Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental
Tajuk : Sekolahku Sayang
Objektif : Pada akhir sesi, murid-murid dapat :
1. menanam rasa bersyukur dan berterima kasih kepada sekolah
2. memupuk kesedaran kepada murid mengenai peranan dan
sumbangan sekolah kepada mereka.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 3
Bahan : Lampiran PS/3C
Langkah- : Set Induksi:
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanya murid di mana mereka
berada sekarang.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab dengan murid
mengenai jasa sekolah kepada mereka sejak awal
persekolahan.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyatakan
sumbangan sekolah kepada mereka seperti ilmu pengetahuan,
kemudahan sekolah, bantuan kewangan dan sebagainya.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan Lampiran PS/
3C perkara yang perlu dilakukan murid untuk membuktikan
kasih sayang kepada sekolah.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersama murid membuat
rumusan dan memberi motivasi agar murid berusaha
memberikan sumbangan kepada sekolah.
Penilaian : 1. Murid dapat menyiapkan lampiran PS/3C secara bertulis.
2. Penglibatan murid semasa aktiviti sumbangsaran.
27
Rumusan : 1. Murid menyedari sumbangan sekolah kepada mereka dan
menimbulkan kesedaran untuk berbakti kepada sekolah.
2. Setiap murid mesti menghargai sumbangan sekolah kepada
mereka.
Falsafah : 1. Murid patut bersyukur dan berterima kasih kepada sekolah
yang banyak berjasa kepada mereka.
2. Membalas jasa pihak sekolah dengan meningkatkan prestasi
dan kecemerlangan diri.
28
LAMPIRAN PS/3C
Senaraikan sumbangan sekolah kepada anda.
Senaraikan sumbangan anda kepada sekolah.
29
Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental
Tajuk : Jutawan Muda
Objektif : Pada akhir sesi, murid-murid dapat :
1. mengetahui kepentingan wang dalam kehidupan.
2. memupuk sikap suka menabung dan berjimat cermat.
3. berbelanja secara berhemah dan menguruskan kewangan
dengan baik.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 3
Bahan : Lampiran PS/3D
Langkah- : Set Induksi :
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid meneka nilai syiling
dalam saku.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menyoal murid, berapakah
jumlah wang saku yang dibekalkan oleh ibu bapa mereka.
2. Sumbangsaran murid menyatakan kegunaan wang di sekolah
dalam kehidupan seharian.
3. Menerangkan langkah-langkah yang boleh menjimatkan
kewangan untuk membantu meringankan beban ibu bapa.
- Membawa bekal dari rumah
- Menabung
- Membeli sekiranya perlu atau berjimat
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lampiran PS/
3D dan meminta murid untuk melukis tabung masa hadapan
mereka.
30
5. Berdasarkan lukisan murid Guru Bimbingan dan Kaunseling
membuat rumusan secara keseluruhan.
Penilaian : Menyenaraikan kegunaan wang saku secara berhemah.
Kreativiti murid menghasilkan lukisan tabung mereka.
Rumusan : Murid-murid perlu bijaksana dalam menguruskan kewangan.
Falsafah : Murid-murid perlu membelanjakan wang secara bijaksana.
31
LAMPIRAN PS/3D
32
Bidang : Keibubapaan
Tajuk : Ciri-ciri Keluarga Bahagia
Objektif : Pada akhir sesi, murid-murid dapat :
1. memahami kepentingan menghormati ibu bapa.
2. menyayangi ibu bapa.
3. menyenaraikan ciri-ciri keluarga bahagia.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 3
Bahan : Gambar Keluarga / Lampiran IB/3A
Langkah- : Set Induksi :
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar sebuah
keluarga kepada murid. Murid diminta bercerita tentang gambar
tersebut.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab mengenai ciri-
ciri keluarga bahagia.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lampiran IB/ 3A.
3. Murid-murid menulis ciri-ciri keluarga bahagia yang diimpikan.
4. Murid-murid membentangkan jawapan masing-masing.
Penilaian : Murid dapat menyenaraikan ciri-ciri keluarga bahagia berdasarkan
lampiran yang diberikan.
