MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Di bawah ini diterangkan contoh-contohnya :
1. Noriah mengupah Salmah menyusui anaknya dengan bayaran sebanyak
$100.00 sebulan. Noriah dinamakan “orang yang mengupah”, Salmah,
dinamakan “orang yang mengambil upah”. Bayaran $100.00 itu dinamakan
upah.
2. Zaid telah menyewa sebuah motokar dari Kota Bharu hendak pergi ke Kuala
Lumpur dengan bayaran sebanyak $80.00. Zaid dinamakan “yang menyewa
– mustakjir”. Wang sebanyak $80.00 itu dinamakan “sewa- ujrah” dan tuan
punya motokar itu dinamakan “pemberi sewa – mukjir”.
3. Encik Zamri menyewa sebuah rumah kepunyaan Encik Ali dengan sewa
sebanyak $50.00 sebulan. Encik Zamri dinamakan “yang menyewa –
mustakjir” Ali dinamakan “pembeli sewa – mukjir” dan wang bayaran itu
dinamakan sewa – ujrah”
GADAIAN (AL-RAHN)
Pengertian
Bahasa : bererti kekal, tetap dan berterusan. Kata “rahnum” dengan kata “gadaian”
dalam bahasa Malaysia, ertinya menurut bahasa ialah mempertaruhkan sesuatu
umpamanya menggadai nyawa, menggadaikan tanahair dan sebagainya.
Istilah syarak : menjadikan sesuatu barang sebagai cagaran kepada sesuatu hutang
buat menjelaskan hutang itu ketika tidak kuasa membayarnya.
Hukum
Hukum al-Rahn atau gadaian adalah harus berdasarkan dalil al-Quran dan al-Hadis
serta ijmak ulama. Berikut disertakan dalil tentang keharusan tersebut.
101
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
“...Jika kamu dalam musafir (lalu kamu berhutang) sedang kamu tidak memperoleh
seorang penulis, hendaklah diadakan barang gadaian yang dipegang ( pemiutang).
“ (al-Baqarah : 283)
Ulama fiqh Islami bersepakat bahawa Rasulullah s.a.w. adalah orang pertama yang
terlibat dalam melakukan gadaian dalam Islam. Ini diceritakan dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
“ ...Rasulullah s.a.w. membeli makanan daripada seorang Yahudi secara hutang
dengan menggadaikan sebuah perisai besi.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hikmah Gadaian dalam Islam
Berhutang adalah merupakan suatu jalan bagi mengatasi kesulitan perbelanjaan
tetapi kadang-kadang orang-orang yang berkemampuan tidak sanggup hendak
memberi hutang kepada seseorang yang dipercayainya kecuali dengan sesuatu
cagaran. Dengan adanya cagaran itu, hutang yang diberikan itu akan terjamin dan
terselamat. Memandangkan kepada keadaan inilah Islam mengharuskan
bermualamat dengan cara bergadai iaitu berhutang dengan meletakkan suatu
pertaruhan atau cagaran supaya terjamin pembayarannya bila mana sampai
tempohnya kelak. Dengan cagaran itu, pihak memberi hutang tidak merasa apa-apa
keraguan lagi kerana bila sampai tempohnya nanti, walaupun orang yang berhutang
itu tidak sanggup menjelaskannya, pemberi hutang yang memegang gadaian itu
boleh menjualnya dan mengambil harganya sekadar yang telah diperhutangkannya.
Contoh
Ramli memerlukan wang sejumlah $3,000.00.Untuk mendapat wang sejumlah
tersebut ia terpaksa berhutang daripada Fakrul dengan menggadaikan kebun
getahnya iaitu sebagai cagaran kepada hutangnya itu dengan perjanjian apabila ia
tidak dapat melunaskan hutangnya itu dalam tempoh yang telah ditetapkan, Fakhri
bolehlah menjual kebun tersebut; dan jika harganya lebih mahal daripada jumlah
wang yang diperhutangkan itu, wang selebihnya itu hendaklah diberikan kepada
Ramli kerana ianya adalah kepunyaan Ramli.
102
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Muamalat hutang dengan cagaran sebagaimana yang tersebut di atas inilah
dikatakan rahnun (gadai). Ramli yang memerlukan wang itu dinamakan rahin
(penggadai). Fakhrul yang memberikan wang dinamakan murtahin (pemegang
gadai). Kebun yang dicagarkan itu dinamakan marhun (yang digadaikan). Wang
sebanyak $3,000.00 itu dinamakan marhun bih (hutang gadaian).Muamalat cara ini
mestilah dengan ada ucapan di antara si penggadai dan si pemegang gadai.
Rukun-rukun Gadaian
Dari keterangan-keterangan di atas nyatalah, rukun-rukun gadaian itu empat
perkara iaitu :-
1. al-Rahin (Penggadai) dan al-murtahin (pemegang gadai). Kedua-duanya
hendaklah:
Keahlian mengurus hartanya (ahliyatut Tabaru). Dengan syarat ini, penjaga,
bapa atau lainya, tidak boleh menggadaikan harta kanak-kanak dan harta
orang-orang gila kecuali jika terpaksa atau ternyata ada keuntunganya.
Akil baligh: tidak sah bagi kanak-kanak dan orang-orang gila.
Tidak dipaksa : melakukan gadai mestilah dengan kehendak sendiri. Tidak
sah jika dipaksa.
2. al-Marhun (Barang yang digadai) – barang-barang yang digadai hendaklah
barang-barang yang sah diperjualbelikan. Barang-barang yang tidak sah
diperjualbelkan, tidak sah ianya digadaikan.
3. al-Marhun bih (hutang) – bayaran atau barang yang diberi kepada
penggadai itu mestilah hutang yang dimaklumi. Maka tidak sah jika tidak
berupa hutang seumpama benda yang wajib diganti seperti barang yang
dirampas, barang pinjaman atau sebagainya.
103
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
4. Sighah (Lafaz kontrak)– tidak sah gadaian melainkan dengan ijab dan
Kabul. Syarat-syaratnya sama dengan syarat-syarat pada urusan
berjualbeli. Maka tidak sah jika diselangi oleh perkataan lain atau berselang
lama. Juga tidak sah jika bertaklik dan jika memakai jangka waktu.
C. MUNAKAHAT (PERKAHWINAN)
Munakahat ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan hal-hal perkahwinan. Fitrah
manusia yang inginkan ketenangan dalam hidup berkeluarga perlulah melalui
syariat perkahwinan yang ditetapkan dalam Islam.
Pengertian
Dari segi bahasa: kumpul, himpun atau cantum
Dari segi istilah: suatu ikatan yang dilakukan untuk menghalalkan perhubungan
lelaki dan perempuan dan hidup sebagai suami isteri.
Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah S.A.W dan digalakkan di dalam
Islam serta dituntut oleh Hukum Syarak, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W
yang bermaksud :
"Nikah itu sunnahku, maka barang siapa membenci sunnahku maka
sesungguhnya ia bukan dari golonganku." (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)
Matlamat Perkahwinan
Allah SWT Yang Maha Bijaksana telah mensyariatkan perkahwinan ke atas
hambaNya dan tentulah terdapat matlamat dan hikmah disebaliknya. Antara
matlamat dan hikmahnya adalah seperti berikut:
1. Mendapat keredhaan Allah SWT
2. Mengikut Sunnah Rasulullah SAW
104
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
3. Menghalalkan pergaulan dengan memenuhi kehendak naluri jantina dan
melahirkan serta menyuburkan mawaddah dan rahmah
4. Membina keluarga dan menjaga umat manusia secara sah dan
bertanggungjawab dengan menjaga keselamatan sosial dan akhlak
5. Memperbesar saiz keluarga dan persaudaraan.
Hukum Perkahwinan
Hukum asal perkahwinan adalah harus. Walaubagaimanapun, perkahwinan
menjadi sunah kerana diamalkan oleh Rasulullah SAW. Para ulama menetapkan
bahawa hukum perkahwinan boleh berubah-ubah mengikut keadaan individu.
Hukum-hukum tersebut adalah seperti berikut:
Hukum Situasi
Harus Keadaan normal dan tidak terdesak untuk berkahwin
Wajib Berkemampuan menanggung maskahwin dan nafkah
Mempunyai keinginan yang kuat untuk berkahwin dan yakin tidak
Sunat akan menganiayai isteri
Mampu memikul tanggungjawab perkahwinan
Makruh Mempunyai keinginan atau naluri seks yang sederhana (boleh
mengawal diri dari melakukan zina)
Haram Tidak mampu memberikan nafkah zahir
Sakit, tua atau lemah tenaga batin
Berkahwin sewaktu negara sedang dalam peperangan
Tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin
Tidak mampu memberikan nafkah zahir dan batin
Tidak mampu menyempurnakan kewajipan
105
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Mas Kahwin (Mahar)
Maskahwin (mahar) ialah suatu pemberian suami kepada isteri sewaktu
berlangsungnya pernikahan. Mahar wajib dibayar samada secara tunai atau hutang
yang dinyatakan dalam lafaz akad. Mahar ialah hak isteri sepenuhnya, tidak boleh
diambil oleh sesiapa samada ibu bapa atau suaminya melainkan dengan kebenaran.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan berikanlah maskahwin (mahar) kepada perempuan (yang kamu nikahi) sebagai
pemberian yang penuh ketulusan. Kemudian, jika mereka menyerahkan kepada
kamu sebahagian daripada (maskahwin) itu dengan senang hati, maka terimalah
dan nikmatilah pemberian itu dengan senang hati.” (Surah an Nisa’ 4:4)
Jenis maskahwin:
Ulama fikah membahagikan maskahwin kepada 2 jenis iaitu:
Jenis Penerangan
Mahar Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut persetujuan kedua-dua
Musamma pihak samada disebut semasa akad atau tidak (dengan kerelaan)
Mahar Mithli Mahar yang tidak ditentukan kadarnya tetapi dibandingkan dengan
mahar keluarga isteri
106
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Pemilihan Jodoh (Pemilihan calon isteri)
Islam telah menyediakan garis panduan yang terbaik dalam urusan memilih jodoh,
sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Daripada Abu Hurairah r.a katanya Nabi SAW telah bersabda: Kahwinilah
perempuan itu kerana empat perkara: kerana harta, keturunan, kecantikan, dan
agama. Tetapi utamakanlah wanita yang taat kepada agama, pasti kamu akan
bahagia.” (riwayat Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah juga yang bermaksud:
“Hendaklah kamu berkahwin dengan seorang gadis yang engkau boleh bergurau
senda dengannya dan dia akan bergurau senda dengan engkau.”
