The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noraisyah, 2017-03-06 02:34:34

BUKU KISI-KISI WARISAN TERENGGANU

Jadual 1
Kualiti Perkhidmatan Bot Penambang

Kualiti Kekerapan
Perkhidmatan

1 2 3 4 5 Min

Cara - 2 12 26 30 4.20
memandu - 2 13 35 2 4.04

Kemudahsam-
paian

Keadaan 1 2 16 31 20 3.96
semasa 2 3 9 41 15 3.91
naik/turun

Tambang

Laluan bot 1 - 17 39 13 3.90

Keselamatan 1 6 14 35 14 3.79
menunggu

Masa - 7 17 38 8 3.67
perjalanan

Kecukupan 1 6 19 37 7 3.61

Tempat duduk

Layanan 1 3 31 23 12 3.60
Pemandu

Keselesaan & 1 7 23 29 10 3.57

Keselamatan

Kebersihan 2 5 25 32 6 3.50
bot
140

Fizikal bot 2 3 36 22 7 3.41
Kemudahan 1 5 34 25 5 3.40

Jadual 3 12 23 23 9 3.33

Perkhidmatan

Jaket 6 21 24 15 4 2.86
Keselamatan

Bunyi enjin 1 22 24 7 3 2.47
4

Nota: 1=Sangat tidak memuaskan

2=Tidak memuaskan 3=Sederhana

4=Memuaskan 5=Sangat memuaskan

Pemboleh ubah kualiti perkhidmatan yang
lain berada pada tahap sederhana iaitu
jadual perkhidmatan, jaket keselamatan,
kemudahan dan keadaan fizikal bot. Hasil
pemerhatian mendapati keadaan fizikal bot
berada dalam keadaan sederhana kerana
kebanyakan bot penambang yang digunakan
adalah bot lama yang telah berumur lebih 20
tahun yang telah uzur dan tidak dibaiki.
Kebanyakan pengusaha bot pula tidak
mampu untuk membaiki dan membeli yang
baharu kerana kekurangan modal
disebabkan kos pembinaan yang tinggi.

Kualiti jadual perkhidmatan yang
sederhana juga dipengaruhi oleh ketiadaan
jadual perkhidmatan yang khususnya untuk
pengangkutan ini. Situasi ini menyebabkan

141

pengguna perlu menunggu lama untuk
memulakan pergerakan menggunakan bot
ini. Pihak Persatuan Bot Penambang tidak
menyediakan jadual kerana tidak mahu
pengusaha terikat dengan jadual perjalanan
yang akan mengakibatkan kerugian kepada
mereka jika pengguna tidak penuh yang
menggunakan perkhidmatan bot ini.
Pemboleh ubah kualiti perkhidmatan yang
lain pula menunjukkan masih dianggap
memuaskan oleh pengguna.

Ketiadaan Penyambung Warisan

Keadaan pewaris atau generasi kedua yang
berminat untuk menjadi pengusaha bot
penambang merupakan salah satu halangan
untuk mengekalkan perkhidmatan bot
penambang dalam arus pembangunan
negara. Generasi kedua iaitu anak-anak
kepada pengusaha bot penambang tidak
berminat untuk mewarisi pekerjaan ini.
Pekerjaan ini yang membosankan dan
pendapatan yang tidak lumayan
menyebabkan mereka memilih pekerjaan
lain. Menurut Ahmad Amzad (2014) purata
pendapatan yang diperoleh oleh pengusaha
bot penambang sekitar RM20-30 sehari.
Pendapatan ini tidak mencukupi dalam
keadaan tekanan kos hidup yang tinggi pada
masa kini. Sehabungan itu, kebanyakan

142

golongan muda pada masa kini lebih
berminat untuk berhijrah di kawasan bandar
untuk bekerja dalam sektor perindustrian
yang menjanjikan pendapatan yang lebih
baik. Sebahagian daripada anak-anak
pengusaha bot penambang ini juga memilih
kerjaya lain untuk menampung kehidupan
mereka. Hasil kajian mendapati kebanyakan
pengusaha bot penambang ini berusia 50
tahun iaitu usia persaraan dan pra-
persaraan. Pengusaha yang paling berusia
ialah berumur 70 tahun. Pengusaha yang
telah berumur ini berisiko menghadapi
penyakit dan memerlukan pengganti.
Kebanyakan pengusaha terdahulu yang telah
meninggal dunia dan pekerjaan mereka
tidak diwarisi oleh anak mereka
menyebabkan tradisi pengangkutan ini terus
terpinggir. Kewujudan tanggapan pengusaha
bot penambang yang tidak mempunyai
masa hadapan yang terjamin menjadi
halangan kepada minat generasi kedua
kepada pekerjaan ini.

Lain-lain Faktor

Faktor-faktor lain turut menyumbang
kepada halangan pengekalan warisan
pengangkutan bot penambang di Kuala
Terengganu. Kadar pemilikan pengangkutan
persendirian yang semakin meningkat di

143

kalangan penduduk berupaya

mempengaruhi penggunaan bot penambang.

Pengangkutan persendirian yang lebih selesa

dan boleh digunakan pada bila-bila masa

menjadi penyebab kepada penggunaan

pengangkutan persendirian di kalangan

penduduk. Angka statistik daripada

menunjukkan kadar pemilikan kereta dan

motosikal telah meningkat sebanyak 37.5

mata pada tahun 2012. Jumlah kenderaan

persendirian yang berdaftar meningkat

sekali ganda daripada 9.5 juta pada tahun

2000 kepada 20.9 juta pada tahun 2012. Ini

menunjukkan penduduk semakin

berkemampuan untuk memiliki kenderaan

persendirian dan merupakan mod

pengangkutan pilihan utama (Malaysia

2013). Kajian yang dilakukan menunjukkan

mereka yang tidak memiliki kenderaan atau

memiliki hanya sebuah kenderaan sama ada

kereta atau motosikal merupakan pengguna

yang paling tinggi menggunakan bot

penambang. Ini menunjukkan perhabungan

yang berkadar songsang iaitu semakin

banyak pengangkutan persendirian maka

semakin menurun penggunaan bot

penambang.

Persaingan daripada pengangkutan
awam yang lain turut mempengaruhi kadar
penggunaan pengangkutan awam air di

144

Kuala Terengganu. Pada masa kini,
pengguna yang menggunakan bot
penambang kerana ketiadaan kemudahan
mod pengangkutan awam lain yang
beroperasi di kawasan petempatan mereka.
Kajian mendapati hanya 1.4 peratus sahaja
pengguna bot penambang yang tetap
memilih pengangkutan ini sebagai
pengangkutan untuk proses berulang-alik
walaupun terdapat lima buah bas kitaran,
teksi, dan kereta sapu yang melalui kawasan
petempatan mereka. Sehabungan itu
kebarangkalian pengguna ini beralih kepada
pengangkutan awam darat amat besar jika
perkhidmatan pengangkutan awam darat
menyediakan perkhidmatan yang lebih baik
berbanding bot penambang. Oleh itu,
halangan untuk pengekalan warisan
pengangkutan air ini perlu difikirkan supaya
pengangkutan air ini terus kekal dalam
lipatan sejarah pembangunan negeri
Terengganu.

WAWASAN UNTUK PEMELIHARAAN
WARISAN PERKHIDMATAN BOT
PENAMBANG

Bot penambang di Bandaraya Kuala
Terengganu telah menjadi sebahagian
daripada proses pembangunan di kawasan
ini. Sehabungan itu, memelihara warisan ini

145

merupakan salah satu keperluan penting
dalam menjaga legasi warisan negeri ini.
Pelbagai pihak sama ada pihak kerajaan,
pengusaha dan persatuan perlu bekerjasama
mengorak langkah untuk memelihara
warisan perkhidmatan bot penambang ini
supaya tidak luput ditelan arus
pembangunan negara.

