Modul Pembelajaran Masteri |9
Langkah 1: Penentuan Objektif Pembelajaran
Guru perlu menentukan objektif pembelajaran yang selari dengan kandungan
kurikulum.
Langkah 2: Prapentaksiran
Guru perlu melaksanakan prapentaksiran bagi mengetahui dan menentukan
pengalaman, tahap kemahiran, potensi dan pengetahuan sedia ada murid sebelum
memulakan pengajaran. Prapentaksiran membantu guru mengenal pasti murid yang
berkemungkinan memerlukan bimbingan semasa proses PdP. Prapentaksiran juga
membantu guru mengubah suai rancangan PdP berdasarkan kesediaan murid.
Langkah 3: Pengajaran dan Pembelajaran
Guru menjalankan PdP mengikut kesesuaian dengan menggunakan strategi yang
berkesan dengan mengambil kira minat, kebolehan, gaya pembelajaran, pengalaman
dan latar belakang murid bagi mencapai objektif yang dihasratkan.
Langkah 4: Pentaksiran Formatif 1
Guru perlu melaksanakan pentaksiran formatif 1 bagi mendapatkan maklumat tentang
perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Pentaksiran formatif 1
dijalankan kepada semua murid untuk mengukur kandungan pembelajaran yang
sepatutnya dikuasai dalam sesi PdP pada hari tersebut atau selepas sesuatu tajuk.
Langkah 5: Tahap Penguasaan Murid
Guru perlu menyediakan aktiviti pengayaan kepada murid yang telah mencapai
objektif pembelajaran. Aktiviti pengayaan yang dirancang seharusnya membolehkan
murid meneroka dengan lebih mendalam pelbagai topik yang berkaitan untuk menarik
minat mereka termasuk pengetahuan dan kemahiran di luar ketetapan kurikulum bagi
meluaskan pengalaman pembelajaran.
Guru juga perlu menyediakan aktiviti pemulihan untuk murid yang belum mencapai
objektif pembelajaran bagi meningkatkan pemahaman mereka. Aktiviti pemulihan
melibatkan penyesuaian pendekatan dan bahan PdP dengan mengambil kira
perbezaan gaya pembelajaran dan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.
Hal ini membolehkan mereka menguasai kandungan dan kemahiran yang diperlukan
seterusnya boleh mencapai objektif pembelajaran sepenuhnya.
Langkah 6: Pentaksiran Formatif 2
Pentaksiran Formatif 2 hanya akan dilalui oleh murid yang menjalani aktiviti
pemulihan. Pentaksiran ini adalah untuk memastikan mereka telah benar-benar
menguasai kandungan pembelajaran yang sepatutnya dikuasai. Sekiranya murid
belum menguasai, guru boleh mengulang aktiviti pemulihan dan pentaksiran formatif
sehingga guru berpuas hati dengan penguasaan murid sebelum berpindah ke
pembelajaran seterusnya.
10 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
PERANAN GURU DALAM PEMBELAJARAN MASTERI
1. Mempunyai keyakinan bahawa semua murid boleh belajar dengan berjaya
dan menguasai sesuatu hasil pembelajaran sekiranya diberikan masa
yang mencukupi.
2. Memberi dorongan kepada murid sehingga mereka dapat menguasai
sesuatu pembelajaran.
3. Menggunakan pelbagai bahan pentaksiran secara pemerhatian, lisan dan
bertulis.
4. Menggunakan pelbagai bahan kendiri untuk aktiviti pemulihan dan
pengayaan.
5. Memastikan murid menguasai pembelajaran dengan aktiviti pemulihan.
Manakala aktiviti pengayaan dapat mengembangkan pengetahuan dan
meningkatkan kemahiran serta nilai.
6. Mewujudkan aktiviti pemulihan dan pengayaan secara bijaksana agar
murid tidak merasakan dirinya terpinggir serta keseronokan belajar dapat
dirasai. Guru juga perlu sentiasa memberikan pujian bagi setiap
peningkatan kefahaman murid.
7. Menghadapi segala kemungkinan penerimaan dan kefahaman murid
terhadap kandungan yang disampaikan. Oleh itu, guru perlu proaktif dan
kreatif untuk menjalankan strategi pengajaran yang sesuai dengan tahap
pemikiran murid.
Refleksi
1. Bagaimanakah pembelajaran berpusatkan guru dapat
dikurangkan dalam Pembelajaran Masteri?
2. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan
proses Pembelajaran Masteri berjalan dengan berkesan?
3. Apakah tindakan yang patut anda lakukan sekiranya masih
terdapat murid tidak mencapai objektif pembelajaran selepas
pentaksiran formatif dijalankan?
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 11
CONTOH
PEMBELAJARAN MASTERI
DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
12 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
MATEMATIK AWAL PRASEKOLAH
TEMA/TAJUK: PENGALAMAN PRANOMBOR - POLA
1. PENENTUAN OBJEKTIF 4. FORMATIF 1
PEMBELAJARAN
• Guru membuat pemerhatian ke atas
Murid dapat melengkapkan pola hasil kerja dan interaksi murid.
mengikut warna.
• Guru mentaksir menguasaan murid
berdasarkan hasil lembaran kerja
dan interaksi murid dengan bersoal
jawab. Contoh: Apakah warna yang
tertinggal pada pola tersebut?
2. PRAPENTAKSIRAN 3. PdP
• Guru mengimbas kembali • Murid menyatakan warna yang
konsep pola dengan tertinggal dalam susunan untuk
menggunakan bahan maujud. melengkapkan pola dengan
menggunakan bahan maujud yang
• Guru menguji pengetahuan murid berwarna. Contoh: buah epal
dengan bersoal jawab mengenai
pola yang terdapat di persekitaran. • Murid melengkap-
Contoh: Nyatakan pola yang kan pola dengan
ada pada susunan blok/jubin mewarnakan ruang
di lantai/papan dam. kosong pada
lembaran kerja
seperti di
Lampiran 1.
