NKRA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI
LINUS
NUMERASI
MODUL GURU
TAHUN 3
Terbitan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2012
i
Cetakan Pertama 2011
© Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara
apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
Dicetak oleh:
ii
PENGENALAN
National Key Result Areas (NKRA’s) Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai
literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun
mengikuti pendidikan di sekolah rendah.
Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa masih ada murid
sekolah rendah yang belum menguasai literasi dan numerasi.
Ketidakupayaan murid untuk menguasai literasi dan numerasi mungkin
disebabkan mereka kurang peluang dan tiada pendedahan untuk
menguasai kemahiran tersebut sebelum mengikuti pendidikan formal. Oleh
sebab itu, Kementerian Pelajaran Malaysia merancang untuk mengatasi
masalah tersebut melalui program Literasi dan Numerasi (LINUS).
Dalam melaksanakan program ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan beberapa
konsep untuk membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi. Konsep
yang diambil kira ialah pendekatan literasi dan numerasi secara
pembelajaran masteri, ansur maju, didik hibur dan penggabungjalinan.
Konsep tersebut dizahirkan dalam modul pengajaran dan pembelajaran.
Modul ini dihasilkan untuk membantu guru melaksanakannya bagi
membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi.
Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai
kemahiran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan. Modul ini
boleh diguna pakai sebagai pencetus idea. Namun begitu, guru juga
boleh mengubah suai dan mengembangkan lagi aktiviti dan latihan yang
dicadangkan.
Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan penghargaan dan terima
kasih kepada guru, pensyarah institusi pendidikan guru dan wakil bahagian
di Kementerian Pelajaran Malaysia yang turut menyumbangkan idea dan
kepakaran untuk menghasilkan modul ini.
iii
iv
1.0 DEFINISI NUMERASI
Numerasi didefinisikan sebagai kebolehan untuk melakukan operasi asas
matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam
kehidupan harian.
2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid yang
mengikuti program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dan
numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti
program LINUS.
3.0 OBJEKTIF
Objektif Program Numerasi adalah memastikan murid berupaya:
i. menyebut, menulis, membilang, menyusun, menentukan nilai digit
dan tempat bagi nombor hingga 1000
ii. menguasai fakta asas tambah
iii. menguasai fakta asas tolak
iv. menguasai fakta asas darab
v. menguasai fakta asas bahagi
vi. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik yang mudah
dalam wang, menyatakan masa dan waktu, ukuran panjang, jisim
dan isi padu cecair.
4.0 ORGANISASI KANDUNGAN
Modul guru program LINUS ini dihasilkan mengikut unit. Terdapat sepuluh
unit dan bagi setiap unit mengandungi beberapa kemahiran yang
merangkumi nombor bulat hingga 100, tambah dan tolak dalam
lingkungan 1000, darab dan bahagi dalam lingkungan sifir dua, lima,
sepuluh dan empat, wang hingga RM100, masa dan waktu, ukuran
panjang, jisim dan isi padu cecair.
Pendekatan yang digunakan dalam program LINUS (Numerasi) ini ialah
pendekatan pembelajaran masteri, ansur maju, didik hibur dan
penggabungjalinan.
v
Kandungan Kemahiran Numerasi Tahun 3
1. Nombor bulat hingga 1000
2. Tambah dalam lingkungan 1000
3. Tolak dalam lingkungan 1000
4. Darab
5. Bahagi
6. Wang hingga RM1000
7. Masa dan waktu
8. Ukuran panjang
9. Jisim
10. Isi padu cecair
Hasil Pembelajaran Tahun 3
Pada akhir Tahun 3 murid berupaya:
1. Menyebut nombor hingga 1000.
2. Mengenal pasti angka hingga 1000.
3. Membilang hingga 1000 objek dengan membuat kumpulan
seratus-seratus dan sepuluh-sepuluh.
4. Menulis angka hingga 1000.
5. Membaca nombor dalam perkataan hingga 'seribu'.
6. Menulis nombor dalam perkataan hingga 'seribu'.
7. Mengenal pasti nilai tempat dan nilai digit bagi nombor hingga
1000.
8. Menyusun nombor hingga 1000:
a) membilang satu-satu secara tertib menaik dan tertib menurun.
b) membilang dua-dua secara tertib menaik dan tertib menurun.
c) membilang lima-lima secara tertib menaik dan tertib menurun.
d) membilang sepuluh-sepuluh secara tertib menaik dan tertib
menurun.
e) membilang seratus-ratus secara tertib menaik dan tertib
menurun.
9. Membandingkan dua nombor dan menyatakan yang mana lebih
atau kurang.
