transforming education through the Internet 198
Sebaik sahaja anda klik ikon Remove Widget, satu kotak dialog akan tertera untuk pengesahan pemadaman
widget tersebut. Klik Delete Widget.
Sekali lagi, klik pada tab Widgets. Pilih widget Media dan seret ke dalam kotak kandungan pada laman.
Pastikan kotak bertukar biru sebelum anda melepaskan widget tersebut.
Klik dua kali pada kotak kandungan untuk memaparkan tetapan bagi widget Media tersebut. Kemudian klik
butang Upload.
transforming education through the Internet 199
Sekarang anda akan melihat paparan File Uploader.
Klik butang biru Choose Files untuk memuat naik fail
dari komputer anda.
Setelah itu File Manager akan terpapar dan anda kini boleh memilih fail dari komputer peribadi anda untuk
dimuat naik.
Untuk contoh ini, kita akan memuat naik Carta Organisasi yang akan diberi nama “chart”
Setelah fail yang dicari ditemui, klik fail tersebut dan kemudian klik butang Open.
Klik butang Done yang berada di sebelah kanan, di
bahagian bawah kotak dialog tersebut.
transforming education through the Internet 200
Imej Carta Organisasi Panitia akan terpapar seperti di bawah.
Sekarang anda mempunyai carta organisasi pada laman anda.
Anda boleh memilih saiz imej pada tetapan media. Tiga pilihan
tersebut ialah Small, Medium dan Large.
Pilih Large.
Klik pada Save Changes dan tutup tetingkap edit anda dengan
menekan butang X.
Menambah Notis
Untuk memasukkan notis, klik butang Create Notice.
transforming education through the Internet 201
Anda boleh memasukkan maklumat tentang carta tersebut ke dalam kotak dialog yang terpapar.
Taipkan tajuk dan maklumat notis di ruangan Title
dan Content.
t Nota: Notis yang dipaparkan mestilah berkaitan
dengan topik.
Klik butang Submit setelah selesai.
Notis di halaman anda akan kelihatan seperti di bawah.
transforming education through the Internet 202
Menukar Nama Tab
Sekarang kita akan menukar nama tab dari ‘Tingkatan 1’ ke ‘Sukatan Pelajaran’. Klik butang Edit.
Seterusnya klik pada teks ‘Tingkatan 1’ dan tukarkannya kepada ‘Sukatan Pelajaran’.
Nama tab baru anda akan berubah seperti yang tertera di bawah.
transforming education through the Internet 203
Menambah Widget Baru (Embed Website Widget)
Sekarang anda akan ditunjukkan cara-cara menambah widget Embed Website ke dalam Laman Bidang /
Mata Pelajaran anda.
Klik widget tersebut dan seret ia ke dalam kotak kandungan laman. Pastikan kotak bertukar biru sebelum
anda melepaskan widget tersebut.
Klik dua kali pada kotak kandungan untuk memaparkan tetapan bagi
widget Embed Website tersebut.
Masukkan maklumat URL ke dalam ruangan Enter URL:
http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/bm/kbsr/sp_bm_kbsr.pdf
204
Kemudian klik pada butang Save Changes.
Klik pada butang X untuk kembali ke Laman Bidang.
Laman Embed Website anda kini terpapar di Laman Bidang / Mata Pelajaran anda.
3.3 Bagaimana Berkongsi Laman
Bidang / Mata Pelajaran
(Pengguna: Guru)
3.3 How Departmental / Subject Sites are shared (User: Staff)
transforming education through the Internet 206
Bagaimana Berkongsi Laman Bidang /
Mata Pelajaran
TUGASAN:
Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran.
OBJEKTIF:
Memahami cara berkongsi laman bidang/laman mata pelajaran.
TEMPOH:
20 minit
ALATAN DIPERLUKAN:
• VIDEO 3.3 - Bagaimana Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran
TATACARA:
1. PENGENALAN
Jurulatih menerangkan mengapa laman bidang / laman mata pelajaran perlu dikongsikan.
Setelah guru menghasilkan laman bidang / mata pelajaran, tahap akses untuk semua guru dan pelajar perlu
ditukar. Terdapat 3 peringkat akses dalam tetapan lalai laman bidang, iaitu:
Pentadbir: Edit dan Urus (Edit and Manage)
Guru: Edit dan Urus (Edit and Manage)
Pelajar: Papar (View)
Dalam tetapan lalai, pelajar hanya diberi akses untuk melayari laman bidang / mata pelajaran manakala
guru dan pentadbir pula boleh diberi akses untuk mengubah suai laman. Oleh yang demikian, tahap akses
guru dan pelajar perlu ditukar agar mereka boleh menyumbang kepada laman ini.