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 13
5. TAHAP PENGUASAAN
MURID
BELUM TELAH
MENGUASAI MENGUASAI
AKTIVITI PEMULIHAN AKTIVITI PENGAYAAN
• Murid dibimbing dalam kumpulan • Guru menunjukkan cara membuat
kecil untuk melengkapkan pola kraf ‘Rantai Kertas’ dengan
dengan menggunakan bahan mencantumkan keratan kertas warna
maujud (menyusun blok mengikut dan membentuk pola cantuman
warna yang berbeza). mengikut dua warna berbeza.
• Murid membuat aktiviti di • Murid menghasilkan kraf ‘Rantai
lembaran kerja atau Kertas’ dengan melengkapkan pola
gamifikasi dalam talian mengikut kreativiti sendiri.
seperti di Lampiran 2.
PEMBELAJARAN
SETERUSNYA
6. FORMATIF 2
• Guru melaksanakan pemerhatian ke atas hasil kerja dan
interaksi murid.
• Adakah murid dapat melengkapkan pola menggunakan
bahan maujud pada turutan yang betul?
Nota: Guru boleh mengulang aktiviti pemulihan dan
pentaksiran formatif sehingga guru berpuas hati dengan
penguasaan murid.
14 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
Lampiran 1
LEMBARAN KERJA
Nama : ______________________
Lengkapkan pola warna berikut.
1.
2.
3.
4.
5.
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 15
Lampiran 2
AKTIVITI PEMULIHAN
Pautan gamifikasi dalam talian :
Lembaran kerja :
Nama : ______________________
Lengkapkan.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
16 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
TEMA/TAJUK: KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
SAYA SIHAT (KHASIAT VITAMIN C)
1. PENENTUAN OBJEKTIF 2. PRAPENTAKSIRAN
PEMBELAJARAN
Guru menguji
Murid dapat membaca ayat penyata, ayat pengetahuan murid
perintah, ayat tanya dan ayat seru dengan berkaitan pelbagai
sebutan dan intonasi yang betul. jenis ayat.
Contohnya seperti
yang terdapat
dalam paparan di
Lampiran 1.
3. PdP i. Ayat penyata: Ibu
membeli sayur.
• Murid membaca petikan Khasiat
Vitamin C dengan sebutan dan ii. Ayat tanya:
intonasi yang betul seperti di Siapakah nama
Lampiran 2 (a). kamu?
iii. Ayat perintah:
Jemput minum air
kopi ini.
iv. Ayat seruan:
Aduh, sakitnya
gigiku!
• Murid membaca 4. FORMATIF 1
ayat dalam petikan
Khasiat Vitamin C • Guru melaksanakan PBD secara lisan.
secara • Murid membaca petikan yang diberi.
berpasangan/
individu. Contoh: Contoh: Baca ayat yang diberi dan
tentukan jenis ayat sama ada ayat
i. Ayat perintah: “Saiful, makanlah sup sayur ini”, kata ibu. perintah, ayat tanya, ayat penyata atau
ii. Ayat tanya: “Apakah khasiat sup sayur ini?”, tanya Saiful. ayat seruan seperti di Lampiran 2 (b).
iii. Ayat penyata: “Sayur-sayuran dalam sup ini kaya
dengan vitamin C yang dapat membantu Saiful cepat
sembuh”, jelas ibu.
iv. Ayat seruan: “Oh, banyak kelebihan vitamin C ini!”, kata
Saiful.
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 17
AKTIVITI PEMULIHAN 6. FORMATIF 2
• Murid menentukan Guru melaksanakan PBD secara
jenis ayat yang lisan dan bertulis seperti di
diberikan dan Lampiran 5.
membaca ayat
tersebut dengan Nota: Guru boleh
sebutan dan mengulang
intonasi yang betul aktiviti pemulihan
seperti di dan pentaksiran
Lampiran 3. formatif sehingga
guru berpuas hati
dengan
penguasaan
murid.
BELUM MENGUASAI
PEMBELAJARAN
SETERUSNYA
TELAH MENGUASAI
AKTIVITI PENGAYAAN
• Murid main peranan berdasarkan
situasi diberi.
• Murid membina satu contoh ayat bagi
ayat perintah, ayat tanya, ayat
penyata dan ayat seru
di Lampiran 4.
18 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
Lampiran 1
(AKTIVITI GAMIFIKASI WORDWALL SECARA DALAM TALIAN)
Aktiviti: Kenal pasti jenis ayat berdasarkan contoh ayat yang diberi.
Pautan: https://wordwall.net/resource/32609373/kenal-pasti-jenis-ayat-berdasarkan-
contoh-ayat-yang-diberi Kod QR:
Lampiran 2 (a)
AKTIVITI MEMBACA PETIKAN
Aktiviti: Membaca kuat petikan dan kenal pasti
jenis ayat yang diwarnakan dalam petikan.
KHASIAT VITAMIN C
Sudah dua hari Saiful mengalami demam selsema. Pada pagi itu, ibu telah
menyediakan sup sayur untuk Saiful.
“Saiful, makanlah sup sayur ini”, kata ibu.
“Baiklah, ibu.” kata Saiful.
“Apakah khasiat sup sayur ini ibu?”, tanya Saiful.
Ibu tersenyum lalu menjawab, “Sup sayur ini banyak khasiatnya. Sayur-sayuran
dalam sup ini kaya dengan vitamin C yang dapat membantu Saiful cepat sembuh.
Vitamin C berupaya meningkatkan ketahanan badan”, kata ibu.
“Oh, banyak kelebihan vitamin C ini!”, kata Saiful.
“Ya, Saiful. Oleh itu, Saiful perlu menghabiskan sup sayur ini”, tambah ibu lagi.
“Terima kasih, ibu. Saya akan mematuhi nasihat ibu”, kata Saiful.
“Moga Saiful cepat sembuh”, balas ibu sambil tersenyum.
Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu KSSR (Semakan 2017) Tahun 3
Lampiran 2 (b) JENIS AYAT
AKTIVITI PENTAKSIRAN FORMATIF 1
BIL. CONTOH AYAT DIWARNAKAN
1. “Saiful, makanlah sup sayur ini”, kata ibu.
2. “Apakah khasiat sup sayur ini ibu?”, tanya Saiful.
3. Sayur-sayuran dalam sup ini kaya dengan vitamin C yang
dapat membantu Saiful cepat sembuh.
