The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PEMANGKIN DAN PENCETUS KREATIVITI DAN INOVASI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurrsiek85, 2023-06-11 22:34:18

JURNAL KAJIAN TINDAKAN EDISI KE 4

PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PEMANGKIN DAN PENCETUS KREATIVITI DAN INOVASI

98 Guru juga telah mengemukakan soalan kepada murid di dalam kelas sama ada mereka masih menghadapi masalah menulis karangan. Murid memberi respon baik bahawa bimbingan guru dalam pendekatan menulis karangan dan tip-tip penting penulisan karangan banyak membantu murid untuk meningkatkan kemahiran dalam menulis karangan dengan lebih tersusun dan mudah dibaca. Respons positif daripada murid terhadap pelaksanaan ‘Teknik Piramid 7 Keturunan’ amat bermakna kepada penyelidik dalam usaha meningkatkan kecemerlangan murid dalam penulisan Bahasa Melayu sehingga ke peringkat SPM. 2.0 ISU KEPRIHATINAN/ KAJIAN TINDAKAN Berdasarkan ujian pra Bahasa Melayu pada bulan September Kelas Tingkatan 2 Kristal didapati 32 orang murid masih belum menguasai teknik mencipta isi karangan dengan menunjukkan 91% gagal dalam penulisan karangan pada Bahagian B. Oleh itu, murid gagal dalam penulisan karangan berpunca daripada pelbagai faktor yang perlu ditinjau secara teliti dan mendalam. Pembedahan terhadap isu kegagalan murid dalam pembelajarannya, khususnya dalam penulisan karangan pada Kertas 2 Bahagian B perlu diberi tumpuan sewajarnya. Jika murid tidak menguasai kemahiran mencipta isi karangan terutamanya dalam penulisan karangan fakta, pendapat, perbincangan, syarahan dan perbahasan mereka tidak akan mendapat keputusan yang baik dalam kertas Bahasa Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana markah yang diperuntukkan bagi Kertas 2 Bahagian B karangan adalah sebanyak 30 markah dan mempunyai pemberatan yang paling banyak dalam kertas Bahasa Melayu. Oleh itu, kajian tindakan perlu dilakukan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran mencipta isi karangan dengan kaedah yang terancang, sesuai dan sistematik. Selain itu, perlu ada satu pendekatan strategi yang sesuai dan pelbagai untuk pengajaran dan pembelajaran menulis karangan. Lantaran itu, bagi meningkatkan kemahiran menulis karangan, ‘Teknik Piramid 7 Keturunan’ dilaksanakan yang diserap dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.


99 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif umum Tujuan sasaran dalam kajian ini adalah untuk meningkatkan kebolehan murid dalam mencipta isi dalam penulisan karangan Bahasa Melayu terutama jenis karangan pendapat, fakta, perbincangan, syarahan dan perbahasan bagi murid tingkatan 2 Kristal berpandukan Kaedah Piramid 7 Keturunan. 3.2 Objektif Khusus Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan penggunaan teknik yang sesuai, mudah, dan betul. Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis karangan. Untuk merangsang motivasi murid terhadap penulisan karangan. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini lebih berfokus kepada Tingkatan 2 Kristal di Sekolah Menengah St. Patrick Tawau, yang berjumlah 35 orang murid. Komposisi murid terdiri daripada 16 murid lelaki dan 19 murid perempuan. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN Kami memilih kaedah ‘Teknik Piramid 7 Keturunan’ bagi memberi penekanan terhadap kemudahan dalam mencari isi penting yang lebih berfokus. Maklumat yang terkandung di dalam Piramid 7 Keturunan ini ialah 7 peranan yang penting. Ianya berbentuk piramid dan sesuai dengan murid bagi menelaah konsep keutamaan secara berfokus sekali gus merangsang pemikiran murid dengan adanya kata kerja yang telah disediakan untuk menghuraikan isi karangan dengan lebih berfokus bersesuaian dengan kehendak soalan. 5.1 TINJAUAN MASALAH Berdasarkan keputusan ujian pra 1 pada bulan September dan refleksi pengajaran, kami mendapati bahawa murid kurang penggunaan kosa kata dalam menentukan isi dan huraian isi yang amat terhad penggunaan ayatnya. Secara tidak langsung, ianya menjejaskan prestasi mereka dalam ujian pra yang hanya khusus kepada komponen dalam menulis karangan jenis pendapat, fakta, perbincangan yang sesuai dengan tajuk.


100 Gambar 1: Kaedah Penulisan Murid yang Tidak Berfokus Guru menghadapi masalah dalam pengajaran dalam menerangkan ketersampaian isi yang perlu ditulis oleh murid secara berfokus. Isi karangan yang hampir sama ini menyebabkan murid lebih cenderung untuk menggunakan idea yang sama bagi menghuraikan karangan pada isi seterusnya. Hal ini disebabkan penghuraian yang agak terhad dalam pembinaan isi yang sepatutnya menjadi elemen utama dalam penulisan. Cara yang kami gunakan untuk meninjau masalah yang dihadapi oleh murid adalah melalui borang soal selidik, soal jawab secara lisan dan pemerhatian dalam bilik darjah serta analisis keputusan ujian pra dan pasca. 5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH Guru menjalankan ujian pra 1 iaitu sebelum memberikan pendedahan berkenaan teknik yang ditekankan dalam Piramid 7 Keturunan ini. Tinjauan masalah yang diperoleh daripada hasil pemerhatian dan keputusan analisis penilaian ujian pra 1 di dalam bilik darjah.


101 Jadual 1: Analisis Markah Ujian Pra Markah Ujian Pra 1 Bilangan (Orang) Peratus (%) 1-10 3 8.5% 11-20 29 82.8%% 21-25 3 8.5% 26-30 0 0 Jumlah 35 100% Berdasarkan latihan yang diberikan dan semakan latihan murid untuk meninjau masalah yang menjadi punca murid gagal menguasai kemahiran menulis karangan seperti yang terkandung dalam Jadual 1. Jadual 2: Masalah Dalam Pembinaan Isi Karangan BIL. MASALAH JUMLAH (%) 1 Tidak faham kehendak soalan 35% 2 Lemah penghuraian isi 68% 3 Lemah pembinaan ayat 57% 4 Tidak ada keyakinan diri 45% Berdasarkan analisis pemerhatian dan laporan semakan latihan murid yang dinyatakan di atas, satu tindakan yang telah dijalankan oleh guru mata pelajaran iaitu memberi pendedahan awal berkenaan Teknik Piramid 7 Keturunan. 5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN DAN PEMERHATIAN Setelah menganalisis keputusan dan penilaian refleksi pembelajaran terhadap murid yang belum menguasai penulisan isi karangan dengan baik, kami mengambil tindakan dalam memberi pendedahan teknik penulisan karangan berdasarkan Piramid 7 Keturunan. Kaedah ini dapat membantu murid untuk merangsang dalam pembinaan isi karangan dengan lebih relevan. Secara umumnya, kaedah ini mudah diakses oleh semua murid dari menengah rendah sehingga ke peringkat menengah atas.


102 5.3.1 Contoh pelaksanaan adalah seperti di bawah: Langkah 1: Guru membuat analisis terhadap isu dan kajian dalam buku teks murid yang perlu diberi perhatian berdasarkan tema pengajaran yang disampaikan. Seterusnya mengaitkan isu yang dipaparkan dengan topik karangan yang akan dibincangkan. Guru juga membuat analisis berdasarkan jenis atau format karangan yang diberikan kepada murid. Langkah 2: Guru memberikan soalan karangan sebagai fokus perbincangan. Guru memberikan panduan menulis karangan dengan betul mengikut topik yang diberikan. Pengajaran dilakukan secara dua hala bagi menggalakkan pembelajaran aktif dalam kalangan murid. Gambar 2: Penerangan Guru Terhadap Setiap Peringkat Piramid Berdasarkan Tugasan Yang Dibincangkan Langkah 3: Guru meminta murid mencari isi yang sesuai berdasarkan latihan yang telah diberikan kepada murid dengan berpandukan Piramid 7 Keturunan.


