LAPORAN
KEBANGSAAN
TIMSS
2019
2
Kementerian Pendidikan Malaysia ©
Cetakan Pertama 2020
Hak cipta terpelihara. Semua bahagian buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara
yang boleh digunakan lagi atau dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik
cara sebahagian keseluruhan, tanpa izin bertulis daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan - dalam - Penerbitan
Laporan Kebangsaan TIMSS 2019 - Trends in International Mathematics and Science Study
ISSN 2756-8385
Laporan Kebangsaan TIMSS 2019 - Trends in International Mathematics and Science Study
Disediakan oleh :
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras SB-4, Blok E8,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
Tel : +603-8884 6000
Faks : +603-8884 6579
Laman sesawang : www.moe.gov.my
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
3
KATA PENGANTAR T
I
Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera M
S
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2019 S
merupakan penyertaan Malaysia buat kali yang keenam dalam kajian
penandaarasan yang dianjurkan oleh International Association for the
Evaluation of Educational Achievement (IEA). Penyertaan Malaysia dalam
TIMSS membolehkan kurikulum Matematik dan Sains peringkat menengah
rendah disemak silang dengan kerangka ujian TIMSS yang dibangunkan
oleh pihak penganjur. Oleh yang demikian, murid Malaysia akan sentiasa
berpeluang bergerak ke hadapan seiring perkembangan pendidikan pada
peringkat antarabangsa.
TIMSS 2019 menyaksikan penyertaan negara dalam eTIMSS iaitu majoriti murid
menjawab berasaskan komputer, manakala sebilangan kecil masih menjawab
secara bertulis (paperTIMSS). Tidak dapat dinafikan bahawa gandingan
kemahiran komputer dan penguasaan Matematik dan Sains, menjadi salah
satu elemen penting untuk mendepani cabaran pendidikan abad ke-21 serta
persediaan ke sektor pekerjaan dalam Revolusi Industri 4.0. Saya percaya
bahawa murid perlu memiliki kemahiran menggunakan komputer, walaupun
keutamaannya adalah penguasaan konsep Matematik dan Sains yang baik.
Pencapaian Matematik dan Sains murid Malaysia dalam TIMSS 2019 boleh
dijadikan penanda aras serta pendorong bagi menambahbaik sistem
pendidikan di Malaysia melalui inisiatif KPM. Selain daripada domain kognitif
dan kandungan Matematik dan Sains, dapatan lain daripada soal selidik
TIMSS juga dapat digunakan untuk, meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran (PdP) serta kepimpinan sekolah.
Penerbitan Buku Laporan Kebangsaan TIMSS 2019 ini merupakan satu wahana
yang sangat berfaedah dalam menyebar luas maklumat, untuk diguna pakai
dalam menambahbaik elemen pendidikan. Pihak berkepentingan di KPM
termasuk masyarakat dan guru perlu berganding bahu untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran murid dalam Matematik dan Sains serta
meningkatkan pencapaian murid dalam TIMSS.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada pelbagai pihak di KPM yang
telah menjayakan pelaksanaan Kajian TIMSS 2019. Diharap pencapaian
Malaysia dalam kitaran TIMSS seterusnya akan meletakkan Malaysia sebaris
dengan negara lain yang memperoleh pencapaian tinggi dalam TIMSS.
DATUK DR. HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM 2019
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
4
KATA PENGANTAR T
I
Puji dan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana mengizinkan M
penerbitan Buku Laporan Kebangsaan TIMSS 2019 direalisasikan seperti yang S
dirancang. Penerbitan buku laporan ini merupakan inisiatif untuk memberi S
gambaran tentang penyertaan dan pencapaian Malaysia dalam pentaksiran
tersebut.
Kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
2019 anjuran International Association for the Evaluation of Educational
Achievement (IEA) merupakan penyertaan Malaysia yang keenam, setelah
menyertainya buat kali pertama dalam TIMSS 1999. Sebanyak 39 buah negara
(termasuk Malaysia) dan tujuh negara penanda aras telah menyertai TIMSS
2019.
TIMSS 2019 menjadi titik tolak kepada negara peserta termasuk Malaysia,
untuk melaksanakan pentadbiran pentaksiran Matematik dan Sains secara
berasaskan komputer atau dinamakan eTIMSS, selain paperTIMSS yang
masih dikekalkan sebagai transisi paperTIMSS ke eTIMSS. Seramai 8077
orang murid Malaysia menjawab ujian secara eTIMSS, manakala 1560 orang
paperTIMSS.
Pencapaian murid Malaysia dalam TIMSS 2019 dipengaruhi oleh mod
pentaksiran eTIMSS yang digariskan oleh IEA dan situasi pendidikan semasa
negara, iaitu pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains adalah
berdasarkan semakan dan penambahbaikan kurikulum, iaitu Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM), yang dilaksanakan pada tahun
2017. Dapatan TIMSS 2019, perlu dijadikan rujukan untuk mengukuhkan
pengajaran dan pembelajaran agar penandaarasan murid Malaysia pada
peringkat antarabangsa dapat diteruskan.
Laporan Kebangsaan Kajian TIMSS 2019 mengemukakan 14 bab, antaranya
merangkumi pencapaian murid, penandaarasan, sikap murid, teknologi
dalam pengajaran, komposisi dan sumber di sekolah untuk pembelajaran
Matematik dan Sains, serta disiplin dan keselamatan sekolah. Data yang
terkandung dalam buku ini bermanfaat untuk dijadikan rujukan oleh pihak
berkepentingan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
sistem pendidikan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan tahniah kepada pelbagai pihak yang telah
menyumbang tenaga dengan gigih tanpa mengenal penat lelah dalam
memastikan kelancaran pelaksanaan pentadbiran kajian TIMSS 2019.
Komitmen tinggi secara langsung daripada Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), guru, murid dan secara tidak
langsung daripada ibu bapa telah menghasilkan kejayaan pelaksanaan
TIMSS 2019. Pencapaian murid Gred Lapan (Tingkatan Dua) Malaysia dalam
TIMSS 2019 diharap dapat dipertingkatkan dalam kitaran selanjutnya, selaras
pemantapan pemahaman konsep murid dalam domain kognitif dan domain
kandungan untuk Matematik dan Sains.
DR. HAJI AZHAR BIN HAJI AHMAD 2019
PENGARAH
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
5
PENGHARGAAN
Pengurusan kajian ini dilaksanakan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan sebagai
peneraju utama kajian TIMSS 2019. Kajian ini secara keseluruhannya adalah mengikut standard operasi
dan garis masa yang telah ditetapkan oleh International Association for the Evaluation of Educational
Achievement (IEA). Dalam setiap kitaran kajian, beberapa operasi utama turut melibatkan khidmat
kepakaran pegawai khususnya penterjemahan item ujian dan soal selidik, penskoran respons ujian dan
seterusnya pembekalan data kajian dan penyediaan maklumat untuk penulisan buku Laporan Kebangsaan
TIMSS 2019.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam kajian ini sama ada pada
peringkat kementerian iaitu Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Bahagian Profesionalisme Guru, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
Lembaga Peperiksaan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama
Penuh, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Swasta, Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan
(PADU) serta semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, dan sekolah sampel yang
terlibat dalam TIMSS 2019.
Bagi penerbitan buku laporan ini, penghargaan khusus diberikan kepada:
1. Dr. Haji Azhar bin Haji Ahmad (Pengarah BPPDP selaku Wakil Tetap Malaysia ke IEA General Assembly)
2. Pn. Rohayati binti Abd Hamed (Timbalan Pengarah Kanan BPPDP selaku Penasihat)
3. Dr. Rosli bin Ismail (Timbalan Pengarah BPPDP selaku Penasihat)
4. Dr. Nor Saidatul Rajeah binti Zamzam Amin (Penyelaras TIMSS Kebangsaan)
5. Pn. Rusliza binti Abdullah (Penyelaras TIMSS Kebangsaan)
6. Dr. Sharida Hanim binti Sarif (Penyelaras Soal Selidik)
7. En. Mohd Hafizul bin Hassan (Pengurus Data Kebangsaan)
8. Dr. Intan Baizura binti A Ghani (Penyelaras Pentaksiran Kognitif)
9. Dr. Wan Raisuha binti Wan Ali
10. Dr. Salmah binti Mohd Salleh
11. Dr. Nurharani binti Selamat
12. Pn. Noor Hazlin binti Mustapha
13. Pn. Zilfadillah Hasni binti Zakaria
14. Pn. Soraya binti Ishak
15. Cik Noor Aliza binti Nordin
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
6
ISI KANDUNGAN
Bab 1 Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2019 17
Bab 2 1.1 Pengenalan 18
Bab 3 1.2 Penyertaan Malaysia dalam TIMSS 18
Bab 4 1.3 Negara peserta dalam Gred Lapan TIMSS 2019 18
1.4 Kerangka dan Spesifikasi Ujian Matematik dan Sains Gred Lapan TIMSS 19
2019 19
1.4.1 Domain Kandungan Matematik – Gred Lapan 22
1.4.2 Domain Kognitif Matematik – Gred Lapan 23
1.4.3 Domain Kandungan Sains – Gred Lapan 27
1.4.4 Domain Kognitif Sains – Gred Lapan 28
1.5 Instrumen Kajian TIMSS 2019 29
1.6 Pelaksanaan Kajian TIMSS 2019 di Malaysia 30
1.7 Garis Masa Pelaksanaan Kajian TIMSS 2019 30
1.8 Struktur Laporan Awal Kajian Trends in International Mathematics and
Science Study (TIMSS) 33
Pencapaian Malaysia dalam Matematik 34
34
2.1 Pengenalan 34
2.2 Pencapaian Malaysia dalam Matematik 35
2.3 Taburan Pencapaian Malaysia dalam Matematik 37
2.4 Perbandingan Pencapaian Mengikut Domain Kandungan Matematik 37
2.5 Trend Pencapaian Malaysia Mengikut Domain Kandungan Matematik 39
2.6 Perbandingan Pencapaian Mengikut Domain Kognitif Matematik 39
2.7 Trend Pencapaian Malaysia Mengikut Domain Kognitif Matematik 41
2.8 Kesimpulan
42
Pencapaian Malaysia dalam Sains 42
42
3.1 Pengenalan 43
3.2 Pencapaian Malaysia dalam Sains 44
3.3 Taburan Pencapaian Malaysia dalam Sains 45
3.4 Perbandingan Pencapaian Mengikut Domain Kandungan Sains 47
3.5 Trend Pencapaian Malaysia Mengikut Domain Kandungan Sains 47
3.6 Perbandingan Pencapaian Mengikut Domain Kognitif Sains 49
3.7 Trend Pencapaian Malaysia Mengikut Domain Kognitif Sains
3.8 Kesimpulan 50
Pencapaian Malaysia Berdasarkan Aras Penandaarasan Antarabangsa TIMSS 50
2019
4.1 Pengenalan 52
4.2 Pencapaian Malaysia dalam Matematik pada Penandaarasan 57
62
Antarabangsa TIMSS 2019 64
4.2.1 Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Tertinggi
4.2.2 Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Tinggi
4.2.3 Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Sederhana
4.2.4 Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Rendah
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
7
4.3 Pencapaian Malaysia dalam Sains pada Penandaarasan Antarabangsa 65
TIMSS 2019
4.3.1 Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Tertinggi 67
4.3.2 Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Tinggi 71
4.3.3 Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Sederhana 75
4.3.4 Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Rendah 78
79
4.4 Kesimpulan 81
Bab 5 Pencapaian Murid Berdasarkan Jantina 82
Bab 6 82
5.1 Pengenalan 83
Bab 7 5.2 Purata Skor Matematik mengikut Jantina 84
5.3 Trend Pencapaian Matematik Mengikut Jantina 86