4. “Oh, banyak kelebihan vitamin C ini!”, kata Saiful.
5. “Terima kasih, ibu. Saya akan mematuhi nasihat ibu”, kata
Saiful.
6. “Moga Saiful cepat sembuh”, balas ibu sambil tersenyum.
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 19
Lampiran 3
AKTIVITI PEMULIHAN
Aktiviti: Baca ayat dan tentukan jenis ayat
Nama: Tarikh:
Arahan: Baca ayat di bawah dan tentukan jenis ayat.
1. Apakah khasiat sup sayur yang dimasak oleh ibu?
________________________________________
2. Wah, kasut kamu cantik!
________________________________________
3. “Oh, banyaknya khasiat vitamin C”, kata Saiful.
________________________________________
4. Jemputlah makan bersama-sama kami.
________________________________________
5. Sayur-sayuran dalam sup ini kaya dengan vitamin C
yang dapat membantu Saiful cepat sembuh.
________________________________________
6. Di manakah keluarga kamu tinggal?
________________________________________
7. Ibu Aminah ke pasar untuk membeli sayur.
________________________________________
8. Jangan petik bunga itu.
________________________________________
9. Dia suka menonton televisyen.
________________________________________
10. Syabas, kamu telah menang!
_________________________________________
20 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
Lampiran 4
AKTIVITI PENGAYAAN
Aktiviti: Bina satu ayat dengan menggunakan jenis ayat yang diberikan.
Nama: Tarikh:
Arahan: Bina satu ayat bagi setiap ayat perintah, ayat penyata, ayat
tanya dan ayat seruan.
BIL. JENIS AYAT CONTOH AYAT
1. Ayat perintah
2. Ayat penyata
3. Ayat tanya
4. Ayat seruan
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 21
Lampiran 5
AKTIVITI PENTAKSIRAN FORMATIF 2
Aktiviti: Baca dan nyatakan jenis-jenis ayat di bawah.
Nama: Tarikh:
Arahan: Baca dan nyatakan jenis-jenis ayat di bawah.
BIL. CONTOH AYAT JENIS AYAT
1. Bilakah bas itu bertolak?
2. Jemputlah makan bersama-sama.
3. Wah, mahalnya baju kurung ini!
4. Murid-murid sedang mengulang kaji
pelajaran.
5. Hamdan tidak pergi ke sekolah hari ini.
6. Nenek sedang berehat diruang tamu.
7. Kami sekeluarga melancong ke Kota
Kinabalu.
8. Cis, berani kamu pukul saya!
9. Bilakah pertandingan syarahan
berlangsung?
10. Usah bermain ditepi jalan raya.
22 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
SAINS SEKOLAH RENDAH
TEMA: MANUSIA
TAJUK: KELAS MAKANAN
1. PENENTUAN 4. FORMATIF 1
OBJEKTIF
Guru melaksanakan PBD secara:
PEMBELAJARAN • pemerhatian – murid memadankan
Murid boleh memberikan Kad Imbasan Makanan dengan Kad
kepentingan kelas makanan Imbasan Kepentingannya.
berikut terhadap tubuh manusia: • lisan – murid menjawab soalan
(i) karbohidrat; (ii) protein; dan berdasarkan gambar yang diberi.
• bertulis – murid menjawab
(iii) lemak lembaran kerja yang diberikan
mengenai kelas makanan dan
kepentingannya kepada manusia.
2. PRAPENTAKSIRAN 3. PdP
Guru mengenal pasti Murid membuat perbincangan
pengetahuan dan kefahaman dalam kumpulan kecil untuk
murid dengan bersoal jawab membantu rakan mereka yang
mengenai kelas makanan dan sakit berdasarkan situasi yang
diberi oleh guru seperti di
contohnya.
Lampiran 1.
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 23
5. TAHAP TELAH
PENGUASAAN MENGUASAI
MURID
BELUM
MENGUASAI
AKTIVITI PEMULIHAN AKTIVITI PENGAYAAN
Murid berbincang dalam
Murid dibimbing oleh guru kumpulan dan meramal
untuk melaksanakan aktiviti
kelebihan dan kekurangan jika
seperti di Lampiran 2. sesuatu kelas makanan
diambil secara berlebihan.
6. PENTAKSIRAN FORMATIF 2
PEMBELAJARAN
Guru melaksanakan PBD secara: SETERUSNYA
• pemerhatian – guru membuat pemerhatian
semasa murid memadankan Kad Imbasan
Makanan dengan Kad Imbasan Kepentingannya.
• lisan – berdasarkan gambar yang diberi, murid
menjawab soalan yang diberi.
• bertulis – murid memberi contoh dua jenis
makanan yang diperlukan bagi membantu:
(i) tumbesaran; (ii) mencegah sembelit; (iii)
mengawal suhu badan; dan (iv) memanaskan
badan.
Nota: Guru boleh mengulang aktiviti pemulihan
dan pentaksiran formatif sehingga guru berpuas
hati dengan penguasaan murid.
24 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
Lampiran 1
AKTIVITI PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN
Arahan: Baca situasi berikut dan bincangkan dalam kumpulan kecil.
Siti dan rakan-rakannya pergi melawat Rania
yang sedang sakit di rumahnya. Rania
menerangkan bahawa dia rasa tidak berselera,
badan lemah dan tidak bertenaga. Berdasarkan
simptom yang dinyatakan oleh Rania,
i. Cadangkan apakah jenis makanan yang
perlu diambil oleh Rania agar dia sihat
semula.
ii. Nyatakan kepentingan bagi setiap makanan
yang dicadangkan.
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 25
Lampiran 2
AKTIVITI PEMULIHAN
Apakah contoh dan kepentingan setiap kelas makanan yang berikut?
Padankan.
Kelas Makanan Contoh Makanan Kepentingan
1 a
i
Air
Mencegah
sembelit
2 b ii
Lemak
Membantu
tumbesaran
3 c iii
Protein
Memanaskan
badan
4 d iv
Pelawas
Mengawal suhu
badan
5 e v
Karbohidrat
Menjaga
kesihatan
6 f vi
Memberi tenaga
Vitamin dan
mineral
26 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH
TAJUK: MENGHASILKAN
BEKAS ALAT TULIS
BERASASKAN BAHAN
KITARAN SEMULA
1. PENENTUAN OBJEKTIF
PEMBELAJARAN
Murid dapat menghasilkan sebuah produk
dalam bidang membentuk dan membuat
binaan.
