The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SmallDimSum, 2023-04-04 21:59:01

PRINSIP AKAUN FORM 4 TEXTBOOK KSSM

PRINSIP AKAUN FORM 4 TEXTBOOK KSSM

PB i Kreatif Kembara Sdn Bhd 2016 Penulis Tim Ken Kiat Iswani Hj. Mohd Sanip Editor Nurziah Idris Chan Suet Kam Noor Aziha Muhd Yunus Pereka Bentuk Zuriwati Salleh Intan Zuliana Idris Ilustrator Mohd Zaidee Mohd Ghazali Kandungan_Akaun.indd 1 10/10/2016 12:23:19 PM


NO. SIRI BUKU: 0105 KPM 2016 ISBN 978-967-5251-27-6-0105 Cetakan Pertama 2016 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara bahan elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Kreatif Kembara Sdn. Bhd. 40 Jalan Bagan Nira 26/8 Seksyen 26, 40400 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Tel: 603 – 5192 9622 Faks: 603 – 5191 0807 e-mail: [email protected] Reka Letak dan Atur Huruf Kreatif Kembara Sdn. Bhd. Muka Taip Teks: Palatino Saiz Taip Teks: 11 poin Dicetak oleh: UG PRESS SDN. BHD. 40 Jalan Pengasah 15/13, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Penghargaan Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat. • Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia Kamera, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks dan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan Pruf Muka Surat Kreatif Kembara Sdn. Bhd. • SMK Alam Shah, Putrajaya • SMK Seri Pinang, Kulai Jaya • SMK St. Peter Bundu, Kuala Penyu • Bank Rakyat Kandungan_Akaun.indd 2 10/10/2016 12:23:19 PM


INFOGRAPHIC ELEMENTS 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1.1 Perakaunan, Subbidang Perakaunan, Kerjaya dan Badan Profesional 2 1.2 Sejarah Perakaunan dan Perkembangannya 11 1.3 Penyata Kewangan 13 1.4 Andaian, Prinsip dan Batasan dalam Perakaunan 21 1.5 Entiti Perniagaan 26 Aktiviti Pengayaan 28 Rumusan 29 Latihan 31 2 KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN 2.1 Komponen Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan 36 2.2 Item Setiap Komponen Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan 40 2.3 Persamaan Perakaunan 47 2.4 Catatan Kontra dan Carta Akaun 55 Aktiviti Pengayaan 61 Rumusan 62 Latihan 63 3 DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT 3.1 Dokumen Perniagaan 68 3.2 Dokumen Sumber 72 3.3 Dokumen Bukan Sumber 88 Aktiviti Pengayaan 89 Rumusan 90 Latihan 92 4 BUKU CATATAN PERTAMA 4.1 Buku Catatan Pertama 96 4.2 Jurnal Am 97 4.3 Jurnal Khas 105 4.4 Buku Tunai 118 4.5 Buku Tunai Runcit 127 Aktiviti Pengayaan 142 Rumusan 143 Latihan 145 Kandungan iii Kandungan_Akaun.indd 3 10/10/2016 12:23:20 PM


iv v 5 LEJAR 5.1 Lejar 150 5.2 Sistem Catatan Bergu 152 5.3 Akaun Kawalan 169 Aktiviti Pengayaan 180 Rumusan 181 Latihan 182 6 IMBANGAN DUGA 6.1 Imbangan Duga 188 6.2 Hubungan antara Imbangan Duga, Inventori Akhir dan Penyata Kewangan 204 Aktiviti Pengayaan 215 Rumusan 216 Latihan 217 7 PENYATA KEWANGAN MILIKAN TUNGGAL TANPA PELARASAN 7.1 Akaun Perdagangan dan Untung Rugi 224 7.2 Penyata Kedudukan Kewangan 232 7.3 Penutupan Akaun Hasil, Akaun Belanja dan Akaun Inventori pada Akhir Tempoh Kewangan 237 Aktiviti Pengayaan 245 Rumusan 246 Latihan 247 8 PELARASAN PADA TARIKH IMBANGAN DAN PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN MILIKAN TUNGGAL 8.1 Perakaunan Asas Tunai dan Asas Akruan serta Jenis-jenis Pelarasan 250 8.2 Pelarasan Akaun Nominal 252 8.3 Hutang Lapuk, Hutang Lapuk Terpulih dan Peruntukan Hutang Ragu 259 8.4 Susut Nilai dan Susut Nilai Terkumpul 266 8.5 Pelupusan Aset Bukan Semasa secara Tunai 272 8.6 Imbangan Duga Terselaras 275 8.7 Penyata Kewangan dengan Pelarasan 277 Aktiviti Pengayaan 279 Rumusan 280 Latihan 281 9 PEMBETULAN KESILAPAN 9.1 Pembetulan Kesilapan 286 9.2 Penyata Kewangan Selepas Pembetulan Kesilapan 296 Aktiviti Pengayaan 299 Rumusan 300 Latihan 301 RUJUKAN 305 INDEKS 306 iv Kandungan_Akaun.indd 4 10/10/2016 12:23:20 PM


iv v INFOGRAPHIC ELEMENTS Buku teks Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM Tingkatan 4. Buku teks ini dihasilkan dengan matlamat dapat melahirkan individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran perakaunan, berakauntabiliti, berfikiran kritikal dan reflektif, mengamalkan budaya kerja yang beretika, berkemahiran dalam teknologi maklumat, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik melalui pendekatan pembelajaran bermakna dan kesepaduan teori dan amalan perakaunan. Pada awalan setiap modul, standard kandungan disenaraikan supaya murid dapat mengetahui perkara yang boleh dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Setiap modul diolah sebaik mungkin dan disertai dengan contoh-contoh untuk memantapkan pemahaman murid dan seterusnya latihan untuk menguji pemahaman murid. Buku teks Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 ini dipersembahkan dengan reka bentuk dan susun letak yang mengandungi beberapa tajuk dan ikon yang menarik dan tersusun. Bahagian-bahagian di dalam buku ini adalah seperti yang berikut: Pendahuluan Maklumat tambahan berkaitan dengan sesuatu topik. TAHUKAH ANDA? Daya Fikir Soalan-soalan pelbagai aras untuk menguji keupayaan dan merangsang minda murid. INFO Memberi peluang kepada murid untuk memperoleh bahan pembelajaran tambahan. Istilah bagi konsep-konsep tertentu berserta takrifnya. GLOSARI Nota pendek atau ringkas untuk murid lebih mudah menghafal dan mengingat. TIP Suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. STANDARD PEMBELAJARAN GERAK KERJA Aktiviti tambahan berunsur latihan serta kerja berkumpulan yang dapat dijalankan oleh murid di bawah pemantauan guru di kelas. CELIK KEWANGAN Pengetahuan tambahan untuk murid berkaitan dengan wang, sumber pendapatan dan kerjaya, tanggungjawab dan membuat keputusan kewangan, pengurusan kredit dan hutang serta pengurusan risiko, perlindungan dan insurans. Kandungan_Akaun.indd 5 10/10/2016 12:23:20 PM


vi PB RUMUSAN Penerangan ringkas untuk membantu murid mengulang kaji modul yang telah dipelajari. Pada bahagian akhir buku teks ini tersedia senarai bahan rujukan dan indeks. Para penulis dan pihak penerbit berharap agar Buku Teks Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 ini dapat membimbing murid dalam memahami konsep-konsep perakaunan, menjana minat dan sifat ingin tahu murid dalam bidang perakaunan. vi AKTIVITI PENGAYAAN Aktiviti tambahan untuk menguji tahap intelektual dan daya cipta murid. KAJIAN KES Aktiviti berbentuk penceritaan yang digunakan untuk menggarap pengaplikasian teori atau konsep terhadap situasi sebenar yang berlaku. CONTOH Gambaran situasi dan contoh soalan yang disertakan penyelesaian untuk meningkatkan pemahaman murid terhadap tajuk yang dipelajari. LATIHAN MINDA Soalan-soalan yang dikemukakan di akhir setiap standard kandungan. vi PINTASAN MINDA Contoh soalan yang berkait antara modul untuk memantapkan pemahaman murid. Soalan KBAT yang menguji keupayaan murid dalam mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. LATIHAN Soalan-soalan berbentuk objektif dan struktur yang dikemukakan terdapat pada akhir setiap modul. Kandungan_Akaun.indd 6 10/10/2016 12:23:21 PM


PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN STANDARD KANDUNGAN 1 Perakaunan, subbidang perakaunan, kerjaya dan badan profesional Sejarah perakaunan dan perkembangannya Penyata Kewangan Andaian, Prinsip dan Batasan dalam perakaunan Entiti perniagaan Modul Perakaunan merupakan satu bidang kerjaya yang memberikan sumbangan signifikan terhadap pembangunan ekonomi negara. Dalam agenda pembangunan negara, akauntan memainkan peranan sebagai golongan profesional yang peka terhadap perubahan global, mampu menghadapi cabaran, menyesuaikan diri dalam dunia perniagaan serta memiliki etika yang terpuji dan disanjung tinggi oleh masyarakat. Di Malaysia, profesion perakaunan mencakupi pelbagai bidang dan membuka peluang kerjaya yang luas dan lumayan kepada para akauntan. Menurut Datuk Seri Abdul Wahid Omar, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan, Malaysia masih memerlukan lebih kurang 60 000 orang akauntan untuk mengisi pelbagai jawatan penting dalam sektor kerajaan dan sektor swasta. Hal ini penting untuk merealisasikan transformasi ke arah status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Di peringkat sekolah, mata pelajaran Prinsip Perakaunan diperkenalkan. Perkara ini merupakan langkah penting dalam usaha melahirkan golongan akauntan profesional yang bakal menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara yang stabil dan berdaya saing di persada antarabangsa. (Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sasar-jana-60-000-akauntan-1.95830) 1 chap 1 new.indd 1 8/3/2017 2:20:58 PM


2 Murid boleh: • Menerangkan maksud perakaunan. • Membandingkan fungsi simpan kira dan perakaunan. • Menerangkan maksud Kitaran Perakaunan. • Melakar Kitaran Perakaunan. • Menerangkan setiap peringkat dalam Kitaran Perakaunan. • Menerangkan subbidang perakaunan: Perakaunan kewangan, perakaunan pengurusan, pengauditan dan percukaian. • Menghubung kait fungsi perakaunan kewangan dengan pengauditan dan percukaian. • Menerangkan maksud profesional. • Menyenaraikan profesion perakaunan yang boleh diceburi. • Menyenaraikan ciri-ciri akauntan sebagai pemimpin. • Menyenaraikan kod etika profesion perakaunan. • Membincangkan syarat kelayakan untuk menjadi seorang akauntan bertauliah di Malaysia. • Mengkaji contoh kajian kes yang boleh dikaitkan dengan etika profesion perakaunan. • Menerangkan latar belakang badan-badan profesional perakaunan di Malaysia. • Menerangkan peranan utama Badan Kawal Selia. 1.1 STANDARD PEMBELAJARAN PERAKAUNAN, SUBBIDANG PERAKAUNAN, KERJAYA DAN BADAN PROFESIONAL Pengenalan Kitaran Perakaunan Kitaran Perakaunan merupakan tatacara penyediaan rekod perakaunan yang bermula daripada dokumen sumber hingga catatan penutupan akaun. Perakaunan merupakan perekodan urus niaga kewangan yang berlaku dalam organisasi perniagaan dan bukan perniagaan secara sistematik termasuk prestasi perniagaan, kedudukan kewangan, perancangan dan analisis kewangan. Simpan Kira dan Perakaunan Simpan kira merupakan proses perakaunan yang meliputi aktiviti mengumpul, menyusun, menyimpan, merekod dan melapor rekod-rekod perakaunan. Perakaunan mencakupi bidang yang lebih luas iaitu meliputi aktiviti mengumpul, menyusun, menyimpan, merekod, melapor, menganalisis, mentafsir, merancang, menilai dan merumus. Proses perakaunan GERAK KERJA 1 Hasilkan sebuah peta pemikiran i-Think untuk menggambarkan persamaan dan perbezaan antara simpan kira dengan perakaunan. Kemudian, lekatkan peta pemikiran i-Think anda pada sudut mata pelajaran dalam kelas anda. chap 1 new.indd 2 8/3/2017 2:20:58 PM


Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 3 Dokumen Perniagaan Terdiri daripada dokumen sumber dan dokumen bukan sumber yang difailkan secara sistematik untuk memudahkan rujukan pada masa hadapan. Bukti bertulis bagi sesuatu urus niaga. Buku Catatan Pertama Buku yang digunakan untuk merekodkan butiran urus niaga. Apabila dokumen sumber diterima dan dikeluarkan, maklumat seperti tarikh, amaun dan butiran akan direkodkan dalam Buku Catatan Pertama. Terdiri daripada Jurnal Am, Jurnal Khas, Buku Tunai dan Buku Tunai Runcit. Lejar Catatan dalam Buku Catatan Pertama akan dipindahkan ke dalam lejar dengan menggunakan Sistem Catatan Bergu. Imbangan Duga Senarai baki bagi semua akaun dalam lejar. Baki akhir setiap akaun dalam lejar akan disenaraikan dalam Imbangan Duga untuk menguji ketepatan catatan bergu. INFO • Kitaran perakaunan lapan peringkat merupakan model kitaran perakaunan yang paling popular digunakan di serata dunia. Walau bagaimanapun, perniagaan masih boleh membuat pengubahsuaian terhadap kitaran perakaunan untuk disesuaikan dengan pengurusan masing-masing. • Untuk memahami kitaran perakaunan dengan lebih lanjut, sila imbas QR Code berikut: https://www.youtube.com watch?v=iB5p1yVJ3lA (Diakses pada 9 September 2016) Dalam Kitaran Perakaunan yang lengkap terdapat lapan peringkat penyediaan rekod perakaunan bagi sesuatu tempoh perakaunan. Kitaran Perakaunan Dokumen Perniagaan Buku Catatan Pertama Lejar Imbangan Pelarasan Duga Imbangan Duga Terselaras Catatan Penutupan Penyata Kewangan Daya Fikir Jawab soalan-soalan berikut: (a) Berikan definisi Kitaran Perakaunan. (b) Nyatakan lapan peringkat yang terdapat dalam kitaran perakaunan yang lengkap. IMBANGAN DUGA: Penyata yang dimasukkan senarai baki debit dan baki kredit daripada lejar untuk menyemak keseimbangan jumlah. GLOSARI chap 1 new.indd 3 8/3/2017 2:20:59 PM


4 Pelarasan Urus niaga yang diselaraskan pada tarikh imbangan dalam Jurnal Am dan lejar seperti pelarasan hasil dan belanja, susut nilai aset, peruntukan hutang ragu dan ketinggalan catatan. Pelarasan akan dibuat dalam Jurnal Am dan dipindahkan ke dalam lejar untuk menentukan baki terkini bagi akaun-akaun berkenaan. Imbangan Duga Terselaras Senarai baki bagi semua akaun termasuk akaun yang telah diselaraskan pada tarikh imbangan. Imbangan Duga Terselaras bertujuan untuk menguji ketepatan catatan bergu dalam lejar. Catatan Penutupan Catatan Jurnal Am dan lejar untuk merekodkan penutupan semua akaun hasil dan akaun belanja. Pada peringkat ini, akaun hasil dan akaun belanja akan dipindahkan ke dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi. Penyata Kewangan Penyata yang disediakan untuk menghitung untung rugi perniagaan bagi suatu tempoh dan untuk melihat kedudukan kewangan perniagaan pada tarikh tertentu. Lazimnya disediakan pada akhir tempoh perakaunan. Subbidang Perakaunan Subbidang Perakaunan Perakaunan Kewangan Percukaian Perakaunan Pengurusan Pengauditan Daya Fikir Jawab soalan-soalan berikut: (a) Mengapakah Imbangan Duga perlu disediakan? (b) Apakah tujuan penyediaan Penyata Kewangan? Perakaunan Kewangan Menyediakan pelaporan maklumat perakaunan dalam bentuk Penyata Kewangan. Penyata Kewangan digunakan oleh pengguna dalaman dan luaran untuk membuat keputusan. YBhg. Tan Sri Haji Ambrin bin Buang merupakan Ketua Audit Negara dari Februari 2006 hingga sekarang. Beliau mempunyai kelulusan akademik pada peringkat ijazah sarjana pada tahun 1981 di International Business, University Of South Carolina, Amerika Syarikat. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Penolong Setiausaha, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Pusat Pentadbiran Ekonomi dan Dasar Awam di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). (Sumber: https://www.audit.gov.my/ index.php/ketua-audit-negara/profil) TAHUKAH ANDA? INFO Istilah Penyata Kedudukan Kewangan digunakan secara mandatori dalam syarikat. chap 1 new.indd 4 8/3/2017 2:20:59 PM


Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 5 Perakaunan Pengurusan Menyediakan maklumat perakaunan untuk pengguna dalaman. Antara skop kerja ialah kawalan, perancangan dan pengurusan pengeluaran. Pengauditan Meliputi kerja memeriksa dokumen perniagaan dan rekod kewangan untuk mengesahkan rekod maklumat perakaunan adalah betul dan tepat. Juruaudit memastikan Penyata Kewangan yang disediakan mematuhi piawaian perakaunan yang diterima umum. Percukaian Merancang hal-hal percukaian dan menyediakan penyata cukai bagi pihak syarikat. Penasihat cukai akan memberikan nasihat dalam hal-hal pengurusan percukaian perniagaan. Hubung Kait Fungsi Perakaunan Kewangan dengan Pengauditan dan Percukaian Laporan Kewangan Pengauditan Percukaian • Juruaudit akan memeriksa secara menyeluruh dan laporan audit akan dikeluarkan. • Laporan kewangan yang mendapat pendapat ‘wajar tanpa pengecualian’ dalam laporan audit adalah tepat dan boleh dipercayai kerana telah menepati semua piawaian perakaunan. • Penyata Kewangan yang telah diaudit digunakan untuk membuat taksiran cukai. • Pendapatan boleh cukai selepas mengambil kira semua pelepasan cukai dapat ditentukan daripada Penyata Kewangan. INFO • Kod etika juruaudit sektor awam ditetapkan oleh Jabatan Audit Negara. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kod etika juruaudit, sila imbas QR Code berikut: https://www.audit.gov.my • Terdapat empat buah firma audit gergasi yang terkemuka dan dikenali sebagai Big Four iaitu Ernst & Young (E&Y), KPMG, Deloitte dan Price Water House Cooper (PwC). Pada masa ini, selepas Big Four, McGladrey dan Grant Thornton merupakan dua lagi firma audit yang terbesar di peringkat global. AUDIT: Pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun). CUKAI: Bayaran yang dikenakan oleh kerajaan terhadap orang perseorangan, perbadanan, syarikat atau barangan untuk perbelanjaan negara. GLOSARI chap 1 new.indd 5 8/3/2017 2:20:59 PM


6 Akauntan diterima sebagai golongan profesional dalam masyarakat kerana memiliki kemahiran perakaunan. Akauntan merupakan golongan profesional dalam masyarakat kerana akauntan memiliki kemahiran yang khusus untuk mengurus kewangan perniagaan, membuat pelaporan dan memberi pandangan untuk meningkatkan prestasi perniagaan. Profesion Perakaunan Profesion dalam perakaunan adalah pelbagai dan skop kerja yang sangat meluas. Berikut merupakan beberapa profesion perakaunan yang lazim terdapat di Malaysia: Akauntan Juruaudit Pengurus Dana Penasihat Kewangan Ketua Pegawai Kewangan Dalam sesebuah organisasi, akauntan boleh berfungsi sebagai seorang pemimpin kerana akauntan mempunyai kepakaran dalam pelbagai skop tugas. Antaranya: perancangan dan pengurusan strategik pengimplementasian polisi penambahbaikan polisi pengurusan bajet dan kewangan penyelesai masalah perundingan pembuat keputusan pembimbing dan mentor pembangunan sumber manusia PROFESION: Kerjaya. PROFESIONAL: Orang yang memiliki kemahiran dalam bidang tertentu. PROFESIONALISME: Sifat-sifat (kemampuan, kemahiran dan cara pelaksanaan sesuatu) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional. GLOSARI INFO • Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang profesion perakaunan, sila imbas QR Code berikut: www.usahawan.com/kerjaya/ kerjaya-dalam-bidangperakaunan.html (Diakses pada 9 September 2016) • Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mewujudkan jawatan Akauntan Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila imbas QR Code berikut: www.anm.gov.my Profesional Profesional merujuk kepada seseorang yang memiliki kepakaran dalam bidang tertentu dan menunjukkan komitmen dan minat yang mendalam terhadap kerjayanya. chap 1 new.indd 6 8/3/2017 2:20:59 PM


Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 7 Ciri-ciri Akauntan sebagai Pemimpin Memandangkan seseorang akauntan memikul tanggungjawab kepimpinan dan mampu mempengaruhi operasi sesebuah perniagaan dan organisasi, maka seseorang akauntan perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang baik dari segi sahsiah mahupun dari segi sikap kerja. Ciri-ciri Kepimpinan Seorang Akauntan Akauntabiliti Integriti Kredibiliti Integriti Akauntan perlu bersikap jujur dalam semua hubungan profesional dengan pihak luar supaya tidak dikaitkan dengan laporan kewangan atau apa-apa bentuk komunikasi tentang perakaunan yang mengandungi kenyataan palsu dan mengelirukan. Kredibiliti Keupayaan akauntan untuk menyampaikan maklumat perakaunan secara adil dan objektif kepada semua pihak yang berkepentingan dalam perniagaan. Akauntabiliti Tanggungjawab individu atau jabatan untuk melaksanakan fungsi tertentu dalam perakaunan. INFO Tan Sri Anthony Francis Fernandes dilahirkan pada 30 April 1964. Beliau menamatkan pengajian tinggi di London School of Economics dan memperoleh ijazah dalam jurusan perakaunan. Beliau menjadi ahli ACCA pada tahun 1991. Beliau juga merupakan ahli Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW). Beliau memperkenalkan perkhidmatan penerbangan tambang murah pertama di Malaysia. http://ilhampemikir.blogspot. my/2011/11/tan-sri-anthonyfrancis-fernandes.html Daya Fikir Jelaskan secara ringkas tentang ciri-ciri kepimpinan akauntan yang berikut: (a) Integriti (b) Akauntabiliti (c) Kredibiliti Berikan contoh situasi yang berkaitan dengan ciri-ciri kepimpinan akauntan. GERAK KERJA 2 Bincangkan ciri-ciri kepimpinan yang perlu dimiliki oleh seseorang akauntan. Lakukan sesi sumbang saran bersama-sama dengan rakan anda. chap 1 new.indd 7 8/3/2017 2:21:00 PM


8 Etika Profesion Perakaunan Etika bermaksud prinsip-prinsip akhlak atau nilai moral yang menjadi pegangan seseorang semasa menjalankan tugas. International Federation of Accountants (IFAC) telah memperkenalkan Kod Etika Akauntan Profesional yang menggariskan lima ciri etika dalam profesion perakaunan: Kompetensi Akauntan harus profesional, berkemahiran dan berkeupayaan untuk memberi perkhidmatan perakaunan yang terbaik terhadap pelanggan. Integriti Akauntan perlu bersikap jujur dan telus dalam hubungan profesional dengan pihak lain supaya tidak berlaku kekeliruan dan pemalsuan kenyataan. Kerahsiaan Akauntan tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat yang diperoleh kepada mana-mana pihak yang tidak berkaitan. Objektiviti Semasa menjalankan tugas, seseorang akauntan tidak boleh berkompromi dan berat sebelah serta tidak terpengaruh oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Sifat Profesional Akauntan perlu mematuhi semua undang-undang dan peraturan berkaitan serta mengelakkan segala tindakan yang boleh menjejaskan profesion ini. (sumber: https://www.ifac.org/system/files/publications/files/ifac-code-of-ethics-for.pdf) Calon SPM yang memperoleh keputusan cemerlang dalam subjek Prinsip Perakaunan memperoleh keistimewaan akademik seperti berikut: (a) Calon layak memohon sijil LCCI Book-keeping Level 2 di bawah Double Certification Programme antara KPM dengan LCCI Asia. Dengan ini, murid boleh menyambung pengajian LCCI tanpa perlu melalui LCCI Bookkeeping Level 1 dan Level 2. (b) Calon layak memohon pelepasan (exemption) satu kertas iaitu FA1 jika menyambung pelajaran dengan kursus ACCA setelah selesai pengajian CAT. (Sumber: http://www.cikgusila. com/2016/03/permohonan-sijil-lccispm-2015.html) TAHUKAH ANDA? INFO Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang pentingnya akauntan beretika, sila imbas QR Code berikut: www.utusan.com.my Badan Perakaunan Badan Kawal Selia (Regulatory Body) Institut Akauntan Malaysia (MIA) (Malaysian Institute of Accountants) • Ditubuhkan di bawah Akta Akauntan 1967. • Fungsinya: (a) Menentukan kelayakan seseorang untuk menjadi ahli. (b) Menawarkan latihan, pelajaran dan peperiksaan kepada seseorang yang ingin menceburi profesion perakaunan. (c) Mengenakan peraturan atas amalan profesion perakaunan. (MIA – Code of Profesional Conduct) (d) Mempromosi dan mempopularkan profesion perakaunan. Kod Etika Akauntan Profesional Kompetensi Integriti Kerahsiaan Sifat Profesional Objektiviti chap 1 new.indd 8 8/3/2017 2:21:00 PM


Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 9 Badan Penggubal Piawaian (Standard Setting Body) Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) (Malaysian Accounting Standard Board) • Ditubuhkan di bawah Akta Laporan Kewangan 1997. • Fungsinya: (a) Menggubal dan menerbitkan piawaian perakaunan. (b) Menyemak dan membaiki piawaian perakaunan sedia ada. (c) Bertindak sebagai penasihat kepada akauntan. (d) Menentukan keperluan minimum dan garis panduan dalam penyediaan laporan kewangan. Badan Profesional Perakaunan (Professional Accounting Body) Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) (Malaysian Institute of Certified Public Accountants) • Ditubuhkan pada tahun 1958 (sebelum ini dikenali sebagai MACPA). • Fungsinya: (a) Memajukan profesion perakaunan melalui latihan dan peperiksaan. (b) Melatih dan melahirkan akauntan bertauliah. (c) Melakukan penyelidikan dan pembangunan dalam perakaunan. CIMA (Chartered Institute of Management Accountants) • Ditubuhkan pada tahun 1919 dengan nama Institute of Cost and Work Accountants (ICWA). Kemudiannya ditukar nama kepada Institute of Cost and Management Accountants (ICMA) pada tahun 1972 dan ditukar kepada Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) pada tahun 1986 hingga kini. • Fungsinya: (a) Melahirkan akauntan profesional yang mahir dalam bidang pengurusan dan pentadbiran perniagaan. (b) Mengkaji dan menangani perubahan semasa dalam perniagaan. ACCA (Association of Chartered Certified Accountants) • Ditubuhkan pada tahun 1904 dan berpusat di London. Pada Jun 2015, ACCA mempunyai jumlah ahli seramai 178 000 orang dan seramai 455 000 orang pelajar dari 180 buah negara. • Fungsinya: (a) Memberi khidmat sokongan kepada ahli dan pelajarnya sepanjang kerjaya dalam bidang perakaunan mereka. (b) Memberi pendedahan tentang peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan amalan perakaunan dan etika dalam perakaunan. chap 1 new.indd 9 8/3/2017 2:21:00 PM


10 1 Banding dan bezakan simpan kira dengan perakaunan. 2 Nyatakan subbidang yang berkaitan dengan setiap pernyataan berikut: (a) Menyediakan belanjawan tunai bagi perniagaan. (b) Membuat pelaporan mengikut piawaian MASB. (c) Memastikan pendapatan boleh cukai dihitung dengan betul. (d) Memeriksa setiap rekod kewangan disertakan dokumen sumber. 3 Jawab soalan-soalan berikut secara ringkas: (a) Apakah yang dimaksudkan dengan Kitaran Perakaunan? (b) Bincangkan kepentingan percukaian terhadap para pengguna Penyata Kewangan. (c) Nyatakan empat kod etika yang perlu dipatuhi oleh seseorang akauntan ketika menjalankan tugas. (d) Nyatakan dua fungsi penubuhan MIA. (e) Terangkan kegunaan kitaran perakaunan terhadap perniagaan. (f) Huraikan implikasi jika tatacara penyediaan akaun tidak dipatuhi. 4 Isikan ruang kosong dengan kod etika akauntan profesional yang betul. (a) Akauntan perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan dan melaksanakan tugas secara profesional. (b) Akauntan tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat yang diperoleh kepada mana-mana pihak yang tidak berkaitan sama ada secara lisan ataupun secara bertulis. (c) Akauntan perlu sentiasa menghayati nilai keadilan dan kebenaran dalam pelaksanaan tugasnya. 5 Lengkapkan jadual berikut: Pertubuhan Perakaunan Fungsi Penubuhan Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) Institut Akauntan Malaysia (MIA) Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) LATIHAN MINDA 1.1 GERAK KERJA 3 Layari laman sesawang badan-badan profesional perakaunan untuk mencari maklumat tambahan. Catatkan hasil pencarian anda pada sehelai kad manila dan pamerkan di sudut bacaan dalam kelas anda. chap 1 new.indd 10 8/3/2017 2:21:00 PM


Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 11 Sejarah Perakaunan Murid boleh: • Menerangkan sejarah perakaunan mengikut urutan bermula dari era Babylonia hingga kini. • Menerangkan perkembangan proses perakaunan secara manual dan berkomputer. • Menerangkan perisian perakaunan berkomputer yang diguna pakai pada masa ini. • Menerangkan kepentingan sistem maklumat perakaunan kepada entiti perniagaan. 1.2 STANDARD PEMBELAJARAN SEJARAH PERAKAUNAN DAN PERKEMBANGANNYA Rekod perakaunan yang paling awal didapati di Babylonia pada tahun 3500 SM. Catatan tersebut dibuat dalam bentuk kepingan tanah liat. Sistem Catatan Bergu bermula di Itali dan dipopularkan oleh Luca Pacioli pada abad ke-14 untuk memenuhi keadaan ekonomi yang semakin berkembang. Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa (IASC) ditubuhkan pada tahun 1973 untuk menggalakkan penggunaan piawaian asas dalam perakaunan. Pada tahun 400 SM, rekod perakaunan telah dibuat dengan menggunakan papyrus (kertas) dan calamus (pen) di Mesir. Selepas Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-17 dan 18, perakaunan kos telah diperkenalkan bagi memenuhi proses pengeluaran firma yang berkembang pesat. INFO Fra Luca Pacioli Bartolomeode atau nama singkatannya Luca Pacioli merupakan seorang ahli Matematik berbangsa Itali. Beliau diberi gelaran Bapa Perakaunan kerana beliau merupakan orang pertama yang menyebarkan ilmu pengetahuan tentang Sistem Catatan Bergu menerusi buku Matematiknya Summa de Arithmetica, Geometria Proportioni et Proportionalita yang diterbitkan pada tahun 1494. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang Fra Luca Pacioli Bartolomeode, sila imbas QR Code berikut: http://famous-mathematicians.org/ luca-pacioli/ http://www.iasplus.com/en/resources/ifrsf/history/resource25 chap 1 new.indd 11 8/3/2017 2:21:01 PM


12 LATIHAN MINDA 1.2 Perkembangan Proses Perakaunan Secara Manual dan Perisian Berkomputer Proses perakaunan telah melalui pelbagai perkembangan bermula dengan kaedah perakaunan manual hingga kini apabila perisian berkomputer digunakan secara meluas. Pelbagai perisian perakaunan telah dibangunkan dan dipasarkan di serata dunia. Di Malaysia, terdapat dua perisian perakaunan yang lazim digunakan dalam perniagaan iaitu UBS dan SAGE. Kelebihan perisian perakaunan berbanding dengan perakaunan secara manual: Boleh diakses oleh individu yang diberikan kuasa sahaja kerana kata laluan digunakan untuk memastikan kerahsiaan dan keselamatan rekod kewangan. Mempunyai fungsi data sokongan dalam cakera padat komputer ataupun di dalam penyimpanan atas talian dan ini mengurangkan risiko kerosakan dan kehilangan data. Segala pembetulan kesilapan dapat dilakukan dengan mudah kerana sistem ini akan mengemas kini semua data yang berkaitan dan menjana pelaporan yang telah dibetulkan dengan mudah dan jitu. Kepentingan Sistem Maklumat Perakaunan (SMP) kepada Entiti Perniagaan Mengumpul dan menyimpan data mengenai transaksi perniagaan. Memproses data untuk menjana maklumat yang berguna kepada pengguna Penyata Kewangan dan pembuat keputusan. Menyediakan kawalan secukupnya untuk menjaga keselamatan aset perniagaan. Membolehkan juruaudit memahami sistem yang diguna untuk menghasilkan Penyata Kewangan. Membolehkan pakar dalam bidang percukaian merancang hal-hal berkaitan percukaian dengan tepat dan yakin. Sistem Maklumat Perakaunan (Accounting Information System – AIS) mengandungi beberapa subsistem perakaunan yang berhubung kait antara satu sama lain untuk mencapai objektif tertentu. Sistem Maklumat Perakaunan mengandungi komponen manusia, prosedur dan teknologi maklumat. TAHUKAH ANDA? 1 Terangkan sebab Luca Pacioli digelar sebagai Bapa Perakaunan. 2 Terangkan tiga kepentingan sistem maklumat perakaunan kepada entiti perniagaan. Logo UBS dan SAGE INFO Cara penggunaan SAGE 50. Masukkan butiran perniagaan (nama, alamat dan tempoh perakaunan). Wujudkan akaun-akaun yang akan digunakan. Masukkan nama dan butiran pembekal dan pembeli. Masukkan inventori dan senarai harga. Entri urus niaga dalam sistem. Pelaporan dengan hanya beberapa klik pada tetikus. Data sokongan chap 1 new.indd 12 8/3/2017 2:21:01 PM


Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 13 Penyata Kewangan merupakan rekod formal yang mengandungi maklumat kewangan sesebuah perniagaan. Penyata Kewangan ini disediakan dengan struktur dan format pelaporan yang digariskan dalam Piawaian Pelaporan Kewangan (Financial Reporting Standard). Pengguna akan dapat melihat kedudukan kewangan sesebuah perniagaan dengan jelas seperti jumlah jualan tahunan, kedudukan aset, keuntungan atau kerugian perniagaan dan sebagainya. Penyata Kewangan terbahagi kepada: Murid boleh: • Menyenaraikan jenis penyata yang terdapat dalam Penyata Kewangan. • Menerangkan secara ringkas ciri kualitatif maklumat perakaunan: Ciri kualitatif asas dan ciri kualitatif tertingkat. • Mencari Penyata Kewangan daripada pelbagai sumber dan membanding beza item-item dalam komponen serta kegunaannya. • Menamakan pihak yang menyediakan Penyata Kewangan. • Menamakan pihak yang bertanggungjawab ke atas Penyata Kewangan yang disediakan. • Menyenaraikan pengguna Penyata Kewangan. 1.3 STANDARD PEMBELAJARAN PENYATA KEWANGAN Penyata Pendapatan juga dikenali sebagai Akaun Perdagangan dan Untung Rugi Penyata Kedudukan Kewangan Penyata Kewangan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi Penyata Kedudukan Kewangan Berikut merupakan contoh Penyata Kewangan yang telah diaudit: chap 1 new.indd 13 8/3/2017 2:21:02 PM


14 Ciri Kualitatif Ciri Kualitatif Asas Kerelevanan Kebolehbandingan Kebolehsahan Kebolehfahaman Pemasaan Ciri Kualitatif Tertingkat Perwakilan benar Daya Fikir Penyata Kewangan mesti mudah difahami, relevan, boleh dipercayai dan boleh dibandingkan. Bincangkan kepentingan ciri-ciri ini dalam penyediaan Penyata Kewangan. Terma ‘ciri kualitatif Penyata Kewangan’ boleh difahamkan sebagai ‘kualiti Penyata Kewangan’. Kualiti Penyata Kewangan akan dilihat berdasarkan empat aspek iaitu: • Adakah maklumat dalam Penyata Kewangan relevan dengan keperluan pengguna? • Adakah pelaporan dalam Penyata Kewangan mudah difahami? • Adakah Penyata Kewangan dapat dibandingkan prestasinya dengan tahuntahun lepas? • Adakah Penyata Kewangan yang diterbitkan sesuai pada waktunya? TIP Ciri Kualitatif Penyata Kewangan Penyata Kewangan menggambarkan keadaan dan perjalanan perniagaan sesebuah syarikat. Penyata Kewangan yang disediakan dengan baik akan memastikan maklumat di dalamnya berguna kepada pelbagai pengguna. Pada asasnya, Penyata Kewangan yang baik mesti memenuhi ciri kualitatif berikut: GERAK KERJA 4 Layari laman sesawang dan muat turun laporan kewangan pelbagai syarikat. Taip ‘download annual report’ dalam ruangan carian. Selepas muat turun, kaji laporan kewangan bagi beberapa buah syarikat dan banding beza komponen-komponen dalam Penyata Kewangan masing-masing. Sediakan laporan anda dan bentangkan kepada kelas. Ciri Kualitatif Asas Kerelevanan • Maklumat dalam Penyata Kewangan harus relevan dengan keperluan pengguna. • Maklumat ini dapat mempengaruhi keputusan ekonomi yang dibuat oleh pengguna. Perwakilan benar • Maklumat dalam Penyata Kewangan mesti bebas daripada kesilapan material dan tiada unsur berat sebelah serta pelaporannya tidak mengelirukan. • Oleh itu, semua data atau maklumat perlu didedahkan secara jujur tanpa berselindung dan pelaporan harus disediakan dengan cermat. chap 1 new.indd 14 8/3/2017 2:21:03 PM


Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 15 Ciri Kualitatif Tertingkat Kebolehbandingan • Maklumat dalam Penyata Kewangan tahun semasa mesti boleh dibandingkan dengan maklumat kewangan yang dikemukakan bagi tempoh perakaunan yang lepas. • Pengguna boleh mengenal pasti trend dalam kedudukan prestasi dan kewangan bagi entiti berkenaan. Kebolehfahaman • Maklumat mesti mudah difahami oleh pengguna Penyata Kewangan dan maklumat itu perlu dipersembahkan dengan jelas. • Jika terdapat maklumat tambahan untuk memberikan penerangan lanjutan tentang sesuatu butiran, maklumat tersebut harus dinyatakan dengan jelas dalam bahagian nota. Kebolehsahan • Jika maklumat dalam Penyata Kewangan boleh disahkan, ini memberi jaminan kepada pengguna bahawa maklumat dalam Penyata Kewangan tersebut boleh dipercayai. Pemasaan • Ketepatan masa adalah sangat penting kerana maklumat yang disampaikan tepat pada masanya adalah lebih relevan kepada pengguna. • Kelewatan dalam penyediaan maklumat kewangan menyebabkan Penyata Kewangan tersebut kurang relevan untuk membuat keputusan. Membanding Beza Item-item dalam Komponen Penyata Kewangan Sebagaimana yang kita ketahui, setiap jenis perniagaan menawarkan jualan dan perkhidmatan yang berbeza. Oleh yang demikian, butiran dalam Penyata Kewangan bagi perniagaan turut berbeza. INFO • Dalam perakaunan, maklumat perlu diperoleh dengan lebih kerap bagi membolehkan aktiviti perancangan, pengawalan, pengukuran prestasi dan pembuatan keputusan dijalankan pada masa yang ditetapkan. • Untuk memperoleh maklumat tentang ciri kualitatif penyata kewangan yang lebih terperinci, sila imbas QR Code berikut: https://www.youtube.com/ watch?v=WH-P7lhdyn4 (Diakses pada 9 September 2016) Daya Fikir Terangkan secara ringkas tentang ciri kualitatif Penyata Kewangan berikut: (a) Kebolehbandingan (b) Kebolehfahaman (c) Kebolehsahan (d) Pemasaan Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN chap 1 new.indd 15 8/3/2017 2:21:03 PM


16 Berikut menunjukkan beberapa jenis perniagaan. Mari kita teliti butiran dalam Penyata Kewangan. Aspek Kedai runcit Klinik mata Koperasi kewangan Akaun Perdagangan Komponen Jualan Bersih • Jualan • Pulangan Jualan Komponen Kos Jualan • Belian • Pulangan Belian • Angkutan masuk • Duti import • Insurans belian • Upah atas belian • Inventori awal • Inventori akhir Komponen Jualan Bersih • Yuran rawatan Komponen Kos Jualan • Belian ubat • Pulangan Belian • Angkutan masuk • Duti import • Inventori awal • Inventori akhir Komponen Jualan Bersih • Hasil faedah pinjaman Akaun Untung Rugi Hasil • Komisen diterima • Faedah simpanan • Diskaun diterima Belanja • Diskaun diberi • Kadar bayaran • Gaji • Insurans • Sewa • Faedah pinjaman • Susut nilai aset • Promosi Hasil • Komisen diterima • Faedah simpanan Belanja • Kadar bayaran • Gaji • Insurans • Sewa • Faedah pinjaman • Susut nilai aset Hasil • Faedah simpanan Belanja • Kadar bayaran • Gaji • Insurans • Sewa • Faedah pinjaman • Susut nilai aset Penyata Kedudukan Kewangan Aset • Kenderaan • Perabot • Alatan kedai • Kelengkapan Liabiliti • Pinjaman • Akaun Belum Bayar • Overdraf Bank Aset • Perabot • Peralatan pemeriksaan mata • Peralatan pembedahan mata • Kelengkapan alatan pejabat Liabiliti • Pinjaman • Akaun Belum Bayar • Overdraf Bank Aset • Perabot • Alatan pejabat • Kelengkapan Liabiliti • Faedah Pinjaman Belum Bayar chap 1 new.indd 16 8/3/2017 2:21:03 PM


Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 17 KAJIAN KES 1 Buat lawatan ke beberapa kedai yang menjalankan perniagaan jualan barang dan perkhidmatan yang berbeza. Temu bual pekerja atau majikan perniagaan tentang butiran yang terdapat dalam Penyata Kewangan masing-masing. Rekodkan hasil kerja dalam buku nota anda. Penyedia Penyata Kewangan Pihak Luar Pemilik Perniagaan Pekerja Sendiri Pihak yang Bertanggungjawab Menyediakan Penyata Kewangan Pada asasnya, pemilik perniagaan merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menyediakan Penyata Kewangan. Penyata Kewangan ini disediakan oleh pemilik sendiri atau pekerjanya. Pemilik perniagaan juga boleh menggunakan khidmat luar yang mempunyai kepakaran dalam bidang perakaunan. Dalam sektor korporat, seorang akauntan atau jabatan perakaunan akan menyediakan Penyata Kewangan, pengekosan dan percukaian. TAHUKAH ANDA? Pemilik Perniagaan Bagi perniagaan kecil-kecilan, majikan sendiri akan mengurus dan menyediakan laporan kewangan. Pemilik mampu mengendalikan dan menyelenggara semua rekod kewangan kerana volum perniagaan adalah rendah dan masih lagi dapat ditangani. Hal ini menjadi satu kelebihan kepada pemilik kerana pemilik akan mengetahui semua urus niaga dan rekod kewangan dengan jelas agar risiko penyelewengan oleh pekerja dapat dikawal. Pekerja Sendiri Bagi perniagaan yang volum perniagaannya tinggi, majikan tidak mampu lagi mengurus dan mengendalikan akaun dan Penyata Kewangan kerana menghadapi kekangan dari segi masa dan tenaga. Oleh yang demikian, majikan akan mengupah pekerja untuk mengurus dan mengendalikan akaun dan Penyata Kewangan sama ada secara sepenuh masa ataupun secara separuh masa. Daya Fikir Nyatakan tiga pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan Penyata Kewangan perniagaan. MAJIKAN: Pihak yang memberikan pekerjaan atau yang mengusahakan sesuatu perusahaan. PEKERJA: Orang yang bekerja untuk memperoleh pendapatan. GLOSARI chap 1 new.indd 17 8/3/2017 2:21:03 PM


18 Pihak Luar Bagi perniagaan yang tidak mempunyai akauntan, mereka akan melantik akauntan bertauliah dari luar untuk mengendalikan laporan kewangannya. Peniaga akan membekalkan maklumat perakaunan kepada akauntan luar supaya akauntan memahami operasi perniagaan. Seterusnya, akauntan dapat menyediakan laporan kewangan dengan tepat dan relevan. Pengguna Penyata Kewangan Penyata Kewangan disediakan dalam format pelaporan yang sistematik dan mudah difahami. Dengan ini, maklumat yang terkandung dalam Penyata Kewangan dapat dimanfaatkan oleh pelbagai pihak. Pihak yang menggunakan maklumat dalam Penyata Kewangan dikenali sebagai pengguna Penyata Kewangan. Pengguna Penyata Kewangan Pengguna Dalaman Pengguna Luaran Pengguna Dalaman Pihak yang memiliki perniagaan dan pihak yang bekerja dalam perniagaan berkenaan. Terdiri daripada: Pemilik perniagaan • Merujuk Penyata Kewangan untuk mengetahui sama ada perniagaan memperoleh untung atau rugi. Jumlah keuntungan atau kerugian dapat dikenal pasti. • Mengenal pasti semua sumber hasil perniagaan dan perbelanjaan perniagaan. Pihak pengurusan • Menggunakan data dalam Penyata Kewangan sebagai rujukan untuk merancang aktiviti perniagaan pada masa hadapan. • Data ini akan dianalisis bagi membolehkan strategi dibuat untuk mengembangkan perniagaan atau membaiki kelemahan. Daya Fikir 1 Mengapakah maklumat dalam Penyata Kewangan penting kepada pengguna Penyata Kewangan? Bincangkan. 2 Mengapakah pengguna dalaman berikut memerlukan maklumat dalam Penyata Kewangan? Terangkan secara ringkas. (a) Pemilik perniagaan (b) Pihak pengurusan (c) Pekerja sendiri Maklumat perakaunan dalam Penyata Kewangan dianalisis dan ditafsir untuk menjana data yang boleh dijadikan panduan pengurusan perniagaan dan pelaburan. Sebagai contoh, para pelabur akan melihat pulangan atas modal untuk mengenal pasti kemampuan perniagaan menjana untung bersih daripada setiap ringgit modal yang dilaburkan. Pemiutang pula akan melihat kepada tempoh bayaran hutang untuk mengenal pasti kemampuan perniagaan menjelaskan hutang sebelum memberikan kemudahan kredit. TAHUKAH ANDA? chap 1 new.indd 18 8/3/2017 2:21:03 PM


Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 19 Pekerja • Berdasarkan Penyata Kewangan pekerja dapat mengetahui keuntungan perniagaan, kestabilan operasi perniagaan, keupayaan perniagaan untuk membayar gaji dan menawarkan faedah sampingan. • Pekerja turut melihat kedudukan kewangan perniagaan untuk menilai kemampuan perniagaan dapat berkembang pada masa hadapan dan meninjau peluang untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi dalam organisasi. Pengguna Luaran Pengguna luaran merupakan pihak ketiga yang menggunakan maklumat Penyata Kewangan. Pengguna luaran juga dikenali sebagai pengguna sekunder. Terdiri daripada: Pihak bank • Menggunakan Penyata Kewangan sesebuah perniagaan untuk mempertimbangkan kelulusan permohonan perniagaan mendapatkan pinjaman bank. • Melihat keupayaan perniagaan dalam pengurusan kredit dan juga dalam pembayaran hutang. Pembekal • Laporan kewangan digunakan untuk menilai keupayaan dan kecekapan dalam pengurusan hutang perniagaan sebelum memberikan kemudahan kredit atau memberikan pinjaman kepada perniagaan berkenaan. • Hal ini adalah penting untuk mengelakkan berlakunya hutang lapuk yang akan merugikan pembekal. Agensi kerajaan • Penyata Kewangan diperlukan oleh agensi kerajaan untuk tujuan semakan dan percukaian. Antara agensi yang memerlukan Penyata Kewangan perniagaan ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). • LHDN merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mentaksir dan memungut cukai pendapatan. Penyata Kewangan digunakan oleh LHDN untuk tujuan pentaksiran cukai. Daya Fikir 1 Senaraikan pengguna luaran Penyata Kewangan. 2 Mengapakah agensi kerajaan memerlukan maklumat dalam Penyata Kewangan perniagaan? Berikut merupakan beberapa contoh pengguna luaran dan sebab mereka memerlukan Penyata Kewangan: (a) Pesaing perniagaan Untuk tujuan penanda aras (benchmarking) dari segi prestasi perniagaan dan kedudukan kewangan. (b) Pelabur Untuk melihat keupayaan perniagaan bagi menjana pendapatan. (c) Agensi penarafan Untuk memberikan penarafan perniagaan dari segi pengurusan kredit. (d) Kesatuan pekerja Untuk melihat keupayaan perniagaan menawarkan kenaikan gaji dan faedah lain. TAHUKAH ANDA? chap 1 new.indd 19 8/3/2017 2:21:03 PM


20 1 Pernyataan berikut berkaitan dengan satu ciri kualitatif Penyata Kewangan. Tuliskan ciri kualitatif yang menepati pernyataan berikut: Situasi Ciri Kualitatif Setiap butiran akaun dalam Penyata Kewangan Syarikat Jaya dapat dibuktikan dengan sokongan dokumen sumber. Walaupun untung bersih perniagaan merosot berbanding dengan tahun lepas namun Encik Teo tidak menyembunyikan kemerosotan tersebut ketika menyediakan Penyata Kewangan. Sebaliknya dia mendedahkan segala urus niaga tanpa berselindung agar pengguna mendapat gambaran yang tepat tentang butiran dalam Penyata Kewangan. Penyata Kewangan Syarikat Ceria disediakan mengikut format pelaporan yang disyorkan oleh MASB agar semua pengguna dapat membaca dan memahaminya dengan mudah. Butiran akaun tahun kewangan yang lalu turut disertakan dalam Penyata Kewangan tahun semasa agar pengguna dapat membuat perbandingan prestasi perniagaan. 2 Jelaskan secara ringkas sebab pihak yang berikut memerlukan Penyata Kewangan: (a) Pembekal (b) Pemilik perniagaan (c) Agensi kerajaan 3 Nyatakan tiga pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan Penyata Kewangan. LATIHAN MINDA 1.3 Pemegang saham • Pelabur, bakal pelabur dan orang awam menggunakan Penyata Kewangan untuk menilai kemampuan sesebuah perniagaan menjanakan keuntungan. • Mereka akan membandingkan Penyata Kewangan bagi beberapa buah perniagaan untuk memilih perniagaan yang paling berpotensi menjana keuntungan bagi pihak mereka. Pemegang saham melihat prestasi perniagaan melalui Penyata Kewangan. chap 1 new.indd 20 8/3/2017 2:21:04 PM


Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 21 1.4 ANDAIAN, PRINSIP DAN BATASAN DALAM PERAKAUNAN Murid boleh: • Menyenaraikan dan menerangkan andaian dalam perakaunan. • Menyenaraikan dan menerangkan prinsip dalam perakaunan. • Menerangkan batasan dalam perakaunan. • Menentukan andaian, prinsip dan batasan dalam perakaunan yang dapat dikaitkan dengan sesuatu kes. STANDARD PEMBELAJARAN Andaian Perakaunan Andaian perakaunan perlu dibuat untuk mengurangkan kekeliruan ketika mengendalikan rekod perakaunan dan menghasilkan Penyata Kewangan. Andaian Perakaunan Tempoh Perakaunan Wang sebagai Ukuran Entiti Berasingan Usaha Berterusan Entiti berasingan • Andaian ini menyatakan bahawa perniagaan perlu menyimpan rekod transaksinya berasingan daripada rekod transaksi peribadi pemiliknya, unit-unit perniagaan atau urus niaga perniagaan lain di bawah milikannya. CONTOH 1 Puan Karen memiliki sebuah pusat tuisyen di Kuching. Walaupun beliau menikmati keuntungan pusat tuisyen sepenuhnya tetapi beliau tidak mencampuradukkan perbelanjaan peribadi dengan perbelanjaan pusat tuisyennya. Sekiranya beliau perlu menggunakan wang pusat tuisyen untuk perbelanjaan peribadi, beliau akan merekodkannya sebagai ambilan dalam Buku Tunai. CONTOH 2 Encik Razak mengandaikan syarikat logistik yang baru ditubuhkannya akan terus beroperasi bagi suatu jangka masa yang tidak terbatas dan aset perniagaan akan terus digunakan untuk menjana pendapatan kepada perniagaan. Usaha berterusan • Andaian ini menyatakan bahawa semua aktiviti kewangan perniagaan diandaikan beroperasi untuk tempoh masa yang tidak terbatas. • Hal ini membolehkan perniagaan beroperasi dengan tujuan ke arah jangka panjang. • Andaian ini adalah sangat kritikal kerana tidak ada titik akhir dalam jangka hayat perniagaan. Daya Fikir 1 Puan Sutini merekodkan ambilan tunai perniagaan sebagai belanja am dalam bukunya. Apakah andaian perakaunan yang tidak dipatuhi oleh Puan Sutini? 2 Apakah penekanan dalam andaian usaha berterusan? chap 1 new.indd 21 8/3/2017 2:21:04 PM


22 Wang sebagai ukuran • Andaian ini menyatakan bahawa maklumat Penyata Kewangan mesti dinyatakan dalam nilai mata wang yang diguna pakai di sesebuah negara. Sebagai contoh, Malaysia menggunakan Ringgit Malaysia sebagai unit ukuran. • Oleh itu, adalah wajar untuk menggunakan asas yang sama bagi tujuan perakaunan. Tempoh perakaunan • Andaian ini membolehkan pembahagian operasi dan aktiviti perniagaan kepada tempoh masa yang ditentukan oleh pemilik perniagaan untuk tujuan pelaporan. • Satu kebaikan andaian tempoh perakaunan ini adalah untuk membolehkan perbandingan prestasi perniagaan yang lebih tepat dibuat bagi beberapa tempoh perakaunan. Prinsip Perakaunan Pengiktirafan Hasil dan Belanja Ketekalan Prinsip Kos Prinsip Perakaunan Daya Fikir Mengapakah terdapat perniagaan yang menyediakan Penyata Kewangan secara suku tahun, setengah tahun dan satu tahun? CONTOH 3 Pak Akob seorang pengusaha kedai makan merekodkan perkara yang hanya dapat dinyatakan dalam nilai wang seperti hasil jualan nasi, belian inventori makanan dan caj pemasangan Internet di premis. CONTOH 4 Syarikat Logistik Shamsuddin menetapkan bahawa tempoh perakaunan adalah bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun. Penyata Kewangan perlu disediakan pada 31 Disember setiap tahun. Dengan tempoh perakaunan yang tetap (12 bulan), prestasi perniagaan seperti untung bersih dan kedudukan kewangan perniagaan dapat dibandingkan dari tahun ke tahun. INFO Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang andaian wang sebagai ukuran, sila imbas QR Code berikut: http://www.accountingtools.com/ monetary-unit-principle chap 1 new.indd 22 8/3/2017 2:21:04 PM


Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 23 Ketekalan • Prinsip ini memastikan wujudnya konsistensi dalam prosedur perakaunan yang digunakan oleh entiti perniagaan dari satu tempoh perakaunan ke tempoh perakaunan yang lain. • Hal ini membolehkan perbandingan maklumat perakaunan yang adil antara dua tempoh perakaunan. Sebagai contoh, penggunaan kaedah susut nilai aset bukan semasa perniagaan perlu konsisten pada setiap tempoh perakaunan. CONTOH 5 Lembaga Pengarah Kiflee Holding tidak bercadang untuk menukar kaedah susut nilai aset bukan semasa perniagaan sebaliknya kaedah susut nilai yang sama akan terus digunakan pada masa akan datang. CONTOH 6 Sebuah mesin cetak yang dibeli dengan harga RM900 pada tahun 2014 masih lagi direkodkan sebagai RM900 dalam Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Mac 2016 walaupun harga pasaran mesin cetak yang sama model telah susut kepada RM500. Prinsip kos • Semua aset perniagaan yang diperoleh hendaklah dinilai dan direkodkan dalam Penyata Kewangan berdasarkan harga sebenar atau kos asal pembelian, bukannya nilai pasaran semasa atau nilai masa hadapan. • Pengecualian kepada peraturan ini ialah apabila perniagaan dalam proses penutupan dan pembubaran. Pengiktirafan hasil dan belanja • Semua hasil (belum terperoleh atau belum terima) dan semua belanja (prabayar atau belum bayar) perlu diambil kira ketika menyediakan Penyata Kewangan pada akhir tempoh perakaunan. Hal ini adalah untuk membolehkan kita mengetahui untung bersih sebenar yang dijana oleh perniagaan sepanjang tempoh perakaunan. Daya Fikir 1 Mengapakah prinsip ketekalan perlu dipatuhi ketika menyediakan Penyata Kewangan? 2 Kedai M membeli sebuah kenderaan berharga RM50 000 pada tahun 2013. Pada 1 Januari 2016, kenderaan tersebut dijual kepada Kedai N dengan harga RM34 000. Berapakah nilai kenderaan tersebut patut direkodkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan Kedai N pada 31 Disember 2016? Hasil diiktiraf apabila barang atau perkhidmatan telah diberikan kepada pelanggan walaupun bayaran belum diterima. Belanja diiktiraf apabila manfaat daripada perbelanjaan itu telah diperoleh walaupun belum dibayar. TIP chap 1 new.indd 23 8/3/2017 2:21:04 PM


24 Batasan perakaunan Kos manfaat • Kos penyediaan maklumat hendaklah tidak melebihi daripada nilai maklumat tersebut kepada pengguna Penyata Kewangan. • Mengkaji sejauh mana pendapatan dapat dijana daripada kos yang ditanggung jika suatu projek dilaksanakan. Hal ini adalah untuk melihat sejauh mana wang yang dibelanjakan berkeupayaan untuk mendatangkan pendapatan kepada perniagaan. • Dengan pendapatan yang optimum dan kos yang minima, perniagaan akan menikmati untung bersih yang lebih tinggi dan mengukuhkan kedudukan kewangan perniagaan. CONTOH 7 Kedai Ben menerima bil elektrik pada 30 Disember 2016. Namun demikian, Ben hanya akan menjelaskan bil berkenaan pada bulan Januari tahun berikutnya. Walaupun bil itu belum dijelaskan pada 2016, Ben tetap mengiktiraf bil elektrik tersebut dan direkodkan dalam Akaun Kadar Bayaran kerana tahun kewangan Kedai Ben berakhir pada 31 Disember 2016. KAJIAN KES 2 Encik Goh bercadang untuk menjana pendapatan tambahan melalui sebuah rumah kediaman yang dimilikinya di Kota Kinabalu, Sabah. Terdapat dua pilihan untuk Encik Goh: (a) Menyewa secara bulanan dengan sewa bulanan RM800. (b) Menjalankan perkhidmatan inap desa dengan bayaran RM100 satu malam. Secara purata, perkhidmatan inap desa adalah 16 malam bagi setiap bulan dan bil utiliti bulanan ialah sebanyak RM40, manakala upah pekerja ialah sebanyak RM920 sebulan. Berikut merupakan jangkaan hasil dan jangkaan kos Encik Goh terhadap pilihan tersebut: Projek/Aktiviti Analisis kos manfaat rumah sewa dan perkhidmatan inap desa Pihak berkepentingan Encik Goh (pemilik rumah) Pilihan 1: Rumah sewa Pilihan 2: Perkhidmatan inap desa Jangkaan Hasil Jangkaan Kos Jangkaan Hasil Jangkaan Kos Sewa tahunan = RM800 × 12 bulan = RM9 600 Tiada Hasil perkhidmatan = RM100 × 16 malam × 12 bulan = RM19 200 Upah pekerja = RM920 × 12 bulan = RM11 040 Bil utiliti = RM40 × 12 bulan = RM480 Pendapatan bersih = RM9 600 Pendapatan bersih = RM7 680 INFO Untuk mengetahui analisis kos manfaat dengan lebih terperinci, sila imbas QR Code berikut: http://www.investopedia.com/ terms/c/cost-benefitanalysis.asp chap 1 new.indd 24 8/3/2017 2:21:05 PM


Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 25 LATIHAN MINDA 1.4 1 Nyatakan andaian, prinsip dan batasan bagi setiap situasi berikut: (a) Encik Samson mengambil barang niaga dari kedainya untuk kegunaan anak. Perkara ini telah direkodkan dalam Akaun Ambilan. (b) Puan Halimah tidak bersetuju dengan keputusan pekongsinya mengubah kaedah pengiraan susut nilai perniagaan kerana ini akan memberikan kesan kepada Penyata Kewangan. (c) Pak Abu seorang tukang gunting rambut mengenakan bayaran RM15 bagi setiap pelanggan yang meminta perkhidmatan menggunting rambut daripadanya. (d) Perniagaan Salmah menyediakan Penyata Kewangan setiap enam bulan untuk mengetahui prestasi perniagaannya. (e) Sebuah kenderaan perniagaan dibeli oleh Kedai Roslan pada tahun 2012 dengan harga RM56 000. Selepas 3 tahun, kenderaan mengalami kejatuhan harga kepada RM35 000 sahaja. Dalam Penyata Kedudukan Kewangan Kedai Roslan, kenderaan tersebut tetap direkodkan sebagai RM56 000. (f) Ketika menyediakan Penyata Kewangan semua belanja belum bayar dan prabayar perlu diambil kira semasa menghitung untung bersih perniagaan. (g) Kilang Kain Wangsa Maju membuat keputusan membeli sebuah mesin kain yang lebih canggih dan dijangka meningkatkan keuntungan kilang untuk beberapa tahun akan datang. (h) Seorang pekongsi telah membawa masuk tunai RM50 000 ke dalam perkongsian untuk meningkatkan kecairan tunai perkongsian. Perkara ini telah direkodkan ke dalam Akaun Modal pekongsi berkenaan. 2 Terangkan secara ringkas tentang kos manfaat. 3 Encik Sim memiliki Hotel Riang yang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember setiap tahun. Pada 15 September 2016, seorang pelancong Encik Puvan telah membuat tempahan bilik berharga RM450 bagi percutian pada bulan Februari 2017. Tempahan ini telah dibayar penuh oleh Encik Puvan dengan menggunakan kad kredit. Di bawah prinsip pengiktirafan hasil dan belanja, adakah Encik Sim patut mengiktiraf tempahan Encik Puvan sebagai hasil bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016? Berikan alasan anda. 4 Encik Silva membayar sewa kediaman dengan tunai daripada kedainya. Namun, beliau merekodkan bayaran sewa kediaman itu sebagai belanja sewa premis kedai. Nyatakan satu andaian perakaunan yang tidak dipatuhi oleh Encik Silva. Encik Goh akan memperuntukkan tempoh selama 1 tahun untuk menilai keberkesanan pilihan yang akan diambil. Berdasarkan jangkaan hasil dan jangkaan kos Encik Goh, apakah pilihan terbaik yang patut dilaksanakan oleh Encik Goh? Berikan justifikasi jawapan anda. chap 1 new.indd 25 8/3/2017 2:21:05 PM


26 Aspek Milikan Tunggal Perkongsian Syarikat Berhad Koperasi Pemilikan Dimiliki oleh seorang pemilik Perkongsian biasa: Dimiliki oleh 2 – 20 orang pekongsi Syarikat Sendirian Berhad: 2 – 50 orang pemegang saham 50 – tiada had maksimum jumlah anggota Perkongsian profesional: Dimiliki oleh 2 – 50 orang pekongsi Syarikat Awam Berhad: 2 – tiada had maksimum jumlah pemegang saham Sumber modal Disumbangkan oleh pemilik perniagaan Disumbangkan oleh para pekongsi Modal dikumpul daripada pemegang saham melalui terbitan saham dan langganan saham Modal dikumpul daripada anggota melalui penerimaan fi masuk dan jualan saham Tanggungan liabiliti Menanggung liabiliti tidak terhad iaitu harta benda peribadi pemilik atau pekongsi akan digunakan untuk menjelaskan hutang jika perniagaan tidak berkemampuan membayar hutang semasa pembubaran Menanggung liabiliti terhad setakat sumbangan modal yang dilaburkan Undangundang Berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan Berdaftar di bawah Akta Perkongsian 1961 Berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 Berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 Murid boleh: • Menyenaraikan ciri-ciri perniagaan Milikan Tunggal, Perkongsian, Syarikat Berhad dan Koperasi. • Membanding beza ciri-ciri setiap entiti perniagaan dari segi milikan, sumber modal dan liabiliti. 1.5 ENTITI PERNIAGAAN STANDARD PEMBELAJARAN Organisasi didefinisikan sebagai suatu kelompok orang yang bekerjasama dan memberikan komitmen untuk mencapai tujuan yang sama. Dalam perakaunan terdapat empat jenis organisasi iaitu: (a) Milikan Tunggal (b) Perkongsian (c) Syarikat Berhad (d) Koperasi chap 1 new.indd 26 8/3/2017 2:21:05 PM


Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 27 Aspek Milikan Tunggal Perkongsian Syarikat Berhad Koperasi Keuntungan dan kerugian Untung dinikmati sepenuhnya oleh pemilik manakala rugi ditanggung sepenuhnya oleh pemilik Untung atau rugi akan diagihkan kepada para pekongsi mengikut syarat pembahagian untung atau rugi yang dipersetujui Keuntungan diagihkan kepada para pemegang saham dalam bentuk dividen Diagihkan kepada anggota koperasi dalam bentuk dividen Pengurusan perniagaan • Diuruskan oleh pemilik • Dibantu oleh ahli keluarga atau saudara • Diuruskan oleh pekongsi yang aktif • Diuruskan oleh Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan • Diuruskan oleh Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan Faktor pemilihan • Modal permulaan rendah • Pemilik bebas membuat keputusan perniagaan • Pekongsi dapat menggabung modal dan kepakaran • Risiko kerugian ditanggung bersama • Berupaya untuk mengumpul modal yang lebih besar • Tanggungan liabiliti terhad • Diurus dan dikendalikan oleh anggota yang mempunyai objektif yang sama • Berupaya mengumpul modal yang besar 1 Berikan maksud liabiliti tidak terhad. 2 Tentukan sama ada pernyataan berikut betul atau salah: (a) Perniagaan jenis perkongsian dikenakan cukai pendapatan syarikat. (b) Kedai Roti Morgan menanggung liabiliti tidak terhad. (c) Koperasi mengagihkan keuntungan dalam bentuk dividen kepada anggotanya. (d) Bilangan anggota koperasi adalah sekurang-kurangnya dua orang dan tiada had maksimum. LATIHAN MINDA 1.5 chap 1 new.indd 27 8/3/2017 2:21:05 PM


28 Istilah Perakaunan Baca petunjuk dengan teliti. Kemudian lengkapkan silang kata berikut dengan terma perakaunan yang tepat. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 MELINTANG 4 Ciri kualitatif ini menekankan ketepatan masa untuk membekalkan maklumat perakaunan yang relevan kepada pengguna. 5 Peringkat kelima dalam sebuah Kitaran Perakaunan. 6 Akauntan tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat dalaman perniagaan kepada pihak luar. 8 Rekod perakaunan terawal dijumpai di . 9 Maklumat Penyata Kewangan haruslah bersesuaian dengan keperluan pengguna. MENEGAK 1 Kaedah susut nilai aset bukan semasa dikekalkan dan tidak berubah-ubah untuk tempoh perakaunan berikutnya. Situasi ini berkaitan dengan prinsip . 2 Pengguna merupakan pihak yang memiliki perniagaan dan juga pihak yang bekerja dalam perniagaan berkenaan. 3 merupakan badan penggubal standard perakaunan di Malaysia. 4 Subbidang perakaunan untuk memeriksa dan memberi pendapat profesional terhadap Penyata Kewangan perniagaan. 7 Prinsip akhlak yang menjadi pegangan akauntan. AKTIVITI PENGAYAAN chap 1 new.indd 28 8/3/2017 2:21:05 PM


Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 29 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN Perakaunan merupakan perekodan dan pelaporan transaksi perniagaan secara sistematik. Simpan kira dan perakaunan • Simpan kira meliputi kerja mengumpul, menyusun, merekod dan menyimpan. • Perakaunan meliputi kerja mengumpul, menyusun, merekod, menyimpan, melapor, merancang, menganalisis, menilai dan merumus. Kitaran perakaunan Merangkumi lapan peringkat bermula daripada Dokumen Sumber, Buku Catatan Pertama, Lejar, Imbangan Duga, Pelarasan, Imbangan Duga Terselaras, Catatan Penutupan dan Penyata Kewangan. Subbidang perakaunan: • Perakaunan Kewangan • Perakaunan Pengurusan • Pengauditan • Percukaian Badan Perakaunan (a) Badan Kawal Selia • Malaysian Institute of Accountants (MIA) (b) Badan Penggubal Piawaian • Malaysian Accounting Standard Board (MASB) (c) Badan Profesional • Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) • Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) • Association of Certified Chartered Accountants (ACCA) Sejarah perkembangan perakaunan • Rekod kewangan yang paling awal dijumpai di Babylonia pada 3500 SM. • Pada 400 SM, rekod kewangan dicatat dengan menggunakan papyrus dan calamus di Mesir. • Luca Pacioli telah memperkenalkan Sistem Catatan Bergu dan beliau digelar sebagai ‘Bapa Perakaunan’. • Pada abad ke-18, perakaunan pengurusan diperkenalkan berikutan perkembangan pesat dalam bidang perindustrian. • IASC ditubuhkan pada 1973 untuk menggalakkan penggunaan piawaian asas dalam perakaunan. Penyata Kewangan terbahagi kepada: • Akaun Perdagangan dan Untung Rugi • Penyata Kedudukan Kewangan 29 chap 1 new.indd 29 8/3/2017 2:21:06 PM


30 Ciri kualitatif asas maklumat perakaunan • Kerelevanan • Perwakilan benar Ciri kualitatif tertingkat maklumat perakaunan • Kebolehbandingan • Kebolehfahaman • Kebolehsahan • Pemasaan Pihak yang menyediakan Penyata Kewangan • Pemilik perniagaan • Pekerja sendiri • Pihak luar yang mempunyai kepakaran Pengguna Penyata Kewangan • Pengguna dalaman – pemilik perniagaan, pihak pengurusan dan pekerja • Pengguna luaran – bank, pembekal, agensi kerajaan, pelabur dan bakal pelabur Prinsip perakaunan: • Andaian • Prinsip • Batasan Organisasi • Milikan tunggal (a) Dimiliki oleh seorang pemilik (b) Modal disumbangkan oleh pemilik sendiri (c) Liabiliti tidak terhad • Perkongsian (a) Perkongsian biasa: Dimiliki oleh 2 – 20 orang Perkongsian profesional: Dimiliki oleh 2 – 50 orang (b) Modal disumbangkan oleh setiap pekongsi (c) Liabiliti tidak terhad • Syarikat Berhad (a) Syarikat Sendirian Berhad: Dimiliki oleh 2 – 50 orang Syarikat Awam Berhad: Tiada had maksimum pemiliknya (b) Modal dikumpul melalui terbitan saham dan langganan saham (c) Liabiliti terhad • Koperasi (a) Minimum 50 – tiada had maksimum anggota (b) Modal dikumpul melalui kutipan fi masuk dan juga saham (c) Liabiliti terhad chap 1 new.indd 30 8/3/2017 2:21:06 PM


Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 31 Soalan Objektif Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan yang paling sesuai. 1 Pasangan yang manakah menerangkan simpan kira dan perakaunan dengan tepat? Simpan kira Perakaunan A Meliputi kerja mengumpul dokumen, merekod, melapor, mentafsir, merancang, menilai dan merumus. Hanya melibatkan kerja mengumpul dokumen, merekod dan melapor. B Merangkumi skop kerja yang lebih luas. Meliputi kerja mengumpul dokumen, merekod, melapor, mentafsir, merancang dan menilai. C Hanya melibatkan kerja mengumpul dokumen, merekod dan melapor. Meliputi kerja mengumpul dokumen, merekod, melapor, mentafsir, merancang, menilai dan merumus. D Meliputi kerja mengumpul dokumen, merekod, melapor, mentafsir, merancang dan menilai. Merangkumi skop kerja yang lebih luas. 2 Berikut merupakan sebahagian daripada sebuah Kitaran Perakaunan: Sekiranya peringkat M tidak dilakukan dengan betul, apakah kesannya terhadap perakaunan perniagaan pada akhir tempoh perakaunan? A Ketepatan catatan bergu dalam lejar tidak dapat dipastikan. B Baki akhir bagi semua akaun tidak dapat dihitung dengan tepat. C Tiada apa-apa kesan yang signifikan terhadap Penyata Kewangan. D Jurnal Am dan Jurnal Khas tidak dapat disediakan dengan sistematik. 3 Pernyataan berikut menerangkan suatu subbidang perakaunan: Berpandukan penyataan di atas, apakah subbidang perakaunan yang dimaksudkan? A Perakaunan kewangan B Perakaunan pengurusan C Pengauditan D Percukaian Buku Catatan Pertama Lejar M • Menyediakan maklumat perakaunan untuk pengguna dalaman. • Skop kerja termasuk kawalan, perancangan dan pengurusan pengeluaran. LATIHAN chap 1 new.indd 31 8/3/2017 2:21:06 PM


32 4 Yang manakah antara berikut merupakan kesan pelanggaran kod etika perakaunan ketika Penyata Kewangan disediakan terhadap pelabur? A Pelabur akan berasa yakin terhadap kemampuan perniagaan untuk menjana dividen. B Pelabur akan menambahkan modal mereka ke dalam perniagaan untuk memperoleh keuntungan yang lebih banyak. C Pelabur akan membuat keputusan yang kurang tepat kerana Penyata Kewangan tidak menggambarkan prestasi sebenar perniagaan. D Pelabur tidak akan berasa curiga terhadap Penyata Kewangan kerana semua perkara dalam perniagaan dilaporkan dalam keadaan baik. 5 Badan penggubal piawaian perakaunan di Malaysia ialah A C B D 6 Pernyataan berikut menerangkan suatu badan profesional perakaunan di Malaysia: Berpandukan penyataan di atas, apakah badan profesional perakaunan yang dimaksudkan? A MIA – Malaysian Instistute of Accountants B IFAC – International Federation of Accountants C MASB – Malaysian Accounting Standard Board D ACCA – Association of Certified Chartered Accountants 7 Luca Pacioli diberikan gelaran ‘Bapa Perakaunan’ kerana beliau telah A mencipta kaedah Venice. B memulakan Sistem Catatan Bergu. C menerbitkan pelbagai karya perakaunan. D memperkenalkan Sistem Catatan Bergu secara bertulis. 8 Apakah kepentingan sistem maklumat perakaunan pada sesebuah perniagaan? A Mengurangkan kebergantungan pada sumber tenaga kerja manusia dalam perakaunan. B Membolehkan pemantauan proses perakaunan berjalan lancar dalam perniagaan. C Menjamin peluang pekerjaan yang lebih baik dalam bidang perakaunan. D Meningkatkan kod etika pada akauntan dalam perniagaan. 9 Ciri kualitatif Penyata Kewangan termasuk I Kebolehbandingan III Keseragaman II Kebolehfahaman IV Pemasaan A I, II dan III C I, III dan IV B I, II dan IV D II, III dan IV • Memberikan khidmat sokongan kepada ahli-ahli dan para pelajarnya sepanjang kerjaya perakaunan mereka. • Memberikan pendedahan tentang peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan amalan perakaunan, kod amalan perakaunan dan etika. chap 1 new.indd 32 8/3/2017 2:21:06 PM


Modul 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 33 10 Pernyataan berikut menerangkan suatu ciri kualitatif Penyata Kewangan: Berpandukan penyataan di atas, apakah ciri kualitatif Penyata Kewangan yang dimaksudkan? A Kebolehbandingan C Perwakilan benar B Kebolehsahan D Kebolehfahaman 11 Situasi berikut berkaitan dengan suatu andaian perakaunan: Berpandukan situasi di atas, apakah andaian perakaunan yang dipatuhi oleh Encik Sammy? A Wang sebagai ukuran C Entiti berasingan B Tempoh perakaunan D Usaha berterusan 12 Pengguna dalaman Penyata Kewangan ialah A Ahli lembaga pengarah C Lembaga Hasil Dalam Negeri B Firma pengauditan D Bank Negara 13 Berikut merupakan ciri-ciri sebuah perniagaan: Berdasarkan pernyataan di atas, perniagaan manakah menepati semua ciri di atas? A Kedai Dobi Kancil C Klinik Suzain dan Haslina B Bestmart Sdn. Bhd. D Ah Lim Penang Prawn Mee 14 Apakah yang dimaksudkan dengan ‘liabiliti tidak terhad’? A Perniagaan mempunyai kapasiti hutang yang besar. B Perniagaan mendapat pembiayaian bank tanpa had. C Pemilik diberikan kepercayaan untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak ketiga. D Pemilik membayar hutang perniagaan dengan harta peribadi jika aset perniagaan tidak mencukupi. 15 Situasi berikut berkaitan dengan suatu prinsip perakaunan: Berpandukan situasi di atas, apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi? A Ketekalan C Entiti berasingan B Prinsip kos D Pengiktirafan hasil dan belanja Maklumat dalam Penyata Kewangan mestilah bebas daripada kesilapan material dan tiada unsur berat sebelah serta pelaporannya tidak mengelirukan. • Liabiliti tidak terhad. • Cukai pendapatan individu dikenakan atas pemilik. • Untung atau rugi perniagaan diagihkan kepada semua pemilik. Komisen yang masih belum diterima pada akhir tempoh perakaunan perlu diselaraskan dalam Akaun Komisen sebelum untung bersih dapat ditentukan. Encik Sammy memiliki sebuah kedai alat tulis. Setiap kali beliau mengambil inventori alat tulis untuk kegunaan anaknya, beliau tidak merekodkan ambilan itu sebagai belanja kedai. Sebaliknya, beliau merekodkannya ke dalam Akaun Ambilan. chap 1 new.indd 33 8/3/2017 2:21:06 PM


