The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU LAPORAN TRENDS IN INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY (TIMSS) TAHUN 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaliyana, 2020-12-09 22:29:38

BUKU LAPORAN TIMSS KPM 2019

BUKU LAPORAN TRENDS IN INTERNATIONAL MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY (TIMSS) TAHUN 2019

50

4 PENCAPAIAN MALAYSIA BERDASARKAN ARAS PENANDAARASAN
ANTARABANGSA TIMSS 2019

4.1 Pengenalan

Keputusan Matematik dan Sains adalah berdasarkan Penandaarasan Antarabangsa TIMSS 2019.
Penandaarasan ini ditetapkan berdasarkan Kerangka Matematik dan Kerangka Sains dalam TIMSS
2019, yang setiap satu terdiri daripada dua dimensi iaitu dimensi kandungan dan dimensi kognitif.
Dimensi kandungan bagi Matematik terdiri daripada empat domain iaitu nombor, algebra, geometri
serta data dan kebarangkalian, manakala Sains terdiri daripada domain Biologi, Kimia, Fizik dan Sains
Bumi. Dimensi kognitif yang terdiri daripada tiga domain iaitu pengetahuan, aplikasi dan penaakulan
terdapat dalam kedua-dua kerangka Matematik dan Sains. Penandaarasan Antarabangsa terdiri
daripada empat aras iaitu Tertinggi (625), Tinggi (550), Sederhana (475) dan Rendah (400).

4.2 Pencapaian Malaysia dalam Matematik pada Penandaarasan Antarabangsa TIMSS
2019

Skala pencapaian TIMSS menunjukkan prestasi murid Gred Lapan dalam domain kandungan
nombor, algebra, geometri serta data dan kebarangkalian di samping proses kognitif dalam domain
pengetahuan, aplikasi dan penaakulan. Jadual 4.1 di bawah menunjukkan peratusan bilangan soalan
mengikut domain kandungan dan domain kognitif. 30% daripada domain kandungan Matematik
ialah nombor, 30% algebra, 20% geometri serta 20% data dan kebarangkalian manakala dalam domain
kognitif pula, 35% adalah pengetahuan, 40% aplikasi dan 25% penaakulan.

Jadual 4.1: Peratusan Bilangan Soalan dalam Domain Kandungan dan Domain Kognitif

Domain Kandungan Domain Kognitif

Nombor 30% Pengetahuan 35%
40%
Algebra 30% Aplikasi 25%

Geometri 20% Penaakulan

Data dan 20%
Kebarangkalian

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019

Rajah 4.1 menerangkan kategori murid Gred Lapan dalam Matematik mengikut Penandaarasan
Antarabangsa TIMSS 2019. Murid yang mencapai Penandaarasan Antarabangsa Tertinggi boleh
menggunakan maklumat untuk memberi sebab dan membuat generalisasi. Dalam topik nombor,
mereka boleh menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan pecahan, peratusan dan perkadaran.
Manakala dalam algebra, mereka boleh menyelesaikan masalah yang melibatkan persamaan, formula
dan fungsi. Mereka juga boleh memberi sebab menggunakan gambarajah geometri serta data dan
kebarangkalian daripada pelbagai sumber untuk menyelesaikan masalah yang kompleks. Murid yang
mencapai Penandaarasan Antarabangsa Rendah mempunyai sedikit pengetahuan tentang nombor
bulat, titik perpuluhan, operasi dan graf yang asas.

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

51

Penandaarasan Antarabangsa Tertinggi (625)

Murid boleh membuat penaakulan, membuat kesimpulan, membuat generalisasi dan menyelesaikan
persamaan linear. Murid juga boleh menyelesaikan pelbagai jenis masalah berkaitan pecahan,
perkadaran dan peratusan serta mengungkapkan generalisasi secara algebra dan membina
model untuk pelbagai situasi. Di samping itu, murid boleh menyelesaikan pelbagai masalah yang
melibatkan persamaan, formula dan fungsi serta boleh menaakul gambarajah geometri untuk
menyelesaikan masalah. Murid juga boleh menaakul data daripada pelbagai sumber yang tidak
biasa digunakan untuk menyelesaikan masalah bukan rutin dan kompleks.

Penandaarasan Antarabangsa Tinggi (550)

Murid boleh mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman dalam pelbagai situasi yang agak
kompleks. Murid boleh menggunakan maklumat daripada pelbagai sumber untuk menyelesaikan
masalah melibatkan pelbagai jenis nombor dan operasi. Murid juga boleh mengaitkan antara
pecahan, perpuluhan dan peratusan. Di samping itu, murid boleh menunjukkan pengetahuan asas
prosedur berkaitan ungkapan algebra. Mereka boleh menggunakan garisan, sudut, segi tiga, segi
empat dan prisma untuk menyelesaikan masalah serta boleh menganalisis data dalam pelbagai
jenis graf.

Penandaarasan Antarabangsa Sederhana (475)

Murid boleh mengaplikasikan pengetahuan Matematik asas dalam pelbagai situasi. Murid boleh
menyelesaikan masalah melibatkan perpuluhan, pecahan, perkadaran dan peratusan. Mereka
memahami hubungan algebra yang mudah. Murid boleh menghubungkan lukisan dua dimensi
kepada objek tiga dimensi. Mereka boleh membaca mentafsir dan membina graf serta jadual.
Mereka mengenal konsep asas tentang kemungkinan.

Penandaarasan Antarabangsa Rendah (400)

Murid mempunyai sedikit pengetahuan tentang nombor bulat dan perpuluhan, operasi dan graf
asas.

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019

Rajah 4.1: Penandaarasan Antarabangsa TIMSS 2019 bagi Pencapaian Matematik

Jadual 4.2 menunjukkan peratusan pencapaian Matematik murid Peratus murid
Malaysia mengikut Penandaarasan Antarabangsa TIMSS 1999 hingga pada aras tertinggi
2019. Peratus murid Tingkatan Dua Malaysia yang tidak mencapai
sekurang-kurangnya aras rendah (400 mata) pada TIMSS 2019 ialah meningkat 1%
sebanyak 26%, iaitu 2% lebih tinggi daripada TIMSS 2015 dan kurang dalam TIMSS 2019
sebanyak 9% berbanding TIMSS 2011. Berbanding TIMSS 2015, TIMSS
2019 juga menunjukkan peningkatan pada aras rendah dan berkurang berbanding
sebanyak 2% pada aras sederhana dan aras tinggi. Walaupun begitu, TIMSS 2015
peratus murid pada aras tertinggi meningkat 1% dalam TIMSS 2019
berbanding TIMSS 2015.

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

52

Jadual 4.2: Peratus Pencapaian Matematik Malaysia Mengikut Penandaarasan Antarabangsa TIMSS
1999 - 2019

TIMSS Tertinggi Tinggi Sederhana Rendah Tidak
Mencapai

2019 4 13 25 32 26

2015 3 15 27 31 24

2011 2 10 24 29 35

2007 2 16 32 32 18

2003 6 24 36 27 7

1999 10 26 34 23 7

Rajah 4.2 menunjukkan peratusan murid Malaysia yang mencapai setiap aras mengikut Penandaarasan
Antarabangsa bagi Matematik dalam TIMSS 2019.

Peratus Pencapaian Malaysia dalam Matematik
Mengikut Penandaarasan Antarabangsa

120

100 10 6 2 23 4
10 15 13
90 16 25
24 24 27
80 26 32

70 26
2019
60 32

50 34 36 29 31
40
32
30

20 23 27 18 35 24
10 7

07

1999 2003 2007 2011 2015

Tidak Mencapai Rendah Sederhana Tinggi Tertinggi

Rajah 4.2: Trend Peratus Pencapaian Murid dalam Matematik Mengikut Penandaarasan Antarabangsa

4.2.1 Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Tertinggi

Pada penandaarasan antarabangsa Aras Tertinggi, murid seharusnya mahir dalam kebanyakan
topik berdasarkan kerangka Matematik TIMSS 2019. Mereka boleh menaakul dengan menggunakan
pelbagai jenis nombor (nombor bulat, nombor negatif, pecahan dan peratusan) dalam situasi rutin dan
bukan rutin dan menjustifikasikan kesimpulan yang dibuat. Mereka boleh mengungkapkan sesuatu
generalisasi secara algebra dan menyelesaikan pelbagai jenis masalah yang melibatkan persamaan,
formula dan fungsi. Mereka boleh menaakul gambarajah geometri untuk menyelesaikan masalah
dan menaakul data daripada pelbagai sumber untuk menyelesaikan masalah yang kompleks. Jadual
4.3 hingga Jadual 4.6 menunjukkan empat contoh soalan yang berada pada Aras Tertinggi. Secara
keseluruhannya, pencapaian murid Malaysia sangat tidak memuaskan pada aras ini kerana dalam
kesemua item contoh, skor Malaysia menunjukkan perbezaan yang signifikan iaitu mencatatkan
purata skor lebih rendah berbanding purata antarabangsa.

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

53

Contoh item 1 (Jadual 4.3) yang mentaksir penaakulan menunjukkan peratusan murid Malaysia yang
rendah dan perbezaan yang sangat signifikan berbanding antarabangsa. Selain itu, contoh item 1 juga
tidak dijawab oleh 4.2% murid dan hanya 7.7% memberikan jawapan yang betul. Kesemua item Aras
Tertinggi (contoh item 2, 3 4) tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam purata skor antara
murid perempuan dan lelaki, namun skor murid Gred Lapan Singapura, Jepun dan Korea mengatasi
purata antarabangsa secara signifikan.

Jadual 4.3: Penandaarasan Matematik Aras Tertinggi - Contoh Item 1

Mata Pelajaran : Matematik

Aras: Tertinggi Peratusan
Murid
Domain Kandungan: Nombor Negara
Domain Kognitif: Penaakulan Menjawab
dengan
Penerangan: Menyelesaikan satu masalah pelbagai Betul
langkah yang melibatkan penambahan dan penolakan
pecahan. 8
46
Malaysia 47
52
Singapura 6
4
Jepun
18
Korea Selatan

Jordan

Arab Saudi

Purata
Antarabangsa

Jawapan murid Malaysia:
Betul - 7.5%
Salah – 88.3%
Tidak menjawab - 4.2%
Tidak sampai - 0.0%

Peratusan murid menjawab
dengan betul mengikut
jantina:
Perempuan – 7.7%
Lelaki – 7.3%

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
“Tidak sampai - Murid tidak sempat tiba ke soalan tersebut dan soalan seterusnya kerana masa menjawab telah
tamat”

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

54

Jadual 4.4: Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Tertinggi - Contoh Item 2

Mata Pelajaran : Matematik

Aras: Tertinggi Negara Peratusan
Murid
Domain Kandungan: Algebra
Menjawab
Domain Kognitif: Aplikasi dengan
Betul
Penerangan: Membina satu persamaan linear untuk ukur
lilit segi tiga dan cari panjang pada satu sisi.

Malaysia 12

Singapura 74

Jepun 42

Korea Selatan 59

Jordan 13

Arab Saudi 3

Purata 26
Antarabangsa

Jawapan murid Malaysia:
Betul – 12.1%
Salah – 83.8%
Tidak menjawab – 4.1%
Tidak sampai – 0.0%

Peratusan murid menjawab
dengan betul mengikut
jantina:
Perempuan – 12.7%
Lelaki – 11.6%

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
“Tidak sampai - Murid tidak sempat tiba ke soalan tersebut dan soalan seterusnya kerana masa menjawab telah
tamat”

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

55

Jadual 4.5: Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Tertinggi - Contoh Item 3

Mata Pelajaran : Matematik

Aras: Tertinggi Negara Peratusan
Murid
Domain Kandungan: Algebra
Menjawab
Domain Kognitif: Aplikasi dengan
Betul
Penerangan: Membina dan menggunakan penyelesaian
persamaan linear untuk menyelesaikan masalah.