5.4 Pencapaian dalam Domain Kandungan Matematik Mengikut Jantina 87
5.5 Pencapaian dalam Domain Kognitif Matematik Mengikut Jantina 89
5.6 Purata Skor Sains mengikut Jantina 90
5.7 Trend Pencapaian Sains Mengikut Jantina 91
5.8 Pencapaian dalam Domain Kandungan Sains Mengikut Jantina 93
5.9 Pencapaian dalam Domain Kognitif Sains Mengikut Jantina 93
5.10 Pencapaian dalam Matematik & Sains Mengikut Lokasi 95
5.11 Kesimpulan 96
96
Kesediaan Guru 96
97
6.1 Pengenalan 98
98
6.2 Pendidikan Formal Guru
99
6.2.1. Pendidikan Formal Guru Matematik 100
100
6.2.2 Pendidikan Formal Guru Sains 101
103
6.3 Kelayakan Ikhtisas Guru Mata Pelajaran 103
104
6.3.1 Pengkhususan Guru dalam Matematik dan Pendidikan 104
Matematik 105
105
6.3.2 Pengkhususan Guru dalam Sains dan Pendidikan Sains 106
107
6.4 Pengalaman Guru Mengajar 108
108
6.4.1 Pengalaman Guru Mengajar Matematik 111
6.4.2 Pengalaman Guru Mengajar Sains 112
112
6.5 Pelibatan Guru dalam Pembangunan Profesionalisme 112
6.5.1 Pembangunan Profesionalisme Guru Matematik
6.5.2 Pembangunan Profesionalisme Guru Sains
6.6 Keperluan Pembangunan Profesionalisme Guru
6.6.1 Keperluan Pembangunan Profesionalisme Guru Matematik
6.6.2 Keperluan Pembangunan Profesionalisme Guru Sains
6.7 Kepuasan Bekerja Sebagai Guru
6.7.1 Kepuasan Bekerja Sebagai Guru Matematik
6.7.2 Kepuasan Bekerja Sebagai Guru Sains
6.8 Kesimpulan
Cabaran kepada Pengajaran dan Pembelajaran
7.1 Pengenalan
7.2 Kekerapan Ketidakhadiran ke Sekolah
7.2.1 Kekerapan Ketidakhadiran ke sekolah Berbanding Pencapaian
dalam Matematik
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
8
7.2.2 Kekerapan Ketidakhadiran ke Sekolah Berbanding Pencapaian 113
dalam Sains
114
7.3 Murid Hadir ke Sekolah dalam Keadaan yang Letih atau Lapar
114
7.3.1 Murid Hadir ke Sekolah dalam Keadaan yang Letih atau Lapar dan
Perbandingan Pencapaian dalam Matematik 115
7.3.2 Murid Hadir ke Sekolah dalam Keadaan yang Letih atau Lapar dan 115
Perbandingan Pencapaian dalam Sains
116
7.4 Pengajaran Terbatas Kerana Ketidaksediaan Murid Terhadap
Pembelajaran 118
7.4.1 Pengajaran Terbatas Kerana Ketidaksediaan Murid Terhadap 119
Pembelajaran Berbanding Pencapaian dalam Matematik 121
122
7.4.2 Pengajaran Terbatas Kerana Ketidaksediaan Murid Terhadap 122
Pembelajaran Berbanding Pencapaian dalam Sains 125
125
7.5 Kesimpulan 127
129
Bab 8 Sikap Murid 129
Bab 9 131
Bab 10 8.1 Pengenalan 133
8.2 Pengajaran yang Jelas dalam Matematik Mengikut Pandangan Murid 133
8.3. Murid Suka Belajar Matematik dan Sains 135
137
8.3.1 Murid Suka Belajar Matematik 139
8.3.2 Murid Suka Belajar Sains 140
8.4 Murid Yakin dalam Matematik dan Sains 140
8.4.1 Murid Yakin dalam Matematik 141
8.4.2 Murid Yakin dalam Sains 141
8.5 Murid Menghargai Matematik dan Sains
8.5.1 Murid Menghargai Matematik 142
8.5.2 Murid Menghargai Sains
8.6 Kesimpulan 142
143
Kurikulum dan Pengajaran Matematik dan Sains 145
146
9.1 Pengenalan 146
147
9.2 Masa Pengajaran dan Pembelajaran 149
150
9.2.1 Masa Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 150
150
9.2.2 Masa Pengajaran dan Pembelajaran Sains 151
151
9.3 Peratus Pengajaran Topik Matematik dan Sains Berdasarkan Kerangka
TIMSS 2019
9.3.1 Topik Matematik TIMSS 2019
9.3.2 Topik Sains TIMSS 2019
9.4 Penekanan Terhadap Penyiasatan dalam Sains
9.5 Sumber Kepada Eksperimen Sains
9.6 Eksperimen dalam Pelajaran Sains
9.7 Kesimpulan
Teknologi dalam Pengajaran
10.1 Pengenalan
10.2 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran
10.2.1 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran Matematik
10.2.2 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran Sains
10.3 Teknologi Untuk Membantu Pembelajaran
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
9
10.3.1 Sokongan Guru dalam Pembelajaran Menggunakan Komputer 152
dalam Pelajaran Matematik
152
10.3.2 Sokongan Guru dalam Pembelajaran Menggunakan Komputer 153
dalam Pelajaran Sains 153
10.4 Ujian Menggunakan Peralatan Digital 154
154
10.4.1 Murid Menduduki Ujian Matematik Menggunakan Komputer atau 155
Tablet 156
156
10.4.2 Murid Menduduki Ujian Sains Menggunakan Komputer atau 158
Tablet 158
10.5 Kesimpulan 159
Bab 11 Komposisi Dan Sumber Di Sekolah Untuk Pembelajaran Matematik Dan Sains 160
Bab 12
Bab 13 11.1 Pengenalan 161
11.2 Komposisi Sekolah Berdasarkan Latar Belakang Sosio Ekonomi 162
164
11.3 Peratusan Murid Menduduki Ujian dalam Bahasa Pertuturan Harian 164
165
11.3.1 Peratusan Murid Menduduki Ujian Matematik dalam Bahasa 166
Pertuturan Harian 169
170
11.3.2 Peratusan Murid Menduduki Ujian Sains dalam Bahasa Pertuturan 170
Harian 172
11.4 Sekolah dengan Kemudahan, Buku dan Sumber yang Menyokong 172
Pengajaran dan Pembelajaran 173
175
11.4.1 Pengajaran Matematik Terkesan kerana Kekurangan Sumber
pada Persepsi Pengetua 176
177
11.4.2 Pengajaran Sains Terkesan kerana Kekurangan Sumber pada 179
Persepsi Pengetua 180
180
11.5 Pendidikan Formal dan Pengalaman Pengetua 184
186
11.5.1 Pendidikan Formal Pengetua 189
11.5.2 Pengalaman Pengetua
11.6 Kesimpulan
Iklim Sekolah
12.1 Pengenalan
12.2 PenekananSekolahTerhadapKejayaan Akademik (Matematik dan Sains)
12.2.1 Penekanan Sekolah Terhadap Kejayaan Matematik pada Persepsi
Pengetua
12.2.2 Penekanan Sekolah Terhadap Kejayaan Sains pada Persepsi
Pengetua
12.3 Semangat Kekitaan Murid Terhadap Sekolah
12.3.1 Semangat Kekitaan Murid Terhadap Sekolah Berbanding
Pencapaian dalam Matematik
12.3.2 Semangat Kekitaan Murid Terhadap Sekolah Berbanding
Pencapaian dalam Sains
12.4 Kesimpulan
Disiplin Dan Keselamatan Sekolah
13.1 Pengenalan
13.2 Masalah Disiplin Sekolah
13.3 Sekolah yang Selamat dan Tersusun
13.4 Masalah Buli
13.5 Kesimpulan
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
10
Bab 14 Sokongan Persekitaran Di Rumah Untuk Pencapaian Sains Dan Matematik 191
14.1 Pengenalan 192
LAMPIRAN 14.2 Sumber Pembelajaran di Rumah dengan Pencapaian Matematik dan
Sains 193
PENUTUP 14.2.1 Sokongan Persekitaran di Rumah untuk Pembelajaran Matematik
RUJUKAN 14.2.2 Sokongan Persekitaran di Rumah untuk Pembelajaran Sains 194
14.3 Murid Bertutur Bahasa yang Diuji di Rumah 194
14.4 Kesimpulan 195
196
Jadual A 197
Lampiran B 198
Lampiran C 199
Lampiran D 200
Lampiran E 203
Lampiran F 213
Lampiran G 214
Lampiran H 215
Lampiran I 222
221
226
227
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
11
SENARAI RAJAH
Rajah 1.1 Garis Masa Kitaran TIMSS 2019 30
Rajah 2.1 Purata Skor Malaysia dalam Matematik 35
Rajah 2.2 Trend Pencapaian Malaysia Mengikut Domain Kandungan Matematik 37
Rajah 2.3 Trend Pencapaian Malaysia Mengikut Domain Kognitif Matematik 39
Rajah 3.1 Purata Skor Malaysia dalam Sains 43
Rajah 3.2 Trend Pencapaian Malaysia Mengikut Domain Kandungan Sains 45
Rajah 3.3 Trend Pencapaian Malaysia Mengikut Domain Kognitif Sains 47
Rajah 4.1 Penandaarasan Antarabangsa TIMSS 2019 bagi Pencapaian Matematik 51
Rajah 4.2 Trend Peratus Pencapaian Murid dalam Matematik Mengikut Penandaarasan 52
Antarabangsa
Rajah 4.3 Penandaarasan Antarabangsa TIMSS 2019 bagi Pencapaian Sains 66
Rajah 4.4 Trend Peratus Pencapaian Murid dalam Sains Mengikut Penandaarasan 67
Antarabangsa
Rajah 5.1 Trend Pencapaian Malaysia dalam Matematik Mengikut Jantina 84
Rajah 5.2 Trend Pencapaian Malaysia dalam Sains Mengikut Jantina 89
Rajah 7.1 Peratus Murid dan Pencapaian dalam Matematik Mengikut Ketidaksediaan Murid 116
Terhadap Pembelajaran Berbanding Pencapaian
Rajah 7.2 Peratus Murid dan Pencapaian dalam Sains Mengikut Ketidaksediaan Murid Terhadap 118
Pembelajaran Berbanding Pencapaian
Rajah 8.1 Hubungan Pencapaian Matematik dengan Pengajaran Guru yang Menarik 123
Rajah 8.2 Hubungan Pencapaian Sains dengan Pengajaran Guru yang Menarik 124
Rajah 8.3 Hubungan Pencapaian Matematik dengan Murid Suka Belajar Matematik 126
Rajah 8.4 Hubungan Pencapaian Matematik dengan Murid Suka Belajar Sains 128
Rajah 8.5 Hubungan Pencapaian Matematik dengan Murid Yakin dalam Matematik 130
Rajah 8.6 Hubungan Pencapaian Sains dengan Murid Yakin dalam Sains 132
Rajah 8.7 Hubungan Pencapaian Matematik dengan Murid Menghargai Matematik 134
Rajah 8.8 Hubungan Pencapaian Sains dengan Murid Menghargai Sains 136
Rajah 11.1 Pengajaran dan Pembelajaran Matematik yang Terjejas kerana Kekurangan Sumber 161
Rajah 11.2 Pengajaran dan Pembelajaran Sains yang Terjejas kerana Kekurangan Sumber 163
Rajah 12.1 Hubungan Pencapaian Matematik dengan Penekanan Sekolah Terhadap Kejayaan 171
Akademik
Rajah 12.2 Hubungan Pencapaian Sains dengan Penekanan Sekolah Terhadap Kejayaan 171
Akademik
Rajah 12.3 Hubungan Pencapaian Matematik dengan Rasa Kekitaan Terhadap Sekolah 174
Rajah 12.4 Hubungan Pencapaian Sains dengan Rasa Kekitaan Terhadap Sekolah 175
Rajah 13.1 Hubungan Pencapaian Matematik dengan Masalah Disiplin di Sekolah 181
Rajah 13.2 Hubungan Pencapaian Sains dengan Masalah Disiplin di Sekolah 183
Rajah 13.3 Hubungan Pencapaian Matematik dengan Kekerapan Murid Dibuli 187
Rajah 13.4 Hubungan Pencapaian Sains dengan Kekerapan Murid Dibuli 188
Rajah 14.1 Hubungan Pencapaian Matematik dengan Kuantiti Sumber Pendidikan di Rumah 192
Rajah 14.2 Hubungan Pencapaian Sains dengan Kuantiti Sumber Pendidikan di Rumah 193
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
12
SENARAI JADUAL
Jadual 1.1 Peratusan Bilangan Soalan Pentaksiran Matematik yang Diperuntukkan untuk 19
setiap Domain Kandungan bagi TIMSS 2019 Gred Lapan
20
Jadual 1.2 Bidang Topik untuk Domain Kandungan Nombor bagi Matematik TIMSS 2019 21
Jadual 1.3 Bidang Topik untuk Domain Kandungan Algebra bagi Matematik TIMSS 2019 21
Jadual 1.4 Bidang Topik untuk Domain Kandungan Geometri bagi Matematik TIMSS 2019 22
Jadual 1.5 Bidang Topik untuk Domain Kandungan Data dan Kebarangkalian bagi Matematik
22
TIMSS 2019 23
Jadual 1.6 Domain Kognitif Matematik
Jadual 1.7 Peratusan Bilangan Soalan yang Diperuntukkan untuk Setiap Domain Kandungan 24
25
bagi Pentaksiran Sains TIMSS 2019 Gred Lapan 26
Jadual 1.8 Bidang Topik untuk Domain Kandungan Biologi TIMSS 2019 27
Jadual 1.9 Bidang Topik untuk Domain Kandungan Kimia TIMSS 2019 27
Jadual 1.10 Bidang Topik untuk Domain Kandungan Fizik TIMSS 2019 34
Jadual 1.11 Bidang Topik untuk Domain Kandungan Sains Bumi TIMSS 2019 36
Jadual 1.12 Domain Kognitif Sains
Jadual 2.1 Perbandingan Taburan Pencapaian Matematik dalam TIMSS 1999-2019 38
Jadual 2.2 Jadual Perbandingan Negara Peserta TIMSS 2019 dengan Purata Skor Mengikut
42
Domain Kandungan Matematik 43
Jadual 2.3 Jadual Perbandingan Negara Peserta TIMSS 2019 dengan Purata Skor Mengikut
46
Domain Kognitif Matematik
Jadual 3.1 Perbandingan Taburan Pencapaian Sains dalam TIMSS 1999-2019 50
Jadual 3.2 Jadual Perbandingan Negara Peserta TIMSS 2019 dengan Purata Skor Mengikut 52
Domain Kandungan Sains 53
Jadual 3.3 Jadual Perbandingan Negara Peserta TIMSS 2019 dengan Purata Skor Mengikut 54
55
Domain Kognitif Sains 56
Jadual 4.1 Peratusan Bilangan Soalan dalam Domain Kandungan dan Domain Kognitif 57