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 27
5. TAHAP BELUM
PENGUASAAN MENGUASAI
MURID
TELAH
MENGUASAI
PEMBELAJARAN
SETERUSNYA
28 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
SEJARAH SEKOLAH MENENGAH
TAJUK: ANCAMAN KOMUNIS DAN PENGISYTIHARAN DARURAT
1. PENENTUAN OBJEKTIF 4. FORMATIF 1
Guru melaksanakan PBD secara:
PEMBELAJARAN • pemerhatian – melihat sikap dan tingkah
Murid dapat menjelaskan
Pentadbiran Tentera British (BMA) laku murid semasa PdP sama ada secara
di negara kita dan menerangkan individu atau berkumpulan.
gagasan Malayan Union serta
menjelaskan kepentingan • lisan – berdasarkan respon murid semasa
mempertahankan maruah bangsa. sesi soal jawab dan pembentangan.
• bertulis – berdasarkan catatan di peta
i-Think dan lembaran kerja yang diberikan.
2. PRAPENTAKSIRAN 3. PdP
• Guru menayangkan video berkaitan • Murid diminta mencatat isi penting
BMA di negara kita. berkaitan BMA dan usaha-usaha BMA di
negara kita dalam peta i-Think (peta buih).
• Guru mengadakan soal jawab
berkaitan kandungan video. • Murid menjawab soalan guru berkaitan
BMA.
• Guru mengesan tahap pengetahuan
murid berkaitan BMA di negara kita. • Murid menonton slaid berkaitan gagasan
Malayan Union.
• Murid melakukan aktiviti secara
berpasangan untuk mencatat isi penting
dalam peta i-Think (peta pokok) hasil
penerangan guru.
• Murid diminta membentangkan jawapan
mereka di hadapan kelas.
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 29
5. TAHAP BELUM
PENGUASAAN MENGUASAI
MURID
TELAH AKTIVITI PEMULIHAN
MENGUASAI • Murid melakukan aktiviti secara
berpasangan dengan dibimbing
oleh rakan sebaya untuk
membincangkan tajuk yang
dipelajari dengan menggunakan
pelbagai bahan dan sumber
seperti contoh di Lampiran 1.
• Murid membentangkan hasil
perbincangan.
AKTIVITI PENGAYAAN 6. FORMATIF 2
• Murid menjawab soalan berkaitan Guru melaksanakan PBD secara:
• pemerhatian – melihat sikap dan
Pentadbiran Tentera British
menggunakan lembaran kerja seperti tingkah laku murid semasa PdP sama
di Lampiran 2. ada secara individu atau berkumpulan.
• Murid menulis satu perenggan pendek
berkaitan gagasan Malayan Union. • lisan – berdasarkan respon murid
• Murid menjelaskan kepentingan semasa sesi soal jawab dan
mempertahankan maruah bangsa. pembentangan.
PEMBELAJARAN • bertulis – berdasarkan catatan di peta
SETERUSNYA i-Think dan lembaran kerja yang
diberikan.
Nota: Guru boleh mengulang aktiviti
pemulihan dan pentaksiran formatif
sehingga guru berpuas hati dengan
penguasaan murid.
30 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
Lampiran 1
AKTIVITI PEMULIHAN
1. Berdasarkan perbincangan, nyatakan tugas-tugas BMA.
Tugas BMA
Mengembalikan Kestabilan dan Keamanan Memulihkan Kepercayaan Rakyat
2. Terangkan ciri-ciri Malayan Union
Ciri-ciri Malayan Union
Pentadbiran Kewarganegaraan
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 31
Lampiran 2
AKTIVITI PENGAYAAN
1. Jelaskan tugas BMA dalam mengembalikan kestabilan dan keamanan negara.
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
2. Terangkan ciri-ciri Malayan Union berikut:
i. PENTADBIRAN
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
ii. KEWARGANEGARAAN
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
3. Mengapakah kita perlu mempertahankan maruah bangsa?
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
32 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
GEOGRAFI SEKOLAH MENENGAH
TAJUK: BENTUK MUKA BUMI DI MALAYSIA
1. PENENTUAN 2. PRAPENTAKSIRAN
OBJEKTIF • Guru menunjukkan gambar bentuk muka
bumi dengan menggunakan google map atau
PEMBELAJARAN bahan bantu yang sesuai.
Murid dapat menyatakan empat
bentuk muka bumi di Malaysia • Guru meminta murid menjawab beberapa
dan menghuraikan soalan mengenai bentuk muka bumi di
kepentingannya. kawasan tempat tinggal murid dan
menerangkan kepentingannya seperti di
Lampiran 1.
3. PdP
• Murid menerangkan bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan tempat tinggal murid.
• Murid membincangkan bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia dalam kumpulan.
• Murid menjelaskan beberapa contoh bentuk muka bumi berdasarkan peta Malaysia.
• Murid mengenal pasti bentuk muka bumi mengikut kawasan yang betul seperti di Lampiran 2.
• Murid menghuraikan dengan contoh kepentingan pelbagai bentuk muka bumi di Malaysia.
4. FORMATIF 1
Guru melaksanakan PBD secara:
• pemerhatian – memerhati tingkah laku dan emosi murid berkaitan apa yang dipelajari dan
menggunakan pengetahuan sedia ada mereka untuk menerangkan bentuk muka bumi dan
kepentingannya.
• lisan – meminta murid menerangkan bentuk muka bumi dan kepentingannya.
• bertulis – meminta murid menyiapkan tugasan yang diberi berkaitan bentuk muka bumi dan
kepentingannya seperti di Lampiran 2.
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 33
BELUM
MENGUASAI
5. TAHAP AKTIVITI PEMULIHAN
PENGUASAAN • Murid dibimbing untuk
MURID mengenal pasti bentuk muka
bumi di kawasan tempat tinggal
TELAH mereka dengan menggunakan
MENGUASAI
pelbagai sumber media.
