The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Eksekutif Amalan Terbaik PISH 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatimah, 2022-11-07 01:15:41

Laporan Eksekutif PISH

Laporan Eksekutif Amalan Terbaik PISH 2022

LAPORAN EKSEKUTIF

Amalan Terbaik

PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT

Anjuran :
Kolej Komuniti Negeri Perak
Jabatan Agama Islam Negeri Perak

Hak Cipta @ Kolej Komuniti Sungai Siput
Terbitan pertama 2022

Hak cipta terpelihara.

Kesemua bahagian di dalam terbitan ini tidak boleh disiarkan atau diterbitkan semula dalam
sebarang bentuk atau dengan apa cara sekalipun sama ada secara cetakan, mekanikal,
penggambaran semula, perakaman dan sebagainya, tanpa mendapat kebenaran terlebih
dahulu daripada penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Karnival Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (Ipoh : 2022)
LAPORAN EKSEKUTIF : Amalan Terbaik PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT /
Anjuran : Kolej Komuniti Negeri Perak, Jabatan Agama Islam Negeri Perak.
Mode of access: Internet
eISBN 978-629-97488-0-9
1. Islamic religious education--Research--Malaysia.
2. Islamic education--Research--Malaysia.
3. Teaching and learning--Research--Malaysia.
4. Effective teaching--Research--Malaysia.
5. Government publications--Malaysia.
6. Electronic books.
I. Kolej Komuniti Negeri Perak. II. Perak. Jabatan Agama Islam Negeri.
III. Judul.
297.77

Penerbit : 05-5971 440 / 5981
05-5982 157
Kolej Komuniti Sungai Siput www.kkss.edu.my
Kementerian Pengajian Tinggi facebook.com/kksungaisiput/
Kampung Sungai Sejuk,
Peti Surat 390
31100 Sungai Siput (U),
Perak Darul Ridzuan

Isi Kandungan

SECEBIS KATA i
PEMANIS BICARA ii
PENGENALAN iii

1 Pengajaran & Pembelajaran PISH

Pelaksanaan Dan Penggunaan Adobe Illustrator Di Kalangan 1-16
1.1 Pelajar - Pelajar Pusat Pengajian Tahfiz Abu Bakar, Tanah
17-30
Merah Kelantan Dalam Modul Ilustrasi Fesyen Digital 31-40
41-51
Amalan Terbaik Pengajaran Dan Pembelajaran Secara 52-63
1.2 Transformatif Dalam Membudayakan Pendidikan Islam

Sepanjang Hayat

1.3 PISH Tahfiz Berkemahiran TVET Bersama Kolej Komuniti
Kuala Kangsar

1.4 Pembelajaran PISH : Asas Memanah Di Tadika Islam Perak
Sekitar Daerah Kinta

1.5 Kursus Infografik Kreatif

2 PISH Bermodul

2.1 PISH Bermodul : Kluster Pembangunan Diri 64-83

3 Kolaborasi PISH

Kolaborasi Program Keusahawanan Ternakan Ikan Air Tawar 84-99
3.1 Antara Kolej Komuniti Lipis Dan Tahfiz Al-Quran Wa Al- 100-112
113-127
Tarbiyah Al-Diniyah, Relong, Kuala Lipis : Satu Tinjauan Awal

3.2 Kolaborasi Kolej Komuniti Bentong Dan Masjid Tengku
Sulaiman Ketari Bentong

Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) : Kolaborasi,
3.3 Pelaksanaan Dan Implikasi Terhadap Maahad Tahfiz Sekitar

Bentong, Pahang

3.4 Jaringan Kolaborasi PISH Di Persada Antarabangsa 128-145

4 Pengurusan PISH

Kajian Keberkesanan Program Ternak Kelulut Madu Dalam 146-163
4.1 Kalangan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Fikri Mahmudiyah 164-180
181-192
Terhadap Minat Dan Peningkatan Ilmu

4.2 Pengurusan PISH Menggunakan MyLink

4.3 Pelaporan Kursus PISH Menggunakan Google Workspace
(e - Pelaporan PSH)

5 Program PISH Berimpak Tinggi

5.1 Impak Kursus PISH : Agro Teknologi Fertigasi Dan Hidroponik 193-207
Dalam Meningkatkan Sosioekonomi Institusi Tahfiz

Secebis Kata

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera
Syukur Alhamdulillah Karnival Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (K-PISH)
2022 dapat dijayakan buat julung kalinya secara bersemuka dengan
kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan
Jabatan Agama Islam Perak. Penganjuran kali ini menyaksikan Kolej
Komuniti Chenderoh sebagai tuan rumah K-PISH 2022.
Simposium Pendidikan Tahfiz Negeri Perak 2022 menghimpunkan kertas
pembentangan amalan terbaik seluruh Malaysia dalam memperkasakan
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat adalah satu usaha yang sangat murni.
Diharap dengan terhasilnya himpunan kertas penyelidikan amalan terbaik ini
memberikan banyak manfaat kepada komuniti dan pensyarah kolej komuniti
dalam proses penyampaian ilmu yang memberikan impak positif kepada
masyarakat dan institusi.
Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang
terlibat dalam Karnival Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (K-PISH) 2022.
Tahniah juga diucapkan kepada semua pembentang dan jawatankuasa yang
menjayakan Karnival Pendidikan Islam Sepanjang Hayat 2022. Moga
kerjasama yang terjalin akan kekal bagi bersama-sama kita membangunkan
ummah.

i

Pemanis Bicara

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera
Syukur alhamdulillah Karnival Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (K-PISH)
2022 dapat dijayakan buat julung kalinya secara bersemuka dengan
kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan
Jabatan Agama Islam Perak. Penganjuran kali ini menyaksikan Kolej
Komuniti Chenderoh sebagai tuan rumah.
Amalan Terbaik Pendidikan Islam Sepanjang Hayat ini berjaya
menghimpunkan kertas penyelidikan daripada warga penyelidik dalam
memperkasakan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat khasnya iaitu daripada
warga Kolej Komuniti di seluruh malaysia. Sejajar dengan matlamat
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH), impak positif wajar dicontohi dan
menjadi motivasi kepada seluruh warga pendidik kolej komuniti melalui
kerjasama dan sebarluas ilmu di dalam membudayakan amalan terbaik.
Syabas diucapkan kepada semua yang telah bertungkus lumus bagi
memastikan Amalan Terbaik Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) 2022
berjaya diterbitkan. Tahniah juga diucapkan kepada semua pembentang dan
jawatankuasa yang menjayakan Karnival Pendidikan Islam Sepanjang Hayat
(K-PISH) 2022.

ii

Pengenalan

“Best Practices” atau amalan terbaik merupakan hasil penemuan kepada
kaedah atau teknik yang lebih baik bagi mencapai keputusan dan hasil
terbaik. Amalan terbaik ini telah dipraktikkan oleh pendidik atau pensyarah
Kolej Komuniti dan Politeknik secara umumnya dalam proses penyampaian
Kokurikulum yang dapat memberi impak positif kepada pelajar dan institusi.

Sejajar dengan matlamat Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH),
pendekatan positif yang membawa kepada hasil atau impak positif ini wajar
disebarluas, dikongsi dan dicontohi kepada semua. Mediumnya adalah
melalui jalinan kerjasama antara institusi supaya amalan terbaik ini dapat
dibudayakan dari semasa ke semasa. Dengan itu, keperlbagaian idea
baharu dapat dimanfaatkan dengan lebih meluas.