Jadual 4.2 Peratus Pencapaian Matematik Malaysia Mengikut Penandaarasan Antarabangsa 58
59
TIMSS 1999 - 2019 60
Jadual 4.3 Penandaarasan Matematik Aras Tertinggi - Contoh Item 1 61
Jadual 4.4 Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Tertinggi - Contoh Item 2 62
Jadual 4.5 Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Tertinggi - Contoh Item 3 63
Jadual 4.6 Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Tertinggi - Contoh Item 4
Jadual 4.7 Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Tinggi - Contoh Item 1
Jadual 4.8 Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Tinggi - Contoh Item 2
Jadual 4.9 Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Tinggi - Contoh Item 3
Jadual 4.10 Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Tinggi - Contoh Item 4
Jadual 4.11 Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Tinggi - Contoh Item 5
Jadual 4.12 Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Sederhana - Contoh Item 1
Jadual 4.13 Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Sederhana - Contoh Item 2
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
13
Jadual 4.14 Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Sederhana - Contoh Item 3 64
Jadual 4.15 Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Rendah - Contoh Item (TIMSS 2015) 65
Jadual 4.16 Peratusan Soalan Mengikut Domain Kandungan dan Domain Kognitif 65
Jadual 4.17 Peratus Pencapaian Sains Malaysia Mengikut Penandaarasan Antarabangsa 66
TIMSS 1999 - 2019 68
Jadual 4.18 Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Tertinggi - Contoh Item 1 69
Jadual 4.19 Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Tertinggi - Contoh Item 2 70
Jadual 4.20 Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Tertinggi - Contoh Item 3 71
Jadual 4.21 Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Tertinggi - Contoh Item 4 72
Jadual 4.22 Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Tinggi - Contoh Item 1 73
Jadual 4.23 Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Tinggi - Contoh Item 2 74
Jadual 4.24 Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Tinggi - Contoh Item 3 75
Jadual 4.25 Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Tinggi - Contoh Item 4 76
Jadual 4.26 Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Sederhana - Contoh Item 1 77
Jadual 4.27 Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Sederhana - Contoh Item 2 78
Jadual 4.28 Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Sederhana - Contoh Item 3 79
Jadual 4.29 Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Rendah - Contoh Item TIMSS 2015 82
Jadual 5.1 Purata Skor Matematik Mengikut Jantina 84
Jadual 5.2 Trend Pencapaian Matematik Mengikut Jantina 85
Jadual 5.3 Perbezaan Pencapaian dalam Domain Kandungan Matematik Mengikut Jantina 86
Jadual 5.4 Perbezaan Pencapaian dalam Domain Kognitif Matematik Mengikut Jantina 87
Jadual 5.5 Purata Skor Sains Mengikut Jantina 89
Jadual 5.6 Trend Pencapaian Sains Mengikut Jantina 90
Jadual 5.7 Perbezaan Pencapaian dalam Domain Kandungan Sains Mengikut Jantina 92
Jadual 5.8 Perbezaan Pencapaian dalam Domain Kognitif Sains Mengikut Jantina 93
Jadual 5.9 Trend Purata Skor Matematik Mengikut Lokasi 93
Jadual 5.10 Trend Purata Skor Sains Mengikut Lokasi 97
Jadual 6.1 Peratus Murid Mengikut Tahap Pendidikan Guru Matematik 98
Jadual 6.2 Peratus Murid mengikut Tahap Pendidikan Guru Sains 99
Jadual 6.3 Pengkhususan Guru dalam Matematik dan Pendidikan Matematik serta
100
Pencapaian Murid dalam Matematik
Jadual 6.4 Pengkhususan Guru dalam Sains dan Pendidikan Sains serta Pencapaian Murid 101
102
dalam Sains 103
Jadual 6.5 Pengalaman Guru Matematik dan Pencapaian Murid 104
Jadual 6.6 Pengalaman Guru Sains dan Pencapaian Murid 105
Jadual 6.7 Pembangunan Profesionalisme Guru Matematik dan Pencapaian Murid 106
Jadual 6.8 Pembangunan Profesionalisme Guru Sains dan Pencapaian Murid 107
Jadual 6.9 Keperluan Pembangunan Profesionalisme Guru Matematik
Jadual 6.10 Keperluan Pembangunan Profesionalisme Guru Sains
Jadual 6.11 Kepuasan Kerja Guru Matematik
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
14
Jadual 6.12 Kepuasan Kerja Guru Sains 108
112
Jadual 7.1 Kekerapan Ketidakhadiran ke Sekolah dan Pencapaian dalam Matematik 113
114
Jadual 7.2 Kekerapan Ketidakhadiran ke Sekolah dan Pencapaian dalam Sains
115
Jadual 7.3 Murid Hadir ke Sekolah dalam Keadaan yang Letih atau Lapar dan Perbandingan
Pencapaian dalam Matematik 117
Jadual 7.4 Murid Hadir ke Sekolah dalam Keadaan yang Letih atau Lapar dan Perbandingan 119
Pencapaian dalam Sains
124
Jadual 7.5 Pencapaian Murid dalam Matematik Mengikut Tahap Keterbatasan Semasa
Pembelajaran 125
126
Jadual 7.6 Pencapaian Murid dalam Sains Mengikut Tahap Keterbatasan Semasa 128
Pembelajaran 130
132
Jadual 8.1 Pandangan Murid ke atas Pengajaran yang Jelas semasa Pengajaran Guru 134
Matematik 136
141
Jadual 8.2 Pandangan Murid ke atas Pengajaran yang Jelas semasa Pengajaran Guru Sains 141
142
Jadual 8.3 Pencapaian Matematik Murid Suka Belajar Matematik 143
143
Jadual 8.4 Pencapaian Sains Murid Suka Belajar Sains 144
145
Jadual 8.5 Pencapaian Matematik Murid Yakin dengan Matematik 146
147
Jadual 8.6 Pencapaian Sains Murid Yakin dengan Sains 150
Jadual 8.7 Pencapaian Matematik Murid Menghargai Matematik 151
Jadual 8.8 Pencapaian Sains Murid Menghargai Sains 152
Jadual 9.1 Jumlah Masa Pengajaran Matematik Setahun 153
Jadual 9.2 Jumlah Masa Pengajaran Sains Setahun 153
Jadual 9.3 Topik Matematik Berdasarkan Kerangka TIMSS 2019 154
Jadual 9.4 Peratus Murid yang Diajar Berdasarkan Topik Matematik TIMSS 2019 156
Jadual 9.5 Topik Sains Berdasarkan Kerangka TIMSS 2019
Jadual 9.6 Peratus Murid yang Diajar Berdasarkan Topik Sains TIMSS 2019
Jadual 9.7 Skor Murid berdasarkan Penekanan Guru Terhadap Penyiasatan Sains
Jadual 9.8 Sumber untuk Menjalankan Eksperimen Sains - Laporan Pengetua
Jadual 9.9 Kekerapan menjalankan Eksperimen dalam Pelajaran Sains
Jadual 10.1 Pencapaian Matematik Berdasarkan Akses kepada Komputer dan Aktiviti
Pembelajaran Menggunakan Komputer
Jadual 10.2 Pencapaian Sains Berdasarkan Akses kepada Komputer dan Aktiviti Pembelajaran
Menggunakan Komputer
Jadual 10.3 Pencapaian Matematik Berdasarkan Sokongan Guru dalam Menggunakan
Komputer untuk Pembelajaran
Jadual 10.4 Pencapaian Sains Berdasarkan Sokongan Guru dalam Menggunakan Komputer
untuk Pembelajaran
Jadual 10.5 Pencapaian Matematik Berdasarkan Kekerapan Murid Menduduki Ujian Matematik
Menggunakan Peralatan Digital
Jadual 10.6 Pencapaian Sains Berdasarkan Kekerapan Murid Menduduki Ujian Matematik
Menggunakan Peralatan Digital
Jadual 11.1 Komposisi Sekolah Berdasarkan Latar Belakang Murid
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
15
Jadual 11.2 Pencapaian Matematik Berdasarkan Latar Belakang Sosio Ekonomi Murid 157
157
Jadual 11.3 Pencapaian Sains Berdasarkan Latar Belakang Sosio Ekonomi Murid 159
Jadual 11.4 Pencapaian Matematik Berdasarkan Murid yang Menduduki Ujian dalam Bahasa 160
Pertuturan Harian
160
Jadual 11.5 Pencapaian Sains Berdasarkan Murid yang Menduduki Ujian dalam Bahasa 162
Pertuturan Harian
164
Jadual 11.6 13 Jenis Sumber dan Kemudahan Sekolah yang Asas bagi Matematik dan Sains
165
Jadual 11.7 Pencapaian Matematik Berdasarkan Pengajaran dan Pembelajaran yang Terjejas
kerana Kekurangan Sumber dan Kemudahan 166
Jadual 11.8 Pencapaian Sains Berdasarkan Pengajaran dan Pembelajaran yang Terjejas 172
kerana Kekurangan Sumber dan Kemudahan
173
Jadual 11.9 Peratus Murid Berdasarkan Tahap Pendidikan Pengetua dan Kelayakan atau
Tauliah Kepimpinan Pendidikan Pengetua 175
176
Jadual 11.10 Peratus Murid Berdasarkan Tahun Pengalaman Sebagai Pengetua dan Purata 182
Tahun Pengalaman Pengetua 183
185
Jadual 12.1 Pencapaian Matematik Berdasarkan Penekanan Sekolah Terhadap Kejayaan 185
Akademik – Laporan Pengetua 188
189
Jadual 12.2 Pencapaian Sains Berdasarkan Penekanan Sekolah Terhadap Kejayaan Akademik 194
– Laporan Pengetua 195
195
Jadual 12.3 Pencapaian Matematik Berdasarkan Rasa Kekitaan Terhadap Sekolah
196
Jadual 12.4 Pencapaian Sains Berdasarkan Rasa Kekitaan Terhadap Sekolah
Jadual 13.1 Pencapaian Matematik Berdasarkan Kategori Masalah Disiplin di Sekolah
Jadual 13.2 Pencapaian Sains Berdasarkan Kategori Masalah Disiplin di Sekolah
Jadual 13.3 Pencapaian Matematik Berdasarkan Kategori Sekolah yang Selamat dan Tersusun
Jadual 13.4 Pencapaian Sains Berdasarkan Kategori Sekolah yang Selamat dan Tersusun
Jadual 13.5 Pencapaian Matematik Berdasarkan Kekerapan Murid Dibuli
Jadual 13.6 Pencapaian Sains Berdasarkan Kekerapan Murid Dibuli
Jadual 14.1 Pencapaian Matematik Berdasarkan Kuantiti Sumber di Rumah
Jadual 14.2 Pencapaian Sains Berdasarkan Kuantiti Sumber di Rumah
Jadual 14.3 Pencapaian Matematik Berdasarkan Kekerapan Bertutur dalam Bahasa Ujian di
Rumah
Jadual 14.4 Pencapaian Sains Berdasarkan Kekerapan Bertutur dalam Bahasa Ujian di Rumah
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
16
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAB 1
TRENDS IN
INTERNATIONAL
MATHEMATICS
AND SCIENCE
STUDY
(TIMSS) 2019
18
1 TRENDS IN INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY
(TIMSS) 2019
1.1 Pengenalan
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) ialah kajian perbandingan antarabangsa
yang dikendalikan oleh International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA).
Kajian TIMSS ini dilaksanakan setiap empat tahun dan kajian TIMSS pertama dilaksanakan dalam TIMSS
1995. Kajian yang ditawarkan oleh IEA merangkumi TIMSS Gred Empat, TIMSS Gred Lapan dan TIMSS
Advanced.
Kajian TIMSS berfokus kepada pentaksiran Matematik dan Sains. Dua bentuk instrumen yang digunakan
dalam kajian ialah pentaksiran dan soal selidik. Kerangka pentaksiran TIMSS terbahagi kepada dua
dimensi iaitu dimensi kandungan dan dimensi kognitif. Soal selidik pula terdiri daripada soal selidik
murid, guru Matematik, guru Sains dan pentadbir sekolah serta soal selidik kurikulum.
1.2 Penyertaan Malaysia dalam TIMSS
Malaysia mula menyertai kajian TIMSS dalam TIMSS Gred Lapan (Tingkatan Dua) melalui kajian TIMSS
1999. Penyertaan Malaysia diteruskan dengan TIMSS 2003, TIMSS 2007, TIMSS 2011, TIMSS 2015 dan yang
terkini TIMSS 2019. Penyertaan dalam TIMSS 2019 adalah penyertaan Malaysia untuk kali keenam dalam
kajian seumpamanya.
Penyertaan Malaysia dalam kajian TIMSS adalah untuk melihat keberkesanan pembelajaran Matematik
dan Sains dalam kalangan murid Malaysia berbanding rakan mereka di negara lain. Dapatan kajian
turut menyediakan sumber maklumat hasil pembelajaran Matematik dan Sains serta melihat faktor
persekitaran murid yang mempengaruhi pencapaian mereka untuk rujukan pendidik, penggubal dasar,
penyelidik, dan pihak yang berkepentingan untuk merancang aktiviti penambahbaikan pengajaran dan
pembelajaran Matematik dan Sains.
