The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmad.yusoff, 2015-10-02 20:14:05

MTG JAN 2014 v.6 - All Modules

MTG JAN 2014 v.6 - All Modules

transforming education through the Internet 148

Pengenalan kepada Frog Community Site

TUGASAN:

Gambaran Keseluruhan Frog Community Site.

OBJEKTIF:

Meningkatkan kesedaran pengguna tentang keupayaan Frog Community Site dalam membantu komunikasi
antara sekolah.

TEMPOH MASA:

15 minit

ALATAN DIPERLUKAN:

• VIDEO 2.7 – Pengenalan kepada Frog Community Site.

TATACARA:

1. PENGENALAN KEPADA FROG COMMUNITY SITE

Jurulatih menerangkan tentang Frog Community Site dan kebaikan menyertainya kepada para guru.
Frog Community Site adalah satu laman yang boleh memudahkan guru-guru dan sekolah-sekolah
membentuk hubungan sosial sesama sendiri. Di laman ini mereka boleh saling berkongsi idea, aktiviti, acara,
minat, amalan terbaik dan pengalaman semasa di dalam mahupun di luar sekolah.

Dengan berkongsi pengalaman dan mengumpulkan idea-idea serta cerita-cerita mengenai kejayaan, kami
boleh membina salah satu komuniti guru yang terbaik dan berkembang maju di seluruh dunia.

Dengan adanya rangkaian teknologi sosial, guru-guru akan mempunyai keupayaan untuk berkomunikasi di
antara satu sama lain, membina kumpulan baru yang mempunyai minat yang sama dan membincangkan
topik-topik terkini. Seperti rangkaian sosial yang lain, pengguna diberi pilihan untuk melibatkan diri dalam
aktiviti mengikut minat dan kesukaan masing-masing.

transforming education through the Internet 149

Sekarang, marilah meneroka Frog Community Site ini.

Frog Community Site terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Your Frog Journey, Resources, Case
Studies & Get Involved, dan FrogStore.

1. Your Frog Journey
Your Frog Journey boleh membantu guru dan Pentadbir Frog VLE untuk menjayakan pelaksanaan
Frog di sekolah mereka melalui Program Transformasi Frog, yang mengandungi senarai semak
yang dilengkapi dengan objektif dan aktiviti yang perlu dicapai dalam masa tertentu. Tanpa mengira
dari jenis sekolah manakah anda, program kami ini direka untuk membantu membina keyakinan
pengguna dan sekolah anda tentang keupayaan mereka untuk melayari dan menggunakan Frog
dengan berkesan. Untuk mendengar kisah guru-guru yang menyertai program dan menggunakan
sumber-sumber kami, sila klik Case Studies.

2. Resources
Guru boleh mendapatkan sumber-sumber yang bermanfaat daripada Community Site untuk diguna-
kan dalam Frog Journey di sekolah mereka. Sumber-sumber ini adalah merangkumi bahan-bahan
pengajaran yang boleh dimuat turun serta idea-idea dan tip-tip tentang cara menggunakan Frog bagi
meningkatkan lagi pengalaman pengajaran dan pembelajaran ke peringkat selanjutnya.

3. Case Studies & Get Involved
Ini adalah nadi utama Community Site, ia menyimpan kisah-kisah menarik yang dikongsi oleh guru-
guru di seluruh negara! Tontoni video dan ikuti pengalaman bilik darjah guru-guru lain dan kisah
terbaik mereka bersama Frog! Klik Get Involved dan sertailah komuniti pembelajaran ini dengan
berkongsikan kisah anda!

4. FrogStore
Baca ulasan tentang bahan-bahan pembelajaran lain yang disarankan yang terdapat dalam Frog-
Store. Ulasan-ulasan ini dapat membantu anda untuk memilih jenis bahan pengajaran seperti Laman
pengajaran, video dan aplikasi pendidikan yang bersesuaian dengan pengajaran anda dan tentang
apa yang anda boleh sarankan kepada pelajar untuk membantu mereka mempertingkatkan kemahi-
ran diri berdasarkan jenis gaya pembelajaran mereka.

Soalan:
• Pada pandangan anda, bagaimanakah Frog Community Site dapat membantu sekolah anda?
• Apakah kebaikan berkomunikasi dengan sekolah lain?

2.8 Bagaimana Menambah
Pengguna Baru

(Pengguna: Pentadbir)

2.8 How to Add a New User (User: Admin)

transforming education through the Internet 151

Bagaimana Menambah Pengguna Baru

TUGASAN:

Menambah pengguna baru ke dalam Frog VLE.

OBJEKTIF:

Memastikan peserta memahami dengan jelas tentang cara pengguna baru ditambah ke dalam Frog VLE.

TEMPOH MASA:

15 minit

ALATAN DIPERLUKAN:

• VIDEO 2.8 – Bagaimana Menambah Pengguna Baru
• Komputer
• Papan putih
• Pen penanda
• Buku nota
• Projektor
• Kertas & pen

TATACARA:

1. OBJEKTIF
Jurulatih menerangkan tentang jenis-jenis pengguna yang berbeza dan tahap akses mereka.

• Dalam tetapan lalai, hampir kesemua pengguna ditambah ke dalam Frog VLE secara automatik.
Bagaimanapun, anda juga mungkin perlu menambah pengguna secara manual. Ini kerana
mungkin terdapat guru atau pelajar baru yang tidak memiliki ID pengguna.

