The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-59318680, 2021-03-18 08:45:26

MODUL KELAS GANTI

BUKU MODUL KELAS GANTI

Rumusan : Setiap murid berpotensi untuk mencapai kecemerlangan.
Falsafah : Kecemerlangan membentuk keperbadian mulia.

31

DIRI LAMPIRAN PS/5A
Apakah tanggungjawab anda
SEKOLAH
terhadap diri ? Apakah peranan anda di
_________________________
_________________________ sekolah ?
_________________________ _________________________
_________________________ _________________________
_________________________ _________________________
_________________________ _________________________
_________________________ _________________________
_________________________
_________________________

RAKAN SEBAYA ANAK KELUARGA
Apakah tanggungjawab anda CEMERLANG Apakah tanggungjawab anda

terhadap rakan sebaya? terhadap keluarga ?
_________________________ _________________________
_________________________ _________________________
_________________________ _________________________
_________________________ _________________________
_________________________ _________________________
_________________________ _________________________
_________________________ _________________________

GURU
Apakah tanggungjawab anda

terhadap guru ?
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________

32

Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Graf Kehidupan

Objektif : Murid dapat :

1.Menerangkan bagaimana mereka berbeza dari segi sejarah
kehidupan dan emosi diri.

2. Murid mensyukuri nikmat kehidupan yang diberi oleh Tuhan
terhadap mereka tidak kira dalam apa jua situasi.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 5

Bahan : Kertas Lukisan

Langkah- : Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid duduk dengan selesa
langkah
sambil memikirkan peristiwa-peristiwa pahit dan manis yang pernah

mereka alami. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal-jawab dengan

murid mengenai pengalaman yang mereka fikirkan.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan kepada murid cara
melakar graf kehidupan sejak mereka di tahun satu sehingga
sekarang.

2. Murid diminta melakar graf pahit dan manis dalam kehidupan
berdasarkan umur dirinya dalam kertas lukisan.

Contohnya [Menerima hadiah : graf menaik, kemalangan : graf
menurun]

3. Beberapa orang murid diminta menerangkan hasil lakaran mereka
secara sukarela.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan bersama murid.

Penilaian : Murid menerangkan hasil lukisan mereka.

33

Rumusan : Manusia mempunyai pengalaman pahit manis yang akhirnya akan
mematangkan mereka.

Falsafah : 1. Kehidupan ini mempunyai ujian dan cabaran.
2. Kita perlu tabah dan sabar dalam menghadapi liku kehidupan.
3. Setiap manusia perlu belajar daripada pengalaman kehidupan.

34

LAMPIRAN PS/5B

GRAF KEHIDUPAN MANIS DAN PAHIT

Pengalaman manis
5-
4-
3-
2-
1-

Umur 7 8 9 10 11

1-

2-

3-

4-

5-

Pengalaman pahit

35

Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Perkembangan Keremajaan [Perubahan Bentuk Badan]

Objektif : Murid dapat :
1. Mengenal dan menerima diri seadanya.
2. Menerima hakikat perubahan diri.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 5

Bahan : Lampiran PS/5C, Gambar kanak-kanak dan gambar orang dewasa
(Pilihan guru).

Langkah- : Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar kanak-kanak
langkah
dan gambar remaja.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid memberi pendapat
berkaitan gambar yang ditunjukkan.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan realiti yang murid
hadapi tentang perubahan fizikal mereka .
Contohnya : suara, ketinggian, rupa dan bentuk badan.

3. Murid mengenal pasti semula perubahan diri yang berlaku kepada
mereka seawal usia kanak-kanak sehingga mereka remaja. Murid
menulis perubahan diri dalam lampiran yang diberi.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan tentang
perubahan yang bakal berlaku pada diri mereka.

Penilaian : Murid menyatakan perubahan diri yang berlaku pada dirinya apabila
meningkat dewasa.

36

Rumusan : Perubahan fizikal yang berlaku pada diri seseorang adalah suatu
perkara yang biasa dan mesti menerima dengan hati yang terbuka.

