Jadual hariannya sudah berubah. Dia lebih lama di
luar daripada di rumah. Waktu malam, mengunjungi kelab malam atau bar. Masa
semakin menghanyutkannya, clan bibir sudah lama tidak menyebut nama Tuhan lagi.

Sementara itu dia diekori oleh pegawai B.S.N. Dia disiasat dan didapati bersalah
kerana terlibat dalam rasuah. Jawatannya terlucut, bintangnya luruh, lalu meringkuklah
dia di penjara selama enam bulan. Tapi Burhan tahu siapa orangnya yang melaporkan
ke B.S.N. itu.

Cuaca hari itu amat garang dengan matahari petangnya menjunam ke halaman
rumah Burban. Ia sedang mencangkul-cangkul menggemburkan tanah hitam yang
menyuburkan pohon-pohon cili, terung dan bendi di bahagian rusuk rumahnya. Peluhnya
memercik, mengalir dari kening, tengkuk dan perutnya yang sedikit memboyot dan
kendur itu.

Norma baru balik dengan basikalnya. Dia mendekati ayahnya yang masih
terbongkok-bongkok tekun itu.

“Ayah. ini surat dari Pak Tam.”

161

“Pak Tam?” sambil meluruskan pinggangnya.

“Ya, Pak Tam. Dia setiausaha jawatankuasa surau kita.”

Burhan membuka surat yang agak kemas lipatannya itu. Surat itu ringkas saja
isinya. bertulis jawi yang indah. Terperanjat juga din membacanya. Dengan segala
hormamya tuan dijemput ke surau malam ini kerana hal yang di atas. Burhan selesai
membacanya senafas saja. Din tercungap.

Burhan menggaru kepala botaknya sambil memerhati Norma yang pergi
menyorong basikalnya ke belakang rumah.Dia meletakkan cangkul lalu bergerak ke
tangga. Din bertenggek di atas mlah mm anak tangga itu sambal merenung lagi surat
kecil yang masih tersepit di jarinya. Putih terjengah di muka pintu tiba-tiba.

“Surat apa tu?” mata Putih terpaut pada kertas biru di tangan Burhan.

“Surat dari Pak Itam.

“Abang dijemput ke majlis mesyuarat tu?”

“Ya.”

“Ha, tengok, mereka dah memerlukan abang sekarang.”

“Kenapa mereka memerlukan saya? Kan saya disingkirkan?” sinis ia berkata
sambil mendongak kepada isterinya itu.

“Abang mereka perlukan. Mereka tentu berkehendakkan fikiran abang.”

“Kenapa mesti saya?”

162

“Kerana abang boleh memberi fikiran. Mereka bukan tak tau abang pemah
mentadbir. Tentu mereka fikir abang sangat berfaedah.”

Burhan terdiam sebentar. Dia menghapuskan kesan peluh yang mengilatkan dahi
dan kepalanya. Dia tahu benar isterinya itu memang memandang berat akan pasang
surut hidupnya. Sejak akhir-akhir ini baru Burhan mengenal akan kesetiaan dan
ketinggian budi isterinya itu. Sanggup mengharung gelombang samudra dari tepian ke
tepian bersamanya.

“Betulkah mereka memerlukan saya?” Burhan meragukan surat itu.

“Apa abang masih tak percaya?”

“Entahlah, tapi . . .

“Tapi, abang masih takut bukan?”

Burhan membatu lagi. Hatinya berdebar semula.

“Abang takm pada mereka?” ulang Putih.

Burhan mengangguk. Dia masih belum dapat menghilangkan ketakutan itu. Puaslah dia
menepis-nepis ingatan-ingatan yang bermain dalam kepalanya. Wajahwajah Lebai Mat,
Pak Itam, Suki, Hasyim, Latif dan ramai lagi itu masih jelas bagai di layar putih di ruang
matanya. Bukankah mereka itu yang melaporkan saya kepada B.S.N. dulu? Terlintas
pula ingatan itu di kepalanya sekarang.

Tapi itu kisah yang sudah berlalu. Mereka tentu sudah senang hati. Dan saya telah
dihukum. Tidak berfaedah lagi mengingat-ingat akan hal itu. Saya sudah insaf. Sudah
kembali kepada diri saya. Sedang kembali mengingat Allah. Amat dilarang membalas
dendam.

163

“Saya fikir mereka masih mendendam saya, Putih.”

“Dah berapa lama abang berfikir begitu?”

“Kalau tidak, mengapa dijemput saya ke surau? Tentu mereka nak mengajar saya.
Tentu mereka menunggu saja kedatangan saya tu nak melepaskan dendam.”

“Kita baru tiga bulan tinggal di sini dan abang telah menaruh perasaan yang
bukan-bukan kepada orang-orang di sini. Tuhan murka.”

Lagi Burhan merasa hatinya terpalu oleh kata-kata Putih itu. Bagaimanapun dia
tak menampakkan kejengkelannya.

“Kalau saya pergi juga, apa akan mereka buat kepada saya?”

“Tidak apa-apa,” Putih meyakinkan lagi. “Apa abang takut pada manusia?”

Burhan tidak mengangguk lagi. Sebenamya dia hen-dak menjawab bahawa dia
bukan takutkan Tuhan. Dia takut pada perbuatannya sendiri. Kesalahannya yang telah
lalu itulah membuat dia sampai sekarang merasa sakit. Kesalahan itulah juga membuat
dia merasa tersingkir. ”

“Tapi, Putih, maukah mereka memaafkan saya?

“Selagi abang tak ke surau selagi itulah abang bdrfikir begitu. Dan selagi itulah
abang merasa takut.”

“Tapi, dosa saya pada mereka, besar, Putih. Saya telah menganiya mereka. Hidup
mereka, anak isteri mereka, dan . . . ” Burhan tiba-tiba kehilangan kata-kata. Dia berasa

164

sedih benar. Dia menghela nafasnya panjangpanjang dan menghembuskannya. “Aku
akan ke surau malam ini,” parau suaranya.

Menjelang maghrib Burhan sudah siap mandi dan berpakaian. Dia memakai baju
teluk belanga kuning lumpur, berpelikat biasa dan berketayap putih yang masih keras.
Duduk berehat di atas kerusi rotan sambil menyedut dalam-dalam paip kenangan ketika
menjadi pegawai dulu.

“Assalamualaikum!” satu suara serak menyapa di luar.

“Alaikumsalam!”

Burhan bergegas ke serambi, menjenguk ke bawah.

“Oh, Lebai Mat! Silakan naik.”

Burhan menyambut dengan hormat di muka pintu. Hatinya mulai berdebar-debar
dan tertanya-tanya. Apakah tujuan Lebai Mat datang petang-petang begini? Dia masih
ingat, pemah mengecewakan hati Lebai Mat waktu memohon tanah kerajaan dulu. Dia
bukan saja dikecewakan bahkan disindir tajam di depan orang lain.

Burhan mempersilakan Lebai Mat duduk setelah bersalaman. Putih
menjengukkan muka sekejap, kemudian menghilang ke dapur semula.

“Saya baru saja dapat tau yang tuan tinggal di kampung ini.”

Burhan rasa tersindir juga bila dia dipanggil ‘tuan’. Tapi mungkin Lebai Mat ikhlas
dan hendak menunjukkan budi bahasanya.

“Ya, saya baru tiga bulan diam di sini.”

165

“Tapi dah lama benar saya tak nampak tuan.”

“Benar, Lebai. Saya selalu uzur . . . ” Sebenamya Burhan sukar benar hendak
menjawab soalan itu. Dibiarkannya suasana sepi seketika.

“Tuan, tujuan saya datang ni hendak menjemput tuan ke surau malam ini. Kita
akan bermesyuarat, hendak memutuskan beberapa perkara. Jadi, kami fikir tentu tuan
boleh beri fikiran dan nasihat. Kami ni maklum sajalah . . . ”

“Terima kasih, Lebai, kerana jemputan itu. Tapi, pikiran saya ni apalah sangat.
Saya orang tua. Kan ramai yang muda-muda di sini yang berkebolehan.”

“Tapi, tuan, budak-budak muda itu pemarah benar. Sedikit kena bangkang dah
merajuk.”