AKTIVITI PENGAYAAN • Murid diberi lembaran kerja
• Murid membandingkan berkaitan kepentingan bentuk
muka bumi di Malaysia seperti
kepentingan antara
pelbagai bentuk muka di Lampiran 3.
bumi di Malaysia.
• Murid menghasilkan buku 6. FORMATIF 2
skrap berkaitan bentuk Guru melaksanakan PBD secara:
muka bumi dan • pemerhatian – memerhati tingkah laku dan emosi
kepentingannya.
• Murid meramal potensi murid untuk menilai kefahaman mereka tentang
pembangunan sesuatu bentuk muka bumi dan kepentingannya.
bentuk muka bumi pada • lisan – meminta murid menerangkan bentuk muka
masa akan datang. bumi dan kepentingannya.
• bertulis – melihat hasil lembaran kerja yang
diberikan oleh guru.
Nota: Guru boleh mengulang aktiviti pemulihan dan
pentaksiran formatif sehingga guru berpuas hati dengan
penguasaan murid.
PEMBELAJARAN
SETERUSNYA
34 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
Lampiran 1
AKTIVITI PRAPENTAKSIRAN
1. Apakah bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan tempat tinggal murid?
2. Apakah kegiatan/kepentingan bentuk muka bumi di kawasan tempat tinggal
murid?
Lampiran 2
AKTIVITI PENTAKSIRAN FORMATIF 1
Suaikan bentuk muka bumi yang berikut dengan kawasan yang betul.
1. TELUK TANAH 5. TANJUNG
PAMAH
2. SUNGAI PINGGIR 6. BANJARAN
LAUT
3. DELTA TANAH 7. TANIH
TINGGI ALUVIUM
4. DATARAN SALIRAN 8. TASIK
TINGGI
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 35
Lampiran 3
AKTIVITI PEMULIHAN
1. Berdasarkan peta di bawah, lengkapkan jadual dengan menamakan banjaran
utama yang bertanda B1 hingga B6 dan gunung-gunung yang bertanda G1 hingga
G5.
2. Dengan menggunakan kreativiti murid, hasilkan peta pemikiran untuk
menerangkan kepentingan tanah pamah di Malaysia beserta dengan contoh
kawasan.
36 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
EKONOMI SEKOLAH MENENGAH
TAJUK: BELANJAWAN PERIBADI
1. PENENTUAN 2. PRAPENTAKSIRAN
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN • Guru mengadakan
Murid dapat menyediakan perbincangan pengalaman
belanjawan peribadi dengan murid tentang pendapatan
lengkap dan berhemah. dan perbelanjaan keluarga
masing-masing.
3. PdP
• Murid mengimbas kembali konsep belanjawan peribadi • Guru mengesan
sejauhmanakah pengetahuan
dan matlamat kewangan. murid tentang bajet keluarga
• Murid menyatakan jumlah pendapatan dan potongan masing-masing.
wajib ibu/bapa/penjaga.
• Murid mengenal pasti perbelanjaan tetap dan harian
bagi memenuhi keperluan atau kehendak yang
dilakukan oleh ibu/bapa/penjaga mereka.
• Murid menjelaskan perbelanjaan yang perlu
diutamakan berbanding perbelanjaan lain.
• Murid dibimbing untuk membuat pengimbangan
anggaran pendapatan boleh guna dan perbelanjaan.
• Murid menyusun langkah penyediaan belanjawan
peribadi
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 37
AKTIVITI PEMULIHAN 6. FORMATIF 2
Murid ditunjukkan: Guru melaksanakan PBD secara:
• bil utiliti seperti bil elektrik dan • lisan - murid menjawab soalan
sebagainya. seperti Lampiran 3.
• penyata pendapatan dan resit • bertulis – murid menyediakan
pembayaran zakat. belanjawan peribadi yang
• cara menyediakan belanjawan lengkap berdasarkan format yang
diberikan seperti di Lampiran 4.
peribadi.
Nota: Guru boleh mengulang aktiviti
Murid menyusun/menyediakan: pemulihan dan pentaksiran formatif
• perbelanjaan mengikut keutamaan. sehingga guru berpuas hati dengan
• belanjawan peribadi secara penguasaan murid.
berpandu.
PEMBELAJARAN
SETERUSNYA
BELUM AKTIVITI PENGAYAAN
MENGUASAI
• Murid menganalisis belanjawan
5. TAHAP TELAH peribadi antara 2 individu (individu A
PENGUASAAN MENGUASAI dan B) seperti di Lampiran 2.
MURID • Murid menerangkan perbezaan dari
aspek corak perbelanjaan antara
individu A dan B.
• Murid mencadangkan satu
belanjawan peribadi yang lebih
berhemah kepada individu A dan B.
38 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
LAMPIRAN 1 (AKTIVITI PENTAKSIRAN FORMATIF 1)
Soalan formatif 1 PBD secara penulisan.
1. Berapakah jumlah pendapatan ibu/bapa/penjaga yang diperolehi dalam
sebulan?
2. Apakah keutamaan perbelanjaan ibu/bapa/penjaga?
3. Apakah perbelanjaan yang dilakukan oleh ibu/bapa/penjaga bagi memenuhi
keperluan dan kehendak?
4. Sediakan satu belanjawan peribadi yang lengkap mengikut format seperti
dalam buku teks.
LAMPIRAN 2 (AKTIVITI PENGAYAAN)
Maklumat di bawah berkaitan dengan jumlah pendapatan boleh guna dan perbelanjaan
individu A dan individu B dengan andaian kedua-dua individu mempunyai tanggungan
ahli keluarga seramai tiga orang.
INDIVIDU A INDIVIDU B
Pendapatan Boleh Guna: RM5,000 Pendapatan Boleh Guna: RM5,000
Jenis Perbelanjaan Jumlah Jenis Perbelanjaan Jumlah
(RM) (RM)
Makanan dan minuman 1,500 Makanan dan minuman 1,400
Ansuran rumah 800 Ansuran rumah 800
Pembelian pakaian 300 Pembelian pakaian 200
Bil utiliti, internet, air dan elektrik 400 Bil utiliti, internet, air dan elektrik 200
Pelancongan 400 Premium insurans 200
Aktiviti riadah 200 Perbelanjaan petrol 300
Premium insurans 100 Ansuran kereta 800
Perbelanjaan petrol 300 Perbelanjaan luar jangkaan 300
Ansuran kereta 1,000 Pemberian kepada ibu/bapa/penjaga 300
LAMPIRAN 3 (AKTIVITI PENTAKSIRAN FORMATIF 2)
Soalan formatif 2 PBD secara lisan.
