The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Eksekutif Amalan Terbaik PISH 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatimah, 2022-11-07 01:15:41

Laporan Eksekutif PISH

Laporan Eksekutif Amalan Terbaik PISH 2022

iv. Kursus Asas Memanah Bersama TIP
23 Jun 2022 (Khamis)
Tadika Islam Perak Masjid Jamek Chemor
90 peserta

v. Kursus Asas Memanah Bersama TIP
24 Jun 2022 ( Jumaat)
Tadika Islam Perak Al-Muttaqin Meru Ipoh
60 peserta

vi. Kursus Asas Memanah Bersama TIP
30 Jun 2022 (Khamis)
Tadika Islam Perak Al-Ehsan Chandan Desa
30 peserta

vii. Kursus Memanah Bersama TIP
14 Julai 2022 ( Khamis)
Tadika Islam Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh
45 peserta

viii. Kursus Memanah Bersama TIP
29 Julai 2022 ( Jumaat)
Tadika Islam Perak Pasir Puteh
30 peserta.

2.0 RASIONAL DAN JUSTIFIKASI AMALAN BAIK

Justifikasi amalan baik program PISH bagi kluster sains kesihatan ini adalah
seperti butiran berikut.:

i. Memupuk minat, semangat kerjasama dalam kalangan murid-murid
Tadika Islam Perak melalui aktiviti sukan memanah.

ii. Mengenali peralatan memanah seperti busur dan aksesori.
iii. Mempelajari cara-cara memanah, keselamatan semasa memanah dan

etika di lapang sasar.
iv. Menetahui teknik penjagaan peralatan memanah dan latihan

memanah.
v. Melahir generasi muda Islam yang seimbang dari segi rohani, jasmani,

emosi dan intelek.

43

3.0 METODOLOGI / KAEDAH PELAKSANAAN
Pembelajaran PISH: asas memanah di Tadika Islam Perak sekitar daerah
Kinta telah dilaksanakan secara bersemuka sepenuhnya. Sebanyak 8 buah
Tadika Islam Perak daerah Kinta telah terlibat bermula dari Mei 2022
sehingga Julai 2022.

Gambar 1 : Poster Kursus Asas Memanah
44

Kursus ini dibimbing oleh Encik Mohd Syafawi bin Ibrahim, Pembantu
Pustakawan Kolej Komuniti Chenderoh yang mempunyai tauliah sebagai
jurulatih memanah tradisional. Turut membantu mengajar asas memanah ini
ialah Encik Mohd Rahimi bin Sulaiman, Pembantu Operasi Kolej Komuniti
Chenderoh.

4.0 PERANAN CALON DALAM AMALAN BAIK

Antara peranan calon dalam amalan baik ini adalah seperti berikut :

i. Pengerusi Kelab Memanah Kolej Komuniti Chenderoh yang membantu
perancangan kursus dan penyediaan peralatan memanah.

ii. Pencetus idea dan penyedia kertas kerja kursus asas memanah.
iii. Mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan Tadika Islam

Perak sekitar daerah Kinta bagi menjayakan kursus ini.
iv. Menjadi penyelaras kursus bagi urusan sebelum, semasa dan selepas

tamat kursus dari aspek dokumentasi dan pelaporan.
v. Membantu jurulatih dalam mengelolakan kursus bagi memastikan

kelancaran dan keselamatan sepanjang kursus berlangsung.

5.0 IMPAK AMALAN BAIK KEPADA PESERTA DAN INSTITUSI

Antara impak pelaksanaan program PISH bagi kluster sains kesihatan kursus
asas memanah ini dapat disimpulkan kepada beberapa perkara berikut :

i. Memenuhi KPI PISH Kolej Komuniti Chenderoh.
ii. Membantu Tadika Islam Perak memenuhi kehendak kurikulum mereka

yang memerlukan pembelajaran sukan memanah, menunggang kuda
dan berenang diajar kepada para pelajar.
iii. Membantu para pelajar mengenali, memahami dan mencintai sukan
memanah yang merupakan sunnah Rasulullah s.a.w.
iv. Mencungkil bakat terpendam dalam kalangan pelajar Tadika Islam Perak
dalam sukan memanah.
v. Membantu untuk melahirkan kumpulan pelaja yang mempunyai
konsentrasi, fokus, ketenangan, keyakinan, kesabaran dan refleks yang
baik dan seimbang.
vi. Mewujudkan ruang dan peluang untuk menjalinkan lebih banyak
kolaborasi antara Kolej Komuniti Chenderoh dan Tadika Islam Perak
dalam pelaksanaan kursus-kursus PISH yang lain.

45

LAMPIRAN

Gambar 1: Sesi penerangan pengenalan kepada alatan
memanah dan langkah-langkah keselamatan Encik Mohd

Syafawi di Tadika Islam Perak Al-Muttaqin Meru Ipoh

Gambar 2: Tunjuk cara meletakkan anak panah pada busur
kepada pelajar Tadika Islam Perak Masjid Jamek Chemor

46

LAMPIRAN

Gambar 3 : En Mohd. Rahimi menunjuk cara asas memanah
kepada pelajar Tadika Islam Perak Al-Ehsan Chandan Desa
47

LAMPIRAN

Gambar 4 : Praktikal asas memanah kepada pelajar Tadika Islam
Perak Masjid Jamek Chemor

Gambar 5 : Jurulatih menunjuk ajar kaedah memanah kepada
pelajar Tadika Islam Osmaniah Ipoh
48

LAMPIRAN

Gambar 6: Peserta kursus dari Tadika Islam Perak Al-Ehsan Chandan Desa

Gambar 7 : Antara peserta kursus dari Tadika Islam
Perak Al-Muttaqin Meru Ipoh
49

LAMPIRAN
Gambar 8: Peserta kursus dari Tadika Islam Perak Osmaniah Ipoh
50

RUJUKAN

AYUB, M. M. (2016, Disember 14). Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Didapatkan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1042-irsyad-al-hadith-
siri-ke-150-memanah-berenang-dan-berkuda

