The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by stkssupim, 2022-09-22 02:47:49

MPU23012 - PENGAJIAN ISLAM

Modul Rujukan

Keywords: MODUL

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

TOPIK 1

ISLAM ISLAM SEBAGAI AD-DIN

Topik ini membincangkan Islam sebagai Ad-din

Hasil Pembelajaran :
CLO 1 : Melaksanakan dengan yakin amalan Islam dalam
kehidupan seharian.

1.1 Membincangkan pengertian Islam, Iman dan Ihsan
1.2 Melaksanakan Rukun Islam
1.3 Membincangkan Rukun Iman
1.4 Membincangkan Ihsan

PENYUNTING
JAMILAH BT OMAR
NURSOBRIAH BT ABU BAKAR

1

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

1.0 ISLAM SEBAGAI AD-DIN

1.1 TASSAWWUR ISLAM

Tasawwur Islam merupakan satu ilmu yang mengambarkan bentuk Islam yang
hakiki dan wajib dipelajari oleh umat Islam. Tasawwur Islam bertujuan menjelaskan
keseluruhan tentang perinsip-prinsip asas Islam secara yang benar dan lengkap
seterusnya menggambarkan agama Islam sebagai suatu tasawwur yang
menganggap manusia sebagai agama yang bersifat fleksibel dan global..
Pembentukan Tasawur Islam bermula daripada penerimaan dan penyebaran wahyu
Allah SWT oleh Rasulullah saw di Makkah. Agama Islam ialah agama wahyu yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad saw sebagai nabi dan rasul akhir zaman untuk
memimpin manusia ke arah kebenaran bagi mencapai kesejahteraan hidup di dunia
dan akhirat. Secara umumnya, tiga perkara dasar yang menjadi asas kepada agama
iaitu iman, Islam dan ihsan.

1.1.1 Pengertian Tasawwur Islam

Perkatan “tasawwur” berasal daripada perkataan bahasa Arab “sawwara”
bermaksud suatu gambaran atau tanggapan akal atau pemikiran seseorang
terhadap sesuatu perkara. Tasawwur juga bererti menghasilkan rupa sesuatu dalam
akal. Asas kepada tasawwur Islam ialah pengertian Islam sebagai agama
ketuhanan yang bermaksud Islam itu diciptakan oleh Allah SWT dengan segala
keunikan dan kesempurnaan , tiada tandingan dengan agama lain. Oleh itu,
tasawwur Islam pada asasnya merujuk gambaran menyeluruh tentang isi kandungan
ajaran Islam yang meliputi aspek akidah, ibadah dan akhlak.

2

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
1.1.2 KEPENTINGAN DAN FAEDAH MEMAHAMI KONSEP TASAWWUR ISLAM

PENGERTIAN ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP.

Definisi Islam.

Erti Islam dari segi bahasa ialah sejahtera, suci, aman, taat, dan berserah diri.
Manakala dari segi istilah ialah patuh, tunduk, dan menyerah diri kepada Allah
SWT dengan ikhlas bagi memperoleh kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di
dunia dan di akhirat.

Kepatuhan kepada syariat Allah SWT merangkumi ketiga-tiga aspek, iaitu akidah,
syariat dan akhlak. Ketiga-tiga aspek ini tidak boleh dipisahkan dalam menjalani
kehidupan harian kerana memisahkan satu daripadanya akan merosakkan kesucian
ajaran Islam.Islam adalah agama penutup bagi agama-agama Samawi (agama
yang turun dari langit). Oleh sebab itu segala ajaran Islam adalah lengkap,
merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan di dunia dan di akhirat.

Pengertian Islam Sebagai Ad-Deen.

Menurut al Qur’an Islam adalah agama (ad-Deen) dan al-Quran sebagai sumber
yang mutlak telah menggunakan kalimah ‘ad-deen’ dalam dua bentuk:

Agama (cara hidup) yang sesat, seperti firman Allah yang bermaksud:
Untukmulah agamamu

3

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Agama (cara hidup) yang diakui benar dan hak seperti firman Allah yang
bermaksud:

“Dan untukkulah agamaku.”

“Sesungguhnya agama (cara hidup) yang diredhai di sisi Allah hanyalah Islam.”

Dengan penjelasan lain istilah agama (ad Din) menurut al Qur’an merangkumi empat
bidang:

a. Bidang akidah.
b. Bidang ibadah.
c. Bidang perundangan.
d. Bidang akhlak.

Agama atau ad Din yang merangkumi keempat-empat ciri yang tersebut itulah yang
diistilahkan ISLAM:

1.1.3 CIRI-CIRI KESEMPURNAAN ISLAM.

Islam merupakan satu cara hidup yang mempunyai sifat keistimewaannya tersendiri
berbanding dengan agama-agama yang lain di atas muka bumi ini. Islam
mempunyai ciri-ciri asas yang unggul lagi istimewa. Menurut Abdullah Nasih Ulwan,
ciri-ciri Islam adalah seperti berikut :

a. Ketuhanan ( Rabbaniyah )

4

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Islam bukan agama ciptaan manusia. Setiap ciptaan manusia mempunyai
kelemahan, keterbatasan dan terpengaruh oleh faktor-faktor tempat, masa, budaya,
warisan, watak dan hawa nafsu. Maksud Rabbaniyyah ialah bahawa seluruh alam,
peraturan serta sistem yang terkandung di dalam Islam merupakan ciptaan Allah
dan digubal olehNya. Allah sebagai pencipta, pentadbir dan pemilik alam dan
seluruh makhluk. Tidak ada satupun sistem Islam ini direka atau digubal oleh
manusia. Penerimaan manusia akan hakikat Rabbaniyyah ini akan mendorongnya
melaksanakan seluruh tuntutan Islam ini dengan penuh gembira, senang, redha,
jujur dan ikhlas. Dorongan ini berlaku kerana :

i. Benar-benar mengetahui dan yakin bahawa Allah Maha Berkuasa dan berhak
berbuat mengikut kehendakNya dan manusia hanya berhak patuh
kepadaNya. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali

tidak ada pilihan bagi mereka. Maha suci Allah dan Maha Tinggi daripada apa yang

mereka persekutukan” ( Surah al Qasas : 68 )

ii. Meyakini bahawa Allah Maha Mengetahui atas seluruh kejadianNya. Maka itu
Dia berkuasa menyusun aturan kehidupan untuk makhluknya.

iii. Meyakini bahawa dengan kebijaksanaan dan keadilan Allah, Dia menciptakan
aturan hidup ini dengan sebaik-baiknya untuk kebaikan makhlukNya atas
rahmat dan keadilannya.

iv. Meyakini bahawa manusia tetap lemah dan tidak berupaya untuk sampai
ketahap kesempurnaan walau setinggi manapun ilmu pengetahuannya.

5

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Atas dasar Rabbaniyah inilah, seorang muslim tidak mempunyai alternatif lain
kerana menerima aturan hidup Islam ini adalah tuntutan keimanan dan bersesuaian
dengan fitrah kejadian manusia.

b. ‘Alamiyyah ( Kesejagatan).

‘Alamiyyah bermaksud Islam merupakan agama yang universal, tidak terikat dengan
masa, tempat dan ruang. Malah, Islam sesuai untuk semua manusia, setiap bangsa
dan tidak terbatas pada masa-masa tertentu. Aspek ‘alamiyyah merangkumi tiga
bidang utama iaitu syariah, akhlak dan akidah.
Semua manusia tanpa mengira bahasa, warna kulit dan bangsa mempunyai
kedudukan yang sama di sisi Allah SWT. Tidak ada bangsa yang lebih mulia
daripada bangsa lain kerana faktor bangsa atau warna kulit atau bahasa semata-
mata. Faktor tunggal yang membezakan seseorang dengan yang lain ialah tahap
ketakwaan kepada Allah SWT. Semakin bertakwa, maka semakin tinggilah
kedudukan orang tersebut di sisi Allah SWT.

Firman Allah SWT. yang bermaksud:

“Sesungguhnya yang terlebih mulia daripada kalangan kamu ialah yang paling
bertaqwa.”