34 Soalan Struktur 1 Berikan perbezaan antara simpan kira dengan perakaunan. 2 Terangkan secara ringkas tentang subbidang perakaunan berikut: (a) Perakaunan Kewangan (b) Perakaunan Pengurusan 3 Mengapakah seseorang akauntan perlu mematuhi kod etika perakaunan? 4 Bincangkan peranan akauntan sebagai seorang pemimpin dalam organisasi. Berikan dua contoh. 5 Terangkan fungsi badan-badan berikut: (a) Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) (b) Institut Akauntan Malaysia (MIA) 6 Nyatakan nama tokoh yang digelar ‘Bapa Perakaunan’ dan sumbangan beliau dalam bidang perakaunan. 7 Lakar dan labelkan sebuah Kitaran Perakaunan yang lengkap. 8 Nyatakan empat ciri kualitatif tertingkat maklumat perakaunan. 9 Bezakan entiti perniagaan milikan tunggal dengan perkongsian. 10 Bezakan entiti perniagaan syarikat awam berhad dengan syarikat sendirian berhad. 11 Puan Halimah merupakan seorang akauntan dalam sebuah firma pengauditan. Pada tahun 2016, beliau ditugaskan untuk mengaudit Penyata Kewangan bagi Kedai Fesyen Pertama. Encik Lim, pemilik Kedai Fesyen Pertama mengupah seorang akauntan, Encik Halim untuk mengendalikan kerja simpan kira di kedainya. Pada hari pertama Puan Halimah melakukan kerja lapangan di Kedai Fesyen Pertama, Encik Halim telah menyuarakan situasi pengendalian dan perekodan hasil jualan tunai dalam buku catatan perakaunan kedai itu. “Tunai hasil jualan akan dikira setiap hari dan direkodkan dalam buku tunai. Jumlah tunai daripada hasil jualan akan diserahkan kepada Encik Lim pada setiap hari Jumaat untuk didepositkan ke dalam akaun bank kedai. Namun demikian, daripada slip deposit bank, saya mendapati bahawa jumlah tunai yang dibankkan adalah kurang RM500 daripada jumlah tunai yang saya serahkan kepada Encik Lim setiap minggu,” kata Encik Halim kepada Puan Halimah. “Saya pernah mengajukan perkara ini kepada Encik Lim tetapi Encik Lim mengatakan bahawa beliau akan mengubah amaun hasil jualan mingguan dalam Buku Tunai supaya sepadan dengan amaun yang didepositkan ke dalam akaun bank,” sambung Encik Halim. Puan Halimah memberikan respons, “Encik Lim sewajarnya mengiktiraf hasil jualan yang sebenarnya berlaku dalam kedainya kerana pada akhir tempoh perakaunan nanti, tindakan Encik Lim akan memberikan impak yang kurang baik terhadap Penyata Kewangan perniagaannya.” Berdasarkan senario di atas, bincangkan: (a) Adakah benar tindakan Puan Halimah dalam mengendalikan kes di atas? Berikan justifikasi anda. (b) Apakah implikasi tindakan Encik Lim terhadap Penyata Kewangan syarikatnya pada akhir tempoh perakaunan? (Dipetik dan diubah suai daripada http://wpweb2.tepper.cmu.edu/ethics/AA/acct10-case.pdf) chap 1 new.indd 34 8/3/2017 2:21:06 PM


35 KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN AKAUN METAFORA ALMARI PAKAIAN DENGAN PERAKAUNAN Berdasarkan gambar berikut, pakaian di dalam almari A tidak disusun manakala pakaian di dalam almari B disusun dengan kemas. Jika dilihat pakaian di dalam almari B jauh lebih mudah dicari dan diurus kerana disusun atur mengikut jenisnya. Perkara yang sama juga berlaku dalam perakaunan. Pakaian boleh diibaratkan sebagai akaun. STANDARD KANDUNGAN 2 Komponen Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan Item setiap komponen Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan Persamaan Perakaunan Catatan Kontra dan Carta Akaun Modul A B Almari akan kelihatan lebih kemas dan pakaian mudah dicari apabila disusun mengikut kategori tertentu. Akaun-akaun sesebuah perniagaan atau organisasi perlu diklasifikasikan mengikut ciri-ciri kesamaan masing-masing supaya perekodan dan pengurusan akaun menjadi lebih efisien dan sistematik. chap 2 new.indd 35 10/10/2016 2:36:19 PM


36 Murid boleh: • Mengenal pasti komponen dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi. • Mengenal pasti komponen dalam Penyata Kedudukan Kewangan. 2.1 STANDARD PEMBELAJARAN KOMPONEN AKAUN PERDAGANGAN DAN UNTUNG RUGI DAN PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN Pengenalan Akaun merupakan ringkasan urus niaga yang berlaku dalam suatu tempoh masa. Dalam suatu akaun, kita akan merekodkan tarikh berlaku urus niaga, butiran dan amaun. Perekodan urus niaga dalam perakaunan Dalam perniagaan berbagai-bagai urus niaga berlaku pada setiap hari, misalannya membeli perabot, membayar bil air, menerima cek daripada hasil jualan dan mendepositkan tunai ke bank. Urus niaga perniagaan ini perlu direkodkan dalam akaun. Untuk memudahkan kerja perekodan urus niaga, baik secara manual atau secara berkomputer akaunakaun perlu diklasifikasikan. Komponen dalam Penyata Pendapatan Penyata Pendapatan adalah penyata yang menunjukkan prestasi kewangan sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh perakaunan. Daya Fikir Nyatakan komponenkomponen yang terdapat dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi. Akaun Perdagangan dan Untung Rugi disediakan untuk menentukan: • Untung kasar • Untung bersih TIP INFO Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perekodan urus niaga, sila imbas QR Code berikut: http://www.slideshare.net/ surayahhusein/bab-4-simpan-kira (Diakses pada 9 September 2016) Penyata Pendapatan Akaun Perdagangan Jualan Bersih Hasil Kos Jualan Belanja Akaun Untung Rugi chap 2 new.indd 36 10/10/2016 2:36:20 PM


Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN 37 Kedai Kasut Lionel Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 RM RM RM Jualan 28 286 Tolak Pulangan Jualan (430) Jualan Bersih 27 856 Tolak Kos Jualan Inventori Awal 62 540 Belian 23 143 Tolak Pulangan Belian (320) Belian Bersih 22 823 Tambah Angkutan Masuk 200 Kos Belian 23 023 Kos Barang untuk Dijual 85 563 Tolak Inventori Akhir (69 234) Kos Jualan (16 329) Untung Kasar 11 527 Kedai Kasut Lionel Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 RM RM RM Untung Kasar 11 527 Tambah Hasil Diskaun Diterima 457 Komisen Diterima 650 12 634 Tolak Belanja Diskaun Diberi 500 Kadar Bayaran 200 Upah 900 Sewa 800 Faedah Pinjaman 400 (2 800) Untung Bersih 9 834 Jualan Bersih Hasil operasi perniagaan yang terdiri daripada jualan dan pulangan jualan. Kos Jualan Kos dan belanja untuk membeli barang niaga, termasuk inventori, belian, pulangan belian dan angkutan masuk. Komponen dalam Akaun Untung Rugi Komponen dalam Akaun Perdagangan Komponen jualan bersih Komponen hasil Komponen belanja Komponen kos jualan Pulangan = Pulangan Jualan Masuk Pulangan = Pulangan Belian Keluar TIP chap 2 new.indd 37 10/10/2016 2:36:20 PM


38 Hasil Pendapatan yang dijana dalam perniagaan. Sebagai contoh, komisen diterima dan faedah diterima. Belanja Perbelanjaan yang dibayar dalam perniagaan. Sebagai contoh, kadar bayaran, gaji dan sewa. Komponen dalam Penyata Kedudukan Kewangan Penyata Kedudukan Kewangan merupakan penyata yang menunjukkan kedudukan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik perniagaan. Kedai Kasut Lionel Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2016 RM RM Aset Bukan Semasa Kenderaan 50 000 Aset Semasa Inventori Akhir 69 234 Akaun Belum Terima 7 665 Bank 2 441 Tunai 5 910 85 250 Tolak Liabiliti Semasa Akaun Belum Bayar (10 752) Modal Kerja 74 498 124 498 Ekuiti Pemilik Modal Awal 83 740 Tambah Untung Bersih 9 834 93 574 Tolak Ambilan (679) Modal Akhir 92 895 Liabiliti Bukan Semasa Pinjaman Bank 31 603 124 498 Komponen Penyata Kedudukan Kewangan Aset Bukan Semasa Liabiliti Semasa Aset Semasa Ekuiti Pemilik Liabiliti Bukan Semasa Komponen dalam Penyata Kedudukan Kewangan Aset Bukan Semasa Aset Semasa Liabiliti Semasa Liabiliti Bukan Semasa Ekuiti Pemilik Daya Fikir Nyatakan dua contoh item lain bagi: (a) Hasil (b) Belanja Penyata Kedudukan Kewangan disediakan untuk melihat baki aset, liabiliti dan ekuiti pemilik pada suatu tarikh. TIP chap 2 new.indd 38 10/10/2016 2:36:20 PM


Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN 39 Aset Bukan Semasa Aset perniagaan yang mempunyai tempoh hayat penggunaan melebihi setahun kewangan dan tahap kecairannya rendah. Sebagai contoh, kenderaan. Aset Semasa Aset perniagaan yang bersifat tidak tahan lama dan mempunyai tempoh penggunaan kurang daripada setahun. Aset semasa juga mempunyai tahap kecairan yang tinggi. Sebagai contoh, inventori, tunai di tangan dan deposit semasa. Liabiliti Semasa Hutang perniagaan jangka pendek yang dapat dijelaskan dalam tempoh setahun kewangan. Sebagai contoh, Akaun Belum Bayar. Liabiliti Bukan Semasa Hutang perniagaan jangka panjang yang memerlukan tempoh melebihi satu tahun kewangan untuk menjelaskannya. Sebagai contoh, pinjaman bank. Ekuiti Pemilik Pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan. Keuntungan akan menambahkan Ekuiti Pemilik manakala kerugian akan mengurangkan Ekuiti Pemilik. Kategorikan setiap akaun berikut ke dalam komponen yang berkaitan: Tunai Angkutan masuk Inventori akhir Ambilan Jualan Angkutan keluar Akaun Belum Terima Komisen diterima Pulangan belian Alat tulis Modal Faedah simpanan Upah atas belian Faedah pinjaman Belanja am Akaun Belum Bayar Pinjaman Kadar bayaran Premis Alatan kedai Komponen Akaun Akaun Perdagangan dan Untung Rugi Jualan Bersih Kos Jualan Hasil Belanja Penyata Kedudukan Kewangan Aset Semasa Aset Bukan Semasa Liabiliti Semasa Liabiliti Bukan Semasa Ekuiti Pemilik Perbezaan dalam baki Aset Semasa dan Liabiliti Semasa dikenali sebagai Modal Kerja. Perniagaan yang mempunyai nilai Modal Kerja yang tinggi lebih menyakinkan para pelabur kerana perniagaan mempunyai Aset Semasa yang mencukupi untuk menampung Liabiliti Semasa dan mempunyai potensi menjana pendapatan yang lebih baik. TAHUKAH ANDA? LATIHAN MINDA 2.1 Daya Fikir Nyatakan definisi Ekuiti Pemilik. chap 2 new.indd 39 10/10/2016 2:36:20 PM