(riwayat Bukhari dan Muslim)
Oleh itu terdapat beberapa panduan untuk memilih bakal isteri mengikut syarak
seperti huraian dibawah.
Bil Ciri Huraian
Perempuan taat Taat kepada Allah, rasul dan suami
1 beragama Mendapat rahmat Allah dan kebahagiaan dunia dan
akhirat
Boleh memperingati selok belok agama
Isteri yang sabar, redha dan menjaga maruah suami
dan keluarga
Menyejukkan hati
107
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
2 Masih gadis Masih dara
Manja dan mudah bergurau senda
3 Keturunan yang Mendapatkan zuriat untuk meramaikan umat Nabi
ramai anak Muhammad
Membesarkan saiz keluarga
4 Keturunan yang Mendapat zuriat yang baik
baik Mengurangkan masalah sosial dalam negara
Ketenangan jiwa dan perasaan
5 Tidak daripada Mengelakkan putus persaudaraan jika berlaku
keluarga yang perceraian
terdekat Tidak mewarisi penyakit keturunan
Mengelakkan mendapat zuriat yang kurang cerdas
6 Mempunyai rupa Akhlak yang baik dan lemah lembut adalah sebaik-baik
paras yang kecantikan
menyenangkan Menyejukkan mata
Pemilihan Jodoh (Pemilihan calon suami)
Wanita juga berhak untuk memilih bakal suaminya. Antara ciri bakal suami yang
boleh dipilih adalah seperti berikut:
Bil Ciri Huraian
1 Kuat beragama, Mampu mentadbir rumahtangga dengan baik dengan
berakhlak mulia penuh rasa tanggungjawab
dan
bertanggungjawab
108
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
2 Bebas daripada Mengelakkan daripada menzalimi isteri seperti
penyakit berat berpenyakit gila, kusta dan lemah syahwat
3 Tiada hubungan Mengelakkan putus persaudaraan jika berlaku
keluarga perceraian
Tidak mewarisi penyakit keturunan
Mengelakkan mendapat zuriat yang kurang cerdas
4 Sekufu Menjaga keselamatan, menambah kasih sayang dan
kerukunan rumahtangga
Perempuan yang haram dikahwini
Seorang lelaki yang ingin berkahwin perlu memastikan perempuan yang ingin
dikahwini adalah bukan dalam kalangan perempuan-perempuan yang haram
dikahwini. Perempuan yang haram dikahwini terbahagi kepada dua, iaitu haram
selama-lamanya dan haram untuk sementara waktu. Keterangannya adalah seperti
berikut:
Bil Pembahagian Keterangan
Haram selama-lamanya
# ibu, nenek hingga keatas
1. a. Sebab Keturunan # anak, cucu dan kebawah
# saudara perempuan (adik beradik) seibu
sebapa
atau sebapa atau seibu
# emak saudara sebelah bapa atau ibu hingga ke
atas
109
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
b. Sebab Penyusuan # anak saudara daripada saudara lelaki atau
perempuan
hingga kebawah
# ibu yang menyusukan hingga keatas
# saudara perempuan sepersusuan
# anak saudara perempuan sepersusuan sebelah
saudara
lelaki atau sebelah saudara perempuan
# emak saudara sepersusuan sebelah bapa atau
ibu
# perempuan yang pernah menyusu dengan isteri
Syarat haram sebab susuan:
# Ibu yang menyusukan telah baligh
# Anak yang disusukan belum sampai dua tahun
# Lima kali susuan yang berasingan dan tiap kali
menyusu
sampai kenyang
# Susu yang diberi mestilah ditelan dan sampai ke
perut si
anak
c. Sebab # ibu tiri dan keatas
Persemendaan # ibu mertua dan keatas samada daripada
(Perkahwinan) keturunan atau
penyusuan
# menantu perempuan (isteri anak dan isteri cucu)
110
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
hingga
kebawah
# anak tiri dan kebawah dengan syarat sudah
disetubuhi
ibunya . jika belum disetubuhi kemudian
diceraikan, maka
halal kahwin samada anak tiri itu dari keturunan
atau
penyusuan
Haram buat sementara Sebab menghimounkan contohnya; emak
saudara isteri sebelah ibu atau bapa, anak
2. a. Sebab saudara isteri daripada saudara lelaki atau
menghimpunkan saudara perempuan, saudara isteri (ipar)
b. Masih isteri orang
c. Masih dalam iddah
d. Sebab talak tiga
e. Berlainan agama
Peminangan (Al Khitbah)
Peminangan ialah hasrat ingin berkahwin daripada seorang lelaki terhadap seorang
perempuan mengikut syarak. Hukum meminang adalah harus.
Rukun Nikah
Perkahwinan yang ingin disempurnakan supaya mengikut syarak hendaklah
mempunyai lima rukun, iaitu:
1. Calon suami
2. Calon isteri
3. Wali
111
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
4. Dua orang saksi
5. Ijab dan Kabul
Tanggungjawab setiap ahli keluarga
Tanggungjawab suami:
1. Memberikan mas kahwin
2. Memberikan nafkah zahir dan batin
3. Perlindungan keselamatan
4. Adil
5. Memberi pendidikan
Tanggungjawab isteri:
1. Taat dan setia
2. Melayan suami
3. Menguruskan rumahtangga
4. Menyenangkan hati suami
5. Menjaga maruah diri, suami dan keluarga
Tanggungjawab bersama:
1. Amanah
2. Memelihara dan mendidik anak
3. Memberi kasih sayang
4. Saling bertolak ansur
5. Saling menghormati dan mempercayai
112
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
D. Jenayah
Pengertian JENAYAH
Dari segi Bahasa ialah kesalahan
Dari segi istilah pencerobohan terhadap tubuh, harta dan maruah
Hukum Hukum melakukan adalah haram
Jenis 1. Hudud : Zina, Mencuri, Minum arak, Murtad, Qazaf,
Tujuan Pemberontak, Merompak
2. Qisas
3. Takzir
4. Diyat
Menjaga prinsip perundangan Islam:
(Menjaga agama, Menjaga nyawa, Menjaga akal fikiran, Menjaga
keturunan, Menjaga harta benda.
113
TOPIK 3 MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
INSTITUSI ISLAM
Topik ini menjelaskan berkaitan institusi Islam
Hasil Pembelajaran :
4.0 PROSES PENGENDALIAN PENGURUSAN ISLAM
CLO 2 :Topik ini menerangkan etika dan professionalisme berkaitan
syariah dan Institusi IsPlaEmNYUdNaTlIaNmG membentuk pembangunan
ummah.
MARDZIAH BT ABDULLAH PAKRI
3.0 Institusi IslaNmAJIAH BT MOHD KHOLID
3.1 Menjelaskan Institusi Keluarga dan masyarakat
3.2 Menjelaskan Institusi Ekonomi
3.3 Menjelaskan Institusi Pendidikan
3.4 Menjelaskan Institusi Siasah
PENYUNTING
ROHANI BINTI ABU BAKAR
KHODZIRAH BINTI AHMAD
114
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
3.0 INSTITUSI ISLAM
3.1 Menjelaskan Institusi Keluarga Dan Masyarakat
Konsep dan falsafah institusi keluarga. Keluarga merupakan institusi yang amat
penting dalam masyarakat Islam. Ia merupakan unit kecil yang menjadi asas dalam
pembentukan masyarakat. Keluarga memainkan peranan yang penting dalam
membentuk peribadi individu yang baik. Dari situ akan lahir masyarakat yang
berdisiplin dan akan tertegak negara yang cemerlang serta diredai Allah s.w.t.
Keluarga lahir dari ikatan perkahwinan antara dua individu yang kemudiannya
berkembang menjadi suatu institusi keluarga. Berikut merupakan tujuan
perkahwinan menurut Islam:
Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. dan menurut pandangan Islam
perkahwinan adalah ibadat. Pandangan ini amat berbeza sekali dengan fahaman
dan pegangan agama-agama lain seperti Kristian, Buddha dan lain-lain yang
melarang ketua-ketua agamanya berkahwin kerana mereka percaya perkahwinan
bukan ibadat.
115
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Islam menerima perkahwinan itu sebagai satu ibadat kerana:
1. Memberikan sumbangan kepada agama, pembangunan negara dan masyarakat.
2. Melaksanakan perintah Allah sebagai khalifah Allah di muka bumi.
3. Menunaikan amanah Allah iaitu mendidik anak-anak.
Dari segi falsafahnya, pembentukan institusi keluarga Islam adalah sangat penting
atas dasar-dasar berikut:
1. Mengekalkan dan mengukuhkan kesinambungan generasi manusia
Institusi keluarga sangat penting untuk memastikan kewujudan manusia di bumi
berterusan. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Kahwinlah kamu perempuan-perempuan yang penyayang
dan subur, sesungguhnya aku berbangga dengan umat
yang ramai pada hari kiamat kelak.
