LAMPIRAN
Kursus yang dijalankan di bawah Program Latihan Kemahiran Pelajar Tahfiz
dan Pondok 2022 Fasa 1.
Gambar 8: Program Latihan Kemahiran Pelajar Tahfiz dan Pondok
2022 Fasa 1
190
LAMPIRAN
Kursus yang dijalankan di bawah Program Latihan Kemahiran Pelajar Tahfiz
dan Pondok 2022 Fasa 1.
Gambar 9: Program Latihan Kemahiran Pelajar Tahfiz dan Pondok
2022 Fasa 1
191
RUJUKAN
Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara. (n.d.). Retrieved from
https://www.epu.gov.my/sites/default/files/2021-07/Dasar-4IR-Negara.pdf
Harsanto, B. (2017). Inovasi pembelajaran di Era Digital: menggunakan Google
sites dan media sosial. Unpad Press.
Kassim, Z., & Ahmad, A. R. (2010). E-pembelajaran: Evolusi internet dalam
pembelajaran sepanjang hayat. In proceedings of Regional Conference
on Knowledge Integration in ICT (Vol. 210).
Hanna,K. T. (n.d.) Google Docs. Retrieved from
https://www.techtarget.com/whatis/definition/Google-Docs
Nation, D. (2021, June 23). What Is Google Sites and Why Use It ?. Retrieved
from https://www.lifewire.com/what-is-google-sites-and-why-use-it-
3486337
192
Program PISH Berimpak Tinggi
IMPAK KURSUS PISH: AGRO TEKNOLOGI FERTIGASI DAN HIDROPONIK
DALAM MENINGKATKAN SOSIOEKONOMI
INSTITUSI TAHFIZ
Mohd Rashidi Bin Omar1, Basuriah Binti Yunus2
& Norasimah binti Juahir3
1 2 3 Kolej Komuniti Chenderoh, Perak
ABSTRAK
Perkembangan agro teknologi terkini banyak membantu memajukan negara
terutamanya dalam sektor pertanian. Pelbagai penemuan dan ciptaan sains
diselidik, direka dan digunapakai dalam sektor pertanian. Sains dan teknologi
banyak memudahkan para petani untuk menghasilkan kualiti hasil tanaman
lebih bagus dan meningkatkan kuantiti hasil pertanian. Kerajaan Malaysia amat
menggalakkan aktiviti pertanian moden dan berteknologi tinggi seperti yang
dinyatakan dalam Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025,
Dasar Agro Makanan Negara 2.0 dan Dasar Kebun Komuniti Bandar. Justeru
itu, demi menyahut hasrat dan saranan kerajaan berkaitan aktiviti agro
pertanian ini, maka Kolej Komuniti Chenderoh melalui peruntukan yang
diperolehi di bawah Program Latihan Kemahiran Pelajar Tahfiz dan Pondok
(PKTP), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan Program Tahfiz
Berkemahiran Bersama Kolej Komuniti (T2B2K) melalui peruntukkan Majlis
Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah berjaya melaksanakan
beberapa siri kursus agro teknologi seperti Kursus Tanaman Cili Fertigasi dan
Kursus Tanaman Sayur-Sayuran Secara Hidroponik kepada institusi tahfiz
yang terpilih. Impak daripada kursus tersebut, institusi tahfiz dapat
menggunakan hasil tanaman tersebut bagi kegunaan harian dan mampu
menjimat perbelanjaan institusi, disamping dapat menambah pendapatan
institusi melalui hasil tanaman tersebut serta memupuk minat dan semangat
kerjasama dalam kalangan warga tahfiz melalui aktiviti agro pertanian moden.
Kata kunci: Amalan Baik PISH, Impak Kursus, Agro Teknologi Fertigasi dan
Hidroponik, Sosioekonomi
193
1.0 PENGENALAN
Kerajaan Malaysia amat menggalakkan aktiviti pertanian moden dan
berteknologi tinggi seperti yang dinyatakan dalam Pelan Tindakan Dasar
Sekuriti Makanan Negara 2021-2025, Dasar Agro Makanan Negara 2.0,
Kementerian Pertanian dan Dasar Kebun Komuniti Bandar dan lain. Justeru itu,
demi menyahut saranan dan hasrat kerajaan berkaitan aktiviti agro pertanian
ini, maka Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Chenderoh
melalui peruntukan yang diperolehi di bawah Program Latihan Kemahiran
Pelajar Tahfiz dan Pondok (PKTP), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej
Komuniti dan Program Tahfiz Berkemahiran Bersama Kolej Komuniti (T2B2K)
melalui kerjasama Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak dan
peruntukkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah berjaya
melaksanakan beberapa siri kursus agro teknologi seperti Kursus Tanaman Cili
Fertigasi dan Kursus Tanaman Sayur-Sayuran Secara Hidroponik kepada
institusi tahfiz yang terpilih. Antara institusi tahfiz yang terlibat dalam projek ini
ialah:
i. Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin 10, Ipoh Perak
ii. Dar Tahfiz Al-Quran Wal Hadis Padang Rengas
iii. Maahad Tahfiz Watalaqqi, Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Hasil tanaman cili fertigasi telah dituai beberapa kali untuk kegunaan pusat
tahfiz dan dijual kepada komuniti setempat.
