MARA KNOWLEDGE CENTRE Projek Biblioterapi MARA Sinopsis: Catatan hati warga MARA, menghargai organisasi yang menjadi periuk nasi serta wadah ilmu dan penyumbang kepada anak bangsa. Nukilan oleh 28 orang warga MARA yang menceritakan kisah MARA membantu insan dalam peningkatan diri ke tahap kehidupan yang lebih baik.
Cetakan 2023 Penerbitan © Majlis Amanah Rakyat Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan ulang cetak mana-mana bahagian, isi kandungan dan ilustrasi dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tanggungjawab hak cipta tidak ada kena mengena dengan penulisan yang terkandung di dalam buku ini. Penerbit dan penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang maklumat yang disalahgunakan. Penaung Dato’ Sri Azhar Abdul Manaf Penasihat Rohayah Mohd Zain Nor Zaini Abu Kassim Ketua Editor Zuliana Haslinda Anhar Zubir Hjh. Rahmah Saad (Big M Resources) Editor & Penyelaras Zurina Abdul Aziz (MKC) Ustaz Asri Hassan (Presiden AKRAB) Grafik Nooroha Buang Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-penerbitan Jasa MARA Kepadaku /MARA Knowledge Centre, 2023 ISBN: 978-967-2264-18-7 e-ISBN: 978-967-2264-24-8 1. Motivation -- Self Consciousness 2. Bibliotherapy -- MARA -- Anecdotes 3. Majlis Amanah Rakyat -- Officials and employees -- Anecdotes 4. Government publications -- Malaysia I. Judul II. Biblioterapi MARA BF575.S4 Diterbitkan oleh: MARA Knowledge Centre Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA, 21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Perpustakaan Negara Malaysia Rekod katalog untuk buku ini boleh didapati dari Perpustakaan Negara Malaysia ISBN 978-967-2264-18-7 (hardback) Dicetak oleh: Firdaus Press, 28, Jalan PBS 14/4 Taman Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor
i Sekapur Sirih Ketua Pengarah MARA Dato’ Sri Azhar Abdul Manaf Ketua Pengarah MARA Assalamualaikum wbt. dan salam Malaysia Madani Alhamdulilah syukur ke hadrat-Nya akhirnya sebuah buku yang merakamkan penghargaan kepada organisasi berjaya diterbitkan. Buku Biblioterapi JASA MARA KEPADAKU merupakan manifestasi apresiasi warga kerja kepada sebuah organisasi yang telah merubah dan membentuk kehidupan seseorang individu malah secara makronya sebuah keluarga, masyarakat dan negara. Nukilan yang terkandung dalam buku ini adalah bukti utuh bahawa MARA adalah sebuah organisasi yang begitu signifikan dalam menjunjung amanah negara terutamanya dalam melahirkan modal insan yang bukan sahaja mampu mengubah mobiliti sosial seseorang individu malah telah memacu kemajuan sesebuah negara. Buku ini telah membuktikan MARA masih signifikan dan sangat relevan dalam merealisasikan impian dan aspirasi negara. Secara peribadinya saya sangat bangga dan bersyukur menjadi sebahagian daripada penggerak kepada kejayaan setiap anak bangsa melalui peranan MARA. Setiap nukilan yang dihasilkan menjadi penanda aras bahawa MARA bukan sahaja telah menjunjung dan melaksanakan amanahnya sebagaimana yang telah dimaktubkan sejak bergelar RIDA malah lebih jauh lagi MARA telah menjadi sebahagian besar perealisasi aspirasi negara dalam melakar kejayaan di peringkat lokal mahupun global. Hakikatnya kewujudan MARA telah mengubah lanskap mobiliti sosial bangsa dan negara. Budaya mengenang budi dan jasa ini perlu digembur suburkan dalam kalangan warga MARA kerana ianya akan menjadikan kita sebagai insan-Nya yang tahu menghargai dan mensyukuri setiap yang diperolehi dalam kehidupan. Budaya ini perlu disemai seawalnya agar kita tidak menjadi mereka yang terlambat dalam menghargai budi jasa yang menyumbang kepada kenikmatan dalam hidup kita. Zahirkan penghargaan dan kesyukuran melalui perkhidmatan yang berkualiti dan berintegriti. Teruslah menjunjung dan menggalas amanah ini demi kelangsungan kemajuan sebuah negara madani yang lestari. Jasa Dikenang Teladan Dicanang Innovate Yourself Innovate Your life
ii Prakata Penasihat Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah melimpahkan rahmat-Nya maka Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif (BITK) telah melahirkan buku seterusnya hasil daripada Projek Biblioterapi MARA yang ketiga bertajuk JASA MARA KEPADAKU selepas Hikmah Saat Aku Diuji serta Bangkit dan Berlari. Pada tahun 2021 bermulanya pencarian barisan penulis dalam kalangan warga MARA yang sanggup berkongsi pengalaman dan perasaan semasa mengharungi ujian serta musibah ketika badai Covid-19 melanda. Tanpa pengalaman dalam ilmu penulisan, kemahiran menulis diasah hasil bimbingan Hajah Rahmah binti Saad yang berpengalaman lebih 50 tahun dalam dunia penerbitan buku. Kelahiran buku pertama yang bertajuk Hikmah Saat Aku Diuji telah melahirkan 15 orang penulis warga MARA berkongsi ketabahan hati mengharungi ujian Covid-19. Pengalaman yang dikongsikan dapat memberi kelegaan kepada penulis serta pembacanya. Malah, ia telah terbukti memberi kelegaan emosi melalui ujian DASS-21 yang dilaksanakan menunjukkan keputusan yang positif. Kelahiran bayi sulung iaitu Hikmah Saat Aku Diuji bersama 15 orang penulis telah mendorong BITK meneruskan penghasilan buku Projek Biblioterapi MARA kedua berjudul Bangkit dan Berlari. Penghasilan karya tersebut menampilkan 23 orang penulis dalam kalangan warga MARA dicetak pada November 2022. Lembaran kisah insan yang mengharungi ujian pahit getir hidup dengan hati yang cekal, namun tetap bangkit dan berlari menghadapi hari esok. Keperluan menghasilkan buku-buku berbentuk biblioterapi ini disokong dengan peningkatan statistik penghidap masalah mental. Pada 18 Jun 2022, Setiausaha Agung Persatuan Bangsabangsa Bersatu (PBB), Antonio Gutteres menyatakan hampir 1 billion penduduk dunia mengalami masalah mental. Natijahnya, isu kesihatan mental menjadi antara punca utama yang menjejaskan kesejahteraan fizikal dan sosial seseorang individu. Bukan itu sahaja, isu kesihatan mental dan tekanan emosi dalam kalangan rakyat perlu dipandang serius berikutan ia memberi pelbagai kesan buruk kepada negara. Isu kesihatan mental yang kini melibatkan pelbagai lapisan masyarakat merangkumi semua domain iaitu biologikal, psikologikal, sosial dan spiritual. Penerbitan buku ini merupakan satu lagi strategi untuk mengurus permasalahan yang sangat mendesak ini. Penghasilan buku daripada Projek Biblioterapi ini juga sangat besar ertinya kepada pelajar dan pegawai MARA yang bekerja dalam bidang berkaitan. Alhamdulillah dengan lahirnya buku ketiga bertajuk JASA MARA KEPADAKU
iii ini bersama 28 orang penulis, maka bertambahlah bilangan buku Projek Biblioterapi MARA. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada jawatankuasa dan barisan penulis yang bertungkus-lumus dalam menghasilkan karya serta penulis blurb yang sudi meluahkan pandangan seikhlas hati terhadap karya ini. Usaha sebegini seharusnya diberi sokongan dan dipergiatkan lagi dalam kalangan warga MARA. Akhir bicara, saya berharap dan berdoa mudah-mudahan penghasilan buku ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita semua. Nor Zaini Abu Kassim Pengarah Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif MARA
iv Prakata Ketua Editor Zuliana Haslinda Anhar Zubir Timbalan Pengarah I Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif MARA Assalamualaikum wbt. Warga MARA yang dikasihi, Alhamdulillah buku Biblioterapi MARA 3 berjaya diterbitkan dengan tema ‘JASA MARA KEPADAKU’ bagi meneruskan usaha memelihara kesejahteraan emosi warga MARA dan mencungkil bakat penulisan kreatif yang menepati konsep biblioterapi atau terapi buku. Biblioterapi merupakan terapi ekspresif yang melibatkan pembacaan khusus dengan tujuan untuk mengubati jiwa. Ia menggunakan hubungan individu dengan kandungan buku sebagai terapi penyembuhan. Biblioterapi kebiasaannya digabungkan dengan terapi menulis. Menurut kajian oleh team Biblioterapi MARA ke atas 50 orang sampel, didapati teknik biblioterapi terbukti berkesan dalam menurunkan kesan depresi awal (2.9%), anxiety/ kegelisahan (17.1%) dan stress/ tekanan (14.2%) dalam kalangan warga kerja MARA. Buku ‘JASA MARA KEPADAKU’ mengenengahkan elemen kesyukuran, motivasi dan kasih sayang bagi memberi ruang perkongsian kisah yang menarik oleh warga MARA. Pembaca yang hanyut dalam penghayatan karya kreatif mampu membantu mengurangkan tahap kemurungan, menemukan semula kemahiran sosial yang kian pupus, memaknakan setiap emosi dengan tepat dan menerbitkan empati. Selain daripada membawa kita jauh ke ‘suatu dunia lain’, karya kreatif ini menyediakan kita peluang mengenali dan menangani berbagaibagai situasi, konteks dan personaliti. Timbulnya empati terhadap nasib rakan-rakan yang sama-sama berjuang
