The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Eksekutif Amalan Terbaik PISH 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatimah, 2022-11-07 01:15:41

Laporan Eksekutif PISH

Laporan Eksekutif Amalan Terbaik PISH 2022

Sekitar Konvensyen Antarabangsa Pendidikan Islam Kontemporari 2022.
Berikut adalah gambar sidang konvensyen secara dalam talian:

Gambar 9: Ucapan perasmian oleh Dato’ Haji Mohd Yusop bin Haji Husin,
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak

Gambar 10: Pembentangan daripada Dr. Ma Thanh Thanh Hoang @ Basiron
Abdullah, Visiting Lecturer University of Social Sciences and Humanities
Faculty of Oriental Studies, Ho Chi Minh City, Vietnam
141

Gambar 11: Pembentangan daripada Dr. Rustamadji, M.Si. Rektor,
Universitas Pendidikan Muhammadiyah, Jalan KH Ahmad

Dahlan 01 Mariyat Pantai Aimas Sorong Papua Barat, Indonesia

Gambar 12: Pembentangan daripada Dr. Nola Fibriyani Salman,
Pensyarah Institut Daing Abdul Kadir (IRDAK) Singapura
142

Gambar 13: Pembentangan daripada Prof Dato' Dr Ab Halim Tamuri,
Profesor Pendidikan Islam, Pusat Kajian Kepimpinan an dan Polisi
Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Gambar 14: Pembentangan daripada Prof Dr Azmil Hashim,
Profesor Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains

Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
143

Gambar 15: Barisan panel pembentang Konvensyen Antarabangsa
Pendidikan Kontemporari 2022

Gambar 16: Peserta Konvensyen Antarabangsa
Pendidikan Kontemporari 2022
144

RUJUKAN

KPT garis enam fokus strategik untuk pacu hala tuju 2021. (2021, May 6).
Kementerian Pengajian Tinggi. Diakses pada September 22, 2022,
daripada https://www.mohe.gov.my/hebahan/liputan-media/kpt-
garis-enam-fokus-strategik-untuk-pacu-hala-tuju
2021?highlight=WyJrcHQiXQ

Laporan Penilaian Peserta Konvensyen Antarabangsa Pendidikan Islam.
(2022, Mac 28). In Jabatan Agama Islam Perak.
https://www.jaipk.edu.my/index.php/47- unitperhubungan-latihan/365-
konvensyen-antarabangsa-pendidikan-islam-kontemporari-2022

Zainal, R. (2018, February 8). Keperluan mewujudkan kerjasama strategik

dengan industri melalui jaringan dan kolaborasi secara berkesan

sebagai salah satu usaha untuk melahirkan graduan yang berkualiti

dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi. Laman Web Rasmi

Politeknik Merlimau Melaka. Diakses pada September 22, 2022,

daripada http://www.pmm.edu.my/index.php/unit/penyelidikan-

inovasi-dan- komersil-upik/sistem-repository/Data-Penulisan-

Pensyarah-PMM/Penulisan-Tahun-2015-dan-ke-bawah/Kerjasama-

strategik-dengan-industri-melalui-jaringan-dan- kolaborasi/

145

Pengurusan PISH

KAJIAN KEBERKESANAN PROGRAM TERNAK KELULUT MADU
DALAM KALANGAN PELAJAR MAAHAD TAHFIZ DARUL FIKRI
MAHMUDIYAH TERHADAP MINAT DAN PENINGKATAN ILMU

Hj. Drs. Anuar Bin Hj Ralib1, Iwan Hartawan Kiaman2
& Nurulain Binti Ahmad3

1 2 3 Kolej Komuniti Lipis, Pahang

ABSTRAK

Program latihan kemahiran kepada pelajar di institut tahfiz dan sekolah pondok
di bawah peruntukan kumpulan wang amanah covid-19 merupakan satu
program khas bagi melatih dan melahirkan usahawan dikalangan pelajar tahfiz
dan sekolah pondok. Ia julung kali diperkenalkan pada tahun 2021 bagi
membantu meningkatkan kemahiran dalam pelajar tahfiz dan sekolah pondok
dalam bidang kemahiran dan TVET. Pelaksanaan program ini di bawah
kelolaan Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat (PISH) yang wujud di setiap Kolej Komuniti. Permasalahan
yang timbul adalah tiadanya pendedahan secara formal maupun tidak formal
(kurikulum dan kokurikulum) kepada pelajar tahfiz dan pondok mengenai
program dan latihan untuk menjadi usahawan di institusi mereka. Oleh yang
demikian, satu program khas diperkenalkan iaitu program usahawan “Ternak
Kelulut Madu” di Maahad Tahfiz Darul Fikri Mahmudiyah di bawah kelolaan
Kolej Komuniti Lipis untuk memberi pendidikan secara formal baik teori dan
amali dalam usaha memberi pengetahuan tentang dunia keusahawahan agar
mereka mampu seiring dengan perkembangn semasa. Jalinan kerjasama telah
diwujudkan dengan Maahad tahfiz Darul Fikir Mahmudiyah seterusnya
mengadakan program dan aktiviti bersama. Antara program dilaksanakan ialah
mengadakan kursus dalam bentuk teori dan amali seperti kursus ternak kelulut
madu, pengurusan sarang kelulut, memproses madu yang berkualiti tinggi,
teknik membuat produk dan pemasaran produk secara off line dan online. Bagi
memastikan keberkesanan program tersebut, perbandingan dokumen telah
pun dibuat. hasil dari pelaksanaan program tersebut adalah menunjukkan
pengetahuan mereka sebelum dan selepas program amat ketara. Punca yang
dapat dikenalpasti adalah, tiadanya peluang bagi mereka untuk mengikuti
program keusahawan sebagaimana yang dilaksanakan oleh Kolej Komuniti
Lipis.

Kata kunci: keusahawanan, pelajar tahfiz, kelulut madu

146

1.0 PENGENALAN

Kolej Komuniti Lipis telah memulakan program Pendidikan Islam Sepanjang
Hayat (PISH) seawal tahun 2014 sewaktu penulis menjadi pengarah di kolej
tersebut. Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) berada di bawah Unit
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Sebelum ini, program yang
dilaksanakan memfokus kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasional (Technical & Vocational Education & Training (TVET).

Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) merupakan satu usaha terkini
kerajaan bagi mempelbagaikan kaedah pendidikan dan meingkatkan lagi kualiti
Pendidikan di Malaysia. Ia juga bagi memastikan kesinabungan Pendidikan
Islam kepada setiap golongan masyarakat terutama golongan belia lepasan
sekolah menengah, belia tercicir, pelajar dan komuniti setempat yang berminat
meningkatkan dan mendalami ilmu pengetahuan mengenai agama Islam.
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) Membina Hubungan dan Merapat
Ukhwah, Seminar Kebangsaan Pembelajaan Sepanjang Hayat 2014 (Mohd
Zainudin et. al, (2014) , objektif PISH adalah seperti berikut:

i. Pendidikan Islam yang berterusan kepada setiap lapisan rakyat.
ii. Pendedahan ilmu kemahairan dan keusahawanan kepada golongan

sasaran seperti pelajar tahfiz, pelajar sekolah pendok, pelajar maahad.
iii. Memberikan ilmu kemahirah yang berkala atau customized programmes

mengikut permintaan dan kesesuaian.

Menurut Persatuan Madrasah Tahfiz Malaysia (PERMATA a-Quran), program
PISH adalah gabungan aspek kemahirandan Pendidikan agama. Pihak
PERMATA Al-Quran melaksanakan program ini menerusi gabungan ilmu fardu
ain dan fardu kifayah atau gabungan ilmu keduniaan dan akhirat. Ianya
dilaksanakan melalui konsep menggunakan kemudahan dan kebebasan dalam
pelaksanaan dan mendalami ilmu kemahiran di Kolej Komuniti (Musa, 2015)
Program Latihan Kemahiran Kepada Pelajar di Institut Tahfiz dan Pondok
(PKTP) 2021 Fasa 1 di bawah peruntukan Kumpulana Wang Amanah COVID-
19 (KWC) diperkenalkan pada tahun 2021 yang dijadualkan bermula bulan
April 2021. Hanya 54 buah Kolej Komuniti sahaja dari 104 Kolej Komuniti yang
terpilih bagi pelaksanaan program tersebut di seluruh negara.

147

Terdapat tiga buah Maahad Tahfiz yang disenaraikan oleh pihak Kementerian
Pengajian Tinggi yang didaftar dibawah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)
bagi daerah Kuala Lipis. Dari jumlah tersebut, dua Maahad Tahfiz yang terpilih
bagi melaksanakan program keusahawanan. Antaranya Maahad Tahfiz Darul
Fikri Mahmudiyah Jln. Cheneras Jaya, memilih bidang agro pertanian ternak
kelulut madu dan Maahad Tahfiz Al-Quran Wa Al-Tarbiah Ad- Diniah Kg. Relong
dalam bidang ternakan ikan air tawar dalam sangkar. Namun yang menjadi
kajian penulis kali ini ialah Maahad Tahfiz Darul Fikri Mahmudiyah Jln.
Cheneras Jaya Kg. Tempoyang Kuala Lipis Pahang.

Tujuan program keusahawanan ternak kelulut ini dibuat adalah untuk memberi
pendedahan kepada pelajar Maahad Tafiz tentang ilmu dan dunia
keusahawanan dalam bidang yang mereka pilih (agro pertanian). Pelaksanaan
program dengan mengadakan kursus ternak kelulut madu yang disampaikan
oleh penceramah berpengalaman dalam bidang tersebut. Penceramah juga
merupakan seorang pengusaha dan memiliki ladang ternak kelulut madu dan
memiliki syarikat pengeluar dan pengedar madu kelulut, disamping
mempelbagaikan produk berasaskan madu kelulut. Semua pelajar diberi
pendedahan cara menternak kelulut, mengurus, mengeluarkan produk
seterusnya pemasaran produk berasaskan madu kelulut. Pelajar juga diberi
pendedahan teori dan amali serta sepuluh sarang kelulut bagi permulaan
menternak kelulut madu.

1.1 Pernyataan Masalah

Saban tahun kita dapati ada pelajar yang menamatkan pengajian di Maahad
Tahfiz di seluruh Malaysia amnya dan khususnya di Maahad Tahfiz Darul Fikri,
namun belum ditemui dalam mereka yang beralih arah bidang selain yang
mereka pelajari di Maahad tersebut. Keadaan ini lebih kritikal apabila
dimaklumkan oleh barisan kepimpinan Maahad Tahfiz sendiri bahawa tamatan
dari sini tidak didedahkan dengan ilmu pengetahuan selain bidang Al-Quran.

Sehubungan dengan itu, pihak Kolej Komuniti Lipis telah melaksanakan
program keusahawanan dalam bidang agro pertanian sebagai salah satu
langkah untuk mengatasi masalah ini. Sehubungan dengan itu, kajian ini untuk
melihat keberkesanan program ternak kelulut madu.

148

1.2 Fokus Kajian

Fokus kajian hanya tertumpu kepada pelajar Maahad Tahfiz Darul Fikri
Mahmudiyah. Justeru itu, fokus utama kajian adalah untuk mengetahui adakah
program ini mencapai matlamat terutama dari sudut pengetahuan mereka
dengan membandingkan keadaa sebelum dan selepas dilaksanakan program
ini.

1.3 Objektif Kajian

i. Memastikan kesan dari pelaksanaan program ternak kelulut madu
terhadap pelajar Maahad Tahfiz Darul Fikri Mahmudiyah dalam bidang
keusahawanan.

ii. Memberi pendedahan ilmu tentang dunia keusahawanan dalam bidang
yang mereka pilih.

iii. Membantu meningkatkan pendapatan pelajar Maahad Tahfiz melalui
dunia keusahawanan setelah mereka tamat pengajian nanti.

1.4 Signifikan Kajian

Kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan program ternak
kelulut madu terhadap pengetahuan pelajar dalam bidang keusahawanan.
Selain itu, program ini juga membantu pelaksanaan kursus pendek di bawah
Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Lipis. Pengkaji juga perlu
membuat penambahbaikan mengikut perubahan dan perkembangan semasa
agar ia seiring dengan perubahan zaman dan kehendak pasaran. Di samping ia
perlu dilaksanakan dengan lebih meluas ke seluruh negara.

1.5 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada lima belas (15) orang pelajar di
Maahad Tahfiz Darul Fikri Mahmudiyah. Jumlah responden adalah merujuk
kepada data kemasukan dan jumlah pelajar semasa di Maahad Tahfiz tersebut.

149

1.6 Pendidikan Tahfiz Di Malaysia

Merujuk kepada kamus Bahasa Melayu, Maahad (Arab) tempat atau pusat
pembelajaran agama Islam, sedangkan tahfiz bermaksud pusat pengajian
untuk menghafal dan mengkaji Al-Quran.