Surah al-Hujurat :13)

Manifestasi kesejagatan Islam bukan sahaja meliputi sesama manusia, malah
merangkumi makhluk yang lain. Allah SWT. bukanlah Tuhan bagi manusia sahaja,
malah Allah SWT juga merupakan Tuhan bagi makhluk yang lain. Oleh itu, ajaran
Islam diturunkan bukan sahaja untuk menjaga kebahagiaan dan kebajikan makhluk
manusia sahaja, tetapi juga makhluk yang lain seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan
dan lain-lain.Pelaksanaan sistem Islam dan misinya tidak terhad pada sempadan

6

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

benua dan rupa bentuk muka bumi. Begitu juga manusia menurut pandangan Islam
adalah sama, tidak ada batas pemisah di antara mereka. Kesesuaiannya meliputi
setiap ruang dan makhluk yang wujud di atas muka bumi ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan tidaklah kami mengutus kamu,melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh
alam”

( Surah al-Anbiya’ :107 )

Pendekatan Islam adalah bersifat universal dan tidak menyukai adanya batas-batas
berasaskan warna kulit, bangsa, darah atau daerah, sebaliknya Islam mahu
menyatukan keseluruhannya. Sifat kesejagatan ini juga tidak terbatas kepada waktu-
waktu tertentu atau generasi tertentu sahaja.

c. Waqi’iyah ( Realiti ).

Waq’iyyah bermaksud ajaran Islam bersifat praktikal dan realistik iaitu bersesuaian
dengan realiti kehidupan manusia. Islam diturunkan untuk dipraktikkan disemua
tempat dan masa yang memang berlaku dalam kehidupan manusia seperti
kehidupan berkeluarga, perhubungan sesama manusia, ekonomi yang sentiasa
seiring dengan kenyataan hidup manusia. Dalam menetapkan sesuatu hukum atau
peraturan, Islam sentiasa mengambil kira realiti semasa, setempat dan adat yang
diamalkan. Umpamanya, jika sesuatu masyarakat telah mengamalkan sesuatu adat
atau budaya tertentu dalam menjalankan aktiviti ekonomi atau perniagaan antara
mereka, dan adat itu pula tidak mendatangkan sebarang keburukan dan tidak
bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam, maka ia diiktiraf dan diterima dalam
Islam.

7

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

d. Islam agama semua zaman dan tempat.

Islam adalah agama Allah SWT yang sesuai untuk setiap zaman dan semua tempat.
Allah SWT sebagai Rabb bagi alam ini sangat mengetahui tentang masa dan tempat
kerana semuanya adalah di bawah kawalan Allah SWT. Adalah terlalu bodoh dan
dangkal sesiapa yang mengatakan Islam hanya sesuai di zaman Nabi Muhammad
SAW sahaja. Dalam ajaran Islam ada perkara-perkara yang tetap dan boleh
berubah-ubah. Perkara yang menjadi prinsip seperti persoalan akidah sama sekali
tidak boleh berubah dan tidak perlu kepada perubahan. Demikian juga perkara dasar
dalam syariah. Manakala perkara-perkara yang bersifat rantingan atau perkara-
perkara kecil yang berbentuk penditilan maka dibolehkan untuk berubah bahkan
perlu kepada perubahan.

e. Islam agama Agong

Islam adalah agama paling tinggi lagi agung. Ia milik Allah yang Maha Tinggi lagi
Maha Agung. Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulallah SAW dan sahabat-
sahabat Baginda telah mempersaksikan keagungan Islam. Pada masa itu umat
Islam telah dapat mengalahkan kerajaan-kerajaan taghut Rom dan Parsi. Umat
Islam hari ini lemah adalah kerana mereka tidak memperjuangkan Islam dan tidak
menghayatinya seperti yang ditunjukkan oleh Rasulallah SAW.

f. Kamil dan Syamil

Kamil bererti lengkap dan sempurna manakala syamil bermaksud menyeluruh. Ini
menunjukkan kepada kita bahawa Islam adalah agama yang sempurna.
Kesempurnaan ini adalah kerana ianya datang daripada Allah SWT

8

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Hari ini telah Kusempurnakan bagi kamu dan telah Aku selesaikan nikmatKu ke
atas kamu dan Aku rela Islam sebagai deen kamu”

( Surah al Maidah : 3 )

Islam juga bersifat syumul iaitu menyeluruh, mencakupi semua aspek hidup
manusia. Allah SWT telah memerintahkan orang-orang yang beriman supaya
mengambil Islam dalam semua aktiviti dan bidang kehidupan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara
menyeluruh…….. “

(Al-Baqarah: 208)

g. Islam agama fitrah.

Islam adalah risalah untuk manusia seluruhnya, iaitu dipandang dari sudut manusia
itu keseluruhannya. Ia bukanlah risalah bagi akal tanpa roh, bukan rohani tanpa
jasmani, bukan fikiran tanpa perasaan dan bukan sebaliknya. Ia adalah risalah insan
seutuhnya iaitu rohnya, jasmaninya, hati nuraninya, kemahuannya dan
perasaannya.

Sesungguhnya Islam tidak membahagikan manusia kepada dua bahagian
sebagaimana dilakukan oleh agama-agama yang lain iaitu :

9

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

i. Bahagian rohani yang dikendalikan oleh agama dan diarahkan ke tempat
ibadat. Bahagian ini menjadi hak golongan agama dan tempat permainan
bagi para paderi dan pendita bagi mengarahkan manusia mengikut
arahannya.

ii. Terdiri daripada benda yang tidak ada kekuasaan bagi agama ke
atasnya,malah tidak

ada medan bagi Allah SWT padanya. Bahagian ini menjadi medan bagi kehidupan
bagi kehidupan dunia, politik, masyarakat dan negara. Dan inilah bahagian yang
terbesar dari kehidupan manusia.

1.1.4 PENGERTIAN IMAN DAN PEMBAHAGIANNYA.

Iman dari segi bahasa ialah percaya, yakin dan membenarkan, manakala dari segi
syarak ialah kepercayaan yang terbit dari hati seseorang iaitu mempercayai dengan
penuh keyakinan bahawa apa yang dib awa oleh Rasulullah saw adalah benar dan
datangnya daripada Allah SWT. Oleh itu, seseorang itu tidak beriman dengan
sebenar-benarnya jika dirinya hanya menerima sebahagian dengan bersungguh-
sungguh atau hanya mempercayai sebahagian daripada rukun iman dan menolak
sebahagian yang lain.
Menurut Imam al-Ghazali beliau menghuraikan makna iman sebagai “Pengakuan
dengan lidah (lisan), membenarkan pengakuan itu dengan hati dan
mengamalkannya dengan rukun (anggota)”

Oleh itu, bagi memenuhi pengertian beriman kepada Islam, mestilah ada tiga
perkara iaitu mengakui dalam hati bahawa Islam itu benar, menyatakan dengan
lidah bahawa Islam itu agama benar dan mengamalkan ajaran yang terkandung
dalam agama Islam itu sendiri.

10

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Peringkat-peringkat Iman.

Para ulamak membahagikan iman kepada beberapa peringkat:

1. Iman Taqlid : Iaitu iman ikut-ikutan, hanya semata-mata mengikut

pendapat orang lain.

2. Iman Ilmu : Iaitu beriman semata-mata kerana berilmu dan

berdasarkan pada fikiran tidak terletak di hati.

3. Iman A’yan : Iaitu iman yang terletak di dalam hati. Iman ini

dimiliki oleh orang-orang soleh.

4. Iman Hak : Iaitu iman sebenar yang terlepas dari nafsu syaitan.

Iman ini dimiliki oleh golongan muqarrabin, iaitu orang yang

hampir kepada Allah.

5. Iman Hakikat : Iaitu iman peringkat tertinggi yang boleh dicapai

oleh manusia. Iman ini hidup semata-mata untuk Allah dan Rasul serta

hari akhirat seperti para sahabat nabi.

Setiap manusia harus memiliki sekurang-kurangnya iman A’yan untuk memperoleh
ketenangan, kesejahteraan dan kekuatan jiwa serta semangat pengorbanan untuk
diri, keluarga, masyarakat dan negara.

1.1.5 Iman bertambah dan berkurang.

Iman seorang manusia sentiasa bertambah dan berkurang mengikut amalan
mereka. Untuk mencapai iman yang teguh kita hendaklah melakukan perkara-
perkara berikut :

 Melawan hawa nafsu.
 Mengosongkan hati daripada sifat-sifat tercela seperti ujub, angkuh,

sombong, tamak, riya’ dan sebagainya.

11

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

 Membiasakan diri dengan sifat-sifat terpuji.
 Melahirkan keikhlasan berbakti dan berkorban semata-mata kerana

Allah.
 Memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti solat sunat,

bersedekah, puasa sunat dan sebagainya.
 Bertafakur, iaitu memerhatikan tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan

Allah.

1.1.6 Akhlak (Ehsan)

Menurut Imam al Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, akhlak ialah sifat yang
tertaman dalam jiwa seseorang, yang dengannya lahir perbuatan hasil dari pancaran
hati sanubari dalamannya. Akhlak yang mulia merupakan matlamat yang asasi bagi
risalah Islam. Ini dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud :

“Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia.”

