28 NASIHAT Nur Amelia Batrisyia binti Sanawi PISMP Bahasa Melayu Pergi mendaki Gunung Lambak, Jangan pula tidak berwaspada, Rakyat patuh mengekang wabak, Bersatu hati teguh bersama. Pak Abu mengetam papan, Untuk membina baharu pintu, Kuatlah wahai bernama insan, Hidup terjamin jikalau mahu.
29 AYUH Verciana Alexsandra Najurus PISMP Bahasa Melayu Gunung Kinabalu tersergam indah, Puncak tertinggi Asia Tenggara, Apalah nasib tak sudah-sudah, Bencana alam semakin ketara. Sungai terpanjang di negeri Sabah, Sungai Kinabatangan itulah namanya, Hasrat hati ingin beriadah, Sampah sarap alahai berlambaknya. Mentari bercahaya sinar suria, Cahaya memancar alangkah indahnya, Alam dijaga perbuatan mulia, Dirosak jangan buruk padahnya. Pulau manukan airnya biru, Terlihat si Kaloi di tepi batu, Kalau bukan masyarakat kuseru, Siapa lagi yang dapat membantu.
30 PANDANGAN PERTAMA Nur ‘Aqilah Husna binti Yahaya PISMP Bahasa Melayu Angin pantai meniup awan, Pagar jeti tersusun cantik, Jangan nilai dari luaran, Didik hati bersangka baik. Daun lentik kelapa tua, Menari santai bersama kawan, Berbuat baik dengan semua, Tidak menilai persepsi kenalan. Pasir luas halus terasa, Matahari terik seakan membara, Senyum ikhlas kepada semua, Bersangka baik setiap perkara. Tajam jarum menjahit jala, Jala tekal sumber keluarga, Jangan hukum pandangan pertama, Tidak kenal tidaklah cinta.
31 NASIHAT BUATMU Mohd Fathullah Hadi Bin Rizal Hadi PISMP Bahasa Melayu Anak dara bertikam lidah Dari muda hingga ke tua Menjadi guru bukanlah mudah Seperti membelah hati di dada Pergi pasar membeli balak Berjalan kaki hingga ke sana Jika diri tidak berakhlak Ibarat pokok tidak berbunga Layang ditarik jatuh ke bawah Ditinggal pergi jangan dilupa Meminta maaf bagi yang salah Hidup sejahtera kita semua Berjalan-jalan di tengah kota Tersesat sebentar mencari jalan Harus dijaga tutur dan kata Tersilap bicara binasalah badan
32 JAGALAH MARUAH Nurafifi Binti Saman PISMP Pendidikan Agama Islam Pergi ke pantai seketika hanya, Makan angin sambil berlari, Maruah sungguh tinggi darjatnya, Jangan sampai memalukan diri. Berlari di taman mengejar rerama, Terpijak pulak dahan berduri, Ingat tuhan ingat agama, Maruah terjaga hidup berseri. Adik yang kecil sudah dewasa, Berpesan sambil makan roti, Tidak kira umur dan bangsa, Tiada maruah tiada yang hormati.
33 PERINTAH Mardiah Binti Japrin PISMP Pendidikan Agama Islam Pergi ke kebun digigit laga, Teresak-esak sampai ke petang, Solat itu tiang agama, Kalau dijaga hati pun tenang. Enak rasanya ikan gelama, Jika dimasak secukup rasa, Perintah Allah ditinggal sentiasa, Tapi ingin pula masuk ke Syurga.
34 NILAI-NILAI MURNI Ezzatun Nur Zahirah Binti Muhamad Ramli PISMP Pendidikan Agama Islam Bersiar-siar di tepi pantai, Sambil membawa si anak kecil, Erat hubungan sahabat handai, Pinta kemaafan walaupun hal kecil. Jongkong emas baru dilombong, Untuk dijual bersama teman, Janganlah pernah hidup menyombong, Agar disenangi sepanjang zaman. Gadis Melayu berbaju kebaya, Menyimpul senyuman indah lihatnya, Buat baik harus berpada, Asas harmoni sejahtera budaya.
