The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul PdP Matematik KSSR (Semakan 2017) Thn5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-63220325, 2021-03-14 07:05:14

Modul PdP Matematik KSSR (Semakan 2017) Thn5

Modul PdP Matematik KSSR (Semakan 2017) Thn5

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

Tajuk 5.0 Ukuran dan Sukatan

Standard Kandungan 5.2 Jisim
Standard Pembelajaran
5.2.4 Mendarab jisim dalam pecahan dan perpuluhan
dengan nombor hingga dua digit, 100 dan 1000
tanpa dan dengan penukaran unit hingga tiga
tempat perpuluhan.

Aktiviti 1:
a. Guru menunjukkan alat penimbang dan beberapa objek di hadapan kelas.
b. Murid dipanggil secara rawak dan memilih salah satu objek yang disediakan.
c. Murid menimbang objek tersebut dan menyatakan berat objek.
d. Murid lain diminta untuk menukar unit tersebut sebagai pengukuhan penukaran unit.

Aktiviti 2:
a. Guru memaparkan sekeping kad gambar beserta jisim di papan putih.

Contoh:

1
1 2 kg

b. Murid membaca jisim gambar yang ditunjukkan.
c. Guru memaparkan lagi dua keping kad gambar berserta jisim yang sama di papan

putih.

1 1 1
1 2 kg 1 2 kg 1 2 kg

137

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

d. Murid mencari jumlah jisim ketiga-tiga gambar tersebut (Penekanan konsep tambah
berulang bagi operasi darab).

e. Murid menulis ayat matematik bagi operasi tersebut (Operasi darab).
f. Murid membuat pertukaran unit daripada aktiviti yang dijalankan.
Nota: Aktiviti yang sama boleh digunakan untuk mendarab jisim dalam perpuluhan.

Aktiviti 3: Aktiviti Berkumpulan
a. Setiap kumpulan dibekalkan dengan kad pecahan, kad perpuluhan dan kad nombor

bulat.
b. Murid membina ayat matematik darab pecahan dan perpuluhan menggunakan kad yang

diberi.
c. Murid menyelesaikan ayat matematik darab yang dibina dalam masa yang ditetapkan.
d. Murid membentangkan hasil kumpulan.

Aktiviti 4:
a. Edarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
b. Bincang hasil kerja dengan murid.
Pentaksiran:
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di lembaran kerja. Murid perlu
betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak kemahiran berikutnya.
Nilai dan Sikap:
Terapkan sifat saling bekerjasama terutama apabila berada di dalam kumpulan.

138

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

Lembaran Kerja 1

Nama: ....................................................................... Kelas: ......................

1) 3 × 2 1 kg = ____________ kg 2) 5 × 3 3 kg = _____________ kg

5 4

3) 7 × 6 3 kg = ______________ kg 4) 19 × 2 kg = ____________ g

12 5

5) 5 1 kg × 14 = ____________ g 6) 3 1 kg × 25 = ____________ g

4 5

139

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

Lembaran Kerja 2

Nama: ....................................................................... Kelas: ......................

1) 5.250 kg × 5 = ___________ kg 2) 6.03 kg × 11 = ____________ kg

3) 15 × 4.75 kg = ______________ kg 4) 13 × 5.25 kg = ______________ kg

5) 9 kg × 0.4 kg = _______________ g 6) 50 × 9.2 kg = ________________ g

140

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

Lembaran Kerja 3

Nama: ....................................................................... Kelas: ......................

1) 72.5 kg × 10 = ___________ kg 2) 0.07 kg × 1000 = ___________ g

3) 58.90 kg × 100 = ____________ g 4) 0.014 kg × 10 = ____________ kg

5) 732.5 kg × 100 = ____________ kg 6) 502 kg × 100 = ____________ kg

141

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

Tajuk 5.0 Ukuran dan Sukatan

Standard Kandungan 5.2 Jisim
Standard Pembelajaran
5.2.5 Membahagi jisim dalam pecahan dan perpuluhan
dengan nombor hingga dua digit, 100 dan 1000
tanpa dan dengan penukaran unit.

Aktiviti 1:
a. Guru melaksanakan aktiviti pengukuhan melalui kad imbasan.