Menurut Al-Nawawi dan Abu Zakaria Yahya b. Syarf (1996), bagi mengekalkan
ingatan ialah dengan memastikan penghafal menjaga imej serta ingatan hafiz
terhadap hafalan Al-Quran. Menurut Muhaidi Mustaffa (2010) dalam kajiannya
turut mengaitkan kaedah hafazan Al-Quran al-Karim dan hubungannya dengan
pelajar; penerokaan kaedah hafazan tradisional dan moden, serta
penambahbaikkan terhadap kaedah tersebut mengikut kesesuaiannya agar
lebih sistematik dan berkesan (Nor Musliza et. al, 2014). Munihah Abdullah
et.al. (2015) menyatakan perlunya kometmen di kalangan penghafaz itu sendiri,
sering membaca di malam hari, serta memelihara hafazan Al-Quran al-Karim.

1.7 Latihan Kemahiran Institut Tahfiz dibawah PISH

Program Latihan Kemahiran Kepada Pelajar di Institut Tahfiz dan Pondok
(PKTP) 2021 Fasa 1 di bawah perutukan Kumpulana Wang Amanah COVID-19
(KWC) diperkenalkan pada tahun 2021 yang dijadualkan bermula bulan April
2021. Hanya 54 buah kolej sahaja yang terpilih bagi pelaksanaan program
tersebut di seluruh negara. Di Kolej Komuniti Lipis, pelaksanaan program dibuat
pada 18 dan 19 September 2021 selama 2 hari. Pelaksanaan program dibuat
dalam dua sesi, iaitu sesi bersemuka bersama pihak pentadbir Maahad Tahfiz,
sedangkan pelajar mengikut dalam bentuk hibrid. Ini kerana keadaan Negara
masih lagi dalam pandemik COVID-19.

1.8 Kelulut Madu

Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga di gelar meliponini) ialah lebah tidak
bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Kelulut adalah
spesis yang boleh hidup di semua musim dan ada di seluruh dunia. kelulut
boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia,
seperti Australia, Afrika, Asia Tenggara (Malaysia), dan kawasan
tropika Amerika. Terdapat lebih 500 spesis atau jenis kelulut,
antaranya Geniotrigona thoracica, Heterotrigona itama, Lepidotrigona
terminata, Tetragonula laeviceps dan Tetrigona apicalis.

150

Pengamal perubatan penyatakan bahawan madu kelulut mempunyai kelebihan
dan khasiat yang lebih baik dibanding dengan madu lebah. Kelulut madu ini
boleh dipelihara di tempat yang sejuk seperti dibawah pokok-pokok yang
rendang. Penyimpanan madu biasanya dibuat tempat khas atau dikenali
“tempayan madu” di dalam sarang kelulut. Sumber utama bagi menghalkna
madu adalah bunga-bungan dari pokok yang tumbuh disekelilingnya. Kelulut ini
penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis
buah, bunga, sayur dan tanaman lain.

2.0 RASIONAL / JUSTIFIKASI

Menghafal Al-Quran adalah bidang utama di mana - mana Maahad Tahfiz,
namun pelajar tahfiz juga seharusnya diberi pendedahan mengenai ilmu-ilmu
kemahiran yang mana bukan sahaja untuk menambahkan lagi pengetahuan
mereka yang sedia ada bahkan sebagai salah satu kemahiran untuk mereka
apabila mereka tamat belajar kelak. Dengan adanya program sebegini, ia
sudah pasti memberi pengetahuan baru bagi mereka terutama Pendidikan dan
Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam bidang pertanaian yang ada
ditawarkan di politeknik dan kolej komuniti Malaysia.

Selain itu, program keusahawanan ini juga melatih pelajar tahfiz mendalami
dunia keusahawanan dalam bentuk teori dan amal dengan penceramah yang
berpengalaman selaku tokoh pengusaha berjaya dalam bidang ternak kelulut
madu. Mereka juga diberikan kursus pemasaran produk agar hasil peretanian
dapat dipasarkan dan mampu menjana pendapatan Maahad itu sendiri.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan membuat
edaran borang soal selidik yang berfokus kepada pengetahuan tentang ilmu
keusahawanan dikalangan pelajar Maahad Tahfiz Darul Fikri Mahmudiyah. Bagi
membuktikan keberkesanan program tersebut, kajian kualitatif melalui
penelitian dokumen juga dilaksanakan. Penelitian dokumen dilakukan dengan
menganalisis sistem pendidikan atau kurikulum dan kokurikulum yang sedang
dijalankan di Maahad Tahfiz Darul Fikri Mamudiyah.

151

3.2 Populasi dan Sampel

Populasi dan sampel kajian ialah seramai 15 orang pelajar Maahad Tahfiz telah
melalui borang soal selidik. Hasil analisis borang soal selidik ini, ianya boleh
membantu pengkaji untuk melengkapkan gambaran sejauh mana program ini
memainkan peranan atau keberkesanannya dalam meningkatkan pengetahuan
mereka tentang ilmu keusahawanan.

3.3 Instrumen

Instrumen kajian ini menggunakan soal selidik yang telah diadaptasi daripada
kajian Penyelidikan “Program Jejak Pribumi” di Prosiding 5th Polytechnic and
community College Reseaech of Intellectual Seminar Research & Education
Seminar (POLYCC RISE 2021) Seminar Penyelidikan dan Pendidikan peringkat
kebangsaan di Kolej Komuniti Temerloh. Soal selidik ini mengandungi empat
soalan. Fokus utama soalan ialah kepada pengetahuan tentang ilmu
keusahawanan, penglibatan dan minat dalam aktiviti-aktiviti keusahawanan,
peningkatan pengetahuan setelah mengikuti program serta pandangan tentang
perlunya keusahawana ini dilaksanakan di semua Maahad Tahfiz di seluruh
negara. Bentuk soalan yang dikemukakan dalam soal selidik ini adalah soalan
tertutup dan mengandungi empat soalan.

3.4 Analisis Data (Penelitian Dokumen)

Bagi membolehkan pelaksanaan analisis data (dokumen) dan perbandingan,
pengkaji mendapatkan dokumen kurikulum dan kokurikulum yang sedang
berkuatkuasa di Maahad Tahfiz dari pihak pentadbiran. Analisis dokumen dibuat
bagi melihat adakah sistem Pendidikan ada menerapkan elemen-elemen
keusahawanan kepada pelajar tahfiz. Untuk memastikan keberkesanan
program ini, masa yang diambil antara lapan hingga sepuluh bulan setelah
dilaksanakan program ini kerana pengkaji mengambil kira cadangan dan
permintaan terhadap pelaksanaan program seterusnya dari pihak pentadbir
Maahad Tahfiz. Di samping pelaksananaan program yang terhad, perkara yang
paling sukar ialah merubah minda dan sistem yang sedia agar menjurus
kepada bidang keusahawanan.

