198 Gambar 12 : Menyerlahkan Kreativiti Murid Gambar 13 : Hasil Penulisan Perenggan Isi Pasca Ujian Gambar 14: Hasil Penulisan Murid Selepas Menggunakan Teknik Burgermbira
199 Murid-murid didapati teruja semasa aktiviti perbincangan kumpulan dan sesi pembentangan. Semua murid yang hadir pada masa itu akan mempunyai tugasan masing-masing iaitu memenuhkan lembaran pengurusan grafik Burgermbira mini sambil menghias sama ada Burgermbira Induk atau Mini. Lembaran Pengurusan Grafik yang paling menarik akan diberikan hadiah kupon set burger daripada restoran makanan segera terpilih. Mereka juga tertarik dengan pemilihan grafik burger yang sememangnya merupakan makanan kegemaran remaja tambahan pula meransang rasa lapar semasa menyelesaikan tugasan. Penggunaan teknik ini lebih menarik perhatian murid berbanding cara tradisional sesi perbincangan dan pembentangan. Mereka juga menunjukkan sikap optimis dan mempunyai motivasi kendiri apabila tugasan yang saya berikan dijawab sehingga selesai kerana dipermudahkan dengan perkongsian idea daripada kumpulan lain. Perubahan yang jelas dalam situasi pembelajaran di kelas ialah penglibatan murid adalah menyeluruh dalam aktiviti perbincangan. Perkara yang paling penting ialah mutu penulisan perenggan isi murid semakin menunjukkan peningkatan. 6.0 RUMUSAN/PEMERHATIAN DAN PENILAIAN Melalui kajian ini, saya dapat merumuskan bahawa Teknik Burgermbira memberikan manfaat kepada murid dan guru. Buktinya adalah penilaian terhadap pencapaian murid yang dilakukan dengan perbandingan analisis keputusan ujian pra dan pasca. Guru juga dapat mempertingkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan situasi murid. Jadual 2: Perbandingan Analisis Keputusan Ujian Pra dan Pasca Tahap Penilaian Pra Penilaian Pasca Bilangan(orang) Peratus Bilangan (orang) Peratus TP 6 0 0 0 TP 5 0 0 2 14 TP 4 0 0 12 86 TP 3 0 0 0 0 TP 2 14 100 0 0 TP 1 0 0 0 0 Jumlah 14 100 14 100
200 Tahap Penulisan perenggan isi Penilaian Pra Penilaian Pasca Bilangan (orang) Peratus Bilangan (orang) Peratus Ayat isi Ayat Huraian Ayat Contoh Ayat Kesan Ayat Penegas ( dalam ayat berasingan ) 0 0 10 71 Ayat isi Ayat Huraian Ayat Contoh Ayat Penegas ( dalam ayat berasingan ) 2 14 4 29 Ayat Isi + Ayat Contoh (dalam 1 ayat sahaja) 4 29 0 0 Ayat Isi +Huraian (dalam 1 ayat sahaja) 8 57 0 0 Ayat Isi +Ayat Huraian + Ayat Contoh (dalam 1 ayat sahaja) 0 0 0 0 Jumlah 14 100 14 100 Hasil tinjauan melalui ujian pra mendapati ke semua murid berada pada tahap 2 untuk kemahiran menulis perenggan isi. Setelah Teknik Burgermbira ini digunakan dalam pembelajaran keputusan ujian pasca telah menunjukkan peningkatan. Peratus murid mendapat tahap 4 sebanyak 86% dan tahap 5 sebanyak 14 %. Peningkatan tahap 4 hingga tahap 5 menyebabkan tiada lagi tahap seperti yang dinyatakan dalam jadual di atas. Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan aplikasi Teknik Burgermbira sangat berkesan dan dapat meningkatkan minat dan penglibatan murid dalam PdP dan PBD kemahiran penulisan perenggan isi. Saya berjaya menggalakkan murid belajar secara kreatif bersesuaian dengan situasi mereka dan menjadikan suasana pembelajaran menyeronokkan dan memberi impak yang optimum. Oleh itu, menerusi kaedah yang pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perlu kerana masalah sepanjang PdP seperti kekangan maklumat atau kurang bermotivasi dalam mempelajari penulisan karangan dapat dibendung sedikit demi sedikit.
201 7.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Kajian saya ialah mengenai keberkesanan Teknik Burgermbira dalam meningkatkan pencapaian penulisan perenggan isi karangan dan tahap PBD kemahiran menulis dalam kalangan 14 orang murid Tingkatan 4 Jed yang bermasalah. Justeru itu, kajian ini perlu diteruskan pada masa hadapan agar membantu murid menangani masalah kurang kemahiran menulis karangan. Pada masa yang sama, cadangan-cadangan penambahbaikan perlu dikemukakan supaya kajian intervensi ini bertambah sempurna. Saya berpendapat kaedah ini boleh juga di aplikasikan untuk bahagian pendahuluan karangan dan kesimpulan karangan. Di samping itu, saya berpendapat kaedah ini harus diperkenalkan kepada guru-guru Bahasa Melayu melalui kursus ataupun perkembangan staf. Hal ini demikian kerana dapat mengatasi masalah yang sama iaitu kebuntuan dalam mencari teknik pengajaran penulisan karangan yang menarik dan memberi impak yang optimum. RUJUKAN Mohd Haidzir Yusof @ Jusoh dan Norasmah Othman. (2019). ‘Isu dan Masalah Pentaksiran Alternatif dalam Sistem Penilaian di Malaysia.’ Universiti Kebangsaan Malaysia.
202 MENGUASAI TAJUK RANGKAIAN DALAM TEORI GRAF MENGGUNAKAN KAEDAH AKTIVITI “HANDS-ON” ‘PeTaLi’ SITI KHATIJAH BINTI CUKI Sekolah Menengah St. Patrick, Peti Surat 124, 91007 Tawau, Sabah, Malaysia [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan menilai hasil penggunaan kaedah aktiviti ‘hands-on’ dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik tajuk Rangkaian dalam Teori Graf di SM ST Patrick Tawau, Sabah. Seramai 38 murid dipilih dalam kajian ini. Objektif kajian adalah menilai hasil penggunaan kaedah aktiviti ‘hands-on’ dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik tajuk Rangkaian dalam Teori Graf di kalangan murid tingkatan 4 Mutiara dalam aspek pencapaian murid. Di samping itu, objektif lain ialah mengetahui penggunaan kaedah aktiviti ‘hands-on’ dapat meningkatkan motivasi murid terhadap mata pelajaran Matematik. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah aktiviti ‘hands-on’, pengkaji mendapati hasil dapatan pemerhatian tersebut menunjukkan murid lebih gemar melakukan pembelajaran secara berkumpulan dan seronok untuk meneroka sendiri dapatan pembelajaran berbanding hanya menerima maklumat daripada guru. Proses PDPc melalui aktiviti ‘hands-on’ telah dijalankan ketika memperkenalkan tajuk Rangkaian dalam Teori Graf kepada murid. Pengetahuan diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan. Keberkesanan kaedah diperolehi daripada lembaran kerja yang diberikan kepada murid. Hasil kajian menunjukkan murid lebih memahami dan mengingati sesuatu pelajaran apabila mereka meneroka sendiri pelajaran berkenaan. Beberapa model pengajaran turut disisip dalam kaedah ini seperti kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, pembelajaran koperatif dan pembelajaran berasaskan inkuiri. Usaha ini penting bagi mempastikan murid tidak mudah bosan mempelajari Matematik. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Matematik adalah satu mata pelajaran utama di dalam kurikulum sekolah. Bermula daripada peringkat pra sekolah, murid telah mula mempelajari Matematik sehinggalah ke tingkatan lima. Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting dan juga merupakan satu mata pelajaran yang mencabar bagi kebanyakan murid (Idris, 2005). Menyedari bahawa murid memerlukan asas yang kukuh dalam membentuk konsep asas Matematik untuk terus membangunkan dan mengaplikasikan pengetahuan mereka dengan berkesan, maka guru perlu berusaha untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sentiasa melibatkan murid-murid. Menurut Fryland (1994) dalam Omardin (1999), minat yang timbul dalam diri setiap murid akan mempengaruhi proses pembelajaran. Apabila seseorang itu berminat dengan apa
203 yang dilakukannya, maka murid akan bersedia belajar dengan tekun sehingga mencapai apa yang dicita-citakan. Apabila murid berminat dan bersedia untuk belajar, proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan lancar. Minat untuk belajar adalah amat berkait rapat dengan prestasi yang dicapai oleh seseorang murid (MTM Yee, 2012). Sehubungan dengan itu, pencapaian murid dalam subjek Matematik akan dapat ditingkatkan. Mempelajari Matematik adalah mencuba, meneroka dan mencipta dengan melibatkan kemahiran berfikir. Oleh itu, saya ingin mengkaji keberkesanan penggunaan aktiviti “handson” ‘PeTaLi’ untuk menggantikan kaedah konvensional supaya boleh menarik minat murid di samping meningkatkan pencapaian mereka dalam topik Rangkaian dalam Teori Graf. Kurikulum yang di ajar di sekolah seharusnya dapat menerapkan sifat serta struktur Matematik yang membantu murid memahami, meminati, memperolehi kegembiraan serta kepuasan apabila mempelajari Matematik. Melalui aktiviti, murid-murid akan menempuhi pengalaman sebenar membina sendiri konsep dan mengukuhkan kemahiran Matematik mereka. 2.0 FOKUS KAJIAN Kajian ini memberi lebih tumpuan kepada bagaimana cara untuk membantu murid menguasai topik Rangkaian dalam Teori Graf menggunakan aktiviti “hands-on” ‘PeTaLi’. Menyedari kaedah kovensional membosankan mereka, murid didedahkan dengan kaedah aktiviti ‘hands-on’ yang membantu menarik minat murid dan membolehkan murid meneroka sendiri topik yang dipelajari. Hal ini akan membantu murid belajar dengan lebih efisien sekaligus memberi motivasi dan meningkatkan prestasi mereka dalam mata pelajaran Matematik. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Antara objektif yang disasarkan dalam kajian ini adalah: 3.1 Objektif Am ● Untuk meningkatkan minat dan tahap penglibatan murid dalam topik Rangkaian dalam Teori Graf menggunakan kaedah aktiviti hands-on ‘PeTaLi’. 3.2 Objektif Khusus ● Meningkatkan kemahiran murid menguasai topik Rangkaian dalam Teori Graf. ● Membantu dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya lebih berkesan.