Falsafah : 1. Manusia mesti menerima perubahan yang berlaku seadanya.
2. Manusia hendaklah bersyukur atas anugerah yang dikurniakan oleh
Allah terhadap dirinya.

37

LAMPIRAN PS/5C

PERUBAHAN DIRI
[Seawal Usia Kanak-Kanak dan Remaja]

KANAK-KANAK

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

REMAJA

________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________

38

Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Rakan Sebaya Saya

Objektif : Murid dapat :

1. Menyedari pengaruh rakan sebaya amat mempengaruhi kehidupan
seharian mereka.

2. Murid menghargai dan memahami perasaan rakan sebaya
mereka.

3. Murid menyedari betapa pentingnya sikap hormat-menghormati
sesama rakan.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 5

Bahan : Lampiran PS/5D, PS/5E

Langkah- : Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanya tentang sahabat karib
langkah
murid-murid di sekolah.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lampiran PS/5D.
Murid diminta menyelesaikan aktiviti dalam lampiran.

[Tidak perlu tulis nama dalam lembaran.]

2. Murid menghantar lampiran kepada guru.

3. Guru mengedarkan semula lembaran aktiviti yang telah
dilengkapkan kepada murid. Murid akan dapat lampiran rakan mereka
yang tidak diketahui siapa yang membuatnya.

4. Murid membaca lampiran yang telah dilengkapkan.

5. Murid lain diminta mengenal pasti , siapakah murid yang
dimaksudkan.

6. Murid diberi satu lagi lembaran PS/5E untuk diselesaikan.

39

7. Murid menyelesaikan aktiviti dan membuat pembentangan.
8. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
keseluruhan.
Penilaian : Murid dapat menjawab 7 soalan tentang rakan karib mereka.
Rumusan : Menghormati sesama rakan amat penting dalam kehidupan.
Falsafah : Rakan atau sahabat perlu dalam kehidupan manusia.

40

LAMPIRAN PS/5D

Sejauh manakah anda mengenali rakan
anda. Jawab soalan di bawah.

1. Siapakah rakan yang paling rapat dengan anda?
_____________________________________________________________________

2. Dari manakah asal rakan anda?
_____________________________________________________________________

3. Apakah cita-cita rakan anda?
_____________________________________________________________________

4. Apakah perkara yang paling tidak disukai rakan anda.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

5. Apakah perkara yang paling tidak disukai rakan anda.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

6. Apakah hobi rakan anda?
_____________________________________________________________________

7. Berikan pendapat anda tentang sikap rakan anda.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

41

LAMPIRAN PS/5E

Anda hendak memberikan hadiah kepada rakan anda.
Lukiskan hadiah yang ingin anda berikan.

42

Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Kelas Idamanku

Objektif : Murid dapat :

1. Menggambarkan ciri-ciri bilik darjah idaman dalam bentuk lukisan.

2. Menyatakan pandangan terhadap bilik darjah yang menjadi
idamannya.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 5

Bahan : Kertas Mahjung dan pen marker.

Langkah- : Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab tentang keadaan
langkah
persekitaran sekolah.

1. Murid melukiskan ”Kelas Idamanku” pada kertas mahjung yang
diberikan secara berkumpulan.

2. Murid membentangkan kelebihan hasil kerja kumpulan masing-
masing di hadapan kelas .

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid mengajukan
soalan berdasarkan pembentangan yang disampaikan rakan mereka.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan keseluruhan
tentang aktiviti yang dijalankan.

Penilaian : Murid menyiapkan lukisan ”Kelas Idamanku” mengikut kesesuaian
kumpulan masing-masing.

Rumusan : Persekitaran sekolah yang kondusif dapat membantu menjana
kecemerlangan murid.

