The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmad.yusoff, 2015-10-02 20:14:05

MTG JAN 2014 v.6 - All Modules

MTG JAN 2014 v.6 - All Modules

transforming education through the Internet 98

Klik pilihan Can edit & manage pada menu ke bawah.

Klik butang biru Share.

Laman anda telah dikongsikan kepada pengguna atau kumpulan yang disenaraikan.

1.12 Bagaimana Mengakses E-mel Anda
(Pengguna: Guru)

1.12 How to Access Your E-mail (User: Staff)

transforming education through the Internet 100

Bagaimana Mengakses E-mel Anda

TUGASAN:

Mengakses e-mel anda.

OBJEKTIF:

Memastikan para peserta memahami bagaimana untuk mengakses akaun e-mel peribadi mereka di dalam
Frog VLE.

TEMPOH MASA

10 minit

ALATAN DIPERLUKAN:

• VIDEO 1.12 – Bagaimana Mengakses E-mel Anda
• Komputer
• Papan putih
• Pen penanda
• Pen dan buku nota
• Projektor

TATACARA:

1. PENGENALAN
Jurulatih menerangkan bahawa satu akaun e-mel diwujudkan secara automatik untuk setiap pengguna.
Akaun e-mel ini boleh diakses daripada menu utama di dalam Frog VLE.

2. VIDEO - Bagaimana Mengakses E-mel Anda
Jurulatih memainkan video “Bagaimana Mengakses E-mel Anda”

3. SESI SOAL JAWAB
Jurulatih mengajukan soalan mengenai kegunaan e-mel di dalam Frog.

transforming education through the Internet 101

Panduan Pengguna

Bagaimana Mengakses E-mel Anda

Klik ikon Quick Launch pada Frog Bar dan klik Email.
E-mel anda akan terbuka dalam tetingkap baru.

E-mel tersebut akan memaparkan Inbox anda secara automatik. Ini bermaksud, jika anda sudahpun berada
dalam Frog VLE, anda tidak perlu lagi untuk log masuk ke dalam akaun e-mel anda.

Untuk menutup tetingkap e-mel, klik tanda X pada tab pelayar.

2.0 Mengkaji Kembali Cara
Pembelajaran Pelajar Abad ke-21

2.0 Rethinking Learning – The 21st Century Learner

transforming education through the Internet 103

Mengkaji Kembali Cara Pembelajaran Pelajar
Abad ke-21

TUGASAN:

Mengkaji kembali cara pembelajaran pelajar abad ke-21

OBJEKTIF:

Memberi motivasi dan merangsang tenaga pengajar untuk menerima kaedah pengajaran yang baru.

TEMPOH MASA:

10 minit

ALATAN DIPERLUKAN:

• Video (Link): www.youtube.com/watch?v=rvyP-cwpHN8
• Slaid PowerPoint 001

PANDUAN PENGGUNA

Mengkaji Kembali Cara Pembelajaran Pelajar Abad ke-21
• Paparkan petikan di bawah menggunakan slaid PowerPoint.

• Bincang tentang perubahan yang telah berlaku dalam dunia pembelajaran dan pengajaran.
• Mainkan video “How will you teach me in the 21st century ? ”
• Bincangkan tentang peranan guru dalam merealisasikan perubahan ini.

2.1 Bagaimana Menggunakan
Sumber Pembelajaran Sebagai

Tugasan (Pengguna: Guru)

2.1 How to Use Your Classroom Resource
as an Assignment (User: Staff)

transforming education through the Internet 105

Bagaimana Menggunakan Sumber Pembelajaran
Sebagai Tugasan

TUGASAN:

Menggunakan sumber pembelajaran sebagai tugasan.

OBJEKTIF: ke dalam sumber

Memastikan para peserta memahami cara untuk menambah Text Activity Widget
pembelajaran mereka.

TEMPOH MASA:

20 minit

ALATAN DIPERLUKAN:

• VIDEO 2.1 – Bagaimana Menggunakan Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan
• Komputer
• Papan putih
• Pen penanda
• Buku nota
• Projektor
• Kertas & pen

TATACARA:

1. PENGENALAN
• Jurulatih akan menerangkan tujuan sesi ini diadakan.
• Jurulatih akan menerangkan bagaimana sumber pembelajaran boleh diubah kepada aktiviti
dengan menggunakan Text Activity Widget. Para pelajar akan dikehendaki untuk menyerahkan
jawapan-jawapan mereka dengan menaip di dalam Text Activity Widget. Jawapan ini kemudian
akan diserahkan kepada guru-guru untuk tujuan pemarkahan.