103 Gambar 4: Murid Menulis Dalam Kumpulan dan Saling Bertukar Idea Bersama Ahli Kumpulan Semasa Menulis Karangan Jenis Fakta Berdasarkan Kaedah Piramid 7 Keturunan Langkah 4: Guru memberi penegasan terhadap penulisan karangan yang baik di samping memberikan beberapa penanda wacana sebagai panduan murid. Gambar 5: Contoh Hasil Kerja Murid Selepas Didedahkan Dengan Teknik Piramid 7 Keturunan


104 5.4 REFLEKSI KAJIAN Setelah beberapa aktiviti dilaksanakan mengikut langkah-langkah yang dijalankan, dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam penguasaan kemahiran menulis karangan dalam kalangan murid tingkatan 2 Kristal secara keseluruhannya. Murid didapati teruja semasa latihan dilakukan kerana murid dapat bersaing dalam membina isi karangan yang lebih menarik dengan berpandukan Teknik 7 Keturunan. Murid sendiri melakukan penerokaan kendiri berdasarkan panduan yang diberikan iaitu Piramid 7 Keturunan. Kelemahan murid dalam menulis isi karangan dapat diatasi bagi murid yang berpotensi cemerlang. Manakala murid yang lemah dapat diminimumkan kesilapan dalam menulis isi karangan dan masih berada pada aras lulus. Setiap kali latihan menulis karangan, kami telah memeriksa latihan murid dan memberikan markah mengikut standard yang telah ditetapkan. 6.0 RUMUSAN / PEMERHATIAN DAN PENILAIAN Setelah beberapa latihan diberikan kepada murid dan akhir kajian murid telah menunjukkan penguasaan baik dalam kemahiran menulis isi karangan. Melalui kajian yang kami jalankan ini, dapat dirumuskan bahawa Teknik Piramid 7 Keturunan memberikan impak yang positif terhadap perkembangan murid dan guru. Buktinya dengan melihat kepada perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pasca. Guru juga dapat meningkatkan PDPc sesuai dengan teknik pengajaran di dalam bilik darjah. Jadual 3: Perbandingan Analisis Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi Murid 2 Kristal Markah Ujian Pra Ujian Pasca Bilangan (orang) Peratus (%) Bilangan (orang) Peratus (%) 1-10 3 8.5 0 0 11-20 29 82.8 5 14.2 21-25 3 8.5 28 80 26-30 0 0 2 5.71 Jumlah 35 100 35 100


105 Hasil tinjauan ujian pra mendapati murid yang tergolong dalam markah yang rendah iaitu markah 1-10 sebanyak 3 orang. Manakala, tidak ada murid yang mencapai markah yang tertinggi iaitu 26-30 markah, . Setelah Teknik Piramid 7 Keturunan diperkenalkan kepada murid, peratus murid yang mendapat markah tertinggi adalah meningkat daripada 0% kepada 5.71% iaitu penambahan 2 orang murid. Bagi murid yang mencapai markah yang baik juga meningkat daripada 8.5% kepada 80% iaitu peningkatan kepada 25 orang murid. Hasil temu bual daripada beberapa orang murid, mereka berpendapat bahawa teknik ini memberikan kemudahan kepada mereka dalam membina isi karangan dengan lebih mudah serta menjimatkan masa. Bukan itu sahaja, ayat huraian penulisan murid juga lebih berfokus serta sesuai dengan gandingan kohesi dan koheren dalam penulisan setiap perenggan yang diberikan. Secara keseluruhannya, Teknik Piramid 7 keturunan ini mampu merangsang pemikiran murid dalam membuahkan idea membina penulisan yang lebih baik. Kami berjaya dalam membantu murid untuk meningkatkan minat dan penglibatan murid dalam menulis karangan dan mencerna idea dalam mencipta isi karangan bersesuaian dengan tajuk yang diberikan. Pembelajaran murid perlu diberi perhatian secara serius kerana boleh memberi kesan terhadap kemahiran penulisan karangan. Seandainya murid mengalami masalah penulisan isi karangan dengan baik ianya boleh menjejaskan pencapaian murid dalam penulisan karangan. Oleh itu, Teknik Piramid 7 Keturunan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran guru dalam penulisan isi karangan diharap mampu meningkatkan pencapaian murid dalam penulisan karangan dan seterusnya melonjakkan kecemerlangan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. 7.0 CADANGAN DAN TINDAKAN SUSULAN Kajian kami berfokus kepada penulisan terhadap karangan iaitu Teknik Piramid 7 Keturunan untuk menarik minat murid 2 Kristal dalam menulis isi karangan penulisan khasnya dalam karangan jenis fakta, pendapat, perbincangan, syarahan dan karangan jenis perbahasan yang sesuai dengan tajuk. Justeru itu, kajian ini perlu diteruskan pada masa akan datang agar ianya membantu murid menulis karangan secara penuh dan tidak tertumpu atau berfokus hanya kepada penulisan isi karangan sahaja. Dalam pada itu, penambahbaikan pada peringkat seterusnya perlu dilakukan agar kajian ini bertambah efisien penggunaannya. Walau


106 bagaimanapun, terdapat aspek lain yang perlu diberi perhatian khususnya dalam pengajaran tatabahasa. Oleh itu, dicadangkan untuk meningkatkan penguasaan murid berkenaan dalam penggunaan imbuhan dan penggunaan kata dalam ayat. Harapan kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai perintis kepada usaha-usaha penambaikan kaedah penulisan karangan dalam kalangan murid di semua peringkat kelas menengah. Pendedahan Teknik Piramid 7 Keturunan kepada murid dapat mengubah perspektif murid kepada penulisan karangan yang lebih kreatif , tepat , bervariasi, mencakupi skop penilaian tajuk dan hujah-hujah karangan yang lebih luas dan rasional. Amalan penulisan karangan secara konvensional, lapuk dan hafalan skrip dapat dikurangkan secara perlahanlahan dalam kalangan murid. Perkara yang lebih penting lagi kaedah ini juga di harap dapat melahirkan murid yang berpengetahuan dalam aspek penulisan karangan dengan cara yang betul bersifat ilmiah dan akademik. RUJUKAN Noor Lina Mohd Yusuf, (2022). Pendekatan Main Peranan dalam Meningkatkan Kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar. Sharifah, (2000). Mengajar memerlukan perubahan dan pendidik wajar melihat perubahan sebagai suatu yang positif . Taba, (2010). Cara berkesan untuk kumpulan pelbagai kebolehan ialah memilih kaedah belajar mengikut keperluan, kefahaman dan kebolehan murid. Zamri Mahamod, (2016). Faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan karangan bahasa melayu pelajar sekolah menengah, Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Zamri Salleh, (2009). Kesan Model Unsur Tautan Terhadap Pengajaran Karangan Bahasa Melayu.


107 MENINGKATKAN KEUPAYAAN DALAM MENGINGAT ELEMEN REKA BENTUK MELALUI KAEDAH AKRONIM “WAKTU SENJA” DALAM KALANGAN MURID 3 BERLIAN NUR SYAFIQAH BINTI ABD JARI Sekolah Menengah St. Patrick, Peti Surat No. 124, 91007 Tawau, Sabah, Malaysia [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan tahap mengingat elemen reka bentuk melalui kaedah akronim “Waktu Senja” mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi bagi murid Tingkatan 3 Berlian . Seramai 21 orang murid terlibat sepanjang kajian ini dijalankan. Instrumen yang digunakan adalah melalui pemerhatian, semakan buku latihan murid, ujian pra dan ujian pasca. Tinjauan awal melalui ujian pra telah mengenal pasti masalah utama yang dihadapi iaitu murid keliru dalam menentukan elemen-elemen reka bentuk. Hal ini mendorong saya untuk membuat kaedah baru yang sesuai serta mudah dipraktikkan oleh murid iaitu melalui kaedah akronim “Waktu Senja”. Hasil dapatan menunjukkan penggunaan kaedah ini dapat meningkatkan kemampuan murid dalam mengingat elemenelemen reka bentuk dengan tepat. Analisis menunjukkan purata murid yang mendapat markah penuh adalah 19 orang murid daripada 21 orang murid. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Saya telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 3 Berlian pada tahun ini. Kelas 3 Berlian merupakan kelas hadapan dan murid-murid di dalam kelas ini dikategorikan sebagai murid pandai berbanding kelas selepasnya. Murid dalam kelas ini terdiri daripada 21 orang dari latar belakang keluarga yang berbeza. Daripada pemerhatian, setelah mengajar kelas ini selama 6 bulan dan melalui pelbagai aktiviti didapati mereka masih gagal menguasai elemen-elemen reka bentuk dan teknologi berpunca daripada kegagalan menguasai konsep serta istilah dalam reka bentuk teknologi ini. Selain itu, sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang lepas, saya telah mengenal pasti masalah yang agak ketara dalam kalangan murid iaitu majoriti murid masih tidak


108 dapat menguasai elemen-elemen reka bentuk. Walhal, elemen reka bentuk ini telah dipelajari semasa mereka tingkatan satu lagi dan seharusnya murid boleh menguasai dan mengingat elemen tersebut kerana subtopik ini merupakan asas kepada reka bentuk dan teknologi. Seperti sedia maklum, sebagai seorang guru, saya mempunyai beberapa harapan terhadap murid-murid saya antaranya mereka boleh lulus dalam peperiksaan khususnya bagi subjek saya iaitu Reka Bentuk dan Teknologi. Kegagalan murid dalam menguasai elemen-elemen reka bentuk ini adalah kerana terdapat murid yang bersikap sambil lewa dan kurang fokus semasa proses pengajaran dan pembelajaran di jalankan. Oleh itu, memandangkan masalah murid ialah tidak dapat mengingati elemen-elemen reka bentuk dengan baik, saya telah mengambil inisiatif untuk mengetengahkan kajian saya bagi membantu murid mengingat elemen-elemen reka bentuk dengan sepenuhnya. 2.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran dalam kalangan murid kelas 3 Berlian. Kajian ini melibatkan 22 orang daripada murid tingkatan 3 sebagai responden dalam mengenal pasti keberkesanan penggunaan akronim “Waktu Senja”. 3.0 FOKUS KAJIAN Kajian ini tertumpu kepada cara untuk memudahkan murid untuk mengingat elemen reka bentuk. Terdapat lapan elemen reka bentuk perlu diingati dan dikenalpasti oleh murid yang terdiri daripada elemen warna, saiz, nilai, bentuk, rupa, rangka, tekstur dan garisan. Oleh itu, saya akan mewujudkan cara baharu dengan menggunakan akronim “Waktu Senja Nanti Bentuk Telinga Gajah Rupa Rangka” bagi memudahkan murid mengingati elemen reka bentuk serta untuk membantu mengurangkan kekeliruan murid antara elemen dan prinsip reka bentuk. 4.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini dapat dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:


109 4.1 Objektif Am: Tujuan kajian ini adalah untuk memperkenalkan kaedah akronim ‘Waktu Senja’ bagi elemen Reka Bentuk kepada murid. 4.2 Objektif Khusus: Membolehkan murid menggunakan kaedah akronim ‘Waktu Senja’ membantu murid dalam mengingat elemen reka bentuk. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah: Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan awal terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Langkah-langkah telah dilakukan berdasarkan pemerhatian, penyemakan buku latihan dan ujian pra. 5.1.1 Pemerhatian Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan, saya dapat memerhatikan tingkah laku murid di dalam kelas. Saya mendapati bahawa murid mempunyai masalah dalam mengingat elemen reka bentuk dengan tepat. Pada awalnya, saya merasakan murid tidak tahu akan elemenelemen reka bentuk kerana mereka tidak didedahkan dengan sebaik mungkin ketika berada di Tingkatan Satu atau Dua. Perubahan ini merupakan sesuatu yang baharu untuk mengadaptasikan diri walaupun dari awal mereka mempunyai pengetahuan untuk menentukan elemen reka bentuk. Namun begitu, selepas beberapa minggu, murid masih belum menguasai lapan elemen reka bentuk dengan tepat apabila ditanya secara rawak di dalam kelas. 5.1.2 Penyemakan buku latihan Setiap kali selesai pengajaran dan pembelajaran, murid akan menyerahkan buku latihan kepada saya. Setelah disemak, saya mendapati murid belum dapat menguasai lapan elemen reka


110 bentuk bagi subtopik elemen reka bentuk. Murid tidak dapat melabelkan elemen reka bentuk pada gambar produk. Hal ini menyebabkan mereka kehilangan markah kerana label yang dibuat tidak tepat. 5.1.3 Ujian Pra Ujian pra ini dijalankan pada 27 Julai 2022. Ujian pra ini merupakan soalan ringkas yang mempunyai satu soalan dan gambar. Markah penuh bagi ujian pra ini ialah 80 markah (setiap jawapan diberikan 10 markah sebagai markah penuh, manakala soalan esei diberikan 10 markah). Semasa ujian pra ini dijalankan, murid-murid diminta untuk menjawab soalan yang telah disediakan dengan sendiri tanpa meminta tunjuk ajar sama ada daripada rakan, buku mahupun saya. Ujian pra ini bertujuan untuk mengesan dan mengenal pasti sejauh mana tahap prestasi pencapaian murid dalam menjawab soalan tanpa bimbingan dan panduan. Bukan itu sahaja, ujian pra ini juga dijalankan bagi mengetahui dan memahami masalah-masalah sebenar yang dihadapi oleh murid semasa menjawab soalan. 5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH Hasil tinjauan mendapati : 5.2.1 Penyemakan Buku Latihan Berdasarkan penyemakan buku latihan yang dibuat didapati masih ada murid tidak menjawab dengan tepat dan ada juga soalan yang dibiar kosong. Setiap murid akan diberikan peluang dua kali untuk membuat pembetulan pada buku latihan dan sekiranya pembetulan yang dibuat masih salah, tidak ada perubahan markah dan guru akan memberikan jawapan yang betul kepada murid. Semakan buku latihan juga menunjukkan seramai 10 orang murid sahaja yang dapat menjawab soalan berkaitan elemen reka bentuk dengan tepat daripada 22 orang murid dengan alasan tidak tahu bagaimana untuk cara menyelesaikannya dan ada juga masih keliru berkaitan dengan elemen reka bentuk. Berdasarkan buku latihan murid juga, menunjukkan murid masih keliru antara prinsip reka bentuk dan juga elemen reka bentuk. Gambar 1 di bawah adalah penyemakan buku murid kelas 3 Berlian.


111 Gambar 1: Penyemakan Buku Murid 5.2.2 Ujian Pra Berdasarkan keputusan ujian pra, didapati bahawa terdapat dua orang murid yang mendapat markah penuh. Namun demikian, sembilan orang murid telah menjawab dengan tepat dan hanya mempunyai satu salah sahaja, tetapi apa yang tidak memberangsangkan ialah masih terdapat murid yang tidak berjaya menyatakan elemen reka bentuk dengan tepat dalam ujian pra ini. Hasil dapatan daripada ujian pra dapat dilihat melalui Jadual 1 yang disediakan.


112 Jadual 1: Analisis Dapatan Ujian Pra KATEGORI MARKAH BILANGAN MURID PERATUS (%) 10 0 0.00% 20 0 0.00% 30 2 9.52% 40 1 4.76% 50 1 4.76% 60 6 28.57% 70 9 42.86% 80 2 9.52% JUMLAH 21 100% Catatan: Data Semasa Murid Menduduki Ujian Pra Jadual 1 menunjukkan hasil ujian pra yang dijalankan terhadap responden. Data tersebut dikumpul sebelum pelaksanaan kajian tindakan. Saya mendapati tahap penguasaan murid dalam menyatakan elemen reka bentuk sangat lemah walaupun subtopik ini telah dipelajari semasa mereka di tingkatan 1 dan tingkatan 2. 5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN DAN PEMERHATIAN 5.3.1 Memperkenalkan Kaedah Akronim “Waktu Senja” Pada bulan 27 Julai 2022 hari Rabu, saya telah memperkenalkan Kaedah Akronim kepada murid dengan berdasarkan topik pelajaran lepas. Topik yang dipilih adalah Elemen Reka Bentuk. Dengan menggunakan akronim “Waktu Senja”, elemen reka bentuk boleh dipermudahkan untuk dingati seperti Jadual 2 di bawah:


113 Jadual 2: Elemen Reka Bentuk Saya memperkenalkan dan menjelaskan akronim “Waktu Senja” ini kepada murid dengan contoh seperti dalam jadual di atas. Kemudian, murid diminta untuk mengingat akronim tersebut berdasarkan topik elemen reka bentuk. Gambar 1 dan gambar 2 di bawah menunjukkan pelaksanaan kepada pengenalan akronim “Waktu Senja” kepada murid 3 Berlian. Gambar 1: Guru Memperkenalkan Akronim “Waktu Senja” Bil Elemen Reka bentuk Akronim “Waktu Senja” 1. Warna Waktu 2. Saiz Senja 3. Nilai Nanti 4. Bentuk Bentuk 5. Tekstur Telinga 6. Garisan Gajah 7. Rupa Rupa 8. Ruang Rangka


114 Gambar 2: Guru Menjelaskan Akronim “Waktu Senja” 5.3.2 Pelaksanaan Kaedah Akronim “Waktu Senja” Pelaksanaan ini dijalankan dengan melakukan aktiviti murid boleh mengaplikasikan akronim “Waktu Senja” yang telah dihafal atau diingat oleh murid semasa mula menjawab ujian pasca. Semasa ujian post dijalankan, semua murid akan diberikan satu helai kertas yang mengandungi gambar produk dan murid diminta untuk menyatakan elemen reka bentuk yang terdapat pada gambar tersebut sesuai dengan elemen-elemen reka bentuk yang telah dipelajari. Gambar 3 dibawah adalah contoh soalan bagi ujian post yang telah dijalankan. Gambar 3: Contoh Soalan Ujian Pasca


115 Setelah akronim “Waktu Senja” diperkenalkan, murid sekali lagi diberikan penilaian melalui ujian pasca. Dalam menjalankan ujian pasca ini juga, guru telah mengarahkan murid untuk mengambil jarak antara rakan satu sama lain. Hal ini bagi memastikan tiada murid yang meniru serta berbincang dalam menjawab ujian ini. Gambar 4 berikut adalah gambar semasa ujian pasca dijalankan. Gambar 4: Pelaksanaan Ujian Pasca


116 Hasil daripada ujian ppasca tersebut adalah seperti Jadual 3 di bawah. Jadual 3: Keputusan Ujian Pasca KATEGORI MARKAH BILANGAN MURID PERATUS (%) 10 0 0.00% 20 0 0.00% 30 0 0.00% 40 0 0.00% 50 2 9.52% 60 3 14.29% 70 2 9.52% 80 14 66.67% JUMLAH 21 100% 5.4 Penilaian Tindakan Hasil kajian menunjukkan bahawa melalui penggunaan akronim Waktu Senja dalam menguasai elemen reka bentuk, ianya didapati dapat meningkatkan tahap penguasaan murid kelas 3 Berlian. Murid-murid berjaya menguasai serta mengingat elemen reka bentuk dengan lebih baik. Hal ini dapat dibuktikan melalui hasil dapatan kajian iaitu seramai 19 orang murid yang mewakili 90.48% berada tahap yang baik. Manakala hanya 2 orang murid mewakili 9.52% yang berada pada tahap sederhana. Dapatan ini menunjukkan satu peningkatan yang amat ketara. Secara keseluruhannya, pencapaian murid dalam menguasai dan mengingat elemen reka bentuk melalui kaedah akronim “Waktu Senja” ini berjaya ditingkatkan. Akhirnya, murid juga lebih yakin untuk menjawab soalan yang berkaitan elemen-elemen reka bentuk. Gambar 5 di bawah menunjukkan hasil ujian pasca murid 3 Berlian.


