3.0 METOD/KAEDAH PELAKSANAAN
Beberapa kaedah pelaksanaan dilaksanakan oleh pihak Kolej Komuniti Lipis
dengan Tahfiz Al-Quran Wa Al-Tarbiyah Al-Diniyah, Relong, Kuala Lipis adalah
seperti berikut:
3.1 Lawatan tapak penyediaan ternakan ikan air tawar
Setelah mengadakan perbincangan dengan pihak Tahfiz, maka lawatan tapak
dilaksanakan oleh Unit Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH) ke Tahfiz
tersebut. Hasil lawatan didapati bahawa terdapat sebuah kolam yang sesuai
untuk dijadikan kolam untuk ternakan ikan air tawar.
Gambar 2: Lawatan tapak oleh Unit Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat
(PISH) ke Tahfiz Al-Quran Wa Al-Tarbiyah Al-Diniyah, Relong, Kuala Lipis untuk
meninjau kesesuai projek ternakan ikan air tawar
91
3.2 Pengubahsuaian kolam dan pemasangan sangkar ikan air
tawar di kolam tahfiz
Setelah selesai tinjauan tempat di tahfiz, maka proses pengubahsuaian kolam
dan pemasangan sangkar ikan dilakukan dengan menggunakan jentolak dan
juga pekerja yang mahir untuk pemasangan sangkar.
Gambar 3: Keadaan kolam di Tahfiz Al-Quran Wa Al-Tarbiyah Al-Diniyah,
Relong, diubah suai dengan menggunakan jentolak untuk disesuaikan
dengan kolam ternakan ikan.
92
Gambar 4: Pemasangan sangkar ikan oleh tenaga pekerja mahir
93
3.3 Kursus keusahawanan ternakan ikan air tawar
Kursus mengenai keusahawanan ternakan ikan air tawar dilaksanakan di bagi
memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai pelaksanaan projek
ternakan ikan air tawar. Pelajar akan diberi kursus mengenai pengurusan
ternakan ikan air dari awal hingga proses pemasaran produk. Kursus ini
dikendalikan oleh pensyarah bidang Akuakultur dari Kolej Komuniti Jerantut.
Ilmu pengetahuan yang diperoleh dari kursus ini boleh diguna oleh para pelajar
tahfiz untuk proses penternakan ikan air tawar.
Gambar 5: Kursus mengenai keusahawanan ternakan ikan air tawar
disampaikan oleh pensyarah bidang akuakultur, Kolej Komuniti Jerantut
94
Gambar 6: Pensyarah bidang akuakultur, Kolej Komuniti Jerantut sedang
meneliti air kolam untuk kesesuai ternakan ikan air tawar
3.4 Proses pelepasan anak ikan air tawar ke dalam kolam
Proses penternakan ikan air tawar dilaksanakan sebaik sahaja setelah selesai
kursus ternakan ikan air tawar dilaksanakan. Anak-anak ikan dilepaskan ke
dalam kolam yang telah diubah suai. Maka pihak tahfiz akan meneruskan
projek ternakan ikan air tawar ini dan diharapkan projek ini boleh
menambahkan pengetahuan dan juga kemahiran kepada pelajar-pelajar tahfiz.
Gambar 7: Anak-anak ikan dilepaskan ke dalam kolam
yang telah diubah suai.
95
4.0 PERANAN CALON DALAM
Seorang calon berperanan sebagai setiausaha kepada program ini dan
seorang calon lagi berperanan sebagai pengarah program juga merangkap
sebagai pegawai Unit Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH). Kedua-
dua calon terlibat secara langsung dalam menjayakan projek ini.
5.0 IMPAK KOLABORASI PROGRAM KEUSAHAWANAN
TERNAKAN IKAN AIR TAWAR
Program ini memberi bebrapa impak yang positif antaranya ialah:
5.1 Memberi pendedahan kepada pelajar tahfiz mengenai TVET
Selain dari mengahafal al-Quran serta mempelajari ilmu agama, para pelajar
juga diberi pendedahan mengenai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasional (TVET) yang mana walaupun secara langsung TVET diada dalam
sukatan pelajaran mereka namun pendedahan mengenai TVET boleh
membuka ruang untuk mereka mengenali ilmu dan kemahiran baru selain ilmu
agama.
5.2 Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dalam
bidang keusahawanan ternak ikan air tawar
Bidang keusahawanan ternakan ikan air tawar adalah satu bidang yang tidak
asing lagi di negara kita terutama di Daerah Lipis yang terkenal dengan
ternakan ikan sangkar air tawar iaitu ikan patin dan tilapia. Maka bidang ini
perlu kepada ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tertentu untuk
menjayakannya. Maka program ini berjaya meningkatkan ilmu pengetahuan
dan kemahiran kepada pelajar tahfiz dan menjadi nilai tambah kepada mereka
untuk menceburi bidang ini apabila mereka tamat belajar kelak.
5.3 Melatih pelajar dalam bidang keusahawanan/ perniagaan
Pelajar tahfiz mendapat ilmu mengenai keusahawanan melalui kursus ternakan
ikan air tawar yang mana kursus ini bukan sahaja memberi pendedahan
tentang ternakan ikan air tawar semata-mata bahkan juga memberi
pendedahan tentang ilmu keusahawanan dan perniagaan. Secara tidak
langsung, ilmu keusahawanan ini boleh digunakan oleh pelajar untuk menjadi
usahawan atau perniaga yang berjaya kelak.
96
5.4 Memupuk hubungan baik antara Kolej Komuniti Lipis dan
pihak tahfiz
Melalui program keusahawanan ikan air tawar ini, maka pihak Kolej Komuniti
Lipis dan juga pihak Tahfiz Al-Quran Wa Al-Tarbiyah Al-Diniyah, Relong dapat
menjalin hubungan baik seperti mengadakan tanda tangan sijil kolaborasi
bersama dan juga melaksanakan pertukaran pintar untuk kursus-kursus
pendek yang berpanjangan sepanjang masa. Hubungan baik ini adalah penting
untuk menaikkan nama Kolej Komuniti Lipis di mata masyarakat Daerah Lipis.
6.0 KESIMPULAN
Program ternakan ikan air tawar dengan kerja sama Kolej Komuniti Lipis dan
juga Tahfiz Al-Quran Wa Al-Tarbiyah Al-Diniyah, Relong adalah satu projek
rintis yang dilaksanakan mendapat sambutan yang baik oleh pihak tahfiz yang
mana projek ini berjaya memberi pendedahan kepada para pelajar tahfiz
mengenai TVET dan juga dapat menjalinkan hubungan baik antara tahfiz dan
Kolej Komuniti Lipis. Hasil tinjauan awal didapati bahawa prpgram ini berjaya
memberi pendedahan, ilmu pengetahuan dan kemahiran secara langsung
kepada pihak tahfiz mengenai keusahawanan ternaka ikan air tawar. Maka
dicadangkan untuk diadakan pemantauan secara berskala oleh pihak Kolej
komuniti Lipis. Selain itu, penulis juga cadangkan supaya dipelbagaikan jenis-
jenis ikan air tawar yang diternakan seperti ikan tilapia dan ikan keli kerana
setakat ini hanya ikan patin, tilapia dan lapam jawa sahaja yang diternakan.
Semoga projek ini mendatangkan manfaat kepada para pelajar tahfiz dan
boleh menjadi panduan untuk mereka menceburi bidang keusahawanan
ternakan ikan air tawar kelak.
97
RUJUKAN
Ab. Mumin Ab Ghani Suhaili Sarif. (2005). Penerapan Budaya
Keusahawanan Dalam Masyarakat Islam. Seminar Keusahawanan
Peringkat Kebangsaan Tahun 2005. Kuala Lumpur : Universiti
Malaya.
Anon. (2022). MAFI galak Jabatan Perikanan Negeri Laksana Kempen
Makan Ikan Air Tawar. Diperoleh dari
https://sabahmedia.com/2022/03/25/mafi-galak-jabatan-perikanan-
negeri-laksana-kempen-makan-ikan-air-tawar pada 7 September 2022.
Anon. (2022). Kempen ‘Jom makan Ikan Air Tawar’ bantu jana pendapatan
pengusaha produk asas tani. Diperoleh dari
https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/40645-kempen-jom-makan-
ikan-air-tawar-bantu-jana-pendapatan-pengusaha-produk-asas-tani pada
7 September 2022.
Farah Diyana Ariffin, Azhar Abdul Halim, Marlia Mohd Hanafiah & Nor Azira
Ramlee. (2019). Kebolehupayaan Fitoremediasi oleh Azolla pinnata
dalam Merawat Air Sisa Akuakultur. Sains Malaysiana 48(2)(2019): 281–
289. Diperoleh dari http://dx.doi.org/10.17576/jsm-2019-4802-03 pada
27 Julai 2022
Ismail Maidin, Saifulazry Mokhtar, Irma Wani Othman &Mohd Maziz al-Hadi
Moharam. (2021). Peranan Motivasi Dakwah Dalam Bidang
Keusahawanan: Satu Tinjauan Awal. International Journal of Accounting,
Finance and Business (IJAFB). Volume:6 Issues: 37 [November, 2021]
Special Issues pp. 157 - 169]
Lia Amira Said, Muhammad Azim Izzani, Nik Marzuki Sidik & Fareed Sairi.
(2017). Pemencilan dan Pengenalpastian Bakteria Daripada Madu
Kelulut. Undergraduate Research Journal for Biomolecular Sciences and
Biotechnology. ISSN 2600-7983
Muhammad Fathi Noordin. (2018). Al-Kafi #853: Hukum Memakan Makanan
Laut Dan Penyu. Diperoleh dari https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-
fatawi/2688-al-kafi-853-hukum-memakan-makanan-laut-dan-penyu pada
7 September 2022
98
Nai’mah & Sheerad Sahid. (2020). Penerapan Tingkah Laku Budaya
Keusahawanan Islam Dan Budaya Kaizen Jepun Dalam Meningkatkan
Prestasi Perniagaan Usahawan Bumiputera. Proceedings Of The
International Conference Of Future Education And Advances (ICOFEA)
2020. eISBN 978-967-14616-7-9
Nurkhalisah Aliah Binti Rohaimi & Hasanah Binti Abd. Khafidz. (2021).