2. VIDEO - Bagaimana Menggunakan Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan
Jurulatih akan memainkan klip video dan meminta peserta mengikuti panduan yang diberikan.

3. SESI IMBASAN
Jurulatih akan mengimbas semula objektif sesi ini dan membuka ruang untuk sebarang pertanyaan.



transforming education through the Internet 106

Panduan Pengguna

Bagaimana Menggunakan Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan
Semua laman yang dihasilkan dalam VLE boleh dijadikan sebagai tugasan dan diberi kepada pelajar
untuk disiapkan. Contoh tugasan yang boleh diberi ialah memberi arahan kepada pelajar untuk membaca
kandungan laman atau memuat naik fail untuk disemak. Bagi membolehkan pelajar menghantar tugasan
mereka, dua jenis Activity Widgets di dalam Content Panel boleh digunakan.

Text Activity. Widget ini membolehkan guru memasukkan arahan
untuk tugasan yang akan diberi. Setelah tugasan dihantar kepada
pelajar, pelajar boleh memasukkan pula jawapan mereka dan
menghantar tugasan tersebut kepada guru mereka untuk disemak.

File Drop. Pelajar boleh memuat naik fail yang ingin disemak oleh
guru dengan menggunakan widget ini. Terdapat tetapan untuk
menentukan bahawa hanya pengguna yang memuat naik fail
sahaja yang boleh melihat fail tersebut. Tetapan ini berguna jika
seluruh kumpulan memuat naik fail. Ia juga boleh ditetapkan untuk
membenarkan pengguna memadamkan fail setelah dimuat naik.
Activity Widgets boleh digunakan bersama dengan widget lain. Misalnya, anda boleh menggunakan widget
Text, Media (imej, video atau fail audio), Forums dan Wall untuk menjadikan laman anda lebih menarik.
Guru boleh menghantar mesej kepada para pelajar atau kumpulan yang diberi tugasan, secara individu
ataupun secara berkumpulan. Ini dapat membantu pelajar menyelesaikan kemusykilan mereka dengan
mudah dan pantas. Setiap komunikasi antara pelajar dan guru akan muncul dalam panel Notifications.

Menambah Activity Widgets Dalam Laman
Buka laman yang ingin dijadikan sebagai tugasan. Anda boleh mengaksesnya dari Sites dalam Resource
Manager.

transforming education through the Internet 107

Langkah pertama, masukkan widget Text Activity ke dalam laman anda. Untuk memasukkan widget ini, klik
Edit di sebelah kiri skrin untuk memaparkan Content Panel.

Tambahkan tab baru dalam halaman dan namakannya sebagai ‘Assignments’. Pelajar akan mengakses
tugasan mereka di halaman ini.

Di Content Panel, klik pada tab Widgets.
Pilih widget Text Activity dan seret widget tersebut masuk ke dalam kotak susun atur di dalam halaman.

transforming education through the Internet 108

Klik pada widget untuk membuka tetapan.

Masukkan arahan untuk pelajar ke dalam kotak teks di bahagian Settings. Teks yang ditaip kemudiannya
akan muncul dalam widget Text Activity di halaman tersebut.

Klik Save Changes untuk menyimpan perubahan.

transforming education through the Internet 109

Widget File Drop perlu digunakan bersama widget Text. Pilih widget Text dan tarik widget itu ke dalam kotak
kandungan pada halaman anda.

Klik sample text yang tertera pada kotak kandungan.

Taipkan arahan ke dalam kotak teks.

transforming education through the Internet 110

Pilih widget File Drop dan tarik widget tersebut ke dalam kotak kandungan di halaman anda.

Klik pada kotak kandungan File Drop yang tertera di halaman.

Di Content Panel, gunakan menu ke bawah untuk menentukan sama ada pelajar dibenarkan untuk melihat
fail-fail lain dalam File Drop atau sebaliknya. Pilihan yang tersedia ketika ini ialah:
. Individual. Pengguna hanya boleh melihat fail yang

dimuat naik olehnya.
Group. Pengguna boleh melihat dan memuat turun
semua fail yang dimuat naik oleh pengguna yang lain.