43

Falsafah : Kelasku Syurgaku
44

Bidang : Keibubapaan
Tajuk : Bapaku Sayang

Objektif : Murid dapat :

1. Mengetahui peranan bapa sebagai ketua keluarga.

2. Murid dapat menyatakan jenis pekerjaan bapa.

3. Murid dapat membentangkan faedah setiap pekerjaan yang
diceburi oleh bapa mereka.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 5

Bahan : Gambar jenis-jenis pekerjaan, kertas mahjung, kertas A4 dan pen
marker
Langkah-
langkah :
Set Induksi :
Guru Kaunseling menunjukkan gambar-gambar berkaitan dengan
pekerjaan.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal-jawab tentang
pekerjaan bapa murid.

2. Murid diagihkan dalam kumpulan kecil.

3. Setiap kumpulan membincangkan faedah pekerjaan bapa
masing-masing kepada keluarga.

4. Murid membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan pada akhir
sesi perbentangan.

Penilaian : Murid membentang hasil perbincangan faedah bidang pekerjaan

45

bapa kepada masyarakat dan negara.

Rumusan : Setiap jenis pekerjaan sama ada professional atau separa
professional memberi sumbangan kepada semua pihak.

Falsafah : “Kasih ayah berkorban apa sahaja”

46

Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Keluargaku Sayang

Objektif : Murid dapat :
1. Meningkatkan rasa hormat kepada semua ahli keluarga
2. Meningkatkan hubungan mesra dengan ahli keluarga
3. Melakonkan peranan setiap individu dalam institusi kekeluargaan.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 5

Bahan : Lampiran IB/5A

Langkah- : Set induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyebut nama ahli
langkah
keluarga.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengagihkan murid mengikut
kumpulan masing-masing (6 orang dalam setiap kumpulan).

2. Guru Bimbingan dan kaunseling mengedarkan lampiran IB/5A
kepada ketua kumpulan.

3. Ahli kumpulan perlu melakonkan watak ibu, bapa, adik, abang,
kakak dan diri berdasarkan situasi dalam lampiran.

4. Murid menyatakan pendapat mereka tentang kebaikan
mengamalkan sikap hormat menghormati .

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan akhir.

Penilaian : Lakonan main peranan setiap ahli keluarga.

47

Rumusan : Amalan sikap hormat menghormati dalam kalangan ahli keluarga
mampu mengurangkan gejala sosial.

Falsafah : 1. Melahirkan budaya “Yang tua dihormati, yang muda disayangi”.
2. Berbudi bahasa, budaya hidup kita.
3. Komunikasi yang berkesan akan melahirkan sebuah keluarga yang
harmoni.

48

LAMPIRAN IB/5A
Arahan : Lakonkan situasi yang dinyatakan dalam kumpulan masing-masing.
KUMPULAN 1
Bercakap dengan sopan/lemah lembut
KUMPULAN 2
Membongkok ketika berjalan di hadapan orang yang lebih tua.
KUMPULAN 3
Bersalam dengan ahli keluarga
KUMPULAN 4
Mendengar nasihat dan teguran
KUMPULAN 5
Mengucapkan ucapan terima kasih kepada ahli keluarga

49

Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Komunikasi Berkesan

Objektif : Murid dapat :

1. Menyedari kepentingan menyayangi dan menghormati keluarga.

2. Menghormati keluarga dengan cara bertutur secara bersopan
santun.

3. Mencipta dialog yang sesuai semasa berkomunikasi.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 5

Bahan : Lembaran kerja disediakan oleh guru.

Langkah- : Set induksi ;
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid melakonkan
langkah
perbualan ibu bapa dalam satu situasi marah.

1. Murid memberi komen mengenai dialog tersebut.

2. Guru Bimbingan dan kaunseling menunjukkan cara yang betul
berkomunikasi dengan ahli keluarga.

3. Murid melengkapkan aktiviti dalam lembaran kerja.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan aktiviti.

Penilaian : Murid melengkapkan dialog berdasarkan situasi yang diberi dalam
lembaran kerja.

Rumusan : Komunikasi yang betul mengeratkan lagi perhubungan ahli keluarga.

50

Falsafah : 1. Hubungan yang baik dapat dilahirkan melalui komunikasi berkesan.
2. Budi bahasa budaya kita.