1) 156.8 ÷ 1000 =

2) 17.6 ÷ 10 =

3) 753.12 ÷ 100 =

b. Murid meny4e)le4s8a.ik5a6n÷s1o0al=an yang diberi.
Aktiviti 2:
a. Guru menunjukkan sebiji kek berjisim 1.8 kg.

Contoh:

b. Kek itu dipotong kepada 36 keping yang sama besar.
c. Murid menyatakan jisim sekeping kek itu.

142

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

2 3 kg

4

d. Murid diminta mencari jisim sepotong tembikai, dalam gram, sekiranya tembikai
tersebut dipotong kepada 18 bahagian yang sama.

e. Bincang langkah penyelesaian

Aktiviti 3: Aktiviti kumpulan
a. Setiap kumpulan dibekalkan dengan papan putih mini dan butang magnet yang

bernombor dan simbol operasi bahagi.

Contoh:

156.8 kg 100 ÷

Papan putih mini ÷
÷
1 4 ÷
9 5 kg 1
60.5 kg 25
1000 23 5 kg

143

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

b. Murid membina ayat matematik bahagi menggunakan butang magnet dengan warna
yang sama dan selesaikan ayat matematik tersebut dalam masa yang ditetapkan.

c. Murid akan menukar butang magnet bernombor dengan kumpulan lain.
d. Murid membentangkan hasil kerja kumpulan.
Aktiviti 4:
a. Sediakan Lembaran Kerja 1 kepada setiap murid.
b. Bincang hasil kerja dengan murid.

Pentaksiran:
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di lembaran kerja, murid perlu
betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak kemahiran berikutnya.
Nilai dan Sikap:
Terapkan sifat saling bekerjasama terutama apabila berada di dalam kumpulan dan
menepati masa.

144

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

Lembaran Kerja 1

Nama: ....................................................................... Kelas: ......................

1) 33.78 g ÷ 6 =________________g 2) 60 kg ÷ 8 =________________g

3) 8.04 kg ÷ 12 =_______________kg 4) 97.72 kg ÷ 28 =_____________kg

5) 40.05 g ÷ 100 =________________g 6) 2.3 kg ÷ 1000 =_____________kg

7) 2.46 kg ÷ 20 =________________kg 8) 156.8 kg ÷ 100 =____________kg

145

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

Lembaran Kerja 2

Nama: ....................................................................... Kelas: ......................

1) 1 kg ÷ 2 = ____________ kg 2) 6 3 kg ÷ 50 = _____________ kg

2 4

3) 62 kg ÷ 4 = ______________ kg 4) 91 kg ÷ 25 = ____________ kg

5 5

5) 5 1 kg ÷14 = ____________ g 6) 23 1 kg ÷ 4 kg = ____________ g

4 5

146

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

Tajuk 5.0 Ukuran dan Sukatan

Standard Kandungan 5.3 Isi padu Cecair
Standard Pembelajaran
5.3.4 Mendarab isi padu cecair dalam pecahan dan
perpuluhan dengan nombor hingga 2 digit, 100 dan
1000 tanpa dan dengan penukaran unit

Aktiviti 1:
a. Setiap kumpulan diberikan sekeping sampul surat berisi 5 keping kad domino (Lampiran 1).
b. Murid menyusun pasangan kad domino.

Aktiviti 2: Aktiviti kumpulan (Darab pecahan)
a. Guru menunjukkan situasi di hadapan kelas.

b. Setiap kumpulan diberi kad soalan, kertas mahjong dan pen marker.

Setiap gelas mengandungi air.



Berapakah jumlah isi padu cecair ?

Berikan jawapan dalam ml

c. Murid menunjukkan langkah pengiraan dan jawapan dalam kertas mahjong.
d. Murid membentangkan hasil jawapan di hadapan kelas.

147

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

Aktiviti 3: Aktiviti kumpulan (Darab perpuluhan)
a. Setiap kumpulan diberi kad situasi.

Amir membeli satu kotak air mineral. Setiap botol mengandungi 0.5 liter air.
Berapakah jumlah isi padu air dalam kotak tersebut?
Bina ayat matematik bagi situasi diatas.
b. Murid berbincang secara kumpulan dan menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam
kertas mahjong. Murid digalakkan untuk menggunakan kaedah pelbagai strategi dalam
menyelesaikan tugasan.
c. Murid mempamerkan hasil jawapan di dalam kelas melalui aktiviti ‘gallery walk’.