Pemberian Subsidi Kepada Pengusaha
Bot Penambang untuk Membaiki Bot
Penambang

Hasil pemerhatian terhadap fizikal bot
penambang mendapati keadaan bot
penambang berada dalam keadaan tidak
memuaskan. Kebanyakan bot penambang
yang menjalankan operasi di kawasan ini
telah uzur dan perlu dibaiki. Bunyi dan bau
enjin yang kuat perlu dibaiki supaya dapat
memberi keselesaan kepada pengguna.
Kuasa enjin yang lebih baik dan canggih
perlu diberikan kepada pengusaha supaya
dapat memberi keselesaan kepada
pengguna. Bot penambang juga boleh dihias
supaya kelihatan lebih menarik agak
menjadi tarikan kepada pelancong dan
penduduk tempatan. Keadaan bot
penambang yang menarik boleh
meningkatkan lagi keuntungan kepada
pengusaha apabila menjadi tarikan kepada

146

pelancong sama ada pelancong dalam dan

luar negara. Malahan keadaan bot yang

menarik juga mampu meningkatkan

keselesaan kepada penumpang yang

menggunakan pengangkutan ini. Bot yang

dihiasi dengan cantik dan warna yang

menarik dapat dijadikan produk pelancongan

kepada Kerajaan Terengganu. Kerajaan

Terengganu pada tahun 2012, telah

memperuntukkan sebanyak RM45,000 untuk

menceriakan bot penambang. Sebanyak

RM1500 diperuntukkan kepada hampir 32

buah bot penambang untuk dihias dan dicat

semula bagi menarik pelancong

menggunakan pengangkutan ini sempena

Tahun Melawat Terengganu pada tahun

2013

(http://teganuku.blogspot.com/2012/12/per

untukan.html).

Subsidi perlu diberikan oleh pihak kerajaan

kepada Pihak Persatuan Bot Penambang bagi

membaiki dan membeli bot penambang

yang baharu. Pihak kerajaan perlu

melakukan program penggantian bot-bot

penambang ini supaya lebih baik dan

baharu. Pihak kerajaan boleh memberi

subsidi kepada pengusaha untuk

menggantikan bot-bot ini. Kebanyakan ahli

Persatuan Bot Penambang yang

mengusahakan perkhidmatan bot

147

penambang ini berasal daripada keluarga

yang mempunyai sosioekonomi yang

rendah. Sosioekonomi yang rendah

menyebabkan mereka tidak mampu untuk

membaiki dan menggantikan bot lama

dengan bot yang baharu. Subsidi dan

bantuan yang diberikan mampu

mengurangkan beban yang terpaksa

ditanggung oleh mereka. Kebanyakan

pengusaha tidak berkemampuan untuk

membaiki dan membeli bot baharu yang

lebih baik kerana memerlukan kos yang

tinggi sehingga mencecah puluhan atau

ratusan ribu ringgit. Kerajaan Terengganu

menawarkan harga yang tinggi sehingga

RM270-300 ribu sebuah yang tidak mampu

ditanggung oleh pengusaha berbanding jika

mereka menempah sendiri bot-bot mereka

pada kadar harga RM70,00 sahaja (Ahmad

Amzad 2014). Keadaan ini tidak mampu

untuk ditanggung oleh pengusaha bot

penambang khususnya untuk membayar

semula kadar pinjaman jika harga yang

ditawarkan terlalu tinggi.

Penambahbaikan kepada Jeti Bot
Penambang

Terminal merupakan salah satu komponen
yang penting dalam sektor pengangkutan
kerana ia adalah tempat atau kawasan

148

utama yang ditunggu oleh pengangkutan
awam yang berfungsi sebagai stesen utama
sama ada untuk pengangkutan darat, udara,
dan air. Kemudahan ini digunakan untuk
menunggu penumpang sama ada
penumpang tiba atau penumpang berlepas.
Bagi pengangkutan air seperti bot
penambang kemudahan jeti merupakan
keperluan penting bagi memberi keselesaan
dan kepuasan kepada pengguna. Hasil
pemerhatian mendapat jeti bot penambang
berada dalam keadaan yang agak daif, uzur,
dan tidak bermaya. Sehabungan itu, pihak
kerajaan perlu meningkatkan lagi mutu jeti
bot penambang sama ada jeti di Pasar Kedai
Payang dan Seberang Takir. Jeti yang
kurang sempurna dengan kayu yang uzur
akan menimbulkan bahaya kepada
pengguna dan sekali gus akan mencemarkan
imej Bandaraya Kuala Terengganu. Jeti bot
penambang boleh diwarnakan dengan warna
yang menarik supaya dapat menarik
pelancong untuk menggunakannya. Papan
tanda tentang jeti bot penambang juga perlu
ditambah supaya pelancong mengetahui
tentang kedudukan jeti bot penambang di
kawasan ini khususnya Jeti di Seberang
Takir. Di samping itu, bagi meningkatkan
nilai tambah kepada jeti tersebut adalah
lebih baik jika sejarah bot penambang
dipaparkan di papan kenyataan di jeti

149

tersebut. Sekurang-kurangnya dengan
kaedah ini pengguna dapat menimba
pengetahuan tentang sejarah bot
penambang di kawasan ini.

Pakaian Seragam

Peningkatan imej bot penambang amat perlu

dalam menarik pelancong untuk

menggunakan pengangkutan awam air ini.

Di samping peningkatan infrastruktur

termasuk kemudahan jeti dan bot

penambang sendiri, adalah perlu imej

kepada pengusaha turut dipertingkatkan.

Imej pengusaha mampu untuk

dipertingkatkan dengan kerajaan memberi

subsidi atau memberi sedikit peruntukan

kepada pemandu bot penambang dengan

memberi pakaian seragam. Pada masa kini

kesemua pengusaha bot penambang tidak

mempunyai pakaian seragam ketika

membawa bot. Bagi tujuan untuk ke arah

kemodenan adalah perlu bagi

menyeragamkan pakaian pengusaha bot

penambang. Pihak kerajaan boleh memberi

subsidi pakaian seragam dan kelengkapan

lain dibekalkan melalui Persatuan Bot

Penambang. Pihak kerajaan boleh memberi

pakaian seragam sebanyak tiga pasang

kepada pengusaha dan diwajibkan mereka

memakai supaya lebih moden, kemas dan

150

menarik. Reka bentuk dan warna pakaian
seragam boleh dibuat dengan mengambil
kira ciri-ciri kesenian Terengganu seperti
batik. Pemakaian pakaian seragam ini
sekurang-kurang dapat menggambarkan
imej pemandu bot penambang sendiri.

Meningkatkan Tahap Keselamatan
Penumpang

Tahap keselamatan penumpang merupakan

elemen yang penting khususnya kepada

pengguna pengangkutan air. Hasil

pemerhatian terhadap penumpang bot

penambang mendapati tahap keselamatan

penumpang masih berada pada tahap

sederhana. Ciri-ciri keselamatan

perkhidmatan bot penambang perlu

diselenggarakan dengan lebih baik atau

digantikan dengan yang baharu. Kesemua

bot penambang disediakan jaket

keselamatan bagi tujuan keselamatan

kepada penumpang. Namun begitu, tiada

sebarang maklumat keselamatan

dimaklumkan terlebih dahulu kepada

penumpang semasa penumpang berada di

dalam bot penampang. Malahan terdapat

pengusaha yang tidak memaklumkan

kepada penumpang untuk memakai jaket

keselamatan. Pihak berwajib dan Persatuan

Bot Penambang perlu melaksanakan garis

151

panduan supaya pengusaha memberi sedikit

maklumat keselamatan kepada penumpang

seperti yang diamalkan oleh pengusaha feri.

Maklumat keselamatan penumpang amat

besar maknanya kerana dapat

menyelamatkan nyawa penumpang apabila

berlaku perkara yang tidak diingini di

samping dapat memastikan penumpang

berada dalam keadaan yang terjamin.