Keusahawanan Menurut Islam Dan Cabaran Pelaksanaannya Secara
Dalam Talian. Kolokium Prasiswazah Program Pengajian Dakwah dan
Kepimpinan 2021
Razalee Sedek & Nor Farhana Mohd Samwil. (2014). Penerimaan Sajian Ikan
Air Tawar dalam Kalangan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
(Acceptance of Freshwater Fish Meal Among Students in Universiti
Kebangsaan Malaysia). Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 12 (1) 2014:
57-66 Kertas Asli/Original Articles
Wan Hilmi Wan Abdullah. (2017). Peluang dan kerjaya dalam bidang
keusahawanan islam dan cabaran terhadap pelajar-pelajar luar negara
masa kini. Siri Bicara Keusahawanan Islam KPKM, Mesir
99
KOLABORASI KOLEJ KOMUNITI BENTONG
DAN MASJID TENGKU SULAIMAN KETARI BENTONG
Rusliana Binti Rusle1, Khairiana Binti Razali2
& Nazatul Azura Binti Masdar3
1 2 3 Kolej Komuniti Bentong, Pahang
Abstrak
Kolaborasi adalah elemen yang penting dalam pelaksanaan Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat (PISH). Dalam kepelbagaian kekangan yang dihadapi ketika
melaksanakan PISH, kolaborasi dapat membantu memudahkan proses
tersebut. Kolaborasi adalah elemen yang bermakna dalam banyak cabang
perkara. Pelan Strategik Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-
2025 juga telah menggariskan memperkukuhkan kolaborasi pihak industri dan
komuniti sebagai Teras Strategik Kelima. Justeru, kolaborasi Kolej Komuniti
Bentong bersama Masjid Tengku Sulaiman Ketari Bentong dilihat sebagai
usaha yang signifikan bagi mencapai matlamat yang memanfaatkan ummah.
Kaedah yang telah dilaksanakan adalah melalui perkongsian fasiliti, peralatan
dan ruang latihan; perkongsian kepakaran dan konsultansi; penglibatan dalam
pelbagai aktiviti kemasyarakatan; penganjuran program latihan; pembangunan
ekonomi; dan erat silaturrahim. Sebagai Pengarah Program, pemantauan
terhadap keseluruhan program perlu dilaksanakan bagi memastikan ia bergerak
ke arah matlamat yang ditetapkan. Kolaborasi ini memberikan impak yang baik
dari sudut ekologi, ekonomi dan sosial.
Kata kunci: Pendidikan Sepanjang Hayat; Pendidikan Islam Sepanjang Hayat;
kolaborasi.
100
1.0 PENGENALAN
Pendidikan adalah satu pelaburan yang bernilai bagi melahirkan generasi yang
akan memimpin negara. Ilmu pengetahuan dan kemahiran masyarakat juga
adalah elemen penting yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan
kesejahteraan negara. Elemen dan impian ini mampu dicapai dengan
sokongan sistem pendidikan negara yang baik. Usaha ini bukanlah usaha satu
pihak atau kementerian terlibat sahaja, tetapi ia memerlukan kerjasama dan
sumbangan pelbagai pihak secara langsung ataupun tidak langsung.
Cakna tentang ilmu dan pengetahuan meningkat sejak pembelajaran
sepanjang hayat (PSH) di sebarkan. Pembelajaran sepanjang hayat
menyedarkan tentang sesiapa sahaja boleh belajar sepanjang hayat tanpa
batasan umur. Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan proses
menimba ilmu secara peribadi mahupun secara professional yang dilakukan
sepanjang masa dengan iltizam motivasi dalaman seseorang individu atau
kumpulan. Sesi perkongsian ini boleh berlaku secara formal atau tidak formal,
yang lebih fleksibel dan mudah diikuti. Pendidikan Islam Sepanjang Hayat
(PISH) merupakan inisiatif terbitan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang
telah menjadi sebagai satu dasar utama negara. Inisiatif ini menggabungkan
latihan kemahiran dan pendidikan agama demi membentuk masyarakat yang
berilmu, mempunyai nilai, beriman dan bertakwa yang menjamin kesejahteraan
dalam kehidupan yang telah di war-warkan pada 5 April 2014 bertempat di
Kolej Komuniti Ledang, Johor.
1.1 Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH)
Ilmu atau pendidikan adalah alat untuk membina kognitif, fizikal dan roh bagi
menjadikannya personal yang berpengetahuan dan holistik. Agama Islam
mensyariatkan tuntutan menuntut ilmu, sabda Nabi Muhammad yang
diriwayatkan oleh Ibnu Majah, "menuntut ilmu adalah wajib ke atas tiap-tiap
orang Islam”. PISH adalah gabungan konsep dunia dan akhirat yang
memberikan kesinambungan Pendidikan Islam sepanjang hayat kepada setiap
individu tanpa mengira batasan umur, status mahupun pekerjaan sebagai
bekalan amalan yang akan di hisab di akhirat. Manakala bagi
konsep duniawi pula, PISH adalah konsep memperolehi ilmu dan kemahiran
yang amat diperlukan bagi seseotang individu selagi mana hidupnya di atas
dunia terutama pelajar tahfiz, pelajar sekolah pondok, pelajar maahad, belia
dan komuniti.
101
PISH di bawah Kolej Komuniti Bentong, Jabatan Pendidikan Politeknik dan
Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi mendekati komuniti bagi
membantu melengkapi diri secara menyeluruh dalam aspek pembangunan diri
dan cara hidup seorang Muslim sejati. Ini bertepatan dengan objektif PISH iaitu
untuk memberikan kesinambungan pendidikan Islam yang berterusan kepada
setiap lapisan masyarakat. Ilmu pengetahuan Islam dan pembangunan
merupakan satu gandingan utuh yang saling memerlukan diantara satu sama
lain. Hakikat ini disahut oleh Kolej Komuniti Bentong bersama rakan kolaborasi,
Kariah Masjid Tengku Sulaiman Ketari Bentong telah bergabung dengan
matlamat menjadikan PISH sebagai amalan kehidupan dan nafas peradaban.
Agama Islam sememangnya amat menggalakkan umatnya untuk bijak pandai
dalam pelbagai cabang ilmu. Ilmuwan Islam yang lahir terdahulu sememangnya
mahsyur kerana ilmu dan pengetahuan dan jihad menimba ilmu mereka. Ini
amat sinonim dengan konteks Pendidikan Islam sepanjang hayat. Sebagai
manusia, ilmu yang dimiliki tidak pernah cukup, malah akan sentiasa mengalir
ilmu yang baru supaya seseorang itu menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Kolaborasi yang terjalin antara dua pihak ini bersepakat bergerak ke arah ruang
ilmu yang dapat membuka laluan kehidupan seseorang manusia yang cerah
melalui kecekapan kemahiran, sahsiah diri dan kemantapan personaliti.
1.2 Kolaborasi dalam PISH
Revolusi Perindustrian telah membawa kepada perubahan gaya hidup dan
profil pekerjaan manusia. Beberapa kemahiran tertentu telah menjadi fokus
utama (Fullan, Quinn, & McEachen, 2017). Rajah 1 menggariskan sepuluh
kemahiran penting yang perlu di asah dan dimiliki oleh pekerja menjelang 2025
(World Economic Forum, 2020). Terdapat beberapa kemahiran yang dikaitkan
dengan kolaborasi iaitu koordinasi dengan orang lain, perundingan dan
pengurusan manusia (Ismail, Ishak, Yuet, & Kamaruddin, 2019).
102
10 •Penyelesaian Masalah
kemahiran •Pemikiran Kritikal
bagi tahun 2025 •Kreativiti
•Pengurusan Manusia
•Koordinasi dengan orang lain
•Kebijaksanaan emosi
•Pembuatan keputusan dan pengadilan
•Orientasi perkhidmatan
•Perundingan
•Fleksibel Kognitif
Rajah 1: Sepuluh Kemahiran Pekerja Menjelang Tahun 2025
Ini menunjukkan kolaborasi menjadi instrumen yang penting menjelang tahun
2025 bagi merapatkan hubungan antara pihak yang terlibat walaupun pelbagai
profil personaliti, kelayakan akademik, status ekonomi dan sebagainya.
Kolaborasi adalah satu gaya perhubungan bekerjasama yang melibatkan dua
orang atau lebih bagi mencapai tujuan yang serupa. Kolaborasi sepenuhnya
adalah komunikasi dan perundingan pihak yang terlibat agar saling melengkapi
kea rah matlamat yang sama (Salvato, Reuer, & Battigalli, 2017).
Kedua rakan kolaborasi mempunyai keunikan dan nilai yang menyumbang
kepada pembentukan umat yang holistic secara keseluruhannya. PISH, situasi
semasa dan sains teknologi saling perlu memerlukan bagi membentuk
ekosistem yang stabil. Gagasan kolaborasi memberi fokus kepada melahirkan
umat yang kita daya tahan mental, mampu bersaing, beradab dan berakhlak
serta berwawasan membawa Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang
maju. Melalui jaringan kolaborasi meliputi pelbagai bidang, ia akan memberikan
keupayaan aksesibiliti masyarakat terhadap peluang belajar ilmu dan kemahiran
dunia dan akhirat. Keseimbangan ini hanya dapat dicapai melalui pegangan
agaman dan tauhid yang utuh. Sekiranya nilai agama yang diterapkan ini dapat
dihayati maka pembangunan yang adil dapat diwujudkan dan juga akan dapat
dikekalkan.