(Riwayat Malik)

Akhlak juga merupakan natijah dan tanda dari aqidah yang betul. Tidak ada nilai
bagi aqidah atau iman yang tidak disertai oleh akhlaq yang mulia. Akhlaq juga
merupakan amalan yang paling berat yang akan diletakkan di dalam neraca hamba
pada hari kiamat kelak. Maka barang siapa yang rosak akhlaknya dan buruk
amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya. Di dalam Islam akhlak merupakan
intipati bagi segala ibadat. Tanpa akhlak hanyalah merupakan adat resam dan gerak
laku yang tidak mempunyai apa-apa nilai.

Firman Allah SWTyang bermaksudnya:

“Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan
mungkar”

(Surah al-Ankabut : 45)
12

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Ayat tersebut menerangkan bahawa seseorang yang mendirikan solat sudah
tentulah tidak melakukan perkara-perkara fasad dan mungkar kerana dia memahami
erti Din Islam yang sebenarnya.

Ihsan terbahagi kepada empat bahagian

i- Ihsan dalam Ibadah : Bersungguh-sungguh dan khusyuk dalam
mengerjakan ibadah seperti solat ,puasa ,zakat dan haji semata –mata
untuk mendapat keredhaan dari Allah S.W.T semata- mata .Didalam
pekerjaan pula kita melakukan dengan bersungguh-sungguh,tekun ,cekal
dan cermat supaya menghasilkan sesuatu yang semperna , bermenafaat
dan berkualiti .

ii- Ihsan sesama insan : Melakukan kebaikan ,memberi khidmat bakti,
memberi pertolongan,bersikap adil , belas kasihan dan
berperikemanusiaan.

iii- Ihsan terhadap binatang :Memelihara denga baik ,jika melakukan
sembelihan hendahlah denga cara yang paling baik iaitu menggunakan
pisau yang tajam.

iv- Ihsan terhadap alam sekitar : Memelihara dan memulihkan alam sekitar
supaya bersih dari segala bentuk kotoran, pencemaran dan kerosakan
Menjadikan alam ini tempat tinggal yang aman damai ,sejahtera,selesa
dan indah untuk dinikmati dan didiami oleh kita .

13

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

1.2 RUKUN ISLAM
Seseorang Muslim mesti menghayati dan berpegang teguh kepada rukun Islam
yang lima. Andai kata rukun-rukun Islam ini diaplikasikan dalam kehidupan
dengan cara yang sebaik-baiknya, sudah tentu ia akan membawa kejayaan besar
kepada diri individu, masyarakat dan negara.

Islam ialah agama Allah s.w.t. yang diwahyukan kepada Rasul-Nya untuk
menjamin keselamatan hidup penganutnya. Dalam pandangan Islam, inilah agama
yang mesti dipegang teguh oleh setiap manusia kerana ia merupakan agama
kebenaran dan keredaan serta telah diberi jaminan oleh Allah s.w.t.

1.2.1 KONSEP SYAHADAH

Pengertian Syahadah dan Tuntutannya.

Perkataan syahadah adalah dari bahasa Arab yang bermaksud pengetahuan,
penyaksian, pengkhabaran dan pegangan. Oleh itu, syahadah boleh disimpulkan
sebagai suatu kesaksian atau ikrar berlandaskan apa yang diketahui. Kesaksian ini
boleh dilakukan sama ada dalam bentuk lisan mahupun perbuatan.

Seandainya syahadah lidahnya itu berlawanan dengan apa yang dipercayai oleh
hatinya maka syahadah itu dinamakan syahadah dusta (pengakuan dusta) kerana
mengkhabarkan sesuatu yang berlawanan dengan kepercayaannya. Ini dijelaskan
oleh firman Allah SWT yang bermaksud :

“Apabila orang-orang munafiq datang kepada kamu, mereka berkata : Kami
mengakui bahawa engkau sesungguhnya utusan Allah. Dan Allah
mengetahui, bahawa kamu sesungguhnya utusanNya, dan Allah mengakui
bahawa sesungguhnya orang-orang munafiq itu dusta.”

( al-Munafiquun : 1)

14

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Dalam aqidah Islam terdapat 2 syahadah iaitu syahadah kepada Allah dan syahadah
kepada Rasul. Ini dibuktikan dengan untaian kalimah syahadah itu sendiri yang
sering diucapkan oleh setiap muslim.

Maksudnya: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah
melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad Pesuruh Allah.”

a) Syahadah Kepada Allah.

Syahadah ini bermaksud mentauhidkan Allah dengan tauhid Rububiyyah, tauhid
Uluhiyyah, tauhid al Asma’, as Sifah wa al Af`al serta tidak menghadapkan
sembahan kepada sesuatu yang lain selain dari Allah SWT.

Di dalam kalimah La Ilaha Illallah terdapat dua perkara rukun iaitu nafi (penafian)
dan ithbat ( penegasan ). Nafi dapat diperhatikan pada kalimah ( La Ilaha ) yang
bererti menolak sebarang bentuk pengabdian selain daripada Allah. Penegasannya
dapat diperhatikan pada kalimah ( Illallah ) yang bererti menegaskan tentang hakikat
ketuhanan Tuhan yang maha Esa lagi tunggal ( Allah ).

Hubungan Antara Tauhid Rububiyyah Dengan Tauhid Uluhiyyah.

Tauhid Rububiyyah akan melahirkan keimanan kepada tauhid Uluhiyyah. Tauhid
Uluhiyyah pula mengesakan Allah dalam pengabdian berbentuk amal perbuatan dan
tingkah laku para hamba dan amal perbuatan ini membezakan di antara muslim dan
bukan muslim. Al Qur’an terlebih dahulu memperingatkan orang-orang musyrikin
Quraisy agar mengakui Tauhid al Rububiyyah. Apabila mereka menerima Tauhid al
Rububiyyah dan bersungguh-sungguh mengakuinya, maka terbinalah jambatan
yang menghubungkan mereka dengan tauhid al Uluhiyyah. Firman Allah SWT yang
bermaksud :

15

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

“Hai manusia, telah dibuat perumpamaan maka dengarlah olehmu
perumpamaan itu. Sesungguhnya segala sesuatu yang kamu serukan selain
daripada Allah tidak dapat menciptakan sesekor lalat, walaupun mereka
bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu daripada
mereka, tidak mereka dapat merebutnya kembali daripada lalat itu. Amat
lemahlah yang menyembah dan amat lemah pula yang disembah.”

( al-Hajj :73)

Ayat di atas mengingatkan orang-orang musyrikin mengenai suatu hakikat yang
nyata iaitu sembahan-sembahan mereka adalah lemah, malah tidak berkuasa untuk
mencipta sesuatu walaupun seekor lalat. Jika lalat itu mengambil atau merampas
sesuatu dari mereka, maka mereka tidak berkuasa untuk mendapatkannya kembali.
Ini menandakan kelemahan mereka. Oleh itu akal yang sejahtera tidak boleh
menerima penyembahan selain daripada Allah SWT.

b) Syahadah Kepada Rasul.

Syahadah ini bermaksud ikrar dan tasdiq dengan segala syariat yang dibawa oleh
Nabi atau Rasulullah SAW dan segala pemberitahuan mengenai perkara ghaib
semuanya datang dari Allah serta menerima semua akhlak dan sifat kerasulan
seperti siddiq, amanah, tabligh dan fatanah.

Syahadah ini merupakan teras Islam yang kedua. Syahadah ini menuntut manusia
mengetahui, membenar dan meyakini dengan tuntas bahawa Nabi Muhammad SAW
adalah Rasulullah serta membuktikannya dengan perkataan dan perbuatan secara
sekaligus.

Pembuktian dengan perkataan ialah melafazkan kalimah syahadah itu dengan lidah.
Manakala pembuktian dengan perbuatan ialah menegakkan tingkah laku dan

16

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

seluruh tindak tanduk yang bersesuaian dengan ajaran Nabi Muhammad SAW serta
menurut jejak langkah baginda.

Pada dasarnya pengutusan para rasul bertujuan untuk mengesakan Allah. Dialah
Tuhan Rabb al-‘Alamin dan Tuhan para rasul tersebut. Tiada Tuhan yang sebenar
melainkan Allah.

Tidak diragukan lagi untuk mencapai kesempurnaan hidup, manusia bukan sahaja
berkehendakkan kepada perkara-perkara asasi seperti makanan, pakaian, tempat
tinggal dan keperluan jasmani yang lain, tetapi manusia juga berkehendakkan
sesuatu untuk memenuhi tuntutan roh. Dengan memenuhi tuntutan roh, manusia
akan mencapai taraf kesempurnaan sebagai manusia yang mulia dan berbeza
dengan makhluk yang lain.

