37 KISAH TENTANG DIA Aku berpesan kepadanya, “Kesempatan tidak selalu datang. Jika kita terlepas peluang yang baik, mungkin yang datang tak seperti yang kita harapkan. Jangan sia-siakan amanah keluarga. Ibu awak pasti inginkan yang terbaik untuk awak dan percayalah walaupun dia telah tiada, pastinya dia inginkan awak berjaya dalam hidup. Membahagiakan keluarga”. Dalam pertemuan tersebut, dia menangis semahu-mahunya. Aku hanya membiarkan sahaja. Biarlah dia melepaskan beban dan perasaan yang ditanggung. Masuk tahun keempat aku lihat dia menjadi seorang yang pendiam. Tidak seperti ketika dia mula-mula masuk ke sini. Sudah remaja, fizikal pun sudah berubah. Sekarang aku sudah jarang melihat ayahnya datang. Dia juga tidak selalu ‘outing’ seperti dulu. Jika pulang bermalam dia menaiki bas sahaja. Pada suatu hari sewaktu pulang bermalam, aku lihat dia di hentian bas bersama 4 orang pelajar yang lain. Pada ketika itu hari semakin mendung menandakan hujan akan turun pada bila-bila masa sahaja. Mengikut jadual perjalanan, bas akan tiba dalam masa 30 minit lagi. Aku dan seorang rakan warden yang lain menunggu bas bersama-sama mereka, bimbang bas yang ditunggu mengalami masalah, bolehlah kami mencari jalan penyelesaian. Aku mengambil kesempatan untuk berbual dengannya. Dia bercerita dia tidak balik ke rumah tetapi akan pergi ke rumah pak cik. Adik perempuannya telah diambil oleh abang ibunya setelah ibunya meninggal dunia. Aku bertanya neneknya siapa yang jaga sekarang. Katanya nenek telah meninggal dunia ketika cuti semester tahun ketiga dia di sini. Allah! mengapa aku tidak tahu? Patutlah dia nampak tertekan. Katanya dia rindu adiknya. Hampir setahun mereka tidak bertemu. Aku terdiam dan memikirkan apa yang dia lalui. Betapa beratnya ujian dan cabaran yang ditanggung. Tidak semua orang dapat melaluinya dengan sabar, apatah lagi bagi remaja seusia dia. Aku dikejutkan dengan bas yang berhenti di hadapan kami. Semua pelajar termasuk dia pantas menaiki bas kerana rintik-rintik hujan telah mula membasahi bumi. Aku melambai kepadanya diiringi hujan yang semakin lebat. Aku pulang ke rumah untuk solat asar sebelum ke asrama semula untuk memastikan semua pelajar telah pulang. Ketika rakaatku yang terakhir, telefon berbunyi bertalu-talu. Memang terganggu solatku. Agak pantas aku memberi salam kiri dan kanan sebelum mencari telefon yang sudah pun berhenti berbunyi. Dalam masa yang sama bunyi hon kereta di luar rumah mengejutkan aku. Mesti rakan wardenku yang telah berjanji untuk ke asrama bersama-sama. Biasanya dia tidak pernah membunyikan hon keretanya. Dia mesti akan
38 KISAH TENTANG DIA menghantar pesanan kepada aku terlebih dahulu. Mungkin aku tidak angkat panggilannya tadi. Aku pantas keluar dan aku lihat ada seorang lagi rakan guru bersama dalam kereta tersebut. Belum sempat aku masuk dalam keretanya dia keluar terlebih dahulu dan aku sangat terkejut dengan berita yang disampaikan. Berderau darah aku ketika mendengarnya. Bas yang mereka naiki tadi, telah terlibat dalam kemalangan. Aku terfikirkan keadaan dia dan 4 pelajar yang lain. Kami terus ke hospital. Dia tiba di hospital dalam keadaan pengsan. Menurut rakannya yang cedera ringan, dia membantu mengeluarkan penumpang lain dalam bas tersebut. Apabila ambulan tiba di lokasi kejadian, dia pengsan. Setelah dirawat, menurut doktor tiada kecederaan yang serius. Badannya lemah kerana kelelahan. Tiada yang patah. Cuma luka-luka di bahagian kaki dan tangan. Dia ditahan di wad 3 hari untuk pemeriksaan lanjut. Pada hari ketiga, ketika aku dan rakan melawatnya, dia sudah daftar keluar. Aku bertanya pengawal di wad, katanya dia menaiki sebuah teksi bersama ayahnya. Aku dan beberapa orang rakan mengambil inisiatif melawatnya di rumah dan mewakili pihak sekolah menyampaikan sedikit bantuan. Ketika kami sampai tiada orang di rumah. Beberapa kali salam diberi tiada yang menjawab. Kami duduk di pangkin kayu di bawah pokok di tepi rumahnya. Rumah kayu yang agak uzur itu kelihatan suram. Tidak lama kemudian sebuah motosikal masuk ke pekarangan rumah. Dia bersama ayahnya. Mereka baru pulang dari klinik berhampiran mengambil ubat luka yag telah habis. Katanya dia beransur sihat. Dia kembali ke sekolah setelah bercuti lebih sebulan, termasuk cuti sekolah dan cuti sakit. Agak lewat memulakan tahun baharu berbanding rakan-rakan yang lain bukan alasan untuk tidak memulakan sesuatu. Itu nasihat aku kepadanya. Ini adalah tahun terakhir dia di MRSM. Masa berlalu dan kami sibuk dengan urusan seharian. Dia fokus kepada peperiksaan besar yang akan diambil. Pantas masa berlalu, dia telah selesai menduduki peperiksaan SPM. Pada hari terakhir dia di MRSM, dia memberitahu aku, dia akan bekerja sementara menunggu keputusan. Pada hari keputusan diumumkan, dia datang bersama bapanya. Dia mendapat keputusan yang agak cemerlang. Dia menangis ketika mengucapkan terima kasih kepadaku. Kemudian dia berjumpa dengan kaunselor untuk membuat pilihan selepas ini. Cerita tentang dia sudah lama tidakku dengari. Kadang kala terlintas apabila ada pelajar baharu persis dia. Sehingga pada suatu hari, aku terdengar suara yang tidak asing menyapaku. Ketika itu aku baru keluar dari kereta untuk berurusan di sebuah bank.
39 KISAH TENTANG DIA Cikgu! panggilnya. Gelaran yang sudah sebati itu pasti membuatkan aku berpaling walaupun bukan aku yang dimaksudkan. Aku hampir tidak mengenal dia. Sangat berbeza berbanding dia di bangku sekolah dahulu. Hampir 10 tahun kami tidak bertemu. Tubuh badannya yang sudah berisi tidak seperti dahulu, kurus meninggi. Jambang yang menghiasi wajahnya membuatkan aku sukar untuk mengenalinya. Maklumlah aku juga sudah berusia. Mata pun sudah rabun. Namun, suaranya itu tidak berubah. Itu membuatkan aku cepat mengingat namanya. Dia mempelawa aku minum sebentar di sebuah kafe di sebelah bank. Dia bercerita selepas SPM dia menyambung pengajian di peringkat diploma di sebuah institusi pengajian tinggi, bawah MARA dan kemudian menyambung ijazah di luar negara juga atas tajaan MARA. Banyak jasa MARA kepadanya. Dia sangat bersyukur kerana memilih MRSM. Guru-guru di MRSM katanya banyak memotivasi dan memberikan inspirasi kepadanya. Kini dia bekerja di sebuah syarikat multinasional di Kuala Lumpur. Dia turun ke sini kerana urusan kerja. Aku bertanya kepadanya berapa orangkah anaknya? Dia hanya ketawa. “Belum sampai masa lagi cikgu. Ingin berjasa kepada keluarga dulu”. Dia ingin menyumbang kepada masyarakat. Membantu anak-anak yang mengalami nasib yang sama sepertinya dahulu . Aku bertanya khabar ayahnya. Ayah kini tinggal bersamanya di Kuala Lumpur. Adiknya juga baru mendapat kerja di sana dan tinggal bersamanya. Kini mereka sekeluarga telah bersatu. Jika arwah ibunya masih ada, pasti dia berbangga dengan pencapaian anaknya. Aku sebagai guru juga berasa bangga apatah lagi ibu yang melahirkan. Sebelum kami berpisah beberapa kali dia mengucapkan terima kasih kepadaku. Pesanku sejauh mana pun terbang, jangan lupa rumput di bumi. Jasa MARA bukan hanya kepada dia, juga kepada aku. Tanpa MARA aku mungkin tidak mengenalinya, juga insan lain yang tidak kurang hebat dalam menempuh ranjau kehidupan ini. Sebagai guru di institusi MARA, aku melihat kehidupan dalam pelbagai perspektif. Pengalaman sebeginilah yang menjadikan aku manusia yang lebih maknawi dan manusiawi. Peluang menjadi pendidik juga mengajar aku untuk menjadi manusia yang lebih baik daripada sebelumnya. Menjadi insan yang lebih prihatin, matang dan berjasa. Situasi seperti kisah tentang dia mengajar aku untuk sentiasa refleksi diri. Perasaan inilah yang akan menerbitkan rasa syukur atas segala kurniaannya. Terima kasih MARA!
Didiklah hati untuk merasa bahagia membuat kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain, boleh berdiam diri ketika menghadapi kritikan yang tidak adil dan memberi maaf ketika mampu untuk membalas.
Dalam dunia pekerjaan ini, bermacam-macam perkara boleh berlaku. Perkara baik dan perkara tidak baik, itu proses pembelajaran. Sewaktu bekerja pun kena belajar kemahiran bersosial, belajar kemahiran berkomunikasi dan belajar kemahiran insaniah. Kemahiran-kemahiran ini dipelajari sejak aku mula bekerja bawah MARA. Antara sumbangan MARA yang banyak kepadaku itu, aku akan kongsikan satu kisah yang memberi kesan yang besar dalam hidupku. Pada masa yang sama turut mendidik diriku menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Dan aku harap kisah ringkas ini dapat memberi nilai kepada orang lain juga. Mudah untuk kita melaksanakan tugasan apabila wujud hubungan yang baik. Termasuklah aku. Aku dapat ketua baharu. Ketua baharuku pun baik dan ramah. Menurut pandangan dan pemerhatian aku, semua orang selesa bekerja dengan ketua yang baharu ini. Banyak program yang dilaksanakan mengikut keselesaan dan mengikut apa yang mudah untuk semua orang. Aku ulang, ini menurut pandangan dan pemerhatian aku sahaja. Aku namakan ketua aku ini, Encik Razak. Bukan nama sebenar. Encik Razak proaktif dalam sukan, terutamanya sukan petanque. Aku main petanque juga. Dan ada beberapa orang kakitangan yang turut aktif bermain AKU, PUTRI HIDAYATUL ISTIQAMAH HUSAIN MARA DAN SESUATU
42 AKU, MARA DAN SESUATU petanque bersama-sama. Ini bermakna ramai lagi kakitangan yang rapat dan berhubungan baik dengan Encik Razak. Selang beberapa bulan, kedengaran cerita-cerita yang kurang baik berkaitan ketua baharuku ini. Perkara yang aku dengar itu, bagi aku tidaklah kedengaran teruk, tetapi mungkin itu apa yang mereka rasa secara peribadi. Tiba-tiba aku terpalit sekali apabila mereka mengatakan, “Kau tak apalah. Kau kan baik dengan bos!” Ayat ini bagi aku, tidak profesional bagi seorang pekerja. Hubungan yang baik dan berlaku adil dalam kerjaya adalah dua perkara yang berbeza. Namun berlaku adil atau tidak, berkemungkinan akan merosakkan hubungan yang baik sekiranya tidak diselesaikan dengan baik. Dan konsep ini tidak ramai yang faham. Walau bagaimana baik pun hubungan kita dengan ketua, kita tetap perlu melaksanakan tugas kita mengikut prosedur yang ditetapkan. Apabila aku mendengar cerita begini, aku tidak bagi pendapat. Angguk tanda faham dan senyum. Dalam hati aku “takkanlah”. Benda tidak perlu kongsi. Aku dengar, aku simpan. Kalau orang lain dengar, itu bukan dari aku. Sampailah pada satu hari, perkara ini terjadi kepadaku. Satu memo diedarkan kepada semua guru. Memo itu berkaitan senarai nama guru yang akan mengiringi pelajar menyertai kejohanan olahraga, Majlis Sukan Sekolah Daerah. Aku sebagai guru penasihat sukan olahraga, sepatutnya semua maklumat adalah dalam pengetahuan aku. Dapat memo yang di luar pengetahuan aku membuatkan aku tertanya-tanya. Dan beberapa orang guru datang berjumpa aku dan bertanya kenapa nama mereka tersenarai. Oh ya. Untuk pengetahuan, kejohanan olahraga itu berlangsung selama seminggu. Jadi penggiliran guru pengiring itu telah dijadualkan. Ada yang senyap dan ada yang tidak bersetuju. Perkara ini membuatkan aku baran. Mungkin juga baran aku ini berlanjutan daripada kejadian sebelum itu yang mana aku tidak diizinkan untuk menjadi hakim bagi kejohanan memanah peringkat daerah dengan alasan aku bukan guru penasihat memanah. Pada masa yang sama, aku tahu ada seorang guru yang diizinkan menjadi hakim ragbi walaupun dia bukan guru penasihat ragbi. Situasi sama tetapi maklumbalas yang berbeza.