Untuk membenarkan pelajar memadamkan fail setelah
muat naik, klik kotak tanda.

transforming education through the Internet 111

Klik butang Save Changes untuk menyimpan perubahan.
Kemudian, klik butang x untuk menutup Content Panel.
Tugasan anda kini sedia untuk dihantar kepada pelajar.

2.2 Bagaimana Menghantar Sumber
Pembelajaran Sebagai Tugasan
(Pengguna: Guru)

2.2 How to Assign Your Classroom Resource (User: Staff)

transforming education through the Internet 113

Bagaimana Menghantar Sumber Pembelajaran
Sebagai Tugasan

TUGASAN:

Menghantar sumber pembelajaran sebagai tugasan.

OBJEKTIF:

Memastikan peserta memahami cara mengagihkan tugasan dan menghantar mesej kepada pelajar dan
kumpulan.

TEMPOH MASA:

20 minit

ALATAN DIPERLUKAN:

• VIDEO 2.2 – Bagaimana Menghantar Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan
• Komputer
• Papan putih
• Pen penanda
• Buku nota
• Projektor
• Kertas & pen

TATACARA:

1. PENGENALAN
Jurulatih menerangkan tujuan sesi ini diadakan.
Dalam sesi ini, anda akan ditunjukkan cara untuk menghantar sumber pembelajaran sebagai tugasan serta
cara menghantar mesej kepada pelajar dengan menggunakan fungsi Assign.
Menghantar tugasan dengan cara ini mempunyai kebaikan berikut:

• Mesej yang konsisten.
Tugasan yang sama boleh dihantar kepada pelajar dan kumpulan yang berbeza.

• Aktiviti yang berunsur interaktif.
Tugasan boleh melibatkan pelbagai format media termasuk imej, video, forum dan pautan luar.
Ini akan menjadikan pembelajaran menjadi satu pengalaman yang lebih menyeronokkan untuk
pelajar.

transforming education through the Internet 114

• Maklum balas formatif
Fungsi mesej dalam Assignments boleh digunakan untuk memberi maklum balas sebelum, semasa
dan selepas sesuatu tugasan dikembalikan. Ini dapat membantu para pelajar untuk menghasilkan
kualiti tugasan yang lebih baik.

2. VIDEO- Bagaimana Menghantar Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan.
Jurulatih memainkan klip video dan meminta peserta mengikut arahan pada video itu.

3. SESI IMBASAN
Jurulatih mengimbas kembali objektif sesi dan membuka sesi soal jawab.

transforming education through the Internet 115

Panduan Pengguna

Klik Share pada Frog Bar. Setelah itu, tetingkap Share or Assign akan terbuka.

Klik Assign.

transforming education through the Internet 116

Isikan maklumat berkaitan dan masukkan nama tugasan anda ke dalam ruang Assignment Name. Gunakan
menu ke bawah Subject untuk memilih mata pelajaran yang bersesuaian dengan tugasan tersebut.

Dalam ruangan Recipients, taipkan nama pengguna atau kumpulan yang bakal menerima tugasan ini.
Setelah selesai, klik butang Add untuk memasukkan nama tersebut ke dalam senarai.
Klik Next untuk meneruskannya.

transforming education through the Internet 117

Klik kotak tarikh di sebelah Assignment available from untuk menentukan tarikh mula dan tarikh akhir tugasan
tersebut. Gunakan kalendar yang terpapar untuk memilih tarikh anda.

Setiap aktiviti tugasan boleh mempunyai tarikh serahan masing-masing. Klik kotak tarikh di ruang Activities
untuk menetapkan tarikh serahan yang dikehendaki bagi setiap aktiviti yang diadakan.

transforming education through the Internet 118

Masukkan arahan ke dalam ruangan Instructions. Jika anda ingin memberi arahan tambahan, sila masukkan
ke dalam kotak yang disediakan.

Untuk mendapat maklum balas pelajar tentang tugasan yang diberi, klik kotak Ask for Self Evaluation.
Kemudian, klik butang Assign yang berwarna biru untuk menghantar tugasan anda.

Tugasan tersebut akan dihantar kepada pelajar yang telah anda senaraikan. Mereka akan menerima satu
mesej di dalam panel Notification berkaitan tugasan yang diberi.