51

Bidang : Keibubapaan
Tajuk
Objektif : Ringan Tulang

Masa : Murid dapat :
Sasaran 1. Mengetahui peranan mereka dalam keluarga.
Bahan 2. Menyatakan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.
3. Melaksanakan peranan mereka dalam membantu ibu bapa
di rumah.

: 60 minit

: Tahun 5

: Kertas mahjung, kertas A4 dan pen marker

Langkah-langkah : Set Induksi .
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar-
gambar berkaitan dengan ahli keluarga yang membantu ibu
bapa.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab (brain
storming) dengan murid berkaitan dengan aktiviti-aktiviti
membantu ibu bapa di rumah.

2. Murid (dalam kumpulan) menyenaraikan sekurang-
kurangnya 6 aktiviti membantu keluarga.

3. Murid bercerita 2 daripada 6 aktiviti menolong ibu bapa.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membantu murid
membuat rumusan mengenai kepentingan nilai menolong
ibu bapa di rumah.

Penilaian : Murid menyenaraikan aktiviti menolong ibu bapa dan

52

Rumusan manfaatnya kepada diri sendiri serta keluarga.
Falsafah
: Kerjasama dan saling bantu-membantu merupakan sikap
yang perlu ada dalam setiap keluarga bagi melahirkan
individu yang proaktif dan akhirnya dapat mewujudkan
institusi keluarga yang harmoni.

1. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
2.Hidup perlu saling melengkapi.

53

Bidang : Keibubapaan
Tajuk
Objektif : Struktur Keluarga

Masa : Murid dapat :
Sasaran 1. Memahami tentang struktur dalam keluarga.
Bahan 2. Menimbulkan dan menjelaskan peranan serta rasa
tanggungjawab terhadap keluarga.

: 60 minit

: Tahun 5

: Lembaran kerja (Lampiran IB/5B) dan keratan akhbar

Langkah- : Set Induksi.
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar-gambar
berkaitan dengan sebuah keluarga dan bersoal jawab tentang
gambar tersebut.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab dengan murid
berkaitan dengan keluarga mereka.

2. Murid bercerita perihal dirinya dalam keluarga.

3. Murid menyenaraikan peranan dan tanggungjawab setiap ahli
keluarga.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan mengenai
aktiviti yang dijalankan.

Penilaian : Murid dapat melengkapkan lembaran kerja yang berkaitan dengan
peranan dan tanggungjawab ahli keluarga yang diberi.

Rumusan : Kedudukan dalam keluarga berhubung rapat dengan peranan dan
tanggungjawab ahli keluarga sebagai pemangkin kesejahteraan

54

keluarga.

Falsafah : 1. Setiap ahli keluarga perlu menghormati hak masing–masing dan
saling bekerjasama.
2. “Yang tua dihormati yang muda disayangi”.

55

LAMPIRAN IB/5B
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

INDIVIDU PERANAN / TANGGUNGJAWAB

BAPA

IBU

ABANG

56

KAKAK
ADIK

DIRI SENDIRI

57

Bidang : Pembangunan Diri Murid

Tajuk : Pengurusan Diri – Kemas Diri

Objektif : Murid dapat :

1. Menyenaraikan kebaikan mengamalkan kekemasan dan kebersihan
diri.

2. Mengurus diri dengan kemas dan bersih.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 5

Bahan : Lampiran PD/5A

Langkah- : Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta beberapa orang murid
langkah
secara sukarela untuk melakukan simulasi berpakaian tidak kemas.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab mengenai situasi
yang berlaku berkaitan dengan kekemasan diri murid-murid.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan Lampiran PD/5A.
Murid melakukan perbincangan kumpulan.

3. Murid membentangkan hasil perbincangan masing-masing.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
keseluruhan tentang pengurusan diri.

Penilaian : Melengkapkan latihan yang diberi.

Rumusan : Setiap murid perlu mengamalkan pengurusan diri yang kemas dan
baik.