v untuk terus hidup dengan cabaran masingmasing. Diharapkan hubungan antara warga MARA akan lebih erat dengan saling memahami di antara satu dengan lain. Di samping itu, diharapkan kisah yang dikongsikan dapat meningkatkan motivasi diri untuk memberikan yang terbaik kepada organisasi keramat ini. Tidak dinafikan, aktiviti menulis dengan berkongsi pengalaman juga membawa kesan positif kepada penulis. Menulis bukan sekadar meluahkan kata-kata, atau menerbitkan segala emosi yang terpendam dalam lubuk hati. Menulis bukan untuk menyerlahkan diri supaya diiktiraf dan dipuji tetapi mempunyai misi yang sangat tinggi. Kerja menulis merupakan suatu amanah yang tergalas di pundak sebagai seorang khalifah di muka bumi. Hal ini termaktub dalam Surah as-Syu'ara' Ayat 224-227 yang memperlihatkan kepentingan tanggungjawab sebagai seorang penulis yang bermaruah dan diberkati Ilahi. Melalui biblioterapi, karya yang terhasil dapat menumbuhkan tafsiran dan renungan untuk pembaca. Penulis yang berkarya dengan perkongsian ilmu dan pengetahuan yang dimiliki, akhirnya membawa kelegaan dalam sanubarinya dan meresap ke jiwa pembaca. Ini dapat membantu meningkatkan kesihatan mental penulis dan juga pembaca. PRINSIP Malaysia MADANI iaitu kemampanan, kepercayaan, rasa hormat, inovasi dan keperihatinan adalah semua komponen penting berkaitan kesihatan mental. Kepercayaan juga penting untuk individu berasa selesa bagi mendapatkan bantuan dan melibatkan diri dalam rawatan. Rasa hormat adalah perlu untuk individu berasa dihargai dan didengari apabila membincangkan kebimbangan mengenai kesihatan mental. Inovasi menjamin agar perkhidmatan kesihatan mental kekal terkini dengan penyelidikan dan rawatan moden yang tersedia. Akhir sekali, keprihatinan adalah penting agar individu berasa disokong dan difahami sepanjang perjalanan mereka ke arah kesihatan mental yang lebih baik. Melihat kepada impak positif Projek Biblioterapi MARA sejak tahun 2020 terhadap kesihatan mental, diharapkan warga MARA dapat terus bersamasama memelihara kesejahteraan emosi dan kekal menjadi positif walau apa pun cabaran yang datang. Luahkanlah perasaan melalui medium yang tepat dan bantulah rakan-rakan yang memerlukan sokongan. Berkhidmatlah seikhlas hati untuk organisasi MARA yang disayangi. Semoga usaha kita menjadi ladang pahala yang subur dan tidak putus-putus hasilnya. Kenanglah tempat kita mencari rezeki ini dengan memori yang manis. Ingatlah selalu JASA MARA KEPADAKU yang membentuk siapa diriku sekarang. #jasaMARAkepadaku #biblioterapiMARA #MARAmembaca #MARAmenulis #innovateyourself #innovateyourlife
vi Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah segala pujian hanya layak bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan seluruh umat Islam di seluruh dunia. Jutaan kesyukuran pada Allah SWT atas ilham dan pertolongan dalam penghasilan buku Biblioterapi MARA yang ke-3, dan terima kasih kepada Pengurusan MARA serta semua jawatankuasa di Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif kerana tidak pernah jemu menyokong penghasilan buku ini. Buku JASA MARA KEPADAKU adalah nukilan penghargaan dan ucapan terima kasih warga MARA terhadap organisasi yang menjunjung amanah rakyat. MARA memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap profesionalisme dan kualiti ilmu dalam diri warga bumiputera. Bantuan yang diterima telah membangkitkan jati diri anak bangsa untuk terus melakar kejayaan. Perpustakaan MARA akan terus berperanan menjadi platform ilmu pegetahuan dan membawa kegembiraan kepada komunitinya. Justeru, MARA Knowledge Centre menjadi wadah ilmu kepada kakitangan Ibu Pejabat MARA dan Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang lain. Diharapkan buku ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang membacanya, bahawa selagi berkhidmat selagi itulah kita menghargai. Selaku AKRAB MARA yang berdaftar di bawah JPA, peranan membimbing dan mendidik diteruskan untuk kesihatan emosi dan mental. Buku JASA MARA KEPADAKU juga adalah mengenang saat gembira bersama MARA dan jasa-jasa yang ditaburkan oleh MARA kepada insan-insan yang terpilih oleh Allah SWT seterusnya membangkitkan rasa syukur yang tidak terhingga. Lupakan saat duka tetapi kenanganilah saat manis bersama agar kita tetap menjadi insan yang tidak kufur tetapi bersyukur. Perbuatan yang baik pasti akan memperolehi kebaikan. Tahniah kepada semua penulis yang berjaya berkongsi pengalaman dan menukilkan pengalaman dalam warkah yang cukup berharga ini. Fikirkan perkara yang baik dan ucapkan perkataan yang baik. Prakata Zurina Abdul Aziz Pustakawan MARA Knowledge Centre Penyelaras
vii JODOHKU BERSAMA MARA SHEREEN NASIR REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT ZULIANA HASLINDA ANHAR ZUBIR DIPLOMA INSTITUT MARA LOW STANDARD! HAIZAN RUNSAH MARA NAMPAK AKU! HANA ENG CINTAKU SEMAKIN MEKAR MOHD HANAFI AHMAD KAMAL KISAH TENTANG DIA NORAZALIANI MOHD JOHAR AKU, MARA DAN SESUATU PUTRI HIDAYATUL ISTIQAMAH HUSAIN BERSAKSI DAUN MAPEL MASFUFAH AB RAHIM MARA SENTIASA DI HATI KHALIJAH DOLLAH JALAN YANG TIDAK DIPILIH RAJA BALKISH MASTURA RAJA YUSSOF AKAN KUGENGGAM BARA API NURULASYIQIN IKHWAN NASIR MARA DI HATI ANAK PEDALAMAN NOORHIDAYU MOHD NORDIN REZEKIKU BERSAMA MARA NOOR ASMIDA MOHD SALEH KEMANISAN DI SEBALIK KESABARAN NURSYAMIMI FAURUDDIN NAFAS BARU SITI GHUZAIMAH MOHD GHAZALY KEMBARA INSAN MENCARI HAKIKAT ILMU DR MOHD ILMAN CHE ABDULLAH GRACIAS MARA SALEHA YUNUS PHD KECIL TETAPI SIGNIFIKAN DR. AZWANI ISMAIL TAKDIR YANG INDAH SITI ROSLINA MOHAMMAD ZAIN BERDIRI KERANA MARA Ir. MOHD HANAFI MOHD ESA JASAMU TIDAK TERBALAS DR FAZLINA MOHD SANI IMPIAN AMELIA DR AMELIA ISMAIL CITA-CITA MENJADI REALITI AMEIZZA ABDUL WAHAB TRAVELOG PHD SEORANG PENULIS ARTIKEL DR SALPIAH SURADI TINTA KASIHKU BERSAMA MARA DR HASNAN MD ARIS SYUKUR ZURINA ABD AZIZ PELUANG KEDUA MENGEJAR MIMPI ARIF SAN MARA PENYAMBUNG NYAWA CHE PIA CERITA Kandungan 1 9 19 25 103 113 119 127 133 141 147 155 163 173 183 191 199 29 35 41 47 53 63 71 79 85 91 97
viii Sabda Rasulullah SAW Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri yang banyak. Firman ALLAH Sesungguhnya jika kamu bersyukur, Kami pasti akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih. Surah Ibrahim : 7
ix Pautan Ujian DASS-21 (Pre-Test) https://bit.ly/predass21 Pautan Ujian DASS-21 (Post-Test) https://bit.ly/postdass21 Para Pembaca boleh menjawab soalan Pre-Test DASS-21 yang disediakan untuk melihat tahap emosi pembaca sebelum membaca buku ini. Sila Scan Pre-Test Ujian DASS-21 Para Pembaca digalakkan untuk menjawab soalan Post-Test DASS-21 untuk melihat perbezaan emosi pembaca selepas membaca buku ini. Sila Scan Post-Test Ujian DASS-21
x Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan.
1 “I still remember the novel you taught us in class. Since then, I’ve enjoyed reading. When I was asked who my inspiration was, I thought of you. Teacher, may I call you sis?” Jika kata-kata yang diungkapkan pelajar-pelajarku boleh dibukukan, mungkin terhasil sebuah novel kisah suka duka dan tidak kurang juga yang lucu, sepanjang bergelar guru MARA. Pengalaman 21 tahun menjadi guru, sukar dilupakan. And I owe it all to MARA. Semuanya bermula 35 tahun yang lalu, ketika aku menjadi pelajar di MRSM Taiping. Di situlah aku mengenali MARA, disitulah aku menjadi anak MARA. 2 orang kakakku telah mendahului aku di situ sehingga menjadikan aku teringin benar mengikut jejak langkah mereka. Entah bagaimana, ibu kami berjaya memasukkan kami semua di tempat yang sama. Walaupun bertuah mempunyai 2 orang kakak namun aku mampu berdikari dan menjalani hidup aku sendiri. Sememangnya tinggal di asrama mencabar pada awalnya tetapi menyeronokkan. Bertemu kawan-kawan yang serasi denganku dan guru-guru yang hebat antara faktornya. Sayangnya, selesai tingkatan 3, aku terpaksa meninggalkan Taiping JODOHKU SHEREEN NASIR BERSAMA MARA
2 JODOHKU BERSAMA MARA kerana MARA berhasrat menjadikan MRSM Taiping pusat kecemerlangan. Maka pelajar yang tidak menepati syarat selepas SRP diarahkan berpindah. Ini memaksa batch kami untuk ke MRSM yang lain. Hanya rakan-rakan yang cemerlang dalam peperiksaan SRP yang tinggal. Pada ketika itu, hidup ini aku rasa tidak adil. Vibe di Muar jauh berbeza dengan Taiping. Pergaulan pelajarnya lebih mesra. Aku yang tidak banyak bergaul dengan pelajar lelaki, lambat laun belajar menjadi part of the crowd. Antara kenangan yang sukar dilupakan ialah apabila aku menang tanpa bertanding untuk jawatan Setiausaha Badan Wakil Pelajar (BWP). Menggalas tanggungjawab yang besar di maktab diiringi pelbagai pengalaman, sama ada di Taiping mahupun di Muar, sesungguhnya mendewasakan aku. Sepanjang 5 tahun dibesarkan dalam sistem MARA, aku didedahkan dengan budaya dan suasana yang mendekatkan aku dengan Allah dan mendorong aku untuk menjadi anak Melayu yang berjaya. Peluang tinggal di luar bandar pula sangat berharga bagi gadis yang berasal dari KL ini. Oleh itu, aku berterima kasih kepada MARA kerana mencorakkan zaman remajaku. Sedari kecil aku suka berangan menjadi seorang guru. I loved English, suka menulis dan aku sangat minat membaca novel. Namun selesai SPM, aku masih memikirkan hala tuju aku. Menjadi guru bukanlah pilihan. Aku lebih berminat bidang psikologi. Allah Maha Mengetahui, semasa menunggu keputusan SPM, aku ditawarkan untuk menghadiri kursus Intensif Bahasa Inggeris sebagai program persediaan pra universiti. Berkampunglah aku di MARA Language Academy (MLA) di Cheras selama 5 bulan bersama-sama pelajar dari pelbagai MRSM. Sememangnya one of the best courses yang pernah aku hadiri. Apa tidaknya, hanya subjek Bahasa Inggeris yang dipelajari! Pada suatu hari, cikgu mengumumkan bahawa pelajar-pelajar yang berminat menduduki peperiksaan TOEFL dibenarkan keluar dari kelas. Aku antara yang mengangkat tangan dan tanpa sebarang persediaan, bergegas ke bilik peperiksaan. Sejujurnya aku hanya ingin menguji tahap Bahasa Inggerisku. Selang beberapa minggu, keputusan peperiksaan diterima. Aku disenarai pendek untuk menghadiri temuduga untuk menjadi guru Bahasa Inggeris dan pada detik itu aku nekad untuk memilih profesion perguruan. Apabila ditanya ke mana aku berminat untuk sambung belajar, jawapan aku Amerika.