Tugas Rasulullah SAW adalah untuk memberitahu kepada manusia bahawa Allah
SWT adalah penciptanya yang layak disembah dan Dialah yang meletakkan
manusia ke jalan yang lurus. Dengan keyakinan ini barulah manusia dapat sampai
ke jalan kebahagiaan dan kesempurnaan sebenar.

Manusia sendiri tidak dapat mengetahui perkara-perkara ghaib mengenai Pencipta
dan Sirat al-Mustaqim dengan menggunakan kudrat dan akalnya yang lemah dan
terhad. Manusia sering kali melakukan kesilapan. Oleh itu pengutusan para rasul
menunjukkan kebijaksanaanNya dan merupakan rahmat yang paling besar untuk
umat manusia.

Sebagai kesimpulannya, adalah tidak sepatutnya manusia mengingkari rasul Allah .
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajarnya
ketika mana mereka berkata : Allah tidak menurunkan sesuatu pun untuk manusia.”

( al-An’am : 91)

17

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Perkara-perkara yang membatalkan Syahadah.

Perkara yang menyebabkan rosaknya iman dan Islam itu terbahagi kepada tiga
bahagian:

Pertama: Iktikad. Kepercayaan yang bertentangan dengan dasar Islam iaitu,
contohnya:

1. Iktikad bahawa alam ini qadim, tidak ada pencipta atau alam ini kekal
selama-lamanya.

2. Iktikad bahawa pencipta alam ini baru, atau menyerupai mana-mana
jenis makhluk atau bersifat dengan sifat-sifat baru ataupun mempunyai
anak isteri atau berbilang-bilang atau menerima mati.

3. Iktikad menafikan kebenaran apa yang disampaikan oleh Rasulullah
SAW. Iktikad bahawa Rasulullah SAW sebenar ialah yang disebutkan
sebagai Muhammad batin, bukan Muhammad yang zahir, atau iktikad
bahawa kerasulan Nabi Muhammad SAW hanya untuk orang-orang
Arab sahaja, atau iktikad bahawa hukum-hukum Islam yang dibawa
oleh Nabi Muhammad SAW ialah hukum-hukum yang lapok dan tidak
praktikal untuk digunakan pada zaman moden.

Kedua: Perkataan. Iaitu tiap-tiap yang mencaci, menghina, merendah-
rendah, mengejek dan mempermain-mainkan nama Allah, sifatNya, malaikat-
malaikatNya, rasul-rasulNya, kitab-kitabNya, ayat-ayatNya dan hukum-
hukumNya serta hukum-hukum yang diterang oleh RasulNya. Juga perkataan
yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim
ulama’ mengistinbatkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang
ramai bahawa perkara itu dari agama.

18

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam:

1. Hukum apa ini ?
2. Hukum ini sudah lapok.
3. Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana menghalangi

kemajuan.

Ketiga: Perbuatan. Iaitu:

1. Tiap-tiap perbuatan dilakukan untuk menghormati dan mengagungkan
mana-mana makhluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk
membesar dan mengagungkan Allah, seperti sujud kepada makhluk
walaupun tidak dengan niat menghormatinya sama seperti Tuhan atau
tunduk kepada mana-mana makhluk sehingga sampai kepada had
sekurang-kurangnya rukuk sembahyang dengan tujuan
menghormatinya seperti menghormati Allah.

2. Melakukan upacara ibadat terhadap sesuatu makhluk yang disembah
oleh orang-orang kafir menurut upacara yang mereka lakukan.

3. Melakukan mana-mana cara ibadat terhadap yang lain dari Allah.

Di antara contoh-contohnya perbuatan seperti yang dinyatakan di atas ialah
menyembah berhala, bertenung nasib, murtad dan lain-lain lagi.

1.2.2 IBADAT SOLAT.

Ibadah solat adalah ibadah yang asas dan utama dalam Islam. Rasulullah pernah
bersabda yang bermaksud:

19

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

“Perkara pertama yang akan dihitung di akhirat nanti ialah solat. Jika baik amalan
solat seseorang itu, baiklah seluruh amalnya, dan jika buruk amalan solatnya maka
buruklah seluruh amalnya yang lain”

Oleh itu ibadah solat sangat diberi perhatian dan diambil berat kerana ia juga
membezakan seseorang itu muslim atau kafir.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Perbezaan antara seorang muslim dan kafir ialah solat”

Pengertian.

Solat menurut bahasa Arab ialah doa. Dalam istilah syarak pula solat ibadat yang
tersusun dari beberapa perkataan dan perbuatan dimulai dengan takbir dan disudahi
dengan salam, mengikut syarat-syarat tertentu.

Kepentingan Solat.
a) Ibadat yang asasi dalam perhubungan di antara manusia dengan Allah SWT.
b) Manusia dapat mengingati Allah.
c) Dapat menghidupkan pengakuan iman di dalam hati
d) Menambah keyakinan kepada rasul, kepada kitab Allah dan seterusnya dapat
membawa manusia ke jalan yang lurus.
e) Solat merupakan perbuatan secara amali yang dapat memperagakan
keimanan seseorang kepada Allah SWT
f) Solat merupakan sifat-sifat orang yang bertaqwa dan terpuji.
g) Solat memberi kesan terhadap pembersihan diri dan mengawalnya daripada
terjerumus ke dalam lembah kehinaan atau keburukan serta membersihkan
manusia daripada naluri-naluri yang tidak sihat.

20

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Firman Allah SWTyang bermaksud :

“Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan
mungkar.”

(Al-Ankabut : 45)

Pada hakikatnya, perbuatan solat sebagai tanda kesempurnaan seseorang dalam
melakukan hak-hak pengabdian kepada Allah SWT. Sebaliknya dengan
meninggalkan solat ia digelar sebagai orang yang tenggelam di dalam hawa nafsu
yang bakal menjadi ahli neraka.

Perintah mengerjakan solat adalah lebih berat daripada perintah menunaikan rukun-
rukun yang lain sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Syaqiq Al Aqili,
katanya yang bermaksud :

“Sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. tidak memandang sesuatu terhadap amalan-
amalan yang meninggalkan menjadi kufur selain daripada solat, tegasnya tidak ada
halangan atau keuzuran yang mengharuskan meninggalkan atau dikeluarkan
daripada waktunya selain daripada terlupa dan tertidur.”

Oleh itu wajib ke atas setiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya
menyempurnakan solat fardhu yang ditentukan lima waktu sehari semalam. Solat di
dalam Islam tidak dapat ditandingi oleh ibadat-ibadat yang lain. Sesiapa yang
meninggalkan solat, ia berhak mendapat azab daripada Allah SWT.

21

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Syarat-Syarat Wajib Solat Syarat-Syarat Sah Solat.

1. Islam. Suci dari hadas dan najis yang tidak
dimaafkan sama ada pada pakaian, badan
dan pada tempat sembahyang.

2. Baligh. Menutup aurat.

3. Berakal. Menghadap kiblat iaitu mengadap seluruh
4. Suci dari haid dan nifas. badannya ke arah kiblat.
Menunaikan sembahyang ditempat yang suci
walaupun secara zan dan jangan bersentuh
sebahagian badan atau pakaian dengan
najis ketika qiyam atau duduk atau rukuk
atau sujud

5. Sejahtera pancaindera.

Tidak wajib sembahyang ke atas Mengetahui masuk waktu atau pun zan
orang yang buta dan tuli sekali pun masuk waktu dengan secara ijtihad seperti
tidak bisu jika berlaku kedua- mendengar ayam berkokok dan sebagainya.

duanya sebelum tamyiz.

6. Sampai seru. Mengetahui cara sembahyang dan dapat

Tidak wajib sembahyang ke atas membezakan yang wajib dan yang sunat.
mereka yang tidak sampai seruan Malahan jika diiktikadkan semuanya fardu
Islam seperti ia dilahirkan dan atau setengahnya fardu dan setengahnya
menetap di puncak bukit yang jauh sunat dan tidak membezakannya dan dia
yang tiada perhubungan langsung. merupakan orang awam, selagi tidak
diiktikadkan yang fardu itu sebagai sunat;

sahlah sembahyangnya

22

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Rukun-Rukun Solat.

