225 INTROPEKSI DIRI SAAT MENTARI TERBENAM Ada titisan hujan jatuh di atas rerumputan Rumput di sisi jalan setapak tidak menghijau lagi Dan pohon-pohon rendang yang dahulunya tegak berdiri Kini sendeng ke kanan dan ke kiri Dan belitan akar yang dahulu mencengkam erat bumi Semakin longgar dan rapuh kini Aku duduk di sini, di bangku sepi Lembayung senja berbisik sinis, memaksaku intropeksi diri Lingkaran waktu berputar laju tanpa kendali Kami masih setia di sini mencurah bakti bahkan hidup kami Dengan kudrat yang kian merintih Kami memaksa untuk terus melangkah lagi Kekal berpaut dan menjunjung tinggi Aspirasi muafakat membawa berkat Aku tersentak nafas menghayati rintihan sahabat dalam tangis Sekali air bah, sekali pantai berubah Sahabatku, perubahan itu bukan tragis Kami pasrah, kami rela dan bahkan kami siap siaga Namun berilah kesempatan mencicipi rasa dihargai sebelum kami pergi Jangan robohkan kebanggaanku pada mahligai ini Agar menjadi kenangan terindah, sebelum aku dipanggil Ilahi. Nukilan Dr. Hanifah Sabin Di balik Jendala JIP 18 Januari 2023
226 Biodata : Dr. Hanifah binti Sabin, dilahirkan di Kg. Kibbas, Ranau Sabah. Beliau menerima pendidikan di SK. Kimondou, Ranau dan SMK Mat Salleh Ranau. Seterusnya melanjutkan Pendidikan ke Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu dalam kursus Sijil Asas Perguruan. Setelah mengajar selama 3 tahun di sekolah menengah, beliau melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda di IKIP/UPI (Universiti Pendidikan Indonesia) Bandung. Seterusnya melanjutkan pelajaran peringkat sarjana dalam bidang Pengurusan Pendidikan dandang selanjutnya Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Kurikulum dan Pengajaran di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Beliau pernah bertugas sebagai guru di beberapa buah sekolah menengah sebelum berkhdimat sebagai pensyarah di IPG Kampus Keningau mulai 2012 sehingga kini.
227 Se…. Sehari ini Pastinya akan berlalu pergi Menjadikannya Memori duka Mungkin juga Kenangan Terindah Sesaat ini Bersyukurlah dengan nikmat seadanya Menjadikannya bahagia Mungkin juga terluka Seribu hari yang mendatang Nyatanya tiada kepastian Menjadikannya suatu pengharapan Mungkin juga seksaan penantian Apapun se….nya Empunya diri pencetusnya Menjadikannya dipermudahkan Mungkin juga penghalangnya. Nukilan En. Victor P. L. Salanggang 23092022
228 Biodata : Berasal dari Kg. Bandau Membakut. Beliau bertugas SM St. Patrick Membakut (1986 - 1988), SMK Tenom (1989 - 1994), Pensyarah Maktab Perguruan Gaya (1994 - 1999), Pensyarah Maktab Perguruan Kent / IPGK Kampus Kent (2000 - 2020), Pensyarah IPG Kampus Keningau (2020 hingga kini ). Victor P.L. Salanggang, mula berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau pada tahun 2020. Dilantik sebagai ketua Jabatan PJK mulai tahun 2021 sehingga kini.