3 JODOHKU BERSAMA MARA Namun tanpa diduga, jodohku bertemu England. Aku ditawarkan untuk mengambil TESOL di University of Warwick, United Kingdom bawah tajaan MARA. I was on my way to become a teacher. Enam tahun di UK (dua tahun dalam program matriculation dan empat tahun mengambil degree) penuh dengan sejuta kenangan. Sekali lagi MARA masih bersamaku. Ditemani 14 rakan dari Malaysia, kami meniti perjalanan untuk menggenggam segulung ijazah. Kehidupan di UK sememangnya penuh liku. Di situ kami belajar mengatasi cabaran dan mencipta memori yang antaranya kekal segar dalam ingatan. Persahabatan yang bermula berabad yang lalu masih setia terjalin. Benarlah, friendships can last for a lifetime. Kenangan yang tidak dapat aku lupakan ialah apabila aku menjadi sirih yang pulang ke gagang dan membuat praktikal mengajar di MRSM Taiping ketika tahun ketiga kami di universiti. Alangkah indahnya pada saat itu. 3 bulan di Taiping dan dapat pula bertemu dengan guru-guru yang masih mengajar di situ. Pensyarah kami dari UK turut hadir untuk membuat observation. Saat yang menggerunkan tetapi kami berjaya melakukannya. Yang pasti, menjadi cikgu praktikal amat menyeronokkan kerana semua pelajar suka cikgu baharu! Alhamdulillah, kami grad setahun kemudian pada bulan Julai 1999, pada musim panas di UK. Sekali lagi, terima kasih kepada MARA kerana memberi peluang untuk aku belajar di luar negara. Sememangnya the best time of my life! Semasa belajar di University of Warwick
4 JODOHKU BERSAMA MARA Baru sebulan mendarat di tanah air aku telah menerima arahan untuk posting pertama. Aku guru tindikan MARA, justeru perlu mengajar di MRSM. Pada 26 Ogos 1999, aku mula berkhidmat dan menjadi guru MARA di MRSM Beseri. Pertama kali ke Perlis, dengan ditemani ibu dan bakal suamiku, kami menaiki Kereta api Tanah Melayu (KTM) dari Kuala Lumpur dan bermulalah riwayat hidupku sebagai seorang guru. Walaupun aku masih guru yang mentah, aku diminta mengajar pelajar-pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Mungkin pada ketika itu pembelajaran lebih pada ulang kaji, aku tidak terlalu stres. Beseri pula merupakan pekan yang kecil dan persekitarannya membuatkan aku tenang dan indah sahaja. Aku tiada kenderaan dan perlu bergantung harap pada teman serumahku yang juga seorang warden. Dengan motor yang dipandunya, aku dibawa berjalan (selalunya untuk mencari makan) dan di situlah aku mula belajar memakan ulam! Namun, bahagiaku di Beseri tidak lama kerana tuntutan peribadi menyebabkan aku mengisi borang pertukaran. Hanya setelah 3 bulan di Perlis, aku dapat bertukar ke MRSM Muadzam Shah, Pahang dan melapor diri pada Januari 2000. Muadzam, pekan yang lagi kecil daripada Beseri, menjanjikan kehidupan yang lebih sunyi. Namun sebagai guru MRSM, hidup aku sentiasa sibuk dengan aktiviti. Rumah ku yang hampir sepelaung dari maktab memudahkan aku ke tempat kerja dengan hanya berjalan kaki dan tidak hairanlah jika aku juga berada di pejabat pada waktu malam. Aku gembira mengajar di MRSM tetapi jodohku bersamanya hanya bertahan setahun. Pada bulan Januari 2001, aku berpindah lagi mengikut suami dan melangkah ke KPM Indera Mahkota di Kuantan. Diploma in English Communication (DECOM) pada ketika itu, program yang amat stimulating dan bertemu pelajar lebih dewasa memberi cabaran baharu. Kerana usiaku yang muda, aku senang bergaul dengan pelajar. Pada saat itu, aku mula menyayangi kerjayaku dan juga pelajar-pelajarku. DECOM pula suatu program yang menuntut aku untuk mendalami pelbagai topik walaupun masih berpayung di bawah subjek English. Ia sangat mengujakan! Di samping itu, bekerja dalam sistem MARA menyedarkan aku tentang tanggungjawab mendidik anak bangsa. Keinginan untuk melihat pelajarpelajar aku berjaya menjadi fokus utamaku. Aku sentiasa berusaha mencari jalan terbaik bagi menarik minat pelajar aku untuk belajar. Aku pastikan mereka berasa selesa di dalam kelas. Aku bukan sahaja English Teacher tetapi juga selaku confidante mereka. Namun
5 JODOHKU BERSAMA MARA begitu, adakalanya aku berjaya dan adakalanya ada keadaan yang menuntut kesabaran yang amat tinggi. Aku mula berasa mengajar pelajar Diploma tidak semudah yang aku sangkakan. Walaupun begitu, apabila sebahagian pelajar DECOMku menyambung pengajian untuk menjadi guru, aku amat berbangga terutama apabila aku dikatakan sebagai pendorong mereka. Sekali lagi, aku terhutang budi kepada MARA, pada kali ini kerana memberikan aku peluang to make a difference in my students’ life. Terima kasih MARA. 6 tahun kemudian aku pulang ke kampung halamanku di Kuala Lumpur kerana berpindah mengikut suami. Pada kali ini jodohku bersama Kolej MARA Banting (KMB) pula. Di situ aku mengajar program Diploma in International Baccalaureate (IB). Berhadapan dengan pelajar-pelajar yang cemerlang dan sangat motivated untuk menyambung pengajian ke luar negara, menjanjikan cabaran yang lain. Sekali lagi, aku terpaksa bekerja keras untuk mencapai standard pengajaran yang menepati pelajar-pelajarku. Pendek kata, menjadi guru tidak pernah membosankan. Aku komited dan bermotivasi untuk mengajar. Pelajarpelajarku menjadi sebab utama aku sukakan kerjayaku sebagai guru. Mereka adalah jiwa dan pembakar semangatku. Begitulah kesan mengajar ke atas aku dan ia pengalaman yang sangat aku hargai. Jika dilihat kembali, antara banyak tempat aku mengajar, KMB yang paling lama dan amat istimewa . Saban tahun aku berpeluang mengenali pelajar demi pelajar dengan pelbagai karakter. Aku bebas menggunakan kreativiti dalam membentuk dan menyusun bahan mengajar. Aku berpeluang mengajar a bit of literature, my favourite subject! Walaupun ada segelintir pelajarku yang tidak suka membaca tetapi hasil pengaruh aku, mereka berjaya tertawan dengan buku, apatah lagi menghabiskan satu novel! Aku juga dihantar berkursus ke luar negara, sekali di Melbourne dan beberapa tahun kemudian di Sydney. Di situ aku bersama guru-guru IB dari pelbagai negara bertukar pandangan serta mempelajari banyak ilmu. Paling berharga adalah melihat pelajarpelajarku berjaya, terbang ke luar negara, pulang untuk menceritakan pengalaman mereka di sana, tamat pengajian, berkahwin dan mendapat anak. Such a fulfilling experience. Menjadi guru MARA telah menemukan aku dengan insan-insan yang baik, rakan sekerja yang hebat dan anak murid yang sehingga kini memanggil aku teacher, madam dan miss. Tidak kurang juga yang mungkin telah melupakan aku tetapi aku terima itu sebagai lumrah hidup. Bagi pelajar dan rakan sekerja yang telah kembali bertemu Pencipta, disedekahkan al-Fatihah buat mereka.
6 JODOHKU BERSAMA MARA Pendek kata, menjadi guru sangat membahagiakan dan juga merupakan rahsia awet muda! Sentiasa di kelilingi pelajar, aura orang muda turut terpalit pada insan bernama guru. Sekali lagi, terima kasih kepada MARA kerana memberi peluang untuk aku membina kerjaya yang sangat mulia ini. Keinginanku hendak berpencen sebagai guru. Lantas, aku tidak pernah termimpi untuk beralih arah. Namun setelah 13 tahun di KMB aku kembali mengisi borang pertukaran untuk kali keempat dalam tempoh perkhidmatanku dan memilih untuk ke ibu pejabat MARA (HQ). Kenapa? Kerana tuntutan keluarga. Mungkin pada ketika itu aku inginkan perubahan. It was the most difficult decision to make. Pada mulanya aku sangkakan memang aku tidak akan dapat bertukar kerana bekerja di HQ merupakan hot spot, rebutan ramai. Apabila pekeliling MARA dikeluarkan, aku benar-benar terkejut melihat namaku tersenarai untuk bekerja di Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (BPT), seperti yang aku mohon. Maka, KMB aku tinggalkan dengan hati yang berat dan iringan air mata. Kini, telah hampir 3 tahun aku berada di BPT. Aku telah move on. Aku bukan lagi guru tetapi `pegawai MARA’ @ desk officer @ KPP. Aku melihat dunia MARA dari perspektif berbeza. Hidupku tidak lagi berkisar tentang pelajar dan lesson plan. Fokus aku lebih kepada perancangan untuk guru dan membangunkan program-program yang ditawarkan di Kolej MARA. Daripada berada di pusat, aku kini harus sama-sama memantau semua kolej, merancang dan merangka. I guess this is what is called evolution. Sukar pada mulanya untuk aku menyesuaikan diri dengan kerja yang baharu. Menjadi guru telah sangat sebati dengan jiwaku. 21 tahun tidak dapat dilupakan begitu sahaja. Ketika aku tiba di BPT pada Ogos 2020, PKP masih dijalankan dan Covid-19 masih menular. Kerja bergilir dan BDR menjadi rutin seharian dan kerana itu aku kurang berinteraksi dengan rakan sekerja secara normal. Keadaan itu menambahkan kesukaran untuk aku berasa happy di tempat kerja. Hampir setahun masa diambil untuk aku benar-benar membiasakan diri bekerja dalam suasana baharu dan bertemu bahagiaku. Alhamdulillah, aku kini selesa di sini dan masih berdiri teguh. Bekerja di ibu pejabat sentiasa mengingatkan aku tentang apa yang MARA ingin perjuangkan. Ia juga memberi aku lebih kefahaman tentang bahagian lain di dalam MARA dan bagaimana unit lain bergerak membentuk satu organisasi yang berkhidmat untuk rakyat. Walaupun sumbanganku bukan lagi di dalam bilik darjah tetapi aku masih lagi berada di bawah payung Pendidikan.
7 JODOHKU BERSAMA MARA Ternyata, tugas aku masih lagi close to my heart. Namun begitu, pengalaman aku pada kali ini sangat berbeza dan menuntut aku keluar dari comfort zone. Ia bukan mudah. Banyak juga dugaan bekerja di HQ dan aku cuba hadapi dengan hati yang cekal. Bertemu rakan-rakan sekerja yang kebanyakannya bekas-bekas guru, membantu dan memudahkan aku untuk bekerjasama dengan baik. Tugas yang berat terasa ringan. Namun aku masih baharu di sini dan banyak lagi yang perlu dipelajari. Aku sedia menerima cabaran yang mendatang. Do I miss teaching? Definitely. Namun bak kata pepatah, once a teacher, always a teacher. 35 tahun bersama MARA, aku nukilkan di sini sebagai tanda terima kasih kepada sebuah organisasi yang telah banyak berjasa kepadaku dan telah bersamaku all the way. Jodoh kami kuat. Setakat ini, MARA has not left me, and I have not left it, yet. Moga kami bersama lagi untuk masa yang lama. Bersama pelajar di Kolej MARA Banting
8 Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.
