126 SAHABAT Elsie James @ Fabian PISMP Ambilan Jun 2022 Tatkala diri bersendirian kuteringat memori waktu kecil rindu menyelubungi diri hati berharap dapat memutar kembali masa. Oh kawan masih ingatkah kau pada diri ini sahabat kecilmu ini sangat merindukan hadirmu semoga takdir memberi kesempatan kepada kita bertemu walau hanya sebentar.
127 PERGI YANG TIDAK KEMBALI Entan Elyyanah binti Lampasih PISMP Ambilan Jun 2022 Engkau pergi lagi namun kini pergi yang takkan pernah kembali aku menunggu bagai tiada erti sesak kurasa mencengkam diri ada rindu yang tidak mampu kuakhiri ada kenangan yang selalu kuingati ada memori yang terus kutangisi ada jiwa yang hampir mati. Aku penggemarmu aku pencintamu engkau yang kukagumi sampai nafas ini terhenti rehatlah dari dunia yang rapuh bahagialah di kehidupan baharumu diri ini akan tetap kugagahi menjaga cinta yang kau tinggali mengejar impian yang kau hajati.
128 TERIMA KASIH SAHABAT Errinika Reim PISMP Ambilan Jun 2022 Kubuka buku baharu kuselak muka satu di sini bermula kisah baru kucoret luahan hati taktala berpindah ke sekolah. Bayu menerpa wajah membelai rambutku yang beralun harapan yang sirna mekar kembali bertemu rakan baharu semangat disuntik utuk terus melangkah. Kini pagi ku mulai dengan azam mengorak langkah ke gudang ilmu coretan hati kuakhiri dengan kata "terima kasih sahabat".
129 WIRA NEGARA Farina Yee PISMP Ambilan Jun 2022 Wira negara sanggup berdarah demi pertiwi tercinta. wira negara menggembleng tenaga memperjuangkan negara tanpa mengenal penat dan lelah wira negara tanggal 31 ogos membawa sejarah serta sinar dan cahaya wira negara jalur gemilang berkibar megah ibu pertiwi sudah menjadi milik bersama usaha digembleng tidak sia-sia
130 SINAR HARAPAN Mohammad Adnan bin Edmund PISMP Ambilan Jun 2022 Aku virus mikro yang membinasa seantero dunia berkongsi derita keampuhanku telah terbukti hospital nyata gagal merawati pesakit semakin ramai mati doktor turut menjadi mangsa menyelamat nyawa hingga virus meragut nyawanya. Namun yang gagah tidak kekal selamanya marhaen maju dengan cakna mencari penawar di segenap dimensi kerana di dalam hati membawa visi untuk memerangi musuh halimunan di kedalaman jiwa harapan dalam gelap penghujung terowong ada sinar.
131 KEHIDUPAN Najwa Ameera binti Azhari PISMP Ambilan Jun 2022 Sejak kecil diajar berjalan dan berlari sekali jatuh bangkit lagi untuk mengenal dunia hari ini namun akhirat dunia abadi Diri sering berfikir beginilah dunia yang selama ini dikejar namun tidak pernah ditemui beginikah dunia yang selama ini diteroka namun masih menjadi misteri. Diri ini keletihan tanda noktah yang dihajatkan timbunan masalah ditemukan di mana pengakhiran semua persoalan.
132 Berilah pengakhiran semua ini wujudkanlah pendamaian agar dapat jernihkan keadaan supaya tidak dihimpitkan penyesalan. Umur adalah simpanan manusia yang berlalu bagaikan awan perginya ia tanpa disangka datangnya ia semua bahagia inilah lumrah kehidupan semua.