43 AKU, MARA DAN SESUATU Hal ini aku diamkan dengan alasan yang aku terima. Sejukkan hati sendiri. "Mungkin kelas dia tidak sebanyak aku.” Apabila hal memo itu berlaku, aku tidak dapat tahan diri lagi. Aku berjumpa dengan Encik Razak. “Kenapa tidak berbincang terlebih dahulu?” Encik Razak berkata, “Sebab ada yang bercakap pasal ini.” Aku kata lagi, “Sekiranya bos boleh buat keputusan tanpa berbincang dengan guru penasihat, rasanya tidak perlulah lantik guru penasihat untuk urus.” Aku rasa jawapan aku ini pun sudah cukup biadab. Dan Encik Razak, aku yakin Encik Razak pun tengah marahkan aku sebab suaranya pun telah naik sedikit berbanding biasa. Bagi aku berlaku ketidakadilan apabila urusan aku dihadkan tanpa alasan yang kukuh. Sedangkan orang lain dengan tenang melaksanakan program ikut kehendak. Aku tanya lagi, “Kenapa perlu ramai guru pengiring?" "Sebab seminggu dan ramai pelajar yang menyertai.” En Razak hanya memberikan jawapan mudah. "Tidak perlu ramai sebab urusan ketika kejohanan tidak banyak. Semua urusetia akan uruskan.” ujarnya lagi. Di sini aku sudah mula meluahkan apa yang terbuku di hati, apa yang sentiasa aku dengar. Dan aku tahu, apa yang aku buat ini akan menyebabkan hubungan aku dengan Encik Razak akan jadi tidak baik seperti dahulu. Namun perkara ini aku perlu beritahu. “Olahraga hanya perlukan guru ramai ketika latihan. Sebab dalam olahraga banyak permainan. Sepatutnya penolong penasihat yang akan tolong pantau tetapi guru yang ditetapkan itu tidak turun pun. Dan saya tahu, ada guru yang suka buat laporan tentang apa yang saya buat tetapi tiada seorang pun yang berani bertanya akan kebenaran.” Aku sambung lagi, "Saya dengar macam-macam cerita. Saya diam sebab belum kena kepada saya lagi." “Perlukah saya rapat dengan bos untuk dapatkan manfaat itu? Mungkin pada orang lain, ya tetapi tidak pada saya. Rapat macam mana pun kita dengan ketua, tetap kena ikut prosedur.”
44 AKU, MARA DAN SESUATU Aku pun bukan baik sangat. Aku pun rasa bagus juga buat program kalau tiada semua prosedur itu. Tapi kita profesional kan? Janganlah ambil kesempatan atas hubungan yang baik itu. Aku tidak habis lagi. Aku sambung, "Kalau saya tahu perkara ini boleh request banyak guru, baiklah saya mohon untuk satu sekolah untuk turut mengiringi pelajar sepanjang minggu itu.” Kemarahan Encik Razak reda sedikit. Aku? Air mata aku mengalir menahan kemarahan. Aku tidak sedih. Aku marah, sebab aku tidak boleh naik tangan, naik suara, maki hamun. Aku masih mampu lagi menahan diri untuk tidak melampaui batas. Cerita ini panjang dan aku tidak perincikan. Biarlah nampak isu macam tidak berat sangat. Encik Razak berkata, “Okey. Jadi sekarang mahu ikut yang mana?” “Ikut saja yang dijadualkan dan saya akan turun hari-hari sebab pelajar memang berurusan dengan saya dari awal. Dan sekiranya saya tidak pergi, pun boleh. Cuma saya malas mahu menjawab panggilan guru-guru yang tidak tahu apa-apa ini.” Kes ini selesai di sini. Seperti yang aku cakap, kesan kejadian ini adalah terhadap hubungan baik aku dengan bos. Aku perasan yang bos kerap mengelak daripada berselisih dengan aku. Mungkin perasaan aku sahaja. Mungkin di pihak bos okey juga. Semua itu kemungkinan semata. Tiada kenyataan dan tiada pernyataan. Aku okey, tiada masalah. Bukanlah aku kata aku ni cepat move on ataupun tiada perasaan. Bagi aku itu hal kerja, dan hal kerja tidak sepatutnya memberi kesan terhadap hubungan baik yang sudah terjalin sebelum kejadian itu berlaku. Aku tegur Encik Razak macam biasa. Tiada yang perlu dielakkan dan tiada yang perlu diperbesarkan. Kejadian pada hari itu tidak aku ceritakan kepada sesiapa. Kalau ada, ceritanya tidaklah terlalu mendalam. Sekadar mereka tahu, ada berlakunya ketidaksefahaman tentang hal kerja, bukan hal peribadi. Kejanggalan itu berlaku beberapa minggu, mungkin. Tiada yang akan mengubah aku. Tiada juga perkara yang membuatkan aku benci atau marah pada ketua aku itu. Aku sekadar memberi teguran dan menerima teguran. Aku turun bermain petangue setiap hari. Macam sebelum ini. Tingkah laku aku seperti biasa. Encik Razak nampak janggal. Aku abaikan. Sebab kalau aku layan dan menunjukkan kami ada isu, kejanggalan itu akan semakin nampak.
45 AKU, MARA DAN SESUATU Aku biasa sahaja sebab isu kami itu isu kerja, bukan isu peribadi. Lama kelaman Encik Razak bertingkah laku seperti biasa. Hubungan jadi baik semula. Seperti tiada apa yang berlaku. Kebanyakan orang lain tidak perasan kejadian yang berlaku itu. Dan apa yang berlaku itu tidak perlu dikongsi pun. Tindakan yang aku buat selepas kejadian itu adalah yang terbaik aku mampu buat untuk menjaga hubungan. Tidak akan berkesan pada semua orang. Akan ada yang pergi dan yang tinggal itulah yang terbaik. Aku adalah orang yang sangat sukar melupakan sesuatu keadaan yang sangat memberi kesan dalam hidup aku. Sebenarnya aku masih rasa bersalah kerana tindakan aku mungkin mengguris perasaan bos aku itu. Dan kebanyakan situasi aku sukar untuk melupakan. Ini disebabkan aku beranggapan aku telah merosakkan peribadi dan masa hadapan seseorang secara umumnya, secara khususnya mungkin ada. Cuma aku tidak tahu. Aku doakan Encik Razak sentiasa dalam keadaan yang sihat dan sentiasa diberkati di manapun Encik Razak aku berada. Akan datang aku berharap semua orang memahami jenis hubungan yang terjalin dengan semua orang, antara ketua dan orang bawahan, antara majikan dan pekerja, antara rakan sekerja. Dan dengan harapan semua pihak dapat membezakan di antara urusan kerja dan urusan peribadi. Berharap semua pihak mengenepikan konsep "seniority" dalam kalangan kakitangan. Bekerja secara sihat itu penting untuk perkembangan rohani dan minda. Sihat dalaman, maka akan sihat jugalah kualiti kerja. Kisah ini aku kongsikan bukan untuk menunjukkan kesalahan mana-mana pihak. Kita perlu belajar. Kita perlu menerima kesilapan yang kita lakukan dan untuk itu, kita perlu minta maaf. Kita ada kekuatankah untuk bertindak sedemikian? Kejadian itu telah mengajar aku untuk lebih berfikiran terbuka untuk mencuba perkara baharu dan menguruskan program serta berkomunikasi dengan masyarakat pelbagai lapisan. Terima kasih MARA. Semoga MARA sentiasa melahirkan individu yang berintegriti dan berinovasi pada masa akan datang.
Jadilah orang yang menyenangkan kerana hidupmu akan lebih dihargai, jangan jadi orang yang meresahkan, kerana hidupmu tak akan pernah memberi erti.
Aku anak kampung. Lahir dan membesar di kampung. Hidupku serba kekurangan. Namun seingatku, zaman kecilku agak mewah. Abah tergolong orang berada kerana dia merupakan siswa desa pertama yang berjaya mendapat tajaan biasiswa sebuah bank lewat tahun 70-an. Tamat pengajian, abah dilantik menjadi pengurus cawangan, di Pekan Jasin dengan gaji yang lumayan. Panas yang dijangka berpanjangan terhenti dek mendung hujan di tengah hari. Abah diperangkap dalam satu skandal fitnah sehingga dia jatuh muflis dan berputih mata apabila hartanya disita. Pada ketika itu abah baharu berjinak-jinak dengan dunia politik. Bintangnya menjadi kelam. Roda kehidupan kami pun meluncur deras ke bawah. Menginjak alam remaja, aku dididik untuk berhemat. Terkadang emak mencatu makanan untuk kami, 8 orang anaknya. Pun begitu, kedua-dua orang tuaku sangat menitikberatkan pelajaran dan menetapkan aliran agama sebagai satu-satunya pilihan kami. Aku dimasukkan ke sebuah maahad di Pekan Merlimau, mengambil aliran dini dan belajar bahasa Arab sebelum lulus cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun 1996. Aku kemudiannya ditawarkan melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, di ibu kota. BERSAKSI MASFUFAH AB RAHIM DAUN MAPEL
48 BERSAKSI DAUN MAPEL Mengimbau kembali zaman remajaku, perkataan MARA (Majlis Amanah Rakyat) adalah sesuatu yang sangat asing bagiku kerana tidak pernah didedahkan kepada mana-mana institusi pendidikan MARA seperti MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) atau KPM (Kolej Profesional MARA). Pernah sesekali aku terserempak dengan pelajar perempuan berbaju kurung beige dan berkain coklat muda sewaktu di tingkatan dua. Pada ketika itu kami sama-sama menunggu giliran untuk bertemu orthodontist di klinik pergigian Jasin. Masih aku ingat betapa bingungnya aku tatkala dia menyatakan dia penuntut maktab. Timbul semacam rasa kagum, alangkah hebatnya dia berjaya masuk pada usia yang muda walhal kami sebaya! Bagaikan rusa masuk kampung, saat di universiti, aku terpempan dengan kehebatan rakan-rakan kuliah yang cerdas dan petah berdebat. Kebanyakan mereka adalah produk MRSM selain sekolah-sekolah berasrama penuh yang gah seperti MCKK (Malay College of Kuala Kangsar), TKC (Tunku Khursiah College), dan STF (Sekolah Tun Fatimah). Hebat rupa-rupanya MRSM ini. Namun begitu, aku bersyukur kerana dari aspek kerohanian, aku pantas mendahului teman-teman lain dan kerap menjadi naqibah tatkala sesi usrah atau halaqah dijalankan pihak universiti. Enggan menyusahkan emak dan abah di kampung, aku berusaha mendapatkan biasiswa daripada sebuah bank terkemuka untuk meneruskan pengajian. Belum sempat menjalani istiadat konvokesyen, aku telah diarahkan melapor diri dan berkhidmat dengan bank tersebut di cawangan Kuchai Lama untuk melunaskan kontrak 3 tahun yang disyaratkan dalam perjanjian. Aku berasa bangga kerana berjaya mendapat kerja dengan cepat tanpa perlu menganggur. Masa berganti masa. Aku menamatkan zaman bujang dan membina keluarga bahagia. Bertambah ceria apabila kami dikurniakan sepasang cahaya mata. Namun kegembiraanku pudar hari demi hari. Gaji yang ditawarkan oleh bank ternyata tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga apabila suamiku tiba-tiba diberhentikan kerja dek kegawatan ekonomi akibat wabak SARS. Keperluan susu dan lampin anak-anak, duit pengasuh, tol dan petrol, pinjaman rumah dan kereta serta hutang pembiayaan peribadi, semua komitmen ini menggasak mindaku setiap hujung bulan. Kemudahan kad kredit yang diberikan oleh bank ternyata memburukkan lagi status kewanganku dalam sistem CCRIS (Central Credit Reference Information System) seliaan Bank Negara Malaysia. Kelangsungan hidup kami sehari-hari
49 BERSAKSI DAUN MAPEL banyak bergantung kepada kad kredit yang hanya mampu aku bayar jumlah minimum sahaja setiap bulan. Miskin bandar. Itulah gelaran yang tepat buatku! Bagaikan jatuh ditimpa tangga, suamiku meninggal dunia secara mendadak akibat komplikasi demam denggi berdarah ketika aku sarat hamil anak ketiga. Atas desakan kewangan, aku akhirnya berpindah dari ibu kota dan pulang ke kampung untuk menumpang tinggal bersama emak dan abah. Permohonanku untuk bertukar cawangan telah diluluskan oleh pihak bank. Emak dan abah membantu menjaga anak-anakku sewaktu aku keluar bekerja. Namun, sinar yang kudambakan belum muncul jua. Di tempat kerja baharu, aku dibebankan dengan pelbagai tugas mempromosi produk-produk bank dan memproses permohonan pelanggan sehingga saban hari aku terpaksa pulang lewat malam. Tidak cukup dengan itu, kerap kali aku diarahkan bertugas pada hari cuti umum. Gaji yang diterima langsung tidak setimpal dengan beban kerja. Sayu melihatkan nasib ketiga-tiga anak kecilku yang terabai, aku akhirnya nekad meletak jawatan. Tidak tergamak melihat wajah kudus mereka yang ingin bermanja dan menagih belaian kasih ibu. Sudahlah ayah mereka tiada lagi di dunia fana, aku pula lebih banyak terikat masa di tempat kerja. Terlalu sedikit waktu untuk bercanda, apatah lagi mengajari mereka tulis baca. Dalam tempoh 3 tahun mengganggur, aku menjadi guru ganti di pelbagai sekolah sebelum ditawarkan menjadi guru sandaran tidak terlatih (GSTT). Pada suatu hari seorang rakan GSTT memaklumkan dia menerima panggilan temuduga pensyarah sambilan di Kolej Profesional MARA Bandar Melaka. Kusingkirkan rasa malu, pantas aku kunjungi pejabat kolej dan menghubungi nombor yang diberikan, memohon peluang untuk ikut serta dalam temuduga itu. Aku melonjak kegembiraan apabila dibenarkan. Betullah kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah yang tahu. Kemahiran berbahasa Inggeris membuat aku terpilih mengatasi calon-calon yang lain. Aku kini bergelar guru MARA. Sudah tertulis rezekiku, taraf sambilan bertukar tetap dan berpencen. Bekerja dengan MARA seolah-olah takdir yang Allah janjikan sebagai balasan kesabaran selama tiga dekad aku diuji dengan kesempitan hidup. Selaku penjawat awam, mudah bagiku untuk menstruktur semula status kewangan dan melunaskan hutang lapuk arwah suami yang menyenarai hitamkan namaku, serta hutang kad kredit yang mencanak dek compounding effect.