10. Meletakkan nombor mengikut urutan pada garis nombor.
11. Menganggarkan kuantiti objek hingga 1000.
vi
12. Membundarkan sebarang nombor dalam linkungan 1000 kepada
puluh yang terdekat.
13. Menambah hingga tiga nombor tanpa mengumpul semula yang
melibatkan hingga nombor tiga digit.
14. Menambah dua nombor hingga nombor tiga digit, dengan
mengumpul semula.
15. Menambah tiga nombor hingga nombor tiga digit, dengan
mengumpul semula.
16. Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tambah dalam
situasi harian.
17. Menolak dua nombor hingga nombor tiga digit, tanpa
mengumpul semula.
18. Menolak dua nombor hingga nombor tiga digit, dengan
mengumpul semula.
19. Menolak berturut-turut dua nombor daripada sebarang nombor
hingga nombor tiga digit, tanpa mengumpul semula.
20. Menolak tiga nombor hingga nombor tiga digit, dengan
mengumpul semula.
21. Mengenal operasi tolak sebagai songsangan operasi tambah.
22. Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tolak dalam
situasi harian.
23. Membina dan menyebut kumpulan sama banyak menggunakan:
a) bahan konkrit
b) gambar
c) garis nombor
24. Menulis ayat matematik tambah berulang:
a) tiga-tiga
b) enam-enam
c) tujuh-tujuh
d) lapan-lapan
e) sembilan-sembilan
25. Menulis operasi darab yang sama jawapannya dengan operasi
darab yang diberi dengan mengubah susunan nombor yang
didarabkan.
26. Membina sifir 3, 6, 7, 8, 9, 100 dan 1000 dengan berpandukan:
a) objek
b) gambar
c) garis nombor
vii
27. Melengkapkan ayat matematik darab yang melibatkan sifir 3, 6, 7,
8, 9, 100 dan 1000.
28. Menyatakan secara spontan sifir 3, 6, 7, 8, 9, 100 dan 1000
mengikut:
a) tertib menaik
b) rawak
c) salah satu daripada dua nombor yang didarab untuk memberi
hasil darab tertentu.
29. Mengkelaskan kepada kumpulan tiga-tiga, enam-enam, tujuh-
tujuh dan lapan-lapan dan sembilan-sembilan dengan
menyatakan kumpulan yang diperoleh dengan menggunakan:
a) objek
b) gambar
c) garis nombor
30. Menulis ayat matematik berdasarkan aktiviti:
a) pengumpulan
b) pengongsian
c) tolak berturut-turut
d) songsangan operasi darab
31. Membina ayat matematik yang melibatkan pembahagian
dengan 3, 6, 7, 8 dan 9 berpandukan:
a) objek konkrit
b) gambar
c) garis nombor
32. Melengkapkan ayat matematik bahagi yang melibatkan sifir 3, 6,
7, 8, 9, 100 dan 1000.
33. Menyatakan secara spontan pembahagian dengan dua, lima,
sepuluh, empat, satu dan sifar mengikut:
a) tertib menaik.
b) rawak.
salah satu daripada dua nombor yang dibahagi untuk
memberi hasil bahagi tertentu dalam pembahagian apabila
disoal.
34. Menggunakan pembahagian dengan 3, 6, 7, 8, 9, 100 dan 1000
bagi:
a) mereka cipta cerita berdasarkan ayat matematik bahagi yang
diberi.
b) menyelesaikan masalah harian yang melibatkan pembahagian
dua nombor.
viii
35. Menyatakan nilai wang dalam ‘RM’ dan 'sen'.
36. Menukarkan
a) duit syiling sehingga RM10
b) wang kertas sehingga RM100.
37. Menukarkan ringgit kepada sen dan sebaliknya.
38. Menambah wang sehingga RM1000.
39. Menolak wang sehingga RM1000.
40. Mendarab wang jawapannya tidak lebih daripada RM1000.
41. Membahagi wang yang jumlahnya tidak lebih daripada RM1000.
42. Menyelesaikan masalah yang melibatkan wang dalam situasi
harian.
43. Menyatakan waktu dalam gandaan lima minit.
44. Menuliskan waktu dalam gandaan lima minit.
45. Membaca jadual waktu yang mudah
46. Membaca kalender
47. Menggunakan unit bagi waktu dan mengetahui hubungan di
antara:
a) tahun dan bulan
b) minggu dan hari
Menukarkan minggu kepada hari dan sebaliknya.