2. VIDEO – Bagaimana Berkongsi Laman Bidang / Mata Pelajaran
Mainkan klip video. Hentikan seketika dan beri penerangan apabila diperlukan. Minta para peserta menonton
dan mengikuti arahan yang di dalam video.
3. SESI IMBASAN
Imbas matlamat sesi. Sesi soal jawab.
transforming education through the Internet 207
Panduan Pengguna
Berkongsi Laman Mata Pelajaran
Untuk memulakan berkongsi laman mata pelajaran, anda perlu membuka laman mata pelajaran berkenaan.
Untuk latihan ini, kita akan menggunakan laman mata pelajaran yang dihasilkan dalam sesi sebelumnya
iaitu laman Bahasa Malaysia.
Untuk membuka laman mata pelajaran tersebut, sila klik
Quick Launch yang terdapat di Frog Bar dan kemudian
klik ikon Departmental Sites.
Laman Jabatan akan dipaparkan dan anda kini perlu mengklik pilihan Bahasa.
Anda seterusnya akan dibawa ke halaman umum untuk bidang bahasa. Klik tab Rangkaian Mata Pelajaran
untuk melihat senarai mata pelajaran di bawah bidang Bahasa.
transforming education through the Internet 208
Di sebelah kanan halaman ini terdapat 2 laman mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Klik Bahasa Malaysia untuk memaparkan laman mata pelajaran tersebut.
Apabila laman Bahasa Malaysia telah terpapar, klik butang Share untuk kongsikan laman ini. Anda akan
dibawa ke tetingkap Share dan anda boleh menetapkan tahap akses laman untuk pengguna tertentu.
Anda tidak perlu membuat sebarang perubahan di sini.
Teruskan dengan mengklik butang Next.
transforming education through the Internet 209
Tahap akses yang disediakan terbahagi kepada tiga
jenis pengguna iaitu Pentadbir, Guru dan Pelajar
Jangan tukar tetapan atau memadam untuk User:
Frog.
Menu ke bawah di sebelah kanan pula memaparkan tiga tahap akses yang berbeza. Ia digunakan untuk
menentukan tahap akses untuk setiap kumpulan pengguna. Tahap-tahap tersebut terdiri daripada:
Can Edit & Manage – Pengguna boleh mengubahsuai dan berkongsikan laman ini.
Can Contribute – Pengguna hanya dibenarkan untuk melayari laman dan menyumbang kepada bahagian
interaktif laman seperti Forms, Polls, Quizzes, Forums, File Drop dan lain-lain.
Can View – Pengguna hanya boleh melihat laman sahaja.
Laman mata pelajaran ini adalah laman umum untuk semua warga sekolah termasuklah pelajar. Akses lalai
untuk semua pengguna ialah Can View. Tetapi, anda boleh memberi guru lain akses untuk mengedit dan
mengurus laman dengan menukar akses mereka kepada Edit & Manage.
Di sini kita akan memasukkan nama guru ke dalam
senarai agar kita dapat mengubah akses mereka.
Taipkan nama guru.
Klik nama guru tersebut daripada
senarai di bawah.
210
Klik butang Add.
Tukar tahap akses guru di dalam menu ke
bawah kepada Can edit & manage.
Klik butang biru Share.
3.4 Menginspirasi Pelajar
(Pengguna: Pelajar)
3.4 Inspiring Students (User: Student)
212
Menginspirasikan Pelajar
TUGASAN:
Menginspirasi Pelajar
OBJEKTIF:
Memberi pelajar motivasi dan insipirasi untuk menerima teknologi baru di sekolah mereka.
TEMPOH MASA:
20 minit
ALATAN DIPERLUKAN:
• Video 3.4 (Link) - Engage Me www.youtube.com/watch?v=ZokqjjIy77Y
TATACARA:
1. PENGLIBATAN PELAJAR
Jurulatih mendapatkan maklum balas tentang kaedah pengajaran masa kini serta pendapat daripada para
pelajar mengenainya.
SOALAN:
• Apakah mata pelajaran kegemaran anda? Mengapa?
• Apakah peralatan yang digunakan oleh guru anda untuk mengajar?
• Apakah mata pelajaran yang paling tidak anda minati?
• Adakah anda berpuas hati dengan teknik-teknik pengajaran yang digunakan? Mengapa?
• Adakah anda ingin guru anda mengubah kaedah pengajaran mereka? Apakah cadangan
anda?
2. VIDEO - Engage Me
• Jurulatih memainkan klip video.
• Pelajar menonton video dan mencatat nota.
• Jurulatih mengajukan soalan-soalan yang berkaitan dengan mesej video yang dimainkan.
Tanya pelajar sama ada mereka bersetuju dengan mesej yang disampaikan di dalam video
tersebut. Minta mereka berbincang tentang pendapat mereka.