2.3 Bagaimana Pelajar Menyiapkan
Tugasan (Pengguna: Pelajar)

2.3 How Students Complete an Assignment (User: Student)

transforming education through the Internet 120

Bagaimana Pelajar Menyiapkan Tugasan

TUGASAN:

Menyiapkan tugasan.

OBJEKTIF:

Memastikan para peserta memahami bagaimana pelajar menerima dan menyiapkan tugasan mereka.

TEMPOH MASA:

20 minit

ALATAN DIPERLUKAN:

• VIDEO 2.3 – Bagaimana Pelajar Menyiapkan Tugasan
• Komputer
• Papan surat
• Pen penanda
• Buku nota
• Projektor
• Kertas & pen

TATACARA:

1. PENGENALAN
Jurulatih akan menerangkan tujuan sesi tersebut. Dalam sesi ini, anda akan faham bagaimana pelajar
menerima dan menyiapkan tugasan mereka.

2. VIDEO - Bagaimana Pelajar Menyiapkan Tugasan
Jurulatih akan memainkan klip video dan meminta para peserta mengikuti arahan-arahan yang ditayangkan
di dalam video.

3. SESI IMBASAN
Jurulatih mengimbas kembali objektif sesi tersebut dan membuka ruang untuk sesi soal jawab.

transforming education through the Internet 121

Panduan Pengguna

Bagaimana Pelajar Menyiapkan Tugasan Mereka
Penting! Untuk menyiapkan tugasan, anda harus log masuk ke dalam Frog sebagai pelajar terlebih dahulu.
Setelah sesuatu tugasan diberikan oleh guru, pelajar akan menerima mesej di panel Notifications. Ikon
Notifications akan memaparkan jumlah mesej yang belum dibaca oleh pelajar.

Pelajar kemudiannya perlu mengklik panel Notifications tersebut dan
kemudiannya mengklik deskripsi berkaitan tugasan.
Tetingkap aplikasi Assignments akan terbuka.

Semua tugasan yang baru dihantar akan disenaraikan di dalam tab Open. Pelajar mungkin perlu klik
butang Next untuk mencari tugasan yang diterima dari Notifications. Tarikh dalam lajur Issue Date adalah
tarikh tugasan dihantar oleh guru. Tarikh dalam lajur Due Date adalah tarikh akhir tugasan. Pelajar boleh
menghantar tugasan sebelum tarikh akhir, tetapi tarikh akan berubah berwarna merah sekiranya tugasan
tersebut tamat tempoh dan pelajar masih belum menyiapkan atau menghantar tugasan tersebut.

transforming education through the Internet 122

Gerakkan kursor anda pada tajuk tugasan di lajur Assignment Name untuk melihat arahan tugasan.

Tugasan yang telah dihantar akan bertanda semak (berwarna hijau), di bawah lajur Submitted dan ia tidak
boleh diubah suai.
Untuk membuka tugasan, klik nama tugasan tersebut.

transforming education through the Internet 123

Pelajar boleh melihat laman yang digunakan oleh guru mereka untuk memberi tugasan. Sekiranya tugasan
tidak terpapar di laman utama, pelajar perlu mengklik tab-tab yang terdapat di atas halaman.

Menyiapkan Text Activity
Text Activity adalah kotak yang mengandungi arahan, yang terdapat di panel atas. Pelajar perlu memasukkan
jawapan mereka ke dalam kotak di bahagian bawah.

Setelah maklumat dimasukkan, teks tersebut perlu disimpan dengan mengklik ikon
Submit Activity di bahagian kanan sebelah bawahnya. Guru kini boleh melihat pelajar
yang membuat tugasan di bahagian Text Activity.

transforming education through the Internet 124

Nota: Jika ikon Submit Activity tidak diklik, teks yang dimasukkan tidak akan disimpan sebaik anda selesai
menyiapkan tugasan.

Menyiapkan Aktiviti File Drop
File Drop memudahkan pelajar untuk memuat naik fail yang ingin dihantar kepada guru. Pelajar boleh melihat
fail yang mereka muat naik, atau yang dimuat naik oleh ahli kumpulan lain, bergantung kepada tetapan yang
ditentukan oleh guru.
Pelajar boleh membaca soalan di atas tetingkap File Drop.

Pelajar perlu menyediakan dokumen mereka dan mengklik butang Upload untuk memaparkan File Uploader.