Promosi

Pengangkutan air terutamanya
pengangkutan di jalan air sungai mempunyai
potensi yang besar untuk dimajukan
khususnya dalam bidang rekreasi dan
pelancongan. Majlis Bandar raya Kuala
Terengganu perlu bekerjasama dengan
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Malaysia, dan Jabatan Pengairan dan Saliran
perlu mempromosikan bot penambang
sebagai pengangkutan pelancongan yang
dicuba oleh pelancong apabila menjejak kaki
di Bandar raya Kuala Terengganu. Data
statistik menunjukkan pelancong yang
melawat Terengganu ialah sentiasa
meningkat setiap tahun. Pada tahun 2011,
jumlah pelancong yang melawat Terengganu
ialah 3.17 juta meningkat kepada 3.38 juta
pada tahun 2012. Potensi besar untuk
memaju dan menjadikan bot penambang

152

agar terus survival dalam arus transformasi
pengangkutan negara tidak sepatutnya
dilepaskan oleh Kerajaan Negeri
Terengganu. Pelayaran menggunakan bot
penambang melalui kawasan-kawasan
menarik di Bandaraya Kuala Terengganu
berjaya meningkatkan aktiviti pelancongan
di samping imej pengangkutan pelancong
yang didukung oleh bas bandar (Noor
Ashikin Aini Mohamad 2014). Bagi tujuan
untuk promosi ini, pihak kerajaan perlu
meletak lebih banyak papan tanda jeti bagi
membolehkan pelancong tertarik untuk
mencuba pengangkutan ini. Pihak kerajaan
perlu mempromosikan pengangkutan ini
melalui media masa sama ada media
elektronik atau media cetak.

Kesimpulan

Perkhidmatan bot penambang telah
memberi „jasa bakti‟ yang besar kepada
penduduk di Bandaraya Kuala Terengganu
sepanjang hampir setengah abad. Pada
masa kini, perkhidmatan pengangkutan
awam air ini masih lagi diperlukan oleh
masyarakat sebagai kenderaan alternatif
untuk bergerak dari satu tempat ke tempat
yang lain walaupun berlaku persaingan yang
hebat dengan faktor peningkatan pemilikan
kenderaan persendirian semakin bertambah

153

dan perkhidmatan pengangkutan darat yang

semakin meningkat. Masih terdapat

penduduk yang memerlukan perkhidmatan

pengangkutan ini sebagai pengangkutan

alternatif untuk bergerak dari satu tempat

ke satu tempat yang lain. Kadar

tambangnya yang murah dan masa

perjalanannya yang singkat merupakan

antara faktor pendorong kepada

penggunaan pengangkutan ini.

Kewujudannya seiring dengan pembangunan

Bandaraya Kuala Terengganu malahan

menjadi sebahagian daripada „identiti‟

kepada bandar raya warisan pesisir air ini.

Sehabungan itu, pihak pemerintah perlu

memainkan peranan yang besar dalam

mengekalkan pengangkutan „warisan‟

negara ini supaya tidak hanyut dalam arus

transformasi pengangkutan negara dan

dilupakan oleh masyarakat serta tidak

dikenali lagi generasi akan datang.

RUJUKAN

Abdul Rahim Md. Nor (2004) Transport for
The Under-Served in Malaysia: The Role
of Minibuses in Malaysian Towns and
Cities. Bangi: Penerbit UKM.

154

Ahmad Amzad Hashim (2014) Tingkatkan

Segera Kualiti Kemudahan

Pengangkutan Awam Di Bandaraya

Kuala Terengganu. Akses pada 17

November 2014 dari

http://www.tranungkite.net/v12/modul

es.php?name=News&file=print&sid=15

176

Ahmad Farhan Sadullah (1996)

Transportation in Kuala Lumpur: A

Model Based Approach. New Zealand.

ARRB Transport Research.

Amarjit Kaur (1985). Bridge and Barrier:
Transport and Communication in
Colonial Malaya 1870-1957. Singapore:
Oxford University Press.

Hoyle, B & Knowles, R (1998) Transport
Geography: An Introduction. In Hoyle,
B & Knowles, R (editor) Modern
Transport Geography. Chichester: John
Wiley & Sons. Ltd

Katiman Rostam & Tengku Anuar Tengku
Dalam (1984). Geografi Kemanusiaan.
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Kong Kim Fong (2004) Pengurusan Sistem
Sungai Bagi Tujuan Pengangkutan.

155

Latihan Ilmiah tidak Diterbitkan.
Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Ismail Ahmad (1999) Pengangkutan di Air
dalam Budaya Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.

Malaysia (2013). Laporan Kesejahteraan
Rakyat Malaysia 2013. Putrajaya.
Pencetakan Nasional.

Noor Ashikin Aini Mohamad, Mazdi Marzuki &
Jabil Mapjabil (2014) Persepsi Penduduk
Tempatan dan Pelancong Terhadap Isu
Perkhidmatan Bas Bandar Sebagai
Pengangkutan Pelancongan. Dalam
Mazdi Marzuki & Jabil Mapjabil. Isu-isu
Pengangkutan Darat di Malaysia. Batu
Pahat: Penerbit UTHM.

Peruntukan RM45,000 Ceriakan Bot
Penambang. Akses pada 17 November
2014 dari
http://teganuku.blogspot.com/2012/1
2/peruntukan.html

156

NEGERI TERENGGANU SEBAGAI HAB
ISLAM SERANTAU: POTENSI DAN
CABARAN

Muhammad Hasbi bin Abdul Rahman
Mohd Nadzir bin Ibrahim

Mohd Abdul Nasir bin Abdul Latif

Pengenalan

Terengganu adalah sebuah negeri yang
terletak di pantai timur Semenanjung
Malaysia. Ia berada di antara garisan bujur
102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4
hingga 5.50. Negeri Kelantan menjadi jiran
di bahagian utara dan barat lautnya Pahang
menjadi sempadan di bahagian selatan dan
barat daya. Luas keseluruhan negeri
Terengganuadalah 12,955 km2. Terengganu
mempunyai 8 daerah yang tediri daripada
Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kuala
Nerus, Kuala Terengganu ,Marang, Dungun,
dan Kemaman. Menurut statistik Perumahan
dan Penduduk 2010, jumlah penduduk
Terengganu adalah berjumlah 1,035,977
orang dengan daerah Kuala Terengganu
menjadi penyumbang penduduk teramai

157

iaitu seramai 343,284. Manakala Setiu
menjadi daerah yang mempunyai jumlah
penduduk terendah iaitu sejumlah 55,517
orang. Dari pecahan mengikut agama pula,
populasi beragama di Terengganu adalah
96.9% Muslim, 2.5% Buddha, 0.2% Hindu,
0.2% Kristian, dan 0.2% bagi pengikut
agama lain atau tiada agama. (Jabatan
Statistik Perumahan dan Penduduk Malaysia
2010).

Selain Indonesia, Brunei dan beberapa
negara asean lain yang mempunyai
penduduk Islam yang ramai, Malaysia
adalah antara negara yang dihormati di
rantau ini. Pemilihan kepimpinan Negara dan
Malaysia sendiri dalam keanggotaan badan-
badan utama Islam seperti Pertubuhan
Negara-negara Islam atau singkatannya OIC
adalah satu bukti penglibatan Malaysia
secara aktif dengan pertubuhan Islam dunia.
Perlantikan pemimpin negara seperti Tunku
Abdul Rahman, dan Tun Abdullah Ahmad
Badawi sebagai pengerusi Pertubuhan Islam
Sedunia (OIC) satu ketika dahulu
menunjukkan komitmen serta pengiktirafan
dunia Islam terhadap Malaysia.

