al-Ghazali, Abu Hamid Muhamed Muhammad
Imam. (2003). Ihya’ Ulum ad-Dīn,Jilid
2 dan 4. Kaherah: Maktabah as Safa,
cetakan ke-1 [baharu].
Abdul Malek Abdul Rahman, Samsiah Mohd.
Jais dan Che Anuar Che Abdullah
(2014). Teori Pembangunan Sahsiah
dalam Modul Latihan Pembangunan
Sahsiah. Tanjong Malim: UPSI.
Ahmad Jazimin Jusoh dan Muhammad
Bazlan Mustafa (2014). Falsafah
Pembangunan Sahsiah dalam Modul
Latihan Pembangunan Sahsiah.
Tanjong Malim: UPSI.
Ahmad Jazimin Jusoh (2003). Penggunaan
Terapi Rebt, Gestalt dan Realiti Dalam
Mengendalikan Kes Kaunseling Dalam
Buku Pemikiran Dalam Pendidikan.
Bandar Baharu Bangi Fakulti
Pendidikan UKM.
Ahmad Jazimin Jusoh (2005a). Aplikasi
sistem WDEP (Terapi Realiti) dalam
proses membantu individu. Prosiding
Seminar Kaunseling Kementerian
Pelajaran Malaysia . Hotel City
90
Bayview Langkawi pada 30 Mei – 2 Jun
2005.
Ahmad Jazimin Jusoh (2005b). Kejayaan-
kejayaan terapi realiti dalam
membantu individu dalam proses
kaunseling : suatu sorotan literatur.
Prosiding Persidangan Kaunseling
Kebangsaan di Hotel Merdeka Palace,
Kuching, Sarawak pada 28-30
September 2005.
Ahmad Jazimin Jusoh, Zuria Mahmud dan
Noriah Mohd Ishak. (2006). Analisis
Kesahan dan Kebolehpercayaan soal
selidik profil kaunselor Terapi Realiti.
Kertas kerja UPSI‟s Regional Seminar
& Exhibition on Educational Research
2006. anjura Pusat Pengurusan
Penyelidikan, Universiti Pendidikan
Sultan Idris, 27-30 Julai.
Ahmad Jazimin Jusoh (2008). Penggunaan
terapi realiti dalam kalangan
kaunselor di Malaysia. Bangi : Tesis
Phd Yang Tidak Diterbitkan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ahmad Jazimin Jusoh (2009). Aplikasi Terapi
Realiti dalam Kaunseling dalam Buku
91
Isu-Isu Kaunseling di Malaysia.
Serdang : PERKAMA.
Ahmad Jazimin Abdul Malek Abdul Rahman,
Mohammad Nasir Bistamam dan
Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip
(2009). Membina Kesahan Muka dan
Kandungan Modul Kaunseling
Kelompol Choice Theory Reality
Therapy. Dibentangkan dalam
Persidangan Kebangsaan Kaunseling
pada 3-5 Nov 2009 di Palaca of Golden
Horses, KL.
Ahmad Jazimin Jusoh, Abdul Malek Abdul
Rahman, Mohammad Nasir Bistamam
dan Mohammad Aziz Shah Mohamed
Arip (2010). Kesahan modul
kaunseling kelompok Choice Theory &
Reality Therapy (CTRT) dalam
menangani tingkah laku disiplin. Jurnal
Perkama,16, 1-12 .
Ahmad Jazimin Jusoh, Abdul Malek Abdul
Rahman, Mohammad Nasir Bistamam
dan Mohammad Aziz Shah Mohamed
Arip (2011). Kesahan dan
Kebolehpercayaan modul kaunseling
kelompok Choice Theory & Reality
Therapy (CTRT) dalam menangani
tingkah laku disiplin. Laporan
92
penyelidikan yang tidak diterbitkan :
UPSI.
Ahmad Jazimin Jusoh, Abdul Malek Abdul
Rahman, Mohammad Nasir Bistamam
dan Mohammad Aziz Shah Mohamed
Arip (2011). Modul Kaunseling
Kelompok Choice Theory & Reality
Therapy (CTRT): Pendekatan
Menangani Masalah Disiplin Pelajar.
Tanjong Malim : UPSI.
Amir Awang. (1987). Teori dan amalan
psikoterapi. Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sains Malaysia.
Avants, S.K., Margolin, A. & Singer, J.
(1993). Psychological interventions
and research in the oncology setting:
An integrative framework. Journal of
Psychotherapy, 30(1), 1-10.
Beck, A.T. (1976). Cognitive therapy and
emotional disorders. New York:
International Universities Press.
Berne, E. (1961). Transactional analysis in
psychotherapy. New York: Grove
Press.
93
Burt, M. R., Resnick, G. & Novick, E. R.
(1998). Building Supportive
Communities For At-Risk Adolescents:
It Takes More Than Servies.
Washington DC: American
Psychological Association (APA).
Boy, A.V. & Pine, G.J. 1999. A person-
centered foundation for counseling and
psychotherapy. Ed. ke-2. Springfield,
IL: Chas. C. Thomas.
Capuzzi, D. & Gross, D.R. (2003).
Counseling and Psychotherapy :
Theories and Interventions. Ed. ke-3.
Upper Saddle River, New Jersey: Merril
Prentice Hall.
Carey, T. (2002). Student self report of
countercontrol. Journal of Reality
Therapy, 22(1), 4-9.
Cole, D.R. (1982). Helping: Origins and
development of the major
psychotherapies. Toronto: Butterworth
& Co.
Corey, G.(2005). Theory and practice of
counseling and psychotherapy (7th
ed.). Pacific Grove, CA:Brooks/Cole.
94
Davies, N. (2000). Pschology, choice theory
and the classroom. Journal of Reality
Therapy, 20 (1), 34-36.
Dinkmeyer, D.JR. & Sperry, L. (2002).
Counseling and psychotherapy: An
integrated individual Psychology
approach. Ed. ke-3. Upper Saddle
River, New Jersey: Merill/Prentice
Hall.
Ellis, A. (1973). Humanistic psychotherapy:
The rational-emotive approach. New
York: McGraw Hill.
Ellis, A. & Harper, R.A. (1997). A new guide
to rational living. Ed. ke-3. North
Hollywood: Wilshire Books.
Erwin, J.C. (2006). Boosting students‟
intrinsic motivation: A choice theory
approach. International Journal of
Choice Theory. 1(1). 11-13.
Frank, V.E. (1955). The doctor and the soul:
An introduction to logotherapy. New
York: Knopf.
Frank, V.E. (1992). Man’s search for
meaning: An introduction to
95
logotherapy. Boston: Beacon Press.
(Original work published 1963).
Freud, S. (1955). The interpretation of
dreams. London: Hogarth Press.
Glasser, W. (1965). Reality Therapy: A new
approach to psychiatry. New York:
HarperCollins.
Glasser, W. (1972). The identity society.
New York: HarperCollins.
Glasser, W. (1984). Take effective control of
your live.New York: HarperCollins.