229 SALAM KEMERDEKAAN Salam kemerdekaan Digarhayu pertiwiku Kian gemilang dan maju Masih ingatkah Datuk nenek moyang kita Yang mendiam di tanah bertuah ini Dengan hati yang waja Belantara diratakan Badai dan gelombang tidak terkuit pun Demi anak-cucu yang masih mentah Demi tanah bertuah daripada dirampas Demi anak bangsa daripada menjadi hamba Demi bangsanya daripada merempat Perjuangan yang tidak pernah padam Salam kemerdekaan anak-anak ku Salam kemerdekaan rakan dan teman Salam kemerdekaan bangsaku yang hebat Mari kita sambung perjuangan itu Kita belum pernah dapat berdiri sama tinggi Dengan penjara dan perampas Kemerdekaan tanah bertuah ini
230 Usahlah tertipu dengan pangkat dan harta Usahlah terleka dengan gadjet dan kenderaan baru Janganlah nikmat yang sekelumit Kau menggadai tanah bertuah ini Janganlah kerana nama Kau pertaruhkan anak bangsa ini Marilah Kita daulatkan bangsa kita yang hebat ini Marilah Kita martabatkan tanah bertuah ini Marilah Sepakat kolektif menjulang kecemerlangan Salam kemerdekaan buat penerus legasi merdeka. Nukilan Hairon bin Zainal Abidin IPGK Keningau 22 Ogos 2022 Biodata : Ustaz Hairon bin Zainal Abidin dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Mejor Jeneral Datok Ibrahim Kuching Sarawak. Bersekolah menengah di SMKA TAHAP, Jerantut sebelum ke KISAS, Klang, Selangor. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Al-Azhar, Mesir. Seterusnya Ijazah Sarjana Syariah di Universiti Malaya. Pernah bertugas sebagai guru di SMK Rantau, Seremban, kemudian berkhidmat di Bahagian Pendidikan Islam, KPM. Seterusnya menyambung tugas sebagai Pensyarah di IPG Kampus Keningau hingga sekarang.
231 MERDEKAKAH AKU? Merdeka! Merdeka! laungan keramat membingit telinga bebas sudahkah kami ini atau masih terbelenggu namun masih senguk senguk peranti tergengam erat, menatapi telapak tangan tanpa menghirau suasana sekeliling senyum melebar dengan hati yang girang mendakapi ledakan teknologi seolah puas menggapai kemerdekaan rupanya tidak dan masih terkongkong dan terbelenggu, seolah masih terpenjara kesedaran masih tidak wujud sengaja tidak menghirau wujudnya kesedaran akan timbulkah kesedaran mengenai taksub ini mengharap perubahan dari sanubari terpendam sebagai pedoman generasi mendatang kemungkinan generasi mendatang terpalit sama dengarkah aku laungan membingitkan itu Merdeka kah aku masih!!! Nukilan Nadarajan Manickam Jan 2023
232 Biodata : Dr. Nadarajan Manickam dilahirkan di Raub. Pahang pada 31 Disember 1964. Beliau menerima pendidikan di Sekolah kebangsaan dan Inggeris. Lepasan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim tahun 1989. Kemudian, beliau memperoleh Ijazah Pertama dan kedua Teknologi Maklumat dari UPSI Tanjong Malim (2000 dan 2004); Ijazah Doktor Falsafah (Teknologi Maklumat & Komunikasi) juga dari UPSI (Julai 2014). Pengalaman mengajar di sekolah (1989 – 1996) dan di Maktab Perguruan Ipoh, Perak & Institut Penguruan Kampus Keningau (2001 – kini).
233 EPILOG CINTA Telah kutemui engkau Di epilog cinta kita Termetri yang sejati Meskipun tidak dimiliki Segala yang telah terpahat di hati Dari dalam dirinya Ku temui jati diri Penentu ke jalan kehidupan Kita seiringan meski jemari ini Tidak bisa bertemu untuk selamanya Kau kekuatan sandaran hati tatkala Badai melanda kehidupan Tuhan Bisakah kau menyatukan Setiap detik hati kami dari jarak memisahkan Epilog ini Segala akan terpahat kuat Membina kembali ikatan yang terlerai Dengan doa dan harapan Bahagia itu mekar di hati. Nukilan ROYALBERT76 IPGKK22
234 Biodata : Albert Mark Maguring, dilahirkan di Lamag, Kinabatangan pada 26 Julai 1973. Bapa beliau seorang pesara polis; Sarjan (B) Maguring Bulang dan ibunya Lutai Borubui merupakan surirumah tangga. Albert Mark, anak kedua daripada 5 orang beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di SK. Likas (Tahun 1 - 2), SK. Wangkod,Topokon (Tahun 3 - 4) dan SK. Sembulan (Tahun 5 - 6). Seterusnya ke peringkat menengah di SM Maktab Sabah, Kota Kinabalu (Tingkatan 1 hingga 5). Meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu dlm Pengajian Sekolah Rendah - Matematik pada 1992 - 1994. Beliau amat aktif dlm sukan permainan ragbi dan aktiviti muzikal. Penempatan pertama beliau di SK. Pekan Tenom (1994 - 1999). Melanjutkan pengajian di UPSI (1999 - 2002) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik dan Sains Sukan. Penempatan keduanya di SMK. Muhibbah, Sandakan (2002 - 2003). Ditawarkan bertugas sebagai pensyarah muzik di IPG Kampus Keningau pada 1 Ogos 2003 sehingga kini. Jawatan terkini beliau adalah Ketua Jabatan Pedagogi Peribumi Pedalaman mulai 3 Januari 2023 sehingga kini.