158

Malaysia melalui Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) pernah meletak wawasan
menjadikan Malaysia sebagai hab bagi
makanan halal dunia. Bahkan telah banyak
usaha dijalankan bagi merealisasikan hasrat
tersebut. Bermula dari aspek penyelidikan,
pembangunan dan sebagainya Malaysia
berusaha sedaya upaya untuk mencapai
hasrat tersebut. Penulis berpendapat,
Malaysia boleh melangkah lebih jauh dari
itu, iaitu menjadikan Malaysia sebagai hab
atau tempat tumpuan setempat bagi Islam
itu sendiri. Dan negeri yang menjadi pilihan
penulis sudah tentu negeri Terengganu
Darul Iman. Berbekalkan dengan segala
kelebihan, serta potensi yang dimiliki oleh
negeri ini adalah tidak mustahil misi dan visi
ini dapat tercapai.

Sejarah

Salah satu aspek yang menjadikan
Terengganu adalah negeri yang sesuai
sebagai hab Islam serantau adalah dari
sudut sejarahnya. Penemuan batu bersurat
di Kuala Berang pada 1887 membuktikan
bahawa Islam bukan sahaja pernah bertapak
dan berkembang di negeri Terengganu.

159

(Rahimin A. , Paizah I., M. Kamil A. M. & Nor
H. M. D. 2010). Namun, pengamalan dan
penghayatan Islam yang menyelruruh
merangkumi pelaksanaan syariah Islam
pada awal kurun 13 dan 14 mengesahkan
bahawa Terengganu suatu ketika merupakan
pusat pengembangan Islam yang terkenal
pada waktu itu. Fakta ini disokong dengan
satu kajian yang dilakukan oleh Prof. Dr.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas, yang
menyatakan tarikh bagi batu bersurat ini
ialah Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan
dengan 22 Februari 1303 M.

Penemuan batu bersurat yang penuh
bersejarah ini menjadi satu petanda yang
besar tentang perkembangan Islam di negeri
Terengganu pada awal kurun ke-14. Malah
ia bukan hanya sekadar bukti kewujudan
agama Islam itu sahaja, bahkan
penghayatan dan pelaksanaan undang-
undang islam itu sendiri yang dilaksanakan
di Terengganu.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Batu_Bersurat
Terengganu)

160

Tokoh Agama atau Ulama

Selain sejarahnya yang unik dan unggul
berkaitan Islam, kemunculan tokoh-tokoh
agama dan ulama Islam sama ada tokoh
silam atau moden dan kontemporari
sentiasa mewarnai sejarah dan kehebatan
Terengganu dalam mendaulat dan
memartabatkan Islam. Antara tokoh-tokoh
agama tradisional dan kontemporari adalah
seperti berikut:

1. Syeikh Abdul Malik (Tok Pulau Manis)

Syeikh Abdul Malik atau lebih dikenali Tok

Pulau Manis dilahirkan di Kampung Pauh,

Hulu Terengganu pada tahun

1060an/1650an, berketurunan Sharif

Mohammad, yang berasal dari Baghdad.

Menerima pendidikan agama di peringkat

awal dari kaum keluarganya sendiri. Selama

hampir satu dekad di Mekah, beliau telah

berguru dengan ulama-ulama terkenal

seperti Syeikh Ibrahim al-Kurani (1025-

1011/1616-1690).Syeikh Abdul Malik pulang

ke tanah air sekitar pertengahan tahun

1960an ketika berusia lebih kurang 40

tahun. Kehadirannya di dalam masyarakat

161

tempatan, yang diperkukuhkan oleh Hikam
Melayunya serta pertalian dengan pembesar
tempatan di negeri Terengganu. (Mini
Walek, 2008). Menurut Wan Mohd Saghir
(2009), Syeikh Abdul Malik menjadi
peneraju program pendidikan agama di
Terengganu, sama ada selaku ulama istana
atau sebagai guru kepada orang ramai. Di
istana, Syeikh Abdul Malik berdampingan
bukan sahaja dengan Sultan Zainal Abidin I
tetapi juga dengan pembesar-pembesar
yang turut berguru dengannya. Di dalam
upacara keagamaan, beliau diberi peranan
mengetuai majlis-majlis tersebut. Dalam
penglibatannya sebagai Syeikh al-Ulama dan
Mufti beliau mengeluar fatwa-fatwa
berhabung dengan pegangan keIslaman dan
hukum hakam.Syeikh Abdul Malik atau Tok
Pulau Manis meninggal dalam lingkungan
usia 86 tahun iaitu pada tahun 1149H
bersamaan 1736 sebagaimana yang terakam
pada makamnya.

2. Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim
(Bukit Bayas)

Nama penuhnya ialah Shaykh Wan Abdul
Qadir bin Wan Abdul Rahim bin Wan

162

Deraman bin Wan Bakar bin Wan Ismail bin
Faqih Ali al-Malbari Beliau lahir dari
keturunan anak raja Bugis yang bernama
Fakeh Ali. Lahir di Patani, pada suatu tarikh
yang dianggarkan pada dekad terakhir abad
ke-18 (1790an). Terdapat andaian yang
menghabungkan nasab keturunan beliau
dengan Rasulullah s.a.w., namun ia tidak
dapat dipastikan kesahihannya . Kemudian,
beliau berhijrah ke Terengganu pada dekad
1820an bersama sama rombongan yang
dipimpin oleh Tok Syeikh Qadi Bapa Kepada
Syeikh Duyong. (Wan Mohd Shaghir
'Abdullah. 2009)

Mendapat pendidikan asas di beberapa
pondok pengajian di Patani sebelum
melanjutkan pelajaran ke Mekah dan
berguru dengan Syeikh Muhammad Shalih
bin Ibrahim, Mufti Syafie di Mekah, Syeikh
Ahmad al-Marzuqi, Syeikh Muhammad
Shalih bin Abdul Rahman Pauh Bok al-
Fathani, Syeikh Muhammad Zain bin Faqih
Jalaludin Aceh dan lain-lain.

Syeikh Abdul Qadir ini sangat besar
pengaruhnya sama ada kepada masyarakat
luar mahu pun kepada pihak Kerajaan

163

Terengganu. Sangat ramai murid beliau
menjadi ulama besar dan pemimpin
kerajaan Terengganu. Ramai tokoh dan
ulama yang dilahirkan di Terengganu adalah
hasil didikannya. Ini termasuk Baginda
Sultan Omar, Tok Ku Tuan Besar, Tok
Syeikh Duyong dan lain-lain (Wan Mohd
Saghir 2009).

Setelah mendalami ilmu pengetahuan
di tanah suci, Shaykh Abdul Qadir pulang ke
tanahair dan memilih Pulau Duyung di
Terengganu sebagai persinggahan pertama.
Berdasarkan kajian yang dibuat, Shaykh
Abdul Qadir merupakan seorang tokoh
ulama yang bergiat secara langsung dalam
menyebarkan ilmu Islam dalam kalangan
masyarakat Terengganu, khasnya dalam
bidang fiqh al-mu‟amalat. Buah fikirannya
dalam kitab ini sememangnya menarik
untuk dicernakan dalam konteks muamalat
moden. Namun, kajian lanjut tentang kitab
Risalah Fi Bayani Hukmi al-Bai’i wa al-Riba
perlu dilakukan supaya lebih banyak
khazanah ilmu yang tersimpan di dalamnya
dapat dihuraikan dengan lebih terperinci.

164

Di antara murid Syeikh Abdul Qadir
Bukit Bayas yang sangat terkenal sebagai
tokoh atau pun ulama ialah Baginda Sultan
Umar (Sultan Terengganu), Wan Abdullah
bin Muhammad Amin al-Fathani (Syeikh
Duyung), Tok Ku Tuan Besar, Tuan Guru
Mahmud bin Muhammad Yusuf Kemaman
(penyalin pelbagai manuskrip) dan ramai
lagi. Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-
Fathani Bukit Bayas, Terengganu wafat
dalam tahun 1864 M di Kampung Paya
Bunga, Terengganu. Riwayat lain menyebut
beliau wafat di Bukit Bayas, Terengganu.
(Hasanulddin Mohd et. Al, 2011.)