RUMUSAN
Terangkan kepada pelajar bagaimana Frog VLE boleh membantu mereka untuk menjadi pelajar abad ke-21
dengan menyediakan penyelesaian yang bersepadu.
3.5 Berkenalan Dengan Frog
(Pengguna: Pelajar)
3.5 Meet Frog (User: Student)
214
Berkenalan Dengan Frog
TUGASAN:
Menginspirasi pelajar.
OBJEKTIF:
Memberi pemahaman umum mengenai projek ini.
TEMPOH MASA:
10 minit
ALATAN DIPERLUKAN:
• Video 3.5 - Meet Frog
TATACARA:
1. PENGENALAN
Sediakan lokasi yang sesuai untuk aktiviti menonton video.
Minta pelajar berfikir mengenai soalan-soalan berikut sebelum klip video dimainkan:
• Wujudkah pembelajaran tanpa batasan?
• Wujudkah pembelajaran di mana jua dan pada bila-bila masa?
• Bolehkah anda melakukannya sekarang? Mengapa? Bagaimana?
2. VIDEO – Meet Frog
Jurulatih memainkan video, manakala para pelajar menonton serta mengaitkan video tersebut dengan
soalan-soalan yang diajukan.
3.6 Gambaran Keseluruhan Frog VLE
Untuk Pelajar (Pengguna: Pelajar)
3.6 Overview of Frog VLE for Students (User: Student)
transforming education through the Internet 216
Gambaran Keseluruhan Frog VLE Untuk Pelajar
TUGASAN:
Menerangkan tentang gambaran keseluruhan Frog VLE kepada pelajar.
OBJEKTIF:
Memastikan pengguna mendapat kefahaman umum tentang fungsi Frog VLE dan dapat menggunakan Frog
VLE dengan baik dan berkesan.
TEMPOH MASA:
20 minit
ALATAN DIPERLUKAN:
• VIDEO 3.6 – Gambaran Keseluruhan Frog VLE untuk Pelajar
• Komputer
• Papan putih
• Pen dan buku nota
• Projektor
TATACARA:
1. PENGENALAN
Frog adalah VLE yang dipilih untuk projek 1BestariNet. Frog berfungsi sebagai komuniti pembelajaran untuk
seluruh warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai Frog VLE adalah satu sistem pembelajaran
yang berasaskan jaringan yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar, tetapi menggabungkan konsep
pendidikan konvensional dengan kaedah pembelajaran maya. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi
tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, manakala pelajar pula boleh menghantar tugasan dan
menyemak markah mereka menerusi VLE.
Para guru dan pelajar juga boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskini
oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di
mana jua, pada bila-bila masa kerana ia berasaskan pengkomputeran awan (cloud). Oleh itu, pembelajaran
boleh dilaksanakan sama ada di sekolah, di rumah ataupun di mana-mana, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
2. OBJEKTIF
Memastikan pengguna memahami fungsi-fungsi utama Frog VLE.
3. LOG MASUK KE DALAM VLE
Memberi arahan kepada peserta untuk log masuk ke dalam VLE.
transforming education through the Internet 217
4. VIDEO – Gambaran Keseluruhan Frog VLE untuk Pelajar
Mainkan video, hentikannya seketika dan beri penerangan jika perlu.
5. SESI IMBASAN
Imbas kembali apa yang dipelajari oleh para peserta dan faedah penggunaan Frog VLE.
transforming education through the Internet 218
Panduan Pengguna
Antara Muka (Interface) Frog VLE
Masukkan ID Pengguna dan kata laluan dan kemudian, klik butang Login.
Penting! Pengguna perlu log keluar daripada akaun Google lain sebelum log masuk ke dalam Frog VLE. Jika
tidak, pengguna baru tidak boleh log masuk ke dalam Frog VLE.
Antara muka (Interface) Frog VLE ini direka sedemikian demi memudahkan penggunaan Frog. Penerangan
tentang fungsi ikon-ikon serta kegunaannya akan diterangkan di dalam bahagian yang seterusnya.
Frog Bar
Frog Bar adalah kawasan tetap di bahagian atas skrin FrogVLE yang membolehkan anda mengakses
Menu Frog Head, Dashboard dan Menu VLE. Frog Bar ini tidak boleh dipadam.
transforming education through the Internet 219
Dari kiri ke kanan, Frog Bar mengandungi elemen-elemen seperti berikut:
Menu Frog Head
Menu Frog Head memberi anda akses pantas untuk ke ruangan System Options VLE. Di dalamnya terkandung:
• Help – Bantuan umum VLE. Anda boleh mendapatkan jawapan untuk soalan lazim di sini.
