The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by stkssupim, 2022-09-22 02:47:49

MPU23012 - PENGAJIAN ISLAM

Modul Rujukan

Keywords: MODUL

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

hatinya. Islam mengajar manusia agar sentiasa melakukan kebaikan dengan hati
yang penuh tanpa mengira masa, tempat atau pangkat dan kedudukan.

Ketika Rasulullah SAW ditanya tentang ihsan, Baginda bersabda bermaksud:

“ Ihsan itu adalah bahawa engkau menyembah Allah SWT seolah-olah engkau

melihatNya ,tetapi jika engkau tidak melihatNya , maka sesungguhnya Dia melihat

engkau” (Riwayat Muslim)

Jelaslah kedudukan Islam ihsan adalah tinggi di sisi Islam dalam usaha
melengkapkan ciri-ciri keimanan dan keislaman individu dan masyarakat Islam
seluruhnya. Melakukan kebaikan dan menggalakkan amar makruf dan menjauhi
kejahatan nahi mungkar berkait rapat dengan nilai akhlak atau budi pekerti
seseorang individu muslim.

Khalifah Saidina Umar Al-Khatab RA pada zaman pemerintahanya sering membuat
rondaan pada waktu malam untuk meninjau keadaan kehidupan rakyatnya. Pernah
pada suatu ketika beliau sampai di sebuah rumah , di situ ibu dan anak
perempuannya sedang bergaduh tentang susu yang ingin dijual sama ada hendak
dicampur air atau tidak. Seandainya orang lain tidak nampak , maka Allah SWT
memerhati gerak laku dan tindak tanduknya. Si anak berkata walaupun Saidina
Umar RA tidak nampak perbuatan mereka , namun Tuhan kepada Saidina Umar RA
nampak apa yang ingin mereka lakukan ,maka hasrat untuk menipu dilupakan begitu
sahaja.

1.4.2 KONSEP AKHLAK

Rasulullah SAW diutuskan oleh Allah SWT untuk menyempurnakan akhlak yang
terpuji berlandaskan Al-quran. Akhlak ialah kumpulan sifat yang bersemadi dalam
jiwa, kemudian lahir menjadi amalan dalam kehidupan harian manusia. Akhlak dari
segi Bahasa beerti perilaku, perangai atau tabiat. Maksud ini terkandung dalam
jawapan Saidatina Aisyah RA apabila ditanya tentang akhlak Rasulullah SAW iaitu :

51

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

“Akhlak Rasulullah SAW ialah Al-Quran”
(Riwayat Muslim)

Hadis ini menyatakan bahawa kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan
tingkah laku Rasulullah SAW semuanya berpandu dan berlandaskan Al-Quran.
Imam Ghazali berpandangan bahawa akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam
jiwa dan daripada jiwa itu, lahirlah perbuatan atau tingkahlaku itu dengan sendirinya
tanpa melakukan pertimbangan dalam fikiran , iaitu hasil daripada kebiasaan
perbuatan tersebut.
Oleh itu, kita dapat simpulkan bahawa akhlak merupakan suatu perlakuan yang
tetap sifatnya dalam jiwa seseorang yang tidak memerlukan daya pemikiran dalam
melakukan sesuatu tindakan. Akhlak yang mulia merupakan tanda dan natijah iman
yang sebenar hasil daripada keikhlasan ibadah yang dilakukan hanya semata-mata
untuk Allah SWT . Risalah Islam sendiri bermatlamatkan akhlak mulia dan terpuji,
sebagaimana hadis daripada Rasullulah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang
terpuji”

(Riwayat Al- Bukhari & Muslim)
Sifat Mahmudah
Sifat –sifat mahmudah menurut Imam Al-Ghazali :

 Taubat
Keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar,
melalui jalan ilmu,penyesalan dan niat tidak mengulanginya.

 Takut pada Allah SWT
Apabila seseorang muslim itu mengenali zat Allah melalui mengenal sifat-
sifatNya, maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut terhadap Allah.

 Kasih pada Allah SWT

52

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahirkan jiwa
insan yang benar-benar cintakan agama dan rela berjuang (jihad) dan
berkordan demi menegakkan Islam.

 Zuhud
Satu corak kehidupan insan mukmin yang mengekang jiwa daripada
segala rupa kesenangan dunia sambal berusaha meninggalkan semua
perkara yang tidak baik.

 Sabar
Sabar begitu sukar untuk dipraktikkan kecuali oleh orang yang kuat
imannya dan tabah mengahadapi segala keadaan. Misalnya sabra atas
ketaatan seperti mengerjakan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa dan
sebagainya.

 Syukur
Syukur meliputi ilmu,amalan dan suasana ilmu itu adalah dengan
mengenal Allah SWT menerusi nikmatnya. Manusia wajib bersyukur atas
segala nikmat kurniaan Allah SWT seperti kesihatan, rezeki, kemudahan
hidup, kurniaan pancaindera dan sebagainya.

 Ikhlas dan benar
Mereka yang sentiasa membersihkan amalan dinamakan orang yang
ikhlas.untuk mencapai tingkatan ikhlas ini, amat dituntut untuk
mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia.amalan ikhlas
dalam setiap ibadat yang dilakukan dapat mendekatkan diri insan kepada
Allah SWT.

 Tawakkal, reda dengan qada Allah SWT
Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah SWT setelah
berazam. Seterusnya diikuti dengan usaha

 Mengingati mati

53

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Sifat mahmudah yang akhir menurut Imam al-Ghazali ialah sentiasa
mengingati kematian.terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi
SAW yang bermaksud: “Sepintar-pintar manusia ialah orang yang
sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya, mereka
itulah orang yang bijaksana.”

Sifat Mazmumah

Sifat –sifat mazmumah menurut Imam Al-Ghazali :

 Gemar makan dan minum
Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi SAW maksudnya:
“ Yang terlebih afdal (utama) pada Allah SWT itu ialah orang yang banyak
berlapar dan banyak tafakur (berfikir sambal meneliti). Dan yang lebih
benci kepada Allah itu ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan
banyak minum”.

Mereka yang selalu kekenyangan akibat gemar makan dan minum akan
terhindar daripada melakukan ibadah kerana sentiasa terdorong untuk
tidur dan beristi rehat.

 Banyak berkata-kata (yang sia-sia)

Telah menjadi lumrah manusia suka bercakap dengan yang sia-sia, yang

boleh ditakrifkan sebagai bencana lisan ialah

mengumpat,menghina,berdusta dan bertengkar.

Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi SAW yang bermaksud:

“ Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik

atau diam sahaja”.

 Marah
Sifat marah berpunca daripada kurang sikap kesabaran dalam
menghadapi sebarang keadaan. Orang yang bersikap sedemikian
selalunya didorong oleh pengaruh syaitan yang ingin merosakkan iman
dan dirinya. Sering kali orang yang pemarah ini mewarisi sifat-sifat seperti

54

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

sombong, bongkak, tidak boleh ditegur dan lain-lain. Walau
bagaimanapun, Islam tidak melarang umatnya mempunyai sifat marah
dalam hal-hal tertentu.

Firman Allah SWT maksudnya:
“Wahai Nabi, perangilah orang kafir dan orang munafik itu dan
bersikap keraslah terhadap mereka”

(Surah Al-Tahrim)

 Hasad dengki dan Iri hati
Sifat-sifat ini lahir daripada rasa kurang senag dengan nilmat yang
dikecapi oleh orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus
daripadanya.

Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi SAW yang
bermaksud:
“Hasad itu memakan (memusnahkan) kebajikan sebagaimana api
memakan (membakar) kayu”.

Untuk mengelakkan perasaan hasad, dengki dan irihati,seseorang itu
perlu selalu mengamalkan sifat tawaduk (rendah diri) , mengucapkan puji
dan syukur pada Allah atas nikmat yang dikecapi oleh saudara seislam
kita. Mudah-mudahan kita juga akan dilimpahi Allah nikmat yang serupa
kelak.

 Kasih pada harta
Tiada salahnya memiliki harta dan kemewahan hidup. Tetapi kemewahan
yang membawa kepada sifat bakhil,tamak haloba dan juga membazir
dibenci oleh Islam.Agama kita menuntut orang yang kaya dan berada
menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat seperti bersedekah,
berzakat dan membelanjakan harta di jalan Allah. Firman Allah SWT
maksudnya:

55

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

“Hai orang yang beriman janganlah kamu dilalaikan oleh harta
kekayaanmu dan anak pinakmu daripada mengingati AllahSWT. Sesiapa
berbuat demikian,maka tergolonglah mereka di kalangan oaring yang
rugi”.

 Takbur
Banyak sebab yang boleh membawa seseorang itu kepada sifat takbur
atau menyombongkan diri.Antaranya sebab nasab keturunan, kuasa
pemerintahan, kecantikan,kekayaan,kelebihan ilmu banyak pengikut dan
banyak ibadat.

 Riyak
Riyak ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang dengan
menampakkan pelbagai amalan baik yang dilakukan semata-mata
menginginkan pujian, pangkat dan kedudukan. Sifat riyak yang nyata
seperti menunjuk-nunjuk dalam amal ibadat dan riyak yang tersembunyi
ialah beratnya hati seseorang apabila bersendirian tetapi akan berbuat
demikian apabila ada orang lain yang menyaksikannya.

Umat Islam perlu berhati-hati supaya tidak bersifat riyak dan sebaik-
baiknya hendaklah membiasakan diri untuk merahsiakan diri untuk
merahsiakn segala amalan baik kita supaya tidak diketahui orang.
Perkara yang boleh membuatkan seseorang itu riyak ialah
mempertontonkan keindahan tubuh badan, pakaian, ucapan dan
perlakuan kepada orang ramai dan berbangga dengannya.

 Ujub
Ujub bermaksud berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri
sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan,
kepandaian, kekayaan dan lain-lain.
Sifat ini boleh dikis dengan sentiasa memikirkan bahawa tidak ada benda
yang kekal di dunia ini.

