The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noraisyah, 2017-03-06 02:34:34

BUKU KISI-KISI WARISAN TERENGGANU

kerajaan atau persendirian merupakan
kesungguhan yang ditunjukkan oleh
kerajaan dan masyarakat dalam
menegakkan syiar agama Islam di negeri ini.
Kejayaan Qari dan Qariah dari negeri
Terengganu di peringkat nasional dan
antarabangsa adalah contoh kejayaan yang
terhasil dari kesungguhan dan usaha
bersama yang ditunjukkan oleh semua
pihak. Nama-nama seperti Datuk Hajjah
Rogayah Sulong dan Johan Musabaqah
Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa
2013, Ahmad Tirmizi Ali adalah nama-nama
yang tidak asing di persada antarabangsa
yang mengharumkan nama negara dan
Terengganu khususnya dalam bidang al-
Quran. Habungan dan jalinan kerjasama
yang dijalinkan oleh institusi pendidikan
Terengganu dengan beberapa institusi
terkemuka dunia seperti Universiti Islam
Madinah, Universiti Al Azhar Mesir, dan
beberapa negara di Eropah dan Timur
Tengah lain adalah usaha berterusan pihak
kerajaan negeri dalam mempastikan
kejayaan melahirkan modal insan anak
negeri Terengganu yang dilengkapi dengan

190

pelbagai kemahiran serta pengalaman dalam
semua bidang ilmu.

Lokasi dan Pelancongan

Menurut Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr
Ng Yen Yen, jumlah kedatangan pelancong
asing ke Malaysia meningkat 1.2 peratus
kepada 9.45 juta orang bagi tempoh Januari
hingga Mei tahun 2012 berbanding 9.32 juta
orang bagi tempoh yang sama tahun
sebelumnya. Beliau menambah, kedatangan
pelancong bagi tempoh itu menyumbang
RM21.8 bilion kepada pendapatan negara
berbanding RM21.4 bilion pada tahun
sebelumnya.
(http://www.sinarharian.com.my/nasional/ju
mlah-pelancong-asing-ke-malaysia-naik-1-
2-peratus-1.64974).

Ini menunjukkan Malaysia adalah
antara destinasi tarikan sebahagian besar
pelancong untuk berkunjung ke sini.
Terengganu pula antara negeri atau tempat
tumpuan yang menjadi pilihan pelancong-
pelancong untuk melawat.

Berbekalkan slogan `Negeri cantik,
budaya menarik` menjadikan Negeri

191

Terengganu salah satu negeri atau destinasi
percutian yang paling menarik di Malaysia.
Kedudukan Terengganu yang strategik dari
sudut demografinya menjadikan negeri ini
tempat tumpuan bagi pengunjung dari
dalam dan luar negara. Hampir setiap derah
di Terengganu mempunyai daya tarikan
tersendiri. Bandar Kuala Terengganu yang
lebih dikenali dengan Bandaraya Pesisir,
mempunyai tarikan tersendiri dengan
keindahan pantai serta lautnya yang
semulajadi selain beberapa tempat rekreasi
untuk keluarga. Nama-nama pulau dan
pantai popular seperti Pantai Batu Buruk,
Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau
Perhentian, Pantai Penarik dan banyak lagi
adalah sebahagian daya penarik yang ada
di Terengganu. Di samping itu, kedudukan
negeri Terengganu yang hampir dengan laut
menjadikan ia sebuah tempat strategik
dalam sektor pengangkutan dan
pembangunan ekonomi. Di Hulu Terengganu
pula, kewujudan Tasik Kenyir yang bukan
sekadar menawarkan keindahan flora dan
fauna, tapi juga telah di nobatkan sebagai
Pulau Bebas Cukai Terengganu serta
Geopark Tasik Kenyir (GTK). Menurut

192

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa

Pelancongan Kebudayaan, Komunikasi dan

Multimedia negeri Terenganu, Wan Abdul

Hakim Wan Mokhtar berkata Tasik Kenyir

mencatat 200,055 kedatangan pelancong

dalam tahun 2013 berbanding hanya

200,015 untuk tempoh setahun pada 2012.

Sementara itu, kedatangan pelancong ke

Pulau Perhentian pula mencatat peningkatan

30 peratus iaitu daripada 65,000 pelancong

meningkat kepada 80,000 orang dalam

tempoh enam bulan pertama tahun

2013.(http://teganuku.blogspot.com/2013/0

8/kedatangan-pelancong-ke-

terengganu.html)

Terengganu juga melangkah maju
kehadapan apabila terus mengukuhkan
kedudukan sebagai hab penerbangan umrah
dan haji di Pantai Timur apabila
menjalankan kerjasama strategik dengan
syarikat penerbangan `Saudi Arabian
Airlines‟ bagi memudahkan pengurusan
ibadat itu bermula tahun 2012. Selain
kemudahan dan hab untuk jemaah haji dan
umrah melaksanakan ibadat, ia juga
membuka peluang kepada pelaburan dan
pelancongan kepada negeri. Justeru, dengan

193

segala kemudahan dan prasarana yang
wujud, adalah tidak mustahil untuk
Terengganu menjadi hab kepada
pelancongan dan warisan Islam
serantau.(http://teganukini.blogspot.com/20
12/04/terengganu-kukuh-sebagai-hab.html)

Kesenian Islam

Negeri Terengganu selain kaya dengan

khazanah alam flora dan faunanya, aspek

kesenian yang merangkumi budaya dan

warisan Islam setempat merupakan satu lagi

daya penarik dan kelebihan yang boleh

meletakkan negeri ini sebagai hab yang

tepat untuk kesenian Islam. Kewujudan

Taman Tema Tamadun Islam di Pulau Wan

Man, Kuala Terengganu yang

menghimpunkan hampir kesemua

monument dan replika senibina dan warisan

tamadun unggul dunia Islam seperti The

Dome of Rock (Kubah As-Sakhrah, Baitul

Muqqaddis, Palestin), Masjid Kristal, Masjid

Negara, Kuala Lumpur, Malaysia, Masjidil

Haram, Mekah, Arab Saudi, Al-Hambra,

Granada, Sepanyol, Taj Mahal, India dan

beberapa monument popular yang lain telah

meletakkan Terengganu sekali dipeta dunia

194

sebagai tempat yang menarik dan sesuai

untuk dikunjung dani menjadi tumpuan

peminat sejarah serta

warisan.(http://tti.com.my/).

Dengan adanya Taman Tamadun
Islam ini, secara tidak langsung
menunjukkan kesungguhan Terengganu
untuk menjadi model dan hab Islam
serantau bagi semua warisan dan budaya
Islam dunia. Di Losong pula, tumpuan
pengunjung dan pelancong bukan hanya
kerana populariti keropok lekor, tapi juga
kerana keunikan dan kehebatan yang ada di
Muzium Terengganu yang menyimpan
pelbagai warisan dan artifak berharga.
Kecanggihan dan keindahan seni binanya
setanding keunikan Masjid Terapung di
Kuala Ibai yang sentiasa menjadi tumpuan
oengunjung untuk beriadah dan berekreasi.
Justeru, Terengganu sedang mengorak
langkah menjadi hab warisan dan kesenian
Islam serantau jika dilihat kepada langkah-
langkah dan usaha yang dijalankan ke arah
itu.