Mohamad, N. I. (2018, November 27). Berita Harian Online. Retrieved from

Berita Harian Online:

https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/11/502448/aktiviti-

memanah-dituntut-sunnah

Syafiq, A. (2017, Oktober 21). Bersama Dakwah. Retrieved from Bersama
Dakwah: https://bersamadakwah.net/inilah-hadits-hadits-tentang-
keutamaan-memanah/

51

KURSUS INFOGRAFIK KREATIF
Nor Azrina Binti Zahari1 & Basuriah Binti Yunus2

1 2 Kolej Komuniti Chenderoh, Perak
ABSTRAK

Infografik merupakan satu kursus yang dijalakan bertujuan untuk memberikan
pendedahan kepada guru-guru Sekolah Agama seluruh Negeri Perak. Ini
merupakan penghasilan amalan baik dalam memberi pendedahan dan
kefahaman kepada seluruh Guru Sekolah Agama dalam meningkatkan
kemahiran penggunaan komputer. Tujuan kursus ini adalah bagi
mempermudahkan proses pengajaran dan pembelajaran secara atas talian.
Memandangkan semasa pasca covid-19 semua pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan secara atas talian. Ini amat membebankan kepada guru-guru
untuk menjalankan kelas atas talian tanpa bersemuka. Oleh yang demikian,
kursus ini amat membantu menyelesaikan masalah guru-guru yang tidak ada
kemahiran asas menggunakan komputer. Semasa di dalam kursus selain
perkongsian ilmu para perserta telah diberikan latihan bagi memperkukuhkan
lagi kefahaman mereka. Penilaian hasil latihan tersebut telah menunjukkan
kemampuan Guru Sekolah Agama menggunakan komputer dan menghasilkan
infografik yang menarik.

Kata kunci: Komputer, infografik, kemahiran

52

1.0 PENGENALAN

Kursus Infografik Kreatif merupakan kursus yang telah ditaja oleh Majlis Agama
Islam Perak dan dikelolakan oleh Jabatan Agama Islam Perak dengan
kerjasama Kolej Komuniti Chenderoh,Perak. Kurus yang dilaksanakan ini
adalah secara bersiri. Kursus ini terbahagi kepada dua jenis kursus iaitu
Kursus Infografik Secara Atas Talian dan Kursus Infografik Kreatif Lanjutan. Siri
pertama adalah secara atas talian manakal siri kedua adalah lanjutan yang
dijalankan secara bersemuka. Kursus Infografik Secara Atas Talian dijalankan
adalah bertujuan memberi pengetahuan asas power point, mengetahui cara-
cara menggunakan setting & tools dalam power point dan dapat menggunakan
powerpoint bagi menghasilkan hebahan info bergambar. Manakala Kursus
Infografik Kreatif Lanjutan adalah memberikan pengetahuan dalam aplikasi
adobe dan canva, mengetahui cara menggunakan setting & tools dalam adobe
dan canva serta menghasilkan hebahan info bergambar. Kedua-dua kursus ini
sangat menarik minat Guru Sekolah Agama dan memberikan sepenuhnya
sepanjang kursus berlangsung. Peserta yang terlibat di dalam kursus infografik
ialah 250 orang Guru Sekolah Agama Seluruh Negeri Perak yang terdiri
daripada Sekolah Menengah Agama Rakyat, Sekolah Tahfiz, Sekolah Rendah
Agama Rakyat, Tadika Islam Perak dan Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA)
dan peserta bagi kursus infografik lanjutan peserta adalah dikalangan 30 guru
dan staf Jabatan Agama.

2.0 RASIONAL / JUSTIFIKASI AMALAN BAIK

Justifikasi dalam melaksanakan amalan baik ini amat memberi kesan yang
sangat positif kepada semua guru-guru Sekolah Agama seluruh Negeri Perak
kerana dengan terhasilnya kursus ini guru-guru dapat melaksanakan kelas
dengan penuh keyakinan. Ini adalah rentetan daripada pendamik Covid-19
yang melanda seluruh dunia yang memaksa kita untuk tidak bertemu secara
bersemuka. Dengan terhasil kursus Infografik ini dapat menarik minat para
pelajar di dalam kelas yang dibuat secara atas talian. Secara tidak langsung
guru-guru Sekolah Agama dapat membuat penambahbaikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mereka dan memenuhi keperluan dan kehendak
para pelajar khususnya.

53

3.0 METODOLOGI / KAEDAH PELAKSANAAN

Dalam kaedah pelaksanaan Kursus Infografik ini terdapat dua kaedah telah
dilakukan iaitu secara atas talian dan pertemuan secara fizikal. Dalam siri
pertama Kursus Infografik ini menekankan pembelajaran menggunakan
aplikasi microsoft power point di mana guru-guru telah didedahkan dari
pengetahuan asas sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi Kursus
Infografik lanjutan para guru dan juga staf jabatan Agama telah diberi
perkongsian berkaitan aplikasi adobe dan canva yang sangat penting dan
popular pada masa kini dalam menghasilkan info bergambar. Kedua-dua
kursus ini dilaksanakan secara berkumpulan dan bersiri bagi penyampaian dan
perkongsian yang lebih mantap.

4.0 PERANAN CALON DALAM AMALAN BAIK

Hasil daripada pemerhatian dan penilaian sepanjang kursus berlangsung
proses pengajaran dan pembelajaran sebelum ini, kebanyakkan guru-guru
Sekolah Agama dan staf Jabatan Agama kurang memvisualisasikan proses
pangajaran dan pembelajaran serta perkongsian maklumat dalam bentuk info
bergambar. Dengan berlangsungnya kursus seperti ini ia sangat membantu
dalam semua aspek secara langsung dan tidak langsung. Peranan calon
sebagai penyampaian amalan baik ini memberi impak yang sangat besar pada
seluruh warga pendidik dan staf di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Perak.

