Kurikulum Standard Sekolah Rendah
PANDUAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATEMATIK
TAHUN 5
Terbitan
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2020
i
Cetakan Pertama Februari 2020
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara
apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
ii
KANDUNGAN
Kata Aluan....................................................................................................... v
Senarai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran........................... vii
Pendahuluan................................................................................................... 1
Reka Bentuk Buku Panduan PdP................................................................... 2
Bidang Pembelajaran, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran... 3
Objektif Pembelajaran.................................................................................... 3
Tempoh PdP.................................................................................................. 4
Strategi Pembelajaran dan Aktiviti PdP......................................................... 4
Pentaksiran................................................................................................... 5
Penjelasan Panduan..................................................................................... 6
Penutup......................................................................................................... 6
Nombor dan Operasi
7
Nombor Bulat dan Operasi Asas......................................................... 53
Pecahan, Perpuluhan dan Peratus..................................................... 69
Wang.................................................................................................. 105
Sukatan dan Geometri 127
157
Masa dan Waktu.................................................................................
Ukuran dan Sukatan........................................................................... 179
Ruang.................................................................................................
Perkaitan dan Algebra 195
Koordinat, Nisbah dan kadaran.........................................................
Statistik dan Kebarangkalian
Pengurusan Data...............................................................................
iii
KATA ALUAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Alhamdulilah dengan izin dan limpah kurnia-Nya,
Bahagian Pembangunan Kurikulum telah berjaya
menghasilkan Panduan Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) sebagai bahan sokongan bagi pelaksanaan
KSSR Matematik Tahun 5. Bahan ini diharap dapat
digunakan sebagai panduan dan pencetus idea
kepada guru dalam merancang dan melaksanakan
aktiviti PdP yang menarik dan berkesan.
Panduan PdP ini mengandungi exemplar atau contoh
PdP bagi Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran terpilih. Contoh yang disediakan boleh
dirujuk dalam usaha guru mempelbagaikan strategi dan
kaedah PdP (termasuk penggunaan teknologi) agar pembelajaran lebih bersifat
hands-on dan minds-on; menggalakkan aktiviti penyelesaian masalah yang berkaitan
dengan kehidupan harian.
Sebagai bahan sokongan kurikulum, Panduan PdP ini memberi pendedahan kepada
aktiviti yang melibatkan kandungan sedia ada dan yang baharu diperkenalkan dalam
KSSR Matematik. Penyediaan contoh PdP dalam dokumen ini bertujuan memastikan
guru dapat menyampaikan kandungan khususnya kandungan baharu dengan yakin
dan berkesan. Aktiviti PdP yang disediakan dapat memperkukuhkan konsep,
kemahiran dan proses Matematik serta sikap dan nilai selain membentuk pemikiran
kritis, kreatif dan inovatif selaras dengan hasrat pembelajaran abad ke-21.
Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada panel penulis dan semua pihak
yang terlibat dalam penghasilan Panduan PdP KSSR Matematik ini. Semoga Panduan
PdP ini dapat dimanfaati oleh pelbagai pihak dalam usaha meningkatkan kualiti
pendidikan negara dan sumber tenaga kerja akan datang.
Sekian, terima kasih.
DATIN SRI HAJAH NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2020
v
vi
SENARAI STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
BIDANG PEMBELAJARAN: NOMBOR DAN OPERASI
TAJUK: 1.0 NOMBOR BULAT DAN OPERASI ASAS
STANDARD STANDARD Muka
KANDUNGAN PEMBELAJARAN Surat
1.1 Nilai nombor 1.1.1 Menyatakan nombor hingga 1 000 000: -
(i) Membaca sebarang nombor yang diberi dalam perkataan. -
(ii) Menyebut sebarang nombor yang diberi dalam bentuk
angka.
(iii) Menulis nombor dalam angka dan perkataan.
1.1.2 Menentukan nilai nombor hingga 1 000 000:
(i) Menyatakan nilai tempat dan nilai digit bagi sebarang
nombor.
(ii) Mencerakinkan sebarang nombor mengikut nilai tempat dan
nilai digit.
(iii) Membandingkan nilai dua nombor.
(iv) Menyusun nombor mengikut tertib menaik dan tertib
menurun.
(v) Melengkapkan sebarang rangkaian nombor secara tertib
menaik dan menurun.
1.2 Nombor perdana 1.2.1 Mengenal pasti nombor perdana dalam lingkungan 100. 7
1.3 Penganggaran -
1.4 Pembundaran 1.3.1 Menganggar suatu kuantiti berdasarkan set rujukan yang -
diberi dan menentukan kewajaran jawapan. -
1.5 Pola nombor 13
1.4.1 Membundarkan nombor bulat hingga ratus ribu terdekat.
1.6 Operasi asas 1.4.2 18
dalam lingkungan Mengenal pasti nombor yang mungkin diwakili oleh suatu -
100 000 nombor yang telah dibundarkan hingga ratus ribu terdekat.
-
1.5.1 Mengenal pasti pola bagi siri nombor yang diberi secara -
1.5.2 tertib menaik dan menurun satu-satu hingga sepuluh-
sepuluh, seratus-seratus, seribu-seribu, sepuluh ribu- -
sepuluh ribu dan seratus ribu-seratus ribu.
Melengkapkan pelbagai pola nombor yang diberi secara
tertib menaik dan menurun.
1.6.1 Menyelesaikan ayat matematik tambah hingga lima nombor
1.6.2 melibatkan nombor hingga enam digit dan hasil tambahnya
1.6.3 dalam lingkungan 1 000 000.
1.6.4
Menyelesaikan ayat matematik tolak melibatkan hingga tiga
nombor dalam lingkungan 1 000 000.
Menyelesaikan ayat matematik darab bagi sebarang
nombor hingga enam digit dengan nombor hingga dua digit,
100 dan 1000, hasil darabnya hingga 1 000 000.
Menyelesaikan ayat matematik bahagi melibatkan
sebarang nombor dalam lingkungan 1 000 000 dengan
nombor hingga dua digit, 100 dan 1000.
1.7 Operasi 1.7.1 Mengira operasi bergabung, dalam lingkungan 1 000 000, 22
bergabung tanpa dan dengan tanda kurung:
(i) Tambah dan darab.
(ii) Tolak dan darab.
(iii) Tambah dan bahagi.
(iv) Tolak dan bahagi.
vii
STANDARD 1.8.1 STANDARD Muka
KANDUNGAN 1.8.2 PEMBELAJARAN Surat
1.8 Penggunaan anu Menentukan nilai satu anu bagi ayat matematik darab 25
melibatkan satu kali pendaraban dengan hasil darabnya
hingga 1 000 000. 29
32
Menentukan nilai satu anu bagi ayat matematik bahagi
melibatkan sebarang nombor dengan nombor hingga dua 37
digit, 100 dan 1000 dalam lingkungan 1 000 000. -
1.9 Penyelesaian 1.9.1 Menyelesaikan masalah melibatkan nombor bulat hingga 1 44
masalah 000 000 dalam situasi harian. 48
1.9.2
1.9.3 Menyelesaikan masalah harian bagi operasi asas dan
operasi bergabung, hasilnya dalam lingkungan 1 000 000.
Menyelesaikan masalah operasi darab dan bahagi dalam
situasi harian melibatkan satu anu.
