The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-59318680, 2021-03-18 08:45:26

MODUL KELAS GANTI

BUKU MODUL KELAS GANTI

LAGU URUS DIRI Lampiran PD/2C(2)
44
Bangun pagi gosok gigi,
Cuci muka terus mandi,
Pakai baju makan roti,
Pergi sekolah suka hati.

Pergi sekolah jalan kaki,
Jaga diri sendiri,
Toleh kanan toleh kiri
Lintas jalan hati-hati.

Rajin belajar jadi pandai,
Baca, tulis dan kira,
Guru ajar jangan lalai,
Senang hati ibu bapa.

Tingkahlaku adab sopan
Harus jadi amalan
Tingkat ilmu pengetahuan,
Jadi rakyat budiman,

Versi : Lagu Bangun Pagi

Bidang : Pembangunan Diri

Tajuk : Komunikasi – Uji Minda
Objektif
: Pada akhir sesi murid dapat:
Masa 1. Menyedari kepentingan membina komunikasi yang baik dalam kehidupan
Bahan seharian.
Langkah- 2. Memahami bahawa komunikasi yang baik membantu individu membina
langkah hubungan yang baik dengan orang lain.

Penilaian : 60 minit
Rumusan
Falsafah : Lampiran PD/2D(1 )- kad perkataan perasaan (contoh : gembira, seronok,
bahagia)
Lampiran PD/2D/2- aktiviti menguji minda

Set Induksi:
: Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan kad perkataan kepada setiap

murid. Murid diminta membacakan kad sambil melakonkan aksi perasaan
tersebut.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan murid dalam kumpulan

kecil. (5 orang sekumpulan)
2. Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki menyatakan perasaan mereka

berada dalam kumpulan tersebut.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling edarkan lembaran 2E dan memberi masa

selama 10 minit untuk menyiapkan tugasan pertama.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling minta setiap wakil kumpulan

membentangkan hasil dapatan kumpulan masing-masing. Mereka juga
diminta memberi pandangan tentang tahap kerjasama ahli kumpulan ketika
menyiapkan tugasan.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling tunjukcara penyelesaian masalah
tugasan dan kemudiannya mengulas tentang pentingnya sikap
bekerjasama dan hubungan dua hala dalam aktiviti kumpulan.
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling ulangi langkah 3 hingga 5 bagi tugasan
ke 2.
7. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan bahawa komunikasi
yang baik dalam kumpulan adalah penentu kejayaan kerja berpasukan.

: Kerjasama kumpulan untuk menyiapkan latihan yang diberi.

: Setiap individu perlu belajar untuk menyuarakan pendapat serta menerima
dan menghargai pandangan orang lain.

: 1. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

2. Bersatu teguh bercerai roboh.

45

Lampiran PD/2D(1)

KAD PERKATAAN PERASAAN

RIANG RIANG RIANG RIANG RIANG

SERONOK SERONOK SERONOK SERONOK SERONOK

GEMBIRA GEMBIRA GEMBIRA GEMBIRA GEMBIRA

BANGGA BANGGA BANGGA BANGGA BANGGA

YAKIN YAKIN YAKIN YAKIN YAKIN

SYUKUR SYUKUR SYUKUR SYUKUR SYUKUR

BERANI BERANI BERANI BERANI BERANI

46

Lampiran PD/2D(2)
CABARAN MINDA
Selesaikan tugasan berikut dengan rakan sekumpulan anda. Pastikan semua orang
bekerjasama menyiapkan tugasan ini.
Tugasan 1
Sambungkan titik-titik di bawah dengan tidak mengangkat pensil anda. Anda hanya
boleh menggunakan 4 garisan sahaja.

●●●

●●●

●●●

47

Skema Lembaran PD/2D(3)

Tugasan 1
Sambungkan titik-titik di bawah dengan tidak mengangkat pensil anda. Anda hanya
boleh menggunakan 4 garisan sahaja.

(4) ●

●●

●●●

(2)

(1) ● ● ●

(3)

48

Bidang Pembangunan Diri

Tajuk : Semangat Cintakan Sekolah
Objektif
: Pada akhir sesi murid dapat:
Masa 1. Menyayangi dan menghargai harta benda sekolah.
2. Memupuk semangat cintakan sekolah.

