137 BERDIRI KERANA MARA “Lama sangat kita sangkut ni Shah,” kata aku kepada salah seorang rakan seperjuangan sewaktu kami menikmati hidangan tengah hari. “Kali ini kalau tak siap juga tak tau nak cakap apalah,” balas Shah sambil tersenyum. Setiap hari begitulah rutin kami, datang ke syarikat seawal pagi, membuat analisa teknikal, menghasilkan lukisan reka bentuk projek dan menambahbaik segala dokumen yang diperlukan. Pada sebelah malamnya pula, masa terisi dengan melengkapkan laporan bertulis. Sesekali jadual kami dipenuhi dengan lawatan ke tapak projek dan mesyuarat perjalanan projek. Masa bergerak begitu pantas sehingga tempoh Latihan Sangkutan Industri telah berada di penghujungnya. Dirasakan aku telah bersedia untuk menghantar segala laporan teknikal dan dokumen pengalaman kerja ke Lembaga Jurutera Malaysia. Ilmu yang diperolehi juga seakan-akan sudah sedia untuk dijadikan bekalan semasa berjuang di dalam bilik temuduga nanti. Dengan kata-kata yang membakar semangat daripada mentor, menambahkan lagi kekuatan untuk terus menggapai impian. 28 April 2021, tarikh yang tersemat kemas dalam ingatan, hari yang menentukan sama ada pengorbanan aku selama ini akan membuahkan hasil atau sekadar pulang hampa. Temuduga akan dijalankan di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Jam menunjukkan pukul 8.00 pagi dan masih awal, sempat untuk aku singgah di masjid UPM untuk menambah keyakinan dan memperkemaskan diri sebelum berjuang. Perasaan aku pada ketika itu datang silih ganti, sekejap dirasakan begitu yakin, ada kalanya datang pula perasaan gementar. Namun dengan berbekalkan restu mak abah dan kata-kata semangat daripada isteri serta rakan-rakan, sedikit menenangkan. Tepat pukul 9.00 pagi aku sudah berada di meja peperiksaan. Calon dikehendaki menjawab dua soalan esei iaitu soalan teknikal dan soalan kod etika kejuruteraan. Alhamdulilah sesi pertama aku lalui dengan agak yakin dan bermulalah ujian sebenar pada sesi kedua. Di dalam bilik temuduga itu ada 2 orang panel yang amat berpengalaman iaitu Ir. Mohd Aris bin Bernawi dan Ir. Haji Othman bin Omar. Aku cuba meyakinkan diri. Pada permulaan temuduga agak lancar di mana aku perlu membuat pembentangan pengalaman dan isu pengurusan kerja semasa menguruskan projek. Kemudian panel mula menduga dengan soalan yang melibatkan akta dan peraturan elektrik. Semakin lama situasi dirasakan semakin ‘panas’ apabila panel menguji pula kemampuan dalam pelbagai sudut soalan teknikal. Beberapa ketika kelu
138 BERDIRI KERANA MARA juga lidah apabila panel seolah-olah cuba mencari kelemahan dan sengaja menduga adakah aku benar-benar faham atau cuba menjawab tanpa fakta yang tepat. Temuduga tersebut dijalankan hampir 1 jam. Sebaik selesai aku merasa mahu menjerit, melepaskan lelah yang lama menekan. Melangkah keluar dari bilik tersebut, Hairul, seorang rakan yang juga sama-sama berjuang pada hari itu telah sedia menanti. Awal-awal lagi dia sudah selesai. Kemudian masing-masing saling berkongsi pengalaman ‘hidup dan mati’ sebentar tadi sebelum pulang. “Napi, ada dapat e-mel dari BEM?” Hairul menghubungi aku pada pagi 21 Oktober 2021. Sepantas kilat aku membuka e-mel rasmi MARA. Congratulations! Your Application for Professional Engineer has been approved, begitulah ayat e-mel yang aku terima. “Alhamdullilah aku lulus Rul…,” kata aku. “Alhamdulillah samalah, Shah pun lulus. Tahniah!” Balas Hairul. Berita kejayaan kami tersebar dalam kalangan rakan dan kenalan. Penuh ucapan tahniah melalui aplikasi whatsapp keluarga, rakan sekerja dan rakanrakan. Rasa terharu juga dengan ucapan ikhlas dan mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan. Paling gembira kerana aku dapat membanggakan keluarga. Bukanlah niat untuk mendabik dada dengan kejayaan ini tetapi inilah pencapaian peribadi untuk aku kenang sepanjang berkhidmat bersama MARA. Jika pencapaian ini dapat memberi inspirasi kepada seorang sahaja sekalipun, aku tetap bersyukur kerana ia tetap memberi manfaat kepada orang lain. Ini juga antara usaha aku untuk membalas kepercayaan yang MARA berikan. Aku sangat berharap, ramai lagi warga kerja membuka mata dengan keprihatinan MARA yang berterusan menabur jasa demi peningkatan kerjaya warganya. Begitu banyak peluang dicurahkan demi membina imej sebuah organisasi bumiputera yang unggul. Terima kasih MARA.
139 BERDIRI KERANA MARA Sisi peperiksaan penilaian jurutera profesional di UPM. Mengawal selia projek pembinaan kilang.
Allah menjawab doamu dengan 3 cara: Pertama, terus mengabulkannya Kedua, menundanya Ketiga, menggantikannya dengan yang lebih baik untukmu.
MARA sangat dekat dengan saya. Jasanya amat besar kepada saya dan ramai bumiputera yang lain. Saya banyak mendapat kemudahan dan bantuan MARA, sebagai salah seorang anak Melayu yang boleh dikategorikan berada dalam kalangan keluarga yang berpendapatan rendah. Bermulanya saya berada di bawah naungan payung MARA pada tahun 1992, apabila saya mengikut jejak abang yang terlebih dahulu mendaftar masuk ke MRSM Muar iaitu pada tahun sebelumnya. Kami berdua dikategorikan sebagai pelajar yang layak mendapat bantuan elaun setiap bulan sebanyak RM25. Guru Kaunselor iaitu Allahyarham Cikgu Mamat telah membantu menguruskan permohonan kami untuk bantuan tersebut. Mulai saat itu, saya belajar menjadi pelajar yang lebih berdikari. Sistem pembelajaran di MRSM pada ketika itu sangat membantu saya untuk menjadi seorang yang lebih yakin Kebanyakan rakan saya pada ketika itu dalam golongan keluarga yang berpendapatan tinggi. Namun kami semua dilayan sama rata sehingga tidak pernah sekalipun saya merasa tersisih berada dalam kalangan mereka dari golongan orang berada ini. JASAMU DR FAZLINA MOHD SANI TIDAK TERBALAS
142 JASAMU TIDAK TERBALAS Saya masih ingat, ibu dan bapa saya akan menaiki motosikal dari Johor Bahru (JB) yang mengambil masa selama 4 jam untuk melawat saya pada hujung minggu. Pada masa itu, belum ada lebuhraya yang menghubungkan bandar Johor Bharu dan Muar. Begitu juga pada hari graduasi tingkatan 5, saya menunggu ibu bapa saya di pondok pengawal untuk berjalan bersama mengiringi mereka ke dewan besar. Ibu bapa saya datang dengan bas sedangkan ibu bapa rakan-rakan saya meluncur laju dengan kereta masing-masing. Sejak itu saya memasang azam untuk menjadi pelajar yang akan dapat mengubah taraf hidup keluarga saya pada masa akan datang . Seterusnya, ketika fasa menunggu keputusan SPM, MARA telah menghantar kami untuk mengikuti kursus TOEFL di Kolej Negeri, Negeri Sembilan selama beberapa bulan. Alhamdulillah saya juga telah mendapat markah yang tinggi untuk peperiksaan akhir TOEFL tersebut. Saya masih ingat, sebaik keputusan SPM diumumkan, kami pun diminta menamatkan kursus tersebut dengan segera untuk urusan mengambil keputusan SPM di maktab masing-masing. Alhamdulillah dengan keputusan SPM tersebut sekali lagi MARA telah menawarkan peluang untuk saya menyambung pengajian di peringkat matrikulasi dengan program Matrikulasi Universiti Sains Malaysia (USM) bertempat di Kolej MARA Kulim selama setahun. Setahun berikutnya di kampus induk USM, Pulau Pinang. Sepanjang pengajian di Kolej MARA Kulim, saya telah diberi biasiswa elaun bulanan sebanyak RM100 dengan segala perbelanjaan makan ditanggung oleh MARA sepenuhnya. Seterusnya, ketika di matrikulasi tahun ke dua di USM, sekali lagi MARA membiayai pengajian saya yang pada ketika itu dalam linkungan RM1600 selama lebih daripada 1 semester. Seterusnya MARA telah menyambung pembiayaan terhadap saya untuk pengajian di peringkat ijazah pertama di USM dalam bidang Fizik Gunaan. Sebaik tamat pengajian dan bergraduasi pada bulan Ogos tahun 2000, saya telah diterima masuk untuk mula bekerja sebagai guru MARA iaitu pada bulan September tahun yang sama di Kolej MARA Kulim. Melalui perlantikan ini, saya telah dikecualikan daripada bayaran balik pinjaman pelajaran saya dengan mengikat kontrak untuk berkhidmat mengikut bilangan tahun yang telah disyaratkan. Saya memang tiada masalah untuk terus berkhidmat dengan MARA yang telah banyak berjasa kepada saya dan keluarga saya amnya. Saya kemudiannya telah dihantar dan dibiayai lagi untuk mengambil Diploma Pendidikan bagi melayakkan saya menjadi tenaga pengajar di MARA. Saya dan sekumpulan guru MARA yang baharu pada ketika itu telah dihantar
143 JASAMU TIDAK TERBALAS untuk menyambung pengajian kami ke peringkat Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Teknik di Cheras Kuala Lumpur (MPTKL) pada tahun 2001. Beberapa tahun selepas itu, dengan pengalaman mengajar yang semakin baik, beberapa kali saya mendapat Anugerah Khas Pengarah Kolej kerana kecemerlangan pelajar saya yang sering mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir mereka. Saya juga mendapat Anugerah Inovasi kerana pencapaian saya yang mengajar melalui pendekatan yang berbeza serta usaha saya menghasilkan video motivasi untuk pelajar yang akan menempuhi peperiksaan. Ini membuka peluang saya menjadi lebih yakin untuk memohon program pembelajaran secara in-house MARA bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana. Berikutan itu, sekali lagi MARA telah membuka peluang dengan membiayai pengajian saya di peringkat sarjana secara in-house program yang bersifat separuh masa di Universiti Malaya selama 2 tahun bermula sesi pengajian 2013 hingga 2015. Saya juga telah berpeluang menyertai rombongan Outbound rakan sepengajian in-house saya ke universiti di London dan universiti di Scotland serta menyertai conference di sana selama 2 minggu atas perbelanjaan dari MARA pada tahun kedua pengajian sarjana saya. Alhamdulillah saya telah mendapat keputusan pencapaian cemerlang dengan CGPA 4.0 yang dianugerahkan semasa konvokesyen peringkat Ijazah Sarjana saya di UM. Sekali lagi MARA telah memberi peluang untuk saya mengubah pembiayaan pengajian tersebut kepada kontrak untuk berkhidmat selama tempoh yang telah ditetapkan. Jasa MARA terhadap saya masih berterusan dengan sekali lagi diberikan peluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah secara inhouse di Universiti Malaya pada 2016 secara separuh masa. Seterusnya pada 2017, MARA sekali lagi telah meluluskan pemergian saya ke Yogyakarta untuk menyertai rombongan pembelajaran bersama pelajar UM ke Universitas Sarjana Wiyata di Yogyakarta, Indonesia, di mana banyak pengalaman dan ilmu yang telah saya pelajari sepanjang seminggu lawatan tersebut. Alhamdulillah, kini saya telah habis belajar dan insya-Allah saya akan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah pada konvokesyen kali ke-63 UM yang akan berlangsung dari 25 November hingga 2 Disember 2023 yang akan datang. Baru-baru ini, saya telah diberi peluang untuk sama-sama mengikuti kursus anjuran Bahagian Inovasi Dan Teknologi Kreatif MARA (BITK) selama 4 hari bermula 9 hingga 12 Mei 2023, dan saya telah berjaya menghasilkan 1 artikel yang akan saya sumbangkan untuk penerbitan Jurnal Berimpak Tinggi MARA bagi jilid ke-3 atau ke-4 nanti. Kertas kajian itu adalah hasil daripada dapatan kajian saya semasa peringkat sarjana berkaitan amalan konsep Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP)
144 JASAMU TIDAK TERBALAS atau PLC di kolej MARA. Insya-Allah Pada masa akan datang, saya akan hantar untuk penerbitan bagi hasil dapatan kajian saya di peringkat Ijazah Kedoktoran yang berkaitan amalan konsep PLC di ekosistem TVET MARA atau khususnya di KKTM di Malaysia. Bagi membalas jasa MARA kepada saya, juga bagi memanfaatkan ilmu pembelajaran yang telah diberi kepada saya, maka saya juga secara aktif telah menyertai beberapa konvensyen anjuran Kolej MARA dan Kolej Profesional MARA mulai pada tahun lepas hingga yang terbaharu pada bulan November lalu. Saya akan berkongsi hasil dapatan dalam kajian yang telah saya jalankan sepanjang pembelajaran saya semasa di peringkat sarjana dan Ijazah kedoktoran agar dapat memberi manfaat kepada semua warga MARA khususnya dan pendidikan di Malaysia amnya. Saya sangat bersyukur, akhirnya impian saya untuk berjaya sehingga berada pada tahap yang boleh dibanggakan kini, telah Allah makbulkan melalui bantuan dan kepercayaan serta sokongan yang berterusan dari MARA. Jasa MARA masih berterusan terhadap saya dan keluarga. Salah seorang anak saya juga kini berpeluang belajar di bawah sistem MRSM, malah lebih awal dari saya iaitu ketika dia di tingkatan 1 lagi di MRSM Transkrian. Kini, anak saya diberi peluang pula untuk menyambung di tingkatan 4 di MRSM Taiping, antara MRSM terbaik di Malaysia. Saya sangat bersyukur dan terlalu banyak jasa MARA terhadap saya dan keluarga saya. Insya-Allah saya sangat berharap agar anak saya yang lain juga akan mendapat peluang yang sama untuk menjadi ALUMNI MRSM seperti saya dan kakaknya kelak. Semoga anak saya yang lain juga akan dapat masuk ke dalam sistem MRSM kerana saya sangat percaya sistem MRSM secara amnya sangat membantu seseorang pelajar itu untuk menjadi lebih yakin dan berupaya mencungkil potensi diri mereka seperti yang telah saya sendiri alami satu ketika dahulu. Sekarang saya dapat lihat anak saya yang sedang belajar di MRSM Taiping itu juga telah menjadi seorang pelajar yang sangat bermotivasi, berani dan yakin dengan arah tujuan beliau dalam mencapai matlamat hidup dan cita-citanya. Akhir kata, sesungguhnya jasa MARA terhadap saya dan keluarga saya adalah amat besar. Saya tidak akan sesekali keluar dari perkhidmatan saya di MARA ini. Saya akan berusaha untuk membalas jasa MARA dengan memberi sumbangan terbaik melalui perkhidmatan saya sebagai guru kepada anakanak didik saya dan juga sebagai staf MARA yang bertanggungjwab dengan menjaga nama baik organisasi yang banyak berjasa dalam memayungi anak bangsa seperti saya dan Bumiputera yang lain amnya.