50 BERSAKSI DAUN MAPEL Bahagian Sumber Manusia MARA pula sentiasa cakna, mewajibkan aku menghadiri seminar kewangan berhemah dan bengkel urus kewangan atas dasar tanggungjawab mereka memantau kadar keberhutangan setiap kakitangan. Perlahan-lahan aku berjaya mengumpul harta yang tidak pernah aku miliki sebelumnya. Berada dalam lingkungan MARA telah membuka mataku terhadap peluangpeluang yang ditawarkan kepada golongan bumiputera. Demi merebut peluang itu, aku gigih memastikan anak-anakku belajar dengan cemerlang serta aktif dalam kokurikulum untuk layak ke MRSM. Anak sulungku Aleyah ditawarkan ke MRSM Gemencheh yang menjalankan program ulul albab iaitu hafazan al-Quran 30 juzuk sebagai pemangkin kecemerlangan dunia dan akhirat. Lebih mengharukan, MARA menaja wang caruman bulanan kepada anakanak kakitangan yang menuntut di MRSM. Sungguh MARA prihatin dengan kebajikan warga kerja dan komited untuk memastikan transformasi anak bangsa. Membuktikan keunggulan pendidikan MRSM, Aleyah lulus cemerlang dalam peperiksaan SPM dan ditawarkan ke Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin. Namun, aku telah memujuknya untuk menyambung pengajian di tempat aku berkhidmat iaitu di Kolej Profesional MARA Bandar Melaka. Melihat potensi yang besar dalam bidang pengurusan halal yang ditawarkan, aku mengetahui peluang menyambung peringkat sarjana muda di universiti luar negara melalui program penajaan MARA tersedia bagi graduan yang layak. 7 semester berlalu dengan pantas. Bagaikan tidak terasa 2 tahun setengah telah berakhir. Anakku berjaya menamatkan diploma dengan keputusan yang membanggakan. Saat coretan ini ditulis, Aleyah telah berada di Lincoln University of New Zealand mengambil jurusan Food Science. Semalam, aku menerima kiriman suratnya dari seberang lautan. Walaupun kami biasa berbual melalui aplikasi WhatsApp, bingkisan ini lain sekali. Aku memintanya mengirim sehelai daun maple merah. Daun yang sinonim dengan negara puak Maori itu ada makna tersendiri buatku. Bagaikan kapsul masa, tiada siapa yang tahu aku menanam angan-angan untuk menjejakkan kaki ke bumi New Zealand sejak tahun 2001, ketika pesona filem trilogi “Lord of the Ring” memukau seluruh dunia. Aurora! The beautiful home of hobbits!
51 BERSAKSI DAUN MAPEL Terdiri daripada 2 pulau utama iaitu Pulau Utara dan Pulau Selatan, New Zealand menjadi destinasi luar biasa untuk diteroka. Dipenuhi lanskap indah pelbagai rona, pemandangan menakjubkan, gabungan tasik biru yang sukar ditandingi, gunung-ganang dan tumbuhan hijau yang subur, New Zealand bagaikan mimpi cebisan syurgawi bagi mereka yang memahami sebenarbenar indahnya ciptaan Ilahi. Subhanallah! Berkat tajaan pelajaran MARA, anakku berjaya menzahirkan sebuah impian yang hampir terkubur. Janji telah dipateri, aku akan hadir ke majlis konvokesyen Aleyah lewat musim luruh yang akan datang. Sehingga tiba saat itu, daun mapel ini aku sematkan dalam lipatan diari MARA yang baharu kuterima, pembuka tirai tahun baharu dan pengobar azam untuk cekal menabung tambang ke sana. Terima kasih MARA atas kurniaan ini, dan untuk setiap peluang menambahbaik kekurangan diri ini yang tak putus-putus diberikan. Alhamdulillah! Kusyukuri selalu. “Maka, manakah lagi nikmat-nikmat Tuhanmu yang engkau dustakan?” (ar-Rahman: 13). Insyirah (tengah) bersama rakan-rakan di MRSM mengambil sijil SPM
Segala amalan memberi makna andai hanya kerana Allah, sebaliknya menjadi sia-sia jika hanya mencari penghargaan manusia.
TAWARAN KERJA "Kau janganlah minta kerja sebagai PAR di MRSM tu, kau SPM pangkat 1, mintalah kerja yang elok sikit! Kerja PAR bukan untuk orang seperti kau!" Renungan tajamnya kupandang sepi. Tiada kata-kata yang aku zahirkan untuk menangkis kata-katanya itu. Pak Cik Ghani merupakan sepupu sebelah ibuku. Seorang pegawai polis yang pastinya tersadur ketegasan hasil didikan kepolisian. Dia cukup tidak setuju apabila aku menyatakan hasrat untuk memohon kerja sebagai Pembantu Am Rendah di MRSM Kuala Krai. Mungkin kerana kerjayaku sebagai guru sambilan pada masa itu cukup sesuai dirasakan untuk diriku. Katanya lagi, dengan keputusan SPM yang cemerlang, aku sepatutnya memilih jawatan yang lebih tinggi. Namun, aku tidak peduli. Telah aku bulatkan tekad untuk memohon jawatan tersebut. Bagiku inilah peluang untuk “makan gaji” dengan kerajaan. Walaupun kecil jawatannya tetapi bagiku ia berbaloi kerana jarak yang dekat dengan rumahku tambahan pula jawatan yang ditawarkan adalah tetap. Itulah aku, karakter tegas, keras kepala dan sangat tetap pendirian. Kata-kata Pak Cik Ghani tidak akan pernah mematahkan semangatku yang sudah bulat. MARA KHALIJAH DOLLAH SENTIASA DI HATI
54 MARA SENTIASA DIHATI "Pelajar-pelajar semua, cikgu nak maklumkan, khidmat guru ganti cikgu di sini sudah tamat. Hari ini adalah hari terakhir cikgu di sekolah ini. Cikgu sudah mendapat tawaran kerja tetap di MRSM Kuala Krai," kataku lembut kepada anak-anak murid darjah 4 Sekolah Kebangsaan Kuala Nal. "Cikgu, saya sayang cikgu sangat-sangat! Boleh saya 'kiss' pipi cikgu?" Tanpa aku sedar, titis-titis jernih sudah mulai gugur membasahi pipi sambil aku angguk tanda setuju membenarkan permintaan mereka untuk memberi ciuman terakhir kepadaku. Sungguh tidakku sangka, perkhidmatan aku sebagai seorang guru ganti selama 6 bulan di sekolah tersebut cukup memberi kesan kepada mereka apa lagi kepada diriku sendiri. Kepolosan mereka cukup membuat aku jatuh kasih. Pekerjaan yang sementara ini telah berjaya mencungkil jiwa pendidik yang selama ini terselindung tanpa sapaan daripada sesiapa. Hijabku sebagai seorang pendidik perlahan-lahan terzahir sejak berada di sekolah itu. Mana mungkin aku melupakan kejayaan seorang murid yang dahulunya selekeh, agak memberontak dan tidak pernah menyiapkan kerja sekolah mana-mana guru subjek, berubah secara total menjadi seorang murid yang rajin, kemas dan paling penting semua kerja sekolah yang diberikan oleh guru subjek, mampu disiapkan olehnya! Kaedah reversed psychology yang telah kupraktikkan, kukira meresap ke dalam jiwa pelajar tersebut. Dan, mana mungkin aku melupakan kejayaan anak didikku memenangi tempat pertama dalam pertandingan bercerita. Dia cukup berbakat! Aku jua tidak akan pernah melupakan saat-saat aku berjaya membentuk, melatih seterusnya membawa pasukan sekolah ke pertandingan bola baling buat julung kalinya dan telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Walaupun nampak kecil pada pandang insan yang lain, namun ia sudah cukup mengujakan aku sebagai tenaga pengajar sambilan di sana. 6 bulan yang indah! KERJA MARA "Result SPM awak cemerlang, kenapa awak memilih untuk bekerja? Kenapa awak tidak memilih untuk menyambung pelajaran awak? Kenapa awak tidak memohon untuk mendaftar masuk universiti?" Masih terngiang-ngiang lagi pertanyaan panel temuduga ketika aku memohon jawatan sebagai Pembantu Am Rendah di MRSM Kuala Krai dahulu.