152

3.5 Analisis Dan Keputusan
Semua pelajar diberi borang soal selidik, dan dari situ akan dibuat analisis bagi
melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperolehi. Hasil
keputusan yang diperolehi seperti jadual berikut:
3.6 Latar Belakang Kajian
Soal selidik latar belakang pelajar mengenai sejauh mana pengetahuan tentang
dunia keusahawanan sebelum program dilaksanakan, soalan berfokus kepada
pembelajaran selama berada di Maahad Tahfiz Daruk Fikri Mahmudiyah.
3.7 Dapatan Kajian
Dapatan kajian mengenai soalan tentang pendedahan ilmu keusahawanan
semasa belajar di Maahad Tahfiz menunjukkan semua pelajar (15/15) yang
menjawab “Tiada” mempelajari di Maahad Tahfiz Mahmudiyah dengan kadar
100%. Sedangkan tiada seorang pun pelajar (0/15) menjawab “ada” mendapat
pengetahuan atau belajar tentang ilmu keusahawanan dengan kadar 0%.

Jadual 1: Menyatakan tentang penerapan pengetahuan
ilmu keusahawanan di Maahad Tahfiz Darul Fikri
Mahmudiyah sebelum program ini dijalankan

153

Dapatan dari soalan mengenai penglibatan dalam aktiviti-aktiviti keusahawanan
semasa belajar di Maahad Tahfiz juga menunjukkan sistem pendidikan
kurikulum dan kokurikulum di Maahad Tahfiz Darul Fikri Mahmudiyah tidak
menerapkan unsur-unsur keusahawanan dalam sistem mereka. Dari jumlah
lima belas orang pelajar, kesemua menyatakan “Tiada” atau 100% dan tiada
seorang pun yang menyatakan “Ada” dengan kadar 0%. Rujuk jadual di bawah:

Jadual 2: Menunjukkan penglibatan pelajar dengan
aktiviti-aktiviti keusahawanan

Dapatan dari soalan mengenai penglibatan dalam aktiviti-aktiviti keusahawanan
semasa belajar di Maahad Tahfiz juga menunjukkan sistem pendidikan
kurikulum dan kokurikulum di Maahad Tahfiz Darul Fikri Mahmudiyah tidak
menerapkan unsur-unsur keusahawanan dalam sistem mereka. Dari jumlah
lima belas orang pelajar, kesemua menyatakan “Tiada” atau 100% dan tiada
seorang pun yang menyatakan “Ada” dengan kadar 0%. Sebagaimana jadual di
bawah:

Jadual 3: Menunjukkan program keusahawanan mampu
menarik minat pelajar dan amat berkesan dalam
menambah pengetahuan mereka dalam
dunia keusahawanan

154

Dapatan soal selidik seterusnya ialah mengenai pandangan dan cadangan agar
program ini dilaksanakan dengan lebih meluas ke seluruh negara dan semua
Maahad Tahfiz. Kesemua pelajar menyokong dengan menyatakan “Ya” pada
borang soal selidik. Secara peratusnya ialah 100% bersetuju dan tiada yang
menyatakan “Tidak” atau dengan kadar 0% bahawa cadangan ini amat baik dan
program keusahawanan ini amat penting kepada mereka terutama setelah
tamat pengajian di Maahad Tahfiz nanti. Program ini boleh dijadikan satu
inovasi dalam pengurusan Pendidikan di semua Maahad Tahfiz pada masa
akan datang.

Jadual 4: Menunjukkan pelajar bersetuju agar program ini
diterukan dan diadakan di seluruh
Maahad Tahfiz di Malaysia

3.8 Penelitian Dokumen Sistem Pendidikan (Kurikulum
Dan Kokurikulum)

Bagi memastikan keberkesanan program ternak kelulut madu dalam usaha
menarik minat dan mampu menambah pengetahuan dalam dunia
keusahawanan dengan lebih jelas, pendekatan penelitian dokumen terhadap
sistem pendidikan yang sedia ada telah dilakukan dengan mengumpul kesemua
dokumen sama ada kurikulum dan kokurikulum.

Hasil penelitian dokumen mendapati bahawa tiada Pendidikan secara formal
maupun tidak formal dalam bidang keusahawanan diperkenalkan di Maahad
Tahfiz Darul Fikri Mahmudiyah. Ini beerti kewujudan program ini benar-benar
berkesan dan menarik minat serta mampu menambah pengetahuan mereka
dalam bidang keusahawanan.

155

3.9 Perbandingan Sebelum Dan Selepas Program

Hasil dari penelitian dokumen menunjukkan tiada pengajaran dan
pembelajaran secara formal dilaksanakan di Maahad Tahfiz ini. Pelajar juga
tidak diberi pendedahan tentang ilmu pengetahuan keusahawanan baik dalam
bentuk kurikulum (sistem pengajaran dan pembelajaran) maupun mengadakan
aktiviti-aktiviti keusahawanan (kokurikulum).

Pelaksanaan program keusahawanan ternak kelulut madu yang dijalankan
pada 18 hingga 19 September 2021 (selama 2 hari) sememangnya mampu
meningkatkan pengetahuan dan mampu menarik minat mereka berbanding
sebelum program dijalankan.

Hasil analisis data dan penelitian yang dibuat menunjukkan perubahan ketara
terutama dari sudut peningkatan pengetahuan dan rasa minat jika
dibandingkan antara sebelum dan selepas program dijalankan. Ini
mengambarkan keberkesanan program tersebut dan kesan yang amat ketara
kepada pelajar tahfiz. Dua orang calon lagi adalah Ahli Jawatankuasa
pelaksana program tersebut.

4.0 PERANAN CALON

Peranan calon dalam progam ini adalah sebagai Pengarah Program kepada
kursus keusahawanan ini. Calon juga dilantik sebagai pengerusi majlis bagi
mengendalikan acara sepanjang pelaksanaan kursus tersebut. Sebagai
Pengarah Program, calon juga telah mengatur satu kolaboratif strategik
bersama Maahad Tahfiz agar program ini dapat dilaksanakan berterusan demi
kepentingan bersama. Dua orang calon lagi adalah Ahli Jawatankuasa
pelaksana program tersebut. Selain itu calon juga merupakan Ketua Unit
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat
(PISH) di Kolej Komuniti Lipis.