35 PATUHI AGAMA Luqman Hakim Bin Yusri PISMP Pendidikan Agama Islam Pergi ke taman berjalan kaki, Ternampak seekor rama-rama, Hidup ini hanya sekali, Penuhilah dengan prbuatan agama. Barang yang wangi disukai ramai, Manakala yang busuk disukai lalat, Jika mau hati yang damai, Sentiasalah kita menjaga solat. Saat negara tidak aman, Ramai orang akan terkesan, Jika hati penuh keimanan, Membaca al- Quran tiada bosan.
36 KEAGAMAAN Nor Amalina Binti Mohd Hasarudin PISMP Pendidikan Agama Islam Pergi ke sawah menuai padi, Tuaian diharap menjadi semuanya, Tinggal solat jangan sekali, Hidup berkat membawa bahagia. Jalan-jalan di tepi pantai, Terjumpa remis di laluan kaki, Zakat fitrah harus ditunai, Hidup selamat dunia dan ukhrawi. Mengait buah di dusun Tok Aba, Bermacam-macam buah yang ada, Menutup aurat haruslah sempurna, Barulah hidup aman bahagia.
37 ILMU Nurul Quratul Ain Binti Sabli PISMP Bahasa Melayu Pergi Melaka menaiki beca, Beca dibawa untuk tetamu, Amalkan tabiat suka membaca, Kerana membaca jambatan ilmu. Pergi ke pekan bersama rakan, Mengenakan pakaian cantik bertuah, Jika ilmu tidak diamalkan, Ibarat pohon tidak berbuah. Pergi ke kedai bersama Pak Atan, Untuk membeli buah salak, Tuntutlah ilmu seluas lautan, Jadi bekalan akhirat kelak.
38 COVID-19 Rosnih Binti Abdullaman PISMP Bahasa Melayu Pokok bidara membuat luka, Dibuat ubat mengubat bisa; Khabar berita membawa duka, Satu penyakit menguji hamba. Membeli beras singgah ke pasar, Membeli daging dibuat rendang; Adapun halus di mata kasar, Wabak datang bukannya calang. Sangat banyak buah langsat, Kampung Rusa ada katanya; Hikmahnya banyak dalam tersirat, Memberi masa dekat denganNya.
39 CINTAI BAHASA MELAYU Anis Nursyafiqah Binti Sunsai PISMP Bahasa Melayu Pergi ke pekan membeli kelapa, Singgah sebentar di tepi taman, Bahasa Melayu jangan dilupa, Warisan kita zaman berzaman. Banyak sungguh pokok halia, Ditanam oleh anak Pak Sani, Bahasa Melayu bahasa kita, Menjadi lambang Malaysia harmoni. Puan Aminah menanak nasi, Bekal untuk anaknya Hidayat, Bahasa Melayu bahasa tradisi, Penyatu kita ke akhir hayat.
40 SYAIR HIKMAT KEBIJAKSANAAN Alferichelia Angel Alfred PISMP Bahasa Melayu Hikmat berseru nyaring di jalan-jalan, Kedengaran suara orang di lapangan-lapangan, Di depan pintu, di tepi tingkap kita tekun berfikiran, Adakah hidup ini penuh kenikmatan? Hikmat membawa manusia berfikir waras, Kewarasan kita bergantung perlakuan tidak terbatas, Setiap manusia harus memiliki kebijaksanaan asas, Supaya hidup lebih berasas. Akhir kata membawa kasih, Semoga hikmat kebijaksanaan digenggam sungguh, Walau hidup penuh kasih, Janganlah dilupa asas yang membawa utuh.
41 SYAIR BERPADA – PADA Mahirah binti Misnin PISMP Bahasa Melyu Usah engkau bersikap ahmak, Sehingga adab engkau mengelak, Usah engkau bersifat tamak, Resah diri diperdaya kelak. Harta itu tidak ke mana, Dari daksina lalu ke paksina, Andai Dia memberi kurnia, Pasti harta tergadai tiada. Itulah wa’ad Pemilik Semesta, Selenggarakan kasad anakanda, Jangan apalah jika kau ghalat, Apakah berbaloi andai berkira. Ini kisah saudara Pak Kaduk, Kampung tergadai diri terhantuk, Ingat anakanda pesanan atuk, Agar hidup tiada lekuk.