Glasser, W. (1985). Control Theory. New
York: HarperCollins.
Glasser, W. (1986). Control theory in the
classroom. New York: HarperCollins.
Glasser, N (Ed.). (1989). Control theory in
the practice of reality therapy: Case
studies. New York: HarperCollins.
Glasser, W. (1990). Quality school:
Managing students without coercion.
New York : HarperCollins.
96
Glasser, W. (1998) Choice theory:A new
psychology of personal freedom. New
York: HarperCollins.
Glasser, W. (2000). Reality therapy in action
. New York: HarperCollins
Glasser, W. (2004) Choice theory in mental
health counseling and
education(Videotape). Chartsworth,
CA:The William Glasser Institute.
Harris, T. 1967. I’m OK-You’re OK: A
practical guide to transactional
analysis. New York: Harper and Row.
Henry, C. & Cashwell, C. (1998). Using
Reality Therapy in the treatment af
adolescent sex offenders. Journal of
Reality Therapy, 18 (1).8-11.
Howatt W.A (2003). The human services
counseling toolbox. Wadsworth:
Brooks/Cole.
Ismail Faruqi. (1980). Islam and culture.
Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam
Malaysia.
James, R.K. & Gilliland, B.E. (2003).Theories
and strategies in counseling and
97
psychotherapy. Boston: Allyn and
Bacon.
Kim, J.U. (2007). A Reality Therapy group
counseling program as an internet
addiction recovery method for college
students in Korea. International
Journal of Reality Therapy.26(2), 3-9.
Kim, R.I. & Hwang MG.(2006). A meta-
analysis of Reality Therapy and Choice
Theory group programs for self
esteem and locus of control in Korea.
International Journal of Choice
Theory. 1(1).25-30.
May, R. (1991). The cry for myth. New
York: W.W. Norton.
Meichenbaum, D. (1979). Cognitive behavior
modification. New York: Plenum.
Mohammad Nasir Bistamam dan Ahmad
Jazimin Jusoh (2010) Perbezaan aspek
psikologi remaja berisiko dengan
remaja kurang berisiko dan strategi
tindakan. Jurnal PERKAMA, Vol.16, 105-
116.
Mosak, H.H. (2000). Adlerian
psychotherapy. Dlm. Corsini R.J. &
98
Wedding D. (pnyt.). Current
psyhotherapies, hlm. 54-98. Itasca,
IL: Peacock.
Nelson-Jones, R. (2005). Theory and
practice of counseling & therapy.
London: Sage.
Norcross, J. (1987). A rational and empirical
analysis of existential psychotherapy.
Journal of Humanistic Psychology 27:
41-68.
Nordin Kardi, Noorshah Saad, Ahmad
Jazimin Jusoh, Kamarudin Musa, Misnan
Jemali, Ahmad Zaki Hasan dan Idris
Zakaria (2013). Falsafah takdir Za‟ba
dari perspektif mufti-mufti Malaysia.
Projek penyelidikan UPSI yang tidak
diterbitkan.
Noryati Ismail (2011). Tingkah Laku Ponteng
Pelajar Berdasarkan Teori Pilihan
(Choice Theory). UPSI: Tesis masters
yang tidak diterbitkan.
Parott III, L. (2003). Counseling and
Psychotherapy. Ed. ke-2. Pacific
Grove, CA: Brooks/Cole.
99
Perls, F. (1969). Gestalt therapy verbatim.
New York: Bantam Books.
Richardson, B.G. & Wubbolding R.E. (2001).
Five interrelated challenges for using
Reality Therapy with challenging
students. Journal of Reality Therapy,
20(2), 35-40.
Rogers, C. (1951). Client centered therapy.
Boston: Houghton Mifflin.
Rogers, C. (1961). On becoming a person.
Boston: Houghton Mifflin.
Sapora Sipon, Ahmad Jazimin & Hapsah
Yusof. (2003). Kaunseling individu. Ed.
ke-2. Kuala Lumpur: Prentice-Hall.
Seligman, L. (2006). Theories of counseling
and psychotherapy: System, strategies
and skills. Upper Saddle River:
Prentice-Hall.
Sharf R.F. (2004). Theories of
psychotherapy and counseling:
Concept and cases. Ed. ke-3.
Belmont, CA: Brooks/Cole.
Sommers-Flanagan, J. & Sommers-
Flanagan, R. (2004). Counseling and
100
psychotherapy theories in context and
practice: Skills, strategies and
techniques. New Jersey : John Wiley
and Sons.
Suradi Salim (2005). Hala tuju penyelidikan
kaunseling di Malaysia. Jurnal
Perkama,11, 1-15.
Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1978).
Islam and secularism. Kuala Lumpur:
Muslim Youth Movement of Malaysia
(ABIM).
Thompson, R.(2003). Counseling
Techniques. New York: Routledge.
Wan Mohd Nor Wan Daud. (2005).
Habungan Falsafah dan Pendidikan di
Malaysia. dalam Reformasi Pendidikan
di Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin
Interprise.
Wubbolding, R.E. (1988).Using reality
therapy . New York: HarperCollins.
Wubbolding, R.E.(1990). Evaluation: The
cornerstone in the practice of reality
therapy. Omar Psychology Practitioner
Series,2, 6-27.
101
Wubbolding, R.E.(1996). Professional issues.
The use of questions in reality therapy.
Journal of reality therapy, 16(1), 122-
126.
Wubbolding, R.E. & Brickell, J. (1999). Using
Reality Therapy. New York:
HarperCollins.
Wubbolding, R.E. (2000). Reality Therapy for
the 21st century. New York:
HarperCollins.
Wubbolding, R.E., Al-Rashidi, B., Brickell, J.,
Kakitani, M., Kim, R.I., Lennon, B.
Lojk, L., Ong, K.H., Honey, I., Stijacic,
D., & Tham, E. (1998). Multicultural
awareness: Implications for Reality
Therapy and Choice Theory.
International Journal of Reality, 17(2),
4-6.
Yalom, E.D. (1980). Existential
psychotherapy. New York: Basic
Books.
Za‟ba. (2007). Perangai Bergantung Kepada
Diri Sendiri. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur . Cetakan
Dawama Sdn. Bhd, Ampang, Selangor.
102
ULEK MAYANG DAN RODAT DARI
PENTAS LOKAL KE PENTAS GLOBAL
MOHD AZAM SULONG, a.k.a: Azam Dungun
Jabatan Muzik, Fakulti Muzik dan Seni
Persembahan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,Perak
Pengenalan
Kekayaan seni budaya dan warisan negeri
Terengganu berserta produk budayanya
adalah tiada ternilai harganya. Kekayaan
yang dimiliki samada dalam bentuk tangible
dan untangible tidak bernilai jika tidak digali,
diangkat dan disebarluaskan. Perkembangan
teknologi komunikasi dan informasi di
zaman sekarang mampu menyebarluaskan
kekayaan seni budaya di persada dunia
tanpa sempadan. Seni budaya dan warisan
tersebut penting untuk membangun dan
menguatkan identiti Terengganu melalui
local genius. Ianya bagaikan sebutir
mutiara. Perlu digilap dan dipulihara kerana
local genius mampu memberi wajah yang
tersendiri di pentas global. Oleh itu, bila
berbicara tentang seni budaya negeri
Terengganu, semua orang akan terbayang
lagu Ulek Mayang. Seni budaya Ulek
103
Mayang adalah berbentuk genre
persembahan nyanyian, muzik dan tarian.
