The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmad.yusoff, 2015-10-02 20:14:05

MTG JAN 2014 v.6 - All Modules

MTG JAN 2014 v.6 - All Modules

Jan

2014

Panduan Jurulatih
January 2014





1.0 Menginspirasi Perubahan
(Pengguna: Guru)

1.0 Inspiring Change (User: Staff)

transforming education through the Internet 2

Menginspirasi Perubahan

TUGASAN:

Memberi inspirasi kepada para peserta, demi perubahan.

OBJEKTIF:

Memberi para peserta motivasi dan inspirasi tentang perlunya kaedah pengajaran baru.

TEMPOH MASA:

20 minit

ALATAN DIPERLUKAN:

• Video - SHIFT HAPPENS

TATACARA:

1. MENINGKATKAN KESEDARAN
• Satu daripada sepuluh aduan yang sering diterima tentang pelajar ialah mengenai sikap
mereka yang kurang memberi perhatian ketika berlangsungnya proses pembelajaran dan
pengajaran. Semakin ramai pelajar dilihat mula hilang minat untuk berada di sekolah, selain
meminggirkan diri daripada guru-guru dan pelajaran. Antara punca berlakunya masalah ini
ialah bilangan pelajar yang terlalu ramai di dalam sesebuah kelas, bantuan berfokus kepada
individu yang terhad dan teknik pengajaran guru yang kurang berkesan. Segelintir guru pula
mengadu yang mereka juga sukar mendekati pelajar. Pada pandangan anda, apakah punca
sebenar kepada masalah ini?
• Perhatian pelajar dapat ditingkatkan melalui penglibatan ibu bapa, nisbah pelajar-guru yang
lebih kecil dan pengajaran yang lebih menarik.

2. VIDEO - SHIFT HAPPENS
• Mainkan video - Shift Happens.
• Ulas apa yang diperkatakan di dalam video. Tanya peserta soalan-soalan berikut:


SOALAN:

• Adakah perubahan teknologi memberi kesan kepada guru?
• Pada pendapat anda, adakah perubahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran akan

dapat meningkatkan perhatian pelajar semasa mereka menjalani proses pembelajaran?

RUMUSAN

Mulakan perbincangan tentang masalah-masalah komunikasi dan kaedah pengajaran di dalam kelas. Alat-
alat komunikasi yang digunakan oleh para guru dan pelajar juga mungkin berbeza. Oleh itu, adalah penting
untuk guru-guru melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan cara-cara
berkomunikasi terkini yang digunakan oleh pelajar mereka. Tekankan tentang keperluan untuk berubah.
Tetapi perubahan tidak perlu jika tidak memiliki pengetahuan yang mencukupi. Pelajar-pelajar yang dilahirkan
selepas 1980 sering dirujuk sebagai Net Generation, iGeneration, atau Generasi X, Y dan Z. Mereka adalah
cerminan kepada zaman semasa yang menjadikan teknologi sebagai satu perkara biasa.

1.1 Pengenalan kepada Projek
1BestariNet (Pengguna: Guru)

1.1 Introduction to the 1BestariNet Project (User: Staff)

transforming education through the Internet 4

Gambaran Keseluruhan Projek 1BestariNet

TUGASAN:

Gambaran keseluruhan tentang Projek 1BestariNet.

OBJEKTIF:

Memberi kefahaman kepada para peserta tentang matlamat dan tujuan Projek 1BestariNet dilaksanakan.

TEMPOH MASA:

10 minit.

ALATAN DIPERLUKAN:

• Video 1.1 - Gambaran Keseluruhan Projek 1BestariNet

TATACARA:

1. MEMAHAMI PROJEK 1BESTARINET
Dua matlamat utama digariskan di bawah Projek 1BestariNet ini iaitu:

• Menangani masalah para pelajar yang kurang berminat dan kurang memberi perhatian
semasa berada di dalam bilik darjah.

• Mengurangkan jurang perbezaan di kalangan pelajar-pelajar di seluruh Malaysia. Projek ini
adalah penyelesaian bersepadu yang membolehkan fungsi pengajaran dan pembelajaran,
kolaborasi dan pentadbiran dilakukan menerusi sistem Persekitaran Pembelajaran Maya yang
berasaskan pengkomputeran awan (cloud). Projek ini melibatkan 10,000 buah sekolah di seluruh
negara dan mereka yang terlibat akan diberikan sambungan 4G tanpa wayar dan Frog VLE.

2. VIDEO – Gambaran Keseluruhan Projek 1BestariNet
• Mainkan video
• Ulas apa yang diperkatakan di dalam video. Tanya peserta soalan-soalan berikut:

SOALAN:
• Sila kenal pasti salah satu ciri di dalam projek ini yang bermanfaat untuk anda.
• Apakah peranan anda dalam projek ini?

1.2 Bagaimana Membentuk Pasukan
Frog Anda (Pengguna: Guru)

1.2 How to Organise Your Frog Team (User: Staff)

transforming education through the Internet 6

Bagaimana Membentuk Pasukan Frog Anda

TUGASAN:

Pasukan Frog – Memahami peranan dan tanggungjawab

OBJEKTIF:

Memahami peranan dan tanggungjawab sebagai Pasukan Frog.