42 SYAIR KATA YANG BERHARGA Nur Rafidah binti Fadli PISMP Bahasa Melayu Wahai insan yang bergelar anak muda, Peliharalah lidahmu ketika bertutur kata, Kadang tak sedar saat bersua, Hilang hormat orang kepada kita. Sedarkah kita wahai manusia, Bangsa kita bangsa mulia, Bangsa yang hidup berbudi bahasa, Itulah tunjang negara yang berjaya. Ingatlah dahulu kita pernah bersusah, Nenek moyang berjuang berkorban darah, Jangan lagi kita mengulang sejarah, Berusaha kita mencapai masa depan yang cerah.
43 SYAIR PEMUDA Nur Ain Raihanah Binti Abd Rahani PISMP Bahasa Melayu Wahai pemuda permata negara Dengarlah kamu nasihat ibu bapa Jadilah orang mengenang jasa Hidupmu pasti senang sentiasa Wahai pemuda anak terindah Berhati-hatilah kamu dalam bertingkah Amalkan sikap mulia dan indah Takut terkena baru terngadah Wahai pemuda jangan mencaci Miskin dan kaya sama dilayani Susah senang dibantu diperolehi Kelak sikapmu yang memakan diri Wahai pemuda Ayahnda berpesan Tanggungjawabmu jangan pernah dihiraukan Penat dan perih kamu sembunyikan Hasil diperoleh kamu tampilkan
44 SYAIR KENANGAN Aqilah binti Hamzah PISMP Bahasa Melayu Cantik sungguh Si Rama-rama, Hinggap di bunga tidak lama, Hadirnya seseorang dengan nama, Ada kenangan tercipta bersama. Jalan kehidupan tidak rata, Melihat cabaran dengan mata, Kenangan bukan sekadar kata, Kerana yang diingati itu nyata. Menyeberang guna sampan, Mencari rezeki menangkap ikan, Keburukan di ingatan tersimpan, Memaafkannya akan menyenangkan.
45 SYAIR BAKTI IBU BAPA Nur Umairah Binti Mohamad Asri PISMP Bahasa Melayu Dicurahkan bakti dan masa Tidur pun hanya sementara Demi anak-anak tercinta Ditatang seperti seorang raja Belajar ilmu setinggi menara Usaha gigih jelas ketara Jangan anak mudah lupa Jasa dan pengorbanan ibu bapa Jika terguris hati dan perasaan Jika diabaikan keinginan Melututlah untuk memohon Dengan ikhlas sebuah keampunan
46 SYAIR NASIHAT Merni Herneca Majidun PISMP Bahasa Melayu Kesopanan itu jadi amalan Kejujuran pula dijadikan pegangan Benci-membenci kita elakkan Bertolak ansur menjadi pedoman Orang berbudi kita berbahasa Orang memberi kita pula merasa Bahasa Melayu tinggi budi bahasa Agar dipandang tinggi senantiasa.
47 SYAIR WABAK IBRAH Nur Faradilah Binti Danny PISMP Bahasa Melayu Dengarlah adik pesan ayahanda, Tentang wabak melanda, Agar sentiasa waspada, Di mana sahaja berada. Jagalah kesihatan kebersihan, Untuk mengelak kemudaratan, Patuhilah garis panduan, Demi mengecapi kejayaan. Terima kasih kepada berjasa, Tanpamu kehilangan ku rasa, Titik peluhmu menyelamatkan bangsa, Jasamu ku kenang sentiasa.
48 SYAIR NASIHAT Nur Amirudin bin Mat Anuar PISMP Bahasa Melayu Jadilah kita pendidik yang bangga, Kerana kejayaan membentuk jiwa, Yang jujur bekerja dengan perkasa, Membuat yang sukar jadi biasa. Tak ada yang hebat mudah didapat, Haruslah belajar keras dan kuat, Makanan dijaga sehingga sihat, Ikhlas mengajar jadi syarat.