195

Sukan dan Rekreasi

Kecemerlangan atlet dan sukan negeri
Terengganu antara contoh terbaik untuk
dijadikan landasan tepat sebagai sebuah
negeri sukan dan rekreasi. Keupayaan
menggungguli sukan tempatan dwitahunan
seperti SUKMA telah menjadikan
Terengganu antara pasukan yang dihormati
lawan dan kawan. Begitu juga di peringkat
antarabangsa, dalam acara berbasikal
contohnya, nama-nama seperti Azizul Hasni
Awang (The pocket Rocket Man), Anuar
Manan, Fatehah Mustafa dan beberapa lagi
merupakan raja dan ratu atlet berbasikal
negara yang berasal dari Terengganu yang
mengharumkan nama negara di persada
antarabangsa. Begitu juga pencapaian
dalam acara sukan lain seperti bola sepak,
olahraga, hoki dan lain-lain, pasukan
Terengganu adalah antara pasukan yang
sentiasa memberi saingan yang kuat
kepada pasukan-pasukan yang lain. Justeru,
kemantapan dari sudut persediaan,
kesungguhan, latihan dan kemudahan yang
ada di negeri Terengganu, maka tidak
mustahil Terengganu boleh menjadi model

196

atau hab sukan serantau bagi wilayah Islam
di rantau ini.

CABARAN

1. Globalisasi

Menurut Mohd Fauzi Othman et. al (2009)
globalisasi memberi makna suatu fenomena
yang menjadikan dunia kelihatan mengecil
dari segi perhabungan manusia disebabkan
kepesatan dan kepantasan perkembangan
teknologi maklumat. (Mohd Fauzi Othman
et. al 2009). Dengan takrifan tersebut, maka
kefahaman umum masyarakat bahawa
globalisasi boleh member kesan baik dan
juga buruk kepada manusia. Apa yang
membimbangkan kita masyarakat Islam
terutama anak negeri Terengganu, uasah
kea rah menuju negeri sebagai pusat atau
hab Islam serantau akan terhalang
sekiranya kesan buruk dari globalisasi ini
tidak dapat di kawal dengan baik. Dasar
dunia tanpa sempadan dan terbuka, sudah
tentu membuka ruang yang luas kepada
kemasukan unsur-unsur negatif yang akan
meruntuhkan nilai-nilai serta adat ketimuran
serta Islam itu sendiri dalam masyarakat

197

Islam di Terengganu khususnya. Contoh

mudah ialah kesan dari teknologi maklumat

dan komunikasi. Hanya melalui telefon

bimbit, komputer, atau gadget yang

dihabung dengan internet, sudah berapa

ramai masyarakat Islam terutama remaja

yang hanyut dan terleka dengan teknologi

dan perisiannya. Begitu juga dalam aspek

lain, seperti ekonomi, pelancongan, sukan

dan lain-lain dalam keghairahan negara dan

negeri bersaing untuk memanfaatkan dunia

globalisasi kadang kala terlupa dan terleka

dengan kesan buruknya terhadap agama

dan masyarakat. Dasar langit terbuka atau

boarderless world yang ada pada hari ini,

menjadikan persaingan dalam merebut

sesuatu perkara sudah tentu menjadi lebih

sengit dan kuat. Dalam rangka Terengganu

berusaha untuk menjadi hab atau pusat

setempat kepada kepelbagaian program

Islam, konsep globalisasi bukan sekadar

menjadi peluang, bahkan ancaman dan

cabaran kepada usaha-usaha yang ingin

dijalankan, terutama melibatkan

memartabatkan Islam.

198

2. Persaingan

Dunia kini adalah dunia yang penuh dengan
perdaingan dan perebutan. Samada kuasa,
ekonomi, pengaruh, perhatian dan
sebagainya, inilah senario yang dihadapi
oleh kebanyakkan negara. Oleh itu,
persaingan untuk menjadi hab atau pusat
tumpuan setempat bukan sahaja menjadi
cita-cita dan harapan negeri Terengganu
atau Malaysia sahaja, malah ia juga
merupakan keinginan pihak-pihak lain.
Negara-negara maju seperti Amerika
Syarikat, United Kingdom, Jerman, Perancis,
Jepun dan lain-lain telah lama dan masih
bercita-cita menjadikan negara mereka
sebagai hab antarabangsa dalam semua
sektor. Demikian juga hasrat negeri
Terengganu dalam menggapai wawasan
menjadi hab islam serantau sudah tentu
persaingan samada di peringkat nusantara
dan antarabangsa begitu kuat dan sengit. Di
peringkat Asia Tenggara, negara-negara
seperti Indonesia dan Brunei juga
mempunyai beberapa kelebihan untuk
menjadi hab Islam tunggal di rantau ini.
Bahkan persaingan dalam negara yang
melibatkan negeri- negeri di Malaysia tidak

199

kira sama ada negeri Pantai Barat, Timur,
Utara atau Selatan, persaingan tetap wujud.
Oleh yang demikian, ini adalah sebahagian
cabaran dan halangan yang perlu dihadapi
oleh Terengganu dalam merealisasikan agar
hasrat ini tercapai.

3. Modal Insan

Aset yang paling bernilai bagi sesebuah

insitusi adalah modal insannya. Manakala

modal insan yang terbesar adalah jatidiri

alam kalagan masyarakat terutama remaja

dan anak muda. Remaja merupakan aset

yang paling bernilai dalam menentukan

kelansungan dan masa depan sesebuah

institusi atau negara. Menurut satu laporan

akhbar portal Harakahdaily pada tahun 2005

dan 2006 Berdasarkan statistik jenayah

indeks yang dikeluarkan oleh Polis Diraja

Malaysia Kontinjen Terengganu

menunjukkan pada tahun 2005 sejumlah

4,865 kes jenayah indeks telah dilaporkan

berlaku dan jumlah itu meningkat 21.3

peratus pada tahun 2006 kepada 5,899 kes.

Kes rogol, sejumlah 84 pada 2005,

meningkat 124 pada 2006, mencabul

kehormatan: 60 kes (2005) kepada 77

200

(2006), samun tanpa senjata api: 23 kes
(2005) kepada 82 (2006), mencederakan
manusia: 107 kes (2005) kepada 161
(2006), curi motosikal: 1,992 (2005) kepada
2,381 (2006), ragut: 106 (2005) kepada
180 (2006), pecah rumah: 1,188 (2005)
kepada 1,360 (2006). Dari sejumlah 5,899
kes yang dilaporkan pada tahun 2006,
sejumlah 3,063 kes atau 56.7 peratus
berjaya diselesaikan melalui tangkapan
seramai 1,829 orang penjenayah. Daripada
sejumlah 1,829 tangkapan tersebut, seramai
1,810 orang atau 98.96 peratus adalah
terdiri daripada mereka yang berbangsa
Melayu dan beragama Islam.
(https://www.mail-
archive.com/harakahdaily@yahoogroups.co
m/msg10308.html).

