The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noraisyah, 2017-03-06 02:34:34

BUKU KISI-KISI WARISAN TERENGGANU

Pantai menjadi aset penting
pembangunan khususnya dalam sektor
pelancongan dan ekonomi. Pantai menjadi
nadi yang menghidupkan nyawa masyarakat
di pesisir yang kebanyakannya bergantung
penuh sumber ekonominya pada kegiatan
perikanan, baik yang dijalankan secara kecil-
kecilan mahupun secara besar-besarnya.

Berkait dengan kegiatan pesisir pantai
ini ialah bot penambang yang
menghabungkan Seberang Takir dengan
bandar Kuala Terengganu. Dalam tahun
1970-an dan 1980-an, bot penambang
merupakan salah satu bentuk pengangkutan
air yang terpenting yang memberi
kemudahan perjalanan masyarakat di
Sebarang Takir dengan bandar Kuala
Terengganu. Dalam abad ke-21, bot
penambang masih kekal beroperasi, namun
dalam skala yang kecil dan sederhana.

Negeri Terengganu telah memasuki
era kemajuan milenium. Bangunan pencakar
langit dan lalu lintas yang padat menjadikan
wajah negeri Terengganu pada masa kini
tergambar dengan wajah sebuah bandaraya
yang pesat dengan pembangunan. Meskipun
rancak diasak pembangunan, Terengganu
tidak lekang dengan warisan peradaban
yang meletakkan dirinya kekal sebagai

40

sebuah negeri yang kaya dengan warisan
peradaban, seni, persuratan, perkembangan
Islam dan kegiatan ekonomi setempat.
Hakikatnya, warisan inilah yang lebih
memberi nilai tambah yang kekal berdiri
sebagai kisi-kisi warisan negeri Terengganu
sehingga negeri itu kekal dikenali sebagai
negeri yang kaya dengan warisan
peradaban, seni, pembangunan Islam dan
kegiatan ekonomi setempat.

Kuning Pantai

Jalur pantai sepanjang 225 kilometer
menganjur dari daerah Besut hinggas ke
daerah Kemaman merupakan salah satu
warisan semulajadi yang paling berhanrga
bagi negeri Terengganu. Daripada kuning
pasir ini berkembangnya industri
pelancongan, perikanan dan perkapalan.

Sepanjang jalur pantai ini terdapat
beberapa nama pantai yang menjadi
destinasi pelancong luar dan dalam negeri
seperti Pantai Batu Buruk, Pantai Merang,
Pantai Peranginan Kelulut di Marang, Pantai
Teluk Lipat di Dungun, Pantai Mengabang
Telipot, Pantai Tok Jembal, Pantai Airport,
Pantai Kemasik, Pantai Geliga Kuala
Kemaman dan Pantai Kuala Ibai, Pantai
Rantau Abang, Pantai Kuala Abang, Pantai

41

Tanjong Jara, Pantai Paka, Pantai Penarik,
Pantai Rhu Sepuluh, Pantai Kijal, Pantai
Cendering, Pantai Rusila, Pantai Teluk Bidara
dan Pantai Kemasik.

Di kawasan pesisir pantai ini juga

terdapatnya pulau-pulau yang boleh

disinggahi untuk pelbagai kegiatan

pelancongan. Antara pulau-pulau yang ada

di pesisir pantai Terengganu ialah Pulau

Kapas, Pulau Perhentian, Pulau Tenggol,

Pulau Gemia, Pulau Redang, Pualau Lang

Tengah, Pulau Rhu Hentian dan Pulau

Bidong. Kerajaan Terengganu sedar tentang

keberadaan pulau-pulau di luar jalur pantai

Terengganu yang amat bernilai. Untuk

memastikan pembangunan aset ini kerajaan

telah menunbuhkan satu badan berkuasa

yang diberi nama Terengganu Riverine and

Coastal Authority (TRIVECOASTA) pada

tahun 2004. Badan ini merupakan satu

Jawatankuasa Khas Pembangunan

Pelancongan di pulau-pulau, pesisir pantai,

sungai dan tasik.

Kuning pasir pantai Terengganu juga
telah menguningkan (mengemaskan)
pendapatan pengusaha pelancongan.
Daripada jalur pantai itu muncul pelbagai
hotel, resot dan SPA. Antaranya:

42

a. The Taaras Beach & Spa Resort
b. Tanjong Jara Resort
c. Gem Island Resort & Spa
d. Summer Bay Resort Lang Tengah

Island
e. BuBu Villa
f. Terrapuri Heritage Village, Penarik
g. BuBu Long Beach Resort
h. Bubbles Dive Centre and Resort
i. Coral View Island Resort
j. Ulek Beach Resort
k. Cocohut Chalets
l. Redang Pelangi Resort
m. Laguna Redang Island Resort
n. Perhentian Tuna Bay Island Resort
o. The Aryani Terengganu
p. Coral Redang Island Resort
q. Redang Kalong Resort
r. Tenggol Island Beach Resort
s. D'Coconut Lagoon
t. Felda Residence Kuala Terengganu

Sebenarnya, lebih banyak resort, chalet dan
rumah tumpangan persendirian yang dibina
berhampiran pantai sebagai tempat
persinggahan pelancong yang berkunjung ke
pantai-pantai Terengganu. Ini menunjukkan,
bahawa pantai merupakan warisan semula
jadi Terengganu yang amat berharga untuk
kehidupan ekonomi dan juga untuk
keutuhan identiti negeri Terengganu.

43

Bot Penambang

Bot penambang yang menghabungkan
Seberang Takir dan bandar Kuala
Terengganu merupakan satu lagi keunikan
negeri Terengganu berbanding negeri-negeri
lain.Di Sarawak juga terdapat bot
penambang yang menghabungkan bandar
Kuching dengan beberapa kampung di
pesisir sungai seperti Kampung Gersik,
Kampung Boyan, Kampung Samarang,
Kampung Sourabaya Ulu, Kampung
Panglima Seman, Kampung Ulu, Kampung
Sinjan dan Kampung Lintang.

Fungsi bot penambang di Terengganu
dan di Sarawak lebih kurang sama, iaitu
menjadi alat pengangkutan masyarakat
untuk ke bandar, ke pejabat-pejabat
kerajaan, ke sekolah dan juga ke pasar
untuk membeli belah. Dengan tambang yang
tidak seberapa, perkhidmatan bot
penambang tetap menjadi pilihan
masyarakat di Seberang Takir untuk ke
bandar Kuala Terengganu. Meskipun sudah
dibina jambatan Sultan Mahmud pada tahun
1988, perkhidmatan bot penambang masih
terus beroperasi. Sangat menarik untuk
diperhatikan, bahawa bot penambang tetap
bertahan meskipun pengangkutan darat
menyediakan perkhidmatan yang lebih

44

selesa, pantas dan menjimatkan masa.
Tentu sekali bot penambang bagi
kebanyakan penduduk bukan sekadar alat
pengangkutan, namun mungkin ianya
mempunyai nilai warisan yang lebih besar
daripada itu yang kerajaan Terengganu
perlu sedari dan ambil perhatian. Tidak
mungkin tanpa bot penambang ini, salah
satu keunikan Terengganu akan hilang dan
pelancong tidak berminat untuk ke bandar
kuala Terengganu lagi hanya semata-mata
untuk membeli belah di Pasar Payang.

Ulek Mayang dan Rodat

Tarian Ulek Mayang sudah diketahui umum
merupakan sejenis tarian warisan
Terengganu yang ada kaitan dengan unsur
pengubatan alam mistik. Ulek Mayang
menjadi popular di Malaysia kerana keunikan
seni tarinya dan keindahan seni bahasa lirik
lagunya. Dipercayai bahawa lagu dan tarian
ulek Mayang wujud sejak zaman
pemerintahan Sultan Omar (1839-1870) dan
dipercayai berasal daripada tujuh puteri
yang menghuni Bukit Puteri. Meskipun
terdapat pelbagai versi tentang lagu dan
tarian ini, namun nama Ulek Mayang sudah
sebati dan sinonim dengan negeri
Terengganu.