1. Berapakah jumlah bil elektrik, air dan sebagainya yang dibelanjakan oleh
ibu/bapa/penjaga anda?
2. Apakah perbelanjaan yang diutamakan dari senarai perbelanjaan yang
diberikan?
3. Nyatakan potongan wajib yang dilakukan oleh ibu/bapa/penjaga anda?
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 39
LAMPIRAN 4 (AKTIVITI PENTAKSIRAN FORMATIF 2)
BELANJAWAN PERIBADI BULAN JUN 2022
BUTIRAN RM RM
Punca Pendapatan XXXX
Gaji XXXX
Dividen
Jumlah Pendapatan XXXX
Tolak Potongan Wajib XXXX
Cukai Pendapatan XXXX
Zakat XXXX
Caruman KWSP
Jumlah Potongan Wajib XXXX
Jumlah Pendapatan Boleh Guna XXXX
Perbelanjaan XXXX
Makan dan Minuman XXXX
Ansuran Pinjaman Perumahan XXXX
Pembelian Pakaian XXXX
Bil Elektrik, Air dan lain-lain XXXX
Pelancongan XXXX
Belanja Petrol XXXX
Pemberian kepada Ibu/Bapa/Penjaga XXXX
Derma
Jumlah Perbelanjaan XXXX
Simpanan/Pelaburan XXXX
Simpanan XXXX
Amanah Saham
Jumlah Simpanan/Pelaburan XXXX
Baki Pendapatan XXXX
40 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
MATEMATIK PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH MENENGAH
TAJUK: STATISTIK
1. PENENTUAN 4. FORMATIF 1
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN Guru mentaksir murid secara:
• pemerhatian – mengenal pasti
Murid boleh mentafsir
maklumat dalam carta sama ada murid yang telah atau
palang. belum menguasai kandungan dan
kemahiran yang diajar.
2. PRAPENTAKSIRAN • lisan – menyoal murid tentang
maklumat yang dipaparkan dalam
• Guru mengimbas kembali carta palang.
konsep perwakilan data • bertulis – murid menjawab soalan
menggunakan piktograf. seperti di Lampiran 2.
• Guru menguji pengetahuan 3. PdP
murid mentafsir maklumat
dalam piktograf dengan • Murid mengenal pasti ciri-ciri
memilih piktograf yang dan sifat yang penting pada
betul untuk mewakilkan carta palang seperti tajuk,
maklumat dalam gambar label, paksi mencancang,
yang diberikan seperti di paksi mengufuk dan palang.
Lampiran 1.
• Murid dibimbing oleh guru
untuk mentafsir maklumat
dalam carta palang.
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 41
5. TAHAP TELAH
PENGUASAAN MENGUASAI
MURID AKTIVITI
PENGAYAAN
BELUM
MENGUASAI Murid yang telah
menguasai kandungan
- yang diajarkan perlu
membuat aktiviti
pengayaan seperti di
Lampiran 3.
AKTIVITI PEMULIHAN
Murid yang belum
menguasai sepenuhnya
kandungan yang diajarkan
perlu mengikuti aktiviti
pemulihan seperti di
Lampiran 4.
6. FORMATIF 2
• Guru mentaksir tahap
penguasaan murid selepas
aktiviti pemulihan seperti di
Lampiran 5.
• Guru memastikan murid
menguasai kandungan yang
diajar sebelum meneruskan
pembelajaran seterusnya.
Nota: Guru boleh mengulang aktiviti
pemulihan dan pentaksiran formatif
sehingga guru berpuas hati dengan
penguasaan murid.
42 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
Lampiran 1
AKTIVITI PRAPENTAKSIRAN
Sila pilih piktograf yang betul bagi mewakii maklumat dalam gambar berikut.
A. B.
MERAH MERAH
PUTIH PUTIH
KUNING KUNING
BIRU BIRU
mewakili 2 kenderaan
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 43
Lampiran 2
AKTIVITI PENTAKSIRAN FORMATIF 1
1. Suaikan carta palang yang menunjukkan cuaca di tiga daerah pada bulan Januari kepada jadual yang
betul.
Cuaca Bilangan Hari
Cerah 16
Mendung 4
Hujan 8
Ribut 3
Cuaca Bilangan Hari
Cerah 15
Mendung 5
Hujan 9
Ribut 2
Cuaca Bilangan Hari
Cerah 10
Mendung 10
Hujan 7
Ribut 4
2. Carta palang berikut menunjukkan jumlah wang yang dibelanjakan oleh Sofia untuk membeli buku
cerita pada bulan Mac hingga Julai.
Jumlah Wang untuk Membeli Buku Cerita
a) Pada bulan apakah, paling banyak wang dibelanjakan oleh Sofia untuk membeli buku cerita?
b) Berapakah jumlah wang yang dibelanjakan untuk membeli buku cerita pada bulan Jun?
c) Pada bulan apakah Sofia membelanjakan wang sebanyak RM25 untuk membeli buku cerita?
d) Pada bulan ______ dan ______, Sofia membelanjakan jumlah wang yang sama banyak untuk
membeli buku cerita.
e) Pada bulan apakah, Sofia membelanjakan wang kurang RM5 berbanding bulan Julai?
44 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
Lampiran 3
AKTIVITI PENGAYAAN
Murid memindahkan maklumat daripada piktograf ke carta palang dan menjawab soalan berkaitan
maklumat yang dipaparkan.
Bilangan Ais Krim yang Dijual Langkah 1
pada Hari Ahad Murid mentafsir maklumat
dalam piktograf yang diberi dan
memindah maklumat tersebut
ke dalam jadual.
Perisa Bilangan
Coklat 5500
Vanila 4455
Oren 3300
Limau 2255
Strawberi 5500
Langkah 2 Bilangan Ais Krim yang Dijual
pada Hari Ahad
Murid memindahkan
maklumat dalam jadual
ke carta palang.