58

Falsafah : 1. Pengurusan diri yang teratur dapat memberi kesenangan dan
keselesaan kepada setiap individu.
2. Pengurusan diri yang baik akan meningkatkan nilai harga diri.

59

KEBAIKAN MENGAMALKAN LAMPIRAN PD/5A
PENGURUSAN DIRI YANG BAIK
KEBURUKAN MENGABAIKAN
PENGURUSAN DIRI YANG BAIK

60

Bidang : Pembangunan Diri Murid

Tajuk : Potensi Diri (Kebolehan Diri)

Objektif : Murid dapat:
1. Menyenaraikan kebolehan dan potensi diri.
2. Menyenaraikan kebolehan dan potensi rakan.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 5

Bahan : Lampiran PD/5B

Langkah- : Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling mempamerkan gambar-gambar
langkah
murid yang telah memperoleh kejayaan.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tentang potensi diri
manusia yang serba unik.

2. Mengedarkan Lampiran PD/5B.

3. Murid menjawab soalan dalam Lampiran PD/5B dengan menyusun
nombor mengikut keutamaan kebolehan/bakat yang dimiliki.

4. Murid berada dalam kumpulan mengikut keutamaan yang sama.

5. Perbincangan dalam kumpulan cara untuk memperkasakan
kebolehan yang dimilki.

6. Murid membentangkan hasil perbincangan kumpulan

7. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan keseluruhan

61

Penilaian : Murid melengkapkan lampiran/latihan yang diberi
Rumusan : Setiap murid mempunyai potensi dan kebolehan diri masing-masing.

Manfaatkan sepenuhnya kebolehan yang ada untuk mencapai
kejayaan.
Falsafah : 1. Setiap individu mempunyai potensi masing-masing yang kadang-
kadang tidak disedari.
2. Belakang parang diasah lagikan tajam inikan pula manusia.
3. Menghargai setiap kebolehan yang ada.

62

LAMPIRAN PD/5B

Arahan : Senaraikan lima kebolehan diri dan rakan anda.

DIRI RAKAN

63

Bidang : Pembangunan Diri Murid

Tajuk : Semangat Cintakan Sekolah – Menghargai Harta Benda Sekolah

Objektif : Murid dapat :
1. Menyayangi dan menghargai harta benda sekolah.
2. Memupuk semangat cintakan sekolah.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 5

Bahan : Kertas mahjung.

Langkah- : Set Induksi :
Murid menyanyikan lagu sekolah beramai-ramai.
langkah

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanya mengenai perasaan
mereka selepas menyanyikan lagu sekolah.

2.Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyenaraikan
kemudahan yang ada di sekolah.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab apakah kesannya
sekiranya perkara-perkara yang disenaraikan itu tiada di sekolah.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan murid dalam
beberapa kumpulan kecil.

5. Ahli kumpulan perlu menyenaraikan seberapa banyak kata-kata /
slogan yang menunjukkan semangat cintakan sekolah dan ditulis di
kertas mahjung.

6. Wakil kumpulan diminta membentangkan hasil kerja kumpulan
masing-masing.

64

7. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan keseluruhan
Penilaian : Menyiapkan tugasan yang diberikan secara berkumpulan.
Rumusan : Melalui semangat cintakan sekolah murid-murid dapat menghayati

peranan yang perlu dimainkan dan membina sikap lebih
bertangungjawab.
Falsafah : 1. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
2. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

65

Bidang : Pembangunan Diri Murid

Tajuk : Asas Komunikasi – Forum

Objektif :
Murid dapat :

1. Mengetahui asas kemahiran komunikasi.

2. Mengaplikasi asas kemahiran komunikasi dalam kehidupan
seharian.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 5

Bahan : Lampiran PD/5C

Langkah- : Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling memanggil dua orang murid untuk
langkah
bercerita/berbual secara membelakangkan di antara satu sama lain.

Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab mengenai aktiviti

tersebut.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan mengenai
kemahiran asas komunikasi.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan murid kepada
beberapa kumpulan.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan teks forum
Lampiran PD/5C.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tugasan yang perlu
dilakukan oleh setiap kumpulan.