• My Preferences – Tetapan asas VLE boleh diubah di sini. Pilihan-pilihan tersebut terdiri daripada:
• Language - Bahasa VLE boleh ditukar di antara Bahasa Inggeri dan Bahasa Melayu.
• My Background – Anda boleh menetapkan latar Frog VLE anda dengan memilih imej
yang disediakan.
• Change Password - Anda boleh menukar kata laluan anda.
• About Us - Mengandungi maklumat tentang syarikat dan produk.
• Log Out – Membolehkan anda log keluar dari VLE selepas menggunakannya.
Help
Butang Help akan memaparkan bantuan yang berkaitan dengan kawasan VLE yang sedang
dipaparkan.
Dashboard Switch
Dengan menekan butang kursor, anda akan beralih dari laman Dashboard Peribadi ke
Dashboard Sekolah dan begitu juga sebaliknya.
Global Search Box
Jika terdapat aplikasi yang sedang aktif, pencarian anda akan bermula dari dalam aplikasi tersebut sebelum
ia merentasi ke seluruh Frog VLE.
Nota: Masukkan dua huruf ke dalam kotak carian untuk memulakan pencarian.
transforming education through the Internet 220
Home
Butang Home membawa anda kembali ke Dashboard anda atau Dashboard Sekolah. Oleh
kerana butang ini sentiasa dipamerkan, anda sentiasa boleh kembali ke Dashboard anda
dengan segera dari mana-mana bahagian VLE.
Quick Launch
Ikon Quick Launch memaparkan menu VLE. Di sini anda boleh menjelajah ke semua bahagian VLE.
Nota: Aplikasi dalam menu VLE mungkin berbeza dengan apa yang
dipaparkan, bergantung kepada jenis akses pengguna (Pentadbir Frog
VLE, Guru, Ibu Bapa atau Pelajar).
Resource Manager
Resource Manager membolehkan anda melihat dan menyunting mana-mana sumber yang boleh
diakses atau dihasilkan sendiri. Sumber-sumber ini mungkin berbentuk Documents, Sites atau
Applications.
Application Tray
Dengan mengklik butang Application Tray, aplikasi atau laman yang sedang aktif akan
dipaparkan dan apabila anda mengklik mana-mana ikon di dalamTray, anda akan dibawa
ke halaman yang dipilih. Anda boleh menutup laman atau aplikasi yang sedang aktif
dengan mengklik butang [x].
transforming education through the Internet 221
Notifications
Ikon Notifications akan memaparkan petunjuk berwarna merah jika terdapat mesej baru di
dalam Events Feed anda. Ikon ini menunjukkan jumlah pemberitahuan yang belum dibaca oleh
pengguna. Ikon ini akan mempamerkan pemberitahuan dari Sites, Calendars, Assignments
dan Wall Post.
Apabila anda mengklik mana-mana mesej dalam Events Feed, anda akan dibawa ke aplikasi atau laman
yang menjana mesej tersebut. Pemberitahuan yang dihantar dari sumber yang sama, misalnya dari guru
yang sama atau laman yang sama, akan dikumpulkan di dalam Events Feed.
Nota: Pemberitahuan boleh dapat dipamerkan pada Dashboard dengan menggunakan Notifications Widget
(seperti gambar di atas).
FrogStore
FrogStore adalah satu pasar pengajaran dan pembelajaran yang memberi akses lancar
untuk anda mendapatkan perkhidmatan, produk dan kandungan pendidikan yang ‘terbaik
dalam kelas’ bagi tujuan mempertingkatkan perjalanan pembelajaran anak-anak.
transforming education through the Internet 222
FrogStore terdapat di dalam Frog VLE pengguna. Ibu bapa turut boleh mengakses FrogStore melalui Frog
VLE atau portal 1BestariNet. Kandungan yang diperolehi oleh ibu bapa akan diasimilasikan ke dalam
Frog VLE untuk kegunaan anak-anak mereka di sekolah. Item yang lebih besar seperti peranti mudah
alih atau Chromebook akan dihantar terus ke pintu rumah anda atau boleh diambil di kedai-kedai YES
yang terdekat.
Assignments
Assignments digunakan untuk memberi, menyemak, mengulas, dan berkongsi tugasan
yang diberi kepada para pelajar. Selepas tugasan dihasilkan, ia dapat dihantar kepada
individu atau kumpulan secara mudah. Tambahan pula, apabila pelajar telah menyiapkan
tugasan, ia boleh dihantar kembali dengan cara yang sama.