9 KENANGAN TAHUN 2011 “Alhamdulillah, terima kasih Allah,” ucap syukur sang hamba kepada Pencipta-Nya. Setelah 16 tahun berkhidmat bawah organisasi keramat Majlis Amanah Rakyat (MARA), pengalaman sangat manis bagi Cikgu Linda, apabila diberi peluang berkampung di negara Uncle Sam selama hampir 6 bulan, pasti sukar dilupakan. Cikgu Linda juga tersenyum panjang apabila diberi peluang berkongsi kepakaran dalam teknik pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Biologi bersama warga Buckhorn High School. Bukan mudah terpilih antara ribuan calon yang memohon dan melepasi tahap kompetensi dan menepati kriteria yang ditetapkan oleh pihak Malaysian-American Commission on Exchange (MACEE). Kenangan sebagai peserta, International Leaders in Education(ILEP) tahun 2011, peserta tunggal dari MARA sangat menginspirasikan rakan-rakan guru, ahli keluarga dan saudara mara. Program pertukaran budaya bawah Fulbright ini memberi satu dimensi baharu dalam memupuk persefahaman kebudayaan antara masyarakat berlainan bangsa dan agama daripada pelbagai negara dan berkongsi amalan terbaik dalam teknik pengajaran dan pembelajaran guru. REZEKI ZULIANA HASLINDA ANHAR ZUBIR TAK PERNAH SALAH ALAMAT
10 REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT Terima kasih MARA kerana memberi peluang kepada Cikgu Linda merasai pengalaman yang begitu bermakna. Walaupun program ini sepenuhnya tajaan kerajaan Amerika Syarikat, MARA telah memberi pelepasan selama 6 bulan untuk menyertainya. Cikgu Linda seorang Guru Cemerlang (GC) Biologi begitu dikagumi di Universiti Alabama Hunsville. Dia dijemput untuk memberi ceramah tentang modul pengajaran Sains dan Biologi yang berpusatkan pelajar dan menyeronokkan, menerangkan tentang adat budaya Malaysia dan perkongsian tentang agama Islam. Masyarakat setempat pada ketika itu juga, menjemputnya sebagai juri untuk Pertandingan Inovasi Pelajar peringkat daerah dan negeri yang kebetulan diadakan pada waktu itu. Kepakaran dan cadangan yang dikongsikan kepada pelajar-pelajar sangat mengujakan mereka. Program ILEP ini telah memberi impak besar kepada kehidupan Cikgu Linda. Kemahiran komunikasi interpersonal dan intrapersonal turut meningkat kesan daripada pergaulan yang luas bersama pakar-pakar lain dari negara berbeza. Kefahaman tentang adat budaya yang berbeza telah melahirkan kemahiran diplomasi dalam dirinya. Di samping bijak mempromosikan Malaysia Truly Asia, kehadiran Cikgu Linda sebagai duta telah membuka ruang dan peluang untuk memperkenalkan budaya Melayu di bumi Amerika Syarikat melalui pakaian dan masakan. Ramai yang memuji rendang ayam masakannya sehingga menimbulkan minat mereka untuk datang sendiri ke Malaysia bagi menikmati juadah yang lain. Perkembangan kerjaya juga melonjak setelah beliau diberikan peluang melanjutkan pelajarannya ke peringkat sarjana sekembalinya daripada program ini. Pihak MARA memberi galakan dan sokongan, malah pegawai MARA yang bertugas sentiasa berhubung dari semasa ke semasa untuk memastikan keselamatan dan kebajikannya dan keluarga terjaga. MARA juga menyediakan ruang untuk perkembangan kerjayanya. Sesi pembentangan yang bertajuk “Dari Ayer Pa Abas ke Allabama” yang dikongsikan semasa Persidangan Bitara MARA (PERBIMA) pada tahun 2012 telah menginspirasikan ramai guru-guru Sains untuk turut sama memohon untuk menyertai program tersebut. Cikgu Linda juga diberi kepercayaan mengendalikan beberapa siri bengkel pengajaran dan pembelajaran dengan aplikasi teknik dan metadologi pelbagai untuk memperkayakan lagi ilmu pengetahuan guru-guru. Program
11 REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT ini juga telah membentuk jati diri menjadi mantap dan mampu berfikif secara kritis dan kreatif serta sentiasa bermotivasi. Walaupun terpaksa berpisah dari keluarga, tinggal di negara asing yang jauh dari sanak saudara dan menanggung rindu kepada keluarga, pengalaman berharga ini tidak akan dilupakan. Inilah kisahnya… PENGALAMAN BERHARGA Semuanya bermula dengan cabaran daripada Tuan Pengetuanya, Tuan Haji Satari supaya guru Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) cuba memohon untuk menyertai program Fulbright ini. Cikgu Linda telah mengisi borang permohonan secara suka-suka untuk ‘test market’. Sungguh tak disangka permohonan tersebut terpilih ke peringkat selanjutnya. Peperiksaan Internet Based Test (IBT) TOEFL yang menguji kemahiran berbahasa Inggeris yang berjalan selama lebih lima jam merangkumi segmen reading, listening dan speaking telah dilalui dengan jayanya. Keputusan yang memberangsangkan telah melayakkan Cikgu Linda tersenarai sebagai top 50 dan dijemput untuk sesi temuduga di Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE)yang terletak di Menara Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur. Sesi temuduga juga agak mencabar dengan dihadiri oleh calon-calon guru yang hebat se-Malaysia. Guru-guru tersebut pula mempunyai kekuatan mereka tersendiri dalam bidang masing-masing. Cikgu Linda mempertaruhkan kelebihan dirinya sebagai Guru Cemerlang Biologi dan personalitinya yang ceria, penyayang dan mudah mesra. Karakternya itu telah memikat hati para juri. Rezeki tidak pernah salah alamat. Alhamdulillah, akhirnya Cikgu Linda terpilih bersama 4 orang guru dari Kementerian Pendidikan iaitu Cikgu Norlilawati, Cikgu Jaswant Kaur, Cikgu Michelle dan Cikgu Ong untuk mewakili Malaysia bagi menyertai International Leaders in Education (ILEP) pada tahun 2011. Program Fulbright adalah program usahasama anjuran kerajaan Amerika Syarikat dengan lebih daripada 160 negara seluruh dunia. Program berprestij ini menawarkan peluang pembelajaran antarabangsa dan pertukaran kebudayaan untuk guru-guru seluruh dunia. Bukan mudah untuk dapat peluang menyertai program seumpama ini. Untuk tahun 2011, Cikgu Linda merupakan wakil tunggal mewakili MARA. Demi perkembangan kerjaya pada masa hadapan dan peluang untuk meneroka dan mencabar potensi diri, Cikgu Linda memilih untuk menyertai program tersebut, walaupun durasi program agak lama iaitu hampir 6 bulan di bumi Amerika Syarikat.
12 REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT Cikgu Linda perlu menghadiri beberapa seminar, bengkel, membuat kajian penyelidikan, mengajar di high school di sana serta mempromosikan Malaysia melalui persembahan kebudayaan dan masakan tempatan. Alhamdulillah, hasrat hatinya mendapat sokongan padu daripada suami tersayang, anak-anak dan ibu bapanya. Malah Pengetua dan rakan-rakan guru yang lain turut memberi galakan. Telah tertulis rezekinya di Loh Mahfuz, Cikgu Linda memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa atas kurniaan-Nya ini. Maka bermulalah kisahnya sebagai anak perantau di bumi Amerika Syarikat. PERTEMBUNGAN BUDAYA “Tuan Haji, terima kasih atas sokongan Tuan Haji untuk saya menyertai Program Fulbright ini. Allah sahaja yang dapat membalasnya. Saya akan berikan yang terbaik untuk MARA dan untuk Malaysia. Mohon doa Tuan Haji dan tolong tengoktengokkan anak-anak Homeroom saya ya,” Whatsapp terakhir Cikgu Linda kepada Pengetuanya, Tuan Haji Satari sebelum kapal terbang Qatar Airways berlepas. Berjurai airmatanya… sanggupkah Cikgu Linda berpisah selama enam bulan daripada keluarga tersayang? Bagaimana nanti pelajar-pelajarnya yang ditinggalkan? Sayu hatinya meninggalkan 15 orang anak Homeroomnya yang sudah seperti anaknya sendiri. Perjalanan untuk sampai ke negara Uncle Sam memakan masa lebih 21 jam, tidak termasuk masa transit di Doha. “Educational exchange can turn nations into people, contributing as no other form of communication can to the humanizing of international relations” – J. William Fulbright
13 REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT Setelah transit di Doha, perjalanan perlu diteruskan ke lapangan terbang Dulles di Washington DC untuk 14 jam lagi! Memang sakit-sakit badan jadinya…. Jauh betul US ini. Perjalanan yang jauh itu terisi dengan berbualbual serta bertukar-tukar fikiran dengan Cikgu Lila dan Cikgu Jaswant yang duduk di sebelah menyebelah dan Cikgu Ong serta Cikgu Michelle yang duduk di kerusi hadapan. Apabila sampai, mereka disambut dengan senyuman oleh Cik Kelly dan beberapa orang wakil International Research & Exchanges Board (IREX)di lapangan terbang Dulles. Itulah kali pertama Cikgu Linda mejejakkan kaki di bumi Uncle Sam. Bulan Januari, musim dingin. Walaupun telah berbaju tebal dan memakai sarung tangan, rasa sejuk masih terasa. Apabila bercakap, keluar asap dari mulut. Mereka dibawa menaiki bas menuju ke sebuah hotel di Washington. Sukar digambarkan perasaan apabila dapat bertemu dengan tenaga pengajar yang hebat-hebat dari negara lain seperti Brazil, China, India, Filipina, Afrika Selatan, Arab Saudi, Bangladesh dan Indonesia. Walaupun berbeza warna kulit, bahasa, adat dan budaya, perkenalan dapat dimulakan dengan kemesraan. Delegasi yg beragama Islam agak ramai iaitu dari Malaysia, Indonesia, India, Afrika dan Arab Saudi. Mudah untuk memulakan sapaan, pastilah dengan salam dan memperkenalkan diri. Pelbagai program dan bengkel dijalankan sepanjang tiga hari di Washington. Kami juga dibawa melawat tempat-tempat menarik di Washington seperti Capitol yang menempatkan kerusi Dewan Perwakilan dan Senat, White House atau Rumah Putih yang merupakan kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat, Lincoln Memorial dan Monumen Washington. Lawatan sebegini dapat merapatkan hubungan antara semua peserta yang menjadikan kami tidak kekok berinteraksi sesama sendiri. Kami juga teruja kerana setelah selesai program di Washington, peserta akan ditempatkan di negeri yang berlainan selama 5 bulan lagi untuk program seterusnya. Cikgu Linda tertanya-tanya. Siapa agaknya yang bakal menjadi housematenya? “Hello, I’m Raquel from Brazil. Are you from Malaysia?”seorang wanita muda berambut perang menyapa Cikgu Linda di dalam lif semasa mereka selesai sesi briefing bersama peserta- lain. “Yes, I’m Linda. “ “Hey, we must be roomates, I saw the list shared by IREX officer just now” Ceria wajahnya, memulakan perbualan. Cikgu Linda menghulurkan salam