5. Setiap kumpulan diberi masa untuk berbincang dan membuat
persediaan(pra latihan).

6. Sesi forum mengikut kumpulan secara bergilir / rawak dimulakan.

66

7. Setiap kumpulan / individu memberikan pandangan tentang
persembahan setiap kumpulan.
8. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan.
Penilaian : Menyampaikan teks dengan menggunakan asas kemahiran
komunikasi.
Rumusan : Setiap individu ada kekuatan dan kelemahan , untuk meningkatkan
komunikasi perlukan latihan
Falsafah : 1. Setiap individu boleh berkomunikasi.
2. Kemahiran berkomunikasi boleh ditingkatkan melalui latihan.
3. Komunikasi yang berkesan memberi impak dalam kehidupan.

67

LAMPIRAN PD/5C

TEKS FORUM
PENGERUSI : Assalamualaikum dan salam sejahtera,terlebih dahulu saya
akan memperkenalkan ahli-ahli forum iaitu Mohd. Saiful,Amran Ali dan Siti
Mariamah. Untuk tidak membuang masa dipersilakan ahli panel untuk
menyampaikan pendapat mengenai tajuk,masalah buli di sekolah. Dipersilakan.
PANEL 1
Terimakasih tuan pengerusi, masalah buli di sekolah pada pendapat saya
tidaklah ketara dan bukan menjadi masalah besar. Ada kes-kes rasanya
bukanlah buli tetapi lebih kepada olok-olok saja. Bagaimanapun pihak sekolah
dan pelajar perlu juga memberi perhatian perkara ini.
PANEL 2
Pendapat saya pula ialah perkara ini janganlah diperbesarkan kerana ia bukan
diistilahkan sebagai buli tetapi cuma bermain-main. Perkara ini normal bagi
semua pelajar.
PANEL 3
Pengerusi,saya tidak setuju dengan pendapat rakan saya tadi. Ada beberapa
kes perlu diberi perhatian seperti pelajar suka meminta makanan rakan,pelajar
selalu menganggu rakan dan sebagainya.Jika perkara ini tidak diberi perhatian ia
akan menjadi lebih berat. Pihak sekolah mesti membendung perkara ini.

68

Bidang : Pembangunan Diri Murid

Tajuk : Semangat Cintakan Sekolah – Lawatan Sekitar Sekolah

Objektif : Murid dapat :
1. Mengetahui elemen semangat cintakan sekolah.
2. Memahami dan mengaplikasi elemen semangat cintakan sekolah.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 5

Bahan : Kad Tugasan, Lampiran PD/5D

Langkah- : Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta pandangan murid tentang
langkah
cara mereka menunjukkan perasaan sayang pada sekolah . Guru

Bimbingan dan Kaunseling mengaitkan tajuk yang akan dibincangkan.

: 1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi penerangan tugasan
yang akan diberikan kepada murid.

2. Murid dibahagikan mengikut kumpulan kecil dan diberi kad tugasan
untuk dilengkapkan (Lampiran PD/5D).

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan kumpulan
mengukut lokasi yang ditetapkan (Lawatan dalam kawasan sekolah).

4. Murid kembali semula ke kelas dan membentangkan laporan

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan keseluruhan.

Penilaian : Murid membentangan hasil laporan pemantauan di lokasi telah
ditetapkan.

Rumusan : Setiap individu memainkan peranan penting untuk membuktikan rasa
cinta dan sayang terhadap sekolah.

