The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SmallDimSum, 2023-04-04 21:59:01

PRINSIP AKAUN FORM 4 TEXTBOOK KSSM

PRINSIP AKAUN FORM 4 TEXTBOOK KSSM

Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN 45 INFO Pinjaman bank merupakan Liabiliti Bukan Semasa yang penting untuk membolehkan perniagaan membeli Aset Bukan Semasa, membiayai projek atau mengembangkan perniagaan. CONTOH 2 Situasi A: Tarikh matang Pinjaman A Tempoh perakaunan Baki tempoh matang pinjaman 30 September 2017 1 Januari 2016 – 31 Disember 2016 9 bulan Berdasarkan situasi A, tempoh matang Pinjaman A hanya tinggal 9 bulan sahaja dan perlu dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh tahun perakaunan berakhir 31 Disember 2017. Oleh itu, Pinjaman A diklasifikasikan sebagai Liabiliti Semasa. Situasi B: Tarikh matang Pinjaman B Tempoh perakaunan Baki tempoh matang pinjaman 30 September 2020 1 Januari 2016 – 31 Disember 2016 45 bulan Berdasarkan situasi B, tempoh matang pinjaman ialah pada 30 September 2020. Pinjaman B akan diklasifikasikan sebagai Liabiliti Semasa bagi tempoh 1 Jan 2017 hingga 31 Dis 2017 dan Liabiliti Bukan Semasa bagi tempoh mulai 1 Jan 2018 kerana mengambil masa lebih daripada setahun untuk menjelaskannya. CONTOH 3 Perniagaan Amaun pinjaman Tarikh mula pinjaman Tarikh matang pinjaman Bayaran dalam tahun kewangan Kedai Runcit Su RM200 000 1 Januari 2016 31 Disember 2019 RM50 000 Good Time Sdn. Bhd. RM200 000 1 Januari 2016 31 Disember 2016 RM100 000 Berdasarkan jadual di atas, Kedai Runcit Su perlu melangsaikan pinjaman berjumlah RM200 000 dalam tempoh 4 tahun. Maka dalam Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2016, pinjaman tersebut akan diklasifikasikan sebagai Liabiliti Semasa sebanyak RM50 000 dan Liabiliti Bukan Semasa sebanyak RM100 000. Bagi Good Time Sdn. Bhd. pihak pengurusan perlu menjelaskan pinjaman berjumlah RM200 000 dalam tempoh 12 bulan. Maka dalam Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 Jun 2016, baki pinjaman RM100 000 akan diklasifikasikan sebagai Liabiliti Semasa sebanyak RM100 000. Situasi A mengklasifikasikan pinjaman bank sebagai Liabiliti Semasa manakala situasi B pula mengklasifikasikan pinjaman bank sebagai Liabiliti Semasa dan Liabiliti Bukan Semasa. Pengklasifikasian ini adalah bergantung kepada tempoh masa bayaran balik pinjaman. chap 2 new.indd 45 10/10/2016 2:36:30 PM


46 Ekuiti Pemilik Ekuiti Pemilik merupakan ‘hutang’ perniagaan terhadap pemilik atau tuntutan pemilik terhadap aset perniagaan. Untuk memulakan perniagaan, pemilik perlu membawa masuk harta benda peribadi supaya perniagaan boleh mula beroperasi untuk menjana pendapatan. Tanpa sumbangan daripada pemilik, mustahil perniagaan itu boleh beroperasi. Situasi ini bagaikan perniagaan ‘meminjam’ modal daripada pemilik untuk memulakan aktiviti perniagaan. Kesimpulannya, Ekuiti Pemilik merupakan bahagian perniagaan yang disumbangkan dan dimiliki oleh pemilik itu. Ekuiti Pemilik = Modal + Untung Bersih/–Rugi Bersih – Ambilan Daya Fikir Nyatakan tiga komponen dalam Ekuiti Pemilik. Faktor yang menyebabkan Ekuiti Pemilik bertambah: • Modal tambahan • Untung bersih Faktor yang menyebabkan Ekuiti Pemilik berkurang: • Ambilan • Rugi bersih TIP 1 Lengkapkan jadual berikut: Hasil operasi Aspek Hasil bukan operasi Definisi Contoh akaun Aset Bukan Semasa Aspek Aset Semasa Ciri-ciri Contoh akaun Liabiliti Bukan Semasa Aspek Liabiliti Semasa Ciri-ciri Contoh akaun 2 Tentukan sama ada pernyataan berikut adalah benar atau salah: (a) Aset Bukan Semasa dibeli adalah untuk dijual semula kepada pelanggan. (b) Liabiliti merupakan tanggungan hutang perniagaan terhadap pihak luar. (c) Ekuiti Pemilik ialah tuntutan pemilik terhadap aset perniagaan. (d) Pendapatan daripada jualan barang niaga dianggap sebagai hasil bukan operasi. 3 Dalam setiap situasi berikut, kenal pasti sama ada aset diklasifikasikan sebagai Aset Semasa atau Aset Bukan Semasa: (a) Kedai Alat Elektrik Kevin mengeluarkan sebuah kipas meja untuk kegunaan kedai. Kipas meja tersebut merupakan . (b) Puan Shamsiah membeli 10 buah mesin taip elektronik untuk dijual dalam kedai bekalan pejabatnya. Mesin taip berkenaan merupakan . LATIHAN MINDA 2.2 chap 2 new.indd 46 10/10/2016 2:36:30 PM


Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN 47 Murid boleh: • Menulis rumus Persamaan Perakaunan tanpa hasil dan belanja. • Menghitung nilai aset, liabiliti atau ekuiti pemilik tanpa hasil dan belanja menggunakan rumus Persamaan Perakaunan. • Menunjukkan kesan setiap urus niaga terhadap Persamaan Perakaunan tanpa hasil dan belanja. • Menulis rumus Persamaan Perakaunan dengan hasil dan belanja. • Menghitung nilai aset, liabiliti dan ekuiti pemilik yang melibatkan hasil dan belanja menggunakan rumus Persamaan Perakaunan. • Menunjukkan kesan setiap urus niaga terhadap Persamaan Perakaunan dengan mengambil kira hasil dan belanja. • Menunjukkan kesan ambilan barang niaga dan ambilan aset oleh pemilik terhadap Persamaan Perakaunan. 2.3 STANDARD PEMBELAJARAN PERSAMAAN PERAKAUNAN Persamaan Perakaunan Tanpa Hasil dan Belanja Persamaan perakaunan yang asas menyatakan hubungan antara aset, liabiliti dan ekuiti pemilik. Aset = Liabiliti + Ekuiti pemilik Berdasarkan persamaan perakaunan, jumlah aset hendaklah sentiasa sama dengan jumlah ekuiti pemilik dan liabiliti. Persamaan perakaunan asas (tanpa mengambil kira hasil dan belanja) dikenali juga sebagai persamaan Penyata Kedudukan Kewangan. Persamaan Perakaunan dengan Hasil dan Belanja Ekuiti Pemilik terdiri daripada modal dan untung bersih. Maka persamaannya ialah Aset = Liabiliti + Modal + Untung bersih/ – Rugi bersih Ekuiti Pemilik dicerakinkan kepada modal dan untung bersih dan diletak di bahagian kanan persamaan. Untung bersih merupakan lebihan hasil daripada belanja manakala rugi bersih merupakan lebihan belanja daripada hasil. Maka persamaannya ialah Aset = Liabiliti + Modal + Hasil – Belanja Contoh Kesan Urus Niaga terhadap Persamaan Perakaunan Urus niaga Kesan Penerangan 1 Beli barang niaga RM500 dengan tunai (+) Inventori Membeli barang niaga, inventori bertambah RM500. (–) Tunai Tunai di tangan berkurang RM500 kerana tunai telah dibayar semasa membeli barang niaga. 2 Beli barang niaga RM1 200 dengan cek (+) Inventori Membeli barang niaga, inventori bertambah RM1 200. (–) Bank Tunai di bank berkurang RM1 200 kerana cek telah dibayar semasa membeli barang niaga. chap 2 new.indd 47 10/10/2016 2:36:30 PM