: 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan : Lampiran PD/2E

Langkah- : Set Induksi
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menamakan
kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah mereka.
Penilaian 1. Murid diminta memberi pandangan tentang sikap postitif dan
Rumusan negatif pelajar terhadap harta benda sekolah.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan murid dalam
beberapa kumpulan kecil. (5 orang sekumpulan)
3. Ahli kumpulan perlu menyenaraikan semula sikap positif dan
negatif yang dilihat berlaku di sekolah.
4. Wakil kumpulan diminta membentangkan hasil kerja kumpulan
masing-masing.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membimbing murid menyatakan
bagaimana caranya mereka boleh menjaga harta benda sekolah.
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling edarkan lampiran PD/2E untuk
murid buat secara individu.
7. Di akhir pembelajaran, guru minta wakil murid membentangkan
hasil kerja mereka di hadapan kelas. Guru kemudiannya buat
rumusan bahawa menjaga keselamatan harta benda sekolah
adalah tanggungjawab bersama.

: Menyiapkan latihan yang diberikan secara individu dan kumpulan.

: Memelihara harta benda sekolah adalah tanggungjawab bersama.

Falsafah : 1. Sekolah ceria warga gembira.
2. Sayangi harta benda sekolah. Hargai kemudahan awam.

49

Lampiran PD/2E

SEKOLAHKU SAYANG
Tuliskan apa yang anda rasakan perlu ada di sekolah anda.

Sekolah
Impianku

Apa yang boleh dilakukan untuk memastikan sekolah anda cantik dan bersih.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

50

Bidang : Pendidikan Pencegahan

Tajuk : Minuman Untuk Kesihatan

Objektif : Pada akhir sesi, murid dapat :
Mengetahui bahawa minuman beralkohol membahayakan
kesihatan.

Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun Dua

Bahan : ”Jigsaw Puzzle” ( Lampiran PP / 2A ).

Langkah- : Set Induksi
langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyatakan
Penilaian minuman yang berkhasiat.
Rumusan
Falsafah 1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan apa itu minuman
beralkohol.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan bahaya
mengambil minuman beralkohol.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan “jigsaw puzzle”
gambar minuman yang berkhasiat.

4. Murid dibahagi kepada kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki
menyiapkan “jigsaw puzzle”.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi hadiah kepada
kumpulan yang berjaya menyiapkan “jigsaw puzzle” dalam
tempoh masa yang ditetapkan.

6. Minta wakil kumpulan menjelaskan kebaikan minuman
berkhasiat.

: Murid boleh menjelaskan kebaikan minuman berkhasiat.

: Terdapat pelbagai jenis minuman yang baik untuk kesihatan .

: Murid perlu bekerjasama dan bersaing secara sihat dalam
menyiapkan tugasan.

51

Lampiran PP/2A

“Jigsaw Puzzle”

52

Bidang : Pendidikan Pencegahan
Tajuk Pendidikan Pencegahan HIV / AIDS

Objektif : Pada akhir sesi, murid dapat :
Masa Mengetahui pergaulan bebas boleh membawa kepada penyakit yang
merbahaya.

: 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan : Gambar ( Lampiran PP / 2B ), Lampiran PP/2C

Langkah- : Set Induksi
langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan beberapa keping
gambar pergaulan bebas.Minta murid beri pandangan tentang gambar
yang dilihat. ( Lampiran PP / 2B )

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan akibat daripada
pergaulan bebas berdasarkan gambar.

2. Minta murid memilih gambar pergaulan yang sihat pada lembaran
kerja PP / 2C.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid sukarela
membentangkan hasil kerja mereka.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling merumuskan pembentangan
murid.

Penilaian : Murid boleh memilih gambar pergaulan yang sihat.

Rumusan : Pergaulan yang bebas menyumbang kepada berlakunya gejala sosial
dan penyakit.

Falsafah : Pergaulan hendaklah berdasarkan prinsip agama bagi mengelakkan
daripada jangkitan penyakit HIV / AIDS.

53

Lampiran PP/2B
54

Lampiran PP / 2C
Tandakan √ pada gambar yang menunjukkan aktiviti atau pergaulan yang sihat.

55

Bidang : Pendidikan Pencegahan ( Inhalan )
Tajuk : Keluarga Bahagia

Objektif : Pada akhir sesi, murid dapat :
Masa Mengetahui bahawa ada bau-bauan yang memberi kesan kepada
pancaindera.

