The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noorwainieyakub, 2023-09-12 04:09:39

KOUBASANAN POGUN TOKOU

KOBUSANAN POGUN TOKOU ANTOLOGI PUISI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ZON SABAH


HAK CIPTA KOBUSANAN POGUN TOKOU Cetakan Pertama 2023 © INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA Hak cipta adalah terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotostat, mekanik, rakaman dan sebagainya tanpa izin bertulis daripada Jawatankuasa Penerbitan dan Dokumentasi Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Diterbitkan oleh: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA Peti Surat 10491 88805 Kota Kinabalu, Sabah e ISBN 978-629-7628-00-4 Tel:088-286088 Fax: 088-286089 Web:http://www.ipgkgaya.edu.my Penyelenggara Noorwainie binti Yakub Grafik Noorwainie binti Yakub Penyusun Noorwainie binti Yakub Jaidah binti Saidun Falawangi bin Lahama Jumadil bin Ali


DARI TINTA PENYELENGGARA Syukur Alhamdulillah atas penerbitan buku antologi puisi ini. KOUBASANAN POGUN TOKOU merupakan projek cetusan idea Pengarah-pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Zon Sabah untuk menghasilkan bahan bacaan berbentuk karya kreatif yang melibatkan keempat-empat kampus. Sehubungan dengan itu. Unit Pusat Sumber dan Unit Perpustakaan institut telah dipertanggungjawabkan untuk menghimpun, menyusun dan seterusnya menerbitkan buku antologi Koubasanan Pogun Tokou. Koubasanan Pogun Tokou dalam Bahasa Kadazandusun membawa maksud “Tradisi Negara/Negeri Kita”. Kerjasama mengumpulkan puisi dalam sebuah antologi ini merupakan julung kali dilaksanakan iaitu sebagai langkah awal ke arah penerbitan bersama pelbagai lagi bahan bacaan pada masa akan datang. Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada 211 orang penulis yang telah menyumbang puisi dalam buku antologi ini. Sebanyak 215 karya puisi terdiri daripada sajak, pantun dan syair telah dihasilkan oleh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Zon Sabah iaitu IPG Kampus Gaya, IPG Kampus Kent, IPG Kampus Tawau dan IPG Kampus Keningau.


KANDUNGAN MUKA SURAT KARYA IPG KAMPUS GAYA SAJAK 1. Mentorku 1 Cassandra Sim Song Fang 2. Merdeka Selamanya 2 Peter Anak Akat 3. Sajak Pertaubatan Seorang Pendosa 3 Britney Sonia Boren 4. Corona 5 Fazria Kung Ho@John 5. Sepercik Kasih 6 Dayang Azierah Amirah Binti Abang Abdullah 6. Guru 7 Ahmad Irsyad Bin Husin 7. Hujan 8 Nadia Binti Diamson 8. Jasamu Guru 10 Najah Aliah Binti Abdul Rahman 9. Ayah Aku Rindu 11 Elliekha Anak Jimmy 10. Yang biasa 12 Alvira Alexandra W. Winceslaus


11. Hebatnya Tuhan 13 Siti Khadijah Binti Marof 12. Islam Agama yang Unggul 14 Nurul Ejmin binti Sihulmin 13. Usaha 15 Nur Haziqah Izzati Binti Amad Jakrin 14. Rindu 16 Aufa Hamiza Binti Munajar 15. Guru Pahlawanku 17 Divionne Fowler James 16. Mencari Makna Bahagia 18 Emmy Anik 17. Aku Hamba-Mu 19 Faezatul Aisyah Binti Jaidol 18. Sucikan Jiwamu Di Sepertiga Malam 21 Farah Hanim Binti Mamatzelan PANTUN 1. Norma Baharu 22 Sharmaine Daphne Anak Slyvester Bakar 2. Keinsafan 23 Dk Noorshafinaz Ak Jaafar 3. Nasihat Agama 24 Ibnu Iffat Aiman Bin Saifullah 4. Nilai Murni 25 Syarifah Nor Asyiqin binti Wasnin


5. Nilai 26 Farrah Athirah Binti Raimie 6. Ibadah Terjaga Bahagia Hidup 27 Aidatul Haizah Binti Momen 7. Nasihat 28 Nur Amelia Batrisyia binti Sanawi 8. Ayuh 29 Verciana Alexsandra Najurus 9. Pandangan Pertama 30 Nur ‘Aqilah Husna binti Yahaya 10. Nasihat Buatmu 31 Mohd Fathullah Hadi Bin Rizal Hadi 11. Jagalah Maruah 32 Nurafifi Binti Saman 12. Perintah 33 Mardiah Binti Japrin 13. Pantun Nilai-nilai Murni 34 Ezzatun Nur Zahirah Binti Muhamad Ramli 14. Patuhi Agama 35 Luqman Hakim Bin Yusri 15. Kegamaan 36 Nor Amalina Binti Mohd Hasarudin 16. Ilmu 37 Nurul Quratul Ain Binti Sabli 17. Covid-19 38 Rosnih Binti Abdullaman