Malaysia 16

Singapura 76

Jepun 77

Korea Selatan 77

Jordan 11

Arab Saudi 11

Purata 26
Antarabangsa

Jawapan murid Malaysia:
Betul (skor 2) – 16.1%
Betul (skor 1) – 21.3%
Salah – 58.2%
Tidak Menjawab – 2.3%
Tidak sampai – 2.0%

Peratusan murid menjawab
dengan betul mengikut
jantina:
Perempuan – 15.5%
Lelaki – 16.8%

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
“Tidak sampai - Murid tidak sempat tiba ke soalan tersebut dan soalan seterusnya kerana masa menjawab telah
tamat”

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

56

Jadual 4.6: Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Tertinggi - Contoh Item 4

Mata Pelajaran : Matematik

Aras: Tertinggi Negara Peratusan
Murid
Domain Kandungan: Data dan Kebarangkalian
Menjawab
Domain Kognitif: Aplikasi dengan
Betul
Penerangan: Mengenal pasti perubahan dalam satu purata
diberi yang berubah dalam skor individu.

Malaysia 26

Singapura 66

Jepun 70

Korea Selatan 71

Jordan 17

Arab Saudi 18

Purata 36
Antarabangsa

Jawapan murid Malaysia:
A – 4.5%
B – 26.2%
C – 37.6%
D – 26.3%
Tidak menjawab - 1.6%
Tidak sampai – 3.7%

Peratusan murid menjawab
dengan betul mengikut
jantina:
Perempuan – 24.4%
Lelaki – 28.2%

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
“Tidak sampai - Murid tidak sempat tiba ke soalan tersebut dan soalan seterusnya kerana masa menjawab telah
tamat”

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

57

4.2.2 Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Tinggi

Pada penandaarasan antarabangsa Aras Tinggi, murid Gred Lapan pada aras ini boleh mengaplikasikan
pengetahuan dan pemahaman Matematik mereka dalam pelbagai situasi yang agak kompleks.
Sebagai contoh, mereka boleh mengaitkan antara pecahan, perpuluhan dan peratusan. Mereka
menunjukkan pengetahuan tentang prosedur yang berkaitan dengan ungkapan algebra dan boleh
mengenal pasti kuantiti yang memuaskan dua ketaksamaan. Mereka boleh menggunakan ciri-ciri
garisan, sudut dan segi tiga untuk menyelesaikan masalah. Murid juga boleh menganalisis data
daripada carta pai, carta garisan dan graf bar untuk menyelesaikan masalah dan memberi penjelasan
di samping menyelesaikan masalah mudah yang melibatkan hasil dan kebarangkalian.

Jadual 4.7 hingga Jadual 4.11 menunjukkan lima contoh soalan yang berada pada Aras Tinggi. Secara
keseluruhannya, pencapaian murid Gred Lapan adalah kurang memuaskan pada aras ini kerana
skor murid Malaysia dalam dua item menunjukkan perbezaan yang lebih rendah secara signifikan
berbanding purata antarabangsa. Manakala tiga item lagi mencapai skor lebih tinggi dan tidak
signifikan (contoh item 3 dan 4).

Dapatan menunjukkan bahawa kesemua soalan Aras Tinggi tidak berjaya dijawab dengan betul oleh
sekurang-kurangnya 50% murid, kecuali yang menghampiri iaitu contoh item 1 (49.4%). Peratusan
murid menjawab betul terendah ditunjukkan dalam Jadual 4.8 (contoh item 2) iaitu hanya 21.5%.
Manakala peratusan murid memberikan jawapan yang betul mengikut jantina menunjukkan
perbezaan yang tidak signifikan, kecuali contoh item 4 (Perempuan – 49.2%; Lelaki – 36.7%).

Jadual 4.7: Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Tinggi - Contoh Item 1

Mata Pelajaran : Matematik

Aras: Tinggi Negara Peratusan
Murid
Domain Kandungan: Nombor
Menjawab
Domain Kognitif: Aplikasi dengan
Betul
Penerangan: Kenal pasti kuantiti pada satu bahagian
dengan perkadaran yang diberikan.

Malaysia 49

Singapura 87

Jepun 82

Korea Selatan 81

Jordan 43

Arab Saudi 40

Purata 54
Antarabangsa

Jawapan murid Malaysia:
A - 25.1%
B – 49.4%
C – 17.8%
D – 7.2%
Tidak menjawab – 0.5%
Tidak Sampai - 0.0%

Peratusan murid menjawab
dengan betul mengikut jantina:
Perempuan – 48.4%
Lelaki – 50.4%

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
“Tidak sampai - Murid tidak sempat tiba ke soalan tersebut dan soalan seterusnya kerana masa menjawab telah
tamat”

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

58

Jadual 4.8: Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Tinggi - Contoh Item 2

Mata Pelajaran : Matematik

Aras: Tinggi Negara Peratusan
Murid
Domain Kandungan: Algebra
Menjawab
Domain Kognitif: Aplikasi dengan
Betul
Penerangan: Menyelesaikan masalah berkenaan menilai satu
formula dengan punca kuasa.

Malaysia 22

Singapura 73

Jepun 44

Korea Selatan 55

Jordan 21

Arab Saudi 15

Purata 35
Antarabangsa

Jawapan murid Malaysia:
Betul – 21.5%
Salah – 74.3%
Tidak menjawab – 4.1%
Tidak sampai - 0.0%

Peratusan murid menjawab
dengan betul mengikut
jantina:
Perempuan – 24.0%

Lelaki – 19.1%

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
“Tidak sampai - Murid tidak sempat tiba ke soalan tersebut dan soalan seterusnya kerana masa menjawab

telah tamat”

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

59

Jadual 4.9: Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Tinggi - Contoh Item 3

Mata Pelajaran : Matematik

Aras: Tinggi Negara Peratusan
Murid
Domain Kandungan: Geometri
Menjawab
Domain Kognitif: Penaakulan dengan
Betul
Penerangan: Membandingkan kandungan dua silinder
yang dibuat daripada gulungan segi empat tepat dalam
arah yang berlainan.

Malaysia 42

Singapura 70

Jepun 79

Korea Selatan 64

Jordan 27

Arab Saudi 10

Purata 41
Antarabangsa

Jawapan murid Malaysia:
Betul – 42.2%
Salah – 55.5%
Tidak menjawab – 1.2%
Tidak Sampai - 1.1%

Peratusan murid menjawab
dengan betul mengikut jantina:
Perempuan – 42.7%
Lelaki – 41.7%

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
“Tidak sampai - Murid tidak sempat tiba ke soalan tersebut dan soalan seterusnya kerana masa menjawab

telah tamat”

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

60

Jadual 4.10: Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Tinggi - Contoh Item 4

Mata Pelajaran : Matematik

Aras: Tinggi Negara Peratusan
Murid
Domain Kandungan: Data dan kebarangkalian
Menjawab
Domain Kognitif: Aplikasi dengan
Betul
Penerangan: Mengenal pasti graf yang sesuai untuk tiga
jenis data yang berlainan.

Malaysia 43

Singapura 76

Jepun 83

Korea Selatan 67

Jordan 26

Arab Saudi 29

Purata 47
Antarabangsa

Jawapan murid Malaysia:
Betul – 42.9%
Salah – 50.5%
Tidak menjawab – 3.1%
Tidak sampai – 3.5%

Peratusan murid menjawab
dengan betul mengikut
jantina:
Perempuan – 49.2%
Lelaki – 36.7%

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
“Tidak sampai - Murid tidak sempat tiba ke soalan tersebut dan soalan seterusnya kerana masa menjawab telah
tamat”

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

61

Jadual 4.11: Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Tinggi - Contoh Item 5

Mata Pelajaran : Matematik

Aras: Tinggi Negara Peratusan
Murid
Domain Kandungan: Data dan kebarangkalian
Menjawab
Domain Kognitif: Aplikasi dengan
Betul
Penerangan: Menganggarkan jumlah objek dalam sampel
kebarangkalian yang diberi.

Malaysia 35

Singapura 69

Jepun 65

Korea Selatan 70

Jordan 34

Arab Saudi 27

Purata 43
Antarabangsa

Jawapan murid Malaysia:
A – 10.5%
B – 18.2%
C – 31.9%
D – 35.2%
Tidak menjawab – 1.9%
Tidak sampai – 2.3%

Peratusan murid menjawab
dengan betul mengikut
jantina:
Perempuan - 36.1%
Lelaki – 34.3%

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
“Tidak sampai - Murid tidak sempat tiba ke soalan tersebut dan soalan seterusnya kerana masa menjawab telah
tamat”

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

62

4.2.3 Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Sederhana

Pada penandaarasan antarabangsa Aras Sederhana, murid Gred Lapan boleh menyelesaikan
masalah melibatkan perpuluhan, pecahan, perkadaran dan peratusan. Mereka mengetahui maksud
ungkapan algebra yang mudah dan boleh memadankan lukisan dua dimensi kepada objek tiga
dimensi. Mereka boleh mengesan dan mentafsir data yang dipersembahkan dalam pelbagai format
grafik dan mempunyai pemahaman tentang kemungkinan berlakunya sesuatu perkara.

Jadual 4.12 hingga Jadual 4.14 menunjukkan tiga contoh soalan yang berada pada Aras Sederhana
daripada TIMSS 2019. Secara keseluruhannya, pencapaian murid Malaysia kurang memuaskan pada
aras ini kerana pada item pertama, skor Malaysia adalah lebih rendah secara signifikan berbanding
purata antarabangsa, manakala pada item kedua dan ketiga, skor Malaysia tidak berbeza berbanding
purata antarabangsa.

Daripada tiga contoh item sederhana yang dikemukakan, contoh item satu (1) mencatatkan 43.4%
murid Gred Lapan yang dapat memberikan jawapan yang betul dan berbeza secara signifikan
dengan purata antarabangsa (59.0 %). Walau bagaimanapun, peratusan murid yang tidak menjawab
soalan tersebut adalah sangat minimum (0.1%) dan semua murid dapat mencapai ke soalan tersebut
sehingga ke akhirnya. Manakala contoh item dua (2) dan tiga (3) yang merupakan domain kognitif
daripada aspek aplikasi menunjukkan lebih daripada 50% murid dapat memberikan jawapan yang
betul, namun terdapat lebih daripada 1% murid pula tidak menjawab.