: 60 minit

Sasaran : Tahun Dua

Bahan : Lampiran PP / 2D, PP / 2E

Langkah : Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid mencium bau bunga
- langkah ros dan menyatakan perasaan setelah menciumnya.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan bahawa ada bahan
yang berbau memberi kesan kepada pancaindera.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan carta kesan
menghidu gam. ( PP / 2D )

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lembaran (PP /
2E) dan murid diminta mewarnakannya.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan keseluruhan.

Penilaian : Murid tahu akibat daripada menghidu gam.

Rumusan : Kita mesti menjauhi Inhalan kerana ia merosakan hubungan dalam
keluarga.

Falsafah : Keluarga Bahagia Tanpa Inhalan.

56

Lampiran PP / 2D
Gam mengandungi pelarut seperti toluene serta trichloroethylene iaitu toksid yang boleh
menggangu fungsi jantung. Jika diambil secara berlebihan, bahan larutan itu akan
menyebabkan denyutan jantung tidak stabil, manakala peredaran darah tidak teratur
yang akhirnya boleh menyebabkan kematian. Kesan lain pada fungsi otak:

 menjadi nyanyuk
 hilang ingatan
 psikotik atau gila,
 hilang upaya deria dan
 kelumpuhan pada bahagian tertentu.

57

Lampiran PP/2E
58

Bidang : Pendidikan Pencegahan
Tajuk
Objektif : Jauhi Dadah
Masa : Pada akhir sesi, murid dapat :
Sasaran
Bahan Menyatakan keburukan pengambilan dadah.
Langkah- : 60 minit
langkah : Murid Tahun 2
: 1. Lirik lagu “Dadah Durjana”. ( PP / 2F )
Penilaian
Rumusan 2. Lampiran PP / 2G
Falsafah : Set Induksi

Guru Bimbingan dan Kaunseling menayangkan lirik lagu
“ Dadah Durjana”.( PP/2F)
1. Murid diminta berdiri dan menyanyikan lagu tersebut.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan akibat buruk

pengambilan dadah berdasarkan lagu yang dinyanyikan.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lampiran PP/2G

dan murid dikehendaki melengkapkan .
4. Minta murid nyatakan akibat buruk pengambilan dadah.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara

keseluruhan secara ringkas dadah mesti dijauhi.

: Murid boleh menyatakan akibat buruk pengambilan dadah.

: Dadah membahayakan dan hendaklah dijauhi.

: Manusia hendaklah menjauhi diri dari dadah agar dapat menjadi
insan yang cemerlang.

59

Lampiran PP/2F

DADAH DURJANA

Dadah Durjana
Kau Penghancur Bangsa

Kau Musuh Rakyat
Kau Musuh Negara

Kini Kami Teguh
Kini Kami Kuat
Dadah Kami Rempuh
Hancur Dadah Jaya Rakyat
Kami Anti Dadah
Kami Benci Padamu
Sekutu Kita Perangi Dadah
Mulia Bangsa Tanpamu
Mari Semua Mari Saudara
Jangan Habiskan Usia Muda
Semangat Bangsa Bergelora
Tanpa Dadah Kita Berjasa

60

Lampiran PP/2G

Nama:....................................................................
Tahun:.............................

Lengkapkan senikata lagu berikut :

DADAH DURJANA

Dadah ..............................
Kau ....................................... Bangsa

Kau .................................... Rakyat
Kau ............................. Negara
Kini Kami Teguh
Kini Kami Kuat

Dadah Kami .........................................
................................................... Dadah Jaya Rakyat

Kami ..................................................... Dadah
Kami .................................................. Padamu
Sekutu Kita ......................................... Dadah
...................................................Bangsa Tanpamu

Mari Semua Mari Saudara
Jangan Habiskan ....................................................

Semangat Bangsa Bergelora
Tanpa Dadah Kita ...................................................

61

Bidang : Pendidikan Pencegahan

Tajuk : Rokok – Kenali Tapi Benci

Objektif : Pada akhir sesi, murid dapat :
Masa - Mengetahui bahaya rokok.
- Membuat pilihan terbaik untuk tidak melibatkan diri.

: 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan : Lampiran PP / 2H, PP / 2I

Langkah- : Set Induksi
langkah

Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid membuat pilihan
berdasarkan gambar yang dipamerkan. Rujuk Lampiran PP / 2H

1. Murid diminta menjelaskan pilihan yang telah dibuat.

2. Guna Lampiran PP / 2I, murid diminta menggunting dan
menampal gambar hidup sihat tanpa merokok.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling berbincang bersama murid hasil
dari kerja Lampiran PP / 2I.