235 MENGEJAR IMPIAN Bangun anakku, usah diulit mimpi indah lagi Bukalah matamu, bangkitlah dari peraduanmu Jangan bermalas-malasan lagi Ayuh anakku…Jangan sampai kau terlewat Tempatmu menuntut ilmu nun jauh di sebalik bukit Demi masa depan yang cerah…bertabahlah Timbalah ilmu sebanyak mungkin Penuhkan ilmu di dada Hanya ilmu dapat mengubah segalanya Tanpa ilmu. ibarat malam tanpa siang Umpama malam tiada penghujungnya Kejarlah impianmu anakku Bukankah impianmu menjadi pendidik? Menabur bakti di tanah tumpah darahmu Mendidik dan memartabatkan bangsa Tanpa rasa jemu dan lelah Jangan sedih anakku. Jika pada hari ini Baju, seluar dan kasutmu… lusuh, koyak dan kotor Makananmu hanya berlaukkan garam, berkuahkan air bening Tatkala cita-citamu tercapai nanti...belilah impianmu Namun jangan hanya mendongak ke langit Pandanglah juga rumput di bawah telapak kakimu. Nukilan Aliscia Binti Marcus 30/8/2022
236 Biodata : Aliscia binti Marcus dilahirkan di Keningau, Sabah. Beliau menerima pendidikan awal di SK. Menawo, Keningau dan SMK. Gunsanad, Keningau. Melanjutkan pengajian di MPKS (1991/1993) dan OUM (2007- 2011). Pernah bertugas di SK. Geras, Tambunan (Disember 1993-1996) dan Prasekolah Bestari IPG Kampus Keningau (1997-2013). Mula bertugas di Unit Peperiksaan dan Penilaian IPGK Keningau pada tahun 2013 sehingga kini.
237 PERJUANGAN Menghitung hari demi hari Terasa semakin hampir Persiapan demi persiapan Perasaan gembira bercampur debaran Akan kutunaikan impian sekian lama tersimpan Berdesing di telinga terdengar suara halus Namun kugagahi jua Ahhh! Pedulikan Haluan hidupku berevolusi Pengertian kehidupan sukar dimengertikan Biarkan Sang Pencipta menunjukkan jalan Hari demi hari Semangat semakin lemah Namun kugagahi dengan onak duri ranjau kehidupan yang tiada kesudahannya Ketabahan dan kekuatan dituntut Syukur Masih bisa bangkit Menggapai hajat yang lama terpendam Kugagahi langkah dengan semangat yang kental Apa pun keadaannya… impian harus diperjuangkan Nukilan Lydia Teo IPGK Keningau 2023
238 Biodata : Lydia teo dilahirkan di Pekan Kuala Penyu, Sabah. Beliau pernah bersekolah di SK Pekan Kuala Penyu, SMK Gunsanad dan SMK Kayul Kuala Penyu. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Matematik), UMS dan Master Pengurusan Disiplin UNISEL. Bertugas sebagai guru di SK Kelatuan, SK Tobobon, SMK Bahang dan SM Maktab Sabah. Pegawai Pengurusan Praktikum IPGK Kent, pensyarah Jabatan STEM IPGK Keningau dan Ketua Unit Praktikum dari tahun 2021 sehingga kini.