BIDANG PEMBELAJARAN: NOMBOR DAN OPERASI
TAJUK: 2.0 PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUS
STANDARD STANDARD Muka
KANDUNGAN PEMBELAJARAN Surat
2.1 Pecahan 2.1.1 Mendarab pecahan bagi dua nombor melibatkan nombor 53
bulat, pecahan wajar dan nombor bercampur.
2.2 Perpuluhan 2.2.1 Pembundaran perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan. 58
2.2.2 62
2.3 Peratus Menyelesaikan ayat matematik operasi bergabung tambah
2.4 Penyelesaian 2.2.3 dan tolak perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan. -
masalah 2.2.4 Mendarab perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan -
dengan nombor hingga dua digit, 100 dan 1000. -
66
Membahagi perpuluhan dengan nombor hingga dua
digit,100, 1000, hasil bahaginya hingga tiga tempat -
perpuluhan.
2.3.1 Menukar nombor bercampur kepada peratus dan
2.3.2 sebaliknya.
Mengira suatu kuantiti daripada peratus hingga melebihi
100%.
2.4.1 Menyelesaikan masalah harian melibatkan pecahan,
perpuluhan dan peratus.
viii
BIDANG PEMBELAJARAN: NOMBOR DAN OPERASI
TAJUK: 3.0 WANG
STANDARD STANDARD Muka
KANDUNGAN PEMBELAJARAN Surat
3.1 Operasi asas 3.1.1 Menyelesaikan ayat matematik tambah hingga tiga nilai -
melibatkan wang 3.1.2 wang dan hasil tambahnya hingga RM1 000 000. -
3.1.3
3.1.4 Menyelesaikan ayat matematik tolak melibatkan dua nilai -
wang daripada satu nilai wang dalam lingkungan
RM1 000 000. -
Menyelesaikan ayat matematik darab melibatkan nilai wang 69
dengan nombor hingga dua digit, 100, 1000 dan hasil 73
darabnya hingga RM1 000 000. 77
81
Menyelesaikan ayat matematik bahagi melibatkan nilai 85
wang dalam lingkungan RM1 000 000 dengan nombor 88
hingga dua digit, 100 dan 1000.
3.2 Operasi 3.2.1 Menyelesaikan ayat matematik bagi operasi bergabung
bergabung melibatkan wang, dalam lingkungan RM1 000 000, tanpa
melibatkan dan dengan tanda kurung:
wang (i) Tambah dan darab.
(ii) Tolak dan darab.
(iii) Tambah dan bahagi.
(iv) Tolak dan bahagi.
3.3 Simpanan dan 3.3.1 Menerangkan maksud simpanan dan pelaburan.
pelaburan 3.3.2
Menerangkan maksud faedah mudah dan faedah kompaun
dalam simpanan.
3.4 Kredit dan 3.4.1 Menerangkan maksud kredit dan hutang. 93
pengurusan 3.4.2 95
hutang Menerangkan perbezaan harga barangan sekiranya
pembelian secara kredit dan tunai.
3.5 Penyelesaian 3.5.1 Menyelesaikan masalah melibatkan wang dalam lingkungan 100
masalah RM1 000 000 dalam situasi harian.
ix
BIDANG PEMBELAJARAN: SUKATAN DAN GEOMETRI
TAJUK: 4.0 MASA DAN WAKTU
STANDARD STANDARD Muka
KANDUNGAN PEMBELAJARAN Surat
4.1 Tempoh masa 105
4.2 Perkaitan dalam 4.1.1 Menentukan tempoh masa melibatkan: 108
(i) Hari dan jam.
masa (ii) Bulan dan hari. 112
(iii) Tahun, bulan dan hari.
4.3 Operasi asas 117
masa 4.2.1 Menukar unit masa melibatkan pecahan:
121
4.4 Penyelesaian (i) Jam ke minit.
masalah (ii) Hari ke jam. 124
(iii) Tahun ke bulan.
(iv) Dekad ke tahun.
(v) Abad ke dekad.
(vi) Abad ke tahun.
4.2.2 Menukar unit masa melibatkan perpuluhan:
(i) Jam ke minit.
(ii) Hari ke jam.
(iii) Tahun ke bulan.
(iv) Dekad ke tahun.
(v) Abad ke dekad.
(vi) Abad ke tahun.
4.3.1 Menyelesaikan ayat matematik tambah dan tolak masa
4.3.2 melibatkan pecahan;
(i) jam dan minit,
(ii) hari dan jam,
(iii) tahun dan bulan,
(iv) dekad dan tahun,
(v) abad dan dekad,
(vi) abad dan tahun,
tanpa dan dengan melibatkan penukaran unit.
Menyelesaikan ayat matematik tambah dan tolak masa
melibatkan perpuluhan;
(i) jam dan minit,
(ii) hari dan jam,
(iii) tahun dan bulan,
(iv) dekad dan tahun,
(v) abad dan dekad,
(vi) abad dan tahun,
tanpa dan dengan melibatkan penukaran unit.
4.4.1 Menyelesaikan masalah berkaitan masa dan waktu dalam
situasi harian.
x
BIDANG PEMBELAJARAN: SUKATAN DAN GEOMETRI
TAJUK: 5.0 UKURAN DAN SUKATAN
STANDARD STANDARD Muka
KANDUNGAN PEMBELAJARAN Surat
5.1 Panjang
5.1.1 Menukar unit ukuran panjang melibatkan; -
5.2 Jisim
(i) milimeter dan sentimeter, -
5.3 Isi padu cecair (ii) sentimeter dan meter, -
(iii) meter dan kilometer,
5.4 Penyelesaian dalam perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan. -
masalah -
5.1.2 Menukar unit ukuran panjang melibatkan; 127
(i) milimeter dan sentimeter, 132
(ii) sentimeter dan meter,
(iii) meter dan kilometer, -
dalam pecahan. -
-
5.1.3 Menambah hingga tiga ukuran panjang melibatkan 137
perpuluhan dan pecahan tanpa dan dengan penukaran unit.
142
5.1.4 Menolak melibatkan hingga tiga ukuran panjang melibatkan
perpuluhan dan pecahan tanpa dan dengan penukaran unit. -
-
5.1.5 Mendarab ukuran panjang melibatkan perpuluhan dan -
pecahan dengan nombor hingga dua digit, 100 dan 1000 147
tanpa dan dengan penukaran unit. 151
5.1.6 Membahagi ukuran panjang melibatkan perpuluhan dan -
pecahan dengan nombor hingga dua digit, 100 dan 1000
tanpa dan dengan penukaran unit.
5.2.1 Menukar unit jisim melibatkan gram dan kilogram dalam
bentuk pecahan dan perpuluhan.
5.2.2 Menambah hingga tiga jisim dalam pecahan dan perpuluhan
tanpa dan dengan penukaran unit.
5.2.3 Menolak melibatkan hingga tiga jisim dalam pecahan dan
perpuluhan tanpa dan dengan penukaran unit.
5.2.4 Mendarab jisim dalam pecahan dan perpuluhan dengan
nombor hingga dua digit, 100 dan 1000 tanpa dan dengan
penukaran unit hingga tiga tempat perpuluhan.
5.2.5 Membahagi jisim dalam pecahan dan perpuluhan dengan
nombor hingga dua digit, 100 dan 1000 tanpa dan dengan
penukaran unit.