• Menambah pengguna adalah satu proses yang mudah. Namun, anda perlu ingat bahawa
para pengguna terbahagi kepada 3 kategori yang berbeza iaitu:

Pentadbir Frog – Pentadbir Frog memiliki tahap akses yang terbesar di antara semua jenis pengguna. Mereka
boleh mengedit semua platform termasuk Dashboard sekolah dan mengakses semua sistem pengurusan
pengguna.
Guru – Guru memiliki tahap akses untuk semua fungsi yang tersedia di dalam VLE, kecuali fungsi pentadbir
Frog dan Dashboard Sekolah.
Pelajar – Pelajar hanya memiliki tahap akses yang terhad iaitu hanya untuk Dashboard peribadi dan kawasan
My Documents.

transforming education through the Internet 152

2. VIDEO
• Jurulatih menerangkan tentang kandungan video.
• Jurulatih memainkan video.

3. RUMUSAN
Jurulatih merumuskan tentang jenis-jenis pengguna dan bagaimana pengguna boleh ditambah.

transforming education through the Internet 153

Panduan Pengguna

Bagaimana Menambah Pengguna Baru Di Frog VLE
Antara peranan utama pentadbir Frog VLE ialah menambah, mengedit, mengaktifkan fungsi Enable/Disable
dan mengeset semula kata laluan pengguna di dalam VLE.

Tugas ini boleh dilakukan melalui aplikasi Users.

Untuk mengaksesnya, pergi ke Resource Manager dengan mengklik ikon Resource Manager di Frog Bar.

Setelah tetingkap Resource Manager terbuka, sila klik ikon
Applications.

Kemudian, klik ikon Users.

transforming education through the Internet 154

Menambah Pengguna Baru
Skrin di bawah adalah tempat untuk anda menambah pengguna baru, mengedit pengguna yang sedia ada
dan mengaktifkan fungsi Enable/Disable. Anda juga boleh menukar kata laluan pengguna di sini.

Mulakan proses ini dengan memilih jenis pengguna yang ingin ditambah (Student, Teachers). Klik pada tab
yang dikehendaki.
Nota: Untuk menambah pengguna baru ke dalam Frog VLE, pilih tab yang berkaitan.

Menambah Pelajar Baru
Setelah anda memilih jenis pengguna, klik butang Create New Student di sudut kiri.

Skrin seterusnya memaparkan 2 borang yang perlu dilengkapkan iaitu borang: Student information, dan
Parent or Guardian. Kedua-dua bahagian ini boleh diakses dengan memilih tab-tab di atas halaman.

Masukkan maklumat peribadi pelajar ke dalam borang Student Information. Sesetengah ruang memerlukan
anda untuk memilih menu ke bawah. Setelah melengkapkannya, klik butang Next dan anda akan diminta
pula untuk mengisi borang Parent or Guardian.
Nota: Ruangan bertanda * adalah wajib diisi.

transforming education through the Internet 155

Setelah selesai, klik butang Save di sudut kanan.
Sila semak maklumat pengguna dan klik butang Confirm untuk menambah pengguna tersebut ke dalam VLE.

Pengguna pelajar baru kini sudah ditambah ke dalam VLE. Butiran log masuk untuk pelajar dan ibu bapa atau
penjaga akan tertera pada skrin.
Penting! Kata laluan yang dipaparkan tidak akan disimpan setelah skrin ini ditutup. Oleh itu, anda dinasihatkan
agar mencatat butiran yang dipaparkan.

2.9 Bagaimana Menambah
Kumpulan Baru

(Pengguna: Pentadbir)

2.9 How to Add a New Group (User: Admin)

transforming education through the Internet 157

Bagaimana Menambah Kumpulan Baru

TUGASAN:

Menambah kumpulan ke dalam Frog VLE.

OBJEKTIF:

Untuk memahami bagaimana kumpulan dapat ditambah ke dalam Frog VLE.

TEMPOH MASA:

15 minit

ALATAN DIPERLUKAN:

• VIDEO 2.9 – Bagaimana Menambah Kumpulan Baru
• Komputer
• Papan putih
• Pen penanda
• Buku nota
• Projektor
• Pen

TATACARA:

1. PENGENALAN
Jurulatih menjelaskan tentang jenis-jenis kumpulan yang berbeza dan kegunaannya.
Kumpulan digunakan untuk menyelaras tugas-tugas pentadbiran dalam Frog VLE. Kumpulan juga boleh
ditambah, diedit dan dipadam oleh pengguna Pentadbir Frog bila perlu. Kumpulan mungkin terdiri daripada
kelab ko-kurikulum, pasukan sekolah, persatuan dan kakitangan pentadbiran. Pembentukan kumpulan
dapat mempercepatkan dan mempermudahkan perkongsian serta pengagihan tugasan kerana guru tidak
lagi perlu menambah pelajar ke dalam VLE satu persatu. Anda juga boleh mengubah suai kumpulan iaitu
dengan menambah atau memadamkan nama pelajar atau guru dari kumpulan. Dalam tetapan lalai di Frog
VLE, terdapat kumpulan-kumpulan yang dibahagikan mengikut kelas.
2. VIDEO- Bagaimana Menambah Kumpulan Baru

• Jurulatih menerangkan tentang kandungan video
• Jurulatih memainkan klip video.