3. Tok Syeikh Duyung

Nama sebenarnya ialah Syeikh Wan
Abdullah bin Muhammad Amin bin Ya‟qub al-
Fathani. Lahir di Cabang Tiga, Patani, tahun
1216 H/1802 M, Syeikh Wan Abdullah bin
Muhammad Amin digelar „Tok Syeikh
Duyung‟ kemungkinan kemudian daripada
Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-
Fathani.

Nama ayahnya ialah Syeikh Wan Muhammad
Amin al-Fathani yang digelar dengan „Tok

165

Syeikh Qadhi al-Fathani‟. Beliau pula ialah
anak Wan Ya‟qub al-Fathani. Hanya sampai
kepada Wan Ya‟qub saja nasab dari sebelah
ayahnya dapat dikesan. Ibu Tok Syeikh
Qadhi (Syeikh Wan Muhammad Amin)
bernama Wan Salamah binti Tok Wan
Deraud bin Cik Wan Derahim yang kahwin
dengan Tok Wan Nik. Ibu Tok Wan Nik ini
bernama Wan Dewi binti Tok Kaya Rakna
Diraja bin Syeikh Faqih Ali al-Malabari.

Tok Syeikh Duyung mendapat pendidikan di
dalam bidang Tasawuf, Hadith, Fiqh dan
Usuluddin di Mekah dan Terengganu sendiri.
Kemudian setelah tamat pengajian beliau
telah mengajar di dalam bidang Fiqh,
Hadith, Tafsir dan Tasawuf. Kerana tempat
mengajarnya di Pulau Duyung, maka lama-
kelamaan melekatlah namanya menjadi "Tok
Syeikh Duyung". Pondoknya semakin lama
semakin ramai didatangi pelajar, jauh dan
dekat. Di antara murid-murid beliau yang
terkenal ialah Baginda Omar, Sultan Zainal
Abidin III, Engku Sayid Paloh, Haji Omar
Duyung Besar, Haji Abdul Hamid Nerus,
Tuan Baharu Petal Bubus, Haji Musa Alim,
Che Man Gudang, dan Haji Wan Mohammad
bin Wan Abdullah, anaknya. Baginda Omar

166

dan Sultan Zainal Abidin III sendiri pergi ke
Duyung mempelajari ilmu agama kepada
beliau dan bukan beliau dipanggil ke istana
mengajar baginda. Kerana ketokohannya,
Tok Syeikh Duyung kemudiannya dilantik
menjadi Mufti Kerajaan Negeri Terengganu
menggantikan gurunya Syeikh Abdul Kadir
Bukit Bayas yang meninggal dunia. (Syeikh
Abdul Kadir Bukit Bayas mempunyai
pertalian keluarga yang rapat dengan Tok
Syeikh Duyung dan telah dilantik menjadi
Mufti pertama Negeri Terengganu).
Sepanjang hidupnya, Tok Syeikh Duyung
sempat menjadi Mufti kepada tiga orang
Sultan iaitu Baginda Sultan Omar, Sultan
Ahmad Syah II dan Sultan Zainal Abidin III.

Tok Syeikh Duyung telah meninggal
dunia di rumahnya di Duyung Kecil pada 12
Jamadil Akhir 1306 Hijrah bersamaan
Februari1889.(http://pulau-
duyung.blogspot.com/2008/03/sejarah-
warisan-tok-syeikh.html)

167

4. Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal
Abidin al-Aidrus (Tokku Tuan Besar)

Nama lengkapnya ialah Saiyid Muhammad
bin Saiyid Zainal 'Abidin al-'Aidrus,
selanjutnya disingkat dengan Saiyid
Muhammad al-'Aidrus sahaja atau lebih di
kenali dengan nama gelaran Tokku Tuan
Besar.

Saiyid Muhammad al-'Aidrus lahir pada
21 Rejab 1209 H/12 Februari 1795.
Berdasarkan catatan Kadi Haji Wan Ismail
bin Syeikh Ahmad al-Fathani dikatakan
bahawa ayah Saiyid Zainal 'Abidin al-'Aidrus
bernama Saiyid Husein bin Saiyid Mustafa
al-'Aidrus. Dapat disimpulkan bahawa
moyang Saiyid Muhammad al-'Aidrus ialah
Saiyid Mustafa al-'Aidrus yang kuburnya
terletak di Cabang Tiga, Kuala Terengganu
bertarikh 1207 H/1792 M. Beliau digelar Tok
Ku Makam Lama. Mulai dari sini hingga
kepada beberapa tapisan, keturunannya
menjadi tokoh-tokoh besar dan penyebar-
penyebar Islam yang terkenal di Terengganu
khususnya dan pantai timur Semenanjung
umumnya.

168

Sekembalinya dari Mekah pada
1263H/1846M, beliau telah mengajar di
suraunya yang terletak di Cabang Tiga
(sekarang dikenali sebagai Masjid Tok Ku
Tuan Besar). Murid-muridnya bukan sahaja
dari Terengganu tetapi juga dari luar negeri.
Inilah yang menyebabkan beliau menjadi
terkenal dan ulama yang termasyhur di
seluruh negeri Terengganu serta mempunyai
kedudukan tertinggi dalam urusan hal ehwal
Islam Terengganu. Tok Ku Tuan Besar amat
disegani, sama ada kawan dan lawan kerana
jasanya kepada agama, selain perwatakan
serta percakapannya. Beliau dianggap oleh
masyarakat setempat sebagai pemimpin
yang ikhlas dan bijak dalam menangani
masalah yang diajukan kepadanya, bahkan
sultan juga memohon buah fikirannya jika
mempunyai masalah dalam perkara yang
berkaitan dengan pentadbiran negeri.

Beliau juga mendapat gelaran Tok Ku
Hadis kerana berjaya membentuk
kepercayaan dalam kalangan masyarakat
melalui pengajaran dan tingkah laku mulia.
Beliau juga hidup sezaman dengan beberapa
orang Sultan Terengganu tetapi sangat rapat
dengan Sultan Umar. Selain menjadi ulama

169

pada zaman pemerintahan Sultan Umar
(1839M-1875M), Tok Ku Tuan Besar turut
menjadi ulama pada zaman pemerintahan
Sultan Zainal Abidin III (1881M-1918M).
Sebagai seorang ulama yang sangat
dihormati dan salah seorang pembesar
negeri, beliau telah dianugerahkan gelaran
"Tuan Besar Paduka Indera" (Paduka Raja
Indera) daripada Sultan Umar. Tok Ku Tuan
Besar pernah menjadi Mufti Terengganu ke-
2 dari tahun 1860 hingga tahun 1878. Malah
beliau telah diberi kuasa autonomi untuk
menguruskan daerah Cabang Tiga oleh
Sultan
Umar.(http://ulama.blogspot.com/2006/10/
saiyid-muhammad-al-aidrus.html)

Antara sumbangan dan karya agung
Tokku Tuan Besar yang telah dikenal pasti
ialah:
1. Kanzul Ula, Kitab ini juga terdapat
beberapa edisi cetakan oleh al-Mathba'ah al-
Ahliyah, Terengganu, 25 Zulhijjah 1347 H,
cetakan Mathba'ah al-Aminiah, Singapura,
1353 H, cetakan Mathba'ah Jawi Press,
1938, dan lain-lain.

170

2. Jauharus Saniyah.

3. 'Uqudu Durrataini fi Tarjamati Kalimataisy
Syahadataini.