133 PITAS Nik Adlin Syamimi binti Muhammad Pataf PISMP Ambilan Jun 2022 Di sini kuhirup udara segar di sini kenangan kecilku tercipta bermula dari sebening subuh hingga terbenam mentari begitu pantas masa berlalu tanpa kusedari dua dekad terpahat. Malam ini aku ditemani rembulan dalam kedamaian salam diiringi nyanyian cengkerik riang sekali sekala rengek tangisan si kecil kedengaran sekali sekala terdengar riuh salakan memecah kesunyian alam. Malam ini kukutip sisa kenangan zaman kecilku dari potret kecil yang "bertapuk" di balik timbunan kenangan kutitip bait demi bait kerinduan tanpa kusedari kolam mata ini bergenang
134 air jernih jatuh menitis hati kecilku berbisik "begitu cepat masa berlalu sedangkan aku masih rindu saat itu". Pitas… begitu syahdunya malam ini hembusan bayu menerpa sepoi bahasa menyentuh pipiku menggamit memori indah tersulam tawa suka dan duka. Kuselak diari dari lipatan kenangan pernah dulu aku berkejaran pernah dulu aku melewati lalang di jalanan mengutip kerikil batu yang bertaburan ditemani sahabat kecilku. Pitas... aku kan kembali berbakti di sini menerus legasi ayah dan bondaku pada suatu kartika nanti.
135 IBUKU SYURGAKU Nur Sakinah Hafizah binti Muhammad PISMP Ambilan Jun 2022 Ibu engkau telah menjagaku sembilan bulan penat lelah engkau korbankan tetap tidak engkau lafazkan keluhan. keranamu aku terlahir di dunia keranamu aku mampu tersenyum keranamu aku mengenal erti kehidupan. Ibu kelalaianku menjaga perasaanmu adalah dosaku siapalah aku sebagai anak kalau tidak menghormatimu sungguh aku sangat berdosa. aku memohon maaf kepadamu kerana tidak mampu menjadi anak yang baik untukmu aku berterima kasih kepadamu kerana pengorbanan yang engkau korbankan akan kubalas jasamu kaulah bahagiaku, kaulah syurgaku terima kasih ibu.
136 TANPAMU IBU Nur Ikhwana binti Mohammad Isa PISMP Ambilan Jun 2022 Oh ibu! engkaulah pejuang yang kuat kerana tanpamu aku tiada di bumi ini. Oh ibu! jiwamu begitu kental sehingga setitis air matamu kutidak pernah lihat kerana kau tahu anakmu ini lemah melihat tangisanmu. Wahai ibuku penat lelahmu tidak terhingga tetapi kau terus tersenyum agar anakmu ini tidak berduka selagi rohku belum terpisah dengan jasadku aku akan sentiasa berada di sisimu menjaga dan membelaimu sehingga hari tua kerana aku tahu engkau adalah punca kekuatan dan kejayaan hidupku.
137 ALAM Nur Liyana Arina binti Mohd Azlhi PISMP Ambilan Jun 2022 Alam Keindahanmu sangat memukau keindahanmu tiada tandingan keindahanmu bagaikan syurga laut biru yang bergelora angin meniup udara segar burung-burung ikut berkicauan tumbuh-tumbuhan turut menghijau. Tetapi alam keindahanmu semakin menghilang laut sudah tercemar udara turut tercemar binatang semakin pupus tumbuhan juga sudah layu ini kerana perbuatan manusia yang tamak. Ayuh Mari bersama menjaga alam yang indah ini Supaya kita dapat menikmati ciptaan Tuhan.
138 MERDEKA Nur Nadia binti Badli PISMP Ambilan Jun 2022 Merdeka akhirnya engkau menjelma tiba pada tanggal 31 ogos 1957 demi membebaskan negara dari jajahan setelah sekian lama menempuh onak dan duri. Merdeka telah membakar semangat pejuang-pejuang negara alasan menjamin keselamatan negara sanggup menumpahkan darah demi negara tercinta tidak ternilai pengorbananmu wahai pejuang. Merdeka maka lahirlah sebuah negara aman damai adanya rakyat yang sehati jiwa walaupun berbeza agama dan bangsa demi membentuk sebuah negara bersatu.