156

5.0 IMPAK PROGRAM TERNAK KELULUT MADU DALAM KALANGAN
PELAJAR MAAHAD TAHFIZ DARUL FIKRI MAHMUDIYAH TERHADAP
MINAT DAN PENINGKATAN ILMU

5.1 Memberi pendedahan ilmu keusahawanan dan kemahiran

Hasil dari kajian terhadap program tersebut jelas menunjukkan bahawa secara
keseluruhannya menyatakan mereka tidak didedahkan dengan ilmu
pengetahuan keusahawanan. Tidak pernah mengikuti aktiviti-aktiviti sepanjang
belajar di Maahad Tahfiz. Selain itu pelajar juga berkeyakinan program ini
mampu menambah ilmu mereka dan bersetuju agar progam ini perlu diadakan
di semua Maahad Tahfiz kerana ia memberi manfaat kepada pelajar itu sendiri.

5.2 Meningkatkan pendapatan/ekonomi Maahad Tahfiz dan pelajar

Dengan adanya kursus keusahawanan ternak kelulut madu ini, ianya boleh
dijadikan sumber pendapatan kepada Maahad Tahfiz itu sendiri. Pelajar-pelajar
juga dilatih untuk menceburi dalam bidang perniagaan dan beradaptasi
bersama masyarakat di sekeliling mereka. Selain itu, kursus ini juga merupakan
nilai tambah kepada pelajar setelah mereka tamat dari pengajian nanti untuk
menceburi dunia perniagaan dan sumber pendapatan hidup mereka.

5.3 Memupuk hubungan berterusan kedua institusi melalui
kolaboratif strategik

Melalui program keusahawanan ternak kelulut madu ini, maka pihak Kolej
Komuniti Lipis dan juga pihak Maahad Tahfiz Darul Fikri Mahmudiyah dapat
menjalin hubungan baik seperti mengadakan tanda tangan sijil kolaborasi
bersama dan juga melaksanakan pertukaran pintar untuk kursus-kursus pendek
yang berpanjangan sepanjang masa. Hubungan baik ini adalah penting untuk
menaikkan nama Kolej Komuniti Lipis di mata masyarakat Daerah Lipis.
Perlunya program dan aktiviti serta penglibatan yang lebih luas terutama yang
melibatkan industri-industri yang berkaitan terutama hal-hal yang melibatkan
pemasaran produk madu kelulut pada masa akan datang.

157

KESIMPULAN
Hasil kajian ini dapat mampu memberi nilai tambah kepada pihak pengurusan
Maahad Tahfiz Darul Fikri Mahmudiyah, terutama impak selepas pelaksanaan
program ternak kelulut madu terhadap pengetahuan pelajar dalam dunia
keusahawanan dan perniagaan. Ia juga merupakan satu inovasi dalam
pengurusan di Maahad Tahfiz bagi membolehkan pelajar yang tamat dari
pengajian nanti mampu berdaya saing di pasaran terbuka. Dengan ini, peranan
Maahad Tahfiz dan Kolej Komuniti sebagai institusi pendidikan dalam pelbagai
bidang ilmu lebih terserlah.

158

Gambar Sepanjang Kursus Keusahawanan Ternak Madu Kelulut Pelajar
Institut Tahfiz Darul Fikri Mahmudiyah

Gambar 1: Calon/penulis/pengkaji (Drs. Hj. Anuar bin Ralib) sedang
mempengerusikan majlis bagi pelaksanaan kursus ternak kelulut madu

Gambar 2: Penceramah (En. Ruslan bin Arifin) sedang menyampaikan
ceramah di kursus ternak kelulut madu
159

Gambar 3: Peserta kursus ternak kelulut madu

Gambar 4: Sijil penghargaan sebagai Pengarah Program dari
Maahad Tahfiz kepada calon/penulis/pengkaji
160

Gambar 5: Majlis menandatangani dan pertukaran
dokumen kolaborasi strategik

Gambar 6: Penyerahan Lot Kelulut madu oleh Pengarah Kolej Komuniti Lipis
kepada Pengerusi (Dato’ hj. Mohd. Baharin bin Harun, DIMP., AMP., PKT.)
Maahad Tahfiz Darul Fikri Mahmudiyah
161

Gambar 7: Sijil penghargaan dan dokumen kolaboratif strategik antara
Kolej Komuniti Lipis Bersama Maahad Tahfiz Darul Fikri Mahmudiyah

162

RUJUKAN

Azman Yusof et al. Pendidikan Islam Sepanjang Hayat: Pengalaman MARA
dalam Pembudayaan Latihan Kemahiran Dan Pendidikan Agama. Kertas
kerja dibentangkan dalam Seminar PendidikanIslam Sepanjang Hayat
Peringkat Nasional 2015, Universiti Sains Islam Malaysia pad a14-15
Sept. 2015

Hasbullah L. Isa. Kerjasama PERKIM Dengan Jabatan Pendidikan Kolej
Komuniti (JPKK) Dalam Menerapkan Program Pembelajaran Sepanjang
Hayat (PISH). Kertas Kerja dibentang dalam Seminar Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2015 Universiti Sains Islam
Malaysia pada 14-15 Sept. 2015

Mohd Zainudin Mohd Esin, Noorhidayah Mansor & Mohd Syawal bin
MustafaKAmal. Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (ISH) Membina
Hubungan dan Merapat Ukhwah, Seminar Kebangsaan Pembelajaan
SepanjangHayat 2014, ms.317

Musa Ahmad. Pemerkasaan Persatuan Madrasah Tahfiz Malaysia (PERMATA
Al-Quran) ke Arah Merealisasikan Dasar Pendidikan Islam Sepnjang
Hayat. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar PendidikanIslam
Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2015. Universiti Sains
IslamMalaysia pada 14-15 Sept. 2015

Wan Rashid, dll (2007). “Pelaksanaan Program Pendidikan Sepanjang Hayat
(PSH) Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Fakulti
Pendidikan Teknikal. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Mac 17,
2014. Retrieved from http://core.kmi.open.ac.uk/display/i2007405)

Zulkiple Abd. Ghani et al, 2005, Pendidikan Islam di Malaysia: Dari Pondok ke
Universiti, Kuala Lumpur: Dewan Bahasan dan Pustaka