1.3 Negara peserta dalam Gred Lapan TIMSS 2019
Afrika Selatan Lubnan
Amerika Syarikat * Lithuania *
Arab Saudi Malaysia *
Australia
Bahrain Maghribi
Chile * New Zealand
Chinese Taipei *
Cyprus Norway *
Mesir Oman
England *
Finland * Portugal *
Perancis * Qatar *
Georgia *
Hong Kong * Romania
Hungary * Rusia *
Iran
Ireland Singapura *
Israel * Sweden *
Itali * Turki *
Jepun
Jordan Emiriah Arab Bersatu *
Kazakhstan
Korea Selatan * Peserta Penandaarasan**
Kuwait Ontario, Kanada *
Quebec, Kanada *
Moscow, Rusia *
Gauteng, Afrika Selatan
Western Cape, Afrika Selatan
Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu *
Dubai, Emiriah Arab Bersatu *
* Negara yang mengambil eTIMSS
** Peserta panandaarasan - Negeri atau daerah di sesebuah negara dibenarkan untuk mengambil
bahagian dalam TIMSS sebagai peserta penandaarasan bagi menilai kedudukan dan pencapaian
murid mereka di peringkat antarabangsa. Di samping itu, peserta penandaarasan juga dapat
melihat kurikulum serta pengajaran dan pembelajaran mereka dalam konteks antarabangsa.
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
19
1.4 Kerangka dan Spesifikasi Ujian Matematik dan Sains Gred Lapan TIMSS 2019
Ujian Matematik dan Sains mengandungi dua domain iaitu domain kandungan dan domain kognitif.
1.4.1 Domain Kandungan Matematik – Gred Lapan
Jadual 1.1 menunjukkan domain kandungan TIMSS Matematik Gred Lapan serta peratusan
bilangan soalan yang diperuntukkan. Setiap domain kandungan mengandungi bidang topik,
dan setiap bidang topik pula merangkumi beberapa topik yang lebih kecil. Dalam pentaksiran
Matematik Gred Lapan, setiap topik tersebut menerima jumlah pemberatan yang hampir sama.
Jadual 1.1 : Peratusan Bilangan Soalan yang Diperuntukkan untuk Setiap Domain Kandungan
bagi Pentaksiran Matematik TIMSS 2019 Gred Lapan
Domain Kandungan Gred Lapan Peratusan
Nombor 30%
Algebra 30%
Geometri 20%
Data dan Kebarangkalian 20%
Nombor
Semasa pentaksiran Gred Lapan, 30% pentaksiran dalam domain kandungan nombor
merangkumi tiga bidang topik berikut:
● Integer (10%)
● Pecahan dan perpuluhan (10%)
● Nisbah, peratus dan perkadaran (10%)
Berasaskan pembinaan pengetahuan terhadap domain kandungan nombor semasa Gred Empat,
murid Gred Lapan sepatutnya sudah mempunyai kemahiran yang lebih baik terhadap konsep
dan prosedur nombor bulat termasuk pemahaman Matematik dalam nombor nisbah (integer,
pecahan dan perpuluhan). Murid juga sepatutnya boleh memahami dan mengira menggunakan
integer. Pecahan dan perpuluhan memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian dan
kebolehan mengira menggunakan konsep tersebut memerlukan pemahaman terhadap kuantiti
simbol yang diwakili. Murid perlu memahami bahawa konsep pecahan dan perpuluhan merupakan
entiti tunggal seperti nombor bulat. Suatu nombor nisbah boleh diwakili menggunakan pelbagai
penulisan simbol, dan murid perlu berkebolehan mengenal pasti perbezaan antara interpretasi,
pertukaran serta menaakul menggunakan nombor nisbah. Selain itu, murid juga seharusnya
berupaya untuk menyelesaikan masalah melibatkan nisbah, peratus dan perkadaran.
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
20
Jadual 1.2 : Bidang Topik untuk Domain Kandungan Nombor bagi Matematik TIMSS 2019
Bidang topik Penerangan
Integer ● Menunjukkan kefahaman tentang sifat nombor dan operasi; mencari dan
menggunakan gandaan dan faktor, mengenal pasti nombor perdana,
menilai nombor dengan kuasa integer positif, menilai punca kuasa dua
bagi nombor kuasa dua sehingga 144, dan menyelesaikan masalah
melibatkan punca kuasa nombor bulat.
● Menghitung dan menyelesaikan masalah melibatkan nombor positif dan
negatif, termasuk pergerakan pada garis nombor atau pelbagai model
(contoh: rugi dan untung, termometer).
Pecahan dan ● Menggunakan pelbagai model dan perwakilan, membanding dan
perpuluhan menyusun pecahan serta perpuluhan serta mengenal pasti pecahan dan
perpuluhan yang setara.
● Menghitung menggunakan pecahan dan perpuluhan, termasuk dalam
situasi permasalahan.
Nisbah, ● Mengenal pasti dan mencari nisbah setara; membina model terhadap
perkadaran dan sesuatu situasi yang diberi menggunakan nisbah; membahagikan
peratus
kuantiti berdasarkan nisbah yang diberikan.
● Menyelesaikan masalah melibatkan perkadaran atau peratus, termasuk
menukarkan antara peratus dan pecahan atau perpuluhan.
Algebra
30% pentaksiran berkaitan dengan algebra merangkumi dua bidang topik berikut:
● Ungkapan, operasi dan persamaan (20%)
● Hubungan dan fungsi (10%)
Corak dan hubungan adalah perkara biasa dalam dunia sekeliling kita dan algebra membolehkan
kita mengungkapkan perkara ini secara Matematik. Murid sepatutnya berupaya untuk
menyelesaikan masalah dunia sebenar menggunakan model algebra dan menerangkan
hubungan yang melibatkan konsep algebra. Mereka perlu memahami bahawa sekiranya
terdapat suatu formula yang melibatkan dua kuantiti, sekiranya satu kuantiti diketahui, mereka
boleh mencari kuantiti yang lain menggunakan sama ada secara algebra atau dengan kaedah
penggantian. Pemahaman konseptual ini boleh diperluaskan kepada persamaan linear untuk
pengiraan tentang perkara yang berkembang pada kadar tetap (contoh: cerun). Fungsi pula
boleh digunakan untuk memerihalkan apa yang akan berlaku kepada sesuatu pemboleh ubah
apabila pemboleh ubah yang berkaitan berubah.
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
21
Jadual 1.3 : Bidang Topik untuk Domain Kandungan Algebra bagi Matematik TIMSS 2019
Bidang topik Penerangan
Ungkapan, ● Mencari nilai terhadap sesuatu ungkapan atau formula yang diberi nilai
operasi dan pemboleh ubah.
persamaan
● Mempermudahkan ungkapan algebra yang melibatkan jumlah, produk
dan kuasa; membandingkan ungkapan dengan menentukan sama ada
ia setara.
● Menulis ungkapan, persamaan atau ketaksamaan untuk mewakili situasi
masalah.
● Menyelesaikan persamaan linear, ketaksamaan linear, dan persamaan
linear serentak dalam dua pemboleh ubah, termasuk yang menjadi
model situasi kehidupan sebenar.
Hubungan dan ● Mentafsir, menghubung kait dan menghasilkan perwakilan fungsi linear
fungsi dalam jadual, grafik atau perkataan; mengenal pasti sifat fungsi linear
termasuk cerun dan pintasan.
● Mentafsir, menghubung kait dan menghasilkan perwakilan fungsi bukan
linear ringkas (contoh: kuadratik) dalam jadual, graf atau perkataan;
mengeneralisasikan hubungan pola dalam urutan menggunakan
nombor, perkataan atau ungkapan algebra.
Geometri
Memperluaskan pemahaman tentang bentuk dan ukuran yang ditaksir semasa Gred Empat,
murid Gred Lapan seharusnya dapat menganalisis sifat pelbagai angka dua dan tiga dimensi
serta menghitung perimeter, luas dan isipadu. Mereka seharusnya dapat menyelesaikan masalah
dan memberikan penjelasan berdasarkan hubungan geometri seperti kongruen, persamaan dan
teorem Pythagoras.
Domain kandungan geometri untuk Gred Lapan merangkumi satu bidang topik sahaja:
● Bentuk geometri dan pengukuran (20%)
Jadual 1.4 : Bidang Topik untuk Domain Kandungan Geometri bagi Matematik TIMSS 2019
Bidang topik Penerangan
Bentuk geometri Pembelajaran Gred Lapan merangkumi bentuk-bentuk geometri seperti
dan pengukuran bulatan; segi tiga tak sama kaki, segi tiga sama kaki, segi tiga sama sisi
dan segi tiga bersudut tepat; trapezium, segi empat selari, segi empat
tepat, rombus, dan segi empat lain. Selain itu, poligon lain juga terlibat
termasuk pentagon, heksagon, oktagon dan dekagon. Tambahan lagi,
bentuk tiga dimensi iaitu prisma, piramid, kon, silinder serta sfera juga telah
digabungkan. Gambarajah satu dan dua dimensi boleh dipersembahkan
dalam satah Cartesian.
● Mengenal pasti dan melukiskan jenis sudut dan pasangan garis, serta
menggunakan hubungan antara sudut pada garis dan dalam bentuk
gambarajah geometri untuk menyelesaikan masalah. Perkara ini
termasuk yang melibatkan pengukuran sudut dan segmen garis;
menyelesaikan masalah yang melibatkan titik pada satah Cartesian.
● Mengenal pasti bentuk dua dimensi dan menggunakan sifat geometrinya
untuk menyelesaikan masalah, termasuk yang melibatkan perimeter,
lilitan, luas dan teorem Pythagoras.
● Mengenal pasti dan melukis imej transformasi geometri (translasi,
pantulan dan putaran) dalam satah; mengenal pasti kongruen dan segi
tiga serta segi empat serupa serta menyelesaikan masalah berkaitan.
● Mengenal pasti bentuk tiga dimensi dan menggunakan sifat geometri
tersebut untuk menyelesaikan masalah, termasuk yang melibatkan
luas permukaan dan isipadu; menghubungkaitkan bentuk tiga dimensi
dengan perwakilan dua dimensinya.
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
22
Data dan Kebarangkalian
Semakin banyak bentuk paparan data yang tradisional seperti graf bar, graf garis dan carta pai
telah ditambah baik dengan pelbagai bentuk grafik baru seperti infografik. Murid Gred Lapan
seharusnya dapat membaca dan mengeluarkan maklumat penting daripada pelbagai paparan
visual yang diberi. Adalah penting untuk murid menjadi biasa dengan taburan data melalui
statistik serta bagaimana data tersebut mempunyai hubung kait dengan bentuk data pada graf.
Selain itu, murid juga seharusnya mengetahui bagaimana untuk mengumpul, menyusun serta
mempersembahkan data. Tambahan lagi, mereka perlu memahami beberapa konsep yang
berkaitan dengan kebarangkalian.
Domain kandungan data dan kebarangkalian meliputi dua bidang topik:
● Data (15%)
● Kebarangkalian (5%)
Jadual 1.5 : Bidang Topik untuk Domain Kandungan Data dan Kebarangkalian bagi
Matematik TIMSS 2019
Bidang topik Penerangan
Data ● Membaca dan menterjemahkan data daripada satu atau lebih sumber
untuk menyelesaikan masalah seperti interpolat, ekstrapolat, membuat
perbandingan dan membuat kesimpulan.
● Mengenal pasti prosedur yang betul untuk mengumpul data; mengurus
dan mempersembahkan data untuk membantu dalam menyelesaikan
soalan.
● Menghitung, mengguna atau menterjemahkan statistik (median, min,
mod, julat) meringkaskan taburan data; mengenal pasti kesan data
serakan dan outliers.
Kebarangkalian ● Untuk kes-kes ringkas dan berganda:
a) tentukan kebarangkalian teori (berdasarkan hasil yang lebih kurang
sama); atau
b) ramalkan kebarangkalian empirikal (berdasarkan hasil eksperimen).
1.4.2 Domain Kognitif Matematik – Gred Lapan
Jadual 1.6 menunjukkan domain kognitif TIMSS Matematik Gred Lapan.
Jadual 1.6 : Domain Kognitif Matematik
Domain Kognitif Matematik
Pengetahuan (35%) Pengetahuan melibatkan aktiviti kognitif seperti mengingat definisi/
terminologi, mengenal pasti objek/ bentuk/ nombor/ ekspresi Matematik,
menghitung, mendapatkan maklumat, mengukur dan mengklasifikasi.
Aplikasi (40%) Memilih operasi, mempamerkan informasi Matematik dan data,
menjana model yang sesuai, mengimplimentasi arahan Matematik dan
menyelesaikan masalah biasa.
Penaakulan (25%) Menganalisis, membuat generalisasi, mengintegrasi/ mensintesis,
menjustifikasi, dan menyelesaikan masalah bukan rutin.
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
23
1.4.3 Domain Kandungan Sains – Gred Lapan
Empat domain kandungan utama bagi Sains untuk pentaksiran TIMSS Gred Lapan adalah
Biologi, Kimia, Fizik dan Sains Bumi. Jadual 1.2 menunjukkan peratusan bilangan soalan untuk
setiap domain kandungan dalam pentaksiran Sains TIMSS 2019.