204 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini lebih berfokus kepada murid Tingkatan 4 Mutiara tahun 2022 yang berjumlah 38 orang. 5.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN Kajian Tindakan ini adalah untuk meningkatkan minat dan penglibatan murid dalam mempelajari Rangkaian dalam Teori Graf sekaligus meningkatkan pencapaian mereka dalam topik ini. Kaedah yang digunakan ialah aktiviti “hands-on” ‘PeTaLi’. Saya memilih kaedah ini bagi menggalakkan penglibatan aktif murid agar dapat menimbulkan suasana yang menarik. Untuk kajian tindakan yang saya jalankan, saya memilih model Kemmis & McTaggart (1998) sebagai panduan asas bagi saya menjalankan proses kajian. Proses perancangan dan pelaksanaan kajian tindakan ini dijalankan dalam tempoh 2 minggu dan dilaksanakan seperti reka bentuk rajah di bawah. Rajah 1.0: Model Kemmis & Mc Taggart (1998) 5.1 MASALAH YANG HENDAK DIKAJI Berdasarkan refleksi pengajaran saya dalam topik ini pada tahun lepas, saya mendapati bahawa murid berasa bosan serta sukar untuk mengenal pasti dan mengingati perkara-perkara yang perlu dititik beratkan dalam topik ini apabila guru menyampaikan pengajaran menggunakan kaedah konvensional. Memandangkan topik ini adalah topik yang baru diperkenalkan di dalam silibus KSSM, maka kebarangkalian untuk topik ini disoal di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia adalah sangat tinggi. Maka, saya perlu memperbaiki kaedah pengajaran saya sebelum ini.
205 Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, khususnya dalam Matematik, tidak hanya melibatkan proses pemindahan fakta dari guru kepada murid semata-mata. Murid mestilah dilibatkan secara aktif di dalam membina konsep dan pengetahuan berhubung dengan setiap pelajaran yang dipelajari (Nik Azis, 1992). Memahami bahawa murid masa kini mudah merasa bosan ketika belajar, timbul satu kesedaran kepada saya bahawa amalan PDPc saya ketika mengajar perlu ditambah baik. Rentetan daripada itu, saya memilih untuk mengkaji keberkesanan menggunakan kaedah aktiviti ‘hands-on’. Aktiviti ‘hands-on’ merupakan suatu pembelajaran autentik. Pembelajaran autentik bermaksud pembelajaran yang berlaku secara langsung dengan pengalaman murid-murid. Mereka akan melakukan sendiri aktiviti yang dilaksanakan dan berkait langsung dengan pengalaman mereka. Pembelajaran melalui aktiviti ‘hands-on’ dapat memberikan murid pengalaman sebenar terhadap konteks pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah. Aktiviti ‘hands-on’ merujuk kepada aktiviti praktikal/amali, aktiviti manipulatif dan aktiviti berpusatkan bahan (Doran, 1990). Secara ringkasnya, aktiviti ‘hands-on’ merupakan sebarang aktiviti yang dilakukan oleh murid sendiri secara praktikal dengan memanipulasikan bahan-bahan yang ada, sama ada benda hidup atau benda bukan hidup. Dengan itu, saya ingin menggunakan aktiviti ‘hands-on’ ‘PeTaLi’ dalam pengajaran topik Rangkaian dalam Teori Graf terhadap peserta kajian saya dalam kelas 4 Mutiara. Fokus akan diberikan kepada melihat sejauh mana aktiviti ‘hands-on’ ini mampu menarik minat murid untuk mempelajari topik in sekali gus meningkatkan pemahaman mereka. 5.2 PERANCANGAN TINDAKAN Saya telah menjalakan kajian tindakan saya dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mengikut masalah yang dinyatakan di atas. Saya telah merancang pengajaran saya terlebih dahulu supaya kajian saya boleh berjalan dengan lancar. Murid telah dimaklumkan untuk membawa bahan-bahan yang diperlukan bagi sesi pembelajaran seminggu sebelum kajian tindakan ini dilaksanakan. Strategi pembelajaran yang akan saya aplikasikan untuk mengatasi masalah yang wujud adalah kaedah belajar melalui aktiviti ‘hands-on’ ‘PeTaLi’. ‘PeTaLi’ sebenarnya merujuk kepada bahan yang digunakan semasa menjalankan aktiviti ‘hands-on’ iaitu penyedut minuman
206 dan tanah liat. Tajuk pembelajaran yang digunakan dalam kajian ini ialah Rangkaian dalam Teori Graf. Sebelum menjalankan pembelajaran melalui aktiviti ‘hands-on’, saya telah menyediakan satu rancangan pembelajaran berkaitan tajuk yang diajar. 5.3 PELAKSANAAN TINDAKAN Kajian tindakan ini dilaksanakan pada 23 Ogos 2022 di kelas 4 Mutiara. Sebagai langkah pertama, saya menceritakan tentang Rangkaian yang terdapat di dalam dunia sebenar dan mengaitkannya dengan sesi pembelajaran pada hari berkenaan. Kemudian, murid-murid diminta untuk bekerja secara berpasangan membina 6 biji bebola daripada tanah liat dan menyediakan 6 batang penyedut minuman. Murid dikehendaki untuk menyambungkan kesemua 6 biji bebola dan 8 batang penyedut minuman berkenaan. Setiap pasangan murid akan menghasilkan sambungan yang berbeza mengikut kreativiti mereka. Saya kemudian menerangkan maksud bebola sebagai bucu dan penyedut minuman sebagai tepi. Gambar 1 : Murid Bekerjasama Menjalankan Aktiviti Hands-On
207 Dalam langkah seterusnya, saya menerangkan bagaimana untuk menulis set bagi bucu, set bagi tepi serta menghitung bilangan darjah. Murid kemudiannya diminta untuk mengenal pasti set bagi bucu, set bagi tepi serta menghitung bilangan darjah bagi model yang telah mereka bina sebentar tadi. Setiap pasangan murid akan mempunyai jawapan yang berbeza bagi perkara diatas. Gambar 2 : Contoh Hasil Kerja Murid Akhir sekali, murid akan menjalankan aktiviti lembaran kerja iaitu mereka perlu mengenal pasti set bagi bucu, set bagi tepi dan bilangan darjah bagi beberapa graf yang terdapat di dalam lembaran kerja bagi menguji kefahaman mereka. Murid diminta untuk membawa semula model yang dibina bagi tujuan pembelajaran subtopik seterusnya pada sesi pembelajaran akan datang. Keberkesanan kajian ini juga diukur semasa Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4.
208 Gambar 3 : Contoh Jawapan Murid 6.0 IMPAK PELAKSANAAN PROJEK 6.1 Penilaian keputusan Temu Bual bagi Motivasi Murid berkaitan topik rangkaian dalam teori graf menggunakan aktiviti “hands-on” ‘PeTaLi” Saya juga telah menemu bual beberapa orang murid berkaitan dengan motivasi mereka semasa melaksanakan pembelajaran melalui “hands-on” ini. Pandangan mereka terhadap perasaan dan motivasi adalah seperti berikut: Jadual 1: Dapatan Temu Bual Motivasi Murid (Murid 1) “...Pada pandangan saya, kaedah ini memudahkan saya untuk memahami dan menguasai sesuatu topik dalam Subjek Matematik. ...saya lebih meminati Matematik”
209 (Murid 2) “... kawan-kawan sangat kreatif. Saya berasa seronok melakukan aktiviti bersama…Matematik bukan lagi subjek yang membosankan” (Murid 3) “.. pembelajaran dengan suasana baru bagi saya... ia sangat menyeronokkon.” Melalui kajian ini, saya dapat merumuskan apabila mereka berasa seronok untuk belajar dan mengalami sendiri sesi pembelajaran tersebut berbanding hanya menerima maklumat daripada guru, murid lebih bersemangat dan bermotivasi untuk belajar serta mencuba untuk menjawab soalan yang diutarakan oleh guru. Selain daripada itu, saya juga menyedari bahawa berlakunya komunikasi dua hala antara guru dan murid. Matematik sememangnya adalah mata pelajaran yang sukar bagi murid. Namun, dengan kaedah yang sesuai, murid akan termotivasi dan berusaha untuk memahami kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam mata pelajaran Matematik. Jadual 2 : Analisis Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Topik Rangkaian Dalam Teori Graf Markah Bilangan Murid 4 (Markah Penuh) 28 3 5 2 2 1 3 Jumlah 38 7.0 REFLEKSI KAJIAN Secara kesimpulannya, pembelajaran melalui kaedah ‘hands-on’ telah memberikan kesan positif kepada setiap murid. Murid dilihat lebih menunjukkan minat dan lebih melibatkan diri dalam sesi pembelajaran berbanding kaedah konvensional yang saya gunakan semasa mengajar topik-topik sebelum ini. Mereka juga tidak mudah lupa tentang isi kandungan yang dipelajari kerana mereka mengalami sendiri sesi pembelajaran tersebut. Melalui aktiviti ‘handson’, muridr dapat memajukan diri dalam pencapaian akademik mereka kerana mereka lebih