Sehingga tahun 2014, angka dan
statistic penglibatan masyarakat Melayu
Islam dalam isu-isu keruntuhan moral serta
jenayah semakin meningkat apatah lagi
melibatkan anak-anak muda serta remaja.
Sudah tentu, keadaan ini akan merencatkan
usaha dan wawasan Terengganu sendiri
dalam menuju sebuah negeri yang bercita-

201

cita menjadi contoh dan hab Islam kepada
negeri-negeri lain. Selagi mana usaha
membendung dan mengatasi masalah sosial
ini tidak dikawal dengan baik, ia akan
menggagalkan usaha menuju murni kearah
negeri contoh di masa hadapan. Selain
masalah moral, kegiatan ajaran sesat juga
menjadi halangan kepada negeri untuk
mendokong ajaran Islam ke satu tahap yang
tinggi. Satu ketika pada tahun 2007, negeri
dan negara ini di gemparkan dengan
pembongkaran kegiatan ajaran sesat Ariffin
Mohamad atau lebih dikenali dengan Ayah
Pin dan pengikutnya di Besut oleh pihak
berkuasa agama negeri. Dengan mendakwa
beliau dan ajarannya berasaskan dari
kerajaan langit serta pelbagai kepercayaan
yang mengarut serta bertentangan dengan
ajaran Islam sebenar, ianya memberi kesan
kepada usaha Terengganu untuk menjadi
Hab Islam serantau sekira ianya tidak
dibendung
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Ariffin_Moham
ad).

202

Penutup

Negeri Terengganu bukan sekadar negeri
yang kaya dan unik dengan sumber alam,
sejarah, keindahan semulajadi serta
kemudahannya, akan tetapi segala potensi
dan kelebihan yang wujud dari pelbagai
sudut lain seperti modal insan dan prasarana
menjadikan negeri ini boleh melangkah lebih
jauh ke hadapan sebagi pusat tumpuan
setempat atau hab Islam serantau. Dengan
mengambil kira segala potensi,kemudahan,
kepakaran, latar belakang sejarah, dan
komitmen yang ditunjukkan, adalah tidak
mustahil untuk negeri Terengganu mencapai
hasrat tersebut. Namun, pada masa yang
sama cabaran-cabaran yang datang samada
dari luar ataupun dalam adalah lumrah yang
seharusnya di harungi dalam menggapai
impian menjadi sebuah negeri yang
menempatkan segala model ajaran Islam.
Oleh itu, dalam dunia yang penuh dengan
persaingan ini, Terengganu sebagai sebuah
negeri yang dilihat berpotensi untuk menjadi
hab Islam serantau, tidak boleh memandang
mudah atau ringan cabaran menuju kea rah
tersebut. Segala usaha yang keras dan
berterusan perlu sentiasa digerakkan dari

203

sekarang hingga impian menjadikan
Terengganu sebagai hab Islam serantau
dapat direalisasikan menjadi kenyataan.

RUJUKAN

Syed Muhammad Naguib Al-Attas. (1984).
Muzium Negara, Kuala Lumpur.

Hasanulddin, M., Zurita M. Y.dan Norhafizah
M. Y.(2011). Sumbangan kitab risalah
Fi Bayani HukmiAl-Bai’i Wa Al-Riba
Karangan Shaykh Abdul Qadir bin
Abdul Rahim Bukit Bayas .Jurnal Islam
dan Masyarakat Kontemporari Jilid 4
(Julai).

Wan Mohd Shaghir Abdullah. (2004). Koleksi
Ulama Nusantara. Jilid 1&2 . Selangor:
Khazanah Fathaniyah.

Abdul Q. M.S dan M. Roslan M. N. (2011).
Haji Abdul Rahman Limbong dan
kebangkitan rakyat di Terengganu
1928. Prosiding Nadwah Ulama
Nusantara (NUN) IV. hlm 11-18.

Katiman Rostam.2005.Transformasi ekonomi
dan pembandaran di koridor

204

Kemaman-Dungun:keterlibatan isi

rumah melayu. Jurnal Alam dan

Tamadun Melayu, May, UKM.

Hasanulddin Mohd, et. al. JURNAL ISLAM
dan Masyarakat Kontemporari Jilid 4
(Julai), 2011.

Mini W.@Khairil K. J.(2008). Peranan
golongan elit di Terengganudalam
bidang pendidikan, pentadbiran dan
politik 1910-1961. Tesis Sarjana,
Universiti Sains Malaysia.

Rahimin A. , Paizah I., M. Kamil A. M. & Nor
H. M. D. (2010). Batu bersurat
Terengganu: satu tafsiran terhadap
perlaksanaan Islam. Jurnal Fiqh, 7:
107-148

Jabatan Statistik Perumahan dan Penduduk
Malaysia 2010

Laporan Perdagangan Antarabangsa dan
Industri Malaysia 2010.

Laporan Prestasi Pelaburan Malaysia 2013.

Lembaga Pembangunan Pelaburan

Malaysia(MIDA).

205

http://ms.wikipedia.org/wiki/Batu_Bersurat_
Terengganu)

http://pulau-
duyung.blogspot.com/2008/03/sejarah
-warisan-tok-
syeikh.html(http://tti.com.my/)

http://www.sinarharian.com.my/nasional/ju
mlah-pelancong-asing-ke-malaysia-
naik-1-2-peratus-1.64974

(http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp
?y=2006&dt=0918&pub=utusan_mala
ysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.ht
m&arc=hive#ixzz3JFPKQ5lm © Utusan
Melayu (M) Bhd )

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Saiyid_Abdur_
Rahman_bin_Saiyid_Muhammad_al-
Aidrus)

http://ms.wikipedia.org/wiki/Zulkifli_Moham
ad_Al-Bakri

https://www.mail-
archive.com/harakahdaily@yahoogrou
ps.com/msg10308.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ariffin_Mohama
d

206

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.
asp?y=2014&dt=0614&pub=Kosmo&s
ec=Terkini&pg=bt_19.htm

http://museum.terengganu.gov.my/maxc20
20/agensi/index_news.display.php?fro
m=index&cid=43&nid=3574&fromfile=
index.php

http://www.visit-terengganu.net/memorial-
batu-bersurat/

207

PELANCONGAN WARISAN:
MENYINGKAP POTENSI KAMPUNG CINA,

KUALA TERENGGANU

Muhammad Nadzir Ibrahim,
Tuan Ederos Tuan Jalil, Muhammad
Hasbi Abdul Rahman, Mazdi Marzuki,

Mohd Abdul Nasir Abd Latif

Pengenalan

Pelancongan adalah suatu kegiatan ekonomi
dan sosial yang penting. Di Malaysia industri
pelancongan pada dekad sekarang telah
menunjukkan peningkatan yang tinggi
dalam menyumbangkan pendapatan negara.
Ini terbukti melalui data kedatangan
pelancong dan pendapatan yang diperolehi
dari tahun 2003 hingga 2013 (Lihat jadual
1.0). Saban tahun kedatangan pelancong
luar negara menunjukkan peningkatan yang
berterusan. Ini membuktikan lagi bahawa
Malaysia merupakan antara destinasi
pelancongan utama kepada pelancong
antarabangsa.

208

Jadual 1.0: Ketibaan Pelancong Luar
Negara dan Pendapatan 1998 hingga
2013

Tahun Ketibaan Pendapatan

Pelancong Luar (RM - Bilion)

Negara (Juta)

2013 25.72 65.44

2012 25.03 60.6

2011 24.71 58.5

2010 24.58 56.5

2009 23.65 53.4

2008 22.05 49.6

2007 20.97 46.1

2006 17.55 36.3

2005 16.43 32.0

2004 15.70 29.7

2003 10.58 21.3

Sumber: Tourism Malaysia, 2014.

Bagi pelancongan domestik pula, telah
menunjukkan peningkatan di mana pada
tahun 2012, seramai 49.4 juta berbanding
dengan 45.7 juta orang pada tahun 2011
(Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013).
Peningkatan ini menunjukkkan wujudnya
peningkatan taraf hidup serta pendapatan
boleh guna yang tinggi. Ini membolehkan
lebih ramai rakyat negara ini menjadikan
perjalanan untuk bersantai sebagai
sebahagian daripada gaya hidup mereka.
Kesannya secara tidak langsung telah

209

mengurangkan pengaliran wang keluar
negara.