(HR. Ahmad dan Ibnu Hibban)
Hasil daripada perkahwinan dan pembentukan keluarga, lahirlah anak-anak yang
akan mengambil tugas ibu bapa mereka seterusnya. Proses ini akan berterusan
dengan harmonis bagi menjamin kelangsungan hidup manusia di muka bumi.
2. Memelihara akhlak dan kesopanan serta kemuliaan manusia
Pembinaan institusi keluarga dapat mengawal individu dan masyarakat daripada
terjebak dalam kancah kemaksiatan kerana dorongan nafsu. Setiap manusia
dikurniakan nafsu syahwat oleh Allah s.w.t. Jika nafsu syahwat tidak dikawal dan
disalurkan pada tempat yang sewajarnya, sudah pasti akan berlaku kerosakan
akhlak dan meruntuhkan martabat manusia sebagai makhluk yang mulia. Justeru,
perkahwinan adalah perlu agar nafsu syahwat dapat dikendalikan dengan cara yang
betul dan menyumbang kepada pembinaan institusi keluarga yang kaya dengan
nilai-nilai akhlak yang mulia.
116
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
3. Menjamin kesejahteraan rohani dan jasmani
Manusia adalah makhluk yang istimewa kerana mempunyai keperluan rohani dan
jasmani. Dari segi jasmani, manusia dapat menikmati kesejahteraan dengan
menjaga kesihatan tubuh badan melalui amalan pemakanan yang sihat. Namun dari
aspek rohani, manusia perlukan kasih sayang, cinta dan perhatian. Maka dengan
adanya institusi keluarga, aspek rohani dapat diisi dengan kasih sayang antara
suami isteri dan anak-anak.
4. Menyemai semangat tolong-menolong, persaudaraan dan perpaduan
Institusi keluarga juga dapat mewujudkan semangat kekitaan sesama ahli keluarga.
Perkahwinan yang terjalin akan mengeratkan hubungan silaturrahim suami-isteri dan
tanggungjawab bersama. Malah seluruh ahli keluarga yang terdiri daripada anak-
anak mentua kedua-dua belah pihak akan merasai satu persaudaran yang ikhlas
sebagai satu keluarga. Perasaan kesatuan atas dasar kasih sayang dan pertalian
darah akan membentuk perpaduan dalam keluarga.
Indahnya Islam yang mewujudkan institusi ini. Jika dibandingkan dengan institusi
negara Barat, mereka menentang institusi kekeluargaan dengan alasan hak asasi
manusia dan kebebasan. Isteri bebas melakukan apa sahaja. Begitu juga anak
mereka dengan dunia mereka sendiri tanpa kongkongan. Sebab itulah aktiviti seks
bebas melata di bumi mereka. Wanita-wanita bebas tidur bersama sesiapa sahaja
lelaki yang diingininya sehingga tidak diketahui siapa bapa dan ibu kepada anak
yang dilahirkannya.
PERKAHWINAN MENURUT ISLAM
Pembentukan institusi keluarga Islam bertitik tolak daripada perkahwinan.
Perkahwinan merupakan ikatan antara lelaki dan wanita melalui akad nikah dan ijab
kabul. Perkahwinan merupakan satu peristiwa bersejarah yang tidak wajar dilupakan
oleh seseorang yang beriman.
117
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim
(apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa
yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat.
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu)
maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba
perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk
mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman
(Surah al-Nisaa’: 3)
Adalah Nabi s.a.w. memerintah kami berkahwin dan menegah kami daripada
membujang dengan tegahan yang keras. Dan sabda Baginda:
“Kahwinlah kamu dan beranak pinaklah kamu kerana sesungguhnya aku berbangga
kerana banyak bilangan kamu pada hari kiamat kelak.”
(HR. Imam Ahmad)
Islam juga memberi panduan yang jelas bagi seseorang lelaki memilih jodoh. Namun
begitu, Islam lebih mengutamakan perempuan beriman kerana hanya keimanan saja
dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Janganlah wanita itu dikahwini kerana kecantikannya mungkin kecantikannya
menyebabkan dia berperangai buruk. Dan jangan pula kerana kekayaannya kerana
mungkin kekayaannya menyebabkan dia menjadi sombong dan tetapi kahwinlah
wanita itu kerana agamanya. Dia seorang hamba yang hitam kulitnya tapi bersih
agamanya adalah terlebih utama.” (HR. Baihaqi)
118
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Terdapat lima hukum nikah yang perlu diketahui oleh pasangan pengantin.
Berikut adalah hukum-hukum nikah tersebut.
119
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
3.1.1 Menjelaskan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak
Di antara anugerah Allah yang amat berharga kepada kita ialah anak. Anak
merupakan kurnia dan nikmat yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala kepada
kita di mana kita diamanahkan untuk menjaga dan memeliharanya dengan
sebaikbaiknya. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At- Tahriim ayat 6,
tafsirnya :
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari
neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu
dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka
tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada
mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
(Surah At- Tahriim ayat 6)
Dari ayat tersebut, jelas kepada kita bahawa adalah menjadi tanggungjawab para
ibubapa memelihara dan mendidik keluarga khasnya anak-anak supaya menjadi
anak yang salih dan berguna dengan jalan memberikannya pendidikan yang
sempurna.
i. Memberi pendidikan yang sempurna
Pendidikan yang sempurna amat mustahak diberikan kepada anak-anak dan
kerana kepentingannya itulah agama Islam telah menganjurkan umatnya supaya
menerapkan ilmu ugama kepada anak-anak sejak mereka dalam kandungan di
mana ibu-ibu yang mengandung digalakkan untuk membaca ayat-ayat suci Al-
Quran sebagai didikan rohani kepada anak-anak dalam kandungan itu. Setelah
dilahirkan pula, sunat diazankan pada telinga kanan dan diiqamatkan pada telinga
120
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
kiri anakanak tersebut dan sunat juga dibacakan Surah Al Ikhlas pada telinga
anak tersebut supaya kalimah yang mula-mula didengar oleh mereka setelah lahir
ke dunia ini adalah kalimah tauhid. Di samping itu akhlak yang mulia juga
hendaklah disemai ke jiwa anak-anak sedari mereka masih kecil lagi, ikutlah kata-
kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.
Ketahuilah, sesungguhnya jika jiwa anak-anak itu telah dididik dan tersemai
dengan ajaran agama Islam yang kuat, Insya-Allah mereka akan menjadi orang
yang beriman, cinta pada Allah dan Rasul-Nya, menjadi anak yang salih, berbakti
kepada agama, ibu bapa, masyarakat, raja dan negara serta mendapat kejayaan
hidup di dunia dan di akhirat.
ii. Menitikberatkan akhlak mulia
Itulah hasrat setiap ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Oleh itu adalah amat
penting supaya ibu bapa sentiasa mengambil perhatian terhadap anak-anak
mereka tanpa membiarkannya. Jika terdapat tingkah laku dan kelakuan yang
tidak wajar apatah lagi jika bertentangan dengan lunas-lunas agama Islam, maka
perbaiki dan perbetulkanlah dari awal-awal dan jangan menunggu sehingga
masalah itu menjadi besar dan berat serta sukar untuk ditangani.
iii. Taat kepada perintah allah dan Rasul.
Oleh itu jika ibu bapa mendapati anak-anak mereka leka dan lalai dalam mentaati
perintah Allah seperti tidak bersembahyang, tidak menutup aurat, tidak
menghormati orang tua dan sebagainya atau anak-anak itu membuat perkara
yang dilarang oleh agama seperti apa yang kita lihat pada masa kini yang mana
terdapat sebilangan remaja dan belia yang mewarnakan rambut mereka, terlibat
dengan perhubungan sosial yang terlalu bebas, berpakaian yang mendedahkan
aurat mereka, terlibat dengan gejala dadah dan sebagainya, maka ibu bapa
adalah bertanggungjawab dan tidak sepatutnya membiarkannya sebaliknya wajib
menegurnya, melarang, mencegah, menasihati dan mendidik anak-anak mereka.
Islam telah mengajarkan kita bahawa tanggungjawab menegur sebenarnya bukan
hanya tehad kepada ibu bapa, tetapi juga kepada keluarga, guru, jiran, sahabat
121
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
dan saudara seagama, yang sama-sama bertanggungjawab untuk menegur
mana-mana perbuatan yang tidak elok dan tidak baik. Perkara amar makruf nahi
mungkar adalah merupakan kewajipan seluruh umat Islam yang sepatutnya
diamalkan.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah mengingatkan dalam hadis Baginda
yang bermaksud :
"Dari Abi Said Al-Khudri Radiallahuanhu katanya :
Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Barangsiapa di
antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya
dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia
mengubahnya dengan lidahnya, jika sekiranya ia tiada juga berkuasa maka
hendaklah ia (mengubahnya dengan hatinya) yang demikian itu (mengubah
dengan hatinya) adalah selemah-lemah iman".
(Riwayat Al-Imam Muslim).
iv. Menjadi role-model kepada anak-anak.
Dalam usaha ibu bapa untuk mencapai kejayaan dalam mendidik anak-anak
supaya mereka taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya, ibu bapalah yang
seharusnya terlebih dahulu menjadi pelopor dan contoh kepada mereka kerana
merekalah 'role model' kepada anak-anak mereka. Jika ibu bapa baik, insya-Allah
anak-anak mereka juga akan mengikut jejak langkah mereka yang baik itu dan
jika ibu bapa melakukan perkara yang salah, maka anak mereka juga
berkemungkinan akan melakukan sama perkara yang salah itu kerana mereka
sudah terbiasa melihat perbuatan tersebut, jangan ikut perumpamaan seperti
'ketam mengajar anaknya berjalan betul' sedangkan ketam itu sendiri berjalan
tidak lurus.
v. Memenuhi tanggungjawab dan menyediakan keperluan secukupnya.