Kebanyakkan golongan marhaen tahu Ulek
Mayang adalah sebuah lagu yang popular
dari negeri Terengganu. Sekarang
persembahan Ulek Mayang kurang
dimainkan dan dipersembahkan di
kampung-kampung seperti permainan bola
sepak. Penggiat-penggiat seni Ulek Mayang
juga sukar kita temui yang setia untuk
membuat persembahan. Jika adapun
persembahan dalam bentuk upacara-
upacara rasmi sahaja. Sebenarnya selain
dari Ulek Mayang, satu bentuk persembahan
yang sangat dominan dengan masyarakat
Terengganu yang masih lagi dipratikkan
adalah ensembel Rodat. Tetapi persembahan
ini tidak sepopular lagu Ulek Mayang.
Persembahan Rodat adalah gabungan
permainan alat muzik tar rodat, tarian dan
nyanyian yang teksnya lebih cenderung
kepada nasihat dan bersifat keagamaan.
Persembahan Ulek Mayang adalah meliputi
permainan alat muzik, nyanyian dan tarian.
Persembahan Ulek Mayang lebih
menonjolkan tariannya yang berkonsepkan
lemah gemalai manakala teksnya lebih
bersifat ritual bagi tujuan perubatan.
104
Dari Pentas Lokal ke Pentas Global
Kedua-dua persembahan ini merupakan
kebudayaan negeri Terengganu yang tinggi
nilainya. Untuk mengekalkan khazanah seni
ini maka perlulah dilakukan sesuatu agar
ianya mampu dimanfaatkan diperingkat
yang lebih global. Budaya merupakan satu
sistem yang hidup, tidak statik dan
berterusan. Sesebuah kebudayaan
mempunyai ciri-ciri perubahan dan
persambungan. Budaya ini menjadi salah
satu landasan untuk hidup termasuklah
aspek kesenian. Terdapat pelbagai cara
untuk kita memperlihatkan bahawa budaya
tradisional wujud sebagai ciri-ciri budaya
yang telah lanjut usianya dan
berkemungkinan tidak lagi relevan pada
masa kini, tetapi tetap mempunyai nilainya
yang tersendiri. Seperti mana yang kita
tahu, budaya bukan sahaja mempunyai ciri-
ciri dinamik, malah budaya juga mempunyai
dua lagi ciri utama yang penting iaitu ciri
kesambungan dan ciri perubahan. Ciri
kesambungan bermaksud sesuatu budaya
itu akan diwarisi turun-temurun, dari satu
generasi kepada generasi yang lain. Budaya
seni yang mempunyai estetik ini adalah ada
pensambungan budaya agar tidak luput dek
zaman. Persambungan budaya merujuk
kepada pengamalan budaya lama yang
105
masih diteruskan manakala perubahan
budaya merupakan amalan budaya lama
tetap diteruskan tetapi diasimilasikan
dengan budaya luar yang meresap masuk ke
dalam budaya lama dan
diamalkan. Persembahan Rodat dan Ulek
Mayang tidak terkecuali melalui proses
tersebut termasuklah proses-proses
penyerapan dan penyesuaian. Dalam era
globalisasi sekarang ini, karya-karya seni
budaya seperti Ulek Mayang dan Rodat akan
mengalami erosinya. Masyarakat hari ini
khasnya anak-anak muda lebih gemar
menghabiskan waktunya untuk mengakses
internet dari pada mempelajari tarian dari
kebudayaan mereka sendiri.
Globalisasi didefinisikan sebagai
habungan di antara peningkatan budaya,
ekonomi dan pelaku-pelakunya. Antara ciri-
ciri globalisasi adalah teknologi baharu,
model baharu, komunikasi dan
pengangkutan yang baharu, habungan
masa-ruang baharu, fungsi komuniti yang
baharu, budaya baharu dan kehidupan
peribadi yang mengikut trend. Globalisasi
adalah proses integrasi antarabangsa yang
timbul daripada kemajuan dalam teknologi
penyiaran dan infrastruktur telekomunikasi,
termasuklah kehebatan internet. Ianya
merupakan faktor utama dalam
106
menyemarakkan aktiviti ekonomi dan
budaya. Ianya sering dihabungkan dengan
hegemoni budaya. Kaedah global ini akan
menggalakan penyebaran seni budaya,
warisan, identiti dan muzik. Budaya lokal
yang lebih sesuai dengan aktiviti-aktiviti
berbentuk auntetik dan terhad sementara itu
budaya global lebih mudah rebak tanpa
sempadan. Walaubagaimanapun proses
globalisasi itu harus didasari dengan
kekuatan pembangunan seni budaya dan jati
diri yang kuat. Pelestarian dan
pengembangan seni budaya harus bermula
di peringkat lokal.
Karya-karya seni warisan Rodat dan
Ulek Mayang merupakan local-genius atau
kepintaran tempatan yang menggabungkan
pergerakan kreatif, muzik dan nyanyian
yang sangat tinggi estetiknya. Rodat ini
pernah dikaji oleh saudara Zani Ismail
(2002), sekumpulan penyelidik-penyelidik
dari Universiti Pendidikan Sultan Idris yang
diketuai oleh Profesor Dr Tjetjep Rohendi
(bahagian antropologi budaya) dan Mohd
Azam Sulong (bahagian muzik) pada tahun
2006 dan Che Ku Rafee pelajar Sarjana
Pendidikan Muzik dari Fakulti Muzik dan Seni
Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan
Idris pada tahun 2008. Dapatan kajian
mendapati seorang penggiat seni yang
107
masih aktif yang bernama Encik Abdul Razak
bin Senik. Beliau merupakan pakar rujuk
persembahan Rodat dari pembuatan alat,
permainan alat muzik, pengisian teks,
kareografi tarian, pakaian sehinggalah
tatacara persembahan. Rodat merupakan
hiburan tradisi yang mempunyai fungsi
sosial berhabung dengan pengisian
kehidupan bermasyarakat. Ianya jelas
mempunyai nilai-nilai keislaman yang sangat
tinggi menerusi pantun dan sajak yang
dinyanyikan dalam persembahan rodat.