Kekuatan yang dimiliki dalam sektor

pelancongan di Malaysia ternyata telah

merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Malaysia mempunyai alam semulajadi yang

kaya dengan pelbagai spesies flora dan

fauna serta bentuk muka bumi yang

pelbagai seperti gunung-ganang dan bukit

bukau serta deretan pulau yang cantik telah

memberi nilai yang tinggi dalam

menawarkan pelbagai produk pelancongan.

Kepelbagaian warisan dan budaya yang unik

berbanding negara lain juga telah

menjadikan Malaysia antara negara yang

menarik untuk dilawati oleh para pelancong.

Oleh itu, Malaysia melalui Tahun Melawat

Malaysia 2014 telah memberikan petunjuk

yang jelas tentang hasrat kerajaan untuk

menjadikan sektor pelancongan di Malaysia

sebagai destinasi pelancongan utama dunia.

Manakala kawasan pantai timur

semenanjung Malaysia khusnya negeri

Terengganu juga tidak ketinggalan dalam

membangun dan mempromosikan kegiatan

pelancongan sebagai salah satu sumber

pendapatan negeri. Keadaan ini dibuktikan

dengan kesungguhan kerajaan negeri

mengadakan Tahun Melawat Terengganu

2013. Hasilnya Terengganu telah berjaya

210

mencatatkan kedatangan kira-kira 4 juta

pelancong. (Harian Metro, 19 Disember

2013). Keadaan ini memberi petunjuk

prospek yang dimiliki oleh negeri

Terengganu dalam bidang pelancongan serta

mampu mencapai sasaran menjadikan

pelancongan sebagai salah satu

penyumbang utama ekonomi negeri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa

Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan

Kebudayaan Negeri Terengganu Dato Mohd

Jidin Shafiee, kerajaan negeri mengambil

langkah menfokuskan empat pelancongan

utama negeri iaitu pertama pulau dan

pantai, kedua Kuala Terengganu sebagai

Bandaraya Warisan Pesisir Air, ketiga Tasik

Kenyir dan keempat produk pelancongan

yang merangkumi seni dan budaya, sejarah

dan warisan, taman rekreasi, hutan simpan

dan air terjun. (Harian Metro, 19 Disember

2013).

Negeri Terengganu mempunyai
potensi pelancongan yang luas dalam
pelbagai jenis tema pelancongan.
Peningkatan bilangan pelancong ke
Terengganu dari tahun ke tahun
menunjukkan petanda yang positif kepada
sektor pelancongan negeri (Lihat Jadual
2.0). Usaha yang dilakukan oleh kerajaan
negeri dalam membangunkan sektor

211

pelancongan selaras dengan matlamat
kerajaan negeri untuk meletakkan
pelancongan sebagai sumber kedua selepas
industri minyak dan gas menunjukkan hasil
yang memberangsangkan. Kepelbagaian
produk pelancongan yang terdapat di
Terengganu dimanfaatkan sebaik mungkin
dengan menumpukan kepada pelbagai jenis
produk pelancongan yang mampu
memberikan pulangan yang baik kepada
ekonomi negeri.

Jadual 2.0: Ketibaan Pelancong
Ke Terengganu

Tahun Pelancong Pelancong Jumlah

Domestik Luar Negara

2011 2,587,735 578,476 3,166,211

2010 2,528,000 287,149 2,815,149

2009 2,963,250 341,526 3,304,776

2008 3,147,873 380,281 3,528,154

2007 2,572,299 295,084 2,867,383

2006 2,061,486 238,893 2,300,379

2005 1,624,726 197,952 1,822,678

2004 1,418,141 162,826 1,580,967

2003 1,284,761 97,743 1,382,504

2002 1,276,671 125,148 1,401,819

2001 1,248,607 142,041 1,390,648

2000 1,170,552 159,993 1,330,545

Sumber: Unit Perancang Ekonomi Negeri

Terengganu, 2011

212

Pelancongan warisan merupakan antara
produk pelancongan yang terdapat di Kuala
Terengganu. Pelancongan jenis ini
memfokuskan kepada tarikan warisan yang
terdapat di kawasan sekitar Kuala
Terengganu. Antara kawasan yang
berasaskan pelancongan warisan ialah
Muzium Terengganu, Bukit Puteri, Istana
Maziah, kampung Cina dan pembuatan kapal
di Pulau Duyung. Fokus pelancongan warisan
yang terdapat di Kuala Terengganu adalah
bagi memberikan input yang berguna
tentang warisan yang terdapat di negeri
Terengganu. Warisan budaya, seni bina, dan
pembuatan adalah sebahagian daripada
produk pelancongan yang dibangunkan
untuk tarikan pelancongan. Usaha kerajaan
negeri dalam membangunkan sektor
pelancongan yang berasaskan warisan
sedikit sebanyak telah meningkatkan
kedatangan pelancong ke Terengganu.

Aspek pelancongan warisan dan
budaya menjadi sebahagian daripada
prospek yang utama dalam pelancongan di
Terengganu di samping prospek
pelancongan berasaskan alam semulajadi.
Produk pelancongan yang terdapat di
Terengganu menjadi mercu kepada negeri
terutamanya sebagai ikon yang sering
dikaitkan dengan negeri Terengganu.

213

Pelbagai tarikan ini memerlukan
pemuliharaan dan pemeliharaan yang
kondusif serta memerlukan komitmen dan
perancangan yang rapi bagi memastikan
produk ini terus relevan dan tidak luput
ditelan zaman.

Inisiatif oleh kerajaan negeri telah
memberikan kesan yang positif dalam
memelihara budaya dan warisan yang ketara
seperti seni bina dan tinggalan sejarah.
Pemeliharaan masjid lama, rumah, kawasan
sejarah dan bahan sejarah telah dijalankan
dengan baik oleh kerajaan negeri. Secara
relatifnya dalam kebudayaan dan warisan,
negeri Terengganu telah membuat inisiatif
yang baik berbanding negeri Kelantan dan
Pahang dalam meningkatkan kelangsungan
produk pelancongan kebudayaan dan
warisan (Habibah Ahmad, et.al, 2011).

Salah satu produk pelancong yang
perlu diberi perhatian khusus adalah
kampung Cina, Kuala Terengganu. Ia
merupakan antara warisan pelancongan
yang masih mengekalkan seni bina yang
utuh di Kuala Terengganu. Bahkan kerajaan
Terenganu telah menempatkan pelancongan
kampung Cina dalam kalendar pelancongan
negeri. Kewujudan deretan rumah kedai
yang masih utuh dilatari dengan seni bina

214

rumah kedai yang pelbagai dan unik pasti
menggamit pelancong yang datang.
Landskap yang menarik di pesisiran muara
sungai Terengganu ditambah lagi dengan
kepelbagaian tarikan lain menjadikan
kampung Cina antara tarikan yang menarik
di Kuala Terengganu. Pembangunan yang
berterusan dan perubahan kawasan
memerlukan penyesuaian di kawasan
pelancongan warisan bagi membolehkannya
terus dijadikan destinasi pilihan pelancong.
Keterlibatan penduduk tempatan dalam
pelancongan juga perlu ditekankan bagi
memastikan kelestarian pelancongan
warisan terus berkekalan.

