produk pelancongan yang efektif dalam
memelihara warisan dan memberikan faedah
yang banyak kepada pemilik warisan
berkenaan. Kedudukan warisan dalam
pelancongan memainkan peranan dalam
melengkapkan masyarakat dengan sejarah
dan asal usul masyarakat. Warisan dan
kebudayaan semakin mendapat tempat di
kalangan pelancong untuk mendalami dan
mengalami sendiri pengalaman tersebut.
Pemeliharaan dan pemuliharaan
bangunan warisan yang menjadi tarikan
utama pelancongan warisan perlu diberi
perhatian oleh pihak berwajib dalam
pelbagai tindakan bagi merealisasikan
kelestarian pelancongan ini. Kepelbagaian
dan keunikan tarikan yang diketengahkan
akan memberikan pengetahuan dan
pengalaman baharu kepada pelancong.
Tarikan yang wujud seharusnya
dikembangkan potensinya secara optimun
bagi memastikan pelancong mendapat
kepuasan dan pengalaman yang berbeza
dalam pelancongan. Pengurusan dan
penyeliaan terhadap tarikan memainkan
peranan yang penting dalam menyediakan
keperluan dan kemudahan kepada
pelancong serta meningkatkan daya saing
pelancongan warisan. Usaha pembangunan
dan penambahbaikan yang dilakukan juga
240
penting dalam memberikan keselesaan dan
kemudahan kepada pelancong. Tahap
pembangunan yang dijalankan perlu
dipantau secara terperinci bagi melihat
kesannya terhadap masyarakat dan kegiatan
pelancongan yang dijalankan terus
meningkat secara positif.
Penglibatan masyarakat di Kampung
Cina adalah penting dalam menggerakkan
pelancongan yang dijalankan. Masyarakat
setempat yang aktif dalam program
pembangunan dan kegiatan pelancongan
yang dijalankan memainkan peranan penting
sebagai salah satu faktor kepada kelestarian
pelancongan warisan. Sokongan dan
kerjasama masyarakat berguna dalam
mencapai kejayaan membangunkan
pelancongan yang berkekalan dan
mempunyai prospek jangka panjang.
Kebaikan dan peluang yang diperolehi dalam
pelancongan ini secara tidak langsung
memberikan faedah kepada masyarakat.
Keadaan ini mendorong pembabitan
langsung dan tidak langsung masyarakat
dalam kegiatan pelancongan ini.
Pembangunan pelancongan yang melibatkan
masyarakat perlu mengambil kira
kepentingan masyarakat setempat serta
memelihara kedudukan mereka.
241
RUJUKAN
Badarudin Mohamed dan Nikmatul Adha
Nordin (2007). Perancangan
Pelancongan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Badaruddin Mohamed, Izatul Yussof,
Mashitah Muhibuddin dan Shida
Irwana Omar (2011). Pelancongan
Warisan di Terengganu: Sejauh Mana
Pengalaman Pelancongan Menepati
Tahap Jangkaan dalam Kelestarian
Warisan Negara. Pulau Pinang:
Universiti Sains Malaysia.
Chris Cooper (2006). Aspects Of Tourism:
Classic Previews in Tourism. United
Kingdom: Multiligual Matters Limited.
Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh. Chamsuri
Siwar, Amriah Buang, Mohamad
Shukri Haji Noor, Shahruddin Mohd
Ismail dan Zairin Akma Zolkapli
(2011). Pelancongan Budaya di
Koridor Ekonomi Wilayah Pantai Timur
(ECER) : Isu dan Cabaran. (Dalam
talian) Geografia Online Malaysian
Journal Of Society And Space 7. Akses
pada 17 November 2014 dari
http://www.academia.edu/1981721/Pe
242
lancongan_budaya_di_Koridor_Ekono
mi_Wilayah_Pantai_Timur_ECER_Isu_
dan_cabaran
Jabatan Perangkaan Malaysia (2013). Akses
pada 17 November 2014 dari
http://www.statistics.gov.my/portal/d
ownload_Services/files/tourism/Penerb
itan_Domestic_Tourism_Survey_2013.
pdf
Lauraje Smith (2006). Uses of Heritage.
London: Routledge.
Norhayati Ahmad (2013). Lebuh Raya
Acheh, Pulau Pinang Wadah Tumpuan
Warisan Budaya Islam Sebagai Faktor
Tarikan Pelancong. Jabatan
Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan
Abdul Halim Muadzam Shah. Tidak
Diterbitkan.
Tan Yao Sua dan Kamaruddin Mohamed
(2012). Pengekalan dan Penyebaran
Budaya Cina di Sebuah Negeri Melayu:
Peranan Pertubuhan Cina di Kuala
Terengganu. Petaling Jaya: Strategic
Information And Research
Development Centre.
243
Tan Yao Sua dan Kamaruddin Mohamed
(2013). Socio Historical Development
of The Kampung Cina Settelement in
Kuala Terengganu. Petaling Jaya:
Strategic Information and Research
Development Centre.
Tourism Malaysia (2014). Akses pada 17
November 2014.
http://corporate.tourism.gov.my/research.as
p?page=facts_figures.
Kampung Cina Berwajah Baharu (25 Januari
2010). Akses pada 17 November 2014
dari
http://www.utusan.com.my/utusan/inf
o.asp?y=2010&dt=0126&pub=utusan_
malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm.
Terengganu Sasar 5 juta Pelancong (19
Disember 2013). Akses pada 17
November 2014 dari
http://www.hmetro.com.my/articles/S
asar5jutapelancong/Article.
244
SERINGKASNYA TENTANG PENULIS
A. Halim Ali, Pensyarah Kesusasteraan
Melayu di Jabatan Bahasa dan
Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa
dan Komunikasi, Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Presiden RAPAT dan juga
Presiden Persatuan Penulis Budiman
Malaysia (BUDIMAN). Jawatan dalam
pentadbiran ialah sebagai Pengarah
Pusat Perhabungan Alumni, UPSI.
Abdul Halim Ibrahim, Pensyarah TESL di
Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan
Inggeris, Fakulti Bahasa dan
Komunikasi, Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Ahli Jawatankuasa
RAPAT.
Ahmad Jazimin Jusoh, Pensyarah
Kaunseling di Psikologi dan
Kaunseling, Fakulti Pendidikan dan
Pembangunan Manusia, Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Timbalan
Presiden RAPAT. Jawatan dalam
pentadbiran ialah sebagai Pengarah
Pusat Latihan Mengajar dan Industri,
UPSI.
Ahmad Nizam Othman, Dr. Pensyarah
Kanan di Jabatan Multimedia Kreatif,
245
Fakulti Seni Koputeran dan Industri
Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan
Idris. Ahli Jawatankuasa RAPAT.
Mazdi Marzuki, Pensyarah Geografi, di
Jabatan Geografi, Fakulti Sains
Kemanusiaan, Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Setiausaha RAPAT.
Mohd Azam Sulong, Pensyarah Muzik di
Jabatan Muzik, Fakulti Muzik dan Seni
Persembahan, Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Ahli Jawatankuasa
RAPAT.
Muhammad Hasbi Abdul Rahman,
Pensyarah Jabatan Pengajian
Kemasyarakatan dan
Kewarganegaraan, Fakulti Sains
Kemanusiaan, Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Ahli Jawatankuasa
RAPAT.
Muhammad Nadzir Ibrahim, Pensyarah
Jabatan Pengajian Kemasyarakatan
dan Kewarganegaraan, Fakulti Sains
Kemanusiaan, Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Ahli Jawatankuasa
RAPAT.
246