145 JASAMU TIDAK TERBALAS Sekian dulu coretan ikhlas dari saya, seorang insan kerdil yang diizinkan Allah untuk dibantu hingga berjaya kini oleh organisasi yang banyak berjasa kepada kami anak Melayu dan Bumiputera yang lain amnya. Terima kasih MARA. PhD Educational Leadership di Universiti Malaya Outbound MARA ke universiti London dan di Scotland
Di antara ilmu dengan budi hendaklah isi mengisi. Betapa pun banyak ilmu jika tiada budi hanya kecelakaan, jika budi tidak berisi ilmu ia tidak mampu memberi faedah kepada masyarakat.
“Hello Amelia! I am Christine. And I am Beth. We are both your supervisors. Welcome to the University of Glasgow! Masih terngiang ucap selamat yang pertama dari bibir penyelia PhDku pada hari pertama aku berhadapan dengan mereka. Sebelum itu, hanya emel yang menjadi penghubung di antara kami. Tanggal 10 Februari 2013 masih segar dalam ingatan. Buat pertama kalinya aku dan suami bersama 3 orang cahaya mata kami menjejakkan kaki di bumi Scotland. Kehadiran kami bukan hanya untuk seminggu dua tetapi berhijrah untuk seketika bagi menyempurnakan tanggungjawab yang telah MARA amanahkan kepadaku. Pemergianku adalah bawah tajaan Top Executive Program MARA (TEP) bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah. TEP merupakan salah satu usaha MARA bagi meningkatkan kompetensi kakitangannya untuk Pelan Perancangan Penggantian. MARA mengenalpasti kakitangan yang berkebolehan dan berpotensi untuk digilapkan dan diketengahkan. Melalui TEP, kakitangan yang terpilih untuk melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka di luar negara diharap akan dapat menamatkan pengajian dan secara tidak langsung meningkatkan kualiti profiling kakitangan MARA. Lontaran suara salah seorang sahabat semasa di pejabat masih ku ingat sehingga kini. “Kawan-kawan, iklan TEP dah keluar. Mari semua kita mohon IMPIAN DR AMELIA ISMAIL AMELIA
148 IMPIAN AMELIA TEP. Mana tahu ada rezeki untuk kita”, jerit Suzila memecah keheningan pejabat. “Pergilah Su, cubalah. Akak sudah tentu tak boleh. Kalau dapat pergi pun suami akak tak akan benarkan", balas Kak Saleha. “Cuba lah Su. I dah tiada mood nak sambung belajar lagi ni, dah hilang minat”, celah Hilal pula. "Jom Kak Amy. Kak Amy mohon untuk PhD. Su mohon Master. Jomlah kita cuba," ajakan Su yang bersungguh membuat aku terfikir seketika. Aku membaca iklan tawaran TEP sekali lagi dan jelas tertera MARA akan turut membiayai bagi kakitangan yang membawa ahli keluarga. Julung kali MARA menawarkan program pengajian sebegini bagi kakitangannya. Melihat kepada peluang yang ada, aku berhasrat untuk mencuba nasib walaupun aku sedar hanya sedikit sahaja yang akan terpilih menyertai TEP. Setelah berjaya mendapatkan penyelia yang bersetuju menjadi penyeliaku di Universiti Glasgow, aku menghantar borang permohonanku ke Bahagian Sumber Manusia MARA (BSM). Rezeki menyebelahiku apabila aku adalah di antara 5 orang kakitangan MARA yang terpilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah bagi tahun tersebut. Alhamdulillah, hanya itu mampu dilafazkan. Setibanya di Lapangan Terbang Glasgow, kami menaiki teksi ke Govanhill untuk menumpang seketika di rumah salah seorang sahabat. Perjalanan yang mengambil masa kurang 30 minit hanya diselubungi kabus musim sejuk. Setibanya di sana, salji turut turun serentak. Anak-anak mula berlarian di pinggir jalan, teruja dapat menggenggam salji. Dalam keterujaan itu, sebenarnya aku mula dihimpit kerisauan dan hati mula diulit rindu ketika tiba di Scotland. Hijrah yang berlangitkan negara asing tidak seindah seperti yang sering digambarkan. Selain pengurusan pengajian di universiti, konflik emosi, pengurusan kewangan dan kesihatan, adaptasi budaya dan cuaca, serta persekolahan anak-anak menjadi cabaran utama yang perlu dihadapi dan diuruskan dengan sebaik mungkin. Hati sering diulit rindu dan kadang-kala air mata mengalir di pipi tanpa disedari tatkala mengenangkan wajah ibu yang menahan kesedihan melihat lambaian anak dan cucu pergi meninggalkannya. Namun, kehadiran suami dan anak-anak menjadi penguat semangat untuk memastikan janji terhadap MARA bagi menamatkan pengajian dipenuhi. Kata-kata terakhir daripada Tuan Haji Azmi bin Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA beberapa hari sebelum bumi Malaysia kami
149 IMPIAN AMELIA tinggalkan, masih tersusun kemas di ingatan, “Amy your first challenge is to understand their English accent”. Benar, beberapa hari selepas kami berpindah ke kediaman di Shawlands, masalah utama muncul apabila mula berurusan untuk mendaftar bil air, bil telefon dan televisyen. Kami terpaksa menggunakan pengantara bagi memahami loghat Bahasa Inggeris orang Scotland yang terlalu tebal. Glasgow diiktiraf kerana loghatnya yang tersendiri, Glasgow patter, yang terkenal kerana sukar untuk difahami oleh kebanyakan orang. Aneh rasanya bukan kerana aku sendiri adalah tenaga pengajar Bahasa Inggeris tetapi tidak mampu memahami mereka. Pengajianku di Universiti Glasgow bermula sepenuhnya selepas urusan kediaman dan persekolahan anak-anak selesai. Tiada seorang pun pelajar Malaysia yang menuntut di fakulti pengajianku pada ketika itu. Terasa sungguh asing dan kerdil diri ini apabila dewan kuliah hanya di kelilingi oleh pelajar dari bumi yang berlainan. Persoalan yang sering bermain di fikiran pada masa itu, adakah Islamofobia wujud di Glasgow kerana pada masa tersebut terdapat peningkatan kecenderungan ke arah Islamofobia di negara-negara Barat. Jawapannya telah kutemui kemudiannya. Seandainya kita mempunyai tingkah laku dan adab yang baik, menghormati agama dan budaya lain, berdisiplin dengan masa serta sentiasa berusaha membuktikan kemampuan kita turut setanding mereka, masyarakat juga akan menyantuni dan memandang kita dengan penuh hormat. Cuaca di Scotland tidak menentu dan sukar diramal. Adakalanya, 4 musim ditempuhi dalam sehari. Aku dan anak bongsu yang pada ketika itu berusia 8 tahun, penghidap lelah. Kami turut diuji dengan masalah kesihatan ketika bermastautin di bumi asing itu. Menurut pegawai perubatan di sana, cuaca sejuk bukan penyebab utama. Malah debunga di musim bunga serta musim panas juga merupakan antara punca hospital menjadi rumah kedua kami. Bukan sekadar di wad perubatan biasa, aku pernah terlantar di CCU (Coronary Care Unit) kerana serangan lelah. Selain itu, suamiku juga pernah mengalami masalah kesihatan secara mengejut. Keadaan ini menjadi cabaran buatku dalam meniti perjalanan sebagai seorang pelajar universiti di bumi asing. Pernah pada suatu ketika suamiku diserang sakit dada semasa dalam perjalanan pulang setelah selesai menerima rawatan gigi. Melihat kepada dadanya yang berombak dan peluh di dahinya, aku jadi panik dan hanya memikirkan perkara negatif. Pada masa yang sama anak bongsuku turut diserang lelah dan amat sukar bernafas. Menjadi sejarah dalam hidupku apabila 2 buah ambulan tiba serentak di kediaman dan 2 kumpulan paramedik
150 IMPIAN AMELIA masuk serentak ke dalam rumah. Kerana tiada pilihan, aku perlu menemani anak bongsu di dalam ambulan untuk dihantar ke hospital manakala suami hanya ditemani paramedik dalam ambulan lain ke hospital yang sama. Hanya Allah yang Maha Mengetahui perasaan di dalam hati tatkala peristiwa itu berlaku. Hati meronta memikirkan keadaan suami. Anak yang kecil memerlukan bantuan pernafasan. Anak-anak yang di rumah sedang bergelut dengan peperiksaan. Dan bagi diriku pula, tugasan yang perlu dihantar kepada penyelia terpaksa ditangguh. Alhamdulillah, penyeliaku amat memahami kerana bagi mereka tidak pernah sebelum itu aku mengecewakan mereka. Malah segala tugasan yang diberikan akan aku pastikan disempurnakan sebaiknya. Kagum rasanya apabila nama MARA dapat dijulang setiap kali mereka berdua memuji betapa aku amat berdisiplin dengan masa. Jasa MARA bukan sahaja memberi aku peluang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Malah sepanjang pengajianku, kebajikan ahli keluargaku turut di beri perhatian. Pernah suatu ketika aku mendapat berita ibu perlu menerima rawatan segera di tanahair. Malangnya nama ibu tiada dalam senarai ahli keluargaku yang layak menerima bantuan perubatan kerana terdapat masalah dalam sistem HRMIS. Aku yang dalam keadaan panik menghubungi Bahagian Sumber Manusia MARA (BSM) memaklumkan situasi yang berlaku dan memohon pertolongan. Dalam tempoh yang singkat, aku menerima emel dari pihak BSM yang meminta pihak berkaitan untuk memberi bantuan segera kepadaku. Terharu rasanya dengan keperihatinan yang diberikan oleh MARA. Terbukti moto ‘Amanah Rakyat’ bukan sekadar coretan di kertas tetapi dijiwai dan dilaksanakan sebaiknya oleh orang yang telah diberikan mandat terhadap amanah tersebut. Di sepanjang pengajianku di bumi Glasgow, aku mendapat sokongan yang kuat daripada kedua-dua penyeliaku. Allah telah mengurniakan kepadaku insan yang terlalu baik dalam membantuku dari mula menyesuaikan diri di bumi asing serta memberi sokongan tatkala aku ditimpa masalah kesihatan. Mereka turut sentiasa memberi maklum balas yang terperinci bagi setiap tugasan yang aku berikan. Apabila mendengar keluhan sahabat yang tidak mendapat kerjasama yang baik daripada penyelia, aku tidak putus memanjat kesyukuran kepada-Nya kerana dihadiahkan penyelia yang amat memahami. Namun aku turut diuji pada tahun ketiga pengajian tatkala menerima berita penyelia utama perlu menamatkan perkhidmatan secara mengejut kerana masalah kesihatan yang dihadapinya. Aku difahamkan beliau menghidap penyakit barah dan doktor menasihatinya untuk berehat. Pada masa itu, duniaku terasa gelap seketika kerana beliau terlalu banyak memberikan sokongan dalam pengajianku. Persoalan mula bermain, seandainya beliau tiada, adakah penggantinya dapat menerima diriku