56

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Setiap sifat boleh ditimpa keuzuran atau penyakit suatu hari nanti, yang
tinggi darjat keturunanya tidak akan dinilai di sisi Allah SWT selain takwa
dan yang kaya pula boleh mengalami bancana seperti kecurian,penculikan
dan sebagainya.
Sentiasa menghisab atau meneliti kekurangan diri sendiri(muhasabah)
sebagai hamba Allah akan melahirkan jiwa yang murni dan bebas
daripada sifat-sifat tercela.

 Kasih akan dunia
Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi
akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati. Allah SWT telah
menegaskan dalam firmannya bahawa segala segala yang dijadikan di
muka bumi ini adalah sebagai perhiasan dan cubaan kepada manusia
untuk menilai baik buruknya amalan seseorang itu.

Seandainya insan itu mengenali hakikat kejadian dirinya dan mengenali
rahsia dirinya dengan sebaik-baiknya, mengenali rahsia dan hikmah dunia
ini sebagai tenpat menimba bekalan takwa menuju akhirat, pasti kecintaan
yang melampaui batas terhadap kehidupan dunia yang sementara ini akan
terhapus.

1.4.3 KONSEP DOSA DAN PAHALA
Setiap umat Islam dituntut untuk beriman dengan hari akhirat yang padanya ada
pengadilan dan pembalasan oleh Allah SWT. Selain itu, umat Islam percaya bahawa
setiap amalan di dunia ini pastinya ada dosa dan pahala serta balasanya di akhirat
nanti. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan
menzahirkan keadaan kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan
Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun”. (Surah Al-Mulk
67:2)

57

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Setiap amalan yang dilakukan ialah ukuran yang dapat memperlihatkan tahap
sebenar kehambaan manusia disisi Tuhannya. Manusia yang tinggi ketakwaannnya
dengan amal ibadat akan diganjari dengan pahala, manakala manusia yang rendah
martabat kehambaanya akan hidup di dunia bergelumang dengan dosa dan
kemungkaran.

Allah bersifat maha pengasih kepada hamba-hambaNya kerana perkiraan pahala
dan dosa inilah yang mendorong manusia mencapai kabahagiaan dan
kesejahteraan di akhirat dengan ganjaran syurga.Al-Quran jelas menyatakan
bahawa kita hendaklah melakukan sebanyak mungkinkebaikan kerana kebaikan ini
boleh menghapuskan dosa kecil yang telah kita lakukan. Hal ini beertiamal kebaikan
akan menyelamatkan kita daripda azab dan seksaan Allah SWT.

Firman Allah SWT bermaksud: “ sesungguhnya amal kebaikan (terutama
sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah allah yang demikian
itumenjadi peringatan bagi orang yang mahu beringat”

(Surah Hud 11:14)

Perlakuan dosa pula ialah sesuatu yang akan menganggu ketenangan jiwa kerana
manusia akan berasa gelisah dengan bebanan dosa. Hal ini telah diingatkan oleh
Rasulullah SAW melalui sabdanya yang bermaksud:

“Dosa ialah apa-apa yang menimbulkan kersahan dijiwamu dan kamu benci ia dilihat

manusia” (RIwayat Muslim)

Hukum dasar Syariat Islam

Segala perlakuan dan aktiviti umat Islam perlulah mengambil kira hukum-hukum
syariat berikut kerana ia akan melibatkan perbuatan yang dilakukan itu dosa atau
pahala:

1. Hukum Halal
Takrif halal : sesuatu yang dibolehkan (tidak berdosa) memakai,memakan
atau mengerjakan setelah ada pengesahan (sah) menurut syarak. Firman
Allah SWT bermaksud:

58

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

“Makanlah daripada yang baik (halal) dan kerjakanlah amalan soleh”(Surah Al
Mukminun :51) Allah SWT memerintahkan kita makan dan minum daripada
bahan-bahan yang baik iaitu halal, suci lagi bersih sebelummelakukan ibadat
dan amalan soleh lain.
Disamping itu, binatang yang boleh dimakan seperti kambing, ayam dan
lembu perlu disembelih sebelum dimakan, sesuai dengan tuntutan Islam.

2. Hukum Haram
Sesuatu yang diberi pahala apabila meninggalkan dan berdosa apabila
mengerjakannya di sisi syarak. Hukum ini berlawanan dengan hukum halal.
Antara makanan atau minuman yang haram ialah daging babi, arak dan
sebagainya. Disamping itu, Islam juga menetapkan supaya kita menjauhi
perbuatan haram seperti memakan harta anak yatim,bertenung nasib, bergaul
bebas lelaki dan perempuanyang bukan muhrim, berjudi, mendedahkan
aurat, fitnah dan lain-lain amalan yang dilarang.

3. Hukum Wajib
Sesuatu yang diberi pahala apabila dikerjakan dan berdosa apabila
meninggalkanya. Contohnya amalan solat lima waktu, puasa sebulan pada
bulan Ramadhan dan sebagainya.

4. Hukum Sunat
Sesuatu yang diberi pahala jika dikejakan dan tidak berdosa apabila
meninggalkannya. Contohnya solat sunat, bersedekah,wakaf dan
sebagainya.amalan sunat ini merupakan amalan tambahan atau sokongan
untuk menampung mana-mana kekurangan dalam ibadat wajib yang kurang
sempurna.

5. Hukum Makruh
Sesuatu amalan yang diberi pahala jika ditinggalkan dan tidak berdosa
apabila mengerjakannya. Amalan makruh seperti memakan makanan yang
berbau seperti bawang mentah,petai dan segala makanan yang
menyebabkan mulut berbau busuk sehingga menganggu Jemaah lain dalam
solat dikira makruh.
59

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

6. Hukum Harus
Sesuatu amalan yang tidak berpahala jika dikerjakan dan tidak berdosa
apabila meninggalkannya seperti makan, minum, bersir-siar dan sebagainya.

7. Hukum Sah
Sesuatu amalan yang cukup rukun dan sempurna syaratnya menurut syarak.
Contoh antara syarat sah solat itu adlah suci daripada hadas besar dan
hadas kecil.

8. Hukum Batal
Sesuatu amalan yang tidak cukup rukun dan syaratnya menurut syarak.
Contohnya solat akan batal jika bergerak berturut-turut sebanyak tiga kali.
Memahami segala rukun dan syarat dalam satu-satu amalan serta memberi
perhatian pula kepada perkara-perkara yang boleh membatalkan amalan. Ini
khususnya amalan wajib seperti puasa,solat dan haji yang akan membawa
kepada kesempurnaan iman, Islam dan akhlak umat Islam itu sendiri.

60

TOPIK 2 MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
ISLAM DAN ASAS SYARIAH

Topik ini menjelaskan Islam dan asas syariah

4.H0 aPsRiOl SPEeSmPbEeNlGaEjaNrDaAnL:IAN PENGURUSAN ISLAM
4.C1 LMOeng2en:aTl opapstiikcaibnairaMn deanneisrua-nisugkseamnasea tbiekrkaaidtaann profesionalisme berkaitan

Syariah dan Institusi Islam dalam membentuk pembangunan
ummah.
2.0 Islam Dan Asas Syariah

2.1 Menerangkan sumber ilmu Islam
2.1.1 Merumuskan pengertian ilmu.
2.1.2 Menyenaraikan sumber-sumber ilmu.
2.1.3 Menyatakan matlamat menuntut ilmu

2.2 Menerangkan aplikasi asas syariah
2.2.1 Mengenal pasti asas-asas syariah berkaitan syarat
dan hukum:
a. Ibadah
b. Muamalat
c. Munakahat
d. Jenayah

PENYUNTING
MARDZIAH BT ABDULLAH PAKRI

NAJIAH BT MOHD KHOLID

61

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
2.0 ISLAM DAN ASAS SYARIAH

2.1 SUMBER ILMU ISLAM

Ilmu ialah suatu gerak daya ke arah penjelasan, penetapan dan penentuan
serta pengiktirafan terhadap kebenaran.Ilmu adalah kebenaran adalah falsafah
yang cukup tepat. Ajaran Islam telah menggariskan dua bahagian ilmu yang dikenali
sebagai Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu Kifayah.

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan diterjermahkan berbunyi:
“Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap orang Islam lelaki dan wanita.”

Oleh itu wajib bagi kita untuk menimba ilmu seluas-luasnya demi memenuhi tuntutan
Allah SWT. Menurut Imam Al-Ghazali sumber ilmu itu boleh diperolehi melalui tujuh
cabang iaitu ilmu wahyu, ilmu diperolehi melalui ilham, ilmu dicapai melalui akal, ilmu
melalui pengalaman dan amalan serta contoh teladan, ilmu menerusi institusi, ilmu
daripada belajar dan membuat kajian, ilmu bersumberkan pancaindera,

2.1.1 Pengertian Ilmu

Ilmu adalah bermaksud sistem penelitian, cara berfikir yang sistematik dan radikal
yang mampu untuk merumuskan jawapan yang aktif dan cekap. Perkataan ilmu
adalah asalnya dari kalimah arab iaitu “alima” yang bererti mengetahui. Kata asalnya
ialah “al-ilm” yang membawa erti “pengetahuan”. Bagi masyarakat kita mereka telah
mengaitkan perkataan ini dengan merangkaikan kedua-dua makna menjadi ilmu
pengetahuan. Namun yang demikian ianya masih dalam skop makna yang sama.

62

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Pembahagian Ilmu dalam Islam

Menurut Imam Al-Ghazali ilmu dibahagikan kepada dua kategori besar iaitu Ilmu
Fardu Ain dan Ilmu Fardu Kifayah. Ilmu Fardu Ain adalah ilmu yang berkaitan
dengan ajaran agama yang asas dan perlu dikuasai bagi setiap hamba Allah, ilmu
fardhu ain yang berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah juga dikenali sebagai
ilmu wahyu, ilmu ini yang wajib dipelajari oleh setiap orang Islam. Contohnya ilmu
yang berkaitan aqidah, ibadah, syariat dan ajaran akhlak.