5.0 IMPAK AMALAN BAIK

Sepanjang Kursus Infografik Secara Atas Talian mahupun Kursus Infografik
lanjutan memberi impak dan keberkesanan yang sangat positif serta
memberansangkan di mana apabila latihan dan penilaian diberi, hasil kreativiti
yang telah dibuat amat lah baik. Oleh yang demikian amalan baik ini boleh
digunakan dan dikongsikan pada orang lain untuk kegunaan dan keperluan
pada musim pendamik terutamanya. Juga kemahiran ini boleh digunakan
seumur hidup.

54

LAMPIRAN

Gambarajah 1: Bilangan peserta bagi Kursus Infografik Secara Atas Talian
Gambarajah 2: Pelaksanaan Kursus Infografik secara bersiri
55

LAMPIRAN

Gambarajah 3: Penyertaan peserta secara atas talian
56

LAMPIRAN

Gambarajah 4: Hasil Karya Peserta Siri 1
57

LAMPIRAN

Gambarajah 5: Hasil Karya Peserta Siri 2
58

LAMPIRAN

Gambarajah 6: Hasil Karya Peserta Siri 3
59

LAMPIRAN

Gambarajah 7: Hasil Karya Peserta Infografik Lanjutan
60

LAMPIRAN

Gambarajah 8 : Hasil Karya Peserta Infografik Lanjutan
61

LAMPIRAN

Gambarajah 9 : Hasil Karya Peserta Infografik Lanjutan
62

RUJUKAN
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan, Diges Ilmiah Kolej Komuniti

Chenderoh. 2020. Vol 1/2020: Retrieved from
https://kkchenderoh,mypolycc.edu.my/images/penerbitan/DIGES

63

PISH Bermodul

PISH BERMODUL: KLUSTER PEMBANGUNAN DIRI

Mohd Rashidi Bin Omar1
1 Kolej Komuniti Chenderoh, Perak

ABSTRAK

Kursus dan latihan di bawah kluster pembangunan diri dan motivasi antara
yang mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan warga dalam
kalangan warga pendidik dan pelajar di institusi pengajian tinggi dan sekolah.
Antara kursus yang mendapat permintaan tinggi adalah kursus pengucapan
awam, kursus pembelajaran abad ke 21 dan inovasi dalam pendidikan, kursus
pendidikan efektif, seni mendidik, kursus pengurusan emosi, kursus kerja
berpasukan dan sebagainya.
Sehubungan itu, beberapa modul berkaitan kluster pembangunan diri telah
disusun sebagai bahan rujukan dan panduan dalam kursus pembelajaran
sepanjang hayat dan pendidikan Islam sepanjang hayat yang dijalankan. Buku
Seni Pengucapan Awam, Transformasi Pendidikan Islam Abad ke 21 dan
Muhammad : Landasan Sunnah Melenturi Jiwa telah diterbitkan dan
digunapakai dalam beberapa siri kursus, seminar dan webinar yang dianjurkan
oleh Kolej Komuniti Chenderoh. Justeru itu, dengan adanya bahan modul
seumpama ini ianya dapat memberi impak yang positif kepada peningkatan
penyertaan kursus dan seminar, di samping menjadi sumber rujukan dan
panduan kepada pelaksanaan kursus dan seminar yang bermodul dan
tersusun.

Kata kunci: PISH, Kursus dan Latihan, Modul Kluster, Pembangunan Diri,
Motivasi

64

1.0 PENGENALAN
Pembangunan diri adalah salah satu kluster daripada 21 kluster dalam kursus
pembelajaran sepanjang hayat dan pendidikan Islam sepanjang hayat. Kursus
-kursus di bawah kluster pembangunan diri mendapat sambutan yang
menggalakkan dalam kalangan warga pendidik dan pelajar di institusi
pengajian tinggi dan sekolah. Kursus seperti Pengucapan Awam, Pengacaraan
Majlis, Kursus Kerja Berpasukan, Kursus Pendidikan Efektif dan Efisien,
Kursus Pembelajaran Abad ke 21 dan Inovasi dalam Pendidikan, Kursus
Pengurusan Emosi di Tempat Kerja dan lain-lain kursus.
Sehubungan itu, beberapa modul telah disusun dan diterbitkan bagi kegunaan
kursus-kursus dalam kluster pembangunan diri. Buku Transformasi Pendidikan
Islam Abad ke 21, Seni Pengucapan Awam dan Muhammad: Landasan Sunnah
Melenturi Jiwa telah diterbitkan dan digunakan dalam kursus PISH dan PSH.
Buku-buku tersebut telah ditulis oleh Mohd Rashidi Omar, Ketua Unit
Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Chenderoh, Sazeli bin Ghazali,
mantan Pegawai Penerangan Kolej Komuniti Chenderoh dan Afiqah binti
Ahmad Damahuri, Guru Besar Tadika Islam Perak.

Gambar 1: Sesi penyampaian cenderahati kepada Ketua Pengarah Jabatan
Politeknik dan Kolej Komuniti tiga buah buku yang digunakan
dalam program PISH

65

Gambar 2: Buku Transformasi Pendidikan Islam Abad ke 21

Buku Transformasi Pendidikan Islam Abad ke 21, No ISBN 978-967-2441-
15-1 menyajikan tiga bab yang penting iaitu pengenalan pembelajaran abad ke
21 (PAK21), 100 aktiviti Pendidikan Islam dan inovasi Pendidikan Islam. Buku
ini telah disemak oleh pakar pendidikan iaitu Prof Dato’ Dr Ab Halim Tamuri,
Professor Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Prof Azmil
Hashim, Professor di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Buku ini disusun secara santai, ringkas, padat dengan setiap halaman
berwarna-warni mengandungi 108 strategi Pembelajaran Abad ke 21
(PAK21), 100 contoh aktiviti dan enam inovasi pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai digunakan pelbagai subjek. Buku modul ini telah digunakan dalam
Seminar dan Kursus Pembelajaran Abad ke 21 dan Inovasi dalam Pengajaran
dan Pembelajaran kepada guru-guru yang mengajar pelbagai matapelajaran di
sekolah rendah, menengah agama dan sekolah tahfiz di negeri Perak.