Jadual 1.7 : Peratusan Bilangan Soalan yang Diperuntukkan untuk Setiap Domain Kandungan
bagi Pentaksiran Sains TIMSS 2019 Gred Lapan
Domain Kandungan Gred Lapan Peratusan
Biologi 35%
Kimia 20%
Fizik 25%
Sains Bumi 20%
Setiap domain kandungan di atas merangkumi beberapa bidang topik utama, dan setiap bidang
topik tersebut pula merangkumi satu atau lebih topik. Setiap topik telah diperincikan dengan
objektif khusus yang dapat mewakili pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang patut ada
pada murid untuk dinilai dalam setiap topik tersebut. Secara asasnya, setiap objektif menerima
pemberatan yang sama daripada aspek item pentaksiran yang dibentuk. Kata kerja yang
digunakan dalam setiap objektif bertujuan untuk mewakili pencapaian umum yang dijangkakan
daripada murid Gred Lapan, namun bukan bertujuan membataskan pencapaian mereka untuk
suatu domain kognitif yang khusus. Setiap objektif dapat ditaksir berdasarkan kepada setiap tiga
domain kognitif tersebut iaitu mengetahui, mengaplikasi dan menaakul.
Biologi
Semasa Gred Lapan, murid membina pengetahuan asas tentang ilmu sains yang dipelajari sejak
gred rendah lagi dan pengetahuan tersebut telah berkembang terutamanya tentang konsep
penting dalam Biologi. Domain Biologi merangkumi enam bidang topik iaitu:
● Ciri dan proses kehidupan organisma
● Sel dan fungsinya
● Kitaran hidup, pembiakan dan keturunan
● Kepelbagaian, penyesuaian dan pemilihan semula jadi
● Ekosistem
● Kesihatan manusia
Konsep yang dipelajari dalam setiap bidang topik ini sangat penting untuk menyediakan murid
menghadapi pembelajaran pada aras yang lebih tinggi. Murid Gred Lapan diharapkan dapat
memahami bagaimana struktur berhubungkait dengan fungsi dalam sesuatu organisma. Mereka
juga sepatutnya sudah mempunyai asas yang kukuh terhadap pemahaman berkaitan dengan
struktur sel dan fungsinya, proses fotosintesis serta respirasi sel. Pada tahap ini, pembelajaran
terhadap pembiakan dan keturunan akan menjadi asas kepada aras pembelajaran yang lebih
tinggi dalam bidang biologi molekul serta genetik molekul. Mempelajari konsep penyesuaian dan
pemilihan semula jadi pula dapat menyediakan asas yang baik untuk memahami konsep evolusi.
Manakala pemahaman terhadap proses dan interaksi dalam sesuatu ekosistem akan memainkan
peranan penting kepada murid untuk mula berfikir bagaimana menyediakan jalan penyelesaian
terhadap pelbagai cabaran dalam persekitaran. Akhirnya, pembangunan kefahaman terhadap
ilmu sains tentang kesihatan manusia membolehkan murid untuk memperbaiki keadaan
kehidupan mereka juga kehidupan orang lain.
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
24
Jadual 1.8 : Bidang Topik untuk Domain Kandungan Biologi TIMSS 2019
Bidang topik Penerangan
Ciri-ciri dan proses ● Perbezaan antara kumpulan taksonomi organisma utama
kehidupan organisma ● Struktur dan fungsi sistem organ utama
● Proses fisiologi dalam haiwan
Sel dan fungsinya ● Struktur dan fungsi sel
● Proses fotosintesis dan respirasi sel
Kitaran hidup, ● Kitaran hidup dan corak perkembangan
pembiakan dan ● Pembiakan seksual dan warisan dalam tumbuhan dan haiwan
keturunan
Kepelbagaian, ● Variasi sebagai asas pemilihan semula jadi
penyesuaian dan ● Evidens perubahan kehidupan di bumi dari semasa ke semasa
pemilihan semula jadi
Ekosistem ● Aliran tenaga dalam ekosistem
Kesihatan manusia ● Kitaran air, oksigen dan karbon dalam ekosistem
● Kebergantungan populasi organisma dalam suatu ekosistem
● Faktor yang mempengaruhi saiz populasi dalam suatu ekosistem
● Kesan manusia ke atas persekitaran
● Punca, penularan dan pencegahan serta daya tahan diri terhadap
penyakit
● Kepentingan diet, senaman, dan pilihan gaya hidup
Kimia
Semasa Gred Lapan, pembelajaran murid terhadap Kimia melebihi daripada pembangunan
kefahaman terhadap fenomena biasa yang berlaku setiap hari kepada konsep dan prinsip utama
yang diperlukan untuk memahami aplikasi yang melibatkan ilmu Kimia serta pembelajaran yang
lebih mendalam. Domain kandungan Kimia merangkumi tiga bidang topik:
● Komposisi jirim
● Sifat jirim
● Perubahan kimia
Bidang topik komposisi jirim memberi fokus kepada membezakan unsur, sebatian dan campuran
serta memahami struktur zarah jirim. Bidang ini juga meliputi kegunaan jadual berkala unsur
sebagai jadual organisasi unsur. Pada peringkat makroskopik, bidang topik sifat jirim memberi
fokus kepada perbezaan antara sifat fizik dan kimia jirim, pemahaman sifat campuran dan
larutan serta sifat asid dan bes. Pembelajaran terhadap perubahan kimia pula berfokus kepada
ciri perubahan tersebut dan prinsip keabadian jirim semasa perubahan kimia berlaku.
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
25
Jadual 1.9 : Bidang Topik untuk Domain Kandungan Kimia TIMSS 2019
Bidang topik Penerangan
Komposisi jirim ● Struktur atom dan molekul
● Unsur, sebatian dan campuran
● Jadual Berkala Unsur
Sifat jirim ● Sifat fizik dan sifat kimia bagi jirim
● Sifat fizik dan sifat kimia sebagai asas untuk mengklasifikasikan jirim
● Campuran dan larutan
● Sifat asid dan bes
Perubahan kimia ● Ciri perubahan kimia
● Jirim dan tenaga dalam tindak balas kimia
● Ikatan kimia
Fizik
Seperti dalam bidang kimia, pembelajaran dalam bidang Fizik juga diperluaskan daripada hanya
sekadar pemahaman kepada prinsip asas sains melalui pemerhatian biasa setiap hari, malah
kepada mempelajari banyak konsep utama Fizik yang diperlukan untuk memahami aplikasi
Fizik atau untuk mendalami ilmu Fizik dalam peringkat pengajian seterusnya. Domain Fizik
mengandungi lima bidang topik utama:
● Keadaan fizik dan perubahan jirim
● Transformasi dan perpindahan tenaga
● Cahaya dan bunyi
● Elektrik dan magnet
● Daya dan gerakan
Murid Gred Lapan diharap dapat menjelaskan proses yang terlibat dalam perubahan keadaan
jirim dan menghubungkaitkan keadaan jirim dengan jarak dan pergerakan antara zarah. Mereka
juga seharusnya dapat mengenal pasti pelbagai bentuk tenaga, menjelaskan transformasi tenaga
ringkas, mengaplikasikan prinsip keabadian jumlah tenaga dalam situasi sebenar dan memahami
perbezaan antara tenaga terma (haba) dan suhu. Murid pada gred ini dijangka dapat mengetahui
beberapa sifat asas yang melibatkan cahaya dan bunyi, menghubungkaitkan sifat ini dengan
fenomena yang dapat dilihat, juga dapat menyelesaikan masalah melibatkan sifat cahaya dan
bunyi. Dalam bidang topik elektrik dan magnet, murid sepatutnya sudah biasa dengan konduksi
elektrik terhadap bahan umum, pengaliran arus dalam litar elektrik, dan perbezaan antara litar
siri dan selari. Mereka juga seharusnya berupaya untuk menghuraikan tentang sifat magnet dan
elektromagnet. Pemahaman murid terhadap daya dan gerakan sepatutnya merangkumi jenis
pengetahuan asas dan ciri daya serta bagaimana mesin ringkas berfungsi. Mereka sepatutnya
faham terhadap konsep tekanan dan berupaya untuk meramal perubahan kualitatif dalam
gerakan berdasarkan daya yang bertindak ke atas sesuatu objek.
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
26
Jadual 1.10 : Bidang Topik untuk Domain Kandungan Fizik TIMSS 2019
Bidang topik Penerangan
Keadaan fizikal dan ● Pergerakan zarah dalam pepejal, cecair dan gas
perubahan jirim ● Perubahan keadaan jirim
● Perubahan fizikal
Transformasi dan ● Bentuk tenaga dan keabadian tenaga
perpindahan tenaga ● Perpindahan tenaga terma dan konduksi terma bahan
Cahaya dan bunyi ● Sifat cahaya
● Sifat bunyi
Keelektrikan dan ● Konduktor dan pengaliran arus dalam litar elektrik
kemagnetan ● Sifat-sifat dan kegunaan magnet kekal dan elektromagnet
Daya dan gerakan ● Gerakan.
● Daya biasa dan ciri-ciri
● Kesan daya
Sains Bumi
Topik yang dipelajari dalam Sains Bumi merangkumi bidang geologi, astronomi, meteorologi,
hidrologi dan oseanografi serta berhubungkait dengan konsep dalam Biologi, Kimia dan Fizik.
Walaupun subjek berbeza dalam Sains Bumi yang merangkumi semua topik ini tidak diajar dalam
semua negara, pemahaman berkaitan dengan bidang topik Sains Bumi dijangka telah dimasukkan
dalam kurikulum sains meliputi sains kehidupan dan fizikal atau dalam mata pelajaran berbeza
contohnya geografi dan geologi. TIMSS 2019 Science Framework telah mengenal pasti bidang
topik berikut penting untuk dikuasai murid Gred Lapan sebagai memahami planet tempat
tinggal mereka dan kedudukannya dalam alam semesta:
● Keadaan fizikal dan struktur bumi
● Sejarah, kitaran dan proses bumi
● Kegunaan dan pemuliharaan sumber bumi
● Bumi dalam sistem solar dan alam semesta
Murid Gred Lapan dijangka mempunyai sedikit pengetahuan umum berkaitan keadaan fizikal
dan struktur bumi termasuk lapisan struktur bumi dan atmosfera. Murid seharusnya mempunyai
pemahaman konseptual terhadap proses, kitaran dan corak termasuk proses geologi yang telah
berlaku dalam sejarah bumi, kitaran air serta corak cuaca dan iklim. Murid juga seharusnya dapat
mempamerkan pengetahuan berkaitan dengan kegunaan dan pemuliharaan sumber bumi,
serta dapat mengaitkan pengetahuan ini untuk menyelesaikan masalah praktikal berkaitan isu
pengurusan sumber. Pada peringkat ini, pembelajaran terhadap sistem solar dan bumi meliputi
pemahaman bagaimana fenomena yang dilihat dapat dikaitkan dengan pergerakan bumi dan
bulan serta menjelaskan ciri keadaan bumi, bulan dan planet lain.
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
27
Jadual 1.11 : Bidang Topik untuk Domain Kandungan Sains Bumi TIMSS 2019
Bidang topik Penerangan
Keadaan fizikal dan struktur ● Ciri fizikal dan struktur bumi
bumi
Sejarah, kitaran dan proses ● Proses geologi
bumi ● Kitaran air bumi
● Cuaca dan iklim
Kegunaan dan pemuliharaan ● Menguruskan sumber bumi
sumber bumi ● Kegunaan air dan tanah
Bumi dalam sistem solar dan ● Fenomena yang berlaku di bumi akibat daripada
alam semesta pergerakan bulan dan bumi
● Matahari, bintang, bumi, bulan dan planet
1.4.4 Domain Kognitif Sains – Gred Lapan
Jadual 1.12 menunjukkan domain kognitif TIMSS Sains Gred Lapan.
Jadual 1.12 : Domain Kognitif Sains
Domain Kognitif Sains
Pengetahuan (35%) Mengingat/ mengenal pasti, mendefinisi, menghurai, mengilustrasi
dengan contoh, mendemonstrasi pengetahuan menggunakan
instrumen Sains.
Aplikasi (35%) Membanding/membeza/mengkelas, mengguna model, menghubung
kait, mentafsir maklumat, mencari penyelesaian dan penjelasan.
Penaakulan (30%) Menganalisa, mengintegrasi/ mensintesis, membuat hipotesis/
meramal, mereka bentuk, membuat kesimpulan, mengeneralisasi,
menilai dan menjustifikasi.
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
28
1.5 Instrumen Kajian TIMSS 2019
■ Pentaksiran eTIMSS
Buat pertama kali bagi TIMSS 2019, negara peserta diberi pilihan
untuk melaksanakan eTIMSS iaitu pentaksiran berasaskan
komputer. Walau bagaimanapun, eTIMSS masih mengekalkan
item trend di samping item baharu yang dibina berdasarkan
tugasan inkuiri dan penyelesaian masalah secara interaktif.
Sebanyak 236 item Matematik dan 246 item Sains dikumpulkan
dalam eTIMSS. Jumlah masa yang diberikan untuk menjawab
soalan ialah 90 minit; iaitu 45 minit untuk setiap bahagian dan
diselangkan dengan masa rehat selama 20 minit
■ Buku ujian (paperTIMSS)
Negara peserta TIMSS yang mengambil bahagian buat pertama
kali dalam eTIMSS perlu juga menjalankan pentadbiran kajian
secara paperTIMSS sebagai transisi daripada paperTIMSS ke eTIMSS.
Sekurang-kurangnya 1560 murid telah menduduki ujian secara
paperTIMSS. Terdapat 14 buku ujian dengan soalan Matematik dan
Sains yang setara digunakan semasa pentaksiran TIMSS 2019 yang
merangkumi soalan berbentuk aneka pilihan dan soalan terbuka.