151 IMPIAN AMELIA sebaiknya? Adakah penggantinya mampu bekerjasama denganku. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Tanpa disangka, penyelia keduaku memaklumkan tiada pengganti yang akan menggantikan penyelia utamaku. Malah, penyelia utamaku telah memohon kepada pihak universiti untuk terus menyelia pelajar-pelajarnya tanpa bayaran sehingga kami menamatkan pengajian. Sebak sungguh hati ini apabila mendengar perkhabaran gembira tersebut. Manakan tidak, seorang penyelia yang sedang bergelut dengan kesakitan sanggup meluangkan masa bagi memastikan pelajarnya berjaya tanpa mengira wang ringgit dan perbezaan agama. Alhamdulillah, Subhanallah, Allahu-Akbar. Hingga sekarang aku kadang-kadang merasakan semuanya bagaikan mimpi. Aku pernah gagal dalam temu duga pertama yang ditawarkan MARA untuk pengajian peringkat Doktor Falsafah bagi pengajian di universiti tempatan. Pada masa itu rakan sepejabat mencadangkan supaya aku berjumpa dengan Pengurusan MARA dan membuat rayuan. Jawapanku, “Tidak perlu kerana itu tanda rezekiku bukan di situ”. Kemudiannya sekali lagi aku ditawarkan untuk menghadiri temu duga bagi sesi ambilan berikutnya. Masih tiada rezeki apabila MARA menarik balik kesemuanya kerana kekangan ekonomi pada masa tersebut. Aku tidak mengeluh kerana aku yakin apa yang berlaku adalah ketentuan daripadaNya. Ketetapan Allah adalah yang terbaik. Dia telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah daripada apa yang kita rancang. Masih teringat pada suatu ketika dahulu, aku pernah bermimpi menyambung pengajian di salah sebuah universiti tertua di dunia ditemani oleh suami dan anak-anak. Malah pernah juga aku bermimpi mempunyai gelaran Dr di hadapan namaku. Sewaktu aku menyampaikan berita kepada ibu tercinta tentang tawaran yang MARA berikan, terlakar kesedihan bercampur kegembiraan di wajahnya. Sedih kerana yang pasti kami akan berjauhan beribu kilometer. Gembira kerana ibu menyatakan ingatan beliau masih kuat mengenangkan kembali impian aku yang pernah berangan melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah di luar negara. Bagi ibu, jasa MARA tidak dapat diukur. Malah ibu turut terhutang budi kerana ibu juga merupakan lulusan pertama RIDA (nama lama bagi MARA) dan melaluinya ibu berjaya memperolehi pekerjaan dengan gaji yang agak lumayan pada ketika itu. Sungguh, rezeki itu telah Allah tetapkan buat semua. Bila, di mana dan bagaimana bentuk rezeki itu adalah rahsia Allah. Allah telah menggenggam semua doa kita. Lalu dilepaskannya satu per satu pada saat yang paling tepat. Bersangka baiklah dengan-Nya.
152 IMPIAN AMELIA Kehidupan di bumi Glasgow merupakan pengalaman indah di bumi asing yang tidak mungkin dilupakan. Kini, sudah hampir 6 tahun kami meninggalkan Glasgow setelah menetap di sana selama 4 tahun setengah. Alhamdulillah, janjiku kepada MARA telah aku penuhi. Pengajianku telah tamat dan gelaran Doktor Falsafah telah diperolehi. Pada hari pertama aku melaporkan diri semula di MARA, aku telah diberikan tugasan yang jauh berbeza sebelum aku meninggalkan tanah air. Seperti kelaziman, timbul persepsi negatif, adakah aku diambil kesempatan kerana baharu melaporkan diri semula? Hari demi hari, aku dapati tugasan yang diberikan kepadaku adakalanya terlalu besar tanggungjawab yang harus dipikul. Malah aku juga telah diberi kepercayaan untuk mengetuai beberapa tugasan termasuk tugasan penyelidikan yang tidak pernah aku lakukan sebelum ini di MARA. Kalau sebelum ini, aku terlalu takut seandainya diberi tugasan untuk memimpin pasukan. Namun setelah kepercayaan diberikan kepadaku, aku pasti MARA bukan hanya sekadar memberi tugasan kepadaku tetapi atas rasa kepercayaan terhadap pengalaman dan ilmu pengetahuan yang telah aku perolehi sepanjang pengajianku. Malah Islam sendiri mengambil berat tentang keperluan menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dipelajari dan menyampaikan pula ilmu tersebut untuk dimanfaatkan oleh orang lain. Bak kata Imam As-Syafie, 'Ilmu ibarat air, jika tidak mengalir akan mati dan busuk'. Pengalaman indah terpilih membuat pembentangan di University of Oxford Perjalananku sesungguhnya masih panjang. Jasa MARA kepadaku tiada ternilai. Tanpa MARA, pengalaman hidup di bumi Glasgow tidak mampu diperolehi. Berpaksikan kepada amanah dan tanggungjawab, Insya-Allah akan aku berikan segala yang terbaik bagi membalas budi MARA. “Maka Nikmat Tuhan-Mu yang manakah yang Kamu dustakan?” kalimat yang diulang sebanyak 31 kali dalam Surah ar-Rahman, mengingatkan kita semua tentang sifat pemurah Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya. Dia telah mengurniakan pelbagai nikmat yang tidak terhitung di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya ini merupakan salah satu nikmat yang Allah telah anugerahkan kepadaku. Terima kasih MARA kerana merealisasikan impianku.
153 IMPIAN AMELIA Pengalaman indah terpilih membuat pembentangan di University of Oxford Azhad di New Southern General Hospital Bersama rakan seperjuangan TEP MARA
Bersyukurlah atas yang kamu miliki saat ini kerana masih banyak orang di sekeliling kamu yang masih kurang beruntung.
Tatkala aku menghirup kopi latte panas, aku terpandang seorang anak muda dengan style rambut dan pakaian ala K-Pop sedang menarik bag menuju ke arah stesen LRT berdekatan. Aku tertarik dengan perwatakan anak muda itu kerana ia mengingatkan diri aku sendiri, lalu kenangan 12 tahun lepas terus menerpa ke mindaku. Ini adalah kisah salah seorang pelajar KKTM Rembau bernama Hezzerwan ketika aku menjadi pegawai MARA yang menjaga Skim Pelajar Cemerlang untuk menguruskan para pelajar menyambung pelajaran ke luar negara. Inilah kisahnya... Aku sebagai seorang anak jati Kuala Lumpur amat berterima kasih kepada MARA kerana kalau bukan dengan pertolongan MARA, aku tidak mungkin akan berada di tahap sekarang. Apabila dilihat kembali perjalanan hidupku ini, aku mungkin tidak akan berjaya jika aku tidak memulakan pengajian aku di Institusi Pendidikan milik MARA iaitu di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Rembau. Pada mulanya, aku tidak mengetahui pun akan kewujudan KKTM ini. Permohonan untuk aku menyambung pengajian di peringkat diploma ini pun telah dibuat oleh kakak saudaraku yang tahu bahawa aku memang berminat untuk menjadi seorang fashion designer. Ia merupakan cita-citaku sejak kecil. Keluarga dan teman rapat pun menyokong hajat aku untuk menyambung pengajian di peringkat CITA-CITA AMEIZZA ABDUL WAHAB MENJADI REALITI
156 CITA-CITA MENJADI REALITI diploma walaupun ketika itu aku sudah mula bekerja di bahagian wardrobe untuk teater di Istana Budaya. Tidak dapat dinafikan bekerja dan dapat memegang wang sendiri lebih seronok tetapi kerana aku ingin menimba ilmu dalam bidang fesyen, aku bertekad untuk ke KKTM Rembau. Ramai juga kawan-kawan memandang sinis dan pelik dengan pilihan ke KKTM Rembau ini kerana bagi mereka, terdapat banyak lagi kolej dan universiti yang lebih terkenal dalam bidang fesyen. Sepanjang pengajianku di KKTM Rembau, ia banyak mengajar aku untuk berdikari. Ilmu yang dicurahkan oleh pensyarah yang sangat berpengalaman dalam bidang fesyen amat memberi kesan kepada kejayaanku kini. Kemudahan dan modul pembelajaran yang bagus juga memenuhi cita rasaku. Selain daripada itu, pengalaman yang tidak dapat aku lupakan ialah mendapat keputusan cemerlang dan Anugerah Pengarah pada setiap semester. Oleh sebab itu, aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Fashion Design and Textile di Heriott Watt University, Edinburgh di bawah Skim Pelajar Cemerlang pada tahun 2011. Perasaan aku pada ketika itu bercampur baur, gembira, takut dan resah. Aku tidak pernah berjauhan dengan keluarga dan paling merisaukan, aku tidak pernah menaiki kapal terbang seumur hidupku! Namun demi cita-cita yang kuimpikan selama ini, aku nekad untuk membuktikan bahawa usaha aku ini tidak sia-sia. Tambahan lagi, aku antara pelajar pioneer yang akan dihantar ke luar negara dalam bidang fesyen. Mungkinkah aku boleh berdiri sebaris dengan figura fesyen antarabangsa seperti Alexander McQueen atau Christobal Balenciaga, 15 tahun akan datang? Mahupun setanding dengan Jimmy Choo, anak jati Pulau Pinang yang menempa nama dalam bidang fesyen di luar negara. Hari yang ditunggu telah tiba. Setibanya di airport, aku mula berasa bangga apabila melihat sekumpulan pelajar tajaan MARA berpakaian lengkap dengan blazer dan suit, berkumpul untuk mendengar taklimat daripada Pegawai MARA. Perasaan bangga juga tersemat di hati kerana melihat kaum keluarga yang ramai menghantar anak-anak untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada penerbangan kali ini, seramai 10 orang rakan-rakan dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA dalam pelbagai bidang akan terbang sekali ke United Kingdom. Mujur juga ada rakan-rakan yang lain walau pun kami akan berpisah juga sejurus tiba di Heathrow Airport. Betul kata orang, Heathrow Airport adalah antara airport yang paling sibuk di dunia. Setibanya di imigresen, pelbagai soalan telah diajukan kepada aku oleh pegawai imigresen dengan accent British yang pekat. Terkebil-kebil aku menjawab segala persoalan yang ditanya. Apabila telah selesai, kami saling mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan seperjuangan dan