TEMPOH MASA:

10 minit

ALATAN DIPERLUKAN:

• Video 1.2 – Bagaimana Membentuk Pasukan Frog Anda

TATACARA:

1. PENGENALAN KEPADA PASUKAN FROG
Kejayaan Frog bukanlah terletak di tangan seseorang individu semata-mata, tetapi ia memerlukan penglibatan
seluruh warga sekolah. Rangka kerja ini akan memudahkan tugas anda untuk memantau dan menguruskan
pasukan yang terlibat dalam usaha menjayakan projek ini. Pasukan ini perlu terdiri daripada Pengetua /Guru
Besar, guru-guru (berdasarkan kepada bidang kurikulum dan peranan mereka) serta pelajar.
Tujuan Pasukan Frog dilantik adalah untuk mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang
menarik menerusi pendekatan yang holistik terhadap teknologi. Selain itu, ia juga memberi fokus kepada
kegunaannya sebagai medium untuk memperbaiki sekolah secara menyeluruh.
Pasukan Frog akan mengurus pelaksanaan projek dan kami percaya hubungan positif di antara pelajar,
guru dan ibu bapa akan mendorong kepada kecemerlangan pelajar. Untuk terus maju dan mengekalkan
hubungan ini, setiap ahli Pasukan Frog diberikan peranan yang tersendiri.

2. VIDEO – Bagaimana Membentuk Pasukan Frog Anda

• Mainkan video “Bagaimana Membentuk Pasukan Frog Anda”.
• Ulas apa yang diperkatakan di dalam video. Tanya peserta soalan-soalan berikut:

SOALAN:
• Apakah peranan anda dalam Pasukan Frog?
• Apakah persediaan yang anda lakukan untuk melaksanakan peranan dalam Pasukan Frog?

RUMUSAN

Memberi para peserta motivasi tentang betapa pentingnya peranan Pasukan Frog dalam membantu
mentransformasi dunia pendidikan dengan penggunaan teknologi pada masa kini.

1.3 Gambaran Keseluruhan Frog VLE
(Pengguna: Guru)

1.3 Frog VLE Overview (User: Staff)

transforming education through the Internet 8

Gambaran Keseluruhan Frog VLE

TUGASAN:

Memberi gambaran keseluruhan tentang Frog VLE.

OBJEKTIF:

Memastikan pengguna memahami secara umum fungsi-fungsi Frog VLE agar mereka boleh menggunakannya
dengan lebih berkesan.

TEMPOH MASA:

20 minit

ALATAN DIPERLUKAN:

• VIDEO 1.3 – Gambaran Keseluruhan Frog VLE
• Komputer
• Papan putih
• Pen dan buku nota
• Projektor

TATACARA:

1. PENGENALAN
Frog VLE adalah sejenis VLE yang dipilih untuk pelaksanaan projek 1BestariNet. Frog VLE berfungsi sebagai
komuniti pembelajaran untuk warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai Frog VLE adalah sistem pembelajaran
yang berasaskan jaringan dan menyerupai pembelajaran dunia sebenar, tetapi menggabungkan konsep
pendidikan konvensional dan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan
memeriksa tugasan secara maya, sementara pelajar pula dapat menghantar tugasan dan menyemak
markah mereka menerusi VLE.
Para guru dan pelajar turut boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang dikemaskini oleh
pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan akan dapat dilaksanakan di
mana jua, pada bila-bila masa kerana Frog VLE adalah berasaskan pengkomputeran awan (cloud). Dengan
ini, proses pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja, sama ada di sekolah ataupun di rumah, 24 jam
sehari, 7 hari seminggu.

2. OBJEKTIF
Memastikan pengguna memahami fungsi-fungsi VLE.

3. LOG MASUK KE DALAM VLE
Memberi arahan kepada peserta untuk log masuk ke dalam VLE.

transforming education through the Internet 9

4. VIDEO – Gambaran Keseluruhan Frog VLE
Mainkan video dan hentikannya seketika selepas setiap bahagian. Minta peserta menekan bahagian-
bahagian yang lain di dalam platform sambil mengikuti video.

5. SESI IMBASAN
Imbas kembali apa yang dipelajari oleh para peserta dan penggunaannya.



Panduan Pengguna

Antara muka (Interface) Frog VLE
Masukkan ID Pengguna dan kata laluan apabila diminta. Kemudian, klik Login.

Penting! Anda mestilah log keluar daripada akaun Google yang lain sebelum anda log masuk ke
dalam Frog VLE. Jika tidak, sebagai pengguna baru, anda tidak boleh log masuk ke dalam Frog VLE.

Antara muka (Interface) Frog VLE yang direka untuk memudahkan navigasi dan penggunaan Frog. Penerangan
tentang fungsi ikon dan kegunaannya akan diberikan di bahagian seterusnya.
Frog Bar

Frog Bar adalah kawasan tetap di bahagian atas skrin Frog VLE yang membolehkan anda mengakses System
Options, Dashboard dan Menu VLE. Frog Bar ini tidak boleh dipadam.

transforming education through the Internet 10

Dari kiri ke kanan, Frog Bar mengandungi elemen-elemen yang berikut:
Menu Frog Head

Menu Frog Head memberi anda akses pantas ke ruangan System Options VLE. Di dalamnya terkandung:
• Help – Bantuan umum VLE. Anda boleh mendapatkan jawapan untuk soalan lazim di sini.
• My Preferences – Tetapan asas VLE boleh diubah di sini. Pilihan-pilihan tersebut terdiri daripada:
• Language – Bahasa VLE boleh ditukar di antara Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
Anda boleh memilih bahasa pilihan anda.
• My Background – Anda boleh menetapkan latar Frog VLE anda dengan memilih imej
yang disediakan. Anda juga boleh memuat naik imej anda sendiri.
• Change Password – Tukar kata laluan Frog VLE di sini.
• About Us - Untuk melihat maklumat tentang Frog VLE.
• Log Out – Membolehkan anda log keluar dari VLE selepas menggunakannya.