3. RUMUSAN
Jurulatih merumuskan tentang jenis-jenis kumpulan yang berbeza, bagaimana kumpulan boleh ditambah ke
dalam Frog VLE dan kumpulan yang sedia digunakan.

transforming education through the Internet 158

Panduan Pengguna

Antara peranan utama Pentadbir Frog VLE ialah menambah, mengedit dan memadam kumpulan dalam VLE.

Tugas ini boleh dilaksanakan melalui aplikasi Groups.
Untuk mengakses aplikasi ini, klik ikon Resource Manager pada Frog Bar.

Di tetingkap Resource Manager pula, sila klik
Applications.

Sekarang, klik ikon Groups.

Skrin kumpulan akan dipaparkan.

transforming education through the Internet 159

Untuk menambah kumpulan baru, klik butang New Group.

Halaman Group Name akan terpapar dan sila taipkan nama kumpulan yang ingin ditambah.

Dalam menu ke bawah Group type pula, pilih jenis kategori kumpulan anda yang bersesuaian.

Kemudian, klik butang Save untuk menyimpan kumpulan anda.

transforming education through the Internet 160

Anda sudahpun menambah kumpulan dan kini anda perlu menambah pengguna ke dalamnya. Untuk
berbuat demikian, klik nama kumpulan dari senarai untuk memilihnya. Setelah dipilih, anak panah akan
muncul di sebelah kanan.

Untuk mengedit kumpulan, klik butang Edit di sebelah kanan.

Untuk menambah pengguna, masukkan beberapa aksara nama pengguna yang anda ingin
tambah.

transforming education through the Internet 161

Klik nama tersebut apabila ia muncul di dalam senarai. Tindakan tersebut akan memindahkan
nama tersebut ke dalam senarai di sebelah kiri.

Teruskan menambah nama pengguna dengan cara yang sama.

Setelah semua nama yang anda ingin masukkan ke dalam kumpulan ditambah, klik butang
Save.

2.10 Bagaimana Mengedit
Dashboard Sekolah

(Pengguna: Pentadbir)

2.10 How to Edit the School Dashboard (User: Admin)

transforming education through the Internet 163

Bagaimana Mengedit Dashboard Sekolah

TUGASAN:

Mengedit Dashboard Sekolah.

OBJEKTIF:

Memahami tentang cara mengemaskinikan Dashboard Sekolah dengan notis, kalendar dan MOE RSS Feed.

TEMPOH MASA:

30 minit

ALATAN DIPERLUKAN:

• VIDEO 2.10 – Bagaimana Mengedit Dashboard Sekolah
• Komputer
• Papan putih
• Pen penanda
• Buku nota
• Projektor
• Kertas & pen

TATACARA:

1. PENGENALAN
• Jurulatih menerangkan tahap akses dan tanggungjawab pengguna Pentadbir Frog dan guru-
guru.
• Jurulatih menggalakkan para peserta untuk memikirkan kegunaan dan kepentingan Dashboard
Sekolah.
• Dashboard memaparkan maklumat baru atau maklumat yang perlu disampaikan kepada
seluruh warga sekolah. Dashboard ini memaparkan notis dan maklumat yang diurus oleh
sekolah anda. Ia juga mengandungi MOE RSS Feed untuk memaklumkan anda tentang berita
pendidikan atau maklumat yang perlu diketahui oleh sekolah dan guru-guru. Dashboard
Sekolah hanya boleh diubahsuai oleh pengguna pentadbir Frog sekolah. Ia boleh diakses
dengan mengklik anak panah Dashboard Switch yang terletak di bahagian tengah Frog Bar.

2. VIDEO
• Jurulatih menerangkan kandungan klip video.
• Video ini akan menunjukkan cara-cara untuk mengubah suai Dashboard sekolah anda.
• Jurulatih memainkan klip video.

transforming education through the Internet 164

3. RUMUSAN
Jurulatih merumuskan sesi dan menekankan tentang kepentingan Dashboard Sekolah kepada komuniti
sekolah. Jurulatih berkongsi idea mengenai maklumat yang boleh dipamerkan di Dashboard Sekolah.

transforming education through the Internet 165

Panduan Pengguna

Bagaimana Mengedit Dashboard Sekolah
Penting! Untuk mengubah suai Dashboard Sekolah, anda perlu log masuk ke dalam Frog VLE sebagai
pengguna Pentadbir Frog VLE.
Sila klik anak panah kanan Dashboard Switch untuk memaparkan Dashboard Sekolah.

Klik butang Edit di sebelah kiri skrin. Ia akan memaparkan Content Tray.

Content Tray mengandungi tiga tab pilihan iaitu Layout, Widgets dan Settings.
Tab Layout ini digunakan untuk menukar bilangan dan
kedudukan kotak kandungan dalam halaman.
Tab Widgets boleh diseret masuk ke dalam lajur di dalam
halaman anda untuk menambah kandungan seperti teks,
video dan gambar.
Tab Settings digunakan untuk menukar nama dan tema
Dashboard.

Menukar Tetapan dalam School Dashboard

Dalam Content Tray, klik pada tab Settings.
Untuk menukar nama Dashboard Sekolah, masukkan nama yang
dikehendaki ke dalam kotak Name of Site. Nama halaman akan
dikemaskini secara automatik. Anda juga boleh memasukkan
mesej alu-aluan ke dalam kotak tersebut; misalnya: Welcome to
SMK Frog.

transforming education through the Internet 166

Nama School Dashboard akan terpapar di atas halaman.