Pembentangan Amalan Terbaik PISH 2022 telah berlangsung pada 28
September 2022 bertempat di Institut Tadbiran Islam Negeri Perak, Ipoh.
Pembentangan ini diadakan bersempena Karnival Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat (K-PISH 2022) yang merupakan acara kemuncak kepada
Program Latihan Kemahiran yang dilaksanakan bersama melalui jalinan
Kolaborasi Jabatan Agama Islam Perak, Majlis Agama Islam dan Adat
Melayu Perak, Kolej Komuniti Perak dan Maahad Tahfiz seluruh Negeri
Perak ini telah diadakan Pembentangan Amalan Terbaik PISH 2022.
Penyertaan adalah percuma dan telah menerima sebanyak empat belas (14)
kertas pembentangan dari kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan Politeknik
berdasarkan kepada kategori berikut:

Kategori I : Pengajaran & Pembelajaran PISH
Kategori II : PISH Bermodul
Kategori III : Kolaborasi PISH
Kategori IV : Pengurusan PISH
Kategori V : Program PISH Berimpak Tinggi

iii

Pengajaran & Pembelajaran PISH

PELAKSANAAN DAN PENGGUNAAN ADOBE ILLUSTRATOR DI
KALANGAN PELAJAR-PELAJAR PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ ABU
BAKAR, TANAH MERAH KELANTAN DALAM MODUL ILUSTRASI

FESYEN DIGITAL

Roswati Binti Md Zain1
1 Kolej Komuniti Jeli, Kelantan

ABSTRAK

Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) merupakan salah satu inisiatif
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan perlu dipertingkatkan dari masa ke
semasa. Dasar Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) juga merupakan
satu usaha yang berterusan bagi memastikan kesinambungan Pendidikan
Islam diberikan secara berterusan kepada setiap lapisan masyarakat di
samping turut melengkapkan individu dengan ilmu kemahiran dan
keusahawanan.Kertas kajian ini membincangkan kepentingan dan cabaran
yang dihadapi berkaitan penggunaan Adobe Illustrator sepanjang pelaksanaan
program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di Pusat Pengajian Tahfiz
Abu Bakar, Tanah Merah,Kelantan Sehubungan dengan itu, kertas kajian ini
mengenalpasti persepsi pelajar-pelajar pusat tahfiz dan cabaran yang dilalui
mereka melalui penggunaan Adobe Illustrator dalam modul Ilustrasi Fesyen
Digital atau rekaan fesyen. Bagi memastikan PISH memenuhi permintaan dan
perkembangan semasa, modul yang diajar adalah relevan seiring dengan
standard dan garis panduan yang telah ditetapkan.Borang soal selidik telah
diedarkan kepada 32 pelajar di Pusat Pengajian Tahfiz Abu Bakar, Tanah
Merah,Kelantan melalui aplikasi digital Google Form bagi mengetahui
penerimaan pelajar tersebut terhadap penggunaan Adobe Illustrator.Secara
keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan kebanyakan responden
bersetuju bahawa penggunaan Adobe Illustrator mampu memberikan implikasi
positif seperti penyampaian ilmu menggunakan kaedah yang bertepatan
dengan situasi semasa dan memberi ilmu pengetahuan tambahan kepada
mereka.Akhirnya kertas kajian ini mencadangkan agar lebih banyak lagi
peluang diberikan kepada pelajar pusat pengajian tahfiz untuk lebih mendalami
bidang aplikasi secara digital seiring dengan keperluan industri semasa.

Kata kunci: Adobe Illustrator, PISH

1

1.0 PENGENALAN

PISH merupakan inisiatif yang lahir dari Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).
Pelaksanaan PISH ini adalah berdasarkan saranan Mantan YAB Timbalan
Perdana Menteri semasa Perhimpunan Agung Umno pada 7 Disember 2013
yang mencadangkan PISH dijadikan dasar utama negara.

Pelaksanaan PISH secara tidak langsung akan memberikan impak positif serta
menepis pemikiran negatif dalam pendidikan di mata masyarakat bahawa
pendidikan boleh didapati di mana sahaja dan bukan hanya terbatas di
universiti serta institut pengajian semata-mata.

Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat dilihat dapat membantu dalam
membimbing generasi muda hari ini. Mansur Isna (2001) menerangkan bahawa
pendidikan merupakan bimbingan yang terbaik dalam pembentukan
keperibadian manusia melalui didikan jasmani dan rohani.

Manakala Muhammad Alim (2006) pula menjelaskan bahawa Al-Quran dan Al-
Sunnah merupakan pendidikan terlengkap sama ada pendidikan
kemasyarakatan (sosial), moral (akhlak) dan spiritual (rohani). Nilai-nilai yang
tersirat melalui al-Quran dan al-Sunnah yang diterapkan melalui Pendidikan
Islam Sepanjang Hayat akan melahirkan modal insan yang seimbang dengan
rangkuman ilmu kemahiran dan pendidikan Islam.

Menurut Hafez, Ishak dan Zainudin (2016) kepentingan PISH ini boleh
dibahagikan kepada tiga iaitu pendidikan untuk pemangkin generasi pada masa
hadapan, pemangkin kepada masyarakat dan memberikan kesinambungan
Pendidikan Islam.

Pendidikan secara berterusan ini mampu membentuk masyarakat yang berilmu,
berakhlak dan menjamin kepada kesimbangan duniawi dan ukhrawi. Menurut
Mohd Zainudin (2014), keberkesanan program PISH secara tidak langsung
telah melestarikan Pendidikan Islam dengan membina hubungan dan
merapatkan ukhwah sesama umat Islam dan kepelbagaian hidup
bermasyarakat.

2

Menurut Hafeez, Ishak dan Zainuddin (2016), Pendidikan Islam Sepanjang
Hayat dilihat sebagai keperluan yang tepat dalam meningkatkan sahsiah diri
dan keimanan kita ke Allah SWT.

Selain itu, Nia Sutisna (2011) berpendapat bahawa PISH dapat memupuk serta
menarik minat masyarakat dalam meningkatkan kemampuan diri dan berupaya
membina masyarakat yang gemar belajar (learning society) kerana menuntut
ilmu telah menjadi kehendak dalam kehidupan dan kebiasaan hidup dalam
sesebuah masyarakat.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan bagi mengenalpasti penerimaan dan cabaran
yang dihadapi oleh pelajar pelajar Pusat Pengajian Tahfiz Abu Bakar, Tanah
Merah, Kelantan melalui penggunaan Adobe Illustrator dalam modul Ilustrasi
Fesyen Digital atau rekaan fesyen. Kajian ini melihat kepada beberapa sudut
seperti penerimaan pelajar Pusat Pengajian Tahfiz tersebut dan cabaran utama
yang dihadapi sepanjang proses pelaksanaan program PISH berlangsung.
Hasil dapatan kajian ini sedikit sebanyak dapat digunakan untuk menambah
baik program PISH yang akan dilaksanakan di Pusat Pengajian Tahfiz yang
lain.

3.0 RASIONAL /JUSTIFIKASI AMALAN BAIK

Rasional pemilihan Penggunaan Adobe Illustrator sepanjang pelaksanaan
program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di Pusat Pengajian Tahfiz
Abu Bakar, Tanah Merah, Kelantan adalah bagi memenuhi KPI Jabatan
Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Jeli. Amalan baik yang
diterapkan adalah menggunakan medium yang terkini iaitu menggunakan
software Adobe Illustrator bagi memenuhi kursus pendek Fesyen Digital atau
rekaan fesyen. Ia adalah amat bersesuaian dengan kehendak pasaran semasa
sekarang yang mana menerapkan teknologi digital di dalam semua bidang
pendidikan di semua institusi tidak ketinggalan juga bagi pusat-pusat tahfiz
yang terpilih.