Manakala ilmu Fardu Kifayah adalah ilmu yang berkaitan dengan urusan keduniaan
yang perlu bagi umat Islam. Ilmu ini yang diperolehi melalui akal manusia dan ia
perlu untuk kesempurnaan hidup manusia. Kewajipan menuntut ilmu ini hanya
terbatas ke atas segolongan manusia sahaja. Contoh ilmu fardhu kifayah ialah ilmu
kemasyarakatan, ilmu sains tabii , sains fizik , Sains gunaan , ekonomi , pentadbiran
an sebagainya.

Pembahagian lain Imam Al-Ghazali membahagi ilmu kepada dua bahagian. Pertama
ilmu Syariah iaitu ilmu yang diperolehi daripada nabi atau rasul bukan melalui akal,
ujikaji dan sebagainya. Semua ilmu syariah adalah sahih. Kedua ilmu ghair syariah
iaitu ilmu keduniaan dan dibahagikan kepada 3 hukum terpuji ( mahmudah ) seperti
perubatan, ekonomi dan seumpamanya, dikeji ( mazmumah ) seperti ilmu sihir,
tangkal, nujum, ramalan dan seumpanya. , harus ( mubah ) seperti ilmu
kesusasteraan, sejarah dan sebagainya.

Ibnu Khaldun pula membahagikan ilmu kepada dua bahagian iaitu Ilmu Naqliah ( al-
Quran dan al-Sunnah ) dan Ilmu Aqliah. Ilmu Naqliah terbahagi kepada dua kategori
iaitu ilmu bersumberkan syariat ( wahyu ) seperti al-Quran dan al-Sunnah dan Ilmu
bukan bersumberkan wahyu seperti Ilmu Hadis, Ilmu Usul Fiqh, Ilmu Fiqh, Ilmu
Kalam dan Ilmu Tasawuf. Ilmu Aqliah pula adalah hasil daripada akal dan pemikiran
manusia yang berhubung rapat dengan kemajuan dan peradaban manusia. Ilmu
Aqliah terbahagi kepada empat kategori iaitu Ilmu Logik ( Mantiq ), Ilmu Fizik , Ilmu
Metafizik ( Perkara Ghaib ) dan Ilmu Pembelajaran.

63

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

2.1.2 Sumber-Sumber Ilmu

Seperti yang kita maklum setiap ilmu dimuka bumi ini mempunyai bahan rujukannya
yang tersendiri begitu juga dengan ilmu dalam Islam ia mempunyai bahan
rujukannya sendiri. Antara bahan atau sumber ilmu bagi islam ialah :

a) Al-Quran
b) Sunnah
c) Akal dan pancaindera
d) Fenomena tabii
e) Ilham \ mimpi
f) Kajian

Jadi segala ilmu yang telah diperkembangkan oleh Islam semuanya berpandukan
dari sumber-sumber ini. Oleh yang demikian Islam amat menghormati segala
keputusan ilmu yang telah sedia ada.

a. Al-Quran

Al-quran merupakan sumber rujukan yang terpenting bagi umat islam. Ia
menerangkan semua perkara yang perlu dalam kehidupan manusia. Oleh itu ia juga
merupakan sumber ilmu terpenting kepada manusia. Kandunganya meliputi ilmu-
ilmu ketuhanan sejarah masa lampau gambaran masa akan datang seperti hari
akhirat, qiamat aspek-aspek perundangan politik sains dan sebagainya. Dalam
mendidik manusia al-quran menggunakan berbagai bentuk pendekatan bersesuaian
dengan keperluan dan kemampuan akal manusia. Al-quran juga adalah pembimbing
yang akan memberi panduan kepada manuasia untuk memperkembangkan ilmu
mereka. Kedudukan al-quran sebagai sumber ilmu memang tidak boleh dipertikaikan
lagi. Allah S.W.T. sendiri telah menyatakan “Dia” adalah sebagaiYang Maha Alim
dan Maha mengetahui firman Alah :

Maksudnya: “ Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah

64

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi bahawasanya yang demikian itu
terdapat dalam sebuah kitab(luh mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu teramat
mudah bagi Allah.

Dalam ayat yang lain Allah berfirman:
Maksudnya: “lalu dijadikan-Nya tujuh langit dan Dia Maha Mengetahui segala
sesuatu
Perhatikanlah ayat –ayat di atas ia dapat menambahkan lagi keyakinan kita kepada
al – quran dan Allah S.W.T. sebagai sumber ilmu, ia juga menunjukkan sifat
keluasan ilmu itu. Ilmu-ilmu Allah adalah amat luas tetapi malangnya manusia hari
ini mudah angkuh dan sombong dengan sedikit ilmu yang dapat difikirkan oleh akal
fikiran yang sangat terbatas. Sedangkan ilmu tuhan itu adalah tidak terbatas. Inilah
sifat ilmu yang harus difahami supaya dapat melahirkan ilmuan dan intelektual yang
bersifat tawaduk.

b. Al – Sunnah
Sunnah nabi juga merupakan sumber rujukan kita. Rasullullah S.A.W. merupakan
seorang rasul yang diutuskan oleh Allah untuk mengajar kita tentang apa yang
diketahuinya. Segala yang dinisbahkan kepada manusia samada perkataan
perbuatan ataupun pengakuan semuanya merupakan pedoman dan teladan kepada
manusia. Inilah sumbangan besar rasul kepada umat manusia. Firman Allah:

Maksudnya: “sebagaimana kami telah mengutuskan kepadamu Rasul diantara kamu
yang membacakan ayat-ayat kami kepada kamu al-kitab dan hikmah serta
mengajarkan kamu apa yang belum kamu tahu.
Oleh kerana tugas setiap rasul adalah untuk mengajar kepada manusia tentang
kitab dan ajaran-ajaran Tuhan,apa yang diajarkan oleh mereka serta perbuatan
mereka juga merupakan panduan dan teladan bagi umat manusia. Rsul-rasul tidak
meninggalkan apa-apa harta peninggalan selepas kewafatan. Satu-satumya harta

65

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

yang ditinggalkan ialah ilmu mereka sahaja. Itu sajalah yang diwariskan kepada
umatnya yang termaktub didalam al-quran dan Sunnah

c. Akal dan pancaindera.

Allah telah menjadikan manusia dengan sebaik-sebaik kejadian dari kalangan
makhluknya. Ini kerana selain dari memiliki kesempurnaan fizikal manusia juga telah
dianugerahkan oleh Allah alat untuk berfikir seperti akal hati dan pancaindera yang
lengkap. Alat-alat inilah yang membantu manusia untuk berfikir mengkaji membuat
eksperimen dan lain-lain. Walau bagaimanapun akal dan pancaindera semata-mata
tidak mampu untuk menemui kebenaran yang mutlak. Oleh kerana akal merupakan
ciptaan Allah kepada manusia, maka sebagi makhluk ia bersifat terbatas. Mustahil
bagi akal manusia merumuskan jawapan tentang persoalan metafizik tanpa
panduan. Jadi fungsi akal tidak boleh secara berdiri secara mutlak. Oleh yang
demikian walaupun kita mempunyau\i akal untuk berfikir namun kita masih perlukan
panduan dalam mempelajari ilmu.

d. Fenomena tabii

Kita telah mengetahui bahawa Allah menciptakan alam ini sebagai satu anugerah
kepada umat manusia. Disitu kita dapat memperolehi manfaat serta mencari
pengiktibaran terhadap kebesaran-Nya. Sebagai sebuah kitab Allah yang terbentang
luas alam ini menjadi sumber ilmu ynag penting untuk manusia. Disinilah peranan
akal manusia perlu dimainkan dengan semaksimum yang mungkin serta beserta
bimbingan al-quran dan sunnah. Khazanah alam yang kaya raya ini melahirkan
banyak ilham kepada manusia untuk meneroka pelbagai bidang ilmu dari masa ke
semasa. Dalam firman-Nya

Maksudnya: dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu.
Sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagianya menyuburkan tumbuh-
tumbuhan yang pada tempat tumbuhnya kamu mengembala ternakanmu. Dia
menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan tanam-tanaman zaitun kurma anggur
dan segala macam buah-buahan.

66

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Menurut Imam Al-Ghazali lagi, ilmu itu bukan berbentuk pengetahuan sahaja
malahan penting untuk dilaksanakan, dipraktikkan atau diamalkan. Bak kata mutiara
penuh hikmah Imam Syafi’e :

“Orang yang berilmu itu adalah orang yang mengilmui dengan perbuatannya,
bukan mengilmui dengan kata-kata dan ucapannya.”

e. Ilham / institusi / mimpi

Ilham dan institusi merupakan satu daripada sumber ilmu bagi manusia. Ia berlaku
kepada sesiapa yang dikehendaki oleh Allah dari kalangan umatnya yang bertaqwa.
Sumber ini lebih banyak berkait dengan deria batin seseorang. Ilham ialah idea yang
diberikan oleh Allah kepada seseorang untuk melakukan sesuatu atau
meninggalkanya.

Ilham adalah petunjuk daripada Allah yang terbit dalam hati. Kiranya ilham adalah
suatu ilmu yang menimbulkan daya cipta untuk mencapai sesuatu matlamat.
Setengah orang yang terpilih mendapat ilmu yang dikurniakan oleh Allah dalam
bentuk ilham tanpa perlu belajar.

Islam mengiktiraf kedudukan ilham sebagai sumber ilmu berdasarkan firman Allah
SWT.

“Dan Kami (wahyukan) ilhamkan kepada ibu Musa,”Susuilah dia, dan apabila

kamu khawatir terhadapnya, maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). Dan

janganlah kamu khawatir dan jangan (pula) bersedih hati, karena

sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya

(salah seorang) dari para rasul.” (Surah al-Qashash, ayat 7)

Maka terbukti bahawa ilham juga boleh didapati oleh manusia biasa seperti kita
dengan bimbingan dan dorongan Allah SWT.