Kawasan Semasa
Kawasan Semasa menjadi petunjuk tentang lokasi anda di dalam VLE. Teks di dalam kotak berwarna merah
di atas akan berubah mengikut lokasi di mana anda berada di dalam VLE.

Help
Butang Help akan memaparkan bantuan yang berkaitan dengan kawasan VLE yang sedang dipaparkan.

Dashboard Switch
Dengan menekan butang di dalam kotak berwarna merah di atas, anda akan beralih dari laman Dashboard
Peribadi (My Dashboard) ke Dashboard Sekolah dan begitu juga sebaliknya.

Global Search Box

Dalam kotak carian ini, anda boleh mencari sumber atau tarikh janji temu yang terdapat di dalam Frog VLE.
Jika terdapat aplikasi yang sedang aktif, pencarian anda akan bermula dari dalam aplikasi tersebut sebelum
ia merentasi ke seluruh Frog VLE.
Hasil carian kemudiannya akan memaparkan beberapa sumber atau temu janji. Jika terdapat lebih banyak
padanan, pautan More akan memaparkan hasil carian selebihnya.

transforming education through the Internet 11

Home

Butang Home berfungsi untuk membawa anda kembali ke Dashboard.
Quick Launch
Ikon Quick Launch memaparkan menu Quick Launch. Di sini anda boleh meneroka semua bahagian VLE.
Resource Manager
Resource Manager adalah ibarat jantung kepada Frog VLE. Di sini anda boleh membuat dan menyimpan sebarang
sumber.
Application Tray

Application Tray membolehkan anda menukar antara laman atau aplikasi yang telah dibuka.
Apabila anda mengklik butang Application Tray, aplikasi atau laman yang sedang aktif akan dipaparkan. Jika
anda klik mana-mana ikon yang terdapat pada Tray , anda akan dibawa ke halaman yang diklik. Laman atau
aplikasi yang sedang aktif di dalam Application Tray boleh ditutup dengan mengklik butang [x].

Notifications

Ikon Notifications akan memaparkan petunjuk yang berwarna merah apabila terdapatnya mesej baru.
Ikon ini menunjukkan tentang jumlah pemberitahuan yang belum lagi dibaca oleh pengguna. Ikon ini akan
mempamerkan pemberitahuan dari Calendars, Assignments, Wall, Quizzes, Poll dan Forms.
Apabila anda klik pada mana-mana mesej di dalam Events Feed, anda akan dibawa ke aplikasi atau laman
yang menjana mesej tersebut. Pemberitahuan yang dihantar dari sumber yang sama, misalnya daripada
pelajar yang sama, akan dikumpulkan di dalam Events Feed.
Nota: Notification Widget yang terdapat di dalam Content Panel boleh diletakkan di dalam My Dashboard.

transforming education through the Internet 12

Sekarang kita akan memaparkan ruangan utama dalam Frog VLE. Pautan-pautan ke ruangan ini boleh
didapati dalam menu Resource Manager pada Frog Bar.
Klik pada ikon Resource Manager.Pilih satu ikon dari menu Applications. Ikon-ikon adalah seperti di bawah:

Gambaran Keseluruhan menu Quick Launch (paparan Guru)

transforming education through the Internet 13

Bookshelf

Pengguna: Guru, Ibu Bapa, Pelajar Pentadbir Frog VLE.

Bookshelf adalah aplikasi yang boleh digunakan oleh pengguna untuk melihat buku-buku digital mereka
melalui FrogStore. BookShelf bukan sahaja boleh menyimpan buku-buku digital tetapi turut menyediakan
pembaca buku digital.

Assignments

Pengguna: Guru, Pelajar (paparan penerima) dan Pentadbir Frog VLE.

Aplikasi Assignments disediakan bagi membolehkan guru memberi, menyemak, mengulas, dan mengubah
tugasan yang disediakan untuk pelajar. Setelah Site untuk tugasan disediakan, ia boleh dihantar kepada
pelajar melalui satu proses mudah. Assignments boleh diberikan kepada pelajar secara individu ataupun
berkumpulan.
Aplikasi Assignments ini juga turut memudahkan guru untuk menghantar mesej kepada pelajar yang
diberikan tugasan. Mesej boleh dihantar kepada pelajar secara individu ataupun secara berkumpulan.
Apabila pelajar menghantar tugasan mereka, ia akan dihantar kembali ke kawasan Assignments agar guru
dapat menyemak dan memberi komen. Guru akan menerima pemberitahuan di dalam panel Notifications,
jika sebarang tugasan telah dihantar atau sebarang mesej diterima.

transforming education through the Internet 14

Pelajar tidak boleh memberi tugasan. Mereka hanya boleh melihat, menyiapkan dan menghantarnya
kepada guru. Sebaik guru memberi tugasan, pemberitahuan akan dihantar kepada pelajar menerusi panel
Notifications. Tugasan boleh dibuka dengan hanya mengklik pemberitahuan tersebut. Jika markah telah
diberi, pelajar juga akan turut menerima pemberitahuan.