Stefan, L. Maya Beekeeping Tradition Fades. National Geography. 28 Jun
2008. Diambil 10 Januari 2012

ouza, R C S; Yuyama, L K O; Aguiar, J P L; Oliveira, F P M. 2004. "Valor
nutricional do mel e pólen de abelhas sem ferrão da região
amazônica". Acta Amazonica 34(2): 333–336

163

PENGURUSAN PISH MENGGUNAKAN MYLINK

Maisarah Binti Ismail1, Mohd Rashidi Bin Omar2
& Basuriah Binti Yunus3

1 2 3 Kolej Komuniti Chenderoh, Perak

ABSTRAK

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah melancarkan
Program Latihan Kemahiran Pelajar Tahfiz dan Pondok (PKTP) menggunakan
peruntukan Kumpulan Wang COVID (KWC). Unit Pembelajaran Sepanjang
Hayat (PSH), Kolej Komuniti Chenderoh (KKCP) telah menerima peruntukan
sebanyak RM108,864.00 bagi menjalankan 22 buah kursus yang melibatkan 7
buah tahfiz pada tahun 2021. Jumlah penyertaan keseluruhan adalah seramai
1,172 orang pelajar tahfiz dan pondok. Program ini melibatkan 8 orang tenaga
pengajar dalaman dan 10 orang tenaga pengajar luar. Sebanyak 22 buah
kursus dijalankan bagi menjayakan program ini di mana 21 kursus dijalankan
secara atas talian manakala 1 kursus berjaya dilaksanakan secara bersemuka
sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kedua dikeluarkan. Unit
PSH KKCP telah menggunakan mylink. la bagi memastikan ke semua kursus
di bawah program PKTP berjalan dengan lancar. Di akhir program PKTP,
pelajar tahfiz memperolehi nilai tambah dan meningkatkan kebolehpasaran
dengan penyertaan pelbagai jenis kursus yang dilaksanakan seperti
keusahawanan, Fertigasi Tanaman Cili, Masakan, Simen Fero, ICT, IOT dan
lain-lain dam Institusi tahfiz dapat menjana pendapatan dan menggunakan
hasil tanaman cili melalui Kursus Tanaman Cili Fertigasi.

Kata kunci: Pengurusan PISH, Mylink, PKTP, PSH

164

1.0 PENGENALAN

Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilancarkan oleh
kerajaan Malaysia bagi membendung penularan pendamik COVID-19,
Kementerian Pengajian Tinggi melalui ucapan menterinya pada 8 Julai 2020,
menyatakan kebenaran kepada semua Institut Pengajian Tinggi untuk
menentukan mod pembelajaran yang bersesuaian termasuklah meneruskan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian kepada para pelajar
yang terlibat mengikut keperluan program masing-masing. Arahan tersebut
digunapakai untuk semua sesi PdP bagi Kursus Pendek dan Kursus Akaun
Amanah di bawah Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah melancarkan
Program Latihan Kemahiran Pelajar Tahfiz dan Pondok (PKTP) menggunakan
peruntukan Kumpulan Wang Covid (KWC). Unit Pembelajaran Sepanjang
Hayat (PSH), Kolej Komuniti Chenderoh (KKCP) telah menerima peruntukan
sebanyak RM108,864.00 bagi menjalankan 22 buah kursus yang melibatkan 7
buah tahfiz pada tahun 2021.

Jumlah penyertaan keseluruhan adalah seramai 1,172 orang pelajar tahfiz dan
pondok. Program ini melibatkan 8 orang tenaga pengajar dalaman dan 10
orang tenaga pengajar luar. Sebanyak 22 buah kursus dijalankan bagi
menjayakan program ini di mana 21 kursus dijalankan secara atas talian
manakala satu kursus berjaya dilaksanakan secara bersemuka sebelum arahan
dikeluarkan. Berikut merupakan senarai tujuh buah tahfiz menyertai kursus
PKTP:

i. Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Ad Din 10 Ipoh
ii. Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan Taiping
iii. Maahad Tahfiz Al-Quran Wa Talaqqi Lubuk Merbau
iv. Dar Tahfiz Al Quran Wal Hadis Padang Rengas
v. Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak INTIM Ipoh
vi. Sekolah Raja Perempuan Taayah Ipoh
vii. Sekolah Izzuddin Shah Ipoh

165

2.0 RASIONAL DAN JUSTIFIKASI AMALAN BAIK

Justifikasi amalan baik program PISH bagi adalah seperti butiran berikut:
i. Unit PSH KKCP dapat mengurus selia 22 buah kursus yang melibatkan

7 buah tahfiz dan pondok;
ii. Semua data peserta dapat dikumpulkan dan borang penilaian kursus

boleh diisi oleh peserta dengan bantuan video cara mengisi borang
penilaian (disertakan di dalam link tersebut);
iii. Pihak urus setia boleh menyediakan link group kursus untuk peserta dan
penyampaian dan hebahan boleh dibuat dengan berkesan; dan
iv. Pihak urus setia hanya menggunapakai 1 link sahaja kepada 1,172
orang peserta bagi mengelakkan tersalah bagi link kursus, link
pendaftaran, dan sebagainya kepada peserta kursus.

3.0 METODOLOGI / KAEDAH PELAKSANAAN

Menjalankan kursus Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH) secara atas
talian merupakan cabaran baharu kepada Unit PSH KKCP. Antara cabaran
yang dihadapi ialah:
i. Bagaimana untuk mengurus selia 22 buah kursus yang melibatkan 7

buah tahfiz dan pondok;
ii. Memastikan semua pendaftaran peserta dan borang penilaian kursus

diisi oleh peserta;
iii. Bagaimana penyampaian maklumat yang terbaik dapat dilaksanakan

bagi memastikan semua maklumat terkini mengenai kursus dapat
disampaikan kepada peserta; dan
iv. Mengelakkan kesilapan pautan atau link kepada peserta kursus.