Setiap buku mengandungi dua bahagian yang mengasingkan soalan
Matematik dan Sains. Jumlah masa yang diberikan untuk menjawab
soalan ialah 90 minit; iaitu 45 minit untuk setiap bahagian dan
diselangkan dengan masa rehat selama 20 minit. Setiap murid hanya
menjawab sebuah buku ujian yang disediakan dalam dwibahasa
iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
■ Soal selidik
Empat (4) jenis soal selidik yang ditadbir dalam TIMSS 2019 adalah soal selidik murid, soal selidik
guru, soal selidik sekolah dan soal selidik kurikulum.
i. Soal selidik murid
Soal selidik ini dijawab oleh setiap murid yang mengambil ujian TIMSS. Maklumat yang ditanya
adalah aspek kehidupan di rumah dan di sekolah, termasuk informasi demografi, suasana di rumah,
iklim pembelajaran di sekolah, persepsi kendiri dan sikap terhadap Matematik dan Sains.
ii. Soal selidik guru
Soal selidik ini dijawab oleh guru Matematik dan Sains yang mengajar murid yang mengambil ujian
TIMSS secara dalam talian. Tujuan soal selidik ini adalah untuk mengumpul maklumat tentang sikap
guru dan konteks pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan juga topik yang diajar dalam
Matematik dan Sains.
iii. Soal selidik sekolah
Soal selidik ini juga dijawab secara dalam talian oleh pentadbir sekolah yang merangkumi soalan
berkaitan ciri-ciri sekolah, masa pengajaran dan pembelajaran, sumber dan teknologi, pelibatan ibu
bapa, iklim sekolah, guru, peranan pengetua dan kesediaan murid bersekolah.
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
29
iv. Soal selidik kurikulum
Soal selidik kurikulum dijawab oleh Penyelaras Kajian Kebangsaan dengan kerjasama pakar
kurikulum dan pendidik. Soal selidik bertujuan untuk mengumpul maklumat asas berkaitan
kurikulum Matematik dan Sains yang diguna pakai oleh negara peserta dan kandungan yang diajar
pada tahap Gred Empat dan Gred Lapan. Ia juga menyentuh berkaitan dasar keciciran dan kenaikan
tingkatan, sistem peperiksaan kebangsaan serta objektif dan standard pengajaran Matematik dan
Sains.
1.6 Pelaksanaan Kajian TIMSS 2019 di Malaysia
Malaysia telah memilih untuk menjalankan TIMSS 2019 secara eTIMSS. Mesyuarat Profesional
Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 30/2016 pada 29 September 2016 telah memutuskan bahawa
penyertaan Malaysia adalah secara kaedah eTIMSS. Negara peserta yang memilih eTIMSS dikehendaki
melaksanakan Kajian Kesetaraan Item eTIMSS pada Mei 2017, manakala Kajian Rintis TIMSS 2019 ditadbir
pada bulan April 2018 dan Kajian Utama TIMSS 2019 pada bulan Oktober 2018.
1.7 Garis Masa Pelaksanaan Kajian TIMSS 2019
Pelaksanaan kajian TIMSS 2019 telah bermula dari tahun 2016 lagi. Negara peserta telah mendapat
jemputan untuk menyertai TIMSS 2019 pada tahun 2016 dan dimohon untuk menyemak kerangka kajian.
Seterusnya pada tahun 2017, negara peserta diberi peluang untuk membangunkan item pentaksiran
bersama pihak IEA dan juga Pusat Kajian Antarabangsa yang beribu pejabat di Boston College, USA dan
seterusnya menjalankan kajian kesetaraan item eTIMSS.
Kajian Kesetaraan Item eTIMSS telah dilaksanakan bagi menilai sistem eTIMSS yang dibangunkan oleh
pihak IEA dan untuk menguji kesan pelaksanaan pentaksiran menggunakan dua kaedah iaitu kaedah
paperTIMSS dan eTIMSS. Kajian tersebut telah dilaksanakan pada 2 hingga 15 Mei 2017 di 25 buah sekolah
di negeri Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Dalam Kajian Kesetaraan Item eTIMSS, setiap sampel murid dikehendaki menjawab soalan dalam kedua-
dua kaedah. Soalan ujian yang diberikan kepada setiap murid adalah berbeza bagi kedua-dua kaedah
tersebut. Walau bagaimanapun, aspek kandungan dan kognitif setiap soalan ujian adalah setara.
Kajian Rintis TIMSS 2019 pula telah dilaksanakan dalam bulan Mac dan April 2018. Sebanyak 25 buah
sekolah telah terpilih melibatkan 2,000 murid Tingkatan Tiga, 25 orang pentadbir sekolah, serta 100 orang
guru Matematik dan guru Sains yang mengajar kelas sampel. Tujuan kajian rintis dilaksanakan adalah
untuk melihat kebolehlaksanaan item dan pentadbiran eTIMSS. Aktiviti penskoran item seterusnya
dilakukan pada awal bulan Jun 2018.
Kajian Utama TIMSS 2019 dilaksanakan pada 16 Oktober hingga 1 November 2018. Sebanyak 221 buah
sekolah dipilih sebagai sampel menurut strata sekolah yang ditetapkan oleh IEA, iaitu (i) berdasarkan
jenis sekolah: sekolah menengah kebangsaan (SMK), sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA),
sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), sekolah menengah agama
negeri (SMAN), sekolah menengah agama rakyat (SMAR), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) serta
sekolah swasta; dan (ii) berdasarkan lokasi iaitu bandar dan luar bandar. Negara yang memilih untuk
mengambil eTIMSS buat pertama kali perlu juga menyediakan sekurang-kurangnya 1500 murid untuk
menduduki paperTIMSS sebagai transisi paperTIMSS ke eTIMSS. Murid Tingkatan Dua di Malaysia yang
menjawab ujian secara eTIMSS adalah seramai 8077 orang, manakala paperTIMSS seramai 1560 orang.
Di samping itu, 221 pentadbir telah menjawab Soal Selidik Sekolah serta seramai 698 guru Matematik
dan guru Sains yang mengajar kelas sampel menjawab Soal Selidik Guru. Kedua-dua soal selidik ini
dijawab dalam talian.
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
30
Penskoran skrip jawapan murid dilaksanakan pada hujung bulan November hingga pertengahan
Disember 2018. Kajian TIMSS diteruskan dengan Soal Selidik Kurikulum, Analisis Kesepadanan Kurikulum
Ujian (Test Curriculum Matching Analysis), Ensiklopedia TIMSS 2019 (TIMSS Encyclopedia) serta semakan
data pada tahun 2019.
Tahun 2020 dimulakan dengan semakan data yang diberikan oleh pihak IEA dan seterusnya penghasilan
buku laporan ini. Majlis pengumuman keputusan pencapaian TIMSS 2019 pula diadakan serentak oleh
semua negara peserta di negara masing-masing dan pihak IEA di Heritage Site, UNESCO Paris pada 8
Disember 2020.
2016 2017 2018 2019 2020
• Jemputan • Pembangunan • Kajian Rintis - • Soal Selidik • Semakan data
mengambil instrumen April Kurikulum • Pelaporan
bahagian kajian • Pengumuman
dalam TIMSS • Kajian Utama - • Test
2019 • Semakan dan Oktober Curriculum pada 8
penterjemahan Matching Disember 2020
• Pembangunan item • Penskoran Analysis
kerangka kajian skrip jawapan
• Pensampelan murid • TIMSS
Encyclopedia
• Kajian
Kesetaraan
Item eTIMSS
Rajah 1.1: Garis Masa Kitaran TIMSS 2019
1.8 Struktur Laporan Kebangsaan Kajian Trends in International Mathematics and
Science Study (TIMSS) 2019
■ Bab 2 melaporkan pencapaian Malaysia dalam Matematik. Secara keseluruhan, pencapaian Malaysia
dalam Matematik dibandingkan dengan negara lain yang mengambil bahagian dalam TIMSS 2019.
Di samping itu, bab ini melaporkan perbandingan trend pencapaian Malaysia dalam Matematik,
taburan pencapaian Malaysia dalam Matematik, perbandingan pencapaian mengikut domain
kandungan dan kognitif Matematik serta trend pencapaian mengikut domain kandungan dan
kognitif Matematik.
■ Bab 3 melaporkan pencapaian Malaysia dalam Sains. Secara keseluruhan, pencapaian Malaysia dalam
Sains dibandingkan dengan negara lain yang mengambil bahagian dalam TIMSS 2017. Di samping
itu, bab ini melaporkan perbandingan trend pencapaian Malaysia dalam Sains, taburan pencapaian
Malaysia dalam Sains, perbandingan pencapaian mengikut domain kandungan dan kognitif Sains
serta trend pencapaian mengikut domain kandungan dan kognitif Sains.
■ Bab 4 masih melaporkan pencapaian Malaysia dalam Matematik dan Sains berdasarkan penandaarasan
antarabangsa TIMSS 2019. Bab ini juga akan memberikan maklumat pencapaian dan item bagi
keempat-empat penandaarasan iaitu Aras Tertinggi, Aras Tinggi, Aras Sederhana dan Aras Rendah.
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
31
■ Bab 5 adalah bab yang membincangkan pencapaian murid Malaysia dalam Matematik dan Sains
secara keseluruhan, trend pencapaian, pencapaian dalam domain kandungan dan kognitif dalam
Matematik dan Sains berdasarkan jantina dan lokasi.
■ Bab 6 membincangkan kesediaan Matematik dan Sains iaitu pendidikan formal guru, pengkhususan
guru, pengalaman guru mengajar, pembangunan profesionalisme guru, keperluan pembangunan
profesionalisme guru dan kepuasan bekerja guru.
■ Bab 7 menganalisis cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains iaitu
kekerapan ketidakhadiran murid ke sekolah, keadaan murid yang datang ke sekolah dalam keadaan
letih atau lapar, serta pengajaran terbatas kerana ketidaksediaan murid terhadap pembelajaran.
■ Bab 8 membincangkan sikap murid: kesukaan, keyakinan dan penghargaan murid terhadap
Matematik dan Sains.
■ Bab 9 menerangkan kurikulum dan pengajaran Matematik dan Sains iaitu masa pengajaran, peratus
mata pelajaran Matematik dan Sains yang diajar dalam TIMSS 2019, penekanan terhadap penyiasatan
dalam Sains, sumber kepada eksperimen Sains serta eksperimen dalam pelajaran Sains.
■ Bab 10 melaporkan penggunaan peralatan digital dalam pengajaran Matemaik dan Sains:
penggunaan komputer dalam pengajaran, sokongan guru dalam pembelajaran menggunakan
komputer dalam pelajaran dan penggunaan komputer atau tablet semasa murid menduduki ujian.
■ Bab 11 menganalisis komposisi dan sumber di sekolah untuk pembelajaran Matematik dan Sains
berdasarkan latar belakang sosio ekonomi murid, peratusan murid menjawab ujian Matematik dan
Sains dalam bahasa pertuturan harian, serta persepsi pengetua terhadap kekurangan sumber dalam
pembelajaran Matematik dan Sains.
■ Bab 12 membincangkan iklim sekolah iaitu penekanan sekolah terhadap kejayaan Matematik dan
Sains dan semangat kekitaan murid terhadap sekolah berbanding pencapaian Matematik dan Sains.
■ Bab 13 melaporkan dapatan mengenai disiplin dan keselamatan di sekolah berbanding pencapaian
murid dalam Matematik dan Sains. Di samping itu, dua perkara lain juga dibincangkan iaitu sekolah
yang selamat dan tersusun dan skala buli dalam kalangan murid.
■ Bab 14 membincangkan skala sokongan persekitaran di rumah untuk pembelajaran Matematik dan
Sains, serta pilihan bahasa untuk diuji adalah bahasa pertuturan harian di rumah.
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
32
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAB 2
PENCAPAIAN
MALAYSIA DALAM
MATEMATIK
34
2 PENCAPAIAN MALAYSIA DALAM MATEMATIK
2.1 Pengenalan
Skala purata skor TIMSS bermula pada TIMSS 1995 berdasarkan taburan pencapaian merentasi semua
negara yang mengambil bahagian. Mulai kitaran TIMSS 2011, skala titik tengah (TIMSS Scale Centrepoint)
500 diperkenalkan dan ditetapkan sepadan dengan purata taburan pencapaian keseluruhan. Skala titik
tengah tidak berubah dari TIMSS 2011 hingga TIMSS 2019.
2.2 Pencapaian Malaysia dalam Matematik
Malaysia mula menyertai TIMSS sejak 1999 dengan pencapaian Matematik pada ketika itu pada purata
skor 519, iaitu yang tertinggi dalam kitaran TIMSS yang telah disertai oleh Malaysia, dengan 19 mata
melebihi 487 purata skor antarabangsa. Walau bagaimanapun, pencapaian ini menurun pada kitaran
2003 dengan purata skor 508 dan terus merosot pada kitaran 2007 sehingga 474 mata iaitu 26 mata
di bawah purata skor antarabangsa. Purata skor Matematik Malaysia terus menurun pada kitaran 2011
dengan pencapaian 440 mata berbanding 500 skala titik tengah. TIMSS 2015 menunjukkan peningkatan
sebanyak 25 mata kepada 465, namun berlaku penurunan yang tidak signifikan sebanyak 4 mata dalam
TIMSS 2019 kepada 461.