48 Urus niaga Kesan Penerangan 3 Beli barang niaga RM2 400 secara kredit (+) Inventori Membeli barang niaga, inventori bertambah RM2 400. (+) Akaun Belum Bayar Akaun Belum Bayar bertambah RM2 400 kerana membeli secara kredit (berhutang). 4 Jual barang niaga berkos RM400 dan tunai RM480 diterima (–) Inventori Menjual barang niaga, inventori berkurang RM400. (+) Tunai Tunai di tangan bertambah RM480 kerana menerima tunai daripada jualan. (+) Untung/ Modal Untung bersih = RM480 – RM400 = RM80 5 Jual barang niaga berkos RM900 dan cek RM990 diterima (–) Inventori Menjual barang niaga, inventori berkurang RM900. (+) Bank Tunai di bank bertambah RM990 kerana menerima cek daripada jualan (andaikan cek dideposit pada hari yang sama). (+) Untung/ Modal Untung bersih = RM990 – RM900 = RM90 6 Jual barang niaga RM760 dan tunai RM850 diterima. Tunai dibankkan (–) Inventori Menjual barang niaga, inventori berkurang RM760. (+) Bank Tunai di bank bertambah RM850 kerana tunai diterima dan dimasukkan ke dalam bank. (+) Untung/ Modal Untung bersih = RM850 – RM760 = RM90 7 Mengambil tunai di tangan RM200 untuk kegunaan peribadi (–) Tunai Tunai di tangan dikeluarkan daripada perniagaan, aset perniagaan akan berkurang RM200. (–) Modal Ambilan aset tersebut akan mengurangkan Ekuiti Pemilik perniagaan sebanyak RM200. 8 Membayar gaji RM920 dengan cek (–) Bank Pembayaran dalam bentuk cek akan mengurangkan aset perniagaan sebanyak RM920. (–) Untung/ Modal Belanja akan mengurangkan Ekuiti Pemilik atau untung bersih perniagaan sebanyak RM920. chap 2 new.indd 48 10/10/2016 2:36:30 PM


Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN 49 Urus niaga Kesan Penerangan 9 Membayar cek RM4 000 kepada Akaun Belum Bayar untuk menjelaskan hutang RM4 200 (–) Bank Cek dibayar, aset perniagaan berkurang sebanyak RM4 200. (–) Akaun Belum Bayar Akaun Belum Bayar akan berkurang RM4 200 kerana hutang telah dijelaskan. (+) Untung/ Modal Diskaun diterima = Jumlah hutang – Jumlah pembayaran = RM4 200 – RM4 000 = RM200 (hasil akan menambahkan Ekuiti Pemilik perniagaan) 10 Memindahkan tunai di tangan RM2 100 ke dalam bank (–) Tunai Tunai di tangan dikeluarkan, tunai berkurang RM2 100. (+) Bank Tunai yang dimasukkan ke dalam bank menambahkan tunai di bank perniagaan sebanyak RM2 100. 11 Mengeluarkan tunai di bank RM2 000 untuk kegunaan kedai (–) Bank Apabila tunai di bank dikeluarkan, tunai di bank berkurang RM2 000. (+) Tunai Pengeluaran tunai dari bank untuk digunakan di kedai/pejabat akan menambahkan tunai di tangan perniagaan sebanyak RM2 000. 12 Membawa masuk tunai RM6 000 sebagai tambahan modal (+) Tunai Tunai di tangan untuk kegunaan perniagaan menambahkan aset perniagaan sebanyak RM6 000. (+) Modal Sumbangan aset terhadap perniagaan akan menambahkan modal sebanyak RM6 000. 13 Menerima komisen RM160 dengan tunai (+) Tunai Penerimaan hasil secara tunai akan menambahkan aset perniagaan RM160. (+) Untung/ Modal Hasil akan menambahkan Ekuiti Pemilik perniagaan RM160. 14 Sebuah perabot berharga RM4 900 dibeli daripada Kedai Perabot Tan dengan bayaran pendahuluan RM1 000 secara tunai dan bakinya RM3 900 akan dibayar kemudian (+) Perabot Membeli perabot, aset bertambah RM4 900. (–) Tunai Bayaran tunai pendahuluan mengurangkan aset sebanyak RM1 000. (+) Lain-lain Akaun Belum Bayar Baki hutang terhadap Akaun Belum Bayar akan menambahkan liabiliti sebanyak RM3 900. chap 2 new.indd 49 10/10/2016 2:36:30 PM