Kampung Cina Sebagai “Niche”
Pelancongan Warisan

Kuala Terengganu merupakan ibu negeri
Terengganu yang sedang pesat membangun
setelah menerima pengiktirafan apabila
dinaik taraf sebagai Bandaraya Warisan
Pesisir Air. Pembangunan melalui Majlis
Pembangunan Wilayah Pembangunan Pantai
Timur (ECERDC), rancangan pembangunan
Kuala Terengganu City Centre (KTCC)
direncanakan adalah merangkumi kawasan
sekitar sungai Terengganu dan muara
sungai Terengganu. ECERDC merupakan
antara koridor pembangunan terbesar

215

negara yang bakal melibatkan kawasan
seluas kira-kira tujuh kilometer radius
daripada muara sungai Terengganu yang
merangkumi pembangunan lima bidang
utama iaitu Muara Utara, Muara Selatan,
Pulau Warisan, Kampung Ladang/Tanjung
dan Tebing Pesisiran Air. (Utusan Malaysia,
20 Oktober 2010) kampung Cina yang
terletak di pesisiran muara sungai
Terengganu adalah berada di celah-celah
kawasan pembangunan yang secara tidak
langsung berpotensi untuk mengalami kesan
daripada pembangunan.

Perancangan untuk pembangunan ini
yang melibatkan pembinaan bangunan dan
perubahan landskap kawasan sekitar
sekeliling kampung Cina yang bakal
mencorakkan pemandangan baharu di Kuala
Terengganu. Walaupun kawasan kampung
Cina tidak terlibat secara langsung dan
dikecualikan daripada pembangunan, namun
Kampung Cina akan menerima tempias
apabila tersepit di celah-celah kawasan
pembangunan sebagai kawasan pelancongan
warisan. Seni bina dan budaya yang
terdapat di kampung Cina adalah unik dan
mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Perubahan landskap sekitar dan penyediaan
kemudahan adalah perlu dalam mewujudkan
pelancongan yang lestari. Pelbagai usaha

216

telah dilakukan dalam mengekalkan dan
meneruskan kesinambungan pelancongan
warisan di kampung Cina. Kerajaan negeri
melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
(MBKT) telah menjalankan usaha untuk
mengindahkan kawasan Kampung Cina yang
terletak di bawah pentadbirannya. Pelbagai
usaha yang dijalankan untuk memberikan
rupa pandang baharu di kampung Cina.

Seiring dengan perubahan yang telah
dilakukan, pelancongan warisan diharapkan
mampu memperlihatkan kesan yang positif.
Oleh itu, keperluan untuk mengkaji kesan
daripada perubahan yang telah dilakukan
terhadap persekitaran Kampung Cina
khususnya terhadap pelancongan adalah
penting untuk menguji keberkesanan
langkah yang telah dilaksanakan. Keadaan
ini juga penting dalam mengenal pasti
kelemahan dan penambahbaikan yang perlu
dilakukan bagi memastikan kelestarian
pelancongan warisan.

Penduduk sekitar adalah masyarakat

yang akan mendapat impak secara langsung

dalam kegiatan pelancongan yang dijalankan

di sesebuah kawasan. Pembangunan yang

dijalankan di Kampung Cina bagi

menambahkan keserian bangunan dan

meningkatkan potensi kedatangan

217

pelancong memerlukan penglibatan

masyarakat secara khusus dalam

memberikan layanan dan komitmen untuk

memberikan persepsi yang positif kepada

pelancong yang datang. Usaha yang

dijalankan melalui promosi dan penyediaan

kemudahan yang baik oleh pihak berkuasa

bakal menjadi sia-sia jika tiada sokongan

dan kerjasama daripada penduduk sekitar.

Meskipun ramai yang mempercayai bahawa

pembangunan infrastruktur pelancongan

yang lebih banyak dan berterusan akan

menyebabkan lebih ramai pelancong

melawat sesebuah kawasan tersebut.

Sesebuah kawasan pelancongan perlu

mempunyai daya saing yang tinggi bagi

membolehkannya terus menjadi pilihan dan

destinasi yang sering menjadi kunjungan

pelancong.

Gerken menyatakan bahawa antara
pendekatan bagi mencapai pelancongan
lestari adalah dengan mengambil kira
keperluan, kehendak dan pandangan
masyarakat setempat mengurangkan
ketidakseimbangan dari sudut ekologi dan
ekonomi ke tahap seminimum mungkin
serta menerima tanggungjawab secara
menyeluruh dengan memberi keutamaan
kepada prinsip dan ekologi persekitaran dan
biosfera. (Badaruddin Mohamed, 2008). Ini

218

menggambarkan penyertaan masyarakat
adalah penting dalam memastikan
kelestarian pelancongan. Oleh yang
demikian, dalam pelancongan warisan di
Kampung Cina, adalah menjadi keperluan
utama penyertaan masyarakat dalam
memastikan kelestarian pelancongan
warisan.

Kampung Cina, Kuala Terengganu

Kampung Cina yang terletak di muara
sungai Terengganu ternyata mempunyai
sejarahnya yang tersendiri. Kuala
Terengganu telah dikenali sebagai salah satu
bandar pelabuhan yang pernah menjadi
tumpuan para pedagang. Seawal abad ke-18
baharu terdapat catatan tentang kampung
Cina meskipun Kuala Terengganu telah
wujud sebagai pelabuhan yang terkenal
sebelum itu lagi. Kewujudan kampung Cina
ini telah dicatatkan dalam banyak catatan
oleh para pedagang dan pengembara seperti
C Alexander Hamilton;1719, Captain Joseph
Jackson;1764, Captain Lobe;1769, W.
Medhurst;1820, George Windsor Earl;1833
dan Munshyi Abdullah;1838. (Tan dan
Kamaruddin, 2013).

Kedudukan Kampung Cina di Kuala
Terengganu sebelum tahun 1970-an iaitu

219

semasa kegemilangan pengangkutan air
sebagai perhabungan utama meletakkan
kawasan ini sebagai pusat kepada kegiatan
perniagaan dan kegiatan masyarakat. (Tan
dan Kamaruddin, 2013). Selepas tahun
1970-an iaitu berlakunya kemajuan dalam
perhabungan darat apabila wujudnya jalan
darat lebih baik yang menghabungkan
antara Kuala Terengganu dengan kawasan
sekitar telah menyebabkan Kampung Cina
yang terletak di muara sungai Terengganu
tidak lagi menjadi pusat perdagangan utama
di Kuala Terengganu. Pelabuhan bandar
Kuala Terengganu telah kehilangan fungsi
utama sebagai pusat komersial yang
menghabungkan masyarakat luar bandar
dengan masyarakat bandar. Mobiliti sosial
yang berlaku ini menyebabkan Kampung
Cina semakin tenggelam sebagai kawasan
perniagaan dan ramai penduduk berpindah
keluar. Perkembangan pesat di Kuala
Terengganu menyebabkan banyak aktiviti
perniagaan tertumpu di bandar Kuala
Terengganu.

Para penduduk dan peniaga juga
memindahkan kedai mereka dari Kampung
Cina dan berhijrah ke tempat lain. Kampung
Cina telah mengalami perubahan landskap
apabila wujud bangunan besar dan tinggi
melebihi rumah kedai yang menggantikan

220

rumah kedai yang lama. Terdapat
sesetengah penduduk mendirikan sarang
burung walit di atas tapak rumah kedai yang
telah diubahsuai untuk mendapatkan
keuntungan daripada harga sarang burung
yang mahal. Direkodkan terdapat sebanyak
236 unit rumah kedai yang masih terdapat
di Kampung Cina. Deretan rumah kedai ini
yang berlatar belakangkan seni bina Cina,
Inggeris dan Melayu memaparkan keunikan
bangunan rumah kedai yang wujud sebelum
kemerdekaan lagi.(Tan dan Kamaruddin,
2012).