Aktiviti 4:
a. Edarkan Lampiran 2 (aktiviti Tarsia) kepada setiap murid.
b. Bincang hasil kerja dengan murid.
Pentaksiran:
Berdasarkan kepada keupayaan murid menyelesaikan aktiviti di Lampiran 1, murid perlu
betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak kemahiran berikutnya.
Nilai dan Sikap:
Terapkan sifat saling bekerjasama terutama apabila berada di dalam kumpulan.

148

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

Lampiran 1

149

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

Lampiran 2

150

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

Tajuk 5.0 Ukuran dan Sukatan

Standard Kandungan 5.3 Isi padu Cecair
Standard Pembelajaran
5.3.5 Membahagi isi padu cecair dalam pecahan dan
perpuluhan dengan nombor hingga dua digit, 100
dan 1000 tanpa dan dengan penukaran unit

Aktiviti 1:
a. Sediakan botol yang mempunyai isi padu air yang berbeza.
Catatan : 125 mℓ, 250 mℓ, 500 mℓ

125 mℓ 250 mℓ 500 mℓ

b. Murid menyatakan isi padu air dalam pecahan dan perpuluhan.
c. Murid merekod dalam jadual.

ISI PADU AIR PECAHAN PERPULUHAN

125 mℓ
250 mℓ
500 mℓ

151

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

Aktiviti 2: Aktiviti kumpulan (Darab pecahan)

a. Setiap kumpulan diberikan air yang mempunyai isi padu 1.5 ℓ , bikar dan bilangan
gelas yang sama saiz.
Catatan : 5 gelas dan 3 gelas

b. Tuang air ke dalam gelas tersebut.
c. Murid membuat anggaran isi padu air dalam gelas.
d. Murid membuktikan isipadu sebenar air dengan menggunakan silinder penyukat.
e. Murid menjalankan aktiviti ‘stay and stray’
f. Tulis jawapan dalam kad jawapan.

Isi padu air = 1.5 ℓ
= _________ mℓ

Bilangan gelas Isi padu Ayat matematik
10 gelas
5 gelas
3 gelas

152

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

Aktiviti 3: Aktiviti kumpulan (pembelajaran inkuiri)
a. Setiap kumpulan diberikan kertas mahjong, pen marker, tag main peranan (ketua,

pencatat, pembentang).
b. Gunakan kad jawapan aktiviti 2.
c. Tukar 1.5 l kepada bentuk pecahan.
d. Tunjukkan pengiraan dalam bentuk lazim.
e. Murid yang memegang tag pembentang membentangkan hasil kerja.
Aktiviti 4: Aktiviti kumpulan (Jom Main Dam Ular)
a. Edarkan kit permainan Jom Main Dam Ular kepada setiap kumpulan.
Catatan: papan Dam Ular (Lampiran 2), dadu dan cip bergerak.
Pentaksiran:
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan dalam aktiviti 4, murid perlu betul
kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak kemahiran berikutnya.
Nilai dan Sikap:
Terapkan sifat saling bekerjasama terutama apabila berada di dalam kumpulan.

153

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

Lampiran 2

154

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

Cara bermain

1. Pemain membaling dadu mengikut giliran.
2. Gerak cip mengikut nilai pada dadu.
3. Sekiranya pemain berada pada petak tangga,

pemain perlu menjawab soalan mengikut kad
soalan :

• Jika jawapan betul pada petak
tangga, pemain naik tangga

• Jika salah, pemain kekal pada petak
yang sama

4. Sekiranya pemain berada pada petak ular,
pemain perlu menjawab soalan mengikut kad
soalan
• Jika jawapan betul pada petak ular,
pemain kekal pada petak yang sama
• Jika salah, pemain bergerak turun

5. Pemain yang pertama berada pada petak 30
merupakan pemenang.

155

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

0.25 l ÷ 5 = 50 ml

3 750 ml = 3 3 l
4

1 daripada 120 l = 40 l
3

1l x 1 000 = 250 ml

4

3 botol air minuman mempunyai isipadu 250 ml

setiap satu dituang semula ke dalam sebuah jug.
Berapakah jumlah isi padu air dalam jug
tersebut? Berikan jawapan anda dalam
perpuluhan liter ( 0.75 l)

Isipadu maksimum sebuah tangki ialah 25 l

Hitungkan isi padu air di dalam tangki tersebut

sekiranya hanya bahagian tangki tersebut


dipenuhi air? (6.25 l)

l jus epal di kongsi sama banyak antara Ali dan


4 orang rakan-rakannya. Berapakan isi padu jus

epal yang diperolehi setiap seorang?