210 berminat dan bermotivasi untuk belajar Matematik. Sebagai guru Matematik, saya perlu sentiasa mengikut trend perubahan dunia dan sentiasa berusaha memikirkan kaedah yang berkesan untuk meningkatkan minat murid mempelajari Matematik. 8.0 POTENSI PENGEMBANGAN PROJEK Berdasarkan kejayaan yang memuaskan terhadap kaedah yang telah saya laksanakan, saya berhasrat untuk menggunakan kaedah ini bagi memperkenalkan setiap topik yang seterusnya. Kaedah ini boleh digunakan dan dikembangkan ke sekolah lain dan mata pelajaran lain kerana pelbagai aktiviti ‘hands-on’ boleh dijalankan bersama murid-murid. RUJUKAN Idris, N. (2005). “Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik.” Kuala Lumpur: Utusan Publications. Doran, R. L. (1990). What research says about assessment. Science and Children, 27(8), 26-27 Lee Chion Heng. (2012) “Pembelajaran melalui aktiviti hands-on dalam membantu murid prasekolah meningkatkan minat serta tahap kefahaman terhadap isi pembelajaran yang disampaikan.” Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL 2012: ms. 123-137. Mary Tan Mui Yee. (2012). “Kesan Penggunaan Aktiviti “Hands-On” dalam Proses Pembelajaran Sains Tahun Empat”. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL 2012: ms180-194. Nik Azis Nik Pa. 1992. Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: DBP Ormadin. (1999). “Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
211 MENYELESAIKAN MASALAH PERSAMAAN LINEAR DALAM SATU PEMBOLEH UBAH MENGGUNAKAN KONSEP ‘COUPLE & FRIEND’ SULAIMAN BIN TIBE Sekolah Menengah St. Patrick, Peti Surat 124, 91007 Tawau, Sabah, Malaysia [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid mengingati langkah yang perlu dilakukan dalam menyelesaikan masalah persamaan linear dalam satu pemboleh ubah. Kumpulan sasaran yang dipilih adalah seramai 40 orang murid dari kelas 1 Mutiara, SM St Patrick Tawau, iaitu kumpulan murid dalam kategori sederhana. Tinjauan awal yang telah dibuat mendapati murid-murid dari kelas 1 Mutiara tidak mahir dalam menyelesaikan masalah mudah melibatkan persamaan linear dengan satu pemboleh ubah walaupun topik ini telah diperkenalkan dan diterangkan kepada mereka menggunakan kaedah cuba jaya, konsep penambahbalikan dan menggunakan konsep kesamaan, iaitu melaksanakan operasi yang sama di kedua-dua belah persamaan. Oleh itu, pelaksanaan kajian berlangsung apabila topik penyelesaian masalah dalam satu pemboleh ubah diperkenalkan kepada murid-murid semasa pengajaran dengan memilih ‘Couple and Friend’ sebagai kaedah alternatif kepada murid untuk menyelesaikan masalah persamaan linear tersebut. Dalam kajian ini saya telah menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan ujian pra dan pasca. Hasil analisis ujian pasca mendapati pencapaian murid-murid telah meningkat kepada 68% untuk gred cemerlang dan 32% untuk gred sederhana berbanding dengan ujian pra setelah konsep baharu ini diperkenalkan kepada mereka. Kajian ini akhirnya membuktikan konsep ‘Couple and Friend’ membantu murid-murid dalam memahami dan menjawab soalan berkaitan penyelesaian persamaan linear dalam satu pemboleh ubah. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Dalam kajian ini, masalah yang dikenal pasti ialah murid yang tidak dapat menjawab dengan tepat berdasarkan soalan yang diberikan. Mengikut tinjauan dan pemerhatian guru, murid-murid ini tidak dapat menyelesaikan soalan persamaan linear dalam satu pemboleh ubah yang melibatkan dua atau lebih operasi dalam satu persamaan. Mereka tidak memahami langkah-langkah atau tertib yang perlu dilaksanakan dalam menyelesaikan soalan yang diberikan. Persamaan linear dalam satu pemboleh ubah merupakan asas topik algebra dan permasalahan Matematik yang lain. Cai, et al., (2005) menjelaskan bahawa algebra dicirikan sebagai ‘penjaga pintu’ yang penting dalam Matematik. Selain itu, Al-Khawarizmi dalam bukunya menyatakan bahawa motivasi untuk mempelajari algebra ialah penyelesaian
212 persamaan (Krantz, 2006). Dapatan kajian mereka ini menunjukkan bahawa persamaan linear dalam satu pemboleh ubah sangat penting dan kemahiran ini diperlukan untuk menyokong topik lain dalam Matematik. Magruder (2005) juga menjelaskan persamaan linear ialah konsep penting dalam algebra. Menyelesaikan persamaan linear sebagai kemahiran asas (Ballheim, 1999) merupakan sebahagian besar dalam sukatan sekolah menengah (Huntley & Terrell, 2014). Walau bagaimanapun, ramai murid tidak mencapai penguasaan kemahiran asas ini dan mengalami kesukaran dalam mempelajari konsep dan kemahiran yang berkaitan dengan penyelesaian persamaan (Kieran, 2007). Penemuan lain seperti Jupri, Dijvers dan Van & Heuvel-Panhuizen (2014) menyatakan bahawa salah satu kesilapan biasa dalam memahami konsep persamaan linear adalah dengan mengaplikasikan operasi aritmetik. Sebagai contoh, untuk mencari nilai x dalam persamaan 3x = 5, angka 5 perlu dibahagikan dengan 3 untuk mendapatkan jawapan. Walau bagaimanapun, murid biasanya menyelesaikan dengan x = 5 – 3. Konsep dan fahamaan murid seperti ini merupakan satu masalah yang perlu diselesaikan dengan segera. Oleh itu, saya merasakan perlunya pendekatan atau kaedah alternatif selain kaedah yang diperkenalkan di dalam buku teks untuk membantu murid-murid saya agar mereka dapat memahami tertib yang perlu dilaksanakan dalam menyelesaikan masalah melibatkan persamaan linear dalam satu pemboleh ubah. 2.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini lebih berfokus kepada 40 orang murid Tingkatan 1 Mutiara 2022 di SM St Patrick, Tawau. 3.0 FOKUS KAJIAN Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, penerangan telah diberikan kepada murid-murid berkenaan cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah persamaan linear dalam satu pemboleh ubah menggunakan kaedah lazim seperti yang terkandung dalam buku teks dan buku kerja mereka. Kaedah penyelesaian yang digunakan oleh guru dan murid yang dimaksudkan ialah kaedah cuba jaya, kaedah penambahbalikan dan kaedah menggunakan konsep kesamaan, iaitu melaksanakan operasi yang sama di kedua-dua
213 belah persamaan. Walaupun demikian, guru mendapati masih ramai murid yang gagal untuk menyelesaikan masalah dan menjawab dengan baik soalan melibatkan persamaan linear dalam satu pemboleh ubah. Melalui pemerhatian guru, murid-murid tidak dapat menjawab dengan betul kerana mereka tidak memahami tertib yang perlu dilakukan dan konsep asas persamaan linear itu sendiri. Sebagai contoh dalam persamaan 2x – 3 = 1, angka atau operasi yang perlu diselesaikan dahulu mengikut tertib ialah –3 dan diikuti dengan 2. Melalui pemerhatian guru, murid-murid 1 Mutiara menjawab soalan ini dengan melaksanakan operasi keatas angka 2 dahulu dan diikuti dengan –3. Dengan itu guru perlu melaksanakan satu pendekatan lain untuk membantu murid-murid ini agar mereka dapat memahami konsep persamaan linear dalam satu pemboleh ubah dengan mudah. 4.0 OBJEKTIF KAJIAN 4.1 Objektif Umum Tujuan utama dalam kajian ini adalah untuk meningkatkan tahap pencapaian peratus lulus dalam subjek Matematik murid-murid 1 Mutiara. 4.2 Objektif Khusus Untuk meningkatkan kefahaman murid-murid 1 Mutiara berkaitan dengan tertib yang perlu dilaksanakan dalam menyelesaikan persamaan linear dalam satu pembolehubah. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 TINJAUAN MASALAH Bagi memahami masalah yang dihadapi oleh murid-murid 1 Mutiara berkaitan persamaan linear dalam satu pemboleh ubah, iaitu topik Bab 6 Matematik Tingkatan 1, tinjauan dilakukan dengan mengutip maklumat melalui instrumen pemerhatian dan ujian pra. Analisis ujian mendapati murid-murid tidak dapat menjawab dengan baik soalan persamaan linear dalam satu pemboleh ubah yang melibatkan dua atau lebih sebutan. Apabila mendapati markah ujian pra murid-murid tidak memuaskan, guru seterusnya memperkenalkan kaedah ‘Couple and Friend’ kepada murid-murid dan diharapkan mereka dapat memahami langkah-langkah atau tertib yang perlu dipatuhi dalam menyelesaikan masalah melibatkan persamaan linear dalam satu pemboleh ubah.