Menukar Susun Atur Dashboard Sekolah
Seterusnya, untuk menukar tema School Dashboard, pilih tema
baru dari menu dengan mengklik anak panah kecil di sebelah
tema. Sebaik tema baru dipilih, tema Dashboard tersebut akan
dikemaskini secara automatik.

Untuk menukar susun atur Dashboard, klik tab Layout.

Untuk memilih bilangan susun atur yang ingin diletakkan dalam
halaman anda, pilih nombor yang terpapar di dalam kotak yang
tersedia. Sekiranya anda mahu di laman anda terdapat tiga susun atur,
klik kotak nombor 3.
Setelah anda mengklik susun atur yang sesuai, halaman anda akan
dikemaskini dengan pilihan susunan kotak berkaitan, secara automatik.

transforming education through the Internet 167

Bergantung kepada tema yang dipilih, susun atur Dashboard Sekolah anda akan kelihatan seperti ini:

Mengubah Suai Dashboard Dengan Widgets

Di dalam Content Tray, klik pada tab Widgets. Anda akan
melihat semua widgets yang disediakan kepada anda
sebagai pengguna Pentadbir Frog VLE. Setiap widget
boleh dikenali melalui nama dan ikonnya yang tersendiri.
Widget adalah komponen laman atau dashboard yang
membolehkan para pengguna menggunakannya untuk
sesuatu fungsi atau mengakses perkhidmatan. Widget
boleh digunakan dengan menyeretnya masuk ke dalam
kotak kandungan pada halaman dan tetapannya boleh
ditentukan. Lebih daripada satu widget boleh digunakan
dalam satu-satu halaman.

Terdapat banyak widgets yang boleh membantu anda untuk menghasilkan Dashboard sekolah. Pentadbir
Frog mempunyai kelebihan untuk menggunakan dua widget tambahan iaitu MOE RSS dan School Notices.

transforming education through the Internet 168

Menambah Widget School Notices Pada Dashboard

Kini, anda akan memasukkan widget School Notices.
Di Content Tray, sila pilih widget School Notices dan seret widget tersebut ke dalam kotak di halaman anda.
Pastikan kotak kandungan bertukar ke warna biru sebelum anda melepaskan widget tersebut.
Klik dua kali pada kotak kandungan.

Pilihan untuk memformat widget School Notices akan dipaparkan di sebelah kiri.

Nota: School Notices mengandungi 4 tab berbeza yang boleh dipilih iaitu Sekolah, Akademik, Kokurikulum
dan Hem. Pengguna disaran meletakkan notis mengikut kategori notis yang bersesuaian. Bagaimanapun,
Pentadbir Frog VLE sahaja yang diberi akses untuk widget ini. Justeru, sekiranya anda mempunyai maklumat
yang anda ingin paparkan, sila berhubung terus dengan Pentadbir Frog VLE untuk mendapatkan bantuan
pemaparan.

transforming education through the Internet 169

Untuk menambah notis, sila masukkan maklumat yang ingin dipaparkan ke dalam panel tetapan.
Misalnya, untuk kategori Sekolah, anda mungkin mahu memaklumkan seluruh warga sekolah bahawa
Kempen Go Green telah ditunda. Notis tersebut akan terpapar sebagai Kempen Go Green telah ditunda.

Skrol ke bawah dalam tetapan School Notices untuk melihat kategori yang lain. Untuk memasukkan notis ke
dalam kategori yang lain, ikuti langkah-langkah yang sama.

Klik pada Save Changes untuk menyimpan halaman anda.

Menambah Widget Calendar Pada Dashboard
Kini, kita akan menambah widget Calendar.
Di Content Tray, pilih widget Calendar dan seret ia ke dalam kotak kiri di halaman anda. Pastikan kotak
kandungan bertukar menjadi biru sebelum melepaskan widget.
Klik dua kali pada kotak kandungan.

transforming education through the Internet 170

Tetapan untuk widget Calendar akan dipaparkan di sebelah kiri.

Di dalam menu ke bawah Calendar to Display, pilih Kalendar Sekolah
anda.
Nota: Kalendar sekolah yang penuh tidak dipaparkan pada Dashboard
Sekolah dan hanya acara/aktiviti yang telah dimasukkan akan dipaparkan.

Tetapkan bilangan acara/aktiviti maksimum yang ingin dipaparkan pada
Dashboard Sekolah. Misalnya, pilih 5.

Klik Save Changes untuk menyimpan halaman anda.

transforming education through the Internet 171

Nota: Acara / Aktiviti Kalendar Sekolah hanya akan terpapar selepas Content Tray ditutup.

Menambah Widget MOE RSS Feed ke Dashboard
Kini, kita akan menambah widget MOE RSS ke dalam Dashboard Sekolah. Widget ini akan memaparkan
maklumat terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pada Content Tray, pilih widget MOE RSS dan seret ke dalam kotak kandungan di sebelah kanan halaman.
Pastikan kotak kandungan bertukar ke warna biru sebelum anda melepaskan widget.

Nota: MOE RSS Feed hanya akan terpapar selepas Content Tray ditutup.
Klik butang Save Changes untuk menyimpan halaman anda.

Klik butang X untuk menutup halaman anda.

transforming education through the Internet 172

Contoh Dashboard Sekolah yang telah siap.