69

Falsafah : Penyayang merupakan sifat semulajadi/naluri manusia.
70

LAMPIRAN PD/5D

LAPORAN PEMANTAUAN

NAMA KUMPULAN

AHLI KUMPULAN

LOKASI

KELEBIHAN LOKASI

KEKURANGAN
LOKASI

CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN

TANDATANGAN :…………………………………………………
NAMA KETUA : ………………………………………………..
TARIKH :…………………………………………………

71

Bidang : Pendidikan Pencegahan Alkohol

Tajuk : Konsep kendiri / penghargaan kendiri – Pembentukan Jati Diri
(Alkohol)

Objektif : Murid dapat:

1. Membina ketahanan diri supaya murid menjauhi dan membenci
alkohol.

2. Membina sikap asertif kendiri (tegas diri) terhadap pengaruh
negatif alkohol.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 5

Bahan : Kad huruf A.L.K.O.H.O.L

Langkah- : Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan murid-murid kepada
langkah
beberapa kumpulan. Guru mendapatkan maklumbalas dengan bersoal

jawab secara lisan tentang tajuk yang dipilih.

1. Setiap kumpulan akan diberikan 7 kad huruf yang berbeza.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling kemudian mengarahkan murid-
murid dalam setiap kumpulan untuk menyusunkan kad-kad tersebut
menjadi satu perkataan yang betul.

3. Kumpulan pertama yang berjaya menyusun dengan betul akan
dikira sebagai pemenang.

4. Seterusnya Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi ulasan
berkenaan aktiviti tersebut dan menerangkan tentang alkohol.

5. Aktiviti seterusnya, guru Bimbingan dan Kaunseling meminta setiap
kumpulan memberikan alasan mengapa mereka perlu menjauhi dan
membenci alkohol berdasarkan huruf-huruf tersebut. Contoh;

A – Alpa; membuat manusia alpa dan leka

L – Lalai; manusia akan menjadi lalai

72

K – Kejatuhan moral dan akhlak
O – Otak rosak
H – Haram!
O – Orang tersayang akan benci pada kita
L – Lemah daya ingatan
6. Setiap kumpulan akan diwakili seorang ahli untuk
membentangkan hasil kerja mereka.
7. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan.
Penilaian : Murid dapat melaksanakan aktiviti yang dijalankan.
Rumusan : Murid perlu memilih gaya hidup yang sihat serta dapat membina jati
diri yang positif tanpa mendekati alkohol.
Falsafah : Setiap murid mesti dipupuk daya tahan yang kental dalam diri supaya
tabah menghadapi segala cabaran.

73

Bidang : Pendidikan Pencegahan

Tajuk : Konsep kendiri / penghargaan kendiri – Pembentukan Jati Diri
(Dadah)

Objektif : Murid dapat:

1. Membina ketahanan diri supaya murid menjauhi dan membenci
dadah.

2. Membina sikap asertif kendiri (tegas diri) terhadap pengaruh
negatif dadah.

Masa : 60 Minit

Sasaran : Tahun 5

Bahan : Gambar –gambar, buku panduan, VCD berkaitan penyalahgunaan
dadah atau perlakuan negatif, kertas edaran isu berkaitan remaja
seperti terlibat dengan penyalahgunaan dadah / pil khayal. (sumber:
website AADK/surat khabar)

Langkah- : Set induksi:
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta wakil murid melakonkan
langkah
watak seorang yang asertif terhadap pujukan kawan untuk mencuba

dadah.

1. Guru mendapatkan maklumbalas dengan bersoal jawab secara
lisan tentang lakonan tersebut.

2. Guru mendapatkan pandangan murid tentang imej jati diri remaja
yang unggul.

3. Murid berbincang dan menyenaraikan cara membina jati diri remaja
yang cemerlang secara berkumpulan.

4. Murid membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-
masing.

74

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan keseluruhan.
Penilaian : Murid menyenaraikan dan membentangkan ciri-ciri jati diri remaja

yang cemerlang.
Rumusan : Murid digalakkan supaya mengenali diri mereka melalui perkongsian

maklumat bersama rakan. Membina peribadi yang kental melalui
rakan sebaya adalah penting.
Falsafah : Setiap murid mesti dipupuk daya tahan yang kental dalam diri supaya
tabah dan dapat menangkis pengaruh salah guna dadah.