48. Menambah unit bagi waktu dalam:
a) jam
b) minit
49. Menolak unit bagi waktu dalam:
a) jam
b) minit
50. Mendarab unit bagi waktu dalam:
a) jam
b) minit
51. Membahagi unit bagi waktu dalam:
a) jam
b) minit
52. Menyelesaikan masalah yang melibatkan waktu dalam situasi
harian.
ix
53. Mengukur dan mencatat panjang objek menggunakan unit
piawai:
a) meter
b) sentimeter
54. Membandingkan panjang dua objek menggunakan unit piawai.
a) meter
b) sentimeter
55. Menganggarkan panjang objek dalam:
a) meter
b) sentimeter
56. Mengetahui dan menggunakan hubungan di antara meter dan
sentimeter.
57. Menambah unit panjang dalam:
a) meter
b) sentimeter
58. Menolak unit panjang dalam:
a) meter
b) sentimeter
59. Mendarab unit panjang dalam:
a) meter
b) sentimeter
60. Membahagi unit panjang dalam:
a) meter
b) sentimeter
61. Menyelesaikan masalah yang melibatkan ukuran panjang dalam
situasi harian.
62. Membaca skala kepada senggatan terdekat.
63. Menentukan dan mencatat jisim objek menggunakan unit piawai:
a) kilogram
b) gram
64. Membandingkan jisim dua objek menggunakan unit piawai:
a) kilogram
b) gram
65. Menganggarkan jisim objek dalam:
a) kilogram
b) gram
x
66. Mengetahui dan menggunakan hubungan di antara kilogram
dan gram.
67. Menambah unit bagi jisim dalam:
a) kilogram
b) gram
68. Menolak unit bagi jisim dalam:
a) kilogram
b) gram
69. Mendarab unit bagi jisim dalam:
a) kilogram
b) gram
70. Membahagi unit bagi jisim dalam:
a) kilogram
b) gram
71. Menyelesaikan masalah yang melibatkan jisim dalam situasi
harian.
72. Membaca skala kepada senggatan terdekat.
73. Menentukan dan mencatat isi padu cecair menggunakan unit
piawai:
a) liter
b) mililiter
74. Membandingkan isi padu cecair menggunakan unit piawai:
a) liter
b) mililiter
75. Menganggar isi padu cecair dalam unit:
a) liter
b) mililiter
76. Mengetahui dan menggunakan hubungan di antara liter dan
mililiter.
77. Menambah unit bagi isi padu cecair dalam:
a) liter
b) mililiter
78. Menolak unit bagi isi padu cecair dalam:
a) liter
b) mililiter
xi
79. Mendarab unit bagi isi padu cecair dalam:
a) liter
b) mililiter
80. Membahagi unit bagi isi padu cecair dalam:
a) liter
b) mililiter
81. Menyelesaikan masalah yang melibatkan isi padu cecair dalam
situasi harian.
5.0 PENDEKATAN NUMERASI DALAM PEMBINAAN MODUL
Disarankan guru melaksanakan pengajaran dengan menekankan
pendekatan yang dicadangkan.
a. Pendekatan numerasi secara pembelajaran masteri: Pastikan
bahawa murid mempunyai pengetahuan asas yang kukuh sebelum
memperkenalkan kemahiran yang baru. Murid yang belum dapat
menguasai sesuatu kemahiran perlu diajar semula, khusus untuk
memperbetulkan ketidakfahaman mereka. Walau bagaimanapun,
pengajaran semula ini harus menggunakan strategi yang berbeza
dari pengajaran sebelumnya.
b. Pendekatan ansur maju (berperingkat): Perkenalkan konsep
matematik bermula daripada perkara yang senang kepada yang
susah, daripada yang konkrit kepada abstrak, dan daripada
kontekstual kepada konstruktif.
c. Pendekatan didik hibur: Perlu diingat murid yang mengikuti program
ini adalah murid yang perlukan perhatian yang lebih khusus. Bagi
membolehkan mereka berminat dalam pembelajaran, aktiviti yang
disampaikan perlu menggunakan pendekatan yang menarik,
melalui cara penyampaian yang paling berkesan. Konsep didik
hibur melalui nyanyian, permainan dan penggunaan bahan
manipulatif yang menarik disarankan untuk diaplikasi dalam
pengajaran.
d. Pendekatan penggabungjalinan kemahiran: Guru perlu
menggabungjalinkan suatu kemahiran dengan kemahiran yang lain
mengikut kesesuaian. Sebagai contoh, dalam tajuk ’Bahagi’
kemahiran mendarab harus diaplikasi.
xii
6.0 PENJELASAN MODUL GURU NUMERASI TAHUN 3
Tujuan Modul Guru Ini Dibina
Modul guru ini dibina berujuan supaya:
murid dapat menggunakan deria mereka semasa menjalankan
aktiviti pembelajaran.
murid dapat meneroka, menjalankan eksperimen, membuat tekaan
berdasarkan pemerhatian mereka dan menyelesaikan masalah
melalui aktiviti yang menyeronokkan.
murid dapat mengawal pembelajaran kendiri melalui pendekatan
ansur maju.