45

Ulek Mayang muncul sebagai satu kisi
warisan peradaban negeri Terengganu yang
sangat tinggi nilai seninya. Seperti juga
tarian zapin di Johor dan tarian samazau di
Sabah, Ulek Mayang adalah pendiri warisan
Terengganu yang sukar dicabar. Dapat
dikatakan juga bahawa Ulek Mayang
merupakan local-genius iaitu suatu produk
kepintaran anak tempatan yang sangat
tinggi nilai keindahannya. Justeru, jika Ulik
Mayang in jatuh ke tangan kerajaan
Indonesia atau Thailand atau kerjaan
negara-negara Barat, tidak mustahil Ulik
Mayang telah digazetkan sebagai satu
warisan seni terunggul di dunia. Kerajan
negeri Terengganu harus pantas bertindak
mempatenkan Ulek Mayang sebagai tanda
keakuanmilik tarian dan lagu Ulek Mayang.

Rodat juga merupakan sejenis
permainan warisan Terengganu yang amat
popular dalam tahun-tahun 1960-an dan
1970-an. Dalam pesta Main Pantai, rodat
sering dipersembahkan di samping wayang
kulit, makyong dan ronggeng.

Rodat dipercayai datang dari Indonesia
dibawa oleh pedagang Sambas dan
Pontianak. Menurut Muhammad Irfan Nyia
Abdullah, dkk (2013) Mereka datang ke
Terengganu untuk membeli budu, kain

46

songket, benang emas, perkakas tenun dan
sebagainya. Kebiasaannya, menjelang
malam, seramai 10 hingga 20 orang anak-
anak kapal akan berkumpul memukul tar
rodat yang dibawa bersama-sama ketika
belayar sambil menyanyi dan menari
sehingga larut malam. Suara nyanyian yang
lunak lembut menarik penduduk-penduduk
di sekitar pantai Kuala Terengganu. Mereka
kemudian menghampiri perahu-perahu
besar Sambas dan Pontianak. Daripada
situlah mereka mula belajar bermain rodat.

Dari sudut sejarah asal rodat kelihatan
bukan asli dari buah tangan anak tempatan,
namun, rodat telah mendarahdaging dalam
masyarakat Terengganu sekian lama,
sehingga rodat dijadikan salah satu
persembahan rasmi dalam majlis keraian
pembesar suatu masa dahulu. Rodat
akhirnya menyerap menjadi kesenian istana.

Mengamati kedudukan rodat ketika itu

(1950an, 1960-an dan 1970-an)

mencerminkan bahawa rodat mempunyai

kedudukan rodat adalah sangat tinggi dalam

kedudukannya dalam pandangan

masyarakat dan kerajaan. Kedudukan dan

47

pandangan ini wajar diperkasakan supaya
rodat tidak dipandang hanya sekadar hasil
budaya tradisional yang sesuai untuk zaman
dahulu sahaja.

Rumusan
Masih terdapat banyak lagi unsur warisan
Terengganu yang mempunyai nilai sejarah
dan nilai seni yang tinggi. Beberapa unsur
warisan Terengganu yang dibincangkan
dalam makalah ini sekadar satu renungan
awam terhadap peri pentingnya unsur
warisan negeri dipulihara, diangkap ke
persada antarabangsa dan dipopularkan
sepanjang zaman bagi membuktikan bahawa
negeri Terengganu kaya dengan warisan
peradaban yang tinggi nilainya. Juga penting
untuk mengangkat unsur warisan ini sebagai
wadah pembangunan nilai terpuji, moral dan
kesedaran dalam kalangan generasi baharu.

48

MEMAHAMI PSIKOLOGI INDIVIDU:
KUNCI KESEJAHTERAAN INSAN

Ahmad Jazimin Jusoh
Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti
Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900

Tanjong Malim, Perak, Malaysia.

PENGENALAN

Setiap individu adalah unik. Manusia berbeza
dari segi cara berfikir, berperasaan dan
bertindak antara satu sama lain. Manusia
digerakkan untuk bertingkah laku
berdasarkan kehendak masing-masing.
Setiap individu berpotensi untuk menjadi
baik atau jahat berdasarkan pilihan masing-
masing. Perasaan, pemikiran, tindakan dan
fisiologi saling berkait untuk membentuk
cara gaya individu mempersembahkan
dirinya dalam dunia realiti.

Dalam ilmu psikologi, kesejahteraan
insan dicapai apabila individu itu dapat
mencapai apa yang mereka harapkan.
Konflik timbul apabila apa yang mereka
harapkan tidak sesuai dengan konteks dunia
sebenar yang mereka alami. Bila individu itu

49

tidak dapat memenuhi keinginan sebenar
mereka, individu itu akan bertindak di luar
dari kebiasaan masyarakat dan budaya. Di
sini juga terdapat konflik kesejahteraan
individu bercanggah dengan kesejahteraan
masyarakat. Isunya, bagaimana menangani
konflik ini untuk membolehkan insan
bahagia, masyarakat sejahtera.

Dalam RMK 10, modal insan

merupakan pelaburan terpenting bagi

pembangunan sesebuah negara dan menjadi

teras kepada inovasi dan ekonomi

berpendapatan tinggi yang produktif. Hasrat

Malaysia adalah untuk membangunkan

modal insan bertaraf dunia. Oleh sebab itu,

negara memerlukan rakyatnya

berkemahiran tinggi dan bertindak balas

dengan pantas dan kreatif terhadap

perubahan ekonomi, yang berpaksikan

kepada penjanaan dan penggunaan

pengetahuan menurut acuan glokal.

Semuanya adalah untuk memastikan

aspirasi Wawasan 2020 tercapai.

Pada Tahun 2014, Kerajaan Negeri
Terengganu menubuhkan Pusat Trasformasi
Rakyat Terengganu (Putra) bagi menilai
prestasi dan impak program dasar kerajaan
negeri yang sedang dilaksanakan. Fokus
pusat ini adalah kepada lima kluster

50

pembangunan iaitu Pendidikan, Ekonomi
yang merangkumi sektor pelancongan,
industri dan pelaburan, Pembangunan Belia
dan Sukan, Sosial (Agama dan Kualiti Hidup)
serta Pembangunan Politik. Pada tahun
2013 juga kerajaan Terengganu melalui
tema “ Merakyat Pentadbiran dan
Pembangunan” telah memperkenalkan dasar
Memperkasa Keupayaan Modal Insan Sektor
Awam Melalui Peningkatan Jati Diri Dan
Nilai-Nilai Murni. Semuanya ini berkait
dengan pembangunan psikologi insan ke
arah kesejahteraan individu dan masyarakat
di Terengganu.

Namun demikian cabaran bukan
mudah. Setiap individu akan berhabung
dengan individu yang lain bagi meneruskan
kehidupan

ISU DAN CABARAN

Psikologi individu berubah mengikut zaman
dan konteks. Pada hari ini cabaran dan isu
individu dan masyarakat berbeza dengan
zaman sebelum ini. Psikologi berkaitan
secara umum dengan permasalahan
manusia. Apabila struktur masyarakat
bertambah rumit, pelbagai masalah timbul
disebabkan bermacam punca. Ia

51

merangkumi kejayaan, kegagalan, tingkah-
laku, kesan sesuatu fenomena ke atas
manusia dan masyarakat khususnya
terutama masalah berkaitan kehidupan.

Pada hari ini pelbagai isu
keruntuhan akhlak sering dipaparkan di
dada-dada akhbar, di corong-corong radio,
di kaca-kaca televisyen, malah di media
elektronik juga turut membincangkan
tentang isu yang sama. Masalah tingkah
laku seperti kes-kes yang berunsur jenayah,
gejala dadah, mencuri, merompak, merogol,
membuli, merosakkan harta awam, lari dari
rumah, masalah keluarga, ponteng kerja,
ponteng sekolah, berzina, minum arak,
merempit dan sebagainya boleh
merencatkan lagi pembangunan insan dalam
kalangan masyarakat khususnya di Negeri
Terengganu.