103
1.3 Amalan Baik: Kolaborasi Kolej Komuniti Bentong
dan Masjid Tengku Sulaiman Ketari Bentong
Kolaborasi ini dimeterai pada tahun 2021 melibatkan Kolej Komuniti Bentong,
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian
Tinggi bersama Masjid Tengku Sulaiman, Ketari Bentong. Berikut adalah
maklumat kedua organisasi:
104
105
Jadual 1: Maklumat Kolej Komuniti Bentong dan Masjid Tengku Sulaiman
3.0 METOD / KAEDAH PELAKSANAAN AMALAN BAIK
Teras strategik kelima Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-2025
iaitu memperkukuh kolaborasi dan komuniti dengan memastikan sumbangan
signifikan kepada negara dan komuniti. Kolaborasi terjalin melibatkan perkara
berikut:
3.1 Perkongsian Fasiliti, Peralatan dan Ruang Latihan
Program-program yang dijalankan telah dilaksanakan di kemudahan yang
tersedia di Kolej Komuniti Bentong dan di Masjid Tengku Sulaiman.
106
Fasiliti di masjid telah diperbaiki dan dikemaskini menjadi ruang pembelajaran
yang kondusif oleh Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti
Bentong dengan kelengkapan kerusi, meja, papan putih dan kemudahan poin
elektrik yang diperlukana sewaktu program dijalankan.
3.2 Perkongsian Kepakaran dan Konsultansi
Sebuah bengkel pemprosesan makanan dalam proses untuk disiapkan dan
berada pada fasa perbincangan bersama Bahagian Kawalan Mutu Makanan,
Pejabat Kesihatan Daerah Bentong. Bengkel ini akan dibaikpulih seperti
saranan kepakaran Pensyarah Unit Teknologi Pembinaan Bangunan dan Unit
Teknologi Elektrik, Kolej Komuniti Bentong.
3.3 Penglibatan Dalam Pelbagai Aktiviti Kemasyarakatan
Penglibatan Kolej Komuniti Bentong dalam Program Imarah Masjid Ramadhan
1443H iaitu Program Tadarus al-Quran sepanjang Ramadhan dan Majlis
Khatam al-Quran di Masjid Tengku Sulaiman yang turut melibatkan penglibatan
Pejabat Agama Islam Daerah Bentong. Program ini berjaya mewujudkan
suasana kemesraan sesama Muslim walaupun dalam kesibukan anggota
masyarakat menjalankan urusan pekerjaan harian. Selain itu, program ini juga
membantu masyarakat menjalani Ramadhan dengan lebih seronok dan
bermanfaat. Ini juga sebagai satu platform perkongsian ilmu dan pengalaman
dalam menghayati keberkatan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan.
3.4 Penganjuran Program Latihan
Melalui kerjasama aktif antara Kolej Komuniti Bentong dan Masjid Tengku
Sulaiman Ketari Bentong beberapa kursus kemahiran dilaksanakan iaitu
Kursus Pembuatan Mi Kuning, Kursus Penghasilan Florentine dan Kursus
Penghasilan Biskut Brownies. Modul bagi kursus-kursus ini turut dimuatkan
ilmu keusahawanan mencakupi subtopik kos, pembungkusan dan pasaran.
Kursus-kursus lain yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat adalah
Kursus Pengurusan Jenazah (Lelaki), Kursus Pengurusan Jenazah (Wanita),
Kursus Dekorasi Pelamin.
107
3.5 Pembangunan Ekonomi
Pembangunan ekonomi sebenarnya tidak terasing dengan nilai kemasyarakat
sosial kerana pembangunan ekonomi pada dasarnya adalah dilihat sebagai
pembangunan manusia yang mencakupi pembangunan sosial dan keluarga.
Salah satu pendekatan yang dititikberatkan dari jaringan kolaborasi ini adalah
pembangunan ekonomi dengan membuka ruang dan jalan mmencebur diri
dalam dunia perniagaan. Bagi merealisasikan hasrat ini, Kolej Komuniti
Bentong dan Masjid Tengku Sulaiman Ketari Bentong telah menguruskan
pendafaran asnaf-asnaf Daerah Bentong sebagai ahli baru Koperasi Kariah
Masjid Tengku Sulaiman Ketari Bentong melalui saham dan yuran
pendahuluan bernilai RM310 bagi setiap ahli baru iaitu seramai 25 orang.
Sumbangan dana sepenuhnya dari Masjid Tengku Sulaiman Ketari Bentong
dan sesi pendaftaran telah diadakan pada 1 September 2022. Bagi tujuan
memajukan ekonomi, produk mi kuning telah dijadikan produk pertama
Koperasi Kariah Masjid Tengku Sulaiman Ketari Bentong dengan kerjasama
Kolej Komuniti Bentong. Produk ini telah di bawa ke Program Pengumpulan
dan Penilaian Produk Koperasi Pantai Timur anjuran Angkatan Koperasi
Kebangsaan Malaysia Berhad. Produk Mi Kuning ini telah menerima pujian,
galakan dan nasihat yang sangat positif semasa dibentangkan dalam sesi
pitching yang dihadiri oleh panel-panel pakar seperti berikut:
i. SIRIM Berhad
ii. Serunai COE Sdn Bhd
iii. Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan Universiti Pertanian
Malaysia
iv. KincirMas Sdn Bhd
Usahawan yang terlibat telah mula berniaga dan memperolehi keuntungan
hasil jualan secara kecil-kecilan dengan menggunakan peralatan yang
dipinjamkan oleh pihak masjid dan khidmat konsultansi keusahawanan oleh
Kolej Komuniti Bentong.
108
3.6 Erat Silaturahim
Objektif pelaksanaan PISH adalah untuk membina hubungan dan merapatkan
silaturrahim antara pihak yang terlibat. Impaknya pada jangka masa setahun
pertama, metod yang dilaksanakan mampu mencipta hubungan dan ukhuwah
yang dilihat tercapai dengan peningkatan kolaborasi Kolej Komuniti Bentong
bersama institusi keagamaan dan jabatan luar. Hasil kolaborasi dua pihak ini
telah membawa kepada usahasama pihak lain juga iaitu:
i. Koperasi Kariah Masjid Tengku Sulaiman Ketari Bentong
ii. Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad Daerah Bentong
iii. Bahagian Kawalan Mutu Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Bentong
iv. Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia Islam Malaysia (YaPEIM)
Pahang
v. Unit Teknologi Pembinaan Bangunan, Kolej Komuniti Bentong
vi. Unit Teknologi Elektrik, Kolej Komuniti Bentong
vii. Unit Pengoperasian Perniagaan, Kolej Komuniti Bentong.
viii. Unit Teknologi Maklumat, Kolej Komuniti Bentong
4.0 PERANAN CALON DALAM AMALAN BAIK
Jawatan sebagai Pengarah Program yang bertanggungjawab terhadap:
i. Hala tuju pelaksanaan program secara keseluruhannya bagi
perancangan aktiviti jangka masa pendek dan panjang.
ii. Merancang dan melaksanakan perancangan agar matlamat kolaborasi
ini dapat dicapai.
iii. Memantau dan memudahcara aktiviti personal dan agensi lain yang
terlibat.
5.0 IMPAK AMALAN BAIK
Kolaborasi ini menampakkan usaha ke arah pembelajaran Islam sepanjang
hayat yang digembeling dengan ilmu kemahiran moden, yang dapat
membangunkan manusia supaya mampu menjadi faktor pelancar dalam
ekonomi dan industri negara. Dari sudut keusahawanan, sememangnya kedai
runcit yang dibangunkan oleh pihak masjud telah beberapa tahun beroperasi
dalam Kawasan masjid denngan menjadikan produk masyarakat setempat
sebagai produk jualan. Kini, produk utama masjid untuk diniagakan adalah
produk hasil jenama sendiri. Ini satu pencapaian yang hebat. Jika tidak mampu
gah dan bersaing di pasaran terbuka sekalipun, kolaborasi ini
memperkukuhkan PISH itu sendiri.
109
Dapatlah disimpulkan disini bahawa kolaborasi ini membawa kepada
keseimbangan ilmu dalam ruang lingkup individu, keluarga, komuniti setempat
yang menjadi agen generasi pembangun negara dalam aspek keseimbangan
ilmu dunia dan akhirat. Pastinya ia tidak dapat diukur dalam jangka masa
pendek, namun semoga Allah kurniakan keberkatan usaha murni ini dapat
membawa kepada keseimbangan ilmu dalam amalan kehidupan ang menjurus
kepada praktis tindakan. Besar impian untuk melihat generasi yang seimbang
hasil jalinan ilmu PISH yang tahu menggunakan sumber alam secara
bijaksana dan mempunyai hati yang sentiasa bersyukur untuk bersama-sama
membangunkan diri sendiri, masyarakat dan negara secara lestari.
Impaknya berfokus kepada tiga faktor utama yang dijadikan kayu ukur dalam
melihat keberhasilan pembangunannya iaitu ekologi, sosial dan ekonomi.
i. Ekologi
Dinilai dari sudut kebersihan, kehijauan dan sumber aslinya. Setiap penrangan
aktiviti yang dijalankan mendapatkan pandangan dari pihak yang berkenaan
agar ia dijalankan berdasarkan akta, peraturan yang termaktub. Sebagai
contoh status produk makanan halal yang sedang diusahakan bagi produk Mi
Kuning mendapat nasihat dari pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi
Malaysia Islam Malaysia (YaPEIM).
ii. Ekonomi
Dilihat dari sudut teknologi, keuntungan, dan daya saingnya. Beberapa orang
asnaf telah mula berniaga secara kecil-kecilan, yang membolehkan mereka
menjana pendapatan dan membuka mata tentang dunia perniagaan.
iii. Sosial
Dilihat dari sudut tenaga manusia dan kehidupan manusia itu sendiri secara
menyeluruh. Membina modal insan menurut perspektif Islam ialah satu
keunggulan keperibadian yang dimiliki oleh manusia melalui penguasaan ilmu
pengetahuan, kemahiran yang tinggi dan akhlak yang mulia dalam konteks
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan bagi sesuatu
pekerjaan. Didalam Islam, asas kebolehupayaan dan daya saing seseorang
individu itu adalah berasaskan kepada ciri-ciri yang telah digariskan didalam al-
Quran. Pembangunan manusia telah dapat dimulai melalui jaringan kolaborasi
ini dengan meningkatkan kemampuan individu, organisasi dan masyarakat
melalui pendidikan.