Berdasarkan masalah di atas, Unit PSH KKCP telah menggunakan mylink. la
sebagai amalan baik bagi mengurus tadbir dan menyelia kursus - kursus di
bawah program PKTP. Penggunaan mylink. la dalam mengurus tadbir dan selia
program PKTP banyak membantu Unit PSH KKCP. Di mana Unit PSH KKCP
hanya mengggunakan 1 link untuk hebahan kepada peserta. Di dalam 1 link
mylink, Unit PSH boleh mengisi 15 link yang lain. Antaranya ialah:
i. Borang Pendaftaran Peserta
ii. Borang Penilaian Kursus
iii. Video Cara Mengisi Borang Penilaian Peserta
iv. Link – link kursus menggunakan google meet
v. Link – link group telegram

166

Gambar 1: Penggunaan mylink. la dalam Unit PSH KKCP pada tahun 2021

Gambar 2: Contoh penggunaan pautan dalam mylink
167

Gambar 3: Contoh penggunaan link

Gambar 4: Hit Penggunaan mylink
168

Gambar 5: Contoh hebahan menggunakan satu
pautan sahaja untuk semua kursus

169

4.0 PERANAN CALON DALAM AMALAN BAIK

Antara peranan calon dalam amalan baik ini adalah seperti berikut :
4.1 Membangunkan dan mengurus selia semua link yang melibatkan kursus

PKTP;
4.2 Memastikan semua link yang diberi sentiasa dikemaskini mengikut

kursus yang akan berjalan;
4.3 Memastikan hebahan yang diedarakan adalah tepat dan betul;
4.4 Memastikan kursus berjalan seperti yang dirancang; dan
4.5 Membentangkan dan menyebarluaskan amalan baik ini kepada Kolej

Komuniti seluruh Malaysia melalui jemputan webinar (Knowledge
Sharing: Best Practice Fot Lifelong Learning (PSH) During Covid’19
anjuran Kolej Komuniti Betong, Sarawak dan Knowledge Sharing:
Efficient Lifelong Learning (PISH) Short Course Management During
Pandemic Covid-19 anjuran Kolej Komuniti Beaufort).

5.0 IMPAK AMALAN BAIK KEPADA PESERTA DAN INSTITUSI

Secara keseluruhannya, program PKTP ini berjaya dilaksanakan dengan
jayanya. 21 kursus dilaksanakan dalam talian semasa tempoh PKP dan satu
kursus sahaja yang dilaksanakan secara bersemuka dan berakhir pada
Oktober 2021.

Pelajar tahfiz memperolehi nilai tambah dan meningkatkan kebolehpasaran
dengan penyertaan pelbagai jenis kursus yang dilaksanakan seperti
keusahawanan, Fertigasi Tanaman Cili, Masakan, Simen Fero, ICT, IOT dan
lain-lain.

Institusi tahfiz dapat menjana pendapatan dan menggunakan hasil tanaman cili
melalui Kursus Tanaman Cili Fertigasi

170

LAMPIRAN
Knowledge Sharing: Best Practice For Lifelong Learning (PSH) During Covid’19
Anjuran Kolej Komuniti Betong, Sarawak

Gambar 6: Poster Webinar
171

LAMPIRAN

Gambar 7: Komen Positif Peserta Webinar
172

LAMPIRAN
Knowledge Sharing: Efficient Lifelong Learning (PISH) Short Course
Management During Pandemic COVID-19 Anjuran Kolej Komuniti Beaufort

Gambar 8: Poster Webinar

Gambar 9: Sesi Webinar
173

LAMPIRAN
Knowledge Sharing: Efficient Lifelong Learning (PISH) Short Course
Management During Pandemic COVID-19 Anjuran Kolej Komuniti Beaufort

Gambar 10: Sijil Penghargaan Webinar
174

LAMPIRAN
Kursus Yang Dijalankan secara atas talian di bawah Program Latihan
Kemahiran Pelajar Tahfiz dan Pondok 2021

Gambar 11: Kursus Agro Pertanian Fertigasi dilaksanakan secara
dalam talian semas tempoh perintah kawalan pergerakan
dibimbing oleh Encik Jamaluddin bin Mohd Ali
175

LAMPIRAN
Kursus Asas Pendawaian Elektrik Dan Fotosel dilaksanakan secara dalam
talian semas tempoh perintah kawalan pergerakan.

Gambar 12: Kursus Asas Pendawaian Elektrik Dan Fotosel
dilaksanakan secara dalam talian semas

tempoh perintah kawalan pergerakan dibimbing oleh
Puan Ummi Saadah binti Ahmad
176

LAMPIRAN
Kursus Event Management dilaksanakan secara dalam talian semas tempoh
perintah kawalan pergerakan.

Gambar 13: Kursus Event Management dilaksanakan secara
dalam talian semas tempoh perintah kawalan pergerakan
dibimbing oleh Encik Nooramin Fadzley bin Aminuddin
177

LAMPIRAN
Kursus IoT Arduino dilaksanakan secara dalam talian semas tempoh perintah
kawalan pergerakan.

Gambar 14: Kursus IoT Arduino dilaksanakan secara dalam
talian semas tempoh perintah kawalan pergerakan dibimbing oleh

Dr. Sharifah Nadiyah binti Razali
178

LAMPIRAN
Kursus Masakan dilaksanakan secara dalam talian semas tempoh perintah
kawalan pergerakan.

Gambar 15: Kursus Masakan dilaksanakan secara dalam talian
semas tempoh perintah kawalan pergerakan dibimbing
oleh Encik Ahmad Humaizi bin Hussin
179

RUJUKAN
Laporan Program Latihan Kemahiran Pelajar Tahfiz dan Pondok, Kolej Komuniti
Chenderoh 2021
Diges Ilmiah Kolej Komuniti Chenderoh Vol 1/2022

https://kkchenderoh.mypolycc.edu.my/images/penerbitan/DIGES_ILMIA
H_KKCP_VOL_12020_update.pdf?type=file

180

PELAPORAN KURSUS PISH MENGGUNAKAN GOOGLE WORKSPACE
(e-Pelaporan PSH)

Mohamed Azreen Bin Mohamed1 & Zaini Marziah Binti Che Mansor2
1 2 Kolej Komuniti Bagan Datuk, Perak

ABSTRAK

Pelaksanaan Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) Kolej
Komuniti Bagan Datuk adalah merupakan salah satu inisiatif Unit Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) dalam memastikan ilmu kemahiran TVET dapat
dikongsi kepada setiap lapisan masyarakat. Golongan sasaran seperti pelajar
Maahad Tahfiz dan pelajar sekolah pondok dilihat sebagai sasaran terbaik
dalam menjayakan program PISH di peringkat yang lebih tinggi. Justeru itu ,
unit PSH Kolej Komuniti Bagan Datuk tidak ketinggalan dalam menjalankan
program PISH menerusi peruntukan yang diterima melalui Program Latihan
Kemahiran Pelajar Tahfiz dan Pondok (PKTP). Sebanyak 6 buah kursus yang
berteraskan kluster Komputer dan Teknologi Maklumat telah berjaya dijalankan
dengan peruntukan sebanyak RM7200. Jumlah penyertaan keseluruhan adalah
seramai 99 orang pelajar tahfiz. Bagi memastikan setiap pelaporan Kursus
berjalan lancar , Unit PSH KKBgD telah mewujudkan e-Pelaporan PSH yang
menggunakan teknologi Google Sites dan Google Docs dalam penghantaran
laporan kursus. Menggunakan teknologi Google Sites dan Google Docs, setiap
data yang dihantar akan disimpan secara automatik berteraskan
Perkomputeran Awan. Secara tidak langsung , kehilangan data laporan kursus
dapat dielakan dan memudahkan Unit PSH untuk melakukan pemantauan.