214 5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH Dalam kajian ini, sebanyak 10 soalan diberikan kepada murid dalam ujian pra tersebut. Guru telah menetapkan gred markah diberikan mengikut jumlah soalan yang dapat dijawab dengan betul dan tepat seperti dalam Jadual 1. Hasil tinjauan dan analisis ujian pra, dapatan kajian menunjukkan seorang murid mendapat gred cemerlang, 5 murid mendapat gred sederhana dan 34 orang murid mendapat gred lemah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah. Jadual 1: Analisis Markah Ujian Pra Gred Markah Jumlah soalan yang dapat dijawab dengan betul Ujian Bab 6 Bilangan Murid Peratus (%) Cemerlang 8 – 10 1 3 Sederhana 5 - 7 5 13 Lemah 1 - 4 34 84 Jumlah 40 100 5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN DAN PEMERHATIAN Setelah analisis keputusan dan penilaian refleksi pembelajaran dilakukan, tindakan yang saya lakukan adalah dengan memberi pengenalan dan pendedahan kepada murid berkenaan konsep ‘Couple and Friend’ agar murid-murid dapat memahami tertib yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu dalam menyelesaikan persamaan linear dalam satu pemboleh ubah. 5.3.1 Contoh pelaksanaan adalah seperti di bawah: Langkah 1 : a) Guru memberi penerangan tentang konsep ‘Couple and Friend’ kepada murid iaitu : Di dalam satu persamaan linear, pemboleh ubah yang mempunyai angka sebagai pekali ialah ‘couple’. Sebutan seterusnya dalam persamaan linear tersebut ialah ‘friend’ kepada ‘couple’ tersebut. 2 + 5 = 11 ‘Couple’ ‘Friend’
215 b) Dengan mengandaikan bahawa hubungan ‘couple’ lebih kuat berbanding hubungan dengan ‘friend’, maka angka 5 dipindahkan ke kanan terlebih dahulu dan menjadikan persamaan linear tersebut menjadi 2x = 6 seperti berikut : 2 = 11 − 5 2 = 6 c) Seterusnya, angka 2 yang merupakan ‘couple’ kepada pemboleh ubah x dalam persamaan tersebut dipindahkan dan menjadikan nilai x = 3 seperti berikut. 2 = 6 = 6 2 = 3 Langkah 2 : a) Kaedah dan Langkah 1 diulang untuk beberapa contoh soalan lain untuk memastikan murid benar-benar memahami konsep yang diterangkan. Langkah 3 : a) 5 soalan diberikan di papan putih dan murid diberikan masa selama 5 minit untuk menjawab soalan tersebut. Mereka juga dibenarkan untuk berbincang secara berpasangan. b) 5 orang murid dipilih secara rawak untuk menjawab soalan tersebut di papan putih dan perbincangan jawapan dijalankan selepas itu. Gambar 1: Murid Menjawab Soalan di Papan Putih Sebelum Ujian Pasca
216 Langkah 4 : a) Ujian pasca diadakan Gambar 2 : Murid-murid Menjalani Ujian Pasca Semasa Langkah 3 berlangsung, guru sentiasa bergerak di dalam kelas sambil memerhatikan murid-murid menjawab soalan dan membimbing mereka jika perlu. Hal ini bertujuan untuk memastikan mereka benar-benar faham dengan konsep yang dibincangkan dan memberi murid-murid ruang dan peluang untuk mengajukan soalan berkaitan. Sepanjang sesi penerangan dan perbincangan dijalankan, murid-murid didapati sangat teruja dan bersungguh-sungguh memberikan maklum balas ketika sesi soal jawab diadakan. Hal ini mungkin istilah ‘couple’ dan ‘friend’ itu sendiri berjaya menarik minat mereka untuk terlibat secara langsung dengan aktiviti pembelajaran pada hari tersebut. Dalam aktiviti ini, guru perlu memastikan murid-murid menguasai sebutan manakah yang bertindak sebagai ‘couple’ dan sebutan manakah yang bertindak sebagai ‘friend’ dalam persamaan linear yang diberikan. Perkara ini merupakan kunci utama untuk mereka mahir dalam topik ini. Oleh itu, aktiviti soal jawab adalah sangat penting di dalam Langkah 2. . Gambar 3 : Contoh Jawapan Murid dalam Ujian Pasca
217 6.0 RUMUSAN / PEMERHATIAN DAN PENILAIAN Melalui kajian ini, guru dapat membuat rumusan bahawa kaedah ‘Couple and Friend” sangat memberi manfaat kepada murid-murid dan guru, terutama kepada murid yang lemah untuk memahami seterusnya menguasai masalah yang melibatkan persamaan linear dalam satu pemboleh ubah. Hal ini dapat dibuktikan melalui analisis keputusan ujian pra dan pasca seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Jadual 2: Perbandingan Analisis Markah Ujian Pra dan Pasca Gred Markah Jumlah soalan yang dapat dijawab dengan betul Ujian Pra Ujian Pasca Bilangan Murid Peratus (%) Bilangan Murid Peratus (%) Cemerlang 8 – 10 1 3 27 68 Sederhana 5 - 7 5 13 13 32 Lemah 1 - 4 34 84 0 0 Jumlah 40 100 40 100 Analisis ujian pasca menunjukkan murid yang mendapat gred cemerlang adalah seramai 27 orang atau sebanyak 68% iaitu, sekurang-kurangnya dapat menjawab 8 soalan dengan betul. Dapatan ini menunjukkan peningkatan yang mendadak berbanding dengan pencapaian ujian pra yang hanya mencatatkan seorang sahaja murid mendapat gred cemerlang. Murid yang mendapat gred sederhana juga menunjukkan banyak peningkatan, iaitu sebanyak 13 orang atau 32% berbanding ujian pra dan tidak ada seorang murid pun yang mendapat gred lemah. Guru juga mengumpul maklumat dan data melalui sesi temu bual ringkas dengan beberapa orang murid yang mendapat gred lemah dalam ujian pra berkenaan kaedah baru yang diperkenalkan kepada mereka. Hasil temu buat mendapati bahawa murid-murid ini lebih faham dengan kaedah baharu yang digunakan berbanding dengan kaedah yang digunakan sebelum ini. Mereka juga dapat menjawab soalan persamaan linear dalam satu pemboleh ubah dengan lebih yakin dengan kaedah ‘Coupld and Friend’. Kesimpulannya, kajian yang dijalankan ini memberikan hasil yang memuaskan. Hal ini dikatakan demikian kerana topik ini merupakan topik yang sangat penting kerana penyelesaian masalah melibatkan persamaan linear dalam satu pemboleh ubah sering kali digunakan dalam kebanyakan masalah Matematik dan masalah harian. Sebagai contoh, murid yang dapat menguasai topik ini sudah pasti dapat membantu dan memudahkan mereka untuk menyelesaikan masalah melibatkan ketaksamaan, persamaan linear dalam dua pemboleh ubah dan persamaan linear serentak.
218 7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DAN KAJIAN SETERUSNYA Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan ini memberikan hasil yang memuaskan guru. Hal ini dikatakan demikian kerana objektif utama guru adalah untuk membantu murid memahami konsep asas persamaan linear dan dapat menjawab soalan persamaan linear dalam satu pemboleh ubah dengan baik dan betul. Oleh itu, kajian ini perlu diperluas dan diteruskan pada masa hadapan agar dapat membantu murid-murid yang lemah untuk menguasai topik persamaan linear dalam satu pemboleh ubah. Penggunaan konsep ‘Couple and Friend’ ini tidak terbatas untuk murid tingkatan 1 sahaja tetapi sesuai untuk semua murid dalam memperkenalkan kepada mereka tentang asas persamaan linear. Harapan guru agar murid-murid yang terlibat secara langsung dalam kajian ini dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari oleh mereka dalam menyelesaikan masalah melibatkan persamaan linear dalam satu pemboleh ubah. Penguasaan topik ini sudah pasti memudahkan mereka untuk memahami persamaan linear dalam dua pemboleh ubah dan persamaan linear serentak, iaitu topik yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh mereka dalam sukatan Matematik seterusnya. RUJUKAN Cai, J., et al. (2005). The Development of Students’ Algebraic Thinking in Earlier Graders: A Cross-Cultural Comparative Perspective, Journal on National Science Foundation, ZDM 2005, 37 (1), 5-15. Krantz, S.G. (2006). An Episodic History of Mathematics. MAA Textbooks. Kieran, C. (2007). Learning and teaching algebra at the middle school through college levels. Building meaning for symbols and their manipulation. In F. Lester (Ed.), Second handbook of research on mathematics teaching and learning (Vol. 2, pp. 707–762). Charlotte: Information age publishing. Kieran, C., Pang, J., Schifter, D., & Ng, S. F. (2016). Early algebra: Research into its nature, its learning, its teaching. New York: Springer (open access eBook). Magruder, R.L. (2012). Solving Linear Equations: A Comparison of Concreate and Virtual Manipulatives in Middle School mathematics. University of Kentucky Acknowledge. Theses and Dissertations-Curriculum and Instruction, Paper 2: University of Kentucky. Wu, H.-H. (2016). Linear equations in one variable. In Teaching School Mathematics: Algebra (pp. 37–52). American Mathematical Society. https://doi.org/10.1090//mbk/099/03. Sari Saraswati, Ratu Ilma Indra Putri, Somakim. (2016). Supporting Students’ Understanding of Linear Equations With One Variable Using Algebra Tiles. University Tebuireng, Tebuireng Jombang, Indonesia.
219 MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH BERKAITAN TOPIK DOKUMEN PERNIAGAAN MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4 MENGGUNAKAN ‘TEKNIK CEMERLANG URUSNIAGA (CUN)’ SUTARA BINTI JAMALI SM ST PATRICK TAWAU PETI SURAT 124,910007 TAWAU, SABAH. [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk membantu murid menyelesaikan masalah berkaitan topik dokumen perniagaan dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 di kelas 4 Intan. Bilangan murid di dalam kelas ialah 36 orang. Dokumen perniagaan adalah salah satu proses kitaran perakaunan yang murid perlu kuasai sebelum ke proses seterusnya. Oleh itu, peruntukan markah untuk soalan ini ialah 25 markah kerana soalan ini akan masuk Bahagian A iaitu soalan wajib jawab. Kelemahan murid dalam menentukan butir yang betul dan dokumen yang tepat perlu direkodkan dalam buku catatan pertama telah menjejaskan markah mereka. Oleh itu, saya terdetik untuk mengaplikasikan Teknik Cemerlang Urusniaga (CUN) yang terdapat dalam buku Cikgu Sila bertajuk ‘I LOVE AKAUN’. Diharapkan murid dapat memperolehi skor yang baik selepas terknik ini diajar. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Berdasarkan latihan yang dibuat semasa di kelas, terdapat dua masalah yang telah saya kesan semasa murid membuat latihan soalan dokumen perniagaan. Masalah pertama ialah murid tidak tahu mahu tentukan dokumen perlu direkodkan dalam buku catatan pertama yang betul. Manakala, masalah kedua murid tidak tahu mahu rekodkan butir apa dalam Buku Catatan Pertama. Hal ini telah menjejaskan markah murid kerana jika mereka salah merekod dokumen dalam buku catatan pertama serta butir yang tidak betul merka akan kehilangan markah. Dalam kitaran perakaunan, terdapat lapan proses yang perlu dipatuhi untuk menyediakan Penyata Kewangan. Proses yang pertama ialah Dokumen Perniagaan, jika murid dapat mengenal pasti setiap dokumen yang tepat direkodkan dalam Buku Catatan Pertama maka murid dapat mengurangkan kesilapan perekodan.