66

Gambar 3: Buku Muhammad : Landasan Sunnah Melenturi Jiwa

Buku Muhammad: Landasan Sunnah Melenturi Jiwa, No ISBN 978-967-
2441-13-7 telah disemak dan mengandungi kata pengantar Dr Wan Mazwati
binti Wan Yusoff, Pensyarah Kanan Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia dan Yang Berhormat Tuan Khalil Yahaya, Timbalan Speaker
Undangan Negeri Perak.

Buku ini mengandungi topik berkaitan konsep pendidikan 5 M (Muallim,
Mudarris, Muaddib, Mursyid dan Murabbi), riwayat hidup rasulullah, rasulullah
pendidik agung dan 50 tip mendidik berasaskan konsep 5 M.

Modul ini digunakan dalam Kursus Pendidikan Efektif dan Efisien dan Kursus
Pengurusan Emosi di Tempat Kerja kepada kepada guru-guru yang mengajar
pelbagai matapelajaran di sekolah rendah, menengah agama dan sekolah
tahfiz di negeri Perak.

67

Gambar 4 : Buku Seni Pengucapan Awam

Buku Seni Pengucapan Awam dan Pengacaraan Majlis, No ISBN 978-967-
2441-13-7 disusun oleh Mohd Rashidi Omar bersama Sazeli bin Ghazali. Buku
ini dijadikan modul bagi kursus - kursus pengucapan awam kepada peserta
kursus. Ianya mengandungi topik berkaitan konsep pengucapan awam, jenis
pengucapan, adab-adab berucap, pengucapan yang berkesan, pengucapan
awam analisis khalayak, tip mengatasi gementar dan gemuruh, kaedah
menyediakan bahan dan rangka ceramah, pengacaraan majlis, penyediaan
skrip dan contoh skrip pengacaraan majlis.

68

2.0 RASIONAL DAN JUSTIFIKASI AMALAN BAIK

Justifikasi penghasilan buku modul ini menitikberatkan soal keaslian,
kemudahan dan garis panduan kepada penggunanya sama ada guru atau
pelajar di sekolah agama dan tahfiz negeri Perak seperti butiran berikut:

i. Memberi panduan dan rujukan kepada guru pelbagai bidang
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan 108 strategi
pembelajaran abad ke 21 dan 100 contoh aktiviti berpusatkan pelajar.

ii. Menggalakkan dan memberi motivasi kepada pendidik menghasilkan
inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran

iii. Menarik minat, mengasah minda kreatif dan mewujudkan keseronokan
dalam kalangan pelajar, melalui pendekatan belajar secara santai, soal
jawab, fakta menarik yang ringkas dan padat serta aktiviti yang kreatif
dan menyeronokkan.

iv. Mendedahkan kepada guru dan pekerja mengenai 50 tip mendidik yang
berkesan dan efektif berasaskan konsep 5 M.

v. Melatih peserta berkaitan teknik pengucapan awam dan pengacaraan
majlis yang berkesan berpandukan buku modul yang ringkas dan padat.

3.0 METODOLOGI / KAEDAH PELAKSANAAN

Penggunaan modul bagi kluster pembangunan diri dalam program PISH
dilaksanakan seperti berikut:

i. Buku Transformasi Pendidikan Islam Abad ke 21 sebagai modul,
panduan dan rujukan utama dalam kursus atau seminar pembelajaran
abad ke 21 dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Latihan ini
telah dilaksanakan sama ada secara bersemuka atau dilaksanakan
dalam talian melibatkan hampir 200 orang peserta. Peserta kursus akan
didedahkan tentang pembelajaran abad ke 21, 108 strategi PAK 21, 100
contoh aktiviti PAK 21, enam inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Latihan dalam kumpulan dilaksanakan kepada peserta
menghasilkan cadangan aktiviti PAK 21 dan inovasi dalam pengajaran
dan pembelajaran mengikut mata pelajaran yang diajar di sekolah.

69

ii. Kursus Pendidikan Efektif dan Efisien, Pengurusan Emosi dan Seni
Mendidik Generasi Z telah dilaksanakan dengan menggunakan buku
modul Muhammad: Landasan Sunnah Melenturi Jiwa kepada lebih 300
orang peserta. Perkongsian tersebut mendedahkan konsep 5M dan 50
tip mendidik yang efektif berpandukan sunnah. Dalam sesi latihan ini,
peserta akan menganalisis beberapa teknik yang digunakan Nabi seperti
teknik pujian, menegur dengan menerangkan, menyelesaikan masalah,
sentuhan, didik hibur dan sebagainya guna untuk diamalkan dalam
kehidupan seharian.

iii. Kursus Pengucapan Awam dan Pengacaraan Majlis pula menggunakan
modul “Seni Pengucapan Awam” yang mengandungi konsep
pengucapan awam, jenis pengucapan, adab-adab berucap, pengucapan
yang berkesan, pengucapan awam analisis khalayak, tip mengatasi
gementar dan gemuruh, kaedah menyediakan bahan dan rangka
ceramah, pengacaraan majlis, penyediaan skrip dan contoh skrip
pengacaraan majlis. Peserta kursus akan melaksanakan amali
pengucapan awam dan pengacara majlis semasa kursus dijalankan.

iv. Modul ini telah diterbit dan dicetak melalui dua syarikat penerbitan iaitu
Transformasi Pendidikan Islam Abad ke 21 dan Muhammad: Landasan
Sunnah Melenturi Jiwa diterbitkan oleh syarikat Rimbunan Islamik Media
Sendirian Berhad. Buku berjudul Muhammad :Landasan Sunnah
Melenturi Jiwa diterbit oleh Syihabuddin Press. Ketiga-tiga buah buku
ini telah disebarluaskan kepada masyarakat.

v. Modul ini amat sesuai digunakan kepada semua pendidik dan pelajar
sebagai nota dan bahan rujukan.