Selain itu, isu murid berpencapaian
rendah juga harus diberi perhatian. Malaysia
dan Terengganu memerlukan murid-murid
yang berintelektual dan bersahsiah dalam
menghadapi cabaran zaman yang sukar
diramal. Murid yang mempunyai pencapaian
yang rendah ada kecenderungan untuk
bertindak delinkuen atau devian sekiranya
mereka rasa diri mereka tidak dihargai dan
disayangi oleh orang lain.

52

Isu seterusnya yang dikenalpasti
adalah sejauhmana ketahanan diri individu
dalam menghadapi segala cabaran yang
mendatang. Berdasarkan padangan Glasser
(1998), masalah yang wujud adalah
berpunca daripada aspek habungan dengan
orang lain. Tegasnya, adakah masalah-
masalah psikologi yang wujud sekarang
berpunca daripada masalah habungan
antara anak dengan ibu bapa, atau suami
dengan isteri atau pekerja dengan bos atau
murid dengan gurunya ?

Sejauhmana pula individu boleh
membentuk jati diri mereka sebagai seorang
pemimpin yang boleh membuat keputusan
dan pilihan untuk masa depan dirinya,
keluarga mereka, masyarakat dan negara ?
Atau mungkin juga aspek kepimpinan ini
telah hilang dari sanubari masyarakat kini.

Cabaran seterusnya adalah persoalan
nilai. Konflik nilai dan identiti yang timbul
menyebabkan individu keliru daripada mana
mereka datang, apa tujuannnya dan ke
mana mereka selepas ini. Perkara ini
menjadi halangan kepada individu dalam
membentuk personaliti madani yang boleh
menjadi rol model dalam pembangunan
insan. Jadi, apakah kerangka nilai dalam

53

membangunkan sahsiah masyarakat kita ?
Sebagaimana pandangan Al-Ghazali (2003),
pembangunan sahsiah manusia harus
melibatkan empat komponen iaitu qalbu,
nafsu, akal dan rohani. Persoalannya,
adakah model Al-Ghazali menjadi ikutan
kita?

Oleh itu penulisan ini membincangkan
mengapa individu itu bermasalah dan
bagaimana membantu individu berkenaan
berdasarkan perspektif teori psikologi dan
kaunseling .

TEORI EKOLOGI PERKEMBANGAN
INDIVIDU

Dalam memahami psikologi individu salah
satu teori yang boleh menggambarkan
situasi remaja berisiko dan bermasalah
adalah daripada Teori Ekologi Perkembangan
Individu oleh Bronfenbrenner (1979) yang
dihuraikan oleh Burt, Resnick, dan Novik
(1998) dalam Mohammad Nasir dan Ahmad
Jazimin (2010). Teori ini menegaskan
bahawa faktor-faktor ekologi yang
mempengaruhi individu adalah seperti
persekitaran sosial, keluarga dan individu.
Mereka telah mengetengahkan empat
perkara penting; iaitu antiseden, sistem

54

penanda, perlakuan bermasalah, dan
kesudahan yang buruk.

Tegas Burt, Resnick, dan Novik
(1998), antisiden yang berlaku iaitu i.
persekitaran keluarga; ii. kualiti kehidupan
(keluarga dan persekitaran); iii. persekitaran
tempat tinggal (fizikal, rakan sebaya dan
orang dewasa lain); dan iv. persekitaran
sosial seperti institusi (sekolah dan
sebagainya) memainkan peranan yang
cukup penting kepada perkembangan fizikal,
mental, dan emosi kanak-kanak dan remaja.
Apabila berlaku antisiden negatif, seperti
kegagalan sistem keluarga, kemiskinan,
persekitaran sosial negatif serta kegagalan
institusi sosial seperti sekolah, maka kanak-
kanak atau remaja tersebut akan menjadi
rapuh.

Keadaan tersebut disokong pula
dengan tidak wujudnya sokongan daripada
persekitaran seperti ibu atau bapa, ahli
keluarga atau orang dewasa lain, rakan
sebaya, sekolah yang dapat bertindak
sebagai faktor pelindung (protective
factors). Kanak-kanak atau remaja yang
rapuh ini boleh dikesan menerusi sistem
penanda (system marker) iaitu pencapaian
yang rendah di sekolah (termasuk rendah
pencapaian akademik dan kurang

55

melibatkan kegiatan sekolah). Pada tahap ini
kanak-kanak atau remaja berkenaan berada
pada tahap berisiko atau dikenali remaja
berisiko (Burt, Resnick, dan Novik 1998).

Remaja berisiko sebenarnya berisiko
ke arah perlakuan bermasalah pada masa
akan datang seperti masalah perlakuan di
sekolah (kerap ponteng, ketidakhadiran
yang panjang, bertindak ganas), terlibat
dalam perlakuan seksual awal, terlibat
dalam penggunaan bahan (tembakau,
alkohol dan dadah), lari dari rumah dan/atau
pusat-pusat penjagaan, dan terlibat dalam
aktiviti kelompok rakan sebaya delinkuen.
Kanak-kanak dan remaja bertingkah laku
bermasalah sekiranya tidak diberikan
intervensi awal yang berbentuk pencegahan
dan perkembangan mungkin pula akan
terperangkap ke dalam kesudahan negatif
iaitu tingkah laku yang lebih bermasalah
seperti bertindak ganas, tercicir daripada
sekolah, seks bebas, dijangkiti penyakit
jangkitan kelamin termasuk chiamidia dan
AIDS, penyalahgunaan dan penagihan
alkohol dan dadah, keganasan, kemalangan
jalan raya atau kemalangan lain, dan
seterusnya mengalami kemurungan, cuba
membunuh diri dan akhirnya mungkin akan
disabitkan dengan jenayah (Mohammad
Nasir dan Ahmad Jazimin 2010).

56

PENDEKATAN PSIKODINAMIK

Teori yang dikelompokkan ke dalam
pendekatan psikodinamik boleh digunakan
untuk memahami tingkah laku individu
(termasuk neo psikoanalisis dan sosial
psikodinamik) adalah seperti teori
Psikoanalitik, Object Relations, Adlerian dan
Analisis Transaksional. Teori-teori dalam
psikodinamik mempunyai pendekatan yang
sama iaitu melihat masa lampau sebagai
perkara yang bermakna untuk diteroka oleh
kaunselor. Namun demikian ia masih
berbeza dari segi konsep asas dan strategi
menolong individu (Capuzzi & Gross 2003;
Corey 2005; Fall 2004; Howatt 2003; James
& Gilliland 2003; Nelson-Jones 2005; Parrot
2003; Seligman 2006; Sharf 2004;
Sommers-Flanagan & Somers-Flanagan
2004).

i) Teori Psikoanalisis

Teori Psikoanalisis telah di asaskan oleh
Sigmund Freud dan Josef Breurer pada
tahun 1880. Teori ini melihat manusia dari
segi aspek alam sedar, alam pra-sedar, alam
tidak sedar, id, ego, super ego, mekanisme
bela diri, oral, anal, latensi, phallic dan
genital (Amir 1987; Corey 2005; Howatt
2003; James & Gilliland 2003;). Teori

57

Psikoanalitik dapat diaplikasikan kepada

individu dengan cara mengenal pasti

masalah individu dengan

menghabungkaitkan dengan kekurangan

pada peringkat-peringkat tertentu

perkembangan diri individu berkenaan. Ilmu

ini menguji sejauh mana pengalaman masa

lampau individu yang boleh menimbulkan

kesan yang tidak baik pada diri mereka

sekarang. Kebiasaannya kaunselor akan

bertindak mengatasi konflik yang sekian

lama dalam hidup klien. Dalam masa yang

sama kaunselor hendaklah mengenal pasti

struktur psyche (id, ego dan super ego)

yang ada pada diri klien. Teori ini dapat

diaplikasikan dalam kaunseling bagi

menyediakan suasana untuk membantu

klien mengalami semula pengalaman awal

hidupannya secara individu mahupun dalam

kekeluargaan dan per sekitarannya. Motifnya

adalah untuk menyelami dan membongkar

perasaan yang terpendam disebabkan oleh

peristiwa atau pengalaman masa lampau

yang boleh mempengaruhi tingkah laku

masa kini. Ia juga dapat membantu kepada

penyembuhan pengalaman emosi klien .