67

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Sumber ilmu juga kebanyakannya dicernai melalui institusi secara rasmi dan tidak
rasmi. Contohnya melalui institusi rasmi adalah dalam sesi persekolahan, kuliah,
pembentangan kertas kerja, seminar, forum, dan seumpamanya manakala melalui
institusi tidak rasmi adalah pembelajaran di kampung dan masjid.

Menurut Qardhawi, Syariah adalah hukum-hukum Allah yang ditetapkan
berdasarkan dalil-dalil Al-Qur’an dan sunnah serta dalil-dalil yang berkaitan dengan
keduanya seperti ijma’ dan qiyas. Syariah Islamiyah menurut istilah adalah segala
yang disyariatkan Allah kepada hambaNya yang merangkumi keyakinan (aqidah),
ibadah, akhlak, muamalah serta sistem kehidupan bagi meraih keselamatan di
dunia dan akhirat.

Menurut Imam Al-Ghazali, ilmu diperolehi melalui akal dengan syarat akal itu diarah
kepada pemikiran atau fitrah akal yang positif. Akal digunakan untuk berfikir dan
memahami sesuatu hingga menghasilkan pengetahuan. Contoh ilmu yang
dihasilkan melalui akal adalah ilmu usul-fikah atau ilmu mengeluarkan hukum-hukum
syariat berdasarkan dalil-dalil wahyu yang terperinci.

Sumber ilmu itu kadang-kala boleh dikaut bersumberkan deria dan tanggapan
pancaindera manusia seperti pendengaran telinga, penglihatan dan pemerhatian
mata dan juga melalui hati iaitu kesedaran, kesedaran dan keyakinan. Sebagaimana
firman Allah:

“Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai
hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang
dengan itu mereka dapat mendengar?

Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah

hati yang di dalam dada.” ( Surah al-Hajj, ayat 46 )

f. Membuat Kajian

Kaedah belajar dan membuat kajian adalah jalan yang cemerlang bagi memetik
buah-buahan ilmu. Imam Al-Ghazali berpesan:

68

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
“ Haiwan yang tidak berakal pun boleh dibentuk dan dididik, apatah lagi
manusia yang waras dan berakal itu, sudah tentu boleh mencapai dan
mendapat ilmu dengan mempelajarinya dan belajar.”

2.1.3 Matlamat Menuntut Ilmu

Tujuan seseorang itu diwajibkan belajar dalam Islam bukan sekadar untuk
mendapatkan maklumat semata-mata, tetapi lebih daripada itu, iaitu menjadi hamba
Allah dan berperanan penting sebagai khalifah di muka bumi ini. Antara matlamat
menuntut ilmu yang dianjurkan dalam Islam adalah untuk:

1. Membuktikan kekuasaan Allah SWT

Manusia dikurniakan akal fikiran oleh ALLAH SWT. Oleh itu, manusia ialah makhluk
yang paling mulia dan tinggi tarafnya kerana dengan adanya akal manusia
memperoleh ilmu pengetahuan dan memanfaatkannya. Umat Islam mestilah selalu
menggunakan akal dan ilmu pengetahuan untuk mencari dan bertambahlah
kekuatan dan keimanan kepada Allah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang mencipta (sekalian
makhluk), mencipta manusia daripada sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu
yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - Ia
mengajar manusia apa-apa yang tidak diketahuinya."

(Surah al-'Alaq 96:1-5)

69

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
2. Meninggikan dan membezakan taraf dalam kalangan manusia

Ilmu dapat membezakan seseorang itu dan Allah SWT meninggikan darjat mereka

yang berilmu dan beramal dengan ilmu tersebut. Sebagaimana firman Allah

SWT yang bermaksud:

"… Katakanlah lagi (kepadanya): 'Adakah sama orang yang mengetahui dengan
orang yang tidak mengetahui?' Sesungguhnya orang yang dapat mengambil
pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna."

(Surah al-Zumar 39:9)

3. Mengetahui hakikat manusia dalam kehidupan

Ilmu membolehkan manusia mengetahui hakikat penting dalam kehidupan, iaitu

hakikat dirinya, hakikat manusia yang lain, hakikat alam dan hakikat Tuhan

Yang Maha Pencipta.

Perkara utama yang mesti diketahui oleh manusia adalah tentang diri mereka sendiri
kerana jika mereka tidak mengenali diri sendiri, mereka tidak akan mengenali semua
benda yang lain. Pengetahuan terhadap diri sendiri seseorang itu merupakan kunci
kepada pengetahuan tentang ALLAH SWT.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami merata-
rata tempat (dalam alam terbentang luas ini dan pada diri mereka sendiri, sehingga
ternyata jelas kepada mereka bahawa al-Quran adalah benar"

(Surah Fussilat 41:53)

70

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
4. Mendapat pahala berpanjangan

Orang yang memberikan ilmu akan mendapat pahala apabila ilmu itu dimanfaatkan
oleh orang lain, walaupun ia telah meninggal dunia. Hal ini dijelaskan dalam hadis
yang bermaksud:

"Apabila anak Adam meninggal, terputuslah amalnya, kecuali tiga hal, iaitu sedekah
jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh."

(Hadis Riwayat Muslim)

5. Membangunkan diri dan melaksanakan amanah

Ilmu membolehkan manusia membangunkan dirinya sebagai insan yang dapat
memenuhi matlamat kewujudannya dan mampu melaksanakan amanah dengan
baik dan berkesan. Seorang tokoh ilmuan Islam, Mas'ab bin Zubir turut menekankan
dan menyentuh perihal kepentingan ilmu ini. Beliau berkata kepada anaknya

"Belajarlah kerana dengan belajar itu kamu akan menjadi elok apaila kamu tidak
mempunyai rupa yang elok: dan kamu punya kekayaan apabila kamu tidak memiliki
kekayaan. Ilmu itu ialah hiasa bagi orang yang tidak mempunyai perhiasan. Harta
bagi orang yang tidak mempunyai harta."

6. Membentuk keperibadian dan shakhsiah diri

Ilmu juga dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu
bertakwa dan cinta akan Allah SWT dan rasul-Nya. Berdasarkan firman Allah SWT
yang bermaksud:

71

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

"…Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah
daripada hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu …"

(Surah Fatir 35:28)

Kesimpulan
Kesimpulanya, tiada alasan untuk tidak menuntut ilmu. Perlu diingatkan juga
sesungguhnya Allah adalah sumber utama dalam pemberi ilmu kepada kita semua.
Maka pintalah kebenaran dan keizinan dari-Nya agar kita menjadi ilmuan yang
berjaya di dunia dan akhirat.

2.2 APLIKASI ASAS SYARIAH

Definisi Syariah Secara etimologi perkataan ‘Syariah’ membawa maksud aturan atau
ketetapan yang Allah perintahkan kepada hamba-hambaNya, seperti puasa, solat,
zakat, haji dan lain-lain lagi.Syariah berasal dari kata [syar’a al-syai’u] bermaksud
menerangkan atau menjelaskan sesuatu. Syariah menurut istilah adalah hukum-
hukum Allah yang disyariatkan kepada hamba-hambaNya, sama ada yang terdapat
dalam Al-Qur’an atau sunnah nabi saw dari perkataan, perbuatan dan penetapan
’aplikasi asas syariah’.

2.2.1 Asas-Asas Syariah Berkaitan Syarat dan Hukum:

A. Ibadah

Maksud Ibadah
Ibadah atau Ibadat (bahasa Arab: ‫ )عبادة‬dari sudut makna (bahasa) adalah
merendah diri, tunduk, patuh, taat, menghina diri dan memperhambakan diri kepada
sesuatu.

72

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Ibadah dari sudut makna (syara') adalah taat, tunduk, patuh dan merendah diri
kepada Allah. Jelasnya, ibadah ialah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah,
mengikut peraturan, melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Allah
sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran dan Sunnah Muhammad. Kepatuhan ini
hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat. Ia
merangkumi makna ketundukan dan kecintaan kepada Allah.

Imam at-Thabari mengertikan ibadah sebagai ketundukan kepada Allah dengan
menjalankan ketaatan dan merendahkan diri kepada-Nya dengan
kepasrahan. [1] Imam Ibn Taimiyah pula, sebagaimana dinukil oleh al-Hafizh ibn
Ahmad al-Hakami, mengatakan bahawa ibadah merupakan sebutan yang mencakup
semua yang dicintai dan diredhai Allah berupa perkataan dan perbuatan, baik zahir
maupun batin. [2]

Jenis-jenis Ibadah
Secara umumnya, ibadah terbahagi kepada kepada dua iaitu khusus dan umum:

1. Ibadah khusus:

Ibadah khusus terbahagi kepada dua iaitu ibadah fardhu dan ibadah sunat. Ibadah
fardhu pula terdiri dari fadhu ain dan fardhu kifayah. Manakala ibadah sunat pula
terdiri dari sunat muakkad (sunat yang dituntut) dan sunat ghaiyr muakkad (sunat
yang tidak dituntut).

a) Ibadah fardhu ain:
Ibadah yang menghubungkan manusia dengan Allah s.w.t(hablumminallah). Ia
merupakan fardhu ain yang merangkumi soal-soal aqidah seperti rukun iman yang
enam. Ia juga merangkumi amalan wajib yang perlu ditunaikan oleh setiap orang
muslim seperti yang terkandung dalam rukun Islam seperti solat, puasa, zakat, haji

73

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

dan beberapa amalan khusus seperti tilawah Al-Quran, zikir dan seumpamanya.
Ianya bersifat taufiqiyyah, iaitu dilaksanakan menurut garis-garis yang ditunjukkan
oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Ibadah khusus mempunyai sempadan
yang telah ditentukan oleh syara dan sebagaimana yang dilakukan sendiri oleh
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tanpa boleh ditambah atau dikurangkan atau
membuat sebarang perubahan terhadapnya. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi
wasallam:

"Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang."
(Sahih Bukhari)