110
6.0 KESIMPULAN
Kolaborasi merupakan instrument yang menyumbang kepada pembudayaan
Pendidikan Islam sepanjang hayat. Ia menyumbang kepada kemenjadian
melalui perkongsian pengalaman yang pelbagai, buah fikiran dan
pembelajaran dalam masyarakat. Hasil daripada perkongsian tersebut,
penyedia pendidikan dan latihan berupaya meningkatkan kepakaran dalam
memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Kesepakatan dalam kolaborasi adalah perkara yang perlu dijaga oleh pihak
yang terlibat bagi memastikan semua pihak yang terlibat sentiasa bergerak ke
hadapan. Dengan dokongan individu, kumpulan dan organisasi yang terlibat,
koordinasi kolaborasi akan mencapai kejayaan. Jika terdapat isu berbangkit,
ianya perlu ditangai sebaiknya bagi memastikan kelestarian sesebuah
kolaborasi.
111
RUJUKAN
Fullan, M., Quinn, J., & McEachen, J. J. (2017). Deep Learning: Engage the
World Change the World. Connecticut: Corwin Press.
Ismail, K., Ishak, R., Yuet, F. K., & Kamaruddin, S. H. (2019). Komuniti
pembelajaran profesional sebagai budaya kolaborasi profesional
sekolah: Teori dan amalan. Malaysian Journal of Society and Space,
261-273.
Jabatan Agama Islam Pahang. (2005). Panduan Pengurusan dan
Pentadbiran Masjid Kariah Negeri Pahang. Kuantan: Jabatan Agama
Islam Pahang.
Kolej Komuniti Bentong. (2018). Laporan Tahunan 2018 Kolej Komuniti
Bentong. Karak: Unit Pengurusan Maklumat dan Korporat.
Salvato, C., Reuer, J., & Battigalli, P. (2017). Cooperation across
Disciplines: A Multilevel Perspective on Cooperative Behavior in
Governing Interfirm Relations. Academy of Management, 960–1004.
World Economic Forum. (2020). The Future of Jobs Report 2020. Geneva:
World Economic Forum.
112
PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT (PISH): KOLABORASI,
PELAKSANAAN DAN IMPLIKASI TERHADAP MAAHAD TAHFIZ SEKITAR
BENTONG, PAHANG.
Khairiana Binti Razali1, Rusliana Binti Rusle2
& Suriyati Binti Abdul Mokhtar3
1 2 3 Kolej Komuniti Bentong, Pahang
ABSTRAK
Kolej Komuniti telah diangkat sebagai Hab Pembelajaran Sepanjang Hayat
(PSH) melalui Memorandum Menteri Pengajian Tinggi (No. 296/2456/2005)
pada tahun 2005. Pelaksanaan PSH adalah melalui kursus-kursus jangka
pendek yang diadakan kepada komuniti tanpa mengira usia dan pendidikan.
Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) telah memilih Kolej
Komuniti sebagai institusi penggerak pelaksanaannya. Program yang
menggabungkan aspek kemahiran dan pendidikan agama ini mampu
melahirkan modal insan dengan imbangan duniawi dan ukhrawi. Kajian ini di
jalankan bagi mengenalpasti kolaborasi dan kaedah pelaksanaan program
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di Kolej Komuniti Bentong serta
melihat implikasi pelaksanaan program ini terhadap Maahad Tahfiz sekitar
Bentong. Kaedah temubual dan dokumentasi digunakan sebagai instrumen
dalam kajian ini. Hasil dapatan menunjukkan pelaksanaan program PISH Kolej
Komuniti Bentong memberi impak amalan baik dari pelbagai aspek terhadap
pelajar, Maahad Tahfiz di sekitar Bentong dan Kolej Komuniti Bentong sendiri.
Diharap perlaksanaan program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH)
dapat diteruskan pada masa akan datang dalam meningkatkan kemahiran
teknikal dan memperkayakan bakat pelajar-pelajar tahfiz untuk diaplikasikan di
masa hadapan.
Kata kunci: Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat (PISH), Kolej Komuniti, Impak Amalan Baik, Kolaborasi,
Maahad Tahfiz.
113
1.0 PENGENALAN
Pelaksanaan program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di Kolej
Komuniti merupakan salah satu inisiatif Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat
(PSH) yang menekankan kesinambungan Pendidikan Islam secara berterusan
kepada komuniti setempat dan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur.
Kepentingan PISH ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu pendidikan untuk
pemangkin generasi pada masa hadapan, pemangkin kepada masyarakat dan
memberikan kesinambungan Pendidikan Islam menurut Md Ramli et al. (2014).
Atas dasar kepentingan ini dan tanggungjawab kepada masyarakat setempat,
Kolej Komuniti Bentong melalui kaedah pembelajaran secara bermodul
mahupun kursus mengikut permintaan dan kesesuaian Maahad Tahfiz
bertanggungjawab memberikan ilmu berbentuk kemahiran dan keusahawanan
kepada golongan sasaran dalam jalinan kolaborasi setempat.
Kolej Komuniti Bentong yang bertempat di KM6, Karak Setia, Pahang telah
beroperasi melebihi 19 tahun. Ditubuhkan pada tahun 2003, Kolej Komuniti
Bentong bukan sahaja menawarkan pengajian dalam bidang TVET yang
memenuhi keperluan industri malahan Kolej Komuniti Bentong juga
menawarkan kursus pendek kepada komuniti setempat seiring dengan agenda
transformasi negara iaitu meningkatkan daya saing melalui pembangunan
ekonomi sekitar Pahang terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang
serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang
dinamik melalui pembelajaran sepanjang hayat (PSH) dan pembelajaran islam
sepanjang hayat (PISH). Melalui Pelan Pembangunan Modal Insan, PSH telah
diletakkan sebagai tonggak ketiga dalam Pelan Induk Pembudayaan PSH
Peringkat Nasional 2011 – 2020.
Rajah 1: Pelan Induk Pembudayaan PSH Peringkat Nasional 2011 - 2020
114
Melalui lonjakan ketiga pula, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-
2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat
menyatakan: Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) membolehkan warga
Malaysia mendapat ilmu dan kemahiran bersesuaian dengan model ekonomi
berpendapatan tinggi. PSH mampu mengembeleng potensi individu yang
masih belum berada dalam pasaran kerja menerusi pelbagai peluang
meningkatkan kemahiran. PSH juga boleh memupuk minat dan menyemai
bakat untuk kehidupan yang lebih bermakna. Menerusi PSH, pendidikan tidak
hanya terhad kepada usia muda, tetapi perlu dilanjutkan sepanjang hayat.
Begitu juga dengan pelaksanaan program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat
(PISH) Kolej Komuniti Bentong yang merupakan inisiatif Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) melalui kursus berkaitan pendidikan Islam yang
diperluaskan di kawasan komuniti terdekat seperti sekolah – sekolah, dewan
orang ramai, agensi kerajaan mahupun swasta, pusat tahfiz dan masjid.
Rajah 2: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
115
2.0 RASIONAL / JUSTIFIKASI AMALAN BAIK
Kajian ini di jalankan bagi mengenalpasti kolaborasi dan kaedah pelaksanaan
program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di Kolej Komuniti Bentong
serta melihat implikasi pelaksanaan program ini terhadap Maahad Tahfiz sekitar
Bentong. Kajian ini juga penting di dalam mengkaji pelaksaan program ini
seiring dengan matlamat PISH dalam memberi ruang dan peluang pelajar
Maahad Tahfiz dari segi kemahiran, keusahawanan serta celik teknologi. PISH
telah dilaksanakan melalui beberapa fasa. Fasa pertama bermula pada tahun
2014 dengan bertemakan "Membina Hubungan Dan Mengeratkan Ukhuwah".
Melalui tema ini sahaja dapat kita lihat hubungan dan ukhuwah yang
dimaksudkan merujuk kepada “kolaborasi” yang dibina. Pada tahun 2015, fasa
kedua bermula dengan bertemakan “Memperkasa Bakat Insan”. Ini dapat
dilaksanakan dalam pelbagai kluster yang telah ditetapkan oleh Jabatan
Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK). Melalui dapatan yang diperolehi, ianya
mampu membantu pihak kerajaan dan juga organisasi luar di dalam merangka
atau menyumbang kursus mengenai ilmu pendidikan islam.
Rajah 3: Strategi dan Inisiatif PSH
116
Rajah 4: Kluster Kursus Pendek
Program Latihan Kemahiran Kepada Pelajar Di Institusi Tahfiz Dan Sekolah
Pondok Di Bawah Peruntukan Kumpulan Wang Amanah Covid-19 (2021)
merupakan satu inasiatif terbaik yang dilakukan oleh JPKK dalam memberi
ilmu pengetahuan melalui PISH. Peruntukan yang disalurkan membolehkan
Kolej Komuniti Bentong mengadakan pelbagai kursus bersama Maahad Tahfiz
dan pihak masjid. Bukan sahaja Kolej Komuniti Bentong yang mendapat
menfaat daripada program ini, malahan sebanyak 54 kolej komuniti telah
terpilih bagi melaksanakan Program Latihan Kemahiran kepada Pelajar di
Institusi Tahfiz dan Sekolah Pondok (PKTP) 2021 Fasa 1 di bawah peruntukan
Kumpulan Wang Amanah Covid-19 (KWC) yang dijadualkan bermula bulan
April 2021.