157 CITA-CITA MENJADI REALITI membawa haluan masing-masing. Aku yang bagai rusa masuk kampung sibuk mencari gate seterusnya untuk meneruskan destinasiku. Edinburgh here I come! Angin sejuk menyapa aku sejurus keluar dari pintu Edinburgh Airport. Nyaman rasanya udara di sini. Namun begitu, aku tidak dapat membuang perasaan resah aku setibanya aku di airport. Gelisah kerana hanya aku sorang sahaja pelajar dari Malaysia yang akan mendaftar di Heriott Watt University. Pada ketika itu, aku disapa oleh seorang lelaki iaitu Timbalan Presiden Malaysia di Edinburgh, Abang Rizal. Lega rasa hati ini kerana ada juga seseorang yang dapat membantu aku ketika aku keseorangan di negara yang serba baharu ini. Aku bermalam di rumahnya sebelum meneruskan perjalanan ke kampus Heriott-Watt Scottish Border di Galashiels pada keesokan harinya. Sepanjang perjalanan ke rumah beliau, aku amat kagum dengan pemandangan sekitar Edinburgh dengan bangunan yang seperti istana lama. Tiada kelihatan bangunan pencakar langit tetapi hanya istana lama seolah-olah aku berada di zaman dahulu kala. Setelah sampai di rumah Abang Rizal, aku telah dihidangkan dengan makanan Malaysia yang sedap. Kerinduan dengan masakan emak terubat juga walaupun baru meninggalkan bumi Malaysia. Setelah berehat, Abang Rizal memberitahu bahawa aku perlu meneruskan perjalanan ke kampus Heriott-Watt Scottish Border di Galashiels yang mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan dengan menaiki bas. Setahu Abang Rizal, memang tiada pelajar Malaysia yang pernah belajar di sana. Aku mula rasa risau semula namun aku memang perlu nekad untuk berdikari. Abang Rizal menghantar aku ke stesen bas untuk aku meneruskan perjalanan seterusnya ke Galashiels. Permandangan sepanjang perjalanan sungguh indah dengan landskap yang begitu memukau. Aku teringat Lonely Planet pernah menyebut “Every visit to Scotland simply has to begin in Edinburgh, the elegant capital.” Wah, ternyata betul kata-kata ini! Setelah 2 jam berada dalam perjalanan ke Galashiels, aku pun tiba di stesen bas Galashiels. Inikah tempat aku akan menimba ilmu? Aku mula berasa ragu-ragu kerana aku membayangkan universiti aku terletak dalam kota metropolitan yang sibuk tetapi hakikatnya, kampus universiti aku ini boleh dikategorikan sebagai di pedalaman negeri Scotland. Setelah turun dari bas, pemikiran aku menjadi kosong. Macam mana cara aku nak ke universiti? Nak naik teksi pun tidak pandai. Jadi aku tekad untuk
158 CITA-CITA MENJADI REALITI berjalan dari stesen bas ke kampusku dengan menarik bag aku yang besar itu. Jalan yang aku lalui sungguh lurus dan kiri kanan jalan terdapat pokok ru yang cantik. Setelah berjalan lebih kurang 45 minit, aku tiba dipekarangan universiti yang tersergam indah. Apabila sampai aku hilang arah tujuan kerana pada ketika itu hari telah gelap memandangkan siang agak pendek pada musim gugur. Aku terus menuju ke kaunter pertanyaan untuk bertanya apa yang perlu aku lakukan selepas ini. Beliau telah memberi aku jadual kelas untuk aku hadir keesokan hari. Oleh kerana aku sampai lewat seminggu, aku telah terlepas sesi orientasi bagi pelajar baharu. Esoknya, satu peristiwa lucu berlaku dan menjadi satu kenangan seumur hidup aku. Oleh kerana ia merupakan hari pertama aku ke kelas, aku agak kelam kabut kerana masih tidak faham selok belok di asrama aku. Entah macam mana, aku telah menolak pintu yang ditulis No Entry. Secara tibatiba, alarm kecemasan berbunyi. Keadaan panik berlaku, ramai pelajar keluar menuju ke luar hostel. Ada juga pelajar yang hanya memakai tuala mandi. Aku berasa sangat bersalah dan juga lucu pada masa yang sama. Oleh kerana aku perlu ke kelas dengan segera, aku teruskan perjalanan menuju ke fakulti tanpa menunjukkan sebarang reaksi bersalah. Semasa perjalanan ke kelas itu juga, aku ternampak jentera bomba dengan bunyi siren yang kuat sedang menuju ke arah asrama aku. Aku tertawa kecil. Pengalaman belajar di luar negara juga memberi kesan kepada aku hingga sekarang. Aku merupakan pelajar Asia pertama yang menjadi pelajar dalam kelas fesyen. Rakan sekelas yang lain merupakan pelajar dari negara seperti United Kingdom, Perancis dan Jerman. Masalah terbesar aku apabila belajar pada ketika itu ialah untuk memahami accent pensyarah yang mengajar. Aku juga mempunyai masalah komunikasi dengan rakan-rakan. Namun aku buang segala perasaan malu itu dan terus cuba berbahasa Inggeris sehabis baik. Kawan sekelas juga pada mulanya tidak mahu berkawan dengan aku. Apabila pensyarah memberi tugasan kumpulan, tiada seorang pun kawan sekelas yang sudi menawarkan aku untuk menjadi ahli kumpulan mereka sehinggalah pensyarah mengarahkan aku bergabung dengan kumpulan yang terdiri daripada semua pelajar perempuan. Semenjak itu, pelajar sekelas mula selesa berkawan dengan aku kerana menurut mereka, aku mempunyai kemahiran design yang out of the box. 2 tahun berlalu dengan sekelip mata. Bermacam pengalaman telah aku timba semasa belajar di perantauan. Pada tahun akhir pengajian, aku mendapat tempat praktikal di syarikat fesyen ternama di Scotland iaitu Alexander & Co. Di situ aku telah berjaya mempelajari pelbagai jenis kemahiran dari segi fesyen dan juga tekstil. Aku juga telah ditawarkan untuk bekerja di syarikat itu
159 CITA-CITA MENJADI REALITI selepas graduasi tetapi hati aku agak berat untuk menerima. Aku tekad untuk give back kepada MARA kerana tanpa peluang yang diberi, aku tidak dapat menimba ilmu di luar negara. Pada tahun 2013, aku pulang ke Malaysia. Sejurus pulang, aku memulakan perniagaan dengan hanya menyewa rumah 2 tingkat di Taman Nirwana Ampang. Aku menerima tempahan daripada rakan-rakan dan ahli keluarga. Aku kemudian diberi kepercayaan untuk mereka busana pengantin untuk anak seorang ahli perniagaan terkenal. Dari saat ini, karier aku mula bersinar. Pemasaran secara word of mouth amat berkesan kerana bermula dari saat itu, semakin banyak tempahan yang aku terima daripada golongan VIP. Setelah lebih berkeyakinan, pada tahun 2015, aku mencuba nasib untuk memasuki pertandingan Jarum Berlian anjuran Utusan Malaysia. Dalam pertandingan ini aku mendapat tempat ketiga. Selepas kemenangan itu, rezeki aku agak baik. Sebagai bekas pelajar tajaan MARA, aku diberi peluang pula untuk memasuki latihan yang dianjurkan oleh pihak MARA iaitu MARA in Fashion (MIF). Program ini mengetengahkan bakat-bakat muda baharu yang ingin menceburkan diri dalam bidang fesyen. Latihan yang diberikan merangkumi kemahiran dalam bidang fesyen dan teknik asas dalam perniagaan yang diperlukan oleh usahawan baharu yang ingin melebarkan sayap dalam dunia perniagaan. MIF ini telah membuka peluang kerana aku telah terpilih sebagai 3 pereka fesyen terbaik untuk menyertai program London Muslim Lifestyle di London. Ia bagai mimpi buatku kerana rekaan aku berjaya diperagakan di luar negara! Alhamdulillah. Setelah beberapa tahun menggunakan label ‘Hazzerwan Lee’, aku mengorak langkah untuk bergabung dengan rakan sekelas semasa di KKTM Rembau, iaitu Mariam dan menubuhkan jenama Wan & Mary. Pada tahun 2018, kami sebagai pereka duo telah menjadi juara sebuah reality show iaitu Generasi Fesyen yang dianjurkan oleh Astro Ria dengan hadiah wang tunai sebanyak RM100,000. Mulai saat itu, Wan & Mary tidak lagi menoleh ke belakang. Dengan berbekalkan modal tersebut, kami telah berjaya membuka butik di Kota Damansara dan antara baju milik artis yang telah kami reka adalah Anzalna, Rozita Che Wan dan Aina Abdul. Sebagai bekas graduan Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Rembau kami juga sering dipanggil sebagai panel industri untuk memberi input terhadap kurikulum program Fesyen. Kami juga sering dipanggil sebagai hakim untuk projek akhir atau pertunjukan Runaway pelajar. Bagi aku, ini adalah salah
160 CITA-CITA MENJADI REALITI satu cara untuk menolong pihak MARA kerana jika bukan kerana MARA, aku tidak akan berjaya sebagai usahawan fesyen pada masa ini. Sekarang aku berani mengatakan bahawa KKTM Rembau adalah setanding dengan Institusi Tempatan yg lain di Malaysia. Walau pun bidang TVET dilihat sebagai bidang kelas kedua tetapi dengan kejayaan yang telah aku perolehi, aku telah membuktikan bahawa graduan TVET boleh berjaya bukan sahaja di negeri sendiri tetapi di luar negara. Namun, sepanjang perjalanan aku untuk menjadi usahawan, tipulah jika tiada halangan dan dugaan yang menimpa. Aku pernah juga ditipu apabila masuk pertandingan. Wang yang sepatutnya diterima sebagai hadiah tidak dibayar oleh penganjur. Ini merupakan asam garam dalam kehidupan sebagai Fashion Designer. Bagaimanapun, aku bersyukur bahawa dengan hasil titik peluh aku ini juga, aku mula membayar pinjaman pelajaran MARA sedikit demi sedikit. Terdetik di dalam hati aku, jika peminjam MARA tidak melunaskan pinjaman pelajaran, bagaimana adik atau mungkin anak aku akan menerima keistimewaan yang sama kelak? Alhamdulillah, pinjaman yang perlu dibayar tidaklah banyak kerana aku telah mendapat keputusan akhir yang agak tinggi semasa belajar. Tiada ungkapan yang boleh diucapkan kepada pihak MARA. Sesungguhnya aku terhutang budi kepada pensyarah di KKTM Rembau, pegawai MARA di Bahagian Kemahiran Tinggi MARA dan juga Bahagian Pembangunan Usahawan. Mereka ini antara insan yang telah banyak membantu diriku untuk berjaya sehingga ke tahap sekarang. Aku berani mengatakan bahawa aku telah membuat pilihan yang tepat memilih untuk belajar di institusi pendidikan MARA yang banyak membantu anak bangsa terutama di luar bandar. Bagi aku, untuk berjaya kita mestilah ikhlas untuk belajar. We can never give up and we must trust the process. Aku begitu menghargai bantuan yang diberikan oleh MARA. Ia bukan sahaja membantu aku mencapai cita-cita tetapi telah mengubah kehidupan aku secara amnya. Sudah tentu aku tidak akan dapat melupakan jasa MARA. Aku tidak menolak bahawa jauh lagi perjalanan ini. Aku masih lagi mempunyai misi yang lebih besar dan masih banyak lagi ilmu yang perlu aku gali. Aku memegang kuat kata-kata ini: Always Believe in Yourself, Your Passion, Your Dream and Just Go For It Terima Kasih MARA!
161 CITA-CITA MENJADI REALITI Couture Fall Winter 2023-2024 di Kedah Fashion Week. Promoting Young Designer & Winner of Selangor Modestt Fashion
Berdoalah, Allah mendengarmu. Bersabarlah karena Allah akan menjawab doamu pada waktu yang tepat.