Ini bermakna sebelum kita melaksanakan ibadat yang lain, kedua-dua ibadat yang
asas ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

b) Ibadah fardhu kifayah:

Perkara yang wajib dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat untuk menjaga
kepentingan Umat Islam. Jika diabaikan atau tiada siapa pun yang melakukannya
maka seluruh masyarakat berdosa. Fardhu kifayah lebih besar kelebihannya
berbanding fardhu ain. Hal ini kerana pelaksanaan fardhu ain hanya melaksanakan
tanggungjawab yang dituntut ke atas diri sendiri, manakala pelaksanaan fardhu
kifayah merupakan pelaksanaan tanggungjawab yang dituntut terhadap diri sendiri
dan masyarakat seluruhnya. Contohnya menguasai ilmu atau kepakaran dalam
sesuatu bidang seperti pendidikan, teknologi, perubatan, kejuruteraan dan perkara
lain yang boleh mendatangkan kepentingan kepada masyarakat.
Antara contoh bidang dan lapangan fardhu kifayah ialah kewajipan menuntut ilmu.
Maksud firman Allah SWT dalam surah al-Taubah (122):

Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi
berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di
antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam
ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya

74

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

(yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-
mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

c) Ibadah sunat muakkad ( sunat yang dituntut ):

Sunat muakkad adalah amalan sunat yang Nabi lazimkan sepanjang hayat dan
Baginda tidak pernah meninggalkannya. Merujuk kepada sunat yang sangat
digalakkan. Contohnya solat sunat muakkad pahalanya lebih besar berbanding
solat sunat yang tidak muakkad. Antara contoh sunat muakkad adalah solat
sunat seperti solat sunat hari raya, solat tahajud, tarawih dan witir.

d) Ibadah sunat ghaiyr muakkad(sunat yang tidak dituntut):

Sunat yang disyariatkan tetapi tidak dituntut seperti sunat muakkad. Jika dilakukan
akan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidak mendapat dosa, serta orang yang
meninggalkannya tidak patut dicela.Ia adalah ibadah sunat yang dilakukan oleh
Rasulullah SAW sekali-sekala dan baginda meninggalkannya dalam banyak
keadaan. Adapun sunat yang tidak muakkad ialah amalan sunat yang Nabi lakukan
tetapi kadang-kadang ditinggalkan.Contoh ibadah sunat ini ialah solat sunat empat
rakaat sebelum Asar, berpuasa pada hari Isnin dan Khamis pada setiap minggu dan
lain-lain.

2. Ibadah umum:

Perbuatan yang menghubungkan manusia dengan manusia ( hablumminannas )
iaitu segala perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Segala perkara
atau amalan selain daripada kumpulan ibadah khusus di atas yang dilakukan
semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Ini termasuklah seluruh perbuatan
manusia dalam kehidupan sehariannya.
Terdapat juga sesetengah daripada ulamak menambahkan ibadah ini kepada
beberapa lagi jenis ibadah.Lain-lain jenis ibadah itu ialah:

75

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

a) Ibadah Badaniah: tubuh badan seperti sembahyang, menolong orang dalam
kesusahan dan lain-lain.

b) Ibadah Maliyah : harta benda seperti zakat, memberi sedekah, derma dan
lain-lain.

c) Ibadah Qalbiyah: hati seperti sangka baik, ikhlas, tidak hasad dengki dan
lain-lain.

Semua amalan yang dilakukan oleh individu di dunia ini untuk faedah diri sendiri
atau keperluan keluarga, atau untuk faedah umum atau untuk makhluk lain adalah
termasuk dalam ibadah yang diterima oleh Allah jika ia memenuhi syarat-syarat
ibadah.

B. Muamalat

Maksud muamalat
Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan
dunia,dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-
menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya.

Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia
sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan
syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam .

Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan
semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di
akhirat. Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi, dilaut atau di dasar
adalah milik Allah s.w.t secara mutlak. Manusia disuruh memiliki harta yang di
sediakan oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di
anugerahkan kepadanya. Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah
sebagai pemegang amanah Allah s.w.t dan bertanggungjawab terhadap harta-harta
tersebut.

76

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Firman Allah S.W.T, yang bermaksud :

Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah di
merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah
s.w.t dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan
(maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya)

(Surah Al-Mulk Ayat 15)

Mencari harta kekayaan amat di galakkan oleh Islam,kerana harta merupakan alat
bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dengan
harta tersebut seseorang itu dapat memenuhi keperluan hidupnya di samping dapat
menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama.

Dalam mencari harta kekayaan,umat Islam di kehendaki menggunakan sebahagian
daripada hartanya pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk faedah bersama.

Manakala peraturan muamalat yang digariskan dalam Islam ialah:

a) Mencari harta kekayaan dengan cara yang baik dan diredhai oleh Allah
s.w.t.

b) Mengamalkan akhlak-akhlak yang mulia dalam menjalankan urusan
ekonomi dengan pihak yang lain seperti amanah, adil, jujur, tidak menipu
dan lain-lain.

c) Menjalankan sesuatu kegiatan ekonomi yang dapat memberi faedah
kepada seluruh manusia.

d) Semua kegiatan yang dijalankan hendaklah berteraskan keimanan dan
ketakwaan kepada Allah dan syariat Islam. Keimanan kepada Allah
merupakan banteng untuk menghalang seseorang daripada melakukan
perkara-perkara yang tidak diingini.

e) Semua kegiatan yang dijalankan bertujuan menjalinkan hubungan baik
sesama manusia. Kebaikan-kebaikan yang dilakukan semasa
menjalankan kegiatan secara ekonomi tidak langsung akan memupuk

77

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

semangat perpaduan dan persaudaraan sesame Islam dan yang bukan
Islam.

Prinsip-prinsip asas

Antara prinsip-prinsip asas yang memainkan peranan dalam membentuk peraturan
syariah dalam muamalat ialah:

Prinsip-prinsip Penerangan
Asas

Keharusan sebagai Status semua perkara selain daripada ritual adalah

Peraturan Umum dibenarkan sehingga bukti dikemukan bahawa perkara

tertentu dilarang.

Kesimpulan Kontrak Persetujuan bersama bermakna bahawa kontrak yang

dengan Persetujuan dimeterai oleh kedua-dua pihak hendaklah bebas daripada

Bersama sebarang unsur-unsur paksaan, penipuan, salah nyata

atau cara lain yang menyalahi undang-undang.

Pematuhan Kontrak Transaksi atau kontrak yang dibuat oleh individu-individu
dengan Maqasid al hendaklah selaras dengan maqasid al shariah.
Shariah

Prinsip Edaran Kekayaan dan harta harus diedarkan di kalangan orang
Kekayaan secara ramai dan dipindahkan secara aktif dari satu tangan ke
Meluas
satu tangan yang lain dalam bentuk perbelanjaan dan
pelaburan.

Prinsip Ketelusan Semua urus niaga kewangan perlu dijalankan dengan

dalam Urus niaga telus supaya semua pihak jelas mengenai semua fakta

Perdagangan penting termasuk terma-terma dan syarat-syarat urusan

mereka.

Adil dan Saksama Keadilan adalah prinsip umum shariah yang perlu

dalam Urus Niaga diamalkan dalam semua transaksi dan kontrak Islam.

78

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Larangan dalam Muamalat

Semua aktiviti ekonomi dibenarkan selagi aktiviti-aktiviti tersebut tidak melanggar
sebarang prinsip-prinsip syariah. Pendapat ini disepakati dengan sebulat suara oleh
kesemua empat mazhab utama (Hanafi, Maliki, Shafii dan Hanbali) bahwa semua
bentuk urusan perniagaan yang melanggar sebarang prinsip-prinsip syariah
dianggap tidak sah.

Prinsip-Prinsip Am

 Tidak dibenarkan membuat kontrak untuk menjual atau membeli produk-
produk yang haram seperti alkohol atau bahan-bahan haram yang lain. Nabi
Muhammad (saw) telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah
melarang penjualan arak, daging haiwan yang mati, babi dan berhala,"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

 Begitu juga, tidak dibenarkan membuat kontrak bagi mana-mana perjanjian
kewangan yang berasaskan riba (bunga atau faedah). Maksudnya: "Allah
telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba" (Al-Baqarah: 275)

 Kontrak yang melibatkan perjudian (maisir) adalah dilarang dalam Islam. 9

Maksudnya: "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang

khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar, dan ada pula

beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada

manfaatnya”. (Al-Baqarah: 219)

 Kontrak yang melibatkan unsur-unsur ketidakpastian yang besar (gharar
fahish) juga dilarang dan kontrak boleh dibatalkan. Maksudnya: "Wahai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta
kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya),

79

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di
antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu . " (An-Nisaa ': 29)

Unsur-Unsur yang Dilarang

1. Riba (Bunga atau Faedah)
Al-Jassas mentakrifkan riba sebagai pinjaman yang diberi untuk satu tempoh yang
ditetapkan dengan ditetapkan bayaran lebihan keatas principal yang mesti dibayar
oleh peminjam. Riba juga ditakrifkan sebagai satu peningkatan yang tidak
mempunyai pertimbangan yang sejajar dalam pertukaran harta untuk harta.