139 ALAM Nur Syafiqah Binti Sabrang PISMP Ambilan Jun 2022 Alam yang dahulunya menghijau kini hilang akibat sikap manusia yang tamak pembangunan yang kian membangun menjatuhkan setiap batang pokok yang berdiri tegak tercemarnya air menghapuskan kehidupan akuatik tercemarnya udara meragut kesihatan manusia kerosakan demi kerosakan berlaku telah membawa 1001 masalah. Sedar wahai manusia bukankah kita sendiri puncanya sehingga berlaku bencana alam banjir akibat parit yang tersumbat jerebu akibat asap kenderaan di mana-mana tanah runtuh akibat daripada penebangan pokok adakah akal minda kita yang tak sihat sehingga meruntuhkan khazanah alam kita sendiri.
140 Bangkitlah marilah kita memelihara alam berkonsepkan rumah hijau dengan mengamalkan kitar semula dan keindahan alam dapat dikekalkan ingat khazanah alam ini tidak ternilai harganya dan alam yang terjaga mencerminkan keperibadian manusia.
141 GURU PAHLAWANKU Nurhusna Maisarah binti Mahadi PISMP Ambilan Jun 2022 Guru kaulah pahlawan hidupku akan kusanjungi dan ingati kau tidak pernah jemu mengajar dan mendidikku memberi ilmu kepadaku untuk kugunakan dalam hidup. Terima kasih wahai pahlawanku kerana menjadi cahaya dalam hidu ku kaulah yang menerangi masa depanku tanpamu siapalah aku tidak kulupa akan jasa dan baktimu yang menjadi kenangan hingga ke akhir hayat
142 AYAH DAN IBU Ryan Aqil bin Naim PISMP Ambilan Jun 2022 Dua insan permata hatiku kau gendong dan tatap mataku penuh harapan dan sayang kau curah hingga akhir nafasmu. Ayah dan ibu pengorbananmu seluas lautan penatmu tidak mengeluh meskipun kenakalan kami pasti senyuman kau ukir. Aku anakmu berbekalkan nasihat dan dorongan perlahan-lahan aku mengorak langkah menuju jalan kejayaan untuk membalas jasamu kesayanganku.
143 ILMU Sharifah Aisyah binti Syed Zulkefli PISMP Ambilan Jun 2022 Ilmu kau bagaikan sebuah pelita menyuluh manusia sepanjang masa agar manusia tidak sesat mencari ilmu yang benar. Ilmu sesungguhnya nilaimu sangat tinggi walaupun sukar untuk mengejarmu akan terus aku gerakkan tidak akan kulepaskan. Ilmu penuhkanlah di dada agar kelak mejadi orang yang berguna semakin tinggi ilmu seseorang semakin tinggi sifat mulia dalam diri.
144 UNTUKMU AYAH DAN IBU Siti Hawa binti Peter @ Latif PISMP Ambilan Jun 2022 Kasihmu sayangmu belaianmu tiada tandingannya engkau banting tulang empat kerat engkau teguh memerah keringat tidak kira hujan atau panas demi sesuap nasi demi masa depan anak-anakmu namun engkau tetap mengukir senyuman di kala susah atau senang kalian ialah penyuluh hidupku kalian ialah sumber inspirasiku maka akan aku capai impianku untuk menjadi seorang pendidik mendidik anak bangsa malaysia akan aku genggam tanganmu bersamaku sehingga ke puncak menara gading senyuman di wajah kalian ialah hadiah terbesar buatku terima kasih ayah dan ibu!
145 TANAH AIRKU Siti Khoirul Nisa’ binti Muhammad Choirul PISMP Ambilan Jun 2022 Negaraku Malaysia tanah tumpahnya darahku taman cinta merdeka kita inilah kerana usaha pejuang-pejuang terdahulu yang sanggup berkorban harta dan nyawa dan tidak terhitung akan bilangan pejuang yang berjuang sehingga titisan darah terakhir semata-mata ingin memerdekakan negara tercinta. Akhirnya tanggal 31 ogos 1957 kedengaran laungan yang penuh semangat dan bermakna bertempat di dataran merdeka masih terngiang-ngiang akan suara laungan keramat itu diiringi dengan deraian air mata MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
146 AKU SEBATANG PENSEL Umi Nur Fatehah Ashiqin binti Ali PISMP Ambilan Jun 2022 Tubuhku tegap meninggi bumi mataku tajam menjunjung langit darahku pekat sekental permata hadirku nyata tumpuan semua akulah .... Hidupku berjalan penuh liku bimbinganku dengan sekawan jari mataku kabur dirawat kembali luhurku kini rapat ke bumi akulah .... Riwayatku sarat dengan pesan jasaku usah kau tinggalkan waktuku semakin tidak keruan harapku moga kau budiman akulah ...