4. Tuhfatul Wildan.

5. Mukhtashar.

6. Siratun Nabawiyah.

7. Sullamut Taufiq.

8. Targhibus Shibyan.

9. Ahaditsun Nabawiyah mimma Yata'allaqu
bil 'Imamatil 'Arabiyah. pada tahun 1267,
sanah 1267 H (1851 M).

10. Salasilah Ratib al-Haddad diselesaikan
pada 25 Ramadan 1267 H/24 Julai 1851 M.

11. Kaifiyat 'Amal Ratib al-Haddad
diselesaikan pada 26 Ramadan 1267 H/25
Julai 1851 M.

Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal 'Abidin
al-'Aidrus atau Tokku Tuan Besar meninggal
dunia pada malam Isnin, 17 Muharam 1295
H 21 Januari 1878 M ketika berusia 84 tahun
akibat daripada demam yang berlarutan

171

.(http://alamin-
terengganu.blogspot.com/2013/01/siapa-
tokku-tuan-besar.html)

5. Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus
@Tokku paloh

Beliau lahir pada tahun 1233 Hijrah
bersamaan dengan1817 Masihi dan
meninggal dunia pada bulan Zulhijjah 1335
Hijrah bersamaan dengan September 1917
Masihi. Beliau merupaka anak kepada tokoh
dan ulama besar yang sebelumnya iaitu
Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin
al-Aidrus (Tokku Tuan Besar). Jadi tidak
hairanlah kesinambungan keilmuan dan
kewara‟an diwarisi oleh Tokku Paloh dari
generasi ke generasi yang lain.

Tok Ku Paloh telah belajar pelbagai bidang
ilmu daripada orang tuanya sendiri yang
merupakan seorang ulama besar yang
mempunyai kedudukan tertinggi dalam
urusan Islam di Terengganu. Beliau juga
berguru dengan Syeikh Wan Abdullah bin
Muhammad Amin al-Fathani atau Tok Syeikh
Duyung. Tok Ku Paloh kemudiannya
melanjutkan pelajarannya ke Mekah. Antara

172

yang menjadi gurunya disana ialah Saiyid
Ahmad bin Zaini Dahlan dan Syeikh
Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-
Makki.
(http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp
?y=2006&dt=0918&pub=utusan_malaysia&s
ec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive
#ixzz3JFPKQ5lm © Utusan Melayu (M) Bhd)

Semasa melanjutkan pelajarannya di Mekah,
Tok Ku Paloh telah bersahabat dengan
Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa al-
Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdul
Rahman al-Fathani, Syeikh Nawawi al-
Bantani, Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani
(kelahiran Sungai Duyung Kecil,
Terengganu) dan ramai lagi.

Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus setelah
pulang dari Mekah memusatkan aktivitinya
di Kampung Paloh, Terengganu. Menurut
Muhammad Abu Bakar, Kampung Paloh
didatangi orang daripada pelbagai jurusan,
bukan saja dari sekitar Kuala Terengganu,
tetapi juga dari Kelantan, Pahang dan
Patani, (Ulama Terengganu, hlm. 181)

173

Tok Ku Paloh ialah ulama yang tidak

takut menanggung risiko tinggi dalam

perjuangan demi mempertahankan Islam

dan bangsa Melayu. Beliau melindungi

pejuang-pejuang Islam dan Melayu yang

bermusuh dengan penjajah Inggeris pada

zaman itu. Ada riwayat mengatakan Haji

Abdur Rahman Limbong dan Tok Janggut

yang terlibat mengetuai kegiatan anti-

penjajah juga adalah murid Tok Ku Paloh.

Tok Ku Paloh meninggal dunia pada bulan

Zulhijjah 1335 H atau September 1917 M

ketika berusia sekitar 102 tahun.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Saiyid_Abdur_

Rahman_bin_Saiyid_Muhammad_al-Aidrus)

6. Haji Abdul Rahman Limbong

Antara tokoh agama yang terkenal dalam
sejarah negeri Terengganu adalah Haji Abdul
Rahman Limbong atau nama lengkapnya
Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid,
beliau bukan hanya dikenali sebagai tokoh
agama yang berpengaruh dalam
mengembangkan ilmu agama Islam di
Terengganu, malah juga adalah pejuang
kepada kebangkitan rakyat untuk berjuang
membebaskan negeri dan negara dari

174

belenggu penjajah. Lahir pada tahun 1285
H/1868M dan Haji Abdul Rahman Limbong
mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam
sejak kecil di Mekah. Di antara gurunya ialah
Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah
saudaranya. Ketika pulang ke Terengganu
beliau mendapat pendidikan dari Haji Ya‟qub
dan Haji Musa yang tinggal di Paya Bunga
dan seterusnya daripada Tok Ku Paloh.
(Abdul Q. M.S dan M. Roslan M. N. 2011).

Ketegasan dan ketokohan yang dimiliki
oleh Abdul Rahman Limbong ini
menyaksikan tindakan drastik pihak Inggeris
menghantar atau membuangnya keluar dari
negeri Terengganu ke Mekah pada tahun
1928 bagi mengekang kemaraan semangat
yang ditunjukkan oleh beliau. Sejak dari
kebangkitan 1922, lalu kebangkitan 1925
dan seterusnya pemberontakan 1928,
penglibatan jelas sekali apabila tokoh-tokoh
tempatan dari Kuala Berang datang
menemuinya untuk mendapatkan nasihat
tentang cara sepatutnya diambil tindakan.
Malah namanya turut tercatat dalam surat-
surat kerahan agar berkumpul di Kuala
Berang dan Telemong sebelum tercetusnya
pemberontakan ini. Sebab itulah sebagai

175

hukumannya, beliau dibuang negeri ke
Mekah, dengan harapan agar penentangan
terhadap British tidak lagi wujud di
Terengganu.
(http://www.pas.org.my/v2/index.php/berit
a-kenyataan/2582-ulama-dan-gerakan-
islam-dalam-sorotan-perjuangan-
kemerdekaan)

Abdul Rahman Limbong telah berguru
kepada banyak tokoh agama tetapi paling
istimewa sekali ialah daripada Tok Ku Paloh,
di mana beliau turut menjadi khadam di
rumah tuan gurunya itu. Kemudiannya
beliau mengajar di suraunya di Jonggok
Tong, Beladau, dan dengan kematian Tok Ku
Paloh, beliau mengajar di surau Sayyid
Saggaf. Di samping itu beliau juga mengajar
di tempa-tempat lain, iaitu di mana sahaja
beliau singgah dalam pengembaraannya.
Dalam pengajaran ini, di antara teks-teks
yang digunakan ialah kitab-kitab tasawwuf
karangan Syeikh Abdul Samad al-Falimbani,
seperti Siyar al-Salikin dan Hikayat al-Salikin
serta karya Syeikh Muhammad Nafis al-
Banjari iaitu al-Durr al-Nafis. Dan
sebagaimana gurunya Tok Ku Paloh, Haji
Abdul Rahman juga merupakan tokoh
pendukung tariqat Naqshabandiyah. (Abdul

176

Rahman Haji Abdullah, 1994). Beliau
meninggal dunia di Mekah, 1347 H/1929M.

Selain nama-nama di atas, masih ada
tokoh-tokoh yang tidak dinyatakan disini
yang telah memberikan sumbangan besar
mereka kepada perkembangan Islam di
negeri Terengganu. Bagi tokoh ulama moden
kini, penulis memilih dua tokoh yang
dianggap kontemporari iaitu Dr. Zulkifli al-
Bakri dan Ustaz Azhar Idrus.

7. Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Tokoh agama atau ulama kontemporari yang
menjadi kebanggaan Terengganu adalah Dr
Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Pelantikan anak
jati Terengganu sebagai mufti Wilayah
Persekutuan pada tahun 2013 adalah satu
bentuk pengiktirafan yan sanjungan tinggi
terhadap ketokohan ilmu dan peribadi yang
dimiliki oleh anak negeri Terengganu ini.