Jadual 4.12: Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Sederhana - Contoh Item 1

Mata Pelajaran : Matematik

Aras: Sederhana Negara Peratusan
Murid
Domain Kandungan: Nombor
Menjawab
Domain Kognitif: Pengetahuan dengan
Betul
Penerangan: Menyelesaikan masalah perkataan
melibatkan penolakan nombor negatif

Malaysia 43

Singapura 80

Jepun 81

Korea Selatan 80

Jordan 37

Arab Saudi 33

Purata 59
Antarabangsa

Jawapan murid Malaysia:
Betul – 43.4%
Salah – 56.5%
Tidak menjawab – 0.1%
Tidak sampai – 0.0%

Peratusan murid menjawab
dengan betul mengikut jantina:
Perempuan – 42.3%
Lelaki – 44.6%

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
“Tidak sampai - Murid tidak sempat tiba ke soalan tersebut dan soalan seterusnya kerana masa menjawab telah
tamat”

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

63

Jadual 4.13: Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Sederhana - Contoh Item 2

Mata Pelajaran : Matematik

Aras: Sederhana Negara Peratusan
Murid
Domain Kandungan: Geometri
Menjawab
Domain Kognitif: Aplikasi dengan
Betul
Penerangan: Mencari nilai satu sudut segi empat tidak
sekata

Malaysia 52

Singapura 90

Jepun 89

Korea Selatan 86

Jordan 41

Arab Saudi 30

Purata 56
Antarabangsa

Jawapan murid Malaysia:
Betul – 52.1%
Salah – 45.7%
Tidak menjawab - 1.6%
Tidak sampai - 0.5%

Peratusan murid menjawab
dengan betul mengikut jantina:
Perempuan – 52.5%
Lelaki – 51.8%

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
“Tidak sampai - Murid tidak sempat tiba ke soalan tersebut dan soalan seterusnya kerana masa menjawab telah

tamat”

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

64

Jadual 4.14: Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Sederhana - Contoh Item 3

Mata Pelajaran : Matematik

Aras: Sederhana Negara Peratusan
Murid
Domain Kandungan: Data dan Kebarangkalian
Menjawab
Domain Kognitif: Aplikasi dengan
Betul
Penerangan: Mengenal pasti dan membandingkan harga
untuk empat objek

Malaysia 57

Singapura 83

Jepun 81

Korea Selatan 80

Jordan 35

Arab Saudi --

Purata 56
Antarabangsa

Jawapan murid Malaysia:
Betul – 56.8%
Salah – 41.5%
Tidak menjawab - 1.2%
Tidak sampai – 0.5%

Peratusan murid menjawab
dengan betul mengikut
jantina:
Perempuan – 61.1%
Lelaki - 52.2%

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
“Tidak sampai - Murid tidak sempat tiba ke soalan tersebut dan soalan seterusnya kerana masa menjawab telah
tamat”

4.2.4 Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Rendah

Pada penandaarasan antarabangsa Aras Rendah, murid Gred Lapan mempunyai pemahaman asas
tentang nombor bulat, perpuluhan dan boleh membuat pengiraan asas. Mereka seharusnya boleh
memadankan jadual dengan graf bar dan piktograf serta boleh membaca carta garisan yang mudah.

Jadual 4.15 menunjukkan satu contoh soalan yang berada pada Aras Rendah dalam TIMSS 2015.
Secara keseluruhannya pencapaian murid Gred Lapan adalah memuaskan pada aras ini iaitu skor
Malaysia tidak menunjukkan perbezaan signifikan berbanding purata antarabangsa (tiada item
contoh daripada TIMSS 2019).

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

65

Jadual 4.15: Penandaarasan Antarabangsa Matematik Aras Rendah - Contoh Item (TIMSS 2015)

Mata Pelajaran : Matematik

Aras: Rendah Negara Peratusan
Murid
Domain Kandungan: Data & Peluang
Menjawab
Domain Kognitif: Aplikasi dengan
Betul
Penerangan: Menggunakan maklumat di dalam jadual
untuk melengkapkan carta bar.

Singapura 83

Thailand 64

Malaysia 63

Purata 64
Antarabangsa

Jawapan murid Malaysia:
Betul - 63%
Salah - 25%
Tidak menjawab - 9%
Tidak Sampai - 3%

Peratusan murid menjawab
dengan betul mengikut jantina:
Perempuan - 64.8%
Lelaki - 61.0%

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2015
“Tidak sampai - Murid tidak sempat tiba ke soalan tersebut dan soalan seterusnya kerana masa menjawab telah
tamat”

4.3 Pencapaian Malaysia dalam Sains pada Penandaarasan Antarabangsa TIMSS 2019

Skala pencapaian TIMSS menunjukkan prestasi murid dalam domain kandungan Biologi, Kimia, Fizik
dan Sains Bumi, di samping proses kognitif dalam domain pengetahuan, aplikasi dan penaakulan.
Jadual 4.16 di bawah menunjukkan peratusan soalan mengikut domain kandungan dan domain
kognitif. 35% daripada domain kandungan Sains ialah Biologi, 20% Kimia, 25% Fizik serta 20% Sains Bumi
manakala dalam domain kognitif pula, 35% adalah pengetahuan, 35% aplikasi dan penaakulan 30%.

Jadual 4.16: Peratusan Soalan Mengikut Domain Kandungan dan Domain Kognitif

Domain Kandungan Domain Kognitif

Biologi 35% Pengetahuan 35%

Kimia 20% Aplikasi 35%

Fizik 25% Penaakulan 30%

Sains Bumi 20%

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019

Rajah 4.3 menunjukkan kategori murid dalam Sains mengikut Penandaarasan Antarabangsa TIMSS
2019. Skala Aras Tinggi dan skala Aras Rendah membezakan murid yang mempunyai asas kukuh
dalam setiap topik yang diuji dalam TIMSS, dengan murid yang memiliki pengetahuan Sains hanya
pada Aras Rendah. Murid yang mencapai Aras Tertinggi boleh menggunakan maklumat dalam Biologi,
Fizik, Kimia dan Sains Bumi untuk menaakul, memberi sebab dan membuat generalisasi. Murid yang
mencapai Aras Rendah hanya mampu mengenal beberapa fakta asas dalam sains hidup dan fizikal
serta dapat mentafsir gambarajah yang mudah dan menggunakan pengetahuan asas mereka dalam
situasi yang praktikal.

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

66

Penandaarasan Antarabangsa Tertinggi (625)

Murid menunjukkan pemahaman berkaitan konsep yang kompleks dan abstrak dalam biologi, kimia,
fizik dan sains bumi. Murid boleh membuat klasifikasi binatang dan kumpulan taksonomi. Mereka
boleh menggunakan pengetahuan mengenai struktur sel dan fungsi. Murid menunjukkan pemahaman
tentang kepelbagaian, adaptasi dan pilihan semula jadi. Murid menunjukkan pemahaman dalam
ekosistem yang kompleks dan adaptasi organisma. Murid menunjukkan pemahaman tentang
komposisi jisim dan elemen pada jadual berkala. Mereka boleh mencari bukti reaksi kimia yang berlaku.
Murid menggunakan pengetahuan tentang pemindahan tenaga dan litar elektrik, boleh mengaitkan
ciri cahaya dan bunyi kepada fenomena yang biasa, dan menunjukkan pemahaman daya dalam
konteks setiap hari. Murid menunjukkan pemahaman struktur, ciri fizikal dan proses bumi. Mereka
menunjukkan pengetahuan tentang sumber bumi dan pemuliharaan.

Penandaarasan Antarabangsa Tinggi (550)

Murid menunjukkan pemahaman konsep biologi, kimia, fizik dan sains bumi. Murid boleh
menggunakan pengetahuan mengenai ciri binatang, proses hidup dalam hidup manusia, sel dan
fungsinya, genetik, ekosistem, dan nutrisi. Murid menunjukkan sedikit pengetahuan dan pemahaman
tentang komposisi dan jisim dan reaksi kimia. Mereka boleh menggunakan pengetahuan asas tentang
transformasi dan pemindahan tenaga, litar elektrik, magnet, cahaya, bunyi dan daya. Mereka boleh
menggunakan pengetahuan tentang ciri fizikal, proses, kitaran, dan sejarah bumi, dan menunjukkan
sedikit pemahaman tentang sumber bumi dan kegunaannya.

Penandaarasan Antarabangsa Sederhana (475)

Murid menunjukkan dan menggunakan sedikit pengetahuan tentang biologi, dan sains fizikal. Murid
menunjukkan sedikit pengetahuan tentang ciri binatang and menggunakan pengetahuan tentang
ekosistem. Mereka menunjukkan pengetahuan tentang jisim, perubahan kimia, dan beberapa konsep
fizik yang baharu.

Penandaarasan Antarabangsa Rendah (400)

Murid menunjukkan pemahaman yang terhad tentang prinsip dan konsep Sains dan pengetahuan
yang terhad tentang fakta Sains.

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
Rajah 4.3: Penandaarasan Antarabangsa TIMSS 2019 bagi Pencapaian Sains

Jadual 4.17 menunjukkan peratusan pencapaian Sains murid Malaysia mengikut Penandaarasan
Antarabangsa TIMSS 1999 hingga 2019. Peratus murid Tingkatan Dua Malaysia yang tidak mencapai
sekurang-kurangnya Aras Rendah (400 mata) dalam Sains bagi TIMSS 2019 ialah sebanyak 26%, iaitu 3%
lebih tinggi daripada TIMSS 2015 dan kurang sebanyak 12% berbanding TIMSS 2011. Berbanding TIMSS
2015, TIMSS 2019 juga menunjukkan peningkatan pada Aras Rendah dan berkurang sebanyak 2% pada
Aras Sederhana dan 3% pada Aras Tinggi. Walaupun begitu, peratus murid pada Aras Tertinggi adalah
sama bagi TIMSS 2019 berbanding TIMSS 2015, 1%.

Jadual 4.17: Peratus Pencapaian Sains Malaysia Mengikut Penandaarasan Antarabangsa TIMSS 1999 - 2019

TIMSS Tertinggi Tinggi Sederhana Rendah Tidak Mencapai

2019 3 15 29 27 26

2015 3 18 31 25 23

2011 1 10 23 28 38

2007 3 15 32 30 20

2003 4 24 47 24 5

1999 5 19 35 28 13

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

67

Rajah 4.4 di bawah menunjukkan peratusan murid Tingkatan Dua Malaysia yang mencapai setiap
aras Penandaarasan Antarabangsa Sains dalam TIMSS 1999 hingga 2019.

Peratus Pencapaian Malaysia dalam Sains Mengikut
Penandaarasan Antarabangsa

120

100 5 4 3 13 3
19 24 15 10 15
29
80 18
27
32 23
31
60 47
35 28

40 30 25

20 28 24
20
13 38 23 26
0 2019
5

1999 2003 2007 2011 2015

Tidak Mencapai Rendah Sederhana Tinggi Tertinggi

Rajah 4.4: Trend Peratus Pencapaian Murid dalam Sains Mengikut Penandaarasan Antarabangsa

4.3.1 Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Tertinggi

Pada penandaarasan antarabangsa Aras Tertinggi, murid menunjukkan pemahaman berkaitan
konsep yang kompleks dan abstrak dalam Biologi, Kimia, Fizik dan Sains Bumi. Murid berupaya
melakukan penaakulan dan menggunakan pemahaman mereka dalam penyiasatan saintifik, di
samping menggabung maklumat daripada beberapa sumber untuk menyelesaikan masalah dan
membuat rumusan serta dapat memberi penerangan bertulis menggunakan pengetahuan saintifik.

Jadual 4.18 hingga Jadual 4.21 menunjukkan empat contoh item yang berada pada Aras Tertinggi.
Secara keseluruhannya, pencapaian murid Malaysia adalah tidak memuaskan pada aras ini kecuali
pada contoh item 3 dan 4 yang mencatatkan peratusan memberikan jawapan yang betul melebihi
30.0%. Keempat-empat item menunjukkan perbezaan yang signifikan antara purata skor murid
Tingkatan Dua Malaysia dengan purata antarabangsa, bagi semua subjek iaitu Biologi, Kimia, Fizik
dan Sains Bumi.

Peratus murid yang tidak menjawab dan tidak sempat menjawab item pada Aras Tertinggi bagi
keempat-empat item contoh adalah rendah iaitu tidak melebihi 0.6%, kecuali bagi contoh item 1 yang
menunjukkan 16.5% murid yang tidak sempat menjawab. Contoh Item 1 hingga 3 menguji kognitif murid
daripada aspek aplikasi, kecuali contoh item 4 daripada aspek pengetahuan.