4.0 PERANAN CALON DALAM AMALAN BAIK

Antara peranan calon dalam amalan baik ini adalah seperti berikut:

i. Penulis dan penyusun bagi ketiga-tiga buah buku bersama penulis yang
lain.

ii. Penceramah dan tenaga pengajar yang menggunakan buku modul ini
semasa mengendalikan kursus, seminar dan webinar dalam talian bagi
program pendidikan Islam dan pembelajaran sepanjang hayat di kolej
komuniti.

iii. Menyebarluaskan penggunaan modul melalui promosi di media sosial
dan perkongsian ilmu kepada warga pendidik dan pelajar di pelbagai
institusi.

iv. Berkongsi ilmu dan dapatan kepada pendidik dan pel dalam webinar
dan seminar yang telah dijalankan.

70

5.0 IMPAK AMALAN BAIK KEPADA PESERTA DAN INSTITUSI

Antara impak amalan baik melalui penghasilan buku bagi kluster pembangunan
diri dan motivasi adalah seperti berikut:

i. Menerima jemputan daripada pelbagai institusi pendidikan terutama
sekolah agama dan sekolah tahfiz di negeri Perak bagi sekaligus dapat
meningkat pencapaian dalam petunjuk prestasi bagi program
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH).

ii. Membentangkan berkaitan buku Transformasi Pendidikan Islam Abad ke
21, Eksplorasi Konsep Asas Islam dan Muhammad : Landasan Sunnah
Melenturi Jiwa dalam Sesi Bersama Penulis di Pesta Buku Antarabangsa
Kuala Lumpur 2022.

iii. Membantu para pendidik menyediakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang lebih bersesuaian, bervariasi dan efektif selaras
dengan PAK 21 di samping menimbulkan rasa seronok dan
meningkatkan minat para pelajar terhadap subjek yang dipelajari.

iv. Meningkatkan motivasi para pendidik menghasilkan inovasi dalam
pengajaran dan pembelajaran.

v. Modul-modul ini sesuai digunakan dipelbagai peringkat sama ada di
sekolah menengah, institusi pengajian tinggi, universiti, jabatan kerajaan
dan agensi.

Berdasarkan pemerhatian terhadap pelajar dan dapatan soal selidik daripada
perkongsian ilmu melalui kursus, webinar dan seminar pembelajaran PAK 21 &
Inovasi Pendidikan Islam kepada guru-guru di sekolah agama di negeri Perak
mereka sangat berpuas hati, seronok dan berharap pengisian dan modul
seumpama ini disebarluaskan dan dimanfaatkan oleh guru dan para pelajar.

71

LAMPIRAN
Tajuk Seminar 1:
Seminar dan Kursus Pembelajaran Abad Ke 21 dan Inovasi dalam Pengajaran
dan Pembelajaran menggunakan buku modul Transformasi Pendidikan Islam
Abad ke 21.

Gambar 5: Mengendalikan Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan :
Pembelajaran Abad ke 21 dan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

kepada guru dan kakitangan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan
Daerah Manjung, Pulau Pangkor
72

LAMPIRAN
Tajuk Seminar 2:
Seminar dan Kursus Pembelajaran Abad Ke 21 dan Inovasi dalam Pengajaran
dan Pembelajaran menggunakan buku modul Transformasi Pendidikan Islam
Abad ke 21.

Gambar 6: Mengendalikan Seminar Pembelajaran Abad ke 21 dan Inovasi
dalam Pendidikan kepada guru sekolah agama negeri Perak di Hotel
Travelodge Ipoh
73

LAMPIRAN
Tajuk Perkongsian Pintar :

Inovasi, Kreativiti dan Harta Intelek dalam Pendidikan
Anjuran : Universiti Kebangsaaan Malaysia

Gambar 7: Perkongsian Pintar berkaitan Inovasi Pendidikan anjuran
Universiti Kebangsaan Malaysia
74

LAMPIRAN
Tajuk Perkongsian Pintar :

Inovasi, Kreativiti dan Harta Intelek dalam Pendidikan
Anjuran : Universiti Kebangsaaan Malaysia

Gambar 8: Perkongsian ilmu dalam webinar berkaitan Pendidikan Efektif,
Pembelajaran Abad ke 21 dan Inovasi dalam Pendidikan Islam kepada
hampir 160 guru sekolah agama Negeri Perak anjuran Bahagian Pendidikan,

Jabatan Agama Islam Perak
75

LAMPIRAN
Kursus Pendidikan Efektif dan Pengurusan Emosi menggunakan
buku modul Muhammad: Landasan Sunnah Melenturi

Gambar 9: Kursus Pendidikan Efektif dan Inovatif kepada guru Maahad
Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat 7, Tambun
76

LAMPIRAN

Gambar 10: Mengendalikan Kursus Pendidikan Efektif dan Efisien kepada
guru-guru sekolah agama negeri Perak di Hotel Seri Malaysia, Ipoh
77

LAMPIRAN

Gambar 11: Mengendalikan Kursus Pengurusan Emosi di Tempat Kerja
kepada guru dan kakitangan Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah Taiping Perak
78

LAMPIRAN

Gambar 12: Menyampaikan ceramah “Seni Mendidik Generasi Z” kepada
warga Kolej Komuniti Negeri Perak anjuran Unit Psikologi dan Kerjaya
Kolej Komuniti Negeri Perak
79

LAMPIRAN
Sesi Bedah Buku Transformasi Pendidikan Islam Abad ke 21,

Eksplorasi Konsep Asas Islam dan Muhammad : Landasan Sunnah
Melenturi Jiwa Bersama Penulis di Pesta Buku
Antarabangsa Kuala Lumpur 2022.