55 MARA SENTIASA DIHATI Lancar dan bertubi-tubi soalan daripada salah seorang panel temuduga yang berwajah keibuan. "Puan, saya orang susah, ayah saya hanyalah seorang pengayuh beca. Saya tidak sanggup melihat ayah saya berhempas pulas mencari duit untuk menampung perbelanjaan saya jika saya sambung belajar lagi. Saya sudah cukup perit melihat lelahnya ayah menanggung saya ketika saya belajar daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Cukuplah penderitaan ayah. “Saya tidak sanggup lagi melihat riak wajah ayah sekembalinya ke rumah pada waktu petang dalam keadaan mengah dan lelah. Cukuplah, izinkan saya bekerja dan membantu ayah untuk melunaskan perbelanjaan seharian kami sekeluarga. Insya-Allah ada rezeki saya akan sambung belajar namun bukan dengan menyusahkan ayah saya." Semua panel terdiam seketika mendengar jawapan aku. Mungkin mereka tidak menjangka jawapan itu yang akan kulontarkan sebagai jawapan balas terhadap persoalan mereka yang datang bertubi-tubi. Semput nafasku menjawab, namun aku puas. Jawapan itu sangat jujur daripada seorang yang bernama AKU. Debar di hati ternyata berkurang usai keluar dari bilik temuduga. Aku menjangkakan kemungkinan besar aku gagal dalam sesi temuduga itu. Kenapa? Aku hanyalah seorang gadis miskin yang kerdil, tidak punya apa-apa berbanding calon-calon lain. Kebanyakan mereka memiliki surat sokongan daripada menteri dan orang yang berjawatan. Masih aku ingat semasa menunggu giliran dipanggil temuduga, masing-masing kelihatan tersenyum sinis menayangkan suratsurat sokongan semasa sesi menunggu. Sedetik mata kupejam, semangat motivasi diri cuba kucari. "Ya Allah, aku datang temuduga hari ini hanya membawa sijil-sijil yang tertulis padanya namaku dan ber'binti'kan kepada ayahku, itu sahaja yang aku ada". Aku akui, tidak sedikit pun aku merasa gentar dengan surat-surat sokongan yang ditayangkan sebentar tadi. Aku yakin dengan kemampuanku sendiri. Pasti aku akan berdiri atas kakiku sendiri! Terima kasih MARA, aku diterima untuk lantikan secara tetap ke jawatan Pembantu Am Rendah di MRSM Kuala Krai pada tahun 2002. Seramai 400 orang calon yang memohon, namun hanya 9 orang yang terpilih untuk jawatan tersebut. Lebih tepat lagi, seramai 6 orang lelaki dan 3 orang perempuan termasuk aku yang berjaya menjawat jawatan ini. Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal. Dengan gaji asas sebanyak RM411.11 pada 01 Disember 2022, bermulalah aku bekerja sebagai seorang Pembantu Am
56 MARA SENTIASA DIHATI Pejabat yang ditempatkan di Pusat Sumber Pembelajaran (PSP) MRSM Kuala Krai. "Saya nak awak bantu siapkan majalah ini. Masa sudah agak suntuk. Bulan April kita perlu cetak dan agihkan kepada semua warga MRSM." "Baik, insya-Allah saya cuba siapkan." Puan Hajah Norbibi binti Abdullah, seorang pengetua yang sangat lembut dalam tutur katanya serta tidak pernah lokek dengan senyuman. Aku sungguh kasih kepadanya. 'Kak Bie', itulah panggilan mesra kami kepadanya. Mendapat mandat untuk siapkan majalah sekolah bukanlah satu tugasan yang mudah disertai dengan kesuntukan masa. Namun setiap amanah yang diberikan tetap aku pikul dengan penuh tanggungjawab tanpa ada rasa untuk berdolak-dalih. Bermalam keseorangan di Bilik Multimedia maktab demi menyiapkan tugasan majalah tidak menjadi sesuatu yang mustahil bagi diriku. Usikan manja daripada para sahabat mengatakan bilik multimedia itu berhantu aku tepis mentah-mentah. Mana mungkin seorang ‘Anak Ayah’ ini menjadi seorang penakut. Ayah tidak pernah mengizinkan aku untuk menjadi seorang yang penakut. Beberapa malam aku bermalam di bilik itu, tiada apa yang datang mengusikku, apa lagi mengganggu konsentrasiku untuk menyiapkan majalah maktab. Aku berpegang kepada kata-kata pepatah "Man Jadda Wajada, Wa Man Zara'a Hasada". Alhamdulillah, majalah siap pada waktunya. Mungkin tidak sehebat majalah yang lain namun usaha itu sudah cukup memberikan aku semangat untuk terus memberi sumbangan yang terbaik dalam apa jua pekerjaan yang telah diamanahkan kepadaku. "Tahniah, awak dapat kenaikan pangkat kepada Pembantu Tadbir di MRSM Jeli." Seperti mimpi aku menerima surat tawaran tersebut daripada pihak pentadbiran MRSM Kuala Krai. Terasa masih baharu berkhidmat sebagai PAR di MRSM Kuala Krai. Belum cukup tempoh 2 tahun berkhidmat di MRSM Kuala Krai, takdir sudah menuntutku untuk berhijrah. Namun rasa syukur tetap aku panjatkan kepada Ilahi. Dialah yang Maha Pemurah dan Maha Pemberi Rezeki. Aku terima tawaran kenaikan pangkat itu dengan rasa kesyukuran yang tidak terhingga. Bertalu-talu ucapan tahniah dari pihak pengurusan, rakan-rakan staf dan guru-guru serta sanak saudara dihulurkan kepadaku. Alhamdulillah Ya Allah!
57 MARA SENTIASA DIHATI SAMBUNG BELAJAR MARA sebuah nama yang cukup gah di mata masyarakat. Untungnya menjadi kakitangan MARA kerana sokongan, bantuan dan kebajikan semua warga kerja amat dijaga. Galakan terhadap pendidikan dan perkembangan kerjaya para kakitangan tidak pernah diambil mudah oleh pihak pengurusan MARA. Galakan yang berterusan kepada mana-mana anggota kerja untuk terus menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sentiasa diwarwarkan kepada yang berminat. Selaras dengan galakan itu, pelbagai bantuan kewangan dan kemudahan ditawarkan oleh MARA. MARA memang terbaik! "Sue, jom kita sambung belajar. Boleh tambah ilmu yang sedia ada". Okey, jom! Kita belajar sama-sama." Ajakan aku disambut dengan tangan terbuka oleh sahabatku, Suryana yang lebih mesra aku panggil Sue. Diploma Pengurusan itulah course yang aku mohon untuk menyambung pelajaranku dan Open University Malaysia adalah institusi pilihanku kerana cawangannya ada di negeri kelahiranku iaitu di Kota Bharu, Kelantan. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Sahabatku Suryana tidak dapat meneruskan hasratnya untuk menyambung pelajaran bersama kerana kekangan yang tidak dapat dielakkannya. Agak terkilan perasaanku pada waktu itu. Namun bagiku, 'Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'. Aku teruskan jua perjuangan menuju gerbang keilmuan seorang diri. Aku akan pastikan segulung ijazah akan kejap berada di genggaman seorang anak kampung sepertiku. Begitulah tekadku pada saat itu. ' Jika kamu ingin berjaya, berjuanglah, sama ada sendiri atau bersama yang lain, itu soal kedua.' Itulah kata-kata motivasi yang cukup menginspirasikan aku untuk terus berjuang menyambung pelajaranku. "Eh, siapa yang hadir bersama awak tu?” Soal salah seorang Excutive Open University ketika aku mula mendaftar diri sebagai pelajar separuh masa di institusi itu. "Itu ibu saya puan, beliau mahu menemani saya untuk sesi pendaftaran hari ini." Dari jauh aku lihat riak wajah ibu cukup bangga kerana anak bongsunya akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke universiti. Lama benar hasratnya terpendam, baharu kini ia termakbul. Wajah tua ibu agak resah kerana pertama kali dia berada di dewan yang berhawa dingin. Ibu tewas dengan kesejukan penghawa dingin.
58 MARA SENTIASA DIHATI Segera aku mendapatkan ibu, tangannya kugenggam, jelas terasa kesejukan jari jemari bonda. Sabarnya ibu, sekejap lagi pendaftaran ini akan selesai. "Adik, awak layak untuk terus memohon program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dengan kepujian berdasarkan result SPM awak dan pengalaman kerja awak selama 5 tahun. Mahu tak kami tawarkan untuk sambung terus ke degree?” “Yakah puan? Kalau macam tu saya mahu, puan.” Allahu Rabbi, kita hanya merancang tetapi percayalah, perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Pada mulanya, aku cuma memohon untuk program diploma sahaja, namun rezeki sudah tertera, setelah meneliti kelayakanku, pihak universiti menyarankan aku untuk menyambung terus ke program ijazah sarjana muda. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Aku setuju dan ditawarkan menjadi seorang pelajar ijazah separuh masa di OUM, Kota Bharu. Permohonan tajaan segera kulayangkan kepada pihak MARA setelah mendapat surat tawaran. Pihak MARA menawarkan kemudahan pinjaman pengajian kepada semua anggota kerja yang layak. Alhamdulillah, permohonan aku diterima dan diluluskan. Terima kasih MARA! Terlalu banyak jasamu MARA kepada seorang anak miskin kampung sepertiku. Akan aku balas jasamu MARA dengan setiap titisan keringatku. Sesungguhnya aku tekad untuk bekerja dengan penuh tanggungjawab dan komited pastinya. PENGHARGAAN DALAM PERKHIDMATAN "Puan, saya mahu tolak anugerah ini, sudah 2 kali anugerah ini saya terima, lebih molek sekiranya diberi kepada sahabat saya yang lain." "Maaf, awak tidak diberi pilihan untuk menolak. Pihak pengurusan telah bersetuju untuk memilih awak sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun ini bersama-sama dengan 5 lagi sahabat guru dan staf yang lain. Anggaplah ini rezeki awak." Terkedu aku mendengar kata-kata daripada salah seorang orang atasanku. Hakikatnya, bukan anugerah yang aku kejar dalam pekerjaan ini, memadai aku merasa gembira dalam setiap tugasan yang telah aku laksanakan setiap hari. Tiada anugerah yang aku perlukan lagi. Namun aku juga perlu meletakkan rasa syukur dan sedar diri dengan setiap rezeki yang Allah telah tentukan. Siapa aku untuk mengambil alih tugasan Sang Pencipta. Berkecimpung dalam dunia perkeranian di MRSM Jeli selama 7 tahun cukup menganugerahkan aku satu pengalaman kerja yang cukup indah dan berharga. Pelbagai cabaran kerja yang aku lalui saat-saat menjawat jawatan
59 MARA SENTIASA DIHATI sebagai Pembantu Tadbir Perkeranian dan Operasi di situ. "Tahniah, awak mendapat tawaran kenaikan pangkat sebagai Pembantu Tadbir Kanan di KKTM Petaling Jaya." "Allahu Rabbi." Aku bersyukur dengan kenaikan pangkat pada kali kedua ini, namun ada juga gentarnya. Menerima jawatan ini berarti aku perlu keluar daripada zon selesa untuk bertugas di luar Kelantan. 'If your best player isn't a leader, you better be the hardest worker'. Inilah antara kata-kata yang selalu aku sematkan dalam diri. Jika aku tidak dilahirkan sebagai seorang pemimpin, fokusku hanyalah satu, bekerjalah dengan penuh kesungguhan sambil mengharapkan redha Allah. Itu sahaja. Aku amat yakin, akan hadir banyak kebaikan seiring masa yang berlalu. Kenaikan pangkat pada kali ini memerlukan penghijrahan yang agak jauh dari negeri asalku. Kolej Kemahiran Tinggi yang terletak di Petaling Jaya (KKTM PJ) bakal menjadi saksi kerjayaku untuk yang kesekian tahun. Namun, jodohku dengan KKTM PJ tidaklah lama. Cukup sebulan setengah menjadi warga di situ, aku dapat kembali bertugas semula di MRSM Jeli setelah melalui proses pertukaran 'suka sama suka' dengan sahabat yang berjawatan sama yang mana lebih memerlukan untuk bertugas di tempat yang lebih dekat dengan rumah keluarganya di Petaling Jaya. Aku akur dengan pertukaran ini kerana kasihan pada sahabat yang berhajat dengan pertukaran ini. Isterinya tidak sihat. Berjauhan daripada isterinya, seorang di Petaling Jaya dan seorang lagi bertugas nun jauh di Jeli menyebabkan prestasi kerja agak tidak stabil. Alhamdulillah semua urusan pertukaran dipermudahkan. “Eh, kabel apa yang awak guna dapat bertukar semula ke Jeli secepat ini?” “Hanya Allah kabel saya, tiada yang lain”. Terus terdiam si polan yang bertanya. Benar, semuanya urusan Allah yang atur, kita cuma perlu berusaha, akur dan redha, itu sahaja. Kenaikan pangkatku tidak berhenti setakat ini. 3 tahun selepas ditukarkan ke MRSM Jeli sebagai Pembantu Tadbir Kanan, aku sekali lagi dinaikkan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi iaitu jawatan Penolong Pegawai Tadbir di Pejabat MARA Negeri Kelantan. Sekali lagi aku keluar daripada zon selesa. 11 tahun berada dalam dunia Pendidikan MRSM, aku akhirnya meneruskan khidmat di Pejabat MARA Negeri. Satu bidang tugas yang berubah secara total. Tugasan baharu ini memerlukan aku berhadapan dengan para usahawan MARA sebagai
60 MARA SENTIASA DIHATI penguatkuasa. Dalam masa yang sama, aku juga dilantik untuk bertugas sebagai peguam MARA untuk membawakan kes-kes saman usahawan yang bermasalah dengan tunggakan bayaran di Mahkamah. Menipulah jika aku katakan aku tidak gentar saat membacakan pertuduhan kepada usahawan MARA yang telah disaman di hadapan hakim. Namun inilah peluang untuk aku terus terokai kepelbagaian bidang tugas ditawarkan dalam organisasi MARA. Cabaran tugasan baharu aku sahut penuh bergaya. Berbaju hitam dan putih seolah-olah seorang peguambela profesional pada saat aku menghadiri sebutan kes di mahkamah. Berada dalam suasana kehakiman cukup menginsafkan aku. Terlalu ramai anak bangsa yang tewas mencari indentiti sendiri. Terlalu ramai para ayah ibu yang bergolok bergadai memberi jaminan kepada anak masing-masing demi tagihan keampunan terhadap kes-kes jenayah si anak. Setelah hampir 4 tahun bertugas di pejabat MARA Negeri Kelantan, perasaan sayang mulai bertaut. Hubungan sesama sahabat tidak ubah seperti hubungan adik-beradik. Cukup rapat cukup kasih. Aku semakin selesa dengan bidang kerjaku sebagai penguatkuasa MARA. Banyak ilmu negotiation skills yang aku belajar selama berada di situ. Namun, walau ‘sesedap mana nasi’ di pejabat MARA Negeri, aku sekali lagi perlu beralih selera ke tempat lain. Bertugas sebagai Peguambela MARA
61 MARA SENTIASA DIHATI Perpisahan sekali lagi menghambat diriku. Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui. Aku mendapat kenaikan pangkat untuk kali yang keempat iaitu sebagai Penolong Pegawai Tadbir Kanan di MRSM Pasir Tumboh pula. Aku kembali semula ke MRSM. Aku akur, aku syukur. Ya Allah, nikmat mana lagi yang boleh aku dustakan! Bersama MARA terlalu banyak kenikmatan yang aku perolehi. Penghargaan demi penghargaan, kenaikan pangkat demi kenaikan pangkat, ilmu yang tidak terbatas serta rakan-rakan sekerja dan pengurusan yang sangat hebat, cukup membuatkan MARA senantiasa di hatiku. Terima kasih MARA, Dikaulah kebangaaan seorang anak Melayu sepertiku! Aku sujud syukur pada-Mu Ilahi. I Love MARA! Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya (Al-Baqarah:286)
Akal itu menteri yang menasihati Hati itu ialah raja yang menentukan Harta itu satu tamu yang akan berangkat Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan.