3

4.0 METOD/KAEDAH PELAKSANAAN AMALAN BAIK

Kaedah yang dilaksanakan oleh Komuniti Jeli adalah dengan menyediakan
tempat, tenaga pengajar dan kurikulum yang diperlukan bagi memenuhi tajuk
kursus iaitu Ilustrasi Fesyen Digital atau rekaan fesyen. Dengan menyediakan
segala keperluan yang diperlukan, maka segala program yang dilaksanakan
telah berjalan dengan lancar. Bagi memastikan segala perjalanan program
berjalan seperti yang telah dirancang, satu kajain telah dijalankan bagi
mengenal pasti cabaran dan cadangan bagi menambahbaik mutu penyampaian
program kepada para pelajar pusat pengajian tahfiz tersebut.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah:

i. Mengenalpasti kaedah pelaksanaaan program Pendidikan Islam Sepanjang
Hayat (PISH) Pusat Pengajian Tahfiz Abu Bakar, Tanah Merah, Kelantan.

ii. Mengenalpasti kelebihan atau impak yang diperolehi oleh pelajar-pelajar
Pusat Pengajian Tahfiz Abu Bakar, Tanah Merah, Kelantan apabila
menggunakan Adobe Illustrator dalam modul Ilustrasi Fesyen Digital atau
rekaan fesyen.

iii. Mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Pusat Pengajian
Tahfiz Abu Bakar, Tanah Merah, Kelantan apabila menggunakan Adobe
Illustrator dalam modul Ilustrasi Fesyen Digital atau rekaan fesyen.

6.0 METODOLOGI

Rekabentuk kajian ini adalah jenis rekabentuk kuantitatif menggunakan borang
soal selidik. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 32 pelajar di Pusat
Pengajian Tahfiz Abu Bakar, Tanah Merah, Kelantan melalui aplikasi digital
Google Form bagi mengetahui penerimaan pelajar tersebut terhadap
penggunaan Adobe Illustrator. Soalan yang diberikan adalah soalan berstruktur
yang mempunyai pilihan jawapan yang tetap atau pilihan alternatifnya sudah
disediakan atau disenaraikan oleh penyelidik. Soalan jenis ini lebih popular
dalam kajian kerana ia mewujudkan satu keseragaman serta lebih mudah
dianalisis. Jenis soalan seperti ini adalah yang paling mudah bagi responden
untuk menjawab dan penyelidik menganalisis data.

4

7.0 SAMPEL

Borang soal selidik telah diedarkan secara berfokus kepada 32 pelajar di Pusat
Pengajian Tahfiz Abu Bakar, Tanah Merah, Kelantan melalui aplikasi digital
Google Form.Rasional pemilihan sampel ini adalah kerana terdapat ciri-ciri
yang boleh dikaji dalam kumpulan sasar tersebut.

8.0 INSTRUMEN KAJIAN

Data kajian diperoleh daripada sampel melalui borang soal selidik berdasarkan
persoalan kajian yang telah ditentukan. Borang soal selidik yang telah
diedarkan dibahagikan kepada beberapa bahgian iaitu:

i. Demografi-latar belakang kemahiran dalam
ii. Pengetahuan tentang Adobe Illustrator
iii. Persepsi tentang Adobe Illustrator
iv. Kekerapan penggunaan Adobe Illustrator
v. Cabaran semasa penggunaan Adobe Illustrator
vi. Cadangan atau idea untuk mempertingkatkan

penggunaaan Adobe Illustrator

9.0 ANALISIS DATA

Setelah soal selidik dikutip, data berkenaan dianalisa menggunakan aplikasi
digital Google Form bagi mengetahui penerimaan pelajar tersebut terhadap
penggunaan Adobe Illustrator.

5

i. Analisis Bahagian A: Profil Responden

Rajah 1: Peratus Jantina Responden
Daripada borang soalselidik, didapati responden adalah terdiri daripada 86.7 %
perempuan dan 13.3 % lelaki.

Rajah 2: Peratus Umur Respoden
Daripada borang soalselidik, majoriti responden adalah dalam lingkungan 18
hingga 20 tahun (82.8%) manakala yang selebihnya berada dalam julat 20-
23 tahun (17.2%).

6

ii. Analisis Bahagian B: Persepsi Responden Terhadap Adobe
Illustrator

Rajah 1: Peratus Jantina Responden
Rajah 3: Pengetahuan Responden Terhadap Adobe Illustrator
Daripada borang soalselidik, 53.1 % daripada responden mengetahui tentang
Adobe Illustrator manakala 46.9% adalah sebaliknya.

Rajah 2: Peratus Umur Respoden
Rajah 4: Persepsi Responden Terhadap Adobe Illustrator

7

Berdasarkan borang soalselidik, Rajah 4 menunjukkan kebanyakan responden
bersetuju Adobe Illustrator memberi kesan yang positif kepada mereka. Bagi
pernyataan a, 21 responden bersetuju bahawa Adobe Illustrator berfungsi
sebagai sumber rujukan, ilmu pengetahuan dan maklumat. Manakala 6
responden lagi menyatakan sangat bersetuju dan 5 responden lagi kurang
bersetuju. Bagi pernyataan b, 20 responden bersetuju penggunaan Adobe
Illustrator mampu seiring dengan keperluan semasa industri. Manakala 6 lagi
sangat bersetuju dan 5 lagi responden kurang bersetuju. Bagi pernyataan c, 20
responden juga bersetuju Adobe Illustrator berjaya menyampaikan maklumat
dengan penggunaan teknologi yang terkini. 7 responden lagi sangat bersetuju
dan 4 responden lagi kurang bersetuju.Seterusnya bagi pernyataan d, 21
responden menyatakan Adobe Illustrator berfungsi sebagai agen peningkatan
kepuasan bagi mendapatkan rekaan fesyen yang terkini.Diikuti oleh 6
responden lagi sangat bersetuju dan selebihnya 4 responden lagi kurang
bersetuju.Bagi pernyataan e pula,21 responden menyatakan Adobe Illustrator
menyediakan pilihan rekaan dan warna yang lebih menarik dan kreatif.
Manakala 7 responden lagi sangat bersetuju dan selebihnya 3 lagi responden
kurang bersetuju dengan pernyataan tersebut.

Rajah 5: Persepsi Responden Terhadap Adobe Illustrator

8

Berdasarkan borang soalselidik, pernyataan f menunjukkan 22 responden
bersetuju Adobe Illustrator berjaya membantu mereka menambahkan ilmu
pengetahuan. 6 responden lagi sangat bersetuju dan 3 responden lagi kurang
bersetuju. Bagi pernyataan g, 21 responden juga bersetuju Adobe Illustrator
telah membawa nilai yang positif kepada mereka. Manakala 6 lagi responden
sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut dan diikuti dengan 3 lagi kurang
bersetuju. Bagi pernyataan h, 20 responden juga menyatakan ia senang untuk
difahami dan dipelajari. 7 responden sangat bersetuju dan diikuti 4 lagi kurang
bersetuju. Seterusnya bagi kenyataan j, 19 responden menyatakan Adobe
Illustrator membantu mempercepatkan proses penghasilan rekaan fesyen.
Manakala 8 responden lagi menyatakan sangat bersetuju dan diakhiri dengan 4
lagi kurang bersetuju bahawa Adobe Illustrator membantu mempercepatkan
proses penghasilan rekaan fesyen
iii. Analisis Bahagian C: Corak Penggunaan Adobe Illustrator

Rajah 6: Corak Penggunaan Adobe Illustrator

9

Berdasarkan Rajah 6, 40.6 % responden menyatakan bahawa Adobe Illustrator
digunakan di makmal Komputer, lain –lain 34.4%, di rumah sebanyak 18.8%
dan diikuti di perpustakaan sebanyak 12.5 %. Ini menunjukkan bahawa ia paling
kerap digunakan apabila berlaku proses pembelajaran di institusi yang
menawarkan kursus yang menggunakan Adobe Illustrator.

Rajah 7: Kekerapan Penggunaan Adobe Illustrator
Berdasarkan Rajah 7, 34.4 % responden menyatakan bahawa kekerapan
tertinggi mereka menggunakan Adobe Illustrator adalah 2 hari tetapi kurang dari
7 hari. Diikuti oleh 25% responden menyatakan lain-lain, 21.9% responden
menyatakan penggunaannya pada setiap ahri dan akhir sekali 18.8%
responden menyatakan menggunakan Adobe Illustrator kurang dari 2 hari
sebulan.