Pendekatan Psikoanalitik

mencadangkan beberapa strategi yang boleh

diguna pakai oleh kaunselor seperti

perkaitan bebas, interpretasi, takbir mimpi,

58

analisis penahanan, analisis pemindahan dan
ujian projektif. Selain itu, inti pati
pendekatan ini merujuk kepada bagaimana
kaunselor memahami klien dari aspek
pengalaman lampau, lekatan yang berlaku
pada perkembangan klien, helah bela diri,
penahanan, pemindahan serta topografi
klien (Corey 2005 & Seligman 2006; Freud
1955; Sommers-Flanagan & Somers-
Flanagan 2004).

ii) Teori Psikologi Individu

Teori Psikologi Individu yang tergolong
dalam pendekatan sosial psikodinamik
adalah dibawa oleh Alfred Adler dalam
lingkungan tahun 1911. Adler terkenal
dengan konsep-konsep seperti ketentuan
yang diada-adakan, berusaha ke arah
superioti, perasaan rendah diri (inferiority
complex) dan pampasan, minat untuk
bermasyarakat, gaya hidup, kendiri kreatif
dan susunan kelahiran (gugusan keluarga).
Aplikasi kaunselor Adlerian dalam membantu
klien adalah dengan cara memupuk minat
sosial klien, membantu klien menangani
perasaan kecewa dan rendah diri, mengubah
suai pandangan dan matlamat klien dengan
cara mengubah cara hidup, mengubah
motivasi yang salah, membantu klien
merasa sama rata dengan orang lain dan

59

membantu mereka supaya dapat
menyumbang atau penyumbang dalam
masyarakat (Corey 2005; Dinkmeyer &
Sperry 2002; Mosak 2000).

iii) Teori Analisis Transaksional

Teori yang seterusnya dalam mazhab
psikodinamik adalah Analisis Transaksional
oleh Eric Berne dalam tahun 1950 an. Teori
ini diperkenalkan dengan konsep ego stat
yang ada dalam diri individu. Ego stat ialah
gabungan fikiran dan perasaan yang selaras
dengan tingkah laku yang ditunjukkan. Ego
stat terbahagi kepada tiga iaitu ibu bapa,
dewasa dan kanak-kanak. Mengikut teori ini
individu bermasalah apabila ego stat tidak
memainkan peranan yang sesuai dengan
kedudukannya. Aplikasi kaunseling untuk
menolong klien dalam terapi ini ialah dengan
menganalisis secara teliti sejarah
hidupannya semenjak kecil dan pengaruh-
pengaruh yang masih tinggal dalam dirinya
hasil interaksi dengan keluarga, masyarakat
dan alam sekeliling. Kemudian kaunselor
mengajar dan menunjukkan kepada klien
bagaimana boleh mengubah skrip
hidupannya dan menggantikannya dengan
yang baharu. Bagi melancarkan sesi
kaunseling, teori ini dibekalkan dengan
teknik-teknik menolong seperti penerokaan

60

dengan betul, membuat spesifikasi,

mencabar ego klien, memberi penerangan,

menggunakan cerita-cerita yang lucu,

membuat pengesahan, membuat

interpretasi dan memperjelaskan tentang

ego stat klien bagi mewujudkan kesedaran

klien (Berne 1961; Harris 1967; Parott

2003) .

PENDEKATAN HUMANISTIK

Pendekatan kedua terbesar yang dianggap
popular dan digunakan oleh individu dalam
profesion membantu ialah Pendekatan
Humanistik. Pendekatan ini mempunyai tiga
teori yang bernaung di bawahnya iaitu teori
Pemusatan Insan, Terapi Gestalt dan Terapi
Existensial. Teori Pemusatan Insan
diasaskan oleh Carl Rogers (1902-1987)
yang lebih berbentuk tidak terarah (non-
directive), yang sebenarnya memberikan
peluang kepada kaunselor untuk menjana
ruang yang luas bagi memahami klien
mereka. Konsep kejujuran, penerimaan
tanpa syarat, empati dan tulen adalah
merupakan asas teori ini yang mana
kaunselor hendaklah mewujudkan suasana
ketulenan dan penerimaan terhadap diri
klien (Amla, Zuria & Salleh 2006; Capuzzi &
Gross 2003; Corey 2005; Howatt 2003;
James & Gilliland 2003; Othman 2005;

61

Parrot III 2003; Seligman 2006; Sharf
2004; Sommers-Flanagan & Somers-
Flanagan 2004).

i) Teori Pemusatan Insan

Teori Pemusatan Insan merupakan

pendekatan yang bersifat semula jadi dalam

perhabungan. Pendekatan ini cuba mengelak

daripada penggunaan teknik-teknik tertentu

terhadap klien. Strategi yang banyak

digunakan ialah ke arah pembentukan

perhabungan experiential (James & Gilliland

2003). Ianya mengandungi proses refleksi

perasaan, sikap mendengar masalah klien

dengan penuh minat dan empati,

menggalakkan klien menyatakan

masalahnya secara terbuka, perhabungan

kaunseling yang dipenuhi dengan

kemesraan, kefahaman dan kepermisifan,

menggalakkan pembentukan celik akal yang

menyebabkan perubahan tingkah laku,

meletakkan tanggungjawab pada klien

untuk melaksanakan tindakan, mengubah

pemikiran dan membuat keputusan dan

akhirnya bertoleransi, di mana kaunselor

memberikan kebebasan kepada klien untuk

berfikir, merasa dan bertindak. Perhabungan

ini terbina dalam suasana yang

membenarkan kaunselor dan klien hidup dan

mengalami proses yang berterusan.

62

Kaunselor yang menggunakan teori ini lebih
menumpukan perhatian kepada perasaan
semasa klien daripada memikirkan soal-soal
yang berkaitan dengan intelek klien (Sapora,
Ahmad Jazimin & Hapsah 2003; Boy & Pine
1999; Corey 2005; James & Gilliland 2003;
Rogers 1951; Rogers 1961).

ii) Teori Gestalt

Teori Gestalt pula menekankan aspek yang
dirasai pada masa kini dan ketika ini.
Frederick Salomon atau Perls merupakan
tokoh utama dalam memperkembangkan
terapi Gestalt. Masalah yang berlaku kepada
individu mengikut teori ini ialah kegagalan
untuk menyatukan komponen perasaan,
pemikiran dan tingkah laku menjadi satu.
Selain itu teori percaya bahawa masalah
yang berlaku kepada diri individu adalah
aspek yang belum selesai (unfinished
business) dalam diri individu itu. Strategi
yang digunakan untuk menolong klien dalam
teori ini ialah menolong klien mengenal pasti
halangan-halangan (Corey 2005; Seligman
2006).