5.3.1 Menukar unit isi padu melibatkan mililiter dan liter dalam
bentuk pecahan dan perpuluhan.
5.3.2 Menambah hingga tiga isi padu cecair dalam pecahan dan
perpuluhan tanpa dan dengan penukaran unit.
5.3.3 Menolak melibatkan hingga tiga isi padu cecair dalam
pecahan dan perpuluhan tanpa dan dengan penukaran unit.
5.3.4 Mendarab isi padu cecair dalam pecahan dan perpuluhan
dengan nombor hingga dua digit, 100 dan 1000 tanpa dan
dengan penukaran unit.
5.3.5 Membahagi isi padu cecair dalam pecahan dan perpuluhan
dengan nombor hingga dua digit, 100 dan 1000 tanpa dan
dengan penukaran unit.
5.4.1 Menyelesaikan masalah berkaitan ukuran dan sukatan
dalam situasi harian.
xi
BIDANG PEMBELAJARAN: SUKATAN DAN GEOMETRI
TAJUK: 6.0 RUANG
STANDARD STANDARD Muka
KANDUNGAN PEMBELAJARAN Surat
6.1 Poligon sekata 6.1.1 Menyatakan ciri-ciri poligon sekata dengan merujuk kepada 157
sisi, penjuru, paksi simetri, sudut dan pepenjuru.
6.2 Sudut 6.2.1 Mengukur sudut pada poligon sekata hingga lapan sisi. 161
6.3 Perimeter dan 169
6.3.1 Menentukan perimeter gabungan dua bentuk poligon sekata
luas hingga lapan sisi termasuk segi tiga sudut tegak, segi tiga -
sama kaki dan segi empat tepat.
6.4 Isi padu pepejal -
6.3.2 Menentukan luas gabungan dua bentuk melibatkan segi
empat tepat, segi empat sama, segi tiga sama sisi, segi tiga
sama kaki dan segi tiga sudut tegak.
6.4.1 Menentukan isi padu gabungan dua bentuk melibatkan
kubus dan kuboid.
6.5 Penyelesaian 6.5.1 Menyelesaikan masalah melibatkan ruang. 175
masalah
BIDANG PEMBELAJARAN: PERKAITAN DAN ALGEBRA
TAJUK: 7.0 KOORDINAT, NISBAH DAN KADARAN
STANDARD STANDARD Muka
KANDUNGAN PEMBELAJARAN Surat
179
7.1 Koordinat pada 7.1.1 Menentukan jarak mengufuk dan jarak mencancang antara
sukuan pertama dua koordinat. 186
7.2.1
7.2 Nisbah Mewakilkan nisbah dua kuantiti dalam bentuk a : b yang
melibatkan nisbah:
(i) Bahagian kepada bahagian.
(ii) Bahagian kepada keseluruhan.
(iii) Keseluruhan kepada bahagian.
7.3 Kadaran 7.3.1 Menentukan suatu nilai yang tidak diketahui menggunakan -
kadaran. -
7.4 Penyelesaian
masalah 7.4.1 Menyelesaikan masalah melibatkan koordinat, nisbah dan
kadaran dalam situasi harian.
xii
BIDANG PEMBELAJARAN: STATISTIK DAN KEBARANGKALIAN
TAJUK: 8.0 PENGURUSAN DATA
STANDARD 8.1.1 STANDARD Muka
KANDUNGAN PEMBELAJARAN Surat
8.1 Carta pai Mentafsir carta pai. 195
8.2 Mod, median, min 8.2.1 Mengenal dan menentukan mod, median, min, nilai 200
dan julat 8.3.1 maksimum, nilai minimum dan julat daripada data tak 205
terkumpul yang diberi.
8.2 Penyelesaian
masalah Menyelesaikan masalah melibatkan pengurusan data dalam
situasi harian.
xiii
PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
mendukung hasrat dan semangat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan untuk melahirkan insan seimbang
yang digilapkan potensi secara menyeluruh dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Kurikulum yang digubal turut mengambil kira
aspirasi murid seperti yang ditera dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
Sebagai persediaan untuk menghadapi ketidaktentuan dan kerencaman di
masa hadapan insan seimbang yang dihasratkan perlu berfikiran kreatif, kritis
dan inovatif, bersifat ingin tahu dan berfikiran terbuka serta celik sains dan
teknologi.
Matematik di peringkat sekolah rendah merupakan mata pelajaran asas yang
menegaskan kepada penguasaan bahasa matematik, kefahaman konsep,
penguasaan kemahiran mengira, menaakul dan menyelesaikan masalah, serta
pengamalan nilai murni. Elemen kreativiti, keusahawanan dan pengaplikasian
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) mengikut konteks yang sesuai dengan standard
pembelajaran yang difokuskan.
Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) Matematik yang berkesan memerlukan
guru untuk menghayati hasrat yang tersurat dalam dokumen kurikulum
berkenaan dan diterjemahkan dalam panduan ini. Panduan PdP KSSR
(Semakan 2017) Matematik memberi penekanan kepada pembelajaran secara
mendalam melalui strategi PdP yang berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) seperti pembelajaran berasaskan inkuiri, penyelesaian masalah, dan
pembelajaran berasaskan projek. Penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti
pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah dan kepimpinan
adalah penting agar murid lebih berdaya saing dan dapat menyumbang kepada
keharmonian serta kesejahteraan negara.
Standard Pembelajaran terpilih, cadangan aktiviti dan latihan dimuatkan dalam
dokumen ini. Guru boleh mengguna cadangan yang disediakan sebagai
panduan dan pencetus idea dalam merancang PdP matematik yang menarik
dan berkesan. Guru digalakkan mengubah suai dan mengembangkan lagi
aktiviti dan latihan yang dicadangkan sesuai dengan keupayaan dan
persekitaran pembelajaran murid.
1
Reka bentuk Buku Panduan PdP
Panduan PdP KSSR Matematik merangkumi exemplar yang boleh digunakan
oleh guru dalam merancang dan melaksanakan PdP yang berkesan. Struktur
exemplar yang dicadangkan boleh digunakan untuk tajuk lain sesuai dengan
strategi PdP yang dipilih.
Secara umumnya, exemplar ini terdiri daripada:
Bidang Tajuk Standard Standard
Pembelajaran Kandungan Pembelajaran
Tempoh
Objektif Pembelajaran Bahan Bantu Strategi
Pembelajaran Mengajar PdP
Lampiran
Lembaran Cadangan Pentaksiran
Kerja Aktiviti
Penutup
Bidang Pembelajaran, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
Exemplar yang disediakan ini adalah berdasarkan Bidang Pembelajaran,
Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang terdapat di
dalam Dokumen Standard Kandungan Pembelajaran (DSKP) KSSR
Matematik.
Guru perlu merancang dan membuat persediaan untuk melaksanakan aktiviti
PdP berdasarkan SK dan SP yang telah dipilih. Guru boleh menggabungkan
beberapa SK atau SP dan melaksanakan PdP tersebut secara bertema atau
modular agar PdP lebih menarik, mencabar dan berkesan. Bagi mencapai
standard yang ditetapkan dalam SK dan SP, guru perlu menetapkan dan
merancang objektif pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid di akhir setiap
sesi PdP.