40 Hasil Hasil merupakan pendapatan perniagaan yang dijana sama ada melalui operasi perniagaan ataupun bukan operasi perniagaan dalam suatu tempoh perakaunan. Mengikut prinsip pengiktirafan hasil dan belanja, hasil termasuklah wang (tunai atau cek) yang sudah diterima dan juga wang yang akan diterima pada masa akan datang. Hasil dapat dibahagikan kepada: Hasil operasi • Pendapatan yang dijana daripada aktiviti harian perniagaan. • Pendapatan daripada jualan barang niaga atau perkhidmatan merupakan sumber utama bagi jenis hasil ini. • Contoh: Bagi sebuah kedai kain, jualan kain merupakan hasil operasi yang paling utama. Bagi firma guaman, yuran guaman merupakan hasil operasi paling utama. • Contoh lain bagi hasil operasi ialah komisen diterima dan dividen diterima. Hasil bukan operasi • Dijana daripada aktiviti yang berkaitan secara tidak langsung dengan aktiviti utama. • Dividen daripada pelaburan dan keuntungan jualan Aset Bukan Semasa. Murid boleh: • Menjelaskan definisi hasil, belanja, aset, liabiliti dan ekuiti pemilik. • Membezakan hasil operasi dan hasil bukan operasi. • Mengklasifikasikan hasil. • Membezakan belanja operasi dan belanja bukan operasi. • Mengklasifikasikan belanja. • Membezakan hasil operasi, hasil bukan operasi, belanja operasi dan belanja bukan operasi antara perniagaan yang berorientasikan barang dan perkhidmatan. • Menjelaskan ciri-ciri Aset Semasa dan Aset Bukan Semasa. • Mengklasifikasikan aset. • Menjelaskan sebab sesuatu Aset Bukan Semasa boleh dikategorikan sebagai Aset Semasa dalam perniagaan yang berbeza. • Menjelaskan ciri-ciri Liabiliti Semasa dan Liabiliti Bukan Semasa. • Mengklasifikasikan liabiliti. • Menjelaskan sebab sesuatu Liabiliti Bukan Semasa boleh dikategorikan sebagai Liabiliti Semasa dalam perniagaan yang sama dan berbeza. • Menyenaraikan item dalam komponen Ekuiti Pemilik. 2.2 ITEM SETIAP KOMPONEN AKAUN STANDARD PEMBELAJARAN PERDAGANGAN DAN UNTUNG RUGI DAN PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN Pengurangan Peruntukan Hutang Ragu ialah hasil kerana anggaran hutang yang tidak dapat dikutip semula telah berkurangan. Andaikan pada tahun lepas, Peruntukan Hutang Ragu ialah RM10 000 manakala pada tahun ini berkurang menjadi RM8 000. Pengurangan RM2 000 merupakan hasil bagi tahun kewangan semasa. TAHUKAH ANDA? Penyata Kewangan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi Penyata Kedudukan Kewangan Hasil Aset Liabiliti Belanja Ekuiti Pemilik chap 2 new.indd 40 10/10/2016 2:36:20 PM


Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN 41 Selain daripada hasil yang melibatkan penerimaan wang, terdapat juga hasil yang tidak melibatkan penerimaan wang. Hasil yang melibatkan penerimaan wang Jualan, komisen diterima, sewa diterima dan faedah simpanan. Hasil yang tidak melibatkan penerimaan wang Pengurangan Peruntukan Hutang Ragu dan untung atas pelupusan aset. Belanja Belanja merupakan perbelanjaan yang dibayar dan perbelanjaan yang akan dibayar pada masa hadapan. Belanja penting untuk memastikan operasi perniagaan dapat dijalankan dengan lancar. Sebagai contoh, bagi perniagaan pasar raya, jika tiada belanja untuk membayar penggunaan elektrik maka perniagaan sukar dijalankan dengan lancar kerana suasana tidak selesa, gelap dan panas. Belanja dapat dibahagikan kepada: Belanja operasi • Belanja yang terlibat secara langsung dalam aktiviti utama perniagaan seperti gaji, insurans, sewa, kadar bayaran (bil telefon, elektrik, air, Internet), belanja am, alat tulis dan susut nilai. Belanja bukan operasi • Belanja yang tidak terlibat secara langsung dalam aktiviti utama perniagaan seperti faedah atas pinjaman bank, faedah atas overdraf bank dan rugi atas pelupusan aset. JUALAN: Hasil yang dijana daripada aktiviti menjual barang niaga. KOMISEN DITERIMA: Ganjaran kepada usaha peniaga menjual barangan. SEWA DITERIMA: Hasil yang dijana daripada menyewakan premis atau aset kepada pihak luar. FAEDAH SIMPANAN: Hasil faedah daripada simpanan wang di institusi kewangan seperti bank perdagangan. PENGURANGAN PERUNTUKAN HUTANG RAGU: Pengurangan dalam anggaran hutang yang mungkin tidak dapat dikutip semula. DIVIDEN: Hasil yang dijana daripada aktiviti pelaburan. GLOSARI Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah dilancarkan pada 1 April 2015 di negara kita. GST bukan hasil kerana GST yang dikutip tidak dimiliki oleh perniagaan. GST juga bukan belanja kerana perniagaan tidak menggunakan wang perniagaan untuk membayar GST. TAHUKAH ANDA? GERAK KERJA 1 Berikut merupakan butiran hasil yang biasa terdapat dalam perniagaan: • Dividen • Jualan • Sewa diterima • Komisen diterima • Faedah atas simpanan Klasifikasikan butiran hasil di atas kepada hasil operasi dan hasil bukan operasi. Gunakan peta pemikiran i-Think untuk membantu anda. CELIK KEWANGAN ‘Arahan tetap’ merupakan kaedah pembayaran yang semakin mendapat perhatian pengguna. Tunai di bank pemegang akaun akan dipindahkan ke dalam akaun pihak ketiga pada tarikh ataupun masa tertentu secara automatik. Misalannya, bil utiliti boleh dibayar secara arahan tetap setiap bulan. Dengan adanya arahan tetap, pengguna tidak perlu lagi risau tentang kelewatan pembayaran bil. chap 2 new.indd 41 10/10/2016 2:36:21 PM


42 Sama seperti hasil, belanja juga melibatkan pembayaran wang dan tidak melibatkan pembayaran wang. Melibatkan pembayaran wang Sewa, gaji, insurans, kadar bayaran, belian dan faedah pinjaman. Tidak melibatkan pembayaran wang Susut nilai aset, hutang lapuk dan pewujudan atau pertambahan Peruntukan Hutang Ragu. BELIAN: Belanja untuk membeli barang niaga. KADAR BAYARAN: Bayaran bil utiliti seperti bil elektrik, air, telefon dan Internet. BELANJA AM: Belanja umum yang tidak diklasifikasikan dalam belanja lain. INSURANS: Bayaran premium untuk mendapatkan perlindungan kewangan daripada syarikat insurans. FAEDAH PINJAMAN: Faedah yang dikenakan ke atas pinjaman pokok. HUTANG LAPUK: Hutang yang sudah pasti tidak dapat dikutip semula dan dihapus kira. PERTAMBAHAN PERUNTUKAN HUTANG RAGU: Pertambahan dalam anggaran hutang yang mungkin tidak dapat dikutip semula. SUSUT NILAI ASET: Penyusutan nilai aset bukan semasa. DUTI IMPORT: Cukai yang dikenakan atas barangan import. ANGKUTAN MASUK: Bayaran untuk mengangkut barang niaga ke dalam perniagaan. ANGKUTAN KELUAR: Bayaran untuk mengangkut barang kepada pelanggan. GLOSARI Contoh aset fizikal Aset Aset ialah harta yang dimiliki oleh perniagaan untuk menjana hasil. Peniaga memerlukan aset untuk menjalankan perniagaan. Aset yang digunakan dalam perniagaan boleh: Berbentuk fizikal Perabot, inventori dan kelengkapan. Tidak berbentuk fizikal Akaun Belum Terima dan faedah simpanan belum diterima. Daya Fikir Pada pandangan anda, bagi perniagaan yang menjalankan jualan atas talian, bayaran pengehosan dan nama domain tahunan bagi laman sesawang diklasifikasikan sebagai belanja operasi atau belanja bukan operasi? Berikan alasan anda. GERAK KERJA 2 Berikut merupakan butiran belanja yang biasa terdapat dalam perniagaan: Kadar bayaran Rugi pertukaran wang asing Premium insurans Susut nilai Duti import Belian Klasifikasikan butiran belanja di atas kepada belanja operasi dan belanja bukan operasi. Gunakan peta pemikiran i-Think untuk membantu anda. chap 2 new.indd 42 10/10/2016 2:36:21 PM


Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN 43 Aset boleh diklasifikasikan berdasarkan tahap kecairan, hayat penggunaan dan ketahanan aset. Aset dibahagikan kepada: Aset Bukan Semasa • Aset perniagaan yang bersifat tahan lama boleh digunakan melebihi satu tahun kewangan dan mempunyai tahap kecairan yang rendah. • Sebagai contoh, premis (bangunan kedai, gudang), kenderaan, kelengkapan (penyaman udara, peti sejuk, kipas), alatan pejabat (komputer, mesin cetak, pengimbas kod bar) dan perabot (rak pameran, meja, kaunter, kabinet). Aset Semasa TAHAP KECAIRAN: Merujuk kepada sejauh mana sesuatu aset mudah ditukar kepada tunai. Semakin mudah aset ditukar menjadi tunai, semakin tinggi tahap kecairannya. Manakala semakin sukar aset ditukar menjadi tunai, semakin rendah tahap kecairan aset tersebut. GLOSARI Aset Semasa • Aset perniagaan yang dapat ditukar kepada bentuk tunai dalam jangka masa setahun dan mempunyai tahap kecairan yang tinggi. • Sebagai contoh, inventori barang niaga, Akaun Belum Terima, tunai di tangan, deposit tetap, deposit kadar bayaran, pelaburan dan tunai di bank. Aset Bukan Semasa Daya Fikir • Kedai barangan elektrik • Restoran • Kedai karaoke Bagi setiap perniagaan di atas, adakah ‘televisyen’ diklasifikasikan sebagai Aset Bukan Semasa atau Aset Semasa (inventori)? Beri alasan anda. Apakah perbezaan antara ‘Lekapan dan Lengkapan’ dengan ‘Kelengkapan’? Untuk menjawab soalan ini, sila imbas QR Code berikut: https://sifu2b.wordpress.com/ interaksi-guru-pelajar-akaun/ topik-tgktn-4/t4-bhg1-kategoridan-kelas-akaun/ (Diakses pada 9 September 2016) TAHUKAH ANDA? Contoh chap 2 new.indd 43 10/10/2016 2:36:30 PM


44 Liabiliti Liabiliti merupakan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan. Dengan kata lain, liabiliti ialah tuntutan pihak luar terhadap aset perniagaan. Liabiliti dapat diklasifikasikan kepada: Liabiliti Bukan Semasa • Hutang luaran yang mengambil masa melebihi satu tahun kewangan untuk menjelaskannya. • Hutang jangka panjang yang perlu dijelaskan oleh sesebuah perniagaan. • Sebagai contoh, pinjaman bank dan gadai janji. Liabiliti Semasa • Hutang luaran yang mengambil masa kurang dari satu tahun kewangan untuk menjelaskannya. • Liabiliti Semasa bersifat hutang jangka pendek. • Sebagai contoh, Akaun Belum Bayar dan overdraf bank. Bagi perniagaan yang sama, sesuatu Liabiliti Bukan Semasa akan diklasifikasikan sebagai Liabiliti Semasa jika tempoh matangnya kurang 12 bulan dari tarikh akhir tahun kewangan berkenaan. Apakah itu overdraf bank (overdraft facility – OD)? Pinjaman jangka pendek yang disediakan oleh bank perdagangan kepada pelanggan atas persetujuan bank untuk menyediakan sejumlah wang pinjaman kepada pelanggannya. Apabila pengeluaran wang oleh pelanggannya telah melebihi baki tunai di bank, OD akan menampung kekurangan tersebut. Jika OD diperoleh tetapi tidak digunakan maka OD bukanlah Liabiliti Semasa kepada perniagaan. Sebaliknya, jika perniagaan sudah menggunakannya, maka OD itu ialah Liabiliti Semasa kepada perniagaan dan perlu dibayar balik kepada bank. TAHUKAH ANDA? CONTOH 1 Situasi A: Kedai Perabot Maju membeli meja, kerusi, almari dan rak televisyen daripada pembekal untuk dijual semula di kedainya. Barangan tersebut merupakan inventori barang niaga kepada Kedai Perabot Maju. Dalam situasi ini, perabot merupakan Aset Semasa kepada Kedai Perabot Maju. Situasi B: Sebuah meja dan empat buah kerusi dibeli oleh Kedai Perabot Maju dan diletakkan di kaunter juruwang di dalam kedai. Dalam keadaan ini, meja dan kerusi ini merupakan Aset Bukan Semasa kepada perniagaan kerana meja dan kerusi di kaunter juruwang ini bukan untuk dijual semula kepada pelanggan sebaliknya digunakan untuk memudahkan urusan penerimaan dan pembayaran wang dalam kedai. Situasi C: Pemilik Kedai Roti Sedap berkunjung ke sebuah kedai perabot untuk membeli rak pameran. Rak pameran digunakan untuk mempamerkan kek yang dijual. Rak pameran tersebut bukan untuk dijual kepada pelanggan yang mengunjungi kedainya. Maka rak pameran itu merupakan Aset Bukan Semasa bagi Kedai Roti Sedap. Aset Bukan Semasa boleh dikategorikan sebagai Aset Semasa dalam perniagaan yang berbeza, bergantung kepada aktiviti utama perniagaan. Sebagai contoh: chap 2 new.indd 44 10/10/2016 2:36:30 PM


Click to View FlipBook Version