Menjadi ahli keluarga besar MARA adalah suatu pengiktirafan. Bermula karier sebagai kaunselor novis, aku diberikan latihan ilmu pedagogi melalui Diploma Pendidikan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) selama 2 tahun. Dalam tempoh 7 tahun, aku hadam mengaplikasi ilmu kaunseling dan psikologi. Aku hafal tentang kalender dan takwim tahunan kolej. Isu pelajar, pasang surut pentadbiran, politik muafakat dan karenah ibu-bapa, sudah dapat dijangka. Mengajar subjek elektif Kemahiran Berfikir bagaikan di hujung jari. Apabila kerja menjadi rutin, mula timbul kebosanan. Aku memilih untuk menyambung pengajian separuh masa peringkat Sarjana Pendidikan Kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), MARA meluluskan permohonan biaya pengajianku. Aku tamat pengajian dalam tempoh 2 tahun setengah dengan janji sudah serik belajar namun ternyata aku menipu diri sendiri. Setelah 7 tahun menjadi keluarga Bahagian Kemahiran Teknikal di Ibu Pejabat, hati mula meronta untuk memohon menyambung pengajian ke peringkat PhD pula. MARA sekali lagi meluluskan pembiayaan Pengajian PhD mod sepenuh masa bergaji penuh. Ulam dicita pucuk mendatang. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Sekali lagi rutin harian berubah. Seawal jam 8.00 pagi TRAVELOG DR SALPIAH SURADI PHD SEORANG PENULIS ARTIKEL
164 TRAVELOG PHD SEORANG PENULIS ARTIKEL aku mengetik waktu di Pusat Siswazah Fakulti Pendidikan dan pulang pada jam 5.00 petang. Terubat sang perindu ilmu. Rindu kebeningan sunyi di perpustakaan. Gembira bertemu dengan rakan-rakan baharu. Terbuai asyiknya meneroka teori dan model. Berbincang dan sumbang saran bagi menjana idea baharu. Aku betah menghabiskan tiga per empat hari mentelaah buku dan jurnal. Orang kata “PhD is a lonely journey”. Bidalan itu tidak tepat bagi diriku terutamanaya perjalanan pembentangan artikel yang sentiasa ditemani penyelia dan rakan seperjuangan. Penerokaan yang mengujakan. Ada perkara yang lebih mengujakan daripada itu. Saat inilah penerokaan menjadi suatu kelebihan diri yang tidak terjangka. Ia berjaya menguji keyakinan diri menerobos bidang yang tidak pernah dicuba. Peluang menyambung pengajian memberikan satu dimensi baharu, menjadi seorang pembentang kertas kerja. Menghadiri persidangan dan konferen dalam dan luar negara. Bermula dengan rasa kekok dan canggung, akhirnya menjadi satu kepuasan peribadi yang tidak terungkap. Bukan sekadar pembentang tetapi penulis prosiding, artikel dan jurnal bagi penerbitan dalam dan luar negara. Pada awalnya, dirasakan syarat yang diberikan penyelia kepada ‘first baby’ agak keterlaluan. Penyelia merupakan pensyarah baharu di Jabatan Pendidikan Teknikal Fakulti Pendidikan. Aku dan Rosli merupakan pelajar kumpulan pertama bawah seliaannya. Berbanding pelajar lain, kami diberi tugasan tambahan. Wajib membentang sekurang-kurangnya 1 kertas kerja, artikel atau jurnal bagi setiap semesternya. Ini bermakna kami akan mengumpul artikel sebanyak mana semester yang dilalui hingga tamat pengajian. Kami dibimbing menggunakan teknik penulisan secara sistematik dan berstruktur. Beberapa strategi dirancang bagi memastikan pelajar berjaya menamatkan pengajian tepat pada masanya. Menulis artikel menjadikan seorang pelajar rajin membaca, bersikap analitikal dan berpemikiran kritis. Sebuah artikel yang berkualiti memerlukan sekurang-kurangnya penelitian sebanyak 25 buah rujukan berimpak tinggi. Kemampuan pelajar menulis secara konsisten berupaya mengekalkan momentum motivasi untuk meneruskan kajian. Benarlah kata-kata penyelia, kejayaan tidak hadir dengan bergerak sendirian. Kami diajar untuk menjadi penulis, bersama dengan penyelia dan rakan satu jabatan. Strategi menang-menang. Menulis tentang pengalaman bersama MARA, tentang usahawan wanita dan menjana ekonomi luar bandar adalah sebagai tanda penghargaan kepada organisasi. Jika sang belang mati meninggalkan tanda, maka daku mati pula akan meninggalkan dokumen yang boleh dibaca. Sepanjang tempoh pengajian 4 tahun itu, aku telah berjaya menghasilkan 17 artikel yang terdiri daripada 4 jurnal, 2 poster dan 11 prosiding. Penghargaan tertinggi dirakam
165 TRAVELOG PHD SEORANG PENULIS ARTIKEL kepada MARA atas jasa mengizinkan travelog pembentangan 5 artikel PhD di luar negara iaitu di Kemboja, Hong Kong, Tokyo, Medan dan Shanghai. Paling mengejutkan dalam tempoh pengajian, aku turut diberi penghargaan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang iaitu pada 2013. Terdapat sekurang-kurangnya 4 jenis artikel yang boleh ditulis semasa pelajar PhD sedang dalam fasa analisis keperluan. Artikel mengenai konsep dan kerangka kajian, teori dan model, hasil dapatan tinjauan literatur dan dapatan analisis keperluan. Meta-analisis ialah metod statistik yang menggabungkan hasil pelbagai kajian lalu mengenai topik yang sama. Kaedah ini berupaya mencapai kesimpulan lebih konklusif sehingga boleh menghasilkan pola penemuan. Artikel meta analisis berkualiti merupakan dapatan tertinggi dan berinformasi layak diterbitkan dalam jurnal tersohor. Justeru, pelajar tidak perlu menunggu sehingga sempurna penyelidikan PhD untuk menerbitkan artikel dalam jurnal. Travelog Pembentangan Artikel di Kemboja Perjalanan pertama membentangkan artikel Exploring vocational life skills for women: Malaysia Context dalam 6th International Conference on Educational Reform Sokha Angkor Resort Siem Reap Cambodia. Artikel berkonsepkan kerangka awal teori dan model penyelidikan tentang kumpulan sasar. Penulisan artikel dalam Bahasa Inggeris ini masih bertatih. Banyak kesilapan tatabahasa dan cela dalam pembinaan ayat. Jika dikenang, terasa malu untuk membacanya semula. Namun penting untuk bersikap berani iaitu berani mencuba. Kedua, bersikap rajin membaca. Rajin menggali maklumat. Bukan sahaja bertunggu tangga di Perpustakaan Tun Sri Lanang tetapi juga perpustakaan Universiti Malaya, Universiti Putra, Universiti UTHM dan universiti lainnya. Malah ada tip popular dalam kalangan pelajar PhD, jangan berani membentang proposal defense jika belum membaca 200 buah rujukan aras tinggi. Pembentangan pertama itu menjadikan lututku ketar. Aku merasakan betapa kejamnya keadaan pada ketika itu, penyelia memilih untuk bersiarsiar dan membeli belah. Aku pula terpaksa berhadapan dengan panel dan peserta yang majoritinya dari luar negara, meningkatkan keyakinan diri untuk berdikari. Motivasi utama perjalanan menuntut ilmu ini ialah 2 orang sahabat baik Hartini dan Kak Roshidah. Penguat semangat ketika aku dalam saat kelelahan. Pendorong pada saat aku rebah dan patah. Jatuh bangun demi sebuah skrol. Menelusuri tapak arkeologi Kuil Angkor Watt, kota candi terbesar di dunia itu, dapat aku membayangkan pembikinan filem Tomb Rider yang dibintangi oleh Angelina Jolie. Memori menaiki bot di Tonle Sap, tasik terbesar di Asia Tenggara itu pula agak menggerunkan. Tasik luas tidak bertepi dan air
166 TRAVELOG PHD SEORANG PENULIS ARTIKEL keruh yang tidak dapat di duga bahayanya. Berebut kami memakai jaket keselamatan. Kecut perut berubah menjadi pecah perut apabila melihat takat air setinggi paras pinggang sahaja dan kanak-kanak menaiki besen logam besar yang dijadikan sampan. Ini menarik minat para pelancong untuk memberi tip apabila melihat kanakkanak ini membuat persembahan reptilia anak ular sawa dan buaya yang mengundang rasa belas. Kami sempat menyantuni sebuah perkampungan Islam dan sekolah persendirian untuk menyampaikan sumbangan. Cuaca hangat kering dan jalanan dipenuhi debu merah bata. Agak sukar mendapatkan makanan halal dengan komposisi rakyat 95 peratus beragama Budha. Negara yang dipenuhi pepohon kemboja indah itu, kami tinggalkan dengan satu tekad, memadailah ini kali pertama dan terakhir kami berkunjung ke sini. Travelog Pembentangan Artikel di Hongkong Pembentangan artikel seterusnya ialah Rural Women's Competencies: For a better life berlangsung dalam Global Curriculum & Instruction Network Conference (GCIN) di Hong Kong Institute of Educator on 19-20 Jun 2014. Kembara membentangkan artikel diiringi 13 orang rakan PhD di Fakulti. Meriah macam rombongan ‘Mak Cik Kiah’. Satu kepuasan apabila artikel yang ditulis terpilih untuk diterbitkan dalam Journal of Applied Research in Educational (JARE) atas bimbingan Dr Hui King Fai Sammy editor institut pendidikan rank ketiga di Asia. Pembentangan di Hong Kong dibiayai penuh oleh MARA meliputi tiket kapal terbang, penginapan dan yuran penyertaan. Secara amalan, organisasi boleh mempertimbangkan sekali sahaja pembiayaan pembentangan artikel di luar negara dengan membuat permohonan rasmi disertai dengan kertas kerja. Artikel hendaklah disemak dahulu oleh MARA bagi memastikan kualiti mengikut standard yang ditetapkan. Sebagai penjawat awam, prosedur kebenaran ke luar negara mestilah dimohon iaitu untuk mendapat kebenaran rasmi kementerian. Sebaiknya permohonan itu dibuat sebulan lebih awal sebelum disusuli dengan permohonan visa dan insuran diri. Sejurus pulang ke Malaysia, segala laporan perjalanan, hasil dan manfaat pembentangan hendaklah didokumenkan mengikut format yang ditetapkan, sebagai memenuhi syarat penajaan yang ditetapkan oleh Unit Pembangunan Kerjaya, Bahagian Sumber Manusia. Hong Kong merupakan pulau persis Singapura dalam kontek gaya hidup metropolitan. Padat, sibuk dan bergemerlapan. Wilayah jajahan British yang telah dikembalikan kepada China pada 1999 itu, dikatakan inginkan
167 TRAVELOG PHD SEORANG PENULIS ARTIKEL autonomi, bebas dari segi pentadbiran serta ekonomi. Kami menikmati pemandangan nan indah Gunung Austin yang juga dikenali sebagai Victoria Peak dengan menaiki tram. Pengidap akrofobia pastinya merasa amat gayat. Namun mendaki tebing kaca pada ketinggian 1811 kaki dalam kebeningan malam dapat melenyapkan perasaan itu. Kami juga merakam memori bersama ikon Kung Fu lagenda Bruce Lee di laluan Avenue of Stars. Sebelum itu kami meneroka keindahan pantai di Teluk Repuls dengan menaiki kereta kabel. Tidak dilupakan menaiki LRT yang berupa watak-watak dalam movie Walt Disney menggunakan kad Octopus menuju ke Disneyland. Sebelah malamnya kami habiskan mencari jajanan di Temple Street Night Market untuk dibuat cenderahati. Travelog Pembentangan Artikel di Tokyo, Jepun Artikel Life Skills to generate high Income: The issue and challenges di bentangkan di 10th AASVET Conference Daito Bunka University in Tokyo, Japan pada 18 hingga 20 October 2014. Selain MARA, pembiayaan pembentangan boleh juga dimohon daripada pihak universiti bawah Skim Penerbitan Berimpak Tinggi. Perjalanan pembentangan negara matahari terbit pada kali ini, secara backpacker diatur 6 bulan lebih awal. Sejurus menerima surat penerimaan abstrak daripada penganjur, pembelian tiket penerbangan dibuat. Jika ada rezeki, boleh mendapat separuh daripada harga semasa. Sementara menyiapkan artikel penuh, kami mencari penginapan bajet dan meneroka awal kota Tokyo secara maya. Kami berlima iaitu 2 rakan pelajar Jabatan, Zolhilmi dan Rosli serta diiringi oleh penyelia suami isteri. Pengajian PhD memerlukan biaya besar, justeru kos perlu dijimatkan. Travelog pembentangan ke negara Matahari terbit itu merupakan yang paling mahal berbanding negara lain dengan kos melebihi RM5,000 seorang. Nilai pertukaran Yen Jepun sangat tinggi berbanding Ringgit Malaysia iaitu 1 MYR menyamai 30 ¥ JPY. Kami bersedia dengan membawa makanan kering yang mudah seperti mi segera, serunding, sardin dan biskut yang boleh di makan dengan nasi kepal onigiri yang banyak dijual di kedai 24 jam. Melancong bukan misi utama namun apa salahnya menyelam sambil minum air. Setelah selesai membentangkan artikel di Kampus Daito Bunka University Itabashi Daerah Takashimadaira, kami bersantai-santai di Asakusa Temple dan Nakamise Street. Menjadi saksi mata akan kesibukan manusia bersimpang siur di jalanan Shinjuku. Seterusnya kami menuju ke pusat jualan barang elektronik di Akihabara bagi membeli cenderahati. Esoknya pula, kami menaiki bas meneroka sendiri panorama Gunung Fuji dan Tasik Kawaguchiko. Sempat juga kami menikmati pemandangan cerun dan ngarai mengasyikkan sepanjang menaiki kereta kabel Tateyame menuju ke Stesyen Bijodaira dengan ketinggian 502 meter dan 24 darjah.