117 Gambar 5: Hasil Ujian Pasca Murid 3 Berlian


118 6.0 REFLEKSI KAJIAN Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, kaedah yang telah dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran telah memberikan suatu impak yang positif. Peningkatan skor markah murid meningkat dengan sangat ketara. Dapatan menunjukkan kaedah akronim “Waktu Senja” yang dilaksanakan sangat bersesuaian dan berkesan. Bahkan, daripada tinjauan yang dibuat, murid telah mengamalkan kaedah ini dan tidak ada lagi murid yang keliru dalam menentukan elemen reka bentuk. Sebagai seorang guru, saya merasakan suatu kejayaan yang besar apabila dapat melihat peningkatan skor murid. Kajian dan strategi serta kaedah yang diberikan sangat bersesuaian dengan murid. Pada pandangan saya, murid ini mampu melakukan sesuatu perkara dengan baik yang penting mereka mendapat panduan dan cara yang betul untuk memperbaiki kelemahan. Saya juga telah dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang dapat dikesan dalam pengajaran dan pembelajaran. 7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Secara keseluruhan, kajian ini berjaya mencapai objektif yang menjadi matlamat kajian. Pencapaian murid semakin baik walaupun tidak 100% membantu, namun ia memberikan kesan positif kepada kemampuan murid. Saya juga mencadangkan agar kaedah akronim “Waktu Senja” ini turut digunakan untuk pelajar tingkatan 1 dan 2 dalam mengingati elemen reka bentuk bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi. Sebagai kesimpulan, kajian tindakan ini sangat memberikan manfaat kepada murid untuk meningkatkan keputusan peperiksaan mereka. Oleh itu, saya berharap kaedah akronim “Waktu Senja” ini akan turut diguna pakai oleh guru-guru bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. RUJUKAN Abdul Rahman Abdul Majid Khan. (2007). Guru sebagai Penyelidik, PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Huraian Sukatam Pelajaran Bahasa Melayu (Edisi Penyesuaian) Zubaidah Begam. (2007). Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik. Universiti Teknologi Malaysia.


119 PHOTOVOICE (4W1H) DAN PHOTOBOOK DALAM PDP SEJARAH MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID NURSIA BINTI SENNU SULAIMAN BIN TIBE Sekolah Menengah St. Patrick, Peti Surat 124, 91007 Tawau, Sabah, Malaysia [email protected] [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk memudahkan murid-murid untuk mengingati fakta sejarah yang terdapat dalam bentuk bahan-bahan grafik seperti gambar, lambang, peta, carta, jadual, lukisan atau gambar rajah untuk memberikan idea dan konsep melalui kaedah Photovoice (4W1H). Kumpulan sasaran yang dipilih adalah seramai 40 orang murid dari kelas 3 Berlian. Tinjauan awal yang telah dibuat menunjukkan murid-murid tidak cakna terhadap sebarang bahan grafik yang terdapat dalam buku teks dan kurang mengingati fakta tentangnya selepas tamat sesi pembelajaran. Sering kali, murid-murid memberikan fakta yang kurang tepat seperti nama tokoh, bila peristiwa berlaku dan faktor kejadian tersebut tercetus. Oleh itu, pelaksanaan kajian berlangsung apabila aktiviti Photovoice (4W1H) diperkenalkan oleh guru semasa pengajaran dengan memilih bahan grafik yang terdapat dalam topik pembelajaran. Seterusnya, setiap murid akan mempersembahkan hasil dapatan maklumat 4W1H berdasarkan bahan yang telah diberikan. Bagi menyelesaikan isu ini, saya telah menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan ujian pra dan pasca. Hasil analisis ujian pasca mendapati pencapaian murid-murid cemerlang telah meningkat sebanyak 25% berbanding dengan ujian pra. Kajian ini akhirnya menunjukkan kaedah Photovoice (4W1H) membantu murid-murid memahami fakta berdasarkan bahan grafik dan membantu mereka mengulang kaji menggunakan Photobook yang telah dihasilkan. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Dalam kajian ini, masalah yang dikenal pasti ialah murid yang tidak dapat menjawab soalan dengan tepat berdasarkan bahan grafik. Mengikut tinjauan, ada kemungkinan bahawa murid-murid ini kurang menitikberatkan bahan grafik yang terdapat dalam buku teks dan sukar mengingati fakta-fakta berkaitan bahan grafik yang memerlukan penghafalan. Murid-murid juga tidak dapat melihat perkaitan antara peristiwa secara keseluruhan atau urutan yang berterusan. Oleh itu, ini tidak dapat membantu murid mengaitkan satu bahan grafik dengan bahan grafik yang lain dalam satu-satu bab.


120 Cara pengajaran guru secara konvensional, iaitu pembelajaran sehala tidak menarik hati murid-murid untuk meminati mata pelajaran ini. Oleh itu, kami merasakan perlunya satu pendekatan berlainan untuk membantu mereka mengingat fakta dengan baik berdasarkan bahan grafik dan seronok semasa belajar. 2.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini berfokus kepada murid Tingkatan 3 Berlian dan 1 Berlian di Sekolah SM St Patrick Tawau. 3.0 FOKUS KAJIAN Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, guru mendapati murid-murid sering mengabaikan bahan grafik yang terdapat dalam buku teks. Walhal bahan grafik tersebut ialah gambaran kepada keseluruhan jalan cerita dalam satu-satu topik yang diajarkan oleh guru. Hal ini berlaku apabila murid-murid hanya memberikan fokus sepenuhnya kepada huraian buku teks sahaja tanpa merujuk kepada bahan grafik yang disediakan. Masalah yang utama sekali apabila murid-murid tidak dapat menghubungkaitkan fakta utama, iaitu 4W (Who, Why, When, Where) dan 1H (How) dengan bahan grafik yang dipaparkan dalam buku teks. Hal ini akan menyebabkan murd-murid akan sukar menjawab soalan Bahagian A, B dan C yang sering kali memberikan bahan grafik sebagai bahan rangsangan menjawab soalan. Masalah tidak memahami fakta dengan tepat berdasarkan gambar contohnya, perlu diatasi untuk memperoleh markah yang lebih cemerlang. Atas kesedaran itu, timbul persoalan adakah cara, teknik atau kaedah bersesuaian yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu muri-murid? Oleh itu, atas dasar tanggungjawab dan ingin mencuba pendekatan baharu guru menggunakan cara Photovoice (4W1H) dalam PDPc dan Photobook sebagai pengukuhan ulang kaji. 4.0 OBJEKTIF KAJIAN 4.1 Objektif Umum Tujuan yang disasarkan dalam kajian ini adalah unutk meningkatkan tahap pencapaian peratus lulus cemerlang dalam subjek Sejarah bagi murid-murid 3 Berlian dan 1 Berlian. 4.2 Objektif Khusus


121 Untuk meningkatkan daya ingatan muri-murid 3 Berlian dan 1 Berlian dengan fakta sejarah berpandukan bahan grafik. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 TINJAUAN MASALAH Bagi memahami masalah yang dihadapi oleh murid-murid 3 Berlian dan 1 Berlian dalam pembelajaran subjek Sejarah, tinjauan dilakukan dengan mengutip maklumat melalui instrumen pemerhatian dan ujian pra. Hasil ujian mendapati murid-murid sukar mengingati fakta-fakta sejarah termasuklah fakta yang berhubung kait dengan bahan grafik. Murid sangat keliru dengan nama tokoh, bagaimana dan bila peristiwa berlaku.  Gambar 1: Jawapan Murid-murid Semasa Ujian Pra Apabila mendapati markah murid-murid kurang memuaskan, guru menggunakan pendekatan Photovoice (4W1H) agar murid-murid lebih cakna terhadap bahan grafik dalam topik pembelajaran dan mengingati fakta dengan lebih tepat. 5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH Beberapa langkah telah diambil bagi mendapatkan suatu persepsi yang lebih jelas tentang masalah yang dikaji. Tinjauan masalah yang diperoleh daripada hasil pemerhatian dan keputusan analisis ujian pra. Daripada seramai 41 murid yang yang dinilai dari kelas 3 Berlian


122 hanya 17 orang memperoleh gred markah cemerlang. Manakala selebihnya mendapat tahap sederhana dan lemah. Analisis keputusan seperti Jadual 1 di bawah: Jadual 1: Analisis Markah Ujian Pra Gred Markah Ujian Bulanan Bilangan Peratus Cemerlang 17 40 Sederhana 22 54 Lemah 2 6 Jumlah 41 100% 5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN DAN PEMERHATIAN Setelah analisis keputusan dan penilaian refleksi pembelajaran dilakukan tindakan yang kami ambil adalah dengan memberkani pendedahan kepada murid tentang aktiviti Photovoice (4W1H) agar murid-murid lebih mudah mengenal pasti fakta sejarah berdasarkan bahan grafik dengan tepat. 5.3.1 Pelaksanaan adalah seperti di bawah: Langkah 1: Guru memberi penerangan kepada murid-murid tentang konsep 4W1H iatu singkatan daripada perkataan yang bermula daripada huruf W dalam bahasa Inggeris dan 1 perkataan bermula dengan huruf H, iaitu: i. Who (siapa)- untuk mengetahui siapakah tokoh dalam gambar ii. When (bila)- untuk mengetahui bilakah masa peristiwa berlaku iii. Why (kenapa)- untuk mengetahui apakah sebab kejadian itu berlaku iv. Where (di mana)- untuk mengetahui dimanakah peristiwa itu berlaku. v. Sekiranya terdapat maklumat yang tidak menggunakan 4W seperti di atas murid juga boleh menggunakan perkataan lain menggunakan ‘w’ iaitu ‘what’. vi. Contonhya :What (apa)- apakah matlamat kejadian tersebut dilakukan dan vii. How (bagaimana)-digunakan untuk menjelaskan bagaimana peristiwa tersebut berlaku


123     Gambar 2: Guru Memberikan Penerangan Tentang Pendekatan 4W1H Langkah 2: Murid-murid mencari sendiri fakta 4W1H ataupun berbincang secara kumpulan berdasarkan bahan grafik yang kami berikan.