18. Cintailah Bahasa Melayu 39 Anis Nursyafiqah Binti Sunsai SYAIR 1. Syair Hikmat Kebijaksanaan 40 Alferichelia Angel Alfred 2. Syair Berpada–pada 41 Mahirah binti Misnin 3. Syair: Kata yang Berharga 42 Nur Rafidah binti Fadli 4. Syair Pemuda 43 Nur Ain Raihanah Binti Abd Rahani 5. Kenangan 44 Aqilah binti Hamzah 6. Syair Bakti Ibu Bapa 45 Nur Umairah Binti Mohamad Asri 7. Syair Nasihat 46 Merni Herneca Majidun 8. Wabak Ibrah 47 Nur Faradilah Binti Danny 9. Syair Nasihat 48 Nur Amirudin bin Mat Anuar 10. Syair Kasih Sayang 49 Abdul Rahim Bin Abdul Malek 11. Syair Nasihat 50 Rosnih Binti Abdullaman


12. Syair Sahabat 51 Najah Aliah Binti Abdul Rahman 13. Syair Nasihat Agama 52 Ahmad Faisal Bim Ahmad Fashil @ Ahmad Fazil KARYA IPG KAMPUS KENT SAJAK 1. Dunia Kecilku 53 Aainnur Nadia Binti Lairieh 2. Surat Kecil 54 Abbygail Jane Chester 3. Ibu 55 Adriana Binti Lasani 4. Permata Bangsa 56 Alsera binti Sirajan 5. Jalur Gemilang 58 Ammyssa Gimpau 6. Madah Indah Semata 60 Anistia Wanis 7. Madah Janji Bahasa 61 Asralisca Jaffry 8. Nostalgia 62 Avril Chew 9. Diri Ini 63 Ayu Nadirah Binti Mohd Alyushaak @ Ilyasa


10. Sajak Bonda 64 Azareeyna Azreen Jemis 11. Kidum Bahari Si Bongsu 65 Chris Arcires Styvie Miul 12. Dia 66 Christy Angelica Paulus 13. Nostalgia 68 Claudia Maturin 14. Sahabatku 70 Cylennia Joanne Francis 15. Bunga Yang Mekar Kembali 72 Darrel Tihon 16. Ratu Hatiku 74 Dessiely Alaysius @ Alexus 17. Perpaduan 75 Dg Khairunnisa Natasha Binti A Jeffri 18. Mencari Kejayaan 76 Edeliea Philip 19. Puspanita 77 Elvera Madiris 20. Rumah 78 Fanella Eliza Gusinim 21. Bersyukur 79 Fatin Nurefah Binti Daud 22. Pelita Matahari 80 Jaynievy Tracy James


23. Warkah Buat Mu Ayah dan Ibu 81 Khetlyn Lepeh 24. COVID-19 83 Nelly Nalina Singi 25. Bah Bersama Luka 84 Nor Amalina Binti Pamgo 26. Negaraku, Jiwaku 85 Nordia Enus 27. Keris Pertiwi 86 Nur Aliah Fatin Binti Abdullah 28. Aku Dan Langit 87 Nur Azlyana Antasha Binti Azlan 29. Peneman Malam 89 Nur Sima Binti Arshad 30. Renjana 90 Nurfarah Fathin Binti Abdul Wahab 31. Luka Purnama 91 Nursharizah Binti Jupri 32. Bahasa Jiwa Bangsa 92 Nursyafika Binti Agus 33. Kucing Kesayangan 93 Priscilla Pius 34. Pendidikan 95 Renstifani Binti Sakam 35. Bonda 96 Roanah Urai


36. Perantau 98 Siti Mushayydah Binti Abd Majid 37. Rumah 99 Siti Nabilah Binti Miasin 38. Sahabatku 100 Wetty Alan @ Alexius KARYA IPG KAMPUS TAWAU SAJAK 1. Rumah yang Sebenar 101 Ahmad Daniel Bin Mohd Masrik 2. Lepas 102 Aishah Binti Herman 3. Salam Perpisahan Untukmu Guru 103 Aivern Alexian W Winceslaus 4. Dunia 104 Alya Syazwana binti Azmi 5. Ada Kamu 105 Anasthasia Ilhani binti Gipol 6. Keluarga 106 Dayangku Aleeyah Fadhilah binti Ag Ku Ishak 7. Terima Kasih Ibu 107 Deanna Clarecilla Walter 8. Penantianku 108 Erviyanna Rekha binti Neseter 9. Percayalah 110 Fatin Nabilah binti Muhammad Izzat