168 TRAVELOG PHD SEORANG PENULIS ARTIKEL Merasa kagum, buat kali pertama menjejakkan kaki ke kota paling besar di dunia dengan kapasiti penduduk 28 juta orang. Tokyo yang pernah digelar Edo bermaksud the mouth of a river merupakan antara bandaraya paling bersih. Suatu yang positif tentang Lapangan Terbang Haneda ialah menyediakan Prayer Room yang membolehkan semua penganut agama Islam bersolat dalam satu bilik yang sama. Travelog Pembentangan Artikel di Medan, Indonesia Pembentangan artikel kelima di luar negara bertajuk Exploring High Income Career Path for Rural Youth Through Formal and Non-Formal Education. Menjadi peserta dalam Persidangan Serantau Siswazah Pendidikan pada 21 Mac 2015: Education Graduate Regional Conference berlangsung di Universitas Negeri Medan Indonesia merupakan satu penghargaan. Kumpulan pembentang dari Malaysia terdiri daripada rakan-rakan PhD fakulti dan pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) yang cukup untuk menyewa sebuah bas. Ini memudahkan mobiliti dari Lapangan Terbang Medan, hotel penginapan, Universiti Medan dan lokasi-lokasi wisata (pelancongan). Penulis kertas kerja perlu menguasai kemahiran menulis, komunikasi, pengurusan masa, keterbukaan kepada ilmu pengetahuan dan idea-idea baharu. Antara masalah yang memungkinkan pelajar gagal menamatkan pengajian PhD ialah isu merasa bersendirian, tekanan, konflik dengan penyelia, masalah kewangan, tiada sokongan institusi pengajian dan isu keseimbangan di antara kerja serta kehidupan harian. Menjadi pembentang artikel berupaya mengatasi semua masalah berkenaan. Hubungan dengan rakan satu fakulti dan hubungan pelajar dengan penyelia menjadi erat. Saling menyokong dan berkongsi idea dalam menghasilkan sebuah artikel yang berkualiti. Tempoh perjalanan bersama ke luar negara boleh menjadi motivasi. Semasa di Medan, kami menyantuni Masjid Raya Al-Mashun, sebuah masjid tersohor dibangunkan dalam zaman Kesultanan Deli. Memiliki gaya seni bina gabungan Morocco, Sepanyol, dan Melayu. Kami turut mengunjungi muzium Tjong A Fie Mansion dengan pengaruh gaya seni bina Eropah dan Cina yang dibangunkan oleh seorang pedagang berpengaruh sekitar abad ke-19. Seterusnya kami bergerak 150 kilometer ke selatan dari Medan ke tempat peranginan Danau Toba. Sepanjang perjalanan 4 jam dengan kualiti jalanraya yang mencabar, kami dihidangkan dengan panorama kedesaan masyarakat suku Batak. Suhunya 19 hingga 24 Celsius, sekadar nyaman, bukanlah seperti yang digambarkan. Kami menaiki feri menuju ke Pulau Samosir, bersaiz menyamai Singapura. Pulai ini terhasil daripada letusan gunung berapi dahsyat berskala 8.0
169 TRAVELOG PHD SEORANG PENULIS ARTIKEL pada 77000 tahun yang lalu. Daya tarikan pelancong seperti petunjukan Sigale-gale dan belajar budaya di Tomok, berkeliling Muzium Huta Bolon dan mengunjungi Makam Raja Sidabutar serta keunikan Batu Parsidangan. Penerokaan yang padat dengan pengalaman. Benarlah kata pepatah 'hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri'. Travelog Pembentangan Artikel di Shanghai, China “Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China.” Peribahasa yang mendukung eksplorasi menuntut ilmu hingga ke hujung benua. Pembentangan artikel kelima membawa tajuk Fuzzy Delphi Approach in Developing Competency Models for Rural Women di Persidangan ke-11 Economic Transition and Development TVET AASVET di East China Normal University Shanghai. Penulis artikel menuntut inisiatif ekstra. Selain menjadi pengkaji literatur tegar, ia juga menuntut sikap enthusiastic, pemikiran kritikal dan kreatif. Kepelbagaian bahan kajian diolah daripada pelbagai sudut pandang bagi menghasilkan artikel yang berkualiti. Bukan artikel bersifat kitar semula. Shanghai adalah bandaraya pelabuhan terbesar di Republik Rakyat Tiongkok terletak di Delta Changjiang. Keindahan Shanghai boleh dinikmati daripada pencakar langit Menara Oriental Pearl setinggi 259 meter. Sungguh mengagumkan, boleh dilihat pelbagai rekabentuk bangunan pencakar langit bercirikan tradisional, kolonial dan futuristik. Ia dikenali sebagai ‘The Bund’. Keindahannya lebih menyerlah apabila dinikmati pada malam hari. Menyaksikan pelayaran kapal Viking menyusuri sungai Huangpu Persidangan Kali Pertama di Siem Reap Cambodia
170 TRAVELOG PHD SEORANG PENULIS ARTIKEL Jiang. Namun sebahagiannya masih mengekalkan pengaruh senibina Eropah seperti Gothic, Baroque, Neoclassical, Romanesque, Art Deco dan Renaissance. Kami melawat Taman Yu yang direka untuk golongan kelas atasan pada tahun 1559, meliputi 20,000 meter persegi. Taman klasik yang dibuka kepada awam mempunyai pelbagai pintu menuju ke pelbagai ruang tamu. Menampilkan gaya hidup tradisional China menggabungkan interaksi di antara unsur pokok renek, batu dan air. Kawasan berdekatan dipenuhi dengan pusat membeli-belah, kedaikedai kecil jalanan, butik dan restoran. Di sini kami menemukan shawl diperbuat daripada kain sutera yang cantik untuk dibawa pulang sebagai cenderahati. Penerokaan ke luar negara bagi menghadiri persidangan akademik berakhir pada tahun 2016 setelah aku berjaya menamatkan pengajian PhD dan kembali bekerja. Aku merindui pengalaman yang tidak ternilai harganya ini dan mensyukuri nikmat Allah. Aku juga berterima kasih menjadi warga MARA yang berupaya membentuk profesion baharu, penulis dan pembentang artikel akademik. Universiti Daito Bunka Itabashi di Takashimadaira, Jepun. Pembentangan artikel di Tianjin University of Technology & Education East of Liulin Hexi District China
171 TRAVELOG PHD SEORANG PENULIS ARTIKEL Wahai orang-orang yang beriman! Rukuklah, sujudlah dan sembahlah Tuhanmu, dan berbuatlah kebaikan agar kamu beruntung.
Jangan bersedih saat keikhlasanmu diragukan, jangan berhenti meski kebaikanmu dilupakan. Saat kita tidak mengharapkan pujian daripada orang lain, maka balasan Allah lebih baik dari yang kita harapkan.
TINTA DR HASNAN MD ARIS KASIHKU BERSAMA MARA "Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)." Surah alInsyirah ayat 5 hingga 8. Di sebuah kota metropolitan yang penuh cabaran dan liku, di kelilingi pelbagai lapisan masyarakat, dihujani dan dibanjiri dengan arus kemodenan dunia, seorang remaja bernama Harith tinggal di sebuah rumah flat, bersama-sama 6 penghuni lain, umpama tinggal dalam sarang burung merpati. Walaupun begitu sukar dan tidak selesa menelusuri hidup seharian dengan keadaan keluarga yang saling bergantungan dan memerlukan, Harith sentiasa redha, pasrah dan ingin mencari perubahan dalam kehidupan, sematamata untuk memberi kesenangan kepada keluarga. Mungkin perubahan yang dilakukan, sedikit sebanyak akan menjadi titik tolak dan batu loncatan kepada mereka kelak. Seperti mana pesanan ibunya untuk melihat anak-anaknya berjaya walau mencari rezeki sendirian, impian seorang ibu tunggal untuk melihat anakanaknya berjaya dalam pelajaran dan kehidupan tetap teguh tersemat di sanubarinya. Bersandarkan itu, impian Harith untuk belajar sentiasa
174 TINTA KASIHKU BERSAMA MARA membuak-buak walau terkadang hampir berputus asa. Dengan berkat doa, akhirnya Harith berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang bermula dengan peperiksaan SPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Dengan berbekalkan keputusan Ijazah Sarjana Muda yang dimiliki, Harith menerima tawaran bekerja dengan salah sebuah organisasi terulung dan terkemuka iaitu Mallis Amanah Rakyat (MARA). Kisah ini bermula di MARA. Masih segar dalam ingatan, pada tahun 2008 Harith baharu sahaja 4 tahun berkhidmat dengan MARA sebagai pensyarah. Sifat sentiasa ingin memperbaiki dan membangunkan diri membuatkan Harith ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Kebetulan majikannya membuka tawaran menyambung pengajian kepada stafnya. Akan tetapi, tawaran tersebut hanya kepada pekerja yang telah berkhidmat dan berstatus tetap 5 tahun dan ke atas. Peluang untuk melanjutkan pelajaran hampir sirna apabila Harith mendapati dia tidak layak lagi untuk itu. Benarlah kata-kata Allah dalam Surah Yasin ayat 82; Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, “Jadilah!” Maka jadilah sesuatu itu. Satu harapan muncul apabila salah seorang kenalan di jabatannya menolak tawaran berkenaan dan mencadangkan nama Harith sebagai ganti bagi mencukupkan kuota in-house program MBA di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Alhamdulillah. Harith bersemangat dan dengan pantas mengisi borang pendaftaran dengan universiti berkenaan. Selain itu, urusan dengan majikan juga perlu dilaksanakan dengan cepat. Selepas melalui proses pemilihan yang teliti, dia diberikan pinjaman pendidikan bertempoh. Bukan sekadar itu, Harith juga mendapat sokongan mentorship untuk membantu dalam pengurusan akademik dan pembangunan diri baik di peringkat universiti mahupun di peringkat majikan. Dengan tekad yang kuat, Harith melangkah ke universiti untuk mengejar impian dalam bidang pentadbiran perniagaan. Di sana, dia tidak hanya memperolehi ilmu pengetahuan tetapi juga melibatkan diri dalam program sukarela yang disokong oleh MARA. Program ini membolehkan Harith menyumbangkan kebolehannya kepada komuniti melalui projek-projek pembangunan yang telah dirancang bersama-sama rakan-rakannya. Inilah kelebihan yang ada di MARA, membuka peluang kepada semua lapisan masyarakat khususnya Bumiputera dan mengangkat modal insan sebagai pemaju kejayaan sesuatu program yang dilaksanakan. Ketika melalui episod pengajian di peringkat MBA, pada tahun 2009 Harith menerima tawaran mengerjakan ibadah haji di tanah suci Mekah. Itupun rezeki Allah melalui ibunya kerana ibunya memerlukan mahram untuk