Kemudian, butang biru Choose Files perlu diklik untuk memilih fail yang ingin dimuat naik dari komputer.
Beberapa fail boleh dimuat naik secara serentak.

transforming education through the Internet 125

Pilih fail yang ingin dihantar dengan mengklik Open untuk mula memuat naik fail tersebut.

Apabila muat naik fail selesai, klik Done untuk kembali ke Resource Manager.

Setelah itu, klik butang Submit Activity. Pada masa ini, guru boleh melihat pelajar yang telah menyiapkan
tugasan di bahagian File Drop.

transforming education through the Internet 126

Nota: Jika tetingkap tugasan tertutup, ia bermaksud pelajar masih lagi belum menyiapkan tugasan mereka.
Disebabkan itu, guru tidak boleh melihat atau menyemak tugasan, manakala pelajar pula masih boleh
membuka semula tugasan itu untuk mengubah suai jawapan atau menambah fail-fail lain.

Menghantar Mesej
Jika pelajar ingin menghubungi guru berkaitan sesuatu tugasan, misalnya, untuk mendapatkan keterangan
lanjut tentang tugasan atau memohon supaya diberikan lebih masa, pelajar boleh menghantar mesej
kepada guru menerusi message wall guru tersebut. Nombor yang tertera pada ikon adalah bilangan mesej
di dalam message wall yang berkaitan dengan tugasan berkenaan. Jika nombor pada ikon itu meningkat, ia
bermakna terdapat mesej yang masih belum dibaca.

Pelajar boleh mengklik ikon message wall yang terdapat di sebelah nama tugasan untuk melihat message
wall tersebut.

Untuk menambah mesej ke dalam message wall, klik butang Post. Semua mesej daripada pelajar dan guru
akan dipaparkan pada message wall yang sama.

transforming education through the Internet 127

Menyiapkan Tugasan
Setelah yakin dan pasti dengan tugasan yang disiapkan, klik butang Complete Assignment pada Frog Bar.

Jika dikehendaki, pelajar perlu terlebih dahulu menjawab Self Evaluation yang bertanyakan tentang tahap
kefahaman mereka terhadap tugasan atau soalan yang diberi.

Pelajar juga turut boleh memasukkan komen mengenai tugasan yang diterima. Komen dimasukkan ke
dalam kotak Your comments.
Akhir sekali, pelajar perlu mengklik butang Complete untuk menghantar tugasan kepada guru. Guru akan
menerima dan menyemak tugasan tersebut dan pelajar tidak lagi boleh mengubah jawapan yang dihantar.
Satu mesej pemberitahuan akan dipaparkan di panel Notifications sebagai pengesahan bahawa tugasan
tersebut telah berjaya dihantar.

2.4 Bagaimana Menyemak Tugasan
(Pengguna: Guru)

2.4 How to Mark an Assignment (User: Staff)

transforming education through the Internet 129

Bagaimana Menyemak Tugasan

TUGAS:

Menyemak tugasan.

OBJEKTIF:

Memastikan peserta memahami cara menyemak dan memberi markah tugasan.

TEMPOH MASA:

15 minit

ALATAN DIPERLUKAN:

• VIDEO 2.4 – Bagaimana Menyemak Tugasan
• Komputer
• Papan putih
• Pen penanda
• Buku nota
• Projektor
• Kertas & pen

TATACARA:

1. PENGENALAN
Jurulatih menerangkan tujuan sesi diadakan. Jurulatih menerangkan cara tugasan disemak dan maklum
balas yang diberikan.

2. VIDEO- Bagaimana Menyemak Tugasan
Jurulatih memainkan klip video dan meminta peserta mengikuti arahan dalam video.

3. SESI IMBASAN
Jurulatih mengimbas kembali objektif sesi. Sesi soal jawab dibuka kepada para peserta.

transforming education through the Internet 130

Panduan Pengguna

Semua laman yang dijadikan tugasan perlu disemak dan dihantar semula kepada pelajar atau kumpulan.
Setelah pelajar menghantar tugasan mereka untuk disemak, anda akan menerima pemberitahuan di panel
Notifications. Klik pada ikon Notifications untuk memaparkan maklumat tentang tugasan yang dihantar.
Nota: Anda juga boleh mengakses tugasan yang dihantar melalui ikon Assignments di Quick Launch.