Masih aku ingat puisi bertajuk The Road not Taken nukilan Robert Frost yang aku pelajari sewaktu di tingkatan 4. Ia bukan sahaja indah tetapi amat menarik kerana ia mengisahkan tentang dilema seorang pengembara untuk memilih di antara dua jalan yang terbentang di hadapannya. Di akhir puisi, pengembara itu memilih jalan yang tidak dilalui oleh kebanyakan orang. Siapa sangka perancangan Tuhan itu adalah yang terbaik. Pada usiaku mencecah 30 tahun, akulah watak utama dalam puisi itu. Akulah pengembara yang telah memilih 'the road less travelled'. Putih tulang dikandung tanah Budi yang baik dikenang juga Jasa murni dan penuh rahmah Terima kasih kuucapkan wahai MARA Perkenalan aku dan MARA bermula ketika usiaku 17 tahun. Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), aku menghadiri temuduga bagi mendapatkan biasiswa MARA untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi. Walaupun 13 tahun sudah berlalu, masih segar di ingatan, aku bersama 15 orang pelajar lain yang terpilih bagi mewakili Daerah Kerian hadir ke pusat temuduga yang bertempat di Taiping, Perak. JALAN RAJA BALKISH MASTURA RAJA YUSSOF YANG TIDAK DIPILIH
64 JALAN YANG TIDAK DIPILIH Agak mengejutkan kerana temuduga yang dilaksanakan MARA pada ketika itu tidak sama seperti temuduga biasa. Dalam pusingan pertama semua peserta ditugaskan untuk bekerjasama menyelesaikan satu masalah simulasi. Pegawai MARA yang bertugas menyediakan tin sardin, spaghetti dan beberapa bahan lain yang agak samar dalam ingatanku. Secara ringkas tugas pelajar adalah untuk berkomunikasi dan bekerjasama dengan pelajar lain sebagai satu kumpulan serta mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan masalah simulasi itu. Selesai pusingan pertama, pusingan kedua diteruskan dengan sesi soal jawab bersama tiga orang ahli panel MARA. Beberapa minggu kemudian, aku mendapat panggilan telefon dari pegawai MARA serta sepucuk surat menyatakan bahawa aku telah berjaya dalam sesi temuduga tempoh hari. MARA berbesar hati untuk menawarkan aku biasiswa penuh bagi melanjutkan pelajaran dalam program Diploma in International Baccalaureate yang bertempat di Kolej MARA Banting (KMB), Selangor. Program ini dalam program persediaan untuk pelajar lepasan SPM sebelum masuk ke universiti untuk mengambil Ijazah Sarjana Muda. Hatiku berbunga dan aku melompat keriangan. Sejujurnya aku berasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada MARA atas peluang yang diberikan. Hal ini kerana aku mendapat tahu bahawa hanya 2 orang pelajar yang berjaya melepasi temuduga antara keseluruhan 15 orang pelajar dalam kumpulanku. Kepercayaan dan amanah yang telah MARA berikan kepadaku amat aku hargai dan syukuri. Bermulalah kehidupan baharuku sebagai pelajar di KMB. Ibu serta adik-beradikku menemani aku pada hari pendaftaran sekitar Jun 2011. Sememangnya, aku mengalami sedikit culture shock setibanya aku di KMB. Aku hanyalah seorang gadis biasa yang berasal dari sebuah kampung kecil. Sewaktu di sekolah menengah, aku bersekolah di sekolah harian berdekatan rumah ku di Bagan Serai, Perak. Budaya di sekolah harian biasa dan sekolah berasrama penuh jauh berbeza. Aku juga terkejut apabila aku mendapat tahu bahawa agak ramai pelajar di KMB yang menuntut di sekolah menengah yang sama antaranya MRSM Taiping, MRSM Tun Ghaffar Baba, MRSM Pengkalan Chepa, dan beberapa Sekolah Berasrama Penuh yang lain. Sepanjang 2 tahun di KMB, banyak pengalaman suka duka yang aku tempuhi dan pelajari. Disebabkan ayahku telah meninggal dunia sewaktu aku berumur empat tahun, dan hanya ibuku bekerja bagi menyara aku dan 3 adik beradik yang lain, aku tidak mahu menyusahkan ibuku dari sudut kewangan. Syukur Alhamdulillah KMB menyediakan asrama yang selesa untuk pelajar, makanan percuma sebanyak 6 kali sehari dan juga elaun bulanan sebanyak RM100. Aku bersyukur atas nikmat Tuhan dan juga kemurahan hati seluruh
65 JALAN YANG TIDAK DIPILIH pihak MARA. Aku yakin setiap pelajar yang mempunyai nasib yang sama yang datang dari keluarga yang susah seperti aku sangat menghargai jasa MARA yang penuh rahmah. Program Diploma in International Baccalaureate di KMB adalah program persediaan untuk pelajar-pelajarnya menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di luar negara. Antara negara yang dipilih oleh MARA adalah United Kingdom, Ireland, United States, New Zealand, Australia dan India. Satu budaya yang dititik beratkan oleh MARA bagi kesemua pelajarnya walaupun kami akan berangkat ke luar negara dan menuntut ilmu di negara maju, MARA sentiasa memastikan kami mengamalkan ajaran dan nilai Islam dalam kehidupan seharian kami. Solat berjemaah, ceramah agama dan majlis ilmu daripada penceramah jemputan, usrah daripada naqib dan naqibah yang berpengalaman sentiasa diadakan untuk memenuhi keperluan rohani pelajar di KMB. Menurut aku, pengisian rohani seperti ini amat penting dan bermakna agar apabila kami berangkat keluar negara, kami tidak mudah lupa diri dan juga terpengaruh dengan budaya barat yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam. Guru-guru di KMB adalah antara guru terbaik yang pernah aku temui. Mentor yang sangat aku sayangi iaitu Cikgu Hayati yang merupakan guru Biologiku, Cikgu Zaiton, Cikgu Nabilah, Cikgu Baha dan juga Cikgu Rosmaria adalah antara figura yang sangat aku hormati kerana dedikasi dan semangat mereka dalam mendidik anak bangsa. Mereka sentiasa sabar dalam memberikan tunjuk ajar, menjawab setiap persoalanku sama ada berkaitan pelajaran ataupun masalah peribadi. Mereka juga tidak pernah jemu memberikan kata semangat sewaktu aku merasa putus asa atau bersedih. Sekitar Jun 2013, keputusan peperiksaan akhir diumumkan dan aku berjaya memperoleh pointer yang baik bagi melayakkan aku menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara. MARA menempatkan aku bersama beberapa rakanku yang lain di National University of Ireland, Galway. Oh Tuhan! Siapa sangka seorang gadis kampung yang sudah kematian bapa sedari kecil kini bakal menjejakkan kaki ke bumi Eropah? Seumur hidupku pun aku tidak pernah menaiki kapal terbang. Syukur alhamdulillah, benar kata pepatah tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu. Seusai mendapat keputusan peperiksaan, aku terus menghubungi semua guruku di KMB untuk berkongsi berita gembira ini. Susuk-susuk inilah yang menjadi asbab kepada kejayaanku. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati mereka.