124   Gambar 3: Murid-murid Mencari Maklumat 4W1H Berpandukan Buku Teks dan Buku Rujukan.


125 Langkah 3: Murid-murid secara bergilir-gilir menjalankan aktiviti Photovoice (4W1H) berdasarkan maklumat yang diperoleh.     Gambar 4(i): Murid-murid 3 Berlian Menerangkan Fakta 4W1H dengan Yakin dan Tepat  Gambar 4(ii): Murid-murid 1 Berlian Menerangkan Fakta 4W1H dengan Yakin dan Tepat.


126 Langkah 4 : Murid-murid dan guru sama-sama menghasilkan Photobook yang akan dijadikan bahan ulang kaji dan pengukuhan.   Gambar 5: Murid-murid dan Guru Menghasilkan Photobook sebagai Bahan Ulang Kaji Pada Masa Akan Datang Gambar 6: Murid-murid Menggunakan Photobook sebagai Bahan Ulang Kaji Pada Bila-Bila Masa untuk Pengukuhan Topik yang Telah Dipelajari.


127 Pemerhatian Keseluruhan Aktiviti. Sepanjang aktiviti yang berlaku dalam kelas, guru sentiasa bergerak untuk melihat cara murid-murid mencari fakta tepat menggunakan 4W1H berpandukan bahan garfik. Muridmurid mencari maklumat dalam tempoh satu waktu kerana waktu yang kedua digunakan untuk aktiviti Photovoice. Guru memastikan setiap kesalahan fakta akan dibetulkan dengan tujuan pengukuhan ingatan murid itu sendiri atau murid lain. Murid-murid didapati bersungguh-sungguh untuk mengingati fakta untuk menjayakan aktiviti Photovoice secara individu. Murid-murid yang lain juga kelihatan sangat memberikan perhatian ketika rakan mereka isi-isi penting tentang topik pembelajaran (4W1H) dan membuat catatan maklumat yang mereka dengar. Mereka juga didapati semakin berminat menghafal fakta penting kerana maklumat dalam bentuk ringkas tetapi padat. Penghasilan Photobook juga menyebabkan murid-murid teruja kerana bukan sahaja dapat membaca nota bergambar yang ringkas dan padat, bahkan mereka dapat melihat memori semasa aktiviti pembelajaran dijalankan seperti dalam bentuk album kenangan. 6.0 RUMUSAN/PEMERHATIAN DAN PENILAIAN Melalui kajian ini, kami merumuskan bahawa pendekatan Photovoice (4W1H) dan Photobook memberikan manfaat kepada murid-murid dan guru. Buktinya ialah penilaian terhadap pencapaian murid yang dilakukan dengan membandingkan analisis keputusan ujian pra dan pasca. Jadual 2: Perbandingan Analisis Keputusan Ujian Pra dan Pasca Gred Markah Ujian Bulanan 1 (Pra) Ujian Bulanan 2 (Pasca) Bilangan Peratus Bilangan Peratus Cemerlang 17 40 27 66 Sederhana 22 54 14 34 Lemah 2 6 - - Jumlah 41 100% 41 100% Hasil tinjauan melalui ujian pra mendapati 66% murid tahap cemerlang manakala 34% murid berada pada tahap sederhana dan lemah. Setelah aplikasi Photovoice (4W1H) digunakan


128 dalam pembelajaran keputusan ujian pasca telah menunjukkan peningkatan. Peratus murid mendapat tahap cemerlang meningkat 25%. Peningkatan tahap cemerlang menyebabkan penurunan tahap sederhana dan lemah seperti yang dinyatakan dalam jadual 2. Hasil temu bual ringkas bersama dengan beberapa orang murid, mereka berpendapat bahawa pendekatan ini memberi peluang untuk meningkatkan keyakinan diri semasa menjawab ujian pasca. Hal ini demikian kerana murid-murid lebih menghargai dan berasa puas dengan usaha sendiri mengumpulkan maklumat (4W1H) tanpa bergantung sepenuhnya pada jawapan guru. Apa yang lebih penting, murid-murid dapat mengenal pasti 4W1H berdasarkan bahan grafik dengan tepat tanpa perlu menghafal fakta yang berjela-jela. Pada awalnya didapati ada dalam kalangan murid yang tidak berminat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran konvensional. Apabila kaedah 4w + 1H digunakan, didapati bahawa tumpuan murid-murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dapat dipertingkatkan dan secara tidak langsung menjadi faktor dalam peningkatan markah muridmurid dalam ujian pasca.   Gambar 7: Hasil Jawapan Murid-murid Selepas Aktiviti Photovoice dan Photobook Sebagai kesimpulan, kajian ini telah memberikan hasil yang memuaskan. Guru juga dapat mengenal pasti kebolehan setiap murid. Oleh itu, guru dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap murid.


129 7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DAN KAJIAN SETERUSNYA Berdasarkan kajian ini dapatlah disimpulkan bahawa aktiviti Photovoice (4W1H) dan Photobook boleh digunakan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran kerana mampu memberi peningkatan dalam kefahaman fakta kepada murid-murid. Oleh itu, kajian ini perlu diteruskan pada masa hadapan agar dapat membantu murid-murid memahami fakta berdasarkan bahan grafik. Penggunaan pendekatan ini tidak terbatas kepada segelintir murid, tetapi sesuai untuk semua murid walaupun berbeza tahap pembelajaran. Pengaplikasiannya tidak juga terbatas pada subjek tertentu sahaja. Kreativiti gugu diperlukan untuk menyesuaikannya dengan topik pembelajaran. Diharapkan dengan cara pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas ini akan menjadi mudah dan menarik. Dengan cara ini, murid akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan lebih lama. RUJUKAN Aida Binti Edin. ‘Satu Kaedah Mengatasi Kelemahan Mengingat Peristiwa dalam Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan 1 dan 2.’ Sekolah Menengah Kebangsaan Beufort II. Kasma Mohd Hayas. “Peranan Gambar dalam Penulisan Esei”. Universiti Malaysia Kelantan. Megat Mawardi Bin Ahmad. “Program Memperkasa Ingatan Terhadap Fakta Melalui Kaedah Ingat”. Sekolah Menengah Tunku Sulong. Suriani Binti Abdullah. “Penulisan Berdasarkan Gambar” .Universiti Terbuka Malaysia Cawangan Kelantan. Tan Geok Ling.“Meningkatkan Keupayaan Pelajar Mengingat Fakta Sejarah Dengan Menggunakan Kaedah MNEUMONIK”.Sekolah Menengah Kebangsaan Engkelili.


130 PENILAIAN HASIL KAEDAH PEMBELAJARAN SEJARAH MELALUI ANIMASI TERHADAP PENCAPAIAN DAN MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN 4 NURSIA BINTI SENNU Sekolah Menengah St. Patrick, Peti Surat 124, 91007 Tawau, Sabah, Malaysia [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan menilai hasil penggunaan kaedah animasi dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah, di SM St Patrick Tawau, Sabah. Seramai tiga puluh satu pelajar dipilih dalam kajian ini. Objektif kajian adalah menilai hasil penggunaan kaedah animasi dalam pengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan 4 Berlian dalam aspek pencapaian akademik. Di samping itu, objektif lain ialah mengetahui penggunaan animasi dapat meningkatkan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah animasi, penyelidik mendapati hasil dapatan pemerhatian tersebut menunjukkan pelajar lebih gemar melakukan pembelajaran secara berkumpulan dan seronok untuk menghasilkan idea ilustrasi animasi. Proses PDPc melalui pembelajaran animasi Sejarah dilaksanakan secara tidak langsung ketika pelajar menyediakan animasi mengikut tajuk masing-masing serta pembentangan animasi mengikut kumpulan. Elemen penting dalam penyediaan animasi ialah watak, dialog dan gambar. Animasi Sejarah dicipta daripada ilham seni pelajar. Maklumat dan fakta diterjemahkan menjadi gambar dan dialog. Penghasilan animasi Sejarah dibuat secara kerja berpasukan. Pelajar yang berbakat akan membuat lakaran watak dan pemilihan elemen yang bersesuaian. Pelajar-pelajar yang kurang berbakat dilatih untuk membuat skrip dan dialog. Beberapa model pengajaran turut disisip dalam pembelajaran animasi Sejarah seperti Teori Kecerdasan Pelajar, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta pembelajaran koperatif. Dari buku ke teknologi, animasi Sejarah dipercayai mendapat tempat sebagai satu cara rujukan yang bermaklumat dan diminati remaja alaf ini. Usaha ini penting dalam memperkasakan lagi pendidikan Sejarah pada peringkat sekolah menengah. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Memandangkan Sejarah adalah mata pelajaran berkaitan peristiwa yang telah berlaku pada masa dahulu, maka penggunaan bahan teks sangat penting untuk pembelajaran. Pelajar bergantung kepada teks untuk memahami kandungan Sejarah dan teks yang berbentuk naratif ini membosankan pelajar (Hazril, 2003). Sikap negatif terhadap mata pelajaran Sejarah makin kukuh akibat Sejarah tidak dapat dikaitkan secara langsung dalam kehidupan serta, tidak boleh digunakan secara praktikal jika dibandingkan dengan disiplin-disiplin ilmu lain (Hazril, 2003). Dalam kata lain, guru perlu berperanan sebagai ‘master mind’ dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan motivasi pelajar dalam subjek Sejarah. Oleh