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

68

Jadual 4.18: Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Tertinggi - Contoh Item 1

Mata Pelajaran : Sains

Aras: Tertinggi Peratusan
Murid
Domain Kandungan: Biologi Negara
Domain Kognitif: Aplikasi Menjawab
dengan
Penerangan: Membuat klasifikasi 7 daripada 7 binatang Betul
sebagai mamalia atau bukan mamalia.
21
Malaysia 62
75
Singapura 31
18
Jepun 10

Korea Selatan 30

Jordan

Arab Saudi

Purata
Antarabangsa

Jawapan murid Malaysia:
05A: Betul (skor 2) – 20.8%
05A: Betul (skor 1) – 20.5%
Salah – 58.6%
Tidak menjawab – 0.2%
Tidak sampai - 0.0%

05B: Betul (skor 2) – 16.5%
05B: Betul (skor 1) – 79.3%
Salah – 4.2%
Tidak menjawab – 0.0%
Tidak sampai – 16.5%

Peratusan murid menjawab
dengan betul mengikut
jantina:
05A: Perempuan – 21.9%
05A: Lelaki – 19.6%

05B: Perempuan – 15.3%
05B: Lelaki – 9.97%

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
“Tidak sampai - Murid tidak sempat tiba ke soalan tersebut dan soalan seterusnya kerana masa menjawab telah
tamat”

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

69

Jadual 4.19: Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Tertinggi - Contoh Item 2

Mata Pelajaran : Sains

Aras: Tertinggi Peratusan
Murid
Domain Kandungan: KImia Negara
Domain Kognitif: Aplikasi Menjawab
dengan
Penerangan: Menggunakan satu bahagian dalam jadual Betul
berkala untuk menyusun 4 elemen daripada nombor
atom paling kecil kepada nombor atom paling besar. 11
60
Malaysia 44
56
Singapura 19
7
Jepun
29
Korea Selatan

Jordan

Arab Saudi

Purata
Antarabangsa

Jawapan murid Malaysia:
Betul – 11.5%
Salah – 87.7%
Tidak Menjawab - 0.4%
Tidak Sampai - 0.4%

Peratusan murid menjawab
dengan betul mengikut
jantina:
Perempuan – 13.0%
Lelaki – 10.0%

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
“Tidak sampai - Murid tidak sempat tiba ke soalan tersebut dan soalan seterusnya kerana masa menjawab telah
tamat”

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

70

Jadual 4.20: Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Tertinggi - Contoh Item 3

Mata Pelajaran : Sains

Aras: Tertinggi Peratusan
Murid
Domain Kandungan: Fizik Negara
Domain Kognitif: Aplikasi Menjawab
dengan
Penerangan: Mengenal pasti satu diagram yang Betul
menunjukkan perkara yang berlaku kepada molekul gas
dalam satu belon apabila belon mengembang. 36
69
Malaysia 46
56
Singapura 37
36
Jepun
41
Korea Selatan

Jordan

Arab Saudi

Purata
Antarabangsa

Jawapan murid Malaysia:
A – 35.7%
B – 38.0%
C – 22.3%
D – 3.6%
Tidak Menjawab – 0.1%
Tidak Sampai - 0.4%

Peratusan murid menjawab
dengan betul mengikut
jantina:
Perempuan - 39.7%
Lelaki - 31.7%

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
“Tidak sampai - Murid tidak sempat tiba ke soalan tersebut dan soalan seterusnya kerana masa menjawab telah
tamat”

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

71

Jadual 4.21: Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Tertinggi - Contoh Item 4

Mata Pelajaran : Sains

Aras: Tertinggi

Domain Kandungan: Sains Bumi Negara Peratusan
Domain Kognitif: Pengetahuan Murid

Penerangan: Mengenal pasti kenapa belon menjadi lebih Menjawab
besar apabila keinggiannya bertambaha daripada tanah. dengan
Betul
Malaysia
Singapura 32
Jepun 45
Korea Selatan 68
Jordan 63
Arab Saudi 29
Purata 42
Antarabangsa
42

Jawapan murid Malaysia:
A – 24.2%
B – 32.3%
C – 24.0%
D – 18.5%
Tidak Menjawab - 0.3%
Tidak Sampai - 0.6%

Peratusan murid menjawab
dengan betul mengikut
jantina:
Perempuan - 32.4%
Lelaki – 32.3%

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
“Tidak sampai - Murid tidak sempat tiba ke soalan tersebut dan soalan seterusnya kerana masa menjawab telah
tamat”

4.3.2 Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Tinggi

Pada penandaarasan antarabangsa Aras Tinggi, murid seharusnya memahami konsep kitaran Sains,
sistem dan prinsipnya. Murid juga dapat menunjukkan kemahiran inkuiri saintifik, menggabung dan
mentafsir maklumat daripada pelbagai gambarajah, graf dan jadual serta memilih maklumat yang
berkaitan, membuat analisis dan membuat rumusan.

Jadual 4.22 hingga Jadual 4.25 menunjukkan empat contoh soalan yang berada pada Aras Tinggi.
Secara keseluruhannya, pencapaian murid Malaysia adalah kurang memuaskan pada aras ini kecuali
pada item ketiga yang merupakan soalan kategori Fizik. Skor Malaysia bagi item ini menunjukkan
perbezaan yang signifikan iaitu lebih tinggi berbanding purata antarabangsa, namun pada item
selebihnya pencapaian murid Malaysia adalah lebih rendah secara signifikan daripada purata
antarabangsa.

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

72

Berdasarkan empat contoh yang diberikan, (item 1 dan 2) merekodkan peratusan yang rendah
dalam kebolehan murid menjawab soalan aras tinggi dengan betul (skor 2 dan skor 1). Contoh item
2 menunjukkan 32.0% murid memperoleh skor dua (2) dan tiada murid memperoleh skor satu (1).
Manakala contoh item 2 merekodkan hanya 1.1% murid mendapat skor dua (2) dan 26.2% memperoleh
skor satu (1). Kedua-dua soalan Aras Tinggi tersebut memerlukan murid menaakul dan memberikan
penjelasan, iaitu kemahiran yang kurang dimiliki murid. Namun begitu, contoh item 3 dan 4
menunjukkan peratusan murid yang agak tinggi memberikan jawapan yang betul dan peratusan
yang sangat rendah murid tidak sempat menjawab. Contoh item 3 telah dijawab betul oleh 52.1%
murid Gred Lapan dan lebih tinggi daripada purata antarabangsa tetapi tidak sempat dijawab oleh
0.1% murid. Meskipun item tersebut memerlukan murid memberikan penjelasan, murid mampu
membuat aplikasi berdasarkan situasi dan gambaran yang diberikan. Contoh item 4 yang berbentuk
objektif dan memerlukan murid mengenal pasti pula, menunjukkan peratusan murid menjawab
betul yang tinggi (42.5%), serta peratusan tidak sempat menjawab yang rendah (0.2%).

Jadual 4.22: Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Tinggi - Contoh Item 1

Mata Pelajaran : Sains

Aras: Tinggi Peratusan
Murid
Domain Kandungan: Biologi Negara
Domain Kognitif: Penaakulan Menjawab
dengan
Penerangan: Menjelaskan bagaimana taman di atas Betul
bumbung membantu mengurangkan jumlah karbon
dioksida di udara. 33
85
Malaysia 42
Singapura 58
Jepun 48
Korea Selatan 40
Jordan
Arab Saudi 48
Purata
Antarabangsa

Jawapan murid Malaysia:
Betul (skor 2) – 32.6%
Betul (skor 1) – 0.0%
Salah – 63.9%
Tidak menjawab - 3.5%
Tidak sampai - 0.0%

Peratusan murid menjawab
dengan betul mengikut
jantina:
Perempuan – 30.0%
Lelaki – 35.3%

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
“Tidak sampai - Murid tidak sempat tiba ke soalan tersebut dan soalan seterusnya kerana masa menjawab telah
tamat”

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

73

Jadual 4.23: Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Tinggi - Contoh Item 2

Mata Pelajaran: Sains

Aras: Tinggi Peratusan
Murid
Domain Kandungan: Kimia Negara
Domain Kognitif: Penaakulan Menjawab
dengan
Penerangan: Menjelaskan kesan suhu terhadap resapan dalam Betul
konteks penyiasatan.

Malaysia 27

Singapura 64

Jepun 67

Korea Selatan 63

Jordan 15

Arab Saudi 20

Purata 39
Antarabangsa

Jawapan murid Malaysia:
Betul (skor 2) – 1.1%

Betul (skor 1) – 26.2%

Salah – 71.3%
Tidak menjawab – 0.8%
Tidak sampai - 0.6%

Peratusan murid menjawab
dengan betul mengikut
jantina:
Perempuan – 28.6%

Lelaki – 25.7%

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
“Tidak sampai - Murid tidak sempat tiba ke soalan tersebut dan soalan seterusnya kerana masa menjawab telah
tamat”

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

74

Jadual 4.24: Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Tinggi - Contoh Item 3

Mata Pelajaran : Sains

Aras: Tinggi

Domain Kandungan: Fizik Peratusan
Murid
Domain Kognitif: Aplikasi Negara
Menjawab
Penerangan: Menggunakan pengetahuan mengenai dengan
transmisi bunyi untuk menerangkan sama ada deringan Betul
telefon bimbit dalam vakum boleh didengari dari luar
ruang vakum.

Malaysia 52

Singapura 59

Jepun 56

Korea Selatan 53

Jordan 46

Arab Saudi 41

Purata 38
Antarabangsa

Jawapan murid Malaysia:

Betul - 52.1%

Salah - 47.1%
Tidak menjawab - 0.1%
Tidak sampai – 0.6%

Peratusan murid menjawab
dengan betul mengikut
jantina:
Perempuan – 50.7%

Lelaki – 53.5%

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
“Tidak sampai - Murid tidak sempat tiba ke soalan tersebut dan soalan seterusnya kerana masa menjawab telah
tamat”

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

75

Jadual 4.25: Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Tinggi - Contoh Item 4

Mata Pelajaran : Sains

Aras: Tinggi Negara Peratusan
Murid
Domain Kandungan: Sains Bumi
Menjawab
Domain Kognitif: Penaakulan dengan
Betul
Penerangan: Mengenal pasti bukti bahawa Bumi
menjadi semakin panas.

Malaysia 43

Singapura 76

Jepun 75

Korea Selatan 67

Jordan 36

Arab Saudi 39

Purata 57
Antarabangsa

Jawapan murid Malaysia:
A – 42.5%
B – 17.9%
C – 27.4%
D – 11.4%
Tidak menjawab - 0.2%
Tidak sampai – 0.6%

Peratusan murid menjawab
dengan betul mengikut
jantina:
Perempuan – 40.3%

Lelaki – 44.7%

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
“Tidak sampai - Murid tidak sempat tiba ke soalan tersebut dan soalan seterusnya kerana masa menjawab telah
tamat”

4.3.3 Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Sederhana

Pada penandaarasan antarabangsa Aras Sederhana, murid mampu menggunakan pengetahuan
dan pemahaman berkaitan kesihatan manusia, kitaran hidup, adaptasi dan baka serta menganalisis
maklumat mengenai ekosistem. Murid juga mempunyai pengetahuan kimia, beberapa aspek daya,
pergerakan dan tenaga. Murid juga mampu memahami proses dan ciri fizikal bumi termasuk kitaran
air dan atmosfera. Murid seharusnya boleh mentafsir gambarajah, melengkapkan jadual yang mudah
dan menggunakan pengetahuan asas dalam situasi praktikal.

Jadual 4.26 hingga Jadual 4.28 menunjukkan tiga contoh item yang berada pada Aras Sederhana.
Secara keseluruhannya, pencapaian murid Malaysia adalah kurang memuaskan pada aras ini kecuali
pada item ketiga yang merupakan soalan kategori Fizik. Skor Malaysia bagi item ini menunjukkan
peratus yang lebih tinggi berbanding purata antarabangsa, namun pada item pertama dan kedua
pencapaian murid Malaysia adalah lebih rendah secara signifikan daripada purata antarabangsa.