Perbualan mereka makin rancak dan lancar. Melaratlarat hingga menyentuh kisah
lama. Sesekali Lebai Mat tertawa terbahak. Burhan tersengih memanjang dan sesekali
tersentuh juga hatinya. Putih keluar membawa hidangan lalu mereka pun minum.

“Kami tunggu juga tuan di surau, tapi . . . ” cetus Lebai Mat tertawa.

“Bukan saya tak mau ke surau tu, Lebai, tapi . . . ”

“Tuan uzur?”

“Hmmm, lebih baik saya berterus-terang, lebai.”

“Apa yang hendak tuan terus-terangkan tu? Apa tuan masih nak kenang peristiwa
lama? Kan itu perkara dunia,” Lebai Mat seolah-olah dapat membaca air muka Burhan
sambil tersenyum-senyum menampakkan giginya yang masih tinggal beberapa batang.

166

“Benar, Lebai, itu perkara dunia. Tapi dunia inilah yang mencelakakan saya. Dan
dunia inilah juga yang mengajar saya.”

“Saya tidak menyangkal pendapat tuan itu. Memang dunia ini dijadikan begitu oleh
Tuhan. Tapi terserahlah kepada manusia menilainya. Kan otak kita ni satu alat yang
paling istimewa kumiaan Tuhan? Alangkah amat berfaedahnya kalau otak manusia itu
digunakan sepanjang waktu untuk mengawal diri?”

“Saya akui pendapat Lebai tu. Tapi manusia ini juga yang lemah. Kadang-kala
saya sendiri pun macam tak percaya kepada diri sendiri. Otak yang saya miliki ini pun
kadang-kadang tak dapat bekerja seperti maksud Lebai itu.”

Lebai Mat tertawa besar. Dia tahu Burhan hendak mengendurkan keseriusan yang
nampak kian jelas pada muka dan tutur katanya. Burhan tak menyangka pula Lebai Mat
yang pemah dianggapnya bodoh di pejabat dulu rupanya bukan demikian. Malah
sekarang dia kagum dengan hujah-hujah Lebai Mat yang menyenak ke otaknya.

“Kita lupakan saja perkara yang sudah tu, tuan.”

“Betul, Lebai. Saya dan Lebai boleh melupakannya. Tapi bagaimana pula dengan
yang lain-lain tu?”

Lebai Mat tertawa kecil, bertali-tali. Perasaan Burhan tak menentu sebentar. Dia
gugup. Berdebar sedikit dadanya.

“Janganlah tuan menyimpan apa-apa syak lagi. Kami sudah pun sepakat di surau.
Pendeknya sedangkan Nabi lagi mengampunkan umatnya.”

“Jadi, mereka memaafkan saya?”

Leba Mat tersenyum sambal mengangguk penuh yakin.

167

“Lapang dada saya, Lebai, ” kata Burhan sambal geleng-geleng kepala mengurut
dadanya.

“Barangkali tuan menyangka yang bukan-bukan terhadap kami agaknya selama
ini.”

“Benar, Lebai,” Burhan mengangguk lagi. “Saya fikir saya akan terus disingkirkan
orang. Saya fikir tentu orang mendendami saya lagi.”

Lebai Mat mau melupakan saja perkara itu. Lalu ia pun mendendami saya lagi.”
Ketenangan senja itu terkocak oleh alunan suara azan Maghrib dari pembesar
suara surau. Burhan kenal benar akan suara yang melambai-lambai itu. Suaranya lunak
dan sedap mengalun. Itulah suara dari lidah Pak Itam yang pernah dihinyanya kerana
tidak tahu bertutur dengan baik semasa menemuinya di pejabat dulu.

168

17. KETAKUTAN

Pagi yang direnjis renyai, sejuknya menusuk tulang, aku barn saja selesai menunaikan
fardu subuh. Telekung dilipat dan disidaikan baik-baik. Hati terasa lapang sedikit kerana
tanggungjawab sudah disempurnakan. Perintah Tuhan sudah ditunaikan.

Tapi, di bilik sebelah aku dengar dengkur ayah. Ayah masih mendengkur,
bergulung di bawah selimut tebalnya. Enak dengan hangat dari suhu badannya sendiri.
Di luar renyai hujan masih berkemerabai turun. Semakin kasar dan tajam menjunam ke
bumi.

Dan ayahku masih juga mendengkur. Tadi sudah dua kali kukejutkan ia: Ayah dah
subuh. Ayah, dah subuh. Tapi kejutan itu tidak diendahkan. Ayah terus juga mendengkur.
Matanya masih juga terpejam erat. Terlalu letih barangkali ayah kerana kelewatannya
pulang malam tadi.

Ya, Allah, kembalikanlah ayahku seperti sediakala.

Aku berdoa panjang tadi. Dalam titis air mata, aku mengenang nasib yang
menimpa diriku juga. Lagi aku tunduk dan menghambakan diri padaMu, ya Allah.
Kembalikanlah ayahku seperti sediakala. Aku ingin melihat tali yang putus itu
bersambung semula. Sudah putuskah tali itu?

Benar-benar aku dalam ketakutan sekarang. Ketakutan yang kini menyelubung
dan menjerut seluruh badan. Dalam tennangu aku cuba juga mengumpulkan kekuaum
dalam diri. Berikan padaku kekuatan itu ya, Allah.

Kematian ibulah yang menyebabkan punca ketakutanku. Dari saat ituluh kulihat
ayah suduh tergelincir jauh dari landasan suci itu. Dari semenjak itulah ayuh sudah
menyeleweng ke persimpangan jalan yang wk kuduga. Akan lebih jauhkah ayah akan

169

menyimpang? Semakin difikir semakin ganas ketakutan itu menyerang. Semakin
direnung semakin berat ketakutan itu menyerkup datang.

“Zaleha, kalau kau nak minum, aimya dah siap atas meja.“ Makcik Diah menjenguk
di pintu kamar. Mukanya bersih dan jujur.

“Kita minum sama, Makcik."

Makcik Diah, orang gaji yang setia itu merenung legat padaku. Dia bersetuju.
Minumlah kami semeja di dapur. Kopi panas itu kuhirup saja tanpa mengusik kuih-muih
yang disediakan oleh Makcik Diah. Fikiran masih melayang dan ketakutan masih
menguasai perasaan.

Ketakutan itulah yang membuat aku kadang-kala lupa pada diri sendiri. Aku takut
pada tindakan ayab seterusnya. Aku takut. Aku takut pada diri sendiri. Dan aku takut
pada Tuhan!

Apakah yang kutakutkan?

Makcik Diah bukan orangnya yang tidak mengerti akan hal yang berlaku. Sudah
dua puluh tahun Makcik Dian bekerja di rumahku. Ia pandai memasak dan mengurus
rumah. Dan hari-hari kami makan air tangannya itu. “Makanlah, Zaleha. Makcik lihat
badan kau dah susut.” Aku cuba mengunyah sepotong kuih. Tapi kuih yang baru kutelan
itu pun tak dapat menghapus ketakutanku. Malah air yang kuminum itu pun tidak dapat
melenyapkan perasaan yang kacau.

“Jangan kau susah hati lagi, Zaleha. Sebentar saja ayah kau akan berperangai
begitu. Nanti dia akan kembali seperti dulu. Hanya hatinya saja sekarang belum
tenteram.”

170

Aku tahu Makcik Diah memang mengambil berat segala hal yang berlaku di sekitar
keluargaku. Sungguhpun ia hanya orang gaji kami, tapi setiap riak dan alun yang
menggulung dalam arus hidup keluargaku diambil beratnya. Memang dia seorang janda
yang tak punya anak dan tak punya keluarga yang rapat. Tapi kebajikannya kepada kami
membuat kami menganggapnya salah seorang anggota keluarga kami juga.

Dan aku sendiri terhutang budi kepada Makcik Diah. Dialah yang mengajar aku
mengaji Quran. Lalu aku pemah diangkat sebagai johan pertandingan membaca Al-
Quran sekolah dulu. Dialah yang giat mengajar aku sembahyang. Lalu sembahyanglah
aku seperti orang-orang Islam lain. Lantas sembahyanglah kami termasuk ayahku juga.

“Takkan sampai hati ayah kau berbuat begitu,” Makcik Diah hendak
menghapuskan ketakutanku.