Klik maklumat di panel Notifications untuk membuka tetingkap
Assignments.
Dalam tetingkap Assignments, anda akan dapat melihat nama tugasan yang dihantar kepada pelajar serta
nama penerima tugasan tersebut

Gerakkan kursor pada nama tugasan untuk membaca arahan yang diberikan kepada pelajar. .

transforming education through the Internet 131

Klik pada nama tugasan untuk melihat nama-nama pelajar yang diberikan tugasan berkenaan.

Klik nama pelajar untuk melihat tugasan yang dihantar.

Memuat Turun Fail Yang Dihantar
Widget File Drop terletak di atas Submitted Work. Klik pautan View untuk membuka laman tugasan.

Setelah ia dibuka, anda akan dapat melihat fail yang dimuat naik oleh pelajar.

Untuk memuat turun fail berkenaan, klik pada nama fail dan ia akan berubah menjadi warna biru.

transforming education through the Internet 132

Setelah itu, fail akan dimuat turun ke dalam komputer anda. Klik fail tersebut untuk membukanya.
Nota: Frog VLE tidak boleh membuka atau memainkan fail. Anda memerlukan software yang betul untuk
membuka dan memainkan fail.

Untuk menutup laman tersebut dan kembali ke Assignments, anda perlu klik x di sudut kanan.

Memaparkan Text Activity
Text Activity berada di bawah widget File Drop di kawasan Submitted Work.

Untuk memaparkan Text Activity klik bahagian teks di sebelah kanan.

Teks yang dihantar oleh pelajar akan dibuka dalam tetingkap baru.

Klik OK untuk menutup tetingkap. Anda kini boleh memasukkan markah ke dalam kotak Activity Mark.

transforming education through the Internet 133

Menyemak Tugasan
Maklum balas dan komen pelajar boleh dilihat di bahagian Self Evaluation.

Taipkan komen jika ada, ke dalam kotak Overall Comments. Anda kini perlu memasukkan markah ke dalam
kotak Mark Given. Markah yang diberi adalah markah keseluruhan untuk tugasan.
Klik Save untuk meneruskannya.
Setelah selesai, klik pada anak panah untuk menyemak tugasan pelajar seterusnya.

Menutup Tugasan dan Mengedarkan Markah
Selepas menyemak dan menandakan tugasan pelajar, tugasan perlu ditutup dan anda perlu mengedarkan
markah yang diberi kepada pelajar.
Untuktujuantersebut,kliknamatugasandiNavigation Trail,dibahagianatasAssignments untukmemaparkan
senarai pelajar-pelajar yang menerima tugasan.

transforming education through the Internet 134

Untuk menutup tugasan, sila klik Actions Menu dan kemudian klik Close assignment.
Di tetingkap Close Assignment, tandakan Release marks and notify all recipients.
Untuk menghantar markah yang diiringi dengan mesej, taipkan mesej ke dalam ruangan Add a message.
Klik butang Close untuk menghantar markah dan menutup tugasan. Markah dan mesej yang dimasukkan
akan terpapar di panel Notifications pelajar.

2.5 Bagaimana Menggunakan
Dashboard Sekolah untuk

Komunikasi (Pengguna: Guru)

2.5 How to Use the School Dashboard for
Communication (User: Staff)

transforming education through the Internet 136

Bagaimana Menggunakan Dashboard Sekolah
untuk Komunikasi

TUGASAN:

Menggunakan Dashboard Sekolah untuk berkomunikasi.

OBJEKTIF:

Memahami bagaimana Dashboard Sekolah boleh memudahkan komunikasi antara warga sekolah.

TEMPOH MASA:

15 minit

ALATAN DIPERLUKAN:

• VIDEO 2.5 – Bagaimana Menggunakan Dashboard Sekolah untuk Komunikasi
• Papan Putih
• Pen Penanda
• Buku Nota
• Projektor
• Kertas & Pen

TATACARA:

1. PENGENALAN
• Komunikasi yang baik antara warga sekolah boleh menyumbang kepada pengurusan
dan pentadbiran sekolah yang efisien dan cekap. Komunikasi yang kurang baik pula boleh
menyebabkan berlakunya kesilapan, kekeliruan, kekecewaan and salah tafsir. Dashboard
sekolah boleh membantu mengelakkan perkara-perkara tersebut dari berlaku. Ruangan yang
berada di sebelah Dashboard pengguna telah direka khas sebagai satu laman yang boleh
diakses oleh semua warga sekolah. Maklumat penting seperti acara sekolah, imej, video dan
notis boleh dipaparkan di sini. Untuk lebih mudah dilayari, lebih dari satu halaman boleh dibina
pada Dashboard sekolah untuk memaparkan notis dari unit-unit yang berlainan. Dashboard
Sekolah adalah ibarat papan kenyataan maya sekolah anda!
Nota: Hanya pengguna Pentadbir Frog yang memiliki akses untuk mengedit kandungan Dashboard
Sekolah. Justeru, Pentadbir Frog perlu sentiasa mengemaskini paparan Dashboard Sekolah.