Larangan riba disimpulkan daripada ayat berikut:

Maksudnya: Orang-orang yang memakan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betul
melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyonghayang
kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka
mengkatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama saja seperti riba".
Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
Oleh itu sesiapa yang telah sampai kapadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya
lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu
(sebelum pengharaman riba) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah
kapada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu)
maka mereka itu ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah: 275)

Adalah jelas bahawa larangan mengenai riba mempunyai dua dimensi.Yang
pertama melarang menambah jumlah hutang/pinjaman yang perlu dibayar yang
dikenali sebagai riba duyun, manakala yang kedua, dalam sistem perdagangan
“barter”, pertukaran barang ribawi dari jenis dan asas yang sama ditukar dengan

80

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

kadar/nisbah tukaran berbeza yang dikenali sebagai riba buyu'. Ini boleh
diringkaskan seperti berikut:

Riba: Riba Duyun dan Riba Buyu’
Riba Duyun: Riba Qard dan Riba Jahiliyyah
Riba Buyu’: Riba Fadhl dan Riba Nasi’ah

a. Riba Duyun
Kenaikan yang tidak wajar ke atas wang yang dipinjamkan sama ada
dalam bentuk barangan atau wang tunai melebihi jumlah pokok.

i. Riba Qard :Pertambahan (faedah) ke atas jumlah pinjaman pokok
yang telah dipersetujui ketika kontrak dibuat.

ii. Riba Jahiliyyah: Faedah dikenakan ke atas peminjam bagi
pembayaran lewat atau kegagalan untuk membayar balik pinjaman.

b. Riba Buyu’
Dalam urus niaga perdagangan dan pertukaran, berlaku pertukaran yang
tidak sama ke atas komoditi ribawi yang jenis dan asas yang sama.

i. Riba Fadhl: Oleh kerana jumlah/kuantiti yang tidak sama rata
ii. Riba Nasi'ah: Oleh kerana lanjutan masa penghantaran

Nabi Muhammad (saw) bersabda, 'Emas akan dibayar dengan emas, perak dengan
perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, dan
garam dengan garam – sama jenis untuk sama jenis, seimbang untuk seimbang,
pembayaran yang dibuat dengan serta-merta. Jika jenis berbeza, ikut kehendak
anda menjualnya dengan syarat pembayaran dibuat dengan serta-merta. (Riwayat
Muslim)

81

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Dari hadith di atas, emas dan perak mewakili wang. Gandum, barli, tamar dan garam
mewakili barang makanan asasi.Barang tersebut dikenali sebagai barang ribawi.

Peraturan a:
Pertukaran antara bahan ribawi dari jenis yang sama (dan asas yang
sama) hendaklah menggunakan kadar yang sama berat, sukatan atau
jumlah dan penghantaran dan pembayaran mestilah dibuat pada waktu
yang sama.

 Jika pembayaran dan penghantaran barangan dibuat pada waktu yang
sama tetapi kadar berat, sukatan atau jumlah bahan yang ditukar tidak
seimbang, maka berlaku riba fadhl.

 Jika pembayaran dan penghantaran barangan tidak dibuat pada waktu
yang sama tetapi kadar berat, sukatan atau jumlah bahan yang ditukar
adalah seimbang, maka berlaku riba nasi’ah.

Peraturan b:
Pembayaran dan penghantaran di antara bahan ribawi dari jenis yang
berbeza dan asas yang sama perlu dibuat pada waktu yang sama,
walaupun mungkin dengan harga yang berbeza. Keseimbangan kadar
berat, sukatan atau jumlah barangan yang ditukar tidak penting.

 Jika bayaran dan penghantaran tidak dibuat pada waktu yang sama,
maka berlaku riba nasiah.

82

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

2. Gharar (Ketidakpastian)

Gharar atau ketidakpastian membuat transaksi tidak sah dalam Islam kerana ia akan
menyebabkan berlaku ketidakadilan kapada pihak-pihak yang terlibat.Ini adalah
disebabkan kuantiti dan kualiti yang dinyatakan dalam transaksi berkenaan tidak
ditetapkan dan tidak diketahui yang boleh menjadikan kontrak tidak sah atau boleh
batal.

Larangan gharar boleh disimpulkan dari ayat berikut:

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman. janganlah kamu makan (gunakan)

hartaharta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya)

kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara

kamu, dan jangan kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah

sentiasa Mengasihani kamu. " (An-Nisaa ': 29)

Larangan transaksi gharar disahkan dalam hadith berikut:

Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad (saw) melarang transaksi

yang ditentukan dengan membaling batu, dan transaksi yang melibatkan sebarang

ketidaktentuan. (Riwayat Muslim)

Gharar boleh dikategorikan seperti berikut:

a. Gharar Kecil (Yasir)

Gharar kecil tidak menyebabkan kontrak jualan cacat kerana tidak
memberi kesan kepada komponen-komponen utama (rukun atau
unsurunsur penting) kontrak dan syarat-syarat yang perlu bagi elemen-
elemen penting (contohnya syarat-syarat yang berkaitan dengan aset,
harga, bahasa yang digunakan dalam kontrak dan sebagainya)

83

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

b. Gharar Besar (Fahish)
Secara amnya, gharar besar adalah
 ketidakpastian yang terlalu nyata sehingga ia tidak boleh diterima, atau
 Ia terlalu kabur sehingga sukar dinilai.
Gharar besar menyebabkan kontrak tidak sah.

3. Maisir (Perjudian)

Maisir bermakna mendapatkan sesuatu dengan terlalu mudah atau memperolehi
keuntungan tanpa berusaha. Islam melarang segala bentuk perniagaan di mana
keuntungan kewangan diperolehi daripada mencuba nasib semata-mata atau
spekulasi dan bukan dari pekerjaan. Tidak seperti gharar yang boleh diterima pada
tahap tertentu, maisir tidak boleh diterima sama sekali.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan

pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah

(semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan.Oleh itu hendaklah kamu

menjauhinya supaya kamu berjaya. " (Al-Maidah: 90)

Konsep Kontrak dalam Muamalat

"Aqad" dari sudut bahasa bermaksud "ikatan" atau "simpulan". Ia boleh
diterjemahkan sebagai "kontrak".

Al-Barbati dalam kitabnya "Inayah 'ala Fath al-Qadri" mentakrifkan aqad sebagai:
"Hubungan yang sah di sisi undang-undang tercipta melalui gabungan dua
pengisytiharan dan wujud kesan perundangan ke atas perkara pokok yang
dimaksudkan".

84

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Unsur-unsur penting dalam aqad :

Unsur-unsur penting Penerangan

Sighah a. Ijab (tawaran)

ijab ditakrifkan sebagai ikrar - untuk membuat penjualan
harta dan mengesahkan penjualan tersebut.

b. Qabul (penerimaan)

qabul ditakrifkan sebagai ikrar yang disebut oleh pihak
kedua apabila menerima penjualan harta dan dengan itu,
perjanjian itu menjadi sempurna.

Aqidain (pihak-pihak Ia adalah syarat untuk kontrak yang sah bahawa pihak-

yang terikat dalam pihak berkaitan mempunyai keupayaan. Keupayaan

kontrak) adalah kualiti yang menjadikan seseorang layak untuk

mendapatkan hak-hak dan menjalankan tugas dan

tanggungjawab.

Ma'aqud Alaih a Perkara Pokok
Syarat-syarat yang perlu diambil kira menurut
perundangan Islam bagi subjek kontrak:
 Perlu wujud pada masa kontrak.
 Mesti dimiliki secara sah.
 Mesti memberi manfaat atau hasil yang penting bagi
pihak-pihak yang berkontrak.
 Perlu mempunyai nilai komersial dalam prinsip syariah.

85

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

b Harga / Balasan
Ditakrifkan sebagai nilai yang dijanjikan kepada pihak lain
apabila membuat kontrak.
Syarat-syarat untuk balasan yang sah:
 Wujud (mawjud)
 Dibenarkan (halal)
 Sah (sahih)
 Berharga (mutaqawwim)

JUAL BELI (AL-BAY’)

Pengertian
Bahasa : Pertukaran sesuatu dengan sesuatu yang lain.
Istilah syarak : Menukar harta atau benda yang mempunyai nilai mengikut cara-cara
tertentu yang diharuskan oleh syarak dengan lafaz ijab dan kabul

Hukum
Hukum asal jual beli adalah harus. Ini bertujuan bagi menyempurnakan
hajat manusia yang memerlukan sesuatu sebagai pemilikan. Syariat ini termaktub
dalam al-Quran dan al-Hadis. Malah, telah diakui oleh ijmak ulama.

a) Dalil al-Quran

Firman Allah s.w.t
“ … Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba….”
( Al-Baqarah : 275 )
86

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Rukun Jual Beli

a) Penjual dan Pembeli
· seorang yang baligh, berakal dan mampu menguruskan barangan dengan
baik; dilakukan atas kemahuan sendiri dan bukan secara paksaan dan bebas
membuat pilihan kecuali dalam kes yang melibatkan undang-undang
· penjual dan pembeli adalah dua orang individu yang berlainan
· beragama Islam bagi jual beli yang melibatkan al-Quran, al-Hadis dan kitab
yang mengandungi ayat al-Quran di dalamnya
· pembeli bukan seorang yang kafir harbi (yang boleh diperangi) jika barangan
yang dibeli adalah peralatan senjata.

b) Barang jualan
· hendaklah wujud dan boleh diserahkan semasa akad jual beli dilakukan
kecuali dalm jual beli al-Salam dan al-Istishna
· bersih dan suci;
· berfaedah menurut syarak dan bernilai menurut Islam
· kepunyaan penjual atau wakilnya;
· diketahui oleh penjual dan pembeli tentang kadar, jenis dan sifatnya.

c) Harga
· bayaran adalah bernilai atau laku dalam pasaran;
· bayaran jelas jumlahnya;
· bayaran adalah milik pembeli;
· bayaran boleh diserahkan kepada penjual walaupun secara hukum ( sah jual
beli dengan cek atau kad kredit )
· jenis matawang bayaran diketahui oleh penjual dan pembeli

d) Ijab dan Qabul
· Tawaran (ijab) hendaklah berterusan dan tidak diubah hinggalah
telah diterima (qabul);
· ijab dan qabul berlaku dalam satu majlis dan tidak wujud tempoh yang lama
antara kedua-duanya;

87

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

· ijab dan qabul tidak diselangi dengan percakapan atau perkataan lain yang
tidak berkaitan dengan akad;

· wujud persamaan ijab dan qabul walaupun berlainan lafaz;
· akad jual beli tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu yang tidak berkaitan

dengan akad;
· akad jual beli tidak boleh dihadkan untuk tempoh tertentu.