Menurut Sharf (2004) kaunselor yang

menggunakan teori Gestalt

bertanggungjawab membantu klien untuk

merasai apa yang dirasai sekarang. Klien

63

digalakkan untuk menukarkan persoalan

mereka kepada pernyataan untuk mereka

menyatakan sesuatu tanpa ragu-ragu. Klien

diminta bertanggungjawab ke atas apa yang

telah cakapkan dan lakukan. Klien

digalakkan untuk menukarkan perkataan

„tidak‟ kepada „tidak dapat‟. Tujuannya ialah

untuk membolehkan individu merasai

kemampuannya mengawal diri daripada

ketakutan. Seterusnya kaunselor bertanya

bagaimana dan apa dengan harapan dapat

menggalakkan klien mengurangkan sifat

defensif dan bersifat lebih intelektualisme

serta dapat menghuraikan persoalan secara

kognitif. Kebanyakan klien yang

dikendalikan dalam terapi ini ialah mereka

yang masih terbelenggu dalam pengalaman-

pengalaman yang silam. Bagi mengelakkan

keadaan ini terus berlaku, klien dibawa dari

masa lalu kepada masa sekarang (here and

now). Akhirnya kaunselor memerhatikan

pergerakan badan klien dan memfokuskan

perhatian kepada perlakuan klien (Cole

1982; Perls 1969).

Semasa mengaplikasi terapi kaunselor
Gestalt boleh memanfaatkan teknik-teknik
yang ada dalam terapi seperti kerusi kosong,
kerusi panas, teknik cermin, teknik mono
terapi, teknik bermain dengan projeksi,
teknik territoriality dan perhabungan

64

kelompok, teknik fikir rasa, teknik making
the round,teknik saya dan kamu, teknik
prinsip masa sekarang, teknik menukarkan
dia kepada saya, teknik kontinum
kesedaran, teknik dialog selari, teknik boleh
mengumpat, teknik boleh saya beri anda
satu ayat, teknik berulang-alik antara di sini
dan di sana, antara realiti/kebenaran dan
fantasi, teknik membawa mimpi kehidupan
yang sebenar, teknik ibu dan bapa ataupun
suami dan isteri, teknik meneliti kembali
pengalaman lalu kepada sekarang dan di
sini, teknik berdialog dan teknik saya yang
bertanggungjawab (Cole 1982; Seligman
2006).

iii) Teori Existensial

Teori Existensial pula dikaitkan dengan

tokoh seperti Sidney Jourard, Abraham

Maslow, Irvin Yalom, Rollo May, Clement

Vontres Soer Kierkegaurd, Pyoder

Dostoyeski, Edmund Hussel, Victor Frankl

dan Marti Heidegger (Capuzzi & Gross 2003;

Parrott 2003). Konsep-konsep meliputi tema

kebebasan, tanggungjawab, kecemasan,

penciptaan makna dan kesedaran diri

merupakan tema-tema asas dalam teori ini.

Strategi yang digunakan oleh kaunselor

dalam menangani klien ialah kaunselor

Existensial bertanggungjawab untuk

65

mengenali klien dengan lebih dekat,

mengetahui dunia subjektifnya membantu

menerokai kemungkinan-kemungkinan

baharu agar hidup klien kurang terbatas dan

tersekat (Norcross 1987; Yalom 1980).

Menurut May (1991) mereka yang percaya

kepada Existensial (kewujudan) berhadapan

dengan keputusan yang sukar untuk

membuat keputusan dan kualiti keputusan

mereka bergantung kepada sejauh mana

pengetahuan klien dan kerangka rujukan

keputusan itu dilakukan. Frankl (1955,

1992) telah mengemukakan idea tentang

logotheraphy yang membawa maksud logos

(makna atau pengertian) dan therapie

(menyembuhkan). Beliau juga menjelaskan

dua teknik khusus yang lazim digunakan

dalam teori ini iaitu hasrat paradoks dan do-

reflections.

PENDEKATAN KOGNITIF-TINGKAH LAKU

Selain daripada pendekatan di atas,
pendekatan yang ke tiga, merupakan satu
pendekatan yang merupakan gabungan dua
teori yang dikenali sebagai pendekatan
kognitif-tingkah laku. Pendekatan ini
memberi penumpuan kepada beberapa teori
iaitu, terapi Kognitif Tingkah laku, terapi
Tingkah laku, REBT dan Terapi Realiti. Walau
pun, keempat-empat teori ini nampak

66

berbeza, namun, mereka sebenarnya
mempunyai persamaan yang nyata dari segi
penggunaan kognisi, dan tingkah laku dalam
situasi semasa (Capuzzi & Gross 2003;
Corey 2005; Fall 2004; Howatt 2003; James
& Gilliland 2003; Nelson-Jones 2005; Parrott
2003; Rosenthal 1998; Seligman 2006;
Sharf 2004; Sommers-Flanagan & Somers-
Flanagan 2004; Thompson 2003).

i) Teori Kognitif Tingkah Laku

Terapi Kognitif Tingkah Laku yang di
asaskan oleh Aeron Beck dan Meichenbaum
mementingkan aspek kognisi, saintifik,
sistematik dan logik dalam aspek intervensi
(James & Gilliland 2003; Nelson-Jones
2005). Terapi Tingkah Laku sangat
mengutamakan aspek perubahan tingkah
laku semasa kaunselor membuat sesi
kaunseling. Kaunselor dalam terapi ini
menerapkan teknik-teknik perubahan
tingkah laku kepada klien seperti teknik
mengukuhkan tingkah laku positif baharu,
teknik membina tingkah laku positif baharu,
teknik mengekalkan tingkah laku positif
baharu, teknik memberhentikan tingkah laku
yang tidak sesuai, teknik peluahan perasaan
marah, teknik latihan pengurusan
kebimbangan, teknik raptai tingkah laku,
teknik penyekatan fikiran, teknik

67

pengurusan diri, teknik raptai matlamat atau
mengatasi bayangan/angan-angan, teknik
step in,teknik latihan arah diri, teknik
desensitisasi sistematik, teknik mencabar
perasaan malu,teknik menilai kerugian dan
keuntungan, teknik jurnal perasan malu,
teknik menghindari self-talk negatif, teknik
menulis se pucuk surat, teknik perbualan
pertama, teknik mengatakan hallo, teknik
memulakan perbualan dengan orang yang
tidak dikenali, teknik memberi dan
menerima penghargaan, teknik memulakan
percakapan, teknik menjadi lebih terbuka
dan teknik membuat temu janji dengan
orang yang berlawanan jantina (Beck 1976;
Meichenbaum 1979; Sapora, Ahmad Jazimin
& Hapsah 2004).

ii) Rational Emotive Behaviour
Therapy (REBT)

Rational Emotive Behaviour Therapy (REBT)
diperkenalkan oleh Albert Ellis pada tahun
1955. Terapi ini melihat pemikiran tidak
rasional klien yang mengganggu kehidupan
klien. Tugas kaunselor dalam terapi ini
membaiki pemikiran tidak rasional klien
dengan pemikiran-pemikiran yang rasional
yang telah dibincangkan bersama. Teori
REBT ini mempunyai teknik-teknik tertentu
seperti menghilangkan rasa malu(shame

68

attacking), imageri rasional-emotif,

membina kenyataan bersungguh (forceful

coping statement), dialog-diri bertenaga

(forceful self-dialogue), latihan dalam

proses kelompok, habungan interpersonal

dan main peranan (role-play) (Ellis 1973;

Ellis & Harper 1997; Sharf 2004).

Teori Pilihan Terapi Realiti (CTRT)

Choice Theory (Teori Pilihan) yang
diperkenalkan oleh William Glasser seperti
juga teori-teori kaunseling yang lain
membincangkan tentang bagaimana
seseorang individu itu bertingkah laku dan
mengapa mereka bertingkah laku.
Pendekatan ini menekankan bahawa
manusia mempunyai kebebasan , boleh
membuat pilihan dan bertanggung jawab
terhadap pilihan tersebut. Glasser (1998)
mengatakan pada dasarnya setiap individu
memilih untuk bertingkah laku sebagaimana
yang individu tersebut kehendaki. Individu
tersebut yang akan menentukan tingkah
lakunya berdasarkan kepada kehendak
dalaman inidividu iaitu love and belonging
(kasih sayang dan rasa dipunyai), power
(kuasa), freedom (kebebasan) , fun (
kegembiraan) dan survival (terus hidup)
(Ahmad Jazimin, 2008, 2010).