4. Minta murid jelaskan bahaya / kesan merokok berdasarkan
gambar yang tidak ditampal.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan dan merumus
bahaya merokok serta tidak melibatkan diri.

Penilaian : Murid dapat membezakan hidup sihat tanpa merokok berdasarkan
Lampiran PP/ 2I.

62

Rumusan : Cara kehidupan yang sihat tanpa melibatkan diri dengan dadah akan
membawa kebahagian.

Falsafah : Hidup sihat tanpa dadah membawa kebahagian.

63

Lampiran PP/2H

ARAHAN :
Pilih aktiviti yang sihat untuk diri anda.
( Gambar hidup sihat tanpa merokok dan akibat merokok )

64

Lampiran PP / 2I
ARAHAN :
Gunting dan tampal gambar aktiviti / situasi yang sihat untuk diri anda.

65



Bidang : Akademik.

Tajuk : Orientasi Mata Pelajaran – Kepentingan Mata Pelajaran.
Objektif
Pada akhir sesi, murid-murid dapat :
:

1. memberikan maklumat tentang kepentingan mata pelajaran.
`
2. meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 3

Bahan : Lampiran A /3A

Langkah- : Set Induksi:
Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanya mengenai mata pelajaran
langkah
yang diminati.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab tentang
kepentingan menguasai setiap mata pelajaran.

2. Murid menyenaraikan beberapa mata pelajaran teras yang perlu
dikuasai untuk persediaan UPSR.

3. Murid mengisi Lampiran A /3A yang diedarkan.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan kepentingan setiap
mata pelajaran teras dan elektif.

Penilaian : Murid dapat melengkapkan lampiran yang diberi.

Rumusan : Murid mengetahui kepentingan setiap mata pelajaran teras.

Falsafah : Maklumat yang tepat dapat membantu kecemerlangan dalam
akademik

1

LAMPIRAN A/3A

Arahan:
Lengkapkan borang di bawah mengikut kategori.

Mata Pelajaran Teras Mata Pelajaran Elektif

2

Bidang : Akademik.

Tajuk : Kemahiran Membaca - Mencari Isi Penting

Objektif : Pada akhir sesi murid-murid dapat :
1. mengetahui kepentingan membaca.
2. memahami petikan yang disediakan.
3. mencatat isi-isi penting.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 3

Bahan : Lampiran A /3B

Langkah- : Set Induksi:
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan kulit buku cerita dan
langkah
meminta murid meneka isi cerita buku tersebut.

1. Wakil murid mengambil petikan yang disediakan dan berbincang
dalam kumpulan. ( Lampiran A/3B )

2. Murid memahami petikan yang dibaca dan mencari isi-isi penting.

3. Setiap kumpulan diberi peluang untuk memberi pendapat tentang
persembahan kumpulan lain.

Penilaian : Pemahaman pembacaan berdasarkan catatan isi-isi penting.

Rumusan : Teknik membaca yang betul dapat membantu murid dalam
memahami bahan bacaan.

Falsafah : ‘Membaca Jambatan Ilmu.’

3

LAMPIRAN A/3B

Contoh:

Cerita 1:
Ada seekor monyet berbulu hitam suka bergayut dari satu
pokok ke pokok yang lain. Suatu hari Sang Monyet melihat
buah pisang yang masak ranum. Sang Monyet sangat
gembira dan memakan buah itu.

Sang Monyet itu kekenyangan lalu tertidur di atas
pokok. Sang Monyet bermimpi berjumpa puteri monyet dari
Gunung Berangan. Oleh kerana terlalu gembira, Sang Monyet
bertepuk tangan menyebabkan badannya tidak seimbang lalu
jatuh ke tanah.

Cerita 2:
Ada dua orang budak lelaki bernama Alif dan Ameng. Mereka
suka bermain bola sepak di padang berdekatan dengan
rumah mereka. Mereka bercita-cita untuk menggantikan David
Beckham dan Ronaldo.

Selain bermain bola mereka juga suka bermain
badminton. Kehebatan Datuk Lee Chong Wei dan Datuk
Misbun Sidek mendorong mereka untuk menghasilkan buku
skrap tentang perkembangan dan kejayaan jaguh badminton
tersebut.

4

Bidang : Akademik.

Tajuk : Kemahiran Belajar – Mengulangkaji

Objektif : Pada akhir sesi, murid-murid dapat :
1. menggunakan kaedah mengulangkaji dengan betul.
2. memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 3

Bahan : Lampiran A/3C

Set Induksi:

Langkah- : Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menceritakan cara
mereka mengulangkaji pelajaran di rumah.
langkah

1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lampiran A/3C.