131 itu, pelajar seharusnya digalakkan untuk mempelajari sesuatu dengan cara mereka sendiri daripada mereka hanya menerima secara bulat-bulat pengajaran dari guru. Dengan hal ini, Bahan Bantu Mengajar yang bersesuaian seperti ini iaitu menghasilkan animasi dalam topik Zaman Khalifah bersesuaian dengan pembelajaran yang akan meningkatkan motivasi dan pencapaian pelajar. Penggunaan teknologi maklumat pada masa ini memudahkan pelajar untuk mengakses maklumat dengan cepat. Penggunaan multimedia bukan sahaja dalam bidang hiburan malah digunakan dalam bidang pendidikan. Multimedia digambarkan sebagai gambar, grafik, animasi, teks dan suara dalam suatu maklumat digital. Penggunaan multimedia ini bukanlah untuk menggantikan terus peranan guru sebagai tenaga pengajar tetapi adalah sebagai pemudah cara dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan multimedia akan mengelakkan daripada pembelajaran yang hanya berpusatkan guru malah membolehkan pelajar-pelajar mempamerkan kreativiti sedia ada yang mereka ada dalam diri untuk menguasai ilmu pengetahuan. Hal ini secara langsung dapat menggalakkan pemahaman, menjawab soalan penulisan dan kemahiran untuk mengkaji (inkuiri) pelajar dengan lebih baik. 1.0 FOKUS KAJIAN Kajian ini memberi lebih tumpuan kepada bagaimana cara pelajar untuk belajar secara kreatif dalam memahami dan mengingati peristiwa dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan 4 khususnya bagi tajuk “Zaman Khalifah al-Rasyidin”. Oleh yang demikian, pelajar didedahkan dengan kaedah animasi yang membolehkan pelajar bertindak secara kreatif. Hal ini akan membantu pelajar belajar dengan lebih efisien sekali gus memberikan motivasi dan meningkatkan prestasi mereka dalam mata pelajaran Sejarah. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Antara objektif yang disasarkan dalam kajian ini adalah: 3.1 Objektif Am Untuk mengetahui penggunaan kaedah animasi dapat meningkatkan motivasi pelajar terhadap subjek Sejarah. Untuk menilai pencapaian pelajar menggunakan kaedah animasi terhadap pembelajaran mata pelajaran Sejarah.


132 3.2 Objektif Khusus Memberi pendedahan kepada pelajar kaedah animasi untuk mewujudkan pembelajaran kreatif, serta mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan. Membantu pelajar mengembangkan idea kreatif untuk menjawab soalan yang diberikan dalam bab 6 iaitu “Zaman Khalifah al-Rasyidin”. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini lebih berfokus kepada pelajar Tingkatan 4B tahun 2019 yang berjumlah 31 orang. 5.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN Tindakan atau intevensi ini adalah untuk meningkatkan motivasi pelajar dalam mata pelajaran Sejarah menggunakan kaedah animasi. Kaedah yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri teknik panning dan zoom dan diberikan kesan bunyi, suara latar dan watak, muzik serta kesan khas. Saya memilih kaedah ini bagi menggalakkan penglibatan yang aktif pelajar agar menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik. Proses perancangan dan pelaksanaan kajian ini dijalankan dalam tempoh 2 minggu dan dilaksanakan seperti reka bentuk rajah di bawah. Rajah 1.0: Peringkat-peringkat Kajian 5.1 MASALAH YANG HENDAK DIKAJI Kepelbagaian strategi di dalam bilik darjah akan menjadikan proses pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan pelajar. Antara ciri kepelbagaian strategi dalam pengajaran adalah sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur humor. Oleh hal yang Tujuan isu/Masalah yang hendak di kaji. Tarikh: 8- 12/1/2018 Perancangan Tindakan Tarikh: 19/6/2019 Pelaksanaan Tindakan Tarikh: 21/6/2019 Pemerhatian/ Penilaian Tindakan Tarikh: 26/6/2019 Refleksi. Tarikh: 28/6/2019


133 demikian, suasana ceria di dalam bilik darjah adalah merujuk kepada amalan pembelajaran menyeronokkan bagi meningkatkan motivasi pelajar. Namun begitu, ramai juga guru-guru yang tidak pandai berjenaka dengan pelajar. Walau bagaimanapun, keadaan ini dapat disalurkan melalui cara lain seperti penggunaan bahan bantu mengajar yang mempunyai unsur pembelajaran menyeronokkan seperti kaedah animasi. Secara langsung, kreativiti ini dapat membantu guru menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam suasana yang menyeronokkan, ceria dan berkesan kepada pelajar (Abdul Rasid, 2012). Oleh itu, guru tidak hanya terikat dengan keadaan semula jadi, tetapi juga menggunakan bahan bantu mengajar seperti animasi yang lebih menarik. Pembelajaran berasaskan animasi merupakan salah satu pendekatan pembelajaran konstruktivis yang menekankan penglibatan pelajar secara aktif sepanjang proses pembelajaran. Manakala, guru bertindak sebagai fasilitator dalam membimbing pelajar mencapai objektif pembelajaran. Justeru, bagi membolehkan pelajar dibekalkan dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan, pengubahsuaian dan penambahbaikan dari segi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang diambil perlu dilakukan agar dapat menyediakan pelajar yang berkemahiran abad ke-21 bagi membolehkan mereka menangani cabaran-cabaran yang mendatang. Aspek pembelajaran berteraskan pemikiran kritikal, penyelesaian masalah, kemahiran metakognitif, literasi era digital(digital-age Literacy), pemikiran inventif (Inventive Thinking), komunikasi efektif (effective communication), dan produktiviti tinggi (high productivity) merupakan agenda cabaran abad ke 21 yang perlu diterapkan dalam sistem pendidikan (Tan Sai Wah, Ruhizan Mohammad Yasin). 5.2 PERANCANGAN TINDAKAN Perancangan tindakan adalah suatu tindakan dirancang mengatasi permasalahan yang dihadapi iaitu guru mendedahkan pelajar kepada kaedah pembelajaran melalui animasi. Guru membahagikan semua pelajar mengikut kumpulan. Enam kumpulan kecil telah dibentuk dan setiap ahli kumpulan adalah mengikut pilihan pelajar masing-masing. Setiap daripada kumpulan memilih dan berbincang topik yang telah diberikan oleh guru.


134 Gambar 1: Pelajar Sedang Berbincang Dalam Kumpulan Dan Menghasilkan Animasi Menggunakan Komputer Riba Dan Telefon Bimbit 5.3 PELAKSANAAN TINDAKAN Pelaksanaan tindakan dijalankan dengan mempersembahkan video animasi yang telah lengkap dihasilkan oleh kumpulan masing-masing. Proses semasa persediaan membuat animasi: i. Animasi memerlukan kreativiti dan bakat seni. ii. Animasi Sejarah adalah hasil karya kreatif pelajar. Sebelum menghasilkannya pelajar mestilah menguasai dan memahami fakta serta maklumat daripada topik yang akan dianimasikan. Pelajar akan menghasilkan skrip dan direkodkan dalam bentuk dialog menggunakan suara pelajar sendiri. Pembelajaran animasi meningkatkan potensi intelektual bakat kreatif dan seni pelajar. iii. Penghasilan animasi Sejarah dibuat secara kerja berpasukan.