• Mulakan perbincangan mengenai kandungan yang perlu ada pada Dashboard Sekolah
dengan memanfaatkan pengalaman guru yang sedia ada.

transforming education through the Internet 137

SOALAN:
• Bagaimanakah seorang guru atau pelajar mengetahui tentang acara yang diadakan di sekolah?
• Apakah cara terkini yang digunakan untuk mengingatkan tentang acara yang diadakan di
sekolah?
• Pernahkah anda tidak tahu tentang mana-mana acara sekolah yang diadakan?
• Mengapakah ia boleh terjadi?
• Apakah perkara mengenai sekolah yang anda ingin tahu?

2. VIDEO- Bagaimana Menggunakan Dashboard Sekolah untuk Komunikasi

• Jurulatih menerangkan kandungan video.
• Mainkan klip video tersebut.
• Minta peserta menyaksikan video tersebut dan mencatat nota.

3. SESI IMBASAN

Tunjukkan aplikasi yang berlainan yang terdapat di Dashboard Sekolah dan adakan sesi soal jawab.

transforming education through the Internet 138

Panduan Pengguna

Bagaimana Menggunakan Dashboard Sekolah untuk Komunikasi
Penting! Untuk mengedit Dashboard Sekolah, anda perlu log masuk sebagai Pentadbir Frog VLE.

Untuk mengakses Dashboard Sekolah, sila klik anak panah kanan pada Dashboard Switch yang be-
rada di Frog Bar. Dashboard Sekolah juga boleh diakses dari ruangan Applications di dalam Resource
Manager.
Seterusnya anda akan dibawa ke Dashboard Sekolah, yang memaparkan notis-notis serta maklumat
sekolah.

transforming education through the Internet 139

Notis Sekolah

Kita akan gunakan widget School Notices.
Widget ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu Sekolah, Akademik, Kokurikulum dan Hem. Hanya Pentadbir
Frog VLE yang dibenarkan untuk mengedit School Notices pada School Dashboard, yang boleh dilakukan
mengikut kategori.
Contoh notis yang boleh dipaparkan ialah Notis Cuti Ganti dan kejayaan pasukan sekolah dalam aktiviti ko-
kurikulum.

MOE RSS

Di dalam Dashboard Sekolah juga terdapat MOE RSS yang menyalurkan maklumat-maklumat terkini dari
KPM untuk para guru dan pelajar. MOE RSS ini dikemaskini oleh KPM dan antara maklumat berkaitan
pendidikan yang disediakan ialah seperti: Pekeliling Tatacara Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang
Sekolah, Sebut Harga Kerja-Kerja Pembaikan dan Penyelenggaraan Sekolah Menengah dan Sekolah
Kebangsaan Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang. Maklumat pada widget ini dikemaskini secara
automatik, tanpa dikawal oleh pihak sekolah.
School Calendar

Widget ini digunakan untuk memaparkan acara atau
aktiviti yang sedang dan akan berlangsung. Ia boleh
memaparkan 5, 10 atau 15 acara pada dashboard,
yang berasaskan School Calendar yang dikemaskini
dengan tarikh-tarikh penting. Aktiviti sepanjang minggu
di sekolah juga boleh dipaparkan. Misalnya, Program
Merentas Desa, Peperiksaan Percubaan SPM dll.

2.6 Bagaimana Menghasilkan
Forum Perbincangan
(Pengguna: Guru)

2.6 How to Create a Discussion Forum (User: Staff)

transforming education through the Internet 141

Bagaimana Menghasilkan Forum Perbincangan

TUGASAN:

Menghasilkan forum perbincangan.

OBJEKTIF:

Memahami dengan baik bagaimana forum boleh dihasilkan dan digunakan untuk menyokong komunikasi
di antara guru / pelajar.