239 SEMILIR BANJARAN CROCKER Jauh ku merenungi Mencari kekuatan dalam kesunyian diri Kerinduan yang dalam seperti awan yang berbalam-balam Untuk bersama kasih yang tercipta Yang telah dijanjikan dan terpatri di sanubari Tidak semena-mena Semilir Crocker menyapa dingin Menyedarkan diri dari terbuai hanyut Mengingatkan diri agar kuat untuk membina Satu generasi harapan negara Semoga pengorbanan ini Dibayar dengan kejayaan anak bangsa Dapat menyumbang walau setitis titik peluh Dengan membangun jati diri Untuk agama dan bangsa. Nukilan Dr. Roziah Binti Rusdin Biodata : Dr. Roziah Binti Rusdin. Tarikh Berkhidmat Di Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah pada 28 Julai 2021. Kini ditempatkan sebagai Pensyarah Akademik di Jabatan Perancangan, Penyelidikan Dan Inovasi. Kelulusan Akademik: Ijazah Kedoktoran (Kurikulum Dan Pengajaran)
240 KERANA KAU KEKUATANKU Langkah kaki semakin longlai Sedang wajah semakin jelas garisnya Di hati tersimpan seribu pengisahan Sukar untuk kuzahirkan kelu untuk kuceritakan Namun tiada yang menyapa Melainkan hanya memendam rasa Tangis duka suka gembira Ku berserah lalu berdoa Terdetik di satu ketika Sepertiga malam menjadi saksi segala jalan cerita Ku luah rasa tanpa ada sesiapa Sedikit lega kosong terasa Terhembus lembut kekuatan menyapa Terasa kuat jiwa dan raga Ku yakin ini dari KAU Yang Maha Esa Mendengar tanpa jemu Mangkabulkan sesuai waktu. Nulikan Nuraziella Binti Majid.
241 Biodata : Nuraziella Binti Majid. Pensyarah Akademik Jabatan Ilmu Pendidikan. Kelulusan Akademik: Sarjana Psikologi Kaunseling. Beliau pernah bertugas di SMK Chinta Mata Tenom dari tahun 2012 sehingga 2016 sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling. Pada tahun 2016 sehingga 2021 bertugas sebagai Kaunselor IPG Kampus Keningau. Pada tahun 2021 hingga kini bertugas sebagai Pensyarah Akademik.
242 DULU DAN KINI Mengundi cari diundi Diundi cari mengundi Dulu berpaling muka Kini mencari muka Jangan pernah berharap salam Jangan pernah berharap sanjung Jangan pernah berharap setia Jika janji hanya janji Jika manis hanya di bibir Jika ada hidup sengsara Dulu bukan kini Diundi bukan raja Diundi cari kerja Amanah pada kerja Amanah pada rakyat dan raja. Nukilan Dr. Mohd. Fadzly Bin Wasriep Biodata : Dr. Mohd. Fadzly bin Wasriep. Tarikh berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau Sabah pada 28 September 2022. Kelulusan Akademik: Ijazah Kedoktoran (Pendidikan Sains). Kini ditempatkan sebagai Pegawai Pengurusan Unit Peperiksaan dan Penilaian.
243 PERJALANAN SATU SATU SEMBILAN EMPAT SATU Perjalanan ini Bukan perjalanan biasa kerana keseluruhan dari keadaan dan kenyataan Merentas harapan dari kesanggupan dan ketidakpastian Mencantas keinginan dari kemungkinan dan kebenaran Memecah mimpi menjadi realiti Menukar igauan menjadi kenyataan Perjalanan satu satu sembilan empat satu Telah benar-benar menguji dan membangunkan kepercayaan Telah benar-benar menimbulkan pengharapan Bahawa di tanah ini Masih ada…..tuah yang mendekati nyata Masih ada….kilauan permata di balik suramnya suasana Dalam hari berlari subur kasih di hati Terpahat azam berumbi janji menabur bakti Pada tanah bertuah antara gunung-gunung dan lembah Dalam rindu berpadu, hati terpaut sudah Aku rindu fajar cemerlang di tanah kenyalang Aku rindu ibu pertiwi Namun hati ini terpaut kasih di bawah bayu Lambaian gunung dari lembah pohon merimbun Bukit ini menjadi saksi Perjalanan satu satu sembilan empat satu Sungguh telah terbukti hatiku rapuh namun semangatku menjulang tinggi. Nukilan Dora
244 Biodata : Dora Anak Athan. Mula bertugas di Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau pada 16 Ogos 2021. Kini ditempatkan sebagai pensyarah akademik di Jabatan Ilmu Pendidikan untuk Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.