147 Aku nadi seorang penuntut ilmu aku suara seorang penghasil nada aku karya seorang pelukis seni aku sinar seorang manusia. Akulah peneman hidupmu hingga ke akhir hayatku aku sebatang pensel.
148 AYAHANDA Nurul Ain binti Victor PISMP Ambilan Jun 2022 Ayahanda wajah tegangmu badan tegapmu suara garaumu. Ayahanda dirimu yang teliti tersentuh dihatiku melihat rambutmu yang memutih. Ayahanda tangan kasar itu menyambut kehadiran ku puteri kesayangan mu. Ayahanda setelah menjauh puterimu ini rindu kasihmu bagai menantang minyak yang penuh. aku ingin pulang ke pangkuanmu.
149 BERHENTI Cyllesvia Juanis PISMP Ambilan Jun 2022 Hidup memang begini ada kalanya kau teguh berdiri ada juga masa itu semuanya hanya mimpi "itu mesti!" kata mereka mereka yang tak tahu apa-apa berjalan duduk dan diam menanti dinginnya malam oh sakitnya mengukir senyuman merawat luka yang tidak berkesudahan sungguh jiwa kau sedih oh hati-hati! jangan sesekali kau ingin berhenti
150 ANTARA AKU DAN ALLAH Dayang Safwah Yusra binti Jamilin PISMP Ambilan Jun 2022 Indahnya niat adalah antara aku dan Allah hanya beberapa perkara sahaja antara aku dan Allah perhatian perjuangan dan harapan yang aku bawa dalam hati mengetahui bahawa Allah akan membimbingku ke jalan yang benar. Dan itulah perasaan yang tak dapat dibandingkan dengan perkara yang lain.
151 PENANTIAN Herbatto Jamun PISMP Ambilan Jun 2022 Jika suatu hari nanti aku menghilang dari pandanganmu tetapi dalam bait-bait ini takkanku biarkan kau kesepian Jika suatu hari nanti suaraku tidak lagi kedengaran tetapi di antara baris rima ini aku sentiasa ada untukmu Jika suatu hari nanti impian tak dapat kucapai tetapi akan kurintangi gejolak cinta ini aku takkan letih menantimu
152 SUNGAI Iwana Zayani binti Suhanin @ Suhaimin PISMP Ambilan Jun 2022 Air jernih mengalir tenang khazanah alam yang tiada gantinya namun semuanya berubah dulu yang indah sudah tidak kelihatan hanya kerana sikap manusia durjana. Wahai manusia sedarlah tanpa kesucian sungai tiada lagi nikmat sumber semulajadi yang boleh kita rasai.
153 IBU May Khadija binti Nazri PISMP Ambilan Jun 2022 Ibu indahnya hidupku adalah keranamu wanita terbaik dalam hidupku pendengar setia yang selalu ada untukku terima kasih ibu atas segala jasamu aku bersyukur mempunyai ibu dalam hidupku. Ibu sungguh pengorbananmu amat bererti dalam hidupku membesarkan aku dengan penuh kasihmu semoga tuhan melindungimu selalu agar selalu dekat denganku kerana tanpamu ibu kosonglah hidupku.
154 BUATMU IBU Nur Aisha binti Paul Stephen PISMP Ambilan Jun 2022 Ibu besar jasamu dalam hidupku pengorbananmu tidak terbalas sembilan bulan sepuluh hari dalam dakapan kandunganmu mempertaruhkan nyawa melahirkanku ke dunia ini. insan yang tidak kenal erti lelah membesarkanku dari kecil hingga dewasa tanpa mengharapkan sebarang balasan engkau curahkan kasih sayangmu sehingga aku tahu erti cinta. Ibu engkau korbanku hidup untuk diriku hanya tuhan mampu membalas jasamu namamu selalu dalam doaku semoga tuhan memberkati hidupmu. engkaulah pinjaman dari tuhan yang paling sempurna.
