transforming education through the Internet 248
Kini, anda boleh menggunakan folder tersebut untuk menyimpan fail. Untuk kembali ke Dashboard anda, klik
pada tanda X.
Bagaimana Mengakses E-mel
E-mel anda boleh diakses dengan mengklik butang Quick Launch yang terdapat di Frog Bar , diikuti dengan
mengklik ikon Email.
Satu tab baru akan muncul pada pelayar anda dan inbox (peti masuk) e-mel anda akan dipaparkan.
Nota: Memandangkan anda sudahpun log masuk ke dalam Frog VLE, anda tidak lagi perlu log masuk ke
akaun e-mel anda secara berasingan.
transforming education through the Internet 249
Klik butang X di tab pelayar untuk menutup e-mel anda.
Bagaimana Menukar Kata Laluan
Change Password membolehkan anda menukar kata laluan anda. Untuk tujuan keselamatan, anda akan
diminta menaipkan kata laluan lama sebelum anda boleh memasukkan kata laluan yang baru. Jika anda
terlupa kata laluan lama anda, sila hubungi Pentadbir Frog VLE sekolah untuk menukarkan kata laluan anda.
Klik menu Frog Head pada Frog Bar dan pilih My Preferences.
Klik Change Password.
Klik butang Change
Password.
Di sini, anda harus menaipkan kata laluan lama dikuti dengan kata laluan anda yang baru.
Nota: Kata laluan mesti mempunyai 8 hingga 16
aksara dan hanya boleh mempunyai aksara ‘A-Z’,
‘a-z’, ‘0-9’, ‘+’ dan ‘-‘.
Klik butang Save untuk menyimpan perubahan kata laluan anda.
3.9 Bagaimana Menghasilkan Laman
Kokurikulum (Pengguna: Guru)
3.9 How to create an Extra Curricular Site (User: Staff)
transforming education through the Internet 251
Bagaimana Menghasilkan Laman
Kokurikulum
TUGASAN:
Menghasilkan dan berkongsi laman ko-kurikulum dengan pelajar
OBJEKTIF:
Memastikan para peserta memahami tentang cara untuk membina laman ko-kurikulum dan berkongsi
laman tersebut dengan para pelajar.
TEMPOH MASA:
20 minit
ALATAN DIPERLUKAN:
• Video 3.9 - Bagaimana Menghasilkan Sebuah Laman Kokurikulum
• Komputer
• Papan Putih
• Pen dan buku nota
• Projektor
TATACARA:
1. PENGENALAN
• Jurulatih mengajukan soalan-soalan berikut:
SOALAN
• Apakah jenis aktiviti ko-kurikulum yang anda rancang untuk persatuan/kelab/sukan?
• Bagaimanakah anda merekod semua aktiviti yang diadakan?
• Bagaimanakah anda mewar-warkan maklumat penting kepada ahli-ahli persatuan/kelab/
sukan dan seluruh warga sekolah?
• Apakah masalah yang sering anda hadapi semasa berkongsi maklumat tentang aktiviti ko-
kurikulum?
2. VIDEO - Bagaimana Menghasilkan Laman Kokurikulum
Mainkan video “Bagaimana untuk Menghasilkan Laman Kokurikulum”. Minta peserta mematuhi arahan di
dalam video.
3. SESI IMBASAN
Imbas objektif sesi latihan. Sesi soal jawab.
transforming education through the Internet 252
Panduan Pengguna
Bagaimana Menghasilkan dan Berkongsi Laman Ko-kurikulum
Penting! Anda mesti log masuk sebagai Guru untuk menghasilkan laman ko-kurikulum.
Untuk membina laman ko-kurikulum, pergi
ke Frog Bar dan klik ikon Quick Launch dan
kemudian, klik ikon Sites.
Dalam Resource Manager,
Sites akan terbuka. Sila pilih
My Sites.
Seterusnya, klik New Site.
transforming education through the Internet 253
Di dalam tetingkap New Site, masukkan nama laman dan masukkan deskripsi ringkas tentang kandungannya.
Klik butang Next.
Pilih satu tema dan ikon untuk laman tersebut.
transforming education through the Internet 254
Klik Next untuk meneruskannya.
Bahagian seterusnya membolehkan anda menambah tag pada laman anda.
Pilih Co-curricular dari menu ke bawah. Laman ini akan diletakkan di bahagian Co-curricular dalam Sites, di
Resource Manager.
Klik butang Add untuk memasukkan tag.
transforming education through the Internet 255
Pilih kumpulan ko-kurikulum yang bersesuaian.
Klik butang Add untuk menambah tag pada laman anda.
Pilih kelas dari dalam senarai.
Klik butang Add untuk menambah tag pada laman anda.
Dalam kotak Keywords, taipkan perkataan yang berkaitan dengan laman tersebut untuk memudahkan
pencarian.
transforming education through the Internet 256
Seterusnya, klik butang Add untuk menambah tag pada laman anda.
Nota: Tag boleh ditambah kemudian, selepas kandungan dan halaman dipenuhkan.
Anda tidak perlu menandakan kotak ini.