14 REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT perkenalan. Pantas disambut oleh Racquel dan mereka berpelukan di dalam lif tersebut. “Eh, macam sama pula budaya orang Brazil ni dengan orang Malaysia. Tidak kekok dia memeluk sehingga berlaga dada di kiri dan di kanan,” bisik Cikgu Linda di dalam hati. Nampaknya 5 bulan nanti bakal dilalui dengan gembira. Mereka ditempatkan di Universiti Alabama di Huntsville, UAH dan menginap di kediaman pelajar yang selesa. Rumah tersebut mempunyai 3 bilik, ada ruang tamu, dapur yang mempunyai peralatan memasak yang lengkap dan bilik air yang agak luas. Seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru Sains dan Matematik ditempatkan di UAH iaitu dari Malaysia, Indonesia, Brazil, Afrika Selatan, Kenya, Filipina dan Bangladesh merangkumi dua orang wakil setiap negara. Mereka ditempatkan di Huntsville kerana berhampiran dengan US Space and Rocket Centre, USSRC untuk pusat penyelidikan NASA’s Marshall Space Flight Centre. SALJI PERTAMA Pada hari kedua di Huntsville, Cikgu Linda dan rakan-rakannya dikejutkan dengan salji yang turun. Sejujurnya, masyarakat setempat agak terkejut kerana telah beberapa tahun bumi Huntsville tidak dibasahi salji. Rezeki Cikgu Linda dan rakan-rakan, agaknya. Mereka tidak melepaskan peluang bermain salji walaupun dalam kesejukan sehingga biru bibir masing-masing. Udara yang segar dan dingin serta pemandangan sekeliling yang putih bersih seperti kapas sangat mengujakan. Mereka tidak melepaskan peluang membina snowman. Ada yang berkejaran sambil membaling bebola salji. Ada juga yang baring di atas timbunan salji yang memutih. Salji yang turun setebal 8.9 inci itu telah mencatatkan rekod ketiga paling tebal selepas tahun 1963 sebanyak 17.1 inci dan pada tahun 1988 sebanyak 9.6 inci seperti yang dilaporkan oleh National Weather Service. Pada malam itu, kilat menyambar sepanjang 50 batu, ribut salji dan gelombang graviti berpusaran di udara menyebabkan salji turun pada kadar yang luar biasa. Demikianlah, hasil penyelidikan oleh NASA dan Professor Kevin Knupp dari Universiti Alabama yang merupakan seorang professor atmospheric science. Apa-apa pun Cikgu Linda dan rakan-rakan yang lain menarik nafas lega kerana terpaksa bercuti selama beberapa hari sehingga cuaca kembali stabil. MENGAJAR DI BUCKHORN HIGHSCHOOL Cikgu Linda tidak pernah terfikir dapat peluang mengajar di sebuah sekolah di Amerika Syarikat. Alhamdulillah, melalui program ini, beliau ditempatkan di
15 REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT Buckhorn High School yang merupakan sebuah sekolah awam di New Market, Alabama. Sekolah ini telah mendapat pengiktirafan Alabama Department of Education’s National Blue Ribbon pada tahun 2001. Cikgu Linda mengajar subjek Biologi bersama guru sains di situ, Miss Kenny. Makmal Sainsnya tidak banyak beza dengan Makmal Sains di MRSM. Pelajarpelajarnya pula seramai 25 orang setiap kelas, terdiri daripada 62 peratus pelajar kulit putih, 20 peratus pelajar kulit hitam, 2 peratus pelajar lain seperti Asia, American Indian, Native Hawaiian dan Hispanic. Mereka kelihatan sangat tertib di kelas dan teratur berbaris semasa menuju ke kafetaria sekolah dengan pengawasan guru mereka. Guru pula diwajibkan untuk makan bersama pelajarnya setiap hari. Guru kelihatan sangat mesra dan mereka tertarik dengan Malaysia dan budaya rakyatnya yang berbilang kaum. Tambahan pula Cikgu Linda berbaju kurung, mereka tambah tertarik. Cikgu Linda ibarat duta kecil Malaysia mempromosikan negara tercinta. Semasa mengajar pula, Cikgu Linda agak terkejut kerana silibusnya ada persamaan dengan di Malaysia. Cuma Miss Kenny membuat persediaan sendiri untuk semua eksperimen di makmalnya, termasuklah membeli peralatan atau bahan-bahan untuk membuat eksperimen sehinggalah mengemas dan membersihkan radas. Pelajar-pelajar pula bertugas membantu guru mengikut giliran. Berbeza di MRSM yang ada seorang pembantu makmal untuk membantu guru-guru Sains. Apabila tiba giliran Cikgu Linda mengajar, dia membawa ke kelas beberapa sampel bunga daun tumbuh-tumbuhan yang dikutip sekitar kampus universiti Alabama semasa mengajar tentang tumbuhan monokotiledon dan dikotiledon. Tidak disangka, pelajar sangat teruja dengan aktiviti permainan yang dikendalikan oleh Cikgu Linda. Miss Kelly juga turut sama bergelak ketawa semasa aktiviti berkumpulan, pelajar-pelajarnya menyanyikan lagu dengan senikata ciptaan mereka sendiri berkenaan tumbuhan monokotiledon dan dikotiledon. Mereka sungguh berbakat dan mempunyai suara yang baik. Sayang sekali, Cikgu Linda tidak dapat mengambil video atau gambar pelajarnya kerana terikat dengan peraturan Family Educational Rights and Privacy Act (FERPA) dan undang-undang negeri yang melindungi privasi pelajar tersebut demi keselamatan mereka. Namun, kenangan manis itu tersemat kuat di dalam ingatannya. DUTA FULBRIGHT Setibanya di Malaysia, beberapa orang wartawan telah menemuramah Cikgu Linda. Tersenyum Cikgu Linda apabila membaca kisahnya di dada akhbar.
16 REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT Zuliana Haslinda, a Biology Excellent teacher from ILEP (International Leaders in Education Program 2011), said, “The American students had an insatiable desire to understand Islam and accepted me as I exchanged experiences and built an understanding with them about where I came from.” Duta Amerika Syarikat ke Malaysia pada ketika itu, TYT Paul W Jones, menyatakan bahawa ini adalah "masa yang menggembirakan antara Malaysia dan AS" memandangkan minat Presiden Obama dalam memupuk persefahaman, kerjasama dan rasa hormat dalam kalangan masyarakat antarabangsa. Program pertukaran Fulbright membina hubungan rakyat dengan rakyat kedua-dua negara, terutamanya dalam kalangan belia, melalui pertukaran pendidikan. Beliau menggalakkan Fullbrighters untuk “berkongsi pengalaman ini dengan menjadi duta tidak rasmi dan aktif dalam kerja kemasyarakatan di Amerika Syarikat bagi memupuk semangat muhibbah dan persefahaman.” Cikgu Linda bersyukur kerana melalui program Fulbright ini, beliau dapat menyelami budaya masyarakat di Amerika Syarikat dan bertukar-tukar pandangan dengan Fulbrighters lain daripada negara-negara berbeza. Walau dari negara manapun, selagi berjiwa pendidik, semangat untuk mengajar dan menuntut ilmu adalah sama. Di samping itu, Cikgu Linda juga mengambil peluang untuk menerangkan tentang keindahan ajaran Islam kepada masyarakat di sana. Mereka sudah mengerti mengapa tidak boleh bersentuhan dengan bukan muhrim, perlunya memakai tudung atau shawl untuk menutup aurat dan perlu dielakkan memakan ayam atau daging jika tidak disembelih. Keluarga angkat Cikgu Linda, Mr & Mrs McCoy masih berhubungan hingga kini di facebook dan instagram walaupun telah lebih 10 tahun berlalu. Anjing kepunyaan mereka yang bersaiz besar berbaka Chow Chow itu, pasti masih ingat semasa Cikgu Linda berkunjung ke rumah, dia terpaksa dikurung dan hanya dapat melihat Cikgu Linda dari jauh sahaja. walaupun dia terlalu ingin menghidu, melompat dan memeluk Cikgu Linda, kerana orang Asia mempunyai bau yang wangi, menurut mereka...! Terima kasih MARA… Terlalu banyak jasamu kepadaku.. Disinilah tertulis rezekiku untuk keluarga, di sini jugalah aku akan menabur bakti dan menjadikan khidmatku sebagai ladang pahala menuju negeri abadi. Demi anak-anak bangsaku, aku akan terus berdiri walau apapun cabaran mendatang. Insya-Allah, aku akan terus memberikan yang terbaik sepanjang berkhidmat denganmu… MARA sentiasa di hati..dulu, kini dan selamanya.. Kenangan indah ini akan kekal lestari dalam lipatan mindaku.Terima kasih MARA. Semoga Allah merahmati organisasi kesayanganku.
17 REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT Menjadi juri untuk pertandingan inovasi sains Bersama rakan-rakan ILEP 2011 daripada beberapa negara Di makmal sains Hari pertama bertugas di sekolah
18 REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
19 DIPLOMA INSTITUT MARA LOW STANDARD! “Hei anak muda! Engkau ini jengkel dan sebal!” “Semudah itu engkau menjustifikasikan aku ya!” Aku memencongkan kening sebagai reaksi geram teramat. “Impian menggunung apa yang engkau sedang nanti-nantikan?” “Surat tawaran kemasukan Persediaan Khas ke Jepun bawah kelolaan Universiti Malaya.” “Ceh! Adakah engkau rasa begitu layak, pasti diterima dan berbaloi menunggu lama?” “Eh,eh engkau! Kita mesti positif dan optimistik. Memang aku layak. SPM aku melepasi kelayakan minimum tau. Pendidikan Islam 1, Sejarah 2, Bahasa Melayu 3, Matematik dan Sains 4. Kesusasteraan, Geografi dan Ekonomi 5. Bahasa Inggeris teruk sedikit 6. Alaa... Jepun tidak mengiktiraf sangat pun Bahasa Inggeris.” “Engkau hanya berkeputusan minimum. Engkau tidak sedarkah ada beribu pelajar seluruh Malaysia yang melampau-lampau hebat keputusan SPMnya DIPLOMA! HAIZAN RUNSAH INSTITUT MARA LOW STANDARD!