220 2.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini dijalankan kepada murid 4 Intan yang mengambil subjek Prinsip Perakaunan pada tahun 2022. Terdapat 36 orang murid yang terdiri daripada 16 orang lelaki dan 20 orang perempuan. 3.0 PERNYATAAN MASALAH Semasa tingkatan 4, mata pelajaran Prinsip Perakaunan, soalan kitaran perakaunan akan diuji di dalam Kertas Dua di Bahagian A iaitu soalan wajib jawab. Peruntukan markah ialah sebanyak 25 markah. Jika murid dapat mengenal pasti dokumen yang tepat perlu direkodkan di dalam Buku Catatan Pertama maka murid dapat markah yang lebih baik. Hal ini dapat membantu murid menguasai tahap kefahaman mereka terhadap kitaran perakaunan. Menurut Tim Ket Kiat, dan Iswani Hj. Mohd Sanip (2016), kitaran perakaunan merupakan tatacara penyediaan rekod perakaunan yang bermula dari dokumen sumber (dokumen perniagaan). 4.0 OBJEKTIF KAJIAN 4.1 Objektif Am Kajian ini untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan murid terhadap Dokumen Perniagaan mengunakan Teknik CUN. 4.2 Objektif Khusus 1. Meningkatkan kemahiran murid dalam merekodkan dokumen perniagaan ke dalam buku catatan pertama yang tepat. 2. Menggunakan Teknik CUN dalam penyelesaian dokumen perniagaan. 3. Membantu murid mendapat keputusan yang lebih baik dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2022. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 TINJAUAN MASALAH 5.1.1 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Pemerhatian dibuat ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran sebelum Teknik CUN
221 diperkenalkan dan juga pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan Teknik CUN. Melalui pemerhatian ini, sebelum Teknik CUN diperkenalkan kesilapan perekodan dokumen dalam buku catatan pertama serta kesilapan butiran ialah 55%. Hali ini bermaksud separuh dari bilangan murid mempunyai masalah dalam penyelesaian soalan ini. Manakala, selepas Teknik CUN diperkenalkan peratus bilangan murid yang menghadapi masalah yang sama telah berkurang kepada 15%. 5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pasca Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan murid mengenai modul Dokumen Perniagaan. Soalan ujian pra merupakan soalan yang diambil daripada buku latihan murid dari terbitan Pelangi yang bertajuk ‘ Pelangi Analisis Prinsip Perakaunan KSSM Tingkatan 4’. Selepas saya menyemak jawapan murid, saya memulangkan semula kepada mereka berserta skor yang diperolehi dalam masa yang sama saya menunjukkan kepada murid kesilapan yang mereka buat. Setelah itu, saya memperkenalkan Teknik CUN kepada mereka. Teknik ini di ambil daripada buku yang ditulis oleh Cikgu Sila yang bertajuk ‘I LOVE AKAUN’. Selepas teknik ini diperkenalkan, ujian pasca dilakukan pada hari yang sama. 5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH 5.2.1 Analisis Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan didapati : 1. Murid lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru secara lisan. 2. Murid lebih peka terhadap butiran penting dalam dokumen. 3. Murid dapat mengenalpasti dokumen yang tepat untuk direkodkan dalam buku catatan pertama. 4. Murid aktif bertanya dan mengajukan soalan kepada guru. 5.2.2 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca Jadual 1: Perbandingan Pencapaian Murid Dalam Ujian Pra Dan Pasca Markah Ujian Pra Ujian Pasca 22 - 25 1 3
222 Dapatan ujian pra dan pasca menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian murid. Semasa ujian pra, julat markah 0-3 menunjukkan lapan orang murid berada dalam julat markah tersebut. Manakala, semasa ujian pasca, tiada murid yang berada dalam julat markah 0-3. Tahap pencapaian murid secara keseluruhannya semasa ujian pra berada dalam julat markah 7-9 iaitu seramai sembilan orang murid. Manakala, dalam ujian pasca tahap pencapaian murid meningkat kepada julat markah 10-12 iaitu seramai 10 orang murid. Hal ini menunjukkan murid dapat mengaplikasikan Teknik CUN semasa menjawab soalan ujian pasca. Tidak kurang juga terdapat murid yang mempunyai tahap penguasaan yang tinggi dalam tajuk ini, bilangan murid yang berada dalam julat markah 22-25 semasa ujian pra hanya seorang sahaja. Apabila Teknik CUN diaplikasikan, bilangan murid yang berada dalam julat markah ini meningkat kepada tiga orang. 5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN DAN PEMERHATIAN Kajian ini telah dilaksanakan dalam tempoh dua minggu. Semasa saya menjalankan kajian ini saya telah menghabiskan sukatan mata pelajaran Prinsip Perakaunan tingkatan 4. Saya memperuntukan lapan waktu untuk melaksanakan kajian tindakan ini. Ujian pra dan ujian pasca mengambil masa selama dua waktu, pengenalan Teknik CUN tiga waktu. Kemudian, ujian pra sebanyak tiga waktu. Berdasarkan pemerhatian saya Teknik CUN dapat meningkatkan kefahaman murid tentang soalan dokumen perniagaan. Murid lebih bersemangat dan menunjukkan impak yang positif dalam menyelesaikan tugasan. 19 - 21 3 5 16 - 18 2 7 13 - 15 5 5 10 - 12 2 10 7 - 9 9 5 4 - 6 6 1 0 - 3 8 0
223 Pelaksanaan Teknik CUN adalah seperti berikut; 1. Murid diberikan lembaran kerja yang mengandungi soalan dokumen perniagaan serta jadual Teknik CUN. 2. Murid mengandaikan diri mereka adalah pemilik perniagaan. 3. Kemudian, murid diminta untuk membaca soalan dengan teliti dan tentukan 3 perkara, iaitu; (a) Nama Pemilik/ Perniagaan (b) Apakah Barang Niaga? …penting untuk tentukan Barang Niaga @ Aset Bukan Semasa . (c) Bulan Urus niaga ? …. Tarikh Bulan Urus niaga Nama perniagaan Barang niaga
224 Bil. Nama Dokumen Perkara Penting Kedudukan Perniagaan Kita Buku Catatan Pertama Penentuan Butiran 1. Invois / nota debit( invois tambahan) Tarikh Amaun… Jumlah No. Dokumen Butir Di atas (Salinan) Jurnal Jualan Jika barang niaga: Nama Perniagaan Bukan Kita (Akaun Belum Terima) Jurnal Am Jika Aset Bukan Semasa (ABS) Dt Akaun Belum Terima : Nama Perniagaan bukan kita Kt Aset Bukan Semasa Di bawah (Asal) Jurnal belian Jika barang niaga: Nama Perniagaan Bukan Kita (Akaun Belum Bayar) Jurnal Am Jika Aset Bukan Semasa (ABS) Dt Aset Bukan Semasa Kt Akaun Belum Bayar : Nama Perniagaan bukan kita Dokumen 1 Dokumen 2 Barang Niaga
225 Dokumen 1 Jurnal Belian Dokumen 2 Jurnal Jualan Bil. Nama Dokumen Perkara Penting Kedudukan Perniagaan Kita Buku Catatan Pertama Penentuan Butiran 1. Resit Rasmi Tarikh Amaun… Jumlah Tunai / No. Cek Untuk bayaran … Di atas (Salinan) Dt Buku Tunai Jika menjelaskan invois/ hutang: Nama Perniagaan Bukan Kita (Akaun Belum Terima) Jika terima hasil : Hasil … rujuk untuk bayaran Di bawah (Asal) Kt Buku Tunai Jika menjelaskan invois/ hutang: Nama Perniagaan Bukan Kita (Akaun Belum Bayar) Jika bayar Belanja : Belanja … rujuk untuk bayaran Jika membeli Aset Bukan Semasa : ABS… rujuk untuk bayaran Tarikh Butir Jumlah (RM) 2022 Mei 2 Syarikat Hebat 960 Tarikh Butir Jumlah (RM) 2022 Mei 24 Amran Trading 540
226 Dokumen 4 Dokumen 5 Dt Buku Tunai Kt Tarikh Butir Diskaun RM Tunai RM Bank RM Tarikh Butir Diskaun RM Tunai RM Bank RM 2022 Mei 1 Baki b/b 800 9000 2022 Mei 26 Syarikat Hebat 20 500 27 Komisen 250
227 Bil. Nama Dokumen Perkara Penting Kedudukan Perniagaan Kita Buku Catatan Pertama Penentuan Butiran 1 Baucar Pembayaran Tarikh Amaun… Jumlah Tunai / No. Cek Butir / Keterangan Di atas Kt Buku tunai Rujuk butir / keterangan Cth: Sewa, gaji , upah pembersihan Dokumen 6 Penentuan butiran Dt Buku Tunai Kt Tarikh Butir Diskaun RM Tunai RM Bank RM Tarikh Butir Diskaun RM Tunai RM Bank RM 2022 Mei 1 Baki b/b 800 9000 2022 Mei 19 Upah pembersihan kedai 500
228 6.0 REFLEKSI KAJIAN Hasil dapatan kajian menunjukkan peningkatan dalam tahap penguasaan murid menjawab soalan dokumen perniagaan. Hal ini dapat dilihat daripada skor markah yang diperolehi berdasarkan ujian pra dan ujian pasca. Semasa menjalankan Teknik CUN terdapat tiga orang murid yang tidak hadir ke sekolah. Oleh itu, mereka menjawab soalan berdasarkan pengetahuan sedia ada sahaja. Terdapat juga murid yang hanya menyalin jawapan daripada rakan-rakan untuk mengelakkan mereka didenda. Namun, skor markah murid tidak memberangsangkan semasa Peperiksaan Akhir Tahun. Hal ini kerana murid tidak buat ulangkaji dalam subtopik ini dan lebih fokus kepada soalan Penyata Kewangan Milikan Tunggal. Selain itu, terdapat cuti selama tiga minggu sebelum Peperiksaan Akhir Tahun berlangsung yang menyebabkan tahap penguasaan murid menurun. 7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut; 1. Mengaplikasikan Teknik CUN selepas habis sukatan pelajaran modul dokumen perniagaan. 2. Guru menggunakan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran agar murid dapat menguasai dengan baik. 3. Peruntukan masa dalam pelaksanaan kajian tindakan perlu dipanjangkan agar pengajaran da pembelajaran dapat disampaikan dengan lebih baik. RUJUKAN Cikgu Sila. I LOVE AKAUN. Selangor. Cerdik Publication Sdn. Bhd. Tim Ket Kiat dan Iswani Hj. Mohd Sanip . Prinsip Perakaunan Tingkatan 4. Selangor. Kreatif Kembara Sdn Bhd.