Pada hari ini Kampung Cina terletak di

Jalan Bandar Kuala Terengganu yang

menjadi jalan sehala dengan dua lorong

yang sentiasa sesak dan sibuk dengan

kegiatan perniagaan dan kenderaan lalu

lalang. Kebanyakan penghuni di Kampung

Cina menjalankan kegiatan perniagaan di

bahagian bawah rumah kedai dan tingkat

atas sebagai ruang kediaman. Pada tahun

2000, wujud usaha untuk memberikan

wajah baharu kepada rumah kedai ini yang

melibatkan kerja-kerja mengecat dan

memulihara rumah kedai bagi

menambahkan tarikan yang wujud. Selain

itu, terdapat dua tokong yang telah lama

menjadi kegunaan masyarakat sekitar di

Kampung Cina. Kawasan sekitar dipasang

221

lampu jalan antik yang menambahkan lagi
keceriaan kawasan sekitar dengan ciri-ciri
warisan. Masyarakat Kampung Cina juga
mempunyai sebuah galeri yang menjadi
tempat untuk menyimpan khazanah yang
berkaitan dengan masyarakat di Kampung
Cina. Terdapat juga telaga tertua di bandar
Kuala Terengganu yang berusia kira-kira
300 tahun iaitu telaga Low Tiey yang pernah
menjadi kegunaan masyarakat kampung
Cina dan para pedagang pada suatu ketika
dahulu. (Tan dan Kamaruddin, 2013).
Lorong-lorong diwujudkan dengan tema
yang tersendiri bagi menambahkan tarikan
di Kampung Cina. Antaranya Lorong Penyu,
Lorong Warisan dan Lorong Tokoh.

Konsep Pelancongan Warisan

Warisan bermaksud sebarang monumen,
objek, kawasan dan kesenian yang
mempunyai nilai estetika, sejarah, saintifik
atau nilai sosial yang diwarisi turun temurun
pada masa sekarang dan untuk generasi
akan datang. (Norhayati Ahmad, 2013).
Mengikut Jabatan Warisan Negara, warisan
adalah sesuatu yang diwarisi dari generasi
yang terdahulu. Ia merupakan khazanah
negara yang pernah atau sedang dimiliki
oleh seseorang atau sesuatu kelompok
masyarakat atau manusia sejagat yang

222

menjadi tanggungjawab bersama untuk
dilindungi dan dikekalkan. Warisan juga
ditafsirkan oleh Richard Prentice sebagai
satu warisan atau legasi, perkara bernilai
yang diperturunkan oleh satu generasi
kepada generasi yang lain. (Chris Cooper,
2006). Collin pula menyatakan bahawa
warisan merangkumi segala tradisi budaya,
tempat dan nilai-nilai yang dipelihara oleh
manusia. (Badarudin Mohamed dan Nikmatul
Adha, 2007).

Warisan mempunyai pelbagai

kepentingan kepada masyarakat. Berikut

merupakan kepentingan warisan kepada

masyarakat yang dinyatakan oleh K.S.

Kamal. (Norhayati Ahmad, 2013):

a) Kepentingan sejarah yang terdapat pada
sesebuah bangunan warisan dapat dijadikan
sebagai bukti kukuh tentang sesuatu era
atau peristiwa bersejarah.

b) Kepentingan seni bina dilihat dapat
dijadikan sebagai satu ukuran bagi
ketamadunan bangsa dengan merujuk
kepada kehalusan seni pertukangan dan
teknologi pembinaan pada masa dahulu.

c) Kepentingan pelancongan di mana ia
dapat menarik minat ramai pelancong

223

tempatan dan luar negara untuk
mengunjungi dan menghayati keunikan seni
bina dan rupa bandar serta warisan budaya
yang terdapat pada sesebuah kawasan.

d) Kepentingan perancangan yang lebih teliti
dan terancang dapat dilaksanakan oleh
pihak yang bertanggungjawab melalui usaha
pewartaan bangunan dan seterusnya
berupaya menghalang dari sebarang kerja
perobohan dan pengabaian.

Perkataan warisan menggambarkan
segala aspek yang berkaitan dengan
masyarakat dalam memastikan masyarakat
dapat memberikan pengetahuan dan identiti
masyarakat melalui warisan yang wujud.
Pengekalan warisan penting dalam
memastikan masyarakat dapat mempunyai
suatu identiti yang khusus dalam sesebuah
negara. Warisan boleh dibahagikan kepada
tiga produk utama iaitu warisan ketara
seperti tapak tanah bersejarah, monumen,
bangunan atau sesuatu yang tidak boleh
dipindahkan, dan artifak iaitu bahan
kebudayaan yang boleh dipindahkan (seperti
batu nisan, manik, tekstil, ukiran kayu dan
manuskrip). Warisan tak ketara seperti ilmu,
kepakaran, tradisi lisan, nilai-nilai adat dan
kebudayaan, bahasa dan persuratan, acara
perayaan, ritual kepercayaan, seni

224

persembahan, seni persembahan, seni
perubatan tradisional serta aspek alam
semula jadi, yang merupakan asas penting
untuk membentuk kebudayaan , kesenian
dan warisan secara rasmi atau dari sudut
pandangan kerajaan. (Badruddin Mohamed
et.al, 2011).

Warisan dalam pelancongan

bermaksud bukan sahaja landskap, sejarah

alam semulajadi, bangunan-bangunan,

artifak, tradisi budaya dan sebagainya, yang

mana sama ada secara literally atau

methaphorically diperturunkan dari satu

generasi kepada generasi yang lain, tetapi

semua antara perkara ini yang boleh

dipertontonkan dalam promosikan sebagai

produk pelancongan. (Chris Cooper, 2006).

Manakala Lauranje Smith, (2006)
menyatakan warisan sebagai lama, tua,
monumen, iaitu tempat-tempat bernilai
seperti bangunan, tempat dan artifak.
Secara fizikalnya idea barat tentang warisan
bermaksud warisan itu boleh dibentuk,
dikaji, diurus, dipulihara dan dipelihara dan
perlindungannya boleh tentang kedaulatan
negara dan persetujuan antarabangsa.

Lawatan ke tempat-tempat bersejarah
untuk mengkaji dan menghargai peradaban

225

dan evolusi budaya sesuatu tempat juga
merupakan maksud pelancongan warisan.
Pelancongan warisan bukan sahaja menjadi
galeri yang menyimpan segala rentetan
sejarah tetapi juga mampu mendidik dan
memperkembangkan pengetahuan terhadap
perkembangan sesuatu tempat(Badaruddin
dan Nikmatul Adha, 2007). International
Council on Monuments and Sites (ICOMOS)
(1999) mendefinisikan pelancongan warisan
sebagai:

„Warisan merupakan satu konsep
yang luas termasuk persekitaran alam
semula jadi dan kebudayaan serta
merangkumi lanskap, tapak-tapak,
tempat-tempat bersejarah dan
pembangunan alam sekitar, juga
biodiversiti, koleksi-koleksi, amalan
kebudayaan terdahulu dan yang
masih diamalkan, ilmu pengetahuan
dan pelbagai pengalaman hidup. Ia
mencatat dan menggambarkan proses
pembangunan sejarah yang panjang,
pembentukan pelbagai identiti di
peringkat kebangsaan, wilayah,
masyarakat asli dan penduduk
tempatan serta menjadi sebahagian
daripada kehidupan moden. Ini
merupakan sumber rujukan yang
dinamik dan kaedah positif untuk

226

pembangunan dan perubahan.
Sebahagian warisan dan memori
terkumpul daripada penduduk
tempatan atau komuniti tidak dapat
ditukar ganti dan menjadi asas
penting untuk pembangunan sekarang
dan masa hadapan‟.