Rumusan : Setiap murid perlu menghormati dan menyayangi ibu bapa untuk
membina keluarga bahagia.
33
LAMPIRAN IB/3A
CIRI-CIRI KELUARGA BAHAGIA
YANG SAYA IMPIKAN
34
Bidang : Keibubapaan
Tajuk
Objektif : Keluargaku
Masa : Pada akhir sesi, murid-murid dapat :
Sasaran 1. memahami tentang peranan dan tanggungjawab mereka
Bahan terhadap keluarga.
Langkah- 2. menjelaskan tentang salasilah keluarga asas.
langkah 3. mengenali lebih dekat setiap ahli keluarga mereka.
: 60 minit
: Tahun 3
: Gambar keluarga, kertas A4
: Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar-
gambar berkaitan dengan sebuah keluarga.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab dengan
murid berkaitan dengan keahlian sebuah keluarga.
2. Murid menceritakan perihal dirinya dalam keluarga.
3. Murid menghasilkan salasilah keluarga masing-masing.
4. Murid menyatakan peranan dan tanggungjawab setiap
ahli keluarga.
5. Guru Kaunseling meminta murid membuat kumpulan dan
membentangkan tugasan masing-masing dalam
kelompok kecil.
6. Murid membuat rumusan berdasarkan tajuk yang
dibincangkan.
35
Penilaian : Murid berupaya menceritakan salasilah keluarga dan
Rumusan menyenaraikan peranan dan tanggungjawab setiap ahli
Falsafah keluarga.
: Setiap ahli keluarga perlu mengetahui salasilah keluarga
dan bertanggungjawab menjalankan peranan masing-
masing ke arah melahirkan sebuah keluarga yang sentosa.
: 1. Setiap ahli keluarga perlu menghormati hak masing–
masing dan saling bekerjasama.
2. Melahirkan budaya “Yang tua dihormati, yang muda
disayangi”.
3. Mengamalkan sikap berkasih sayang, berkerjasama,
hormat-menghormati dan bertanggungjawab.
36
Bidang : Keibubapaan
Tajuk : Komunikasi – Bersopan Santun
Objektif : Pada akhir sesi, murid-murid dapat :
1. menghormati keluarga dengan bertutur secara sopan.
2. menyayangi dan menghormati keluarga.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 3
Bahan : Tiada
Langkah- : Set Induksi :
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid melakonkan sikap
biadap adik dengan kakak atau abang.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid memberi
pendapat mengenai dialog dalam lakonan tersebut.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan cara yang betul
berkomunikasi dengan ahli keluarga.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid melakonkan
semula perbualan yang bersopan dalam ahli keluarga.
Penilaian : Murid-murid dapat menyatakan secara lisan cara-cara
berkomunikasi dan menghormati ahli keluarga.
Rumusan : Komunikasi yang betul mengeratkan lagi perhubungan ahli
keluarga.
Falsafah : Perasaan penting dalam komunikasi.
37
Bidang : Keibubapaan
Tajuk : Adab Seorang Anak
Objektif : Pada akhir sesi, murid-murid dapat :
1. mengetahui adab seorang anak dengan ibu bapanya..
2. menyiapkan lembaran kerja yang diberikan.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 3
Bahan : Lampiran IB/3B
Langkah- : Set Induksi :
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid melakonkan cara
seorang anak bersalam dengan ibu dan bapa.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab dengan murid
mengenai lakonan tadi.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lembaran kerja
kepada murid.
3. Murid melengkapkan lampiran IB/ 3B yang diberikan.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
keseluruhan tentang adab seorang anak.
Penilaian : Murid-murid dapat menyiapkan lembaran kerja yang diberikan
Rumusan : Seorang anak perlulah menjaga adab dengan ibu dan bapa.
38
LAMPIRAN IB/3B
LAMPIRAN IB/3B
Arahan : Tandakan ( _/ ) pada situasi yang betul dan ( X ) pada situasi yang
salah.