Rukun-rukun solat ada tiga belas. Semua rukun wajib dilakukan dengan
sempurna.Sekiranya tertinggal salah satu daripadanya atau tidak melakukan dengan
sempurna maka solat tidak sah

Secara umumnya rukun solat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

Rukun Qalbi Rukun Qauli (5) Rukun Fi’li (6)

i. Merupakan lintasan i. Melafaz takbiratul ihram i. Berdiri tegak.
dalam hati (Niat).
sewaktu mengangkat ii. Rukuk.
ii. Tertib
takbir. iii. Iktidal.

ii. Membaca Al-fatihah. iv. Sujud.

iii. Membaca tahiyyat atau v. Duduk antara dua

tashahud akhir. sujud.

iv. Membaca Salawat atas vi. Duduk ketika membaca

Nabi S.A.W pada tahiyyat akhir.

tahiyyat akhir.

v. Mengucapkan salam

yang pertama ke kanan.

23

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Perkara-perkara Sunat Dalam Solat.

Perkara sunat dalam solat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

Sunat Haiah Sunat ab’adh

i. Mengangkat tangan. i. tahiyat awal.
ii. Selawat dalam tahiyat awal.
ii. Meletakkan perut tangan kanan iii. Duduk tahiyat.
iv. Doa qunut .
di atas tangan kiri dan v. Selawat dalam qunut.
vi. Berdiri semasa berqunut.
memegangnya dan vii. Selawat ke atas keluarga

meletakkannya di bawah dada Nabi saw pada masa tahiyat
akhir.
atau di atas pusat.

iii. Membaca doa iftitah.

iv. Membaca A’uzubillah (taawuz)

v. Menguatkan atau

memperlahankan bacaan Al-

Fatihah.

vi. Membaca ‘Amin’ selepas Al-

Fatihah.

vii. Membaca surah Al-Quran.

viii. Membaca takbir ketika rukuk

(samia’allah hu liman hamidah).

ix. Membaca tasbih ketika rukuk.

x. Membaca tasbih ketika sujud.

xi. Meletakkan kedua-dua tangan di

atas paha dengan melepaskan

kesemua jari-jari.

xii. Duduk iftirasy (duduk tahiyat

awal, duduk antara dua sujud).

xiii. Duduk tawaruk (duduk tahiyat

akhir).

xiv. Salam kedua.

24

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Sunat Haiah kalau ditinggalkan tidak menjadi apa-apa sebaliknya kalau sunat ab’adh
ditinggalkan maka disunatkan sujud Sahwi.

Perkara-perkara Yang Membatalkan Solat.

i. Berkata – kata dengan sengaja, (yang selain daripada Al-quran zikir atau
doa walau satu huruf sekalipun contohnya : eh, oh, la dll)

ii. Menembah atau mengurangkan perbuatan rukun solat.
iii. Kedatangan hadas.
iv. Najis yang tidak dapat dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
v. Terbuka aurat walaupun tidak sengaja seperti ditiup angin, tetapi

sekiranya boleh ditutup segera maka tidak batal.
vi. Membelakangkan kiblat dengan dadanya.
vii. Mengubah niat.
viii. Makan walaupun sedikit kecuali ia terlupa.
ix. Minum seperti menelan air liur yang masih lagi terasa manisnya.
x. Mengeluarkan suara selain bacaan dalam solat seperti ketawa sehingga

terkeluar suara yang mengandungi dua huruf.
xi. Murtad.

1.2.3 IBADAH PUASA, ZAKAT DAN HAJI

1. IBADAH PUASA

Pengertian Puasa.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang
membatalkannya bermula daripada terbit fajar hingga jatuh matahari dan disertakan
dengan niat.

25

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Firman Allah SWT :
Maksudnya :

“Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya
siang) dan benang hitam (kegelapan malam) iaitu waktu fajar. Kemudian
sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib).” (Al-Baqarah : 187)

Kefardhuan Puasa.

Sebagai satu bulan yang dimuliakan, maka Allah telah menentukan bagaimana cara
menghormati bulan ini dan memperlihatkan keistimewaannya, semua orang-orang
Islam diwajibkan berpuasa. Kefardhuan berpuasa ini telah ditentukan oleh Allah
SWT dan terdapat di dalam al Qur’an dan al Hadis serta telah menjadi ijmak di
kalangan ulamak Islam.

Firman Allah SWT :

Maksudnya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.”
(Al-Baqarah : 183)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Ya Rasulullah ! Katakanlah kepadaku puasa yang diwajibkan Allah atas diriku.
Jawab Nabi SAW : Puasa Ramadhan. Tanya laki-laki itu pula: Apakah ada lagi yang
wajib atasku ? Jawab Nabi SAW ; Tidak, kecuali kalau anda berpuasa sunat.”

Ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa wajibnya puasa Ramadhan. Oleh itu
sesiapa yang mengingkarinya bererti ia telah murtad.

26

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Tingkatan Puasa.

Imam Al-Ghazali membahagikan puasa kepada tiga peringkat iaitu:

Puasa Umum Puasa kebanyakan umat Islam yang sekadar mampu
menghindarkan perit daripada makan, minum dan menahan
keinginan berjimak.

Rasulullah SAW yang bermaksud :

Puasa “Ramai orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa
Istimewa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga.”
(puasa Puasa yang dapat memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan
khusus) kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada
perkara-perkara di atas.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Lima perkara yang membatalkan pahala puasa seseorang;
bercakap bohong, mengumpat, mencaci, bersumpah bohong
dan dilihat perempuan dengan nafsu.”

Puasa Paling

Istimewa Merangkumi puasa umum dan puasa istimewa.
(puasa
khusus Disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua
khusus) al- keinginan zahir dan batin. Inilah puasa tertinggi kedudukannya

di sisi Allah SWT dan merupakan amalan puasa para rasul,

nabi, sahabat, wali dan golongan ahli ibadah lain.

27

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Peranan dan Kepentingan Puasa.

1. Melahirkan sifat ketakwaan kepada Allah.
2. Melemahkan nafsu yang menjadi punca maksiat.
3. Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum yang tentunya

kelaparan dan kehausan mencekik diri. Oleh kerana itu lahirlah rasa insaf
di hati tentang bagaimana sukarnya orang miskin yang tidak bernasib baik
mengharung penghidupan.
4. Menyuburkan sifat pengurbanan dalam melakukan kebaikan.
5. Oleh kerana puasa itu mencegah daripada melakukan sebarang

kemungkaran lahir dan batin, maka dengan sendirinya puasa itu dapat
melatih diri supaya manusia bersifat amanah.
6. Puasa memanglah teruk dan susah, maka dari situlah timbulnya sifat
sabar dan cekal hati untuk mengatasinya.
7. Puasa sebenarnya menyihatkan badan kerana ia merehatkan maidah
yang bekerja sepanjang tahun.

Syarat dan Rukun Puasa Rukun Puasa
Syarat-Syarat Sah Puasa
Orang yang puasa
Islam
Mumayyiz Niat berpuasa pada malam hari. Sebaik-
baiknya akhir malam sebelum fajar.
Suci daripada haid dan nifas.
Menahan diri daripada perkara-perkara yang
membatalkan puasa mulai dari terbit fajar
Siddiq hingga terbenam matahari

Apabila nyata masuknya bulan
Ramadhan.

28

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

.Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa.

BIL Perkara yang membatalkan Puasa
Makan dan minum dengan sengaja walaupun sedikit. (jika terlupa tidak

1 membatalkan puasa tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari bahawa diri
sedang berpuasa)

2 Muntah dengan sengaja.
3 Bersetubuh pada siang hari
4 Keluar haid dan nifas.
5 Gila. Jika kegilaan itu datang waktu siang hari batallah puasanya.
6 Keluar mani yang disengajakan
7 Memasukkan dengan sengaja sesuatu ke dalam rongga badan yang

terbuka.

Perkara –perkara sunat ketika berpuasa.

1. Menyegerakan berbuka puasa.
2. Berbuka puasa dengan buah tamar dan juadah manis yang lain.
3. Melambatkan sahur kerana ada padanya berkat.
4. Membanyakkan membaca Al- quran, berzikir,berselawat,dan membuat

amal kebajikann
5. Sentiasa bersedekah kepada fakir miskin dan ank-anak yang kurang

bernasib baik.
6. Menjauhkan percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa

manfaat.
7. Mandi junub lebih awal,sebelum masuknya waktu subuh.
8. Membaca doa berbuka puasa.

29

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Hari-Hari Yang Diharamkan Berpuasa.

Bil. Hari

1. Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal.

2. Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah.