3. Setiap kumpulan diminta memilih dan menyenaraikan kaedah
mengulangkaji yang betul.

4. Murid membentangkan hasil perbincangan mereka.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling merumuskan kepentingan
kaedah mengulangkaji yang betul.

Penilaian : Hasil perbincangan murid.

Rumusan : Teknik mengulangkaji dapat membantu pelajar dalam proses
pembelajaran.

Falsafah : Minda kita memang berpotensi untuk mengingati apa yang telah kita
pelajari.

5

LAMPIRAN A/3C

Arahan:
Pilih kaedah mengulangkaji yang betul.

menonton televisyen bermain

kuiz mencatat membaca

latih tubi menjawab soalan tidur

bertanya guru mandi

menyalin jawapan rakan yang baik

makan menyalin hasil kerja kawan

6

Bidang : Akademik.

Tajuk : Kemahiran Berfikir - Pemikiran Kreatif.
Objektif
Pada akhir sesi, murid-murid dapat :
:

1. melahirkan idea yang sama dengan cara yang berbeza.

2. mencipta sesuatu yang baru atau mengambil idea yang sedia ada
dengan mengubah dan mengembangkannya.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 3

Bahan : Kertas A4

Langkah- : Set Induksi:
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan beberapa peralatan
langkah
yang terdapat dalam kelas dan murid menyebutnya.

1. Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil.

2. Murid diminta melukis satu objek secara spontan.

3. Murid mengumpul dan menyusun atur gambar-gambar yang telah
dilukis mengikut kreativiti.

4. Setiap kumpulan membina satu cerita berdasarkan gambar-
gambar yang telah disusun secara kreatif dan kritis.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta wakil setiap kumpulan
membaca cerita yang dihasilkan.

Penilaian : Murid dapat mencetuskan idea kreatif.

Rumusan : Setiap murid berupaya meningkatkan kreativiti apabila diberi
bimbingan.

Falsafah : Setiap manusia ada kebolehan dan sekiranya digunakan dengan
cara yang positif ianya akan memberikan hasil yang sempurna.

7

Bidang : Akademik.

Tajuk : Kemahiran Pengurusan Masa – Bijak Masa

Objektif : Pada akhir sesi, murid-murid dapat :

1. mengenal pasti jenis aktiviti yang perlu dilakukan mengikut
keutamaan sebagai seorang murid.

2. menentukan bagaimana mengurus masa dengan berkesan.

3. menyedari kepentingan pengurusan masa dengan berkesan.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 3

Bahan : Lampiran A/3D

Set Induksi:

Langkah- : Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanya kepada murid mengenai
aktiviti mereka seharian dan tempoh masanya.
langkah

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan Lampiran A/3D
kepada semua murid.

2. Murid-murid mengisi maklumat semakan masa dalam tempoh
masa 24 jam.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tentang
kepentingan pengurusan masa kepada murid.

Penilaian : Murid dapat menyatakan aktiviti utama yang perlu dilakukan
sebagai seorang murid.

Rumusan : Murid sedar akan kepentingan mengurus masa dengan baik.

Falsafah : “Masa itu emas”.

8

LAMPIRAN A/3D

BORANG SEMAKAN
PENGGUNAAN MASA HARIAN

Pagi Aktiviti Malam Aktiviti
07.00 Aktiviti 07.00 Aktiviti
08.00 08.00
08.00 08.00
09.00 09.00
09.00 09.00
10.00 10.00
10.00 10.00
11.00 11.00
11.00 11.00
12.00 12.00
Petang Pagi
12.00 12.00
01.00 01.00
01.00 01.00
02.00 02.00
02.00 02.00
03.00 03.00
03.00 03.00
04.00 04.00
04.00 04.00
05.00 05.00
05.00 05.00
06.00 06.00
06.00 06.00
07.00 07.00

Petunjuk: KK = Kokurikulum
KS = Kerja Sampingan RK = Rekreasi
AG = Aktiviti Keagamaan KT = Kelas Tuisyen
MS = Masa Persekolahan KR = Kerja Rumah
UK = Ulangkaji PR = Bermain
TR = Tidur UD = Urus Diri
TV = Menonton TV