Bentuk – Bentuk Jual Beli

a) Jual beli yang dibenarkan :
 Bay’ al-Tauliah : menjual barangan yang dibeli dan telah diterima dengan
harga asal ketika dibeli tanpa keuntungan;
 Bay’ al-Isyraq : menjual sebahagian barangan yang dibeli dan telah dengan
sebahagian harga asal ketika dibeli tanpa keuntungan;
 Bay’ al-Murabahah : menjual barangan yang dibeli dan telah diterima
dengan harga asal ketika dibeli dengan tambahan keuntungan pada kadar
yang tertentu
 Bay’ al-Wadhi’ah : menjual barangan yang dibeli dan telah diterima dengan
harga asal ketika dibeli dengan diturunkan sedikit harga;
 Al-Sarf / Tukaran matawang : jual beli dua barangan yang kedua-duanya
dalam bentuk matawang;
 Bay’ al-Salam : jual beli barangan secara tempahan tetapi perlu bayaran
pendahuluan dan ada tempoh penyerahannya;
 Bay’ al-Istishna’ : jual barang yang belum wujud dan tidak memerlukan
mendahulukan dengan bayaran dan tempoh penyerahannya boleh ditentukan
dan boleh tidak ditentukan;
 Bay’ al-Wafa’ : kontrak jual beli dengan menjual harta tetap yang tidak boleh
dipindahkan kepada pembeli seperti tanah dan rumah.

b) Jual beli yang haram dan tidak sah :
 Jual beli barangan yang haram untuk kegunaan maksiat atau
keburukan. Contohnya, menjual patung berhala ataupun dadah.
 Jual beli yang mempunyai unsur perjudian. Contohnya, membeli sesuatu
barang sebagai pertaruhan untuk mendapat hadiah lumayan;
88

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

 Jual beli yang mempunyai unsur penipuan. Contohnya, menjual buah-
buahan yang diperagakan elok di bahagian atas tetapi buruk didalam serta
dibawahnya;

 Jual beli yang mengandungi dua akad (kontrak) dalam satu. Contohnya,
kita menjual kereta kepada seseorang dengan harga RM10,000 secara tunai
dan dengan harga RM2,000 secara ansuran selama setahun;

 Jual hutang dengan hutang. Contohnya, kita ada berhutang RM100 dengan
Ahmad. Pada masa yang sama, Borhan membayar hutang dengan kita
RM100. Kemudian, kita meminta Borhan membayar hutang kita sebanyak
RM100 itu kepada Ahmad;

 Jual beli barangan yang tidak sempurna hak milik. Contohnya, kita
menjual suatu barangan yang dibeli tetapi belum diserahkan barangan itu
kepada kita oleh pemiliknya;

 Jual beli barangan gharar, tiada kepastian dan tidak boleh diserahkan
kepada pembeli. Contohnya, menjual burung di udara atau ikan di lautan.

 Jual beli barangan yang belum wujud. Contohnya, menjual buah-buahan
putik yang masih dipokok atau anak lembu yang masih dalam kandungan;

 Jual beli barangan bersyarat. Contohnya, kita berkata “ aku jual keretaku ini
dengan syarat engkau jual kereta engkau kepadaku.”

c) Jual beli yang haram tetapi sah :
 Membeli atau menjual barang yang sedang dalam tawaran orang lain;
 Monopoli dalam jual beli. Contohnya, membeli barang dengan tujuan
menyekat orang lain membeli atau supaya orang lain tidak menjualnya;
 Jual beli hadir libad (orang bandar kepada orang desa), iaitu membeli
daripada orang yang tidak mengetahui harga sebenar, samada mereka dari
desa ataupun dari bandar;
 Jual beli tulaqqi al-Rukhban (memintas perdagangan), iaitu menyekat
penjual dari desa yang tidak mengetahui harga pasaran di tengah jalan untuk
membeli dengan harga yang murah;
 Jual beli najasy, iaitu membeli barang dengan tujuan orang lain terikut – ikut
membelinya hingga mereka mambayar dengan harga yang lebih tinggi;

89

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

 Membeli barangan yang halal untuk tujuan maksiat. Contohnya, membeli
ayam tetapi digunakan untuk memuja keramat;

 Jual beli sewaktu azan solat Jumaat (kepada mereka yang diwajibkan
solat Jumaat). Ia bermula daripada imam menaiki mimbar hinggalah selesai
menunaikan solat;

 Mengurangkan sukatan dan timbangan.

JUAL BELI SAHAM

Pengertian
Bahasa : berasal daripada perkataan arab sahm mempunyai pelbagai makna
antaranya ialah nasib atau bahagian seperti firman Allah s.w.t. dalam surah al-
Saafaat ayat 141:

“...dengan satu keadaan Yang memaksa) maka Dia pun turut mengundi, lalu
menjadilah ia dari orang-orang Yang kalah Yang digelunsurkan (ke laut)”

Istilah syarak : ialah sejenis tertibatan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat
pemilikan.

Menurut pandangan ahli-ahli ekonomi, saham dimaksudkan kepada dua perkara:

1. Bahagian tertentu pemodal sesebuah syarikat harta dan bahagian ini
mewakili sebahagian tertentu modal syarikat menerusi pemilikan skrip
saham bagi setiap pemodal. Ini dilihat sebagai suatu cara bagi
pengesahan hak miliknya dalam sesebuah syarikat.

2. Skrip saham atau dokumen yang sah yang diberikan kepada setiap
pemodal sebagai mengesahkan pemilikannya kerana setiap saham yang
diberi kepada pemodal memberikannya suatu hak dalam syarikat
mengikut peraturan yang selayaknya. Jumhur fuqaha’ muasirin
berpendapat bahawa Islam secara umumnya mengharuskan penerbitan
dan jual beli saham, dengan syarat tidak mengandungi unsur-unsur yang

90

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

haram seperti riba, gharar, perniagaan benda yang haram dan unsur-
unsur haram yang lain. Oleh itu, hukum sesuatu saham berbeza mengikut
sifat saham tersebut dan jenisnya

Hukum
Hukum urusniaga saham mengikut jenis aktiviti perniagaan sesuatu syarikat :

a. Syarikat yang aktivitinya halal. Hukumnya harus bermuamalah dengan saham
syarikat ini tanpa sebarang khilaf.

b. Syarikat yang aktivitinya haram. Seperti bank yang mengamalkan riba,
syarikat pembuatan arak dan sebagainya. Hukumnya haram secara ittifaq.

c. Syarikat yang aktivitinya syubhat. Syarikat yang mengeluarkan perkhidmatan
dan barangan yang halal, tetapi kadangkala bermuamalah dengan uruniaga
yang haram , seperti syarikat barangan elektrik, ubat-ubatan, kenderaan dan
lain-lain yang membiayai aktiviti syarikat dengan pinjaman ribawi atau
urusniaga yang melibatkan riba.Para fuqaha’ mu’asirin berselisih pendapat
tentang masalah ini kepada 3 pendapat :

i. Pendapat pertama : Haram bermuamalah dengan saham syarikat ini selagimana
tidak 100% halal.

ii. Pendapat kedua : Harus bermuamalah dengan saham ni tetapi dengan syarat,
berdasarkan kaedah fiqh dan nas yang terbina di atas asas memudahkan dan
mengangkat kesusahan

iii. Pendapat ketiga : Makruh

Rukun Saham :

i. pemegang saham
ii. pinjaman
iii. kadar tertentu daripada keuntungan syarikat

91

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Pelaburan Saham Menurut Pandangan Islam :

i. saham tersebut mestilah bebas daripada unsur riba'
ii. pelaburan saham bukanlah di dalam syarikat korprat atau perdagangan yang

berurus niaga dalam perkara-perkara haram
iii. saham yang dibeli mestilah tidak mempunyai unsur-unsur spekulasi

PINJAMAN ( AL-‘ARIYAH)

Pengertian

Bahasa : sesuatu yang dipinjam pergi kemudiannya kembali. Ia juga bermaksud
saling bertukar dan mengganti sesuatu.

Istilah syarak : bermaksud mengambil manfaat daripada sesuatu barang tanpa
membayar imbuhan. ‘Ariyah adalah kontrak memberi kebenaran kepada peminjam
untuk menggunakan manfaatnya sahaja dan bukannya untuk tujuan pemilikan.

Hukum Hukum pinjaman adalah harus selaras dengan dalil al-Quran, al- serta
ijmak ulama

al-Ariyah masih berada dalam konsep tolong menolong yang digalakkan dalam
Islam. Firman Allah s.w.t :

“ Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa dan
jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran” ( Al-Maidah : 2)

Konrak pinjaman merupakan perintah dan amalan Rasulullah s.a.w. sendiri semasa

hayat baginda. Antaranya, hadis diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah r.a. bahawa

Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Siapa yang mempunyai tanah,hendaklah ini hibah (memberikannya) atau

meminjamkannya.” (Riwayat Muslim)

92

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Rukun dan syarat sah al-‘Ariyah

Terdapat empat rukun dalam al-Ariyyyah iaitu :

a. Peminjam
b. Pemberi pinjaman
c. Barang pinjaman
d. Lafaz pinjaman

Secara amnya,suatu kontrak pinjaman akan tamat jika mengalami salah satu
perkara berikut:

a. peminjam memulangkan barangan pinjamannya
b. pemilik menuntut semula barangnya, walaupun tempoh pinjaman belum

tamat
c. salah satu pihak meninggal dunia
d. salah satu pihak hilang kelayakan seperti muflis, gila atau bodoh

HUTANG (AL-QARD)

Pengertian

Bahasa : pengasingan sebahagian dari sesuatu. Dalam aspek ini, seolah-olahnya si
pemberi pinjam telah mengasingkan sebahagian dari harta miliknya untuk diberi
pinjam kepada si peminjam yang akan mengembalikan semula kepada si pemberi
pinjam dalam tempoh tertentu

Istilah syarak : al-Qard ialah pinjaman yang dilakukan untuk sesuatu kegunaan
samada dari wang ringgit atau lainnya yang akan dipulangkan samada dalam bentuk
zat yang sama ataupun tidak.