69

Masyarakat atau mereka yang berada
di sekeliling seseorang individu seperti ibu
bapa, adik beradik serta guru begitu
bersungguh dan berdedikasi untuk cuba
mempengaruhi individu berkenaan untuk
bertingkah laku mengikut cara mereka.
Desakan atau paksaan ini adalah merupakan
psikologi kawalan luaran yang banyak
mengganggu individu untuk memilih apa
yang diinginkan. Masalah timbul bertitik
tolak dari kepercayaan dalam masyarakat
yang percaya individu boleh dipaksa
melakukan perkara-perkara yang mereka
tidak mahu (Noryati 2011).

Glasser (1998) menekankan Teori
Pilihan adalah merupakan satu bentuk
psikologi kawalan dalaman seseorang dan
menolak tanggapan bahawa tingkah laku
manusia adalah dibentuk oleh psikologi
kawalan luaran yang lebih menghukum dan
mengawal orang lain. Sebaliknya psikologi
kawalan dalaman akan terhasil setelah
tingkah laku yang dipilih berdasarkan
kepada motivasi dalaman, pilihan sendiri,
fleksibel, bermatlamat dan kreatif. Tegas
Glasser (1998), masalah manusia adalah
berpunca daripada masalah perhabungan
dengan orang lain. Setiap individu
mempunyai keinginan dan kehendak yang
berbeza. Kegagalan dalam memahami

70

keperluan psikologi orang lain menyebabkan
masalah perhabungan akan wujud.

Mengikut Glasser (1998), keinginan
individu (quality world ) perkara yang paling
diingini dan sistem kepercayaannya. Setiap
individu mempunyai gambaran kehendak
masing-masing. Ianya bergantung kepada
sejauhmana pengalaman individu dengan
orang lain, benda, kepercayaan dan situasi
yang dialami. Semuanya ini akan
menghasilkan satu kehendak yang individu
itu sendiri tetapkan. Konflik timbul apabila
apa yang individu itu inginkan (quality
world) tidak sama dengan apa yang individu
itu dapat (perceived world). Klien akan
membuat pilihan berdasarkan pleasure
(keseronokan) dan painful (kesakitan)
melalui skala imbangan (comparing place)
yang wujud dalam dirinya. Perkara ini akan
mempengaruhi tingkah laku keseluruhan
(total behavior) yang merangkumi aspek
tingkah laku, pemikiran, perasaan dan
fisiologi. Tingkah laku keseluruhan
melibatkan empat komponen iaitu tindakan,
fikiran, perasaan dan fisiologi. Ini
bermaksud individu bertanggungjawab
bukan hanya memilih apa yang ingin
dilakukan, tetapi juga apa yang mereka
fikirkan, rasakan dan mengalaminya secara
fizikal. Tingkah laku adalah sengaja dan

71

keseluruhannya berasal daripada dalaman
individu dan bukannya daripada kuasa
luaran. Walau pun faktor persekitaran
mempengaruhi keputusan yang individu
lakukan, namun ianya tidak menentukan
perlakuan seseorang individu. Semua
perlakuan daripada dorongan dalaman
disediakan ke arah mencapai perkara yang
memuaskan satu atau lebih daripada satu
keperluan asas manusia (Glasser 1998) .

Menurut Glasser (1998), pada
dasarnya manusia boleh mengawal apa yang
dibuat (tindakan) dan difikirkan (fikiran)
sebaliknya tidak boleh mengawal perasaan
(perasaan) dan tindak balas atau respon
badan (fisiologi) kerana manusia bukan
robot. Oleh itu, untuk menukar perasaan
dan fisiologi; individu perlu terlebih dahulu
menukar tindakan atau tingkah laku dan
pemikiran. Keseluruhan tingkah laku
menyumbang kepada identiti berjaya dan
identiti gagal.

Keseluruhan tingkahlaku (total
behavior) inilah yang akan menyumbang
kepada identiti berjaya dan identiti gagal.
Personaliti gagal terbentuk apabila individu
gagal memenuhi prinsip keperluan asasnya
dengan cara yang bertanggungjawab.
Personaliti gagal biasanya kecewa dengan

72

kehidupan dan sentiasa menafikan
kegagalan yang mereka hadapi untuk
mengurangkan kesakitan yang dirasainya.
Akibat kekecewaan dan putus asa,
personaliti akan memilih simptom negatif
dan akhirnya mengalami tingkahlaku yang
tidak efektif. Individu yang gagal ini akan
melarikan diri daripada tanggungjawab
setelah emosi dan pemikirannya terganggu
(Glasser 1965; 1998 & 2000). Individu gagal
inilah kebiasaanya akan menyumbang
kepada tingkah laku yang bermasalah (lihat
Rajah 1).

Rajah 1 : Teori Pilihan

Reality Therapy (Terapi Realiti) adalah

aplikasi teori kaunseling yang digunakan

untuk menolong klien (Ahmad Jazimin,

2008). Glasser (1965, 1990) dan

Wubbolding & Brickell (1999) telah

menyumbangkan idea dengan

73

memperkenalkan strategi kaunseling
berasaskan WDEP. WDEP merupakan
akronim strategi dalam Terapi Realiti yang
digunakan oleh kaunselor untuk menolong
klien berubah dari segi aspek tingkah laku
yang sesuai dengan kehendak individu
tersebut.

Wubbolding & Brickell (1999)
menyatakan W merujuk kepada wants,
needs and perceptions (kehendak, keperluan
dan persepsi). D merujuk kepada directions
and doing (terarah dan lakukan) manakala E
merujuk kepada evaluation (penilaian) dan
akhirnya P pula merujuk kepada planning
and commitment (pelan bertindak dan
komited). Tegasnya, strategi WDEP
merupakan langkah-langkah dalam Terapi
Realiti yang digunakan oleh kaunselor untuk
menolong klien sebagaimana dalam rajah 2.

Namun begitu sebelum kaunselor
mengaplikasikan sepenuhnya aplikasi WDEP
ini adalah perlu untuk kaunselor
mewujudkan suasana kaunseling agar
kepercayaan, penerimaan dan proses
membantu dapat dijalankan dengan lancar
(Ahmad Jazimin 2005a).

1. SITUASI (W) : Apa yang saya mahu dalam hidup
saya?

74

2. DESKRIPSI KESELURUHAN TINGKAH LAKU
(D)
Perasaan –
Fisiologi –
Pemikiran –
Perlakuan –
3. PENILAIAN (E) : Adakah saya mendapat apa
yang saya inginkan? Apa halangannya?
4. PELAN (P) : Apa pilihan saya bagi mencapai
kehendak saya ?
5. SEMINGGU KEMUDIAN (E) : Adakah saya
mengikut perancangan yang telah saya atur?

Rajah 2 :
Jurnal peribadi berasaskan WDEP

PENDEKATAN AL-GHAZALI

Menurut Abdul Malek, Samsiah dan Che
Anuar (2014), Al-Ghazali percaya bahawa
kesempurnaan sahsiah manusia adalah
berdasarkan wahyu iaitu al-Quran dan
sunnah Nabi. Semakin tinggi amalan agama
yang ada pada seseorang semakin baik
sahsiahnya. Pengajian mengenai sahsiah
merupakan satu kajian mengenai sifat dan
karektor manusia. Berbeza dengan pemikir
Barat mengenai sahsiah, al-Ghazali
berpandangan bahawa unsur kerohanian
iaitu perhabungan antara iman, hati dan
akal berperanan untuk mencapai sahsiah
yang terpuji atau sahsiah terkeji. Perkara
ini bermakna aspek dalaman seseorang
menjadi tugas utama untuk mencapai

75

kesempurnaan dirinya. Pemikiran al-Ghazali
mengemukakan beberapa perkara berkaitan
sahsiah iaitu pandangan tentang manusia,
konsep sahsiah, sifat manusia dan kaedah
pembinaan sahsiah.