Pada hakikatnya ibu bapa sememangnya amat sayang kepada anak-anak
mereka, maka kerana itulah mereka berusaha memenuhi tanggungjawab dengan
122
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
menyediakan segala keperluan anak-anak seperti memberi pendidikan, kasih
sayang dan keperluan harian yang secukupnya serta sentiasa memberikan
nasihat dan teguran yang berguna. Jangan biarkan mereka bergaul tanpa
perhatian kerana adalah tidak mustahil berkemungkinan mereka akan mudah
terpengaruh untuk berbuat salah misalnya melanggar peraturan sekolah seperti
merokok, ponteng sekolah, terlibat dalam perkelahian dan sebagainya. Bahkan,
lebih buruk lagi jika mereka melakukan perkara yang melanggar perintah Allah
Subhanahu Wataala seperti mencuri, berjudi, memakan dadah dan sebagainya.
vi. Prihatin dan mengambil berat terhadap anak-anak
Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita hendaklah sentiasa prihatin dan mengambil berat
terhadap anak-anak, baik dari segi emosi, mental mahupun fizikal. Kita hendaklah
berusaha membawa anak-anak dan keluarga kita mendekatkan diri kepada Allah
Subhanahu Wataala seperti mengajak mereka mengerjakan sembahyang
berjemaah, membaca Al-Quran bersama-sama baik di rumah mahupun di masjid.
Jika amalan sedemikian dapat dilaksanakan, insya-Allah nikmat kebahagiaan
akan dapat dinikmati dan dikecapi. Ibu bapa perlulah sentiasa berdoa supaya
anak, suami/isteri serta ahli keluarga sentiasa mendapat rahmat dari Allah
Subhanahu Wataala dan selamat di dunia dan di akhirat.
Allah ta^ala berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari
neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu
dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka
tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada
mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan
[Surah al-Tahrim, ayat 6].
123
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Al-Imam Abu`l-Hasan ^Ali ibn Ahmad al-Wahidi dalam kitabnya al-Wajiz fi Tafsiri`l-
Qur'ani`l-^Aziz mentafsirkan: "Wahai orang-orang yang beriman! Berilah
peringatan buat diri kamu sendiri dan ahli keluarga kamu tentang perkara yang
boleh mendekatkan diri kepada rahmat Allah dan jauhilah diri kamu dan ahli
keluargamu dari perkara dosa".
Al-Shaykh Muhammad Nawawi al-Bantani dalam kitab tafsirnya al-Tafsiru`l-
Munir mentafsirkan: "Wahai orang-orang beriman! Ajarkanlah diri kamu sendiri,
isteri kamu, anak-anak kamu tentang kebaikan dan didiklah dengan cara
menyuruh mereka melakukan kebaikan dan mencegah mereka dari melakukan
kejahatan. Dengan itu, kamu akan memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari
neraka".
Al-Hafiz ^Abdu`Llah al-Harari al-Habashi dalam kitabnya al-Siratu`l-
Mustaqim berkata: "Pentafsiran ayat ini ialah bahawa Allah memerintahkan orang-
orang yang beriman agar memelihara diri mereka sendiri dan ahli keluarga
mereka dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu dengan cara
mempelajari perkara agama dan mengajarkannya kepada keluarga mereka; iaitu
mempelajari dan mengajar pengetahuan tentang perkara yang telah difardukan
oleh Allah untuk melakukan segala yang wajib dan meninggalkan segala yang
haram. Ini supaya tidak terjerumus kepada akidah sesat dan kufur seperti
pegangan tashbih dan tamthil (menyamakan Allah dengan makhluk). Ini kerana
orang yang menyamakan Allah dengan sesuatu yang lain adalah ibadahnya tidak
sah. Dia sebenarnya menyembah sesuatu yang dikhayalkan. Al-Imam al-Ghazali
berkata: "Ibadah itu tidak sah melainkan selepas mengenali Allah yang
disembah".
Al-Hafiz ^Abdu`Llah al-Harari berkata dalam kitabnya Bughyatu`t-Talib berkenaan
maksud ayat di atas: "Jika dia seorang yang alim maka wajib ke atasnya
mengajar keluarganya atau membenarkan mereka belajar dengan seseorang
yang boleh mengajar. Ketika itu dia diharamkan untuk menghalang keluarganya
dari keluar kerana belajar. Hatta isteri pun tidak boleh dihalang oleh suaminya dari
keluar untuk belajar sekiranya suaminya bukanlah orang alim tentang perkara
tersebut atau suaminya seorang yang alim tentang perkara itu tetapi dia
124
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
mencuaikan tanggungjawab mengajar dan tidak pula membawa orang yang boleh
mengajar isterinya"….."Barangsiapa yang mempelajari ilmu agama yang bersifat
daruri (fardu ain) dan mengajar keluarganya maka sebenarnya dia telah
memelihara dirinya dan keluarganya dari neraka Jahanam. Barangsiapa yang
tidak berbuat demikian maka sebenarnya sedang menghancurkan dirinya dan
keluarganya".
Pengajaran ayat:
Memelihara diri dan ahli keluarga dari azab neraka adalah wajib.
Menuntut ilmu agama yang bersifat daruri adalah wajib ke atas setiap
muslim.
Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan anaknya ialah mengajar
ilmu agama terutama dan pertamanya ilmu akidah.
Suami yang mengajar agama kepada isteri dan anaknya adalah suami
yang penyayang.
Suasana pengajaran dan pembelajaran ilmu agama dalam rumahtangga
akan mengerat dan memurnikan ikatan kasih sayang kekeluargaan.
Perbuatan menghalang seseorang dari menuntut ilmu adalah perbuatan
yang tercela.
Perbuatan membiarkan keluarga dalam kejahilan membawa penderaan
yang sangat dahsyat di dalam neraka.
Jalan mudah untuk ke syurga ialah jalan menuntut ilmu agama.
3.1.2 Menjelaskan tanggungjawab anak terhadap keluarga dan ibu bapa yang
telah berusia
Kewajipan menjaga dan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah kewajipan
dan tanggungjawab anak-anak. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyentuh
berkenaan kewajipan anak-anak kepada ibubapa serta adab-adab yang mesti dijaga
ketika bersama mereka.
125
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israr ayat 23:
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan
kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur
tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada
mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah
engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka
perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Firman Allah dalam Surah Al-Israa’ ayat 24:
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan
kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku!
Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan
kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
Syeikh al-Maraghi berkata, Allah SWT benar-benar mewasiatkan tentang
tanggungjawab terhadap kedua-dua ibubapa secara serius, sehingga sesiapa
sahaja yang derhaka terhadap mereka akan meremang bulu romanya serta ngeri
mendengarnya. Ini disebabkan wasiat itu dimuliakan oleh Allah SWT dengan
perintah supaya manusia bertauhid dan beribadah kepada-Nya. Kemudian
kewajipan tersebut digenapkan dengan kewajipan supaya berbuat baik kepada
kedua-dua ibubapa. [Lihat: Tafsir al-Maraghi, 8/3932]
126
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Tambahan pula, seseorang yang sempat bersama atau berbakti kepada kedua
ibubapanya merupakan orang yang sangat bertuah dan beruntung. Ini kerana, Nabi
SAW pernah menyatakan orang yang hina adalah orang yang sempat bersama
ibubapanya tetapi kesempatan yang ada itu tidak membolehkan dia untuk
dimasukkan ke dalam syurga.
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau
maksudkan) wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang
mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun
tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.” [Riwayat Muslim (2551)]
Tanggungjawab tersebut boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
1) Semasa kedua ibubapa masih hidup
Berlaku baik kepada mereka dan tidak meninggikan suara di hadapan
mereka. Ini berdasarkan firman Allah SWT sebagaimana yang telah
dinyatakan di atas:
Surah al-Isra’:23
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya kamu tidak menyembah
melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu
bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai
kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata
kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan
janganlah kamu menengking (menyergah) mereka, tetapi katakanlah kepada
mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”
Membantu mereka dari sudut kemampuan setakat yang mampu. Hal ini
berdasarkan sabda Nabi SAW:
Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik apa yang dimakan oleh seseorang adalah
berasal daripada usahanya dan sesungguhnya anak seseorang adalah berasal
daripada usahanya.” [Riwayat al-Nasa’ie (4449)]
127
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Di dalam hadith yang lain pula, Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Apabila Allah SWT memberikan seseorang kebaikan (kelebihan dari
sudut harta) maka mulakanlah dengan dirinya dan juga ahli keluarganya.”
[Riwayat Muslim (1822)]
Imam Ibn al-Munzir telah menyatakan bahawa telah berlaku ijma’ di atas kewajipan
diambil sebahagian daripada harta atau pendapatan anak untuk dinafkahkan kepada
ibubapa yang tidak mempunyai pendapatan atau harta.
[Lihat: al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 74/41]
Taat kepada mereka dan tidak sesekali menderhakai mereka. Adapun berkaitan
perintah taat dan tidak sesekali menderhakai ibubapa boleh dilihat pada firman
Allah SWT di dalam surah al-Isra’ di atas.
Sentiasa berdoa kepada mereka. Perkara ini juga jelas berdasarkan sebuah
hadith yang sahih daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Apabila matinya seseorang insan itu, maka akan terputuslah segala
amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak
yang soleh sentiasa mendoakan kedua ibubapanya.” [Riwayat Muslim (1631)]
2) Selepas kematian kedua ibubapa
Tunaikan hutang-hutang yang wajib iaitu hutang dengan Allah SWT seperti
puasa, haji, nazar dan sebagainya. Di antara dalilnya adalah, daripada Ibn Abbas
R.anhuma:
Maksudnya: Telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki, lalu berkata: Wahai
Rasulullah! Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan ke atasnya puasa
Ramadhan (meninggalkan puasa). Adakah aku perlu qadha’ puasa bagi pihaknya?