Ianya mempunyai peranan dan pengaruh
yang agak signifikan dengan masyarakat
ketika itu. Dalam persembahan Rodat, lagu-
lagu yang dipersembahkan pada umumnya
berbentuk puji-pujian kepada Allah s.w.t
serta Nabi dan Rasulullah s.a.w. Senikata
lagu-lagunya pula dinyanyikan di dalam
bahasa Arab. Frasa yang sangat dominan
dengan persembahan Rodat adalah seperti
berikut:
Ya La Mu Yahayun
Muyya La Na Qayyum
Mu Yahaye Allah Qalu La Bitaya
Ni Ashallilana Lana Ladihama
Bia Duniwa, Allah Niwa Ladunia
(Sumber: Abdul Razak Senik, 2006)
108
Pada waktu dahulu, persembahan Ulek
Mayang digunakan bagi tujuan perubatan.
Unsur-unsur pemujaan semangat pantai
menerusi mentera tujuh puteri dan ritual
dengan menggunakan mayang kelapa
sebagai bahan mengulek. Konsep ulek
dalam konteks persembahan Ulek Mayang
adalah menyeru-yeru, berdendang-dengan
dengan melodi yang mendayu-dayu sambil
merayu-rayu menggunakan mayang kelapa.
Kini kebanyakan persembahan Ulek Mayang
digunakan sebagai hiburan dan majlis-majlis
rasmi yang bersifat identiti kebudayaan
negeri Terengganu. Rodat dan Ulek Mayang
pernah dipersembahkan di istana pada
majlis rasmi negeri Terengganu seperti Hari
Keputeraan Sultan Terengganu.
Persembahan Ulek Mayang adalah gabungan
muzik dan tarian. Muzik yang telahpun
dirakam terlebih dahulu yang dijadikan
sebagai muzik latar untuk mengiringi tarian.
Alangkah baiknya jika persembahan Ulek
Mayang dipersembahkan dengan pemuzik,
penyanyi dan penari secara langsung. Ulek
Mayang mempunyai hooks yang sangat
dominan dengan teks dan melodinya.
Keratan skor: Bahagian hooks lagu Ulek
Mayang
109
Ulek Mayang di ulek
Ulek dengan jala jemala
Keunikan frasa melodi Ulek Mayang menjadi
idea-idea kepada komposisi-komposisi
baharu. Salah satu komposisi baharu yang
menggunakan motif lagu Ulek Mayang
pernah menjadi popular di peringkat
antarabangsa apabila sebahagian motif lagu
ini digunakan oleh sebuah kumpulan muzik
Cromok dalam lagu mereka yang bertajuk
Metallurgical yang dirakamkan pada tahun
1991 melalui album yang bertajuk Image of
Purity. Lagu ini menggunakan konsep lagu
Ulek Mayang telah dimuatnaik ke youtube
pada tahun 2008. Ianya telah ditonton
546,540 (setakat 12 November 2014).
Kumpulan Cromok merupakan kumpulan
muzik yang berasal dari Malaysia ketika itu
telah mencipta nama di Australia menerusi
lagu yang mengambil motif lagu Ulek
Mayang. Konsep lagu Ulek Mayang ini juga
telah menjadi ikutan sebuah kumpulan
muzik berbangsa Tamil iaitu Chakrasonic
dalam komposisinya. Pada tahun 2007, ratu
rock tanah air, Ella juga telah membawa
lagu Ulek Mayang secara langsung menerusi
persembahan khas dalam Anugerah Juara
Lagu ke-21. Banyak lagu-lagu yang
dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi
110
tempatan yang mengambil motif lagu Ulek
Mayang yang diselit dalam lagu mereka.
Antaranya lagu Khazanah dari Malaya
nyanyian Ayati Tasriq. Penyanyi Aishah juga
pernah mempopularkan lagu Ulek Mayang
dalam persembahannya. Lagu Inang Rodat
pula pernah dinyanyikan oleh Uji Rashid
yang mana bahagian chorus lagu tersebut
diambil dari motif lagu Rodat. Kaedah-
kaedah ini telah memberi satu kesegaran
dengan nafas yang baharu dalam
mengangkat lagu-lagu tradisi yang berasal
dari persembahan Rodat dan Ulek Mayang
agar mendapat tempat di peringkat lokal
dan juga global. Usaha-usaha ini telah
mewujudkan kelainan apabila motif-motif
lagu tersebut diolah dengan gubahan baharu
dan diterima oleh generasi sekarang ini.
Melalui media-media baharu dalam
pelbagai paramuka seperti televisyen,
majalah, facebooks, youtube dan twitter
yang baharu yang diciptakan secara
digitalisasi, virtualisasi, dan Internet.
Dengan cara ini, peminat seni budaya
merasa lebih dekat dan mengenali dengan
isi kandungan seni budaya walau di mana
mereka berada. Kebanyakkan manusia
mempunyai minat yang mendalam terhadap
seni budaya yang bersifat auntetik dan
bertindak sebagai konsumer dalam pasaran
111
global dan ianya merentas terhadap
kefahaman terhadap bahasa. Perkembangan
teknologi komunikasi dan informasi ini
mampu melonjakkan ke peringkat global.
Antaranya adalah:
1. mampu dioptimakan penggunaannya
untuk melariskan produk berdasarkan
seni budaya.
2. ianya juga mampu mempromosi dan
menambahbaikkan seni budaya itu
sendiri tanpa sempadan.
3. mempatenkan struktur budaya dan
warisan yang signifikan dengan negeri
Terengganu.
Sebagai contoh negara Indonesia, telah
mempratikkan untuk memertabatkan seni
budaya dan warisan khasnya muzik
menerusi album The Sound of Indonesia
dengan menjadikannya sebagai muzik rasmi
yang akan diperdengarkan dalam
penerbangan Garuda, lounge dan pejabat
penjualan Garuda Indonesia. Tujuannya
adalah untuk membuat pelancung dan
rakyat merasa dan menghayati jiwa
Indonesia.
Jika liga bola sepak boleh mencetus
fenomena dan menjadi kesukaan ramai,
kedua-dua ensembel Rodat dan Ulek Mayang
112
mungkin boleh dijadikan satu aktiviti yang
menjadi minat warga-warga negara kita.
Bukan setakat rakyat Terengganu saja,
malah ianya boleh diterima oleh semua
peminat seni budaya di Malaysia. Sebelum
ianya berjaya menebusi pentas global,
penyemarakan di pentas lokal boleh
dijalankan dengan beberapa saranan:
1. mendapatkan dana kewangan dan
sokongan dari kerajaan dan swasta.
2. mempromosi persembahan ke seluruh
negara menerusi pementasan di
tempat awam dan di media penyiaran.
3. melantik duta dari kalangan ikon-ikon
popular.
4. pertandingan di peringkat sekolah
rendah dan sekolah menengah.
5. pertandingan di peringkat institusi
pengajian tinggi awam dan swasta.
6. pertandingan di peringkat mukim-
mukim, daerah-daerah dan negeri-
negeri.
7. bengkel-bengkel untuk
memperkasakan permainan muzik,
nyanyian dan tarian.
8. melatih pelapis dan jurulatih muzik,
nyanyian, tarian, pembuatan alatan
muzik dan busana oleh pakar-pakar
bidang masing untuk mendapat
kemahiran dan penyeraman bentuk
113
muzik, nyanyian tarian, pembuatan
alat muzik dan busana.