Langkah 3
Murid menjawab
soalan berdasarkan
maklumat dalam
carta palang.
a) Berapakah bilangan ais krim berperisa vanila yang dijual pada hari Ahad?
b) Apakah perisa ais krim yang paling digemari?
c) Berapakah jumlah ais krim berperisa oren dan limau yang dijual pada hari Ahad?
d) Berapa beza bilangan ais krim berperisa limau berbanding strawberi yang dijual pada hari Ahad?
e) Berapakah jumlah bilangan ais krim yang dijual pada hari Ahad?
f) Berapakah bilangan ais krim berperisa coklat yang dijual pada hari Isnin?
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 45
Lampiran 4
AKTIVITI PEMULIHAN
Langkah 1
Guru membimbing murid mentafsir maklumat dalam carta palang. Murid memindahkan maklumat
daripada carta palang ke dalam jadual dengan menanggalkan pelekat pada palang dan dilekatkan
dalam jadual. Murid mengira bilangan pelekat dan melengkapkan jadual.
3
8
6
2
7
Langkah 2
Guru membimbing murid membuat perkaitan antara maklumat dalam jadual dan carta palang.
Langkah 3
Murid menjawab soalan berdasarkan maklumat dalam jadual dan carta palang.
a) Nyatakan bilangan murid yang menggemari permainan bola tampar.
b) Nyatakan bilangan murid yang menggemari permainan sepak takraw.
c) Apakah jenis sukan yang paling popular?
d) Apakah jenis sukan yang paling tidak digemari oleh murid?
e) Berapakah beza bilangan murid yang menggemari badminton berbanding bola tampar?
Langkah 4
Aktiviti diulang menggunakan contoh lain dengan skala yang berbeza.
35
40
25
35
46 | M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i
Lampiran 5
AKTIVITI PENTAKSIRAN FORMATIF 2
Carta palang berikut menunjukkan bilangan kuih yang dijual di kantin sekolah anda
dalam seminggu.
Bilangan Kuih yang Dijual di Kantin Sekolah
dalam Seminggu
a) Apakah jenis kuih yang paling popular?
b) Apakah jenis kuih yang paling tidak digemari oleh murid di sekolah anda?
c) Pada hari apakah, popia adalah paling laris?
d) Apakah jenis kuih yang mempunyai penggemar yang sama banyak?
e) Berapakah jumlah karipap dan cucur pisang yang dijual dalam seminggu?
f) Berapakah beza bilangan akok dan pulut inti yang dijual dalam seminggu?
M o d u l P e m b e l a j a r a n M a s t e r i | 47
BIBLIOGRAFI
Anderson, S. A. (1994). Synthesis of research on mastery learning. (ERIC Document
Reproduction Service No. ED 382 567).
Bloom, B. S. (1968). Learning for mastery. Evaluation Comment (UCLA-CSIEP),
1(2), 1-12.
Block, J. H., & Anderson, L. W. (1975). Mastery learning in classroom instruction.
New York: Macmillan.
Damavandi, M. E., & Shekari Kashani, Z. (2010). Effect of mastery learning method
on performance, attitude of the weak students in chemistry. Procedia - Social
and Behavioral Sciences, 5, 1574–1579.
Guskey, T. R. (2007). Closing the achievement gap: Revisiting Benjamin S. Bloom’s
“learning for mastery.” Journal of Advanced Academics, 19, 8–31.
Guskey, T. R. (2010). Lessons of mastery learning. Educational Leadership, 68(2),
52-57.
Guskey, T. R., & Pigott, T. D. (1988). Research on group-based mastery learning
programs: A meta-analysis. Journal of Educational Research, 81, 197–216.
Hattie, J., & Timperley, H. (2007). The power of feedback. Review of Educational
Research, 77(1), 81–112.
McGaghie, W. C., Issenberg, S.B., Barsuk, J.H. & Wayne, D. B. (2014). A critical
review of simulation-based mastery learning with translational outcomes.
Medical Education, 48, 375– 385.
Wambugu, P. W., & Changeiywo, J. M. (2008). Effects of mastery learning approach
on secondary school students’ physics achievement. Eurasia Journal of
Mathematics, Science and Technology Education, 4(3), 293–302
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN........................................................................................................... 1
MATLAMAT................................................................................................................ 2
OBJEKTIF .................................................................................................................. 2
DEFINISI PEMBELAJARAN TERADUN .................................................................... 3
PERANAN.................................................................................................................. 4
CIRI-CIRI.................................................................................................................... 6
ELEMEN YANG BOLEH DIADUN ............................................................................. 7
ASPEK PENTING YANG PERLU DIAMBIL KIRA...................................................... 8
LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN .................................................................... 9
PENTAKSIRAN........................................................................................................ 10
MODEL PEMBELAJARAN TERADUN .................................................................... 11
CONTOH PEMBELAJARAN TERADUN DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN: MODEL PUTARAN STESEN ............................................ 16
CONTOH PEMBELAJARAN TERADUN DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN: MODEL PUTARAN MAKMAL ........................................... 23
CONTOH PEMBELAJARAN TERADUN DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN: MODEL KELAS BERBALIK .............................................. 25
RUMUSAN ............................................................................................................... 31
LAMPIRAN
Penggunaan Teknologi dalam Pembelajaran Teradun .................................... 32
Elemen Yang Boleh Diadun............................................................................. 33
SOALAN LAZIM ....................................................................................................... 34
GLOSARI ................................................................................................................. 36
BIBLIOGRAFI........................................................................................................... 37
PENGENALAN PEMBELAJARAN
TERADUN
1
Pendidikan abad ke-21 menuntut perubahan dalam
kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi
menghasilkan impak positif kepada kemenjadian
murid.
Murid disediakan untuk meneroka ilmu dan maklumat
baharu, mengaplikasi kemahiran dalam kehidupan
seharian serta bersedia untuk bersaing dengan trend
dunia digital terkini.
Pembelajaran teradun (Blended Learning) merupakan
pengintegrasian beberapa strategi PdP, mod
pembelajaran, lokasi, teknologi dan cara menilai
penguasaan murid yang pelbagai. Pengintegrasian ini
dapat melahirkan murid yang lebih aktif, dinamik dan
kreatif.