20 DIPLOMA INSTITUT MARA LOW STANDARD! berbanding engkau. Aku tahu engkau sedang menyorokkan surat tawaran penting daripada pengetahuan ibu ayah engkau. Beritahu aku, sekarang!” “Itu surat tawaran daripada Institut Teknologi MARA (ITM), Dungun Terengganu. Kod kursus BM11- Diploma Pengajian Perniagaan. Masalahnya hanya Diploma, aku rasa low standard. Nama pun institut bukan universiti. MARA pulak. Erm... Aku rasa, jauh daripada taste aku.” “Zan, dengar! Apa yang engkau suka, kadang-kadang tidak cocok dengan engkau. Apa yang engkau tidak suka, boleh jadi ia penuh kebaikan untuk engkau. Sudah! Putuskan angan-angan Mat Jenin engkau. Sudah berbulan engkau menanti Persediaan Jepun itu bukan, tetapi tidak ada jawapan sehingga sekarang. Engkau terima sahaja tawaran ITM. Aku tahu, pendaftaran ITM, 3 Julai 1994 jam 12.30 tengah hari. Jangan lupa, sediakan wang yuran semester RM90.” Aku sengaja malas untuk menyebutkan perkataan, ‘baiklah!’ kerana aku fikir itu arahan memaksa. Dan aku pula rasa terpaksa menuruti kehendak itu kerana benar-benar bukan cita rasa jiwa remajaku. “Yup! aku akan pergi tetapi hanya sementara. Kerana aku masih yakin diterima menjadi pelajar Persediaan ke Jepun. Mana tahu, barangkali ada rezeki untuk panggilan kedua atau ketiga. Aku ulangi, Diploma! Institut! MARA! Low standard!” Emak dan abah sudah aku bisikkan tentang keputusan berat dan low standard ini. Tetapi emak dan abah begitu teruja sehingga menjemput orang kampung untuk datang ke rumah bertahlil dan berdoa selamat. Aku sebenarnya tidak selesa. Ketika orang kampung menadah tangan berdoa penuh khusuk dan berbangga tentang aku, aku pula menghilang ke rumah kawan. Kerana fikiran aku masih dilingkari bebal dengan persepsi Diploma! Institut! MARA! Low standard. “Bagaimana keadaan engkau di ITM sekarang?” “Homesick. Otak tumpul dengan segala nota Bahasa Inggeris. Kelas seperti penjara buatku. Tetapi aku sedikit gembira kerana asrama percuma, makanan di dewan makan juga percuma.” “Bertahan Zan. Berkawan dengan orang yang boleh membina karakter juang engkau. Sibukkan diri dengan berpersatuan dan bersukan.” “Aku cuba.” Selepas 2 tahun berlalu.
21 DIPLOMA INSTITUT MARA LOW STANDARD! “Bagaimana kemajuan engkau sekarang?” “Aku berjaya memenangi pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Aku cukup sibuk sekarang berkhidmat sebagai Yang Dipertua MPP. Bersukan mewakili ITM. Berkolokium mewakili ITM. Bertanding entah apa-apa mewakili ITM. Aku semakin selesa dan bertenaga. Selepas ini, aku mahu meneruskan pengajian bersama MARA lagi dalam bidang Ijazah. Aku mahu tetap setia dengan MARA kerana yuran masih rendah RM200. Tidak mengapa, walaupun kolej kediaman tidak disediakan. Aku boleh berkongsi sewa nanti.” Selepas aku berjaya menamatkan 5 tahun pengajian di ITM Terengganu, emak abah aku begitu ceria dan bangga meraikan aku di dalam kedua-dua konvokesyen, diploma dan ijazah. “Apa yang engkau sedang tunggu-tunggukan Zan?” “Sudah lebih 20 borang permohonan kerja dan resume sudah aku hantar. Petronas, TNB, MAS, KWSP, semua bank, semua universiti, semua kementerian dan semua syarikat yang bereputasi tinggi yang menawarkan gaji ribuan ringgit.” “MARA!” “Oh MARA! Itu resume yang terakhir dihantar. Pilihan terakhir. Kerana mengajar bukan passion aku” “Ooo! pilihan terakhir. Berapa banyak agensi dan syarikat yang membalas surat engkau walaupun sudah hampir setahun menunggu. Lagi-lagilah sekarang ekonomi Malaysia dan Asia sedang teruk, dihenyak dengan ganas oleh penyangak mata wang. Bursa saham Kuala Lumpur pun jatuh gedebuk sehingga 850 mata. Duit kita pun kena tambat. ” “Tiada satu pun.” “Tahu pun! Adakah engkau sedar, abang posmen sudah mengirim surat temuduga MARA tadi. Pilihan terakhir tetapi yang pertama respons surat engkau. Jangan sampai aku maki engkau dengan perkataan bodoh! Bersiap dengan persediaan seratus peratus.” “Baiklah. Tetapi aku tidak mengharapkan positif. Sebab aku memang sangat tidak berminat mengajar.” “Sekali lagi aku ulangi ungkapan 7 tahun yang lalu. Adakah engkau masih berfikir perkara yang engkau rasa baik dan pasti baik untuk engkau. Adakah engkau yakin perkara yang engkau tidak suka tetapi hakikatnya baik untuk engkau?”
22 DIPLOMA INSTITUT MARA LOW STANDARD! “Benar kata engkau. Berdoa untuk aku supaya terus kental menempuh cabaran temuduga itu nanti.” “Engkau tidak mahu bersembang dengan aku?” “Ini temu duga pertama aku. Aku kecut dan pucat. Lihat sahaja calon sekeliling aku. Lagaknya orang-orang pandai akademik. Bahasa Inggeris mereka cair seperti aliran air yang laju. Ramai yang sudah berpengalaman kerja. Yang menggugupkan aku lagi, aku lihat seorang demi seorang keluar dengan berpeluh-peluh, pucat dan berdiam tanpa sekelumit senyuman.” “Doa Zan. Kekal selawat. Aku tetap menyokong engkau. Ini yang harus engkau ungkapkan semasa berhadapan dengan penemuduga. Ikhlas dan yakin. Maklumkan kepada mereka kehebatan dan keluarbiasaan engkau semasa di ITM dahulu. Engkau katakan kepada mereka, yang engkau akan sepenuh jiwa menggembling sepenuh tenaga, masa dan potensi untuk berjayakan pelajar menjadi manusia hebat dan sesuai dengan falsafah pendidikan negara dan MARA. Dan satu lagi, engkau katakan kepada mereka, MARA telah banyak menyumbang jasa sehingga engkau berjaya di ITM. Dan inilah masanya engkau mahu membalas budi seumur hidup tanpa lelah untuk MARA.” “Baiklah. Aku akan berjuang di dalam bilik temuduga itu nanti.” “Kau keletihan?” “Ya! Baru tamat kelas masa terakhir. Fizikalnya, engkau akan melihat aku jerih dan lesu. Namun kuasa aura dalaman aku masih membara, belum padampadam. Keterujaan aku mengajar masih meluap-luap. Aku masih kental meneruskan aksi yang terbaik dan luar biasa.” “Engkau sedang mengotakan janji? Seperti engkau bersemangat ketika aksi temu duga dahulu?” “Ya benar. Aku masih belum sempurna menyelesaikan janjiku pada MARA 20 tahun yang lalu. Walaupun, bekas pelajarku sudah ada yang menjadi menteri pelbagai parti, profesor bermulut lantang di universiti, arkitek yang beridea futuristik, Pegawai Tadbir Diplomatik yang berdamping dengan Pembuat Dasar, tokoh usahawan terbilang maal hijrah, yang menang pilihanraya parlimen dan adun, yang menjadi Senator lantikan Yang di Pertuan Agong. Dan entah apa-apa kejayaan lagi mereka.” “Engkau sudah puas? Apa yang engkau katakan kepada mereka?” “Belum puas, ribuan lagi di luar yang perlu aku bimbing untuk menjadi anak MARA yang hebat.” “Sebahagian bekas pelajar masih sudi berhubung denganku sekurang-
23 DIPLOMA INSTITUT MARA LOW STANDARD! kurangnya di media sosial. Mereka ini yang sudah sukses di merata Malaysia, tidak mengizinkan aku memanggil panggilan Yang Berhormat, Yang Berbahagia, tuan dan apa sahaja panggilan salutasi kepada mereka. Mereka menyuruh aku memanggil nama mereka yang selalu aku sebutkan di dalam kelas seperti dahulu. Kerana mereka mengatakan aku adalah gurunya dahulu. Guru tetap guru sampai mati.” “Cuma aku berpesan. Jangan sesekali melupakan bagaimana MARA berjasa dan menyumbang kejayaan kamu.” “Bagaimana pula dengan tanggapan yang pernah engkau omongkan dahulu Zan? Diploma! Institut! MARA!, low standard. Masih lagi begitu?” “Aku kecewa kerana pernah berkata begitu. Aku kesal. Sebagai menebus keceluparan aku dahulu, aku akan terus menerus menyumbang kepada MARA sehingga titisan usia terakhir. Aku teramat bersyukur. Benar kata engkau dahulu. Sesuatu yang tidak suka bagi aku, boleh jadi ia menjadi sesuatu impak yang besar dan hebat.” “Kalau begitu, selesai sudah tugas aku Zan. Engkau sudah semakin matang dan mampu berenang dengan tenang dalam lautan pendidikan MARA yang penuh cabaran ombak ganas.” “Terima kasih sahabatku bernama GERAK HATI. Kerana engkau tidak serikserik memimpin aku melalui terowong kebaikan dan rahmat.” Sejurus aku mengucapkan terima kasih kepada Gerak Hatiku, tiba-tiba ia menghilang terus. Kenangan di puncak Gunung Rinjani, Lombok Kenangan di puncak Gunung Kinabalu, Sabah
Hargai apa yang kamu miliki saat ini! Kerana kebahagiaan tidak akan datang kepada mereka yang tidak menghargai apa yang dimiliki.
MARA nampak aku! Majlis Amanah Rakyat atau MARA, satu nama yang aku kagumi sejak dahulu lagi. Sejak aku menamatkan pengajian, nama MARA telah terpahat di hati dan berazam untuk menjadi warganya. Syukur, aku berjaya menjadi seorang warga kerja MARA pada tanggal 20 Ogos tahun 1998. Semenjak itu aku diberi ruang dan peluang. Antara kemuncaknya yang tidak dapat aku lupakan, aku mendaftar sebagai Liaison officer untuk mewakil MARA ke persidangan AARDO 2018. Hidup aku bakal berubah 360 darjah. ”Liaison Officer? Awak yakin awak boleh buat? awak kena berhadapan dengan orang ramai tau! Bersosial, berjumpa dengan pelbagai jenis orang…awak boleh buat?” Soalan itu membangkitkan rasa ingin tahu serta membangkit rasa bahawa aku boleh. African-Asian Rural Development Organization (AARDO) merupakan sebuah institusi kerjasama dalam kalangan negara-negara membangun benua Asia dan Afrika dalam bidang pembangunan luar bandar. Ia ditubuhkan pada tahun 1962 dan beribu pejabat di New Delhi India. Dianggotai oleh 33 buah negara serta satu ahli bersekutu. MARA HANA ENG NAMPAK AKU!