(Badaruddin Mohamed, 2011)

Hall dan Zeppe menyatakan bahawa

pelancongan warisan meliputi

pengembaraan ke tempat festival dan acara

kebudayaan, lawatan ke tapak dan

monumen, pengembaraan untuk mengkaji

alam semulajadi, adat-adat warisan,

kesenian atau berziarah ke tempat suci

(Afandi, 2007). Manakala menurut Zaharan,

warisan adalah nostalgia lalu dan keinginan

untuk mengalami kembali warisan budaya

yang berbagai latar belakang dan bentuk

yang merangkumi peninggalan nyata dalam

bentuk bangunan bersejarah, tempat-

tempat arkeologi, monumen dan artifak-

artifak seni serta budaya yang dipamerkan

sebagai sumber warisan untuk tarikan

pelancongan. (Badruddin Mohamed et al.,

2011).

227

Kelebihan Kampung Cina Sebagai
Kawasan Pelancongan Warisan

Kampung Cina mempunyai daya tarikan

yang tersendiri merupakan pemangkin

kepada tujuan kedatangan pelancong ke

tempat tersebut. Tarikan ini akan

mempengaruhi motivasi pelancong untuk

datang berulang kali ke kawasan yang

menarik. Daya penarik inilah yang menjadi

faktor penting Kampung Cina terus

dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar

negara. Daya penarik inilah kadang kala

tidak ditonjolkan oleh pihak berwajib dan

gagal diketengahkan dengan baik bagi

meningkatkan lagi kedatangan pelancong.

Masalah ini boleh mempengaruhi kegiatan

pelancongan yang dilakukan dan

menyebabkan sesebuah kawasan

pelancongan seumpama kampung Cina

gagal untuk menyerlahkan potensinya yang

sebenar. Tarikan di sesebuah kawasan yang

kaya dengan warisan berzaman perlu

dipelihara dan dijaga dengan rapi bagi

memastikan dapat memberikan impak yang

berterusan dalam kegiatan pelancongan.

Tarikan yang bersifat warisan dan budaya

adalah suatu tarikan yang sensitif kepada

perubahan sama ada yang bersifat budaya

tampak (tangible) atau budaya bukan

tampak (intangible).

228

Kawasan Kampung Cina mempunyai
pelbagai tarikan yang boleh menarik
pelancong dalam segmen pelancongan
warisan dan budaya. Antaranya ialah dari
segi bangunan dalam aspek sejarah dan seni
bina, rumah ibadat atau tokong lama,
persekitaran yang menarik, pintu gerbang
yang eksklusif dan pelbagai tarikan lagi yang
menarik dan berupaya menjana kegiatan
pelancongan dengan pesat.

Sejarah Dan Bangunan Rumah Kedai

Petempatan masyarakat cina di Kampung
Cina telah lama dicatatkan di tebing muara
sungai Kuala Terengganu. Kedudukan Kuala
Terengganu yang menjadi pelabuhan dan
pusat ekonomi menyebabkan wujud
kampung Cina yang terdiri daripada deretan
rumah kedai. Peninggalan sejarah yang
telah lama wujud di tebing Kuala
Terengganu ini menyimpan banyak memori
yang berlaku. Kewujudan bangunan yang
kekal sehingga ke hari ini adalah suatu
usaha pengekalan yang dilakukan bagi
membolehkan identiti masyarakat dipulihara
dan didedahkan kepada masyarakat hari ini.
Antara usaha yang dilakukan ialah
meletakkan kawasan kampung Cina sebagai

229

kawasan warisan sejarah di bawah Kuala
Terengganu Port Town Area Action Plan.

Di kampung ini juga memberikan

gambaran keseluruhan kebudayaan

masyarakat Cina yang memaparkan

bagaimana masyarakat cina yang hidup

dalam sebuah negeri Melayu menjalani

kehidupan. Dalam masyarakat Cina,

perniagaan adalah suatu perkara yang

sinonim sejak dahulu lagi. Kediaman yang

dibina adalah berdasarkan tujuan

perniagaan dengan binaan rumah kedai. Di

kampung Cina, rumah kedai dibina

sepanjang 600 meter yang saling

berhadapan antara satu sama lain. Rumah

kedai ini mempunyai pelbagai keistimewaan

yang tersendiri. Keistimewaan ini

termasuklah sejarah penempatan

masyarakat di Kampung Cina dan keunikan

seni bina rumah kedai. Usia bangunan yang

rata-rata adalah berusia lebih 100 tahun

telah melalui pelbagai zaman daripada

penjajahan British, Jepun sehinggalah

sekarang. Keutuhan binaan rumah kedai

yang telah mengalami banyak perubahan

berdasarkan zamannya juga menjadi bukti

warisan yang ditinggalkan oleh generasi

terdahulu. Kegemilangan pelabuhan

Terengganu sehingga menjadi tempat

persinggahan yang sering dikunjungi oleh

230

pedagang dan masyarakat luar seperti
pedagang Eropah melambangkan kedudukan
Terengganu yang strategik dan menjadi
pusat kepada aktiviti perdagangan.

Seni Bina

Seni bina bangunan adalah percampuran
antara seni bina Cina, Melayu dan Inggeris.
Gabungan antara ketiga-tiga seni bina ini
menyerlahkan kelainan yang terdapat di
bangunan rumah kedai di Kampung Cina.
Binaan pula berkonsepkan campuran antara
binaan kayu sehingga kepada Art Deco and
Baroque pada awal abad ke-20. Fasad atau
ukiran dinding yang menarik dengan corak-
corak yang tertentu menambahkan lagi
keserian bangunan. Tingkap yang diserikan
dengan ukiran kayu dengan motif yang
pelbagai menyuntik elemen melayu di
bangunan tersebut. Keunikan seni bina yang
diserlahkan dengan warna yang menarik dan
kehalusan dalam ukiran yang telah
dihasilkan. Penjagaan rapi terhadap
bangunan memberikan pemandangan yang
menarik dengan pelbagai bentuk muka
depan atau fasad yang berada di tingkat
atas bangunan rumah kedai. Fasad ini
menjadi ikonik kepada rumah kedai yang
menjadikan seni bina bangunan menjadi

231

lebih menarik dengan pelbagai bentuk dan
ukiran.