10. Rumah 111 Hasnael Hasnan 11. Sahabatku Tercinta 112 Hidayatul Izzah binti Muhamad Saupi 12. Peluang Kedua 113 Nur Adila Nadira binti Johani 13. Sahabat 114 Nur Aisya Aqila binti Abdul Aziz 14. Pahlawanku 115 Nur Fadilah binti Daruis 15. Senja 116 Nur Karina binti Rozli 16. Senja 117 Nurhalis binti Mohamad Paudil 17. Guruku 118 Nurmardia 18. Keluarga 119 Rachel Natalie Dumin 19. Keluarga 120 Mardyana binti Mazri 20. Bangkit Sejahtera 121 Thredeverrence Charles Tilus 21. Keluarga Aku 123 Atiqah binti Mohd Hamizi 22. LDR 124 Algo Sumbing


23. Sahabat 125 Avila Eve Juslin 24. Sahabat 126 Elsie James @ Fabian 25. Pergi Yang Tidak Kembali 127 Entan Elyyanah binti Lampasih 26. Terima kasih Sahabat 128 Errinika Reim 27. Wira Negara 129 Farina Yee 28. Sinar Harapan 130 Mohammad Adnan bin Edmund 29. Kehidupan 131 Najwa Ameera binti Azhari 30. Pitas 133 Nik Adlin Syamimi binti Muhammad Pataf 31. Ibuku Syurgaku 135 Nur Sakinah Hafizah binti Muhammad 32. Tanpamu Ibu 136 Nur Ikhwana binti Mohammad Isa 33. Alam 137 Nur Liyana Arina binti Mohd Azlhi 34. Merdeka 138 Nur Nadia binti Badli 35. Alam 139 Nur Syafiqah binti Sabrang


36. Guru Pahlawanku 141 Nurhusna Maisarah binti Mahadi 37. Ayah dan Ibu 142 Ryan Aqil bin Naim 38. Ilmu 143 Sharifah Aisyah binti Syed Zulkefli 39. Untukmu Ayah dan Ibu 144 Siti Hawa binti Peter @ Latif 40. Tanah Airku 145 Siti Khoirul Nisa’ binti Muhammad Choirul 41. Aku Sebatang Pensel 146 Umi Nur Fatehah Ashiqin binti Ali 42. Ayahanda 148 Nurul Ain binti Victor 43. Berhenti 149 Cyllesvia Juanis 44. Antara Aku dan Allah 150 Dayang Safwah Yusra binti Jamilin 45. Penantian 151 Herbatto Jamun 46. Sungai 152 Iwana Zayani binti Suhanin @ Suhaimin 47. Ibu 153 May Khadija binti Nazri 48. Buatmu Ibu 154 Nur Aisha binti Paul Stephen


49. Ibu 155 Nur Alia Shahida binti Safari 50. Tuhanku 156 Noor Irdina binti Mohamad Noor 51. Ayah 157 Nur Sakinah binti Saidin 52. Engkau Matahariku 158 Nur Syafika binti Mohd Nurdin 53. Terima Kasih Ibu 160 Nurul Hasmaliza binti Mohd Jumain 54. Puspita 161 Nurul Khairina Qistin binti Zanuddin 55. Tuhan 162 Qurratu Ulfah Dina binti Abdullah 56. Aku ingin Cemerlang 163 Nur Salihah binti Kamal 57. Keluargaku Sayang 164 Nursyafiqah Sa’adiah binti Samadin 58. Senja Permulaan Baharu 166 Shahmeera Lyana binti Sajuman @ Yunus 59. Ibu Oh Ibu 167 Siti Nuraini binti Abdul Halim J.A. Sangkar 60. Perpaduan Bangsa yang Utuh 169 Suhaila binti Jamain 61. Alam 170 Valentina Allvera Kornelius


62. Kain yang Putih 171 Muhammad Afif Aiman bin Suaud 63. Untukmu Sahabatku 172 Ridwan bin Mansur 64. Aku 173 Garffith Joyer Olenny binti Robencon 65. Rumah Usang Peti Kenangan 174 Nursyahida binti Muhammad Thamrin IPG KAMPUS KENINGAU SAJAK 1. Anak Rantau 176 Madelin Anak Dolam 2. Tiada Di Sampingku 177 Via Clarisa Morgan 3. Rintihan Si Bongsu 178 Claudia Amber Fredoline 4. Merdeka Dihayati, Perjuangan Diamati 179 Nur Amirah Izzati Binti Sakmud 5. Pahlawanku 182 Nur Azlina Binti Mohd Ridwa 6. Haluan Merdeka 184 Safiah Muzainah Jeffrydin 7. Evasifmu Menghakis Semangat Merdeka 185 Syahira Binti Edris