2.3 Taburan Pencapaian Malaysia dalam Matematik
Purata skor Matematik bagi murid Malaysia dalam TIMSS 2019 adalah 461. Skor ini adalah 4 mata lebih
rendah berbanding pencapaian Matematik dalam TIMSS 2015 (465) tetapi lebih tinggi berbanding
purata skor dalam TIMSS 2011 dengan perbezaan sebanyak 21 skor. TIMSS 2015 (465) tetapi lebih tinggi
berbanding purata skor dalam TIMSS 2011 dengan perbezaan sebanyak 21 skor. Jadual 2.1 menunjukkan
perbezaan taburan pencapaian Matematik dalam TIMSS 1999 hingga TIMSS 2019.
Jadual 2.1: Perbandingan Taburan Pencapaian Matematik dalam TIMSS 1999-2019
Tahun Purata Skor Perbezaan Antara Tahun Taburan Pencapaian Malaysia
2015 2011 2007 2003 1999
2019 461 (3.2) -4 21 -13 -47 -58 247 764
2015 465 (3.6) 25 -9 -43 -54 302 612
2011 440 (5.5) 250 584
-34 -68 -79
2007 474 (5.1) -34 -45 319 608
2003 508 (4.1) -11 398 615
386 648
1999 519 (4.5) 200 300 400 500 600 700
SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science
Study – TIMSS 2019
( ) Nilai ralat piawai dibuat dalam tanda kurungan
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
35
Pencapaian Malaysia Dalam Matematik
510
480
460
440
519 508 474 440 465 461
420
400
1999 2003 2007 2011 2015 2019
Rajah 2.1: Purata Skor Malaysia dalam Matematik
Di samping itu, pencapaian tertinggi (764) murid TIMSS 2019 menunjukkan purata skor paling tinggi
yang pernah dicatatkan setakat ini berbanding kitaran TIMSS sebelumnya, iaitu dalam TIMSS 1999
(648), TIMSS 2003 (615), TIMSS 2007 (608), TIMSS 2011 (584) dan TIMSS 2015 (612). Jumlah murid yang
memperoleh purata skor melebihi 700 dalam TIMSS 2019 ialah seramai 65 orang. Rajah 2.1 menunjukkan
purata skor Malaysia dalam Matematik.
2.4 Perbandingan Pencapaian Mengikut Domain Kandungan Matematik
Terdapat empat topik dalam domain kandungan Matematik iaitu nombor, algebra, geometri serta data
dan kebarangkalian. Perbandingan pencapaian mengikut domain kandungan Matematik TIMSS 2019
dalam kalangan negara peserta ditunjukkan dalam Jadual 2.2.
Purata skor Matematik Malaysia secara keseluruhan ialah 461. Bagi domain kandungan topik nombor,
Malaysia mencatatkan skor sebanyak 458, diikuti dengan geometri 466 dan pencapaian yang agak sama
bagi dua domain yang lain (algebra 456, data dan kebarangkalian 457). Pencapaian Malaysia dalam
domain geometri adalah lebih tinggi berbanding purata skor keseluruhan. Bagi topik algebra, nombor
serta data dan kebarangkalian pula telah menunjukkan skor yang lebih rendah berbanding purata skor
secara keseluruhan.
Jadual menunjukkan purata skor negara jiran Singapura yang berada di kedudukan pertama dalam
senarai negara peserta TIMSS 2019 adalah jauh lebih tinggi dan pencapaian lebih tinggi juga ditunjukkan
dalam topik data dan kebarangkalian (620), diikuti dengan algebra (619) dan geometri (619) dan nombor
(611).
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
36
Jadual 2.2: Jadual Perbandingan Negara Peserta TIMSS 2019 dengan Purata Skor Mengikut Domain
Kandungan Matematik
Negara Nombor Algebra Geometri Data dan
Purata Skor Purata Skor Purata Skor Kebarangkalian
Purata Skor
1 Singapura * 611 619 619 620
2 Chinese Taipei * 613 618 623 593
3 Korea Selatan* 605 609 617 598
4 Jepun 578 602 610 594
5 Hong Kong* 570 584 596 563
6 Rusia * 541 560 540 517
7 Ireland 541 505 506 541
8 Lithuania * 514 518 529 522
9 Israel * 519 528 506 511
10 Australia 522 501 513 533
11 Hungary * 515 509 521 521
12 Amerika Syarikat * 520 520 499 509
13 England * 519 504 509 523
14 Finland * 515 489 511 514
15 Norway * 507 477 502 518
16 Sweden * 502 496 495 513
17 Cyprus 499 515 490 493
18 Portugal * 492 499 509 498
19 Itali * 495 491 510 494
20 Turki * 493 493 490 502
21 Kazakhstan 482 504 486 463
22 Perancis * 477 468 493 496
23 New Zealand 483 464 477 496
24 Bahrain 473 485 493 465
25 Romania 478 490 472 458
26 United Arab Emirates * 474 486 462 451
27 Georgia * 466 473 449 429
28 Malaysia * 458 456 466 457
29 Iran 442 450 442 435
30 Qatar * 441 454 435 423
31 Chile * 442 439 434 434
32 Lubnan 432 452 422 383
33 Jordan 408 442 413 396
34 Mesir 414 413 417 380
35 Oman 392 427 418 393
36 Kuwait ~~~~
37 Arab Saudi ~~~~
38 Afrika Selatan ~~~~
39 Maghribi 377 370 413 372
SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
Tanda tilde (~) menunjukkan data tidak mencukupi untuk melaporkan pencapaian
* Negara eTIMSS
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
37
2.5 Trend Pencapaian Malaysia Mengikut Domain Kandungan Matematik
Rajah 2.3 menunjukkan trend pencapaian Malaysia mengikut domain Lebih
kandungan Matematik dari 2007 hingga 2019. Secara umumnya, Malaysia ramai murid
menunjukkan trend yang meningkat dalam TIMSS 2019 berbanding Malaysia dapat
TIMSS 2015 dalam geometri serta data dan kebarangkalian. Jika menjawab
dibandingkan dengan purata skor TIMSS 2011, TIMSS 2019 menunjukkan item geometri
purata skor yang lebih tinggi dalam semua domain kandungan dengan serta data dan
perbezaan yang signifikan. kebarangkalian
Dalam TIMSS 2019, geometri (458) serta data dan kebarangkalian (456)
telah menunjukkan peningkatan berbanding TIMSS 2015.
Pencapaian Berdasarkan Domain Kandungan Matematik
500
475
460
445
430
415
400
2007 2011 2015 2019
Nombor 494 451 472 458
Algebra 455 430 467 456
Geometri 474 432 455 466
Data dan Kebarangkalian 459 429 451 457
Rajah 2.2: Trend Pencapaian Malaysia Mengikut Domain Kandungan Matematik
2.6 Perbandingan Pencapaian Mengikut Domain Kognitif Matematik
Seperti yang telah dinyatakan dalam Kerangka Pentaksiran TIMSS 2019, pentaksiran Matematik
disusun mengikut dua dimensi; iaitu dimensi kandungan yang menyatakan perkara subjek atau domain
kandungan yang akan ditaksir dalam Matematik, dan domain kognitif yang menyatakan proses berfikir
yang mungkin murid gunakan apabila mempelajari kandungan Matematik. Setiap item di dalam
pentaksiran Matematik dikaitkan dengan satu domain kandungan dan satu domain kognitif bagi
menghasilkan suatu item yang berasaskan kedua-dua perspektif kandungan dan perspektif kognitif
ke atas pencapaian murid dalam Matematik. Domain kognitif Matematik merangkumi tiga aspek iaitu
aspek pengetahuan, aplikasi dan penaakulan. Pengetahuan merujuk kepada asas pengetahuan
murid tentang fakta, konsep, alat dan peraturan. Aplikasi merangkumi keupayaan murid untuk aplikasi
pengetahuan dan kefahaman konsep dalam situasi masalah Sains. Penaakulan pula memerlukan
murid untuk menyelesaikan masalah yang melangkaui masalah rutin dan merangkumi situasi bukan
rutin, situasi kompleks, serta masalah yang melibatkan pelbagai langkah penyelesaian.
Perbandingan pencapaian mengikut domain kognitif bagi Matematik untuk TIMSS 2019 dalam kalangan
negara peserta ditunjukkan dalam Jadual 2.3. Purata skor Matematik Malaysia secara keseluruhan
ialah 461. Bagi domain pengetahuan Malaysia mencatatkan purata skor sebanyak 451, diikuti dengan
aplikasi (464) dan pencapaian yang rendah bagi domain penaakulan (462). Pencapaian Malaysia dalam
domain aplikasi dan penaakulan adalah lebih tinggi berbanding purata skor. Manakala bagi domain
pengetahuan menunjukkan purata skor yang lebih rendah berbanding purata skor secara keseluruhan.
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
38
Singapura sebagai negara serantau turut menunjukkan purata skor paling tinggi dalam domain
penaakulan iaitu 620 skor, dan pencapaian yang lebih rendah bagi domain pengetahuan (614) dan
aplikasi (614).
Jadual 2.3: Jadual Perbandingan Negara Peserta TIMSS 2019 dengan Purata Skor Mengikut Domain
Kognitif Matematik
Negara Pengetahuan Aplikasi Penaakulan
Purata Skor Purata Skor
Purata Skor
Singapura * 614 614
Chinese Taipei * 616 610 620
Korea Selatan* 614 604 616
609
Jepun 589 596 599
582
Hong Kong* 580 575 536
Rusia * 550 543 508
Ireland 530 526 514
Lithuania * 518 524 525
515
Israel * 516 519 512
Australia 511 521 507
Hungary * 516 517 512
Amerika Syarikat * 522 515 506
England * 510 518 496
514
Finland * 505 510 505
Norway * 499 504 508
Sweden * 496 501 505
Cyprus 509 496 504
Portugal * 498 497 487
489
Itali * 492 497 486
Turki * 494 491 489
Kazakhstan 488 486 481
Perancis * 473 485 479
New Zealand 468 486
~
Bahrain 471 479
Romania 482 475 462
Emiriah Arab Bersatu* 478 466 457
Georgia * 448
~ ~ 451
407
Malaysia * 451 464 431
411
Iran 441 443 412
Qatar * 443 438
Chile * 434 438 ~
Lubnan 456 412 ~
Jordan 414 415 ~
Mesir 416 405 382
Oman
Kuwait 406 409
~ ~
Arab Saudi ~~
Afrika Selatan ~~
Maghribi 382 389
SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
Tanda tilde (~) menunjukkan data tidak mencukupi untuk melaporkan pencapaian
* Negara eTIMSS
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
39
2.7 Trend Pencapaian Malaysia Mengikut Domain Kognitif Matematik
Rajah 2.3 menunjukkan trend pencapaian Malaysia mengikut domain kognitif Matematik dari TIMSS
2007 hingga 2019. Secara umumnya, Malaysia menunjukkan trend yang meningkat dari 2011 hingga2015
dalam kesemua domain kognitif, dengan perbezaan purata skor yang signifikan dan menurun dalam
TIMSS 2019. Jika dibandingkan dengan purata skor pada TIMSS 2015, purata skor bagi pengetahuan
(451) menunjukkan penurunan bagi kesemua domain kognitif. Walaupun purata skor keseluruhan
Matematik Malaysia menurun, purata skor bagi aplikasi (464) dan penaakulan (463) telah meningkat
berbanding TIMSS 2015.
Pencapaian Berdasarkan Domain Kognitif Matematik
480
470
460
450
440
430
420
410
400
2007 2011 2015 2019
Pengetahuan 473 444 472 451
Aplikasi 477 439 463 464
Penaakulan 466 426 453 462
Rajah 2.3: Trend Pencapaian Malaysia Mengikut Domain Kognitif Matematik
2.8 Kesimpulan
Pencapaian Matematik TIMSS 2019 telah menunjukkan penurunan skor purata yang tidak signifikan
berbanding TIMSS 2015. Namun begitu, beberapa aspek peningkatan pencapaian telah dikenal pasti.
Ramai murid yang berjaya memperoleh skor melebihi 700 dalam TIMSS 2019, malah pencapaian pada
tahun ini merekodkan skor tertinggi pernah dicatatkan berbanding kitaran TIMSS sebelumnya. Dapatan
kajian juga menunjukkan lebih ramai murid Malaysia dapat menjawab item topik geometri serta data
dan kebarangkalian dengan lebih baik. Peningkatan pencapaian pelajar terhadap domain penaakulan
juga harus diberi pujian kerana domain ini merupakan pengukuran kepada aspek peningkatan
kemahiran berfikir aras tinggi pelajar. Namun begitu, wujud jurang taburan pencapaian yang besar
dalam kalangan pelajar terhadap mata pelajaran Matematik pada kitaran TIMSS 2019. Justeru, perkara
ini harus diberi perhatian dalam mengenal pasti punca mengapa kewujudan jurang tersebut berlaku,
serta langkah-langkah proaktif perlu dilaksanakan untuk merapatkan kembali jurang yang ada.
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
40
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAB 3
PENCAPAIAN
MALAYSIA DALAM
SAINS
42
3 PENCAPAIAN MALAYSIA DALAM SAINS
3.1 Pengenalan
Skala purata skor TIMSS bermula pada TIMSS 1995 berdasarkan taburan pencapaian merentasi semua
negara yang mengambil bahagian. Mulai kitaran TIMSS 2011, skala titik tengah (TIMSS Scale Centrepoint)
500 diperkenalkan dan ditetapkan sepadan dengan purata taburan pencapaian keseluruhan. Skala titik
tengah tidak berubah dari TIMSS 2011 hingga TIMSS 2019.