Gambar 13: Sesi bersama penulis buku di Pesta Buku Antarabangsa
Kuala Lumpur 2022 pada 7 dan 8 Jun 2022
80

LAMPIRAN
Kursus Pengucapan Awam menggunakan buku
Seni Pengucapan Awam

Gambar 13 : Mengendalikan Kursus Pengucapan Awam kepada 60 orang
pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat 7, Tambun
81

LAMPIRAN

Gambar 14 : Mengendalikan Kursus Pengucapan Awam kepada 70 orang
pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat 10, Ipoh
secara talian ketika pandemik
82

RUJUKAN
Omar, M. R., & Ahmad Damahuri, A. (2021). Muhammad : Landasan Sunnah

Melenturi Jiwa. Kuala Lumpur: Rimbunan Islamik Media.
Omar, M. R. (2022). Transformasi Pendidikan Islam Abad ke 21. Kuala Lumpur

: Rimbunan Islamik Media.
Ghazali, S., & Omar, M. R. (2021). Seni Pengucapan Awam dan Pengacaraan

Majlis. Selangor: Syihabuddin Press.

83

Kolaborasi PISH

KOLABORASI PROGRAM KEUSAHAWANAN TERNAKAN IKAN AIR
TAWAR ANTARA KOLEJ KOMUNITI LIPIS DAN TAHFIZ AL-QURAN WA

AL-TARBIYAH AL-DINIYAH, RELONG, KUALA LIPIS:
SATU TINJAUAN AWAL

Shah Rulbani Binti Zakaria1 & Anuar Bin Ralib2
1 2 Kolej Komuniti Lipis, Pahang

ABSTRAK

Ikan air tawar bukan sekadar menjadi sumber makanan kepada rakyat
Malaysia bahkan turut menjadi sumber ekonomi kepada para pengusaha
ternakan tersebut. Sehubungan dengan itu Unit Pembelajaran Islam
Sepanjang Hayat (PISH) mengambil inisiatif dengan mengadakan program
keusahawanan ternakan ikan air tawar dengan Tahfiz Al-Quran Wa Al-Tarbiyah
Al-Diniyah, Relong, Kuala Lipis sebagai satu langkah yang proaktif dalam
menyokong hasrat kerajaan menjayakan kempen makan ikan air tawar di
Malaysia. Program ini merupakan program di bawah peruntukn Kumpulan
Wang Amanah Covid-19 (KWC) bagi Perkara 3 : Latihan kemahiran kepada
pelajar di institusi tahfiz dan sekolah pondok fasa 1 TVET. Rasional program
adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tahfiz mengenai ilmu
keusahawanan ternakan ikan air tawar. Kaedah pelaksanaan program ini ialah
bermula dengan lawatan tapak penyediaan ternakan ikan air tawar oleh pihak
Kolej Komuniti Lipis, setelah lawatan tapak maka pengubahsuaian kolam dan
pemasangan sangkar ikan dilaksanakan, diikuti dengan mengadakan kursus
keusahawanan ternakan ikan air tawar kepada pihak tahfiz dan akhir sekali
dengan pelepasan anak ikan air tawar ke dalam kolam. Impak pelaksanaan
program ini ialah memberi pendedahan kepada pelajar tahfiz mengenai TVET,
memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dalam bidang
keusahawanan ternak ikan air tawar, melatih pelajar dalam bidang
keusahawanan atau perniagaan dan memupuk hubungan baik antara Kolej
Komuniti Lipis dan pihak tahfiz. Hasil tinjauan awal didapati bahawa prpgram
ini berjaya memberi pendedahan, ilmu pengetahuan dan kemahiran secara
langsung kepada pihak tahfiz mengenai keusahawanan ternakan ikan air
tawar. Cadangan penambahbaikan ialah perlu diadakan pemantauan secara
berskala oleh pihak Kolej komuniti Lipis dan juga dipelbagaikan lagi jenis-jenis
ikan air tawar yang bukan sekadar hanya ikan patin, tilapia dan lapam jawa
sahaja. Semoga projek ini mendatangkan manfaat kepada para pelajar tahfiz
dan boleh menjadi panduan untuk mereka menceburi bidang keusahawanan
ternakan ikan air tawar kelak.

Kata kunci: Kolaborasi, Ikan Air Tawar, Kolej Komuniti Lipis, Tahfiz

84

1.0 PENGENALAN

Malaysia dikenali sebagai negara yang mempunyai banyak spesis ikan air
tawar yang bukan sekadar menjadi sumbar makanan bahkan turut menjadi
sumber ekonomi dan pendapatan kepada para pengusaha ternakan tersebut.
Bahkan kerajaan Malaysia juga secara kosisten telah melaksanakan kempen
makan ikan air tawar sekian lama sehingga kini sebagai langkah yang proaktif
untuk menggalakkan rakyat memakan makanan yang tinggi dengan protein
dengan harga yang berpatutan.

Sehubungan dengan itu Unit Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH)
mengambil inisiatif dengan mengadakan program keusahawanan ternakan
ikan air tawar dengan Tahfiz Al-Quran Wa Al-Tarbiyah Al-Diniyah, Relong,
Kuala Lipis sebagai satu langkah yang proaktif menyokong hasrat kerajaan
dalam menjalankan kempen makan ikan air tawar di Malaysia.

Pelajar akan mendapat pendedahkan secara terus dengan melaksanakan
amali ternakan ikan air tawar di lapangan serta perkongsian pengalaman yang
disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman dalam bidang tersebut.
Sepanjang kursus berlangsung, semua pelajar akan diberi pendedahan dan
dijalankan secara hands-on untuk memastikan pelajar mahir dari segi teknikal
dalam melaksanakan program tersebut. Selain itu, para pelajar juga diberi
pendedahan mengenai ilmu keusahawanan sehingga ke pemasaran hasil
program yang dilaksanakan.