8. Pelangi Selepas Hujan 186 Adennesther Phillipus 9. Pejuang Kemerdekaan 188 Elyzabit Maurus 10. Nyah Kau Perosak Bangsa! 189 Jasnita Konolius 11. Merdeka.com 190 Siti Aisyah Binti Kohimin 12. Stadium Merdeka 192 Muhammad Aisy Bin Mohd Hisyam 13. Coretan Watan Merdeka 193 Muhammad Iqmal Bin Osman 14. Penerus Generasiku 194 Ayuliana Binti Sudin 15. Pendidikan Kekasihku Selamanya 195 Ealiza Annur Binti Duryap 16. Pemancar Sinar Kejayaan 196 Elia Neville binti Lobinus 17. Sedarlah 197 Josie Carol Mahin 18. Keamanan Yang Ditinggalkan 198 Kilsih Kapusoh 19. Merdeka Bukanlah Suatu Laungan 199 Muhammad Akmal Bin Mohd.Zaini 20. Langit Biru Tanah Bertuah 200 Nur Farzanah Binti Salim


21. Dirgahayu Malaysiaku 201 Nur Mariahafiqahani Binti Joe Meyer Herbert Meyer@Awang 22. Pahlawan 202 Nur Umi Syazwanie Binti Rosli 23. Terima Kasih Pejuang 203 Siti Mazlinah Binti Abdul Naib 24. Jika Aku Yang Di Situ 204 Hairul Warda Binti Mohdzaifol Azhar 25. Sajak Guru Pembina Insan 205 Josslyn Binti Amadeus 26. Malaysiaku 206 Nurul Qistina Binti Jamaluddin 27. Merdeka! 207 Ainul Shuhada Binti Muhamad Sofi 28. Tekad Seorang Anak 208 Pooja Anak Bayoi 29. Malaysiaku Tanah Tercinta 209 Pooja Anak Bayoi 30. Tekad 210 Pooja Anak Bayoi 31. Bangkitlah 211 Siti Syahirah Binti Abdul Latif 32. Malaysia Menang 212 Stepheny Elikca Anak Dieng 33. Suara Merdeka 213 Nurain Syafiqah Binti Khairilashraf


34. Pejuang Dalam Diam 215 Nurul Izzah Binti Sharifuddin 35. Akulah Pewaris Negara 217 Nurul Nazeeha Binti Samsudin 36. Sajak Dunia Tanpa Liku 218 Nur Ain Binti Aidil Nazarudin 37. 2020-Covid19 219 Naima Binti Kadir 38. Jangan Kau Mara Lagi 220 Naima Binti Kadir 39. Negaraku Pernah Kaya 222 Dr. Saidah Khadijah Ahmad 40. Hidup Dan Jiwa 223 Dr. Saidah Khadijah Ahmad 41. Intropeksi Diri Saat Mentari Terbenam 225 Dr. Hanifah Sabin 42. Se…. 227 En. Victor P. L. Salanggang 43. Salam Kemerdekaan 229 Hairon bin Zainal Abidin 44. Merdekakah Aku? 231 Nadarajan Manickam 45. Epilog Cinta 233 Albert Mark Maguring 46. Mengejar Impian 235 Aliscia Binti Marcus


47. Perjuangan 237 Lydia Teo 48. Semilir Banjaran Crocker 239 Dr. Roziah Binti Rusdin 49. Kerana Kau Kekuatanku 240 Nuraziella Binti Majid 50. Dulu dan Kini 242 Dr. Mohd. Fadzly Bin Wasriep 51. Perjalanan Satu Satu Sembilan Empat Satu 243 Dora Anak Athan 52. Pergi Tanpa Salam Perpisahan 245 Hazliah@Rosetifa Yuni 53. Gayo Ngaran 247 Favian Micco Ujin 54. Mawar 249 Frederic Sinim 55. Kenangan 250 Frederic Sinim 56. Bumbung Di Bawah Bayu 251 Frederic Sinim 57. Rindu 252 Sabriah binti Maili @ Mohd Rasli 58. Dunia 253 Misrah binti Harim 59. Buku 254 Misrah bt Harim


60. Detik Ini 255 Hayati Ag Basar 61. Di Sebalik… 257 Sharon Binti Nonong 62. Diam Seketika 258 Sharon Binti Nonong 63. Perjalanan Ini 260 Jumadil bin Ali


1 MENTORKU Cassandra Sim Song Fang PISMP Bahasa Melayu Mentari menjenguk embun pun menghilang sinaranmu membawa kehangatan begitulah perasaanku terhadap mentorku keprihatinanmu membawa harapan ajaranmu memberi terang hilang kerisauanku semangatku berkobar untuk mencapai puncak gunung semakin ringan langkahku terima kasih mentorku!