117
3.0 METODOLOGI / KAEDAH PELAKSANAAN AMALAN BAIK
Kaedah temubual dan dokumentasi yang diperolehi daripada Unit
Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Bentong digunakan sebagai
instrumen kajian ini. Bagi mendapatkan data yang lebih tepat, kajian berbentuk
kualitatif telah dijalankan. Data dikumpulkan melalui beberapa sumber iaitu:
Data Primer : Kaedah temubual bagi mengenalpasti maklumat tentang
pelaksanaan program PISH di Kolej Komuniti Bentong melalui Pensyarah,
Pengajar dan Penyelaras PSH. Manakala data implikasi terhadap Maahad
Tahfiz sekitar Bentong diperolehi daripada temubual bersama Mudir Maahad
Tahfiz, pelajar Maahad Tahfiz, Pengajar dan Penyelaras PSH.
Data Sekunder : Data dan statistik diperolehi daripada sistem ePSH yang
dibangunkan oleh JPKK melalui Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej
Komuniti Bentong.
Pelaksanaan kursus pendek PISH ini telah dilaksanakan di beberapa
Maahad Tahfiz antaranya Ma’ahad Tahfiz Muhammadi, Raub ; Pondok
Pengajian Tahfiz Al Quran & Hadis Al Fathonah, Janda Baik ; Tahfiz Integrasi
Ibnu Soleh, Lanchang ; Maahad Tahfiz Al- Hakim, Maahad Tahfiz Al Quran
Imam Malik, Lanchang dan lain – lain bagi sepanjang tahun 2020 - 2022.
Melalui rekod Unit Pendidikan Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Bentong, data
yang diperolehi menunjukkan sebanyak 57 buah kursus PISH telah
dilaksanakan sepanjang tempoh tiga tahun berakhir. Butiran pencapaian
program PISH yang telah dilaksanakan adalah seperti yang berikut:
Tahun Bilangan Peserta Jumlah Kursus PISH
2020 220 6
2021 975 34
2022 (sehingga 682 17
Sept 2022)
Jadual 1: Jumlah Pencapaian Kursus PISH bagi
Tahun 2020 – 2022 KKBentong
Lawatan ke Maahad Tahfiz diadakan terlebih dahulu oleh Unit PSH KK Bentong
bagi melihat sendiri lokasi dan keperluan kursus bagaimana yang boleh
diadakan mengikut kesesuaian peralatan dan kemudahan yang sedia ada di
Maahad Tahfiz. Perbincangan
118
bersama Mudir akan diadakan bagi mendapatkan tarikh & masa yang sesuai
untuk dilaksanakan kursus. Kebiasaannya perbincangan ini sangat
dipermudahkan kerana pusat tahfiz sangat – sangat mengalukan kursus
berbentuk kemahiran yang akan disalurkan. Jenis kursus, tarikh, masa dan
keperluan peralatan serta peruntukan akan dibentangkan melalui kertas kerja
yang akan disemak oleh Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Bentong dan
disahkan oleh Pengarah.
Pondok Pengajian Tahfiz Al Quran & Hadis Al Fathonah, Janda Baik
merupakan pusat tahfiz yang paling banyak berkursus bersama-sama KK
Bentong. Pusat tahfiz ini mempunyai perniagaan sampingan seperti bubur nasi
berlauk dan popia bihun yang dijual di sekitar Janda Baik. Bagi memantapkan
lagi jualan produk mereka, melalui kursus pendek PISH, KK Bentong
menawarkan kursus kemahiran yang berkaitan seperti Kursus Food
Photography, Digital Marketing (Poster Design), Asas Perniagaan, Produk Kuih
– Muih Sejukbeku, Aneka Roti dan Kek. Melalui kursus – kursus ini, Pondok
Pengajian Tahfiz Al Quran & Hadis Al Fathonah, Janda Baik telah berjaya
meningkatkan pendapatan jualan mereka dan ada diantara pelajar nya
menjadikan ini sebagai sumber pendapatan samping ketika cuti sekolah.
Melalui kesungguhan ini, Kolej Komuniti Bentong telah menjalinkan kerjasama
strategik (Kolaborasi) bersama Pondok Pengajian Tahfiz Al Quran & Hadis Al
Fathonah, Janda Baik didalam Projek Sekolah Angkat. Kerjasama strategik ini
memfokuskan perkongsian kemudahan, peralatan dan tempat latihan serta
perkongsian kepakaran dan perundingan latihan kepada Pondok Pengajian
Tahfiz Al Quran & Hadis Al Fathonah, Janda Baik disamping penglibatan dalam
pelbagai aktiviti kemasyarakatan bersama. Manakala Pondok Pengajian Tahfiz
Al Quran & Hadis Al Fathonah, Janda Baik akan berkongsi kepakaran islamik,
menyediakan peserta serta menyediakan tempat berkursus jika diperlukan.
Penglibatan pelajar tahfiz ini di dalam setiap program anjuran Kolej Komuniti
Bentong juga sangat dialukan.
119
Gambar 1: Batu Asas Simbolik Kerjasama Strategik
Selain itu, Ma’ahad Tahfiz Muhammadi, Raub juga merupakan pusat tahfiz
yang mempunyai chalet tersendiri memandangkan lokasi mereka berhampiran
sungai. Dengan kedudukan yang strategik, Kolej Komuniti Bentong telah
menawarkan Kursus Simen Fero dan Stepping Stone. Melalui kursus ini,
Ma’ahad tahfiz ini mampu mencantikkan persekitaran chalet mereka sekaligus
mampu menghasilkan cendawan hiasan untuk jualan sampingan. Kemahiran
dan asas keusahawanan yang telah dipelajari ini merupakan titik permulaan ke
arah peningkatan graduat Maahad Tahfiz.
120
4.0 PERANAN CALON DALAM AMALAN BAIK
Calon berperanan di dalam mengenalpasti pernyataan masalah,
mengenalpasti objektif kajian, mengenalpasti kaedah pelaksanaan,
mengenalpasti rangka kerja, membaca kajian - kajian terdahulu (literature
review), menjalankan temu bual, analisa data dan juga membuat kesimpulan
berdasarkan dapatan/ analisa data.
Selaku pensyarah PSH yang dilantik, kami bertanggungjawab terhadap Teras
5 : Memperkukuhkan Kolaborasi Industri Dan Komuniti di dalam Pelan
Strategik JPPKK melalui KPI 22 : Bilangan penyertaan program PSH.
Penyusunan kursus melalui takwim tahunan mahupun takwim bulanan perlu
dirancang setiap tahun agar pelaksanaan lebih teratur dan mampu memberi
impak yang mendalam terhadap peserta mahupun PISH sendiri. Melalui kertas
kerja, pengenalan berkaitan kursus perlulah jelas selain objektif, rancangan
mengajar dan perancangan perbelanjaan mengikut peruntukan. Kami juga
perlu memastikan prosedur sebelum, semasa dan selepas kursus dipatuhi
oleh pengajar dan penyelaras kursus. Laporan dan dokumen sampingan juga
perlu dihantar oleh pengajar dan penyelaras kursus ke unit PSH untuk
disimpan di dalam fail selain data di dalam sistem ePSH dikemaskini untuk
rujukan JPKK. Hebahan melalui media sosial jega perlu dilakukan agar
komuniti setempat sedia maklum akan kursus yang dilaksanakan oleh Kolej
Komuniti Bentong. Hubungan atau kerjasama ini tidak terhenti di satu - satu
kursus sahaja. Pemantauan berterusan dalam erti kata “bertanya khabar”
sentiasa dilakukan agar ilmu yang dipelajari sentiasa diamalkan dan sesuai
dengan istilah pembelajaran sepanjang hayat.
Rajah 5: Contoh Carta Perbatuan
121
5.0 IMPAK AMALAN BAIK
Melalui penyelidikan yang dijalankan, impak amalan baik yang dapat dilihat
selepas perlaksanaan Kursus PISH kepada pelajar,Pusat Maahad Tahfiz dan
Kolej Komuniti Bentong dapat dirumuskan seperti yang berikut:
5.1 Implikasi kepada Pelajar Maahad Tahfiz
i. Ilmu teknikal dan kemahiran
Melalui perlaksanaan Kursus PISH, pelajar Maahad Tahfiz dapat mempelajari
ilmu teknikal dan kemahiran seiring dengan misi JPPKK dalam menyediakan
akses yang meluas kepada program TVET yang berkualiti melalui
perlaksanaan kursus pendek yang ditawarkan di kolej komuniti seluruh
Malaysia. Selaras dengan Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang
Hayat Peringkat Nasional (2011-2020), Kolej Komuniti juga menawarkan
program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Antara inisiatif pelan tersebut
ialah pelaksanaan program PSH, sama ada secara formal, tidak formal atau
bukan formal dalam pelbagai bidang kemahiran yang diperlukan oleh individu,
komuniti dan pekerja industri (Kementerian Pengajian Tinggi, 2018). Sejajar
dengan harapan tersebut, Kolej Komuniti Bentong memainkan peranan sebagai
institusi yang menawarkan latihan teknikal dan berkemahiran kepada komuniti
setempat melalui program PISH kepada golongan sasaran iaitu pelajar-pelajar
Maahad Tahfiz di sekitar Bentong.
ii. Latihan keusahawanan
Bidang keusahawanan di Malaysia penting kerana ia adalah nadi kepada
perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang merupakan bilangan terbesar
majikan yang menyumbang kepada pekerjaan dan pendapatan negara.