229 LAMPIRAN JADUAL TEKNIK CEMERLANG URUSNIAGA (CUN) Bil. Nama Dokumen Perkara Penting Kedudukan Perniagaan Kita Buku Catatan Pertama Penentuan Butiran 1. Invois / nota debit( invois tambahan) Tarikh Amaun… Jumlah No. Dokumen Butir Di atas (Salinan) Jurnal Jualan Jika barang niaga: Nama Perniagaan Bukan Kita (Akaun Belum Terima) Jurnal Am Jika Aset Bukan Semasa (ABS) Dt Akaun Belum Terima : Nama Perniagaan bukan kita Kt Aset Bukan Semasa Di bawah (Asal) Jurnal belian Jika barang niaga: Nama Perniagaan Bukan Kita (Akaun Belum Bayar) Jurnal Am Jika Aset Bukan Semasa (ABS) Dt Aset Bukan Semasa Kt Akaun Belum Bayar : Nama Perniagaan bukan kita 2. Nota kredit Tarikh Amaun… Jumlah No. Dokumen Butir Di atas (Salinan) Jurnal Pulangan Jualan Jika barang niaga: Nama Perniagaan Bukan Kita (Akaun Belum Terima) Di bawah (Asal) Jurnal Pulangan Belian Jika barang niaga: Nama Perniagaan Bukan Kita (Akaun Belum Bayar) 3. Bil tunai/ Slip daftar tunai Tarikh Amaun… Jumlah Tunai / No. Cek Butir Di atas (Salinan) Dt Buku tunai Jika barang niaga : Jualan Jika Aset Bukan Semasa : ABS .. rujuk butir Di bawah (Asal) Kt Buku Tunai Jika barang niaga : Belian Jika Aset Bukan Semasa : ABS .. rujuk butir
230 4. Resit Rasmi Tarikh Amaun… Jumlah Tunai / No. Cek Untuk bayaran … Di atas (Salinan) Dt Buku Tunai Jika menjelaskan invois/ hutang: Nama Perniagaan Bukan Kita (Akaun Belum Terima) Jika terima hasil : Hasil … rujuk untuk bayaran Di bawah (Asal) Kt Buku Tunai Jika menjelaskan invois/ hutang: Nama Perniagaan Bukan Kita (Akaun Belum Bayar) Jika bayar Belanja : Belanja … rujuk untuk bayaran Jika membeli Aset Bukan Semasa : ABS… rujuk untuk bayaran 5. Baucar Pembayaran Tarikh Amaun… Jumlah Tunai / No. Cek Butir / Keterangan Di atas Kt Buku tunai Rujuk butir / keterangan Cth: Sewa, gaji , upah pembersihan 6. Keratan cek Tarikh Amaun… Cek Ini Tujuan Kt Buku Tunai Kegunaan perniagaan/pejabat: Catatan Kontra Dt Tunai Kt Bank Belian Aset Bukan Semasa : ABS.. rujuk tujuan Bayar belanja : Belanja .. rujuk tujuan Menjelaskan invois / hutang: Akaun Belum Bayar …rujuk penerima 7. Memo Tarikh Amaun… RM Keterangan … Di atas Kt BukuTunai Ambilan Tunai : Ambilan Dt Buku Tunai Bawa masuk tunai ke dalam perniagaan (Modal Tambahan) Modal Jurnal Am Ambilan barang niaga (a) Kegunaan sendiri
231 Dt Ambilan Kt Belian (b) Kegunaan perniagaan Dt Belanja ( promosi/derma/sumbangan) Kt Belian Bawa masuk ABS dalam perniagaan ( Modal Tambahan) Dt ABS … rujuk keterangan Kt Modal 8. Borang Wang Masuk Bagi perniagaan yang sudah lama beroperasi Buku tunai Catatan kontra Dt Bank Kt Tunai Bagi perniagaan yang baru memulakan perniagaan Dt Buku Tunai Modal
232 PEER TEACHING IMRPOVES WEAKER PUPILS 4 EMAS IN ESSAY WRITING WINNIE BINTI HENRY Sekolah Menengah St Patrick Peti Surat 124,91007 Tawau, Sabah, Malaysia [email protected] ABSTRACT This purpose of this research implementation is to improvise the 4 Emas pupils’ writing skills. 30 active pupils were in involved in this research. The result of the pre test showed that numbers of pupils were not able to get marks which is more than 30 over 60. After they have been identified, a method of “ Peer Teaching” for English Language has been implemented in the class. The peer teaching activities have been implemented between the pupils who managed to get better scores in writing. These selected pupils taught the weaker pupils who are unable to write good sentences. After the method has been conducted for a few times, the weaker pupils were able to show better progress in writing ( 1119/2). 1.0 REFLECTION OF PAST TEACHING & LEARNING SESSION It was identified that in 4 Emas (2022/2023 Academic Session), there are pupils who are unable to write essay based on correct format. These includes the difficulty to write correct sentences. Most of them prefer to copy their peers’ contents and ideas. The pupils were asked more details about their problems to write the essay. The problems stated by them were: 1. They have limited knowledge of vocabularies. 2. They have no idea on what does the question want 3. They do not master the grammar knowledge yet. The pupils also stated that because of the implementation of Movement Control Order since 2020, their basic knowledge was not able to be retrieved recently. 2.0 RESEARCH FOCUS The focus of this action research is about the effectiveness of using “ Peer Teaching Method” in order to help and to improvise the weaker pupils in their essay writing skills. The
233 usage of this method is initiated by the teacher to give extra focuses to the pupils who slightly have no interest to learn the language in the class and/or those pupils who were unable to render their attention in the class due to outside of school factors. 3.0 FOCUS GROUP The focused pupils in this research involved 30 active pupils of 4 Emas ( 2022/2023 Academic Session). 13 pupils were selected as the “main helper “ in the class. Their roles were to assist the teacher to help the “ weaker achiever in essay writing” to have better understanding on how to produce sentences with correct grammar, tenses, vocabularies and sentences structure. 4.0 RESEARCH OBJECTIVE The objective of this research is to find out the effectiveness of the pupils’ role in the class as the helpers of their weaker classmates in order to improvise the weaker pupils’ writing skills. 4. 1 General Objectives This research is aimed to add the weaker pupils’ knowledge related to : i. Basic knowledge of grammar ii. Vocabularies enrichment 4.2 Specific Objectives i. To train the weaker pupils to have extra knowledge in terms of mastering the writing format in essay writing. ii. To train the pupils to identify what does the essay question want the pupils to write. 5.0 THE IMPLEMENTATION OF THE RESEARCH 5.1 Problem Analysis The pre-test and post test were implemented in order to find out the analysis of pupils’ achievement in writing.
234 5.2 The Analysis of the problem 5.2.1 Pre-Test The writing questions (1119/2) for Form 4 were used as the pre-test diagnose for the pupils. There are three parts of questions available in writing. The overall marks for writing paper is 60 marks (Part 1- 20 Marks, Part 2-20 Marks, Part 3-20 Marks). The First part is about email writing approximately about 80 words. The second part is related to essay writing which the pupils were asked to write about 125-150 words. Whereby for the third part, pupils were asked to write up 250 words. The result of the pupils for 4 Emas were extracted from the Writing Section (Mid Year Examination for 2022/2023 Academic Session- Conducted in August 2022). 5.2.2 Post-Test The structure of the Post-Test questions are similar with the Pre-Test questions. This is to enable the research to be evaluated using the same instrumental. The result of the pupils for 4 Emas were extracted from the Writing Section (Final Year Examination for 2022/2023 Academic Session, Conducted in January 2023). Attachment 1 : Question Sample ( Part 1)
235 Attachment 2: Question Sample ( Part 2) Attachment 3: Question Sample ( Part 3) 5.3 Methodologies & Observation 5.3.1 Peer Teaching Method Pupil A Pupil B Diagram 1 : Pupils’ seating arrangement in class during English Language Session WƵƉŝůƐǁŚŽĂƌĞĂďůĞƚŽ ǁƌŝƚĞǁĞůů WƵƉŝůǁŚŽŚĂƐĚŝĨĨŝĐƵůƚŝĞƐŝŶ ǁƌŝƚŝŶŐ
236 Diagram 1 show the seating of the pupils in the class during English Language session. Pupils are selected to sit with the weaker pupils. The purpose of setting these seating arrangement is to enable the pupils with good ability in writing to assist the teacher to teach the weaker pupils. This method is done in order to improvise the weaker pupils’ performance in writing. Picture 1 : Garrick Chung Putting Efforts To Assist Ikmal To Understand The Lesson Better Picture 2 : Sow Pow Yee Putting Efforts To Assist Mohd Rafique. Picture 1 and Picture 2 show the seating arrangement of the pupils who are able to write better and the persons next to them are the one who needed assistance accelerate their learning skills . Sow Pow Yee, Aniq Syahmi, Garrick are the pupils who are able to write the essays better in the examination. They are assigned to assist Iqmal, Mohd Rafique and Mohd Aisham. They assisted Iqmal, Mohd Rafique and Mohd Aisham in each part of the lesson such as understanding the grammar structure, the format of the questions, sentences structures as well as enriching their vocabularies.