175 TINTA KASIHKU BERSAMA MARA menemaninya sebagai duyufurrahman iaitu tetamu agung Allah. Pada usia 30 tahun, tanpa bekalan ilmu yang cukup untuk ke Tanah Suci, Harith bersedia sahaja menjadi tetamu agung kepada yang Maha Penyayang. Pada masa yang sama isterinya pula menunggu hari untuk melahirkan. Hati Harith berbelah bahagi, manakan ibu, manakan isteri yang sedang sarat mengandung anak pertamanya. Mana yang perlu didahulukan? Setelah berbincang dan merujuk kepada beberapa asatizah dan keluarga kedua-dua belah pihak, alhamdulillah untuk menjadi tetamu agung hampir menjadi kenyataan. Tiba masa untuk ke tanah suci, tugasan MBA perlu dilaksanakan juga. Urusan-urusan berkaitan kuliah dan kerja hakiki juga telah pun diselesaikan dengan bantuan rakan-rakan dan majikan yang menyokong serta mendapat peruntukan cuti mengerjakan haji selama 45 hari. Kini Harith hanya berserah kepada Allah semoga semua urusan dipermudahkan, termasuk urusan rumah tangga, kerjaya dan melaksanakan rukun Islam yang kelima. 45 hari berlalu dengan baik. Isterinya juga selamat melahirkan semasa hari kelima dia berada di Kota Madinah. Hatinya ingin melihat rupa paras anak yang dilahirkan. Maklumlah, pada ketika itu telefon bimbit skrin sentuh dan mempunyai panggilan video belum digunakan secara meluas. Setibanya di tanah air, baharulah dia dapat melihat wajah anak yang sekian lama dinantikan. Alhamdulillah, sempurna suci dan mulus. Perjalanan haji juga cukup mudah dan terasa dilayan baik sebagai tetamu agung Allah. Syukur. Setelah tamat pengajian di peringkat MBA pada tahun 2011, hasrat ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi pula hadir dalam diri. Betullah kata orang, kalau sudah terjebak, memang akan terus menjebak. Kalau ikutkan teori Maslow, memang itulah keperluan kita sebagai manusia sehinggalah mencapai tahap kepuasan diri. Kebetulan iklan menyambung pangajian di peringkat kedoktoran pentadbiran perniagaan dibuka. Setelah melalui beberapa proses, akhirnya pada tahun 2012 Harith menerima tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan selama 5 tahun secara in-house dan separuh masa, masih dengan universiti yang sama ketika menyambung pengajian di peringkat MBA. Hari mendatang harus dilalui. Niat ingin mencari keredaan Allah dengan niat ibadah melalui perjuangan dalam bidang pendidikan dilakukan. Inilah jihad kecil untuk dirinya sendiri. Mencari ilmu bukan suatu perkara yang mudah. Ia perlu kesabaran dalam semua aspek rohani, jasmani, fizikal dan mental semuanya harus dipertimbangkan. Banyak kemungkinan yang akan berlaku sepanjang melalui proses pembelajaran itu. Adakalanya suka dan adakalanya duka. That is the beauty and the bitterness of the journey. Pengajian di peringkat kedoktoran pentadbiran perniagaan ini membuatkan diri Harith teruja kerana ia berkaitan dengan urusan kerja seharian. Oleh kerana program ini dilaksanakan secara in-house, maka pelajarnya juga
176 TINTA KASIHKU BERSAMA MARA adalah dalam kalangan warga kerja MARA dan kebanyakannya adalah yang berpangkat dalam pelbagai skim. Pelaksanaan program juga secara handson yang menekankan pada kedua-dua dimensi akademik dan praktikal yang menyelidik isu-isu kompleks dalam dunia perniagaan dan pekerjaan serta menerapkan pengetahuan secara efektif dalam konteks profesional. Kursuskursus yang ditawarkan mencakupi spektrum luas dalam bidang pentadbiran perniagaan, termasuk strategi perniagaan, kewangan perniagaan, pengurusan sumber manusia, pemasaran, dan inovasi perniagaan. Rakan-rakan seperjuangannya juga daripada pelbagai bidang dan sentiasa berkongsi pengalaman kerja dan cerita-cerita berkaitan dengan pekerjaan dan diadaptasi dalam bidang akademik mengikut subjek-subjek yang ditawarkan. Inilah yang membuatkan Harith sentiasa seronok dan bersemangat untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran. Sepanjang mengikuti proses tersebut Harith berpeluang mengikuti pelbagai program anjuran universiti dan organisasi. Itulah antara kebaikan menyambung pengajian secara separuh masa. MARA sentiasa peka dan memberi peluang kepada setiap warganya dalam meneroka dan melibatkan diri dalam apa jua program yang berimpak tinggi supaya mereka tidak keciciran dalam semua aspek. Setiap kerja yang dilakukan dan peluang yang diberikan oleh majikan kepada Harith, dianggapnya sebagai satu peluang yang amat bernilai. Setiap apa yang diikuti, Harith sentiasa mengaitkan kerjanya dengan pembelajarannya. Ia satu proses yang sangat berharga bagi seorang pekerja yang bergelar pelajar. Pada tahun 2013, Harith berpeluang ke luar negara untuk memantau pelajar di UK. Lawatan ke negara benua Eropah itu dilakukan selama 2 minggu. Harith mengambil peluang itu sebaik-baiknya demi kerjayanya. Setahun berlalu, pada tahun 2014 sekali lagi MARA memberi peluang kepada Harith ke luar negara iaitu ke Hawaii, Amerika Syarikat. Pada ketika itu Datuk Ibrahim Ahmad atau sinonim dengan nama Pak Yem merupakan Ketua Pengarah MARA dan pemilihan juga dibuat oleh beliau melalui Bahagian Sumber Manusia. Peluang ini tidak disia-siakan. Pemilihan ke Hawaii bukanlah mudah seperti memetik nama sahaja. Ia melalui proses yang panjang, selama setahun. Bermula dengan sesi temuduga program Leadership Executive Advancement Programme (LEAP), kursus-kursus berkaitan dan tugasan bulanan yang diberikan perlu dihantar dalam tempoh yang ditetapkan. Untuk menyemak tugasan tersebut, beberapa pakar dari East-West Centre, Hawaii diamanahkan untuk melakukannya. Berkat kesabaran dan komitmen yang diberikan, akhirnya Harith bersama-sama tujuh rakan yang lain, telah berjaya terpilih ke Hawaii dalam program LEAP. Hampir sebulan berada di sana, beliau merasai kehidupan sebagai seorang pelajar yang belajar di luar negara, banyak pengalaman dikutip dan diadaptasi untuk kerjaya dan juga pengajian.
177 TINTA KASIHKU BERSAMA MARA Kebetulan pada tahun 2014 itulah tahun terakhir course work peringkat kedoktoran dilaksanakan. Untuk melengkapkan proses itu, para pelajar perlu menduduki comprehensive examination sebagai syarat untuk melanjutkan ke peringkat seterusnya iaitu peringkat kajian lapangan dan seterusnya penulisan tesis. 2 minggu berakhir di Hawaii, turun sahaja di bumi Malaysia, keesokannya bermulalah comprehensive examination bagi subjek-subjek teras selama 6 jam berterusan. Allah sahaja yang tahu akan kegusaran yang dihadapi. Manakan penat dengan perjalanan selama 32 jam termasuk transit. Itulah dugaan dan rintangan yang harus dihadapi. Jam 9.00 pagi di UKM hingga jam 3.00 petang, barulah selesai peperiksaan tersebut. 2 minggu selepasnya, peperiksaan subjek wajib pula dijadualkan selama 3 setengah jam. Alhamdulillah semua proses dapat dilalui dengan mudah dan seterusnya hanya berdoa agar lulus kesemuanya. Beberapa minggu berikutnya, keputusan peperiksaan dikeluarkan. Alhamdulillah, Harith berjaya lulus bagi kedua-kedua subjek teras dan wajib dan melayakkan beliau ke peringkat seterusnya. Sekarang tibalah masa yang ditunggu. Segala-galanya atas usaha sendiri, rentak sendiri dan semuanya atas diri sendiri. Inilah cabaran yang sangat hebat untuk dilalui. Diberi masa berbaki selama 3 tahun untuk melengkapkan kajian yang telah diluluskan di peringkat fakulti. Penyelia juga telah dilamar dan bersetuju untuk berkerjasama selama 3 tahun. Hari ke hari dilalui seperti biasa. Bergelumang dengan jurnal, buku dan kertas-kertas untuk mendapatkan tajuk yang sangat sesuai untuk dikaji. Semenjak memasuki alam penuh ranjau dan liku, segala-galanya berubah. Umpama makan tidak kenyang, tidur tidak lena, mandi tidak basah. Pun begitu hari demi hari dilalui seperti biasa walaupun sedikit bebanan berada di bahu. Adiknya pula menemui Pencipta, membuatkan dirinya hilang seketika. Setiap hari dia berdoa agar dikembalikan semangat dan kekuatan untuk menghadapi hari mendatang. Selagi tidak selesai selagi itulah bebanan itu akan dibawa ke mana jua. Episod seterusnya bersama penyelia. Usah ditanya bagaimana. Bagi Harith, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruklah akibatnya. Bersandarkan itu, Harith sentiasa positif dan meneruskan pengajian seperti biasa. Tahun 2013 Harith berpindah tempat kerja. Mungkin apabila berada di situasi dan persekitaran adalah berbeza dan membuatkannya lebih fokus untuk menyelesaikan kajiannya. Andaiannya benar belaka. Harith dapat menghabiskan penulisan tesisnya setelah berada hampir 3 tahun di tempat baharunya hasil bimbingan penyelia yang sangat baik, sabar dan tidak putus-putus memberi semangat. Walau terkadang terpeleot juga apabila dimarahi tetapi itulah resipi untuk berjaya. Sebaik selesai mendapatkan data dan menulis rumusan, Harith mendapat tawaran berpindah semula ke ibu pejabat di tempatnya dahulu. Harith tidak minta untuk berpindah, mungkin
178 TINTA KASIHKU BERSAMA MARA keperluan yang mendesak pada ketika itu memerlukan khidmatnya di ibu pejabat. Selang setahun, dunia digemparkan dengan pandemik Covid-19 yang maha dasyat. Malaysia juga terkesan akibat pandemik ini dan semua penduduk di Malaysia menerima arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) temasuklah pelbagai kategori PKP yang dinyatakan. Benarlah kata orang, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Harith menggunakan waktu PKP ini sebaiknya walau ada batasan dan kerisauan melanda diri dan keluarga. Sepanjang PKP selama berbulan-bulan lamanya, Harith mengambil kesempatan menyiapkan tesisnya sambil melaksanakan tugasan hakikinya. Walau secara dalam talian, namun tekad, semangat dan usaha diteruskan semata-mata untuk menghabiskan penulisannya. Ada faktor penyebab yang amat kuat bagi Harith untuk terus berusaha menyelesaikan penulisannya dengan lengkap. Pertama sekali pesan ibunya yang sentiasa bertanya; “Bila nak siap? Mak selalu doakan kau, cepat-cepatlah siapkan. Kesian mak tengok kau,” kata ibunya. Kedua, ayahnya yang selama ini tidak cakna tentangnya sentiasa menitipkan doa supaya Harith berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya. Ketiga, isteri yang pernah melontarkan kenyataan, “You pakai duit MARA kan? Duit tu duit rakyat!” Keempat, faktor-faktor keluarga yang tidak pernah jemu menyokong dan mendoakan. Termangu seketika apabila kesemua faktor itu dilemparkan dan sentiasa bermain di fikiran. Ungkapan doa sentiasa dipohon ke hadrat Ilahi supaya dipermudahkan urusan, diberi kesungguhan dan semangat untuk meneruskan dan sentiasa bermotivasi dalam apa jua perbuatan. Akhirnya, dengan izin yang Maha Esa, Maha Agung, Maha Penyayang, Harith berjaya menyiapkan penulisannya. Usai penulisannya, lantas Harith terus menghubungi penyelia dan pihak universiti untuk langkah seterusnya. Setelah semuanya selesai, maka thesis berjaya dihantar ke pihak fakulti untuk tindakan selanjutnya. Selang beberapa bulan, dalam tempoh PKP itulah Harith mendapat jawapan daripada pihak fakulti menyatakan tarikh viva-voce, kemungkinan dilakukan secara dalam talian. Tanggal 27 Oktober 2020, tibalah masa untuk Harith membuat pembentangan viva-voce. Hati tidak keruan, debaran semakin memuncak. Allah sahaja yang
179 TINTA KASIHKU BERSAMA MARA tahu akan perasaan itu. Malam dirasakan semakin pendek. Rama-rama dirasakan berterbangan di dalam abdomennya. Geli, sakit, resah dan gelisah, bagai cacing kepanasan, bagai monyet termakan cili. Semua perasaan itu berbaur. “Ya Allah berilah ketabahan dan kekuatan kepadaku”. Bisik Harith. Jam 2.00 petang bermulah sesi pembentangan. Dengan persediaan yang rapi Harith memulakan pembentangan, di sebuah bilik yang disediakan khas. 2 liter air siap sedia di tepi meja setia menemani. Ditegoknya air berkali-kali sehingga selesai pembentangan. 2 jam setengah berlalu, akhirnya tamatlah sesi pembentangan. Debaran pembentangan telah berakhir. Diikuti pula debaran menanti keputusan. Pengerusi mohon untuk keluar seketika dari ruang pembentangan untuk membuat keputusan. 5 minit sahaja perbincangan mereka. Harith dipanggil semula masuk ke dalam talian untuk menyatakan keputusan viva-voce. Dengan lafaz kalimah Agung oleh pengerusi, Harith mendapat keputusan LULUS dengan minor correction dan tempoh masa pembetulan selama 3 bulan diberikan untuk menghantar tesis akhir. Dengan ungkapan kata TAHNIAH Program Coaching and Mentoring bersama UNIMARA.