Pemilihan Bidang Pembelajaran, Standard Kandungan (SK)
dan Standard Pembelajaran (SP)
Penentuan dan penulisan Objektif Pembelajaran
2
Objektif Pembelajaran
Objektif Pembelajaran yang dinyatakan dalam exemplar adalah objektif atau
sasaran yang perlu dicapai oleh murid dalam PdP yang telah dirancang. Dalam
menetapkan okbjektif pembelajaran, guru boleh mengambil kira tuntutan dan
keperluan SP dan SK, strategi pembelajaran, aktiviti dan kaedah pentaksiran.
Secara dasarnya, penulisan bagi objektif pembelajaran perlulah spesifik, boleh
diukur, boleh dicapai dan berfokus dan bersesuaian dengan tempoh PdP.
Pemilihan Bidang Pembelajaran, Standard Kandungan (SK)
dan Standard Pembelajaran (SP)
Penentuan dan penulisan Objektif Pembelajaran
Tempoh PdP perlu ditetapkan untuk mencapai
Objektif Pembelajaran
Tempoh PdP
Tempoh PdP yang dirancang adalah fleksibel dan tidak terikat hanya kepada
satu sesi PdP sahaja. Tempoh PdP yang dicadangkan dalam exemplar buku
panduan ini bersesuaian dengan strategi pembelajaran dan aktviti yang
dirancang.
Tempoh PdP boleh ditetapkan mengikut kesesuaian PdP berdasarkan SK dan
SP, objektif pembelajaran yang telah ditetapkan bagi PdP tersebut, strategi
pembelajaran dan aktiviti yang telah dirancang.
Pemilihan Bidang Pembelajaran, Standard Kandungan (SK)
dan Standard Pembelajaran (SP)
Penentuan dan penulisan Objektif Pembelajaran
Tempoh PdP perlu ditetapkan untuk mencapai
Objektif Pembelajaran
Strategi pembelajaran dan aktiviti pembelajaran ditetapkan
dan dirancang sesuai dengan tempoh PdP. Perancangan aktiviti
melibatkan persediaan guru dan penyediaan BBM
3
Strategi Pembelajaran dan Aktiviti PdP
Dalam merancang dan melaksanakan PdP, terdapat beberapa strategi yang
boleh digunakan oleh guru. Guru disarankan untuk mempelbagaikan strategi
PdP supaya pembelajaran lebih menyeronokkan, berkesan dan sesuai dengan
keperluan murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kebolehan.
Antara strategi yang disarankan adalah:
Penyelesaian Pembelajaran Pembelajaran Pendekatan Inkuiri
Masalah Berasaskan Projek Koperatif (5E)
Pembelajaran Pendekatan
Luar Bilik Darjah STEM
Exemplar dalam buku panduan ini mencadangkan strategi yang sesuai dengan
SK dan SP yang dipilih dan aktiviti yang dirancang bagi mencapai objektif
pembelajaran.
Aktiviti PdP yang dirancang perlu menarik, kontekstual bagi menjadikan
pembelajaran lebih bermakna. Aktiviti yang dicadangkan dalam exemplar
dirancang dengan mengambil kira kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid
seperti kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran saintifik, kemahiran abad ke-
21 dan kemahiran menyelesaikan masalah. Elemen merentas kurikulum juga
diterapkan dalam penulisan aktiviti PdP dan mengambil kira sikap saintifik dan
nilai murni yang boleh diterapkan apabila aktiviti dalam exemplar ini dijalankan.
Aktiviti PdP ini juga dirancang bersama-sama dengan pentaksiran.
Pemilihan Bidang Pembelajaran, Standard Kandungan (SK)
dan Standard Pembelajaran (SP).
Penentuan dan penulisan Objektif Pembelajaran.
Tempoh PdP perlu ditetapkan untuk mencapai
Objektif Pembelajaran.
Strategi pembelajaran dan aktiviti pembelajaran ditetapkan
dan dirancang sesuai dengan tempoh PdP. Perancangan aktiviti
melibatkan persediaan guru dan penyediaan BBM.
Pentaksiran dirancang bersama-sama aktiviti.
4
Pentaksiran
Guru perlu mentaksir murid secara kolektif dan holistik dengan melihat semua
aspek semasa proses pembelajaran. Tahap penguasaan murid bagi aktiviti
dalam exemplar yang disediakan merujuk kepada Standard Prestasi di akhir
setiap Bidang Pembelajaran dalam DSKP. Murid telah menguasai sesuatu
perkara apabila berjaya mencapai tahap penguasaan yang telah ditetapkan
dalam aktiviti tersebut. Tahap penguasaan yang dicadangkan untuk aktiviti
yang dirancang disertakan bersama- sama exemplar dalam panduan ini.
Penjelasan Panduan
Bahan ini merupakan panduan yang boleh diguna oleh guru di peringkat
sekolah. Ia merupakan contoh yang boleh digunakan di dalam bilik darjah.
Pengubahsuaian boleh dilakukan berdasarkan situasi persekitaran
pembelajaran murid. Panduan ini dibangunkan bagi membantu guru memberi
idea awal PdP di bilik darjah.
Guru boleh menjadikan cadangan aktiviti dalam panduan ini sebagai pencetus
idea bagi mengembangkan proses pengajaran di bilik darjah agar lebih
menarik.
Selain dari beberapa aktiviti yang dicadangkan bagi setiap Standard
Pembelanjaran, petunjuk seperti di bawah ini menjadi rujukan bagi
memudahkan guru melaksanakan aktiviti yang dicadangkan.
Cadangan latihan atau kerja bertulis yang boleh dilakukan.
Penutup
Akhir kata, buku panduan ini diharap dapat mencetuskan idea dan memacu
kreativiti guru untuk mempelbagaikan strategi dan meningkatkan
keberkesanan PdP bagi semua tajuk dalam KSSR Matematik. Pembelajaran
yang menyeronokkan, bermakna, berguna dan mencabar yang memberi kesan
mendalam kepada murid, seiring dengan harapan agar murid dapat menguasai
sebaik mungkin pengetahuan dan kemahiran yang dihasratkan.
5
xiv
Nombor dan Operasi: Tahun 5
Tajuk Nombor Bulat dan Operasi Asas
Standard Kandungan 1.2 Nombor Perdana
Standard Pembelajaran
1.2.1 Mengenal pasti nombor perdana dalam
lingkungan 100.
Aktiviti 1:
a. Minta murid sebutkan empat nombor dalam lingkungan 1 hingga 20.
Contoh:
3 7 12 18
b. Minta murid bincang dan senaraikan ayat matematik seperti berikut:
3 = 3×1 7 = 1×7
= 1×3 = 7×1
12 = 12 × 1 18 = 1 × 18
= 1 × 12 = 18 × 1
= 4×3 = 2×9
= 3×4 = 9×2
= 2×6 = 3×6
= 6×2 = 6×3
c. Cadangkan dengan nombor yang lain pula.
7
Nombor dan Operasi: Tahun 5
Aktiviti 2:
a. Paparkan nombor 1 hingga 100 menggunakan Petak 100.