75

Bidang Pendidikan Pencegahan

Tajuk Pendidikan Pencegahan HIV / AIDS

Objektif : Murid dapat :

1. Menyatakan punca jangkitan penyakit HIV / AIDS

2. Murid menyenaraikan cara-cara mencegah jangkitan pada diri
sendiri.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 5

Bahan : Lampiran PP/5A, Risalah HIV / AIDS.

Langkah- : Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan risalah { Punca &
langkah
akibat penyakit HIV / AIDS } dari bahan PPDA.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab dengan murid
berdasarkan risalah yang diedarkan.

2. Murid bercerita melalui pengetahuan sedia ada tentang
penyakitHIV / AIDS.

3. Murid memberikan respon terhadap cerita rakan mereka.

4. Kuiz bertulis antara kumpulan mengenai pencegahan HIV / AIDS.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi pujian kepada kumpulan
yang menang.

Penilaian : Murid dapat menjawab soalan kuiz yang dikemukakan.

76

Rumusan : Murid dapat menyatakan punca dan menyenaraikan langkah
pencegahan penyakit HIV / AIDS

Falsafah : Pengetahuan pencegahan penyakit HIV/AIDS penting dalam
menjamin kesihatan sempurna.

77

LAMPIRAN PP/5A

SOALAN KUIZ BERTULIS HIV/AIDS

ARAHAN:SILA TANDAKAN { / } YA ATAU TIDAK

BIL SOALAN YA TIDAK

1 Adakah akibat jangkitan HIV /AIDS boleh menyebabkan
kematian ?

2 Bolehkah HIV/AIDS berjangkit melalui sentuhan?

3 Adakah HIV/AIDS boleh berjangkit melalui makanan?

4 Berkongsi jarum suntikan dengan pesakit HIV/ AIDS
menyebabkan jangkitan.

5 Menerima darah dari pesakit HIV/AIDS akan
menyebabkan
Jangkitan
.

6 Perhubungan seks rambang boleh menyebabkan
penyakit AIDS.

7 Adakah penyakit AIDS boleh diubati ?

8 Bolehkah anda mendapat penyakit HIV/AIDS dengan
menderma darah.

9 Adakah penyakit HIV/AIDS itu merbahaya?

10 Adakah seseorang itu akan dijangkiti HIV/AIDS sekiranya
ia tinggal atau belajar dengan pesakit HIV/AIDS?

78

Bidang : Pendidikan Pencegahan ( Inhalan )
Tajuk : ‘Pilihlah Aku’

Objektif : Murid dapat :
Masa 1. Membezakan gaya hidup sihat dan gaya hidup tidak sihat.
2. Menyenaraikan 5 kesan buruk akibat penyalahgunaan bahan
kimia.
3. Menyatakan pendapat atau pandangan mereka tentang gaya
hidup sihat dan gaya hidup tidak sihat.

: 60 minit

Sasaran : Tahun 5

Bahan : Kertas A4

Langkah - : Set Induksi :
langkah Guru memilih dua kumpulan murid yang akan melakonkan dua
jenis situasi iaitu gaya hidup sihat dan gaya hidup penagih inhalan.

1. Guru memberi penerangan kepada dua kumpulan murid
tentang watak-watak yang perlu dilakonkan dalam bentuk
pantomin.

2. Murid-murid lain diminta menjadi penonton di samping membuat
penilaian tentang situasi yang dilakonkan.

3. Murid menyenaraikan 5 kesan buruk akibat penyalahgunaan
bahan kimia.

4. Guru memilih beberapa orang murid untuk menerangkan apa
yang telah mereka tonton.

5. Guru dan murid bersoal jawab tentang gaya hidup sihat dan
gaya hidup tidak sihat serta kesan ke atas diri individu akibat
penyalahgunaan bahan kimia.

79

Penilaian : Murid dapat menyenaraikan 5 keburukan akibat penyalahgunaan
bahan kimia.

Falsafah : Penggunaan bahan kimia terlarang akan mempengaruhi gaya
hidup individu dan masyarakat.

80


Click to View FlipBook Version