Mengenai Modul Ini
Modul ini:
mencadangkan langkah-langkah pengajaran yang dibina dan
disusun supaya mudah dilaksanakan oleh guru dan diikuti oleh murid.
mencadangkan langkah-langkah pengajaran yang menekankan
penanaman konsep Matematik melalui aktiviti didik hibur.
mencadangkan penggunaan bahan bantu mengajar yang
berkesan.
mencadangkan soalan-soalan terarah dalam konteks matematik
yang dapat mengukuhkan pemahaman murid.
mencadangkan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan murid.
Saya mendengar, saya lupa.
Saya melihat, saya ingat.
Saya melakukan, saya faham.
xiii
Petunjuk Modul
(B) UNIT 1.1
(A) UNIT DAN TAJUK
(F) LANGKAH-LANGKAH UNIT I: NOMBOR BULAT HINGGA I000
PENGAJARAN
UNIT I.I
HASIL PEMBELAJARAN
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
(C) HASIL Murid Berupaya:
PEMBELAJARAN 1. Menyebut nombor 1. Lekatkan Petak 1000 bersaiz besar pada papan tulis.
Sebut dan tunjukkan nombor ‘121’ hingga 200
hingga 1000. mengikut urutan. Minta murid menyebutnya bersama-
2. Mengenalpasti sama.
angka hingga 1000. 2. Sebut suatu nombor secara rawak. Minta murid
membilang daripada nombor tersebut mengikut
(D) BAHAN BANTU BAHAN BANTU BELAJAR urutan tanpa merujuk kepada Petak 1000.
MENGAJAR
Bagi sesi pengajaran & Soal jawab:
pembelajaran: Pejamkan mata kamu.
Sebutkan nombor … (sebutkan suatu nombor)
1. Petak 1000 bersaiz Hingga nombor … (sebutkan suatu nombor yang
besar lebih besar)
2. Petak 1000 3. Ulangi langkah 2 dengan siri nombor yang lain.
(Rujuk BBM ms. 1)
4. Tunjuk suatu nombor pada Petak 1000 secara rawak.
3. Pen marker Minta murid menyebut nombor tersebut.
Bagi sesi pengajaran & 5. Ulangi langkah 4 dengan nombor-nombor yang lain.
pembelajaran:
6. Edarkan Petak 1000 dan pen marker kepada setiap
1. Petak 1000 murid.
(Rujuk BBM ms. 1)
7. Sebut suatu nombor secara rawak. Minta murid
2. Rod Cuisenaire membulatkan nombor tersebut pada Petak 1000
masing-masing dan pamerkan.
HASIL PEMBELAJARAN
8. Ulangi langkah 7 dengan nombor-nombor yang lain.
Angka
Bilang 9. Edarkan lembaran kerja 1.1.
Nombor
Rawak AKTIVITI PENGUKUHAN
Sebut
1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan Petak
1000, rod Cuisenaire yang mencukupi kepada setiap
pasangan.
2. Sebutkan suatu nombor secara rawak. Murid pertama
diminta menunjukkan nombor tersebut pada Petak
1000. Murid kedua pula diminta menunjukkan bilangan
rod Cuisenaire yang betul.
3. Minta murid bertukar peranan.
4. Ulangi aktiviti dengan nombor-nombor yang lain.
(E) PERBENDAHARAAN 1
KATA
(G) AKTIVITI PENGUKUHAN
(H) MUKA SURAT
xiv
Penerangan Modul
Bil. Perkara Penerangan
(A) Unit Dan Tajuk Nombor siri bagi unit dan tajuknya.
(B) Unit 1.1 Nombor siri bagi sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam suatu unit.
Contohnya: Unit 1.1 menunjukkan Unit 1, sesi
pengajaran dan pembelajaran
pertama.
(C) Standard Disesuaikan dengan Dokumen Kurikulum
Pembelajaran Standard Sekolah Rendah Matematik Tahun 2
(KSSR).
Bahan Bantu Mudah disediakan oleh guru.
(D) Templat sedia cetak disediakan.
Praktikal dan boleh digunakan berulang kali.
Mengajar
(E) Perbendaharaan Diperkenalkan semasa aktiviti pengajaran dan
Kata pembelajaran berlangsung.
Perlu diulang penggunaannya seberapa kerap
yang mungkin, baik dalam sesi pengajaran
yang sama mahupun dalam sesi pengajaran
lain, dalam konteks yang serupa.