9

Bidang : Kerjaya
Tajuk
Objektif : Mengenali Kerjaya
Masa
Sasaran : Pada akhir sesi, murid-murid dapat menyatakan jenis-jenis
Bahan pekerjaan berdasarkan tugas, tempat kerja dan
Langkah- kepentingannya.
langkah
: 60 minit
Penilaian
Rumusan : Murid Tahun 3
Falsafah
: Lampiran K/3A

: Set Induksi
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar
beberapa jenis pekerjaan. Murid-murid bercerita berdasarkan
gambar tersebut.
1. Bersoal jawab secara lisan mengenai pekerjaan
berdasarkan pengetahuan sedia ada murid-murid.
2. Penerangan dan perbincangan berdasarkan jawapan yang
telah diberikan oleh murid.
3. Mengedarkan Lampiran K/ 3A dan murid-murid menjawab
soalan
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
keseluruhan tentang pekerjaan tugas, tempat kerja dan
kepentingan pekerjaan.

: Murid-murid menyiapkan latihan yang diberikan.

: Setiap pekerjaan mempunyai fungsi dan kepentingan yang
berbeza.

: Setiap pekerjaan memberi sumbangan kepada pembangunan
masyarakat dan negara.

10

LAMPIRAN K/3A

Isi tempat kosong dengan pernyataan yang sesuai.

Nama pekerjaan : ....................................................
Tempat bertugas : .....................................................
Bidang tugas : ...........................................................

..........................................................

Nama pekerjaan : ....................................................
Tempat bertugas : .....................................................
Bidang tugas : ...........................................................

............................................................

Nama pekerjaan : ....................................................
Tempat bertugas : .....................................................
Bidang tugas : ...........................................................

..........................................................

Nama pekerjaan : ....................................................
Tempat bertugas : .....................................................
Bidang tugas : ...........................................................

..........................................................

Nama pekerjaan : ....................................................
Tempat bertugas : .....................................................
Bidang tugas : ...........................................................

..........................................................
11

Bidang : Kerjaya
Tajuk
Objektif : Minatku

Masa : Pada akhir sesi, murid-murid dapat memilih pekerjaan berdasarkan
Sasaran minat.
Bahan
Langkah- : 60 minit
langkah
: Murid Tahun 3

: Kertas A4

: Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal-jawab dengan murid-murid
mengenai pekerjaan mengikut bidang.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid membentuk
kumpulan berdasarkan minat mereka, sama ada kumpulan
pekerjaan yang memakai uniform atau bukan beruniform.
2. Murid-murid berbincang di dalam kumpulan mengenai jenis
pekerjaan yang berkaitan
3. Beberapa orang wakil daripada kumpulan membentangkan
jawapan.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
keseluruhan tentang jenis-jenis pekerjaan.

Penilaian : Murid-murid menyenaraikan pekerjaan berdasarkan minat.

Rumusan : Setiap individu mempunyai minat kerjaya yang berbeza.

Falsafah : Murid-murid didedahkan kepada peluang-peluang pekerjaan
seterusnya meneroka minat sesuatu pekerjaan.

12

Bidang : Kerjaya

Tajuk : Impianku

Objektif : Pada akhir sesi, murid-murid dapat :

1. mengenali dan mengetahui kerjaya pilihan.

2. menerangkan bidang tugas kerjaya pilihan mereka dengan
melengkapkan karangan berpandu.

Masa : 60 minit

Sasaran : Murid Tahun 3

Bahan : Lampiran K/3B

Langkah- : Set Induksi :
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal-jawab dengan murid-murid
tentang kerjaya yang diminati.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat ulasan tentang
jawapan yang diberikan oleh murid.

2. Mengedarkan Lampiran K/ 3B dan murid-murid menjawab soalan

3. Murid-murid membentangkan jawapan masing-masing.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
keseluruhan tentang kepelbagaian pekerjaan mengikut minat
masing-masing.

Penilaian : Murid menyiapkan latihan yang diberi.

Rumusan : Terdapat pelbagai jenis kerjaya yang boleh dipilih mengikut minat
seseorang.

Falsafah : Manusia memilih pekerjaan berdasarkan minat.

13

LAMPIRAN K/3B

Lengkapkan karangan dengan perkataan yang sesuai.

Saya bercita-cita ingin menjadi seorang ________________.
Tempat saya bertugas di ____________________________.
Tugas saya adalah merawat _________________________.
Bagi mencapai cita-cita, saya perlu _____________________
bersungguh-sungguh. Di samping itu, saya perlu sentiasa
mendengar nasihat ____________________ di rumah dan
_________________ di sekolah.
Saya juga mesti menjadi seorang murid yang ___________
dan __________________. Saya berharap agar cita-cita saya
ini akan ____________________ dan dapat membantu
______________ nyawa orang ramai.