Calendar

Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir Frog VLE.

Calendar ini dapat memudahkan anda untuk menguruskan semua aktiviti. Jika perlu, anda juga boleh
kongsikan kalendar anda dengan guru-guru lain.
Anda turut boleh membuat kalendar-kalendar lain dan kongsikannya secara umum ataupun tertutup. Ia
mungkin kalendar untuk aktiviti ko-kurikulum ataupun untuk sebarang acara istimewa. Anda juga boleh
meletakkan maklumat tambahan untuk sesuatu acara/aktiviti, seperti lokasi acara, jemputan dan nota.

transforming education through the Internet 15

School Dashboard

Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir Frog VLE.

School Dashboard memaparkan notis dan maklumat yang diuruskan oleh pihak sekolah. Di sini anda boleh
melihat papan notis, imej, video dan memuat turun fail-fail penting. Ia juga mengandungi suapan MOE RSS
yang sentiasa memberikan anda maklumat tentang berita pendidikan atau maklumat untuk pihak sekolah
dan guru-guru. School Dashboard hanya boleh diuruskan oleh Pentadbir Frog sahaja.

Booking Calendar

Pengguna: Guru dan Pentadbir Frog VLE.

Booking Calendar digunakan apabila anda ingin menempah bilik atau sumber di sekolah anda. Sekiranya
bilik/sumber tersebut telah ditempah, pengguna lain tidak akan boleh membuat tempahan untuk sumber
atau bilik tersebut, pada waktu dan tarikh yang sama. Pentadbir Frog boleh memasukkan bilik atau sumber
baru ke dalam Booking Calendar.

transforming education through the Internet 16

Community Site

Pengguna: Guru dan Pentadbir Frog VLE.

Community Site adalah portal untuk guru-guru mendapatkan soalan-soalan lazim, dokumentasi dan
video bantuan serta menyediakan ruangan forum untuk perbincangan tentang isu-isu semasa yang
relevan. Community Site ini adalah berasaskan konsep berkumpulan. Setiap kumpulan memiliki Wall
masing-masing yang membolehkan setiap ahlinya menghantar mesej.

Guru boleh mencari dan menyertai mana-mana kumpulan yang dipaparkan dalam hasil carian. Jika
tiada kumpulan yang ditemui, kumpulan baru boleh diwujudkan dengan salah satu pilihan berikut:

Public – kumpulan akan terpapar dalam hasil carian dan sesiapa sahaja boleh menyertainya.
Private – kumpulan tidak akan terpapar dalam hasil carian dan mereka yang mahu menjadi ahli
perlu menerima jemputan daripada pemilik kumpulan.

My Dashboard

Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir Frog VLE.

My Dashboard adalah halaman pertama yang anda akan temui sebaik anda log masuk ke dalam VLE. Anda
boleh mengubah suai halaman ini dengan memasukkan kalendar sekolah, RSS Feeds atau pemberitahuan.
Kandungan peribadi seperti gambar, video atau pautan ke laman kegemaran anda juga boleh dimasukkan.
Gunakan Widgets untuk mengubah wajah dan kandungan Dashboard, pada bila-bila masa dan mengikut
citarasa anda.

transforming education through the Internet 17

Nota: My Dashboard tidak boleh dikongsi atau diserahkan kepada pengguna lain.

Departmental Sites

Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir Frog VLE.
Setiap bidang memiliki Department Site masing-masing. Di laman utamanya terpapar notis alu-aluan, carta
organisasi bidang/panitia, markah peperiksaan dan notis-notis lain. Dalam Laman Bidang/Panitia, mata
pelajaran yang berkaitan dipautkan agar pelajar mudah mendapatkan maklumat tentang mata pelajaran.
Dalam laman itu, kandungan seperti maklumat kurikulum, galeri, video, profil guru, panduan ulang kaji, soalan
tahun lepas dan lain-lain, boleh dimasukkan. Laman Bidang/mata pelajaran juga boleh ditambah, jika perlu.

transforming education through the Internet 18

Pin-Point

Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir Frog VLE.

Pin-Point adalah alat carian pantas untuk kandungan. Ia menarik kandungan dari My Library, selepas
kandungan tersebut ditambah melalui FrogStore dan juga Internet menerusi YouTube, Vimeo dan Flickr.

Pin-Point boleh diakses sama ada dari menu Quick Launch atau dari beberapa widget di dalam platform Frog.
Ia termasuklah widget Media, Pautan ke Fail dan Pautan Luar. Pin-Point juga boleh diakses apabila item media
ditambah seperti kuiz dan imej.

FrogStore

Pengguna: Guru, Pelajar, Ibu bapa dan Pentadbir Frog VLE.