Murid perlu digalakkan menggunakannya di
sepanjang aktiviti pembelajaran.
Ringkas dan sistematik.
Langkah-Langkah Menekankan pemahaman konsep.
Pengajaran
(F) Menyeronokkan dan berpusatkan murid serta
tertumpu kepada suatu kemahiran pada suatu
masa.
Aktiviti Ia mencadangkan langkah-langkah
(G) pengajaran yang dapat memperkukuhkan
pemahaman murid.
Pengukuhan
Ia mencadangkan langkah-langkah
pengajaran yang berbeza tetapi menerapkan
konsep matematik yang sama.
Ia mencadangkan langkah-langkah
pengajaran yang menggalakkan penerokaan
lanjut bagi kemahiran matematik yang sama.
(H) Muka Surat Muka surat.
xv
KANDUNGAN MODUL GURU NUMERASI TAHUN 3
UNIT TAJUK CATATAN
P&P BBM
1 NOMBOR BULAT HINGGA 1000
11
Menyebut nombor hingga 1000. 22
1.1
4-
Mengenal pasti angka hingga 1000.
6-
Membilang hingga 1000 objek dengan
1.2 membuat kumpulan seratus-seratus dan 8-
10 -
sepuluh-sepuluh. 12 -
14 -
Menulis angka hingga 1000. 16 3 - 7
1.3 Membaca nombor dalam perkataan hingga 18 -
1000. 23 -
25 -
Menulis nombor dalam perkataan hingga 1000.
1.4 Mengenal pasti nilai tempat dan nilai digit bagi
nombor hingga 1000.
Menyusun nombor hingga 1000:
a) membilang satu-satu secara tertib menaik
dan tertib menurun
b) membilang dua-dua secara tertib menaik
dan tertib menurun
1.5 c) membilang lima-lima secara tertib menaik
dan tertib menurun
d) membilang sepuluh-sepuluh secara tertib
menaik dan tertib menurun
e) membilang seratus-seratus secara tertib
menaik dan tertib menurun
Membandingkan dua nombor dan
menyatakan yang mana lebih atau kurang.
1.6
Meletakkan nombor mengikut urutan pada
garis nombor.
1.7 Menganggarkan kuantiti objek hingga 1000.
1.8 Membundarkan sebarang nombor dalam
linkungan 1000 kepada puluh yang terdekat.
xvi
UNIT TAJUK CATATAN
P&P BBM
2 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 1000
Menambah hingga tiga nombor tanpa 27 8
2.1 mengumpul semula yang melibatkan nombor
hingga tiga digit.
2.2 Menambah dua nombor hingga nombor tiga 29 9
digit, dengan mengumpul semula.
2.3 Menambah tiga nombor hingga nombor tiga 31 10 - 11
digit, dengan mengumpul semula.
2.4 Menyelesaikan masalah yang melibatkan 34 12
operasi tambah dalam situasi harian.
3 TOLAK DALAM LINGKUNGAN 1000
3.1 Menolak dua nombor hingga nombor tiga 35 -
digit, tanpa mengumpul semula.
3.2 Menolak dua nombor hingga nombor tiga 38 13
digit, dengan mengumpul semula.
Menolak berturut-turut dua nombor daripada 43 14
3.3 sebarang nombor hingga nombor tiga digit,
tanpa mengumpul semula
3.4 Menolak tiga nombor hingga nombor tiga 45 -
digit, dengan mengumpul semula.
3.5 Mengenal operasi tolak sebagai songsangan 48 15
operasi tambah.
3.6 Menyelesaikan masalah yang melibatkan 51 16 -18
operasi tolak dalam situasi harian.
4 DARAB
Membina dan menyebut kumpulan sama banyak menggunakan:
a) bahan konkrit 53 -
4.1
b) gambar
c) garis nombor
Menulis ayat matematik tambah berulang:
a) tiga-tiga
b) enam-enam 55 -
4.2
c) tujuh-tujuh
d) lapan-lapan
e) sembilan-sembilan
xvii
UNIT TAJUK CATATAN
4 P&P BBM
4.3 DARAB (Sambungan)
4.4
4.5 Menulis ayat matematik darab apabila diberi kumpulan tiga-tiga,
4.6 enam-enam, tujuh-tujuh dan lapan-lapan dan sembilan-sembilan
4.7 berpandukan:
4.8 a) objek
b) gambar 58 -
c) garis nombor
Menulis operasi darab yang sama jawapannya 60 -
dengan operasi darab yang diberi dengan
mengubah susunan nombor yang didarabkan.