Contoh item 1 (Jadual 4.26) menunjukkan peratus murid Tingkatan Dua Malaysia yang tidak menjawab
soalan Aras Sederhana adalah sebanyak 4.3%, iaitu peratusan yang paling tinggi daripada tiga item
contoh. Selain itu, item tersebut turut mencatatkan purata skor paling rendah dicapai oleh murid
Malaysia dan berbeza secara sangat signifikan berbanding purata antarabangsa. Situasi ini memberi

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

76

gambaran bahawa murid Malaysia kurang kemahiran dalam menaakul dan memberikan penjelasan
berbanding mengenal pasti sebab serta elemen. Namun begitu, dua lagi item (contoh item 2 dan 3),
berjaya dijawab dengan betul oleh peratusan murid yang tinggi iaitu melebihi 50% dan peratusan
murid yang tidak sempat menjawab kedua-dua soalan tersebut adalah kurang daripada 2%.

Jadual 4.26: Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Sederhana - Contoh Item 1

Mata Pelajaran : Sains

Aras: Sederhana Negara Peratusan
Murid
Domain Kandungan: Biologi
Menjawab
Domain Kognitif: Penaakulan dengan
Betul
Penerangan: Penjelasan bagaimana sudut pandangan
seekor buaya membantunya bertahan dengan
persekitarannya.

Malaysia 27

Singapura 84

Jepun 85

Korea Selatan 75

Jordan 44

Arab Saudi 35

Purata 55
Antarabangsa

Jawapan murid Malaysia:
Betul – 26.8%
Salah – 68.9%
Tidak Menjawab – 4.3%
Tidak Sampai – 0.0%

Peratusan murid menjawab
dengan betul mengikut
jantina:
Perempuan – 26.7%
Lelaki – 26.9%

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
“Tidak sampai - Murid tidak sempat tiba ke soalan tersebut dan soalan seterusnya kerana masa menjawab telah
tamat”

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

77

Jadual 4.27: Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Sederhana - Contoh Item 2

Mata Pelajaran : Sains

Aras: Sederhana Negara Peratusan
Murid
Domain Kandungan: Kimia
Menjawab
Domain Kognitif: Aplikasi dengan
Betul
Penerangan: Daripada senarai simbol dan formula, kenal
pasti elemen dan sebatian.

Malaysia 40

Singapura 78

Jepun 77

Korea Selatan 73

Jordan 60

Arab Saudi 31

Purata 61
Antarabangsa

Jawapan murid Malaysia:
O: A - 76.1%; B - 23.0%
K: A - 63.4%; B - 35.4%
H2S04: A – 28.7%; B – 69.7%
NH3: A – 34.4%; B – 63.9%
CH4: A - 34.6%; 63.9%
MG: A – 61.8%; B – 36.5%

O: Tidak menjawab - 0.8%
K: Tidak menjawab - 1.0%
H2S04: Tidak menjawab - 1.4%
NH3: Tidak menjawab - 1.5%
CH4: Tidak menjawab - 1.3%
MG: Tidak menjawab - 1.5%

O: Tidak sampai - 0.2%
K: Tidak sampai - 0.2%
H2S04: Tidak sampai - 0.2%
NH3: Tidak sampai - 0.2%
CH4: Tidak sampai - 0.2%
MG: Tidak sampai - 0.2%

Peratusan murid menjawab
dengan betul mengikut
jantina:
O: P - 72.7%; L – 79.7%
K: P - 62.7%; L – 64.1%
H2S04: P – 67.4%; L – 72.2%
NH3: P – 64.3%; L – 63.5%
CH4: P – 61.2%; L - 66.9%
MG: P – 61.5%; L – 62.1%

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
“Tidak sampai - Murid tidak sempat tiba ke soalan tersebut dan soalan seterusnya kerana masa menjawab telah
tamat”

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

78

Jadual 4.28: Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Sederhana - Contoh Item 3

Mata Pelajaran : Sains

Aras: Sederhana Negara Peratusan
Murid
Domain Kandungan: Fizik
Menjawab
Domain Kognitif: Pengetahuan dengan
Betul
Penerangan: Mengenal pasti kenapa sebuah
kenderaan mempunyai berat yang berbeza
antara Marikh dan bila ia berada di bumi.

Malaysia 72

Singapura 90

Jepun 68

Korea Selatan 86

Jordan 65

Arab Saudi 59

Purata 69
Antarabangsa

Jawapan murid Malaysia:
A - 9.9%
B – 8.4%
C – 8.9%
D – 72.2%
Tidak menjawab - 0.2%
Tidak sampai - 0.4%

Peratusan murid menjawab
dengan betul mengikut
jantina:
Perempuan – 73.0%
Lelaki – 71.4%

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
“Tidak sampai - Murid tidak sempat tiba ke soalan tersebut dan soalan seterusnya kerana masa menjawab telah
tamat”

4.3.4 Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Rendah

Pada penandaarasan antarabangsa Aras Rendah, murid mempunyai asas mengenai kehidupan
sains fizikal. Murid mempunyai pengetahuan dalam Biologi dan menunjukkan beberapa persamaan
dengan fenomena fizikal. Murid seharusnya boleh mentafsir gambarajah, melengkapkan jadual yang
mudah dan menggunakan pengetahuan asas dalam situasi praktikal.

Jadual 4.29 menunjukkan satu contoh soalan yang berada pada Aras Rendah. Secara keseluruhannya,
pencapaian murid Malaysia adalah memuaskan pada aras ini iaitu pada item pertama yang
merupakan soalan kategori Kimia, kerana skor Malaysia menunjukkan perbezaan signifikan lebih
tinggi berbanding purata antarabangsa. Walau bagaimanapun, pada item kedua iaitu dalam Sains
Bumi, pencapaian murid Malaysia adalah lebih rendah daripada purata antarabangsa (tiada item
contoh daripada TIMSS 2019).

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

79

Jadual 4.29: Penandaarasan Antarabangsa Sains Aras Rendah - Contoh Item TIMSS 2015

Mata Pelajaran : Sains

Aras: Rendah Negara Peratusan
Murid
Domain Kandungan: Kimia
Menjawab
Domain Kognitif: Pengetahuan dengan
Betul
Penerangan: Mengenal pasti konduktor haba dan elektrik
yang baik.

Singapura 93.7

Malaysia 88.5

Thailand 92.9

Purata 80.5
Antarabangsa

Jawapan murid Malaysia:
A - 3.2%
B - 3.7%
C - 88.5%
D - 3.5%

Peratusan murid menjawab
dengan betul mengikut
jantina:
Perempuan - 90.6%
Lelaki - 86.3%

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2015

4.4 Kesimpulan

Umumnya, pencapaian Malaysia berdasarkan penandaarasan antarabangsa ini adalah rendah
berbanding purata antarabangsa dan negara serantau Singapura, yang menduduki tempat teratas
dalam senarai negara peserta bagi kedua-dua Matematik dan Sains. Meskipun semakan semula dan
penambahbaikan kurikulum kedua-dua mata pelajaran tersebut telah dilakukan, pemahaman konsep
yang mendalam perlu dikuasai pelajar untuk memastikan mereka dapat menjawab soalan-soalan aras
tinggi dengan lebih baik.

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

80

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB 5

PENCAPAIAN
MURID

BERDASARKAN
JANTINA

82

5 PENCAPAIAN MURID BERDASARKAN JANTINA

5.1 Pengenalan

Perbezaan pencapaian antara lelaki dan perempuan serta lokasi menggambarkan corak dan
kebarangkalianpendidikankhususnya dalam bidang Matematik dan Sains yang disediakan di sesebuah
negara.

5.2 Purata Skor Matematik Mengikut Jantina

Perbezaan pencapaian dalam TIMSS berdasarkan perbezaan jantina ditunjukkan dalam Jadual 5.1.
Purata skor antarabangsa murid perempuan adalah 491 berbanding 488 bagi murid lelaki. Sebanyak
22 negara menunjukkan pencapaian murid perempuan lebih baik daripada murid lelaki, namun hanya
tujuh (7) negara menunjukkan pencapaian murid perempuan yang lebih baik secara signifikan, 16
negara menunjukkan pencapaian lelaki lebih baik daripada perempuan tetapi hanya enam (6) buah
negara yang signifikan. Selebihnya iaitu 25 negara lagi tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan
antara murid lelaki dan perempuan.

Malaysia berada di kedudukan ke-10 daripada 22 negara yang menunjukkan pencapaian murid
perempuan lebih baik daripada lelaki. Perbezaan pencapaian murid perempuan (465) Malaysia yang

lebih baik daripada lelaki (456) adalah signifikan.

Jadual 5.1: Purata Skor Matematik Mengikut Jantina

Negara Peserta TIMSS Perempuan Lelaki Perbezaan
2019 Peratus Purata Skor
Peratus Purata Skor 3
Singapura * 51 614 3
Chinese Taipei * 49 617 50 611 3
Korea Selatan* 52 609 2
Jepun 50 614 48 595 7
Hong Kong* 54 575 5
Rusia * 48 606 52 546 1
Ireland 51 523 2
Lithuania * 52 593 50 521 11
Israel * 48 525 4
Australia 46 582 51 519 14
Hungary * 50 524 3
Amerika Syarikat * 48 541 51 514 2
England * 47 516 4
Finland * 49 524 52 507 -
Norway * 51 503 3
Sweden * 50 519 51 501 4
Cyprus 51 499 10
Portugal * 52 514 50 505 13
Itali * 50 504 11
Turki * 49 515 50 490 4
Kazakhstan 51 486
50 510 Bersambung...

49 517

53 514

48 511

49 503

40 504

49 503

50 495

50 491

50 501

49 490

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

83

...sambungan

Negara Peserta TIMSS Perempuan Lelaki Perbezaan
2019 Peratus Purata Skor
Peratus Purata Skor 9
6
Perancis * 49 478 51 487 21
4
New Zealand 48 478 52 484 5
8
Bahrain 49 492 51 471 9
13
Romania 51 487 49 471 7
9
Emiriah Arab Bersatu * 48 476 52 471 5
23
Georgia * 48 457 52 465 16
41
Malaysia * 51 465 49 456 9
8
Iran 47 453 53 440 7
5
Qatar * 50 447 50 440

Chile * 49 436 51 445

Lubnan 49 427 51 432

Jordan 48 432 52 409

Mesir 55 420 45 404

Oman 48 432 52 391

Kuwait 53 407 47 398

Arab Saudi 49 403 51 385

Afrika Selatan 52 393 48 386

Maghribi 50 386 50 391

Purata Antarabangsa 50 491 50 488

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
* Negara eTIMSS

5.3 Trend Pencapaian Matematik Mengikut Jantina

Trend pencapaian Matematik berdasarkan jantina antara kitaran TIMSS 1999 hingga TIMSS 2019 ditunjukkan
dalam Jadual 5.2 dan Rajah 5.1. Pada kitaran TIMSS 1999 dan 2003, pencapaian murid lelaki dan murid
perempuan tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Walau bagaimanapun, TIMSS 2007 dan 2011
menunjukkan perbezaan yang signifikan. Dalam TIMSS 2007, purata skor murid perempuan adalah 479
berbanding 468 bagi murid lelaki. Perbezaan skor adalah sebanyak 11. Pada TIMSS 2011, purata skor murid
perempuan ialah 449 dan 430 bagi murid lelaki. Perbezaan skor semakin meningkat iaitu perbezaan
sebanyak 19 skor. Namun pada TIMSS 2015, perbezaan ini menurun kepada hanya sembilan (9) skor dengan
purata skor murid perempuan ialah 470 dan 461 bagi murid lelaki. Perbezaan yang mengecil menunjukkan
perkembangan positif pencapaian murid lelaki Malaysia yang lebih baik. Trend yang sama ditunjukkan
dalam TIMSS 2019, iaitu perbezaan purata skor murid perempuan (465) dan lelaki (456) ialah sembilan (9)
skor.