9. mewujudkan satu program realiti TV
seperti Akademik Fantasia (AF),
Mentor, Bintang Kecil dan sebagainya.
10. menjadikan ensembel Rodat dan
Ulek Mayang aktiviti ko-kurikulum di
setiap sekolah rendah dan menengah.
Usaha-usaha yang berterusan
membolehkan generasi muda mengenali,
menghayati dan mempratikkan seni budaya
bangsa dan seterusnya berputik perasaan
cinta terhadap seni budaya bangsa Melayu.
Bayangkanlah semua lapis masyarakat di
negeri Terengganu menghayati,
menghargai, mempratik dan mengambil
bahagian dalam persembahan Rodat dan
Ulek Mayang, sudah tentunya ianya adalah
menjadi identiti budaya yang jati dirinya
kuat seperti irama gamelan yang
mendominasi setiap rakyat Indonesia. Ada
beberapa buah lagu yang begitu sinonim
dengan lokalnya telah menjadi popular di
peringkat global. Antaranya ialah Made In
Thailand dengan chachanya, Bengawan Solo
dengan keroncongnya dan Denpasar Moon
sebuah tempat yang terkenal di Bali,
Indonesia.
114
Usaha-usaha oleh pihak-pihak
berwajib dalam mempromosi khazanah seni
budaya perlu berterusan di pelantar global
perlulah berterusan dalam pelbagai media
termasuklah media sosial. Selain daripada
promosi, festival Rodat dan Ulek Mayang di
peringkat antarabangsa perlu diadakan
setiap tahun seperti mana Monsun Cup yang
telahpun tersohor di serata dunia. Pusat
informasi seni budaya Rodat dan Ulek
Mayang perlulah diwujudkan dengan
menempatkan pakar-pakar bidang muzik,
nyanyian, tarian dan kostum. Perluas dan
perkasakan fungsi taman budaya dengan
persembahan Rodat dan Ulek Mayang
dengan menumpukan kepada aspek
pertunjukan, bengkel dan info. Pihak yang
diberi tanggongjawab terhadap seni budaya
Rodat dan Ulek Mayang perlu bertindak
secara pro aktif supaya seni budaya ini
berlegar dalam dunia maya menerusi
pelbagai media yang boleh diterokai tanpa
sempadan. Ianya boleh disampaikan secara
persembahan yang bersifat autentik ataupun
eksprimental.
Sebagai contoh muzik gamelan Jawa
daripada Indonesia telahpun berjaya di
peringkat global di mana beberapa negara
telah menggunakan ensembel gamelan Jawa
sebagai isi kandungan pengajaran dan
115
pembelajaran di sekolah mereka. Sejak
Festival Gamelan Dunia pertama diadakan
tahun 1986 di Kanada, ensembel gamelan
Jawa mula terkenal di peringat global.
Gamelan Jawa telah menjadi salah satu
kurikulum tetap di New Zealand School of
Music (NZSM). Singapura telah menjadikan
gamelan sebagai mata pelajaran wajib di
sekolah rendahnya. Di Amerika, gamelan
Jawa sudah terkenal di university utama
seperti Universiti California di Berkeley, San
Jose University, Lewis and Clark College dan
lain-lain universiti yang terkemuka. Boleh
dikatakan bahawa tenaga pengajar gamelan
Jawa ini didatangkan khas dari Indonesia. Di
Jepun, gamelanJawa telahpun menjadi alat
seni muzik yang di ajar di Tokyo University
of Fine Art and Music, di Kuntachi College of
Music dan banyak lagi. Jika perhatikan
kehebatan muzik gamelan Jawa boleh
berada di pentas global, suatu masa nanti
melalui festival Rodat dan Ulek Mayang di
peringkat antarabangsa mampu menjadikan
seni budaya Terengganu boleh berdiri
dengan megahnya di pentas global. Untuk
itu, pentas lokal perlulah ditakluki dengan
karyawan-karyawan, seniman-seniman,
pelaku-pelaku, usahawan-usahawan dan
pengurus-pengurus seni yang hebat.
116
Kesimpulan
Setiap tamadun agong dunia mempunyai
khazanah seni budaya yang sangat hebat
samada seni tampak, seni sastera, seni
muzik dan seni tari. Negeri Terengganu juga
mempunyai persembahan seni budaya yang
tinggi nilainya yang perlu dipulihara dan
diangkat di peringkat lokal dan global.
Penyemarakan dan pemuliharaan setiap seni
budaya perlu dilakukan dengan perancangan
yang teliti termasuklah pembelanjaan yang
banyak agar khazanah seni budaya ini
mengekalkan keunikan seninya di peringkat
yang lebih baik. Jika tidak, ianya pudar di
telan zaman.
RUJUKAN
Mohd Ghouse Nasaruddin (1994). Tarian
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Umi Abdullah (2003). Siri mengenal budaya
rodat. Kuala Lumpur: Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan Malaysia.
Tjetjep Rohendi Rohidi, Mohd Azam Sulong,
Roskang Jalaini, Abdul Halim Husain,
117
Abu Bakar Sabran, Iberahim Hassan,
Ahmad Suhaimi Mohd Noor, Ahmad
Fuaad Ahmad Dahalan, Mohd Ramli
Buyong Kahar, Mat Rasul Sidek dan
Abdul Halim Ali (2006). Seni dan
muzik: refleksi identiti bangsa dalam
konteks perubahan dan
kesinambungan budaya. Kajian tidak
diterbitkan. Tanjong Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Zani Ismail (2002). Rodat sejarah dan
cabaran masa kini. Kuala Terengganu:
Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Temu bual:
Temu bual bersama Encik Abdul Razak Senik
@ Pak Jak, guru Rodat Kampung Surau
Panjang, Kuala Terengganu.