50 CONTOH 4 Pada 1 Ogos 2016, Cik Suhana telah memulakan Kedai Kain Suhana. Sepanjang bulan Ogos 2016, urus niaga berikut telah berlaku: (i) Membawa masuk tunai di tangan RM4 000, tunai di bank RM5 000 dan alatan kedai RM4 800 untuk memulakan perniagaan. (ii) Membeli inventori kain RM11 000 secara kredit daripada Pemborong Kain Istimewa. (iii) Membeli sebuah komputer RM1 800 untuk kegunaan kedai dengan tunai. (iv) Ambilan kain RM60 untuk menjahit baju anak belum direkodkan. (v) Sekeping cek RM3 000 dikeluarkan untuk menjelaskan hutang dengan Pemborong Kain Istimewa. (vi) Membeli kain RM900 dengan tunai. (vii)Tunai RM1 000 dimasukkan ke dalam bank. Anda dikehendaki: (a) Menyalin dan melengkapkan jadual di bawah. (b) Mendraf semula Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2016. Penyelesaian (a) Urus niaga Aset Ekuiti + Liabiliti Alatan Kedai Inventori Bank Tunai Modal Akaun Belum Bayar RM RM RM RM RM RM (i) 4 800 5 000 4 000 13 800 (ii) 11 000 11 000 (iii) 1 800 (1 800) (iv) (60) (60) (v) (3 000) (3 000) (vi) 900 (900) (vii) 1 000 (1 000) Baki 6 600 11 840 3 000 300 13 740 8 000 Jumlah 21 740 21 740 (i) Modal awal yang dibawa masuk ke dalam perniagaan pada 1 Ogos 2016 terdiri daripada alatan kedai RM4 800, tunai di tangan RM4 000 dan tunai di bank RM5 000. Oleh itu, jumlah modal pada 1 Ogos 2016 ialah RM13 800 (Pengiraan: RM4 800 + RM4 000 + RM5 000). (ii) Apabila inventori dibeli secara kredit, hutang perniagaan akan bertambah. Oleh itu, inventori dan Akaun Belum Bayar perlu ditambah sebanyak RM11 000. (iii) Pembelian komputer akan menambahkan baki alatan kedai sebanyak RM1 800 dan tunai berkurang sebanyak RM1 800. (iv) Ambilan kain untuk kegunaan peribadi mengurangkan inventori sebanyak RM60 dan mengurangkan modal sebanyak RM60. (v) Pembayaran hutang dengan cek berjumlah RM3 000 mengurangkan baki tunai di bank dan mengurangkan Akaun Belum Bayar sebanyak RM3 000. chap 2 new.indd 50 10/10/2016 2:36:30 PM


Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN 51 CONTOH 5 Berikut merupakan Penyata Kedudukan Kewangan yang disediakan oleh Pemborong Jessica pada 31 Disember 2016: Pemborong Jessica Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2016 RM RM Kelengkapan 45 410 Modal 130 000 Perabot 78 000 Untung Bersih 22 280 Inventori 21 900 Bank (Overdraf) 1 080 Akaun Belum Terima 3 450 Akaun Belum Bayar 3 200 Tunai 7 800 156 560 156 560 Urus niaga berikut telah berlaku sepanjang bulan Januari 2017: (i) 5% daripada inventori dijual pada harga RM1 250 secara kredit kepada Syarikat Wang Sheng. (ii) Akaun Belum Bayar dijelaskan sepenuhnya dengan tunai RM3 000. (iii) Ambilan barang niaga RM500 adalah untuk tujuan promosi. (iv) Seorang penghutang telah meninggal dunia dan hutangnya RM1 000 hendaklah dihapuskan sebagai hutang lapuk. (v) Faedah atas simpanan RM600 dikreditkan terus oleh bank. (vi) Syarikat Wang Sheng membayar menggunakan cek untuk menjelaskan invoisnya. Anda dikehendaki menyediakan Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Januari 2017. (vi) Pembelian kain (barang niaga) dengan tunai menambahkan inventori sebanyak RM900 dan mengurangkan baki tunai di tangan sebanyak RM900. (vii) Pemindahan tunai di tangan ke dalam akaun bank telah mengurangkan baki tunai di tangan RM1 000 dan menambahkan baki tunai di bank RM1 000. (b) Kedai Kain Suhana Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2016 RM RM Aset Bukan Semasa Ekuiti Pemilik Alatan Kedai 6 600 Modal 13 740 Aset Semasa Liabiliti Semasa Inventori 11 840 Akaun Belum Bayar 8 000 Bank 3 000 Tunai 300 21 740 21 740 chap 2 new.indd 51 10/10/2016 2:36:31 PM