26 MARA NAMPAK AKU! Pada 20 Januari 2018, Jemaah Menteri telah bersetuju, Malaysia menjadi tuan rumah kepada persidangan ke-19. Persidangan tersebut diadakan pada 26 Februari 2018 hingga 4 Mac 2018 di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur, di hadiri oleh para delegasi dan pembesar luar negara. Negara yang bernaung bawah AARDO antaranya ialah Jordan, Mesir, Nigeria, Gambia, Oman, Lubnan, Ethiopia, Tunisia, Sudan, Palestin dan Burkina Paso. Tugas pegawai Pengiring atau Liaison Officer, ringkasnya (LO), amat asing bagi aku. Liaison Officer untuk persidangan AARDO pada kali ini seramai hampir 38 orang. Aku jadi pegawai pengiring tetamu kehormat dari Mesir. Agihan tersebut dibuat oleh pihak secretariat, bagaimana mereka buat agihan aku tidak pasti. Dr Mohammed Hasan Rashwan dari Mesir datang dengan isterinya, jadi tugas aku adalah untuk menjaga kebajikan dua orang tetamu negara dari mula mereka tiba hingga mereka meninggalkan negara ini. Selama 10 hari mereka menjadi tetamu negara, aku perlu pastikan beberapa perkara seperti bilik penginapan di Hotel Grand Hayatt, Kuala Lumpur, semua urusan beliau berjalan lancar dan mengenalpasti setiap tempat yang perlu dikunjungi. Aku juga perlu ambil tahu tempat duduk delegasi di dalam dewan persidangan dan mengiringinya ke setiap program rasmi dan tidak rasmi beliau. Kerja sebagai Liaison Officer tidaklah mudah sebab segala tindak tanduk kita menggambarkan negara kita yang tercinta. Tingkah laku dan tindakan kita membawa bersama nama negara. Secara teori kami diajar mengenai protokol antarabangsa, penampilan, kod pakaian, international relationship skill dan peraturan berhadapan dengan para delegasi. Kami diajar bagaimana menyambut dan berbahasa dengan para delegasi. “Your Excellency” adalah perkataan yang sering bermain di bibir kami yang dilatih hampir seminggu, bernaung bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang terdiri daripada agensi-agensi seperti MARA, KEJORA, KETENGAH, JAKOA, RISDA, KEDA, KEMAS, FELCRA dan PERDA. Peristiwa ini sudah hampir 5 tahun berlalu. Kisah Liaison Officer menjadi sebahagian memori indah dan bakal menjadi cerita untuk anak cucu kami nanti. Pada 2 April 2023 lalu, aku terkejut mendapat mesej dari Dr Mohammed Hasan Rashwan meminta aku membantu beliau dalam urusan lawatannya ke Malaysia dalam masa 2 bulan lagi. Beliau berjanji untuk bertemu aku lagi. Seronok dan teruja. Ligat minda aku berfikir. Siapa yang perlu aku hubungi untuk bantu aku? Wonder Pet, sahabat Liaison Officer AARDO aku, pastinya!
27 MARA NAMPAK AKU! Kemuncaknya aku menjadi Liaison Officer. Hakikatnya… MARA nampak aku. MARA peduli aku. Walaupun aku dilihat introvert dan pendiam tetapi bukan MARA. Aku banyak dapat peluang dengan MARA. Tahun 2010 aku dilantik sebagai Pensyarah Cemerlang. Aku dipilih menjadi wakil MARA ke Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebagai ahli AKRAB berdaftar untuk memantau staf MARA. Aku diajar mengenai kaunseling, exit policy, khidmat masyarakat dan sebagainya. Aku juga pernah dilantik sebagai Pegawai Penilai Program Transformasi Minda (PTM) sebanyak 3 kali di Pulau Pinang. Tugasnya untuk memantau pekerja baharu MARA ke jawatan tetap. Aku pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan inovasi peringkat Kolej Profesional MARA (KPM) dan Kolej MARA (KM) seluruh Malaysia pada tahun 2014 dan terus berusaha dan terlibat dalam inovasi sehingga sekarang. Aku sertai Taekwondo kerana minat aku yang mendalam dalam martial art dengan 2 kali menjadi ahli kelab terbaik. Tahun 2019 melayakkan aku menyarung tali pinggang hitam. Kalau orang tengok itu macam bukan aku, tetapi sebenarnya itulah aku yang MARA nampak. Aku terlibat dengan penulisan kreatif di bawah Dewan Persuratan Melayu Pahang dan GAPENA. MARA beri peluang aku menulis untuk MARA. Alhamdulillah aku belum jemu, setelah 26 tahun berkhidmat aku terus berusaha untuk menjadi orang yang MARA nampak, ”Kau perasan!” “Tidak!” MARA nampak aku dan aku yakin MARA sentiasa nampak bakat warga kerjanya dan mereka sentiasa akan ada peluang. Terima kasih Allah… Terima kasih MARA. Bersama Delegasi Mesir dan Dutanya Bersama rakan-rakan di malam keraian
Penghargaan dan kepercayaan tidak dapat diminta tetapi diperolehi ketika kita konsisten menunjukkan sikap dan perilaku yang patut untuk dihargai dan dipercayai.
Terdetik di hatiku, alangkah bagusnya kalau aku dapat menjadi guru di MRSM. Bukan tidak bersyukur dengan kerja yang ada ini. Cuma kalau ada peluang yang lebih baik, why not? Pada masa itu MRSM adalah salah sebuah sekolah asrama penuh yang glamour. Tambahan pula, ramai pelajar bumiputera yang belajar di MRSM. Hasrat dan impianku ini bukanlah omong kosong tetapi diterjemahkan melalui tindakan aku menaip surat rasmi kepada Bahagian Sumber Manusia MARA bagi memohon jawatan sebagai guru Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Februari 2002, aku telah dihubungi oleh pihak MARA untuk menghadiri temuduga di Ibu pejabat MARA. Dengan rasa gembira, aku berkongsi berita ini dengan ibu bapaku. “Buatlah yang terbaik, insya-Allah ada rezeki ,” kata mereka. Calon-calon yang hadir segak bergaya dengan suit tuxedo serta kasut yang berkilat. Ada 3 orang ahli panel, 2 orang perempuan dan seorang lelaki. “Kenapa awak ingin menjadi guru?” Tanya ahli panel yang lelaki. Untuk menjawab soalan ini, aku terus bagi point seperti yang aku tulis dalam surat kepada Bahagian Sumber Manusia (BSM) dahulu. “Saya ingin menjadi guru sebab ingin melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera.” Begitu respons aku. Satu kosong, bisik hatiku CINTAKU MOHD HANAFI AHMAD KAMAL SEMAKIN MEKAR
30 CINTAKU SEMAKIN MEKAR kerana terlalu yakin jawapan ini. Soalan panel ketiga berbunyi “Why Singapore GDP’s is higher than Malaysia? Soalan yang ini memang menguji minda aku sebagai seorang graduan ekonomi. Soalan yang ini pun aku score, dua kosong. Selesai sesi temuduga, aku pun mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panel kerana memberi ruang dan peluang kepadaku untuk berkomunikasi dan melontarkan idea. Dengan rasa rendah diri, aku melangkah keluar, menekan butang lif turun dan meninggalkan bangunan yang tersergam indah ini. Sebelum memohon jawatan guru ini aku sudah secara rasmi bergelar guru sepenuh masa dan bertugas di kampus cawangan sebuah sekolah swasta di Cheras. Sekolah ini hebat, bangunan pun seperti bangunan sekolah di luar negara dan ada kolam renang. Memang aku terpukau. Jauh beza dengan sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan dari segi kemudahan. Pelajar pun daripada golongan ibu bapa yang berpendapatan tinggi. Yuran sekolah boleh tahan mahal sesuai dengan title private school tu. Selepas tamat belajar dengan berbekalkan segulung ijazah Ekonomi, aku telah menghantar hampir 10 resume kepada sektor swasta dan kerajaan bagi memohon pekerjaan. Aku telah dipanggil temuduga dan micro teaching di sebuah sekolah swasta di Damansara. Minggu kedua Disember 2001, aku mendapat tawaran dari pihak sekolah swasta tadi. Alhamdulillah, rezeki. Doa dan harapan ibu yang ingin melihat anak terunanya menjadi guru dimakbulkan Allah. Tercatat dalam surat tawaran aku diamanahkan untuk mengajar subjek pengurusan perniagaan dan prinsip akaun bagi tingkatan 4 dan 5. Pada minggu keempat Disember 2001, aku melapor diri dan mula belajar menulis rancangan mengajar. Ini kali pertama aku belajar menulis rancangan mengajar walaupun sebelum ini aku mempunyai pengalaman sebagai cikgu sandaran di sekolah kerajaan bagi menggantikan guru bersalin. Pengalaman ini aku perolehi semasa cuti semester ketika belajar di universiti dahulu. Kehidupan sebagai seorang guru aku teruskan. Pelbagai bimbingan dan latihan telah aku curahkan kepada anak didikku. Mereka selesa dan ceria belajar denganku. Apa yang akan terjadi kepada mereka apabila aku berhenti nanti, adakah mudah untuk mencari guru pengganti? Terutama bagi pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti. Aku pun dilema bak kata pepatah Melayu ditelan mati emak, diluah mati bapa. Akhirnya aku menerima panggilan dari Ibu Pejabat MARA. “Encik telah ditawarkan sebagai Guru Ekonomi Sementara di Kolej MARA Kuala Nerang. Aku pun confuse. Guru sementara? Berapa lama sementara itu? Bisik hatiku.
31 CINTAKU SEMAKIN MEKAR “Adakah encik bersetuju untuk menerima tawaran ini?” Soal pegawai yang bersuara sopan itu menanti respons ku. Dengan laju, aku terus berkata, setuju walaupun kurang selesa dengan istilah Guru Sementara itu. “Kalau begitu Encik perlu melapor diri pada 22 April 2002 di Kolej ini.” “Betul ke Puan?” Tanya aku. “Ya betul”. Aku pun meletak ganggang telefon dan berkongsi berita gembira ini dengan ibu bapa dan keluargaku. Wow, seronoknya! Aku ceritakan tawaran kerja ini kepada rakan guru yang boleh aku percayai. Kebetulan dia pun bekas pelajar MRSM Beseri. Dia memberi sokongan untuk aku berkhidmat dengan MARA. Tanpa berfikir panjang, aku terus menulis notis peletakan jawatan sebagai guru di sekolah swasta tersebut. Tanggal 21 April 2002, aku diringi ibu bapaku memandu kereta dari Kuala Lumpur ke Kedah merentasi beberapa daerah dan negeri. Perjalanan ini mengambil masa kurang lebih 6 jam. Kami tiba di Alor Setar dan bermalam di rumah mak saudara. Awal pagi esoknya kami meneruskan perjalanan ke Kuala Nerang yang mengambil masa kira-kira 45 minit. Sepanjang perjalanan, aku melihat di kiri kanan sawah bendang yang terbentang luas, rumah-rumah kampung yang beraneka corak dan warna serta susunan pokok-pokok getah yang gagah memasak bumi. Suasana desa yang tenang ini terus meningkat suhu semangatku untuk menabur budi dan bakti kepada anak bangsa. Jam 8.00 pagi, aku melapor diri bersama dua orang lagi guru. Kami diminta mengisi serta menandatangani borang aku janji. Seterusnya diberi pencerahan tentang sejarah, program dan aktiviti di sini oleh Tuan Pengetua. Tiba-tiba aku ingin bertanya, “Apa maksud Guru Sementara?” Soalan yang menghantui fikiran aku selama ini. Tuan Pengetua menjelaskan, guru yang MARA lantik tetapi belum memiliki Diploma Pendidikan. Aku bertanya lagi, “Macam mana untuk memiliki Diploma Pendidikan? “ “Biasanya pihak MARA akan menghantar guru-guru yang tidak memiliki Diploma Pendidikan untuk mengikuti program ini sama ada di universiti atau Maktab Perguruan. Apabila memiliki Diploma Pendidikan, baharulah anda ditawarkan sebagai Guru Berjawatan Tetap”. Lega hatiku apabila mendengar pencerahan ini.