245 PERGI TANPA SALAM PERPISAHAN Kelam malam Mataku masih terang Minda terus menerawang Rasa hilang semakin terasa Aku Disini, di tempat yang sama Seolah mencari sesuatu Rindu mencengkam Menunggu yang tidak ada Dia Pergi tanpa salam perpisahan Sedangkan jemari ini Semalam masih menggenggam erat Dadanya masih berombak halus Walau matanya tertutup rapat Malam ini Aku masih gundah Ke kiri salah Ke kanan juga tak betul Figura itu benar hilang Dan aku masih Menunggunya tanpa jemu Kerana perginya Tanpa salam perpisahan. Nukilan @Suri Teja 07072022/12.00am
246 Biodata : Hazliah@Rosetifa Yuni. Tarikh mula berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau pada 10 Ogos 2022. Beliau kini ditempatkan di Jabatan Pedagogi Peribumi Pedalaman sebagai Pensyarah Akademik: Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.
247 GAYO NGARAN Luka lama masih tercalit, tapi hati tetap berkobar Membawa harapan, sejuta mimpi Mengapai awan, menuju puncak Langkahan kaki semakin perlahan Mengundur sahaja aku mahu Peluh keringat bersalut kabus Ritma nafas tidak selari Dingin sang bayu menerpa lembut Membuat hati diulit hiba CiptaanNya indah sukar disangkal Membakar semarak yang kian pudar Kesakitan mulai merantai diri Luka lama kian mencengkam Mulailah terbit satu penyesalan Namun terus disiang pergi Perlahan-lahan menyusun tertib Jatuh membenam menjadi natijah Tapi hati tetap kematu Ingin menggenggam batu keramat Angka 7 menjadi saksi, akhirnya puncak sudah ditawan Berlinang air mata tidak bercucuran Menahan sebak kejayaan diraih. Nukilan Serunai Bersiung
248 Biodata : Dikarang oleh Favian Micco Ujin. Penulis lirik lagu Oupusku Sogigisom dan lagu tersebut telah menjadi salah satu finalis dalam Anugerah Juara Lagu Keningau FM. Beliau pernah menjadi finalis Peraduan Baca Puisi Pelbagai Kaum Peringkat Kebangsaan IPT (Awam/Swasta) di Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur serta pernah mendapat tempat ke-3 dalam Malam Sayembara Puisi Interkolej UPM.
249 MAWAR Mawarku kau juita dan mempersona kau satu tiada gantinya senyum kau ukir membiaskan ceria pada jiwa yang lara duka. Hadirmu bagai sebutir mutiara berkilau bak kerdip sang suria bersinar tanpa silaunya gemerlap dalam kisah nyata. Kisah cinta kau lakar buat kasih yang sedang mekar agar tidak terhapus tetap segar walau berzaman waktu dikejar. Kini kusulam senyum kasihmu menyeka lara di tubir mata sayu kuberdiri masih terkaku ke mana sirnanya mawarku yang dulu. Layumu tidak kurela gugurmu tiada kupinta itu suratan dari yang Esa kau dan aku tiada noktahnya di balik senja bersua pasti. Bukit Langsat 2023 Nukilan Frederic Sinim
250 KENANGAN Kupotretkan kenangan semalam pada helaian bingkai waktu mewarnai lembaran nestapa mencorakkan ratusan kisah suka. Tersembunyi sekuntum rindu pada lidah bisu mencair ditusuk pena mengalun aksara tidak bernoktah terlipat dalam sempadan waktu kemarau rindu mendera gundah berzaman. Simpanlah di dadamu cerita sendu ini rakamkan suaranya di raut telinga pancar sinar wajahnya pada kaca setia sesungguhnya semalam adalah mimpiku yang patah. Bukit Langsat 2023 Nukilan Frederic Sinim
251 BUMBUNG DI BAWAH BAYU Desiran bayu menghembus segar permai desa mendakap damai petala biru pendinding kemakmuran menaungi kita di tanah jantung ini. Wahai penghuni mukim aman setialah pada titian kesejahteraan rapikkan jurang pemisah ratakan batas sangsi pemutus leraikan sejuta rasa yang tersimpul mati terikat papakerma disingkir lembut dan hanyutkan di pinggiran kota buat penyambung citra nafas demokrasi damai. Bukit Langsat 2023 Nukilan Frederic Sinim Biodata : Nama Penuh: Frederic Sinim. Nama pena: Fred John. Beliau berasal dari daerah Keningau, Sabah dan kini berusia 30 tahun. Beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Pengurusan Unit Peperiksaan & Penilaian (DG41) IPG Kampus Keningau. Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa Melayu Sr. Tempat Pengajian: IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai Kuala Lumpur.