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

84

Jadual 5.2 : Trend Pencapaian Matematik Mengikut Jantina

Kitaran Purata Skor Lelaki Perbezaan
Perempuan
9
TIMSS 2019 465 456 9
19
TIMSS 2015 470 461 11
7
TIMSS 2011 449 430 4

TIMSS 2007 479 468

TIMSS 2003 512 505

TIMSS 1999 521 517

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019

Trend Pencapaian Malaysia dalam Matematik mengikut Jantina

530 521
510 512
490
470 517
450
505
479

470

468 465
449 461 456

430 TIMSS TIMSS 430 TIMSS TIMSS
2003 2007 2015 2019
TIMSS TIMSS
1999 Lelaki 2011

Perempuan

Rajah 5.1: Trend Pencapaian Malaysia dalam Matematik Mengikut Jantina

5.4 Pencapaian dalam Domain Kandungan Matematik Mengikut Jantina

Purata skor dalam domain kandungan Matematik bagi murid lelaki dan perempuan ditunjukkan dalam
Jadual 5.3. Secara keseluruhan, pencapaian murid perempuan adalah lebih baik berbanding murid lelaki
dalam kesemua domain kandungan kecuali domain nombor. Bagi domain algebra (Perempuan, 503;
Lelaki, 493) dan geometri (Perempuan, 499; Lelaki, 495), purata skor murid perempuan mengatasi lelaki
dengan perbezaan yang signifikan. Bagi domain nombor (Perempuan, 493; Lelaki, 497) lelaki mengatasi
pencapaian perempuan dengan perbezaan signifikan. Bagi domain data dan kebarangkalian pula,
tiada perbezaan signifikan antara Perempuan (490) dengan Lelaki (489).

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

85

Jadual 5.3: Perbezaan Pencapaian dalam Domain Kandungan Matematik Mengikut Jantina

Negara Nombor Algebra Geometri Data dan
Peserta Kebarangkalian

Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki

Singapura * 611 611 623 615 620 618 623 618
593 594
Chinese Taipei * 612 614 623 613 623 623 594 601
592 597
Korea Selatan* 602 608 611 608 613 621 571 555
509 525
Jepun 573 583 605 600 609 611 541 540
518 526
Hong Kong* 570 569 588 580 602 591 503 520
532 534
Rusia * 535 547 563 557 538 543 511 531

Ireland 538 544 510 501 504 508 510 509

Lithuania * 512 517 520 516 530 529 523 523
517 511
Israel * 511 527 526 530 500 513 518 518
514 512
Australia 515 528 502 501 510 517 494 493
487 508
Hungary * 506 525 506 512 514 529 487 501
506 498
Amerika 518 522 528 512 500 499 462 463
Syarikat * 490 500
492 499
England * 513 526 507 500 510 507 482 449
464 451
Finland * 512 517 495 483 517 504
455 447
Norway * 503 512 481 474 505 499
424 435
Sweden * 500 504 499 492 500 491 464 449
438 433
Cyprus 495 504 523 507 494 486 425 422
426 442
Portugal * 483 502 500 498 506 512 378 388
408 385
Itali * 485 505 488 494 506 513 390 368
418 370
Turki * 496 490 503 482 496 483
~ ~
Kazakhstan 483 481 508 499 489 483 ~ ~
~ ~
Perancis * 468 485 468 468 490 496 370 375

New Zealand 477 489 464 464 474 479 490 489

Bahrain 482 464 497 473 503 484

Romania 484 472 503 477 480 464

Emiriah Arab 473 475 493 480 465 459
Bersatu *

Georgia * 459 473 472 474 447 450

Malaysia * 460 455 461 451 470 462

Iran 444 440 465 437 450 434

Qatar * 442 440 462 446 440 430

Chile * 435 448 436 441 431 438

Lubnan 427 436 453 451 420 424

Jordan 416 401 460 425 425 402

Mesir 419 407 422 401 422 411

Oman 411 375 452 403 435 402

Kuwait ~~~~~~

Arab Saudi ~~~~~~

Afrika Selatan ~ ~ ~ ~ ~ ~

Maghribi 374 381 373 367 407 419

Purata 493 497 503 493 499 495
Antarabangsa

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
* Negara eTIMSS
Tanda tilde (~) menunjukkan data tidak mencukupi untuk melaporkan pencapaian

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

86

Bagi Malaysia, pencapaian murid perempuan mengatasi pencapaian murid lelaki secara signifikan
dalam dua domain kandungan Matematik, iaitu algebra (Perempuan, 461; Lelaki, 451) dan geometri
(Perempuan, 470: Lelaki, 462) seperti dalam Jadual 5.3. Manakala dua domain, lain iaitu nombor
(Perempuan, 460; Lelaki, 455) serta data dan kebarangkalian (Perempuan, 464; Lelaki, 449), tidak
menunjukkan perbezaan yang signifikan.

5.5 Pencapaian dalam Domain Kognitif Matematik Mengikut Jantina

Purata skor antarabangsa dalam domain kognitif Matematik bagi murid lelaki dan perempuan
ditunjukkan dalam Jadual 5.4. Secara keseluruhan, pencapaian murid perempuan adalah lebih baik
berbanding murid lelaki dalam domain pengetahuan (Perempuan, 498; Lelaki, 494) dan penaakulan
(Perempuan, 500; Lelaki, 496) tetapi tiada perbezaan signifikan dalam domain aplikasi (Perempuan,
496; Lelaki, 495).

Jadual 5.4 : Perbezaan Pencapaian dalam Domain Kognitif Matematik Mengikut Jantina

Pengetahuan Aplikasi Penaakulan
Perempuan Lelaki
Negara Peserta

Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki

Singapura * 618 611 616 613 622 619

Chinese Taipei * 619 613 611 609 616 616

Korea Selatan* 612 616 602 606 606 612

Jepun 589 589 594 598 598 600

Hong Kong* 584 577 580 572 584 580

Rusia * 549 550 538 547 533 540

Ireland 533 528 527 526 507 509

Lithuania * 518 519 523 525 513 514

Israel * 511 521 513 525 520 530

Australia 509 513 519 524 512 517

Hungary * 509 523 509 524 504 521

Amerika Syarikat * 525 519 517 513 508 507

England * 507 514 519 517 512 512

Finland * 506 504 513 508 509 504

Norway * 500 499 504 503 496 497

Sweden * 497 495 501 501 516 511

Cyprus 510 507 497 495 509 501

Portugal * 493 504 492 501 501 514

Itali * 487 497 490 504 500 510

Turki * 503 485 494 488 511 497

Kazakhstan 492 485 488 485 490 484

Perancis * 470 476 480 490 487 491

New Zealand 462 473 483 489 483 489

Bahrain 484 459 489 469 501 478

Romania 490 474 482 468 490 470

Emiriah Arab Bersatu * 483 474 468 464 482 476

Georgia * 453 462 457 463 457 463

Malaysia * 457 446 468 459 462 461

Bersambung...

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

87

...sambungan

Negara Peserta Pengetahuan Aplikasi Penaakulan
Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki

Iran 452 431 446 440 466 450
453 442
Qatar * 444 442 442 433 447 454
408 406
Chile * 428 439 433 442 446 418
421 399
Lubnan 453 458 407 417 436 390

Jordan 428 400 425 406 ~~
~~
Mesir 426 404 411 399 ~~
381 382
Oman 432 382 427 392 500 496

Kuwait ~ ~ ~~

Arab Saudi ~ ~ ~~

Afrika Selatan ~ ~ ~~

Maghribi 382 382 384 394

Purata Antarabangsa 498 494 496 495

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
* Negara eTIMSS

Tanda tilde (~) menunjukkan data tidak mencukupi untuk melaporkan pencapaian

Dalam Matematik, Bagi Malaysia, pencapaian murid perempuan turut
pencapaian murid mengatasi pencapaian murid lelaki dalam domain
perempuan mengatasi pengetahuan (Perempuan, 457; Lelaki, 446) dan aplikasi
murid lelaki dalam (Perempuan, 468; Lelaki, 459) secara signifikan. Manakala
domain pengetahuan bagi domain penaakulan, perbezaan pencapaian adalah
dan aplikasi tidak signifikan (Perempuan, 462; Lelaki, 461)

5.6 Purata Skor Sains Mengikut Jantina

Perbezaan pencapaian dalam TIMSS berdasarkan perbezaan jantina ditunjukkan dalam Jadual 5.5.
Dalam aspek jantina bagi pencapaian Sains, murid perempuan menunjukkan pencapaian yang lebih
baik berbanding murid lelaki. Purata skor antarabangsa murid perempuan adalah 495 berbanding 485
bagi murid lelaki.

Sebanyak 29 negara menunjukkan pencapaian murid perempuan lebih baik daripada murid lelaki.
Walau bagaimanapun, hanya 16 buah negara menunjukkan pencapaian murid perempuan yang lebih
baik secara signifikan. Malaysia berada di kedudukan ke-17 daripada 29 negara yang menunjukkan
pencapaian murid perempuan lebih baik daripada lelaki. Namun, perbezaan pencapaian murid
perempuan (463) Malaysia yang lebih baik daripada lelaki (458) adalah tidak signifikan.

Jadual 5.5 : Purata Skor Sains Mengikut Jantina

Negara Peserta Perempuan Lelaki Perbezaan

Peratus Purata Skor Peratus Purata Skor 7
4
Singapura * 49 604 51 611 10
10
Chinese Taipei * 50 572 50 576 2

Korea Selatan* 48 555 52 566 Bersambung...

Jepun 52 565 48 575

Hong Kong* 46 505 54 503

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

88

...sambungan

Negara Peserta Perempuan Lelaki Perbezaan

Peratus Purata Skor Peratus Purata Skor 7
5
Rusia * 48 539 52 546 2
3
Ireland 49 526 51 521 0
20
Lithuania * 50 535 50 533 5
3
Israel * 52 512 48 515 19
1
Australia 49 529 51 528 11
15
Hungary * 50 520 50 540 6
7
Amerika Syarikat * 49 525 51 520 10
9
England * 53 518 47 515 4
3
Finland * 48 552 52 533 51
10
Norway * 49 495 51 496 25
1
Sweden * 49 527 51 516 5
17
Cyprus 49 491 51 476 28
11
Portugal * 50 516 50 522 5
53
Itali * 50 497 50 504 27
54
Turki * 50 520 50 510 35
47
Kazakhstan 49 483 51 474 12
2
Perancis * 49 487 51 490 10

New Zealand 48 497 52 500

Bahrain 49 512 51 461

Romania 51 475 49 465

Emiriah Arab Bersatu * 48 486 52 461

Georgia * 48 447 52 446

Malaysia * 51 463 49 458

Iran 47 459 53 441

Qatar * 50 488 50 461

Chile * 49 457 51 468

Lubnan 49 379 51 374

Jordan 48 480 52 427

Mesir 55 402 45 374

Oman 48 485 52 431

Kuwait 53 461 47 426

Arab Saudi 49 455 51 408

Afrika Selatan 52 376 48 364

Maghribi 50 395 50 393

Purata Antarabangsa 50 495 50 485

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
* Negara eTIMSS

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

89

Hanya sembilan (9) negara menunjukkan pencapaian lelaki lebih baik daripada perempuan tetapi hanya
lapan (8) yang signifikan. Sebanyak 14 negara tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara
murid lelaki dan perempuan.

5.7 Trend Pencapaian Sains Mengikut Jantina.

Trend pencapaian Sains berdasarkan jantina antara kitaran TIMSS 1999 hingga TIMSS 2019
ditunjukkan dalam Jadual 5.6 dan Rajah 5.2. Pada kitaran TIMSS 1999 dan 2003, pencapaian
murid lelaki dan murid perempuan menunjukkan perbezaan sebanyak 10 skor. Dalam TIMSS
2007, purata skor murid perempuan adalah 475 berbanding 466 bagi murid lelaki. Perbezaan
skor adalah sebanyak 9. Pada TIMSS 2011, purata skor murid perempuan ialah 434 dan 419 bagi
murid lelaki. Perbezaan skor semakin meningkat iaitu perbezaan sebanyak 15 skor. Namun
pada TIMSS 2015, perbezaan ini menurun kepada hanya 10 skor dengan purata skor murid
perempuan ialah 476 dan 466 bagi murid lelaki. Perbezaan yang mengecil menunjukkan
perkembangan positif pencapaian murid lelaki Malaysia yang lebih baik. Trend yang sama
ditunjukkan dalam TIMSS 2019, iaitu perbezaan purata skor murid perempuan (463) dan lelaki
(458) ialah lima (5) skor.