32 CINTAKU SEMAKIN MEKAR Bermula pada saat dan detik ini, cintaku terhadap MARA semakin mekar. Aku tekad dalam hati untuk memberi sumbangan yang terbaik untuk mendidik anak bangsa. Suasana kolej ini sangat menarik dengan keindahan pokokpokok yang menghijau, bunga-bunga yang mekar, kicauan burung serta pelajar yang ceria dan sopan. Udara yang sejuk dan nyaman mengusap pipiku. Hari pertama kami hanya melengkapkan dokumen-dokumen yang diberi, meronda dan mendengar taklimat daripada pihak pengurusan. Keesokan harinya aku mula masuk kuliah DEF yang merupakan kuliah sulungku. Bilangan pelajar kurang lebih 75 orang. “Assalamualaikum and Good morning, everybody,” aku memberi salam kepada pelajar-pelajarku. “How are you today?” Suara sulungku kepada anak didik. Pelbagai riak wajah pelajar yang ceria terus merenung aku serta membalas ucapan, “Waalaikumsalam and I am fine Sir”. Mungkin dalam hati mereka berkata siapa ni? Tanpa segan silu aku terus memperkenalkan diri. My name is Mohd Hanafi bin Ahmad Kamal. I am your economic lecturer. First time masuk kelas memang aku speaking London untuk memberi pelajar fokus dan berusaha untuk improve their English language. “Anything else that you want to know about me?” Tanyaku. “No sir,” bunyi suara yang senada menggegar dewan kuliah ini. “Okay. Today we will discuss our first chapter”. Aku bersuara. Aku yakin pelajar ini pelajar yang hebat. Mereka pelajar program Matrikulasi yang dipilih oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. So that is no problem if we communicate in English with the students. Pelbagai jawatan telah diamanahkan oleh pengurusan kepada aku. Aku akur dan buat yang terbaik untuk organisasi. Cuma alangkah bagusnya kalau aku ada laptop sendiri dan kereta untuk membantu aku dalam melaksanakan tugas dengan lebih cepat dan cekap, bisik hatiku. Macam mana aku hendak membeli laptop sedangkan gaji permulaan tidaklah terlalu tinggi untuk membeli laptop secara tunai. Aku cuba mendapatkan maklumat daripada guru senior. Hasil maklumat, aku memohon pinjaman MARA untuk membeli laptop dan kereta. Aku terus mengisi dan menghantar borang permohonan. Dalam tempoh sebulan lebih, aku telah ditawarkan pinjaman, lantas aku mencari pembekal laptop dan kereta bagi menyediakan sebut harga. Laptop Hyundai dan Proton Wira Aeroback teman aku dalam memudahkan urusan. Tidak lama selepas itu, aku ditawarkan untuk mengikuti kursus Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Perlis, Perlis. Semua pembelajaran dibiayai oleh MARA. Pergi belajar waktu cuti sekolah sahaja selama 2 tahun. Hyundai dan Proton Wira Aeroback yang diperolehi dari pinjaman, aku manfaatkan untuk pembelajaran.
33 CINTAKU SEMAKIN MEKAR Ya Allah aku bersyukur atas nikmat dan rezeki yang telah engkau anugerahkan kepada hamba-Mu ini, bisik hatiku. Tanpa aku sedari, air mataku menitis. Azamku untuk mendidik anak bangsa dalam pelbagai aspek sama ada akademik, kokurikulum, kepimpinan dan sahsiah bagi melahirkan insan yang holistik dan terpuji semakin menggunung seumpama Gunung Everest. Aku dianugerahkan Diploma Pendidikan tahun 2005 dan berjawatan tetap bermula 2006. 9 tahun aku menabur jasa di Kolej MARA, Kuala Nerang. Akhirnya aku pasrah untuk meninggalkan kolej pertama ini bagi membanting keringat di Kolej Profesional MARA, Seri Iskandar pada Disember 2010. Di sini aku menggalas amanah sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Perniagaan. Sudah pasti suasana dan cabaran berbeza. Tidak terhenti di sini sahaja, aku terus mengorak langkah sehingga diberi tanggungjawab yang semakin mencabar sebagai Timbalan Pengetua (Pembangunan Pelajar) di Bumi Kenyalang. Tanggal 22 Februari 2016 aku mendarat di Maktab Rendah Sains MARA Betong, Sarawak. Perjuangan mendidik anak-anak bangsa, aku teruskan walaupun terpaksa merentas Laut China Selatan meninggalkan ibu bapa dan keluarga tercinta. September 2020, aku kembali ke Kedah semula bagi membimbing dan memperkasa anak-anak pelajar di Maktab Rendah Sains MARA Merbok hingga kini. Kepulangan ini merupakan perancangan Ilahi bagi aku menziarahi dan bermanja dengan ayahku yang terlantar sakit sebelum beliau menghembus nafasnya yang terakhir pada 27 Februari 2021. 21 tahun jasa MARA yang sentiasa bersamaku tatkala aku diuji dengan pelbagai ujian dan halangan. Aku tetap teguh, tidak mudah berputus asa dan berfikiran positif kerana yakin usaha, doa dan tawakal adalah senjata paling ampuh merungkai setiap persoalan. Peluang kenaikan pangkat, melanjutkan pelajaran, kemudahan pinjaman dan lain-lain serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sepanjang perkhidmatan telah aku nikmati. Aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah kerana telah memilih aku untuk berjuang bersama MARA yang terus istiqamah bagi mengangkat martabat bangsa, agama dan negara serta melahirkan insan yang holistik dan berintegriti tinggi. Hasrat murni ini perlu diteruskan oleh generasi kini bagi memastikan kalimah keramat ini terus mengakar dan gagah memasak bumi.
Hiduplah di dunia ini seperti akar yang menjadi penyebab kebaikan, meskipun tak pernah ada yang memberikan penghargaan.
Kereta pelbagai jenis bertali arus. Satu demi satu diparkir di hadapan bilik gerakan setelah mengambil anak mereka di asrama. Ibubapa datang untuk mengambil anak mereka. Peluang yang diberikan pihak MRSM kepada ibubapa untuk mengambil anak mereka 2 kali sebulan, tidak disia-siakan. Menjelang tengah hari, jumlah kereta semakin berkurangan. Masing-masing ingin memanfaatkan masa hingga jam 6.00 petang agar tidak tercuri masa yang diperuntukkan. Ramai ibubapa yang datang seawal jam 10.00 pagi. Aku mengambil kesempatan meregang otot sambil melihat keluar tingkap. Berhenti sebuah motosikal. Seorang pelajar lelaki dengan susah payah turun dari motosikal dengan memegang beg yang agak berat. Mungkin kain kotor bisik hatiku. Beg tersebut diberikan kepada bapanya. Dia pantas datang ke arahku dan menghulurkan kad keluar. Aku meneliti alamat di kad yag dihulurkan. Jauh juga getus hatiku. Perjalanan mungkin mengambil masa sekitar 45 minit. “Balik rumah ? “Aku sekadar berbasi-basi. “Ya cikgu, mak saya masuk wad, ayah minta jagakan nenek sekejap sebab ayah ada kerja petang ni.” Dia menjelaskan kepadaku dengan muka bersalah. Sepatutnya pelajar “outing” bersama ibubapa. Pelajar ini mempunyai tujuan berbeza. KISAH NORAZALIANI MOHD JOHAR TENTANG DIA
36 KISAH TENTANG DIA “Okey, tapi mesti kembali ke asrama sebelum pukul 6.00 ya”. Aku membalas menghilangkan kegusarannya. “Baik cikgu, terima kasih cikgu”. Berulang kali dia mengucapkannya sambil berjalan ke arah bapanya yang mengangkat sebelah tangan kepadaku sebagai tanda terima kasih. Sementara menunggu rakan warden yang lain tiba menyambung tugas, aku masih memikirkan pelajar tadi. Aku tidak mengajar kelas dia tetapi pelajar ini seperti biasa aku lihat. Sekarang baru aku ingat, aku biasa melihat dia di dewan selera. Setiap petang dia mesti datang awal ke dewan selera untuk makan malam. Sejak hari itu aku selalu mengambil kesempatan berbual dengannya. Makanan di dewan selera sedap katanya. Di rumah kadang-kadang sahaja makan sedap. Tunggu bila ayah ada duit lebih. Menurutnya, bapanya bekerja mesin rumput di rumah-rumah atau kebun-kebun. Kerja berdasarkan permintaan. Di rumahnya ada nenek yang sudah uzur. Ibunya penghidap kanser. Selalu keluar masuk wad. Ada seorang adik perempuan berumur 11 tahun. Dia 2 beradik sudah biasa menguruskan diri sendiri sejak ibu dan neneknya tidak sihat. Aku berpesan supaya dia belajar bersungguh-sungguh dan mengubah nasib keluarga. Aku telah berbincang dengan kaunselor tentang pelajar ini. Dia antara pelajar yang mendapat bantuan kewangan daripada pihak MARA. Bantuan yang diberikan dapat meringankan beban kewangan ayahnya. Dia juga dikecualikan daripada membayar beberapa jenis yuran kerana kosnya telah ditanggung oleh MARA. Dia sememangnya layak dan wajar diberikan bantuan. Namun hidup ini tidak mudah. Masuk tahun ketiga dia di sini, aku dikejutkan dengan kes disiplin yang melibatkannya. Masuk ke kawasan asrama puteri bukan satu perbuatan yang biasa. Walaupun dia tidak masuk secara langsung tetapi dia telah bersubahat. Jaga line menurut rakan-rakannya. Pada mulanya aku kecewa dengan tindakannya yang tidak berfikir panjang. Setelah kes tersebut dibicarakan di peringkat jemaah disiplin, aku berbicara dari hati ke hati dengannya. Dia terpengaruh katanya. Dia ingin memberontak dan inginkan perhatian. Dia dirujuk ke kaunselor dan tidak diambil tindakan yang berat kerana ini adalah kesalahan kali pertama. Dia hanya digantung persekolahan selama 2 minggu. Pemergian ibunya pada tahun yang sama memberikan tamparan yang hebat. Jiwa remaja yang ingin memberontak ditambah keadaan keluarga yang mendesak dan serba kekurangan. Pertolongan kaunselor, guru homeroom dan guru-guru membangkitkan kembali semangatnya yang hampir patah.