FrogStore adalah satu pasar pengajaran dan pembelajaran yang memberi akses lancar untuk anda
mendapatkan perkhidmatan, produk dan kandungan pendidikan yang ‘terbaik dalam kelas’ bagi tujuan
mempertingkatkan perjalanan pembelajaran anak-anak.

transforming education through the Internet 19

FrogStore terdapat di dalam Frog VLE pengguna. Ibu bapa turut boleh mengakses FrogStore melalui Frog
VLE atau portal 1BestariNet. Kandungan yang diperolehi oleh ibu bapa akan diasimilasikan ke dalam Frog
VLE untuk kegunaan anak-anak mereka di sekolah. Item yang lebih besar seperti peranti mudah alih atau
Chromebook akan dihantar terus ke pintu rumah anda atau boleh diambil di kedai-kedai YES yang terdekat.

Google Drive

Pengguna: Guru, Ibu Bapa, Pelajar dan Pentadbir Frog VLE.
Google Drive adalah perkhidmatan penyimpanan ‘awan’ peribadi yang disediakan oleh Google untuk
membolehkan anda menyimpan dan berkongsi kandungan digital menerusi komputer, komputer riba dan
telefon bimbit.

transforming education through the Internet 20

The Pond

Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir Frog VLE.

Lompatlah ke The Pond, bagi mencetus dan berkongsikan idea-idea yang hebat. The Pond disediakan khas
untuk golongan pelajar. Pelajar boleh mula menimba pengalaman bersama Frog dengan memanfaatkan tip
-tip dan idea-idea tentang cara untuk menggunakan Frog dengan berkesan.

Learn Centre

Pengguna: Guru, Pelajar, Ibu Bapa dan Pentadbir Frog VLE.

Learn Centre mengandungi halaman bantuan dan video untuk memastikan anda mendapat yang terbaik
daripada Frog VLE anda. Sama ada anda seorang guru, pelajar atau ibu bapa, panduan yang disediakan
boleh membantu anda menggunakan Frog VLE dengan cepat dan cekap.

transforming education through the Internet 21

Learning Styles Report

Pengguna: Guru dan Pentadbir Frog VLE.

Learning Styles adalah aplikasi yang membolehkan pelajar mengetahui tentang gaya pembelajaran pilihan
mereka berdasarkan jawapan mereka terhadap satu siri soalan. Learning Styles Report kemudiannya
memaparkan jadual gaya pembelajaran setiap pelajar, sama ada mereka adalah pelajar visual, auditori
atau kinestetik.

Email

Pengguna: Guru, Pelajar, Ibu Bapa dan Pentadbir Frog VLE.

Setiap pengguna yang memiliki akaun Frog VLE akan mendapat akses ke e-mel mereka sendiri. E-mel boleh
dihantar kepada, dan diterima daripada, mana-mana pengguna lain, bukan sahaja di kalangan pengguna
di sekolah tetapi di mana sahaja. Alamat e-mel tersebut adalah sama dengan ID pengguna yang anda
gunakan untuk log masuk ke dalam VLE.

transforming education through the Internet 22

Users

Pengguna: Pentadbir Frog VLE.

Aplikasi User boleh digunakan oleh pentadbir untuk mewujudkan, mengedit atau menghapuskan pengguna
dalam Frog VLE.

Analytics

Pengguna: Pentadbir Frog.

Analytics di dalam Frog VLE menyimpan maklumat yang berkaitan dengan penggunaan VLE. Ini termasuklah
tentang log masuk pengguna dan pembinaan laman. Dengan maklumat yang dikumpulkan, anda dapat
melihat kekerapan pengguna melog masuk ke dalam VLE, selain ia memaparkan pengguna yang tidak
pernah log masuk ke dalam VLE. Maklumat pembinaan laman membolehkan anda melihat bilangan laman
yang telah dihasilkan, dalam tempoh masa yang ditetapkan.

transforming education through the Internet 23

Groups

Pengguna: Pentadbir Frog VLE.

Groups adalah satu aplikasi yang membolehkan sesebuah kumpulan diwujudkan, diedit, disalin dan
dihapuskan, dalam Frog VLE anda.
Ia adalah satu kumpulan pengguna yang diwujudkan agar anda mudah untuk mengedarkan tugasan,
berkongsi laman and menguruskan jemputan kalendar anda.

Sites

Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir Frog VLE .

Sites adalah laman-laman yang diwujudkan dalam VLE. Laman-laman ini boleh ditag dengan kata kunci
agar ia mudah dicari dan dibahagikan mengikut kategori. Laman-laman yang diwujudkan akan tersenarai di
dalam My Sites di Resource Manager.
Laman yang ditag dengan nama mata pelajaran khusus, misalnya English; akan muncul dalam kategori
Subject Sites. Laman yang ditag dengan aktiviti kokurikulum seperti kelab dan lawatan pula akan muncul
di dalam Co-curricular Sites. Other Sites menyenaraikan laman-laman yang tidak ditag dengan kata kunci
berkaitan mata pelajaran atau kokurikulum tertentu, ataupun laman-laman yang ditag dengan kata kunci
‘other’ , untuk laman-laman yang dikongsikan dengan anda.
Demi keselamatan, kawasan Sites tidak boleh diakses jika pengguna tidak log masuk ke dalam VLE.
Pembuat laman mengawal hak ‘akses dan edit’. Sekiranya sesebuah laman itu tidak dikongsikan dengan
anda, ia tidak dapat dilihat di dalam Resource Manager.

transforming education through the Internet 24

Laman yang dihasilkan boleh dihantar ke MoE Repository untuk dikongsikan dengan sekolah-sekolah lain di
Malaysia. Setelah dimuat naik, laman tersebut akan disemak dan disenaraikan untuk muat turun. Hanya guru
yang boleh memuat naik dan memuat turun laman-laman melalui MoE Repository.