1. Aizar meninggikan suara ketika bercakap dengan ibu dan bapanya.
2. Ahmad mendengar nasihat yang diberikan oleh bapanya.
3. Mazidul bersalaman dengan ibu dan bapanya sebelum pergi ke sekolah.
4. Badrul menunjukkan muka yang masam apabila ibunya melarang daripada
bermain dengan rakan.
5. Laila menyiapkan sarapan pagi untuk keluarganya ketika ibunya tidak sihat.
6. Amran membongkokkan badan ketika melintas di hadapan ibu dan bapanya.
7. Khairul menghempaskan pintu bilik apabila ditegur oleh ibunya.
8. Ahmad mengucapkan terima kasih kepada bapanya kerana membelikannya
sebuah basikal baru.
9. Zurina keluar bermain tanpa meminta kebenaran daripada ibu dan bapanya.
10. Aisyah mengajak kawan-kawannya menonton televisyen di dalam bilik ibu
bapanya.
Catatan : Penilaian ditentukan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling yang
menjalankan aktiviti.
39
Bidang : Keibubapaan
Tajuk
Objektif : Salasilah Keluarga
Masa : Pada akhir sesi, murid-murid dapat :
Sasaran 1. mengetahui dan mengenali ahli keluarga dengan
Bahan lebih dekat lagi.
Langkah- 2. mengeratkan dan menambahkan rasa kasih sayang di
langkah kalangan ahli keluarga.
Penilaian : 60 minit
: Tahun 3
: 1. Gambar-gambar ahli keluarga
2. Manila kad, gunting, gam dan pensel warna.
: Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling memperdengarkan lagu
Keluarga Bahagia ( contoh dari kumpulan nasyid Saujana ).
1. Mengarahkan murid-murid mengeluarkan gambar-
gambar ahli keluarga ( telah dimaklumkan lebih awal )
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan manila
kad untuk murid-murid menampalkan gambar ahli
keluarga secara “Pokok keluarga’ mengikut kreativiti
masing-masing.
3. Murid-murid juga diminta menulis karangan pendek
bertajuk ‘Keluarga saya’ di bahagian bawah manila kad.
: Murid berupaya menyatakan aktiviti-aktiviti menolong ibu
bapa di rumah.
40
Rumusan : Membantu murid mengetahui dengan lebih jelas tentang
Falsafah konsep menolong dalam keluarga bagi menambahkan rasa
kasih sayang.
: 1. Setiap ahli keluarga perlu mempunyai jalinan hubungan yang
erat bagi keharmonian keluarga.
2. Mengetahui peranan dan tanggung jawab masing-masing
dalam ahli keluarga.
41
Bidang : Pembangunan Diri Murid
Tajuk : Kad Ucapan
Objektif : Pada akhir sesi, murid-murid dapat :
1. menghargai sumbangan dan pertolongan orang lain
2. mengamalkan sikap berbudi bahasa
3. mengamalkan sikap saling hormat menghormati.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 3
Bahan : Kertas warna A4 dipotong dua
Kotak
Langkah- : Set Induksi :
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling mempamerkan beberapa contoh kad
ucapan.
1. Setiap murid menuliskan nama masing-masing pada kertas kecil.
Gulung kertas tersebut dan masukkan kertas tersebut ke dalam
kotak yang disediakan.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memanggil murid secara bergilir-
gilir untuk mencabut nama ( rahsiakan, jika nama sendiri dan
pulangkan semula )
3. Edarkan kertas warna dan minta murid membuat sekeping kad
berisikan kata-kata semangat atau nilai yang positif terhadap diri
rakan. Hias kad dengan cantik.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling memanggil seorang demi seorang
untuk menyerahkan kad penghargaan kepada rakan yang namanya
telah terpilih tadi.
5. Bimbing pelajar untuk ucapkan terima kasih dan bersalam jika
sama jantina.