1.1 Keusahawanan dalam Islam

Keusahawanan adalah pemangkin ekonomi negara dan juga merupakan satu
nikmat yang perlu disyukuri selain dari nikmat keamanan yang diperoleh oleh
negara umat Islam (Ismail Maidin et.al 2021). Bidang keusahawanan bukan
sahaja sentiasa menjadi perhatian umat Islam bahkan bidang ini juga adalah
fleksibel dan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Bagi umat Islam,
keusahawanan telah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan
tamadun Islam sejak dari zaman Rasulullah lagi bahkan Rasulullah s.a.w
sendiri menceburi bidang ini, begitu juga dengan para sahabat dan tabi’in (Ab.
Mumin dan Suhaili 2005; Wan Hilmi Wan Abdullah 2017).

85

Kebanyakkan para Nabi-nabi yang diutuskan Allah juga terdiri daripada
usahawan yang mengusahakan pelbagai bidang seperti pertanian, penternakan
pertukangan dan perniagaan. Hal ini menunjukkan bahawa budaya
keusahawanan Islam telah bertapak sejak zaman dahulu lagi. Maka hal ini
boleh dijadikan teladan untuk kita sebagai Muslim untuk menteladani dan
mencontohi sikap dan cara mereka berniaga bagi meningkatkan prestasi
keusahawanan (Nai’mah & Sheerad 2020).

Keusahawanan juga adalah dianggap sebagai satu ibadah melalui aktiviti
ekonomi dalam berbagai-bagai sektor kerana ia mampu memberi manfaat
kepada manusia agar dapat meningkatkan taraf kehidupan dan keperluan
kehidupan. Keusahawanan dalam Islam bukan sekadar mengambil kira faktor
pendapatan dan keuntungan, bahkan turut menekankan aspek sumbangan dan
kebajikan terhadap keperluan dan kemaslahatan ummah. Selain itu,
keusahawanan juga adalah satu medan untuk berdakwah yang mana agama
Islam tersebar ke pelusuk dunia oleh pendakwah pada masa yang sama
mereka juga adalah usahawan yang berjaya (Nurkhalisah Aliah dan Hasanah
2021).

Islam selaku agama yang sempurna sejak sekian lama menggalakkan
umatnya agar menceburi bidang keusahawanan ini. Walaupun Islam
mengiktiraf bekerja di bawah orang lain merupakan pekerjaan yang baik namun
bekerja sendiri tetap merupakan pilihan terbaik. Ini dibuktikan dengan sabda
Rasul yang bermaksud: Daripada Rafi’ bin Hadij bahawa Rasulullah ditanya
mengenai apakah pekerjaan yang paling baik. Rasulullah menjawab

“kerja seseorang dengan tanganya sendiri dan perniagaan
yang diberkati”

Daripada maksud hadis ini, jelaslah bahawa Islam amat menggalakkan
umatnya bekerja sendiri termasuk dalam menceburi bidang keusahawanan. Ini
kerana keusahawanan bukan sahaja dapat menjana pendapatan untuk peribadi
serta menghalang seseorang daripada meminta-minta, bahkan ia turut dapat
membuka dan memberi peluang pekerjaan kepada orang lain (Ab. Mumin Ab
Ghani dan Suhaili Sari 2005).

Golongan usahawan bukan sekadar mulia malah dijanjikan dengan balasan
yang baik di akhirat sekiranya mereka benar-benar memenuhi tuntutan agama.
Ini dijelaskan dalam sebuah hadis berikut, Abi Sa’id menceritakan bahawa
Rasulullah s.a.w berkata:

86

“Seorang peniaga yang jujur dan amanah akan bersama nabi-nabi,
para siddiqin dan para syuhada’ ”

Kedudukan yang begitu istimewa dijanjikan oleh Allah melalui Rasul-Nya
kepada golongan usahawan dengan syarat mereka benar-benar jujur dan
ikhlas serta tidak mengejar keuntungan semata-mata. Di samping itu mereka
haruslah benar-benar memahami dan menghayati konsep perniagaan yang
telah ditetapkan dalam Islam (Ab. Mumin Ab Ghani dan Suhaili Sari 2005).

1.2 Ikan Air Tawar

Malaysia dikenali sebagai salah satu negara memiliki kepelbagaian ekosistem
dan habitat yang sesuai untuk pelbagai hidupan termasuk fauna ikan. Di
Malaysia, terdapat pelbagai habitat ikan air tawar di sungai, tasik, paya, kolam,
bekas lombong, paya gambut, sawah padi dan terusan pengairan. Dianggarkan
terdapat 413 spesies ikan air tawar yang tinggal dalam kebanyakan ekosistem
sungai Malaysia. Ikan air tawar merupakan ikan yang tinggal di kawasan air
yang mempunyai kepekatan garam yang rendah seperti kolam, tasik, sungai
dan kawasan persawahan (Razalee Nor Farhana 2014).

Oleh kerana sektor perikanan merupakan salah satu instrumen yang
menyumbang kepada pengembangan dalam sektor pertanian. Maka bidang
akuakultur atau juga dikenali sebagai pertanian ikan, kerang dan tumbuhan
akuatik adalah antara sektor ekonomi dunia yang paling pesat berkembang.
Pengeluaran makanan yang berasaskan ikan di seluruh dunia melalui sektor
akuakultur adalah sebanyak 73.8 juta tan pada tahun 2014, jumlah
pengeluaran akuakultur global, termasuk tumbuh-tumbuhan akuatik ternakan
adalah 101.1 juta tan yang bernilai AS $165.8 bilion ( Farah Diyana et al. 2019).