93

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Al-Qard telah disyaricatkan melalui al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijmac. Selain “Ayat
Hutang” di atas masih ada ayat al-Quran lain yang menyentuh tentang al-Qard,
diantaranya firman Allah swt:

“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik iaitu

dengan mengeluarkan hartanya di jalan Allah, maka Allah akan melipatgandakan

balasan baik kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah-lah yang

menyempitkan dan melapangkan rezki dan kepadaNyalah kamu akan

dikembalikan.” (Al-Baqarah : 145)

Hukum

Hukum al-Qard bagi pemberi pinjam dan yang meminjam adalah bergantung kepada
keadaan mereka. Kadangkala hukumnya menjadi wajib dan Kadangkala menjadi
sunat dan lain-lain.

Hukum Al-Qard ke Atas Peminjam (Al-Muqrid)

a) Wajib
Memberi pinjam menjadi wajib sekiranya orang yang hendak meminjam dalam
keadaan terdesak untuk menyara hidupnya atau keluarganya dan si al-
muqrid adalah orang yang mampu untuk memberi pinjaman.

b) Haram
Haram ke atas al-muqrid memberi pinjaman kepada orang yang diyakini akan
menggunakan pinjaman tersebut untuk melakukan perkara yang haram seperti
menggunakan wang pinjaman untuk berjudi dan sebagainya.

c) Sunat
Pada umumnya, sunat memberi pinjam kerana perbuatan tersebut boleh membantu
menyelesaikan masalah mereka yang memerlukan.

94

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

d) Makruh

Hukum makruh akan terjadi dalam urusan memberi pinjaman sekiranya pinjaman
diberi tidak mengikut keutamaan orang-orang yang ingin meminjam dan juga
menjadi makruh jika diyakini bahawa orang yang meminjam akan membazirkannya.

e) Harus
Harus memberi pinjaman jika urusan tersebut bukan untuk membantu orang yang
berhajat tetapi hanya sekadar tujuan tertentu seperti memberi pinjaman semata-
mata supaya pinjaman tersebut terjamin keselamatannya jika diberi pinjam kepada
sesiapa yang boleh dipercayai.

Hukum Al-Qard ke Atas yang Meminjam (Al-Muqtarid)

a) Wajib
Meminjam sesuatu keperluan menjadi wajib jika pinjaman tersebut dilakukan untuk
menyelamatkan nyawa seseorang.

b) Haram
Haram ke atas seseorang yang ingin meminjam sesuatu untuk digunakan dalam
perkara yang haram.

c) Sunat
Disunatkan meminjam sesuatu keperluan jika perkara itu boleh mengurangkan
bebanan yang tertanggung.

d) Makruh
Makruh hukumnya jika meminjam sesuatu semata-mata untuk berlebih-lebihan
dalam sesuatu perkara.

e) Harus
Diharuskan meminjam sesuatu keperluan sekiranya berhajat dan hajat tersebut tidak
sampai ke tahap sunat atau wajib.

95

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Kontrak al-Qard ialah mendekatkan diri kepada Allah swt dan berbuat baik sesama
insan kerana manfaat pinjaman dirasai oleh al-muqtarid, sedangkan al-muqrid hanya
berjasa, berbakti dan berbuat baik kepadanya. Agama Islam sebagai agama yang
diterima oleh Allah swt dan yang bersifat al-kamal iaitu sempurna telah mengatur
sistem yang terbaik untuk menjayakan proses al-Qard. Sistem tersebut diatur
supaya tidak ada unsur riba dan rasuah yang diharamkan oleh Allah swt dan supaya
tidak ada keraguan, penipuan, penindasan, kezaliman dan sebagainya yang boleh
mencemarkan keimanan seseorang.

RIBA’

Pengertian Bahasa : ialah bertambah, lebih atau pertambahan. Apa yang
dimaksudkan sini adalah pertambahan modal.

Istilah syarak: Akad dan perjanjian tambahan bagi sesuatu pertukaran barang atau
nilai tertentu dengan sebab tangguh sama ada tidak diketahui persamaanya disegi
syara’ ketika akad atau diketahui persamaanya waktu akad dan sama ada
menangguhkan kedua tukaran itu atau salah satunya.

Hukum
Semua agama samawi dan syariat islam mengharamkan amalan riba.Hal tersebut
berdasarkan dalil nas al-Quran dan al-Hadis antaranya ialah:

“...Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul

melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang

kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka

mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba".

padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya

lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu

(sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah

kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu)

maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Surah al-Baqarah : 275 )

96

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

Jenis-Jenis Riba’

Menurut pendapat Imam Syafi’i, riba yang terdapat dalam konteks jual beli terbahagi
kepada tiga jenis:

 Riba al-Fadlu
 Riba Nasi’ah
 Riba al-Yady

Riba’ Al-Fadlu

Riba al-Fadlu ialah riba yang dibayar lebih kepada satu pihak dengan sebab
penukaran.Riba al-Fadlu juga jual beli yang disertai dengan tambahan dengan salah
satu jenis barang yang sama jenis.Contoh:jual beli sekilo gandum dibayar dengan
sekilo setengah gandum.

Riba al-Fadlu juga berlaku dalam jual beli duit dengan duit atau wang dengan wang,
atau makanan disamping ada pertambahan. Contohnya seseorang yang menjual
emas kepada seseorang hingga sesuatu tempoh tertentu dan dibayarnya dengan
emas dan tambahan perak. Riba seperti ini berlaku baik benda yang dijual beli
sama jenis atau berlainan jenis.

Pembentukan Riba’ Al-Fadlu.

Riba al-Fadlu secara umumnya berlaku dalam enam jenis benda iaitu:

 Emas.
 Perak.
 Hintah (biji gandum).
 Tamar.
 Garam.
 Gandum (tepung).

97

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
Pengharaman Riba’ Al-Fadlu

Ia diharamkan dengan berdasarkan Hadis dan Qiyas. Antara dalil Hadis ialah:


Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum,barli dengan
barli,tamar dengan tamar dan garam dengan garam sama banyak dengan tunai.
Apabila berlainan jenis pula bolehlah kamu jual sekehendak kamu asalkan tunai.

(Riwayat Muslim dan Ahmad)

Walaupun riba al-Fadlu selalunya terjadi dengan enam jenis barang seperti yang
tersebut tadi, namun dalam keadaan lain ia boleh dikiaskan dengan perkara berikut :

 Beras
 Gula
 Dan lain-lain

Oleh itu barangan yang mempunyai unsur riba tersebut boleh dijual dengan yang
sama jenisnya,seperti emas dengan emas berdasarkan tiga syarat:

 Hendaklah sama sukatan dan timbangan keduanya.
 Dengan tunai.
 Terima dalam majlis akad.
 Barangan jenis riba lain yang tidak sama jenisnya juga seperti gandum

dengan
 Dengan harga tunai.
 Terima dalam majlis akad.

98

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

SEWAAN (AL-IJARAH)

Pengertian

Bahasa : bermaksud jual beli manfaat. Ia merujuk kepada bayaran atau ganjaran
yang diberikan kepada orang yang melakukan sesuatu kerja. ini juga termasuklah
upah, sewa atau imbuhan.

Istilah : al-ijarah bermaksud kontrak untuk mendapatkan manafaat daripada sesuatu
barangan tertentu dengan bayaran tertentu.

Hukum
Hukum al-jarah atau sewaan adalah harus. Jumhur ulama mengharuskannya
berpandukan kepada dalil al-Quran dan al-Hadis.

Firman Allah s.w.t.:

“ jika mereka menyusukan anak untuk kamu, berikanlah upah kepada mereka.”
( al-Talaq : 6)

Banyak hadis berkaitan amalan perintah Rasulullah s.a.w. yang menunjukkan
keharusan sewa. Antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Ibn. Abbs r.a.

“ Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berbekam dan memberikan upah kepada
pembekamnya “.

(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Jenis-jenis Sewaan

Sewaan ada dua jenis, iaitu :

1. Ijarah zimmah : Ialah menyewa sesuatu yang belum ada di hadapan mata
sewaktu akad. Sewaan jenis ini diisyaratkan tunai pembayarannya dan
menerimanya pada majlis akad.
99

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM

2. Ijarah ain : Ialah menyewa / mengupah sesuatu yang sudah ada di hadapan
mata sewaktu akad.

Hikmat-hikmatnya
Di antara hikmat-hikmat sewa menyewa dan upah mengupah ialah :

 Memberi kemudahan kepada orang-orang yang tidak memiliki sesuatu barang
mendapat faedah daripadanya.

 Menambah kelapangan bagi tuan ampunya barang dengan beroleh bayaran
sewanya.

 Mengeratkan perhubungan di antara satu sama lain.
 Supaya anggota masyarakat mendapat kemudahan dan kesenangan hidup.
 Menggalakkan pihak-pihak yang mampu supaya sentiasa memberi

kemudahan kepada pihak-pihak yang kurang mampu.

Rukun dan syarat sah al-ijarah

Terdapat lima rukun al-ijarah iaitu :

 Pemberi sewa, mereka dipanggil dengan istilah mu’jir, iaitu orang yang diberi
bayaran atau yang diupah

 Penyewa, mereka juga dipanggil dengan istilah musta’jir iaitu orang memberi
bayaran atau upah

 Manfaat atau perkhidmatan
 Bayaran atau upah
 Sighah iaitu ijab dan qabul

Contoh
Setiap barang yang sah dijualbeli, mendatangkan munafaat dan kekal zatnya,
sahlah dipersewakan ; dan setiap mereka yang sah melakukan urusan jualbeli,
sahlah bagi mereka menjalankan urusan sewa menyewa ini. Supaya lebih terang,
cara sewa menyewa dan upah mengupah,

100


Click to View FlipBook Version