Penubuhan Kolej Komuniti di seluruh Malaysia bertujuan selain daripada
melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi tetapi juga melahirkan pelajar
yang mempunyai ciri keusahawanan. Oleh itu, kolej komuniti juga menjadi
salah satu institusi yang menawarkan kursus yang menerapkan latihan
keusahawanan kepada golongan sasaran melalui perlaksanaan kursus
PSH/PISH. Program PISH yang dilaksanakan kepada Mahaad tahfiz di sekitar
Bentong telah menawarkan latihan yang berciri keusahawanan kepada pelajar-
pelajar Maahad Tahfiz melalui kursus-kursus yang telah dilaksanakan seperti
Kursus Pembuatan Makanan Sejuk Beku, Kursus Pembuatan Simen Fero,
Kursus Pembuatan Roti dan Bun dan sebagainya. Diharap dengan
perlaksanaan kursus tersebut, pelajar dapat mempraktikan latihan
keusahawanan yang diberikan sekaligus melahirkan usahawan yang berjaya
pada masa akan datang.
122
iii. Para Hafiz yang celik teknologi seiring dengan Revolusi 4IR
Sejajar dengan hasrat JPKK menjadikan Kolej Komuniti sebuah institusi TVET
yang berpacukan 4IR seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. Oleh
itu, Kolej Komuniti Bentong mengorak langkah dalam mengharungi cabaran
perkembangan revolusi perindustrian 4.0 dan perubahan teknologi melalui
perlaksanaan program PISH dengan menawarkan kursus-kursus berasaskan
teknologi agar pelajar-pelajar Maahad Tahfiz mampu menggunakan teknologi
komputer, perisian dan gaya pembelajaran masa kini di samping penerapan
ilmu agama yang dipelajari di sekolah mereka (Mohd Nawi, 2020). Kursus yang
menerapkan perkembangan teknologi semasa amat penting kepada para
pelajar supaya mereka dapat menggunakan ilmu dan kemahiran yang ada
dalam mempromosikan produk yang dihasilkan. Melalui program PISH ini
kursus Digital Marketing telah dilaksanakan bagi memenuhi keperluan tersebut.
iv. Persiapan diri ke arah alam pekerjaan dan alami industri sebenar
Persediaan pelajar untuk mengharungi alam pekerjaan dan alami pengalaman
pekerjaan yang sebenar bukan satu proses yang mudah. Selain itu, para
pelajar yang ingin masuk ke alam pekerjaan hendaklah bersedia dari segi
fizikal dan mental. Oleh itu, melalui program PISH yang telah dilaksanakan
telah menerapkan budaya kerja yang sebenar supaya pelajar Maahad Tahfiz
didedahkan kepada alam pekerjaan dan persekitaran industri yang sebenar.
Aplikasi kemahiran teknikal, latihan keusahawanan dan penggunaan teknologi
terkini ditekankan semasa perlaksanaan kursus yang telah dijalankan. Diharap
dengan pengalaman ini, pelajar di Maahad Tahfiz lebih bersedia dari semua
aspek untuk menempuh alam pekerjaan pada masa akan datang.
5.2 Implikasi kepada Pusat Maahad Tahfiz
i. Jalinan kolaborasi aktif
Berdasarkan teras strategik kelima yang digariskan di dalam Pelan Strategik
Politeknik dan Kolej Komuniti (2018 – 2025) iaitu memperkukuhkan kolaborasi
industri dan komuniti dengan memastikan sumbangan signifikan kepada
negara dan komuniti (Mohd Nawi, 2020). Oleh itu, Komuniti Bentong juga telah
membuat jalinan kolaborasi dan membina hubungan luar bersama Maahad
Tahfiz di sekitar Bentong dalam perlaksanaan kursus untuk meningkatkan
kemahiran teknikal dan menyediakan latihan keusahawanan kepada pelajar-
pelajar di Maahad Tahfiz. Dengan terbinanya kolaborasi ini, Pusat Maahad
Tahfiz di sekitar Bentong dapat bertukar ilmu dan kemahiran dalam
memastikan jalinan kolaborasi ini mencapai objektifnya. Melalui peluang ini
juga, semua Maahad Tahfiz yang terlibat dapat memperkembangkan jaringan
sosial di antara satu sama lain.
123
ii. Penawaran ilmu / kursus selain bidang
Melalui perlaksanaan kursus yang dijalankan, pelajar Maahad Tahfiz
ditawarkan ilmu atau kursus selain bidang mereka iaitu pembelajaran
berteraskan kemahiran teknikal, berciri keusahawanan dan penggunaan
teknologi terkini. Dengan kemahiran yang telah dipelajari, Maahad Tahfiz dapat
menggunakan kemahiran tersebut untuk menjana pendapatan organisasi
dengan mempraktikan kemahiran dan latihan keusahawanan yang telah
diberikan. Selain itu juga, mereka mampu mempraktikkan ilmu yang diperolehi
dan akan berkongsi ilmu tersebut kepada orang lain (Omar et al., 2021).
iii. Ruang dan peluang dalam industri
Impak perlaksanaan yang dapat diperoleh oleh Pusat Maahad Tahfiz adalah
ruang dan peluang dalam industri. Penglibatan Pusat Maahad Tahfiz dalam
perlaksanaan program PISH ini bukan sahaja untuk mendapatkan latihan dan
kemahiran tetapi juga sebagai satu peluang untuk menceburi bidang industri
dengan penghasilan produk atau jualan selepas menghadiri kursus di bawah
program PISH. Program PISH di Kolej Komuniti menawarkan program berciri
keusahawanan di mana pelajar dapat dilatih untuk menjadi usahawan dan
mencari peluang dalam industri seperti kursus penghasilan produk sejuk beku
yang telah dijalankan. Peserta telah diberi latihan dan kemahiran untuk
membuat produk sejek beku seperti donut, karipap dan sebagainya dan diajar
cara penyimpanan dan pemasaran produk tersebut.
5.3 Implikasi kepada Kolej Komuniti Bentong
i. Perkongsian ilmu dan kepakaran
Berdasarkan objektif strategik dalam Pelan Strategik Politeknik dan Kolej
Komuniti (2018 – 2025) bagi teras keempat iaitu memperluaskan akses kepada
program TVET. Dengan objektif ini, Kolej Komuniti Bentong memperluaskan
akses kepada program TVET melalui penawaran perkongsian ilmu dan
kepakaran dengan perlaksanaan kursus yang telah dijalankan. Perkongsian ini
sebagai satu kepentingan pendidikan yang dilihat sebagai satu proses
pembangunan masyarakat secara menyeluruh. Program PISH di Kolej
Komuniti meliputi program latihan kemahiran, pembelajaran pendidikan Islam,
dan keusahawan dimana kesemuanya dilaksanakan dalam tempoh yang
pendek iaitu minima lima jam pelaksanaan (Omar et al., 2022). Perkongsian
ilmu dan kepakaran ini disampaikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman
dan berkemahiran dalam menghasilkan pelajar yang holistik, berciri
keusahawanan dan seimbang sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
124
ii. Perkongsian kemudahan, peralatan & lokasi
Perkongsian pintar dengan pihak-pihak berkepentingan seperti agensi, syarikat,
industri dan badan profesional perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak kolej
komuniti bagi menyokong proses pengkomersilan idea melalui pemindahan
teknologi, perkongsian kemudahan dan lokasi. Perlaksanaan program PISH ini
melibatkan kerjasama strategik yang bukan sahaja memfokuskan kepada
perkongsian ilmu dan kepakaran tetapi juga sebagai satu perkongsian
kemudahan, peralatan dan tempat latihan jika diperlukan bagi pelajar-pelajar
dari Maahad Tahfiz di sekitar Bentong. Perkongsian kemudahan dan peralatan
kursus yang diperlukan telah memberi impak yang berkesan dalam
menjayakan perlaksanaan sesuatu kursus yang telah dijalankan.
iii. Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan
Implikasi yang memberi kesan yang mendalam kepada warga Kolej Komuniti
Bentong yang terlibat sepanjang program PISH ini dijalankan adalah
penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan yang telah dijalankan di Pusat
Maahad Thafiz di sekitar Bentong. Kursus yang telah dijalankan bukan sahaja
bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran tetapi juga untuk
mengeratkan silatulrahim antara warga Kolej Komuniti Bentong dan Pusat
Maahad Tahfiz. Kursus ini juga merupakan salah satu medium untuk warga
Kolej Komuniti Bentong mengenali dan melibatkan diri dengan program dan
pelajar di Pusat Maahad Tahfiz.
125
RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025. Retrieved from:
https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/pppm-
2015-2025-pt/1380-2-ringkasan-eksekutif-pppm-2015-2025/file
Kementerian Pengajian Tinggi. (2011). Pelan Strategik Pengajian Tinggi
Negara Fasa 2 (2011-2015). Retrieved from:
https://dokumen.tips/download/link/pelan-tindakan-pengajian-tinggi-
negara-fasa-2-2011-2015
Kementerian Pengajian Tinggi. (2018). Pelan Strategik Politeknik dan Kolej
Komuniti (2018-2025). Retrieved from:
https://www.mypolycc.edu.my/index.php/muat-
turun/penerbitan/download/2-penerbitan/5-psjppkk
Kementerian Pengajian Tinggi. (n.d). Kluster PSH Kolej Komuniti. Retrieved
from: https://www.mypolycc.edu.my/index.php/program/pembelajaran-
sepanjang-hayat-psh/112-psh/380-kursus-pendek-dan-pendidikan-
islam-sepanjang-hayat-pish-kolej-komuniti
Khalid, R., Kandasamy, M. and Mokhtar, N. F. (2019). Kajian persepsi Tahap
Keberkesanan Program Latihan teknikal dan Vokasional
(TVET@Tahfiz) Bermodular di Kalangan Pelajar Tahfiz. eProsiding
Seminar pembelajaran Sepanjang Hayat 2019.