Imam al-Ghazali berpandangan bahawa
manusia adalah makhluk terbaik diciptakan
oleh Allah SWT. Manusia mempunyai dua
peranan utama iaitu sebagai khalifah Allah
SWT di muka bumi dan sebagai hamba yang
diperintahkan untuk beribadah kepada-Nya.
Penciptaan manusia bertujuan untuk
mengabdikan diri kepada-Nya (Abdul Malek,
Samsiah dan Che Anuar, 2014).

Menurut Imam al-Ghazali (2003)
dalam Abdul Malek, Samsiah dan Che Anuar
(2014), tiga faktor utama yang boleh
mempengaruhi sahsiah atau personaliti
seseorang, iaitu nafsu, hati, dan akal. Apa
yang dimaksudkan bagi ketiga-tiga faktor
adalah seperti berikut;

1. Nafsu membentuk personaliti yang
berbeza-beza antara individu. Antara
nafsu-nafsu yang ada dalam diri
manusia adalah:

i. Nafsu amarah

76

Nafsu yang menyebabkan seseorang
melakukan sesuatu yang jahat dan
merosakkan.

ii. Nafsu mutmainnah
Nafsu yang dapat menahan segala
keinginan nafsu syahwat seseorang.

iii. Nafsu mardiah

Merujuk kepada sifat lemah-lembut

dalam tutur-kata, menerima

kehendak dan ketentuan Allah SWT

dan bersyukur, serta merasa puas

dengan apa yang dimiliki.

iv. Nafsu Kamilah

Hanya diperoleh oleh para Rasul
sifat
yang mempunyai

kesempurnaan.

2. Hati atau rohani manusia yang
berpusat kepada naluri yang rasional.
Sejauh mana hati menghayati risalah
Allah SWT akan dapat menentukan
kualiti hati individu. Terdapat tiga
jenis hati yang akan membentuk
personaliti yang berbeza antara
individu dengan individu yang lain
iaitu;

i. Hati qalbun

77

Merupakan seseorang yang belum
kukuh pegangannya dengan
tuntutanagama dan dia memerlukan
akal untuk membimbingnya untuk
bertindak.

ii. Hati faadun
Hati seseorang yang berkeyakinan
terhadap risalah Allah SWT.

iii. Hati lubbun
Hati yang kukuh yang dapat
melahirkan cetusan hati yang
rasional dan ikhlasuntuk
membimbing akal.

3. Akal ianya merupakan anugerah Allah

SWT kepada manusia. Akal merupakan

keupayaan intelek yang membolehkan

seseorang berfikir secara

rasional.Terdapat tiga jenis akal yang

membentuk personaliti berbeza iaitu;

i. Akal biasa
Seseorang yang percaya pada apa
yang dilihat dan menolak perkara
yang abstrak.

ii. Akal taakul

78

Seseorang yang berupaya untuk
menganalisis berdasarkan sebab-
musabab dan ia merupakan jenis
akal yang sederhana.

iii. Akal tadabbur
Seseorang yang berfikir secara
ikhlas dan rasional berpandukan
kekuatan iman dan akal.

Rumusannya, menurut al-Ghazali
(2003) dalam Ahmad Jazimin dan
Muhammad Bazlan (2014), kehidupan
manusia terbahagi kepada empat komponen
iaitu qalbu, nafsu, akal dan rohani.
Komponen qalbu merujuk kepada proses
untuk menerima hidayah dan penerangan
intuitif. Manakala nafsu pula berfungsi untuk
mengurus dan mentadbir jasad anggota
manusia, mempunyai daya dorongan,
tempat fokus daya syahwat dan marah.
Seterusnya akal adalah komponen yang
terlibat dalam proses persepsi, pemahaman
dan pembinaan ilmu. Rohani pula adalah
entiti abstrak yang membezakan manusia
dengan makhluk yang lain.

PERBINCANGAN

79

Dalam konteks pembinaan modal insan,
memahami psikologi individu sangat penting
agar insan yang mempunyai habungan
dengan kita rasa dihargai dan disayangi. Bila
individu berkenaan mempunyai rasa
dipunyai, mereka akan bermotivasi untuk
menjalankan apa sahaja tugas yang
diberikan. Berdasarkan pendedahan teori
kaunseling dan psikologi, biar apa jua teori
yang bakal digunakan oleh seseorang
individu, ianya hanya bermakna jika individu
berkenaan betul-betul memahami mengapa
individu bertingkah laku berdasarkan teori
berkenaan dan bagaimana mengendalikan
teori ketika berhadapan dengan isu yang
dihadapi oleh manusia.

Isu tentang teori itu dari timur atau
barat boleh dibincangkan lebih lanjut;
namun apa yang pasti teori berkenaan harus
relevan dalam membincangkan kes-kes
kesulitan psikologi yang dialami oleh
seseorang manusia. Teori yang baik adalah
teori yang boleh memberi kesan ke arah
tingkah laku efektif ke atas individu.
Sebagaimana pendapat Za‟ba (2007) ,
kegagalan umat Islam untuk membela nasib
sendiri bukannya kerana tidak berzikir,
bertasbih atau tidak takutkan siksa kubur
atau siksa di dalam neraka tetapi kerana

80

tidak mahu mengubah nasib mereka dari
jahat ke baik atau sebaliknya. Mana yang
dipilih oleh mereka itulah perubahan yang
akan diberikan oleh Allah. Oleh kerana itu
Za‟ba menegaskan berubahlah :

“daripada kepercayaan yang bodoh

yang melemahkan akal dan ikhtiar

kepada kepercayaan yang cerdik yang

membebaskan fikiran daripada ajaran

yang mematikan hati kepada ajaran

yang menghidupkan dan

menyuburkan dia; daripada iktikad-

iktikad yang kering dan terpasung

kepada iktikad yang subur dan

menderhaka…dan daripada fikiran

yang menahankan dan menyekat

kemajuan kepada fikiran yang

membebaskan kemajuan dan

menggalakkan kemaraan yang baik-

baik dan mulia”

Menurut Nordin, Noorshah, Ahmad

Jazimin, Kamarudin, Misnan, Ahmad Zaki

dan Idris (2013) dalam mencapai

kemajuan, perselisihan politik yang berlaku

harus pada fahaman dan jalan tetapi asas

dan tujuannya masih satu iaitu hendak

mendapatkan kebajikan kepada rakyat dan

negara dengan menjadikan negeri dan

pemerintahan sebagai alatnya. Begitu juga

81

di dalam medan agama. Sehabis buruk

perpecahan yang boleh terjadi tidak akan

melebihi permasalahan-permasalahan

peringkat kecil dan asasnya tidak akan

berubah sama sekali melainkan tetap al-

Quran dan Hadis. Bagi Za‟ba perselisihan

mazhab adalah sesuatu yang baik. Melalui

tulisannya beliau berpendapat bahawa :

“Perselisihan faham mazhab-mazhab
pada perkara-perkara furu‟ atau
cawang kecil-kecil itu sememangnya
baik kerana ia memberi lega dan
lapang kepada lengkongan islam,
meluaskan tempat beredar dan
berkisar, menyenangkan bergerak
dan berpindah-pindah di dalamnya.
Yang demikian adalah memberi
peluang kepada pengikut-pengikut
Islam memilih mana yang kemudahan
dan mana yang lebih berkenan pada
hatinya: sesak di sini boleh ke sana,
dan sempit di situ boleh ke sini kerana
semuanya itu dikira betul dan jalan
Islam belaka, asas dan usulnya tidak
berlainan”

(Za‟ba, 2007)

Tegas Nordin et al. (2013) atas dasar
ini maka sebab itulah ada disebut hadis yang

82

masyhur dari Nabi Muhammad s.a.w yang
bermaksud :

“perselisihan faham di antara orang-
orang umatku ialah rahmat daripada
Tuhan”