Beliau dilahirkan di negeri Terengganu
pada 16 Januari 1969. Mendapat pendidikan
awal di Sekolah Menengah Agama Sultan
Zainal Abidin (SMAASZA), Kuala
Terengganu. Seterusnya menuntut di

177

Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dalam
bidang Syariah. Kemudian menyambung ke
peringkat Sarjana (Master) di Universiti al-
Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah di Syria di
bawah penyelia Prof. Dr. Mustafa al-Khin.
Beliau memperoleh sijil kedoktorannya
(Ph.D) di USM dalam bidang Syariah,
pengkhususan dalam fatwa. Beliau sangat
aktif terlibat dengan program-program
keagamaan dan ilmiah sama ada di media,
TV Al Hijrah, radio IKIM, stesen penyiaran
kerajaan dan swasta serta sering kali terlibat
dalam wacana ilmu seperti ceramah dan
pembentangan kertas kerja di sekolah, kolej
dan universiti dalam dan luar Negara.
Menjawat beberapa jawatan penting seperti
penasihat kewangan kepada beberapa
institusi bank dan masih memegang amanah
sebagai Pembimbing Utama (Murabbi)
kepada sebuah NGO Islam proaktif iaitu
MURSYID. Aktif menulis buku, makalah,
artikel di akhbar, serta majalah dan menjadi
kolumnis tetap di majalah I dan Solusi.

Beliau kini merupakan Mufti Wilayah
Persekutuan yang baharu dilantik mulai 20
Jun 2014.Pernah sebelumnya menjawat
jawatan sebagai Pensyarah Kanan, Fakulti

178

Syariah dan Undang-undang, Universiti

Sains Islam Malaysia (USIM). Ketokohan dan

ketinggian ilmu yang dimiliki oleh beliau

telah menarik minat pihak JAKIM untuk

memilih beliau dalam kalangan ribuan

ilmuna yang ada di Malaysia ketika ini. Ini

adalah kerana kalau dilihat pada sejarah

perlantikan jawatan mufti di Malaysia, selain

kelayakan akademik dan personaliti, ciri-ciri

keistimewaan lain turut di ambil kira dalam

perlantikan ke jawatan mufti. Oleh itu,

perlantikan Dr Zulkifli Al Bakri sebagai tokoh

dan mufti Wilayah Persekutuan merupakan

satu pengiktirafan dan kebanggaan kepada

anak negeri Terengganu di atas ketokohan

yang dimiliki

beliau.(http://ms.wikipedia.org/wiki/Zulkifli_

Mohamad_Al-Bakri)

8. Ustaz Azhar Idrus (UAI)

Satu nama yang tidak asing bagi
masyarakat melayu tanah air terutama
anak-anak muda dan penggemar kuliah
agama di youtube ialah Ustaz Azhar Idrus
atau ringkasnya UAI. Bukan hanya terkenal
sebagai pendakwah selebriti, malah antara
tokoh agama yang popular di laman sosial

179

seperti youtube, facebook, twitter yang
mana mempunyai peminat serta followers
yang begitu ramai. Pernah membintangi
sebuah filem tempatan yang bertajuk “
Ustaz Mu Tunggu Aku Datang” pada tahun
2013. Amat disenangi oleh semua golongan
masyarakat terutama ana-anak muda. Gaya
dan pendekatan berceramah yang
bersahaja, ringkas, padat, tepat dan
menghiburkan serta menggunakan dialek
asal Terengganu juga sebahagian tarikan
utama beliau digemari oleh pencinta ilmu
agama. Malah, tidak keterlaluan, UAI boleh
di anggap duta kecil negeri Terengganu dan
ikon baharu anak-anak muda Malaysia.

Ustaz Azhar Idrus lahir di Kampung
Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu
Darul Iman. Ustaz Azhar Idrus mendapat
pendidikan awal di Sekolah Rendah Hj Mohd
Sharif, Alor Star, Kedah. Selepas tamat
pengajian di peringkat rendah, beliau
menyambung pengajian di Sekolah
Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor
Star, Kedah sampai ke tingkatan 2. Apabila
beliau memasuki ke tingkatan 3, beliau
berpindah ke negeri kelahirannya di sekolah

180

Inggeris, Sekolah Menengah Kebangsaan

Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu sampai

tamat pengajian tingkatan Jadi beliau tidak

pernah belajar ke Sekolah Arab, Sekolah

Pondok, Madrasah atau Sekolah Agama.

Beliau mulai belajar agama sekitar tahun

1990 setelah rakan muziknya menghilang

dan belajar agama di Patani. Sejak itu beliau

mula berguru dengan Tuan Guru Hj Syed

Mokhtar; (40 buah kitab-kitab jawi secara

talaqi); Tuan Guru Mohd Tahir (Khatam

kitab jawi juga lebih kurang 25 buah); Tuan

Guru Mohd Hakim (Nahu, Sorof, Usul Fiqh,

Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh);

Tuan Guru Hj Hasyim (Nahwu, Sorof, Fiqah,

Tafsir dan Faraidh) ;Tuan Guru Hj Ibrahim

Mesir (Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah) ;

Tuan Guru Hj Muhammad Zubir (ilmu fiqh &

nahwu) dan Tuan Guru Hj Mohd Zain

(Pondok Lubuk Pandan, Wakaf Tapai - ilmu

Fiqh,Nahwu, Sorof, Tafsir dan

Balahgoh).(http://azizulhakim91.blogspot.co

m/2012/05/siapa-ustaz-azhar-idrus-

sebelum.html)

Pengalaman dalam bidang seni, muzik
dan sukan antara kelebihan yang dimiliki

181

oleh pendakwah selebriti ini. Pernah terlibat
dengan kumpulan muzik band boys di kuala
Terengganu ketika usia remaja. Pernah
mewakili Terengganu dalam acara
berbasikal, disamping pernah menjawat
pelukis grafik di syarikat Utusan Malaysia
cawangan Terengganu. Selain itu, beliau
pernah bekerja mencanting batik dan dalam
tempoh tersebut beliau gunakan untuk
berguru dengan pelbagai ilmu sehingga
menjadi alim. Selain aktif berdakwah,
menulis dan berceramah, beliau turut
terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan
seperti kebajikan, rekreasi, hiburan dan
sukan.

Ketokohan dan populariti UAI bukan
hanya dalam kalangan masyarakat Melayu di
Malaysia, malah melalui pengalaman penulis
sendiri yang pernah berinteraksi dengan
masyarakat bukan Islam dan luar negara
terutama penduduk nusantara seperti
Singapura, Brunei dan Indonesia, nama UAI
adalah tidak asing bagi mereka malah
perbezaan dialek bahasa tidak menjadi
halangan besar buat mereka untuk
mengikuti kuliah agama UAI di laman sosial.
Beliau telah diiktiraf sebagai Daie Sejuta

182

Umat oleh seorang penulis buku iaitu Dr

Riduan Mohamad Nor yang telah

menganalisis sumbangan dan ketokohan

beliau di pentas dakwah dan agama di

Terengganu khususnya dan Malaysia serta

Nusantara umumnya.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Azhar_Idrus).

Selain tokoh-tokoh yang disebut di
atas, masih ramai lagi tokoh dalam pelbagai
bidang lain yang memberi sumbangan yang
besar kepada perkembangan agama Islam
dan kemajuan kepada negeri Terengganu
yang tidak tercatat di sini.