Kata kunci : PISH , Google Workspace , Pelajar Tahfiz , TVET

181

1.0 PENGENALAN

Seiring dengan perkembangan teknologi berteraskan Revolusi Perindustrian
Keempat (4IR) dimana merujuk kepada transformasi disruptif dalam industri
melalui penggunaan teknologi baru muncul. Kerajaan telah mewujudkan Dasar
4IR Negara iaitu dasar negara yang menyeluruh untuk memacu usaha
bersepadu dalam mentransformasi pembangunan sosioekonomi negara melalui
penggunaan teknologi 4IR yang beretika. Terdapat 4 Teras Dasar yang telah
digariskan dalam Dasar 4IR Negara iaitu:

i. Mempersiapkan rakyat dengan pengetahuan dan set kemahiran
berkaitan 4IR;Membina Negara yang mempunyai ketersambungan
melalui pembangunan infrastruktur digital;

ii. Menyediakan peraturan yang sesuai dengan keperluan masa hadapan
supaya fleksibel mengikut perubahan teknologi; dan

iii. Mempercepat inovasi dan penerimagunaan teknologi 4IR.

Justeru itu , dalam usaha untuk memastikan Dasar 4IR dapat dicapai, Unit PSH
Kolej Komuniti Bagan telah memujudkan satu kaedah pelaporan Kursus yang
berterasakan pengkomputeran awan menggunakan teknologi Google Sites dan
Google Docs. Pendekatan ini dicapai menerusi pelaporan Kursus-kursus PISH
di bawah Program Latihan Kemahiran Pelajar Tahfiz dan Pondok (PKTP). Unit
PSH Kolej Komuniti Bagan Datuk telah menerima peruntukan sebanyak
RM7200 bagi menjayakan 6 buah kursus yang berteraskan kluster Komputer
dan Teknologi Maklumat. Program ini melibatkan 1 buah tahfiz berdaftar iaitu
MTQ Addin 01 Sg Keli dengan jumlah penyertaan 99 orang.

2.0 RASIONAL DAN JUSTIFIKASI AMALAN BAIK

Justifikasi amalan baik program PISH bagi adalah seperti butiran berikut:

i. Unit PSH KKBgD dapat mengurus selia pelaporan kursus pendek
dengan sistematik.

ii. Semua maklumat kursus dapat dikumpulkan dengan menggunakan satu
pautan sahaja.

iii. Pihak urus setia boleh memantau setiap pelaporan kursus dan hebahan
boleh dibuat dengan berkesan.

182

3.0 METODOLOGI / KAEDAH PELAKSANAAN
Kaedah pemantauan dan penghantaran laporan kursus pendek secara
terdahulu menggunakan pelbagai aplikasi yang berbeza iaitu telegram dan
whatsapp. Antara cabaran dan masalah yang dihadapi menggunakan kaedah
ini ialah:
i. Kekeliruan untuk membezakan setiap jenis laporan yang dihantar melalui

pelbagai sumber.
ii. Memastikan semua laporan kursus dapat dihantar dengan lengkap

dalam tempoh 7 hari selepas kursus tamat.
iii. Pembetulan laporan kursus dengan segera dan mudah.
Berdasarkan masalah di atas, Unit PSH KKBgD telah mewujudkan e-Pelaporan
PSH sebagai amalan baik bagi mengurus tadbir dan menyelia pelaporan
kursus-kursus di bawah program PKTP. Penggunaan e-Pelaporan PSH dalam
mengurus tadbir dan selia program PKTP banyak membantu Unit PSH KKBgD.

Warna Hijau – Merujuk
kepada laporan yang telah
disemak oleh KU
Warna Merah – Merujuk
kepada laporan yang boleh
dikemaskini

Gambar 1: Paparan Muka Utama e-Pelaporan PSH

183

Gambar 2: Contoh e-mail yang dihantar kepada pensyarah yang
bertugas beserta surat perlantikan dan pautan e-Pelaporan PSH

Gambar 3: Contoh penggunaan Google Docs. Pensyarah boleh
terus mengemaskini maklumat kursus dan data disimpan
secara automatik
184

Gambar 4: Contoh pemakluman kepada KU PSH untuk semakan
menggunakan e-mel

185

Gambar 5: Contoh laporan penuh kursus pendek menggunakan
e-pelaporan PSH

186

Gambar 6: Contoh laporan penuh kursus pendek menggunakan
e-pelaporan PSH

187

4.0 PERANAN CALON DALAM AMALAN BAIK
Antara peranan calon dalam amalan baik ini adalah seperti berikut :
i. Membangunkan dan mengurus selia pautan e-pelaporan PSH

melibatkan kursus PKTP.
ii. Memastikan semua pautan setiap pelaporan kursus yang diberi sentiasa

dikemaskini mengikut kursus yang akan berjalan.
iii. Memastikan pelaporan kursus yang dikemaskini adalah tepat dan betul.
iv. Memastikan kursus berjalan seperti yang dirancang.
5.0 IMPAK AMALAN BAIK KEPADA PESERTA DAN INSTITUSI
Secara keseluruhannya, program PKTP ini berjaya dilaksanakan dengan
jayanya. 6 kursus dilaksanakan dalam secara bersemuka dengan penyertaan
sebanyak 99 peserta.
Pelajar tahfiz memperolehi nilai tambah dan meningkatkan kebolehpasaran
dengan kemahiran TVET berdasarkan penyertaan pelbagai jenis kursus dalam
kluster komputer dan teknologi maklumat.
Penggunaan e-Pelaporan PSH dilihat sangat membantu dalam pihak urusetia
dalam mengurus tadbir dan menyelia pelaporan kursus-kursus di bawah
program PKTP.

188

LAMPIRAN
Kursus yang dijalankan di bawah Program Latihan Kemahiran Pelajar Tahfiz
dan Pondok 2022 Fasa 1.

Gambar 7: Program Latihan Kemahiran Pelajar Tahfiz dan Pondok
2022 Fasa 1
189


Click to View FlipBook Version