Rasulullah SAW bersabda: “Ya, kerana hutang dengan Allah lebih berhak untuk
tunaikan.” [Riwayat al-Bukhari (1953)]
128
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Langsaikan hutang-hutang ibubapa yang telah pergi kepada manusia setakat
yang mampu.
Sentiasa berdoa kepada mereka. Ini kerana, doa seorang anak yang soleh
kepada ibubapanya yang telah pergi merupakan amalan yang tidak terputus
berdasarkan kepada hadith yang kami nyatakan di atas. Tambahan pula, al-
Quran menuntut agar seorang anak itu sentiasa mendoakan kerahmatan dan
keampunan buat kedua ibubapanya melalui firman Allah SWT dalam Surah al-
Israa’ ayat 24 yang telah dihuraikan dalam perbincangan di atas;
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu merendahkan diri kepada keduanya kerana
belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata):
“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka
telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
Menziarahi sahabat-sahabat kepada kedua ibubapa. Agama kita amat
menganjurkan setiap umatnya untuk menyambung pertalian silaturrahim dengan
sesiapa sahaja dan bukan sahaja sesama ahli keluarga sahaja. Ini berdasarkan
kepada umum nas, daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan
usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.”
[Riwayat al-Bukhari (5986)]
1. Bersedekah untuk mereka walaupun selepas ketiadaan mereka. Hal ini juga ada
dinyatakan di dalam sebuah hadith. Daripada Ibn Abbas RA bahawa Sa’ad
pernah bertanya Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan belum sempat dia
berwasiat. Maka bolehkah aku bersedekah untuknya? Baginda SAW menjawab:
Ya.” [Riwayat al-Nasa’ie (3654)]
Tunaikan dan penuhi wasiat-wasiat ibubapa yang telah pergi dengan baik.
129
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Penutup
Kesimpulannya, ibubapa merupakan anugerah yang istimewa buat setiap insan.
Justeru itu, menjadi kewajipan setiap anak untuk menjaga kedua ibubapa mereka
dan memberi khidmat yang terbaik. Ini kerana, dosa orang yang menderhakai kedua
ibubapa akan dipercepatkan balasan oleh Allah SWT di dunia lagi. Rasulullah SAW
pernah bersabda:
Maksudnya: “Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut
kehendak-Nya sehingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibubapa. Maka
sesungguhnya Allah akan menghukumkan kepada pelakunya semasa hidup
sebelum kematian lagi.” [Riwayat al-Hakim (7263)]
Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak yang soleh dan solehah
serta anak-anak yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya sama ada
semasa hayat mereka atau selepas ketiadaan mereka.
3.1.3 MENJELASKAN KONSEP KEJIRANAN DALAM ISLAM
KONSEP KEJIRANAN
Jiran adalah mereka yang tinggal bersama kita dalam satu penempatan. Jiran
adalah lambang kepada kehidupan bermasyarakat manusia yang saling melengkapi
antara satu sama lain. Kitab al-Quran dan al-Sunnah (hadis) menganjurkan kita
menunaikan hak- hak jiran dan berbuat baik sesama jiran.
Jiran mencakupi semua orang Muslim dan bukan Islam, orang taat beribadah dan
orang fasik, teman atau musuh, orang asing dan pribumi, orang baik dan orang
jahat, saudara dan bukan saudara, yang paling berdekatan rumahnya dan yang
berjauhan. Samada yang tinggal di atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang
yang mencapai 40 buah rumah (Ibnu Hajar Al- Asqalani, 2010, Imam Al-Ghazali,
2009).
130
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Hadis Rasulullah S.A.W dari Abu Daud yang bermaksud:
“Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”
(Riwayat Abu Daud)
Kejiranan bererti suasana atau perhubungan yang positif dalam sesebuah
kawasan, saling melindungi dan bantu-membantu antara satu dengan yang lain.
Jiran adalah mereka yang duduk dalam penempatan yang sama dengan
penempatan kita. Islam amat memelihara hak sesama manusia serta memandu
manusia untuk mencapai keharmonian dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Islam turut memasukkan aspek-aspek penting yang memandu hubungan kejiranan
supaya manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan selesa serta mendapat
kebahagiaan dalam kehidupan.
KATEGORI JIRAN
Firman Allah Taala :
Sembahlah Allah dan janganlah kamu mensekutukannya dengan
sesuatupun dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, sanak
saudara, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran dekat dan jiran
jauh.
(Surah an-Nisa : 36)
Allah s.w.t menggabungkan antara perintah beribadah kepada-Nya dan perintah
berbuat baik pada makhluk-Nya. Oleh sebab itu diperintahkan untuk berbuat baik
kepada jiran, baik muslim ataupun kafir, saudara dekat ataupun jauh,
bersebelahan ataupun berjauhan. Namun demikian, jiran yang masih ada
hubungan saudara, haknya lebih jelas daripada jiran yang bukan saudara, hak
jiran yang muslim lebih agung daripada jiran yang kafir dan yang bersebelahan
haknya didahulukan daripada jiran yang jauh. (Fauzan., 2011).
131
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Dapat disimpulkan bahawa jiran mempunyai tiga tingkatan:
i. Jiran yang memiliki tiga hak, iaitu jiran yang muslim yang dekat. Mereka ini
memiliki hak berjiran, hak islam dan hak saudara.
ii. Jiran yang memiliki dua hak, iaitu jiran yang muslim, iaitu jiran yang memiliki
hak berjiran dan hak islam.
iii. Jiran yang memiliki satu hak, iaitu jiran yang kafir. Mereka memiliki hak
berjiran sahaja.
Allah s.w.t berfirman:
Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang
beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau
perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka
sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan
berbuat dosa yang amat nyata
(Al-Ahzab: 58)
ANJURAN BERBUAT BAIK KEPADA JIRAN.
Banyak ayat al-Quran dan Hadis yang menyeru kepada berbuat baik sesama
manusia terutama jiran. Berikut disenaraikan ayat al-Quran dan Hadis berkaitan
anjuran berbuat baik kepada jiran.
Firman Allah s.w.t :
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia
dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa,
132
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga
yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir
yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka
kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;
An- Nisa’(4):36
Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya:
“Tidak akan masuk syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari
kejahatannya”. (Hadith Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya:
“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka dia tidak
boleh menyakiti/menyusahkan tetangganya dan siapa yang beriman
kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan
tetamunya, dan siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir,
maka hendaklah dia berkata baik atau diam sahaja”.
(Hadith Riwayat Muslim)
Dapatlah disimpulkan bahawa, Islam sangat menganjurkan berbuat baik sesama
jiran. Al-Quran dan al-Sunnah mengajar manusia untuk saling melengkapi antara
satu sama lain. Ini adalah ciri utama ajaran Islam yang syumul (menyeluruh) dan
kaffah(lengkap) mencakupi setiap aspek kehidupan.
Dengan itu, setiap individu perlu memelihara hak-hak jiran demi memenuhi
tuntutan agama, selain menjaga hubungan silaturahim dan ketenteraman sejagat.
133
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Adab berjiran menurut Islam antaranya ialah:
1. Tidak Menyakiti Jiran
Sebagai jiran, seseorang itu mestilah menjauhi segala perbuatan yang tidak
disenangi oleh jiran tetangganya. Perbuatan tersebut seperti mencuri, membuat
bising, memfitnah, membuang sampah berdekatan dengan rumah jiran sehingga
menimbulkan bau busuk. Sabda Rasulullah SAW;
“Tidaklah masuk syurga orang yang tetangganya tidak aman kerana
gangguannya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dengan itu, sangatlah rugi bagi golongan yang beriman kepada Allah tetapi
bersikap buruk terhadap jirannya. Jadi, berlemah-lembutlah terhadap jiran, jangan
meninggikan suara, menegur jiran-jiran dengan ucapan salam dan senyuman,
sentiasa bersangka baik, menerima teguran jiran atas kesilapan sendiri dan lain-
lain hal yang menjaga ketenteraman kejiranan.
2. Menjaga dan Mengambil-berat Terhadap Jiran
Lebih bertanggungjawab jika seseorang itu menjaga kepentingan jiran-jirannya
dengan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran dan perhatian. Bermula dari amalan
ni akan melahirkan masyarakat yang berkasih-sayang.
Rasulullah SAW mengingatkan umatnya agar sentiasa mengambil-berat sesama
saudara seislamnya.
“Barang siapa yang menolong saudaranya yang lain maka Allah akan menuliskan
baginya tujuh kebaikan bagi setiap langkah yang dilakukannya.”
(Hadis Riwayat Thabrani)
Jika terdapat jiran yang sakit atau ditimpa ujian, ziarahlah mereka dan hulurkanlah
bantuan mengikut kemampuan. Selain itu, selalu bertanya khabar akan kesihatan
jiran-jiran.
134
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Oleh itu, sedikit sebanyak, seseorang itu perlu mengetahui akan pekerjaan dan
cara kehidupan jiran-jirannya. Ini bukanlah untuk ‘menjaga tepi kain orang’ tetapi
sebagai seorang ahli masyarakat yang bertanggungjawab dan benar-benar
mengenali jirannya.
3. Berbuat Baik Dan Memelihara Keamanan Dengan Jiran
Melakukan kebaikan terhadap jiran termasuklah dengan memberi buah tangan atau
bertukar pemberian, sehinggalah kepada ucapan takziah atau tahniah atas apa-apa
berita berkaitan.
Lakukanlah perkara dan usaha selagi tidak melanggar akidah dalam berbuat baik
kepada jiran tetangga. Jika setiap jiran berusaha untuk menjaga hati jiran masing-
masing, pasti kawasan kejiranan tersebut sentiasa aman dan tenang menjalani
kehidupan seharian.