Aku tunduk, mata terkelip-kelip, lalu teresak-esak. Bahuku yang bergoncang
dipegang oleh Makcik Diah.

“Makcik tahu, ayah kau hanya kusut fikiran. Bila tenang nanti tentu dia akan
berbalik ke pangkal jalan. Makanlah, Zaleha. Badan kau dah susut benar. Nanti kau
sakit.”

“Ayah dah banyak berubah, Makcik. Dulu sembahyang, sekarang tidak. Dulu ayah
tak pemah sentuh minuman itu. Tapi sekarang tiap malam bila pulang mulutnya berbau
minuman itu. Dulu dia di rumah saja menghabiskan malamnya. Tapi sekarang ayah di
kelab sampai pagi.”

Makcik Diah menggeleng-geleng. Aku mengesat a mata untuk kesekian kalinya.
Hati di dalam turut men: ngis. Tangisanku ini benar-benar berlagu ketakutan dan
kebimbangan. Badan terasa bagai terapung dilambung-lambung kegelisahan yang
mencemaskan itu. Bibir Makcik Diah sudah kering menasihatiku. Tapi bekasnya tidak
kurasakan. Malah ketakutan yang menghantu itu juga yang datang bertalu-talu.

171

Kalau ibu masih hidup segalanya ini tidak akan berlaku. Arus hidup keluargaku
akan mengalir aman dan tenang. Aku akan terus hidup bahagia dengan segala
kemewahan keluarga. Harta kekayaan ayahku sendiri sudah menjamin kebahagiaan di
samping beribadat.

Tapi ibu sudah pergi tiga bulan Ialu. Kehilangannya inilah yang meributkan hidup
dalam keluarga. Tiba-tiba saja ayah berubah perangai. Dari seorang yang menyembah
Tuhan menjadi seorang yang melupakanNya. Dari seorang yang mentaati ajaran Islam
menjadi seorang yang tidak menghiraukannya Iagi.

Makcik Diah bukan orangnya yang tidak memahami sejarah keluargaku. Ayah
datang dan keluarga Tionghua. Ibu, orang Melayu turunan Sumatera Barat yang sudah
lama menetap di negara ini. Tuhan telah memperjodohkan ayah dan ibu bersebab cinta
sama cinta. Lalu lahirlah aku ke dunia ini sebagai zuriat orang Islam. Dan besarlah aku
di bawab naungan mereka. Diberilah aku pelajaran seperlunya bingga ke peringkat
universiti.

“Percayalah, Zaleha. Takkan sebodoh itu ayah kau mengambil sikap. Kaulah satu-
satunya anaknya. Takkan saggup dia menghancurkan hati kau.”

“Tapi, Makcik, ayah mungkin akan hilang pertimbangan. Tengok Ai Lian, dua
pupunya itu. Selalu benar dia datang menemui ayah. Selalu benar dia mengumpan ayah
sekarang. Saya takut ayah dapat diperdayakannya. Saya takut ayah akan
mengahwininya.”

Kalau ayah kahwin dengan dua pupunya itu sudah tentu ayah akan melucutkan
agamanya. Sudah tentu ayah akan beralah. Kerana penentangan dari keluarga ayah
terhadap pengislamannya dulu pun amat hebat. Dan aku berani bertaruh bahawa Ai Lian
yang selalu mengunjungi ayah itu pasti dapat mengheret ayah keluar agamanya. Ai Lian
terkenal dengan cantiknya. Pemah menyandang ratu beberapa kali dalam pertandingan

172

merebut ratu cantik. Dan setiap kali ia datang ziarah ayah di rumahku ia akan berpakaian
menjolok mata. Aku amat benci melihatnya.

Kalau ayah ditakdir kahwin dengan wanita gatal itu? Ah, sudah barang tentu ayah
akan sekuali dan sehidangan makan dengannya. Ayah akan makan babi semula. Ayah
akan makan sup katak dan entah apa-apa lagi. Ayah akan dapat anak yang akan tidak
lagi turunan Islam.

Dan aku ini bagaimana? Oh, Tuhan! HambaMu mohon janganlah ditakdirkan
begitu. Aku takut. Aku bimbang. Berkecai semua urat nadiku memikirkan semua ini.

“Kau ni, Zaleha, selalu benar memikirkan perkara yang bukan-bukan. Makcik tahu
kau mengikat diri kau sendiri. Makcik tahu kau menakut-nakutkan diri kau sendiri dengan
andaian-andaian kau,” Makcik Diah setiap kali berkata demikian akan merenung dalam-
dalam ke anak mataku. Aku tahu dia ikhlas.

“Kemungkinan berlakunya tak dapat dinafikan, Makcik.”

“Itulah Makcik selalu bilang jangan terlalu melayan pikiran. Kepala kita ni tempat
mainan syaitan. Apa yang harus kau buat ialah bersabar. Jangan lupa kepada Tuhan.
Jangan alpa sesaat pun kepadaNya. Hanya dengan berbuat demikian pikiran kau akan
tenang.”

Demikian Makcik Diah memberi aku ingat selalu. Demikian ia mengajarku sedari
kecil lagi. Tunduklah aku beberapa ketika mendengar nasihatnya itu. Aku mengerti
Makcik Diah bukan orangnya yang suka melihat orang lain jadi jahanam. Dan masakan
aku belum mengerti pula bahawa Tuhan itu berserta dengan orang yang sabar
menghadapi apa juga cubaan dan rintangan hidup.

Sekarang tiba lagi cubaan Tuhan itu kepada hambaNya. Aku tertidur di bangku
panjang menunggu ayah. Lewat malam itu ayah pulang dihantar oleh sahabat

173

sepemiagaannya. Ayah mabuk agaknya. Ayah berjalan hoyong-hayang dipapah oleh
temannya itu. Mulut ayah bau arak. Seisi ruang itu sudah bau arah. Lalu kupimpin ayah
dan kududukkan ia di atas kerusi panjang. Air mata sudah terasa mengalir panas di pipi.
Hati di dalam sudah sebak.

Ayah mulai merepek, meracau dan tertawa gila. Tersedu dan meracau lgi.

“Mana Makcik Diah kau?” suara ayah longgar dan meleweh.

Aku tidak kuasa menjawab kerana ayah mabuk. Ayah tidak siuman. Orang yang
tidak siuman bercakap yang bukan-bukan. Aku hendak ke dapur saja mendapatkan
segelas air limau kapas. Dengan segelas air limau kapas masam itu ayah akan siuman
semula.

“Mana Makcik Diah kau?” bentak ayah. Matanya merah menyerlah menghalaku.
Rambutnya kusut-masai.

“Dia dalam biliknya,” jawabku dengan perlahan.

“Pergi panggil.”

“Dia tengah tidur.”

“Bangunkan.”

Aku kecut lalu bergegas ke bilik Makcik Diah. Kuketuk pintu dan kubangunkan dia.
Aku berlari ke dapur menyediakan air limau kapas masam. Sebentar kemudian kami
sudah berada tercegat di depan ayah. Air limau yang kuhulur digogoknya. Tapi matanya
yang merah saga itu terus merenung dan merenung kami bergilir-gilir. Badan ayah
kelihatan begitu letih. Tapi dalam keadaan demikian ia cuba mengumpulkan tenaga untuk
meluahkan sesuatu kepada kami berdua.

174

“Kau orang tau mengapa aku buat begini? Kau orang mengerti kenapa aku jadi
begini?” suara ayah masih longgar melewih dan sesekali tersedu.

Makcik Diah tunduk. Ayah yang berwajah kusut itu kurenung juga melalui air mata
yang menggenang.

“Jangan kau berdua tak mengerti. Aku buat begini kerana hendak hapuskan
rungsing dan rindu. Kematian ibu kau, Zaleha memabukkan aku. Semenjak dia pergi hati
aku luluh. Dan hanya dengan berbuat begini aku dapat melupakan ibu kau sekejap,” ayah
tersedu lagi. Sendawa. Bau arak masih semerbak dalam ruang.

Selamanya aku dapat memahami keluhuran cinta ayah terhadap ibu. Sepanjang
hayatnya ibukulah tempat ayah menumpukan kasih sayang. “Tapi perbuatan ayah ini
berdosa. Ayah bukan tak tau,” suaraku cepat menerkam.