252 RINDU Hamparan jutaan kerdipan lampu kota ini Membongkar lipatan himpunan kenangan indah Yang ku simpan kemas sendirian Dalam lipatan sejarah duniaku Tiupan bayu malam Menjentik rasa rindu yang terdalam Membintangi rasa sayang Menempelkan rasa sakit disanubari Sungguh rahsia ini ku simpan berdekad Merelakannya menjadi separuh hidupku Akan ku dakap kenangan itu selamanya Biar waktu membuatnya pudar sendiri. Nukilan Biodata : Sabriah binti Maili @ Mohd Rasli dilahirkan pada 15 April 1985. Beliau dilahirkan di hospital daerah Tambunan dan merupakan anak ke 3 daripada 6 orang adik beradik. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi Kaunseling daripada Universiti Malaysia Sabah. Beliau juga pernah terlibat sebagai penulis dalam himpunan tulisan konflik remaja ‘Tawan Ombak Usia’ terbitan Ku Children and Families Enhancement pada tahun 2022.
253 DUNIA Indahmu mempersona Sinarmu memercik silau mataku Kamu punya segala kemewahan Namun perutmu mengandung onak dan duri Dunia Didadamu dihiasi neon-neon kelam Umat terbelit, bergelumang dalam lumpur-lumpur hitam Hanyut, tenggelam di dasar kegelapan Yang kuat, berpaut di dahan taqwa Yang longlai lemas terkulai Yang lemah terpedaya percik sinar palsumu Dunia Kamu bukan tempat tinggal Kamu tempat makhluk meninggal Kamu sekadar persinggahan mengutip bekal Sebelum kembali ke negeri abadi dan kekal. Nukilan Misrah bt Harim 14 September 2022 Rabu: 2.30pm
254 BUKU Ia senyap Teman ketika sunyi Teman setia disisi Indahnya bersamamu Menyelusuri bait-bait ilmu diwajahmu Ilmu itu cahaya jiwa Pemimpin di dunia Penyuluh di akhirat. Nukilan Misrah binti Harim Biodata : Misrah Bintit Harim berasal dari Keningau, dilahirkan pada 14 Oktober 1969. Nama pena: Sara Mardhatillah bertugas sebagai Pembantu Pustakawan Gred S22. Bertugas di IPG Kampus Keningau sejak tahun 2014 sehingga kini.
255 DETIK INI Detik ini Detik keramat Detik azimat Kerana panas dadamu membakar baju Kerana dingin nafasmu pelembut jeremi Ayuh anak muda Bangun, bangun dan terus melangkah Detik ini Teringat wajah-wajah pahlawan kemerdekaan Memikirkan usaha tanpa jerih Tiada terhitung pejuang yang telah damai di sana Hingga titisan warna merah terakhir Ayuh anak muda Kita robohkan tembok pemisah Detik ini Menjadi ukuran kepantasanmu Hari ini jangan lagi menyanyi Hari ini jangan lagi bertingkah Sebentar lagi malam akan tiba Setiap pintu dan jendela sudah dijaga Namamu telah diseru Dengarlah pada yang ada Jawablah pada yang meminta Sebelum lidahmu jadi bisu Ayuh anak muda Bangun, bangun dan terus berjuang Kerana detik ini Kita adalah Anak merdeka. Nukilan Hayati Ag Basar
256 Biodata : Hayati Ag Basar. Beliau berasal dari Beaufort Sabah. Berusia 46 tahun. Menjawat sebagai Penyelia Asrama Kanan. Kelulusan akademik: Bachelor of Human Resource Management with Honours. Mula bertugas di Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau sejak 18 September 1997 Sehingga kini.