42
6. Beri imbuhan kepada kad yang tercantik.
Penilaian : Supaya murid saling hormat menghormati antara satu sama lain
Rumusan : Berbudi bahasa amalan hidup kita
Falsafah : Perhubungan yang harmonis bermula dari respon non verbal,
contohnya senyuman dan boleh diikuti dengan respon verbal seperti
ucapan salam, kata-kata positif terhadap rakan-rakan atau individu lain
dan sebagainya.
43
Bidang : Pembangunan Diri Murid
Tajuk : Potensi Diri – Promosi Diri
Objektif : Pada akhir sesi, murid-murid dapat :
1. meningkatkan keyakinan diri untuk bercakap
2. meningkatkan penghargaan kendiri apabila diterima oleh rakan-rakan
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 3
Bahan : Tiada
Langkah- : Set Induksi
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling menyebut beberapa nama murid dalam
kelas tersebut sebagai pengenalan kepada tajuk yang hendak diajar .
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid duduk secara
berpasangan.
2. Murid memperkenalkan nama sebenar dan maklumat diri secara
bergilir-gilir kepada pasangan masing-masing.
3. Murid diminta memperkenalkan dirinya dengan lebih mendalam dari
aspek keluarga, cita-cita, hobi dan sebagainya.
4. Murid diminta mengingati maklumat yang diceritakan oleh
pasangan mereka dan seterusnya menceritakan maklumat
pasangan mereka di hadapan kelas.
Penilaian : Murid dapat mengingat nama serta latar belakang rakan-rakan secara
spontan.
Rumusan : Mewujudkan budaya hormat menghormati
44
Falsafah : 1. Setiap insan yang dilahirkan sudah tentu mempunyai nama
tersendiri
2. Tak kenal maka tak cinta.
45
Bidang : Pembangunan Diri Murid
Tajuk : Semangat Cintakan Sekolah
Tanggungjawab Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan
Objektif : Pada akhir sesi, murid-murid dapat :
1. menjelaskan tentang carta organisasi.
2. memahami tentang peranan dan tanggungjawab warga sekolah.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 3
Bahan : Carta Organisasi sekolah ( Lampiran PD/3A )
Set Induksi
Langkah- : Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan carta organisasi
sekolah.
langkah
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab dengan murid
berkaitan dengan peranan Guru Besar dan Penolong Kanan.
- Nama
- Peranan Guru Besar dan Penolong Kanan
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid-murid
melengkapkan carta organisasi sekolah dalam lampiran PD/3A.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan berdasarkan
tajuk yang dibincangkan.
Penilaian : Murid berupaya menamakan pentadbir sekolah.
Rumusan : Membantu murid mengetahui dengan lebih jelas tentang peranan
pentadbir sekolah.
Falsafah : Mengamalkan sikap menghormati Guru Besar, Penolong Kanan dan
warga sekolah.
46
LAMPIRAN PD/3A
Arahan : Lengkapkan tempat kosong dengan nama yang betul mengikut sekolah
masing-masing.
Carta Organisasi Sekolah
SK ___________________________
GURU BESAR
GPK GPK GPK
PENTADBIRAN HAL EHWAL MURID KOKURIKULUM
47
Bidang : Pembangunan Diri Murid
Tajuk : Pengurusan Diri - Panduan Menunggang Basikal
Objektif : Pada akhir sesi, murid-murid dapat :
1. menunggang basikal dengan selamat
2. menyayangi diri sendiri
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 3
Bahan : Lampiran PD/3B
Langkah- : Set Induksi :
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanya kepada murid siapa yang boleh
menunggang basikal dan menceritakan pengalaman mereka.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan kepentingan
keselamatan ketika menunggang basikal.
2. Murid melakonkan aksi menunggang basikal di beberapa lokasi
yang diminta oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi panduan cara
menunggang basikal dengan betul.
4. Murid melabelkan bahagian-bahagian basikal di Lampiran PD/ 3B
Penilaian : Murid melakonkan aksi menunggang basikal yang betul.
Rumusan : Murid mampu menunggang basikal dengan betul.
Falsafah : 1. Kita perlu menyayangi diri sendiri.