Ayah menggeleng. Menggeleng lagi ia seperti hujahku tadi tidak dapat diterimanya
langsung.

“Encik harus bersabar, encik. Bersabar itu sebaik-baiknya. Setiap yang hidup akan
mati. Ini memang kehendak Tuhan . . . ” Makcik Diah pula menghambup kan suaranya
terketar-ketar.

Ayah tenawa saja sambil menggeleng-geleng lagi.

“Cuba lihat tubuh badan aku ini. Sudah kurus bukan? Kurus menahan sabar. Kau
orang harus mengerti. Kau berdua mesti mengerti! Aku minum untuk hilangkan rungsing.
Aku ke kalab-kelab malam untuk hapuskan rindu pada Zaitun.”

“Tapi perbuatan ayah ini tetap dikutuk Tuhan. Tuhan benci pada orang yang tak
dapat menguasai fikiran dan diri. Ayah tau bukan?”

175

Ayah terdiam. Dia terbatuk dan tersedu.

“Leha fikir ayah boleh tenangkan fikiran dengan mengingati Tuhan. Ayah boleh
tenteramkan perasaan dengan sembahyang.”

Ayah mendongak. Matanya masih merah merenungku. Kemudian pandangannya
dialih kepada Makcik Diah. Makcik Diah mengangguk-angguk.

“Kalau ayah ke masjid, dada ayah akan berasa lapang dari jika ayah ke kelab
malam.”

Ayah merenungku lagi. lepas itu merenung Makcik Diah pula. Makcik Diah
mengangguk-angguk lagi.

Ayah menekup matanya. Rupanya dia menangis. Lalu ia pun mengongoi tiba-tiba
macam budak. Dan kami tinggalkan ayah di situ.

Ai Lian datang lagi petang itu. Dan aku bertambah takut. Ketakutanku bukan
kerana memikirkan ayah akan terpikat lalu mencurahkan hartanya kepada gadis itu.
Sebenamya harta padaku tidak bermakna lagi. Yang aku takut Ai Lian akan mengheret
ayah keluar agamanya. Benar-benar aku takut kalau ayah kahwin gadis kafir Tionghua
itu. Apakah akan jadi akhimya.

Bukan aku takut beribu tiri. Malah aku senang kalau ayah cepat kahwin. Aku mahu
lihat ayah kembali ke pangkal jalan. Aku gembira kalau ayah kahwin sekarang
sebenamya. Tapi biarlah kahwin dengan perempuan Islam.

Ia memakai skirt pendek merah pinang masak. Rambutnya yang terhurai itu
sengaja digerbangkannya begitu. Percayalah, lelaki mana pun akan terpempan
memandang Ai Lian berpakaian begitu. Tapi mataku ini amat meluat memandangnya.

176

Hatiku radang bukan kepalang kalau ia datang ke rumahku dengan pakaian yang
menjolok mata.

“Ayah kau ada di dalam?” tegumya bila melihat aku berdiri dekat pintu.

“Ada.”

“Saya nak bertemunya.”

“Boleh. Tapi nanti; ayah sedang mandi.”

“Terima kasih.”

Gadis yang kubenci itu lalu mengambil tempatnya di ruang tamu. Aku
menjelingnya saja dengan ekor mata.

Memang dia seorang yang beradab sopan. Tidak sombong pula kepadaku. Setiap
kali ia datang ke rumahku akan kelihatanlah ramah mesranya. Dan inilah yang
menambah ketakutanku lagi. Dasar seorang perempuan yang mahu memikat hati lelaki
haruslah menunjukkan watak-watak demikian. Senjata yang aku pasti dapat
menundukkan ayah sudah ada pada gadis kafir Tionghua itu. Bila-bila saja ia akan dapat
menguasai jiwa ayahku.

“Ayah kau itu perlu ditenangkan pikirannya," kata Ai Lian. “Saya nampak jiwa ayah
kau itu hampir akan kosong. Saya takut pikirannya akan terganggu. Saya takut
pemiagaannya akan terjejas pulak.”

Dengan apakah Ai Lian akan menenangkan fikiran ayah? Dengan kembali
menyembah Tok Pekongnya akan mententeramkan jiwa ayah? Takutku bertambah galak
datang menghempap hati.

177

“Sudah puas kami nasihatkan dia. Sudah puas kami suruh dia bersabar. Tapi ayah
degil.”

“Memang dia benar-benar merasakan kehilangan ibu kau. Kematian tiba-tiba ibu
kau membuat dia betul-betul bingung.”

Sudah disebut-sebutkannya pula ibuku. Dia bukan tidak tahu ibuku sudah
meninggal. Dia bukan tidak tahu ibuku yang tiba-tiba saja menemui Tuhannya bersebab
darah tinggi. Dia bukan tidak tahu bahawa segala yang berlaku berpunca dari kematian
ibuku. Ah, dasamya yang mau menggantikan tempat ibuku! Jelas benar ia mau
mengahwini ayah.

Kedatangannya petang itu benar-benar menjelaskan maksudnya hendak memiliki
ayahku. Jelas dia mau takluk seluruh jiwa ayah. Gadis kafir ini hams dihalau saja keluar
dari rumah. Dia akan terus memujuk ayah. Dia akan terus memikat ayah. Dia akan
mengahwini ayah. Ayah akan kahwin gadis kafir kutukan Tuhan ini. Ayah akan
menyembah Tok Pekongnya. Pemeluk-pemeluk agamaku akan mengeji dan mengejek.
Aku akan jadi bahan gossip di kalangan teman-temanku di kampus apabila kembali nanti.
Dan mungkinkah masyarakat akan menyingkirkan aku pula?

Hati ini belum dapat ditenangkan walau dengan bersabar sekalipun. Gadis kafir
Tionghua yang duduk di depanku ini benar-benar membimbangkan. la datang di petang-
petang yang nyaman ini untuk bertemu dengan ayah. Ia datang hendak mengajak ayah
keluar menghirup petang bersamanya. Katanya hendak mementeramkan hati ayah.
Hendak mengubat hati ayah yang telah parah konon! Cih, dasar perempuan keparat.

Aku tak berniat hendak memberinya minuman kerana hati terlalu radang. Malah
mau rasanya aku menghambat dan menghalaunya keluar rumah sekejap itu juga. Tapi
ayah sudah keluar dari biliknya. Sudah siap dia berkemas dengan baju batik cerah dan
berseluar abu berkilat-kilat. Ayah tidak terperanjat melihat Ai Lian yang duduk menanti

178

hampir terlunjur di depanku. Kedatangan gadis ini sudah tentu diketahuinya lebih dulu
melalui telefon.

“Zaleha, mungkin ayah akan pulang lewat sikit malam ini. Ada urusan penting yang
harus dibereskan. Jangan tunggu ayah. Kunci rumah sorokkan di tempat biasa,” ayah
berpesan, lalu keluar diekori gadis sial itu.

Lagi tinggal aku sendirian menangis. Air mata bagai akan kering rasanya.
Rupanya Makcik Diah yang sedari tadi memerhatiku dari belakang tabir perlahan-lahan
datang mendekatiku.

“Makcik tau bagaimana perasaan kau, Zaleha.”

“Tentu Makcik tau. Tapi apa yang dapat saya lakukan Makcik?”

“Bersabarlah, Leha. Makcik percaya segala-galanya akan berakhir dengan baik.
Tuhan tidak akan mempersiakan doa kau. Sesungguhnya Tuhan amat mengasihani dan
amat penyayang. Bersabar dan berdoalah kepadanya.”

Aku menangis terus. Tak dapat hendak menahan air mata yang mahu hendak
membendung perasaan getir yang menyebak dada. Sungguh aku sudah lemah.

“Makcik, mungkinkah ayah akan kahwin dengan Ai Lian?"

Makcik Diah tidak menjawab. Menggeleng tidak, mengangguk pun tidak. Lantas
aku dirangkulnya saja rapat ke dadanya. Aku merasa seolah-olah dirangkul oleh ibuku
sendiri. Dan ini membuat aku menangis terwakesak pada bahu Makcik Diah.