66 JALAN YANG TIDAK DIPILIH September 2013, aku bersama rakan-rakanku yang lain berkumpul di lapangan terbang Kuala Lumpur untuk berangkat ke bumi Ireland. Beberapa bulan sebelum tarikh penerbangan, MARA memberikan sejumlah wang untuk kami membeli kelengkapan sebagai persediaan untuk masuk universiti seperti komputer riba, buku dan sebagainya. Aku sangat bersyukur dan berterima kasih kepada MARA atas ihsan tersebut. Memang seboleh-bolehnya aku tidak mahu meminta wang dari ibuku untuk membeli komputer riba dan buku yang mencecah ribuan ringgit harganya. Kusangkakan panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari. Pada tahun ketiga pengajian, aku mengalami masalah kesihatan mental. Aku mengalami kemurungan berpunca daripada masalah keluarga. Sebagai seorang pelajar yang tinggal jauh beribu batu dari keluarga tercinta, aku mengharapkan sokongan moral dari keluargaku kerana jurusan perubatan ini bukanlah satu jurusan yang mudah. Ia menuntut fokus dan dedikasi yang tinggi kerana pelajar perubatan bakal menjadi seorang doktor yang akan bertugas untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Jadi tiada ruang untuk bermain atau berfoya-foya. Malangnya, pada ketika itu, ibuku juga diuji dengan masalah kesihatan mental dan aku juga tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada ibuku. Setelah berhari-hari berkurung di dalam bilik, menangis dan tidak memperdulikan rakan serumah, akhirnya aku mencapai telefon dan mengubungi Cikgu Rahim. Cikgu Rahim merupakan pegawai MARA Ireland. Aku meluahkan perasaanku kepada Cikgu Rahim dan memberitahu hasratku bahawa aku ingin pulang ke Malaysia dan tidak mahu meneruskan pengajian. Pada mulanya Cikgu Rahim cuba memujukku tetapi aku nekad. Akhirnya, dia meminta aku membuat solat istikharah dan mengikut kata hatiku. Aku sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Cikgu Rahim. Beliau seorang yang sangat lemah lembut serta mempunyai sifat empati yang tinggi. Beliau tidak memarahiku atau memaksaku. Sebaliknya, beliau hanya mendengar curahan hatiku dan memberi kata-kata semangat kepadaku. Terima kasih Cikgu Rahim! Semoga Allah SWT mengurniakan pahala dan meningkatkan darjat Cikgu. Seusai sampai di Malaysia, aku berjumpa dengan pihak MARA untuk berdiskusi. MARA benar-benar bidadari kiriman Tuhan. Walaupun aku berkeras untuk pulang ke Malaysia dan tidak mahu meneruskan pengajian, MARA masih memujukku dan juga bersetuju untuk menaja pengajianku di Institusi Pengajian Tinggi swasta di Malaysia. Namun pada ketika itu, aku masih belum bersedia secara mental dan fizikal untuk meneruskan pengajian. Aku mahu berehat. Aku tidak mahu belajar. Aku mengucapkan terima kasih kepada Encik Faizal iaitu pegawai MARA
67 JALAN YANG TIDAK DIPILIH yang menguruskan kes aku pada ketika itu. Encik Faizal menghormati keputusanku namun beliau memaklumkan bahawa aku perlu bersedia untuk membayar semula biasiswa MARA sepanjang tiga tahun aku berada di Ireland berikutan aku telah melanggar perjanjian di antara aku dan MARA. Aku hanya mengangguk. Setelah hampir setahun aku menyepikan diri, berkat sokongan kakak sulungku dan ibuku, aku kian pulih. Aku sudah bersedia untuk bergerak gempur dan berjuang untuk mendapatkan segulung ijazah. Aku berjanji kepada diriku yang aku tidak akan menyerah kalah lagi. Pada bulan Mac 2017, aku diterima masuk ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda kepujian Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua. Pada tahun 2017 juga, aku selamat mendirikan rumah tangga dengan kawan baikku yang aku kenal sejak dari bangku sekolah lagi. Setelah 4 tahun berhempas pulas, menghadiri kelas, menyiapkan tugasan, projek berkumpulan, pembentangan, tesis, praktikal, dan dalam masa yang sama aku juga bekerja separuh masa dan juga melahirkan anak sulungku, akhirnya aku berjaya menggenggam segulung ijazah. Terlalu banyak air mata yang mengalir demi sekeping sijil ini tetapi segala puji hanya bagi Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Benar seperti kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Aku menamatkan pengajianku pada Disember 2021 secara rasminya. Setelah beberapa bulan mengganggur, pada suatu hari rakan baikku berkongsi sebuah iklan MARA yang membuka permohonan bagi semua rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi guru di Institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia. Aku membaca syarat permohonan dengan teliti dan tanpa membuang masa aku terus mengisi borang dan mengantar permohonanku. Mungkinkah jodohku dan MARA masih kuat? Beberapa minggu kemudian, aku menerima satu pesanan ringkas.” Tahniah! MARA menerima pemohonan anda. Anda dikehendaki menjawab ujian bertulis pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan.” Ya Allah! Syukur padaMu. I am one step closer. Aku membuat persediaan rapi bagi menjawab ujian bertulis tersebut. Berdasarkan pembacaanku dan perkongsian dari senior, soalan yang akan ditanya adalah seperti format SPM. Jadi aku membuat ulang kaji sebagai persediaan. Pada tarikh dan waktu yang ditetapkan, aku menjawab ujian bertulis tersebut dengan teliti. Menurutku, soalan dalam ujian tersebut tidak terlalu sukar tetapi tidak juga terlalu mudah. Seminggu kemudian aku menerima email dari pegawai MARA. Dengan izin Allah, aku telah disenarai pendek dan dijemput untuk menghadiri MARA Assessment Centre (MAC) yang
68 JALAN YANG TIDAK DIPILIH bertempat di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Lenggong. Bibirku tidak henti melafazkan rasa syukur. Aku berasa sangat gembira. Tarikh temuduga tersebut pada 20 Jun 2022. Pegawai MARA memaklumkan bahawa temuduga akan dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu fitness test, microteaching, temuduga berkumpulan dan yang terakhir adalah ujian psikometrik. Hari temuduga pun tiba. Aku bertolak dari hotel pada jam 6.30 pagi dan setibanya aku di KKTM Lenggong, aku dapati jalan dan pekarangan KKTM Lenggong telah pun sesak dengan kereta dan juga peserta yang ditemani oleh keluarga masing-masing. Seramai 140 peserta hadir pada hari itu untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris. Melihatkan peserta yang begitu ramai, aku berasa sangat gemuruh dan cuak. Aku terus berselawat untuk menenangkan perasaanku. Tepat jam 9.00 pagi, ujian fitness pun bermula. Selesai ujian fitness, aku terus berlari untuk menukar baju di surau KKTM Lenggong dan bergegas ke check point seterusnya, microteaching. Syukur Alhamdulillah sesi microteaching berjalan seperti mana yang dirancang. 2 orang panel MARA yang “berlakon” sebagai muridku semasa sesi microteaching sangat supportive. Mereka memberikan kerjasama yang baik dan juga bertanya beberapa soalan untuk lebih memahami topik yang aku bawa. Ini sedikit sebanyak membuatkan aku rasa lebih yakin dan terus terlupa perasaan gemuruhku. Check point yang terakhir adalah temuduga berkumpulan. 5 peserta diletakkan dalam 1 kumpulan dan setiap kumpulan ditemuduga oleh 3 pegawai MARA. Aku sempat berbual dengan peserta lain dan apabila mereka memberitahu latar belakang mereka, aku berasa sangat kagum. Ada yang sudah bergelar pensyarah, guru dan ada yang sudah bekerja di syarikat yang gah. Mereka pasti mempunyai impian dan matlamat sendiri yang mendorong mereka hadir ke temuduga pada hari tersebut. Soalan yang diberikan oleh panel MARA agak mencabar tetapi syukur, berkat persediaan rapi yang aku lakukan beberapa hari sebelumnya, aku berjaya menjawab semua soalan dengan baik dan lancar. 6 bulan telah berlalu tetapi masih lagi tiada berita dari MARA. Aku sudah mula putus asa dan aku mahu move on. Pada ketika itu, aku bekerja separuh masa sebagai pegawai jualan umrah di sebuah syarikat umrah di Seksyen 9, Shah Alam. Mungkin tiada rezekiku untuk bekerja bersama MARA. Bisik hatiku. Selain daripada temuduga untuk menjadi guru MARA, aku juga telah menghadiri temuduga untuk menjadi guru di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Namun hati aku lebih cenderung untuk bekerja bersama dengan MARA. Kerana aku anak MARA. Aku memujuk hati. Tak apalah. Rezeki Allah itu luas.
69 JALAN YANG TIDAK DIPILIH Pada suatu hari, sedang aku duduk di dalam pejabat melakukan tugasku seperti biasa, aku menerima notifikasi e-mel. Hatiku berdebar-debar. Sejurus membaca e-mail tersebut, I stood there dumbfounded. MARA dengan sukacitanya menawarkan aku untuk mengisi jawatan sebagai pensyarah Bahasa Inggeris di Kolej Profesional MARA Bandar Penawar. Aku dikehendaki melapor diri pada 5 Januari 2023. Syukur pada-Mu ya Allah! Aku terus menunaikan solat sunat syukur. Kini, genap 6 bulan aku bekerja sebagai pensyarah Bahasa Inggeris di KPM Bandar Penawar. Semua rakan pensyarah serta kakitangan pengurusan di sini sangat helpful and supportive. Mereka menyambut kedatanganku dengan baik dan tidak lokek memberikan tunjuk ajar, ilmu dan nasihat. I really feel like home. Disebabkan itu, aku telah menolak tawaran untuk menjadi guru di sebuah sekolah di Petaling Jaya bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Aku mahu berkhidmat dengan MARA. Terkadang aku mengimbau kembali masa silam. Benar, takdir dan perancangan Tuhan adalah yang terbaik. Jikalau aku tidak pulang ke Malaysia, adakah aku akan selamat menghabiskan pengajianku di Ireland dan kini bergelar seorang doktor? Apakah aku akan gembira dengan kerjaya tersebut? Aku tidak tahu tetapi dalam masa yang sama aku juga tidak menyesal. Sekarang aku merasa content dengan takdir yang Tuhan telah tetapkan untukku. Aku bahagia dan tenang berkhidmat dengan MARA. Aku tahu perjalananku masih jauh tetapi aku yakin segalanya akan baik-baik sahaja. Insya-Allah. Menerima skrol Diploma in International Baccalaureate bertempat di PICC, Putrajaya
Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.
Ayah menyarankan aku mengambil kursus Bahasa Inggeris yang ditawarkan oleh MARA untuk belajar di England. Kakak-kakakku pula walaupun belajar di luar negara, menghalangiku belajar di sana, risau tentang anasir negatif yang mungkin mempengaruhiku sewaktu belajar di sana nanti. Lantas mereka menyarankan agar ayahku membenarkan aku belajar di Malaysia sahaja dan menolak tawaran MARA itu...Hahahaha…apalah nasib badan! Ayahku faham kepentingan melanjutkan pembelajaran di luar negara kerana beliau pernah menjaga para pelajar Malaysia di Kanada sewaktu menjadi Diplomat di Ottawa. Pada waktu itu usia aku baharu 17 tahun untuk membuat keputusan yang amat berat. Akhirnya, berkat doa ibu dan ayahku, aku mendapat segulung ijazah pada tahun 1999 dari University of Warwick. Alhamdulillah, berkat tajaan MARA, aku dapat melanjutkan pelajaran dan menjadi graduan alumni dari England. Setelah beberapa insiden sesudah tamat belajar, aku akhirnya memulakan tugasan sebagai seorang guru di MRSM Muadzam Shah bawah Skim Tindikan Pelajar MARA. Sebagai pengajar muda, aku melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan pelajar. AKAN NURULASYIQIN IKHWAN NASIR KUGENGGAM BARA API
72 KAN KUGENGGAM BARA API “Teacher, can we organise a trip to Melaka?” Untuk menyampaikan hajat pelajar tingkatan 1, aku menulis kepada Perbadanan Muzium Melaka dan beberapa institusi lain di Melaka. Sebagai guru muda, aku sangat gembira dapat merancang aktiviti lawatan secara sambil belajar di dalam negeri yang berbeza. Itulah satu-satunya lawatan yang aku buat bersama pelajar di MRSM Muadzam Shah sebelum di tukarkan ke Kolej B. Aku teruja dengan kejayaan solo yang kecil itu. Selain itu, aku mengajar pelajar untuk pengucapan awam, dan mengajar mereka berniaga surat khabar untuk kegunaan pelajar dan guru-guru. Pada hari guru, aku dinobatkan sebagai guru paling popular... hahahahaha... Sebagai guru baharu, itu merupakan suatu kejayaan. “Alhamdulillah, dapat tawaran bekerja di kolej B.” Aku renung diari lamaku. Tarikhnya, Oktober 2000. Ia membuatkan aku tersenyum lebar, “Susah nak masuk sini...you have to kill a lot of people to get in,” begitulah kata-kata pegawai yang menempatkan aku di Kolej B. Pegawai itu sekarang adalah orang penting di BSM. Kolej B merupakan sekolah yang menawarkan pengajian antarabangsa. Para pelajar lepasan SPM yang cemerlang ramai dapat menempatkan diri di Kolej B. Mereka adalah permata negara, yang akan melanjutkan pelajaran di luar negara bawah tajaan MARA juga. Itu pun sekiranya mencapai tahap yang diperlukan. Selalunya seramai 88 hingga 90 peratus pelajar akan berjaya menempatkan diri di luar negara. Aku faham tentang keadaan itu. Dan aku faham betapa pentingnya, bukan sahaja bagi pelajar, juga bagi keluarga yang menaruh harapan untuk anak-anak mereka belajar di luar negara. Bagai aur dengan tebing, kami berusaha untuk memajukan kolej dengan apa yang kami ada. Kami perlu menjadi kreatif an inovatif walaupun duit tidak banyak diperuntukkan untuk kegunaan kami. Saya pergi ke tempat yang berbeza untuk menuntut ilmu. Saya ke Beijing, Chiang Mai, Singapura, Brunei, dan di merata tempat untuk menuntut ilmu. MARA juga telah menaja beberapa siri kursusku di luar negara. “Macam mana budak-budak pandai dalam Malaysia dapat keputusan markah teruk di Kolej B ini?” Begitulah keluhan orang ramai. Kami menerima pelajarpelajar SPM cemerlang dalam Malaysia. Memang seperti selalu, keputusan semester 1 mereka akan teruk walaupun bergelar pelajar terbaik di Malaysia. Sistem yang baharu, perlukan masa untuk adaptasi. Itu sesuatu yang ramai ibubapa tidak memahami. Pernah seorang ibu mengherdik anaknya di hadapan saya, mengatakan anak dia tidak pandai kerana mendapat markah yang rendah. Saya terus mempertahankan anak muridku itu. Aku cuma cakap, “Puan berdoalah supaya
73 KAN KUGENGGAM BARA API anak puan diberi kekuatan, tidak mudah putus asa, dan dipermudahkan pembelajarannya. Bukan mudah daripada sistem Malaysia untuk ke sistem antarabangsa.” Alhamdulillah, setelah keputusan akhir keluar, anaknya dapat ditempatkan di Manchester University, berkat usaha anaknya, guru serta sokongan ibubapanya juga. Dorongan dan doa daripada ibubapa pelajar juga amat penting untuk memastikan kesinambungan dan kemudahan pembelajaran mereka. MARA menjadikan aku, seorang guru yang sensitif terhadap perkembangan anak-anak muridku. Memahami kesusahan yang mereka hadapi dan mengakui bahawa setiap individu itu patut diberi peluang dan kepercayaan agar mereka boleh terus maju. “Teacher, I cannot sleep. It is so horrible, they are distributing drugs at the hostels.” Seorang pelajar lelaki yang aku bawa untuk mengikuti program belia tibatiba menyapaku yang sedang rancak berbual dengan pelajar puteri di kafe. Apabila diberi peluang untuk mengikuti program belia anjuran KBS, kami selalunya sangat berbesar hati namun pelajar kita adalah tanggungjawab kita. Maka pada malam itu, saya mendesak dan memohon pegawai KBS untuk menempatkan pelajar lelaki saya di dalam bilik yang berasingan daripada peserta belia yang lain. Alhamdulillah, atas dasar kami pelajar terpilih negara dan perlu jagaan rapi, pegawai KBS akur dengan permintaanku. Lega hatiku. Aku berusaha bersungguh-sungguh apabila sesuatu amanah telah diberikan kepadaku. Tiada apa yang lebih bermakna selain melihat kejayaan yang diidamkan. Namun dalam menempah kejayaan ada juga liku-liku yang perlu kita lalui. Dinar Emas 4.0 gram yang diberi oleh MARA, di dalam sampul merah, kususun bersama emas dinar yang dihadiahkan oleh keluargaku. “Anugerah Pendidik pada tahun ini jatuh kepada Puan Nurul, dari Kolej B....” Perasaan terkejut dan bersyukur atas anugerah daripada pihak MARA itu menjadikan aku lebih bersemangat untuk mengembeling tenaga memastikan anak-anak muridku terus berpeluang untuk menikmati peluang-peluang menimba ilmu kehidupan di merata tempat. Alhamdulillah aku juga dianugerahkan sebagai Belia Wanita Harapan Wilayah Persekutuan, dan sebagai penasihat Majlis Perwakilan Pelajar, aku telah diberi peluang untuk menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti memberi bantuan banjir di Johor dan Kedah serta mengadakan siri motivasi untuk pelajar-pelajar SPM dan mengadakan aktiviti untuk warga emas dan pelbagai lagi.