135 Gambar 2: Contoh Gambar Animasi Yang Dihasilkan Pelajar 6.0 IMPAK PELAKSANAAN PROJEK 6.1. Penilaian keputusan Temu Bual bagi Motivasi Pelajar berkaitan mata pelajaran Sejarah menggunakan kaedah Animasi. Penyelidik juga telah menemubual beberapa orang pelajar berkaitan dengan motivasi mereka semasa melaksanakan pembelajaran melalui kaedah komik bergerak ini. Pandangan mereka terhadap perasaan dan motivasi adalah seperti berikut: Jadual 1: Dapatan Temu Bual Motivasi Pelajar (Pelajar 1) "...Pada pandangan saya, kaedah ini memudahkan saya untuk memahami maklumat Sejarah. Senang, cepat dan ringkas untuk difahami...saya lebih meminati Sejarah" (Pelajar 2) "... kawan-kawan mempunyai idea yang hebat dan memasukkan unsur humor dalam komik…saya terhibur dan Sejarah bukan lagi subjek yang membosankan“ "(Pelajar 3) ".. pembelajaran dengan suasana baru bagi saya... ia sangat menyeronokkon ….. Motivasi adalah salah satu elemen terpenting dalam kecemerlangan akademik pelajar. Motivasi wujud dalam pelbagai bentuk sama ada dorongan kedua ibu bapa, dorongan serta aprisiasi daripada guru kepada pelajar, kata-kata semangat serta penghargaan. Oleh itu, tidak kurangnya juga dari aspek kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh guru kepada pelajar. Dengan menggunakan kaedah ini, penyelidik dapat merumuskan bahawa


136 pelajar telah mendapat motivasi yang lebih baik berbanding sebelumnya dan berasa mudah untuk mempelajari Sejarah kerana dapat menggalakkan pemahaman, penulisan dan kemahiran untuk mengkaji (inkuiri) pelajar dengan lebih baik. Melalui kajian ini, pengkaji dapat merumuskan bahawa ilustrasi digital yang dihasilkan oleh pelajar memberikan manfaat kepada pelajar tersebut. Terdapat pelajar yang memberikan respon bahawa pelajar boleh mengingat semula apa yang telah dilakar dan dilukis bersama dengan rakan pelajar tanpa melihat dan membaca kepada teks fakta tersebut. Dalam kata lain, pelajar mudah untuk mengingati fakta berbentuk teks yang telah diillustrasikan oleh pelajar itu sendiri. Animasi Sejarah mampu mengubah persepsi dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah khususnya bagi pelajar pencapaian rendah. Sejarah bukan lagi satu mata pelajaran membosankan, kaku atau hafalan tetapi subjek yang dipenuhi idea dan krativiti. Pembinaan skrip yang mengandungi unsur lucu dan melakar watak yang melucukan adalah aktiviti yang menyeronokkan dan menonjolkan kreativiti pelajar. Jadual 2 : Analisis Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Pasca Gred Markah Peperiksaan Pertengahan Tahun Peperiksaan Akhir Tahun Bilangan Peratus Bilangan Peratus Cemerlang 12 39 22 71 Baik 17 55 9 29 Sederhana 2 6 - - Jumlah 31 100% 31 100% 7.0 REFLEKSI KAJIAN Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan kaedah pengajaran yang berkesan serta kepelbagaian sumber PDPc akan dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam mempelajari Sejarah. Penggunaan multimedia merupakan salah satu alternatif dalam meningkatkan motivasi belajar kerana tujuan animasi dibangunkan adalah untuk menjadikan pelajar bersifat ‘thoughtful student’ melalui ‘deep learning’ secara interaktif (Khir Jauhari Alias, 2000). Selain itu juga, melalui kaedah animasi minat belajar Sejarah dapat dipupuk kerana menyediakan pembelajaran melalui video dan audio. Perkara ini adalah penting dalam mewujudkan generasi yang mencintai negara dan sentiasa mempunyai jati diri yang tinggi.


137 8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DAN KAJIAN SETERUSNYA Antara cadangan yang dikemukakan ialah, kaedah ini digunakan dan dikembangkan kepada lokasi yang lebih luas yang bukan hanya tertumpu kepada satu sekolah sahaja. Cara ini mudah diketengahkan oleh guru terhadap pelajar terutamanya pelajar yang bersekolah di kawasan bandar yang mempunyai akses internet yang kuat bagi memudahkan penghasilan animasi. Pelajar mampu membina animasi masing-masing kerana telah mempunyai pengetahuan sedia ada perisian yang digunakan sama ada menggunakan komputer ataupun telefon pintar. Selain itu, kaedah ini boleh diketengahkan dan dikongsikan kepada rakan guru yang lain dengan cara yang mudah dan cepat iaitu perkongsian melalui media masa seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, Telegram dan Youtube. Manfaat daripada perkongsian ini membolehkan mengatasi masalah pelajar yang mengalami masalah yang sama iaitu tidak bermotivasi dalam pembelajaran Sejarah sekaligus guru menerapkan pembelajaran yang efisien. 9.0 EVIDENS PENCAPAIAN 


138 RUJUKAN Abdul Murad Bin Abd Hamid. (2013). “Pembangunan Dan Penilaian Komik Penceritaan Digital Dalam Persekitaran Pembelajaran Berasaskan Teori Konstruktivisme Bagi Pembelajaran Bahasa Melayu Pelajar Pendidikan Khas”. Universiti Teknologi Malaysia. Azalina Abdul Wahap. (2013, Ogos). ‘Konteks, Input, Proses dan Hasil Penggunaan Kaedah Ilustrasi Komik terhadap Pelajar Tingkatan Empat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah di salah sebuah Sekolah di Daerah Papar: Satu Kajian Kes.’ Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29-30 Ogos 2013): 29-54 Hazri Jamil. (2003). “Pengajaran dan pembelajaran sejarah adalah berbeza dengan mata pelajaran lain”. Masariah binti Mispari. “Pembelajaran Melalui Komik Sejarah” .Maktab Tentera Diraja Mohd Ekram AI Hafis Bin Hashim. (2014). “Kesan Penggunaan Komik Bergerak Terhadap Prestasi Pelajar Dalam Matapelajaran Sejarah”. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tan Sai Wah dan Ruhizan Mohammad Yasin. “Pembelajaran Berasaskan Komik: Satu Kajian Sistematik Review Dan Meta Analisis”. Universiti Kebangsaan Malaysia.


139 MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM PENULISAN JAWI MENGGUNAKAN TEKNIK “SIMPAN DAN BUANG” BAGI MURID 3 EMAS SM ST PATRICK, TAWAU. NURSYAZWANI BINTI MOHD SHAHRUL Sekolah Menengah St. Patrick, Peti Surat No. 124, 91007 Tawau, Sabah, Malaysia [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah “Simpan dan Buang” dalam meningkatkan kemahiran menulis tulisan jawi murid Tingkatan 3 Emas bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Seramai 10 orang murid terlibat menjadi kumpulan sasaran sepanjang kajian ini dilaksanakan. Instrumen yang digunakan adalah melalui pemerhatian, temu bual, ujian pra, semakan latihan murid, dan ujian pasca. Hasil dapatan menunjukkan penggunaan kaedah ini dapat meningkatkan kemahiran murid dalam penulisan jawi. Pengesanan awal terhadap masalah ini telah mendorong saya memikirkan kaedah yang sesuai dan ringkas yang boleh dipraktikkan oleh murid dan diharap dapat membantu murid memahami tulisan jawi pada masa akan datang. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Sebagai seorang guru mata pelajaran Pendidikan Islam, saya dapati ramai murid daripada kelas Tingkatan 3 Emas tidak dapat menjawab dengan tepat latihan menjawikan soalan. Ini merupakan kefahaman asas yang perlu dikuasai oleh murid di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam terutamanya buku teks ditulis menggunakan tulisan jawi. Apabila saya bertanya kepada murid tersebut, bahagian Jawi sangat susah kerana mereka tidak dapat membezakan bila sesuatu huruf perlu dikekalkan atau dibuang apabila dijawikan. Jawapan yang diberikan oleh murid ini membuatkan saya terfikir untuk mencari satu teknik penerangan yang ringkas dan mudah untuk anak-anak murid saya. Saya juga ada meminta pendapat dengan guru-guru lain sama ada kelas yang lain menghadapi masalah yang sama atau tidak. Mereka mencadangkan murid-murid ini perlu diberi banyak latihan dan latih tubi kendiri. Saya berpendapat mungkin penerangan saya tidak difahami oleh murid. Oleh itu, saya perlu memikirkan satu teknik penerangan yang lebih ringkas dan mudah untuk mengelakkan masalah ini berlanjutan dan menjejaskan pencapaian murid.


140 2.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 10 orang murid Tingkatan 3 Emas yang didapati mempunyai masalah dalam menjawikan perkataan dengan betul. 3.0 FOKUS KAJIAN Fokus kajian kes ialah untuk menyelesaikan masalah murid saya yang gagal menjawab soalan menjawikan perkataan dengan menggunakan teknik penerangan kaedah “Simpan dan Buang” terhadap 10 orang murid Tingkatan 3 Emas di SM St Patrick, Tawau. Dengan membantu murid untuk menguasai konsep penerangan ini, murid dapat mengingat dalam tempoh yang panjang dan dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul dan penuh minat. 4.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap dapat mencapai objektif berikut: 4.1 Objektif Umum 4.1.1 Meningkatkan penguasaan murid dalam penulisan tulisan jawi. 4.2 Objektif Khusus 4.2.1 Murid dapat mengkelaskan padanan huruf rumi dan jawi dengan betul. 4.2.2 Membezakan bunyi huruf-huruf jawi dengan padanan huruf rumi daripada latihan jawi. 4.2.3 Mengaplikasi kaedah “Simpan dan Buang” untuk menjawikan perkataan dengan betul. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 TINJAUAN MASALAH Tinjauan terhadap masalah mengenal pasti kelemahan mereka. Langkah pembetulan hanya dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap mereka berdasarkan kepada beberapa cara berikut: 5.1.1 Semakan buku latihan Semakan buku latihan digunakan bagi mengesan kelemahan murid. Kelemahan murid jelas dapat dilihat berdasarkan jawapan dan hasil kerja yang telah dilaksanakan murid.