2.11 Bagaimana Mengakses Saluran
Bantuan (Pengguna: Pentadbir)

2.11 How to Access the Support Channel (User: Admin)

transforming education through the Internet 174

Bagaimana Mengakses Saluran Bantuan

TUGASAN:

Gambaran keseluruhan saluran bantuan.

OBJEKTIF:

Untuk memberi lebih kefahaman tentang bagaimana untuk mengakses saluran bantuan.

TEMPOH MASA:

15 minit

ALATAN DIPERLUKAN:

• VIDEO 2.11 – Bagaimana untuk Mengakses Saluran Bantuan
• Komputer
• Papan putih
• Pen penanda
• Buku nota
• Projektor
• Kertas & Pen

TATACARA:

1. PENGENALAN
Jurulatih menerangkan saluran bantuan yang disediakan untuk pengguna Pentadbir Frog.

2. VIDEO- Bagaimana Mengakses Saluran Bantuan
• Jurulatih menerangkan tentang tujuan video bagaimana untuk mengakses saluran bantuan.
• Jurulatih memainkan video.

3. RUMUSAN
Jurulatih merumuskan jenis bantuan yang disediakan untuk pengguna Pentadbir Frog.

Panduan Pengguna

Saluran Bantuan
Sebagai seorang Pentadbir Frog, anda juga bertanggungjawab melaporkan isu-isu berkaitan Frog VLE,
sambungan internet 4G atau Google Chromebooks ke Meja Bantuan.
Laporan anda mungkin meliputi masalah yang berkaitan dengan akses di sekolah, sehinggalah isu-isu yang
berkaitan dengan aplikasi atau widget di dalam Frog VLE anda.

transforming education through the Internet 175

Guru Besar / Pengetua sekolah adalah pegawai perhubungan utama bagi Meja Bantuan, bersama dengan
3 pegawai yang lain. Mereka merupakan individu yang akan melaporkan isu-isu yang anda hadapi berkaitan
akses dan Frog VLE.
Terdapat 3 cara untuk menghubungi Meja Bantuan:

• Melalui telefon
• Melalui e-mel
• Melalui Portal Self Care 1BestariNet
Halaman-halaman seterusnya akan menerangkan cara untuk menghubungi dan memasukkan tiket aduan
dan bantuan, serta cara-cara menggunakan Portal Self Care 1BestariNet.

Berhubung Melalui Telefon
Anda boleh menelefon Meja Bantuan dan pegawai perhubungan pelanggan kami akan mencatat aduan
daripada pihak anda. Anda akan diberikan salinan aduan tersebut menerusi e-mel.
Mereka akan mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu tersebut, seperti ID pengguna dan kata laluan
pengguna yang berdepan dengan isu terbabit.
Sentiasa simpan kod sekolah anda kerana ia akan digunakan untuk mengenal pasti sekolah anda.
Pegawai perhubungan pelanggan kami akan menjawab panggilan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa
Melayu.
Sekiranya anda ingin melaporkan isu berkaitan Frog VLE atau akses Internet, sila dail: 018 799 8787

Berhubung Melalui E-mel
Anda juga boleh menghubungi Meja Bantuan melalui e-mel.
Anda perlu sertakan butir-butir aduan di dalam e-mel tersebut dan seterusnya satu tiket aduan akan dihasilkan.
Jangan lupa menyertakan sekali kod sekolah anda di dalam e-mel yang dihantar kerana ia akan digunakan
untuk menghasilkan tiket aduan, dalam sistem bantuan.
Sekiranya pegawai kami ingin bertanyakan soalan lanjut tentang e-mel yang anda hantar, anda akan
dihubungi melalui e-mel ataupun telefon untuk pengesahan selanjutnya.
Hantarkan e-mel anda ke: [email protected]

Portal Self Care 1BestariNet
Kaedah terakhir untuk menghubungi Meja Bantuan adalah menerusi portal Self Care 1BestariNet.
Anda bukan sahaja dapat melaporkan aduan, tetapi juga dapat menyemak aduan lama atau aduan yang
tertangguh serta membatalkan aduan yang telah diselesaikan.

Untuk log masuk ke dalam portal layan diri, sila layari ke:
https://1bnselfcare.yes.my

transforming education through the Internet 176

Anda akan menemui ruangan log masuk dan
anda hanya perlu menaipkan ID pengguna dan
kata laluan ke dalam ruangan yang disediakan. ID
pengguna adalah kod sekolah anda dan kata laluan
akan diberikan kemudian. Apabila anda log masuk
buat kali yang pertama, anda akan diminta menukar
kata laluan tersebut.
Kata laluan yang baru mesti terdiri daripada kombinasi satu huruf besar, satu nombor dan satu aksara khas.
Sekurang-kurangnya 6 aksara diperlukan.
Contoh kata laluan: Fr0gAsia#
ID pengguna dan kata laluan yang sama akan digunakan oleh 4 pegawai perhubungan sekolah.

Sekiranya anda terlupa kata laluan anda, klik ‘Forgot
Password’ dan kata laluan yang baru akan dihantar
ke alamat e-mel sekolah anda.

Sejurus anda log masuk ke portal Self Care 1BestariNet, anda akan melihat paparan laman utama. Di sini
anda boleh melihat butiran pegawai perhubungan, pengumuman dan aduan yang telah anda laporkan.

transforming education through the Internet 177

Bahagian Announcements memaparkan pengumuman-pengumuman penting dari Meja Bantuan. Sekiranya
anda menghadapi masalah, sila semak bahagian ini dahulu.