Membina sifir 3, 6, 7, 8, 9, 100 dan 1000 dengan berpandukan:
a) objek konkrit
b) gambar 63 19 - 22
c) garis nombor
Melengkapkan ayat matematik darab yang 66 -
melibatkan sifir 3, 6, 7, 8, 9, 100 dan 1000.
Menyatakan secara spontan sifir 3, 6, 7, 8, 9,
100 dan 1000 mengikut:
a) tertib menaik 70 23 - 26
b) rawak 75 27 - 28
c) salah satu daripada dua nombor yang 78 29 - 32
didarab untuk memberi hasil darab
tertentu.
Menggunakan sifir tiga, enam, tujuh, lapan, sembilan, seratus dan seribu
bagi:
a) mereka cipta cerita berdasarkan ayat 83 -
matematik darab yang diberi.
b) menyelesaikan masalah harian yang -
melibatkan pendaraban dua nombor.
xviii
UNIT TAJUK CATATAN
5 P&P BBM
5.1
BAHAGI
5.2
Mengkelaskan kepada kumpulan tiga-tiga, enam-enam, tujuh-tujuh
5.3 dan lapan-lapan dan sembilan-sembilan dengan menyatakan
5.4 kumpulan yang diperoleh dengan menggunakan:
5.5
a) objek
5.6
b) gambar 85 33 - 34
c) garis nombor
Menulis ayat matematik berdasarkan aktiviti:
a) pengumpulan 87 35 - 37
b) pengongsian 89 38 - 42
c) tolak berturut-turut 91 -
d) songsangan operasi darab 94 43 - 45
Membina ayat matematik yang melibatkan pembahagian dengan
3, 6, 7, 8 dan 9 berpandukan:
a) objek konkrit
b) gambar 97 -
c) garis nombor
Melengkapkan ayat matematik bahagi yang 101 46
melibatkan sifir 3, 6, 7, 8, 9, 100 dan
1000.
Menyatakan secara spontan pembahagian dengan 3, 6, 7, 8, 9, 100
dan 1000 mengikut:
a) tertib menaik 103 -
b) rawak 104 47 - 49
c) salah satu daripada dua nombor yang 106 50 - 51
dibahagi untuk memberi hasil bahagi
tertentu dalam pembahagian apabila
disoal
Menggunakan pembahagian dengan 3, 6, 7, 8, 9, 100 dan 1000 bagi:
a) mereka cipta cerita berdasarkan ayat 109 -
matematik bahagi yang diberi.
b) menyelesaikan masalah harian yang
melibatkan pembahagian dua nombor.
xix
UNIT TAJUK CATATAN
P&P BBM
6 WANG HINGGA RM1000
111 -
6.1 Menyatakan nilai wang dalam ‘RM’ dan 'sen'.
114 -
Menukarkan: 116 -
118 52
6.2 a) duit syiling sehingga RM10. 120 53 - 56
121 57 - 60
b) wang kertas sehingga RM1000. 123 -
6.3 Menukarkan ringgit kepada sen dan 125 -
sebaliknya.
127 61 - 65
6.4 Menambah wang sehingga RM1000.
129 66
6.5 Menolak wang sehingga RM1000. 132 67
134 68 -69
6.6 Mendarab wang, jawapannya tidak lebih
daripada RM1000. 136 -
138 70
6.7 Membahagi wang yang jumlahnya tidak lebih 139 71
daripada RM1000.
141 72 - 73
6.8 Menyelesaikan masalah yang melibatkan 143 74
wang dalam situasi harian.
145 -
7 MASA DAN WAKTU 147 -
Menyatakan waktu dalam gandaan lima minit.
7.1
Menuliskan waktu dalam gandaan lima minit.
7.2 Membaca jadual waktu yang mudah.
7.3 Membaca kalendar.
Menggunakan pertukaran unit di antara:
a) minit dan saat
7.4
b) tahun dan bulan
c) minggu dan hari
Menambah unit bagi waktu dalam:
7.5 a) jam
b) minit
Menolak unit bagi waktu dalam:
7.6 a) jam
b) minit
xx
UNIT TAJUK CATATAN
P&P BBM
7.7
Mendarab unit bagi waktu dalam:
7.8
7.9 a) jam 150 75
8
8.1 b) minit 152 76
8.2
Membahagi unit bagi waktu dalam:
8.3
a) jam 154 77
8.4
8.5 b) minit 157 78 - 80
8.6
8.7 Menyelesaikan masalah yang melibatkan 160 81
8.8 waktu dalam situasi harian.