2.0 RASIONAL DAN JUSTIFIKASI AMALAN BAIK
Justifikasi amalan baik program PISH bagi kluster agro teknologi fertigasi dan
hidroponik kepada institusi tahfiz adalah seperti butiran berikut:
i. Memupuk minat, semangat kerjasama dalam kalangan warga tahfiz
melalui aktiviti agro pertanian.
ii. Menggalakan penanaman sayur-sayuran secara organik dan berkhasiat.
iii. Menggalakkan institusi tahfiz menghasilkan makanan berkualiti bagi
menyokong keperluan harian.
iv. Mendedahkan kepada kemahiran untuk menjadi usahawan tani melalui
kursus keusahawanan yang dilaksanakan kepada peserta yang sama.
v. Melatih peserta berkaitan teknik penanaman dan penjagaan tanaman cili
secara fertigasi dan sayur –sayuran secara hidroponik yang betul.
vi. Mewujudkan akses kepada sumber bahan makanan tersedia.
194
vii. Menjimatkan perbelanjaan institusi tahfiz dengan menggunakan hasil
tanaman sendiri.
viii. Membantu menambah pendapatan institusi melalui jualan hasil
tanaman yang diusahakan sendiri.
3.0 METODOLOGI / KAEDAH PELAKSANAAN
Pelaksanaan Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH): Agro
Teknologi bagi Kursus Agro Pertanian – Tanaman Cili Fertigasi telah
dilaksanakan secara dalam talian ketika tempoh perintah kawalan pergerakan
(PKP) semasa fasa pandemik dan secara bersemuka ketika kelonggaran
perintah kawalan pergerakan. Manakala setelah selesai fasa pandemik Covid
19 pelaksanaan Kursus Tanaman Sayur-Sayuran Secara Hidroponik dijalankan
sepenuhnya secara bersemuka.
3.1 Kursus Agro Pertanian
Tanaman Cili Fertigasi menggunakan peruntukan Program Latihan Kemahiran
Pelajar Tahfiz dan Pondok, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
pada tahun 2021. Kursus ini dilaksanakan secara dalam talian pada bulan
Ogos dan secara bersemuka pada bulan Oktober 2021 oleh kerana dalam
tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) semasa pandemik Covid 19
melanda negara Malaysia.
Gambar 1 : Poster Kursus Agro Pertanian – Fertigasi
195
Latihan ini dibimbing oleh Encik Jamaluddin bin Mohd Ali, mantan Pengarah
Kolej Komuniti di Sabah dan Sarawak bersama Encik Mohamad Abid bin
Jamaluddin, Pengurus Addin Agriculture Sdn Bhd secara dalam talian
melibatkan tiga institusi tahfiz iaitu Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin
10 Ipoh, Dar Tahfiz Al-Quran Wal Hadis Padang Rengas dan Maahad Tahfiz Al-
Quran Wa Talaqqi Lubuk Merbau Kuala Kangsar seramai 100 peserta. Setelah
perintah kawalan pergerakan dilonggarkan, sesi amali tanaman cili secara
fertigasi dilaksanakan secara bersemuka di institusi tersebut. Hasil tanaman cili
fertigasi telah dituai beberapa kali untuk kegunaan pusat tahfiz dan dijual
kepada komuniti setempat.
3.2 Program Tahfiz Berkemahiran Bersama Kolej Komuniti
Bagi kursus tanaman sayur-sayuran secara hidroponik menggunakan
peruntukan diluluskan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)
telah dilaksanakan pada 7 Ogos 2022, hari Ahad di Maahad Tahfiz Al-Quran
Wal Qiraat Addin 10, Ipoh. Kursus ini merupakan anjuran bersama Kolej
Komuniti Chenderoh dan Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak.