Menu utama memberi akses kepada bahagian-bahagian lain dalam portal ini.

User Information
Di bawah tab User Management klik User untuk melihat butiran sekolah anda.

transforming education through the Internet 178

Klik nama sekolah untuk
melihat butiran yang
selanjutnya.

Klik tab Contacts untuk melihat butiran pegawai
perhubungan sekolah anda.

Klik nama sekolah untuk
melihat maklumat selanjutnya.

transforming education through the Internet 179

Menghasilkan Tiket Aduan
Untuk menghasilkan tiket aduan, klik pada tab Support diikuti dengan Incidents dari menu.

Skrin Incidents akan muncul dan satu senarai aduan yang anda telah buat akan dipaparkan bersama status
aduan tersebut.

Untuk memasukkan aduan baru, klik butang Create Incident.
User Name: Nama sekolah akan diisi secara automatik. Semak dahulu bahagian ini sebelum pergi ke
bahagian lain. Hubungi Meja Bantuan melalui nombor telefon yang diberi jika nama sekolah anda tidak tepat.

transforming education through the Internet 180

Type: Gunakan menu ke bawah untuk memilih jenis soalan dan isu yang dihadapi.

Category: Gunakan menu ke bawah untuk memilih kategori soalan atau isu berkaitan.

Sub Category: Terdapat pilihan sub kategori bagi sesetengah kategori utama, di menu ke bawah.
Taipkan nama anda ke dalam kotak Reported By. Satu senarai menu ke bawah akan terpapar. Pilih nama
anda dari senarai tersebut.

transforming education through the Internet 181

Dalam kotak Issue, taip tajuk kecil bagi isu yang anda hadapi misalnya, tidak dapat log masuk.

Dalam kotak Description, masukkan deskripsi / keterangan tentang isu tersebut. Deskripsi anda mesti
mengandungi butiran berikut:

• ID dan kata laluan pengguna yang berdepan dengan isu/masalah yang diutarakan.
• Langkah-langkah mereplikasikan isu tersebut.
• Jenis Pelayar (Google Chrome, Internet Explorer etc.)
Ini akan membantu pasukan bantuan untuk menyelesaikan isu yang anda hadapi dalam masa yang singkat.
Lebih banyak maklumat yang diberi kepada pasukan bantuan, lebih mudah isu tersebut dapat diselesaikan.

Klik butang Save. Aduan tersebut akan disimpan di dalam sistem Meja Bantuan. Butiran aduan anda akan
dimasukkan dalam senarai Incidents.

3.0 Bagaimana Berkongsi Laman
Bidang / Mata Pelajaran (Pengguna:

Pentadbir)

3.0 How the Administrator Shares a Departmental /
Subject Site (Users: Admin)

transforming education through the Internet 183

Bagaimana Berkongsi Laman Bidang / Mata
Pelajaran

TUGASAN:

Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran.

OBJEKTIF:

Memahami bagaimana Laman Bidang / Mata Pelajaran dikongsi dengan guru-guru.

TEMPOH MASA:

20 minit

ALATAN DIPERLUKAN:

• Video 3.0 – Bagaimana Pengguna Pentadbir Frog Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran
• Komputer
• Papan putih
• Pen penanda
• Buku nota
• Projektor
• Kertas & pen

TATACARA:

1. PENGENALAN
Jurulatih menerangkan konsep umum tentang Laman Bidang / Mata Pelajaran. Terangkan bahawa adalah
penting untuk berkongsi laman-laman bidang / mata pelajaran ini dengan ketua-ketua bidang / ketua-ketua
panitia sebelum mereka boleh mengedit laman-laman tersebut. Ini kerana kesemua 4 ruang Laman Bidang /
Mata Pelajaran hanya boleh diedit oleh Pentadbir Frog sahaja. Bagi memastikan laman-laman ini boleh diedit
semasa sesi latihan, Pentadbir Frog perlulah berkongsi laman dengan pengguna yang sesuai sebelum sesi
latihan bermula. Di dalam Panduan ini terdapat caranya.

2. VIDEO – Bagaimana Pengguna Pentadbir Frog Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran
Mainkan klip video dan minta para peserta mengikut arahan seperti yang terkandung di dalam video.

3. SESI IMBASAN
Imbas kembali matlamat sesi. Sesi soal jawab.

transforming education through the Internet 184

Panduan Pengguna

Berkongsi Laman Bidang
Nota: Untuk berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran, anda mestilah log masuk sebagai pentadbir Frog.

Untuk melihat Laman Bidang / Mata Pelajaran, sila klik ikon Quick Launch pada Frog Bar.

Selepas itu, klik ikon Departmental Sites dan anda
akan melihat ruang Laman Jabatan.

transforming education through the Internet 185

Klik salah satu laman yang terdapat di halaman tersebut. Contohnya, laman Bahasa.

Halaman utama untuk Bahasa akan dipaparkan. Klik pada tab Rangkaian Mata Pelajaran.
Anda kini akan dapat melihat satu tetingkap yang memaparkan dua laman mata pelajaran iaitu Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris. Sila klik pada laman Bahasa Melayu.

transforming education through the Internet 186

Untuk membolehkan pengguna lain mengedit laman ini, klik butang Share di Frog Bar.