8.9
8.10 UKURAN PANJANG
Membaca skala kepada senggatan terdekat. 161 -
Mengukur dan mencatat panjang objek menggunakan unit piawai:
a) meter 164 82 - 88
b) sentimeter
Membandingkan panjang dua objek menggunakan unit piawai:
a) meter 166 89 - 90
b) sentimeter
Menganggarkan panjang objek dalam:
a) meter 168 91 - 92
b) sentimeter
Pertukaran unit di antara meter dan sentimeter. 171 93
a) Menambah unit panjang dalam meter 172 94
b) Menambah unit panjang dalam sentimeter
a) Menolak unit panjang dalam meter
174 95
b) Menolak unit panjang dalam sentimeter
a) Mendarab unit panjang dalam meter 175 -
b) Mendarab unit panjang dalam sentimeter
a) Membahagi unit panjang dalam meter 177 96 - 99
b) Membahagi unit panjang dalam sentimeter
Menyelesaikan masalah yang melibatkan 179 100 - 101
ukuran panjang dalam situasi harian.
xxi
UNIT TAJUK CATATAN
9 P&P BBM
9.1
9.2 JISIM
9.3 Membaca skala kepada senggatan terdekat. 181 102
9.4 Menentukan dan mencatat jisim objek menggunakan unit piawai:
9.5
9.6 a) kilogram 183 103
b) gram
9.7
Membandingkan jisim dua objek menggunakan unit piawai:
9.8
a) kilogram 185 104
9.9 b) gram
9.10
Menganggarkan jisim objek dalam:
a) kilogram 187 105
b) gram
Pertukaran unit di antara kilogram dan gram. 189 105
Menambah unit bagi jisim dalam:
a) kilogram 191 106
b) gram
Menolak unit bagi jisim dalam:
a) kilogram 193 107 - 108
b) gram
Mendarab unit bagi jisim dalam:
a) kilogram 195 109
b) gram
Membahagi unit bagi jisim dalam:
a) kilogram 196 110 - 113
b) gram
Menyelesaikan masalah yang melibatkan jisim 198 114
dalam situasi harian.
xxii
UNIT TAJUK CATATAN
10 P&P BBM
10.1
10.2 ISI PADU CECAIR
10.3 Membaca skala kepada senggatan terdekat. 199 115
10.4 Menentukan dan mencatat isi padu cecair menggunakan unit piawai:
10.5
10.6 a) liter 202 116 - 118
b) mililiter
10.7
Membandingkan isi padu cecair menggunakan unit piawai:
10.8
a) liter 204 119
10.9 b) mililiter
10.10
Menganggarkan isi padu cecair dalam:
a) liter 206 120
b) mililiter
Pertukaran unit di antara liter dan mililiter. 208 121
Menambah unit bagi isi padu cecair dalam:
a) liter 211 122 - 123
b) mililiter
Menolak unit bagi isi padu cecair dalam:
a) liter 213 124
b) mililiter
Mendarab unit bagi isi padu cecair dalam:
a) liter 215 125
b) mililiter
Menbahagi unit bagi isi padu cecair dalam:
a) liter 218 126 - 127
b) mililiter
Menyelesaikan masalah yang melibatkan isi 220 128
padu cecair dalam situasi harian.
xxiii
UNIT I: NOMBOR BULAT HINGGA I000
HASIL PEMBELAJARAN UNIT I.I
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Murid berupaya: 1. Lekatkan Petak 1000 bersaiz besar pada papan tulis. Sebut
1. Menyebut nombor dan tunjukkan nombor ‘121’ hingga ‘200’ mengikut urutan.
Minta murid menyebutnya bersama-sama.
hingga I000.
2. Mengenal pasti angka 2. Sebut suatu nombor secara rawak. Minta murid
membilang daripada nombor tersebut mengikut urutan
hingga I000. tanpa merujuk kepada Petak 1000.
BAHAN BANTU MENGAJAR Soal jawab:
Pejamkan mata kamu.
Bagi sesi pengajaran & Sebutkan nombor ... (sebutkan suatu nombor)
pembelajaran: hingga nombor ... (sebutkan suatu nombor yang lebih
1. Petak 1000 bersaiz besar besar)
2. Petak 1000
3. Ulangi langkah 2 dengan siri nombor yang lain.
(Rujuk BBM ms. 1)
3. Pen marker 4. Tunjuk suatu nombor pada Petak 1000 secara rawak.
Minta murid menyebut nombor tersebut.
Bagi aktiviti pengukuhan:
1. Petak 1000 5. Ulangi langkah 4 dengan nombor-nombor yang lain.
(Rujuk BBM ms. 1) 6. Edarkan Petak 1000 dan pen marker kepada setiap murid.
2. Rod Cuisenaire
7. Sebut suatu nombor secara rawak. Minta murid
membulatkan nombor tersebut pada Petak 1000 masing-
masing dan pamerkan.