141 5.1.2 Pemerhatian Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini telah dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis dan ujian pra. 5.1.3 Temu Bual Kaedah lain yang saya gunakan ialah melalui temu bual yang dilakukan secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran mengingat dan memadan. 5.1.4 Ujian Pra Ujian Pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar kefahaman murid dalam menjawikan perkataan dengan betul. Ujian Pra dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Soalan ujian pra terdiri daripada 10 soalan menjawikan perkataan dan murid-murid dikehendaki menjawab di atas kertas ujian tersebut. Tempoh masa menjawab adalah 15 minit. Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra Bil Soalan yang Betul Bil Murid 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 - - - - - - 2 4 3 1 5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH Hasil dapatan daripada tinjauan masalah yang telah dilakukan, saya mendapati muridmurid sasaran saya kurang memahami padanan huruf jawi dan rumi dengan betul. Daripada ujian pra yang dilaksanakan hanya dua orang sahaja yang hanya betul 4 soalan. Walau bagaimanapun, kesemua daripada mereka masih meminati penulisan jawi. Saya amat gembira melihat dapatan ini dan mendorong saya untuk terus membantu mereka memahami dan menguasai kemahiran ini.


142 5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN DAN PEMERHATIAN Setelah saya mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid, saya bercadang untuk menukar kaedah penerangan kepada penerangan yang lebih ringkas dan menarik iaitu menggunakan teknik penerangan kaedah “Simpan dan Buang”. Selepas itu saya akan memberi ujian pasca kepada murid terlibat bagi melihat peningkatan kefahaman murid. 5.3.1 Penerangan kaedah “simpan” Definisi simpan yang dimaksudkan ialah murid mengekalkan huruf yang perlu dijawikan daripada perkataan rumi. 5.3.2 Penerangan kaedah “buang” Manakala definisi buang yang dimaksudkan di sini adalah membuang huruf rumi yang tidak diperlukan ketika Jawi. Rajah 1 : Penerangan Kaedah Buang ŬĂŶ Kaedah “simpan” dan “buang” (ůŝŚĂƚŚƵƌƵĨǀŽŬĂůͿ ŬƵŶ كون كن WĂĚĂŶĂŶǀŽŬĂůũĂǁŝͲƌƵŵŝ ĂͲ ا ي - ŝ ي - Ğ و- Ƶو- Ž ŬŝŶ كين ƵĂŶŐ ŚƵƌƵĨĂ-ا ĚĂůĂŵ ƉĞŶƵůŝƐĂŶũĂǁŝ ŬĞŬĂů ŚƵƌƵĨŝͲي ĚĂůĂŵ ƉĞŶƵůŝƐĂŶũĂǁŝ ŬĞŬĂů ŚƵƌƵĨƵͲو ĚĂůĂŵ ƉĞŶƵůŝƐĂŶũĂǁŝ


143 5.3.3 Ujian Pasca Ujian pasca telah dijalankan setelah bimbingan teknik “Simpan dan Buang” selesai dan dapat dikuasai oleh anak-anak murid saya. Sebanyak 10 soalan yang sama seperti ujian pra telah diberikan kepada murid dan mereka dikehendaki menjawab dalam masa 15 minit. Dapatan hasil ujian adalah seperti jadual berikut: Graf 1 : Pencapaian Murid Berdasarkan Markah Dalam Ujian Pasca 5.4 PENILAIAN Keputusan ujian pra dan ujian pasca disimpan dan direkod. Murid faham teknik yang diajar dan dapat membuat penulisan dengan tepat dan betul. Mereka juga dapat menjawab soalan pasca dengan tepat dan betul. 6.0 REFLEKSI KAJIAN Berdasarkan keputusan ujian pasca yang telah dijalankan ke atas murid-murid sasaran, (Rujuk Graf 2). Tindakan intervensi telah berjaya menyelesaikan fokus kajian iaitu membantu meningkatkan penguasaan lima orang murid dalam penulisan jawi dengan tepat dan betul. Daripada kajian ini, saya berharap pencapaian anak-anak murid saya akan terus meningkat dan mereka dapat mengingat kaedah ini agar dapat menjawab soalan akhir tahun dengan tepat dan betul. Ϭ Ϯ ϰ ϲ ϴ ϭϬ ϭϮ :ƵŵůĂŚDĂƌŬĂŚDƵƌŝĚͬϭϬ :ƵŵůĂŚŵĂƌŬĂŚŵƵƌŝĚͬϭϬ


144 Graf 2 : Perbandingan Peratus Pencapaian antara Ujian Pra dan Ujian Pasca 7.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Berdasarkan daripada kajian ini, untuk kajian seterusnya, saya akan memikirkan cara yang sesuai untuk menjawikan perkataan daripada kata pinjaman Bahasa Arab dan kata pinjaman Bahasa Inggeris supaya murid dapat menguasai teknik menjawikan perkataan dengan lebih mendalam lagi. RUJUKAN Azman Ahmad. (2014). Kaedah Pembelajaran Jawi. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: BPPPDP, KPM. Norarbainah Shafie, Zainab Ismail, Farah Rosli, Zambri Ahmad & Shakib Ar-Selan.(2019). Modul Kaedah Jawi. Pulau Pinang : IPG Kampus Tuanku Bainun. Shakila Ahmad. (2011). Tulisan Jawi Sebagai Warisan Peradaban Bangsa: Analisa Dari Aspek Cabaran Semasa. Johor: Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Ϭ Ϯ ϰ ϲ ϴ ϭϬ ϭϮ hũŝĂŶWƌĂ hũŝĂŶWŽƐ


145 http://ktindakan.blogspot.com/2011/08/format-penulisan-prososal.html https://t.me/jawigram_bot https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/penyelidikan/kajian/1376- manualkajian/file https://anyflip.com/bbwjn/aaon/basic https://masjiduitm.uitm.edu.my/images/UPB/jawi3.pdf LAMPIRAN 1 SOALAN UJIAN PRA 1. Baju : 2. Buku : 3. Kunci : 4. Mangga : 5. Ubat : 6. Seimbang : 7. Bersalah : 8. Keperluan : 9. Larian : 10.Kelajuan : DAPATAN UJIAN PRA Bil soalan yang betul Bil Murid 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 - - - - - - 2 4 3 1


146 LAMPIRAN 2 SOALAN UJIAN PASCA 1. Baju :باجو 2. Buku :بوکو 3. Kunci :کونچي 4. Mangga :مڠݢ 5. Ubat :اوبت 6. Seimbang :سإيمبڠ 7. Bersalah :برساله 8. Keperluan :کڤرلوان 9. Larian :الرين 10.Kelajuan :کالجوان LAMPIRAN 3 GAMBAR HASIL KERJA PELAJAR 


147 PEMBELAJARAN MELALUI PENGUBAHSUAIAN LIRIK LAGU UNTUK MENGKAITKAN INGATAN PELAJAR BAGI TAJUK HIJRAH NABI DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 NURUL HUDA BINTI ABDULLAH Sekolah Menengah St. Patrick, Peti Surat 124, 91007 Tawau, Sabah, Malaysia ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan penguasaan pelajar dalam mengingat fakta berkaitan hijrah nabi. Hal ini kerana, bahagian sirah merupakan salah satu komponen yang penting bagi memastikan pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Kajian ini dibuat setelah mengenal pasti bahawa kebanyakan pelajar gagal mendapat markah yang baik di bahagian sirah berbanding bahagian yang lain. Masalah ini berlaku kerana tiada penguasaan berkaitan tajuk. Rata-rata pelajar mengatakan bahawa masalah utama mereka ialah tidak ingat isi penting ataupun fakta. Oleh itu, satu Kajian Tindakan telah dirancang dengan menggunakan kaedah pengubahsuaian lirik lagu bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar. Perbandingan keputusan daripada ujian pra dan ujian pos telah menunjukkan kesan positif kepada pencapaian pelajar. Sebagai kesimpulan, kaedah ini telah berjaya menunjukkan peningkatan dalam tahap penguasaan ingatan pelajar dalam bagi tajuk Hijrah Nabi. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Kertas peperiksaan Pendidikan Islam mengandungi 6 bahagian yang perlu dikuasai pelajar bagi membolehkan mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Antaranya, Al-quran, Hadis, Akidah, Fiqh, Sirah dan juga Akhlak Islamiyah. Daripada pengalaman saya mengajar pada tahun 2019, kebanyakan pelajar bahkan pelajar dari kelas hadapan menghadapi masalah dalam menjawab soalan di bahagian sirah. Sebahagian pelajar tingkatan 2 menunjukkan motivasi yang rendah dan tidak berminat apabila mempelajari bahagian Sirah semasa pembelajaran dan pemudahcaraan(PdPc). Kebanyakan daripada pelajar tidak dapat memberikan perhatian menyebabkan pelajar tidak dapat mengingati fakta yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang menarik dan berkesan adalah perlu untuk meningkatkan minat dan fokus belajar semasa pembelajaran tajuk sirah.


Click to View FlipBook Version