10

Rajah 8: Kadar Penggunaan Adobe Illustrator
Daripada borang soalselidik, 61.3% responden menyatakan penggunaan Adobe
Illustrator adalah sebanyak 1 jam tetapi kurang dari 2 jam. Diikuti oleh 32.2%
responden mengakui menggunakan hanya kurang dari 30 minit. Manakala 6.5%
daripada responden lagi meyatakan penggunaan Adobe Illustrator adalah 3 jam
tetapi kurang dari 4 jam dan 4 jam tetapi kurang dari 5 jam.

11

iv. Analisis Bahagian D: Cabaran Penggunaan Adobe Illustrator

Rajah 9: Cabaran Penggunaan Adobe Illustrator

Rajah 9 di atas menunjukkan bilangan responden menyatakan beberapa faktor
utama yang menjadi cabaran kepada mereka tentang penggunaan Adobe
Illustrator.17 responden bersetuju bahawa mereka kekurangan pengetahuan
bagi penggunaan sistem tersebut, 11 orang kurang bersetuju dan 3 lagi sangat
bersetuju.Seterusnya bagi cabaran yang seterusnya, 15 responden bersetuju
ketiadaan komputer bagi menguasai kemahiran penggunaan Adobe Illustrator
adalah cabaran utama bagi mereka.Manakala 11 lagi kurang bersetuju dan 4
sangat bersetuju. Cabaran yang ketiga adalah tiada pengajar yang betul-betul
pakar dalam penggunaan Adobe Illustrator.13 responden menyatakan setuju ,
11 lagi menyatakan sangat bersetuju diikuti oleh 4 sangat bersetuju.Bagi
cabaran yang keempat, 14 responden menyatakan bersetuju kurang berminat
dengan penggunaan komputer dan Adobe Illustrator itu sendiri.Manakala 11
lagi kurang bersetuju, diikuti 3 responden sangat bersetuju dan 1 responden
lagi tidak bersetuju.Cabaran yang terakhir berkaitan Adobe Illustrator ialah
tiada pendedahan berkaitan penggunaan Adobe Illustrator. Seramai 15
responden menyatakan bersetuju, 11 responden kurang bersetuju manakala 3
responden lagi tidak bersetuju.

12

Rajah 10 : Cadangan dan idea untuk mempertingkatkan kemahiran
dalam penggunaan Adobe Illustrator

Rajah 10 di atas adalah berkaitan cadangan dan idea untuk mempertingkatkan
kemahiran dalam penggunaan Adobe Illustrator.12.5% responden menyatakan
perlunya menambahkan banyak komputer bagi menambahbaik kemahiran
yang sedia ada. Manakala responden yang lain menyatakan tiada cadangan.

10.0 PERANAN CALON DALAM AMALAN BAIK

Bersama-sama dalam mencetuskan idea asal untuk berkongsi kepakaran para
pensyarah fesyen agar melaksanakan program pengajaran dan pembelajaran
dalam modul Ilustrasi Fesyen Digital atau rekaan fesyen khusus untuk pelajar-
pelajar Pusat Pengajian Tahfiz Abu Bakar, Tanah Merah Kelantan
menggunakan software Adobe Illustrator. Calon juga berperanan sebagai
Urusetia Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat khas untuk program PISH ini.
Sebagai urusetia calon telah mengenalpasti pusat pengajian tahfiz yang sesuai
untuk melaksanakan program yang dirancang. Calon juga telah membantu
tenaga pengajar di dalam proses penyediaan tempat dan urusan borang-
borang yang berkaitan sepanjang pelaksanaannya.

13

11.0 IMPAK AMALAN BAIK

Terdapat beberapa impak yang telah dikenalpasti berdasarkan pelaksanaan
amalan baik berkaitan penggunaan Adobe Illustrator sepanjang pelaksanaan
program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di Pusat Pengajian Tahfiz
Abu Bakar, Tanah Merah, Kelantan. Berikut adalah impak-impak yang berjaya
dikenalpasti.

i. Kecanggihan teknologi telah banyak membantu pelajar tahfiz untuk
memperolehi maklumat dengan pantas, tepat dan mudah bagi
membolehkan mereka mempelajari sesuatu topik pembelajaran secara
pantas dan berkesan.

ii. Dapat membantu pelajar tahfiz dalam melihat sesuatu yang perkara
abstrak dan tidak nyata kepada sesuatu yang dapat dilihat dan difahami.

iii. Sifat komputer yang interaktif inilah yang akan menyebabkan pelajar tahfiz
lebih bersikap positif terhadap pelajaran mereka dan menerima
pengetahuan dengan lebih terbuka

iv. Penggunaan komputer ataupun perisian pembelajaran sebagai bahan
bantu mengajar satu strategi pengajaran yang sangat berkesan

v. Penggunaan komputer dan juga perisian yang berkaitan dapat
meningkatkan dan membantu pelajar dalam memahami sesuatu
pembelajaran.

vi. Dengan bantuan grafik, animasi, video serta lain-lain aplikasi ianya dapat
mewujudkan motivasi dan keyakinan diri yang tinggi dalam diri pelajar
tahfiz.

12.0 CADANGAN

Hasil daripada dapatan kajian dan perbincangan, beberapa cadangan telah
dikemukakan bagi meningkatkan mutu pelaksanaan dan penggunaan Adobe
Illustrator di kalangan pelajar-pelajar Pusat Pengajian Tahfiz Abu Bakar, Tanah
Merah Kelantan dalam modul ilustrasi fesyen digital. Cadangan tersebut
adalah:

i. Satu kajian menyeluruh terhadap pelaksanaan dan penggunaan Adobe
Illustrator di kalangan pelajar-pelajar pusat pengajian dalam modul ilustrasi
fesyen digital hendaklah dijalankan bagi mengukuhkan lagi kajian ini.

ii. Perlunya menambahbaik bilangan komputer yang disediakan khusus
untuk pelaksanaan kursus tersebut.

14

iii. Memberi pendedahan awal sebelum program berlangsung dan program
pembudayaan perlu dilaksanakan bagi menarik minat pelajar pusat
pengajian tahfiz berkaitan.

iv. Kepentingan merangka kurikulum khas yang menjurus kepada modul yang
menerapkan unsur-unsur teknologi seiring dengan keperluan industri
semasa.

13.0 KESIMPULAN

Seiring dengan arus kemodenan dan teknologi terkini, PISH akan menjadi
kesinambungan dalam menuntut ilmu tanpa membatasi segenap lapisan
masyarakat. Hasil gabungan PISH dan sistem pengajaran abad ke-21, iaitu
penggunaan Adobe Illustrator dalam pelaksanaan kursus PISH ini mampu
melahirkan individu yang berkemahiran dalam bidangnya tetapi dibawah
kawalan nilai-nilai agama supaya ilmu yang ada tidak disalahgunakan.

Penggunaan Adobe Illustrator juga, akan meningkatkan literasi teknologi
kepada semua pelajar pusat tahfiz yang lain demi mencapai hasrat Pendidikan
Islam Sepanjang Hayat (PISH).

Justeru, penulis berpendapat bahawa program ini telah mempunyai modul dan
kursus yang bertepatan dengan kepentingan untuk menghasilkan generasi
pewaris agama dan Negara suatu hari kelak yang bertakwa dan berkemahiran
dan berakhlak tinggi. Namun yang demikian, pentingnya bagi pihak institusi
yang menawarkan program PISH ini memupuk minat pelajar tahfiz itu dahulu
bagi mencapai objektif yang sepatutnya seiring dengan dasar pelaksanaan
program PISH.