257 DI SEBALIK… Di sebalik Kemerdekaan ini Tidak mudah pada asalnya Berada di zaman kecanggihan teknologi ini Seperti sekarang Dahulunya Keringat peluh, air liur, tumpahan darah Ianya nyata, bukan gurauan! Di sebalik Kemerdekaan ini Tanpa jerih paya pejuang tanah air kita Bertungkus lumus tulang empat kerat Ia tidak semudah madah berkata saja Perjuangkanlah, usahakan, semaikan semangat cinta akan tanah air kita Malaysia negaraku! Di sebalik Semua ini Doa janganlah dilupa juga Moga kemerdekaan ini dapat dikekalkan Diperjuangkan dengan tekad azam, keharmonian, kemakmuran Perpaduan berbilang kaum dan bangsa Corak warna-warni kehidupan patriotisme Ayuh! Keluarga malaysia mari menelusuri kemerdekaan Dan jangan lalai Haruslah teguh bersama!. Nukilan Sharon Binti Nonong
258 DIAM SEKETIKA Berkat diam seketika cuma Bukan bermakna atau bererti kita kalah Kehidupan ini umpama roda yang sedang berputar Diam seketika bukan terus meninggalkan tanpa jejak atau kenangan terindah Bangkitlah dan lakukanlah walaupun sederhana Ada proses lembaran kehidupan yang perlu dilalui Diam seketika amarah sedang bergelora Jalani sahaja proses kehidupan dengan damai Sejahtera Dan bersederhanalah sahaja Yakin dan percaya di hujung terowong kehidupan Jalan itu ada sinar cahaya harapan Yang mampu membahagiakan Selagi hayat dikandung badan Tetaplah berusaha dan berdoalah kepada tuhan Nescaya segala kesulitan lembaran kehidupan pasti dapat Diharungi Moga berhasil dengan tekad berjaya Tanpa menjatuhkan orang lain Hormatilah dengan rendah hati Mempelajari dan berusaha memang tidak mudah seperti Berkata-kata Diam seketika dan teruskan dilalui dengan ikhlas dan sabar serta semangat yang kental Selagi bernafas di persinggahan sementara dan fana ini. Nukilan Sharon Binti Nonong
259 Biodata : Sharon binti Nonong berasal dari Keningau, dilahirkan pada 17 Disember 1987. Nama pena beliau ialah Shan dan bertugas sebagai Pembantu Pustakawan bertugas di IPG Kampus Keningau sejak tahun 2018 sehingga kini.
260 PERJALANAN INI Hari berganti hari bulan berganti bulan kini tahun berganti tahun tanpa kusedari jasad telah bersemadi menghadap Pencipta Yang Maha Mulia Malam itu wajahmu berseri umpama permata kesabaran ketenangan keihklasan jelas terpancar tanpa kusedari air matamu mengalir pergimu sudah pasti daku pasti menyusuli menunggu detik dan waktu hati redha pergi tiada pengganti amal doaku insan tersayang janji Ilahi termakbul jua damailah syurgaku. Nukilan madil75 Biodata Jumadil bin Ali, (madil75) berasal dari Kunak, Sabah. Diputrakan pada 7 November 1975. Mula bertugas di Perpustakaan Negara Malaysia pada 3 Februari 2006. Seterusnya bertugas di Kolej Matrikulasi Labuan Sebagai Pustakawan S41 dan S44 dari 1 Jun 2010 sehingga 16 Ogos 2020. Mulai 1 September 2020, bertugas secara rasmi di Pepustakaan IPGK Keningau sebagai Pustakawan,