Gambar 2 : Poster Kursus Tanaman Sayur-Sayuran Secara Hidroponik
Kursus ini dibimbing oleh Encik Khairuddin bin Ahmad Basri, Penolong
Pengurus Yakrab Enterprise. Seramai 80 peserta terdiri pelajar tahfiz telah
mengikuti dengan jayanya. Dua jenis sayur yang ditanam ialah salad dan sawi
yang telah mengeluarkan hasil dan boleh dituai. Melihat kepada potensi
program ini boleh diperkembangkan lagi, perlunya usaha jalinan kolaborasi
bersama pelbagai agensi diperkukuhkan bagi tujuan latihan lanjutan dan
permohonan dana.
196
4.0 PERANAN CALON DALAM AMALAN BAIK
Antara peranan calon dalam amalan baik ini adalah seperti berikut:
i. Pencetus idea dan penyedia kertas kerja permohonan peruntukan
daripada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) di
bawah Program Latihan Kemahiran Pelajar Tahfiz dan Pondok (PKTP)
tahun 2021 dan 2022.
ii. Penyedia kertas kerja permohonan di bawah Program Tahfiz
Berkemahiran Bersama Kolej Komuniti (T2B2K) melalui Jabatan Agama
Islam Perak.
iii. Mengadakan perbincangan bersama penceramah, institusi tahfiz yang
terpilih dan pembekal peralatan kursus.
iv. Menjadi moderator kursus secara dalam talian dan bersemuka.
v. Memantau pelaksanaan dan perkembangan Program Tahfiz
Berkemahiran Bersama Kolej Komuniti (T2B2K) dan Program Latihan
Kemahiran Pelajar Tahfiz dan Pondok (PKTP) bagi kluster teknologi agro
– fertigasi dan hidroponik.
5.0 IMPAK AMALAN BAIK KEPADA PESERTA DAN INSTITUSI
Antara impak daripada pelaksanaan program PISH bagi kluster agro teknologi
fertigasi dan hidroponik ini dapat disimpulkan kepada beberapa perkara berikut:
i. Mewujudkan akses kepada sumber bahan makanan tersedia (from farm
to table) kepada institusi tahfiz swasta.
ii. Memanfaat ruang yang sedia ada dengan melaksanakan aktiviti
pertanian bandar atau kebun komuniti bandar seperti digariskan dalam
pelan tindakan dan dasar berkaitan pertanian yang digubal oleh kerajaan
Malaysia.
iii. Mewujudkan peluang menjadi usahawan tani kepada warga tahfiz
melalui latihan keusahawanan dan bidang agro teknologi tanaman
secara fertigasi dan hidroponik.
197
iv. Meningkatkan sumber ekonomi institusi tahfiz dengan menjana
pendapatan daripada jualan hasil tanaman sayur-sayuran.
v. Menggalakkan penanaman sayur-sayuran organik dan berkhasiat
melalui amalan pertanian baik dan mapan.
vi. Menyemarakan pembangunan kebun komuniti dan pertanian bandar
disamping memupuk minat, semangat kerjasama dalam kalangan warga
tahfiz.
vii. Menjimatkan perbelanjaan keperluan harian dengan menggunakan hasul
tanaman yang diusahakan sendiri.
viii. Mewujudkan jalinan kolaborasi dan kerjasama melalui latihan dan
peuntukan yang disalurkan oleh pelbagai agensi kepada pihak tahfiz
seperti Jabatan Pertanian Negeri, Jabatan Agama Islam Perak, Majlis
Agama Islam Perak, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Berdasarkan pemerhatian, kursus dan latihan seumpama ini mempunyai impak
yang tinggi terhadap aspek peningkatan sosioekonomi dan penjimatan
keperluan harian, kolabarasi strategik dengan pelbagai agensi penyedia latihan
dan dana peruntukan disamping menyediakan tahfiz yang berkemahiran dalam
pelbagai bidang. Semoga usaha murni ini diteruskan dan mendapat sokongan
daripada semua pihak.
198
LAMPIRAN
Kursus Agro Pertanian & Tanaman Cili Fertigasi di bawah Program Latihan
Kemahiran Pelajar Tahfiz dan Pondok 2021
Gambar 3: Kursus Agro Pertanian Fertigasi dilaksanakan secara dalam
talian semas tempoh perintah kawalan pergerakan dibimbing
oleh Encik Jamaluddin bin Mohd Ali
199
LAMPIRAN
Gambar 4: Pemasangan set fertigasi dan penanaman benih cili di tapak
200
LAMPIRAN
Gambar 4 : Pemasangan set fertigasi dan penanaman benih cili di tapak.
Gambar 5: Pelajar dan guru tahfiz menuai hasil tanaman cili
201
LAMPIRAN
Gambar 4 : Pemasangan set fertigasi dan penanaman benih cili di tapak.
Gambar 5 : Pelajar dan guru tahfiz menuai hasil tanaman cili.