118
Lampiran Lirik Ulek Mayang
Lagu: Ulek Mayang
Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat
Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam
119
Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh
Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
120
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala
(Sumber: Encik Abdul Aziz Sulaiman, 2006)
Lampiran Lirik Rodat
Lagu Inang Rodat
Dari Penarik
Dari Penarik ke Kuala Setiu
Hendak mencari
Hendak mencari nasilah dagang
Hai sungguh menarik
Sungguh menarik rodat melayu
Hai inilah rodat
Inilah rodat kami sembahkan
Muyahayo muyalanakayo
Muyahaye kolo la betaya
Le a sale ala la de ama
Fiduniwa niwalah dunia
Pulaulah Kapas
Pulaulah Kapas pulau di laut
Samalah tentang
121
Samalah tentang Kuala Marang
Hai layar dipapah
Layar dipapah kemudi dipaut
Hai macamlah bunga
Macamlah bunga kembang di karang
Muyahayo muyalanakayo
Muyahaye kolo la betaya
Le a sale ala la de ama
Fiduniwa niwalah dunia
Pisanglah emas
Pisanglah emas banyoklah anok
Biji selasih
Biji selasih di dalam puan
Hai mintoklah maaf
Mintoklah maaf berbanyok-banyok
Hai terima kasih
Terima kasih kepada tuan
Muyahayo muyalanakayo
Muyahaye kolo la betaya
Le a sale ala la de ama
Fiduniwa niwalah dunia
Tenunan songket
Tenunan songket hasil warisan
Telah dipakai
Telah dipakai sejak berzaman
122
Hai teruskan maju
Teruskan maju bersama wawasan
Negeri bergelar
Negeri bergelar Darul lah Iman
Muyahayo muyalanakayo
Muyahaye kolo la betaya
Le a sale ala la de ama
Fiduniwa niwalah dunia
(Sumber: Abdul Razak Senik, 2006)
123
BOT PENAMBANG DI BANDARAYA
KUALA TERENGGANU: ANTARA
WARISAN DAN WAWASAN DALAM
TRANSFORMASI PENGANGKUTAN
NEGARA
Mazdi Marzuki, Adibah Ibrahim, Muhammad
Nadzir Ibrahim, Nor Kalsum Mohd Isa
Pengenalan
Pengangkutan merupakan salah satu elemen
yang penting dalam kehidupan seharian
manusia. Melalui pengangkutan, manusia
mampu melakukan pergerakan tanpa perlu
mengalami geseran jarak. Geseran jarak
akan berlaku apabila manusia melakukan
pergerakan antara tempat atau kawasan
yang ingin ditujui dengan kawasan asal.
Jarak merupakan salah satu faktor yang
tidak dapat dielakkan sama ada dari aspek
ekonomi dan sosial, oleh itu manusia akan
sentiasa berusaha untuk mengatasi jarak
yang melibatkan kos pengangkutan dan
masa perjalanan (Katiman & Tengku Anuar
1984). Jarak dapat diatasi dengan
menggunakan mod pengangkutan yang
mampu membawa penumpang dalam masa
yang paling singkat dan paling cekap.
124
Pengangkutan juga merupakan salah
satu daripada agen proses pembangunan
negara. Sektor pengangkutan mampu
mewujudkan peluang-peluang baharu dalam
sektor ekonomi dan merangsang peluang-
peluang ekonomi yang wujud daripada
impak penyediaan kemudahan
pengangkutan tersebut. Sektor ini wujud
untuk memberi kemudahan kepada
pergerakan manusia, barangan, dan
maklumat serta kemudahan dan pengedaran
perkhidmatan dari titik asal ke titik destinasi
(Hoyle & Knowles 1998). Pengangkutan
mempunyai pelbagai fungsi sama ada untuk
ekonomi, sosial dan politik. Di Malaysia,
sektor pengangkutan terbahagi kepada tiga
jenis iaitu pengangkutan udara, darat, dan
air. Kesemua pengangkutan ini mempunyai
kepentingan yang tersendiri kepada
manusia.
Pada masa dahulu, pengangkutan air
memainkan peranan yang penting untuk
memudahkan pergerakan manusia.
Pengangkutan air merupakan pengangkutan
terawal dalam sejarah tamadun manusia
sebelum terciptanya pengangkutan moden.
Manusia menggunakan pengangkutan air
melalui dua laluan iaitu jalan air pedalaman
dan jalan laut. Jalan air pedalaman
merupakan laluan perhabungan yang dilalui
125
oleh kenderaan melalui sungai, tasik, dan
terusan. Jalan laut pula merupakan laluan
perhabungan yang menghabungkan antara
negara yang melepasi sempadan
antarabangsa yang khususnya digunakan
untuk perdagangan antarabangsa (Katiman
& Tengku Anuar, 1984). Ismail (1999)
menjelaskan pengangkutan air mula wujud
dan digunakan oleh masyarakat di dunia ini
pada zaman Mesolitik atau zaman batu
Pertengahan. Pengangkutan air juga
dikatakan telah digunakan seawal tahun
3000 S.M oleh bangsa Egypt di Sungai Nil
(Kong Kim Fong 2004). Pada masa tersebut,
pengangkutan air digunakan untuk
melakukan aktiviti memburu, menangkap
hasil hutan dan menangkap ikan. Selepas itu
perkhidmatan pengangkutan air menjadi
dominan untuk mengangkut barangan dan
manusia. Mazdi (2004) menjelaskan
pengangkutan air penting pada masa dahulu
kerana kebanyakan petempatan masyarakat
wujud di tepi pantai, kuala, dan pinggir
sungai.
Sistem pengangkutan air merupakan
salah satu sistem perhabungan yang penting
untuk masyarakat pada zaman dahulu di
Malaysia. Amarjit (1985) menjelaskan
pengangkutan air di Malaysia digunakan
untuk menghabungkan lokasi sesuatu
126
tempat dengan tanah besar atau sesebuah
pulau melalui laluan sungai atau lautan.
Pada dasarnya di Malaysia, perkhidmatan
pengangkutan air telah bermula di awal
tahun 1930-an lagi. Namun begitu, pada
masa itu perahu layar sahaja yang
digunakan oleh masyarakat untuk bergerak
dari satu lokasi ke satu lokasi. Pengangkutan
air digunakan secara meluas oleh
masyarakat pada masa itu disebabkan oleh
ketiadaan jalan darat yang sesuai dan lokasi
petempatan yang terletak berhampiran
dengan muara sungai. Di sesetengah
kawasan, pengangkutan air dikategorikan
sebagai pengangkutan awam. Pengangkutan
air dijadikan pengangkutan awam utama
rakyat untuk mengangkut hasil pertanian,
barangan perniagaan dan membawa
penduduk dari satu tempat ke satu tempat
yang lain.
Dewasa ini, pengangkutan air masih
penting kepada masyarakat di sesetengah
negeri seperti di Johor, Melaka, Sarawak,
Sabah, Pulau Pinang, Terengganu, dan
Kedah. Penduduk di kawasan pedalaman
terutamanya di Sabah dan Sarawak serta di
Pahang iaitu Hulu Tembeling masih
menggunakan pengangkutan air sebagai alat
perhabungan utama untuk masyarakat
bergerak dari satu tempat ke tempat yang
127
lain. Pengangkutan air pedalaman ini
memainkan peranan dominan untuk
menghabungkan kawasan petempatan
penduduk di kawasan pedalaman dengan
bandar terdekat. Penduduk menggunakan
bot dan perahu sebagai pengangkutan
utama harian mereka. Bentuk muka bumi di
kawasan tersebut yang dikelilingi oleh
sungai yang besar dan kawasan berhutan
menyebabkan kawasan ini tidak dapat
dihabungi oleh jalan darat. Pembinaan jalan
darat agak sukar untuk dibina di kawasan
ini, jika dibina masih tidak berbaloi dengan
kos yang tinggi yang perlu ditanggung oleh
pihak kerajaan.