1
MODUL 2 MATLAMAT & OBJEKTIF
PEMBELAJARAN
TERADUN
Modul Pembelajaran Teradun disediakan
untuk memberi kefahaman kepada guru untuk
dilaksanakan secara berkesan dalam PdP.
Modul ini dibangunkan untuk menjawab APA,
MENGAPA dan BAGAIMANA pelaksanaan
pembelajaran teradun digunakan oleh guru
sebagai kaedah PdP berpusatkan murid.
Modul Pembelajaran Teradun membolehkan guru
dan murid mencapai objektif berikut:
• Menggunakan pelbagai strategi PdP yang
berpusatkan murid.
• Menggunakan teknologi untuk PdP yang interaktif,
dinamik dan menarik.
• Membolehkan penerokaan ilmu dan bahan yang
dipelajari dengan lebih mendalam dan berfokus.
• Membentuk sikap kepimpinan dan mengasah
minat untuk belajar serta saling bekerjasama
dalam kumpulan.
• Mengesan pencapaian kendiri melalui pelbagai
aktiviti dan gaya pembelajaran.
• Memberi peluang kepada murid untuk belajar
dan mengulang kaji mengikut tempoh masa
pembelajaran dan kebolehan kendiri.
2
DEFINISI PEMBELAJARAN TERADUN PEMBELAJARAN
TERADUN
3
Pelbagai takrifan yang diketengahkan oleh ahli
akademik dan penyelidik dalam menggambarkan
konsep pembelajaran teradun. Pendekatan ini
didefinisikan berdasarkan tiga konteks. Definisi
pertama, pembelajaran teradun merupakan
kombinasi di antara pembelajaran secara bersemuka
dengan dalam talian (online). Definisi kedua ialah
kombinasi di antara media dengan teknologi.
Contohnya pembelajaran tersebut dijalankan
sepenuhnya dalam talian dengan menggunakan
medium yang berbeza tanpa kelas secara bersemuka.
Definisi ketiga ialah kombinasi beberapa kaedah
PdP (Pete Sharma, 2010).
Sejajar dengan penyataan di atas, pembelajaran
teradun dapat diringkaskan sebagai amalan
PdP yang menggabungkan mod pengajaran
bersemuka secara tradisional dengan mod teknologi
dalam talian. Pembelajaran teradun merupakan
pendekatan berpusatkan murid yang membolehkan
murid mengawal sendiri kadar pembelajaran
dengan menggunakan pelbagai teknologi dalam
talian (Carman, 2005).
Berdasarkan konteks pendidikan di Malaysia,
KPM mendefinasikan Pembelajaran Teradun
sebagai pembelajaran berpusatkan murid yang
menggabungkan pelbagai strategi pengajaran
dan pembelajaran (PdP), sokongan teknologi
dan dilaksanakan di dalam serta di luar bilik
darjah.
3
MODUL 4 PERANAN
PEMBELAJARAN
TERADUN
PENTADBIR Kejayaan pelaksanaan
pendekatan Pembelajaran
• Menyediakan akses Teradun ini berkait rapat
kepada teknologi dengan gabungan peranan
seperti komputer, pentadbir, guru, murid, ibu
peranti dan jaringan bapa dan komuniti seperti
internet. keterangan yang berikut:
• Menyediakan ruang IBUBAPA
perbincangan bagi
diskusi profesional • Membantu anak
untuk meningkatkan jagaan mendapat
keupayaan guru. maklumat berkaitan
dengan sesi
• Menyediakan pembelajaran
peluang latihan ataupun tugasan
untuk guru. yang diberikan
guru.
• Memastikan garis
panduan dipatuhi. • Membantu anak
jagaan mengakses
DELIMa, TV
Pendidikan,
EduwebTV (koleksi
video) Cikgootube
dan lain-lain pautan
yang berkaitan.
4
PERANAN PEMBELAJARAN
TERADUN
4
GURU KOMUNITI MURID
• Menyediakan • Memberi bantuan • Mengikuti jadual
bahan dan kepada sekolah pembelajaran yang
prasarana dari segi material telah ditetapkan
pembelajaran. seperti bahan atau oleh guru (tugasan
peralatan. bersemuka dan
• Mengenali online).
pengalaman dan • Memberi sokongan
pengetahuan asas dan perkhidmatan • Mengamalkan etika
murid. dalam bentuk yang betul dalam
idea, tenaga dan penggunaan media
• Mengenal pasti kemahiran. sosial.
tahap interaktiviti
yang akan • Mengikuti garis
dilaksanakan. panduan yang telah
disediakan oleh
• Menggunakan pihak sekolah.
strategi penilaian
yang sesuai.
• Mengadakan
refleksi pelaksanaan
pembelajaran
teradun.
• Mengadakan
perbincangan
dengan ibubapa/
penjaga untuk
menyokong
pembelajaran
murid.
5
MODUL 5 CIRI-CIRI
PEMBELAJARAN Ciri-ciri untuk melaksanakan PdP
Pembelajaran Teradun adalah
TERADUN seperti berikut:
6
ELEMEN YANG BOLEH DIADUN PEMBELAJARAN
TERADUN
6
Elemen yang boleh diadun dalam PdP
Pembelajaran Teradun adalah strategi
dan pendekatan PdP, Teknologi dan
media. Senarai elemen yang boleh
diadun adalah seperti berikut:
7
MODUL 7 ASPEK PENTING YANG PERLU
DIAMBIL KIRA
PEMBELAJARAN
TERADUN
Selain daripada elemen yang
diadun dalam melaksanakan PdP
Pembelajaran Teradun, berikut
adalah beberapa aspek penting
yang perlu diambil kira:
8
LANGKAH - LANGKAH PEMBELAJARAN
PELAKSANAAN
TERADUN
8
Bagi merancang PdP Pembelajaran Teradun guru
digalakkan mengikut langkah-langkah pelaksanaan
seperti dalam gambar rajah .Setiap langkah
memerlukan guru meneliti, memilih dan membuat
keputusan agar pelaksanaan Pembelajaran Teradun
mencapai objektif dan sasaran PdP.
9