Sesungguhnya sesiapa yang mengembirakan jirannya akan digembirakan pula
oleh Allah SWT.
“Barang siapa memberikan kegembiraan kepada seorang mukmin, maka
Allah akan memberikan kegembiraan kepadanya pada hari kiamat.”
(Hadis Riwayat Ibnu Mubarak)
Oleh itu, Muslim yang menyedari serta memahami hukum-hukum agama, pasti
orang yang paling baik dalam menjaga hubungannya dengan jiran-jirannya. Bahkan
akan sentiasa menghormati dan menimbulkan ihsan apabila berinterasi.
4. Memuliakan Jiran
Nabi Muhammad SAW mengingatkan umatnya agar memulia dan menghormati
jiran seperti melayan kaum keluarga sendiri. Sabda Baginda;
“Jibril sentiasa mewasiatkan kepadaku supaya berbuat baik kepada jiran
sehinggalah aku merasakan jiran itu kerabatku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
135
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Perbuatan memuliakan jiran ini termasuklah mengurus dan mengiringi jiran yang
meninggal dunia sehingga ke tanah perkuburan.
Islam adalah agama yang sangat menitikberatkan hubungan silaturahim dan
pertalian sesama manusia, selain menuntut umatnya bercampur gaul dan
bermasyarakat. Dengan itu, menghormati jiran adalah penting demi kebaikan dan
persaudaraan.
Ini termasuklah jiran yang bukan beragama Islam; sebagai cabang dakwah bahawa
Islam adalah agama yang menganjurkan kemesraan dan tidak gemarkan
perpecahan.
Sesungguhnya umat Islam yang menyedari dan memahami hukum-hukum agama
adalah yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya.
3.1.4 MENJELASKAN KONSEP MASYARAKAT MAJMUK MENURUT
PANDANGAN ISLAM.
ISLAM DAN MASYARAKAT MAJMUK
DEFINISI MASYARAKAT
Masyarakat sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat
dengan aturan dan cara tertentu. Masyarakat juga merujuk kepada golongan
manusia yang tinggal di kota dan terdiri daripada beberapa bangsa, kumpulan etnik
atau suku dan sebagainya. Bermasyarakat pula merupakan kesatuan dan
kesepaduan sesebuah masyarakat yang menggabungkan diri untuk hidup bersama
dalam sebuah unit sosial. Jika diamati fitrah makhluk oleh Allah SWT, diciptakan
manusia dengan pelbagai keistimewaan, rupa, warna kulit dan juga bahasa.
136
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Justeru apakah kepentingan masyarakat kepada manusia? Bagi menjawab
persoalan tersebut terdapat beberapa konsep masyarakat yang digariskan untuk
memenuhi fitrah semula jadi penciptaan Allah SWT terhadap manusia, iaitu :-
i. Masyarakat penting kepada manusia bagi meneruskan kehidupan.
ii. Manusia perlu memahami budaya masyarakat sendiri dan masyarakat lain.
iii. Memupuk kerjasama sesama masyarakat melalui kelebihan dan kekurangan
masing- masing.
Maka jelaslah kepentingan masyarakat terhadap kehidupan manusia yang selari
dengan fitrah penciptaan Allah SWT terhadap makhluknya. Bagi memahami lebih
jelas tentang konsep masyarakat, terdapat beberapa ciri-ciri utama bagi masyarakat,
iaitu: berkelompok, berbudaya, berinteraksi, mempunyai kepimpinan serta
mempunyai aturan sosial.
MASYARAKAT MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Masyarakat Islam umumnya tertegak atas aqidah dan pemikiran tertentu yang
melahirkan sistem kehidupan yang keseluruhannya berprinsipkan agama Islam yang
sempurna, iaitu berpandukan al-Quran, al-Hadis dan para ulamak. Sistem yang
menyeluruh ini meliputi politik Islam, ekonomi, akhlak, pendidikan, kebudayaan,
hiburan, dan sebagainya. Namun begitu, kesemua sistem hidup ini perlulah
bermatlamatkan ke arah penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah SWT.
Syed Qutb (1984) dalam penulisannya menggariskan bahawa penyerahan diri
sepenuhnya kepada Allah adalah pengabdian yang tidak kepada sesama hamba
Allah, malah berusaha memandu manusia supaya patuh kepada Allah SWT dalam
urusan peraturan hidup dan pemerintahan serta nilai-nilai dan kebudayaan.
Umumnya inilah tujuan pengutusan Nabi Muhammad SAW, iaitu untuk mengubah
system dan cara hidup masyarakat jahiliyyah di Makkah, firman Allah SWT :
“Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk
menjadi rahmat bagi sekalian alam” (al-Anbiya, 21: 107).
137
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Demikianlah, sebab dan munasabab pengutusan Nabi Muhammad SAW
sebagaimana pengutusan Rasul sebagai baginda, iaitu bertujuan membawa
manusia patuh kepada kekuasaan dan pemerintahan Allah. Sebagai makhluk
ciptaan Allah SWT, manusia juga tidak terkecuali daripada peraturan ini, iaitu
dengan cara tunduk dan patuh kepada peraturan Allah SWT dan bukan kepada
peraturan manusia. Ini kerana kewujudan, keperluan, hidup, mati, sihat dan juga
sakit manusia kesemuanya berdasarkan kehendak Allah. Justeru itu, masyarakat
manusia perlu kembali kepada ajaran agama islam dalam segenap hal yang
bersangkutan dengan urusan kehidupan mereka dan hendaklah menjadikan syariat
Allah SWT sebagai panduan utama.
Penyerahan dan kepatuhan ini berasaskan dua ucapan penyaksian, la illaha illaallah
yang bermaksud tiada Tuhan selain Allah. Pengakuan terhadap Allah SWT ini
adalah pengakuan bahawa Allah SWT sebagai Tuhan yang Maha Kuasa dan
berkuasa mutlak atas pemerintahan-Nya. Masyarakat manusia perlulah merujuk
kepada sumber yang menyampaikan agama islam, iaitu Rasulullah SAW. Maka,
kepatuhan kepada Allah SWT ini adalah melalui pengutusan Baginda yang bertujuan
untuk memperbaiki cara hidup masyarakat jahiliyyah dan masyarakat manusia
menerusi saluran ibadat seterusnya membawa kepada aspek lain seperti akhlak,
sistem politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.
Bagi mengukuhkan sistem hidup berprinsipkan Islam ini, masyarakat manusia
umumnya memerlukan kepada organisasi yang mantap dalam menerajui kehidupan
sebagaimana yang digariskan oleh Allah SWT. Organisasi ini perlulah terpisah dan
berbeza dengan unsur-unsur amalan yang dilaksanakan oleh masyarakat jahiliyyah.
Justeru itu, pelantikan pemimpin yang berpegang teguh kepada Islam amat penting
bagi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat Islam keseluruhannya. Kesemua
pemimpin perlulah meneladani sifat kepemimpinan Nabi Muhammad SAW dan para
sahabat bagi memperkasakan institusi masyarakat yang berteraskan kepada Islam
sebagai cara hidup dalam segenap aspek. Ringkasnya, Islam bukanlah teori
kehidupan semata-mata, akan tetapi setiap individu masyarakat perlulah
mengaplikasikannya seharian bagi menghasilkan sistem hidup yang aman selari
dengan kehendak Allah SWT.
138
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Hasil daripada penghayatan tersebut, pembinaan organisasi bagi ummat Islam tidak
hanya tertumpu kepada ciri atau aspek luaran seperti perkauman, negeri, warna
kulit, bahasa, daerah dan sempadan semata, akan tetapi akan melahirkan
masyarakat Islam yang terbuka untuk semua bangsa, semua golongan, warna kulit,
bahasa dan lain-lain perbezaan antara satu wilayah dengan wilayah lain. Kesemua
perbezaan ini tidak menjadi penghalang ke arah membina masyarakat Islam yang
unggul seterusnya membawa kepada pembinaan tamadun Islam yang gah
sebagaimana wujudnya tamadun Islam semasa zaman Rasulullah dan para
sahabat.
Jelasnya masyarakat Islam ialah mereka yang berkumpul berdasarkan hubungan
persamaan, hubungan kasih sayang, persaudaraan dengan melihat jauh ke
hadapan, iaitu untuk mencapai satu matlamat sahaja. Masyarakat Islam memberi
apa sahaja yang dapat diberikan tanpa menghilangkan ciri-ciri kebangsaan masing-
masing. Mereka ini memberi sumbangan tenaga dan pengalaman peribadi untuk
membina masyarakat yang satu berdasarkan persamaan hak, disatupadukan
dengan tali Allah yang menonjolkan kemanusiaan mereka (Syed Qutb, 1984).
Masyarakat Islam tertegak atas landasan aqidah yang satu iaitu berbalik kepada
Pencipta Sekalian Alam, Allah SWT. Masyarakat Islam umumnya sentiasa bergerak
bersama dalam segenap aspek kehidupan sama ada politik, ekonomi, perundangan,
pendidikan dan lain-lain. Kesemua aspek kehidupan ini dilalui atas dasar
persaudaraan sesama Islam.
MASYARAKAT MENURUT PERSPEKTIF BARAT
Masyarakat menurut perspektif barat berbeza berbanding masyarakat yang
digariskan dalam Islam. Masyarakat Barat tidak terbina atas dasar persaudaraan
atau tali kemanusiaan, tidak juga dibina berdasarkan sesuatu nilai yang tinggi
berbentuk aqidah. Ini kerana masyarakat barat dibahagikan mengikut beberapa
perkumpulan berdasarkan perbezaan darjat dan kelas, iaitu kelas bangsawan dan
kelas hamba abdi. Sebagai contoh masyarakat manusia yang masyhur dalam
sejarah ialah masyarakat Empayar Romawi yang mengumpulkan pelbagai jenis
manusia daripada pelbagai bangsa dan warna kulit serta bahasa pertuturan. Seluruh
kawasan takluk empayar tersebut, pembahagian kelas juga wujud berdasarkan
139
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
kesucian dan keagungan darah Romawi di satu pihak sementara satu pihak lain
ialah kehinaan darah bukan Romawi.