Jadual 5.6: Trend Pencapaian Sains Mengikut Jantina

Kitaran Purata Skor Lelaki Perbezaan
Perempuan
5
TIMSS 2019 463 458 10
15
TIMSS 2015 476 466 9
10
TIMSS 2011 434 419 10

TIMSS 2007 475 466

TIMSS 2003 505 515

TIMSS 1999 488 498

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019

Trend Pencapaian Malaysia dalam Sains Mengikut Jantina
525 515

500 498 505
475
476

475 488 463

450 466 434 458
466
TIMSS
425 2019

419

400

TIMSS TIMSS TIMSS TIMSS TIMSS
1999 2003 2007 2011 2015

Lelaki Perempuan

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019

Rajah 5.2 : Trend Pencapaian Malaysia dalam Sains Mengikut Jantina

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

90

5.8 Pencapaian dalam Domain Kandungan Sains Mengikut Jantina

Purata skor dalam domain kandungan Sains bagi murid lelaki dan perempuan ditunjukkan dalam Jadual
5.7. Secara keseluruhan, terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian murid perempuan
dan murid lelaki dalam dua domain kandungan iaitu Biologi (Perempuan, 499; Lelaki, 487) dan Kimia
(Perempuan, 499; Lelaki, 480). Perbezaan pencapaian murid dalam Fizik (Perempuan, 491; Lelaki, 490)
adalah tidak signifikan. Bagi domain Sains Bumi (Perempuan, 486; Lelaki, 489), purata skor murid lelaki
mengatasi perempuan dengan perbezaan yang signifikan.

Bagi Malaysia, perbezaan yang signifikan antara pencapaian murid perempuan dan murid lelaki
dapat dilihat dalam domain Biologi (Perempuan, 468; Lelaki, 457) dan Kimia (Perempuan, 440; Lelaki,
428). Dalam domain Fizik, tidak terdapat perbezaan pencapaian antara murid lelaki dan perempuan
(475). Bagi domain Sains Bumi pula (Perempuan, 449; Lelaki, 454), purata skor murid lelaki mengatasi
perempuan dengan perbezaan yang tidak signifikan.

Jadual 5.7 : Perbezaan Pencapaian dalam Domain Kandungan Sains Mengikut Jantina

Negara Biologi Kimia Fizik Sains Bumi
Peserta
Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki
Singapura *
621 623 617 614 614 624 551 572
Chinese
Taipei * 577 575 598 591 550 560 572 586

Korea 554 565 553 549 563 575 549 574
Selatan*

Jepun 571 577 560 560 563 578 563 581

Hong Kong* 502 499 492 479 511 509 506 516

Rusia * 545 542 550 552 532 549 522 543

Ireland 523 520 525 500 517 520 536 536

Lithuania * 540 529 436 524 523 534 530 539

Israel * 511 513 527 510 514 526 487 503

Australia 533 529 519 510 524 533 531 536

Hungary * 523 537 521 534 514 524 517 552

Amerika 536 524 515 503 514 515 527 532
Syarikat *

England * 518 513 521 502 517 515 513 523

Finland * 549 520 561 530 542 537 562 555

Norway * 489 482 499 486 486 500 513 525

Sweden * 523 515 521 497 524 516 533 528

Cyprus 500 479 491 466 482 477 473 473

Portugal * 524 530 514 511 493 500 523 539

Itali * 506 510 484 483 483 491 503 521

Turki * 519 507 530 501 519 517 508 510

Kazakhstan 482 471 501 487 479 472 449 447

Perancis * 488 488 467 463 486 495 495 510

New Zealand 500 496 483 481 496 507 502 517

Bersambung...

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

91

...sambungan

Negara Biologi Kimia Fizik Sains Bumi
Peserta
Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki

Bahrain 522 464 514 448 500 461 499 453

Romania 486 472 476 457 460 455 452 455

Emiriah Arab 489 461 494 458 479 460 474 458
Bersatu *

Georgia * 451 444 462 451 431 441 425 436

Malaysia * 468 457 440 428 475 475 449 454

Iran 459 438 467 435 460 448 438 436

Qatar * 491 462 497 452 480 459 572 458

Chile * 468 475 440 443 442 458 451 476

Lubnan 362 348 420 405 375 380 337 337

Jordan 488 429 488 423 471 429 450 407

Mesir 393 366 415 376 405 380 375 357

Oman 497 437 480 409 473 427 472 427

Kuwait ~~~ ~ ~ ~ ~~

Arab Saudi ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Afrika Selatan 366 352 383 359 383 379 370 362

Maghribi 387 386 408 396 403 401 352 362

Purata 499 487 499 480 491 490 486 489
Antarabangsa

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
* Negara eTIMSS
Tanda tilde (~) menunjukkan data tidak mencukupi untuk melaporkan pencapaian

5.9 Pencapaian dalam Domain Kognitif Sains Mengikut Jantina

Purata skor dalam domain kognitif Sains bagi murid lelaki dan Bagi Malaysia,
perempuan ditunjukkan dalam Jadual 5.8. Secara keseluruhan, pencapaian
pencapaian murid perempuan adalah lebih baik dan perbezaan
adalah signifikan berbanding murid lelaki dalam kesemua murid perempuan
domain iaitu pengetahuan (Perempuan, 495; Lelaki, 490), aplikasi turut mengatasi
(Perempuan, 495; Lelaki, 487) dan penaakulan (Perempuan, 496; pencapaian murid
Lelaki, 486). lelaki dalam Sains
bagi ketiga-tiga
Bagi Malaysia, pencapaian murid perempuan turut mengatasi
pencapaian murid lelaki dalam Sains bagi ketiga-tiga domain domain
pengetahuan (Perempuan, 447; Lelaki, 437), aplikasi (Perempuan,
475; Lelaki, 471) dan penaakulan (Perempuan, 460; Lelaki, 457).
Walau bagaimanapun, perbezaan ini adalah tidak signifikan.

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

92

Jadual 5.8: Perbezaan Pencapaian dalam Domain Kognitif Sains Mengikut Jantina

Negara Peserta Pengetahuan Aplikasi Penaakulan
Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki
Perempuan Lelaki
Singapura * 617 624 604 613 591 598

Chinese Taipei * 592 608 567 567 560 558

Korea Selatan* 549 567 554 566 562 566

Jepun 555 572 571 581 569 571

Hong Kong* 493 508 505 499 510 498

Rusia * 539 547 539 546 541 545

Ireland 512 514 525 518 538 531

Lithuania * 526 528 532 529 542 539

Israel * 513 514 507 511 516 520

Australia 511 518 534 530 538 533

Hungary * 426 549 516 540 517 532

Amerika Syarikat * 515 514 525 521 530 526

England * 519 521 517 512 516 510

Finland * 553 537 547 527 559 537

Norway * 495 500 493 493 494 495

Sweden * 522 521 526 510 530 517

Cyprus 487 478 486 469 497 479

Portugal * 515 526 512 516 517 522

Itali * 502 512 495 503 494 496

Turki * 510 502 521 508 529 519

Kazakhstan 468 459 486 476 486 478

Perancis * 473 487 480 484 504 501

New Zealand 475 484 500 505 510 509

Bahrain 520 466 508 454 508 457

Romania 477 473 471 462 469 458

Emiriah Arab Bersatu * 495 470 486 460 473 450

Georgia * 460 457 441 439 434 438

Malaysia * 447 437 475 471 460 457

Iran 457 442 462 443 454 435

Qatar * 499 474 485 454 477 451

Chile * 457 469 458 466 450 465

Lubnan 392 385 377 374 351 341

Jordan 484 429 481 428 470 417

Mesir 406 384 397 367 392 361

Oman 488 436 485 429 478 424

Kuwait ~~ ~~ ~~

Arab Saudi ~~ ~~ ~~

Afrika Selatan 369 352 383 371 365 358

Maghribi 379 381 393 393 401 394

Purata antarabangsa 495 490 495 487 496 486

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
* Negara eTIMSS

Tanda tilde (~) menunjukkan data tidak mencukupi untuk melaporkan pencapaian

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

93

5.10 Pencapaian dalam Matematik dan Sains Mengikut Lokasi

Lokasi sekolah mempengaruhi enrolmen murid ke sesebuah sekolah. Dalam kerangka persampelan
TIMSS, lokasi sekolah merupakan salah satu kriteria pemilihan sampel sekolah dan murid. Jadual 5.9 dan
5.10 menunjukkan perbandingan pencapaian murid dengan lokasi sekolah dalam Matematik dan Sains
bagi TIMSS 2011, TIMSS 2015 dan TIMSS 2019. Dalam TIMSS 2019, terdapat perbezaan yang signifikan
bagi pencapaian murid di bandar (471) dan luar bandar (435) bagi Matematik. Begitu juga dengan Sains,
terdapat perbezaan yang signifikan bagi pencapaian murid di bandar (467) dan luar bandar (447).

Jadual 5.9: Trend Purata Skor Matematik Mengikut Lokasi

 Lokasi 2011 2015 2019
470 471
Bandar 448 442 435

Luar Bandar 416

Jadual 5.10: Trend Purata Skor Sains Mengikut Lokasi

Lokasi 2011 2015 2019
470 467
Bandar 429 454 447

Luar Bandar 408

5.11 Kesimpulan

Bagi Matematik, walaupun secara umumnya dapatan kajian TIMSS 2019 menunjukkan perbezaan
pencapaian murid perempuan yang lebih baik dan signifikan berbanding murid lelaki, trend perbezaan
purata skor antara murid lelaki dan perempuan semakin mengecil semenjak TIMSS 2011. Perkara ini
menunjukkan perkembangan yang positif terhadap pencapaian murid lelaki di Malaysia. Bagi domain
kandungan, murid perempuan didapati lebih baik dalam dua domain iaitu algebra dan geometri,
manakala bagi domain kognitif pula, pencapaian murid perempuan mengatasi murid lelaki dalam
domain pengetahuan dan aplikasi.

Berbeza dengan Sains, walaupun pencapaian murid perempuan adalah lebih baik berbanding murid
lelaki, namun perbezaan pencapaian itu adalah tidak signifikan. Namun begitu, perbezaan yang
signifikan dapat dilihat antara pencapaian murid perempuan dan murid lelaki dalam domain Biologi
dan Kimia. Manakala untuk domain kognitif Sains pula, pencapaian murid perempuan mengatasi
pencapaian murid lelaki bagi ketiga-tiga domain pengetahuan, aplikasi dan penaakulan. Walau
bagaimanapun, ketiga-tiga perbezaan ini adalah tidak signifikan.

Pencapaian murid dalam Matematik dan Sains mengikut lokasi juga telah dilaporkan dalam kajian
TIMSS 2019. Seperti yang dijangkakan, terdapat perbezaan yang signifikan bagi pencapaian murid
di bandar dan luar bandar bagi bagi kedua-dua mata pelajaran Matematik dan Sains. Dapatan ini
menunjukkan trend yang sama berlaku dalam kajian TIMSS bermula daripada kitaran TIMSS 2011
sehingga 2019. Sehubungan itu, perbezaan pencapaian antara jantina serta lokasi ini perlu diambil
perhatian oleh pihak berkepentingan agar dapat diatasi dengan lebih cekap bagi menjamin masa
depan sistem pendidikan Malaysia yang lebih baik.