237 5.3.2 : Findings Table 1: Comparison of Pupils’ Score for Pre-Test and Post-Test No Pupil’s Name Pre-Test Marks (25%) Mid Year Exam 2022/2023 Academic Session (Writing Paper) Post-Test Marks (25%) Final Year Exam 2022/2023 Academic Session (Writing Paper) 1 AFUDIN BIN ABDUL GHANI 1 5 2 ANIQ SYAHMI BIN ABDUL JALIL 13 20 3 CHUNG ZHONG JIE 19 20 4 DERYLINA BINTI UDIN 24 21 5 EUGENE WONG WEN KAI 21 24 6 GARRICK CHUNG ZHEN YEN 22 19 7 LIONA YOSORES 5 6 8 MARISSA UZMA BINTI RASID 18 12 9 MOHAMAD IQMAL 2 1 10 MOHAMAD IRWANSYAH 3 5 11 MOHAMAD SYAZWAN BIN MAMAD @ MOHAMMAD 17 12 12 MOHAMMAD IFAN TH TH 13 MOHAMMAD RAFIQUE RAMADHAN 12 14 14 MOHAMMAD RAIHAN 3 14 15 MOHAMMAD RASHIDE AIDIF BIN AWANG AZIZ 6 8 16 MOHAMMAD RIDWAN TH 0 17 MUHAMMAD ADAM TAY BIN ERIC TAY 14 14 18 MUHAMMAD AISYHAM 6 16 19 MUHAMMAD ARIEF HAIKAL 9 12 20 MUHAMMAD IRFAN 8 14 21 MUHAMMMAD SYAZWAN 3 11 22 MULING SAMUEL ANAK CHONG 19 16 23 NICHOLAS WONG HOU ZIT TH TH 24 NOOR FATIHAH 11 13 25 NUR QAIDAH ATUL AIMAN BINTI DRES @ SUDIN 4 2 26 NUR SYAZLINY BINTI SUANOY HERRYANTO 10 10 27 NUR WAHYUNI BT SHARUDDIN 9 12 28 RAHDIATUL ASHTASHA 3 10 29 SOW POW YEE 21 14 30 TRIFOSA VOON CHUN PONG 3 8 31 WARNILIN BIN JAIDIN 3 5
238 6.0 REFLECTION Based on the collected data after the post-test had been implemented, the result shows that 18 pupils over 31 overall pupils show positive progress in their writing examination. Meanwhile, 7 over 31 pupils show negative progress in their writing examination. 5 over 31 pupils show no progress as their result remain stagnant. 58% of the pupils were showing positive progress. These pupils were able to write their essays in part 1, part 2 and part 3. They were able produce better sentences writing with better grammar structure, paragraph organization as well as using related vocabularies to the question. Meanwhile, 23% of pupils show negative results in their recent writing examination. According to them, they were not familiar with the format of the questions and the time given was limited. 16% of the pupils show no progress. They remained stagnant due to the past exams, they did not attend the exam. A few number of pupils were still remaining their result same as before. 7.0 RECOMMENDATIONS It is recommended that peer teaching method to implemented continuously in the class. There are number of problems such as lack of motivation of the pupils to assist their friends. Due to this problem, it is advisable for those pupils who assist their classmates to be given some gifts as the appreciation of their efforts. REFERENCES Martin Stigmar, Peer To Peer Teaching In Higher Education, A Critical Literature Review (2016), Vol. 24, No. 2, 124–136, https://www.researchgate.net/profile/Martin-Stigmar/publication/302915721_Peer-topeer_Teaching_in_Higher_Education_A_Critical_Literature_Review/links/5e3052c99 2851c7f7f08a2bd/Peer-to-peer-Teaching-in-Higher-Education-A-Critical-LiteratureReview.pdf
239 MENINGKATKAN PENGGUNAAN PERIBAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN “PROGRAM P20.1” WONG FUI LIN Sekolah Menengah St. Patrick Peti Surat 124, 91007 Tawau Sabah, Malaysia ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penggunaan peribahasa dalam penulisan karangan Bahasa Melayu pelajar Tingkatan 3A. Seramai 41 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal yang dijalankan melalui latihan mengarang dalam proses pembelajaran dan pengajaran(PDPc) memberikan suatu dapatan bahawa penggunaan peribahasa selalu diabaikan sebagai ungkapan menarik dalam penulisan karangan. Selain itu, pelajar tidak terfikir peribahasa apa yang sepatutnya digunakan memandang korpus peribahasa yang begitu melambak dalam otak pelajar. Oleh hal yang demikian, Program P20.1 dilaksanakan untuk membantu pelajar menapis ribuan peribahasa yang ada sehingga pelajar berbekalkan 20 peribahasa yang paling kerap digunakan dalam penulisan karangan. Pada akhir program intervensi ini, pelajar pasti akan mempunyai sekurang-kurangnya 20 peribahasa yang terdapat dalam “bank peribahasa” mereka berbanding dengan mereka terpaksa mengingat dan menghafal beratus-ratus peribahasa yang belum tentu dapat diguna pakai dalam penulisan karangan mereka. Pelajar hanya perlu menyenaraikan 20 peribahasa dalam masa 1 minit pada kertas soalan peperiksaan mereka sebelum mula membaca soalan karangan dan seterusnya mengarang. Itulah sebabnya, program ini dinamakan P20.1. 20 peribahasa dalam masa 1 minit. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Pada dasarnya, pelajar yang cemerlang dapat menghasilkan karangan yang menarik kerana buah fikiran mereka lebih matang, huraian relevan dengan tugasan dan pengolahan lebih menarik. Namun begitu, kumpulan pelajar ini berdepan dengan suatu masalah yang sukar dihindari. Mereka lazimnya mengabaikan penggunaan peribahasa dalam penulisan karangan sedangkan entiti ungkapan menarik ini pada realitinya akan membantu menjadikan karangan mereka lebih menarik untuk dibaca dan paling penting memperlihatkan tahap penguasaan bahasa mereka yang lebih mantap dan tinggi. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Suatu persoalan yang perlu dirungkai dan boleh dikaji selidik ialah kumpulan pelajar yang cemerlang ini tidak gemar atau tidak dapat menyelitkan peribahasa dalam penulisan karangan mereka. Walaupun mereka tahu betapa pentingnya penggunaan peribahasa dalam penulisan mereka, mereka mungkin berpendapat bahawa penggunaan peribahasa ini akan
240 mengambil masa mengarang mereka lantas mengakibatkan mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengarang. 3.0 FOKUS KAJIAN Berdasarkan penyemakan karangan untuk beberapa kali, didapati pelajar sekarang tidak dapat atau tidak gemar menyelitkan peribahasa dalam penulisan mereka sedangkan peribahasa merupakan salah satu aspek bahasa yang sangat unik semasa mempelajari bahasa Melayu di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Oleh sebab itu, pelajar perlu dilatih menggunakan peribahasa dalam penulisan karangan dengan yakin, berkesan dan lebih kerap. Daripada beribu-ribu peribahasa yang ada, peribahasa yang lebih kerap dan lebih senang digunakan dalam karangan akan menjadi fokus kajian saya. 4.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, diharapkan pelajar dapat mencapai objektif yang berikut: 4.1 Objektif Am Meningkatkan penggunaan peribahasa dalam penulisan karangan. 4.2 Objektif Khusus Menyenaraikan 20 peribahasa dalam masa singkat. Menggunakan peribahasa mengikut konteks yang sesuai dan tepat. Meningkatkan keyakinan pelajar dalam mengarang. 5.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan semua pelajar Tingkatan 3A, iaitu sebanyak 41 orang. Daripada 41 orang pelajar ini, sebanyak 22 orang pelajar tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibundanya. 19 Orang merupakan penutur asli bahasa Melayu. 6.0 PELAKSANAAN KAJIAN 6.1 Tinjauan Awal Masalah Tinjauan awal terhadap masalah yang telah dikenal pasti dalam kajian tindakan dilakukan melalui soal selidik melalui WhatsApps dan penyemakan karangan praintervensi.