(0.5 l atau 500ml)

1.25 l dituang ke dalam 5 bekas cawan
(0.25 l)

156

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

Tajuk 6.0 Ruang 60 minit
Standard Kandungan 6.1 Poligon sekata

Standard Pembelajaran 6.1.1 Menyatakan ciri-ciri poligon sekata dengan merujuk
kepada sisi, penjuru, paksi simetri, sudut dan
pepenjuru.

Penerangan ringkas
Apa itu poligon sekata?

Poligon yang mempunyai sisi yang sama panjang dan sudut pedalaman yang sama
besar.
Bilangan paksi simetri sebuah poligon sekata adalah sama dengan bilangan sisinya.

Nota: – bentuk dua dimensi yang tertutup dengan beberapa sisi lurus
Poligon – sudut di dalam sebuah poligon
Sudut pedalaman – satu garis lipatan pada suatu bentuk geometri supaya bentuk
Paksi simetri
itu dapat bertindih tepat apabila dilipat

Aktiviti 1:
a. Paparkan beberapa poligon sekata kepada murid.

b. Murid menyatakan nama poligon tersebut.

c. Murid menyatakan ciri-ciri setiap poligon:
i. Sisi
ii. Penjuru
iii. Paksi simetri
iv. Sudut
v. Pepenjuru

d. Murid melakarkan poligon di atas kertas mahjong yang diberi mengikut ciri-ciri poligon
yang disebut oleh murid yang lain.

157

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

Aktiviti 2:
a. Satu poligon dipamerkan di hadapan kelas.
b. Murid dibekalkan kad perkataan bagi menunjukkan bahagian-bahagian poligon.
c. Murid melekatkan kad perkataan pada poligon tersebut.

PENJURU SISI PEPENJURU

d. Ulang aktiviti tersebut dengan poligon lain.

Aktiviti 3: Aktiviti Berkumpulan
a. Lekatkan satu kad bentuk poligon di papan tulis.

b. Murid berbincang di dalam kumpulan ciri-ciri poligon tersebut dan menulis jawapan di
kertas mahjong.

c. Pembentangan dibuat secara “Gallery-Walk”.

Aktiviti 4: Aktiviti Individu
a. Edarkan Lembaran Kerja 1.
b. Bincang jawapan murid. Bimbing jika jawapan kurang tepat.

Pentaksiran:
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan Lembaran 1 dan 2, murid perlu
betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak kemahiran berikutnya.

Nilai dan Sikap:
Bekerjasama, saling membantu dan mendengar arahan guru.

158

Sukatan dan Geometri: Tahun 5
Lembaran Kerja 1

Nama: ....................................................................... Kelas: ......................

Lengkapkan jadual di bawah.

159

Sukatan dan Geometri: Tahun 5
Lembaran Kerja 2

Nama: ....................................................................... Kelas: ......................

Namakan dan lukis poligon berdasarkan ciri-ciri yang diberi.

160

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

Tajuk 6.0 Ruang 60 minit
Standard Kandungan 6.2 Sudut
Standard Pembelajaran
6.2.1 Mengukur sudut pada poligon sekata hingga
lapan sisi.

Penerangan ringkas
Apa itu poligon sudut?
Sudut yang ialah bentuk yang terbentuk oleh dua garis yang berkongsi titik hujung yang
sama, yang dipanggil puncak sudut.

Nota: – merupakan satu sudut yang nilainya adalah kurang daripada 90°
Sudut tirus – merupakan satu sudut yang melebihi 90° tetapi kurang daripada 180°
Sudut cakah – merupakan satu sudut yang lebih daripada 180° tetapi kurang
Sudut refleks
daripada 360°

Aktiviti 1:
a. Paparkan gambar sarang lebah kepada murid.

b. Kukuhkan fahaman murid dengan menyoal bentuk-bentuk lain yang terdapat di
sekeliling mereka.