Kestabilan Politik dan Ekonomi

Kemerdekaan yang di capai oleh Malaysia
semenjak 57 tahun dahulu hingga kini
adalah pemangkin kepada kemajuan dan
kestabilan yang dimiliki oleh negara, malah
disegani oleh banyak negara. Walaupun
Negara tidak sunyi dari beberapa konflik
dalaman atau pun luaran samada dalam
bidang politik atau sosio ekonomi, tetapi
cara negara menanagani segala kemelut ini
mendapat pujian dan pengiktirafan ramai
pihak. Kerancakan dan minat pelabur yang

183

terus menjadikan Malaysia sebagai salah
satu destinasi pelaburan dan perniagaan
mereka menyerlahkan minat dan keamanan
yang dimiliki Malaysia secara umumnya.
Keadaan ini secara tidak langsung
menjadikan Terengganu sebagai salah satu
destinasi yang tepat untuk dijadikan sebagai
pusat tumpuan Islam. Politik Terengganu
juga tidak sunyi dari pergolakan dalaman
dan luarannya. Selain pertukaran teraju
kepimpinan parti politik yang berbeza dalam
tempoh tiga penggal pilihanraya umum,
pergelutan politik dalaman teraju
kepimpinan negri beberapa tahun lalu turut
menjadi tumpuan masyarakat akan
kestabilan politik Terengganu. Namun,
akhirnya kemelut tersebut reda dan
kelangsungan kecemerlangan Terengganu
diteruskan seperti biasa.

Menurut laporan Tahunan

Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Malaysia 2010, dalam keadaan ekonomi

global yang beransur-ansur pulih, keyakinan

para pelabur terhadap Malaysia melonjak ke

paras rekod tertinggi pada tahun 2013.

Malaysia telah berjaya menarik pelaburan

langsung yang diluluskan bernilai RM216.5

184

bilion iaitu 29 peratus melebihi RM167.9
bilion yang dicatatkan pada tahun 2012.
Begitu juga dalam aspek pelaburan.
Pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia
telah melonjak sebanyak 24 peratus kepada
RM38.8 bilion dalam tahun 2013 (2012:
RM31.1 bilion), manakala DIA sepanjang
tempoh yang sama adalah berjumlah
RM42.9 bilion. Sehingga tahun 2013, negara
telah mengurangkan aliran keluar pelaburan
langsung bersih negara kepada RM4.1 bilion
daripada RM21.7 bilion pada tahun
sebelumnya. (Laporan MITI 2010).

Sebagai perbandingan kecenderungan
pelabur untuk memilih dan menjadikan
Malaysia sebagai destinasi pelaburan
berbanding Negara Islam lain boleh din lihat
dalam aliran FDI ini. Ini dapat di lihat aliran
masuk FDI ke Asia Barat terus menurun
selama lima tahun berturut-turut, dengan
penurunan sebanyak 20 peratus lagi kepada
AS$38 bilion, dengan Saudi Arabia dan Turki
masing-masing mencatatkan penurunan FDI
yang ketara sebanyak 19 peratus. Aliran
masuk FDI juga menjadi lebih perlahan bagi
negara-negara Association of Southeast
Asian Nations (ASEAN) dengan aliran masuk

185

ke Singapura kekal tidak berubah pada
jumlah AS$56 bilion. Walau bagaimanapun,
Malaysia sekali lagi menyangkal kelembapan
serantau dengan menarik pelaburan
langsung asing berjumlah AS$12.4 bilion,
iaitu 25.3% lebih tinggi berbanding tahun
2012 (AS$9.9 bilion). Paras FDI juga
meningkat dengan ketara dalam negara
ekonomi ASEAN lain, di mana dengan
jangkaan pertumbuhan dua angka bagi
Filipina dan Vietnam. (Laporan MITI 2010).

Secara tidak langsung, kerancakan

dan pertumbuhan ekonomi yang baik dalam

Negara, telah memberi tanggapan yang baik

buat pelabur mahupun masyarakat umum

untuk memilih Terengganu sebagai salah

satu destinasi pelaburan atau hab setempat

dalam pelbagai sektor. Menurut satu laporan

khas berita Astro Awani pada tahun 2013,

menyatakan sektor ekonomi dan

pelancongan Terengganu sedang

berkembang pesat khususnya di bawah

pentadbiran bekas Menteri Besarnya, Datuk

Seri Ahmad Said. Antara projek besar yang

berjaya meningkatkan taraf sosio ekonomi

penduduk termasuk projek Pembangunan

Pusat Bandar Kuala Terengganu (KTCC)

186

selain pembangunan Tasik Kenyir sebagai

pusat pelancongan terkemuka.

(http://www.astroawani.com/videos/show/a

wani-7-45/perkembangan-sosio-ekonomi-

terengganu-31539?cp). Ini di sokong oleh

Katriman Rostam (2005), yang menyatakan

dengan segala kemudahan dan persediaan

yang dijalankan, adalah tidak mustahil untuk

Terengganu mencapai negeri maju

menjelang 2020. (Katiman Rostam, 2005).

Sumber Alam dan Pendapatan.

Terengganu yang terkenal dengan jolokan
nama Kuwait Malaysia, bukan hanya kaya
dengan hasil minyak mentah, bahkan juga
bahan dan sumber mineral dan bukan
mineral lain seperti bijih, arang batu, kelapa
sawit, getah dan lain-lain. Kedudukan Negeri
Terengganu yang berhampiran dengan Laut
China Selatan, sumber pendapatan melalui
hasil minyak menjadikan Terengganu antara
negeri yang mempunyai pendapatan yang
paling tinggi di Malaysia. Selain hasil minyak
dan gas, sumber-sumber lain seperti bijih
besi, bio teknologi dan pelancongan juga
antara sektor yang menyumbang kepada
hasil

187

negeri.(http://www.kosmo.com.my/kosmo/c
ontent.asp?y=2014&dt=0614&pub=Kosmo&
sec=Terkini&pg=bt_19.htm).

Pendidikan

Pencapaian cemerlang dalam kalangan

anak-anak Terengganu dalam pendidikan

terutama di peringkat rendah dan menengah

rendah telah menjadi perhatian dan

pengetahuan umum masyarakat di Malaysia.

Pengiktirafan sebanyak 12 kali sebagai

negeri terbaik dalam pencapain UPSR

semenjak ia diperkenalkan pada tahun 1987

telah meletakkan Terengganu antara negeri

yang disegani dan dihormati dalam sektor

pendidikan. Bahkan pencapaian UPSR pada

tahun 2013 yang mencatat 2.20 Gred Purata

Negeri (GPN) sekaligus mengatasi peringkat

nasional iaitu 2.27.

(http://ww1.utusan.com.my/utusan/Timur/2

0131115/wt_01/UPSR-Terengganu-terus

unggul#ixzz3JC9vRmLw© Utusan Melayu

(M) Bhd)

Begitu juga dalam pencapaian di
peringkat menengah dan tinggi. Selain 3
buah universiti awam yang terdiri daripada

188

Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZa),

Universiti Malaysia Terenganu (UMT) dan

Universiti Teknologi Mara (Uitm), kewujudan

beberapa institusi pengajian tinggi lain

seperti Kolej Universiti TATI atau

Terengganu Advanced Technology

Institute(TATI), Kolej Universiti Bestari Kolej

Yayasan Terengganu (KYT), Pusat Teknologi

dan Pengurusan Lanjutan (PTPL), Ranaco

Education and Traning Institute (RETI) dan

banyak lagi. Begitu juga dengan penubuhan

sekolah-sekolah yang berkonsepkan

integrasi ilmu seperti IMTIYAZ, Maktab

Rendah Sains Mara Kota Putera dan lain-lain

merupakan bukti kesungguhan dan

keprihatinan Kerajaan negeri Terengganu

dalam memartabatkan kecemerlangan

institusi pendidikan di negeri ini dalam

semua peringkat (http://www.mqa.gov.my).

Selain itu, penubuhan pusat-pusat
kecemerlangan dan pengajian al-Quran
seperti Institut Al Quran Terengganu (IQT),
Akademi Tahfiz Al-Quran Azzawawi (ATQA),
Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Bariah
(MTTAB), Madrasatul Quran Kubang Bujok
dan beberapa buah lagi institusi pengajian
khusus al-Quran samada di bawah seliaan

189


Click to View FlipBook Version