3. Tiga hari Tasyriq iaitu 11, 12, dan 13 Zulhijjah.

4. Hari Syak iaitu hari yang diragui antara 30 Syaaban atau sesudah masuk 1
Ramadhan.

2. IBADAT ZAKAT.

Pengertian
Zakat dari segi bahasa ialah subur atau bersih. Ia membawa makna pembersihan
dan kesuburan kerana dengan mengeluarkan zakat, maka harta pencarian dan
simpanan menjadi bersih.Zakat pada pengertian syarak pula ialah mengeluarkan
sebahagian yang tertentu daripada harta benda yang diwajibkan ke atas seseorang
yang cukup syarat dan diberikan kepada orang yang tertentu dengan syarat-
syaratnya.
Zakat juga diertikan dengan nama atau sebutan suatu hak Allah Ta’ala yang
dikeluarkan oleh seseorang kepada fakir miskin. Dinamakan zakat kerana di
dalamnya harapan untuk beroleh keberkatan, membersihkan jiwa dan memupuk
berbagai kebajikan.

30

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Dalil Kewajipan Mengeluarkan Zakat.

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima, di mana kewajipannya
telah ditentukan oleh Allah SWT yang terdapat di dalam al Qur’an, al Hadis dan
menjadi ijmak ulamak Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dirikanlah solat dan keluarkan zakat”.
( Surah al-Baqarah : 110 )

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Islam itu ditegakkan di atas lima dasar: Menyaksikan bahawa tidak ada
Tuhan yang disembah melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad
itu pesuruh Allah, mengerjakan solat, memberi zakat, menunaikan ibadat haji
di Baitullah dan mengerjakan puasa bulan Ramadhan.”

Pembahagian Zakat.

Zakat dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta Benda.

1. Zakat Fitrah.

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang diwajibkan ke atas orang-orang Islam
daripada makanan tertentu dengan sebab tamat bulan Ramadhan dan
masuknya satu Syawal, dikeluarkan mengikut peraturan-peraturan yang
tertentu.

31

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Daripada hadis Nabi SAW yang bermaksud :

“Rasulullah SAW telah mewajibkan Zakat Fitrah segantang kurma atau
segantang syair ke atas hamba, orang merdeka, lelaki, perempuan kecil,
besar dari kaum Muslimin dan disuruh mengeluarkannya sebelum orang
keluar untuk sembahyang Hari Raya.”
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Zakat ini diwajibkan pada akhir bulan Ramadhan ke atas tiap-tiap orang Islam yang
cukup syaratnya. Tujuan diwajibkan zakat ini untuk membantu orang yang tidak
bernasib baik seperti fakir miskin dan sebagainya, supaya mereka dapat merayakan
Hari Raya Puasa seperti orang kebanyakan.

Syarat wajib zakat Fitrah

BIL Syarat wajib

1. Islam

2. Merdeka

3. Mempunyai harta lebih daripada keperluan diri daripada tanggungan pada
hari raya dan malamnya.

32

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Waktu dan hukum membayar zakat Fitrah

HUKUM WAKTU

Dibolehkan Dari awal Ramadhan sehingga hari akhir bulan Ramadhan

Wajib Selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan

Afdhal Selepas solat subuh sehingga sebelum mengerjakan solat
sunat Aidilfitri

Haram Selepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri

2. Zakat Harta Benda.
Zakat Harta Benda ialah zakat yang diwajibkan daripada kekayaan yang tertentu
mengikut syaratnya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia
mengeluarkan zakat hartanya.”

33

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Harta Benda Yang Diwajibkan Zakat.

BIL Harta Benda Yang Diwajibkan Zakat.

1. Binatang ternakan : iaitu binatang Al-An’aam termasuk unta, kerbau,
lembu, kambing dan biri-biri.

2. Hasil-hasil tanaman dan buah-buahan: seperti padi, gandum, tamar,
jagung dan sebagainya.

3. Barang-barang perniagaan dan perdagangan: seperti barang-barang yang
diperniagakan, kain baju, barang runcit dan lain-lain lagi.

4. Emas, perak atau matawang.
5. Harta Rikaz: iaitu harta yang dijumpai tertanam di dalam tanah.
6. Barang-barang galian.

Orang-Orang Yang Berhak Menerima Zakat.

Firman Allah SWT maksudnya :

“Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, miskin, pengurus-

pengurus zakat, para muallaf yang dijinakkan hati mereka, untuk memerdekakan

hamba, orang-orang yang berhutang untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang

dalam perjalanan sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah dan Allah Maha

Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (At-Taubat : 60)

34

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Orang-orang yang berhak Orang-orang yang tidak berhak menerima

menerima zakat zakat

a. Fakir a. Orang yang kaya raya dengan harta atau
yang kaya dengan usaha dan penghasilannya.

b. Miskin b. Hamba sahaya kerana mereka mendapat
nafkah daripada tuan mereka

c. Para Amil c. Keturunan Bani Hasyim dan Bani Abdul
Mutalib.

d. Muallaf d. Orang-orang yang di dalam tanggungan
pengeluar zakat.

e. Hamba mukatab e. Orang-orang kafir.

f. Orang yang menanggung
hutang (al-Gharimah)

g. Fi Sabilillah ( jalan Alllah)

h. Ibnu Sabil (Musafir)

35

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Peranan dan Kepentingannya.

Ia adalah rukun Islam yang penting, kerana ia menghiasi kaum muslimin dengan
sifat-sifat mahu berkorban dan membuat bakti kerana mengharapkan keredhaan
Allah. Ia menaggalkan dari hati kita perasaan keakuan, cinta diri, sempit dada,
pemujaan harta dan sifat-sifat keji yang lain. Sebahagian dari faedah zakat di dunia
ini ialah agar kaum muslimin itu tolong menolong. Kewajiban berzakat memberi
banyak hikmah antaranya :

1. Satu cara pengabdian diri terhadap AllahSWT dengan cara mengeluarkan
sebahagian harta untuk diberikan kepada orang lain yang kurang bernasib
baik seperti fakir miskin agar dapat turut sama mengecapi nikmat Allah.

2. Kesanggupan mengeluarkan sebahagian kecil daripada harta yang disayangi
dianggap sebagai satu amalan jihad ( pengorbanan ) melalui harta benda
demi menegakkan salah satu rukun Islam yang lima.

3. Membersihkan perasaan dendam dan hasad dengki orang fakir miskin
terhadap golongan berada. Seterusnya untuk membersihkan segolongan ahli
masyarakat umum daripada kekecewaan,yang merasakan diri mereka tidak
mendapat pembelaan sewajarnya.

4. Melenyapkan sikap cintakan harta,bakhil dan kedekut.
5. Mensyukuri nikmat pemberiaan Allah SWT dengan menyumbangkan

sebahagiannya demi agama Allah.
6. Zakat dapat membentuk masyarakat saling bantu membantu dan bersikap

adil.`

36

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

3. IBADAT HAJI.
Pengertian Haji .

Mengikut bahasa pergi atau berkunjung. Mengikut istilah syarak ialah pergi ke
Baitullah al Haram (Kaabah) untuk melakukan ibadah tertentu dengan syarat
tertentu serta pada masa tertentu.

Hukum

Ibadah Haji hukumnya wajib ke atas setiap muslim yang cukup syaratnya sekali
seumur hidup.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah,

bagi mereka yang mampu sampai ke sana”. ( al-Imran : 97 )

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Wahai manusia sesungguhnya Allah mewajibkan ke atas kamu mengerjakan haji.
Maka hendaklah kamu kerjakan. Tanya seorang sahabat : Apakah pada tiap-tiap
tahun ya Rasulullah ? Baginda diam tidak menjawab sehingga orang itu mengulangi
pertanyaan sebanyak tiga kali. Kemudian Nabi menjelaskan : “Kalau saya kata ini
sudah tentu menjadi wajib setiap tahun, sedangkan kamu tidak kuasa
melakukannya. Biarkan sahaja apa yang saya tinggalkan”.

37

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Syarat Wajib Haji.

a. Islam. c. Merdeka
b. Baligh d. Berakal

e. Berkuasa.

Dimaksudkan dengan kuasa ialah :

1. Mempunyai bekalan yang cukup (perbelanjaan) pergi danbalik untuk
dirinya

dan juga orang yang ditinggalkannya.

2. Ada kenderaan.
3. Aman dalam perjalanan.
4. Mempunyai teman (bagi muslimah).
5. Mendapat izin daripada suami.
6. Mempunyai pembantu bagi mereka yang perlu bantuan.

seperti orang tua dan orang buta.

Rukun Haji.

Berniat ihram ”Sahaja aku menegrjakan haji dan berihram dengannya kerana
haji di Miqat. Allah Taala”.