2 MERDEKA SELAMANYA Peter Anak Akat PISMP Bahasa Melayu Tika suara bersua kata bergemanya menuntut merdeka kerana ingin meleraikan duka yang terpahat berabad lamanya berjuang demi negara menempa lara merobek jiwa wira negara gagah perkasa berkoban nyawa demi merdeka. 31 ogos tercipta sejarah tanah ini berbahagia merdeka mengukir bahagia rakyat jelata yang tiada noktahnya menangis, sengsara, gembira tetap dirasa lebih 60 tahun usia kita merdeka semangat cinta pada negara tetap teguh beriltizam berbekalkan coretan luka jadi ingatan tanda perjuangan tangisan merdeka milik kita merdeka selamanya.


3 PERTAUBATAN SEORANG PENDOSA Britney Sonia Boren PISMP Bahasa Melayu Aku manusia yang kerdil aku melakukan kesilapan aku sedar, aku tahu setiap bicara dan perlakuanku tidak setanding dengan imanku. Kini aku berazam ingin menabur kebaikan melenyapkan segala kesilapan yang pernah ku lakukan berikan aku kesempatan aku berjanji kepada diriku bahawa aku lebih baik dari sebelumnya akan ku tampung segala silapku. Jika aku layak dihukum, maka hukumlah jika aku layak dibenci, maka bencilah jika aku layak disisih, maka sisihlah jika itu membuatmu puas, maka lakukanlah tohmahlah sepuas kalian siapa aku untuk menghalang alangkah hebatnya senggenggam kesilapan mampu mengaburi ribuan kebaikan lumrah manusia suka menilai tanpa mengerti jalan ceritany silap yang lalu dijadikan aib.


4 Terdesak akan sebuah sanjungan sehingga membangkitkan masa silamnya ingin sempurna di mata dunia tanpa melihat noda celanya. Pesanan untuk diri terimalah masa lalumu berikan sebuah keizinan untuk memaafkan dirimu yang lalu kerana masa lalumu. Bukanlah sebuah perjalanan hidupmu tetapi sebuah pengajaran muhasabah diri sesungguhnya kita sebagai manusia tidak pernah lari dari kesilapan itu fitrah.


5 CORONA Fazria Kung Ho@John PISMP Bahasa Melayu Kau yang bernama corona datangmu tidak diduga kepergianmu dinanti semua pergilah agar hidup manusia sentosa. Taman yang dulunya meriah kian sepi pantai yang dulunya dipenuhi orang kian sepi orang ramai terus bersembunyi wabak ini sangat ditakuti. Kita berperang pada yang tidak boleh dilihat, bersatu hati capai matlamat kita harus kuat kita lawan dan benteng harus dikuatkan.


6 SEPERCIK KASIH Dayang Azierah Amirah Binti Abang Abdullah PISMP Bahasa Melayu Longlailah sudah jasad mengatur langkah tubuhnya rusuh serta jiwanya bergelora hati tidak menentu dikaburi helah menjabat tangan seluas lautan menyeberangi lautan china selatan ke sebelah berpegang teguh dengan tuntutan tugas dengan tabah. Ku alunkan irama demi negara perjuangan kita para pendidik nusa demi membina pasak negara menjadi kukuh diperbatasannya andai tabah sukar menjengah diriku ini hampir termengah rasa menemaniku menggunggah badai prahara. Sepercik kasih kulaungkan ke sini, dengan harapan kusanjung pada sanubari anak-anak bangsaku ini kuserakkkan jalaran waktu semoga diriku gagah membelai badai dapatku petik gembira bergerimis sendiri.


7 GURU Ahmad Irsyad Bin Husin PISMP Bahasa Melayu Guru satu perkataan biasa namun maknanya sungguh mendalam buat insan yang bergelar guru. Terdengar ibarat sebatang lilin sudah tidak asing lagi bagi guru pengorbananmu tiada bandingan Guru sanggup meninggalkan anak-anakmu demi mendidik anak murid segala yang kau curahkan tidak kenal erti putus asa. Guru walau kami nakal walau kami tidak pandai walau kami tidak mendengar kata namun semangatmu tetap teguh demi anak bangsa. Guru jika kami salah betulkan kami jika kami lalai tegurlah kami kerana setiap yang kamu lakukan untuk kebaikan kami.