161

Sukatan dan Geometri: Tahun 5
c. Tunjukkan gambar rajah bentuk-bentuk poligon di bawah.

d. Bincangkan dengan murid bentuk-bentuk poligon yang terdapat di persekitaran mereka.

Aktiviti 2:
a. Kad perkataan nama-nama poligon dilekatkan di hadapan kelas.

Pentagon Heksagon

Segi tiga Heptagon

Oktagon Segi empat

b. Murid melukis bentuk asas poligon berdasarkan ciri-ciri poligon yang disebut oleh guru di
atas kertas A4.

c. Murid melukis bentuk yang serupa dengan ciri-ciri yang disebut oleh guru.
d. Murid memadankan bentuk poligon yang dilukis dengan kad perkataan nama-nama

poligon yang ditampal di hadapan kelas.
e. Bincang jawapan yang telah diberikan oleh murid berdasarkan bentuk poligon yang

telah dilukis.

162

Sukatan dan Geometri: Tahun 5
Aktiviti 3: Aktiviti Berkumpulan
a. Edarkan kertas petak segi empat sama dan segi tiga sama sisi kepada setiap murid

seperti contoh di bawah:

Kertas petak segi empat sama.

Kertas petak segitiga sama sisi.
Nota: Rujuk pada Lampiran 1 dan Lampiran 2 untuk kertas petak segiempat sama dan
segitiga sama sisi.
b. Murid melukis bentuk poligon tiga sisi hingga lapan sisi secara bebas pada papan tulis
dan bincangkan.

163

Sukatan dan Geometri: Tahun 5
c. Bincangkan bentuk yang dilukis. Murid menyatakan sudut-sudut yang terbentuk hasil

lukisan murid tadi.
d. Murid melukis bentuk poligon pada kertas yang diedarkan.
e. Murid mencari sudut bagi setiap poligon yang dilukis.
f. Murid berbincang secara berpasangan tentang cara menggunakan protraktor.

Aktiviti 4: Aktiviti Individu
a. Edarkan Lembaran Kerja 1.
b. Bincang jawapan murid. Bimbing jika jawapan kurang tepat.
Pentaksiran:
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan Lembaran Kerja 1, murid perlu
betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak kemahiran berikutnya.
Nilai dan Sikap:
Bekerjasama, saling membantu dan mendengar arahan guru.

164

Sukatan dan Geometri: Tahun 5
Lampiran 1

165

Sukatan dan Geometri: Tahun 5
Lampiran 2

166

Sukatan dan Geometri: Tahun 5
Lembaran Kerja 1

Nama: ....................................................................... Kelas: ......................

Guna protraktor, ukur sudut yang diberikan.

Segi tiga
Segi empat

167

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

168

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

Tajuk 6.0 Ruang 60 minit
Standard Kandungan 6.3 Perimeter dan luas

Standard Pembelajaran 6.3.1 Menentukan perimeter gabungan dua bentuk
poligon sekata hingga lapan sisi termasuk segi tiga
sudut tegak, segi tiga sama kaki dan segi emoat
tepat.

Aktiviti 1:
a. Murid menyenaraikan bentuk-bentuk dua dimensi yang terdapat di dalam kelas.

b. Murid diagihkan mengikut bentuk dua dimensi yang diberi seperti jadual di bawah.

Bentuk Dua Dimensi Bilangan Murid
Segi empat sama 8
Segi empat tepat 10
Segi tiga sama 6
Segi tiga tepat 4
Segi tiga sama kaki 7

Catatan: Bilangan murid boleh berubah mengikut kesesuaian.

c. Murid menyatakan ciri-ciri bentuk dua dimensi bagi kumpulan mereka.

Aktiviti 2: Aktiviti Kumpulan
a. Murid diagihkan kepada beberapa kumpulan.

b. Setiap kumpulan diberi dua bentuk dua dimensi dalam bentuk kad.

c. Murid gunakan dua bentuk dimensi tersebut untuk menyelesaikan situasi berikut:
i. Gabungkan kedua-dua bentuk dua dimesi tersebut supaya terhasil satu bentuk baru.
ii. Mencari perimeter bentuk gabungan yang dihasilkan.
iii. Nyatakan nama bentuk yang kamu hasilkan.

d. Murid menjelaskan aktiviti yang dilakukan.