155 IBU Nur Alia Shahida binti Safari PISMP Ambilan Jun 2022 Ibu anakmu masih memerlukan didikanmu untuk ke jalan kebahagiaan di dunia dan akhirat setia mengajarku erti kekuatan saatku jauh di matamu demi menggenggam segulung ijazah. Ibu doa dan restu ibu iringkan untukku menjadi insan yang berguna tidak mengenal erti penat dan lelah saat membesarkanku terima kasih atas segalanya. Ibu andai aku terkasar padamu saat sedar atau tidak aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kemaafan yang kau berikan membuat diriku sangat bahagia. Jasa ibu akanku kenang buat selama-lamanya kerana kau adalah permataku.
156 TUHANKU Noor Irdina binti Mohamad Noor PISMP Ambilan Jun 2022 Tuhan aku tahu aku leka mengejar dunia tiada kesudahan. aku sedar engkau murka namun masih aku buta. Tuhan tika aku ditimpa petaka aku sanggup merangkak luka lapik berdebu kembali basah meminta ampun akan dosa. Tuhan kini aku sedar dunia hanyalah habuan bagi aku yang gemar mempertuhankan hawa.
157 AYAH Nur Sakinah binti Saidin PISMP Ambilan Jun 2022 Ayah raut wajahmu menceritakan segalanya penat lelahmu tidak pernah diluahkan mecari rezeki siang dan malam menampung keluarga di bawah tanggunganmu. Ayah pengorbananmu tidak ternilai harganya keringat peluhmu sentiasa dikenang menggalas tanggungjawab yang besar di bahu menjadi sebab kau sentiasa berjuang.
158 ENGKAU MATAHARIKU Nur Syafika binti Mohd Nurdin PISMP Ambilan Jun 2022 Namamu sentiasa tersemat dalam jiwa dan ragaku setiap detik dalam hidupku namamu tak pernah hilang dalam ingatanku setiap detikku akan terbayang senyuman dan tawamu yang riang gembira itu begitu rindunya aku kepada wanita yang bergelar ibuku. Ibu oh ibu! doaku sentiasa mengiringmu aku akan sentiasa meminta tuhan untuk melindungimu hidupku bagaikan bunga yang layu tanpa hadirmu disampingku engkau merupakan perempuan yang terkuat di bumi yang sanggup untuk melawan apapun bagi melindungi anak-anakmu
159 engkau bagaikan matahari yang menyinari hidupku yang sentiasa menyuluh dan memimpinku untuk melangkah ke hadapan jasamu tidak dapatku balas walaupun nyawaku tergadai pengorbananmu yang sangat besar seperti kasih sayangmu terhadap anak-anakmu terima kasih ibuku.
160 TERIMA KASIH IBU Nurul Hasmaliza binti Mohd Jumain PISMP Ambilan Jun 2022 Terima kasih ibu tanpamu tiadalah diriku dengan doronganmu aku bertahan hingga ke saat itu di mana aku berjaya banggakan mu Jasa ibu akan kukenang selalu tiada yang boleh menggantikanmu kamulah ratu hatiku ampunkan aku andai pernah menyakitimu Terima kasih ibu itulah kata teragung yang bolehku sampaikan kepadamu
161 PUSPITA Nurul Khairina Qistin binti Zanuddin PISMP Ambilan Jun 2022 Puspita kutulis semisal kata untukmu... aku terpaku... saat mataku mendarat langsung jatuh cinta. aku memujamu... setiap bahagian tubuhmu terlihat sempurna. aku mencintaimu sampai aku lupa mencintaimu. dirimu terlalu terpuja.