180 TINTA KASIHKU BERSAMA MARA daripada semua jawatankuasa dan pemerhati, air mata yang menderu gugur tanpa disedari, melompat dan menjerit sepuasnya. Batu besar di kepala dan bahu hancur lebur terhumban bersepai ke bumi. Ringan, tersangat ringan, umpama badan terapung melayang dan berterbangan di awangan. Lantas Harith mendapatkan isteri dan anaknya. Berpelukan mereka seeratnya. Dicapainya telefon untuk menghubungi ibunya untuk mengungkapkan ucapan terima kasih atas doa restu mereka. Kemudian Harith sujud syukur dengan bersungguhnya. Berkat kesabaran, usaha dan doa yang tidak pernah putus, dalam masa yang sama Harith mendapat perkhabaran bahawa isterinya telah disahkan mengandung anak kedua setelah dua belas tahun penantian. Ya Allah, inilah hakikat sebuah kejayaan. Engkau hadiahkan kepadaku 2 kemenangan dan kegembiraan pada hari ini. Alhamdulillah. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, masa berganti masa, akhirnya tibalah hari konvokesyen. Gembira tidak terkata menyatakan syukur kepada yang Maha Esa. Akhirnya Harith bergelar Doktor (Dr). Gelaran yang sangat diinginkan oleh ibunya. Walau Bersama tenaga pengajar Program Leadership Executive Advancement Programme (LEAP) Bersama Presiden East-West Centre, Hawaii pada hari terakhir program LEAP 2014.
181 TINTA KASIHKU BERSAMA MARA tidak menjadi doktor perubatan tetapi Harith tetap menjadi doktor kepada anak bangsanya. Harith kini menjadi rujukan dan pakar dalam bidang hasil daripada ilmu yang dimiliki. Harith tidak hanya memiliki ijazah kedoktoran tetapi juga nilai-nilai keusahawanan dan kepimpinan yang ditanamkan oleh badan tersebut. Harith kini meneruskan kerjayanya di MARA, sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk memartabatkan Bumiputera dalam bidang pendidikan, keusahawanan dan pelaburan. Sesungguhnya, melalui pendidikan dan sokongan MARA, Harith tidak hanya merealisasikan impian peribadi tetapi juga memberi impak positif kepada orang yang berada di sekelilingnya. Mungkin titipan ini boleh menjadi sumber inspirasi bagi rakan-rakannya yang bercita-cita tinggi namun menghadapi pelbagai cabaran dan kekangan dalam hal tertentu. Believe me, you will find the rainbow at the end of the tunnel. Terima kasih MARA. Jasamu membuka pintu untuk membentuk wira negara yang cemerlang. Harith merupakan anak kepada penulis yang dizahirkan untuk menjadi dirinya. Ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh Pengurusan Tertinggi MARA terutama YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, barisan Timbalan Ketua Pengarah MARA dan Pengarah Kanan MARA, barisan Pengurusan MARA dan rakan-rakan MARA yang membantu dan memberi sokongan kepada penulis sehingga selesai pengajiannya. Tidak lupa juga kepada keluarga dan sahabat handai walau di mana jua berada sama ada yang masih hidup mahupun yang telah pergi menemui pencipta. Jazakallahu khairan kathira.
Kebanyakan daripada kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita menyesali apa yang belum kita capai.
SYUKUR ZURINA ABD AZIZ Alhamdulillah, aku insan terpilih untuk bekerja dengan MARA pada tahun 2015. Temuduga pada bulan November tahun 2014 bersama 45 orang calon memihak kepada aku sebagai calon yang berjaya melepasi temuduga MARA. Gaji ditempat lama aku bekerja semakin tidak dapat memenuhi keperluan keluarga kecilku. Aku perlu berhijrah, justeru iklan kekosongan jawatan sebagai Pustakawan MARA segera aku isi dan lengkapkan. 2 bulan berikutnya aku dipanggil untuk sesi temuduga di Ibu Pejabat MARA. Setelah 5 bulan selepas temuduga, aku pasrah dan beranggapan mungkin tiada rezekiku. Rupa-rupanya pelangi petang muncul selepas hujan. Mac 2015 aku melaporkan diri di MARA sebagai Pustakawan dengan Gred S41. Ramai sahabat baharu, walaupun belum mesra namun masa dan tugasan pejabat akan mengeratkan hubungan kami. Antara percaya dan tidak , aku mendapat tempat bekerja di MARA. Pada ketika itu, umurku menginjak 35 tahun. Di MARA, aku berpeluang menjejakkan kaki ke pelbagai negeri. Di MARAlah aku berpeluang berjalan jauh kerana MARA mempunyai Institusi Pendidikan MARA di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.
184 SYUKUR Aku bersyukur ditakdirkan dapat berkhidmat di MARA. Bekerja bersama-sama warga Bumiputera yang lain. Di MARA aku mempunyai ramai mentor dalam pelbagai bidang, kerana MARA mempunyai 3 sektor iaitu Keusahawanan, Pendidikan dan Pelaburan. Banyak peluang yang terhidang untuk warga MARA bagi peningkatan kerjaya, hendak dengan tidak sahaja. Banyak lagi peluang yang disediakan belum aku ambil seperti menyambung pengajian peringkat doktor falsafah. Saban tahun permohonan aku untuk menjalani pelbagai latihan tidak pernah menghampakan, asalkan kertas kerja dan dokumen lengkap serta dalam lingkungan peruntukan tahunan, kelulusan program pasti diberikan. Pelbagai kursus dapat aku hadiri sambil berpeluang melawat negeri-negeri yang menjadi lokasi kursus. Aku gembira bekerja sambil menambah pengalaman hidup. Kini aku adalah Trainer bertauliah dengan HRDF menerusi kursus yang disediakan oleh MARA bagi pegawai MARA yang sering mengajar kemahiran perpustakaan seperti penggunaan sistem KOHA dan kursus Asas Pembantu Perpustakaan kepada Institusi Pendidikan MARA (IPMa). Peluang seperti ini sudah cukup membuat aku bersyukur. Sejak bekerja di MARA, aku turut berpeluang memiliki rumah sendiri menerusi pinjaman perumahan yang ada. Suamiku turut mendapat manfaat daripada MARA apabila menyambung pengajian kedoktoran dengan pembiayaan MARA, setelah aku maklumkan kepadanya kemudahan pembiayaan telah dibuka. Aku memiliki 4 orang anak, 2 orang anakku, yang ketiga dan keempat berpeluang mendapat kemudahan asuhan di Taska MARA manakala anak sulung dan kedua mendapat perkhidmatan transit dengan upah yang begitu rendah dan berpatutan. MARA amat prihatin dalam menyediakan kemudahan bagi anak-anak staf MARA sehingga menerima Anugerah Majikan Prihatin. Anakku yang bersekolah di Tadika MARA mampu membaca dan mengira ketika berusia 6 tahun, malah menghafal surah dan doa-doa harian dengan baik. Aku amat bersyukur dengan yuran yang rendah itu kami dapat menikmati kemudahan yang berkualiti malah aku rasakan lebih baik daripada tadika yang ada di luar sana. Anak lelaki tunggalku yang belajar di Tadika MARA bukan sahaja mampu membaca dan mengira, malah dia juga mampu menguasai asas Bahasa Inggeris. Kesannya dia terpilih untuk mengikuti kelas Dual Language Program di sekolah rendah bagi kelas tahun 1. Permulaan yang bagus, amat menggembirakan hati ibubapa. Tadika MARA memang terbaik.
185 SYUKUR Mengimbau pengalamanku yang lepas, anakku yang sulung dan kedua pernah belajar di tadika swasta dengan yuran yang jauh lebih mahal berbanding Tadika MARA. Namun aku kecewa apabila anakanakku masih tidak mampu membaca ketika mereka berumur 4 tahun. Aku sering diberi pesanan oleh guru mereka agar mengajar mereka membaca di rumah. Dengan bayaran tadika yang mahal, aku perlu pula mengajar mereka di rumah. Rasa macam tidak berbaloi namun tiada pilihan kerana tempat kerja lama tiada kemudahan taska. Biaya tambahan perlu dikeluarkan untuk mengambil kelas Smart Reader bagi pembacaan cepat semasa cuti sekolah hujung tahun. Hasilnya anakku dapat membaca walaupun kurang lancar, cukuplah bagiku asalkan mereka tidak jauh ketinggalan dalam kelas tahun 1 nanti. Setelah bekerja selama 5 tahun, aku diberikan kepercayaan penuh serta galakan oleh Pengarah iaitu Puan Nor Zaini Abu Kassim untuk mengusahakan pelbagai projek dan program. Kesannya aku bekerja dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap organisasi. Pelbagai program dan projek dapat dilaksanakan, yang paling memberangsangkan adalah pengubahsuaian ruang perpustakaan berkonsep santai serta mewujudkan Bilik Biblioterapi dilengkapi dengan teknik Biblioterapi MARA. Menerusi projek ini kami telah menghasilkan tiga buah buku, hasil penulisan daripada 66 orang warga MARA yang berkongsi kisah-kisah benar untuk dijadikan inspirasi. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anugerah Emas Pementoran MARA
186 SYUKUR Peluang dan kepercayaan terus diberikan oleh pengurusan MARA, sehingga kami berpeluang merangkul 7 anugerah EMAS dan Johan bagi Biblioterapi MARA iaitu INTARG Poland 2023, Anugerah Khas Malaysian Technology Expo (MTE) 2023, MTE SDG 2022, i-MARA Tech 2022, KIK 2022, Mentor Mentee 2022 dan Anugerah Pengurusan Kualiti KKDW 2022. Terima kasih kepada Puan Zuliana Haslinda Anhar Zubir, Timbalan Pengarah I di bahagian aku berkhidmat. Sikapnya sebagai seorang Guru Cemerlang yang sentiasa ceria dengan humor dan mempunyai banyak idea telah menjadi asbab kami memperolehi pelbagai anugerah. Di MARA aku dipertanggungjawabkan menjaga MARA Knowledge Centre (MKC) iaitu perpustakaan di Ibu Pejabat MARA. MKC turut berpengalaman merangkul anugerah Johan bagi kategori Perpustakaan Terbaik tahun 2022 anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Kegembiraan kian bertambah apabila aku diberikan Anugerah Khas Pengarah dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Syukur yang tidak terhingga atas kurniaan ini, mempunyai ketua dan rakan sekerja yang amat menggembirakan dan menyejukkan hati. Ini menambahkan lagi semangat untuk aku bekerja dengan lebih baik. Semakin lama bekerja, aku semakin bersemangat dan berjaya membina tahap kematangan diri dalam bekerja. Kini aku merupakan ahli AKRAB MARA, setelah lulus ujian peperiksaan anjuran JPA yang dijalankan serentak di Putrajaya bersama pelbagai agensi di bawah KKDW seperti FELCRA, RISDA, KEDA, KEMAS, JAKOA, KETENGAH, KESEDAR, PERDA dan KEJORA. Terima kasih atas kepercayaan ini. Bagiku MARA adalah lubuk emas yang menyediakan pelbagai peluang untuk Bumiputera yang mahukan peluang untuk peningkatan diri. Jika ada katakata negatif hinggap di telingaku, tidak akan melunturkan pujianku terhadap MARA. Padaku tiada tempat yang sempurna, asalkan aku diberikan gaji yang berpatutan, pengiktirafan yang sesuai dengan usaha, itu sudah cukup membuat aku gembira dan bahagia, kerana bahagia itu di dalam hati. Siapa yang tidak pernah berada di jurang yang dalam, tidak akan tahu menghargai indahnya puncak gunung yang dihiasi pemandangan indah memukau mata. MARA tidak lokek memberikan peluang ini kepadaku. Tahun 2018, aku berpeluang ke Turki hasil kerjasama UiTM dan warga kerja MARA yang menyambung pengajian Master di Fakulti Puncak Perdana UiTM. Memandangkan ia tidak termaktub dalam ruang lingkup kerja dengan berbekalkan wang simpanan sendiri, aku menumpang tuah rakan dari MARA yang sedang menyambung pengajian sarjana mengikuti rombongan Fakulti Pengajian Maklumat UiTM, Puncak Perdana lawatan ke Perpustakaan Awam Turki dan Perpustakaan ISAM di Istanbul.