14

Bidang : Kerjaya

Tajuk : Persekitaran Tempat Bekerja

Objektif : Pada akhir sesi, murid-murid dapat menyatakan cara bekerja
melibatkan peralatan yang digunakan.

Masa : 30 minit

Sasaran : Murid Tahun 3

Bahan : Lampiran K/3C

Langkah- : Set Induksi
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan jenis alatan yang
digunakan dalam sesuatu pekerjaan. Contoh: gari, stetoskop dan
lain-lain.

1. Bersoal jawab tentang nama dan fungsi peralatan berdasarkan
sesuatu pekerjaan.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi penerangan
tentang suasana pekerjaan dan alatan yang digunakan.

3. Mengedarkan bahan lampiran K /3C dan murid-murid menjawab
soalan.

4. Perbincangan jawapan murid.

Penilaian : Murid-murid menyiapkan latihan yang diberikan

Rumusan : Suasana pekerjaan yang berbeza memerlukan peralatan
yang berbeza .

Falsafah : 1. Setiap pekerjaan yang dijalankan melibatkan suasana
bekerja dan aktiviti kerjaya yang berbeza.

2. Penggunaan peralatan yang bersesuaian dapat melancarkan
pekerjaan.

15

LAMPIRAN K /3C
Nama : __________________________________________________________
Kelas : _____________________________ Tarikh : ____________________
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Nama alat : _______________________
Kegunaan : _______________________
Jenis pekerjaan:____________________

Nama alat : _______________________
Kegunaan : _______________________
Jenis pekerjaan:____________________

Nama alat : _______________________
Kegunaan : _______________________
Jenis pekerjaan:____________________

Nama alat : _______________________
Kegunaan : _______________________
Jenis pekerjaan:____________________

Nama alat : _______________________
Kegunaan : _______________________
Jenis pekerjaan:____________________

16

Bidang : Kerjaya

Tajuk : Lakonan Kerjaya

Objektif : Pada akhir sesi, murid-murid dapat melakonkan watak-watak sesuatu
pekerjaan.

Masa : 60 minit

Sasaran : Murid Tahun 3

Bahan : Lampiran K / 3D ( Kad Arahan )

Langkah- : Set Induksi
langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal-jawab secara lisan tentang
watak sesuatu pekerjaan.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi penerangan tentang
sesuatu pekerjaan melibatkan perlakuan dan peralatan yang
digunakan.

2. Membentuk kumpulan murid melibatkan jenis pekerjaan yang
berbeza.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lampiran K/ 3D.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid melakonkan
watak-watak yang telah dipilih.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
keseluruhan berdasarkan lakonan tersebut.

Penilaian : Murid melakonkan watak dan dialog sesuatu pekerjaan.

Rumusan : Berlainan pekerjaan melibatkan watak dan suasana bekerja yang
berbeza

Falsafah : Setiap pekerjaan yang dijalankan melibatkan suasana yang berbeza.

17

LAMLPAIRMAPNIRKA/N3D3E

KAD ARAHAN 1
Kumpulan anda dikehendaki melakonkan situasi pekerjaan di hospital
atau klinik
Watak : 1. Doktor
2. Jururawat
3. Pesakit

KAD ARAHAN 2
Kumpulan anda dikehendaki melakonkan situasi guru yang sedang
mengajar di dalam kelas.
Watak : 1. Guru
2. Murid-murid

KAD ARAHAN 3
Kumpulan anda dikehendaki melakonkan watak seorang pegawai polis
yang sedang bertugas di suatu sekatan jalanraya.
Watak : 1. Pegawai polis
2. Pemandu kereta
3. Penunggang motosikal

18

Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Adab Berkawan

Objektif : Pada akhir sesi, murid-murid dapat :
1. mengetahui adab-adab berkawan dengan betul.
2. memahami kepentingan mempunyai kawan.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 3

Bahan : Lampiran PS /3A

Langkah- : Set Induksi :

langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid mendapatkan

pasangan kawan yang paling rapat dan bersoal jawab mengenai

aktiviti ini.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanyakan kepada murid
siapa yang mempunyai kawan rapat dan memberitahu nama
kawan mereka.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan dan
membimbing murid tentang adab-adab berkawan seperti:-

- Hormat- menghormati

- Tolong-menolong

- Kerjasama

- Sopan

- Bertolak ansur

- Jujur

19

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lampiran PS/
3A dan meminta murid untuk menulis pengalaman mereka
berkaitan nilai murni yang terdapat pada lampiran .