Atau niat “Sahaja aku mengerjakan haji dan umrah serta berihram

bersama-sama dengannya kerana Allah Taala”.

dengan umrah

38

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Wuquf di Iaitu berada di Padang Arafah sekalipun sekejap – mulai
Arafah. selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga fajar hari ke
10 Zulhijjah sama ada diketahui atau tidak – selama tidak gila,
tidak pitam, tidak mabuk, tidak hilang akal – sekiranya gila
hajatnya dikira sebagai haji sunat sahaja. Setiap yang pitam
sehingga habis waktu wuquf tidak sah hajinya. Orang yang
mabuk dan hilang akal hajatnya seperti haji orang yang gila
juga iaitu sunat.

Tawaf di Iaitu mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali.
Kaabah
Saei Berjalan berulang alik sebanyak 7 kali bermula dari Safa’ dan
Bercukur berakhir di Marwah.

Tertib Bercukur/menggunting rambut di kepala sekurang-kurangnya
tiga helai rambut

Mengikut turutan pada kebanyakan rukun.

Wajib / Fardhu Haji.

Miqat sempadan masa atau tempat untuk berniat.

1 Niat ihram di  Miqat Zammani (masa) dari Syawal = sebelum terbit
Miqat. fajar 10 Zulhijjah

 Miqat makani (tempat) tempat memulakan niat
ihram

Mudzalifah tempat di antara Arafah dengan Mina

2 Bermalam di  Selepas tengah malam pada 10 Zulhijjah sebelum
Muzdalifah terbit fajar

39

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

3 Melontar Waktunya seperdua malam 10 Zulhijjah ( 12 malam ke

jamratul atas tidak sah melontar sebelumnya )

Aqabah di Mina

4 Bermalam di Bermalam pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah (hari-hari Tasyrik).
Mina

5 Melontar di tiga- Melontar di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah pada hari

tiga jamrah tasyrik.

6 Meninggalkan perkara-perkara yang di larang semasa berihram.

Perbezaan Rukun Haji Dengan Fardhu / Wajib Haji.

1. Bagi rukun Haji ialah perkara yang mesti dilakukan dan kalau tidak
dilakukan tidak sah hajinya.

2. Bagi fardhu/wajib Haji ialah perkara yang yang mesti dilakukan tetapi
kalau tidak dilakukan sah hajinya dan wajib membayar dam.

40

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Peranan dan Kepentingannya.

Islam tidak mewajibkan haji melainkan ke atas mereka yang sanggup pergi ke
Makkah di antara orang-orang muslim yang kaya. Islam tidak mewajibkan mereka
mengerjakan haji melainkan sekali sahaja untuk seumur hidup.

Terdapat banyak hikmah dalam menunaikan Ibadah Haji antaranya :

1. Sebagai tanda pengabdian diri kepada Allah SWT
2. Menghidupkan persaudaraan Islam dengan menemukan umat Islam dari

pelbagai tempat, berlainan warna kulit, bahasa dan kebudayaan serta tekad
dan keimanan teguh terhadap Allah.
3. Perhimpunan ini membuktikan bahawa umat Islam semuanya sama sebagai
tetamu Allah.
4. Mengunjungi Baitullah dapat menyaksikan sendiri kesan perjuangan
Rasulullah menegakkan syariat Allah.
5. Menyemai keinsafan di kalangan umat Islam bahawa mereka pasti akan
kembali menemui Allah suatu hari nanti.

41

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
1.3 KONSEP AKIDAH

Takrif Akidah

Akidah dari segi bahasa ialah ikatan atau menyimpulkan sesuatu. Manakala menurut
istilah akidah ialah kepercayaan, keyakinan atau keimanan yang teguh dan tidak
mudah terurai oleh pengaruh luar diri seseorang.

Takrif Iman

Iman dari segi bahasa bermaksud percaya, yakin dan membenarkan. Manakala dari
segi syarak Iman ialah kepercayaan yang terbit daripada hati seseorang iaitu
mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa apa yang dibwa oleh Rasulullah
SAW adalah benar dan datangnya daripada Allah SWT.
Saiyidina Ali bin Abi Talib mendefinikan iman sebagai ucapan dengan lidah,
kepercayaan yang benar dengan hati dan berbuat dengan anggota. Berdasarkan
definisi ini kita dapat memahami bahawa tidak sempurna keimanan seseorang
tanpa dia mengakui bahawa Islam itu agama yang benar dan menyatakan dengan
lidah serta mengamalkan segala ajaran yang terkandung dalam agama Islam.

Rasulullah SAW bersabda:
“Iman itu bukan dengan cita-cita dan perhiasan, tetapi apa yang tersemai di hati dan
dibuktikan dengan perbuatan.”

Maka ilmu yang dipelajari adalah untuk menyempurnakan pengenalan iman. Justeru
itu orang lelaki yang beriman disebut mukmin dan orang perempuan yang beriman
pula disebut mukminah.

42

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Firman Allah SWT bermaksud:

“Maka sesiapa yang tidak percayakan kepada Taghut dan beriman kepada Allah,

maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang kukuh

teguh, yang tidak akan terombak (putus). Dan (ingatlah) Allah Maha mendengar lagi

Maha Mengetahui” (Surah Al- Baqarah:256)

Tidak dikategorikan seseorang itu beriman dengan sebenarnya jika dia tidak
menerima secara bersungguh atau hanya mempercayai sebahagian daripada rukun
iman dan menolak sebahagian yang lain. Sesiapa yang menolak atau meragui
sebahagian daripada rukun iman beerti dia seolah-olah menolak keseluruhan rukun
Iman.

RUKUN IMAN

Rukun Iman terdapat 6 perkara :
1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada malaikat
3. Beriman kepada kitab-kitab
4. Beriman kepada Rasul-rasul
5. Beriman kepada Hari Kiamat
6. Beriman kepada Qada dan Qadar

1.3.1 Beriman Kepada Allah SWT

Maksudnya mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa Allah SWT yang
mencipta alam ini dan Dialah Tuhan yang berhak disembah dan ditujukan segala
pergantungan hidup.

43

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Kita tidak boleh memperhambakan diri dalam segala amalan dunia atau akhirat
melainkan kerana Nya. Seterusnya mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa
Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan seperti Maha Pemurah, Maha Adil
dan sebagainya.
Kita perlu membenarkan dengan yakin akan KeEsaan dan kewujudan Allah SWT,
Allah SWT juga adalah Pencipta setiap benda yang ada di alam ini termasuk bumi,
langit dan planet-planet, yang dapat dilihat atau tidak semuanya adalah milik Allah
SWT.
Manusia juga perlu membenar dengan yakin bahawa Allah bersifat dengan segala
sifat kesempurnaan, suci dari segala kekurangan dan suci daripada menyerupai
segala yang baharu.
Oleh yang demikian semua manusia yang ada atas muka bumi ini semuanya
tertakluk kepada perintah Allah. Semua manusia dikehendaki beriman dengan Allah
SWT dengan menjadikan Islam sebagai agama yang dianuti .

Sebagaimana firman Allah SWT :

“Sesungguhnya agama (cara hidup) yang diredhai disisi Allah hanyalah Islam.”

1.3.2 Beriman Kepada Malaikat

Mempercayai bahawa Allah SWT mempunyai pesuruh-pesuruh yang sentiasa patuh
dan taat menjalankan segala titah perintahNya. Mereka itulah yang disebut malaikat
yang bukan manusia, bukan lelaki dan bukan perempuan. Mereka diciptakan
daripada cahaya dengan rupa bentuk yang tersendiri, berakal tetapi tidak
mempunyai nafsu. Terdapat sepuluh malaikat yang wajib diketahui oleh setiap orang
Islam.

44

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

BIL NAMA MALAIKAT TUGAS
1. Menyampaikan wahyu

Jibrail AS Mencabut nyawa.
2. Izrail AS Memberi rezeki.
3. Mikail AS Meniup sangkakala
4. Israfil AS Menyoal manusia dalam kubur.
5. Munkar AS Menyoal manusia dalam kubur.
6. Nakir AS Menulis kebajikan
7. Raqib AS Menulis kejahatan
8. A’tid AS Menjaga neraka
9. Malik AS Menjaga syurga
10. Ridhwan AS

Kesan beriman kepada Malaikat :

a) Apabila seseorang itu menyedari dia sentiasa diawasi oleh malaikat maka dia
akan sentiasa sentiasa menjaga tingkah laku walau di mana dia berada.

b) Jika dia terlanjur melakukan sesuatu kesalahan dan kesilapan dia akan
segera insaf dan bertaubat dan tidak lagi mengulangi kesilapan kerana dia
sedar setiap tingkah laku diawasi oleh malaikat.

c) Manusia akan sentiasa melaksanakan apa yang disuruh dan menghindari
perkara yang diharamkan dalam Islam kerana takut akan seksa kubur.