162 TUHAN Qurratu Ulfah Dina binti Abdullah PISMP Ambilan Jun 2022 Oh Tuhan aku tidak pernah membencimu tidak tidak pernah sekalipun meski luka yang diberi tidak dapat dilupakan tidak pernah aku membencimu malah aku memilih untuk tetap mencarimu kerana aku yakin engkau maha mendengar engkau maha melihat dikala kutersungkur jatuh ke bumi kau adalah satu-satunya yang akan tetap mendakapku ketika kukira tidak ada sesiapa di sisiku.
163 AKU INGIN CEMERLANG Nur Salihah binti Kamal PISMP Ambilan Jun 2022 Aku ingin cemerlang ibu dan ayah penyokong setia menadah tangan memanjatkan doa agar hidupku sentiasa bahagia. Aku ingin cemerlang segala penat dan lelah tidak lagi aku hiraukan terus usaha demi mencapai cita-cita demi banggakan ibu dan bapa. Ingin suatu hari bangun pagiku penuh ceria ingin menggenggam sebuah ijazah.
164 KELUARGAKU SAYANG Nursyafiqah Sa’adiah binti Samadin PISMP Ambilan Jun 2022 Ibu. Oh Ibu! wanita kuat ibuku cinta kau curah sentiasa padu kepada aku yang selalu sendu. Kepada ayah sang kekasih hati lelah bekerja setengah mati tidak jemu menabur bakti demi senyum manis anakmu yang kau impi. Andai bisa kuputar waktu ingin sekali aku bersamamu bermain bercanda seperti dulu tanpa melihat keriput di wajahmu.
165 Teruntuk dua insan jauh di sana menetaplah bersamaku lebih lama melihat aku menjadi dewasa dengan titipan doamu di dada.
166 SENJA PERMULAAN BAHARU Shahmeera Lyana binti Sajuman @ Yunus PISMP Ambilan Jun 2022 Hari demi hari kujalani mengharap ada yang bermakna. aku lelah… sehebat mana aku berusaha sebanyak mana tidurku terkorban masih banyak mimpi yang terkubur Melihat langit senja mulai redup lalu kembali menyinari hari aku tersentak ohh… bahkan senja cerah kembali mengapa aku terus mengurung diri? Aku sedar di kala banyak mimpi yang terkubur masih ada mimpi inginku capai terima kasih senja kernamu aku belajar bangkit dari masa lalu
167 IBU OH IBU Siti Nuraini binti Abdul Halim J.A. Sangkar PISMP Ambilan Jun 2022 Ibu kau ibarat matahari kau bagaikan bidadari berselendang bianglala yang sentiasa menyinari hidupku kau ibarat permata yang berkilau yang sukar dicari kau tidak pernah mengenal erti lelah kau tidak pernah mengeluh membesarkanku kau sanggup berpanasan menanti akan kepulanganku kau sentiasa menjaga perutku daripada lapar sedangkan perutmu yang kosong diabaikan. Ibu cekalnya hatimu mendidikku cekalnya hatimu mengajarku cekalnya hatimu melayan kerenahku cekalnya hatimu menempuh ombak duri kehidupan demi anakmu ini kau sanggup mengetepikan perasaan dirimu.
168 Saat hati ini remuk dilemparkan berbagai-bagai tohmahan kaulah yang membela dan menenangkan daku saat aku putus harapan engkaulah orang yang memberi semangat kepadaku. kau tidak pernah malu mempunyai anak sepertiku kerana jasamu ibu aku berjaya.
169 PERPADUAN BANGSA YANG UTUH Suhaila binti Jamain PISMP Ambilan Jun 2022 Peristiwa 13 Mei 1969 bangsa berpecah belah perpaduan menjadi goyah tidakkah cukup kita melihat pengorbanan para pemimpin tidakkah cukup kita melihat kerapuhan perpaduan bangkitlah wahai anak watan semarakkan jalinan perpaduan bangsa di tanah air. Keutuhan bangsa menjadi simbolik kepada kekuatan negara tanpa perpaduan tidaklah wujud negara bangsa tanpa perpaduan kesejahteraan terkubur Bangkitlah junjungilah perpaduan demi negara teruskan sisa-sisa perjuangan para pemimpin bentuklah bangsa yang harmoni sungguh adanya kemakmuran buat negara.