169

Sukatan dan Geometri: Tahun 5
e. Murid mencari perimeter gabungan bentuk dua dimensi yang diberi dan membincangkan

jawapan bersama raka-rakan yang lain.

Aktiviti 3: Aktiviti Berpasangan

a. Murid mencari maklumat berdasarkan pernyataan berikut:
i. Gambar rajah yang mempunyai perimeter paling kecil.
ii. Pisahkan gabungan bentuk dua dimensinya dan cari perimeter.

170

Sukatan dan Geometri: Tahun 5
b. Murid menyelesaikan masalah berkaitan perimeter.

Pak Abu ingin memasang pagar di sekeliling kebunnya seperti di atas. Berapa panjang
pagar yang diperlukan oleh Pak Abu, dalam m?
c. Murid menyatakan perimeter keseluruhan kebun Pak Abu.
d. Murid-murid menyatakan cara lain untuk mendapatkan perimeter sesuatu kawasan.

A
B

Puan Siti menjahit sehelai apron seperti di atas. Panjang segiempat tepat B adalah 2
kali ganda panjang segiempat sama A. Hitung perimeter bagi 4 helai apron.
Aktiviti 4: Aktiviti Individu
a. Murid menyelesaikan soalan pada Lembaran Kerja 1 yang diberikan oleh guru.
b. Jawapan dibincangkan di dalam kelas.

171

Sukatan dan Geometri: Tahun 5
Pentaksiran:
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan Lembaran Kerja 1, murid perlu
betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak kemahiran berikutnya.
Nilai dan Sikap:
Bekerjasama, saling membantu dan mendengar arahan guru.

172

Sukatan dan Geometri: Tahun 5
Lembaran Kerja 1

Nama: ....................................................................... Kelas: ......................

Selesaikan.

1) Sani membuat satu set huruf abjad. Huruf ‘H’ ialah gabungan bentuk 3
segiempat tepat. 2 daripada segiempat tersebut adalah sama saiz. Cari
perimeter bagi 3 set huruf ‘H’ tersebut.

2) Rajah di bawah terdiri daripada sebuah segiempat tepat dan tiga buah
segitiga yang sama saiz.

Hitungkan perimeter bagi seluruh rajah di atas.

173

Sukatan dan Geometri: Tahun 5
3) Rajah di bawah terdiri daripada dua segiempat sama. Panjang sisinya

ialah 6 cm.
Hitungkan perimeter bagi seluruh rajah di atas.

174

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

Ta6ju.0kRuang 6.0 Ruang 120 minit
Standard Kandungan 6.5 Penyelesaian masalah
Standard Pembelajaran
6.5.1 Menyelesaikan masalah melibatkan ruang.

Aktiviti 1:
a. Murid ditunjukkan gambar sebuah rumah di papan putih.
b. Seorang murid diminta untuk melukiskan pagar di sekeliling rumah tersebut.
c. Perbincangan dibuat bersama-sama guru tentang hasil lukisan yang dibuat oleh murid

tadi.

Aktiviti 2:
a. Murid diagihkan kepada beberapa kumpulan.

b. Setiap kumpulan di beri tugasan untuk dibincangkan.
Kumpulan 1 : Membina pagar untuk padang ragut kambing.
Kumpulan 2 : Membina pagar untuk kebun pisang.
Kumpulan 3 : Membina pagar untuk sebuah rumah.
Kumpulan 4 : Membina pagar untuk sebuah kolam ikan.

c. Setiap kumpulan berbincang tentang tugasan kumpulan masing-masing.
i. Luas kawasan untuk dipagar.
ii. Perimeter kawasan berpagar.
iii. Panjang pagar yang diperlukan.

d. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan melalui kaedah ‘Gallery
Walk’

175

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

Rajah di atas menunjukkan sebuah segiempat tepat, PQRS. PUVS dan TUYX adalah
dua buah segiempat sama. TU = ⅔ UQ. Hitung perimeter kawasan berlorek.
Aktiviti 3: Aktiviti Individu
a. Murid menyelesaikan soalan pada Lembaran Kerja 1 yang diberikan oleh guru.
b. Jawapan dibincangkan di dalam kelas.
Pentaksiran:
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan lembaran kerja, murid perlu betul
kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak kemahiran berikutnya.
Nilai dan Sikap:
Bekerjasama, saling membantu dan mendengar arahan guru.