45

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

1.3.3 Beriman Kepada Kitab-Kitab

Kitab adalah undang-undang dasar yang dijadikan pedoman atau pengajaran
kepada manusia yang hendak dipimpin. Kitab diberikan Allah kepada para rasul Nya
sebagai panduan dan pengajaran kepada umat manusia. Kitab terbahagi kepada
dua iaitu :

 Suhuf : merupakan pedoman yang tidak begitu lengkap mengandungi hanya
penjelasan hukum hakam dasar yang perlu diterangkan kepada manusia
umumnya. Suhuf berjumlah 100 buah. Nabi Shith AS : 50 suhuf , Nabi Idris
AS: 30 Suhuf, Nabi Ibrahim AS : 10 suhuf dan Nabi Musa AS: 10 suhuf.

 Kitab : satu himpunan dasar lengkap untuk segala peraturan dan dasar
ketuhanan yang berhubung dengan dunia mahupun akhirat. Jumlah kitab ini
hanya empat buah iaitu : Taurat (Nabi Musa AS), Zabur (Nabi Daud AS), Injil
(Nabi Isa AS) dan Al-Quran (Nabi Muhammad SAW).

Setelah turunnya Al-Quran dan terutusnya Nabi Muhammad SAW maka kitab-kitab
yang terdahulu terbatal dengan sendirinya. Umat Nabi Muhammad SAW hanya
menggunakan peraturan dan undang-undang yang terdapat dalam Al-Quran .

Maksud Al-Quran

Para ulama Usul Fiqh bersetuju bahawa maksud Al-Quran ialah: Kalam Allah yang
bermukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan ditulis dalam beberapa
mashaf , dipetik daripada riwayat yang mutawatir di mana pembacaannya adalah
suatu ibadah dan sebaliknya orang yang mengikarinya dihukum sebagai kafir.

Kehujahan Al-Quran

Pada zaman Rasulullah SAW baginda menyelesaikan masalah dan menjatuhkan
ketetapan hukum melalui wahyu sama ada dalam bentuk menjawab pertanyaan

46

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

yang ditujukan kepada baginda atau ketetapan yang ditentukan oleh Allah SWT
serta melalui ijtihad dan dibetulkan oleh Al-Quran seandainya ada ijtihad beginda
yang kurang tepat.
Kedudukan dan peranan Al-Quran dalam perundangan merupakan sumber pertama
dalam penetapan hukum yang disampaikan kepada kita secara mutawatir. Oleh itu,
Al-Quran juga merupakan wahyu yang mengandungi pengajaran dan petunjuk
kepada manusia.

Sebagaimana firman Allah SWT :

“Sesungguhnya Al-Quran itu memberi petunjuk ke jalan yang betul (agama
Islam)dan memberi berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman
yang mengerjakan amal-amal soleh , bahawa mereka beroleh pahala yang besar”

(Surah A-Isra’: 9)

1.3.4 Beriman Kepada Rasul-Rasul

Allah mewajibkan setiap orang Islam supaya beriman kepada semua Rasul yang
telah diutuskan olehNya tanpa membeza-bezakan antara seorang rasul dengan
yang lain.

Firman Allah SWT :
“Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang pun (dengan yang lain)
daripada rasul-rasulNya”.

(Surah Al-Baqarah:285)
Pengertian Nabi dan Rasul
Nabi ialah seorang lelaki yang merdeka dan mendapat wahyu daripada Allah tetapi
tidak ditugaskan menyampaikan kepada orang lain.
Rasul ialah seorang lelaki yang merdeka dan mendapat wahyu daripada Allah dan
ditugaskan untuk menyampaikan kepada orang lain.

47

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Tujuan Allah SWT mengutuskan Rasul adalah untuk mengajak umatnya beribadat
kepada Allah dan menegakkan AgamaNya. Rasul menerima wahyu yang
mengandungi hukum hukum syarak untuk mengajar dan membimbing manusia
kepada kehidupan yang membawa kebahagian di dunia dan akhirat. Menurut
keterangan dalam riwayat oleh Mardawih bahawa jumlah para nabi ialah sebanyak
124,000 orang. Sementara yang menjadi rasul sebanyak 313 orang sahaja , dan
sebanyak 25 orang sahaja yang disebut di dalam Al Quran. Walau bagaimanapun,
jumlah yang sebenarnya hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui. Namun terdapat
25 orang rasul yang wajib diketahui oleh setiap uamt Islam.

1.3.5 Beriman Kepada Hari Kiamat

Perkara –perkara yang berhubung dengan hari kiamat ialah bertolak daripada
kepercayaan kepada:

a) Adanya mati
b) Pembalasan alam kubur, azab dan nikmat
c) Hari kebangkitan setelah dunia ini dihancurkan kesemuanya.
d) Padang Mahsyar tempat kesemua manusia dan jin akan dikumpulkan untuk

diadili.
e) Dihisab semua amalan dan dilakukan neraca timbangan.
f) Meniti titian “sirat” ,menurut keterangan Abu Said RA titian ini lebih kecil

daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang
g) Syurga atau neraka, manusia kan menerima ganjaran yang setimpal dengan

amalannya.

Beriman kepada hari Akhirat membawa kesan positif kepada manusia kerana ia
mengajar manusia beramal soleh. Manusia yang beriman akan memberi manfaat
sesama insan, kebaikan yang dibuat adalah ikhlas semata-mata kerana Allah SWT
hal ini kerana mereka sentiasa mencari keredhaan Allah SWT.

48

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

1.3.6 Beriman Kepada Qada dan Qadar

Beriman kepada qada dan qadar ialah mempercayai bahawa segala yang berlaku di
dunia ini adalah menurut ketentuan dan ketetapan Allah SWT. Manusia diciptakan
oleh Allah SWT dan Dialah yang menetukan perjalanan, gerak geri dan
kelakuannya.

Sebagaimana Firman Allah SWT :

“Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan

cara yang dikehendaki Allah” ( Surah Al-Insan 76:30)

Qada bermaksud kejadian, hukum yang berlaku pada diri seseorang seperti
kaya,miskin, untung, rugi,hidup ,mati dan sebagainya. Qadar pula bermaksud
ukuran dan sukatan yang ditentukan atas tiap-tiap makhluk.

Pembahagian Qada

Terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

i. Qada Mubram : Ketentuan Allah yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang

oleh sesuatu apa pun. Contoh: Mati pasti akan berlaku. Firman Allah SWT

bermaksud:

“Dan pada sisi Allah SWT jua kunci-kunci semua yang ghaib” (Surah Al-

Anam : 59)

ii. Qada Muallaq: Ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung
kepada sesuatu perkara. Contohnya: Rezeki , kebahagiaan, kecelakaan,
kejayaannatau kegagalan bagi seseorang itu boleh diubah dengan usaha dan
ikhtiar manusia di samping berlaku dengan keizinan Allah SWT. Sabda
Raulullah SAW bermaksud:

49

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

“Tidak boleh ditolak qadar Allah SWT melainkan doa.Dan tidak boleh
memanjangkan umur melainkan engan berbuat baik kepada ibu bapa”.
(RIwayat Hakim Ibnu Hibban & Tarmizi)

Kesan Beriman kepada Qada dan Qadar

Seseorang itu sentiasa bersabar dalam menghadapi dugaan atau ujian daripada
Allah SWT. Hal ini akan menyebabkan mereka sentiasa mendapat ketenangan
dalam hidup dan sebaliknya ujian itu mendorong mereka melakukan lebih banyak
kebaikan serta dan meninggalkan larangan Allah sebagaimana contoh yang
ditunjukan oleh golongan solafus soleh.

Sebaliknya jika manusia tidak beriman dengan qada dan qadar mereka akan mudah
putus asa dan tidak bersyukur selain hidupnya sentiasa gelisah kerana menganggap
nikmat yang diterima sentiasa tidak mencukupi.

1.4 IHSAN

Ihsan merupakan induk terpenting dalam pembentukan akhlak yang baik dan
perlakuan sebagai Muslim dan mukmin yang sempurna.Ihsan ialah perbuatan baik
yang dilakukan menggunakan pancaindera yang dikurniakan Allah SWT
berpandukan hati yang suci.

1.4.1 Konsep Ihsan

Dari segi Bahasa ihsan bermaksud membuat sesuatu yang baik.
Dari segi syarak ihsan bermaksud peribadatan insan terhadap Allah (pencipta)
seolah-olah dia melihat Allah SWT. Seandainya dia tidak dapat melihat Allah SWT,
yakinlah bahawa Allah SWT melihat dirinya, peribadatannya dan mengetahui isi

50


Click to View FlipBook Version