Menurut Nor Hasliza (2003)
pengangkutan air juga masih dominan di
sesetengah kawasan di kawasan bandar di
Malaysia. Misalnya, segelintir penduduk di
Bandaraya Kuching dan Bandaraya Kuala
Terengganu masih menggunakan
pengangkutan air sebagai pengangkutan
awam untuk ke pusat bandar. Namun
begitu, pengangkutan air di kawasan ini
semakin dipinggirkan dalam arus
transformasi sektor pengangkutan di
Malaysia. Kewujudan sistem jalan raya yang
lengkap dan elemen keselamatan kepada
pengguna antara faktor kurangnya
permintaan terhadap operasi perkhidmatan
128
pengangkutan ini di kawasan bandar
berbanding di kawasan pedalaman.
Di Bandaraya Kuala Terengganu,
pengangkutan ini masih menjadi nadi utama
kepada penduduk untuk bergerak khususnya
kepada penduduk di Seberang Takir. Bot
penambang digunakan untuk pergerakan
penduduk secara harian yang melakukan
mobiliti ulang-alik dari kawasan petempatan
ke bandar yang terdekat iaitu Bandaraya
Kuala Terengganu. Faktor yang
menyebabkan masih terdapat segelintir lagi
penduduk yang memilih bot penambang
sebagai pengangkutan awam untuk ke Kuala
Terengganu ialah kos yang murah dan jarak
yang dekat. Kadar tambang RM1/hala bagi
orang dewasa menyebabkan pengangkutan
ini menjadi kadar tambang yang paling
murah di dunia. Jarak yang dekat untuk
proses mobiliti ulang-alik ke pusat bandar
dengan menggunakan pengangkutan ini
berbanding jalan darat turut menjadi faktor
kepada penggunaan bot penambang.
Penggunaan bot penambang membolehkan
pengguna sampai dalam masa 10 minit
berbanding dengan motosikal 15 minit
melalui jambatan dan kereta akan lebih
lama sehingga mencecah 30 minit apabila
berlaku kesesakan lalu lintas. Namun begitu,
transformasi sektor pengangkutan
129
menyebabkan pengangkutan air semakin
terpinggir dalam arus pengangkutan negara.
Impak yang paling ketara kepada penurunan
penggunaan pengangkutan air di Bandar
raya Kuala Terengganu ialah siapnya
pembinaan Jambatan Sultan Mahmud.
Pembinaan Jambatan Sultan Mahmud
sepanjang 3 km pada tahun 1988 dan
dibuka dengan rasmi oleh Almarhum Sultan
Terengganu, Almarhum Sultan Mahmud Al-
Muktafi Billah Shah dua tahun selepas itu
iaitu pada tahun 1990 telah memberi impak
positif dan negatif yang besar kepada
pembangunan sosioekonomi khususnya
kepada kawasan Kuala Terengganu. Tempias
impak negatif yang besar turut dihadapi oleh
perkhidmatan pengangkutan bot
penambang. Impaknya penduduk sudah
semakin kurang menggunakan bot
penambang untuk ke seberang kerana
mereka memilih jambatan sebagai laluan ke
seberang. Taraf hidup penduduk yang
semakin meningkat juga menyebabkan
pemilikan kenderaan persendirian juga
semakin banyak dimiliki oleh masyarakat.
Impaknya semakin kurang sambutan
masyarakat kepada penggunaan bot
penambang. Menurut Ahmad Farhan (1996),
dasar automatif tempatan yang
diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia
menyebabkan golongan yang berpendapatan
130
rendah juga mampu memiliki kenderaan
persendirian sekurang-kurang kenderaan
terpakai. Pengeluaran kereta nasional
daripada syarikat PROTON dan PERODUA
yang secara relatif lebih murah berbanding
kereta import menyebabkan individu yang
berpendapatan rendah mampu memiliki
pengangkutan persendirian ditambah lagi
dengan lambakan kereta terpakai yang
banyak pada masa kini. Situasi ini
menyebabkan kebanyakan penduduk
memilih menggunakan pengangkutan
persendirian untuk bergerak bagi memenuhi
kehidupan seharian berbanding
menggunakan pengangkutan awam.
Sehabungan itu menjadi persoalan besar
ialah sejauh manakah survival bot
penambang dalam arus transformasi
pengangkutan negara atau bot penambang
akan menjadi warisan sahaja dan menjadi
„saksi bisu‟ di muzium sebagai salah satu
sektor yang pernah berbakti kepada
pembangunan negara.
Imbasan Sepintas Lalu Perkhidmatan
Bot Penambang di Bandaraya Kuala
Terengganu
Bot penambang telah memberi „jasa bakti‟
yang besar kepada penduduk untuk mobiliti
ulang-alik antara kawasan Bandaraya Kuala
131
Terengganu dengan kawasan seberang.
Perkhidmatannya telah beroperasi sejak
berpuluh tahun dahulu oleh penduduk di
sekitar Bandaraya Kuala Terengganu
khususnya kepada penduduk di Pulau
Duyung dan Seberang Takir. Perkhidmatan
bot penambang dikatakan telah memulakan
operasi pada awal tahun 1940-an. Pada
peringkat awal perkhidmatannya,
pengangkutan ini menggunakan tenaga
manusia untuk pendayung bagi
menggerakkan kenderaan ini. Namun
begitu, selepas 20 tahun perkhidmatannya
sekitar tahun 1960-an dan 1970-an
pengangkutan ini mula berubah daripada
tenaga manusia kepada tenaga enjin untuk
menggerakkan kenderaan ini. Penggunaan
teknologi enjin untuk menggantikan
pendayung sampan yang menggunakan
tenaga manusia sejajar dengan
perkembangan dalam teknologi
pengangkutan dan telah mempercepatkan
masa perjalanan pengangkutan ini. Kadar
tambang yang dikenakan kepada pengguna
bot penambang pada awal perkhidmatannya
ialah 20 sen sehala dan pada masa kini telah
menjadi RM1.00/hala bagi penumpang
dewasa dan 50 sen/hala bagi kanak-kanak.
Dengan kadar tambang RM1.00/hala bagi
penumpang dewasa menjadikan kadar bot
penambang ini sebagai „river cruise‟ yang
132
paling murah di dunia pada masa kini.
Terminal operasi bot penambang ini terletak
di sebelah Pasar Besar Kedai Payang yang
bertentangan dengan Bukit Puteri. Masa
operasinya bermula seawal jam 6.00 pagi
dan waktu yang terakhir operasinya pada
pukul 10.30 malam. Kekerapan operasi bot
penambang ini ialah setiap 15 minit dan
tempoh perjalanan khususnya dari Jeti di
Pasar Besar Kedai Payang ke Jeti Seberang
Takir ialah 6 hingga 10 minit. Kebanyakan
pengguna yang menggunakan bot
penambang ini terdiri daripada golongan
wanita. Menurut Abd Rahim (2004),
golongan wanita lebih ramai menggunakan
pengangkutan awam kerana kenderaan yang
dimiliki oleh keluarga kebiasaannya
digunakan oleh suami/ketua keluarga untuk
ke tempat bekerja.