Klik butang Create Site untuk menghasilkan laman anda.
Laman baru yang dihasilkan itu akan muncul di dalam Resource Manager, di bahagian Sites. Klik Co-
curricular Sites di sebelah kiri untuk memastikan laman tersebut berada di dalamnya.
transforming education through the Internet 257
Klik pada ikon kategori.
Klik dua kali pada ikon laman untuk membuka laman tersebut.
Klik butang Share pada Frog Bar.
transforming education through the Internet 258
Dalam tetingkap Share or Assign, klik pilihan Share.
Anda boleh menukarkan tag laman di sini. Klik butang Next untuk meneruskannya.
Taipkan nama individu atau kumpulan yang akan diberi akses untuk mengedit dan kemudian pilih daripada
senarai nama yang tertera di bawahnya.
transforming education through the Internet 259
Sebaik sahaja nama yang dipilih dipaparkan dalam senarai, klik pada nama tersebut dan klik butang Add
untuk memasukkannya pada senarai di bawah.
Di senarai menu ke bawah yang terdapat di sebelah nama individu atau kumpulan, pilih Can edit & manage.
Dengan ini, pelajar boleh:
• Memiliki akses penuh – untuk menambah widget, menambah/memadam kandungan,
menambah/memadam halaman, menukar nama laman, menukar tetapan tag dan lain-lain.
Klik Public untuk membenarkan pengguna lain melihat laman berkenaan.
transforming education through the Internet 260
Pastikan Can Contribute dipilih di dalam menu ke bawah. Ia akan membolehkan semua pengguna menyertai
elemen interaktif seperti Forms, Polls, Quizzes, Forums, Wall dan File Drop.
Klik pada butang biru Share untuk mula berkongsikan laman anda.
Laman anda boleh dilihat oleh semua pengguna dan akan dipaparkan di dalam bahagian Co-curricular
Sites di dalam Resource Manager. Hanya pelajar yang dipilih dan tersenarai boleh mengedit laman tersebut.
3.10 Pengenalan Kepada The Pond
(Pengguna: Pelajar)
3.10 Introduction to The Pond (User: Student)
transforming education through the Internet 262
Pengenalan kepada The Pond
TUGASAN:
Memperkenalkan pelajar kepada laman The Pond
OBJEKTIF:
Memastikan pelajar faham tentang laman The Pond dan kandungannya.
TEMPOH MASA:
20 minit
ALATAN DIPERLUKAN:
• Video3.10 - Pengenalan kepada The Pond
• PowerPoint – Pengenalan kepada The Pond
TATACARA:
1. OBJEKTIF
• Jurulatih menjelaskan tujuan dan fungsi The Pond dalam Frog VLE.
• The Pond adalah sebuah portal yang membolehkan pelajar turut serta dalam dunia Frog. The
Pond membolehkan pelajar:
• meneroka tip-tip dan idea bagaimana untuk menggunakan Frog dengan lebih berkesan
untuk berkomunikasi, meningkatkan mutu pembelajaran dan penganjuran acara / aktiviti.
• mengikuti perkembangan terbaru yang berlaku di FrogAsia serta lawatan-lawatan ke
sekolah yang telah dianjurkan oleh pasukan FrogAsia.
• meneroka video, artikel dan bahan pembelajaran terbaik dari serata dunia.
2. VIDEO – Pengenalan kepada The Pond
• Membentangkan PowerPoint yang bertajuk : Pengenalan tentang The Pond.
• Kaitkan apa yang diperkatakan dalam video. Tanya peserta soalan berikut:
• Adakah The Pond penting dalam Frog? Berikan hujah anda.
3. RUMUSAN
Imbas objektif sesi. Sesi soal jawab.
3.11 Frog Student Champions
(Pengguna: Pelajar)
3.11 Frog Student Champions (User: Students)
transforming education through the Internet 264
Frog Student Champions
TUGASAN:
Penglibatan pelajar.
OBJEKTIF:
Semua pelajar memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam proses pelaksanaan Frog,
termasuklah dari aspek merancang dan menguruskan Minggu Frog Buzz.
Memberi pelajar kefahaman tentang cara memuat turun Panduan Student Champion (Student Champion
Guide) dan Panduan Frog Buzz.
TEMPOH MASA:
120 minit
ALATAN DIPERLUKAN:
• Video 3.11 - Frog Student Champions
• Komputer
• Projektor
• Pembesar suara
• Mikrofon
• Papan putih
• Pen Penanda
• Pen dan buku nota
• Projektor
• Kertas mahjong
• Krayon berwarna
• Fail Pembentangan PowerPoint:
• Frog Student Champion Roles English v4
• Frog Buzz Presentation for Trainers BM
• Frog Idea Pack v5
• Frog Student Champion Roles BM v4
TATACARA:
1. PERANAN FROG STUDENT CHAMPION
• Menerangkan struktur pasukan Frog di sekolah dan peranan guru dan pelajar dalam struktur
ini.
• Memainkan video “Frog Student Champions”.
transforming education through the Internet 265
• Merumuskan peranan pelajar iaitu:
• Mempromosi dan memotivasi pelajar lain untuk menggunakan Frog VLE.