Gambar 6: Hasil tanaman cili secara fertigasi
202
LAMPIRAN
Kursus Tanaman Sayur-Sayuran Secara Hidroponik bagi Program Tahfiz
Berkemahiran Bersama Kolej Komuniti (T2B2K) 2022
Gambar 7: Kursus Tanaman Sayur-Sayuran Secara Hidroponik (Teori)
oleh Encik Khairuddin bin Ahmad Basri di Dewan Terbuka
MTQ Addin 10 Ipoh
203
LAMPIRAN
Gambar 8: Kursus Tanaman Sayur-Sayuran Secara Hidroponik (Amali) oleh
Encik Khairuddin bin Ahmad Basri bersama pelajar tahfiz
204
LAMPIRAN
Gambar 9: Amali pemasangan set hidroponik dan penanaman
benih sayur-sayuran
205
LAMPIRAN
Gambar 10: Hasil tanaman sayur-sayuran secara hidroponik (salad dan sawi)
yang subur dan menanti masa untuk dituai
206
RUJUKAN
Dasar Kebun Komuniti Bandar (DKKB). (2021, August 3). Kementerian
Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Diakses pada September
19, 2022, daripada
https://www.kpkt.gov.my/kpkt/resources/user_1/MENGENAI%20KPKT/
DASAR/DKKB.pdf
Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan 2021-2025. (2021). Kementerian
Pertanian Dan Industri Makanan Malaysia. Diakses pada September
19, 2022, daripada
https://www.mafi.gov.my/documents/20182/419107/DRAF+PELAN+TI
NDAKAN+DSMN+2021-2025__Deck+Sharing-min.pdf/8b2bbf2d-de52-
4b47-9b03-50462ba741d0
207
Kesimpulan
Inisiatif untuk mengadakan jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak untuk
mengumpulkan dan mengadakan kompilasi Pembentangan Amalan Terbaik
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) ini merupakan satu kolaborasi
yang memberikan impak positif kepada semua yang terlibat. Lima (5)
kategori penulisan yang dibentangkan adalah Program PISH berimpak
Tinggi, Kolaborasi PISH, PISH Bermodul, Pengajaran & Pembelajaran PISH
dan Pengurusan PISH. Kesemua penulisan diasingkan mengikut kategori.
Matlamat utama adalah untuk memberi penghargaan kepada penghasilan
karya asli, hasil amalan baik / ‘Best Practices’ yang sangat kreatif,
berdasarkan kebolehan mencipta, menghasilkan dan menyumbangkan idea
baharu dan pelbagai. Inovatif dalam memperkenalkan kaedah, sistem yang
lain-lain. Efektif sebagai sumber rujukan iaitu sebagai panduan kepada
penyelesaian masalah dan Efisien iaitu keterampilan untuk menjadi penanda
aras yang boleh diikuti dan dimanfaatkan bagi memantapkan pelaksanaan
PISH di kalangan warga Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia.
Sidang Penerbitan (Induk)
Penaung :
Pengarah
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)
Ketua Pengarah
Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti
Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Penasihat :
Pengarah Bahagian Kurikulum
Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti
Timbalan Pengarah Bahagian Kurikulum (Unit PSH)
Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti
Pengerusi Bersama :
Haji Meor M. Sharifuddin Bin Meor Shukri
Pengarah Kolej Komuniti Chenderoh
Haji Mohd Zulkhairi Bin Mohd Nor
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan JAIPk
Pengarah Kolej Komuniti Negeri Perak
Pengarah Program Bersama :
Haji Faiz Bin Muhammad Rafaai
Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pendidikan JAIPk
Ustaz Mohd Rashidi Bin Omar
Ketua Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat KKCP
Sidang Redaksi
Pengerusi Redaksi :
Hj. Ahmad Rizal Bin Omar
Pengarah
Kolej Komuniti Sungai Siput
Timbalan Pengerusi Redaksi :
Mohd Zairulniza Bin Jaludin
Timbalan Pengarah (Akademik)
Kolej Komuniti Sungai Siput
Setiausaha :
Rozana Binti Ahmad Hanip
Editor & Pendaftaran & ISBN :
Mohd Shafiee Bin Hassan (K)
Mohamad Yasir Bin Abdul Rahman
Nor Hafizah Binti Abu Bakar
Pereka Grafik :
Noor Aniza Binti Azman (K)
Siti Nazha Binti Naan
Teks Ucapan:
Siti Hafiza Binti Othman (K)
Norhasmah Binti Kasim
Hak Cipta @
KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT
(KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI)
Kampung Sungai Sejuk, Peti Surat 390
31100 Sungai Siput Utara
Perak Darul Ridzuan