Ayah sakit tiba-tiba, lalu dimasukkan ke rumahsakit. Terlantarlah ayah dalam wad
dengan badannya bertambah susut setiap hati. Tidak kupastikan apakah penyakit ayah,
tapi doktor bilang suruh ayah berehat banyak-banyak dan jangan ganggu fikirannya.

179

Tapi setiap kali aku ziarah ayah, gadis kafir keparat itu ada saja menunggu ayah
di tepi wad atau di tepi ranjangnya. Ayah dihantamya makanan istimewa. Berbagai jenis
makanan diletakkan di atas meja di tepi katil buat ayah. Dan hati ini tidak akan senang
kalau tidak mataku mengerling ke dalam bekas makanan. Siapa tahu entah-entah dalam
makanan yang berminyak itu dicampur daging babi. Aku genyi.

“Ayah kau ini perlu rehat. Kata doktor dua hati lagi dia akan sembuh betul,” Ai Lian
hendak menyenangkan hatiku barangkali.

Oh, syukurlah. Ayah akan sembuh. Dia akan sihat dan dapatlah meneruskan
pemiagaannya semula. Tapi bagaiman'a nanti kalau ayah betul-betul akan kahwin gadis
Tionghua itu? Sedang Ai Lian nampaknya sungguhsungguh benar memikat hati ayahku.
Jasanya sudah banyak dicurah kepada ayah. Kalau hati ayah sudah tertawan mudah
benarlah ayah akan diseret keluar dari agamanya.

“Jangan bimbang, Zaleha. Saya akan jaga ayah kau dengan baik,” tambah Ai Lian
sambil menunjukkan wajahnya yang penuh jujur.

Bagaimana hati ini tidak bimbang? Bagaimana setiap waktu hati ini tidak diperah
ketakutan?

Ketakutan ini makin menggalang dalam kepala pula. Makan tidurku sudah tidak
sempurna lagi. Makcik Diah tidak henti-henti memberi ingat. Aku disuruhnya lagi bersabar
dan mengingat T uhan. Disuruhnya lagi berdoa memohon kepada Ilahi agar kembali
seperti sediakala.

Doaku sudah dimakbulkan Tuhan. Semenjak ayah keluar rumah sakit dia tidak ke
kelab malam lagi. Pulang saja dari urusan hariannya dia akan duduk diam-diam di rumah.
Ayah jadi seorang pendiam. Dia sudah mulai sembahyang. Lega hatiku sekarang.
Bersyukur lagi aku kepada Allah.

180

Tapi ketakutan yang menyerangku itu belum juga hapus bila Ai Lian datang lagi
ke rumahku. Seperti biasa kedatangannya memang membawa hajat hendak bertemu
ayah. Ayahku masih dihajati untuk terus memasukkan jarum citanya.

Petang itu Ai Lian tidak mengajak ayah keluar menghirup angin. Mereka kelihatan
bercakap-cakap amat serius di ruang tamu. Memang bahasa Hokkian aku tidak mengerti.
Tapi wajah Ai Lian membayangkan kesungguhannya. Perbualan itu begitu rancak dan
berjalan begitu mesra.

“Zaleha!” panggil ayah.

“Saya, ayah.” Aku melangkah ke mang tamu dari balik tabir. Ayah menyuruh aku
duduk di depannya. di sebelah Ai Lian, gadis yang merisaukan hatiku itu.

“Sudah tiba masanya ayah nak bercakap torus-terang dengan kau,” ayah bersuara
penuh kesungguhan. Aku mendongak dengan hati berdebar. Darah terasa merentas
naik. Aku menunggu. Dup dup dup bunyi jantung. “Ya, Zaleha,” tambah Ai Lian. “Untuk
kebaikan ayah kau dan untuk kebaikan kita juga.”

“Maksud ayah?” “Lihatlah gadis di sebelah kau ni. Dia bukan orang lain. Berasal
dari keluarga ayah juga.” “Zaleha belum faham.” “Ini Ai Lian. Dia akan jadi ibu kau.”

“Apa?”

“Ya, ayah akan kahwin dengannya. Ayah harap kau setuju.”

“Ayah!! Mengucap!”

“Kau terperanjat?” ayah sedikit tersenyum. Ai Lian legat memandang muka ayah.

181

“Ayah nak kahwin dengan Ai Lian ini?”
“Benar. Apa kau tak mahu beribu tiri?”
“Bukan tak mahu beribu tiri. Tapi .....
“Kerana Ai Lian beragama lain?”
“Ayah bukan tak mengerti. Orang Islam tak boleh kahwin dengan orang kafir.” Lagi
ayah tertawa terbahak-bahak. Ai Lian masih legat memandang muka ayah.
“Jangan kau tak tahu, Zaleha. AI LIan sudah memeluk agama islam. Dia bersetuju
akan kahwin dengan ayah.”
“Ai Lin sudah islam?”
“Benar,” jawab Ai Lian. “Say sudah lama memikirkannya. Dengan dorongan hati
sendiri. Saya harap ayah kau akan bahagia semula.”
“Kau dengar itu, Zaleha?”
“Dan nama saya sekarang Faridah.”
Ayah tertawa lagi. Oh, Tuhan menghidangkan minuman kehairanan melihat kami
bertiga serentak tertawa.

182

18. SEBUAH KUBURAN

Maderus sudah siap merumput kuburan yang tak bemisan. tapi hanya berkalang air itu.
Atas kuburan udak terdapat walau sehelai rumput pun lagi. Kecuali dua batang pokok
puding berdaun merah belak-belak kuning hijau yang sememang dibiarkan hidup subur.
Daun puding berwama-warni itu meninggalkan semacam rasa kedamaian dalam hati
Maderus.

Ditolehnya keliling bermaksud membanding kuburan itu dengan kuburan-kuburan
lain yang bertaburan di sekitarnya. Ternyata kuburan itu yang paling bersih dari rumput-
rampai. Lain halnya dengan kuburan-kuburan yang penuh semak-samun setinggi
pinggang.

Maderus puas hati. Dia merasa sudah menunaikan kehendak ibunya dengan
merumput bersih kuburan itu. Memang dia tidak akan membiarkan pusara ibunya
dicemar rumput liar dan menyemakkan itu. Dan setiap pagi Jumaat dia akan ke mari
memmput sambil membisikkan beberapa potong ayat suci yang dapat diingatnya.

Dengan dada lapang ia meninggalkan pusara itu. Bergeraklah ia menghayunkan
kaki kanannya yang pengkar dan memangku tangan kirinya yang hodoh terbengkok itu.
Dengan langkah yang longgar-longgar dan tempang itu Maderus terus saja hendak
pulang. Tidak mahu hendak ke mana-mana lagi. Tidak temiat dihatinya hendak mundar-
mandir lagl dalam kampung seperti budak-budak lain yang tidak cacat.

Sampai pada sebatang pokok kelapa condong Maderus berhenti. Dia tidak lagi
menghela kakinya yang pengkar itu. Matanya bertembung mata Jakin. Jakin tengah
duduk sedap-sedap bersandar pada pokok kelapa condong itu. Mata Jakin penuh ejekan
memandangnya.

“Dari mana engkau?” jerkah Jakin dengan senyum yang juga dilemparkan penuh
ejekan.

183

“Dari kubur.”
“Kubur emak engkau?”

Maderus mengangguk. Nafasnya keras ditarik satu-satu.
“Bodoh. Buat apa susah-payah?”

Mata Maderus merah. Nada suara Jakin juga penuh dengan ejekan. Memang tak
asing lagi. Si Jakin inilah budak yang mengejek dan menyakitkan hatinya selalu.

“Kubur emak engkau akan dikorek orang. Akan dipindahkan ke tempat lain.”

Maderus memandang legat akan gelagat Jakin yang menghina dan mengejeknya
itu. Matanya semakin merah.

“Engkau tak percaya kubur emak engkau akan dipindahkan ” Jakin tertawa pula,
menggelekek menampakkan giginya yang rongak-rongak.

Madems menggeleng-geleng.

“Baguslah kubur emak engkau dipindahkan. Biar jauh dari kampung ini. Biar
selamat orang-orang kampung.”

“Mengapa kau kata begitu?" '

“Emak. engkau mati jadi hantu. Mengacau orang-orang 'kampung. Semua orang
takut hantu emak engkau.”