Bukan mudah untuk melahirkan
personaliti yang beradab dan terbilang.
Individu yang beradab adalah individu yang
mempunyai sahsiah yang cemerlang. Wan
Mohd. Nor (2005) menekankan bahawa
adab mempunyai habungkait dengan
kebijaksanaan (hikmah), keadilan („adl) dan
kebenaran (haqq). Oleh sebab itu,
pendidikan sangat penting untuk
membentuk akhlak dan sahsiah manusia.
Syed Muhammad Naquib al-Attas (1978),
menegaskan bahawa pendidikan bukan
sahaja melahirkan warganegara dan pekerja
yang baik malah matlamat pendidikan
adalah untuk melahirkan manusia yang baik.
Sebagaimana tegas Syed Muhammad
Naquib al-Attas (1978: 171);

Tujuan mencari ilmu adalah untuk
menanamkan kebaikan atau pun
keadilan dalam diri manusia sebagai
seorang manusia dan individu, bukan
hanya sebagai seorang warganegara
atau pun anggota masyarakat. Yang

83

perlu ditekankan (dalam pendidikan)
adalah nilai manusia sebagai manusia
sejati, sebagai warga kota, sebagai
warganegara kerajaannya yang mikro,
sebagai sesuatu yang bersifat
spiritual, (dengan demikian yang
ditekankan itu) bukanlah nilai
manusia sebagai entiti fizik yang
diukur dalam konteks pragmatis dan
utilitarian berdasarkan kegunaannya
kepada negara, masyarakat dan
dunia.

Perbezaan yang besar falsafah
keilmuan Islam dengan fahaman-fahaman
yang lain adalah daripada aspek matlamat
akhir kehidupan. Islam menekankan iman
dan aqidah sebagai asas pembangunan
insan dan material. Nilai agama inilah yang
dicernakan oleh manusia untuk membentuk
nilai yang sesuai dengan kehidupan mereka.
Perkara ini digambarkan oleh Ismail Faruqi
(1980) bahawa;

Wahyu adalah satu pernyataan
kesemua nilai-nilai penghidupan. Ia
mengandungi hirarki nilai-nilai dan
prinsip-prinsip pengenal pastinya dan
habung kait dan relevannya kepada
semua manusia.

84

Menurut Ahmad Jazimin dan Muhamad

Bazlan (2014), pembangunan sahsiah

manusia sangat penting dalam

membangunkan negara bangsa. Syed

Muhammad Naquib Al-Attas (1973)

menegaskan bahawa orang yang terpelajar

adalah orang yang baik. Baik yang

dimaksudkan adalah individu yang

mempunyai adab meliputi kehidupan

spiritual dan material. Tulis beliau lagi;

Orang baik adalah orang yang insaf
sepenuhnya tanggungjawab dirinya
kepada Tuhan Yang Hak; yang
memahami dan menyelenggarakan
penunaian keadilan terhadap dirinya
dan diri-diri lain dalam
masyarakatnya; yang terus berupaya
meningkatkan setiap aspek dalam
dirinya menuju kesempurnaan
sebagai insan beradab.

CADANGAN

Dalam membangunkan modal insan yang
berkualiti, usaha yang berterusan harus
dilakukan tanpa penat dan lelah. Nordin et
al. (2013) dalam tulisannnya menegaskan
pandangan Za‟ba untuk memperbaikinya
diri, Za‟ba menyeru kepada setiap muslim
supaya :

85

“beriman yang disertakan dengan
beramal, berusaha, berjihad dan
berjuang? Ya, berjuang membaiki
akhlak diri, berjuang membaiki sifat-
sifat perangai...berjuang membaiki
kelakuan hidup, berjuang membaiki
segala yang kekurangan, pendekya
berjuang mengusahakan segala yang
kebajikan dan menjauhi segala yang
kejahatan serta berjihad dan berijtihad
memadankan diri dengan perubahan-
perubahan hal yang diedarkan oleh
zaman”

(Za‟ba, 2007)

Semua pihak harus memainkan peranan
dalam membangunkan anak bangsa ke arah
kecemerlangan. Suntikan kewangan dan
sokongan sosial harus diberikan kepada
pihak yang bersedia untuk membantu ke
arah pembentukan insan yang madani.
Ketika merangka program pencegahan,
perkembangan, pemulihan dan intervensi,
pihak yang berkenaan harus mengambil kira
semua aspek terutamanya psikologi individu
agar program yang dirancang boleh
memberi impak ke arah pembangunan
insan.

86

Pelaksanaan program juga harus
dijalankan oleh mereka yang pakar,
bertauliah dan berintegriti. Ini penting untuk
menjamin program yang dijalankan
mencapai matlamat yang diharapkan. Di
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
antara kepakaran yang boleh disumbangkan
adalah dalam konteks menjalankan program
kaunseling samada dalam bentuk individu
atau kelompok.

Selain itu, kelompok bimbingan boleh
dijalankan untuk membantu individu bagi
mengenali dirinya. UPSI mempunyai modul
bimbingan yang dinamakan PRODIGY yang
telah digunakan beberapa kali terhadap
golongan sasaran yang berbeza dan tempat
yang berbeza. Hasilnya, respons dan impak
yang positif wujud dalam kalangan peserta
program setelah mereka mencapai apa yang
dinamakan sebagai “peak experience”.

Program mengenali personaliti

berdasarkan kaedah psikometrik juga boleh

digunakan untuk memahami kekuatan dan

kelemahan individu. Semuanya memerlukan

individu yang bertauliah dalam mentafsirkan

personaliti individu yang mengambil ujian

berkenaan. Pendek kata, semuanya

memerlukan komitmen tenaga dan wang

87

untuk menjayakan program pembangunan
insan ini.

Kaunselor-kaunselor berdaftar boleh

dimanfaatkan untuk membantu kerajaan

untuk melaksanakan program yang

berorientasikan pembangunan insan. Selain

itu, badan-badan NGO seperti Persatuan

Kaunseling Antarabangsa Malaysia

(international PERKAMA) boleh dilibatkan

dalam mana-mana program negeri untuk

membolehkan latihan diberikan kepada

golongan sasaran yang diperlukan.

Selain itu pendidikan keibubapaan juga
sangat penting kepada semua ibu dan bapa
untuk membolehkan mereka mengetahui
teknik dan strategi dalam menghadapi
karenah anak-anak. PRODIGY UPSI telah
terbukti berkesan membantu program-
program yang bersifat keibubapaan ini untuk
membolehkan ibu bapa mendapat gambaran
sebenar tentang psikologi anak-anak
mereka. Program-program yang berfokus
untuk muda-mudi juga harus dijalankan bagi
menyediakan generasi pelapis yang
berwibawa pada masa akan datang.
Program seperti kenali personaliti, kaedah
berkomunikasi, team building, kemahiran
menyelesaikan masalah, berfikir secara
kreatif dan inovatif, kemahiran refleksi diri

88

dan kemahiran menghadapi cabaran
(adversity quotient) wajar diterapkan
kepada belia untuk mereka melengkapi diri
mereka dengan pelbagai ilmu, kemahiran
serta pengalaman dalam menghadapi
cabaran masa depan.

KESIMPULAN

Individu berhak membuat keputusan dalam
hidupnya. Semua keputusan hidup adalah
bergantung kepada pertimbangan dan
pilihan yang seseorang itu fikirkan sesuai.
Dalam membuat pilihan, salah satu aspek
penting adalah individu harus mengenali
sepenuhnya diri mereka. Dalam ilmu
psikologi dan kaunseling, mengenali diri
sangat penting untuk individu itu membuat
perubahan. Banyak teori-teori kaunseling
membincangkan mengapa manusia itu
bertingkah laku dan bagaimana manusia itu
boleh mengubah tingkah laku mereka untuk
menjadi individu yang seimbang. Apabila
individu itu seimbang, mereka akan menjadi
insan yang sihat untuk agama, bangsa dan
negaranya. Tegasnya, memahami psikologi
sendiri dan orang lain sangat penting untuk
membangunkan kesejahteraan insan di
dunia dan juga di akhirat.

RUJUKAN

89


Click to View FlipBook Version