Bookshelf
Bookshelf adalah aplikasi yang boleh digunakan oleh pelajar untuk melihat buku-buku
digital mereka melalui FrogStore. Bookshelf bukan sahaja boleh menyimpan buku-buku
digital tetapi turut menyediakan pembaca buku digital.
transforming education through the Internet 223
Calendar
Calendar membolehkan anda menguruskan semua aktiviti. Jika perlu, anda boleh berkongsi
kalendar dengan guru-guru lain. Maklumat tambahan seperti lokasi, jemputan dan nota boleh
dimasukkan ke dalam acara/aktiviti.
Departmental Sites
Departmental Sites adalah lokasi laman-laman yang boleh diakses yang dicipta oleh setiap
bidang/jabatan.
Email
Setiap pengguna yang memiliki akaun Frog VLE akan mendapat akses ke e-mel mereka
sendiri. E-mel boleh dihantar kepada, dan diterima daripada, mana-mana pengguna lain,
bukan sahaja di kalangan pengguna di sekolah tetapi di mana sahaja. Alamat e-mel tersebut
adalah sama dengan ID pengguna yang anda gunakan untuk log masuk ke dalam VLE.
transforming education through the Internet 224
Forums
Forums adalah kemudahan interaktif untuk semua pengguna Frog VLE. Forum boleh
diwujudkan untuk perbincangan kumpulan tentang topik tertentu berkaitan sekolah. Setiap
maklumat memiliki tarikh yang membolehkan guru menyemak topik perbincangan dan
mengetahui individu manakah yang memberi sumbangan kepada topik.
Google Drive
Google Drive adalah perkhidmatan penyimpanan ‘awan’ peribadi yang disediakan oleh
Google untuk membolehkan anda menyimpan dan berkongsi kandungan digital menerusi
komputer, komputer riba dan telefon bimbit.
transforming education through the Internet 225
Learn Centre
Learn Centre mengandungi halaman bantuan dan video untuk memastikan anda mendapat
yang terbaik daripada Frog VLE anda. Sama ada anda seorang guru, pelajar atau ibu bapa,
panduan yang disediakan boleh membantu anda menggunakan Frog VLE dengan cepat dan
cekap.
Learning Styles
Learning Styles membolehkan pelajar mengetahui gaya pembelajaran pilihan mereka: Visual
(melihat), Auditori (mendengar) atau Kinestetik (pergerakan), berdasarkan kepada jawapan
mereka terhadap satu siri soalan. Sebaik pelajar selesai menjalani ujian, guru kemudiannya
dapat melihat gaya pembelajaran pilihan pelajar terbabit.
Pin-Point
Pin-Point adalah alat carian pantas untuk kandungan. Ia menarik kandungan dari My Library,
selepas kandungan tersebut ditambah melalui FrogStore dan juga Internet, menerusi YouTube,
Vimeo dan Flickr.
Pin-Point boleh diakses sama ada dari menu Quick Launch atau
dari beberapa widget di dalam platform Frog. Ia termasuklah
widget Media, Link to File dan External Link. Pin-Point juga boleh
diakses apabila item media ditambah ke dalam kuiz seperti imej.
transforming education through the Internet 226
Sites
Sites adalah laman-laman yang dihasilkan di dalam VLE dengan menggunakan widgets.
Laman yang dihasilkan atau dikongsi akan disenaraikan di sini.
The Pond
The Pond adalah portal untuk para pelajar melayari dunia Frog. Mereka akan dapat menerokai
idea-idea yang berkaitan dengan penggunaan Frog, mengikuti perkembangan terbaru yang
berlaku di FrogAsia serta lawatan-lawatan sekolah yang dianjurkan oleh pasukan FrogAsia.
Pelajar juga boleh melihat video- video, artikel-artikel dan bahan-bahan pembelajaran terbaik
dari serata dunia. Portal ini boleh dilayari oleh pelajar dan juga guru di seluruh Malaysia.
3.7 Bagaimana Mengedit
Dashboard Anda (Pengguna: Pelajar)
3.7 How to Edit Your Dashboard (User: Student)
transforming education through the Internet 228
Bagaimana Mengedit Dashboard Anda
TUGASAN:
Mengubah suai Dashboard anda.
OBJEKTIF:
Untuk memastikan para peserta mengetahui cara untuk mengedit Dashboard sendiri.
TEMPOH MASA:
30 minit
ALATAN DIPERLUKAN:
• Video 3.7 - Bagaimana Mengedit Dashboard Anda
TATACARA:
1. PENGENALAN
Jurulatih menerangkan kandungan video yang berkaitan cara Dashboard diedit.
2. LOG MASUK KE DALAM VLE
Memberi arahan kepada pelajar untuk log masuk ke dalam VLE.
3. VIDEO – Bagaimana Mengedit Dashboard Anda
Paparkan video. Hentikannya seketika dan beri penjelasan apabila perlu. Minta para peserta menonton video
dan mengikuti arahan yang diberi menerusi video.