241 6.1.1 Soal Selidik Soal selidik melalui WhatsApps dilakukan dengan mengemukakan soalan berikut: “Sebelum ada P20.1, apakah masalah yang dihadapi semasa mengarang, terutamanya apabila mahu menggunakan peribahasa?” 6.1.2 Penyemakan Karangan Praintervensi Penyemakan karangan sebanyak 3 kali dilakukan sebelum kajian tindakan saya. Karangan telah disemak pada 20 Februari, 1 April dan 17 Jun 2019. Tajuk karangan yang ditulis merangkumi isu yang berlainan, iaitu penggunaan telefon bimbit, ciri-ciri sahabat dan semangat patriotik. 6.2 Analisis Tinjauan Masalah 6.2.1 Analisis Dapatan Soal Selidik WhatsApps Daripada soal selidik yang dijalankan terhadap 41 orang pelajar dalam kelas 3A, hasil dapatan berikut disenaraikan sebagai kekangan pelajar saya semasa menggunakan peribahasa dalam mengarang: (i) Kekurangan peribahasa atau tidak terfikir peribahasa yang sesuai dimasukkan dalam karangan. (ii) Memerlukan masa yang panjang untuk memikirkan peribahasa yang sesuai digunakan semasa mengarang. (iii) Tidak dapat menggunakan peribahasa dengan banyak, tepat dan sesuai. (iv) Tidak dapat atau tidak pernah malah tidak berani menggunakan peribahasa dalam karangan kerana takut salah menggunakannya. (v) Mudah lupa menggunakan peribahasa. (vi) Takut tidak cukup masa menulis karangan jika terpaksa menggunakan masa untuk memikirkan peribahasa. (vii) Sukar memilih peribahasa. (Rujuk Lampiran 1: Respons untuk Soal Selidik WhatsApp)
242 6.2.2 Analisis Dapatan Karangan Praintervensi Berdasarkan karangan praintervensi yang ditulis oleh pelajar sebanyak 3 kali itu, didapati seramai 17 orang pelajar (41.46%) daripada 41 orang langsung tidak menyelitkan peribahasa dalam sekurang-kurangnya salah satu karangan yang ditulis. Manakala 29 orang pelajar (70.73%) hanya menggunakan 3 atau kurang daripada 3 peribahasa dalam ketiga-tiga karangan yang ditulis oleh mereka sedangkan kumpulan pelajar ini boleh dikategorikan sebagai pelajar yang pintar dan mahir dalam mengarang. Penggunaan peribahasa sepatutnya bukan satu kesukaran untuk mereka (Rujuk Jadual 1). Jadual 1: Bilangan Peribahasa Dalam Karangan Praintervensi No. Nama Pelajar Karangan 1 20 Feb Karangan 2 1 April Karangan 3 17 Jun 1 Adryanna Adney Adam 0 0 1 2 Aina Karmila Binti Kamaruddin 0 1 1 3 Amirah Natasyah Binti Arfah 4 2 2 4 Azad Ikmal Bin Ismail 1 1 1 5 Azrina Chia Ai Lei 0 1 7 6 Chaok Pei Zi 2 1 2 7 Chia Wai Kee 2 0 4 8 Chick Hor Yan 1 2 3 9 Chin Kee 1 1 2 10 Chin Siao Ern 1 0 3 11 Dallas Lee Yang 0 1 4 12 Danish Adam Mikhail Bin Abdul Hamid 1 2 3 13 Darryl Ng Wai Meng 2 2 3 14 Eunice Chan Ko Syn 3 3 2 15 Eva Shalene 1 0 1 16 Fatin Fatonah Binti Muhammad Hasri 2 3 0 17 Ikramah Bin Abdul Rashid 1 1 1 18 Ivan Ng Zhi Yuan 2 0 1 19 Jason Sandy 1 2 3 20 Jianna Pang Jing Ying 0 0 3 21 Jolene Chia Tzi Shuen 1 3 3 22 Koh Lei 2 5 3 23 Lau Pik Wei 4 0 2 24 Lau Thien Xin 2 1 2 25 Lee Jia Vun 1 1 4 26 Liew Tze Enn 3 0 2 27 Mason Chung Yu An 1 1 4 28 Mighis Shamim Binti Esah 4 1 5 29 Muhammed Syahmi Bin Aris 1 0 1 30 Nichole Chin 0 5 5 31 Nur Atiqah Binti Abdul Halim 0 1 3 32 Nur Izyani Najihah Binti Ishak 1 2 2
243 33 Nur Sima Binti Arshad 1 1 0 34 Peter Ho Soon Kiong 1 2 2 35 Priscilla Cheang Pei Ai 2 2 5 36 Puteri Nur Yasmin Binti Aminuddin 1 2 1 37 Rayen Bin Raymond @ Sudaip 1 2 0 38 Soon E Jane 0 1 1 39 Tajendra A/L Kathiravan 2 3 4 40 Truva Venggataswara A/L Sivalinggam 3 1 2 41 Yee Yin Lian 1 2 2 6.3 Pelaksanaan Program P20.1 Program P20.1 ini dibahagikan kepada 3 langkah dan dijalankan sehingga sebelum peperiksaan PT3. Pada 27 Jun 2019, pelajar diminta menyenaraikan 20 peribahasa yang pada pandangan pelajar kerap digunakan dalam penulisan. Kemudian, berdasarkan semua peribahasa yang disenaraikan oleh semua pelajar itu, guru dan pelajar berbincang untuk menyenaraikan 20 peribahasa yang terakhir untuk diingat. Kriteria pemilihan peribahasa itu berlandaskan faktor kerap, senang dan mudah difahami. Berikut merupakan senarai peribahasa tersebut: (1) Malang tidak berbau (2) Usaha tangga kejayaan (3) Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni (4) Bagai duri dalam daging (5) Bulat air pembetung, bulat kata kerana muafakat (6) Tak kenal maka tak cinta (7) Masa itu emas (8) Bagai melepaskan batuk di tangga (9) Bagai lalang ditiup angin (10) Sudah terhantuk baru tengadah (11) Sudah terang lagi bersuluh (12) Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai (13) Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas (14) Melentur buluh biarlah dari rebungnya (15) Bagai kacang lupakan kulit (16) Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna (17) Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah (18) Sediakan payung sebelum hukan (19) Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh (20) Bagaimana acuan begitulah kuihnya
244 Walakin begitu, memandangkan kumpulan pelajar ini merupakan pelajar yang mampu menunjukkan kecemerlangan dalam akademik, mereka diberikan kelonggaran untuk mengubah senarai peribahasa ini mengikut keperluan dan kesesuaian. Yang penting, hanya 20 peribahasa yang disenaraikan. 6.3.1 Langkah 1 Dalam Langkah 1 ini, pelajar diminta menghafal 20 peribahasa yang telah disenaraikan pada 27 Jun 2019 terlebih dahulu sebelum pdpc yang seterusnya. Ujian ringkas dilakukan untuk memastikan pelajar menguasai 20 peribahasa tersebut. Masa ujian ringkas akan semakin berkurang, yakni daripada 6 minit kepada 3 minit. 20 peribahasa ini perlu ditulis lengkap dan penuh. 6.3.2 Langkah 2 Dalam Langkah 2 pula, pelajar diberikan masa 2 minit untuk menyenaraikan 20 peribahasa itu. Apa yang berbeza dengan Langkah 1 adalah dalam Langkah 2 ini, pelajar hanya menulis 3 patah perkataan yang pertama untuk setiap peribahasa tersebut. Sebanyak 2 ujian ringkas dijalankan untuk langkah ini. 6.3.3 Langkah 3 Dalam Langkah 3 pula, pelajar diberikan masa 1 minit untuk menyenaraikan 20 peribahasa tersebut tetapi hanya 1 patah perkataan yang perlu ditulis. Kata yang ditulis itu merupakan entiti yang paling penting dalam peribahasa tersebut. Maksudnya,apabila pelajar melihat perkataan tersebut, minda pelajar akan terus terlintas peribahasa yang telah diingat pada Langkah 1 dan 2. Langkah 3 ini dijalankan dari 18 Julai sehingga 26 September 2019. Penyenaraian peribahasa ini dilakukan dalam bentuk ujian ringkas dan latihan praktikal. Carta Aliran: Langkah-langkah Pelaksanaan Program 20.1
245 Contoh Ujian Ringkas Dan Latihan Praktikal Untuk Tahap-Tahap Pelaksanaan Program P20.1 Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3
246 6.4 Keputusan, Analisis dan Perbincangan 6.4.1 Analisis Dapatan Soal Selidik melalui WhatsApp Soal selidik melalui whatsAppp telah dijalankan pada 13 Oktober 2019. Soalan seperti berikut: “Dapatkah P20.1 ini membantu dan bagaimanakah dapat membantu?” Dikemukakan kepada 41 orang pelajar kelas 3A. Daripada hasil dapatan, respons positif “sangat membantu” dan “membantu” diberikan oleh 39 orang pelajar. Berikut merupakan rumusan respons yang diberikan oleh pelajar: (i) Senang mengarang walaupun tanpa bimbingan dan tunjuk ajar guru (ii) Dapat mengenal pasti peribahasa yang dapat digunakan dengan pantas (iii) Dapat menguasai banyak peribahasa (iv) Dapat menggunakan peribahasa yang sesuai dan betul (v) Dapat mengatasi masalah lupa peribahasa (vi) Boleh faham pelbagai peribahasa (vii) Menjimatkan masa dan dapat melebihkan masa untuk mengarang (viii) Memudahkan proses menghafal peribahasa (ix) Setiap kali ingin tulis peribahasa, tetap ada 20 peribahasa yang telah saya hafal (x) Peribahasa senang diselitkan ke dalam karangan kerana peribahasa tersebut senang digunakan. (xi) Dapat menambahkan lebih banyak peribahasa dalam karangan kerana setelah habis mengarang, saya akan membuat semakan untuk mengenal pasti apa lagi peribahasa dalam Program 20.1 boleh dimasukkan dalam karangan. Secara keseluruhannya, Program P20.1 berjaya mengatasi 7 masalah yang disenaraikan dalam 6.2.1. Malahan, pelajar memberikan respons yang lebih memberangsangkan kepada saya, iaitu: “Banyak contoh dan isi karangan dapat “Apabila tidak pandai menghurai isi, dikatkan dengan Program P20.1” peribahasa dapat dijadikan huraian karangan” Responden: Aina Karmila Bt Kamaruddin Responden:Mighis Shamim Binti Esah
247 “Semasa mengaran, saya juga dapat mengingat “Saya rasa sangat baik. Cikgu mungkin Ungkapan menarik dan kosa kata yang hebat. boleh gunakan teknik ini pada tahun Program ini juga berguna untuk BC dan BI.” hadapan dan tahun seterusnya.” Responden: Chia Wai Kee Responden: Jianna Pang Jing Ying Namun begitu, terdapat 2 orang pelajar memberikan respons seperti berikut; (i) “Kadang-kadang susah mahu menyelitkan 20 peribahasa dalam karangan kerana tidak dapat dikaitkan tema karangan yang ditulis.” (ii) “Walaupun menyenaraikan 20 peribahasa dalam masa 1 minit, bagi saya, saya boleh menulis 2-3 ayat lagi untuk mengembangkan karangan saya”. 6.4.2 Analisis Penulisan Karangan Peperiksaan PT 3 Jadual 2: Bilangan Peribahasa Dalam Karangan Semasa Peperiksaan No. Nama Pelajar Peperiksaan Simulasi 24 Julai Peperiksaan Percubaan 26 Ogos Peperiksaan PT3 9 Oktober 1 Adryanna Adney Adam 2 2 6 2 Aina Karmila Binti Kamaruddin 5 4 6 3 Amirah Natasyah Binti Arfah 4 3 4 4 Azad Ikmal Bin Ismail 2 1 2 5 Azrina Chia Ai Lei 7 2 4 6 Chaok Pei Zi 3 3 3 7 Chia Wai Kee 2 1 3 8 Chick Hor Yan 6 4 7 9 Chin Kee 1 1 1 10 Chin Siao Ern 5 4 3 11 Dallas Lee Yang 5 4 5 12 Danish Adam Mikhail Bin Abdul Hamid 3 4 4 13 Darryl Ng Wai Meng 5 0 4 14 Eunice Chan Ko Syn 6 3 4 15 Eva Shalene 2 2 1 16 Fatin Fatonah Binti Muhammad Hasri 2 1 2