8 HUJAN Nadia Binti Diamson PISMP Bahasa Melayu Hujan andai sahaja aku bisa sepertimu jatuhmu ke bumi bagai tiada perih aku ingin seperti itu, Bila jatuh aku ingin kuat jatuh tersungkur ku tak ingin mengeluh. Hujan aku ingin meluahkan segala perasaanku perasaan yang ku pendam selama ini aku ingin menangis bersamamu agar tiada yang tahu betapa sakitnya sebuah pengharapan agar tiada yang tahu aku sedang menangis meratapi kehidupan. Hujan kau rahmat tuhan kadangkala kehadiranmu dipinta kadangkala dicerca apatah lagi aku sekadar manusia biasa lantas haruskah aku dipuja. Seharusnya aku sedar ya… sedar… hujan yang memberi banyak manfaat sahaja dicerca apatah lagi aku sekadar manusia biasa.


9 Hujan melihat air mu mencurah ke bumi membuat ku tenang bagaikan terapi yang indah aku ingin seperti itu, indah pada pandangan manusia tapi aku pasti itu takkan berlaku. Kini aku mengerti mengapa perlu berharap kepada manusia sedangkan asalnya manusia juga perlu berharap pada sang Pencipta


10 JASAMU GURU Najah Aliah Binti Abdul Rahman PISMP BM SK AMBILAN JUN 2019 Kau umpama permata nilam wawasan gemilang masa hadapan kau lilin menerangi malam mencipta generasi bergemerlapan jasamu takkan aku lupaka kau menjaga penuh kasih sayang, kaulah penyokong ketika aku memerlukan tak mampu ku balas dengan wang menabur bakti penuh kudrat mengajar kita tanpa jemu berdoalah kita memohon berkat agar hidup beroleh restu.


11 AYAH AKU RINDU Elliekha Anak Jimmy PISMP Bahasa Melayu Ayah, meskipun dirimu sering kecewa dengan ragam anak yang tidak menentu namun… senyuman gagahmu tetap menghiasi wajah menyembunyikan kelukaan jiwa dirimu umpama dian yang menyinari hidupku tulangmu engkau kerahkan tanpa mengenal erti lelah demi sesuap nasi untuk keluarga Ayah, sering sahaja mutiara jernih di mataku ini menitis… kerana mengenang dirimu yang kian jauh di sana aku rindu akan dakapanmu saban malam kuingati dirimu yang telah pergi menghadap ilahi sungguh aku tidak mampu menanggung cengkaman rindu ini ku harap ini sekadar mimpi meski kusedari ini realiti Ayah, bingkisan doa untukmu agar rohmu tenang disana diberkati oleh tuhan yang maha pengasih ayah, aku rindu.


12 YANG BIASA Alvira Alexandra W. Winceslaus PISMP Bahasa Melayu Redupan keledar ku telaah sambil jemari menggapai bahumu mengelilingi kota, melunas rindu sebegitu sederhana sebegitu luarbiasa perasaannya. Jenakamu di anjung Toserba ramahmu bersama seorang warga figuraku yang tercatat dalam galerimu aku bahagia sinisku mula mencela ternyata yang biasa bisa merinitkan degupan aku… bahagia bersamamu.


13 HEBATNYA TUHAN Siti Khadijah Binti Marof PISMP Pendidikan Agama Islam Alangkah hebatnya Tuhan hanya dalam satu detik puluhan juta yang bernyawa dimatikan dalam masa sedetik puluhan juta yang lain dihidupkan dan dalam waktu sedetik itu hidup seseorang berubah keadaan semuanya berlaku dengan kehendak Tuhan hanya lafaz jadi maka jadilah. Alangkah hebatnya Tuhan tangan-tangan manusia terus melakukan kerosakan namun tuhan terus memberikan rezeki membiarkan mereka dengan kejahilan sendiri sehingga satu masa nanti perbuatan itu akan memakan diri. Alangkah hebatnya Tuhan masih mengampunkan dosa hamba-nya masih memberikan hidayah kepada makhluk-nya kerana hamba itu sifatnya lemah dan penuh dengan dosa alangkah hebatnya Tuhan.


14 ISLAM AGAMA YANG UNGGUL Nurul Ejmin binti Sihulmin PISMP Pendidikan Agama Islam Islam adalah agama yang unggul pegangan hidup seorang insan agar menjadi gemilang abadi. Jadikan al-Quran pedoman hidup wadah terunggul seorang insan dunia akhirat akan diberkati. Para Rasul dan nabi adalah utusan ilahi memimpin umat dari kekufuran membawa rahmat ke seluruh alam. Takwa dan iman disematkan dalam hati al-Quran panduan kitab suci menjadikan ummah gemilang muslim sejati. Islam adalah agama yang unggul pegangan hidup seorang insan agar menjadi gemilang abadi.