Md Ramli, M. H., Mohamad, I., & Mohd Esin, M. Z. (2014). Impak
Pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Di Kolej Komuniti,
Kementerian Pendidikan Tinggi Bagi Fasa Pertama 2014-
2015/Mohammad Hafeez bin Md Ramli. https://
emcced.edu.my/psh2016/web_paper/2.4.5.pdf
Mohd Nawi, N.A. (2020). Pelaksanaan Program Pendidikan Islam Sepanjang
Hayat (PISH) Kolej Komuniti Tapah Dan Implikasinya Terhadap
Maahad Tahfiz Di Sekitar Tapah. Persidangan Antarabangsa Sains
Sosial dan Kemanusiaan ke-5 (PASAK5 2020) – Dalam Talian 24 & 25
November 2020. e-ISBN: 978 967 2122 906.
126
RUJUKAN
Omar, M. R., Hashim, A., & Nawi, M. Z. M. (2021). Tahap Penerimaan
Peserta Terhadap Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH):
The Level of Participation Acceptance of Lifelong Islamic Education
Courses. ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 5(1),
54-63.
Omar, M. R., Singki, S. N., & Ismail, M. (2022). Amalan Pengajaran Dalam
Kursus Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH). International
Journal of Interdisciplinary and Strategic Studies, 3(4), 240-253.
Taiping, K. K., & Malaysia, K. P (2019). Tinjauan Terhadap Persepsi Peserta
Kursus Pendek Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH) Di
Bawah Program Tahfiz Berkemahiran Bersama KK 2019, Kolej
Komuniti Negeri Perak.
127
JARINGAN KOLABORASI PISH DI PERSADA ANTARABANGSA
Mohd Rashidi Bin Omar1, Maisarah Binti Ismail2
& Khairil Azhar Bin Samsudin3
1 2 Kolej Komuniti Chenderoh, Perak
3 Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam, Perak
ABSTRAK
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menggariskan enam fokus strategik
bagi memacu hala tuju kementerian antaranya adalah memantapkan jaringan
kolaborasi strategik dengan pelbagai agensi, institusi dan NGO sama ada
dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Di bawah agenda
memantapkan jaringan kolaborasi strategik, kepakaran akademia dan
pengalaman praktikal tokoh terkemuka industri serta masyarakat mampu
menghasilkan pemikiran luar kotak yang bersifat penemuan baharu. Unit
Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Chenderoh bersama Bahagian
Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak telah mengorak langkah dalam
menekuni fokus strategik kolaborasi di peringkat antarabangsa melalui
perkongsian ilmu dan kepakaran melalui kerjasama penganjuran seminar dan
konvensyen di peringkat antarabangsa. Jaringan kolaborasi Kolej Komuniti
Chenderoh bersama Jabatan Agama Islam Perak, Pondok Pesantren Sidogiri
Indonesia, Institut Tahfiz Hasanal Bolkiah Brunei, Maahad Tahfiz Thailand dan
Quran Centre dimulai dalam penganjuran Seminar Antarabangsa Teknik
Hafazan Al-Quran Metode Al-Miftah pada tahun 2021 secara dalam talian
tatkala negara dilanda wabak covid 19. Pada tahun 2022, kerjasama
diperluaskan lagi melalui penganjuran Konvensyen Antarabangsa Pendidikan
Islam Kontemporari 2022 bersama Persatuan Intelektual Muslim Malaysia,
Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Sultan Hassanal Bolkiah Institute
of Education, University of Social Sciences and Humanities Faculty of Oriental
Studies Ho Chi Minh City, Vietnam, Universitas Pendidikan Muhammadiyah
Indonesia dan Institut Daeng Kadir Singapura. Kolaborasi ini menyaksikan
pertukaran ilmu dan kepakaran antara pelbagai negara yang sangat
bermanfaat.
128
Berdasarkan penilaian peserta melalui soal selidik dijalankan terhadap
keberkesanan Konvensyen Antarabangsa Pendidikan Islam Kontemporari 2022
mendapati bahawa peserta sangat berpuas hati dengan pembentangan
disampaikan dengan jelas, bahan yang digunakan menarik dan memberikan
pengetahuan baharu dan memberi impak positif kepada diri peserta iaitu
dengan 100% peserta bersetuju akan kenyataan tersebut.
Kata kunci: Amalan Baik PISH, Jaringan Kolaborasi, Antarabangsa
1.0 PENGENALAN
Kementerian Pengajian Tinggi telah menggariskan enam fokus strategik bagi
memacu hala tuju kementerian antaranya adalah memantapkan jaringan
kolaborasi strategik dengan pelbagai agensi, institusi dan NGO sama ada
dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Di bawah agenda
memantapkan jaringan kolaborasi strategik, kepakaran akademia dan
pengalaman praktikal tokoh terkemuka industri serta masyarakat mampu
menghasilkan pemikiran luar kotak yang bersifat penemuan baharu. Unit
Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Chenderoh bersama Bahagian
Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak telah mengorak langkah dalam
menekuni fokus strategik kolaborasi di peringkat antarabangsa melalui
perkongsian ilmu dan kepakaran melalui kerjasama penganjuran seminar dan
konvensyen di peringkat antarabangsa dengan pelbagai institusi pendidikan,
agensi dan persatuan. Hasilnya Seminar Antarabangsa Teknik Hafazan Al-
Quran Metode Al-Miftah pada 2021 dan Konvensyen Antarabangsa Pendidikan
Islam Kontemporari 2022 berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
2.0 RASIONAL DAN JUSTIFIKASI AMALAN BAIK
Objektif pelaksanaan Seminar Antarabangsa Teknik Hafazan Al-Quran Metode
Al-Miftah 2021:
i. Memberi pendedahan kepada peserta untuk memilih strategi pengajaran
dan pembelajaran hafazan al-Quran yang sesuai.
ii. Meningkatkan tahap hafazan al-Quran peserta melalui kaedah yaang
berkesan.
iii. Mengukuhkan jalinan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi
melalui program secara kolaborasi dan aktiviti kebajikan (CSR)
iv. Mempromosikan kolej komuniti dan Jabatan Agama Islam serta agensi
yang terlibat di persada antarabangsa.
129
Objektif pelaksanaan Konvensyen Antarabangsa Pendidikan Islam
Kontemporari 2022:
i. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai cabaran dan
penyelesaian kepada isu pengurusan, pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam pasca pandemik.
ii. Membekalkan kepada para peserta dengan tips aplikasi dan metodologi
yang berkesan dalam pendididikan Islam.
iii. Mengukuhkan jalinan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi
melalui program secara kolaborasi dan aktiviti pendidikan dan
kemasyarakatan di peringkat antarabangsa.
3.0 METODOLOGI / KAEDAH PELAKSANAAN
Jaringan kolaborasi Kolej Komuniti Chenderoh bersama Jabatan Agama Islam
Perak, Pondok Pesantren Sidogiri Indonesia, Institut Tahfiz Hasanal Bolkiah
Brunei, Maahad Tahfiz Thailand dan Nadi Quranic Centre dimulai dalam
penganjuran Seminar Antarabangsa Teknik Hafazan Al-Quran Metode Al-
Miftah 2021 secara dalam talian.
Seminar Antarabangsa Teknik Hafazan Al-Quran Metode Al-Miftah merupakan
kesinambungan daripada Kursus Bahasa Arab Kaedah Al-Miftah yang
dilaksanakan pada tahun 2019 di Hotel Perdana Taiping Perak, anjuran
bersama Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak dan Kolej
Komuniti Chenderoh. Pada tahun 2021 Seminar Antarabangsa Teknik Hafazan
Al-Quran Metode Al-Miftah dilaksanakan secara dalam talian berikutan
perintah kawalan pergerakan semasa pandemik Covid 19.
Gambar 1: Poster Seminar Antarabangsa Teknik Hafazan Al-Quran
Metode Al-Miftah 2021
130
Seminar antarabangsa berjaya menghimpunkan para pendidik dan pelajar dari
seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand. Antara intitusi
dan agensi yang berkolaborasi dan berpartisipasi dalam seminar ini:
i. Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak
ii. Pondok Pesantren Sidogiri Indonesia
iii. Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Hasanal Bolkiah, Brunei
iv. Madrasah Tahfiz Al-Hasani, Patani, Thailand
v. Nadi Quranic Learning Centre (NQLC) Singapura
vi. Kolej Komuniti Chenderoh Perak
vii. Lain-lain institusi dan agensi
Seminar ini mendedahkan teknik hafalan Al-Quran menggunakan metode Al-
Miftah Sidogiri Indonesia yang disampaikan oleh Ust A. Qusyairi Ismail,
Pengasas Mushaf Al-Miftah.
Pada tahun 2022, kerjasama dan kolaborasi strategik diperluaskan lagi melalui
penganjuran Konvensyen Antarabangsa Pendidikan Islam Kontemporari 2022
bersama Persatuan Intelektual Muslim Malaysia, Pusat Islam Universiti
Kebangsaan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Sultan Hassanal
Bolkiah Institute of Education, University of Social Sciences and Humanities
Faculty of Oriental Studies Ho Chi Minh City, Vietnam, Universitas
Muhammadiyah Indonesia dan Institut Daing Abdul Kadir (IRDAK) Singapura.
Konvensyen Antarabangsa Pendidikan Islam Kontemporari 2021 dilaksanakan
rentetan daripada kejayaan penganjuran Seminar Antarabangsa Hafalan Al-
Quran Metode Al-Miftah secara dalam talian yang dilaksanakan pada tahun
2021. Konvensyen Antarabangsa Pendidikan Islam pula memfokuskan
berkaitan isu Pendidikan Islam pasca pandemik Covid 19. Pembentang
konvensyen ini terdiri daripada pakar dalam bidang Pendidikan dari Malaysia,
Brunei, Vietnam, Singapura dan Indonesia.
Penyertaan Konvensyen Antarabangsa Pendidikan Islam terdiri daripada
pensyarah dan guru dalam pendidikan dan pengajian Islam Jabatan Agama
Islam, institusi pendidikan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan
Kementerian Pendidikan Malaysia.
131
Program ini disasarkan kepada peserta jemputan guru dan kakitangan Jabatan
Agama Islam Perak, Guru Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia,
Pensyarah Pendidikan Islam Institut Pendidikan Guru, Politeknik dan Kolej
Komuniti seluruh Malaysia. Peserta luar terbuka seluruh Malaysia, Indonesia,
Singapura, Brunei dan Thailand dan lain-lain.