Pembahagian sebeginilah yang tidak dapat menandingi keunggulan dan kejayaan
yang dicapai oleh tamadun Islam.
Selepas Empayar Romawi runtuh, antara masyarakat yang terbina sebagaimana
model empayar tersebut adalah Empayar Inggeris. Pembinaan empayar ini tidak
ubah seperti Empayar Romawi yang bertujuan memeras dan menindas, tertegak
atas ketuanan bangsa Inggeris, memeras serta menindas masyarakat bawah
taklukannya. Begitu juga empayar Eropah lain seperti Sepanyol, Perancis dan
Portugis. Kesemua empayar ini melaksanakan sistem cara hidup yang sama taraf
dan nilainya berdasarkan pemerasan, penindasan dan kezaliman.
Sebagaimana Empayar Romawi, masyarakat Komunisme turut mendirikan
perkumpulan dan masyarakat manusia bermodel seumpamanya, akan tetapi
melangkau kepada unsur-unsur kebangsaan dan warna kulit, tanahair dan bangsa
yang sedikit berbeza tanpa berteraskan kemanusiaan berlandaskan pertentangan
kelas. Walaubagaimanapun masyarakat ciptaan Komunisme ini merupakan
masyarakat yang setanding dengan masyarakat ciptaan Romawi berdasarkan ciri-
ciri yang satu, iaitu berdasarkan taraf kaum bangsawan dan hamba. (Syed Qutb
1984).
Jelasnya masyarakat menurut perspektif Barat adalah kelompok manusia yang
dikategorikan mengikut kelas-kelas tertentu seperti golongan atasan dan bahawan,
bahkan turut mendiskriminasi antara satu sama lain berdasarkan ciri-ciri perkauman
seperti warna kulit, bahasa dan wilayah.
1. Konsep dan falsafah
Masyarakat majmuk terdiri daripada masyarakat yang berbilang bangsa, bahasa,
kebudayaan dan agama. Negara Islam yang pertama disusun oleh Nabi Muhammad
s.a.w. di Madinah terdiri daripada masyarakat majmuk. Tegasnya, komponen utama
masyarakat majmuk dalam negara Islam terdiri daripada orang Islam dan orang
bukan Islam.
140
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Kewujudan masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-ciri yang pelbagai bukanlah
sesuatu yang asing bagi Islam. Malah, Allah s.w.t. telah menciptakan kepelbagaian
manusia yang wujud di muka bumi ini seperti firman-Nya yang bermaksud:
Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu daripada
lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-
bangsa dan berbeza puak (etnik) supaya kamu saling
mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu
ialah yang paling bertakwa.
(Surah Al-Hujurat: 13)
Maksud ayat di atas jelas menggambarkan pengiktirafan al-Qur’an terhadap
kewujudan masyarakat majmuk. Ini boleh menambahkan kepelbagaian dan rencam
hidup manusia supaya lebih menarik dan indah. Dengan kepelbagaian yang ada,
manusia boleh kenal-mengenal dan menambahkan pengetahuan masing-masing.
Bagaimanapun Islam memberi amaran bahawa kepelbagaian tidak seharusnya
menjadi asas kepada perbezaan layanan keadilan dan taraf kedudukan. Menurut
Islam, semua manusia walau apa jua bangsa atau warna kulit adalah sama. Satu
perkara yang membezakan kedudukan mereka di sisi Allah ialah tahap ketakwaaan.
2. Peranan, hak dan tanggungjawab
Islam mempunyai pendekatan yang tersendiri dalam mengendalikan masyarakat
majmuk. Hak dan tanggungjawab masyarakat majmuk telah digariskan dalam
Piagam Madinah iaitu perlembagaan bertulis yang pertama di dunia yang telah
disusun oleh Nabi Muhammad s.a.w. berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah. Antara
hak dan tanggungjawab yang tertera dalam Piagam Madinah adalah seperti berikut:
a. Semua masyarakat adalah satu ummah yang bertanggungjawab menjaga
kedaulatan negara.
141
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
b. Warganegara Islam dan warganegara bukan Islam bertanggungjawab
mempertahankan keselamatan negara daripada serangan musuh atau
penceroboh.
c. Setiap warganegara bebas bergerak dan menetap di Madinah.
d. Setiap warganegara bebas bergiat, memiliki harta dan menuntut ilmu.
e. Masyarakat wajib saling menolong atas kebaikan bersama.
f. Masyarakat tidak boleh membantu musuh atau sekutu untuk melakukan
kemungkaran.
g. Setiap warganegara yang dizalimi mesti dibantu dan berhak mendapat
pembelaan.
h. Kebebasan mengamalkan ajaran agama tanpa paksaan.
i. Semua masyarakat mesti mengamalkan nilai yang baik.
Hak dan tanggungjawab yang dinyatakan di atas adalah beberapa prinsip penting
yang digariskan dalam Perlembagaan Madinah yang tediri daripada 47 Fasal (telah
dijelaskan dalam Unit 2). Masyarakat majmuk yang dibentuk di Madinah telah
berjaya menjamin keadilan dan hak semua warganegara. Islam telah diterima
hampir sepertiga dunia; dari Madinah, Eropah, Afrika, Asia dan negara-negara lain
kerana sifat kepelbagaian yang ada dalam masyarakatnya.
Namun begitu, masyarakat beragama Islam wajib tunduk kepada semua peruntukan
hukum Islam. Kewajipan ini ditentukan oleh dua faktor:
1. Kewajipan terhadap Allah s.w.t. apabila seseorang itu mengumumkan Islam
sebagai agamanya (tanggungjawab akidah atau agama).
2. Tanggungjawab kepada pemerintah yang mengambil sistem perundangan
Islam sebagai dasar pemerintahan negara (tanggungjawab politik).
Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang mempunyai kepelbagaian
adat resam dan budaya. Pada masa yang sama, masyarakat negara ini turut
142
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
mengamalkan beberapa anutan agama yang berbeza di antara satu sama lain.
Kepelbagaian ini menuntut suatu toleransi yang tinggi di antara semua kaum bagi
membolehkan mereka hidup aman damai serta saling bekerjasama. Kefahaman
terhadap setiap agama, etnik dan budaya akan menjadi pemangkin ke arah
pembinaan sebuah negara yang harmoni dan makmur. Justeru, konsep-konsep
asas dalam hubungan antara kaum dan agama perlu dihayati dengan sebaiknya
dalam sebuah masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia .
Di Malaysia, umat Islam perlu patuh kepada dua bidang perundangan iaitu bidang
perundangan am (sivil) yang sama bagi semua rakyat Malaysia dan bidang
perundangan diri (syariah) iaitu undang-undang kekeluargaan dan hukum-hakam
syarak yang khusus kepada orang Islam sahaja. Dalam bidang perundangan diri
(syariah), orang bukan Islam di Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus
yang mengikat mereka. Mereka hanya mengikut adat resam dan norma-norma
tradisi yang diwarisi oleh nenek moyang mereka.
KONSEP DAN FALSAFAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT
Masyarakat dalam konteks Islam ialah gabungan manusia yang diwujudkan atas
ikatan syariah rabbani yang bermatlamatkan kehidupan yang sejahtera serta aman
damai. Masyarakat Islam juga merangkumi keseluruhan hubungan kemasyarakatan
yang saling berkait antara satu sama lain. Oleh itu, masyarakat Islam ialah kelompok
manusia yang beragama Islam, mengamalkan ajaran Islam dan saling berkaitan
antara satu sama lain.
Masyarakat Islam yang pertama ialah masyarakat yang didirikan oleh Rasulullah
s.a.w. dan para sahabat di Madinah. Umat Islam yang berada di bawah
kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w. telah melaksanakan tugas yang
berlandaskan nilai-nilai Islam dengan cekal, gigih dan jujur sehingga berjaya
membentuk sebuah masyarakat yang ideal dan menjadi contoh bagi masyarakat
Islam selepasnya.
143
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Tegasnya, walaupun masyarakat Islam terdiri daripada pelbagai kelompok manusia
seumpama lelaki, perempuan, bersuku-suku dan berbangsa-bangsa, namun
perbezaan ini tidak menyekat masyarakat Islam daripada mengenali atau
berinteraksi antara satu sama lain. Uniknya, masyarakat Islam dari segi definisinya
bukanlah kerana perbezaan warna, kulit, bangsa, bahasa dan negara, tetapi
sejauhmana masyarakat itu tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t. Ketakwaanlah
yang menjadi ukuran penting dalam menentukan konsep masyarakat Islam.
LATAR BELAKANG MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Masyarakat Malaysia yang ada ditentukan oleh proses sejarah khususnya
kedatangan penjajah British ke Tanah Melayu. Melalui dasar “pintu terbuka”,
Tanah Melayu menjadi tumpuan golongan imigran dari China, India dan
Indonesia. Aliran penduduk ini merupakan asas utama terdapatnya komposisi ras
dan etnik di negara-negara yang pernah dijajah. Masyarakat majmuk di Malaysia
merujuk kepada keadaan di mana masyarakat yang terdiri daripada golongan
Eropah, Melayu, Cina dan India terpisah dari segi kaum atau bangsa, institusi,
bentuk budaya, perbezaan politik dan kuasa ekonomi.