4. SESI IMBASAN
Imbas matlamat sesi. Sesi soal jawab.
transforming education through the Internet 229
Panduan Pengguna
Bagaimana Mengedit Dashboard Anda
Dashboard anda adalah halaman pertama yang terpapar sebaik sahaja anda log masuk ke dalam VLE.
Dashboard boleh diubahsuai untuk memaparkan kalendar sekolah, RSS Feeds, ataupun pemberitahuan.
Anda juga boleh menambah bahan seperti foto, video atau pautan ke laman web kegemaran anda. Susun
atur kandungan adalah berdasarkan kehendak anda. Gunakan Widgets untuk mengubah suai paparan dan
kandungan Dashboard mengikut citarasa anda.
Untuk mula mengedit Dashboard anda, klik butang Edit di sebelah kiri skrin anda. Tindakan
tersebut akan membuka Content Tray.
Content Tray mengandungi tiga tab pilihan iaitu:
Layout – Tab ini digunakan untuk menukar bilangan
bilangan dan kedudukan kotak kandungan dalam
halaman anda.
Settings – Digunakan untuk menukar nama dan tema
Dashboard anda.
Widgets – Widget boleh diseret ke dalam lajur di dalam
halaman anda untuk menambah kandungan seperti
teks, video dan gambar.
Menukar Tetapan pada Dashboard Anda
Untuk menukar Tetapan pada Dashboard anda, klik
Settings.
transforming education through the Internet 230
Untuk menukar nama Dashboard anda, masukkan nama yang
dikehendaki ke dalam kotak Name of Site. Nama dashboard di
halaman anda akan dikemaskini secara automatik. Contohnya: Sharon
.G.
Ia akan terpapar di sebelah kiri atas Dashboard seperti yang ditunjukkan di bawah.
Untuk menukar tema Dashboard anda pula, pilih tema baru
dengan mengklik menu ke bawah di sebelah kanan.
Apabila menu ke bawah diklik, menu yang mengandungi tema yang
sedia ada akan dipaparkan. Skrol menu ke bawah dan klik tema yang
anda inginkan. Tema Dashboard anda akan bertukar secara automatik
mengikut tema yang dipilih.
transforming education through the Internet 231
Menukar Susun Atur Dashboard Anda Simpan perubahan yang dilakukan dengan mengklik
butang Save Changes.
Di dalam Content Tray, sila klik tab Layout.
Pilih bilangan kotak kandungan yang anda inginkan
berdasarkan butang bernombor. Anda boleh pilih
antara 1 hingga 4 kotak untuk satu halaman.
Untuk contoh ini, klik kotak bernombor 3. Tiga susun atur
yang berbeza akan disediakan.
Di sini, anda boleh memilih bagaimana kotak kandungan
akan dipaparkan pada Dashboard anda. Apabila anda
klik susun atur tertentu, halaman anda secara automatik
akan dikemaskini dengan susun atur baru.
Klik susun atur kedua yang berada di sebelah kanan.
Dashboard anda sedia untuk diisikan dengan
kandungan.
Widgets
Di dalam Content Tray klik pada tab Widgets.
transforming education through the Internet 232
Widget adalah aplikasi kecil yang membenarkan kandungan
dipaparkan kepada pengguna. Ia boleh digunakan dengan
menyeret setiap widget ke dalam kotak kandungan dalam
halaman dan tetapannya ditentukan. Beberapa widget boleh
digunakan dalam satu-satu halaman.
Nota: Widget hanya boleh memaparkan kandungan apabila
diarahkan. Untuk kebanyakan widget, anda perlu memasukkan
maklumat berkaitan kandungan yang diingini sebelum ia boleh
dipaparkan pada Dashboard.
Menambah Widget pada Dashboard anda
Di dalam Content Tray, sila klik tab Widgets.
Padamkan widget yang terdapat di halaman tersebut
sebelum anda mengubah suai Dashboard anda. Caranya
ialah klik dua kali pada widget dan klik tanda pangkah kecil
berwarna merah untuk memadamkannya dari Dashboard.
Untuk contoh ini, sila pilih widget Media
dan seretkan ia masuk ke dalam kotak di
bahagian atas sebelah kiri. Pastikan kotak
bertukar ke warna biru sebelum widget
dilepaskan.
Klik widget Media yang berada dalam
kotak kandungan sebanyak dua kali untuk
memaparkan tetapan widget.
transforming education through the Internet 233
Muat naik gambar daripada komputer anda atau daripada storan USB. Klik butang Upload di bahagian
Choose Media untuk melancarkan File Uploader.
Klik pada butang Choose Files untuk mengakses fail di dalam komputer anda. Pilih satu fail untuk dimuat naik.