Anda tidak perlu membuat apa-apa perubahan
pada tetingkap ini. Teruskan dengan mengklik
butang Next.
Pada tetingkap Share, taipkan nama pengguna
yang ingin ditambah ke dalam kotak Who has
access.
Selepas menaip beberapa huruf, anda akan
dapat melihat senarai nama pengguna.

transforming education through the Internet 187

Pilih nama yang dikehendaki dan klik Add.

Sekarang, nama pengguna telah telah
didaftarkan sebagai User. Langkah
seterusnya ialah klik menu ke bawah
di sebelah kanan untuk menetapkan
tahap akses.

Menu ke bawah memaparkan 3 pilihan:
• Can edit & manage – Pengguna diberi kebenaran untuk mengedit dan menguruskan laman.
• Can contribute – Pengguna boleh menyumbang ke dalam ruangan Forms, Polls, Quizzes,
Forums dan boleh memuat naik fail.
• Can view – Pengguna hanya dibenarkan untuk melihat laman sahaja.

Akhir sekali, klik butang Share yang
berwarna biru dan pengguna yang
didaftarkan boleh mengedit laman
tersebut.

188
Anda akan dapat melihat satu pemberitahuan tentang laman yang dikongsi dan akan dibawa kembali ke
halaman utama iaitu laman Bahasa Melayu.

Ulangi latihan ini untuk semua laman bidang. Keempat-empat laman harus dikongsikan dengan pengguna
yang bersesuaian.

3.1 Bagaimana Laman Bidang /
Mata Pelajaran Digunakan
Di Sekolah (Pengguna: Guru)

3.1 How Departmental / Subject Sites
are Used Within a School (User: Staff)

transforming education through the Internet 190

Bagaimana Laman Bidang / Mata
Pelajaran Digunakan Di Sekolah

TUGASAN:

Menggunakan Laman Bidang / Mata Pelajaran di sekolah.

OBJEKTIF:

Menimbulkan kesedaran tentang bagaimana sesebuah Laman Bidang / Mata Pelajaran boleh digunakan
secara efektif untuk meningkatkan komunikasi dan penglibatan pelajar.

TEMPOH MASA:

15 minit

ALATAN DIPERLUKAN:

• Video 3.1 – Bagaimana Laman Bidang / Mata Pelajaran Digunakan di Sekolah

TATACARA:

1. PENGENALAN
Jurulatih menerangkan tujuan utama sesi:

• Di dalam sesi ini, anda akan diterangkan tentang bagaimana Laman Bidang / Mata Pelajaran
boleh menjadi alat bantuan komunikasi di antara jabatan mata pelajaran dan pelajar.

Jurulatih menerangkan tujuan Laman Bidang / Mata Pelajaran:
• Laman Bidang / Mata Pelajaran terbahagi kepada empat jabatan utama, antaranya Bahasa,
Teknik dan Vokasional, Matematik dan Sains, dan juga Kemanusiaan. Laman ini boleh dilihat
oleh semua guru dan pelajar. Ini bermaksud semua pelajar boleh merujuk dan memperolehi
maklumat yang berkaitan dengan sesebuah jabatan / panitia dengan mudah.
• Dokumen sekolah, tip-tip dan soalan-soalan peperiksaan tahun lalu (bank soalan) dan
dokumen-dokumen umum turut dapat disimpan dengan mudah di sini. Maklumat-maklumat
yang menarik dan menyeronokkan juga boleh dimasukkan ke dalam Laman Bidang / Mata
Pelajaran agar lebih ramai guru dan pelajar berminat untuk mengunjungi laman tersebut. Ini
akan menjadikan Laman Bidang / Mata Pelajaran satu medium komunikasi dan penyiaran
bagi menyampaikan maklumat terkini mengenai sesuatu subjek di dalam sekolah.
• Halaman baru boleh ditambah ke dalam Laman Bidang / Mata Pelajaran apabila dikehendaki.
Halaman mungkin diperlukan untuk menempatkan galeri gambar, video atau kajian.
Kebiasaannya, Laman Bidang / Mata Pelajaran ini akan diuruskan oleh Ketua Bidang / Panitia
atau sesiapa sahaja yang diberi tanggungjawab untuk mengemaskini laman tersebut.
• Jadual di bawah adalah antara beberapa contoh bahan sumber pembelajaran yang boleh
dimasukkan ke dalam Laman Bidang / Mata Pelajaran:

transforming education through the Internet 191

Tab Kandungan
Carta Organisasi jabatan / panitia.
1. Profil Panitia / Jabatan Informasi mengenai jabatan / panitia yang
perlu diwar-warkan kepada komuniti sekolah.
2. Dokumen Pelajaran
• Sukatan Mata Pelajaran Semua dokumen rasmi yang berkaitan
• Huraian Sukatan Pelajaran dengan jabatan/ panitia perlu dimasukkan. Ia
• Rancangan Pelajaran akan menjadi bahan rujukan utama guru dan
• Pekeliling pelajar untuk mendapatkan maklumat yang
berkaitan dengan subjek tersebut.
Secara tidak langsung, ia akan membentuk
satu suasana kerja yang telus di antara guru
dan pelajar. Kedua-dua pihak berpeluang
memahami sukatan mata pelajaran dengan
lebih mendalam dan mencapai objektif
pembelajaran.