Learning Styles

Pengguna: Pelajar

Aplikasi Learning Styles membolehkan pelajar mengetahui gaya pembelajaran pilihan mereka: Visual
(melihat), Auditori (mendengar) atau Kinestetik (pergerakan), berdasarkan kepada jawapan mereka terhadap
satu siri soalan. Sebaik pelajar selesai menjalani ujian, guru kemudiannya dapat melihat gaya pembelajaran
pilihan pelajar terbabit.

transforming education through the Internet 25

Forums

Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir Frog VLE.

Forums memaparkan Forum Sekolah. Forum ini adalah untuk warga sekolah dan boleh dilihat oleh guru-guru
dan para pelajar. Hanya Pentadbir Frog VLE yang boleh memasukkan topik dalam Forum Sekolah.

Forum perbincangan boleh diwujudkan untuk perbincangan kumpulan tentang topik tertentu berkaitan
sekolah. Di setiap topik terdapat tarikh yang membolehkan guru menyemak perbincangan dan mengetahui
tentang individu yang telah memberi sumbangan kepada topik tersebut. Pencipta forum boleh mengawal
semua topik, akses dan tetapan.

Preferences

Pengguna: Guru, Pelajar dan Pentadbir Frog VLE.

Tetapan asas VLE boleh diubah di sini, iaitu Language, My Background dan Change Password.

1.4 Bagaimana Menghasilkan Kalendar
Sekolah (Pengguna: Pentadbir)

1.4 How to Create Your School Calendar (User: Admin)

transforming education through the Internet 27

Bagaimana Menghasilkan Kalendar Sekolah

TUGASAN:

Menghasilkan Kalendar Sekolah.

OBJEKTIF:

Memastikan para peserta memahami tentang cara Pentadbir Frog memasukkan aktiviti dan acara ke dalam
kalendar sekolah.

TEMPOH MASA:

20 minit

ALATAN DIPERLUKAN:

• Video 1.4 – Bagaimana Menghasilkan Kalendar Sekolah
• Komputer
• Papan putih
• Pen Marker
• Pen and buku nota
• Projektor

TATACARA:

1. PENGENALAN
• Jurulatih akan bertanya soalan tentang keberkesanan penyampaian maklumat menggunakan
takwim sekolah di dalam bentuk hard copy.

SOALAN:
• Mengapakah pihak sekolah perlu menukar takwim sekolah mereka kepada Kalendar Sekolah
Frog bagi tujuan penyampaian maklumat tentang aktiviti sekolah?

• Kalendar Sekolah Frog memberi lebih kesan kepada penyampaian maklumat kerana ia mudah,
pantas dan menjimatkan penggunaan kertas!

2. VIDEO – Bagaimana Menghasilkan Kalendar Sekolah
Mainkan video dan hentikannya seketika apabila perlu.
Maklumkan kepada peserta agar mematuhi arahan yang diberikan menerusi video.

3. SESI IMBASAN
Imbas semula langkah-langkah yang perlu dilakukan ketika melakukan pengubahsuaian kalendar sekolah.

transforming education through the Internet 28

PANDUAN PENGGUNA

Bagaimana Menghasilkan Kalendar Sekolah

Penting! Untuk menghasilkan kalendar sekolah, anda mesti log masuk sebagai Pentadbir Frog.
Untuk memulakannya, klik pada Quick Launch di Frog Bar.

Kemudian, klik ikon Calendar.

Dalam aplikasi Calendar, klik pada butang Add untuk meng-
hasilkan kalendar sekolah.

Sebaik sahaja anda klik pada butang Add, satu tetingkap kecil akan
muncul.
Taipkan nama dan deskripsi kalendar. Sebagai contoh:
Calendar Name: Kalendar Sekolah
Calendar Description: Takwim Sekolah 2013


transforming education through the Internet 29

Anda juga boleh menentukan tahap akses kalendar bagi warga
sekolah. Di sebelah Calendar Availability, terdapat satu petak yang
tertulis Restricted. Klik anak panah kecil di hujung petak tersebut.

Pilih salah satu tahap akses yang terpapar di menu ke bawah iaitu:
Restricted, Public, Shared. Untuk contoh ini kita akan memilih Public.

Setelah selesai, klik pada Create Calendar.
Kini anda dapat melihat ikon Kalendar Sekolah terpapar di bahagian
kiri skrin anda.


transforming education through the Internet 30

Untuk memasukkan acara / aktiviti ke dalam Kalendar Sekolah,
klik butang New.

Tetingkap New Event akan dipaparkan sebaik sahaja anda
mengklik butang tersebut.

Dalam panel New Event, sila masukkan nama acara / aktiviti.
Sebagai latihan, taipkan: “Sambutan Hari Guru Peringkat
Sekolah”.
Masukkan juga lokasi acara tersebut. Contohnya, “Dataran
Sekolah”.

transforming education through the Internet 31

Kemudian, klik pada kotak Starts / Ends. Tetingkap Event Start &
End akan dipaparkan.