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
31 32 33 34 35 36 37 38 39 40
41 42 43 44 45 46 47 48 49 50
51 52 53 54 55 56 57 58 59 60
61 62 63 64 65 66 67 68 69 70
71 72 73 74 75 76 77 78 79 80
81 82 83 84 85 86 87 88 89 90
91 92 93 94 95 96 97 98 99 100
b. Minta murid perhatikan apa yang tertera pada Petak 100. Bincangkan.
c. Minta murid bincangkan apakah berlaku apabila semua nombor tersebut dibahagikan
dengan 1.
d. Minta murid bincangkan nombor di antara 2 hingga 20 yang boleh dibahagikan
dengan 2, 3, 5, dan 7 tanpa baki (Jelaskan mengapa guru tidak gunakan pembahagi
dengan 4, 6, 8, dan 9).
2 3 4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
i. Tandakan nombor-nombor tersebut.
ii. Senaraikan nombor-nombor yang hanya boleh dibahagi dengan 1 dan
nombornya sendiri.
e. Jelaskan kepada murid apa itu nombor perdana.
i. Nombor yang lebih daripada 1.
ii. Hanya boleh dibahagi dengan 1.
iii. Hanya boleh dibahagi dengan nombor sendiri sahaja.
Nota: Perkukuhkan kefahaman murid bahawa 1 tidak termasuk dalam nombor perdana.
8
Nombor dan Operasi: Tahun 5
Aktiviti 3:
a. Minta murid bincangkan nombor pada baris dua, bagikan kad atau borang seperti di
bawah.
Contoh
Nombor Maklumat Tandakan
11 Boleh ÷ dengan 1 ✓
Boleh ÷ dengan nombor sendiri ✓
Boleh ÷ dengan nombor lain
Nombor Perdana ✓
Nombor Maklumat Tandakan
12 Boleh ÷ dengan 1
Boleh ÷ dengan nombor sendiri ✓
Boleh ÷ dengan nombor lain ✓
✓
Nombor Perdana
b. Ulang aktiviti bagi nombor 13 hingga 20 di baris dua pada Petak 100 dan rumuskan
nombor perdana seperti di bawah:
11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
Nombor berwarna merupakan nombor perdana.
Aktiviti 4:
a. Bahagikan murid kepada 8 kumpulan dan setiap kumpulan berikan kumpulan
nombor mengikut baris. Satu kumpulan menyelesaikan satu baris.
21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
31 32 33 34 35 36 37 38 39 40
41 42 43 44 45 46 47 48 49 50
51 52 53 54 55 56 57 58 59 60
61 62 63 64 65 66 67 68 69 70
71 72 73 74 75 76 77 78 79 80
81 82 83 84 85 86 87 88 89 90
91 92 93 94 95 96 97 98 99 100
b. Kumpulan murid juga dibekalkan dengan borang kosong seperti di bawah:
9
Nombor dan Operasi: Tahun 5
Nombor Maklumat Tandakan
Boleh ÷ dengan 1
Boleh ÷ dengan nombor sendiri
Boleh ÷ dengan nombor lain
Nombor Perdana
c. Kumpulan murid mengelaskan nombor perdana atau bukan.
d. Bincangkan bersama-sama hasil kerja serta kelaskan kumpulan nombor perdana.
e. Bincangkan juga kumpulan nombor 2 hingga 10.
f. Rumuskan dan paparkan nombor-nombor perdana pada murid.
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
31 32 33 34 35 36 37 38 39 40
41 42 43 44 45 46 47 48 49 50
51 52 53 54 55 56 57 58 59 60
61 62 63 64 65 66 67 68 69 70
71 72 73 74 75 76 77 78 79 80
81 82 83 84 85 86 87 88 89 90
91 92 93 94 95 96 97 98 99 100
Aktivit 5:
a. Edarkan Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2 kepada setiap murid.
b. Bincangkan hasil kerja murid.
Pentaksiran
Berdasarkan kepada keupayaan murid menyatakan maksud nombor perdana dan
mengenal pasti nombor perdana dan menjawab soalan di lembaran kerja. Murid perlu
menjawab dengan betul kesemua soalan.
Nilai dan Sikap
Bekerjasama, tolong menolong, bertolak ansur, berdikari dan berusaha.
10
Nombor dan Operasi: Tahun 5
Lembaran Kerja 1
Nama: ....................................................................... Kelas: ......................
Suaikan.
2 50
84 37
62
Nombor
Perdana
97
99 29
61
Bukan 14
Nombor
Perdana
73
83
11
Nombor dan Operasi: Tahun 5
Lembaran Kerja 2
Nama: ....................................................................... Kelas: ....................
Senaraikan nombor perdana hingga 100.
2
97
12
Tajuk Nombor dan Operasi: Tahun 5
Standard Kandungan Nombor Bulat dan Operasi Asas
1.5 Pola nombor
Standard Pembelajaran 1.5.1 Mengenal pasti pola bagi siri nombor yang
diberi secara tertib menaik dan menurun
satu-satu hingga sepuluh-sepuluh, seratus-
seratus, seribu-seribu, sepuluh ribu-sepuluh
ribu, dan seratus ribu-seratus ribu.
Aktiviti 1:
a. Pamerkan lima kad nombor secara rawak seperti berikut.
800 001 800 004 800 005 800 002 800 003
000
b. Minta lima orang murid mengambil sekeping kad nombor setiap seorang dan sebut
nombor pada kad tersebut.
c. Minta murid-murid tersebut bergerak dengan menyebut nombor tersebut mengikut
tertib menaik.
d. Bersoal jawab dengan murid mengenai pola nombor yang dipamerkan.
e. Ulang aktiviti mengikut tertib menurun pula.
Aktiviti 2:
a. Pamerkan satu nombor.
Contoh: 654 320
b. Minta murid menyebut nombor tersebut.
c. Bimbing murid membilang nombor sepuluh-sepuluh mengikut tertib menaik.
d. Jelaskan cara mendapatkan nombor seterusnya dengan menambah sepuluh pada
nombor sebelumnya.
Contoh:
1. +10 +10 2. +10 +10
654 320 654 330 654 340 654 326 654 336 654
e. Ulang aktiviti hingga murid dapat mewujudkan satu rangkaian nombor dala3m460
tertib menaik.
13
Nombor dan Operasi: Tahun 5
f. Kemudian, bimbing murid membilang nombor sepuluh-sepuluh mengikut tertib
menurun.
g. Jelaskan cara mendapatkan nombor seterusnya dengan menolak sepuluh daripada
nombor sebelumnya.
Contoh:
−10 −10
654 340 654 330 654 320
h. Ulang aktiviti hingga murid dapat mewujudkan satu rangkaian nombor dalam tertib
menurun.
i. Ulang aktiviti di atas dengan membilang:
i. seratus-seratus
ii. seribu-seribu
iii. sepuluh ribu-sepuluh ribu dan seratus ribu-seratus ribu secara tertib menaik dan
menurun
Aktiviti 3:
a. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
b. Setiap kumpulan diberi empat set kad nombor dan menyusun dua set kad nombor
mengikut tertib menaik dan dua set lagi mengikut tertib menurun mengikut bentuk
kad tersebut.
(Rujuk Lampiran 1)
c. Murid menampal kad nombor pada kad manila.
d. Pamerkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.
Aktiviti 4:
a. Edarkan Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2.
b. Bincang hasil kerja murid.
Pentaksiran
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan Lembaran Kerja 1 dan
Lembaran Kerja 2, murid perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak
kemahiran berikutnya.
Nilai dan Sikap
Bekerjasama, saling membantu dan mendengar arahan guru.