15 USAHA Nur Haziqah Izzati Binti Amad Jakrin PISMP Pendidikan Agama Islam Kau punya impian yang tinggi usaha entah bagaimana inginkan kejayaan usaha perlu setimpal. Bukan mudah untuk menjadi senang semat impian di dalam hati biar semangat kau bertubi-tubi biar langkahmu seiring impian. Andai gagal di tengah jalan jadikan ia sebagai pedoman jangan takut jangan gentar kerana pelangi indah pasti datang. Ingat selalu pesan guru jangan lupakan ibubapamu kenang tuhan ketika senang juga ketika kau kesedihan andai berjaya di masa depan jangan lupakan orang kesusahan bantu selalu yang memerlukan biar berguna hidup menjadi tenang.


16 RINDU Aufa Hamiza Binti Munajar PISMP Bahasa Melayu Aku selalu tertanya-tanya, Bagaimana khabarnya, Apakah yang sedang dilakukannya, Aku ingin sekali mendengar khabarnya. Wajahnya sering muncul dalam mimpiku, Bilakah masanya kita akan bertemu, Betapa peritnya diriku ini menahan rindu, Adakah wujud penawar bagi rinduku. Jika ada ubatnya akan aku cari, Walaubagaimanapun caranya akan aku temui, Kerana aku tidak sanggup lagi menahan rindu ini, Semoga rinduku ini bisa diubati.


17 GURU PAHLAWANKU Divionne Fowler James PISMP Bahasa Melayu Ku terjaga dari lamunan hidupku dan cahaya ilmu mu menyinari kehidupan ku memberikan ku harapan untuk berdiri di menara gading engkaulah guru pelita hidupku. Kau mengangkatku selangkah ke menara gading mengejar cita-cita, matlamat kehidupan kau guruku, guruku penyelamatku. Sebelum kehadiranmu datang ke hidupku aku merasakan hidup ini tiada hala tuju yang jelas tidak dapat membezakan yang baik dengan yang buruk namun ilmumu menerangi hidupku. Di kala aku terlena dibuai mimpi engkau masih bersengkang mata untuk menjalankan amanahmu tidak dapat dinafikan engkau ibarat lilin yang membakar diri untuk membantu anak bangsa Engkau mengorbankan masa emas bersama keluarga untuk mendidik mengasah minda kami menjadi tajam bagiku engkaulah pemacu kepada pembangunan negara Engkau menyeberang lautan China Selatan dan berjauhan daripada keluarga agar kami mendapat pendidikan yang lengkap


18 MENCARI MAKNA BAHAGIA Emmy Anik PISMP Bahasa Melayu Aku tersenyum tapi hatiku terluka aku tertawa tapi hatiku hancur berkecai kusembunyikan air mata menangung derita sendiri Ingin kuluahkan meluahkan semua beban di hati namun apakah daya, aku ketakutan aku hanya mampu bersembunyi. Jika hujan turun membasahi bumi jika ribut datang melanda tibalah masa aku pergi berilah aku kesempatan untuk merasai makna bahagia. Cukup sekadar pengertianmu, tentang kisah yang kuungkapkan cukup sekadar doamu kisah ini pasti ada pengakhiran.


19 AKU HAMBA-MU Faezatul Aisyah Binti Jaidol PISMP Pendidikan Agama Islam Tika malam suram, bunyi lambaian sepoi-sepoi angin yang menderu tika cengkerik bersahut-sahutan sayup-sayup kedengaran digegendangku. Dingin malam menikam kulit sang abid memuji Tuhan Pencipta kalimah Tuhan memenuhi ruang di dada ini. Aku masih jua begini, diselimuti gebar tebal, lena dibuai mimpi manis, itulah hakikat diri ini, tiada upaya, tiada kudrat, untuk menyahut seruan-Mu Ilahi Allahuakbar!! Mengapa aku masih begini? Sedangkan....dunia hanya mimpi ngeri penuh tipu daya tak penghujung. Sedangkan......janji Allah Maha Benar syurga tak terbayang keindahannya neraka tak terkata panasnya Subahanallah!! Mengapa manusia masih buta......tuli????? dan mengapa aku jua begitu?????


20 Tuturku ucapku hanya mainan disapu angin yang lalu melintasi pendengaranku sedangkan itu satu kemurkaan yang tak terduga Aku hamba-Mu yang tidak lari dari membuat kesalahan dan kesilapan kesalahan dari sekelumit kecil kuman menjadi besar, dek ketaksuban duniawi leka dengan hiburan aku berdosa aku khilaf, takut aku malu kepada-mu Sang Pencipta. Ya Allah Ya Tuhanku kumohon, ampunkanlah aku ampunlah kami ampunkanlah semua kerana sesungguhnya Engkau itu Maha Pengampun lagi Maha Pendengar. Sesungguhnya mati itu pasti akhirat juga pasti neraka juga pasti syurga juga sudah tentu pasti DUNIA sementara AKHIRAT kekal abadi.