49 SYAIR KASIH SAYANG Abdul Rahim Bin Abdul Malek PISMP Bahasa Melayu Hidup jangan selalu kurang Hendaklah selalu berkasih sayang Tidak usah musuhi orang Air yang keruh haruslah dibuang Sering kali kita terlupa Sayang menyayangi sesama manusia Elakkan sifat benci dan aniaya Budi bahasa budaya kita Kehidupan dalam negara Jangan sekali mengagih bangsa Sayang haruslah sama rata Kerana kita tetap menusia
50 SYAIR NASIHAT Rosnih Binti Abdullaman PISMP Bahasa Melayu Dengarlah sahabat syairku ini Syair nasihat daripada hati Kerana pengalaman yang dilalui Agar dijadikan pengajaran diri. Hidup perantau haruslah berbudi Membantu orang menjaga diri Supaya orang percaya diri Mendapat sahabat yang mempercayai. Selama hidup hendaklah santun Kerana santun membawa kenalan Membuka ruang menerima jawapan Kerana santun memberi kesenangan.
51 SYAIR SAHABAT Najah Aliah Binti Abdul Rahman PISMP Bahasa Melayu Wahai sahabat hendaklah ingat Kita bertemu hanya untuk sesaat Tapi engkau kan selalu kuingat Di hati ini yang dalam sangat Hai sahabat jika lain waktu bertemu Engkau bersama teman baru Jangan kau lupakan diriku Hendaknya kita mengenang masa lalu Sahabat engkau sangat bererti bagiku Engkau bagaikan bayanganku Yang selalu menemaniku Dalam suka dukaku
52 SYAIR NASIHAT AGAMA Ahmad Faisal Bim Ahmad Fashil @ Ahmad Fazil PISMP Pendidikan Agama Islam Salam sejahtera saya ucapkan, Kepada semua rakan dan taulan, Jadikan agama sebagai pandun, Baiki diri tingkatkan amal. Amalan di dunia sebagai bekalan, Hidup di dunia penuh dugaan, Harus tabah hadapi cabaran, Cekalkan diri kuatkan iman. Itulah pesanan buatmu sahabat, Sentiasa beringat sepanjang hayat, Semoga hidupmu selalu rahmat, Bahagia di dunia juga akhirat.
53 DUNIA KECILKU Aainnur Nadia Binti Lairieh PPISMP BM SK 1 Amb Jun 2022 Alam terasa milik seorang tiada tuntutan tanggungjawab juga hati tenang nyaman isinya damai sejahtera kuasai atmosfera bingit pura tenggelam diiring senja. Dunia kecilku berlayar di balik indah khayalku manis lagi elok kandungnya bak awal berputik cinta namun sayang alam ini hanya sebatas imaginasi.
54 SURAT KECIL Abbygail Jane Chester PPISMP BM SK-(1) Ambilan Jun 2022 Surat kecil ku titipkan kepadamu berisikan kenangan indah bersamamu terusik rindu yang menelusup di setiap kedip mata. Sejuta rangkaian kata ingin ku ucapkan kepadamu baik susah mahupun senang engkau selalu ada mengisi hati dan hariku hati mulai rapuh berat rasa hati ini untuk menghantarmu ke pintu perpisahan, meski jarak membentang di antara kita tak kubiarkan meluluhkan benang kasih yang telah tercipta berjalan terus menggapai impian dalam satu asa dan doa berbaur dalam persahabatan yang indah bahagia menyertaimu, surat kecil ini buatmu.
55 IBU Adriana Binti Lasani Ibu Engkaulah ratu hatiku Yang selalu membelaiku Mengasihiku Dengan penuh kelembutan. Ibu pengorbananmu begitu besar sehingga tak mampu untukku balas dengan apa pun yang hanya ingin melihatku tumbuh dengan baik agar menjadi seorang yang berjaya. Ibu lihatlah kejayaan anakmu hari ini berkat didikanmu berkat doamu yang sentiasa mengharapkan terbaik buat anakmu terima kasih, ibu
56 PERMATA BANGSA Alsera binti Sirajan PPISMP BM-SK 1 Ambilan Jun 2022 Permata bangsaku di ambang kemajuan tanah air tercinta budaya asing meracuni minda lunturnya semangat juang di jiwa rapuhnya jati diri di sanubari bangsa. Renungkanlah sekelilingmu ukhuwah kasih tidak lagi semanis madu jiwa raga tidak lagi bersatu bahtera runtuh dihambat peluru tangisan bayu mengukir pilu. Permata bangsaku tanyakan pada hati nuranimu siapa kita pada hari ini? duduk bermegah di bumi pertiwi tanpa cinta luhur di hati negara bangsa kian binasa dicemari racun asing budaya.