176

Sukatan dan Geometri: Tahun 5
Lembaran Kerja 1

Nama: ....................................................................... Kelas: ......................

1) Rajah di bawah menunjukkan sebuah rumah berbentuk segi empat tepat
yang di kelilingi oleh laluan seluas 2 m. Panjang rumah tersebut ialah 70 m
dan lebarnya 22 m.

Hitung perimeter kawasan yang berlorek, dalam m.

2) Encik Ahmad membeli sebidang tanah yang telah dibahagikan kepada 2
bahagian yang terdiri daripada 2 buah segi empat tepat yang sama saiz
seperti rajah di bawah.

80 m

a. Diberi perimeter sebuah segi empat tepat ialah 220 m. Berapakah
perimeter untuk keseluruhan rajah?

b. Kirakan luas tanah yang dibeli oleh Encik Ahmad.

177

Sukatan dan Geometri: Tahun 5

3) Encik Muthu mengubah suai ruang pejabatnya mengikut pelan lantai
yang telah disediakan oleh pembantunya. Pelan lantai itu adalah seperti
berikut.

P
Q

8m 6m

a) Dalam rajah di atas, P adalah sebuah segi empat sama. Panjang
tapak segi tiga Q kurang 2 m dari panjang sisi P. Jika diberi perimeter
keseluruhan rajah adalah 40 m, cari panjang sisi condong bagi segi
tiga tersebut.

b) Q adalah tandas di dalam ruang pejabat beliau. Sekiranya Encik
Muthu ingin memasang permaidani di dalam ruang pejabatnya,
berapa banyak permaidani yang perlu dibeli untuk memenuhi ruang
tersebut?

178

Perkaitan dan Algebra: Tahun 5

Tajuk 7.0 Koordinat, Nisbah dan Kadaran 60 minit
7.1 Koordinat pada sukuan pertama
Standard Kandungan
7.1.1 Menentukan jarak mengufuk dan jarak mencancang
Standard antara dua koordinat.
Pembelajaran

Aktiviti 1: Permainan Mencari Koordinat

a. Murid ditunjukkan dengan petak-petak segi empat sama di papan hitam.

b. Beberapa orang murid dipanggil dan diminta meletakkan gambar-gambar/huruf/titik di
petak tersebut.

c. Murid lain diminta menyatakan jarak mengufuk dan mencancang bagi mana-mana dua
gambar/huruf/titik tersebut.

179

Perkaitan dan Algebra: Tahun 5

Aktiviti 2:
a. Beberapa titik ditandakan pada koordinat yang dipamerkan. Titik-titik itu ditandakan

dengan huruf besar.
y

6 D C
B
5

4

3

A

2

1

A B C D E F GH I x

b. Bincangkan koordinat yang di tanda iaitu A, B, C, dan D.

c. Bolehkah kamu nyatakan jarak antara titik berikut.
i. A dengan B
ii. B dengan D
iii. C dengan A

d. Minta murid tentukan jarak mengufuk dan jarak mencancang antara dua titik.

Aktiviti 3:

a. Murid menggunakan jubin lantai yang telah ditandakan (mengufuk dan mencancang) di
perpustakaan/di dalam bilik darjah. 3 orang murid berdiri pada titik tertentu di situ.

b. Murid lain diminta memerhati dengan jelas.

c. Kemukakan soalan seperti contoh di bawah.
i. Apakah jarak kedudukan koordinat antara Raju dengan Ahmad?
ii. Apakah jarak kedudukan koordinat antara Ahmad dengan Boon?

Situasi: Di perpustakaan
a. Mencari jarak kedudukan (berpandukan jarak mengufuk dan mencancang) antara buku.

b. Kemukakan soalan seperti contoh di bawah.

i. Apakah jarak antara koordinat buku fiksyen Bahasa Inggeris dengan fiksyen Sains?
ii. Apakah jarak antara koordinat buku fiksyen Sains dengan Matematik?
iii. Apakah jarak antara koordinat buku fiksyen Matematik dengan Bahasa Melayu?

180

Perkaitan dan Algebra: Tahun 5

C. Nyatakan jarak rak fiksyen Bahasa Inggeris dengan rak buku Matematik pada kedudukan
Ayu dari titik asalan dia berada (Lampiran 1).