“Pernah kau tengok?"

184

“Disimpangkan malaikat. Tapi orang dah heboh mengatakan hantu emak engkau
menggangu orang, Orang dah takut keluar malam hari.”

Mata Maderus makin merah. Hati sebak dan memapmap. Jakin memang anak
kurang ajar. Berani mencemar nama baik ibunya. Tuduhan Jakin mengatakan ibunya jadi
hantu itu sudah keterlaluan amat. Telinganya tak tahan lagi mendengar kata-kata itu.
Maderus mahu saja pergi meninggalkan Jakin. Jakin selalu membakar hatinya. Dia tak
mengerti kenapa.

“Engkau tak percaya kubur emak engkau akan dipindahkan orang?”

Maderus mengetap bibir dan menggeleng-geleng marah.

“Oh, masih tak percaya! Tengok itu ramai orang di depan rumah Tok Sidang,”
Jakin menuding ke arah halaman Tok Sidang Karim yang sedang dihadapi oleh beberapa
orang yang buncit-buncit.

Maderus melempar pandangan ke sana.

“Mereka sedang berunding hendak bongkar isi kubur emak engkau. Mereka tak
mahu kubur emak engkau lagi.”

“Bohong.”

“Kalau tak percaya pergi pulang. Tanya bapak engkau. Tanya Tok Sidang. Tanya
semua orang.”

Lagi Jakin tertawa mengejek. Sungguh menyakitkan, dan memilukan. Mahu saja
dia mengajar Jakin yang bermulut jahat itu. Kalaulah tidak kerana kecacatan anggotanya
sudah tentu Jakin diajar cukup-cukup. Sudah tentu mulut Jakin digonyoh-gonyoh ke

185

perdu pokok kelapa condong itu. Biar bibirnya, biar lidahnya hancur disagat kulit keras
pokok kelapa yang berkelarah itu.

“Bohong! Bohong!!!”

Lantas Madems meninggalkan tempat itu. Menghela kaki kanannya yang
tempang. Memangku tangannya yang hodoh terbengkok. Dan Jakin dengan tertawa yang
bertali-tali memerhatikan Maderus berlalu terhincut-hincut.

Maderus terus pulang mahu tanya adiknya yang sekolah darjah lima. Adiknya
tentu lebih tahu darinya. Adiknya tentu pemah dengar cerita-cerita dari orang kampung
berhubung dengan tuduhan jahat Jakin itu tadi. Kalau benarlah kubur ibunya akan
dibongkar dan dipindahkan ke tempat lain, alangkah kecewa dan hancur hatinya.

Lewat di depan rumah Tok Sidang Karim, Maderus tidak toleh kiri kanan lagi. Dia
tidak juga boleh pandang beberapa orang yang buncit-buncit yang sedang mengadap
Tok Sidang Karim. Dia tak mahu dengar kalau ada sebarang rancangan dari orang-orang
itu hendak mencemar pusara ibunya.

Sampai di halaman rumah didapati Deraman, adiknya sedang tertinggung-
tinggung melontar-lontax guli mainannya. ehatangan Maderus ke sisinya tidak
dihiraukan. Deraman asyik saja dengan guli-guli kacanya yang bila dilagakannya
bercempera sana sini atas tanah laman itu.

“Deraman.”

Adiknya mendongak sambil mengumpul guli-gulinya. Maderus yang berdiri
tempang di depannya itu diamatinya.”

“Ayah ke mana?”

186

“Ke kedai beli lauk.”

“Ada tak ayah cerita tentang kubur emak?”

“Kubur emak? Mengapa?”

“Orang kata kubur emak akan dibongkar. Dipindahkan ke tempat lain.” “Oh, itu
memang betul. Ayah pemah bemakap dengan Tok Sidang Karim,” jawab Deraman yang
masih tertinggung tidak berbaju itu.

“Mengapa pula dipindahkan?”

“Dalamnya banyak bijih.”

“Bijih?”

“Haah. Tadi taukeh-taukeh lombong datang lagi ke rumah Tok Sidang Karim.
Bukan kubur emak saja: Kubur-kubur lain pun akan dipindahkan juga.”

Berderau darah Madems. Sekarang dia sudah mulai faham. Betul kata Jakin tadi.
Kuburan ibunya yang dikasihinya itu akan dibongkar dan dipindahkan ke tempat lain.
Ibunya yang terlantar dalam perut kubur itu akan dikeluarkan. Sebuah kuburan yang
dibelai dan dipuja selama ini akan dijahanamkan lombong. Memang dia amat kasih
kepada kuburan itu seperti kasihnya terhadap ibunya juga.

“Mana engkau tahu semua ni?” Madems seperti belum mahu percaya.

“Eh, kan semua orang dah tahu. Taukeh lombong nak beli tanah wakaf tu.
Dalamnya penuh bijih. Semua orang akan dapat duit banyak taukeh lombong beri.”

“Ke mana kubur itu hendak dipindahkan ?”

187

“Taukeh lombong beri tanah wakaf lain atas bukit di hujung kampung.”

Semakin mengerti Maderus sekarang. Kuburan ibunya yang disayanginya itu akan
dijahanamkan. Akan dibongkar segala isinya. Akan dipindahkan ke tempat lain. Ini bercrti
penalian kukuh di antaranya dengan kubur ibunya itu akan direntap ganas. Betapa
kejamnya.

Malam itu Maderus payah hendak memejamkan mata. Dalam kepala sentiasa
menjelma kuburan yang tak bernisan, tapi berkalang air itu. Sebenamya sudah lama ia
mau kuburan itu bernisan. Din mahu melihat dua batang nisan tercacak indah di pusara
ibunya. Tapi ayahnya nk mampu membeli batu-batu nisan.

Mulailah dia bercita-cita mengumpul wang. Maderus ke belukar mencari buluh-
buluh liar. Batang-batang buluh dibelah-belah, diracik-racik, diraut dan dianyamnya. Din
sudah menghasilkan beberapa buah raga. Raga-raga itu dipasarkannya di kedai runcit
Pak Akub. Dengan wang yang terkumpul ia akan membeli dua batang nisan berukir indah
nama ibunya.

“Abang buat raga lagi?” tegur Deraman bila melihat Maderus duduk bersila di
halaman rumah meraut-raut bilah-bilah buluh.

“Nah beli batu nisan emak?”

“Ya.”

“Kan kubur emak hendak dipindahkan?”

Maderus tunduk saja sambil jari-jemarinya lincah meraut-raut bilah-bilah buluh itu.
Dia tak mahu bercakap banyak. Dia mahu siapkan beberapa buah raga lagi. Kalau raga-

188

raga itu siap dan dapat pasaran tentunya wangnya sudah cukup untuk beli dua batang
nisan. Itulah cita-citanya.

Deraman yang tahu benar akan kegilaan abangnya itu tidak mahu
mengganggunya lagi. Biarlah dia dengan raga-raganya itu. Deraman kembali asyik
dengan guli-guli kacanya. Lagi guli-guli itu berantukan dan bercempara sana sini di
kawasan laman. Kemudian guli-guli itu dikumpul semula.

“Deraman.” laung Maderus pula.

“Ya.” “Mari kejap.‘

Deraman dengan segenggam guli-guli kaca itu merapatinya. '

“Engkau tau bila orangorang itu bongkar kubur emak kita?”

“Entah. Tapi takkan lama lagi. Sebab orang-orang kampung suruh taukeh-taukeh
itu segerakan. Mereka nak duit.

“Engkau suka kubur emak kita dibongkar dan dipindahkan?”

Deraman tunduk tak bersuara. Dia memandang saja pada bilah-bilah buluh yang
sudah licin beraut tersusun rapi di sisi ribaan abangnya itu.

“Engkau tengok bilah-bilah buluh yang kuraut ini. Sangat cantik, licin dan lembut.
Aku akan buat sebuah raga yang cantik darinya. Raga itu akan dimiliki orang. Orang akan
suka padanya. Sukakah kau tengok kalau raga itu dipijak-pijak orang?”

Deraman tercengang. Abangnya itu sungguhpun tak pemah sekolah, tapi kata-
katanya itu seakan-akan yang pernah didengamya dari mulut cikgunya sendiri di sekolalL
Dia mengerti kiasan abangnya itu.