Rajah 1: Bot Penambang di Bandaraya
Kuala Terengganu
133
Perkhidmatan bot penambang merupakan
pengangkutan air yang diusahakan oleh
Persatuan Bot Penambang Seberang Takir,
Kuala Terengganu. Koridor laluan
perkhidmatan bot ini meliputi kawasan
Seberang Takir, Syahbandar dan Taman
Tamadun Islam. Pada masa sebelum
pembinaan Jambatan Sultan Mahmud
penduduk di sekitar Pulau Duyung juga
antara pengguna yang teramai
menggunakan perkhidmatan bot
penambang. Perkhidmatan bot penambang
juga boleh digunakan untuk disewa khas
oleh pengunjung yang melawat Bandaraya
Kuala Terengganu. Bot penambang boleh
disewa untuk bersiar-siar menyusuri Sungai
Terengganu dan menikmati keindahan
bandar raya ini. Kadar tambang yang
dikenakan untuk perkhidmatan ini
ditetapkan pada kadar RM40 bagi tempoh
satu jam.
Pada masa kini, bilangan bot
penambang yang beroperasi di Bandaraya
Kuala Terengganu telah jatuh secara
mendadak. Kejatuhan bilangan yang
beroperasi dikaitkan dengan impak yang
diterima pengangkutan ini apabila
pembinaan Jambatan Sultan Mahmud siap
dibina pada tahun 1988. Sebelum tahun
1980-an, bilangan bot penambang yang
134
beroperasi untuk mengangkut penumpang
mencecah hampir 70 buah. Pada masa kini,
bilangan bot penambang yang beroperasi
hanya 25 buah iaitu kejatuhan sebanyak 65
peratus.
Rajah 2: Situasi Penumpang yang Turun
daripada Bot Penambang
Bot Penambang: Apa Warisannya?
Apa yang istimewanya bot penambang
sehingga pengangkutan ini menjadi warisan
negara amnya dan warisan negeri
Terengganu secara khususnya. Pertama,
perkhidmatan pengangkutan awam air ini
135
pada hakikatnya telah semakin berkurangan
operasi perkhidmatannya di Malaysia. Tidak
banyak kawasan yang mempunyai
perkhidmatan pengangkutan air selain
daripada beberapa buah negeri seperti
Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Johor.
Kebanyakan kawasan di Malaysia
mempunyai pengangkutan awam air yang
membawa penduduk di kawasan pedalaman
seperti di kawasan pedalaman Sabah,
Sarawak, dan Pahang (Hulu Tembeling).
Namun begitu, perkhidmatan pengangkutan
air yang menjadi pengangkutan awam
secara formal di kawasan bandar pula hanya
tempat di Sarawak dan Terengganu.
Bandaraya Kuching dan Bandaraya Kuala
Terengganu masih berfungsi sebagai tempat
pengangkutan awam air yang membawa
pengguna. Ini merupakan salah satu warisan
negara yang masih kekal dalam arus
transformasi pengangkutan negara dalam
suasana masyarakat yang mula beralih
kepada penggunaan pengangkutan awam
darat.
Perkhidmatan pengangkutan air ini
menjadi „nostalgia‟ kepada mereka yang
pernah menggunakan pengangkutan ini
sebagai pengangkutan awam untuk bergerak
sama ada dari Kuala Terengganu ke Pulau
Duyung dan Seberang Takir atau sebaliknya
136
pada suatu ketika dahulu. Pada masa kini,
pengguna tersebut telah beralih cita rasa
kepada penggunaan pengangkutan
persendirian atau pengangkutan awam yang
lain. Mereka tidak lagi menggunakan sungai
sebagai laluan tetapi menggunakan jalan
darat iaitu Jambatan Sultan Mahmud
sebagai laluan untuk ke seberang Kuala
Terengganu khususnya kepada penduduk
Pulau Duyung. Nostalgia pada tahun 1970-
an dan 1980-an ketika menggunakan bot ini
untuk ke seberang Kuala Terengganu pasti
akan diingati. Bentuk fizikal bot penambang
daripada kayu dan bunyi enjinnya yang kuat
seperti motosikal berkuasa besar pasti
mengingatkan kepada sejarah lama.
Keunikan yang terdapat pada bot ini dengan
keadaan fizikal bot yang tiada berdinding
menjadi tarikan kepada pelancong.
Pelancong dapat melihat keindahan
Bandaraya Kuala Terengganu semasa
menggunakan bot penambang.
Perkhidmatan bot penambang
merupakan nilaian sejarah yang berharga
kepada negara amnya dan Terengganu
khususnya. Pengekalan bot penambang
sebagai warisan negara perlu supaya
perkhidmatan bot ini tidak hilang disebabkan
oleh transformasi pengangkutan negara
yang pesat. Kemunculan perkhidmatan bot
137
penambang telah menjadi sebahagian
daripada sejarah perkhidmatan
pengangkutan negara. Pengangkutan ini
sekurang-kurangnya telah menjadi salah
satu ikon negara dalam sektor
pengangkutan. Kepupusan perkhidmatan bot
penambang akan menyebabkan Terengganu
akan hilang daripada sebahagian identiti dan
khazanahnya sendiri.
Halangan Kepada Pengekalan Bot
Penambang Sebagai Warisan Bandaraya
Kuala Terengganu
Sesuatu yang lama amat sukar untuk
dikekalkan terutama apabila berlaku
persaingan yang hebat dalam zaman moden
ini. Keadaan ini juga berlaku kepada bot
penambang, persoalannya adakah
pengangkutan ini mampu bertahan dalam
arus transformasi pengangkutan negara.
Bahagian ini akan meneliti halangan yang
terpaksa dihadapi oleh perkhidmatan bot
penambang untuk terus kekal sebagai
warisan negara. Halangan ini dibahagikan
kepada tiga kategori iaitu masalah
perkhidmatan bot penambang, masalah
pengusaha dan lain-lain faktor.
138
Kualiti Perkhidmatan Bot Penambang
Kualiti perkhidmatan bot penambang
merupakan indikator penting ke arah
pengekalan bot penambang sebagai warisan
negara. Satu kajian telah dijalankan pada
tahun 2009 terhadap 70 orang penumpang
yang menggunakan bot penambang bagi
menilai kualiti perkhidmatan pengangkutan
ini. Kajian ini dilakukan kepada pengguna
yang menggunakan bot penambang antara
Seberang Takir ke Bandaraya Kuala
Terengganu. Pemilihan pengguna di
Seberang Takir kerana pada masa kini
pengguna yang paling ramai yang
menggunakan bot penambang ialah
penduduk yang tinggal di kawasan ini.
Hasil kajian mendapati kualiti bot
penambang secara keseluruhannya berada
dalam keadaan sederhana baik. Jadual 1
menunjukkan kualiti enjin bot berada pada
tahap yang paling tidak memuaskan. Faktor
ini disebabkan keadaan bunyi enjin dan bau
minyaknya yang kuat menimbulkan
ketidakselesaan kepada pengguna semasa
menggunakan pengangkutan ini.
139