Sebaik muat naik selesai, anda akan dapat melihat tanda
semak berwarna hijau. Klik pada butang Done di bawah.
Anda boleh menukar saiz gambar dengan memilih saiz dari
menu ke bawah ‘Please select media size’.
Klik pada butang Save Changes untuk menyimpan
perubahan.
transforming education through the Internet 234
Menambah Widget Calendar
Widget Calendar digunakan untuk memaparkan acara atau aktiviti penting di dalam kalendar pada
Dashboard anda.
Pilih widget Calendar dan seretkannya ke dalam kotak kanan di bahagian atas halaman. Pastikan warna
kotak bertukar menjadi biru sebelum widget tersebut dilepaskan.
Di dalam Frog VLE anda akan terdapat beberapa jenis kalendar yang berbeza seperti kalendar peribadi, ko-
kurikulum, akademik dan peperiksaan. Oleh itu, anda boleh memilih kalendar yang anda mahu paparkan
pada Dashboard anda. Untuk memilih kalendar, klik dua kali widget Calendar untuk membuka tab Settings.
Kemudian, pilih kalendar peribadi anda.
Pilih bilangan acara / aktiviti yang ingin dipaparkan
daripada senarai menu ke bawah ‘Max Events to
Display‘ dan pilih nombor 5.
transforming education through the Internet 235
Halaman anda akan kelihatan seperti di bawah.
Untuk menyimpan tetapan Dashboard tersebut, klik
butang Save Changes.
Menambah Widget Notes
Pilih widget Notes dan seretkan ia ke dalam Dashboard seperti yang tertera di bawah. Pastikan warna kotak
bertukar menjadi biru sebelum widget dilepaskan.
transforming education through the Internet 236
Di dalam tetapan Notes, anda boleh menaipkan peringatan untuk paparan. Klik dua kali pada My Notes.
Anda akan dapat melihat alatan permformatan di sebelah kiri laman.
Taipkan nota ini ke dalam kotak: “Beli kotak tisu untuk Jamuan Kelas”
Jika anda mahu menukar format teks anda, terangkan teks tersebut dan pilih butang pemformatan di sebelah
kiri skrin.
transforming education through the Internet 237
Dashboard anda akan kelihatan seperti di bawah.
Simpan perubahan dengan mengklik butang Save Changes.
Menambah Pautan Luar
Kini kita akan menambah pautan luar ke dalam Dashboard untuk memudahkan akses kepada laman web
tersebut. Untuk sesi ini, kita akan menghasilkan pautan ke laman Khan Academy. Pautan ini akan terpapar
di Dashboard anda setiap kali kita log masuk ke dalam Frog VLE.
Pilih widget External Link dan seret ia ke dalam kotak kanan di bawah widget Calendar.
Masukkan nama laman web dan URL laman web tersebut. Untuk sesi ini, kita akan menggunakan:
Enter Name for Site: Khan Academy
Enter URL: http://www.khanacademy.org
transforming education through the Internet 238
Di kawasan Add Icon for Site anda boleh menukar imej widget pada dashboard anda.
Cari logo Khan Academy dari Pin-Point. Taipkan ‘Logo
Khan Academy’ di dalam kotak carian dan klik ikon Pin-
Point di sebelahnya.
Pilih logo Khan Academy dari Pin-Point dan klik butang Use. Ikon tersebut akan ditambah kepada pautan
anda.
Masukkan deskripsi untuk pautan luar tersebut. Berikan
penerangan tentang laman web yang dipaut. Misalnya, deskripsi
untuk pautan ini ialah: Laman Kegemaran ku
Simpan perubahan dengan mengklik butang Save Changes.
transforming education through the Internet 239
Klik butang X untuk menutup Dashboard anda.
Dashboard anda akan kelihatan seperti di bawah. Apabila anda klik pautan tersebut, laman web akan
terbuka di dalam satu tetingkap baru.
Tahniah! Anda telahpun berjaya mengubahsuai Dashboard anda.
3.8 Langkah Permulaan Dengan Frog
(Pengguna: Pelajar)
3.8 Starting out with Frog (User: Student)
transforming education through the Internet 241
Langkah Permulaan Dengan Frog
TUGASAN:
Melengkapkan diri pelajar dengan kemahiran asas penggunaan VLE seperti cara menggunakan kalendar,
memuat naik fail, menghasilkan folder dan mengakses e-mel.
OBJEKTIF:
Memberi pelajar motivasi dan inspirasi tentang keperluan kaedah pembelajaran baru melalui Frog VLE.
TEMPOH:
30 minit
ALATAN DIPERLUKAN:
• VIDEO 3.8 - Langkah Permulaan dengan Frog
TATACARA:
1. PENGENALAN
• Ajukan soalan kepada peserta tentang cara-cara VLE boleh digunakan untuk tujuan pengajaran
dan pembelajaran.