14
Nombor dan Operasi: Tahun 5
Lampiran 1
A. Susun dua set kad nombor mengikut tertib menaik dan dua set lagi
mengikut tertib menurun mengikut bentuk kad.
167 779 233 450 966 789
233 480 966 589 167 782
966 889 233 460 233 470
167 780 966 689 167 781
15
Nombor dan Operasi: Tahun 5
Lembaran Kerja 1
Nama: ....................................................................... Kelas: ......................
A. Susun mengikut tertib menaik.
1) 255 450, 255 452, 255 453, 255 451
2) 438 200, 436 200, 437 200, 435 200
3) 384 570, 384 870, 384 770, 384 670
4) 149 086, 139 086, 119 086, 129 086
5) 683 430, 983 430, 783 430, 883 430
6) 458 530, 458 520, 458 500, 458 510
7) 572 448, 572 449, 572 446, 572 447
8) 938 295, 938 296, 938 294, 938 293
B. Susun mengikut tertib menurun.
1) 327 165, 327 167, 327 168, 327 166
2) 974 760, 974 730, 974 750, 974 740
3) 735 430, 735 330, 735 630, 735 530
4) 521 750, 523 750, 522 750, 524 750
5) 169 862, 149 862, 139 862, 159 862
6) 401 657, 101 657, 201 657, 301 657
7) 395 499, 395 501, 395 500, 395 502
8) 662 644, 682 644, 672 644, 652 644
16
Nombor dan Operasi: Tahun 5
Lembaran Kerja 2
Nama: ....................................................................... Kelas: ......................
A. Nyatakan polanya.
1) 806 900, 807 900, 808 900, 809 900 Pola:____________________
2) 371 660, 371 650, 371 640, 371 630 Pola:____________________
3) 485 400, 485 300, 485 200, 485 100 Pola:____________________
4) 632 310, 532 310, 432 310, 332 310 Pola:____________________
5) 756 580, 756 570, 756 560, 756 550 Pola:____________________
6) 222 600, 222 590, 222 580, 222 570 Pola:____________________
7) 679 870, 679 872, 679 873, 679 874 Pola:____________________
8) 306 371, 316 371, 326 371, 336 371 Pola:____________________
9) 637 000, 737 000, 837 000, 937 000 Pola:___________________
10) 198 974, 198 975, 198 976, 198 977 Pola:____________________
11) 860 839, 860 840, 860 841, 860 842 Pola:____________________
12) 273 000, 263 000, 253 000, 243 000 Pola:____________________
13) 133 990, 233 990, 333 990, 433 990 Pola:____________________
14) 397 779, 397 780, 397 781, 397 782 Pola:____________________
15) 495 959, 495 859, 495 759, 495 659 Pola:____________________
16) 639 040, 639 140, 639 240, 639 340 Pola:____________________
17
Nombor dan Operasi: Tahun 5
NoTmajbuokr Bulat Dan Operasi Nombor Bulat dan Operasi Asas
Standard Kandungan 1.5 Pola nombor
Standard Pembelajaran
1.5.2 Melengkapkan pelbagai pola nombor yang
diberi secara tertib menaik dan menurun.
Aktiviti 1:
a. Pamerkan beberapa kad nombor seperti di bawah.
2I, 23, 26, H, 35
b. Minta murid fikirkan untuk mencari nilai “H”?
Soalan:
HApakah nilai ?
Penyelesaian:
i. Kenal pasti turutan pola nombor itu.
ii. Gunakan kaedah cuba jaya.
iii. Pastikan pola yang digunakan adalah betul.
Contoh jawapan:
H21 (+2) , 23 (+3), 26 (+4), (+5) , 35
c. Paparkan set nombor lain, contoh:
s45 (+5) , (+5) (+5)
50 (+5) , 60 , 65
,
Aktiviti 2:
a. Beberapa keping kad nombor dilekatkan di papan putih.
Contoh:
140 391 , 140 393 , 140 396, ?, 140 405
?, ? , 140 426, ?
b. Minta murid melengkapkan pola bagi turutan nombor-nombor yang dipaparkan
dengan menggunakan kaedah polya.
i. Memahami turutan nombor itu.
ii. Merancang strategi untuk menentukan pola nombor.
iii. Melaksanakan strategi.
18
Nombor dan Operasi: Tahun 5
140 391 + 2 = 140 393
140 393 + 3 = 140 396
140 396 + 4 = 140 400
140 400 + 5 = 140 405
140 405 + 6 = 140 411
140 411 + 7 = 140 418
140 418 + 8 = 140 426
140 426 + 9 = 140 435
iv. Membuat semakan.
c. Ulangi aktiviti b dengan nombor lain seperti contoh di bawah:
i. 290 000, 280 000, .............. , ............, 250 000.
ii. .............., 221 015, 321 015, ............., 521 015.
Aktiviti 3:
a. Agihkan murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki
berbincang dan melaksanakan penyelesaian masalah menggunakan kaedah
berbeza seperti di bawah.
i. Kaedah Polya
ii. Jadual
iii. Garis Nombor
b. Minta murid menyelesaikan soalan di bawah.
Sebuah kilang air botol minuman telah mengeluarkan sebanyak 248 220 air botol
pada bulan Januari. Pada bulan April, pengeluarannya berjumlah 510 220 manakala
pada bulan Mei sebanyak 520 220. Jika jualan pada setiap bulan meningkat dengan
bilangan yang sama, berapakah pengeluaran air botol minuman pada bulan Februari
dan Mac?
Contoh selesaikan secara jadual.
Bulan Pengeluaran Beza
Januari 480 220 10 000
Februari ?
Mac ? 10 000
April 510 220
Mei 520 220
i. 480 220
+ 10 000
490 220
+ 10 000
500 220
19
Nombor dan Operasi: Tahun 5
ii. 510 220
– 10 000
500 220
– 10 000
490 220
Jawapannya:
Pengeluaran pada bulan Februari dan Mac masing-masing ialah sebanyak 490 220
dan 500 220.
Aktiviti 4:
a. Edarkan Lembaran Kerja 1 kepada setiap murid.
b. Bincangkan hasil kerja murid.
Pentaksiran
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan Lembaran Kerja 1.
Nilai dan Sikap
Bekerjasama, saling membantu dan mendengar arahan guru.
20
Nombor dan Operasi: Tahun 5
Lembaran Kerja 1
Nama: ....................................................................... Kelas: ......................
A. Lengkapkan pola nombor yang diberi secara tertib menaik.
1) 132 436, 132 438, _________, 132 442, 132 444
2) 640 153, _________, 640 173, 640 183, 640 193
3) 170 500, ________, ________,170 800, 170 900
4) 641 988, 642 988, ________, ________,________,
5) ________, ________, ________, 152 673, 162 673
6) ________, ________, 509 676, 609 676, ________,
7) 159 328
139 328
B. Lengkapkan pola nombor yang diberi secara tertib menurun.
1) 332 436, 332 435, _________, 332 433, 332 432
2) 879 568, _________, 879 548, 879 538, 879 528
3) 710 500, ________, ________,710 200, 710 100
4) 246 744, 246 644, ________, ________,________,
5) ________,________,________, 652 673, 642 673
6) ________,________, 489 676, 479 676, ________,
7) 523 508
623 508
21
Tajuk Nombor dan Operasi: Tahun 5
Standard Kandungan
Nombor Bulat dan Operasi
1.7 Operasi Bergabung
Standard Pembelajaran 1.7.1 Mengira operasi bergabung, dalam lingkungan
1 000 000, tanpa dan dengan tanda kurung:
(i) Tambah dengan darab
(ii) Tolak dan darab
(iii) Tambah dan bahagi
(iv) Tolak dan bahagi
Aktiviti 1:
a. Guru mempamerkan kad ayat matematik.