2. Utamakan keselamatan diri di jalan raya.
48
LAMPIRAN PD/3B
49
Bidang : Pembangunan Diri Murid
Tajuk : Potensi Diri- Bingo
Objektif : Pada akhir sesi, murid-murid dapat:
1. mengenali rakan-rakan.
2. menyesuaikan diri dengan suasana baru.
3. membina keyakinan diri.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 3
Bahan : Lampiran PD/3C ( Kertas Bingo )
Langkah- : Set Induksi :
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanya tentang permainan dalaman
yang mereka tahu dan seterusnya memperkenalkan permainan Bingo.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan Bingo ( Lampiran
PD/3C ).
2. Murid-murid bertemu rakan untuk mengisi Bingo.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menyemak sama ada maklumat
yang diperolehi benar atau tidak.
Penilaian : Murid dapat melengkapkan maklumat berkaitan dengan peribadi
rakan-rakan mereka.
50
Rumusan : Murid dapat mengenali potensi diri melalui perbincangan dengan rakan.
Falsafah : Merapatkan hubungan silaturrahim.
51
LAMPIRAN PD/3C
BINGO
Arahan:
1. Cari rakan dan bertanya hal yang berkaitan dengan diri mereka.
2. Sekiranya penyataan di bawah menyamai ciri yang ada pada rakan anda, minta
mereka menulis nama mereka di ruangan yang berkaitan.
1. Lahir pada bulan Oktober 6. Ayah dan ibu bekerja
..........................................................
.. ..................................................................
..
2. Suka berjalan bersama keluarga
.......................................................... 7. Tinggal berdekatan dengan sekolah
.
3. Suka makan coklat ..................................................................
..
.......................................................... 8. Menulis dengan menggunakan tangan
. kiri
4. Suka warna merah ..................................................................
.
..........................................................
. 9. Datang ke sekolah menunggang basikal
5. Mempunyai seorang abang dan
kakak .................................................................
10. Minat membaca buku
..........................................................
.. ...............................................................
52
Bidang : Pendidikan Pencegahan ( Alkohol )
Tajuk
Objektif : Mitos dan Realiti Tentang Kegunaan Alkohol.
Masa
Sasaran : Pada akhir sesi, murid-murid dapat menyatakan tanggapan
Bahan sebenar mengenai alkohol.
Langkah-langkah
: 30 minit
Penilaian:
Rumusan : Tahun 3
Falsafah
: Lampiran PP/3A
: Set Induksi
Murid melihat gambar jenis-jenis minuman beralkohol.
( Lampiran PP/3A )
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling berbincang dengan
murid-murid tentang minuman yang boleh diminum dan
minuman yang tidak boleh diminum.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menyatakan kesan
buruk meminum minuman yang dilarang.
: Murid-murid dapat mengenal pasti minuman yang dilarang
meminumnya.
: Elak alkohol supaya imej diri bersih.
: Alkohol membawa keburukan.
Tidak semua tanggapan yang baik, merupakan perkara baik.
53
LAMPIRAN PP/3A
.
54
Bidang : Pendidikan Pencegahan
Tajuk : Pendidikan Pencegahan HIV/AIDS
Objektif : Pada akhir sesi, murid-murid dapat menyatakan langkah-langkah
mencegah jangkitan penyakit HIV / AIDS pada diri dan keluarga.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 3
Bahan : CD ( keluaran AADK berkaitan dengan HIV / AIDS ) LCD dan laptop.
Langkah- : Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling menayangkan tayangan CD yang
Langkah berkaitan dengan pencegahan HIV / AIDS
1. Soal jawab secara lisan dengan murid berkaitan CD yang
ditayangkan ( mesej yang ingin disampaikan ).
2 Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan punca
jangkitan penyakit HIV / AIDS.
3. Guru 3. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan tentang
cara mencegah jangkitan penyakit dan kesan HIV /AIDS
terhadap manusia.
Penilaian : Murid-murid menyatakan cara mencegah penyakit HIV / AIDS.