• Tekankan bagaimana Frog menjadi satu sistem yang dapat memudahkan pembelajaran dan
menjimatkan masa pelajar.
2. VIDEO – Langkah Permulaan dengan Frog
Mainkan video “Langkah Permulaan dengan Frog”
3. RUMUSAN
Refleksi dan sesi soal jawab.
transforming education through the Internet 242
Panduan Pengguna
Bagaimana Menggunakan Calendar
Klik Quick Launch pada Frog Bar dan kemudian klik ikon Calendar.
Tetingkap Calendar akan dipaparkan seperti di bawah. Anda akan dapat melihat beberapa acara / aktiviti
pada kalendar anda.
Untuk menambah acara / aktiviti pada kalendar, pilih tarikh dan klik pada masa untuk aktiviti tersebut bermula.
Kotak akan terbentuk dan seret kursor anda pada masa tamat yang dikehendaki.
Apabila anda melepaskan seretan kursor, satu kotak dialog New Entry akan dipaparkan.
transforming education through the Internet 243
Dalam panel New Entry, sila masukkan nama acara / aktiviti tersebut.
Sebagai latihan, gunakan aktiviti anda sendiri seperti Ulangkaji
Berkumpulan. Kemudian, masukkan lokasi aktiviti, contohnya
Perpustakaan Sekolah.
Di ruangan Notes, masukkan nota jika terdapat maklumat tambahan
yang berkaitan dengan aktiviti tersebut. Sebagai contoh, masukkan nota
berikut: Subjek Bahasa Malaysia. Bab 5.
Hantar jemputan kepada seorang rakan atau kumpulan dengan mengklik
kotak Manage Invitations dan cari individu atau kumpulan berkenaan.
Di dalam kotak carian, taipkan nama individu atau
kumpulan yang anda ingin jemput ke acara / aktiviti
tersebut. Sebagai contoh, taipkan Mar. Jika nama
mereka tersimpan di dalam VLE, ia akan muncul secara
automatik di bawah kotak carian. Nama yang dipilih
daripada senarai ialah Marina Amath.
transforming education through the Internet 244
Klik butang Add di sebelah nama individu tersebut untuk menambahkannya ke dalam senarai Invitees.
Jemputan akan dihantar kepada mereka melalui panel Notifications. Aktiviti tersebut juga akan muncul di
dalam kalendar mereka agar mereka dapat menerima atau menolak jemputan tersebut.
Klik OK untuk menghantar jemputan.
Tetingkap New Entry akan dipaparkan. Sekiranya anda berpuas
hati dengan tetapan yang telah dibuat, klik Create Event untuk
menambah acara / aktiviti tersebut ke dalam kalendar anda.
Kini acara / aktiviti tersebut telah dimasukkan ke dalam kalendar anda.
transforming education through the Internet 245
Memadam Acara / Aktiviti
Sekiranya anda ingin memadam acara / aktiviti di dalam kalendar, klik acara / aktiviti tersebut dari dalam
kalendar anda untuk melihat butirannya. Tetingkap untuk acara / aktiviti tersebut akan dipaparkan. Klik butang
Delete yang berwarna merah untuk memadamkan acara / aktiviti berkenaan.
Tindakan tersebut juga akan memadamkan jemputan di dalam kalendar pengguna lain. Satu pemberitahuan
akan dihantar di dalam panel Notifications.
Bagaimana Memuat Naik Fail
Sekarang, anda akan ditunjukkan dengan kemahiran memuat naik fail. Klik ikon Resource Manager pada
Frog Bar.
Tetingkap Resource Manager akan dipaparkan. Kemudian, klik My Documents di sebelah kiri.
transforming education through the Internet 246
Klik butang biru Add dan pilih File.
Tetingkap File Uploader akan dipaparkan. Klik butang
biru Choose Files untuk memulakan pencarian fail di
dalam komputer anda.
Sebaik sahaja anda klik pada butang biru Choose Files, tetingkap Open akan dipaparkan. Klik pada fail yang
ingin dimuat naik dan kemudian klik butang Open di sebelah kanan bawah tetingkap. Fail anda akan dimuat
naik serta-merta.
transforming education through the Internet 247
Apabila fail tersebut telah selesai dimuat naik, anda akan melihat tanda semak berwarna hijau di sebelah
kanan. Setelah itu, klik Done. Kini, fail anda disimpan di My Document.
Bagaimana Menghasilkan Folder
Di dalam tetingkap Resource Manager, sila klik Add dan klik Folder pada menu ke bawah.
Folder baru akan muncul di dalam tetingkap Resource Manager. Namakan folder tersebut.