50 + 10 × 2 = 70
b. Murid diminta untuk menggunakan kaedah cuba jaya untuk mendapatkan jawapan
70.
c. Wakil murid tampil untuk menerangkan langkah-langkah untuk mendapatkan
jawapan.
d. Murid dan guru bersoal jawab.
e. Guru menegaskan bahawa bagi operasi bergabung tambah dan darab, murid mesti
menyelesaikan operasi darab terlebih dahulu diikuti operasi tambah.
Aktiviti 2:
a. Guru mempamerkan kad ayat matematik yang kedua.
(50 + 10) × 2 = 120
b. Murid diminta untuk menggunakan kaedah cuba jaya untuk mendapatkan jawapan
120.
c. Wakil murid tampil untuk menerangkan langkah-langkah untuk mendapatkan
jawapan.
d. Murid dan guru bersoal jawab.
e. Guru menegaskan bahawa bagi operasi bergabung tambah dan darab dengan
kurungan, murid mesti menyelesaikan operasi dalam kurungan terlebih dahulu.
22
Nombor dan Operasi: Tahun 5
f. Ulang langkah yang sama bagi operasi bergabung berikut, tanpa dan dengan tanda
kurungan
i. tolak dan darab
ii. tambah dan bahagi
iii. tolak dan bahagi
Aktiviti 3:
a. Murid dibekalkan dengan mini whiteboard/kertas lukisan/kertas A4 dan marker pen.
b. Secara berpasangan, murid menyelesaikan soalan yang ditunjukkan oleh guru.
c. Murid mengangkat jawapan setelah siap.
d. Murid dan guru berbincang, mengenal pasti kesalahan dan membuat pembetulan.
Aktiviti 4:
a. Edarkan Lembaran Kerja 1.
b. Bincang hasil kerja murid.
Pentaksiran
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan lembaran kerja, murid perlu
betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya.
Nilai dan Sikap
Berani mencuba, mendengar arahan guru dan bekerjasama
23
Nombor dan Operasi: Tahun 5
Lembaran Kerja 1
Nama: ....................................................................... Kelas: ......................
Jawab semua soalan. 2) (36 165 + 6 789) × 4 =
1) 23 420 + 56 785 × 3 =
3) 8 × (63 472 – 18 769) = 4) 657 219 – 2 538 × 6 =
5) 89 468 ÷ 4 + 168 420 = 6) (452 118 + 24 382) ÷ 5 =
7) 685 402 – 271 620 ÷ 6 = 8) (567 428 – 118 540) ÷ 8 =
24
Tajuk Nombor dan Operasi: Tahun 5
Standard Kandungan Nombor Bulat dan Operasi
1.8 Penggunaan anu
Standard Pembelajaran 1.8.1 Menentukan nilai satu anu bagi ayat matematik
darab melibatkan satu kali pendaraban dengan
hasil darabnya hingga 1 000 000.
Aktiviti 1:
a. Guru memperkenalkan kedudukan anu. (Anu boleh berada pada tiga kedudukan
dalam ayat matematik.)
a×3= 6 4 × b = 20 6×3= c
b. Guru mempamerkan kad ayat matematik.
a×3=6
c. Guru mengingatkan semula bahawa:
a×3=6
kumpulan ahli jumlah
d. Guru bersoal jawab dengan murid.
i. Ada berapa kumpulan yang mempunyai 3 ahli menjadikan hasilnya 6?
=6
=
ii. Murid akan menjawab 2 kumpulan.
iii. Jadi, 2 × 3 = 6
e. Guru memberikan soalan melibatkan nombor yang lebih besar.
f. Murid cuba mencari nilai anu.
g. Guru memperkenalkan kaedah operasi songsang (darab bahagi).
25
Nombor dan Operasi: Tahun 5
Aktiviti 2:
a. Guru mempamerkan kad ayat matematik yang kedua.
4 × b = 20
b. Murid mengingatkan semula bahawa:
4 × b = 20
kumpulan ahli jumlah
c. Guru bersoal jawab dengan murid:
i. Ada berapa berapa ahli dalam 4 kumpulan yang akan menghasilkan jumlah 20?
= 20
=
ii. Agihkan 20 ke dalam setiap kumpulan. (20 ÷ 4 = 5)
= 20
=
iii. Setiap kumpulan mempunyai 5 ahli.
iv. Jadi, 4 × 5 = 20
d. Guru memberikan soalan melibatkan nombor yang lebih besar.
e. Murid cuba mencari nilai anu.
f. Guru memperkenalkan kaedah operasi songsang (darab bahagi).
Aktiviti 3:
a. Murid dibekalkan dengan mini whiteboard/kertas lukisan/ kertas A4 dan marker pen.
b. Secara berpasangan, murid menyelesaikan soalan yang ditunjukkan oleh guru.
c. Setiap pasangan menuukar jawapan dengan pasangan lain.
d. Murid dan guru berbincang, mengenal pasti kesalahan dan membuat pembetulan.
26
Nombor dan Operasi: Tahun 5
Aktiviti 4:
a. Edarkan Lembaran Kerja 1.
b. Bincang hasil kerja murid.
Pentaksiran
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan lembaran kerja, murid perlu
betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya.
Nilai dan Sikap
Berani mencuba, mendengar arahan guru dan bekerjasama
27
Nombor dan Operasi: Tahun 5
Lembaran Kerja 1
Nama: ....................................................................... Kelas: ......................
Cari nilai anu. 2) b × 4 = 97 408
1) a × 6 = 74 910
3) c × 3 = 106 842 4) 9 × m = 407 070
5) 12 × n = 676 800 6) 15 × p = 820 350
7) 17 850 × 24 = r 8) 24 632 × 32 = y
28
Nombor dan Operasi: Tahun 5
Tajuk Nombor Bulat dan Operasi Asas
Standard Kandungan 1.8 Penggunaan anu
Standard Pembelajaran 1.8.2 Menentukan nilai satu anu bagi ayat matematik
bahagi melibatkan sebarang nombor dengan
nombor hingga dua digit, 100 dan 1000 dalam
lingkungan 1 000 000.
Aktiviti 1:
a. Murid menyatakan anu berdasarkan soalan-soalan yang diberikan oleh guru.
(Contoh Bergambar)
b. Guru membentuk ayat matematik berdasarkan situasi bergambar yang diberi.
12 ÷ _____ = 4
____ menunjukkan anu.
c. Tunjukkan gambar lain dan minta murid mengenal pasti anu.
d. 15 orang murid dipanggil ke hadapan kelas. Murid-murid tersebut diagihkan kepada
beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang murid.
e. Minta murid mengenal pasti anu dari aktiviti yang diberi.
15 ÷ ____ = 5
_____ merupakan anu.
f. Ulang aktiviti dengan aktiviti lain bagi mengukuh kefahaman murid.
29
Nombor dan Operasi: Tahun 5
Aktiviti 2:
a. Kemahiran murid diperkukuhkan dengan soalan-soalan berbentuk lisan seperti
contoh berikut:
i. Seorang pekebun ingin menanam 320 batang anak pokok pisang di kebunnya.