57 Andai negara diserang musuh durjana perpaduan bangsa pedang utama jagalah, peliharalah, junjunglah pedang itu biar tajam terkunci mengorak langkah kemenangan sejati.
58 JALUR GEMILANG Ammyssa Gimpau PPISMP BM SK 1 Ambilan Jun 2002 Aku melihat bendera berkibar perasaan terus bermegah-megah mempertahankan tanahairku menongkah negara ancaman luar membawa hidup bersatu-padu. Dahulu negara ini dijajah penuh penderitaan menusuk kalbu ramai pahlawan berjuang kemenangan yang sanggup berkorban nyawa iltizam membuih diri mencapai kemerdekaan negara tetapkan visi dan misi bukan untuk diri tetapi negara bersumpah setia menjaga negara jangan timbulkan rasis hidup bersama kunci keamanan diwarisi dahulu kekalkan bersama.
59 Hatiku dipalut sedih ramai orang bersikap durjana membinasakan ibu pertiwi meninggalkan janji palsu kepada negara. Aku akan berjuang membawa rakyat bersemangat waja maju hadapan bekerjasama menjulang hari yang bermakna membalas budi perwira-perwira. Wahai negara merdeka! bangkitlah dari kesilapanmu pertahankan kedaulatan tanah air kita pewaris nusa dan bangsa.
60 MADAH INDAH SEMATA Anistia Wanis Elok sungguh rupa parasmu arjunaku afsun diriku tatkala melihat bayanganmu dari kejauhan karunia tuhan ke atas dirimu membuat jiwaku selalu teringat akan pesonamu. Mulut manis berkata tiada apatah lagi madah yang indah sekadar janji setinggi bumantara kerana sedar memiliki sang arjuna khayalan bahari semata.
61 MADAH JANJI BAHASA Asralisca Jaffry PPISMP Bahasa Melayu (SK) 1 Ambilan Jun 2022 Tatkala ribuan figura berdiri melihat raga dan mendengar kata janji engkau menuturkan bicara betapa cintanya engkau menyatakan betapa sayangnya engkau terhadap aku bahasa pertiwi. Oh ! Sungguh menyentuh hati engkau berdiri mewujudkan harapan bangsa harapan bahasa dijunjung seabadnya dengan setia tapi tatkala engkau jejak di negeri orang bahasa pertiwi tidak dijulang bahasa perantau mana yang engkau pegang? sekilas, kurenung lagi madah janji bahasa engkau kepada ribuan figura dahulu janganlah ditabur pada kehidupan madah berhelah yang sekadar menanti sanjungan buktikanlah pada laku tuliskanlah pada buku, lakarkanlah pada lagu biar berjalannya waktu coretan madah janji bahasamu jadi pedoman anak watan.
62 NOSTALGIA Avril Chew PPISMP BM SK-(1) Ambilan Jun 2022 Angin senja menusuk setiap rongga jiwaku langit yang suram seolah-olah memahami isi hati ini terimbas memori di dalam album ingatanku titisan demi titisan air mata membasahi bumi. Keheningan ini membuatkanku jatuh terduduk di dalam rumah yang dulunya jauh dari erti kata sepi. sunyi adalah gambaran perasaanku saat ini. Kepulanganku tak lagi disambut tiada lagi senda tawa yang menggamit jiwaku kidummu tak lagi menghiasi pandanganku suaramu tak lagi memenuhi ruangan ini. namun aku masih di sini memegang senyuman insan-insan yang amat kurindui, memendam rasa sakit akan masa yang tak terulang, menatap ruangan lama yang menjadi bukti duka dalam tawa pahit dalam manis kehidupan kita.