15

RUJUKAN
Mohammad Hafeez bin Md Ramli, Ishak bin Mohamad & Mohd Zainudin bin

Mohd Esin. 2016. Impak Pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang
Hayat Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi bagi Fasa
Pertama 2014-2015. Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti.
Nia Sutisna. 2011. Peran Pendidikan Sepanjang Hayat Bagi Penyandang
Diabilitas. Jurnal Asesmen dan Intervensi Anak Berkebutuhan
Berkhusus (JASSI_Anakku). Vol. 10
Mohd Zainudin Mohd Esin, Noorhidayah Mansor & Mohamad Shawal Mustafa
Kamal. 2014. Pendidikan Islaam Sepanjang Hayat: Membina Hubungan
dan Merapatkan Ukhwah. Seminar Kebangsaan Pembelajaran
Sepanjang Hayat 2014.
Muhammad Alim. 2006. Pendidikan Agama Islam. Jakarta. Raja Grafindo
Persada.Yufiza Yusof, Rafidah Mohd Basir, Saleha Abd Azis dan
Zamaruzaman Mohamad. 2016. Pelaksanaan Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kolej Komuniti Batu Gajah.
Nornazlina binti Mohd Nor, Wan Marina binti Wan Nowalid dan Roswani binti
Abdul Rahman. 2016. Program Pendidikan Sepanjang Hayat (PISH):
Memperkasa Ummah dan Ekonomi Negara. Jabatan Pendidikan Kolej
Komuniti.
Mansur Isna. 2001. Pendidikan Sepanjnag Hayat menurut Perspektif Islam
(Kajian Tafsir Tarbawi). Jurnal Kajian Keislaman. Vol. 3 no. 2.h. 191-208.

16

AMALAN TERBAIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA
TRANSFORMATIF DALAM MEMBUDAYAKAN PENDIDIKAN ISLAM

SEPANJANG HAYAT

Mohammad Hafeez Bin Md Ramli1, Marhayu Binti Abdul Jamai2
& Yusidawati Binti Yusof3

1 2 3 Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang

ABSTRAK

Amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran kaedah pengajaran transformatif

PISH melalui SIRI WEBINAR SAHSIAH BELIA ini telah dilaksanakan pada
24 Mei 2021 – 25 Jun 2021. Sebanyak 5 SIRI WEBINAR SAHSIAH BELIA ini

telah dijalankan dengan menggunakan aplikasi Zoom. Penyertaan peserta

untuk webinar ini terdiri daripada komuniti belia dari seluruh Malaysia kerana

pelaksanaan webinar ini adalah dengan kerjasama Dewan Belia, Majlis

Dakwah Negara (MDN) bagi meneruskan agenda pelaksanaan Pendidikan

Islam Sepanjang Hayat (PISH) di Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh

Malaysia. Kaedah pengajaran transformatif PISH ini merangkumi

perbincangan dan perbahasan berkaitan isu-isu kontemporari dalam aspek

ekonomi, politik, sosial, budaya dan alam sekitar daripada perspektif etika dan

peradaban dan dapat melahirkan belia yang bermoral dan profesional

berteraskan ajaran Al-Quran dan Sunnah yang dianjurkan dalam Islam.

Kaedah pengajaran transformatif baharu telah dilaksanakan semasa perintah

kawalan pergerakan (PKP) untuk meneruskan proses pengajaran dan

pembelajaran PISH dengan mewujudkan satu siri WEBINAR SAHSIAH BELIA.

Facebook rasmi POLISAS (https://www.facebook.com/polisasphg) dan

Facebook rasmi Majlis Dakwah Negara (MDN)

(https://www.facebook.com/majlisdakwahnegara) dijadikan platform dalam

penyiaran secara langsung di atas talian bagi amalan terbaik kaedah

pengajaran transformatif PISH ini.

17

Impak amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran kaedah pengajaran
transformatif PISH melalui SIRI WEBINAR SAHSIAH BELIA ini antaranya ialah
dapat mewujudkan kolaborasi bersama antara POLISAS dan Majlis Dakwah
Negara (MDN) dalam penganjuran program ini, memberi peluang penyertaan
belia dalam program PISH ini dengan lebih ramai dan bersasar melalui
penyertaan peserta secara langsung di Facebook rasmi POLISAS dan
Facebook rasmi Majlis Dakwah Negara (MDN), menarik minat peserta untuk
menyertai program PISH ini dengan rekod penyertaan yang ramai melalui
penyertaan atas talian yang memudahkan urusan penyertaan peserta dan
mewujudkan Belia Islam yang berkeperibadian tinggi bagi menghadapi
cabaran hidup dalam masyarakat kepelbagaian dan krisis pandemik yang
melanda Malaysia.

Kata kunci: Amalan terbaik, pengajaran dan pembelajaran transformatif, PISH

1.0 PENGENALAN

Amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran kaedah pengajaran transformatif
PISH melalui SIRI WEBINAR SAHSIAH BELIA ini telah dilaksanakan pada 24
Mei 2021 – 25 Jun 2021. Sebanyak 5 siri webinar sahsiah belia ini telah
dijalankan dengan menggunakan aplikasi zoom dan disiarkan secara langsung
di laman Facebook Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah, Kuantan Pahang
(POLISAS) dan laman facebook Majlis Dakwah Negara (MDN) untuk
penyertaan pelajar POLISAS, ahli Dewan Belia, Majlis Dakwah Negara (MDN)
dan juga belia di Malaysia dalam membudayakan Pendidikan Islam Sepanjang
Hayat (PISH). Penyertaan peserta untuk webinar ini juga terdiri daripada
komuniti belia dari seluruh Malaysia kerana pelaksanaan webinar ini adalah
dengan kerjasama Dewan Belia, Majlis Dakwah Negara (MDN) bagi
meneruskan agenda pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH)
di Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Majlis Dakwah Negara
(MDN) telah ditubuhkan pada tahun 2013 dan merupakan sebuah badan khas
di bawah kelolaan dan seliaan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
Pada tahun 2019, MDN telah didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah
pertubuhan dakwah. Hal tersebut bertujuan untuk meningkatkan pengupayaan
peranan MDN sebagai organisasi yang berkesan, berwibawa dan berdikari
bagi merealisasikan cita-citanya sebagai institusi penggerak tajdid perpaduan
ummah. Kaedah pengajaran transformatif PISH ini merangkumi perbincangan
dan perbahasan berkaitan isu-isu kontemporari dalam aspek ekonomi, politik,
sosial, budaya dan alam sekitar daripada perspektif etika dan peradaban dan
dapat melahirkan belia yang bermoral dan profesional berteraskan ajaran Al-
Quran dan Sunnah yang dianjurkan dalam Islam.

18

Selain daripada itu, penerapan amalan pendidikan berimpak tinggi (HIEPs)
yang bersesuaian juga digunakan dalam penyampaian kaedah pengajaran
transformatif ini. Kaedah pengajaran yang digunakan dalam forum SIRI
WEBINAR SAHSIAH BELIA ini adalah:

i. Pendekatan Pengajaran maya:

Pendekatan integratif
Pendekatan pengajaran ini digunakan bertujuan merangsang pelajar untuk
menggunakan kemahiran asas, memahami hubungan antara disiplin akademik
yang berbeza-beza, menghargai unsur kepelbagaian dan gigih secara
produktif dalam mencapai matlamat yang sama. Pendekatan ini akan
mengabungjalinkan beberapa pendekatan, kaedah, strategi dan teknik supaya
pelajar akan lebih mudah memahami perkara yang disampaikan oleh
pensyarah.