Tukarkan tarikh dan masa bagi acara / aktiviti tersebut. Sebagai
contoh:

Start Date : Wed 29/May
Start Time : 7:45
End Date : Wed 29/May
End Time : 14:00

Setelah selesai, klik butang OK yang terdapat di bahagian bawah
tetingkap tersebut. Anda akan dibawa kembali ke tetingkap New
Event yang terdahulu.

transforming education through the Internet 32

Dalam ruangan Note, sila masukkan nota jika terdapat maklumat
tambahan yang berkaitan dengan acara / aktiviti baru tersebut.

Sebagai contoh, masukkan nota:
“Persembahan pelajar akan bermula pada pukul 8.30 pagi”.

Untuk mempamerkannya dalam Kalendar Sekolah anda, klik pada
Calendar.

transforming education through the Internet 33

Tetingkap Choose Calendar akan terpapar.
Klik kalendar yang terdapat pada menu ke bawah Display in.

Pilih Kalendar Sekolah.
Kemudian, klik OK apabila selesai.

Klik butang Create Event untuk memasukkan acara/aktiviti tersebut
ke dalam kalendar anda.

transforming education through the Internet 34

Kini, entri tersebut akan terpapar dalam Kalendar Sekolah anda.

Anda boleh memasukkan acara / aktiviti lain ke dalam Kalendar Sekolah anda dengan mengikut langkah-
langkah yang telah ditunjukkan tadi. Sebagai contoh kita akan memasukkan:

New Entry : Kelas Tambahan Tahun 6
Location : Dewan Utama Sekolah
Start Date : Sat Jun 15
Start Time : 7:45
End Date : Sat Jun 15
End Time : 11:00

Acara / Aktiviti tersebut akan dimasukkan ke dalam Kalendar Sekolah seperti paparan di bawah.

1.5 Bagaimana Menghasilkan Kalendar
Tempahan (Pengguna: Pentadbir)

1.5 How to Create Booking Calendar (User: Admin)

transforming education through the Internet 36

Bagaimana Menghasilkan Kalendar Tempahan

TUGASAN:

Menghasilkan Kalendar Tempahan.

OBJEKTIF:

Menunjukkan kepada peserta bagaimana kalendar tempahan direka dan dibatalkan.

TEMPOH MASA:

15 minit

ALATAN DIPERLUKAN:

• Video 1.5 –Bagaimana Menghasilkan Kalendar Tempahan

TATACARA:

1. PENGENALAN
• Jurulatih memberitahu peserta tentang pelbagai kalendar tempahan yang boleh dihasilkan.
Terangkan bahawa hanya Pentadbir Frog sahaja yang boleh menghasilkan kalendar tempahan.

2. VIDEO - Bagaimana Menghasilkan Kalendar Tempahan
• Jurulatih menerangkan kandungan video ini dan bagaimana kalendar tempahan baru boleh
dihasilkan.
• Mainkan video.



transforming education through the Internet 37

PANDUAN PENGGUNA

Bagaimana Menghasilkan Kalendar Tempahan

Penting! Untuk menghasilkan kalendar tempahan, anda mesti log masuk sebagai Pentadbir Frog VLE.

Klik pada Quick Launch di Frog Bar dan klik Booking
Calendar.

Setelah tetingkap Booking Calendar dipaparkan, sila tuju
ke arah Booking Items di sebelah kiri bahagian bawah
skrin anda.
Klik butang Add untuk memasukkan sumber tempahan
baru ke dalam Booking Calendar.

Sesudah anda klik pada Add tersebut, anda akan dapat
melihat skrin Create Booking Item.Taipkan nama dan
deskripsi berkaitan kalendar tempahan yang baru itu.
Contoh: Makmal Komputer, projektor, TV, Bilik Mesyuarat dll.
Anda juga perlu memasukkan dan menentukan kategori
tempahan.

Sila klik menu ke bawah Item Type dan pilih kategori
tempahan anda. Anda boleh memilih sama ada Room
ataupun Equipment.


transforming education through the Internet 38

Setelah anda memasukkan nama kalendar (item), klik
butang Create Item.

Apabila anda klik Create Item, kalendar
tempahan baru yang dihasilkan akan
dipaparkan di dalam senarai sumber
tempahan yang sedia ada.
Anda boleh memilih paparan yang
ingin dilihat.

Membatalkan Kalendar Tempahan (Item)

Pilih Booking Item Settings dari dalam senarai ini dengan mengklik anak panah kecil yang berwarna putih.

transforming education through the Internet 39

Ia memaparkan maklumat tentang kalendar tempahan yang dipilih seperti nama, deskripsi, jenis dan pemilik.
Klik Delete untuk menghapuskan kalendar tempahan yang terpilih.

Sebaik saja anda klik Delete, satu paparan
Important akan muncul untuk mengesahkan
pembatalan kalendar tempahan. Untuk
mengesahkan arahan ini, taip ‘yes’ dan tekan
‘Enter ’.
Kalendar tempahan tersebut telahpun dihapuskan.

1.6 Bagaimana Mengedit Dashboard
Anda (Pengguna: Guru)

1.6 How to Edit Your Dashboard (User: Teacher)

transforming education through the Internet 41

Bagaimana Mengedit Dashboard Anda

TUGASAN:

Mengubah suai Dashboard anda.

OBJEKTIF:

Memastikan para peserta mengetahui cara untuk mengedit Dashboard sendiri.