189

“Engkau suka harta kesayangan kau dilanyak-lanyak orang.”

Deraman menggeleng.

“Kalau engkati tak suka, serupalah macam engkau tak suka kubur emak kita
dibongkar dan dibinasakan.”

“Abang, kubur emak bukan dibinasakan. Cuma dipindahkan. Di bawah kubur
emak banyak bijih. Kita akan dapat banyak duit.”

Pada fikiran Madems orang-orang kampung semuanya sudah gila wang. Ayahnya
juga sudah gila wang. Tok Sidang Karim juga sudah gila wang. Sanggup mereka
membiarkan hak kayangan sendiri dicemar dan diperkosa asalkan dapat wang. Sanggup
membiarkan kubur sunak-saudara sendiri dimakan lombong. Memang mereka semua
gila dan bodoh.

Tapi Maderus tetap mahu membantah tindakan orang-orang kampung.
Memindahkan kuburan ibunya itu bererti memutuskan pertaliannya dengan ibu. Kalau
kuburan itu ditempatkan di atas bukit, di hujung kampung, tentu akan menyukarkannya
pergi ke situ.

Akhimya Maderus dapat juga membeli dua batang nisan berukir nama ibunya. Dari
kedai batu-batu nisan itu terus saja dipikulnya menuju tanah wakaf. Batu-batu itu lantas
dicacakkannya di alas pusara ibunya. Tersenyum ia memerhatinya. Dia melihat satu-
satunya dari hasil cita-citanya sudah bangun di depannya. Titik peluhnya sudah
membuahkan kejayaan yang tak pemah diduga.

Tapi senyuman Maderus kehilangan bentuk bila didengarnya suara-suara orang
dari arah belakang. la menoleh. Itu rombongan taukeh-taukeh lombong dan Tok Sidang

190

Karim sudah datang. Sudah tentu mereka datang hendak mengerjakan tanah wakaf ini,
fikir Maderus. Ya, mereka gila wang!

Maderus memeluk batu nisan ibunya kuat-kuat bila rombongan itu hampir tiba
kepadanya. Dengan muka yang bengis dan mata merah Madems merenung orang-orang
itu. Dia amat benci memandang Tok Sidang Karim dan taukeh-taukeh lombong itu.

“Pergi! Pergi dari sini! Pergi!!!” jerit Maderus dengan kedua belah tangannya
memeluk erat batu nisan dan sebelah kaki tumpangnya itu terangkat. Rombongan itu
terhemi. Seorang taukeh memandang muka Tok Sidang Karim. Tok Sidang Karim
memandang kembali muka taukeh itu dengan memutar-mutar telunjuknya dekat
kepalanya. Tokeh itu tersenyum mengerti. Lalu mereka pun berlalu dari situ melawat
kebahagian lain tanah wakaf perkuburan orang-orang dalam itu. Tiada siapa pun di
antara mereka yang mahu menoleh Maderus yang masih terjelepuk memeluk erat nisan
ibunya.

191

19. REMAJA

AKU telah remaja!

Aku berdiri lurus-lurus di depan cermin besar. Kuperhatikan sekujur tubuhku lama-
lama. Sudah agak tinggi lampai. Hampir separas dengan batang tubuh ayah. Aku
merenung wajahku. Beberapa biji jerawat kelihatan menjenguk di pipi dan di kening. Ah,
ini tanda sudah remaja. Tanda orang akan dewasa. Sudah kutinggalkan alam kanak-
kanak yang penuh dengan kebodohan itu.

Aku sekarang sudah remaja!

Aku mengorak senyum. Daging pipi terkuak. Gigi berlapis-lapis terserlah. Gigi
taring sebelah kiri nampak agak panjang, tersembul. Tetapi, tidak mengapa. Ini akan
menjadi pemanis senyumku.

Benarkah aku sudah remaja?

Aku mematikan senyum. Air muka kutenangkan. Wajahku kembali seperti tadi.
Aku mengangkat jari dan meraba parut kecil yang menyerong di bawah dagu. Ah, ini
kerana kenakalanku semasa kecil-kecil dahulu. Kenapa aku teljun ke dalam sungai itu?
Kalau aku tidak terjun, tentu daguku tidak tersangkut pada ranting buluh. Sekarang parut
ini mencacatkan sedikit rupa parasku. Tetapi tidak mengapalah. Banyak orang yang lebih
cacat, lebih hodoh dalam dunia ini.

Aku telah remaja. Jadi orang bujang. Tetapi fesyen rambutku tidaklah semacam
ini juga. Ini fesyen rambut murid darjah 2. Aku bukan murid sekolah rendah lagi. Aku
sekarang menjadi penuntut sekolah menengah. Tidak berapa tahun lagi aku akan
berhenti sekolah. Aku akan bekerja menyara diri sendiri. Kemudian aku akan …, ah …!

192

Tetapi fesyen rambut ini sudah ketinggalan zaman. Sekarang anak-anak muda
tidak pakai fesyen rambut macam ini lagi. Lihat penyanyi-penyanyi pop, lihat bintang-
bintang filem, malah ahli-ahli sukan pun sudah berambut gondrong. Aku mesti ikut
peredaran zaman. jika tidak nanti aku akan dikatakan kolot, tidak mengikut
perkembangan moden pula.

Tetapi bagaimana aku mahu berambut gondrong? Bagaimana aku dapat buat
fesyen rambut macam penyanyi-penyanyi pop dan bintang-bintang filem itu? Peraturan
sekolah melarang keras aku berambut macam itu.

Sekolah itu satu hal. Ikut sangat arahan Kementerian Pelajaran. Penuntut-
penuntut yang berambut panjang menjadi sasaran Cikgu Nathan. Cikgu Nathan
merobek-robek rambut panjang mereka sesuka hati sahaja, macam tikus merobek kain.
Disiplin konon! Tetapi yang anehnya, guru-guru di sekolah itu boleh pula memanjangkan
rambut. Mereka tidak pula menerima apa-apa teguran.

Ya, aku sudah remaja. Lihat dalam cermin ini. Dadaku sudah bidang. Otot-otot
lengan dan pahaku sudah keras dan pejal. Urat-urat lengan dan leher juga sudah timbul.
Dan pipiku tidak setembam dahulu lagi. Kini sudah ditumbuhi jerawat remaja pula.

Keinginanku juga terasa bukan macam budak-budak hingusan lagi. Aku telah
bermimpi dengan Hamimah. Bermimpi dengan Norsyimah. Ah, seronok dan manisnya.
Barangkali tentu Hamimah bermimpi dengan aku pula. Tentu Norsyimah juga bermimpi
dengan aku. Ah, tentulah aku sudah remaja. Sedang meningkat dewasa. Malah aku
boleh tunjukkan kemampuanku sebagai seorang anak lelaki muda remaja.

Tetapi, betulkah Hamimah juga mengingati aku? Betulkah Norsyimah juga
mengenangku? Di antara kedua gadis itu sama sahaja menariknya. Hamimah
mempunyai kelebihan-kelebihan tersendiri. Norsyimah juga ada kelebihannya yang tidak
ada pada Hamimah. Tetapi kedua-duanya itu mempunyai kelebihan sendiri-sendiri yang
sukar diukur.

193

Di sekolah, kedua-dua gadis itu menjadi tumpuan. Hamdan, Mad Nor, Ghani dan
Rais selalu mengusik-usik mereka. Mereka nampaknya tertarik juga pada Hamimah dan
Norsyimah. Malah Hamdan pernah mengatakan dia akan pilih gadis semacam Hamimah
atau Norsyimah untuk dijadikan isteri.

Tetapi aku takut hendak mengusik Hamimah dan Norsyimah. Aku takut akan
ditempelak di depan kawan-kawan. Malu! Walau bagaimanapun aku sangat tertarik pada
mereka berdua. Sekali dua ada juga mereka mengumumkan senyum padaku. Ah,
berdebar hati.

Soalnya, adakah mereka suka padaku? Adakah mereka tertarik pada diriku yang
sedikit hitam ini? Adakah parut di dagu dan taringku ini memburukkan? Atau adakah
suaraku yang garuk ini mencacatkan? Aku lemas juga memikirkannya.