Menurut Tregonning, bermula tahun 1870-an masyarakat Tanah Melayu berbentuk
multi-rasial tetapi pembentukan masyarakat majmuk (plural society) berlaku
pada tahun 1910-an. Dengan kata lain ia merujuk kepada masyarakat yang
mengandungi karakteristik heterogenus. Inggeris melaksanakan polisi pecah dan
perintah (divide and rule) terhadap masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Di
antaranya, spesialisasi (pengkhususan) pekerjaan, segregasi (pengasingan)
tempat tinggal, pemisahan proses sosialisasi dan mobiliti, dan isolasi
(pemencilan) budaya. Agama dan etnisiti merupakan faktor yang penting dalam
masyarakat dan politik Malaysia kontemporari.
Menurut Vasil, dua bentuk keadaan di Malaysia yang menentukan politik dan
hubungan etnik, iaitu masyarakat bi-racial (dua bangsa) dari kalangan penduduk
asal (indigenous) dan golongan imigran. Salah satu dari dua bangsa tersebut
(penduduk asli dan pendatang lain) adalah kelompok yang utama. Bangsa
Malaysia mono-etnik yang wujud pada awal sejarah negara Malaysia mengalami
144
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
transformasi multi-dimensi sehingga bentuk dan sifat asalnya bertukar menjadi
sebuah bangsa Malaysia multi-etnik. Istilah bangsa diturunkan statusnya kepada
etnik untuk memberi laluan mewujudkan bangsa baru iaitu bangsa Malaysia
multi-etnik. Kehadiran imigran Cina dan India yang mengekalkan kehidupan
sosial dan identiti budaya mereka dalam suasana persekitaran baru menimbulkan
kompleksiti struktur masyarakat Malaysia. Selain itu, merumitkan lagi keadaan
apabila setiap kaum imigran terbahagi kepada sub-etnik yang lebih kecil. Justeru
bertambah jurang perbezaan etnik-bahasa-agama-ekonomi (ethnic-linguistic-
religious-economic) yang homogen kalangan mereka.
Selain pendatang dari negara China dan India, Tanah Melayu juga menjadi
tumpuan imigran etnik Indonesia. Populasi Indonesia didominasi oleh etnik
Jawa dan Banjar diikuti Sumatera (etnik Minangkabau, Mandailing, Kerinchi
dan lain-lain), Boyan dan Bugis. Imigrasi pelbagai etnik dari kepulauan Indonesia
kemudiannya menjadi sebahagian populasi homogen bangsa Melayu kerana
persamaan keagamaan selain untuk mengimbangi komposisi heterogen kaum
imigran dari China serta India dan juga kekuatan politik dan ekonomi bagi orang
Melayu. Pengalaman dan takdir sejarah telah membentuk masyarakat majmuk
Malaysia pada hari ini. Ia mengundang pelbagai masalah yang sukar dikikis dalam
hubungan antara kaum di Malaysia. Dasar penjajah yang menjalankan polisi
“pecah dan perintah” telah berjaya mewujudkan polarisasi antara kaum, spesialisasi
pekerjaan dan segregasi tempat tinggal malah isolasi (keterasingan) budaya antara
satu sama lain.
ASAS-ASAS PEMBINAAN MASYARAKAT ISLAM
Al-Qur’an dan al-Sunnah telah meletakkan asas-asas yang kukuh dalam
pembentukan kehidupan masyarakat Islam. Berikut adalah asas-asas yang
membentuk masyarakat Islam:
145
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
1. Akidah Islam
Asas utama pembentukan masyarakat Islam adalah untuk memelihara, menjaga dan
menegakkan akidah Islam. Akidah tauhid amat penting untuk membebaskan
manusia daripada belenggu khurafat yang boleh membawa kemunduran iaitu
kepercayaan karut-marut yang tidak berasaskan akal rasional. Akidah tauhid juga
akan membebaskan manusia daripada belenggu modenisme yang menafikan
kewujudan Tuhan sehingga membawa kehancuran akhlak manusia dan sistem nilai.
2. Tolong-menolong atas kebaikan bukan kerosakan
Masyarakat Islam mesti bekerjasama untuk kebaikan dan tidak bekerjasama untuk
melakukan dosa dan perbuatan keji.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan
dan takwa dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa
dan perlanggaran. (Surah al-Maidah: 2)
Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:
Jangan kamu berbuat kejahatan di permukaan bumi sesudah
ia menjadi baik. (Surah al-A’raf: 56)
3. Bersatu padu sesama manusia adalah ibadat yang mulia
Masyarakat Islam menekankan aspek bersatu padu sebagai satu bentuk ibadat yang
dituntut dalam Islam.
146
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Mereka ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada
kecuali jika mereka berpegang pada tali (ad-Din) Allah dan
tali (perjanjian) dengan manusia. (Surah al-Imran: 112)
Ketiga-ketiga asas di atas adalah dasar utama pembentukan kehidupan masyarakat
Islam.
PERANAN, HAK DAN TANGGUNGJAWAB DALAM MASYARAKAT ISLAM
Di samping memahami konsep dan asas-asas pembentukan masyarakat Islam,
anda juga harus sedar akan peranan, hak dan tanggungjawab setiap individu dalam
masyarakat Islam. Antara peranan, hak dan tanggungjawab yang digariskan dalam
Islam adalah seperti yang tertera di bawah:
1. Hak individu
Setiap individu berperanan dan bertanggungjawab menjaga diri sendiri dari segi
jasmani dan rohani. Kesihatan rohani dan jasmani amat penting dalam pembinaan
individu yang sihat dan sejahtera. Perkara-perkara yang merosakkan diri seperti
minum arak dan makan benda yang haram harus dielakkan sesuai dengan firman
Allah s.w.t. yang bermaksud:
Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam
kebinasan. (Surah al-Baqarah: 195)
2. Hak keluarga
Setiap ahli keluarga perlu bertanggungjawab terhadap keluarganya dengan
menyediakan keperluan asas seperti makanan, minuman dan tempat tinggal yang
selesa. Malah, hak keluarga juga termasuk peranan ibu bapa memberi pendidikan
147
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Islam yang sempurna kepada anak-anak agar ahli keluarganya tunduk kepada Allah
sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Wahai orang yang beriman jagalah diri kamu serta ahli keluarga
kamu daripada api neraka. (Surah al-Tahrim: 6)
3. Hak untuk hidup
Nyawa adalah sesuatu yang mulia dalam Islam dan setiap individu dalam
masyarakat harus menghormati dan menghargai nyawa manusia. Malah syariah
Islam memberi keutamaan dalam memelihara nyawa manusia sepertimana tercatat
dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Sesiapa yang membunuh manusia tanpa alasan yang
membolehkan dia membunuh orang itu atau kerana
melakukan kerosakan di muka bumi maka seolah-olah dia
telah membunuh manusia kesemuanya dan sesiapa yang
menjaga keselamatan hidup seorang manusia maka seolah-
olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia
keseluruhannya.
(Surah al-Maidah: 32)
4. Menjaga maruah dan peribadi
Islam melarang setiap ahli masyarakat terlibat dalam perbuatan menjatuhkan
maruah peribadi seseorang insan. Maruah dan peribadi adalah suatu nilai yang
sangat mulia dalam Islam. Orang yang bermaruah dan berperibadi tinggi tidak akan
melakukan perbuatan mencari kesalahan atau keburukan orang lain sehingga
mencemarkan maruah dan peribadi orang itu. Malah, Allah s.w.t. telah berfirman
yang bermaksud:
148
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Dan janganlah sesetengah daripada kamu menyatakan
keaiban sesetengah yang lain dan janganlah pula kamu
memanggil antara satu dengan yang lain dengan panggilan
yang buruk.
(Surah al-Hujurat: 11)
5. Kebebasan berfikir dan menyatakan pendapat
Setiap individu bebas berfikir dan menyuarakan pendapat untuk menyatakan
pandangan peribadi mereka. Namun begitu, kebebasan ini tidak boleh melanggar
ketetapan syariah seumpama menyebarkan fitnah dan khabar buruk tentang
seseorang yang tidak disukainya.
6. Kebebasan bergerak
Setiap manusia adalah bebas bergerak dalam negara yang sah sebagai tempat
tinggalnya. Oleh itu, tiada siapa yang berhak untuk memaksanya meninggalkan
sesuatu tempat itu tanpa sebab-sebab yang munasabah. Allah s.w.t. berfirman yang
bermaksud:
Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu, mudah digunakan
maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya serta
makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
(Surah al-Mulk: 15)
7. Hak sama rata
Setiap manusia berhak untuk mendapatkan layanan yang sama rata tanpa mengira
bangsa dan keturunan. Malah, semua orang adalah sama di sisi Allah s.w.t. Firman
Allah s.w.t. yang bermaksud:
149
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Bagi mereka masing-masing (daripada jin dan manusia
yang berbuat baik dan jahat) disediakan pelbagai peringkat
pembalasan yang sesuai dengan apa yang telah mereka
kerjakan.
(Surah al-Ahqaf: 19)
8. Hak keadilan dan kehakiman
Tiada perbezaan kelas dalam perundangan Islam kerana setiap orang berhak
mendapatkan pengadilan dan kehakiman untuk dirinya daripada penindasan dan
penganiayaan. Pemerintah bertanggungjawab untuk memastikan setiap rakyat
mendapat hak pengadilan yang saksama. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
Hendaklah kamu menjalankan hukuman antara mereka
dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah
engkau menurut hawa nafsu mereka.
(Surah al-Maidah: 49)
9. Menegakkan makruf dan mencegah mungkar
Usaha menegakkan kebaikan dan mencegah keburukan adalah tanggungjawab
setiap individu yang perlu dilakukan secara bersama-sama. Allah s.w.t. berfirman
yang bermaksud:
Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru
kepada kebaikan dan menyuruh berbuat segala perkara
yang baik dan melarang daripada segala perbuatan yang
salah (buruk dan keji) dan mereka itulah orang yang
berjaya.
(Surah al-Imran: 104)
150