Aktiviti 4:
a. Edarkan Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2 untuk tugasan secara individu.
b. Bincangkan jawapan.
Pentaksiran:
Berdasarkan keupayaan murid dalam menjawab soalan di lembaran kerja dan secara lisan.
Nilai dan Sikap:
Bekerjasama, tolong menolong, berdikari dan berusaha.

181

Perkaitan dan Algebra: Tahun 5

Lembaran Kerja 1

Nama: ....................................................................... Kelas: ......................

Jawab semua soalan.

Umar berada di petak parkir kereta. Terdapat beberapa buah kereta yang
diletakkan di situ. Umar meletakkan keretanya di koordinat (6, 5) dan Anish
pula di koordinat (3, 2).

1) Lukiskan paksi-x dan paksi-y pada petak tersebut. Letak juga asalan.
2) Letakkan nombor 1 hingga penghujung paksi yang kamu lukis bermula

selepas asalan.
3) Lukiskan gambar kereta Umar dan Anish di koordinat yang dinyatakan di

atas.
4) Nyatakan dengan cara kreatif dan inovatif jarak antara kereta Umar

dengan kereta Anish dengan mengabaikan bentuk koordinat (murid
menggunakan ayat sendiri untuk menjelaskan arak kedudukan antara
kereta Umar dengan kereta Anish).

182

Perkaitan dan Algebra: Tahun 5

Lembaran Kerja 2

Nama: ....................................................................... Kelas: ......................

Selesaikan situasi ini.

Kasim Baba ke sebuah pasar mini. Ibunya menyuruh membeli beberapa
barang keperluan iaitu sos tomato, tepung dan sayur kobis. Bantu Kasim
Baba mencari barang itu berdasarkan lokasi gambar rajah di bawah
(Lampiran 2).

1) Apakah kedudukan koordinat bagi tepung?

_____________________________________________________

2) Berapakah jarak kedudukan antara sos tomato dengan roti sekiranya
Kasim Baba masuk melalui pintu C?

_____________________________________________________

3) Jika kedudukan sayur kobis pula ada pada koordinat (3, 6), tentukan dari
pintu mana Kasim Baba mesti masuk?

____________________________________________________

4) Andaikan Kasim Baba berdiri di koordinat (1, 1), berapakah jarak koordinat
antara dia dengan roti?

_____________________________________________________

5) Diberi kedudukan koordinat Kasim Baba ialah (3, 6). Sebutkan jenis-jenis
barang yang mempunyai jarak yang sama dari kedudukan Kasim Baba.

__________________________________________________________

6) Dari pintu manakah Kasim Baba masuk?

_____________________________________________________

183

Perkaitan dan Algebra: Tahun 5

Lampiran 1

Meen

V

WZ

Fiffy Ira

X Y

Anaz
V – Rak Fiksyen Agama
W – Rak Fiksyen Bahasa Melayu
X – Rak Fiksyen Bahasa Inggeris
Y – Rak Fiksyen Sains
Z – Rak Buku-buku Matematik

184

Pintu B Perkaitan dan Algebra: Tahun 5 Pintu C

Lampiran 2

Pintu A

185

Perkaitan dan Algebra: Tahun 5

Tajuk 7.0 Perkaitan dan Algebra 60 minit
Standard Kandungan 7.2 Nisbah

Standard Pembelajaran 7.2.1 Mewakilkan nisbah dua kuantiti dalam bentuk a:b
yang melibatkan nisbah:
(i) Bahagian kepada bahagian
(ii) Bahagian jepada keseluruhan
(iii) Keseluruhan kepada bahagian

Aktiviti 1:
a. Paparkan slaid dua jenis buah.
b. Murid-murid menjawab soalan berdasarkan gambar slaid 1.

Contoh slaid 1

c. Kemukakan soalan antaranya:
i. Bilangan buah yang dipaparkan.
ii. Bilangan buah epal berbanding manggis.
iii. Bilangan manggis berbanding epal.

Aktiviti 2:
a. Paparkan slaid 2 seperti contoh di bawah:

b. Kemukakan soalan berdasarkan slaid 2.
c. Ulangi aktiviti 1 menggunakan slaid 3.

186


Click to View FlipBook Version