74 KAN KUGENGGAM BARA API Aku juga bersyukur kerana diberi peluang untuk mengadakan aktiviti belia di persada antarabangsa. Di mana aku ditempatkan, di situlah anak-anak muridku di tempatkan juga. Dalam melakukan kerja-kerja sukarelawan, aku amat bertuah kerana keluarga dan suamiku juga merupakan tunjang untuk berkelana di muka bumi bertuah ini. Kami bersama-sama mengemudi nama belia Malaysia di persada antarabangsa. Kami terlibat secara terus dengan ASEAN Youth Council memandangkan kakakku merupakan setiausaha persatuan tersebut. Disebabkan oleh kerja-kerja sukarelawan yang aku dapat lakukan bersamasama keluarga dan anak-anak murid di kolej, aku berpeluang untuk menempa beberapa kejayaan yang tidak disangka-sangka. Dengan bantuan semangat setia kawan, kewangan dan moral daripada rakanrakan dan anak muridku, aku telah berjaya dinobatkan sebagai penasihat cemerlang kokurikulum pada awalnya, kemudian telah dinobatkan sebagai pendidik terbilang MARA, dan sekarang sebagai Ketua Jabatan di Kolej B. Aku sebenarnya tidak perlu pengiktirafan-pengiktirafan ini. Bagaimanapun disebabkan pengiktirafan yang terjadi ini, maka peluang untuk menabur bakti akan lebih terbuka luas. Di kolej B, aku belajar tentang berkawan. Aku belajar untuk menimba ilmu. Aku belajar untuk meneruskan kepada projek-projek jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Aku melatih diri untuk mempunyai kadar pemerhatian yang tidak panjang. Aku tidak takut untuk bercita-cita tinggi. Ketua jabatanku yang lalu, walaupun berlainan bangsa, telah memberi amanat kepada aku untuk membantu memajukan anak-anak bangsa dengan segala kudrat yang ada. Aku begitu bertuah kerana selain daripada kolejku, aku juga turut dibantu oleh kumpulan-kumpulan NGO yang telah memberi peranan kepadaku untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mengembeling tenaga orang muda. Dalam masa 23 tahun ini, aku dapat belajar dari pelbagai perkara dari guruguru, staf dan anak-anak muridku yang cemerlang yang berada di sini. Untuk mendapat barang berkualiti, kita memang kena belanja lebih. Dan program ini memang eksklusif untuk mereka yang boleh berdaya saing tidak kira latar belakang sama ada B40, M40 atau golongan T20. Mereka hendak tutup program yang telah kami dokong bertahun lamanya. Terlalu banyak bantuan kewangan yang lepas telah diberikan. Program antarabangsa ini perlu diteruskan. Duit yang dihabiskan untuk mengasah bakat
75 KAN KUGENGGAM BARA API bagi membantu kemenjadian tenaga pengajar yang terbaik adalah sangat banyak. Sudah 30 tahun kolej kami mengadakan program antarabangsa ini dan ramai guru kami juga mendapat pengiktirafan antarabangsa. Ramai yang berjaya atas dasar yang dibuat oleh MARA selama ini. 23 tahun aku telah mengajar di kolej ini. Alhamdulillah, program antarabangsa itu masih diteruskan. Kepakaran yang ada di kolej kami agak sukar diganti, patah tumbuh tiada berganti. 50 peratus daripada mereka merupakan pemeriksa kertaskertas antarabangsa. 50 peratus daripada guru-guru di sekolah kami merupakan pemeriksa antarabangsa program tersebut. Ada juga yang menjadi ketua pemeriksa bagi subjek masing-masing, mengetuai sesi ‘marking’ untuk pemeriksapemeriksa di negara-negara lain. Hebat guru-guru MARA ini. Aku sendiri berpeluang untuk dapat menjadi pemeriksa antarabangsa dalam subjekku, dan setiap tahun apabila kami perlu memeriksa kertas pelajar, aku terpaksa mengambil ujian untuk memastikan kita mempunyai kepakaran yang hebat. Dinding bilikku kini menjadi saksi kepada pelbagai perbincangan melibatkan anak bangsa. Dinding itu tersenyum adakalanya, Di hari graduasi Kolej MARA Banting 2023
76 KAN KUGENGGAM BARA API kadang-kadang hanya mampu mendengar. Sebagai ketua jabatan, aku harus terus memegang tanggungjawab memacu jabatanku agar Allah tidak mempersoalkan kedudukanku kelak. Semoga semua yang bercita-cita tinggi untuk MARA, demi MARA akan diberkati selalu. Di kolej B ini aku mempelajari pelbagai pengajaran tentang kehidupan sebagai seorang pendidik dan juga seorang yang bergelar insan. Polisi MARA untuk memastikan anak-anak bangsa maju dan terus menempa nama dalam bidang pendidikan, untuk dimasukkan ke universiti top 50 in the world perlu diberi perhatian dan dipertahankan. Malangnya pada tahun 2023, polisi telah berubah disebabkan oleh keadaan ekonomi yang teruk. Maka pelajar hanya boleh keenam univerisiti di England. Selebihnya ke Australia atau New Zealand. Ibubapa agak kecewa terutamanya mereka yang inginkan anak-anak belajar di universiti mereka dahulu, di Amerika. Semoga anak-anak buahku menjadi yang terbaik daripada yang terbaik. Ibubapa anak didikku banyak membantu sekolah kami. Muafakat kami banyak membantu program-program di sekolah kami. Mereka membantu guru-guru dari segi kewangan untuk menjalankan aktiviti kolej. Aku menarik nafas lega apabila mendengar ucapan pengerusi MARA yang baharu dalam sesi bersama ANSARA. Kalau belajar sampai pandai, mendapat keputusan yang gemilang, MARA terus tetap hantar belajar ke luar negara. Belajar di keluar negara polisi yang akan diteruskan, jadi wahai hati yang gusar, jangan khuatir. Biarlah usaha kita akan menjadi pembangkit motivasi untuk terus bekerja dan buktikan bahawa bangsa Melayu bukanlah malas. Akan kugenggam bara api biar jadi arang.
77 KAN KUGENGGAM BARA API Bersama rakan-rakan sejawatan di sebuah Cafe Art milik bekas pelajar di Tamarind Square, Cyberjaya Pertandingan SOAR di KPM Bandar Melaka 2023, jom bertandak. Program motivasi pelajar IGCSE dan pelajar SPM 2023 MRSM kuala Klawang
Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjakan.”
Terima kasih MARA. Jasa MARA akan kekal di hati anak pedalaman ini. Peluang tawaran temuduga itu merupakan titik tolak penciptaan pengalaman hebat bersama MARA sebagai pendidik MARA hingga ke hujung usia. Suara kakitangan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sayup di hujung talian. “Mohon maaf cik. Sesi temuduga cik tariknya minggu lepas.” Berkat ilham daripada-Nya, otak insan kerdil anak pedalaman ini, ligat menyusun kata memandangkan inilah satu peluang kerjaya selepas tamat pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). “Encik, boleh tak bagi peluang saya hadir sesi temuduga walaupun sudah seminggu berlalu? Surat tawaran temuduga itu beralamatkan kolej kediaman, Kolej Rahim Kajai di UKM. Saya baru sahaja sampai di kolej kediaman pagi ini dengan menaiki kereta api dari Kelantan semalam. Saya amat bersyukur menerima surat tawaran temuduga ini dan segera menelefon pihak MARA setelah meneliti maklumat berkaitan temuduga ini.” Calon-calon temuduga bakal pendidik MARA yang keciciran pada slot yang telah ditetapkan tarikhnya seperti dalam surat tawaran, ditukar kepada keesokan harinya. Peluang menghadiri temuduga ini memberikan seribu satu harapan, inilah peluang yang perlu digunakan sebaik-baiknya agar terpilih sebagai salah seorang yang bakal mewarnai dunia Pendidikan MARA. MARA NOORHIDAYU MOHD NORDIN DI HATI ANAK PEDALAMAN
80 MARA DIHATI ANAK PENDALAMAN Inilah permulaan titik tolak kehidupan bersama MARA. Keesokan harinya, aku menaiki komuter dan berjalan kaki ke Ibu Pejabat MARA. Tiada pengalaman kerja sambilan di mana-mana kilang perindustrian, kedai mini, pejabat dan dalam mana-mana bidang lain sepanjang cuti persekolahan mahupun cuti semester pengajian. Walaupun boleh dikira berapa kali mencungkil getah beku dalam mangkuk getah dan mengumpulkannya ke dalam tong, diselangseli duduk berehat melabuhkan punggung di batasan deretan pokok, namun itulah antara pengalaman yang mengajar erti keperitan dan kesusahan kehidupan. Melalui seorang sahabat aku membaca iklan MARA dalam suratkhabar mengenai temuduga tersebut. Ia menjadi suntikan merungkai penyelesaian kepada pelbagai persoalan yang sentiasa bermain di fikiran sepanjang pengajian di UKM. “Ada ke peluang kerjaya selepas tamat pengajian dengan pencapaian yang suam-suam kuku ini? Macam mana nak bayar semula pinjaman pengajian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)? Sekiranya tidak dapat kerja nanti, macam mana nak membantu meringankan beban abah dan ma? Tak kan selamalamanya aku akan bergantung hidup pada kudrat abah dan ma? Apa kata ahli keluarga dan masyarakat, anak sulung, anak harapan, pelajar cemerlang, tamat universiti, tiada pekerjaan?” Kami berdua menghantar permohonan tersebut. Embun pagi di dedaunan pokok sekeliling pondok, bunyi kicauan burung yang asyik dan berirama, deruan arus air sungai di belakang pondok dan angin sepoi-sepoi bahasa menjadi saksi saat penerimaan surat tawaran, melaporkan diri sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Guru Matematik (Sementara) di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat pada 1 Mac 2002. Tarikh ini pastinya sentiasa diingati apatah lagi 1 Mac merupakan hari ulang tahun MARA. Status sementara sekali lagi menimbulkan persoalan tersebut membuatkan kami sekeluarga berbincang untuk melaporkan diri atau sebaliknya. Dek kesusahan hidup, cuma mengharapkan kudrat abah dan ma yang sudah tua itu sebagai penoreh getah, tawaran sementara itu aku terima dengan restu kedua-dua abah dan ma. Seorang guru senior menyapa semasa hari melaporkan diri. “Datang melapor diri ya? Kalau nak mendaftarkan diri pelajar, itu minggu depan. Hari ni kami guru-guru dari MRSM lain dulu melaporkan diri.” Pada firasat diri ini, kemungkinan bentuk fizikal yang kurus dan comel, pemakaian baju kurung dan kehadiran ke MRSM menaiki teksi bersama abah, membuatkan guru tersebut melontarkan persoalan sebegitu. Inilah sebahagian pengalaman manis menjadi kenangan permulaan kerjaya sebagai pendidik MARA.