Ikan merupakan sumber protein utama selain ternakan lembu dan ayam, maka
pelbagai kempen dan galakkan telah dijalankan oleh kerajaan untuk
menggalakkan pengambilan ikan air tawar sebagai makanan harian bermula
pada kali pertama pada 1981 dan kali kedua pada 1990 melalui Kementerian
Pertanian manakala pada tahun 2010 pula, Jabatan Perikanan Malaysia
menjadikan ikan air tawar sebagai menu wajib ke atas semua tender baru
kantin atau kafe di setiap sekolah, jabatan, institusi, dan agensi milik kerajaan
sekurang-kurangnya dua kali seminggu. (Razalee Nor Farhana 2014).

87

Kini, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menggalakkan
setiap Jabatan Perikanan Negeri mengadakan “Kempen Makan Ikan Air
Tawar” di negeri masing-masing akan dapat menarik lebih ramai pengguna
mengenali dan mencuba ikan air tawar selain keli, tilapia, patin yang sinonim
dengan pengguna tempatan (sabahmedia.com 2022). Selain itu, Kempen 'Jom
Makan Ikan Air Tawar' bantu jana pendapatan pengusaha produk asas tani
dalam meningkatkan ekonomi mereka (berita.rtm.gov.my 2022).

Hukum memakan ikan air tawar pula, Jabatan mufti Wilayah Persekutuan
(2018) menjelaskan bahawa mengikut mazhab Al-Imam Syafie Rahimahullah,
setiap haiwan yang hidup di dalam air halal dimakan, sebagaimana firman
Allah S.W.T:

Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut (air), dan
makanannya.”

(Surah Al-Maidah: 96)

Berkenaan ayat di atas Imam Baghawi Rahimahullah menyebut di dalam
tafsirnya bahawa kehidupan air terbahagi kepada dua bahagian:

Ikan: Kesemua jenis ikan adalah halal untuk dimakan walaupun berbeza dari
segi jenis dan rupa bentuk sepertimana sabda Nabi S.A.W

Maksudnya: “Dihalalkan ke atas kita dua jenis bangkai dan dua jenis
darah: Dua jenis bangkai: iaitu ikan dan belalang, dan dua jenis darah:
iaitu hati dan limpa”

(Diriwayatkan oleh: Imam Ahmad 5690 / Ibnu Majah 3314)

1.3 Kolaborasi Program Keusahawanan Ternakan Ikan Air Tawar
Antara Kolej Komuniti Lipis Dengan Tahfiz Al-Qura Wa Al-Tarbiyah Al-
Diniyah, Relong, Kuala Lipis

Sehubungan dengan itu, Kolej Komuniti Lipis mengadakan kolaborasi Program
Keusahawanan Ternakan Ikan Air Tawar bersama Mahaad Tahfiz Al-Quran wa
Al-Tarbiyah Al-Diniyah, Relong, Kuala Lipis, Pahang sebagai satu usaha yang
murni untuk mendedahkan kepada para pelajar tahfiz mengenai ilmu
keusahawanan ternakan ikan air tawar.

88

Program ini merupakan program di bawah peruntukn Kumpulan Wang Amanah
Covid-19 (KWC) bagi Perkara 3 : Latihan kemahiran kepada pelajar di institusi
tahfiz dan sekolah pondok fasa 1 TVET. Penganjuran program adalah bersama
antara Kolej Komuniti Lipis dan Mahaad Tahfiz yang melibatkan pelajar-pelajar
tahfiz tersebut.

Objektif Program Keusahawanan Ternakan Ikan Air Tawar Oleh Kolej Komuniti
Lipis Bersama Maahad Tahfiz Tempoyang ialah melalui kursus ini, pelajar-
pelajar diharap dapat:

i. Pengetahuan mengenai projek ternak ikan air tawar
ii. Memberi bimbingan dan latihan kepada pelajar untuk mengurus projek
iii. Melatih usahawan yang berjaya dan berdaya saing

Program ini melibatkan pihak Kolej Komuniti Lipis iaitu Pegawai Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH/PISH) dan para pensyarah Kolej Komuniti Lipis.
Manakala pihak tahfiz ialah pengurusan Tahfiz Al-Quran Wa Al-Tarbiyah Al-
Diniyah dan juga pelajar-pelajar yang terpilih

2.0 RASIONAL / JUSTIFIKASI

Selain hafazan al-Quran dan ilmu-ilmu agama yang lain, pelajar tahfiz juga
seharusnya diberi pendedahan megenai ilmu-ilmu kemahiran yang mana bukan
sahaja untuk menambahkan lagi pengetahuan mereka yang sedia ada bahkan
sebagai salah satu kemahiran untuk mereka apabila mereka tamat belajar
kelak. Program ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tahfiz
mengenai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam
bidang akuakultur yang ada ditawarkan di politeknik dan kolej komuniti
Malaysia.

Selain itu, pemilihan juga didorong oleh faktor pihak tahfiz adalah rakan
kolaborasi yang telah menanda tangani Sijil Kolaborasi bersama dengan pihak
Kolej Komuniti Lipis yang mana kedua-dua pihak akan saling membantudan
bekerjasama dalam meningkatkan pengetahuan dan kepakaran.

Melalui Sijil Kolaborasi ini, Pihak Kolej Komuniti Lipis akan menyediakan
kursus-kursus yang berkaitan dengan keusahawanan dalam melahirkan pelajar
tahfiz yang bercirikan keusahwana manakala pihak tahfiz akan mewujudkan
program Bersama dengan pihak Kolej Komuniti Lipis terutama dalam bidang
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH).

89

Gambar 1: Majlis Menandatangai Sijil Kolaborasi Unit Pembelajaran Islam
Sepanjang Hayat (PISH) dengan Tahfiz Al-Quran Wa Al-Tarbiyah Al-Diniyah,

Relong, Kuala Lipis

90


Click to View FlipBook Version