8. Ulangi langkah 7 dengan nombor-nombor yang lain.
9. Edarkan Lembaran Kerja 1.1.
PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN
Angka 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan Petak 1000
Bilang dan rod Cuisenaire yang mencukupi kepada setiap
Nombor pasangan.
Rawak
Sebut 2. Sebutkan suatu nombor secara rawak. Murid pertama
diminta menunjukkan nombor tersebut pada Petak 1000.
Murid kedua pula diminta menunjukkan bilangan rod
Cuisenaire yang betul.
3. Minta murid bertukar peranan.
4. Ulangi aktiviti dengan nombor-nombor yang lain.
1
UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 1000
HASIL PEMBELAJARAN UNIT I.2
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Murid berupaya: Aktiviti 1
Membilang hingga I000 1. Lekatkan satu kad petak I00 pada papan tulis.
objek dengan membuat 2. Bimbing murid membilang seperti berikut:
kumpulan seratus-seratus
dan sepuluh-sepuluh.
Satu ratus
BAHAN BANTU MENGAJAR
Bagi sesi pengajaran & 3. Lekatkan dua kad petak I00 pada papan tulis.
pembelajaran: 4. Bimbing murid membilang seperti berikut:
1. Kad petak I00
Dua ratus
(Rujuk BBM ms. 2)
2. Kad jalur
(Rujuk BBM ms. 2)
3. Kad unit
(Rujuk BBM ms. 2)
Bagi aktiviti pengukuhan: 5. Ulangi aktiviti di atas hingga 10 kad petak seratus.
1. Kad petak I00 6. Lekatkan satu kad petak I00 dan empat kad jalur 10
(Rujuk BBM ms. 2) pada papan tulis.
2. Kad jalur 7. Bimbing murid membilang seperti berikut:
(Rujuk BBM ms. 2) Satu ratus empat puluh
3. Kad unit
(Rujuk BBM ms. 2)
8. Lekatkan dua kad petak I00 dan empat kad jalur 10
pada papan tulis.
9. Bimbing murid membilang seperti berikut:
Dua ratus empat puluh
10. Ulangi aktiviti di atas hingga 940.
Aktiviti 2
1. Lekatkan satu kad petak I00, tiga kad jalur 10 dan 2 kad
unit pada papan tulis.
2
UNIT I: NOMBOR BULAT HINGGA I000
HASIL PEMBELAJARAN UNIT 1.7
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Murid berupaya: 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan bekas berisi 25
Menganggarkan kuantiti biji guli kepada setiap kumpulan.
objek hingga I000.
2. Lekatkan garis nombor bersaiz besar bersenggatan tanpa
BAHAN BANTU MENGAJAR nombor pada papan tulis.
Bagi sesi pengajaran & 3. Setiap kumpulan diminta berbincang untuk menganggar
pembelajaran: jumlah guli di dalam bekas tersebut tanpa menyentuh
1. Garis nombor bersaiz bekas atau membilang guli.
besar bersenggatan 4. Rekodkan anggaran mereka pada papan tulis.
tanpa nombor
2. Bekas Contohnya:
3. Guli/objek yang boleh Kumpulan 1 26
dibilang Kumpulan 2 22
Kumpulan 3 30
Bagi aktiviti pengukuhan:
1. Kacang merah 5. Tuliskan nombor-nombor tersebut pada garis nombor.
2. Balang lutsinar Contohnya:
22 26 30
6. Minta murid membilang jumlah guli dalam bekas tersebut.
Tuliskan nombornya pada garis nombor tadi dan
bulatkannya. Contohnya:
22 25 26 30
7. Bandingkan anggaran mereka dengan jumlah sebenar
bilangan guli.
Soal jawab:
Lihat pada nombor-nombor ini.
Yang manakah paling hampir dengan 25?
Yang manakah paling jauh dengan 25?
Anggaran manakah yang lebih baik, 22, 26 atau 30?
8. Terangkan bahawa anggaran yang terbaik adalah
anggaran yang paling hampir dengan nilai sebenar.
9. Ulangi aktiviti dengan menggunakan kuantiti yang lebih
besar.
10. Edarkan Lembaran Kerja 1.7.
23
UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 1000
PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN
Anggaran Pertandingan Meneka Kacang Merah
Bandingkan
1. Letakkan 255 biji kacang merah ke dalam sebuah balang
lutsinar tanpa pengetahuan murid bilangannya.
2. Semua murid mengambil bahagian dan menganggar
bilangan kacang merah dalam balang tersebut.
3. Bilang jumlah sebenar kacang merah dalam balang
tersebut di hadapan kelas.
4. Murid yang membuat anggaran yang terbaik dikira
pemenang dan diberi ganjaran.
24