81 MARA DIHATI ANAK PENDALAMAN MRSM baharu segala-galanya baharu. Tugas pertama bermula sebagai guru baharu adalah untuk menentukan dan memilih ruang yang bersesuaian sebagai Bilik Guru, bilik kelas, makmal, bilik mesyuarat, pejabat dan pelbagai ruang lagi. Kemahiran kecil dalam teknologi komputer diaplikasikan dalam merekabentuk papan tanda ke MRSM dan mengenalpasti lokasi untuk meletakkan papan tanda tersebut. Selain senarai tugas sebagai guru Matematik, tugas sebagai penasihat homeroom dan felo asrama juga perlu diperincikan satu persatu. Tanggungjawab dan amanah bakal digalas bermula tarikh lapor diri itu. Terima kasih kepada semua guru senior dan pihak pengurusan tertinggi MRSM Batu Pahat atas kepercayaan dan komitmen yang diberikan. Setelah berkhidmat di MRSM Batu Pahat selama 3 bulan, alhamdulillah aku menerima jemputan Majlis Konvokesyen UKM. Terima kasih MARA. Berbekalkan gaji pertama sebagai guru MARA, meraikan dan menyantuni keluarga hadir bersama-sama ke majlis konvokesyen tersebut. Kita merancang, namun perancangan Allah lebih baik dan berlaku tepat pada masanya. Berkat simpanan daripada pendapatan bulanan MARA, akhirnya anak pedalaman ini dapat melunaskan pinjaman pengajian dan memenuhi pelbagai keperluan termasuk menduduki ujian lesen memandu kereta. Aku membayar yuran latihan memandu dan memperolehi lesen memandu menggunakan wang sendiri. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit, hasil daripada simpanan sedikit demi sedikit, bayaran pendahuluan membeli kereta Proton Wira 1.3 untuk kemudahan urusan balik kampung bagi menziarahi keluarga dan urusan-urusan lainnya dapat disempurnakan dengan baik. Abah dan ma tidak perlu lagi menyewa dan membayar pemandu kereta sewa seperti rutin sebelum ini setiap kali ingin balik kampung datuk dan nenek menyambut hari raya, menghadiri majlis keluarga, hal-hal kecemasan, menghantar pendaftaran belajar dan sesekali menziarahi di asrama. Terima kasih MARA. Anak pedalaman ini dapat menyumbang bakti kepada abah dan ma dan semoga ia menjadi bekal amalan baik di akhirat sana. Rezeki gaji bulanan MARA, sejumlah kecil potongan dibuat untuk tabungan Tabung Haji abah dan ma setiap bulan secara berkala, insya-Allah ia bakal memberi peluang buat abah dan ma menunaikan haji nanti. Perubahan ke arah kesenangan, keselesaan dan ketenangan dalam kehidupan anak pedalaman ini selepas ditawarkan bekerja dengan MARA, mungkin perubahan biasa-biasa dan kecil bagi orang lain. Namun, bagi anak pedalaman ini, inilah suatu perubahan besar. Terima kasih MARA.
82 MARA DIHATI ANAK PENDALAMAN Aku yang langsung tiada pengalaman mengajar, diberikan latihan intensif oleh MARA. Pelbagai aktiviti pemantapan keyakinan dan kemahiran mengajar diterapkan kepada semua guru baharu MARA. Orientasi guru baharu telah dilaksanakan di Pulau Langkawi. Pertemuan semula dengan sahabat UKM yang juga menerima tawaran kerja guru MARA memberikan lebih keyakinan bahawa kita boleh melaksanakan tugas sebagai guru MARA dengan sebaikbaiknya. Pemantapan tugas guru merentasi Falsafah Pendidikan Negara diteruskan dengan mengikuti kursus perguruan iaitu KPLI KDC. Kumpulan guru Matematik dan Sains ditempatkan di Maktab Perguruan Batu Rakit (MPBR). Pensyarah MPBR begitu komited dalam memberikan tunjuk ajar kepada pelajar KPLI KDC. Semua kos pengajian di MPBR ini ditaja oleh MARA sepenuhnya. Proses pengajaran dan pembelajaran di MRSM Batu Pahat terus dimantapkan dengan pelantikan dan amanah sebagai guru Matematik Tambahan, Guru Kanan Matematik dan Guru Kanan Matematik Tambahan. Kepuasan seorang pendidik apabila dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada anak bangsa ke arah pendidikan yang gemilang. Pertukaran tempat bertugas ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Sri Gading bermula 2008 hingga kini. Terima kasih MARA. Pengajian Sarjana Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Instruksional dan Teknologi) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ke arah memperkasakan keilmuan dan kemahiran dalam Pendidikan menggunakan tajaan sepenuhnya oleh MARA telah berjaya disempurnakan dan diraikan dalam majlis konvokesyen 19 hari sebelum bersalin anak keempat dan merupakan anak bongsu pada usia 37 tahun. Perjalanan hidup yang penuh warna warni, kebahagiaan, kedamaian, keselesaan dan kecukupan bersama MARA ini, pastinya bermula dengan abah dan ma. Mereka yang sentiasa menyokong dan berusaha gigih memenuhi keperluan serta kehendak anak pedalaman ini terutamanya dalam bidang pendidikan. Seawal selepas subuh, membonceng motosikal abah, menaiki bot penambang kecil menyeberangi Sungai Kelantan dan berjalan kaki dari pengkalan bot ke Sekolah Kebangsaan Kuala Nal. Sesekali buaya menunjukkan diri dan air sungai pasang dan dalam apabila hujan lebat, perjuangan hadir ke sekolah tetap diteruskan. Begitulah rutin harian persekolahan pergi dan balik sejak aku berusia tujuh 7 hingga darjah 3. Sekolah Kebangsaan Pasir Kelang mula beroperasi semasa anak pedalaman ini berusia 10 tahun. Usaha gigih para guru muda mendidik aku sehingga mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Kenangan zaman persekolahan, piala pertama yang dimiliki adalah Pertandingan Matematik Peringkat Daerah
83 MARA DIHATI ANAK PENDALAMAN Kuala Krai. Kemenangan ini membuktikan setiap insan boleh maju ke hadapan apabila dipupuk, dilatih, disuntik motivasi dan dibimbing memenuhi matlamat. Suatu kenangan di luar jangkaan apabila terpilih sebagai pelajar yang ditemuramah oleh wartawan radio Kelantan semasa majlis penyerahan bantuan persekolahan menjadi sebahagian warna kehidupan ini. Selalunya kita sering mendengar celoteh anak bandar dengan pelbagai bakat dalam corong radio sahaja. Seusai tamat pendidikan sekolah rendah, alam pendidikan menengah bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Machang dari tingkatan 1 hingga 3. Tawaran menyambung pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Negeri Sembilan ditolak kerana mengambil kira abah dan ma telah menggunakan peruntukan kewangan yang agak besar semasa menyediakan keperluan kemasukan ke SMKA tersebut. Berbekalkan keputusan PMR yang cemerlang, alhamdulillah menyambung pendidikan di SBP di Selangor, seterusnya Matrikulasi UKM di SBP Terengganu dan Fakulti Sains Matematik UKM. Gambar kenangan di hari graduasi bersama keluarga tersayang.
Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
“Berdasarkan kadar Sedimentasi Erythrocyte (ESR) ini, awak disyaki menghidap penyakit rheumatoid artritis”, kata doktor yang merawatku di Hospital Besar Kuching. Masih jelas tergambar dalam ingatanku, kata-kata doktor itu selepas analisa ujian darah diperolehi. Bergenang air mataku sambil mengusap kandunganku yang baharu sahaja berusia dua bulan. Sudah sebulan sendi-sendiku merasa sakit namun semakin menjadi-jadi minggu ini sehingga hendak memusing tombol pintu pun tidak mampu. Doktor di klinik bidan telah merujukku ke Hospital Besar Kuching.Terbayang wajah ibu ayahku di kampung dan suamiku di Kuala Lumpur. Bagaimana harus aku beritahu berita ini kepada mereka? Sakitku semakin hari semakin parah. Aku menjadi sukar untuk menguruskan diri sendiri ditambah pula dengan mabuk mengandung pada setiap pagi. Kadangkala hilang selera nak makan apatah lagi kalau tersalah makan, aku akan memuntahkannya semula. Sendi-sendiku pula menjadi semakin ketat untuk digerakkan. Hendak bangun dan duduk pun, lututku sakit. Pernah pada suatu malam, tangan kananku membengkak sebesar telur ayam sehingga sukar untuk bersiap ke tempat kerja keesokan paginya. REZEKIKU NOOR ASMIDA MOHD SALEH BERSAMA MARA
86 REZEKIKU BERSAMA MARA Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Berdenyut-denyut. Mujur Kak Ani, Pegawai Latihan Industri di IKM menemaniku ke hospital. Kak Tini, guru Bahasa Inggeris pula menyediakan nasi goreng untuk sarapanku selepas muntahmuntah ‘morning sickness’. Beruntung aku di kelilingi kawan-kawan MARA yang baik walaupun berjauhan dari keluarga. Benarlah Allah yang mengatur takdir kita. Dia yang menguji kita. Dia jualah yang menghantar bantuan untuk kita menghadapi ujian tersebut. Menyingkap kembali permulaan kerjayaku bersama MARA, padaku ia merupakan satu rezeki. Tamat sahaja belajar dari UiTM, aku terus mendapat tawaran bekerja dengan MARA sebagai guru walaupun keputusan semester akhir belum keluar pada waktu itu. Aku pun tidak menyangka peluang datang seawal ini setelah melalui proses temuduga ringkas yang aku lalui di UiTM. Setelah 6 bulan di Kuching, MARA menawarkan aku untuk menyambung pengajian dalam Diploma Pendidikan. Tamat pengajian diploma aku terus ditawarkan jawatan tetap. Alhamdulillah. Namun langit tidak selalunya cerah. Setiap manusia itu akan diuji sesuai dengan kemampuannya. Ketika usia kandunganku 6 bulan, aku pulang ke kampungku untuk membeli kelengkapan bayi. Dek kerana berjalan terlalu banyak, kakiku membengkak dan menjadi sangat sakit menyebabkan aku tidak boleh tidur. Aku merasa takut untuk pulang ke Kuching seorang diri. Doktor yang melihatku berjalan seperti robot memberi aku cuti sakit. Aku mengambil cuti sakit dan cuti rehat hingga aku bersalin. Mujur pengarahku pada waktu itu memahami keadaanku. Jika aku sampai ke Kuching sekalipun segan juga untuk menyusahkan kawan-kawan. Pengarah memintaku memohon perpindahan dengan menyertakan surat rujukan dari hospital dan surat sokongan daripadanya. Aku dan suami sebenarnya pernah membuat permohonan berpindah ke Kuala Lumpur selepas berkahwin. Ini merupakan permohonan kedua kami. Dalam keadaan sarat mengandung 8 bulan dan berjalan serupa penguin kata adikku, aku gagahkan diri ke ibu pejabat untuk bertemu sendiri dengan Pengarah Bahagian Sumber Manusia MARA. Namun untuk berpindah ke Kuala Lumpur, peluang amat tipis kerana tiada kekosongan. Pengarah mencadangkan aku ke Kemaman kerana ia merupakan pusat baharu dan banyak kekosongan. Aku dan suami tiada pilihan, dan terpaksa menerima tawaran tersebut asalkan dapat tinggal bersama-sama walaupun berada jauh dari keluarga. Suamiku juga memohon perpindahan ke Kerteh.