Gambar 1: Senibina rumah kedai
di Kampung Cina
232

Tokong

Tokong Ho Ang Kiong merupakan tempat
ibadat masyarakat Kampung Cina yang telah
lama tersergam indah juga menjadi tarikan
kepada masyarakat luar. Tokong ini telah
dibina pada 1801 tahun dahulu oleh
komuniti Hokkien dan antara tokong tertua
di Terengganu. Seni bina tokong yang
terdapat di kawasan pintu masuk kawasan
Kampung Cina menjadi tempat masyarakat
Cina menjalankan upacara keagamaan sejak
dahulu lagi. Reka bentuk yang menarik
dengan hiasan dan ukiran yang dilakukan
menambahkan keserian bangunan tokong
ini. Tokong ini menjadi sebahagian daripada
budaya masyarakat Cina yang masih
dikekalkan sehingga ke hari ini dan menjadi
lambang kepada pengekalan budaya dan
identiti masyarakat Cina. Pengekalan budaya
Cina di sebuah negeri yang majoritinya
adalah Melayu dengan suatu perkara yang
menarik dengan kepelbagaian budaya yang
masih menjadi amalan dan kebiasaan hingga
ke hari ini.

233

Gambar 2: Tokong Ho Ang Kiong
234

Persekitaran

Kawasan Kampung Cina yang sering meriah

dan sesak dengan pelbagai jenis perniagaan

dan perusahaan yang dijalankan oleh

masyarakat Cina sejak dahulu lagi

memberikan suatu pemandangan yang unik.

Perniagaan jenis warisan keluarga yang

menjadi tradisi turun temurun dalam

masyarakat Cina memperlihatkan keunikan

dan kepelbagaian dalam budaya Cina.

Masyarakat Cina juga masih mengekalkan

pelbagai budaya dan warisan masyarakat

yang unik untuk dikongsikan kepada

pelancong. Penambahan yang dilakukan

dengan menggantikan tar kepada batu bata

yang berwarna menambahkan keunikannya.

Lampu jalan yang mempunyai ciri-ciri antik

melengkapkan persekitaran dan

menambahkan pemandangan terutamanya

pada waktu malam. Hiasan yang dilakukan

terutamanya semasa menyambut perayaan

atau pesta dengan pelbagai hiasan seperti

tanglung dan lampu berwarna warni seperti

semasa menyambut Tahun Baharu Cina

memeriahkan lagi kawasan persekitaran.

Pintu Gerbang

Kampung Cina mempunyai sebuah pintu
gerbang yang menjadi pintu masuk ke

235

Kampung Cina. Pintu gerbang yang terletak
berhampiran dengan Hotel Seri Malaysia ini
menjadi tanda arah yang utama untuk
masuk ke kampung Cina. Pintu gerbang ini
menjadi lambang kepada suatu tanda
budaya yang memaparkan kehidupan dan
kebudayaan yang berbeza dengan kawasan
sekitarnya. Kewujudan pintu gerbang ini
telah menampakkan kelainan kepada
bangunan sekeliling yang lebih tinggi dan
mempunyai reka bentuk moden. Pintu
gerbang menjadi sempadan kepada kawasan
sekeliling yang telah menampakkan pelbagai
perubahan dalam struktur dan kedudukan
bangunan. Pembinaan pintu gerbang yang
gah dan menarik ini menjadi ikonik kepada
Kampung Cina sebagai pintu masuk ke
dalam sebuah kebudayaan masyarakat cina
yang mempunyai kepelbagaian tarikan dan
keunikan.

Lorong Antara Bangunan Rumah Kedai

Inisiatif masyarakat di Kampung Cina dalam
menambahkan keceriaan di kawasan
Kampung Cina telah memberikan banyak
perubahan. Terdapat usaha masyarakat
untuk memenuhi kelompangan yang
terdapat di antara lorong-lorong bangunan
rumah kedai. Tambahan ini diserikan dengan
menyediakan tema atau persekitaran yang

236

unik mengenai masyarakat dan menjadi
tarikan sampingan di Kampung Cina.
Antaranya ialah lorong Payang, lorong
Penyu, lorong Mesra Alam dan lorong
Warisan Dunia. Lorong Kenangan Payang
memaparkan gambar tokoh dan pemimpin
masyarakat Cina tempatan dari tahun 1959
sehingga sekarang. Gambar ini diletakkan
sekali dengan nama pemimpin, jawatan dan
tempoh berkhidmat. Lakaran yang
dilekatkan di dinding rumah kedai yang
menghala ke kawasan Pulau Warisan di
belakang Kampung Cina mengindahkan lagi
kawasan persekitaran Kampung Cina.

Makanan dan pakaian tradisional

Selain tarikan dalam bentuk warisan,
masyarakat Kampung Cina juga mempunyai
keistimewaan dalam pembuatan makanan
tradisional. Terdapat banyak makanan
tradisional Cina peranakan seperti roti paung
dan rojak Cerenang selain banyak lagi
makanan tradisional yang menarik dan
enak. Keunikan masakan Cina peranakan
tradisional yang diubahsuaikan dengan
makanan dan cita rasa tempatan yang
mempunyai rasa tersendiri pasti menarik
minat pelancong untuk mencuba kelainan
yang terdapat di sini. Terdapat banyak kedai
makan yang menyediakan pelbagai

237

makanan tradisional masyarakat Cina
peranakan Terengganu. Antaranya kedai
Madam Bee‟s Kitchen dan Kedai Makan Soon
Kee. Kedai makan yang terdapat di
sepanjang kampung Cina menyediakan
pelbagai makanan tradisional tempatan yang
telah sebati dengan masyarakat Cina di
Terengganu.

Selain itu, masyarakat cina peranakan
Terengganu juga mempunyai pakaian
tradisional iaitu kebaya Potong Kot yang
terkenal dalam masyarakat cina peranakan
Terengganu. Pakaian kebaya menjadi
pakaian tradisional masyarakat Cina
peranakan yang sering dipakai dalam
perayaan dan majlis-majlis tertentu.
Terdapat sebuah rumah warisan yang
dijadikan muzium kepada kebaya Potong Kot
di Kampung Cina. Rumah warisan ini adalah
tinggalan penggiat kebaya Potong Kot yang
telah meninggal dunia. Rumah ini telah
diambil alih bagi dijadikan rumah warisan
untuk memaparkan warisan kebaya Potong
Kot kepada generasi yang baharu. Pakaian
masyarakat cina peranakan Terengganu
yang eksklusif ini amat menarik untuk
diketahui oleh masyarakat khususnya
kehalusan sulaman kebaya ini. Keunikan
pakaian ini yang telah mengalami perubahan
dalam peredaran zaman menyebabkan

238

wujud kelainan dalam ciri-ciri pembuatannya
yang menjadikan ia istimewa dan berbeza
dengan pakaian lain.

Kesimpulan

Pelancongan warisan merupakan satu
produk pelancongan yang unik dalam usaha
mendedahkan masyarakat luar tentang
sesuatu warisan atau tinggalan masyarakat.
Pelancongan bentuk ini meliputi warisan
yang masih kekal utuh diamalkan atau
warisan yang dikekalkan dalam kehidupan
hari ini. Warisan yang terbahagi kepada dua
bentuk iaitu budaya tampak (tangible) atau
budaya bukan tampak (intangible) adalah
anugerah kepada masyarakat sekarang
dalam mempelajari dan mengenali
masyarakat atau generasi terdahulu.
Warisan ini memerlukan pemeliharaan dan
pemuliharaan bagi memastikan warisan
yang kekal wujud dan relevan. Keadaan ini
penting untuk mencapai kelestarian
pelancongan warisan. Penglibatan pelbagai
pihak dalam menjayakan pelancongan
warisan adalah menjadi keperluan utama
dalam mengekalkan kewujudannya. Hal ini
memberi banyak kebaikan kepada
masyarakat terkemudian supaya dapat
mengenali warisan bangsa. Oleh itu,
pelancongan warisan merupakan suatu

239


Click to View FlipBook Version