TEMPOH MASA:

30 minit

ALATAN DIPERLUKAN:

• Video 1.6 - Bagaimana Mengedit Dashboard Anda

TATACARA:

1. PENGENALAN
Jurulatih menerangkan kandungan video yang berkaitan cara Dashboard diedit.

2. VIDEO – Bagaimana Mengedit Dashboard Anda
Mainkan video ”Bagaimana Mengedit Dashboard Anda”. Berhenti seketika dan beri penjelasan apabila perlu.
Galakkan para peserta untuk menonton video dan mengikut arahan yang diberi menerusi video.

3. SESI IMBASAN
Imbas matlamat sesi. Sesi soal jawab.

transforming education through the Internet 42

Panduan Pengguna

Bagaimana Mengedit Dashboard Anda

Your Dashboard adalah halaman pertama yang anda akan temui sebaik sahaja anda log masuk ke
dalam VLE. Anda boleh mengubah suai dashboard dengan memasukkan kalendar sekolah, RSS Feeds,
atau pemberitahuan. Anda juga boleh menambah kandungan seperti foto, video atau pautan ke laman
web kegemaran anda. Susun atur kandungan adalah mengikut kehendak anda dan anda boleh gunakan
Widgets untuk menukar paparan dan kandungan Dashboard .

Untuk mengedit Dashboard anda, anda perlu klik pada butang Edit di sebelah kiri
skrin anda. Ia akan memaparkan Content Tray.

Content Tray mengandungi tiga tab pilihan iaitu:
Layout – Tab ini digunakan untuk menukar bilangan dan
kedudukan kotak kandungan dalam halaman anda.
Settings – Digunakan untuk menukar nama dan tema Dashboard
anda.
Widgets – Widget boleh diseret masuk ke dalam lajur di dalam
halaman anda untuk menambah kandungan seperti teks, video
dan gambar.

transforming education through the Internet 43

Menukar Tetapan pada Dashboard Anda

Di dalam Content Tray, klik pada tab Settings.

Untuk menukar nama Dashboard anda, masukkan nama yang
dikehendaki ke dalam kotak Name of Site. Nama Dashboard di
halaman anda akan dikemaskini secara automatik. Contohnya:
Cikgu Pheobe.

Ia akan terpapar di sebelah kiri atas Dashboard seperti yang ditunjukkan di bawah.
Untuk menukar tema Dashboard pula, pilih tema baru dengan
mengklik menu ke bawah yang terdapat di sebelah kanan.

transforming education through the Internet 44

Apabila anda klik menu ke bawah tersebut, menu dengan tema
yang sedia ada akan dipaparkan. Skrol menu ke bawah, dan
klik pada tema yang anda inginkan. Ia akan menukar tema
Dashboard yang anda pilih secara automatik.

Menukar susun atur Dashboard anda

Di dalam Content Tray klik pada tab Layout.

Pilih bilangan kotak kandungan yang anda inginkan berdasarkan
butang bernombor. Anda boleh pilih antara 1 hingga 4 kotak
dalam satu halaman.
Klik pilihan 3 dalam tetapan Boxes. Tiga susun atur yang berbeza
akan dipaparkan.

Di sini, anda boleh memilih bagaimana kotak kandungan anda
akan dipaparkan pada Dashboard. Apabila anda klik pada susun
atur tertentu, halaman anda secara automatik akan dikemaskini
dengan susun atur baru.
Klik pada susun atur kedua di sebelah kanan.
Dashboard anda kini sedia untuk diisikan dengan kandungan.

transforming education through the Internet 45

Widgets

Di dalam Content Tray, sila klik pada tab Widgets.
Anda kini boleh melihat semua widget yang tersedia. Setiap
widget memiliki nama dan ikonnya yang tersendiri.
Widget adalah komponen dashboard atau laman yang
membolehkan pengguna menggunakan sesuatu fungsi atau
mengakses perkhidmatan. Widget boleh digunakan dengan
cara menyeret setiap widget ke dalam kotak kandungan
pada halaman dan tetapannya ditentukan. Lebih daripada
satu widget boleh digunakan dalam satu-satu halaman.

Nota: Widget hanya boleh memaparkan kandungan
apabila diarahkan. Untuk kebanyakan widget, anda
perlu memasukkan maklumat berkaitan kandungan yang
diinginkan sebelum ia boleh dipaparkan pada Dashboard.

Menambah Widget pada Dashboard anda

Di dalam Content Tray, klik pada tab Widgets.

Padamkan sebarang widget
yang sedia ada sebelum
mengubah suai Dashboard
anda dengan mengklik pada
tanda pangkah kecil berwarna
merah.

transforming education through the Internet 46

Pilih widget Media yang dikehendaki dan seretkannya ke dalam kotak di sebelah kiri atas laman. Pastikan
kotak bertukar biru sebelum widget dilepaskan.

Klik dua kali pada widget Media dalam kotak kandungan tersebut untuk memaparkan tetapan widget.


transforming education through the Internet 47

Muat naik gambar daripada komputer atau daripada storan USB anda. Klik butang Upload di ruangan Media
untuk melancarkan File Uploader.

Klik pada butang Choose Files untuk mengakses fail di dalam komputer anda. Pilih satu fail untuk dimuat naik.
Setelah imej selesai dimuat naik, klik pada butang Done di bawah.

Anda boleh menukar saiz gambar dengan memilih saiz di menu ke bawah ‘Please select media size’.


Click to View FlipBook Version