• Merancang dan melaksanakan Minggu Frog Buzz sebagai salah satu cara mempromosi
projek Frog.
• Membantu Frog Teacher Champion dalam pelaksanaan latihan platform kepada seluruh
warga sekolah.
2. PEMBENTANGAN POWERPOINT MINGGU FROG BUZZ
• Memperkenalkan tujuan powerpoint iaitu untuk memberi panduan penggunaan dokumen.
• Mengajukan soalan kepada peserta kursus:
• Bagaimanakah anda memperkenalkan VLE kepada warga sekolah yang lain?
• Menerangkan objektif Minggu Frog Buzz.
• Membentangkan slaid PowerPoint Minggu Frog Buzz (nombor 1-5).
• SOALAN:
• Apakah peranan Frog Student Champions sepanjang Minggu Frog Buzz?
• Siapakah yang terlibat dalam Minggu Frog Buzz?
• Apakah aktiviti yang menyeronokkan yang boleh dianjur pada Minggu Frog Buzz?
• Memaklumkan peserta bahawa slaid-slaid tersebut akan memberi idea mengenai aktiviti–
aktiviti yang boleh dianjurkan sepanjang Minggu Frog Buzz.
• Membentangkan slaid Frog Idea Pack (nombor 6-11)
• Pilih 5 idea umum dari Frog Buzz Idea Pack yang telah dibentangkan sebelum ini sebagai
contoh aktiviti yang boleh dianjurkan semasa Minggu Frog Buzz.
Peringatan: Sila lihat dokumen Frog Idea Pack V5 untuk senarai idea.
Tamatkan sesi ini dengan memainkan video aktiviti Minggu Frog Buzz dari sekolah-sekolah rintis:
• Lagu FrogBomb dari SK Sri Petaling
www.youtube.com/watch?v=avxwl7ZsZQ&feature=youtube
• Pengenalan kepada Frog dari SMK Assunta dan Sek. Men. Convent Bukit Nanas
http://youtu.be/QHRJ5uKwNY0
http://youtu.be/kyXVGFYRPmA
3. PERBINCANGAN MINGGU FROG BUZZ
• Minta pelajar membentuk kumpulan mengikut sekolah.
Arahan:
• Bincangkan idea-idea untuk Minggu Frog Buzz sekolah anda.
• Lukis idea atas kertas mahjong dengan menggunakan krayon.
• Paparkan idea pada kertas mahjong anda di atas meja.
• Beralih dari satu meja ke meja lain untuk melihat lakaran idea.
transforming education through the Internet 266
• Pembentangan idea-idea - Setiap kumpulan akan menghuraikan idea dengan menunjukkan
lakaran dan memberi penerangan.
• Pembentangan yang terbaik akan dimasukkan ke dalam Frog Buzz Idea Pack dan akan diberi
kredit.
• Meminta pelajar membentuk kumpulan baru terdiri daripada pelajar dari sekolah berlainan
untuk berkongsi pandangan dan maklumbalas mengenai Frog.
4. SUMBER
• Beritahu pelajar untuk melayari Community Site FrogAsia di www.frogasia.com/gettingstarted/
untuk memuat turun fail-fail yang berikut:
• Panduan Frog Buzz
• Frog Idea Pack
• Bentangkan slaid nombor 14.
5. RUMUSAN
Imbas objektif sesi. Sesi soal jawab.
3.12 Lampiran
3.12 Appendix
transforming education through the Internet 268
Maklumat Terkini Tentang Frog VLE
Nota ringkas ini mengandungi maklumat tentang ciri-ciri baru dan ciri-ciri yang ditambah baik dalam Frog VLE.
Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang ciri-ciri baru /ditambah baik ini dengan memuat turun
dari ruangan What’s New dalam Learn Centre.
Ciri-Ciri Terbaru:
Google Drive
-Google Drive ialah perkhidmatan penyimpanan ‘awan’ peribadi yang disediakan oleh Google.
Learn Centre
-Dapatkan tip bantuan dan video panduan tentang penggunaan Frog VLE di Learn Centre.
Random Name Selector
-Digunakan untuk memilih kumpulan dan nama secara rawak untuk aktiviti bilik darjah.
Learning Styles Report
-Guru boleh mengetahui gaya pembelajaran pelajar mereka berdasarkan jawapan yang pelajar berikan
dalam aplikasi Learning Styles. Laporan ini boleh dieksport sebagai fail .csv.
About Us
-Mengandungi maklumat tentang Polisi Perlindungan Data Peribadi, Perjanjian Penggunaan Diterima Frog
serta butiran perhubungan untuk pertanyaan umum.
Penambahbaikan Ciri-Ciri Sedia Ada:
Text Editor
-Editor Teks telahpun ditambah baik. Kini anda boleh mengedit terus kandungan teks dalam halaman dengan
pilihan pemformatan biasa.
Groups
-Aplikasi Groups telah direka semula dengan ciri tambahan salin kumpulan yang baru.
Quick Launch
-Ikon-ikon dalam Quick Launch telah disusun semula.