3.2 Pencapaian Malaysia dalam Sains
Pencapaian Malaysia dalam Sains bagi TIMSS 2019 menunjukkan penurunan berbanding TIMSS 2015.
Namun begitu, jika dibandingkan dengan TIMSS 2011, purata skor Sains bagi TIMSS 2019 adalah lebih
baik daripada purata skor TIMSS 2011.
Pencapaian Sains dalam TIMSS 2003 pada purata skor 510 adalah yang tertinggi dalam trend TIMSS
1999-2019, setelah meningkat sebanyak 18 mata dari kitaran TIMSS 1999. Namun begitu bagi Sains,
pencapaian ini menurun pada kitaran TIMSS 2007 dengan skor 471 dan terus merosot pada kitaran 2011
sehingga 426 mata, iaitu 84 mata di bawah skala titik tengah. Peningkatan tertinggi iaitu sebanyak
45 mata ditunjukkan pada kitaran TIMSS 2015 berbanding 2011. TIMSS 2019 menunjukkan penurunan
sebanyak 11 mata (460) berbanding TIMSS 2015. Jika dibandingkan dengan TIMSS 2011, purata skor TIMSS
2019 adalah lebih baik berbanding dengan TIMSS 2011, iaitu dengan perbezaan sebanyak 34 mata.
3.3 Taburan Pencapaian Malaysia dalam Sains
Purata skor murid Malaysia dalam Sains bagi TIMSS 2019 adalah 460. Skor ini adalah lebih rendah
berbanding TIMSS 2015 dengan perbezaan 11 mata, tetapi lebih tinggi berbanding pencapaian dalam
TIMSS 2011 dengan perbezaan sebanyak 34 skor.
Jadual 3.1: Perbandingan Taburan Pencapaian Sains dalam TIMSS 1999-2019
Tahun Purata Skor Perbezaan Antara Tahun Taburan Pencapaian Malaysia
2015 2011 2007 2003 1999
2019 460 (3.5) -11 34 -11 -50 -32 137 747
2015 471 (3.6) 35 -0 -39 -21 302 612
2011 426 (5.5) -45 -84 -66 250 584
2007 471 (5.1) -39 -21 319 608
2003 510 (4.1) 18 398 615
1999 492 (4.5) 356 626
200 300 400 500 600 700
SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study
– TIMSS 2019
( ) Nilai ralat piawai dibuat dalam tanda kurungan
Jadual 3.1 menunjukkan perbezaan taburan pencapaian Sains dalam TIMSS 1999-2019. Pencapaian
tertinggi murid ialah 747 dan merupakan nilai paling tinggi berbanding pencapaian tertinggi dalam
kitaran TIMSS terdahulu. Walau bagaimanapun, pencapaian terendah ialah 137, iaitu perbezaan tertinggi
dan terendah ialah sebanyak 610 mata menunjukkan jurang perbezaan yang lebih besar. Rajah 3.1
menunjukkan purata skor Malaysia dalam Sains.
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
43
Pencapaian Malaysia Dalam Sains
510
480
460
440
420
492 510 471 426 471 460
400
1999 2003 2007 2011 2015 2019
Rajah 3.1: Purata Skor Malaysia dalam Sains
3.4 Perbandingan Pencapaian Mengikut Domain Kandungan Sains
Terdapat empat topik dalam domain kandungan Sains yang terdiri daripada topik Biologi, Kimia, Fizik
dan Sains Bumi.
Jadual 3.2 menunjukkan purata skor domain kandungan bagi Biologi, Kimia, Fizik dan Sains Bumi
dalam kalangan negara peserta. Purata skor Sains Malaysia secara keseluruhan ialah 460. Bagi domain
kandungan topik Biologi, Malaysia mencatatkan skor sebanyak 463, Kimia; 434, Fizik; 475, dan Sains
bumi; 452. Pencapaian Malaysia dalam topik Fizik adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding
purata skor. Bagi topik-topik lain iaitu Kimia, dan Sains Bumi, jadual menunjukkan skor yang lebih rendah
secara signifikan dicatatkan terutama Kimia berbanding purata skor secara keseluruhan.
Negara jiran Singapura yang berada di kedudukan pertama dalam senarai negara peserta TIMSS 2019
menunjukkan corak pencapaian tertinggi dalam topik Biologi (622), diikuti Kimia (616) dan Fizik (619)
berbanding purata skor Singapura (608).
Jadual 3.2: Jadual Perbandingan Negara Peserta TIMSS 2019 dengan Purata Skor Mengikut Domain
Kandungan Sains
Negara Biologi Kimia Fizik Sains Bumi
Purata Skor Purata Skor Purata Skor Purata Skor
Singapura*
Chinese Taipei 622 616 619 562
Jepun 576 594 555 579
Korea Selatan* 574 560 570 572
Rusia* 560 551 569 562
Finland* 543 551 540 533
Lithuania* 534 545 539 558
Hungary* 535 530 529 534
Australia 530 527 528 535
531 515 529 533
Bersambung...
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
44
...sambungan
Negara Biologi Kimia Fizik Sains Bumi
Purata Skor Purata Skor Purata Skor Purata Skor
Ireland 521 512 519 536
530
Amerika Syarikat* 530 509 515 530
531
Sweden* 519 509 520 517
509
Portugal* 527 512 497 495
512
England* 516 512 516 512
510
Turki* 513 516 518 519
502
Israel* 512 518 520 475
473
Hong Kong* 501 485 510 448
465
Itali* 508 484 487 465
453
New Zealand 498 482 502 464
452
Norway* 486 492 493 449
428
Perancis* 488 465 491 437
431
Bahrain 492 480 480
-
Cyprus 489 478 480 -
357
Kazakhstan 476 494 476 367
337
Qatar* 476 474 469 366
Emiriah Arab Bersatu* 474 475 469
Romania 479 466 458
Chile* 471 442 450
Malaysia* 463 434 475
Oman 466 443 449
Jordan 457 454 449
Iran 448 450 453
Georgia 447 456 436
Kuwait ---
Arab Saudi ---
Maghribi 387 402 402
Mesir 381 397 394
Lubnan 355 412 378
Afrika Selatan 359 372 381
SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
Tanda tilde (~) menunjukkan data tidak mencukupi untuk melaporkan pencapaian
* Negara eTIMSS
3.5 Trend Pencapaian Malaysia Mengikut Domain Kandungan Sains
Rajah 3.2 menunjukkan trend pencapaian Malaysia mengikut domain Pencapaian
kandungan Sains dari TIMSS 2007 hingga 2019. Secara umumnya, Malaysia murid lebih baik
mencatatkan trend yang meningkat dari 2011 hingga 2019 dalam kesemua dalam Fizik dan
domain kandungan dengan perbezaan purata skor yang signifikan. Jika
dibandingkan dengan purata skor pada TIMSS 2007 hingga TIMSS 2011, Biologi
trend adalah menurun dalam kesemua topik dalam domain kandungan
dengan perbezaan yang signifikan. Walau bagaimanapun, bagi
kesemua topik domain kandungan dalam TIMSS 2007, tiada perbezaan
yang signifikan ditunjukkan dalam kesemua topik. Dalam TIMSS 2019,
pencapaian domain kandungan paling tinggi ialah Fizik (475), diikuti
dengan Biologi (463), Sains Bumi (452) dan Kimia (434).
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
45
Pencapaian Berdasarkan Domain Kandungan Sains
500
480
460
440
420
400
2007 2011 2015 2019
Biologi
Kimia 466 427 466 463
Fizik
Sains Bumi 475 426 473 434
482 435 480 475
457 401 460 452
Rajah 3.2: Trend Pencapaian Malaysia Mengikut Domain Kandungan Sains
3.6 Perbandingan Pencapaian Mengikut Domain Kognitif Sains
Seperti yang telah dinyatakan dalam Kerangka Pentaksiran TIMSS 2019, seperti Matematik, pentaksiran
Sains disusun mengikut dua dimensi; iaitu dimensi kandungan yang menyatakan perkara subjek
atau domain kandungan yang akan ditaksir dalam Sains, dan domain kognitif yang menyatakan
proses berfikir yang mungkin murid gunakan apabila mempelajari kandungan Sains. Setiap item di
dalam pentaksiran Sains dikaitkan dengan satu domain kandungan dan satu domain kognitif bagi
menghasilkan suatu item yang berasaskan kedua-dua perspektif kandungan dan perspektif kognitif
ke atas pencapaian murid dalam Sains. Domain kandungan Sains merangkumi tiga domain kognitif
iaitu aspek pengetahuan, aplikasi dan penaakulan. Pengetahuan merujuk kepada asas pengetahuan
murid tentang fakta, konsep, alat dan peraturan. Aplikasi merangkumi keupayaan murid untuk aplikasi
pengetahuan dan kefahaman konsep dalam situasi masalah Sains. Penaakulan pula memerlukan
murid untuk menyelesaikan masalah yang melangkaui masalah rutin dan merangkumi situasi bukan
rutin, situasi kompleks, serta masalah yang melibatkan pelbagai langkah penyelesaian.
Perbandingan pencapaian mengikut domain kognitif bagi Sains TIMSS 2019 dalam kalangan negara
peserta ditunjukkan dalam Jadual 3.3. Purata skor Sains Malaysia secara keseluruhan ialah 460. Bagi
domain pengetahuan Malaysia mencatatkan skor sebanyak 442, domain aplikasi (473) dan pencapaian
domain penaakulan (459). Pencapaian Malaysia dalam domain aplikasi adalah lebih tinggi secara
signifikan berbanding purata skor keseluruhan. Manakala domain pengetahuan pula menunjukkan
perbezaan skor yang lebih rendah secara signifikan. Purata skor Sains yang dicatatkan dalam TIMSS
2015 juga menunjukkan trend yang sama, di mana domain kognitif aplikasi menunjukkan skor yang
paling tinggi (476) diikuti dengan penaakulan (467) dan pengetahuan (466). Singapura sebagai negara
serantau turut menunjukkan pencapaian skor paling tinggi dalam domain pengetahuan iaitu 621 skor,
dan pencapaian yang lebih rendah bagi domain aplikasi (608) dan pengetahuan (595).
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
46
Jadual 3.3: Jadual Perbandingan Negara Peserta TIMSS 2019 dengan Purata Skor Mengikut Domain
Kognitif Sains
Negara Pengetahuan Aplikasi Penaakulan
Purata Skor Purata Skor
Purata Skor
Singapura* 621 608 595
559
Chinese Taipei 600 567 570
564
Jepun 563 576 543
548
Korea Selatan* 558 560 541
524
Rusia* 543 543 536
534
Finland 545 537 528
524
Lithuania* 527 530 519
513
Hungary* 537 528 524
518
Australia 515 532 504
495
Ireland 513 521 510
494
Amerika Syarikat* 515 523 502
482
Sweden* 521 518 488
482
Portugal* 520 514 464
461
England* 520 515 464
458
Turki* 506 515 459
450
Israel* 514 509 443
444
Hong Kong* 501 501 436
~
Itali* 507 499 ~
398
New Zealand 480 503 378
346
Norway* 497 493 362
Perancis* 480 482
Bahrain 493 481
Cyprus 482 477
Kazakhstan 463 481
Qatar* 487 469
Emiriah Arab Bersatu* 482 472
Romania 475 467
Chile* 463 462
Malaysia* 442 473
Oman 461 456
Jordan 455 453
Iran 449 452
Georgia 459 440
Kuwait ~~
Arab Saudi ~~
Maghribi 380 393
Mesir 396 384
Lubnan 388 375
Afrika Selatan 361 377
SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
Tanda tilde (~) menunjukkan data tidak mencukupi untuk melaporkan pencapaian
* Negara eTIMSS
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
47
3.7 Trend Pencapaian Malaysia Mengikut Domain Kognitif Sains
Rajah 3.3 menunjukkan trend pencapaian Malaysia mengikut domain kognitif Sains dari TIMSS 2007
hingga 2019. Secara umumnya Malaysia mencatatkan trend yang meningkat dari TIMSS 2011 hingga 2015
dalam kesemua domain kognitif, dengan perbezaan purata skor yang signifikan dan menurun dalam
TIMSS 2019. Jika dibandingkan dengan skor pada TIMSS 2015, purata skor TIMSS 2019 menunjukkan
penurunan bagi kesemua domain kognitif: pengetahuan (442), aplikasi (473) dan penaakulan (459).
Pencapaian Berdasarkan Domain Kognitif Sains
500
475
460
445
430
415
400
2007 2011 2015 2019
Pengetahuan 458 403 466 442
Aplikasi 470 424 476 473
Penaakulan 483 439 467 459
Rajah 3.3: Trend Pencapaian Malaysia Mengikut Domain Kognitif Sains
Kesimpulan
Pencapaian Sains dalam TIMSS 2019 telah menunjukkan penurunan berbanding TIMSS 2015. Namun begitu,
seperti Matematik, dapatan kajian kali ini telah menunjukkan skor murid paling tinggi berbanding kitaran
TIMSS pada tahun-tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, telah wujud jurang taburan skor murid yang
besar dalam Sains. Hal ini juga berlaku dalam Matematik. Justeru, pelbagai pihak wajar memberi perhatian
kepada perkara ini agar dapat diatasi untuk perkembangan pendidikan murid-murid yang lebih positif
pada masa akan datang.
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
48
LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAB 4
PENCAPAIAN
MALAYSIA
BERDASARKAN
ARAS
PENANDAARASAN
ANTARABANGSA
TIMSS 2019