"Dolmat!"

Aku nampak Hamimah menggamitku. Hamimah bersama kawannya Norsyimah
sedang duduk di sudut kantin sekolah. Mereka sedang mengunyah kacang putih,
berdetup-detap bunyinya.

"Apa hal?"

"Boleh tolong kami tak?"

"Tolong apa?"

“Ala! cakaplah. Boleh tolong tak?"

"Boleh."

194

"Hah, macam itulah member!" ujar Hamimah.

Mereka berdua berdekah sebentar. Kemudian Norsyimah mengeluarkan sekeping
sampul surat dari kocek bajunya. Hamimah juga mengeluarkan sekeping sampul surat
dari kocek bajunya pula.

Dengan temenyum dan terlentok-lentok kepalanya Hamimah pun berkata,
perlahan dan tenang.

"Kau baik dengan Hamdan dan Ghani, kan?"

“Ya, kenapa?"

"Kau boleh tolong kami kan?"

“Ya.”

“Tolong berikan kedua-dua surat ini, ya! Yang satu untuk Hamdan. Dan yang satu
lagi untuk Ghani."

Norsyimah mengunjukkan sampul suratnya kepada Hamimah. Hamimah
menghulurkan kedua-dua sampul surat itu kepadaku.

Tanganku lambat sahaja mengambil kedua sampul surat itu. Hatiku separuh
enggan. Nama pada sampul surat itu kubaca. Memang betul. Satu ditujukan kepada
Hamdan, yang satu lagi ditujukan kepada Ghani.

"Kenapa tak berikan sendiri?" tanyaku dengan suara terangkat sedikit.

“Ah, malulah,” Norsyimah melentokkan kepala dan dadanya.

195

“Apa dimalukan. Kan mereka tu sekelas dengan kita."

"Itulah yang lebih memalukan."

"Kalau Cikgu tau?”

“Ah, pandai-pandailah sikit. Cikgu pun tak mau ambil kisah.”

“Okeylah, aku boleh sampaikan. Tapi kalau kena tangkap, aku tak mau
dibabitkan."

“Eh, jangan takutlah, Dolmat. Kami percaya pada kau. Kau tak percaya kami?"

"Baiklah, baiklah."

Aku melipat dan memasukkan kedua sampul surat itu ke dalam kocek seluar. Aku
beredar dari situ. Hatiku cukup mengkal.

Apakah yang kurang pada diriku? Bukankah aku juga seperti mereka? Bukankah
aku juga sudah remaja?

Lebih baik surat ini jangan diberikan kepada Hamdan dan Ghani. Jangan diberi
mereka berutus-utus surat. Kalau dibiarkan tentu nanti akan melarat. Hamimah akan
berutus-utus surat dengan Hamdan. N orsyimah akan berutus-utus surat dengan Ghani.
Dan aku, bagaimana?

Bodohlah aku jika menjadi talibarut. Orang berutusutus surat dan berseronok-
seronok, tetapi aku jadi posmen-posmen yang malang. Hal ini memang tidak boleh
dibiarkan.

196

Waktu pulang dari sekolah, aku masih mengingati kedua-dua pucuk surat yang
masih tersimpan di dalam kocek seluar. Apakah isi surat-surat itu? Ya, aku tidak akan
melepaskan peluang. Aku mesti buka surat-surat itu. Aku mesti baca isinya. Tentu surat-
surat itu mengandungi perasaan hati. Tentu Hamimah menyatakan hasratnya melalui
suratnya. Norsyimah juga tentu menyatakan hasratnya kepada Ghani. Ah, ini tidak boleh
jadi. Aku ini tunggul?

Kedua pucuk surat itu kusimpan baik-baik di dalam kocek. jangan sampai dilihat
oleh kawan-kawan yang lain. Kalau mereka tahu, mereka akan berebut-rebut hendak
membacanya.

"Dolmat!"

"Oh, kau, Hamdan,” aku berhenti setelah menoleh.

"Kenapa tergesa-gesa sangat? Hai, tak tunggu kawan

“Aku…, aku nak cepat balik."

“Eh, tak guna tergesa-gesa. Kan hari ini bas kita lambat datang."

Aku melangkah dengan perlahan. Hamdan dan Ghani melangkah panjang-
panjang. Sebentar kemudian mereka sudah beriringan denganku. Aku menundukkan
kepala. Aku teringatkan kedua-dua pucuk surat yang tersimpan baik di dalam kocek.

"Aku tengok kau muram saja, kenapa?" tanya Ghani. Dia meletakkan tangan
kirinya ke atas bahuku.

Sejurus aku membisu sahaja. Aku tidak _tahu bagaimana hendak membalas
teguran kedua kawanku itu.

197

"Kenapa diam saja, Dolmat?"

“Tak ada apa-apa.”

“Habis kenapa diam? Muka nampak muram. Ada masalahkah?”

“Ah, tidaklah.”

Aku menundukkan kepala lagi. Aku bimbang kedua kawanku ini tahu akan rahsia
hatiku. Biarlah rahsia ini aku sendiri yang menyimpannya di lubuk hati. Biarlah aku sendiri
yang menelan pahit maung dan menanggung dukalaranya.

Di dalam bas pun aku tidak bercakap. Aku malas berbual dengan Azli yang duduk
di sebelahku. Aku lebih suka berkhayal melayan angan-angan. Khayalanku terus berlalu
dari detik ke detik seperti perjalanan bas itu. Pandangan kulontarkan keluar melalui
tingkap bas. Tetapi aku sendiri tidak sedar apakah benda-benda yang kulihat.

Apakah aku ini tidak disukai Hamimah? Apakah Norsyimah juga memandang jijik
padaku? Aku selalu mimpikan Hamimah. Aku juga selalu mimpikan Norsyimah. Dalam
mimpi itu Hamimah cukup mesra denganku. Demikian juga Norsyimah. Kalau boleh
biarlah tiap-tiap malam aku bermimpi dengan Hamimah atau Norsyimah.

Suatu malam aku bermimpi cukup enak dengan Hamimah. Dia mengajakku
bersiar-siar di tepi pantai. Air laut yang biru itu memukul-mukul ke pantai, menampar-
nampar hujung kaki kami. Angin pula bertiup menguakkan rambut Hamimah yang
berpotong pendek.

Bola matahari yang merah kelihatan semakin tenggelam di ufuk barat. Hari
beransur-ansur gelap. Tetapi Hamimah tidak mahu bercakap denganku lagi. Lidah
ombak terus mengusap-usap hujung kakiku. Aku terbangun. Rupanya kucingku,

198

Tompok, sedang menjilat-jilat dengan lahapnya ibu jari kakiku. Dan aku pun bangun
membalun bantal - kesal.

Sampai di rumah, aku buru-buru memanjat anak tangga. Aku melintasi ibu yang
sedang melipat kain.

"Hai, Dolmat, kenapa lambat hari ini?"

“Bas lambat, mak.”

"Kenapa pula?"

"Entahlah. Bila tiap-tiap hari Rabu, beginilah."

Emakku terdiam. Dia terus melipat kain yang kering dijemur hari itu. Tetapi
matanya sempat juga mengerling aku. Sebenarnya dia agak hairan juga melihat aku
tergesa-gesa. Tidak pernah pula aku berkelakuan begitu, fikirnya.

Tiba di dalam bilik, aku terus mengunci pintu. Memang sejak di dalam bas lagi aku
berfikir bahawa itulah yang harus dilakukan terlebih dahulu. Kalau pintu bilik ternganga,
macam-macam boleh berlaku. Mungkin emakku datang menjenguk. Mungkin adikku,
Rosnah datang bertanya sesuatu. Mungkin juga ayahku pulang dan terus menerpa ke
dalam bilik. Ah, seribu kemungkinan boleh berlaku. Dari itu, lebih selamat jika pintu itu
ditutup dan dikunci dari dalam. Dapatlah aku ketenangan membaca kandungan surat
surat itu.

Dengan tangan menggigil satu daripada sampul surat itu pun diluruskan. Aku
menyiatnya dengan hati-hati sekali. Kemudian menarik keluar isinya. Lembaran biru itu
pun ditatap. Debar hatiku kian kencang.

199


Click to View FlipBook Version