Pendekatan tematik
Pendekatan pengajaran ini digunakan untuk membolehkan pelajar
menganalisis, membuat generalisasi dan mengaplikasikan pengetahuan dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini akan menggabungkan
pelbagai idea yang berkaitan dengan satu konsep yang meluas atau tema
membolehkan pelajar menyatukan pelbagai fakta.

ii. Strategi Pengajaran maya:

Strategi berpusatkan pelajar
Strategi bertujuan untuk memperkembangkanm kebolehan pelajar dalam
mengaplikasikan konsep sikap yang positif, mewujudkan motivasi dan
memperkembangkan peribadi dalam menggalakkan kemahiran sosial
kumpulan.

iii. Kaedah dan teknik pengajaran maya:

Forum
Forum digunakan kerana kumpulan sasaran yang besar dan ahli juga ramai.
Ahli panel terdiri dari 2 orang pelajar dan seorang panel pakar jemputan yang
akan menyampaikan idea. Moderator akan memulakan forum dengan
memberikan sedikit penerangan tentang tajuk.

19

2.0 RASIONAL / JUSTIFIKASI AMALAN BAIK

Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja melambatkan
pembelajaran dan pengajaran secara konvensional, tetapi juga menjadikan
tugas pengajar semakin mencabar kerana mereka perlu menyesuaikan diri
dengan norma dan tabiat kehidupan baharu yang memerlukan proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) untuk dilaksanakan secara atas talian.
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa perintah kawalan pergerakan
(PKP) merupakan suatu pengalaman pertama yang agak mencabar bagi yang
tidak pernah mengajar dan belajar dalam talian. Pembelajaran secara atas
talian terpaksa dilaksanakan kerana seluruh Malaysia diarahkan untuk terus
kekal dirumah bagi menangkis krisis penularan wabak COVID-19 dari terus
merebak. Suasana pengajaran dan pembelajaran jelas berbeza berbanding
sebelum ini kerana hampir semua kaedah pengajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) dijalankan secara dalam talian seperti Google Classroom, Google
Meet, Youtube, Zoom Cloud Meeting dan lain-lain lagi. Kaedah ini memberi
satu tamparan hebat buat para pensyarah kerana daya fokus pelajar berubah
kearah yang pasif kerana pembelajaran ini lebih bersifat teoritikal. Maka, bagi
mengekang isu ini, kaedah pengajaran transformatif baharu telah dilaksanakan
untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mewujudkan
satu siri WEBINAR SAHSIAH BELIA bagi meneruskan proses pengajaran dan
pembelajaran PISH.

3.0 METOD / KAEDAH PELAKSANAAN AMALAN BAIK

Kaedah pengajaran transformatif PISH yang digunakan adalah idea modifikasi
dari proses pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Webinar
sebenarnya adalah singkatan kepada dua perkataan iaitu Web dan Seminar.
Webinar boleh ditafsirkan sebagai aktiviti pertemuan antara sekumpulan orang
yang dijalankan dengan bantuan sambungan internet. Forum SIRI WEBINAR
SAHSIAH BELIA ini membolehkan peserta forum webinar ini mendapat lebih
banyak peluang jika ingin bertanya soalan di dalam ruangan komen Facebook
berkenaan tajuk yang dibincangkan. Webinar ini dijalankan dalam dua
pusingan. Setiap pusingan, panel akan ditanya satu soalan oleh moderator.
Soalan kepada setiap ahli panel disediakan oleh pensyarah kursus selepas
perbincangan bersama di dalam ahli kumpulan mengikut tajuk webinar.
Seorang ahli panel jemputan akan dijemput untuk bersama membincangkan
tajuk di dalam forum SIRI WEBINAR ini. Ahli panel jemputan ini adalah terdiri
dari pakar di dalam bidang yang berkaitan tajuk yang dibincangkan.

20

Selain soalan secara berterusan yang boleh diajukan oleh peserta, di akhir
webinar juga sesi soal jawab oleh peserta melalui live facebook telah diadakan
juga bagi mewujudkan komunikasi dua hala dalam webinar ini. Facebook rasmi
POLISAS (https://www.facebook.com/polisasphg) dan Facebook rasmi Majlis
Dakwah Negara (MDN) (https://www.facebook.com/majlisdakwahnegara) di
jadikan platform dalam penyiaran secara langsung di atas talian bagi amalan
terbaik kaedah pengajaran transformatif PISH ini. Maklumat setiap SIRI
WEBINAR SAHSIAH BELIA ini seperti di bawah:

1. TAJUK : PENGHAYATAN RUKUN NEGARA DALAM MENINGKATKAN
SAHSIAH BELIA DI MALAYSIA.

TARIKH : 24 MEI 2021 (ISNIN)

MASA : 9.00 pagi

PLATFORM : Laman Facebook MAJLIS DAKWAH NEGARA/POLITEKNIK

SULTAN HJ AHMAD SHAH, KUANTAN

https://www.facebook.com/majlisdakwahnegara/

https://www.facebook.com/polisasphg/

JUMLAH PENONTON: 792 views
KOD ZOOM MEETING: https://us02web.zoom.us/j/81446723308?pwd=

cnYyZ0lHV1FGWnJ4QzRlMHc0NHF0Zz09
Meeting ID : 814 4672 3308
Passcode : 105255

AHLI PANEL : 1. Hasminuddin b hashim
Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Am,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang

2. Alin Fara Aina Binti Zakaria
Pelajar,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang

3. Khairunnisa Nadia Binti Abu Bakar
Pelajar,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang

MODERATOR : Afrina Ilsa Binti Mohd Yasim
Pelajar,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang

21

2. TAJUK : PENGHAYATAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA DALAM
MENINGKATKAN SAHSIAH BELIA

TARIKH : 31 MEI 2021 (ISNIN)

MASA : 9.00 pagi

PLATFORM : Laman Facebook MAJLIS DAKWAH NEGARA/POLITEKNIK

SULTAN HJ AHMAD SHAH, KUANTAN

https://www.facebook.com/majlisdakwahnegara/

https://www.facebook.com/polisasphg/

JUMLAH PENONTON: 530 views
KOD ZOOM MEETING: https://us02web.zoom.us/j/82370386632?pwd=

M3YrYnRUWU41YjlyUlllT1BWTnZVdz09
Meeting ID : 823 7038 6632
Passcode : 060127

AHLI PANEL : 1. Ku Hasnan Bin Ku Halim
Pensyarah Kanan,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

2. Wan Nor Afiza Anis Binti Wan Ar Azizunasatiyon
Pelajar,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang

3. Noranis Izzati Bt Omar
Pelajar,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang

MODERATOR : Hana Adrinna Binti Abd Hakam
Pelajar,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang

22

3. TAJUK : PERANAN SUKAN DALAM MENINGKATKAN PERPADUAN
DAN SAHSIAH BELIA DI MALAYSIA

TARIKH : 14 JUN 2021 (ISNIN)

MASA : 9.00 pagi

PLATFORM : Laman Facebook MAJLIS DAKWAH NEGARA/POLITEKNIK

SULTAN HJ AHMAD SHAH, KUANTAN

https://www.facebook.com/majlisdakwahnegara/

https://www.facebook.com/polisasphg/

JUMLAH PENONTON: 612 views
KOD ZOOM MEETING: https://us02web.zoom.us/j/81161965854?pwd=

eUFHcHByWXZBOThGZHJrQ2pOMjU5Zz09
Meeting ID : 811 6196 5854
Passcode : 415198

AHLI PANEL: 1. Zul Fadhli bin Abd Aziz
Pengarah,
Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan

2. Nurul Nisa Binti Badrul Aisham
Pelajar,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang

3. Nur Zafirah Binti Mohd Zahit
Pelajar,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang

MODERATOR : Sarah Umairah Binti Johan
Pelajar,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang

23

4. TAJUK : KEBUDAYAAN DALAM MENINGKATKAN PERPADUAN
BELIA DI MALAYSIA

TARIKH : 21 JUN 2021 (ISNIN)