3. Penilaian dan Peperiksaan Maklumat-maklumat yang berkaitan dengan
• Pentaksiran Berasaskan penilaian dan peperiksaan boleh dimasukkan
• Sekolah di sini. Ia berguna untuk para guru dan pelajar.
• Kertas Peperiksaan Tahun Lepas Contohnya: Garis panduan untuk penilaian
• Tips Peperiksaan asas sekolah, bank soalan termasuklah
• Analisa Keputusan Ujian soalan peperiksaan tahun lalu serta tip-tip
/ Peperiksaan dan analisis.

4. Pengkayaan Maklumat mengenai acara dan aktiviti
• Senarai Rujukan Tambahan yang berkaitan dengan jabatan juga boleh
• Informasi Tambahan dimasukkan ke dalam Laman Bidang ini.
Maklumat lengkap dan menarik mengenai
sesuatu acara juga boleh disertakan.
Guru dan pelajar akan lebih tertarik untuk
berkunjung ke laman bidang.

2. SESI IMBASAN
Imbas objektif sesi. Sesi soal jawab.

3.2 Bagaimana Membina Laman
Bidang / Mata Pelajaran
(Pengguna: Guru)

3.2 How to Create Departmental / Subject Sites (User: Staff)

transforming education through the Internet 193

Bagaimana Membina Laman Bidang /
Mata Pelajaran

TUGASAN:

Membina Laman Bidang / Mata Pelajaran.

OBJEKTIF:

Memastikan pengguna mempunyai kefahaman yang baik mengenai bagaimana untuk membina Laman
Bidang / Mata Pelajaran.

TEMPOH MASA:

30 minit

ALATAN DIPERLUKAN:

• Video 3.2 – Bagaimana Membina Laman Bidang / Mata Pelajaran
• Komputer
• Papan Putih
• Pen dan Buku Nota
• Projektor

TATACARA:

1. PENGENALAN
Jurulatih menerangkan tentang manfaat menghasilkan Laman Bidang / Mata Pelajaran dengan menggunakan
Frog VLE.

2. VIDEO
Mainkan klip video. Berhenti dan beri penerangan apabila perlu. Minta para peserta menonton video dan
mengikuti arahan.

3. SESI IMBASAN
Imbas matlamat sesi. Sesi soal jawab.

transforming education through the Internet 194

Panduan Pengguna

Bagaimana membina Laman Bidang / Mata Pelajaran
Kita akan membina laman bidang untuk digunakan di sekolah. Laman bidang / Mata Pelajaran ini terdiri
daripada beberapa laman yang mengandungi teks dan media (gambar atau video) yang ingin dikongsikan
dengan warga sekolah yang lain.

Untuk membuat Laman Bidang / Mata Pelajaran, klik Quick
Launch yang terdapat di Frog Bar. Seterusnya klik pada ikon
Departmental Sites.

Laman Jabatan yang terbahagi kepada empat bidang utama seperti Bahasa, Sains dan Matematik,
Kemanusiaan serta Teknik dan Vokasional akan tertera. Kesemua laman ini boleh dilihat oleh semua warga
sekolah.
Klik laman bidang Bahasa.
Anda akan dibawa ke laman seterusnya seperti di bawah.

Di dalamnya terdapat dua pautan iaitu pautan ke Laman Utama dan Rangkaian Mata Pelajaran. Klik pautan
Rangkaian Mata Pelajaran dan anda akan dibawa ke laman seterusnya yang mengandungi pautan kepada
subjek-subjek yang dikategorikan di bawah bidang Bahasa.

transforming education through the Internet 195

Terdapat dua subjek (mata pelajaran) yang dikategorikan di dalam bidang Bahasa iaitu Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris. Kita akan membina laman untuk subjek Bahasa Melayu, sila klik pautan Bahasa Melayu.

Paparan di bawah kini menunjukkan laman Bahasa Melayu. Terdapat beberapa widget yang disediakan
untuk membantu memudahkan para guru membina laman subjek ini. Walau bagaimanapun, anda boleh
mengubah suai laman ini mengikut citarasa dan kreativiti anda.
Untuk mengubah suai laman subjek anda, klik butang Edit yang terdapat di sebelah kiri skrin anda.

Sebaik sahaja anda mengkliknya, Content Tray akan dipaparkan.

transforming education through the Internet 196

Kita akan mula mengubah suai laman ini dengan menukar paparan tajuk utama dari Bahasa Melayu kepada
Bahasa Malaysia. Klik dua kali pada tajuk utama dan taipkan Bahasa Malaysia pada ruang Name of Site.

Tajuk utama laman anda akan berubah.

Setelah selesai, klik butang Save Changes untuk menyimpan
perubahan yang dilakukan.

transforming education through the Internet 197

Menukar Teks di Laman Utama
Klik dua kali pada teks yang bertulis ‘Bahasa Melayu Laman Utama’ untuk mengedit teks.
Oleh kerana kita akan meletakkan Carta Organisasi Panitia Bahasa Melayu di bahagian ini, maka kita akan
menukarkan teks ‘Bahasa Melayu Laman Utama’ kepada ‘Carta Organisasi Panitia’.
Taipkan ‘Carta Organisasi Panitia’.

Untuk meletakkan carta organisasi panitia di halaman ini, widget teks bertulis ‘Di Laman ini, anda boleh...’
perlulah dipadam terlebih dahulu. Untuk memadamkan widget tersebut, klik dua kali pada widget teks dan
klik Remove Widget di panel tetapan.


Click to View FlipBook Version