Pembentangan daripada pakar pendidikan dalam dan luar negara dari
Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Vietnam iaitu:
i. Dr. Ma Thanh Thanh Hoang @ Basiron Abdullah, Visiting Lecturer
University of Social Sciences and Humanities Faculty of Oriental Studies,
Ho Chi Minh City, Vietnam.
ii. Dr. Rustamadji, M.Si. Rektor, Universitas Pendidikan Muhammadiyah,
Pantai Aimas Sorong Papua Barat, Indonesia.
iii. Dr. Nola Fibriyani Salman, Pensyarah Institut Daing Abdul Kadir (IRDAK)
Singapura.
iv. Prof Dato' Dr Ab Halim Tamuri, Profesor Pendidikan Islam, Pusat Kajian
Kepimpinan an dan Polisi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
v. Prof Dr Azmil Hashim, Profesor Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian
Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Gambar 2 : Poster Konvensyen Antarabangsa
Pendidikan Islam Kontemporari 2022
132
4.0 PERANAN CALON DALAM AMALAN BAIK
Antara peranan calon dalam amalan baik ini adalah seperti berikut:
i. Pencetus idea dan penyedia kertas kerja program permohonan bajet
melalui
ii. Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak.
iii. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana dan urus setia bagi Seminar
Antarabangsa Teknik Hafazan Al-Quran Metode Al-Miftah 2021.
iv. Pengarah program dan urus setia Konvensyen Antarabangsa Pendidikan
Islam Kontemporari 2022.Mengadakan perbincangan bersama
penceramah, institusi dan agensi berkaitan kolaborasi penganjuran
seminar dan konvensyen.
v. Menjadi moderator slot pembentangan dalam Konvensyen
Antarabangsa Pendidikan Islam Kontemporari 2022.
vi. Memantau pelaksanaan dan perkembangan perjalanan seminar dan
konvensyen antarabangsa yang dianjurkan.
5.0 IMPAK AMALAN BAIK KEPADA PESERTA DAN INSTITUSI
Antara impak amalan baik jaringan kolabarasi strategik dalam seminar dan
konvensyen antarabangsa yang dianjurkan secara dalam talian:
i. Meningkatkan jaringan kolaborasi strategik di antara agensi dan institusi
sama ada dalam dan luar negara memenuhi tuntutan fokus strategik
Kementerian Pengajian Tinggi.
ii. Pertukaran kepakaran, ilmu dan pengalaman antara ilmuwan dan
cendikiawan melalui penganjuran bersama institusi pendidikan dalam
dan luar negara secara kolaborasi strategik.
iii. Penganjuran seminar dan konvensyen peringkat antarabangsa secara
dalam talian dan berkolaboratif bersama pelbagai agensi dapat
menjimatkan kos pengurusan program, masa, tenaga dan wang ringgit.
iv. Penyertaan peserta seminar dan konvesyen secara dalam talian lebih
ramai
v. berbanding dilaksanakan secara bersemuka.
Berdasarkan penilaian peserta melalui soal selidik dijalankan terhadap
keberkesanan Konvensyen Antarabangsa Pendidikan Islam Kontemporari
2022. mereka sangat berpuas hati dengan pembentangan disampaikan dengan
jelas, bahan yang digunakan menarik dan memberikan pengetahuan baharu,
konvensy ini telah memberi impak positif kepada diri mereka iaitu dengan 100%
peserta bersetuju akan kenyataan tersebut.
133
Laporan Penilaian Peserta Konvensyen Antarabangsa Pendidikan Islam
Kontemporari 2022 atau International Convention Of Contemporary
Islamic Education (ICCIE 2022)
Rajah 1: Isi pembentangan bersesuaian dengan tema konvensyen
Penelitian terhadap penilaian yang telah dibuat oleh peserta ICCIE 2022
menunjukkan majoriti daripada peserta berpuas hati dengan isi pembentangan
bersesuaian dengan tema konvensyen ICCIE 2022 iaitu seramai 67.6% (Amat
Baik) dan 31% (Baik).
Rajah 2: Isi pembentangan memberikan pengetahuan baharu
Selain itu, majoriti peserta juga berpuas hati bahawa isi pembentangan turut
memberikan pengetahuan baru kepada mereka iaitu dengan 71.3% (Amat
Baik) dan 26.9% (Baik).
134
Rajah 3: Penyampai isi pembentangan disampaikan dengan jelas
Majoriti daripada peserta turut berpuas hati dengan isi pembentangan yang
disampaikan jelas oleh panel pembentang ICCIE 2022 iaitu dengan penilaian
70.4% (Amat Baik) dan 28.2% (Baik).
Rajah 4: Bahan yang digunakan oleh pembentang menarik
Kemudian, seramai 212 daripada 216 peserta yang telah membuat penilaian
mengatakan bahawa bahan yang digunakan oleh pembentang menarik iaitu
dengan penilaian 67.6% (Amat Baik) dan 30.6% (Baik).
Rajah 5 : Pelaksanaan konvensyen ICCIE 2022 ini telah
memberi impak positi
135
Justeru itu, seramai 216 orang peserta yang memberi maklum balas terhadap
Konvensyen ICCIE 2022 mengatakan bahawa pelaksanaan konvensyen ICCIE
2022 ini telah memberi impak positif kepada diri mereka iaitu dengan 100%
peserta bersetuju akan kenyataan tersebut.
Berikut merupakan antara beberapa petikan komen dan cadangan yang telah
diberikan oleh peserta terhadap pelaksanaan Konvensyen ICCIE 2022 ini:
i. Pembentangan daripada panel adalah berinspirasi dan diharap dapat
diteruskan di tahun seterusnya.
ii. Sangat baik penyampaian semua pembentang.Terima kasih.
iii. Saya bertuah dapat menghadiri konvensyen ICCIE 2022 ini. Terima
kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat kepada saya dalam
meningkatkan kemahiran dan ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan islam.
iv. Semoga dibuka pembentangan bagi banyak negara lagi. Harap tahun
depan boleh join lagi in shaa allah.
v. Perjalanan majlis yang teratur. Tajuk yang dibincang yg menarik
vi. Perbincangan memberikan persektif berbeza berdasarkan sudut
pandang dan budaya sesebuah negara. Pelaksanaan kurikulum dan
pembelajaran pasca Covid-19 memberikan cabaran dan penyelesaian
yang berbeza setiap negara. Sangat bersetuju dengan pandangan Prof
Dato Dr Ab Halim Tamuri berkaitan pelaksanaan pendidikan islam perlu
menyeluruh merangkumi semua aspek dalam kehidupan manusia
supaya pendidikan rohani selari dengan ilmu aqal.
vii. Perlu perluaskan jalinan antara jpn dan jabatan2 lain supaya konvensyen
ini lebih ramai yang menyertainya dari kalangan pendidik.
viii. Konvensyen ini..membuka mata saya melihat situasi pendidikan Islam di
negara luar yang sebelum ini saya tidak pernah ketahui..terima kasih
kepada penganjur.
ix. Semoga konvensyen pendidikan Islam seperti ini diadakan dengan lebih
kerap lagi. Tahniah dan syabas kepada penganjur kerana telah
menganjurkan program yang sangat bermanfaat dalam dunia pendidikan
Islam. Kolaborasi bersama pakar-pakar Pendidikan Islam dari beberapa
buah negara luar sangat memberikan impak kepada percambahan idea.
Dicadangkan agar diadakan lagi kolaborasi dengan negara luar lain
seperti turki,arab saudi, jepun,china, balkan bahkan negara barat yang
dilihat islam semakin berkembang.
x. Dicadangkan program ini mempunyai siri berikutnya.
136
Kesimpulannya, merujuk kepada maklum balas peserta yang mengikuti ICCIE
2022 tersebut, dapat disimpulkan bahawa pelaksanaan ICCIE 2022 ini telah
berjaya dilaksanakan dengan baik dan cemerlang oleh pihak penganjur. Selain
itu, majoriti daripada peserta turut bersetuju bahawa pelaksanaan ICCIE 2022
berkesan dalam aspek memberi kefahaman dan penjelasan yang mendalam
berkaitan Pendidikan Islam Kontemporari yang melibatkan beberapa negara
iaitu Brunei, Vietnam, Indonesia, Singapura dan Malaysia. Justeru, ramai
daripada peserta turut mencadangkan supaya Konvensyen ICCIE ini dapat
dianjurkan lagi pada masa akan datang samaada dibuat secara bersiri dengan
melibatkan ramai lagi panel daripada negara luar yang membentang. Secara
keseluruhannya, Konvensyen ICCIE 2022 telah memberi impak yang positif
kepada peserta.
137
Sekitar Seminar Antarabangsa Teknik Hafazan Al-Quran Metode Al-Miftah
2021. Berikut adalah gambar sidang seminar secara dalam talian:
Gambar 3: Kehadiran tetamu secara dalam talian
menggunakan aplikasi Cisco Webex
Gambar 4: Ucapan perasmian seminar antarabangsa oleh
Dato’ Haji Mohd Yusof bin Haji Hussin, Pengarah Jabatan
Agama Islam Perak
138
Gambar 5: Perkongsian ilmu bersama Ust A. Qusyairi Ismail,
Pengasas Mushaf Al-Miftah, Pondok Pesantren Sidogiri, Indonesia
Gambar 6: Sesi soal jawab bersama Ust A. Qusyairi Ismail,
Pengasas Mushaf Al-Miftah, Pondok Pesantren Sidogiri, Indonesia
139
Gambar 7: Latihan Metode Al Miftah Lil Ulum Mudah Menghafal Al-Quran
Gambar 8: Peserta Seminar Antarabangsa Teknik Hafalan Al-Quran
Metode Al-Miftah 2021
140