TEMPOH MASA:

15 minit

ALATAN DIPERLUKAN:

• Video 2.6 - Bagaimana Menghasilkan Sebuah Forum Perbincangan
• Komputer
• Papan putih
• Pen penanda
• Buku nota
• Projektor
• Kertas & pen

TATACARA:

1. PENGENALAN
Jurulatih mengajukan soalan untuk mendapatkan maklum balas tentang topik tersebut.

SOALAN:
• Pernahkah anda mendengar tentang forum? Berapa ramaikah di antara anda pernah
mengambil bahagian di dalam forum?
• Bolehkah anda namakan beberapa forum yang anda tahu?
• Apakah yang anda bincangkan? Adakah anda poskannya atau anda memberi respon kepada
topik orang lain?
• Mengapakah anda berbuat demikian?
• Bagi sesiapa yang belum pernah mengambil bahagian dalam forum di internet, bagaimanakah
anda berkongsi pendapat dan membuat perbincangan?
• Bagi guru-guru, jika anda memerlukan pendapat daripada rakan sekerja dan para pelajar,
apakah yang anda akan lakukan?

transforming education through the Internet 142

Jurulatih mula membuka topik perbincangan soalan forum dan mengesahkan maklum balas yang telah
diposkan. Minta peserta mencatat nota tentang jenis-jenis soalan yang diposkan di dalam forum. Bincang
tentang bentuk soalan yang biasa diajukan dan kenapa forum menjadi tempat yang popular untuk soalan-
soalan seperti itu. Maklumkan peserta bahawa mungkin terdapat beratus-ratus maklum balas dan maklumat
yang diposkan adalah tidak sahih.

2. VIDEO - Bagaimana Menghasilkan Forum Perbincangan
• Jurulatih memainkan klip video serta menunjukkan cara untuk menghasilkan forum.
• Peserta menghasilkan topik forum masing-masing di akhir tayangan video.

transforming education through the Internet 143

Panduan Pengguna

Bagaimana Menghasilkan Forum Perbincangan
Klik Quick Launch di Frog Bar dan klik pada Forums.

Untuk memasukkan topik perbincangan baru, klik butang Create Topic.

Masukkan tajuk topik anda ke dalam kotak Title serta deskripsi tajuk di bahagian Content.

transforming education through the Internet 144

Jika topik anda agak penting dan anda mahu topik tersebut kekal di atas senarai forum, tandakan kotak
Sticky topic.

Klik Submit untuk menghantar topik anda.

Topik forum anda kini sudahpun dimasukkan.

Memasukkan Forum Perbincangan Ke Dalam Laman
Buka laman untuk berada di dalam mod edit. Klik tab baru untuk memasukkan Forum. Tindakan ini akan
meletakkan forum dalam satu halaman tersendiri, sekaligus memudahkan pengguna untuk membacanya.

Seret widget Forum ke halaman baru tersebut.

transforming education through the Internet 145

Klik dua kali pada kotak kandungan untuk memaparkan tetapan widget Forum.

Anda akan diberi pilihan untuk menetapkan bagaimana pengguna boleh memadam maklum balas forum.
Pengguna boleh memadam dan mengedit maklum balas forum berdasarkan pilihan berikut:

• Never (default) – pembuat laman sahaja yang boleh mengedit dan memadam maklum balas.
• Temporarily: dalam tempoh 2 min, 5 min, 15 min – sebaik pengguna memberi maklum balas,

mereka mempunyai masa yang terhad untuk mengubah atau memadamkan mesej tersebut.
• Always – Pengguna boleh mengubah atau memadamkan maklum balas pada bila-bila masa.
Nota: Hanya Pentadbir Frog VLE dan pencipta laman yang boleh memadamkan maklum balas.
Untuk memasukkan tajuk forum, masukkan widget Text di atas forum.

Klik dua kali pada kotak kandungan widget Text.

transforming education through the Internet 146

Taipkan tajuk Forum.

Klik butang Save Changes untuk menyimpan perubahan.
Untuk menutup Content Panel klik butang x.
Nota: Anda mesti menukar pilihan Share pada laman anda kepada sekurang-kurangnya pilihan Can
Contribute agar pengguna lain boleh memberi maklum balas pada forum dalam laman ini.

2.7 Pengenalan kepada Frog
Community Site (Pengguna: Guru)

2.7 Introduction to the Frog Community Site (User: Staff)


Click to View FlipBook Version