21 SUCIKAN JIWAMU DI SEPERTIGA MALAM Farah Hanim Binti Mamatzelan PISMP Pendidikan Agama Islam Malam yang dingin tidak menghentikan waktu bagi pencari syurga jiwa manusia yang berkarat tidak akan cukup dicuci dengan ibadah bumi justeru, raihlah ibadah langitmu. Ketuklah pintunya di saat-saat itu di saat orang menghamparkan mimpinya di saat insan sedang lupa pada janjinya sucikan jiwamu di sepertiga malam rasakan jibril yang mencatat amal itu. Ceritalah-ceritalah tumpahkan segalanya kepada sang maha pencipta bersihkan semua luka-luka itu mohonlah keampunan daripada-nya dan sucikanlah jiwa manusiamu yang berkarat sesungguhnya allah maha besar dan maha pengampun


22 NORMA BAHARU Sharmaine Daphne Anak Slyvester Bakar PISMP Bahasa Melayu Bila tiba musim hujan, Tidak kelihatan sang matahari, Mari kita jaga kebersihan, Agar penyakit dapat dihindari. Orang kaya rumahnya besar, Dapat beli banyak tanah, Virus corona mudah tersebar, Semua diminta duduk di rumah. Adik kecil sungguh nakal, Bila dimarah menahan sebak, Amalkan sentiasa penjarakan sosial, Bagi mengelak penyebaran wabak.


23 KEINSAFAN Dk Noorshafinaz Ak Jaafar PISMP Pendidikan Agama Islam Buah kuini rasanya nyaman, Simpan di raga oleh si Nyonya, Dunia ini pinjam pinjaman, Akhirat juga akan sesungguhnya Tinggi gayat takut tergugur, Menyeberang sempadan demi tersayang, Menangis mayat dipintu kubur, Teringat badan tidak sembahyang. Ikan lokan utk disaji, Lalu disaji oleh Pak Pahlan, Serban bukan semuanya haji, Terletaknya haji pada amalan.


24 NASIHAT AGAMA Ibnu Iffat Aiman Bin Saifullah PISMP Pendidikan Agama Islam Membeli belah di kedai Mak Temah, Niat mencari sebotol susu, Berbelanjalah dengan berhemah, Jangan kalah kepada nafsu. Berjalan-jalan mendaki bukit, Sambil mengesat peluh di muka, Amal ibadah terlalu sedikit, Syurga hanyalah angan belaka. Manchester United melawan Chelsea, Chelsea kalah empat tiga, Jasa guru jangan disisih, Kerana ia amat berharga. Anak kecil berlari-lari, Hujan turun terpaksa redah, Jagalah empunya maruah diri, Jangan sampai tergadai sudah.


25 NILAI MURNI Syarifah Nor Asyiqin binti Wasnin PISMP Pendidikan Agama Islam Malam raya pasang pelita, Agar rumah terang-benderang, Hormat-menghormati sesama kita, Supaya tiada berlakunya perang. Berbadan tinggi bertubuh sasa, Itulah ciri lelaki idaman, Indah peribadi kerana bahasa, Sopan santun sentiasa diamalkan. Pergi kedai membeli laksa, Berjalan kaki pilihan si kawan, Andai ada terkasar bahasa, Tangan dihulur maaf dipohon.


26 NILAI Farrah Athirah Binti Raimie PISMP Pendidikan Agama Islam Hendak berjalan menuju ke jeti, Ayuh berjalan bersama rakan, Pabila tersasul menyinggung hati, Maaf dipinta kesal dilafazkan. Seorang pengusaha membawa kereta, Seperti orang yang kaya raya, Bersopan santun amalan kita, Kelak membawa kehidupan bahagia. Masak gulai secukup rasa, Penyedap rasa sekotak santan, Hormat ibu bapa sepanjang masa, Kelak hidup terjamin keberkatan.


27 IBADAH TERJAGA BAHAGIA HIDUP Aidatul Haizah Binti Momen PISMP Pendidikan Agama Islam Buah epal buah rambutan, Masak ranum berwarna merah, Apa guna berparas tampan, Jika lupa waktu ibadah. Subuh pergi petangnya balik, Lumrah hidup orang bekerja, Jangan riak jangan menunjuk, Amal ibadah biarlah rahsia. Pantun ditulis menyusun madah, Madah ke laut pantun tak siap, Dekati Tuhan dengan ibadah. Ibadah terjaga bahagia hidup.


Click to View FlipBook Version