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

94

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB 6

KESEDIAAN
GURU

96

6 KESEDIAAN GURU

6.1 Pengenalan

Kesediaan guru merupakan salah satu faktor yang menjadi indikator kepada pencapaian murid.
Pencapaian Matematik dan Sains yang lebih tinggi adalah berkait rapat dengan pengalaman guru
mengajar, keyakinan guru dalam pengajaran mereka, dan kepuasan hati guru terhadap kerjaya mereka.
Sebahagian besar guru yang mengajar murid dalam Gred Lapan atau Tingkatan Dua memiliki ijazah
sarjana muda dan pasca ijazah, mempunyai sekurang-kurangnya 20 tahun pengalaman mengajar,
sentiasa bersedia untuk mengajar topik Matematik dan Sains TIMSS, dan mempunyai keyakinan tinggi
dalam mengajar Matematik dan Sains. Bab ini mengandungi maklumat mengikut tajuk-tajuk berikut
berdasarkan soal selidik guru:

i. pendidikan formal guru;
ii. kelayakan ikhtisas guru mata pelajaran;
iii. pengalaman dalam kerjaya keguruan;
iv. pelibatan dalam kursus pembangunan profesionalisme;
v. keperluan pembangunan profesionalisme guru; dan
vi. kepuasan bekerja sebagai guru.

6.2 Pendidikan Formal Guru

Guru yang berpendidikan tinggi mampu menyumbang kepada pencapaian murid yang lebih baik,
malah mengatasi faktor latar belakang, sosio ekonomi dan bahasa murid (Darling-Hammod, 2000).

6.2.1 Pendidikan Formal Guru Matematik

Malaysia Jadual 6.1 menunjukkan peratus pencapaian murid
mempunyai mengikut tahap pendidikan tertinggi guru Tingkatan
peratus yang Dua yang terlibat dalam pentaksiran TIMSS 2019. Purata
tinggi bagi murid skor antarabangsa menunjukkan 35% murid Tingkatan
yang diajar oleh Dua mempunyai guru Matematik yang memiliki ijazah
guru Matematik pascasiswazah, 61% memiliki ijazah pertama, 3% telah
yang memiliki menamatkan pengajian sehingga ke pendidikan lepas
sekurang- menengah dan 2% sehingga pendidikan menengah
kurangnya ijazah atas. Hampir kesemua murid Tingkatan Dua diajar oleh
pertama, iaitu guru Matematik yang memiliki Ijazah.
sebanyak 96%,
setanding dengan Malaysia mempunyai peratus yang tinggi bagi murid
negara-negara yang diajar oleh guru Matematik yang memiliki
sekurang-kurangnya ijazah pertama, iaitu sebanyak
serantau 96%, setanding dengan negara-negara serantau iaitu
Singapura (100%), Korea Selatan (100%) dan Jepun (99%).
Negara-negara timur tengah juga mempunyai peratus
yang tinggi Arab Saudi (100%) manakala Jordan 82%
sahaja. Bagi Malaysia, 7% murid yang diajar oleh guru
Matematik yang memiliki ijazah pascasiswazah juga
lebih rendah berbanding Korea Selatan (35%), Singapura
(18%) dan Jepun (12%).

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

97

Jadual 6.1: Peratus Murid Mengikut Tahap Pendidikan Guru Matematik
Peratus Murid Mengikut Tahap Pendidikan Guru

Negara Ijazah Sarjana Pendidikan Sehingga
Muda atau Setara Lepas Pendidikan
Pascasiswazah Menengah
Tetapi Bukan Menengah
Pascasiswazah Tetapi Bukan Atas
Ijazah Sarjana

Muda

Malaysia 7 89 3 1
0
Singapura 18 82 0 0
0
Jepun 12 87 1 0
5
Korea Selatan 35 65 0 2

Arab Saudi 1 99 0

Jordan 6 76 13

Purata Antarabangsa 35 61 3

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019

6.2.2 Pendidikan Formal Guru Sains

Jadual 6.2 menunjukkan peratus pencapaian murid mengikut tahap pendidikan tertinggi
guru Tingkatan Dua yang terlibat dalam pentaksiran TIMSS 2019. Purata skor antarabangsa
menunjukkan 38% murid Tingkatan Dua mempunyai guru Sains yang memiliki ijazah
pascasiswazah, 58% memiliki ijazah pertama, 2% telah menamatkan pengajian sehingga ke
pendidikan lepas menengah dan 1% sehingga pendidikan menengah atas.

Malaysia mempunyai peratus yang tinggi bagi murid yang diajar oleh guru Sains yang memiliki
sekurang-kurangnya ijazah pertama, iaitu sebanyak 97%, setanding dengan negara-negara
serantau iaitu Korea Selatan (100%), Jepun (100%) dan Singapura (99%). Negara-negara timur
tengah juga mempunyai peratus yang tinggi, Arab Saudi (99%) dan Jordan(91%). Bagi Malaysia, 5%
murid yang diajar oleh guru Sains yang memiliki ijazah pascasiswazah lebih rendah berbanding
Singapura (22%), Korea Selatan (40%) dan Jepun (15%).

Kesimpulannya, walaupun Malaysia mempunyai peratus yang tinggi bagi murid yang mempunyai
guru berijazah bagi kedua-dua Matematik dan Sains, peratus guru memiliki pascasiswazah
masih lebih rendah berbanding negara lain.

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

98

Jadual 6.2: Peratus Murid mengikut Tahap Pendidikan Guru Sains
Peratus Murid Mengikut Tahap Pendidikan Guru

Negara Ijazah Sarjana Pendidikan Sehingga
Muda atau Lepas Pendidikan
Pascasiswazah Menengah Atas
Setara Tetapi Menengah
Bukan Tetapi Bukan
Ijazah Sarjana
Pascasiswazah
Muda

Malaysia 5 92 1 1
0
Singapura 22 77 1 0
0
Jepun 15 85 0 0
9
Korea Selatan 40 60 0 1

Arab Saudi 5 93 1

Jordan 13 78 0

Purata Antarabangsa 38 58 2

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019

6.3 Kelayakan Ikhtisas Guru Mata Pelajaran

Selain daripada kepentingan memiliki kelulusan pada peringkat diploma, sarjana muda dan pasca
ijazah, guru perlu mempunyai kepakaran yang tinggi dalam kandungan mata pelajaran yang hendak
diajar. Kajian menunjukkan pada peringkat menengah sekurang-kurangnya, murid akan mempelajari
Matematik dengan lebih baik lagi apabila guru Matematik mereka memiliki ijazah tambahan atau telah
menjalani kerja kursus dalam Matematik (Wayne dan Youngs, 2003).

6.3.1 Pengkhususan Guru dalam Matematik dan Pendidikan Matematik

Jadual 6.3 menunjukkan peratus purata antarabangsa bagi murid Tingkatan Dua yang diajar
oleh guru Matematik yang memiliki pengkhususan dalam Matematik, tetapi bukan dalam
Pendidikan Matematik (39%), dan mereka yang mempunyai pengkhususan dalam kedua-dua
bidang tersebut (39%) menunjukkan sedikit perbezaan purata skor murid dalam Matematik iaitu
488 dan 492. Begitu juga dengan 11% murid yang diajar oleh guru yang memiliki pengkhususan
dalam Pendidikan Matematik memperoleh purata skor 494. Manakala 10% murid yang diajar
oleh guru yang memiliki pengkhususan selain Matematik hanya memperoleh purata skor
sebanyak 484.

Kebanyakan murid Tingkatan Dua di Malaysia diajar oleh guru Matematik yang mempunyai sama
ada pengkhususan dalam Matematik dan Pendidikan Matematik (41%) atau dalam Matematik
tetapi bukan dalam Pendidikan Matematik (30%). Manakala 10% murid mempunyai guru yang
mempunyai pengkhususan dalam Pendidikan Matematik tetapi bukan dalam Matematik. Purata
skor murid kepada ketiga-tiga kumpulan di atas adalah 459, 464 dan 469, iaitu trend yang agak
berbeza dengan purata antarabangsa. Bagi murid yang mempunyai guru selain pengkhususan
dalam Matematik atau Pendidikan Matematik, mereka hanya memperoleh purata skor sebanyak
459. Di Malaysia, murid yang diajar oleh guru yang mempunyai pengkhususan dalam Pendidikan
Matematik tetapi bukan dalam Matematik menunjukkan purata skor yang paling tinggi (469).
Trend yang sama juga ditunjukkan bagi negara Korea Selatan, Arab Saudi dan Jordan.

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

99

Jadual 6.3: Pengkhususan Guru dalam Matematik dan Pendidikan Matematik serta
Pencapaian Murid dalam Matematik

Pengkhususan Pengkhususan Pengkhususan Pengkhususan Tiada
dalam Matematik dalam dalam dalam Pendidikan
dan Pendidikan Formal Selepas
Matematik tetapi Pendidikan bidang lain Pendidikan
Matematik Bukan dalam Matematik tetapi Menengah
Negara Pendidikan
Matematik Bukan dalam
Matematik

Peratus Purata Peratus Purata Peratus Purata Peratus Purata Peratus Purata
Murid Skor Murid Skor Murid Skor Murid Skor Murid Skor

Malaysia 41 459 30 464 10 469 18 459 1 ~

Singapura 60 618 27 614 5 618 8 605 0 ~

Jepun 44 594 36 597 8 584 12 593 0 ~
20 608 24 597 54 611 2 ~ 0 ~
Korea 18 391 69 393 12 398 0 ~ 0 ~
Selatan

Arab Saudi

Jordan 12 397 74 424 4 438 6 432 5 401

Purata 39 492 39 488 11 494 10 484 1 423
Antarabangsa

SUMBER: IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study – TIMSS 2019
Tanda tilde (~) menunjukkan data tidak mencukupi untuk melaporkan pencapaian

6.3.2 Pengkhususan Guru dalam Sains dan Pendidikan Sains

Jadual 6.4 menunjukkan bahawa peratus purata antarabangsa bagi murid Tingkatan Dua
yang diajar oleh guru Sains yang memiliki pengkhususan dalam kedua-dua bidang Sains dan
Pendidikan Sains, ialah 33% dengan purata skor murid sebanyak 494, manakala 50% memiliki
pengkhususan dalam bidang Sains tetapi bukan dalam Pendidikan Sains dengan purata
skor murid sebanyak 491. Begitu juga dengan 9% murid yang diajar oleh guru yang memiliki
pengkhususan dalam Pendidikan Sains memperoleh purata skor yang lebih rendah iaitu 482.
Walau bagaimanapun, 6% murid yang diajar oleh guru yang memiliki pengkhususan selain Sains
telah memperoleh purata skor sebanyak 489.

Kebanyakan murid Tingkatan Dua di Malaysia diajar oleh guru Sains yang mempunyai sama ada
pengkhususan dalam Sains dan Pendidikan Sains (34%) atau dalam Sains tetapi bukan dalam
Pendidikan Sains (38%). Manakala 15% murid mempunyai guru yang mempunyai pengkhususan
dalam Pendidikan Sains tetapi bukan dalam Sains. Purata skor murid bagi ketiga-tiga kumpulan
di atas adalah 457, 469 dan 453, iaitu trend yang agak berbeza dengan purata antarabangsa.
Namun, 12% murid lain yang mempunyai guru selain pengkhususan dalam Sains atau Pendidikan
Sains, memperoleh purata skor paling rendah iaitu sebanyak 433. Perbezaan skor kumpulan
ini dengan purata ketiga-tiga kumpulan di atas adalah sebanyak 26 mata. Berbeza dengan
Matematik, bagi Sains, purata skor murid Malaysia adalah paling tinggi (469) bagi murid yang
diajar oleh guru yang mempunyai pengkhususan dalam Sains tetapi bukan dalam pendidikan
Sains.

LAPORAN KEBANGSAAN TIMSS 2019
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Click to View FlipBook Version