MASA : 9.00 pagi

PLATFORM : Laman Facebook MAJLIS DAKWAH NEGARA/POLITEKNIK

SULTAN HJ AHMAD SHAH, KUANTAN

https://www.facebook.com/majlisdakwahnegara/

https://www.facebook.com/polisasphg/

JUMLAH PENONTON: 745 views
KOD ZOOM MEETING: https://us02web.zoom.us/j/81751040631?pwd=

b3JOa3B1TFpYamV5Y3QxcXZXWS9GQT09
Meeting ID : 817 5104 0631
Passcode : 565319

AHLI PANEL: 1. Azizul Bin Mokhtar
Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Nur Dalila Husna binti Dasuki
Pelajar,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang

3. Regina Ratna a/p Ratnam Velloo
Pelajar,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang

MODERATOR : Amalia Batrisyia bint Nazaruddin
Pelajar,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang

24

5. TAJUK : MENDEPANI CABARAN KESIHATAN PSIKOLOGI DAN
SAHSIAH BELIA KETIKA PANDEMIK COVID-19

TARIKH : 25 JUN 2021 (JUMAAT)

MASA : 3.00 petang

PLATFORM : Laman Facebook MAJLIS DAKWAH NEGARA/POLITEKNIK

SULTAN HJ AHMAD SHAH, KUANTAN

https://www.facebook.com/majlisdakwahnegara/

https://www.facebook.com/polisasphg/

JUMLAH PENONTON: 740 views
KOD ZOOM MEETING: https://us02web.zoom.us/j/87265219791?pwd=

TG03V0pzaStLSjJ2V0UxN3ZJM0Y4QT09
Meeting ID : 872 6521 9791
Passcode : 999555

AHLI PANEL : 1. Dr. Siti Nurbaya Shahrir
Pakar Perubatan Kesihatan Awam,
Persatuan Pakar Perubatan Awam Malaysia

2. Nur Aleena Kartinie binti Azlisyam
Pelajar,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang

3. Nur Fatihah bint S.Shamsudin
Pelajar,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang

MODERATOR : Nur Syafiqah binti Jafri
Pelajar,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang

25

4.0 PERANAN CALON DALAM AMALAN BAIK

Pensyarah akan menjadi penasihat dan pegurus dalam aktiviti ini dan
memastikan perjalanan pengajaran transformatif PISH ini berkesan dalam
beberapa perkara iaitu:
i. Memberikan pemahaman kepada setiap ahli kumpulan berkenaan topik

bab yang dibincangkan.
ii. Memantau perjalanan program melalui tajuk yang dibincangkan.
iii. Mengeratkan jalinan ukhwah antara POLISAS dan Majlis Dakwah Negara

(MDN) dengan berkolaborasi bersama dalam menganjurkan program ini.
iv. Melantik panel jemputan pakar bidang untuk bersama dalam perbincangan

topik yang berkaitan.
v. Menghebahkan program melalui media eloktronik bagi penyertaan dan

sasaran peserta sebelum program berlangsung untuk memperluaskan
perlaksanaan PISH.

5.0 IMPAK AMALAN BAIK

Impak amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran kaedah pengajaran
transformatif PISH melalui SIRI WEBINAR SAHSIAH BELIA ini antaranya
ialah:
i. Kaedah yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran PISH

dalam talian ini memberikan impak dalam kos penganjuran dengan
menjimatkan kos penyewaan tempat, makan dan menjimatkan masa.
(Engku siti zaharah, Azlina & Nik Hashim 2013) mendapati bahawa faktor-
faktor seperti faktor ekonomi, demografik, sikap pengguna, penyebaran
maklumat, kesedaran terhadap isu persekitaran dan interaksi sosial
merupakan sebab utama tingkah laku pengguna domestik melakukan
penjimatan tenaga.
ii. Mewujudkan kolaborasi bersama antara POLISAS dan Majlis Dakwa
Negara (MDN) dalam penganjuran program ini.
iii. Memberi peluang penyertaan belia dalam program PISH ini dengan lebih
ramai dan bersasar melalui penyertaan peserta secara langsung di
Facebook rasmi POLISAS dan Facebook rasmi Majlis Dakwah Negara
(MDN).
iv. Menarik minat peserta untuk menyertai program PISH ini dengan rekod
penyertaan yang ramai melalui penyertaan atas talian yang memudahkan
urusan penyertaan peserta.
v. Mewujudkan Belia Islam yang berkeperibadian tinggi bagi menghadapi
cabaran hidup dalam masyarakat kepelbagaian dan krisis pandemik yang
melanda di Malaysia.

26

6.0 LAMPIRAN POSTER HEBAHAN
27

6.0 LAMPIRAN POSTER HEBAHAN
28

6.0 LAMPIRAN POSTER HEBAHAN
29

RUJUKAN
Muhammad Razak Idris, “Majlis Dakwah Negara Dan Fikrah Tajdid Perpaduan

Ummah”, Dewan Tamadun Islam, Bil 08/2021
Jansen, C., & van der Merwe, P. (2015). Teaching Practice in the 21st Century:

Emerging Trends, Challenges and Opportunities. Universal Journal of
Educational Research,3(3), 190–199.
https://doi.org/10.13189/ujer.2015.030304
Elliot, S.N., Kratochwill, T.R., Cook, J.L., & Travers, J.F. 2000. Educational
Psychology. Ed. ke3. McGraw Hill Book Co : Singapore.
Engku siti zaharah, Azlina & Nik Hashim. (2013). Potensi Penjimatan Tenaga
Oleh Isi rumah Di Malaysia.

30

PISH TAHFIZ BERKEMAHIRAN TVET BERSAMA
KOLEJ KOMUNITI KUALA KANGSAR

Ahmad Nashad bin Zakaria1, Kamarul Hazri bin Ghazali2
& Marzuki bin Ahmad3

1 2 3 Kolej Komuniti Kuala Kangsar, Perak

ABSTRAK

Program ini merupakan program yang menggabungkan aspek kemahiran dan
pendidikan agama yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan
utama terhadap amalan industri dalam memberikan kesan positif dan impak
berterusan kepada sasaran selain daripada menyalurkan pembelajaran
kemahiran kepada pusat Tahfiz yang terpilih. Fokus aktiviti adalah
mendedahkan pelajar tahfiz di negara ini dengan kemahiran dan nilai tambah
dalam bidang berasaskan Vokasional. Dalam memperkasa sistem pendidikan
pondok dan tahfiz, kerajaan telah memperkenalkan Program Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat (PISH) yang merupakan antara satu program di bawah unit
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di Kolej Komuniti. Pendekatan yang
ditawarkan oleh Kolej Komuniti Kuala Kangsar adalah proses pembelajaran
dan kaedah pembuatan roti bagi Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH)
bersama pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal- Qiraat Addin 13. Penerokaan
kaedah pembelajaran pemahaman kepada pelajar tahfiz merupakan
pembelajaran kemahiran bagi penambahbaikan proses pembelajaran dan
pengajaran. TVET dalam tahfiz dan ianya merupakan salah satu laluan dan
cabang bagi pelajar tahfiz menambah pengetahuan serta meningkatkan lagi
nilai bagi seorang pelajar tahfiz

Kata kunci: Vokasional, Pendidikan Islam Sepanjang Hayat, TVET, Tahfiz.

31

1.0 PENGENALAN

TVET di Kolej Komuniti Kuala Kangsar bersama Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-
Qiraat Addin 13 telah dilaksanakan mengikut perancangan dalam mencapai
objektif yang telah ditetapkan. Bagi melihat keberkesanan penerimaan
program PISH bersama pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal- Qiraat Addin 13,
satu penulisan diwujudkan dalam melihat keperluan pelajar tahfiz mendalami
pembelajaran TVET pembuatan roti dalam memenuhi pembelajaran para
pelajar.

2.0 RASIONAL

Penulisan ini bertujuan untuk melihat keperluan pelajar tahfiz mendalami
pembelajaran TVET pembuatan roti dalam memenuhi pembelajaran para
pelajar.

i. Mengenalpasti keperluan pelajar tahfiz terhadap pembelajaran
berteraskan pembelajaran teknikal.

ii. Mengenalpasti kesesuaian silibus pembelajaran berteraskan TVET
dengan pembelajaran tahfiz.

iii. Mengenalpasti perlaksanaan teknik penyampaian pembelajaran TVET
seiring dengan tahap penerimaan pelajar.