4. Murid dipilih secara rawak dan diminta untuk membacakan
hasil catatan mereka.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
keseluruhan tentang adab berkawan.

Penilaian : 1. Murid dapat menyiapkan lampiran PS/3A secara bertulis.
2. Bersoal jawab secara lisan dengan murid.

Rumusan : Adab berkawan menjamin kesejahteraan hidup.

Falsafah : 1. Kawan yang beradab memberi kesejahteraan dalam pergaulan.
2. Adab berkawan mengeratkan persaudaraan.

20

l

LAMPIRAN PS/3A
21

Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Keselamatan Di Sekolah

Objektif : Pada akhir sesi, murid-murid dapat :

1. mengetahui perkara-perkara yang boleh mendatangkan
kemudaratan dari segi keselamatan diri dan kesihatan.

2. memahami bahawa keselamatan haruslah diutamakan demi
kesejahteraan hidup.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 3

Bahan : Tiada

Langkah- : Set Induksi:
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling masuk ke kelas dan memadamkan
sementara lampu / kipas di dalam bilik darjah dan bersoal jawab

tentang tindakannya.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberikan penerangan
tentang keselamatan diri di sekolah.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling membimbing murid mengenai
perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan di
sekolah.

- Tidak membawa benda tajam ke sekolah seperti pisau,
gasing, pemutar skru, kerambit dan sebagainya.

- Menunggu ibu bapa di tempat yang terbuka.

- Mengenalpasti dan menjauhi kawan-kawan nakal.

- Menjauhi tempat yang tidak selamat di sekolah seperti
bilik / kawasan yang sunyi, longkang, cerun bukit, bilik
suis, soket dan sebagainya.

22

3. Murid dipilih secara rawak untuk menceritakan pengalaman
mereka berada di tempat yang tidak selamat.

4. Guru merumuskan secara keseluruhan berkaitan polisi sekolah
selamat.

Penilaian : Murid dapat menyatakan tindakan menjaga keselamatan diri di
sekolah.

Rumusan : Keselamatan di sekolah haruslah diutamakan demi keselesaan
dan kesejahteraan murid.

Falsafah : 1. Utamakan keselamatan diri dalam kehidupan.
2. Keselamatan diri menjamin masa depan yang bermakna.

23

Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Kesucian Rohani

Objektif : Pada akhir sesi, murid-murid dapat :

1. menilai perkara yang baik dan tidak baik dalam kehidupan
seharian.

2. menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak
baik.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 3

Bahan : Petikan akhbar isu semasa
Lampiran PS/3B

Langkah- : Set Induksi :

langkah Meneka aksi guru / lakonan. Contoh: lakonan gaya merokok, buli,

gaya merempit dan lain-lain.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan petikan akhbar
tentang isu-isu semasa berkaitan dengan murid masa kini.
Contoh: Gejala buli, rempit, ponteng, merokok dan sebagainya.

2. Bersoal jawab dengan murid mengenai pengetahuan sedia ada
berkaitan isu semasa.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan Lampiran PS/
3B dan meminta murid menyenaraikan gejala negatif yang
dilakukan oleh murid.

4. Memilih murid untuk membaca hasil dapatan mengenai nilai
negatif dan membuat rumusan berkaitan dengan gejala negatif
yang berlaku dalam kalangan murid yang perlu dielakkan.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid
menyenaraikan amalan murni yang perlu diamalkan.

24

6. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan berkaitan
dengan amalan murni di kalangan murid.

7. Guru Bimbingan dan Kaunseling merumuskan bersama murid
berkaitan aktiviti yang telah dijalankan.

Penilaian : Menyiapkan latihan yang diberikan dan jawapan semasa
pembentangan dan sumbangsaran.

Rumusan : Nilai murni perlu dipupuk dalam kehidupan seharian.

Falsafah : 1. Manusia bermaruah dinilai dari segi akhlak dan penampilan
diri.

2. Nama baik diri, keluarga, sekolah bergantung pada nilai-nilai
murni yang kita amalkan dalam kehidupan seharian.

25

LAMPIRAN PS/3B
26


Click to View FlipBook Version