Setiap baris terdiri daripada beberapa batang anak pokok pisang. Hasilnya
terdapat empat baris pokok pisang.
ii. Azie memasukkan beberapa biji manik ke dalam 15 buah bekas. Setiap bekas
mengandungi beberapa biji manik. Jumlah asal manik Azie ialah 200 475 biji.
b. Minta murid mengenal pasti bagi situasi ayat yang diberi.
c. Ulang situasi a(i) dan (ii) supaya kefahaman murid berkaitan anu kukuh.
Aktiviti 3:
a. Selain dalam bentuk situasi anu juga boleh diberi kepada murid dalam bentuk
mekanikal.
Beberapa contoh soalan untuk mencari anu dalam bentuk mekanikal.
i. a ÷ 6 = 40
ii. b ÷ 30 = 125
iii. 2 760 ÷ x = 15
iv. 12 564 ÷ y = 9
Aktiviti 4:
a. Edarkan Lembaran Kerja 1 kepada setiap murid.
b. Bincangkan hasil kerja murid.
Pentaksiran
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di lembaran kerja, murid perlu
betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya.
Nilai dan Sikap
Ketelitian dan ketepatan.
30
Nombor dan Operasi: Tahun 5
Lembaran Kerja 1
Nama: ....................................................................... Kelas: ......................
Gariskan ’anu’ pada situasi di bawah.
1. Ayah membeli 12 batang 2. Y ÷ 12 = 105
pensel. Ia beri sama banyak
kepada beberapa orang
anaknya. Setiap seorang dapat
empat batang pensel.
3. 460 ÷ Z = 23 4. Dalam kotak ada 25 biji guli.
Kesemua guli itu dibungkus ke
dalam beberapa plastik.
Terdapat 5 plastik semuanya.
5. Kakak membeli 30 biji manggis. 6. ÷ 32 = 318
Manggis-manggis tersebut
diikat dalam beberapa ikatan.
Setiap ikatan ada 10 biji
manggis.
31
Nombor dan Operasi: Tahun 5
Tajuk Nombor Bulat dan Operasi Asas
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran 1.8 Penggunaan anu
1.8.2 Menentukan nilai satu anu bagi ayat matematik
bahagi melibatkan sebarang nombor dengan
nombor hingga dua digit, 100 dan 1000 dalam
lingkungan 1 000 000.
Aktiviti 1:
a. Guru pamerkan kad bacaan di hadapan kelas.
Pak Ali seorang pengusaha ladang limau. Pada suatu pagi, dia telah mengutip
sebanyak 15 480 biji limau. Limau tersebut perlu dimasukkan ke dalam kotak
untuk dipasarkan. Setiap kotak boleh dimuatkan dengan 2 580 biji limau,
beberapa buah kotak perlu disediakan.
b. Minta murid membentuk ayat matematik dari situasi di atas.
15 480 ÷ _____ = 2 580
c. Minta murid mencari nilai bagi ayat matematik pada b.
Gunakan pola bagi mencari pembahagi.
2 580 1
5 160 2
10 320 4
15 480 6
d. Ulang aktiviti a hingga c dengan situasi lain.
Aktiviti 2: Sejumlah 384 biji manik dikongsi
a. Guru mempamerkan kad soalan. antara dua orang budak perempuan,
Lin dan Mei. Setiap orang menerima
Contoh: beberapa biji manik.
375 biji pemadam disimpan secara
sama rata ke dalam beberapa buah
kotak. Setiap kotak boleh memuatkan
sebanyak beberapa biji pemadam.
Semuanya ada 15 kotak pemadam.
b. Murid membaca kad soalan penyelesaian masalah dan diminta membentuk ayat
matematik dengan menggunakan operasi yang sesuai.
32
Nombor dan Operasi: Tahun 5
Contoh:
375 ÷ = 15
384 ÷ 2 =
c. Terangkan bahawa tanda boleh digantikan dengan sebarang abjad sebagai
anu contohnya abjad P.
Contoh :
375 ÷ P = 25
384 ÷ 2 = P
d. Bimbing murid membentuk ayat matematik dan pastikan murid membentuk ayat
matematik dengan betul.
Aktiviti 3:
a. Bimbing murid untuk mengenalpasti nilai anu yang terdapat pada soalan.
Contoh:
375 ÷ = 25
b. Terangkan kepada murid kaedah yang boleh digunakan untuk mencari nilai anu.
i. Fakta asas bahagi
ii. Penolakan berulang
iii. Pemansuhan
iv. Songsangan
c. Bimbing murid mencari nilai P.
i. Penolakan berulang
375 1
– 25 2
Selesaikan sehingga jawapannya 0
350
– 25
325
Maka P = 15
33
Nombor dan Operasi: Tahun 5
ii. Pemansuhan
375 P = 25
375
= 25
P
375 = 25 × P
375 = P
25
P = 15
Tingkatkan kefahaman murid dengan contoh-contoh soalan yang lain.
Aktiviti 4:
a. Edarkan Lembaran Kerja 1 kepada setiap murid.
b. Bincangkan hasil kerja murid.
Pentaksiran
Berdasarkan kepada keupayaan murid membentuk ayat matematik secara lisan dan
menjawab soalan di Lembaran Kerja 1.
Nilai dan Sikap
Terapkan nilai bekerjasama dan berani memberikan jawapan secara lisan dalam
menyelesaikan soalan yang diberikan
34
Nombor dan Operasi: Tahun 5
Lembaran Kerja 1
Nama: ....................................................................... Kelas: ......................
Lengkapkan ayat matematik berikut. Penyelesaian
565 100 biji gula-gula dibungkuskan ke dalam
1. peket-peket kecil. Setiap peket mengandungi
20 biji gula-gula. Maka beberapa peket gula-
gula diperolehi.
Ayat matematik: =
Penyelesaian
Terdapat 90 000 botol jus oren. Jika sebuah
kotak boleh diisi dengan beberapa botol jus
2. oren. Terdapat 9000 kotak jus oren
semuanya.
Ayat matematik: =
Penyelesaian
Sebuah syarikat penerbitan menerbitkan
sejumlah buku rujukan untuk diagihkan
3. sama banyak ke beberapa buah kedai.
Jika setiap kedai menerima sejumlah 2 985
buah buku. Bilangan asal buku rujukan
tersebut ialah 298 500.
Ayat matematik: =
35
Nombor dan Operasi: Tahun 5
Penyelesaian
Seorang penternak mengutip 5 400 biji telur
itik dalam masa dua minggu. Beliau
mengagihkan telur tersebut kepada
4. beberapa buah kedai untuk dijual. Setiap
kedai akan menerima 360 biji telur.
Ayat matematik: =
Penyelesaian
Sebuah tapak semaian mempunyai 4 575
batang anak pokok. Anak pokok itu disusun
5. sama banyak dalam beberapa baris, setiap
baris mempunyai 305 anak pokok.
Ayat matematik: =
Penyelesaian
6. Encik Lim ada enam kotak gula-gula
yang mengandungi 750 biji gula-gula.
Gula-gula itu dibahagikan sama rata
kepada beberapa orang kawannya.
Setiap orang kawannya mendapat 50
biji gula-gula.
Ayat matematik: =
36