63 DIRI INI Ayu Nadirah Binti Mohd Alyushaak @ Ilyasa PPISMP BM SK-(1) Ambilan Jun 2002 Wahai diri terlalu banyak cabaran yang engkau lalui walau berliku namun dapat kau tempuh sungguhpun dulu pernah engkau dustai berkata diri tak mampu berdiri lagi. wahai diri masa lalu usah dikenang lihat ke hadapan cabaran menanti hiraukan saja kata orang yakinlah diri melangkah berani. Wahai diri masa kini semakin pantas berlalu hilang bagai ditiup angin yang kencang hargai masa yang tidak ternilai kelak pasti akan tercari-cari penat lelah mu hanya tuhan yang tahu walau kadang tidak dihargai usahamu teruslah berjalan walau penuh onak duri sungguh tak ternilai yang menanti diri.
64 SAJAK BONDA Azareeyna Azreen Jemis PPISMP BM SK-(1) Ambilan Jun 2022 Ibu engkau permata hatiku saat diri ini jatuh engkau menjadi inspirasiku. Ibu engkau membawa sinar mendorong kejayaanku kisahmy menjadi pedomanku ku tatap perit hidupmu hidup yang penuh liku-liku pengorbanan mu tak terhalang langit ketujuh akan sentiasa ku semat sepanjang hayat.
65 KIDUM BAHARI SI BONGSU Chris Arcires Styvie Miul PPISMP BM SK 1 Ambilan Jun 2022 Enak dan lunak suara anak didik disaat meluah bait-bait gurauan ilham moga tidak ketandusan anak-anak sehebat ini biar ada yang tumbuh, bertunas, berputik, berpucuk lalu merimbun menjadi tempat berteduh, bernaung si anak kecil. Bahari sungguh kata-kata pujangga didengar tidak sekali baru muncul yang tersirat kadang nasihat menyamar jadi sindiran lagu yang selama ini dicari akhirnya kutemui sungguh puitis terkenang masa lalu. Tambatlah rakit di batin jiwa jangan nanti dihanyutkan arus deras loka edan Moga bergunanya pada kita tatkala menyusur atau menongkah dengan lapang atmaku menerima dengan senang seliraku merasa membaca beturi aksara yang indah bak bianglala dipersembah oleh seluruh kaumku.
66 DIA Christy Angelica Paulus PPISMP BM SK-(1) Ambilan Jun 2022 Dia, adalah seorang yang sangat penyabar terlalu banyak luka yang tertanam di dalam hati luka kerana kasih, luka kerana orang di sekeliling. Dia selalu bertungkus-lumus memberikan bekal kepada kami bekal sepanjang hayat bekalan ilmu dia adalah guru yang aku idolaka. Guruku suatu saat nanti di saat engkau jatuh kerana dunia aku ingin menggenggam tanganmu membawa engkau berdiri kembali aku ingin melihat engkau tersenyum atas pertolongan yang kuberikan senyumanmu menguatkan semangatku.
67 Andai satu saat di mana kita bersua kembali aku ingin memeluk dirimu mengatakan, “terima kasih cikgu. tanpamu aku tidak boleh hidup seperti sekarang” guruku, kamulah dia yang aku idolakan.
68 NOSTALGIA Claudia Maturin PPISMP BM SK 1 Ambilan Jun 2022 Suatu hari kau akan bangun disapa dengan kesunyian dan keheningan ditemani dengan bunyi detak jam di dalam rumah yang dulunya penuh dengan riang ria keluargamu ibumu tidak akan ada lagi memanggil-manggilmu turun ke dapur ayahmu tidak akan lagi mampu membantumu membaiki lemarimu tetapi ruang tidur bersama adikmu akan tetap di sana dengan pakaianmu yang semakin memudar dan kehidupan yang kembali kau dambakan tiada apapun yang mampu mengulur waktu akan tiba waktunya kau sadari bahawa kau tidak benar-benar punya waktu semuanya akan berlalu pergi semuanya tidak akan sama seperti dulu lagi namun satu yang pasti memori yang kau ada takkan pernah padam sekalipun kini yang tinggal hanyalah sebuah potret kini kau sendirian di bucu katilmu merenung potret
69 memandang senyuman semua yang kau rindui dengan rasa perih yang takkan mampu memutar semula waktu di mana pada asalnya hidup adalah semua tentang sitkom dan gurau senda dan gelak tawa di lewat malam minggu yang tenang. // Ditulis di waktu: aku berharap punya kesempatan kedua untuk menghidupi kembali kenangan-kenangan lalu.