Rumusan : Terdapat beberapa cara mencegah jangkitan penyakit HIV/ AIDS
Falsafah : Ilmu dan amalan yang baik mencegah jangkitan penyakit HIV / AIDS
55
Bidang : Pendidikan Pencegahan ( Inhalan )
Tajuk : Permainan Cantuman Bersiri
Objektif : Pada akhir sesi, murid-murid dapat:
Masa 1. mengenalpasti bahan-bahan kimia yang merbahaya.
2. didedahkan dengan bahaya penyalahgunaan bahan-bahan
kimia.
: 60 minit
Sasaran : Tahun Tiga
Bahan : Gambar bahan-bahan kimia merbahaya. ( Lampiran PP/3B )
( bensin, tinner, gam kasut, aerosol, gasolin, cecair pemetik api,
cat, gam kayu )
Langkah - : Set Induksi :
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan 4 jenis bahan yang
berlainan bau dan warna. ( Contoh : pewangi, minyak angin,
minyak petrol dan rempah ).
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengagihkan murid
kepada kumpulan berempat.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan puzzle
gambar-gambar bahan kimia yang berbeza kepada setiap
kumpulan.
3. Murid-murid diminta mencantumkan permainan bersiri
tersebut dan menamakan bahan-bahan kimia tersebut.
4. Murid-murid berbincang tentang kegunaan bahan-bahan
kimia tersebut.
5. Pembentangan hasil perbincangan.
6. Penjelasan lanjut daripada guru tentang bahaya
penggunaan bahan-bahan tersebut.
56
Penilaian : Murid bekerjasama menyiapkan puzzle dan membuat
sumbangsaran idea tentang penggunaan bahan-bahan kimia.
Falsafah : Setiap bahan kimia mempunyai kegunaan tersendiri dan akan
menjadi bahaya jika disalahguna.
57
LAMPIRAN PP/3B
58
59
Bidang : Pendidikan Pencegahan
Tajuk : Perbezaan Ubat, Rokok Dan Racun
Objektif
: Pada akhir sesi, murid-murid dapat membezakan jenis-jenis ubat,
rokok dan racun.
Masa : 30 minit
Sasaran : Tahun Tiga.
Bahan : Lampiran PP/3C ( Carta jenis ubat, rokok dan racun )
Langkah- : Set Induksi :
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling menyebut jenis-jenis ubat dan racun
yang mereka pernah lihat di rumah.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan murid kepada
enam kumpulan dan mengedarkan setiap kumpulan satu
permainan cantuman bersiri.
2. Murid dikehendaki mencantum kad bersiri.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab secara lisan
dengan murid.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat penjelasan dan
bimbingan tentang perbezaan ubat, rokok dan racun.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lampiran PP/3C.
Murid dikehendaki menjawab soalan tersebut.
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi penerangan dan
membuat rumusan secara ringkas tentang perbezaan ubat,
dadah dan racun.
Penilaian : Menyiapkan latihan yang diberi.
60
Rumusan : Terdapat perbezaan di antara ubat, dadah dan racun.
Falsafah : Manusia seharusnya boleh membezakan di antara ubat, dadah dan
racun.
61
L AMPIRAN PP/3C
Nama:...................................................................
Tahun:......................
Arahan : Jawab soalan di bawah, suaikan perbezaan antara ubat ,
rokok dan racun.
Bahan atau kimia amat Bahan yang boleh
merbahaya kepada individu meragut nyawa .
yang menggunakannya
Bahan yang boleh
menyembuhkan penyakit
Ubat
Dadah
Racun
62
Bidang : Pendidikan Pencegahan ( Rokok )
Tajuk
Objektif : Jauhi Personaliti Kabur
: Pada akhir sesi, murid-murid dapat:
Masa
Sasaran 1. menyenaraikan 5 personaliti negatif perokok.
Bahan 2. membezakan personaliti perokok dan bukan perokok.
: 60 minit
: Tahun 3
: Gambar (Lihat Lampiran PP/3D , PP/3E dan PP/3F ).