3.0 PERANAN CALON

Peranan calon dalam PISH tahfiz berkemahiran TVET Bersama Kolej Komuniti
Kuala Kangsar adalah:

i. Menyelaras PISH tahfiz Kolej Komuniti Kuala Kangsar.
ii. Mengajar PISH tahfiz Kolej Komuniti Kuala Kangsar.
iii. Merancang, mengelola, merangka kerjasama dan memudahcara

perjalanan program PISH tahfiz Kolej Komuniti Kuala Kangsar.

32

4.0 IMPAK

Program dibawah PISH pembuatan roti dilihat amat diperlukan oleh pelajar
tahfiz Maahad Tahfiz Al-Quran Wal- Qiraat Addin 13, ini dapat dilihat melalui
penglibatan mereka yang sentiasa bersemangat dan berkeyakinan dalam
mengikuti kesemua jadual yang telah disediakan. Walaupun jurang kaedah
pembelajaran dan tempat yang berbeza, mereka mampu menerima tanpa
sebarang masalah. Menurut Azman Ismail & Nurul Inani Ibrahim (2010), tahap
pertama penilaian keberkesanan program adalah dengan mengukur reaksi
peserta terhadap program iaitu sama ada mereka menyukai program tersebut
atau sebaliknya”.

Selain itu, silibus pembuatan roti yang telah dirangka oleh pihak Kolej Komuniti
Kuala Kangsar mengikut kesesuaian pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-
Qiraat Addin 13 dilihat bersesuaian dengan pembelajaran mereka. Hal ini
boleh dibuktikan dengan hasil produk yang berjaya dihasilkan oleh pelajar
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal- Qiraat Addin 13. Ianya sangat memenuhi
kehendak silibus yang telah disediakan.

Manakala, perlaksanaan teknik penyampaian TVET adalah seiring dengan
tahap penerimaan pelajar tahfiz Maahad Tahfiz Al-Quran Wal- Qiraat Addin 13.
Setiap pelajar tahfiz yang mengikuti program ini mampu menerima dan
mendalami teknik penyampaian tenaga pengajar. ”Menurut Truelove (1995),
latihan adalah ikhtiar atau usaha untuk menambahkan pengetahuan,
kemahiran dan tingkah laku yang diperlukan dalam melaksanakan sesuatu
perkara yang berkaitan dengan kerja . Hasilnya mereka mampu menghasilkan
produk roti yang sempurna dan menepati ciri-ciri roti yang terbaik dan mampu
untuk dipasarkan.

33

LAMPIRAN

Gambar 1: Pelajar menimbang bahan

Gambar 2: Pelajar mengadun bahan
34

LAMPIRAN

Gambar 3: Pelajar membahagikan doh

Gambar 4: Pelajar meletakkan inti dalam doh
35

LAMPIRAN

Gambar 5: Pelajar diajar cara mencanai doh. Tenaga pengajar terdiri
daripada pensyarah dan pelajar Diploma Kolej Komuniti Kuala Kangsar

Gambar 6: Pelajar mencanai doh sendiri
36

LAMPIRAN

Gambar 7: Membentuk doh donut dan bomboloni

Gambar 8: Menyusun dan merehatkan donut
37

LAMPIRAN

Gambar 9: Menggoreng donut dan bomboloni

Gambar 10: Bomboloni yang siap dihias
38

LAMPIRAN

Gambar 11: Peserta bersama hasil
39

RUJUKAN
Azman Ismail & Nurul Inani Ibrahim (2010), Motivasi Latihan Sebagai

Pemboleh Ubah Penghubung Antara Program Latihan Dan
Keberkesanan Latihan. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Malaysia Sarawak.
Pei Ying Kwok (2007). Faktor-faktor yang Menyebabkan Pengangguran di
Kalangan Siswazah IPT di Malaysia.Tesis Doktor Falsafah: Universiti
Utara Malaysia.
Truelove, Steve (1995). The Handbook of Training and Development.:
Blackwell Publishers

40

PEMBELAJARAN PISH: ASAS MEMANAH DI TADIKA ISLAM PERAK
SEKITAR DAERAH KINTA

Mohammad Mursyeed Bin Ramli1, Mohd. Afizan bin Ali2
& Abdul Hardy bin Suparna3

1 2 3 Kolej Komuniti Chenderoh, Perak

ABSTRAK

Aktiviti sukan memanah bukan hanya semata-mata sebuah aktiviti sukan
biasa, sebaliknya memanah merupakan antara sunnah yang dituntut untuk
umat Islam mempelajarinya, selain berenang dan menunggang kuda.
Merujuk kepada kitab-kitab hadis muktabar, maka kita akan menjumpai
banyak hadis Rasulullah yang menyarankan agar umat baginda mempelajari
sukan memanah ini. Sukan memanah ini bukan hanya untuk memburu atau
mempertahankan diri, sukan memanah ini sebenarnya melatih pengamalnya
untuk meningkatkan konsentrasi, fokus, ketenangan, keyakinan, kesabaran,
refleks hinggalah melatih kesabaran dan pengendalian emosi. Maka, Kolej
Komuniti Chenderoh dengan kerjasama Tadika Islam Perak sekitar daerah
Kinta telah melaksanakan beberapa siri kursus asas memanah di Tadika
Islam Perak sekitar daerah Kinta. Kursus ini diadakan bertujuan untuk
melahirkan generasi muda Islam yang sihat dan menyintai sukan memanah
yang merupakan salah satu sunnah baginda Rasulullah s.a.w.

Kata kunci: PISH, memanah, sunnah Rasulullah

41

1.0 PENGENALAN

Daripada Ibn Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda:

‫َع ِّل ُموا أَ ْبنَا َء ُك ُم ال ِّس َبا َحةَ َوال َّر ْم َي‬

Maksudnya: “Ajarlah anak kamu berenang dan memanah”.
Lihat: al-Jami’ al-Saghir (5477)

Berdasarkan hadis di atas berikut, jelas menunjukkan bahawa aktiviti sukan
memanah merupakan antara sunnah yang dituntut untuk umat Islam
mempelajarinya, selain berenang dan menunggang kuda.

Sukan memanah sering kali dianggap sebagai suatu kaedah
mempertahankan diri selain untuk memburu. Namun, sains sukan telah
membuktikan bahawa sukan memanah ini sebenarnya melatih pengamalnya
untuk meningkatkan konsentrasi, fokus, ketenangan, keyakinan, kesabaran,
refleks hinggalah melatih kesabaran dan pengendalian emosi. Sehubungan
itu, satu inisiatif telah diambil untuk melahirkan generasi muda Islam yang
sihat dan menyintai sukan memanah yang merupakan salah satu sunnah
baginda Rasulullah s.a.w.

Sehubungan itu, Kolej Komuniti Chenderoh telah mengambil inisiatif
berkolaborasi dengan beberapa Tadika Islam Perak sekitar Daerah Kinta
untuk menjalankan kursus asas memanah. Kursus ini telah dilaksanakan
tahun 2022. Antara Tadika Islam Perak yang telah menjalani kursus ini ialah:

i. Kursus Asas Memanah Bersama TIP
27 Mei 2022 ( Jumaat)
Tadika Islam Perak Madrasah Taufikiah Ipoh
30 peserta

ii. Kursus Asas Memanah Bersama TIP
14 Jun 2022 ( Selasa)
Tadika Islam Perak Masjid Ghufran Manjoi Ipoh
34 peserta

iii. Kursus Asas Memanah Bersama TIP
21Jun 2022 (Selasa)
Tadika Islam Perak Osmaniah Ipoh
46 peserta

42


Click to View FlipBook Version