170 ALAM Valentina Allvera Kornelius PISMP Ambilan Jun 2022 Keindahanmu sentiasa menyenangkan keindahanmu sentiasa mempersona oh indahnya alam Alam sungguh kejam perbuatan manusia terhadapmu keindahanmu semakin menghilang oh kejamnya manusia! Alam aku akan menghargaimu aku akan menjagamu oh aku sangat menyanyangimu. Wahai manusia hargailah alam sayangilah alam oh manusia! aku mohon kepadamu.
171 KAIN YANG PUTIH Muhammad Afif Aiman bin Suaud PISMP Ambilan Jun 2022 Kain yang putih seperti anak yang suci tanpa warna dan hiasan tanpa ilmu dan pengetahuan. Kain yang putih apabila dicorak dengan warna yang manis pasti kain menjadi cantik seperti anak yang diajari ilmu baik pasti menjadi insan yang sempurna. Kain yang putih apabila dicorak dengan warna yang kotor pasti kain menjadi buruk seperti anak yang diajari ilmu buruk pasti menjadi insan yang hodoh.
172 UNTUKMU SAHABATKU Ridwan bin Mansur PISMP Ambilan Jun 2022 Ayuh maju sahabatku walau derita rasa di bahumu ingatlah engkau saat kita berpadu semua perit kita tempuh selalu. Aku sentiasa di sini kalau jatuh kudorong kau berdiri janganlah lemah api di hati agar mampu melangkah lagi. Sahabatku bukalah mata jangan dilupa usaha kita saat mimpimu menjadi nyata ingatlah aku yang selalu ada. Ayuh sahabat kita bersama harungi semua suka dan duka ikatan kita bagai api dan bara yang terus bernyala buat selamanya.
173 AKU Garffith Joyer Olenny binti Robencon PISMP Ambilan Jun 2022 Aku terjaga dari lamunan hidupku dan cahaya menyinari kehidupanku memberikanku semangat yang baru dan gigih berusaha tanpa rasa jemu. Aku melangkah ke pintu kejayaan selangkah ke menara gading harapan menggapai erti matlamat kehidupan dugaan ditempuh dengan kesabaran. Aku diajar tentang erti ketabahan restu ibu bapa tidak terlupakan bagai kisah semalam aku impikan, segulung ijazah bakal di tangan.
174 RUMAH USANG PETI KENANGAN Nursyahida binti Muhammad Thamrin PISMP Ambilan Jun 2022 Beratus-ratus helaian kertas dakwat pena turut kekeringan jika ingin ku ceritakan kehidupan seorang aku di rumah usang peti kenangan aku bukan mereka yang lahirnya sudah melihat kota indah aku juga bukan mereka yang tidurnya sentiasa lena di atas cadar intan berbantal emas. Tetapi aku adalah aku yang hanya hidup berbumbungkan rumah yang seakan usang namun cukup bagi aku untuk merasa manisnya kehidupan ya benar memang benar aku bahagia walau hanya rumah usang yang menjadi tempat aku berteduh kerana bahagian bagiku bukan tentang mewah
175 Lima belas tahun bukan tempoh yang sekejap hampir satu setengah dekad aku bina kehidupan di rumah usang rumah usang peti kenangan meninggalkannya umpama laksana jentayu menantikan hujan Kerana terlalu banyak kisah yang tidak mampu aku lupakan tentang kehidupan-kehidupan penghuninya gelak tawa dan tangis yang silih berganti yang sudah sebati menjadi memori terindah dalam ingatan Tidur malam bercahayakan lampu pelita tatkala sinar mentari sudah meninggi oh aku tahu bahawa hari sudah pun siang begitulah kehidupan seorang aku sehari-hari di rumah usang peti kenangan ya rumah usang tempat aku dilahirkan tempat aku dibesarkan tempat aku mengenal erti kehidupan dan tempatku mengenal erti kesyukuran rumah usang peti kenangan selamanya bersemadi dalam ingatan.