Langkah- : Set Induksi :
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid melihat
seorang perokok tegar. (Lihat Lampiran PP/3D)
Penilaian
Rumusan 1. Setiap murid diberi peluang untuk menyatakan
Falsafah perasaan mereka setelah melihat gambar.
2. Murid diberikan lembaran kerja ( Lampiran PP/3E ).
3. Murid diminta menyenaraikan secara bertulis
tingkah laku atau imej negatif.
4. Murid diminta membuat rumusan mengenai imej
seorang perokok bersama Guru Bimbingan dan
Kaunseling dengan merujuk Lampiran PP/3D.
: Murid-murid menjawab soalan di lampiran PP/3E
: Elak merokok supaya imej diri bersih.
: Kesedaran tentang kepelbagaian personaliti manusia memberi
panduan kepada murid membina dan membentuk imej yang
positif untuk mencapai kepuasan dan kejayaan hidup yang
lebih bermakna dan bernilai.
63
LAMPIRAN PP/3D
GAMBAR PEROKOK TEGAR
64
LAMPIRAN PP/3E
PEROKOK TEGAR
65
LAMPIRAN PP/3F
PEROKOK TEGAR
KEKEMASAN DIRI
PENCEMARAN
KEBERSIHAN
RUANG KERJA
BUSUK PEMBAZIRAN
PEMAKANAN
66
Bidang : Akademik
Tajuk : Orientasi Mata Pelajaran - Kepentingan Mata Pelajaran
Objektif : Murid dapat:
1. Memberi maklumat tentang kepentingan setiap mata pelajaran
dalam Tahap 2.
2. Mendedahkan kepentingan setiap mata pelajaran di peringkat
sekolah rendah.
3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik murid.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 4
Bahan : Kertas A4
Langkah- : Set induksi:
langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyebut beberapa
mata pelajaran yang mereka pelajari.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling berbincang tentang kepentingan
setiap mata pelajaran.
2. Murid menyenaraikan beberapa kepentingan mengikut mata
pelajaran menggunakan kertas A4 yang diberikan.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan kepentingan setiap
mata pelajaran Tahap 2:
a. Bahasa Malaysia
b. Bahasa Inggeris
c. Matematik
d. Sains
e. Pendidikan Agama Islam / Moral
f. Kemahiran Hidup
g. Kajian Tempatan
h. Pendidikan Seni Visual
1
i. Pendidikan Jasmani / Pendidikan Kesihatan
j. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Penilaian : Melalui catatan maklumat yang dibuat oleh murid.
Rumusan Pendedahan tentang kepentingan setiap mata pelajaran membolehkan
: murid memperolehi kemahiran asas, ilmu pengetahuan dan nilai-nilai
murni.
Falsafah : Ilmu Panduan Hidup
2
Bidang : Akademik
Tajuk : Kemahiran Belajar - Kemahiran Menggunakan Kamus
Objektif : Murid dapat:
1. Memahami kepentingan penggunaan kamus.
2. Mencari sumber maklumat dengan tepat dan cepat.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 4
Bahan : Kamus Bahasa Melayu, Laptop / LCD, Lampiran A 4A
Langkah- : Set induksi:
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling berbincang dengan murid tentang
cara mencari makna perkataan yang tidak difahami.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memaparkan perkataan-
perkataan yang jarang atau tidak pernah didengar oleh
murid. Contoh – ( cangkir, jamung )
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling membimbing murid
menggunakan kamus.
3. Murid merujuk kamus untuk mencari makna perkataan yang
dipaparkan.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling memaparkan petikan
berkaitan kepada murid.
5. Murid membaca, menggunakan kamus dan mencatat
perbendaharaan kata dalam buku nota.
Penilaian : Murid dapat mencari makna perkataan menggunakan kamus.
Rumusan : Pendedahan tentang kepentingan menggunakan kamus dalam
pembelajaran yang berkesan.
3
Falsafah : 1. Membaca jambatan ilmu.