70 SAHABATKU Cylennia Joanne Francis PPISMP BM SK-1 Ambilan Jun 2022 Andai percintaan itu indah indah lagi persahabatan kau dan aku kerana kau tiada sama seperti bintang, tidak selalu kelihatan namun selalu ada malaikat tanpa sayap itulah yang melambangkan dirimu di ruangan yang gelap kau hadir membawa sinar, menemani memusnahkan kerisauan yang membuatku tenggelam dalam lautan gelap jatuh bangunku engkaulah yang sentiasa memperhatikan keadaanku yang sanggup menghulurkan tangan untuk membangkitkanku yang terus mendakapku saat dunia sedang menghindariku
71 Sahabat sejatiku anugerah yang datang daripada ilahi andai satu hari kau berasa lelah berjalan sendiri aku sentiasa berada di sini menjadi sandaran dalam memberikan sejuta ketenangan.
72 BUNGA YANG MEKAR KEMBALI Darrel Tihon PPISMP BM SK-(1) Ambilan Jun 2022 Hujan lebat membasahi bumi awan menjadi gelap gulita ibarat hatiku yang kian membisu hatiku terkenang akan kenangan lama terasa sakit membekas di dada namun sekuntum bunga yang indah muncul di hadapanku hati yang tertutup sedikit demi sedikit terbuka mungkinkah hanya perasaan ku? ku cuba menghiraukan perasaan itu mungkin hanya perasaan yang singgah sebentar hari kian berlalu, hati ini tidak tidak berkata sedemikian perlukah kumembuka dan peluang? perasaan mulai menjadi erat mulai membuatku terfikirkannya kucuba membuka peluang menerima bunga yang indah itu apakah akan bertahan lama? keresahan mulai bermain di benakku takut berulang peristiwa lama.
73 Hari demi hari bunga yang kuterima kini semakin mekar hatiku mulai berbunga-bunga mungkin ini pilihan yang tepat hariku mulai terasa riang berwarna dan cerah seperti dulu kala hari yang gelap kini berwarna kembali
74 RATU HATIKU Dessiely Alaysius @ Alexus PPISMP BM SK-(1) Ambilan Jun 2022 Dialah ratu hatiku dialah permata hatiku sentiasa ada saat suka mahupun duka saat tertawa mahupun menangis setia menjadi payung ketika lebatnya hujan menjadi selimut saat dinginya malam menjadi terang dalam gelapnya dunia. Dialah tempat ternyamanku untuk bersandar, untuk meluahkan betapa kejamnya dunia. senyumannya lebih indah dari batu permata bahunya sekuat batu berlian kasih sayangnya mencurah-curah seperti derasnya air sungai yang mengalir. Dialah, ibuku insan yang melahirkan dan mendidikku menjadi seorang yang berguna, terima kasih ratu hatiku.
75 PERPADUAN Dg Khairunnisa Natasha Binti A Jeffri PPISMP BM SK-(1) Ambilan Jun 2022 Tanggal 16 Mei bersejarah ekstrimism kaum punca utama kerakusan bangsa asbab tumpahnya darah dek alpa gagasan negara pembentukan perpaduan warisan bangsa. Jika bangsa saling berganding ikatan terjalin tunjang bersama mampu membentuk muafakatan diri bagi memastikan idea relevan diterima dipakai. Usai kita bangkit isu bangsa bimbang dendam musnah segala marilah pegang tanganku erat rasakan kehangatan damainya bersama agar kesatuan bangsa semakin terikat.
76 MENCARI KEJAYAAN Edeliea Philip PPISMP BM SK-(1) Ambilan Jun 2022 Detik demi detik kufikirkan, bertanya bandu namun bungkam ibarat persoalan tiada jawabnya, apakah erti kehidupan berjaya? Aku mendayung di atas sampan kehidupan menghadapi cabaran ombak, mengelilingi loka mencari jawab. Akhirnya kutemui jawapan, sanggup ku tempuh onak berduri, bergulat menjadi sebaik insan mengesat peluh perjalanan kehidupan. Ku tidak acak mencari jawapan, mendayung sampan menuju keyakinan menggapai awan mencapai kejayaan, di kemuncak jaya yang kuimpikan.