2. Kaya perbendaharaan kata, luas pengetahuan.
4
Lampiran A 4A
Tuan Rumah Menang
Terengganu melonjak tangga keenam selepas
menewaskan Negeri Sembilan 2-0 pada aksi Liga Super yang
terpaksa dilangsungkan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
semalam selepas ditunda kelmarin akibat hujan lebat.
Tuan rumah hanya memerlukan lapan minit untuk membuka
jaringan menerusi bekas penyerang bawah 20 tahun
kebangsaan, Abdul Manaf Mamat yang mengejutkan pelawat
menerusi gerakan serangan pertama mereka.
Dominasi pasukan bimbingan Ken Worden itu berterusan
pada babak kedua, namun terpaksa menanti sehingga masa
kecederaan untuk menjaringkan gol kedua menerusi sepakan
percuma Zairo Anuar Zailani.
5
Bidang : Akademik
Tajuk
Objektif : Kemahiran Mendengar Berkesan
: 1. Murid dapat mengetahui tentang peringkat-peringkat dalam proses
mendengar.
2. Murid dapat menggunakan deria mata, telinga, hati dan minda
dalam proses mendengar.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 4
Bahan : Laptop / LCD, Rakaman bunyi-bunyian (alat muzik / bunyi haiwan /
kenderaan ), Lampiran A 4B
Langkah- Set Induksi:
langkah :
Guru Bimbingan dan Kaunseling memperdengarkan rakaman bunyi-
bunyian. Contoh: alat muzik / bunyi haiwan / kenderaan
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab dengan murid
tentang bunyi-bunyian tersebut.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyenaraikan
bunyi-bunyian tersebut mengikut urutan.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan kepentingan
mendengar aktif dalam proses pembelajaran.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tentang langkah-
langkah dalam proses mendengar.
Proses Mendengar
i. Dengar
ii. Lihat
iii. Faham / Menghayati
iv. Buat catatan
5. Murid diminta menjalankan aktiviti yang diberikan oleh Guru
Bimbingan dan Kaunseling seperti berikut:
6
Buletin Utama
Cadangan aktiviti:
- Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan
- Seorang murid (mewakili kumpulannya) diminta
menyampaikan berita berpandukan petikan yang diberi
oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling
- Satu kumpulan bertindak sebagai pengganggu
penyampaian berita (membuat bising: tepuk tangan/
ketawa/ menyanyi/ dll)
- Satu kumpulan bertindak sebagai pendengar dan pelapor
isi-isi penting
- Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan
pentingnya mendengar dengan menggunakan kombinasi
telinga dan mata secara optimum
Penilaian : Murid diberikan ujian dengan menulis semula bahan yang didengar
daripada Penyampai Berita.
Rumusan : Kemahiran mendengar adalah salah satu proses yang berterusan.
Falsafah : 1. Komunikasi dua hala lebih berkesan berbanding komunikasi sehala.
2. Rajin bertanya bertambah ilmu
7
Lampiran A 4B
8
Bidang : Akademik
Tajuk : Pengurusan Masa ( 8X3 )
Objektif : Murid dapat:
1. Mengenal pasti aktiviti yang perlu seorang murid lakukan
2. Menentukan bagaimana mengurus masa dengan berkesan
3. Mengenal pasti kepentingan pengurusan masa
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 4
Bahan : Kalkulator ( Untuk kegunaan guru ), Lampiran A 4C
Langkah- : Set induksi: dengan
langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling membuka perbincangan
meminta murid menyenaraikan aktiviti harian mereka .
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid memberi
anggaran masa setiap aktiviti yang disenaraikan.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberikan panduan mudah
pembahagian masa dengan kaedah 8 X 3.
8 jam TIDUR
8 jam REHAT ( Beribadat , riadah )
8 jam BELAJAR ( Termasuk waktu belajar di sekolah )
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi panduan dan
meminta murid mengisi jadual waktu persendirian pada hari
persekolahan dan juga cuti sekolah.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid memasukkan
nama mata pelajaran pada hari dan masa yang sesuai .
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling memilih murid secara rawak
untuk membentangkan hasil kerja mereka dan menggalakkan
murid lain untuk bertanya atau memberi pendapat.
9