52 Pemborong Jessica Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Januari 2017 RM RM Aset Bukan Semasa Ekuiti Pemilik Kelengkapan 45 410 Modal 130 000 Perabot 78 000 Untung Bersih 21 735 151 735 Aset Semasa Inventori 20 305 Akaun Belum Terima 2 450 Bank 770 Tunai 4 800 151 735 151 735 1 Baki awal bank merupakan baki overdraf (Liabiliti Semasa) dan diletakkan di bahagian debit, kurungan ditambah pada amaunnya untuk menunjukkan bakinya bernilai negatif. 2 Murid dimestikan menyediakan jadual pengiraan kerana lebih kemas dan sistematik. 3 Baki-baki yang tidak mengalami sebarang perubahan perlu dihantar ke bawah menjadi baki akhir (seperti Kelengkapan dan Perabot). 4 Semasa mendraf semula Penyata Kedudukan Kewangan, kita hanya memasukkan akaun-akaun yang ada baki akhir sahaja. Penyelesaian Urus niaga Aset Ekuiti + Liabiliti Kelengkapan Perabot Inventori Akaun Belum Terima Bank Tunai Modal Untung Bersih Akaun Belum Bayar RM RM RM RM RM RM RM RM RM Baki awal 45 410 78 000 21 900 3 450 (1 080) 7 800 130 000 22 280 3 200 (i) (1 095) 1 250 155 (ii) (3 000) 200 (3 200) (iii) (500) (500) (iv) (1 000) (1 000) (v) 600 600 (vi) (1 250) 1 250 Baki akhir 45 410 78 000 20 305 2 450 770 4 800 130 000 21 735 0 Jumlah 151 735 151 735 CONTOH 6 Berikut merupakan Penyata Kedudukan Kewangan yang disediakan oleh Kedai Dobi Ramlah pada 31 Disember 2016: Kedai Dobi Ramlah Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2016 RM RM Kelengkapan 10 200 Modal 144 300 Inventori 99 000 Akaun Belum Bayar 6 890 Akaun Belum Terima 4 300 Bank 37 000 Tunai 690 151 190 151 190 chap 2 new.indd 52 10/10/2016 2:36:31 PM


Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN 53 Kedai Dobi Ramlah Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Januari 2017 RM RM Aset Bukan Semasa Ekuiti Pemilik Kelengkapan 15 200 Modal 144 300 Tambah Untung Bersih 1 300 145 600 Tolak Ambilan (120) 145 480 Aset Semasa Inventori 96 730 Liabiliti Semasa Akaun Belum Terima 9 800 Akaun Belum Bayar 10 890 Bank 32 500 Tunai 2 140 156 370 156 370 Urus niaga berikut telah berlaku sepanjang bulan Januari 2017: (i) Beli kelengkapan baru RM5 000 dengan cek. (ii) Beli barang niaga pada harga RM4 000 secara kredit. (iii) Tunai sejumlah RM50 diambil untuk bayaran perubatan anak. (iv) Jual barang niaga berkos RM1 200 secara tunai pada harga RM1 500. (v) Terima komisen jualan sebanyak RM500 secara tunai dan telah dibankkan. (vi) Serbuk pencuci berkos RM70 dikeluarkan untuk kegunaan peribadi. (vii) Jualan barang niaga berkos RM5 000 secara kredit pada harga RM5 500. Anda dikehendaki: (a) Menyalin dan melengkapkan jadual. (b) Mendraf semula Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Januari 2017. Penyelesaian (a) Urus niaga Aset Ekuiti + Liabiliti Kelengkapan Inventori Akaun Belum Terima Bank Tunai Modal Untung Bersih Ambilan Akaun Belum Bayar RM RM RM RM RM RM RM RM RM Baki awal 10 200 99 000 4 300 37 000 690 144 300 6 890 (i) 5 000 (5 000) (ii) 4 000 4 000 (iii) (50) 50 (iv) (1 200) 1 500 300 (v) 500 500 (vi) (70) 70 (vii) (5 000) 5 500 500 Baki akhir 15 200 96 730 9 800 32 500 2 140 144 300 1 300 120 10 890 145 480 10 890 Jumlah 156 370 156 370 (b) chap 2 new.indd 53 10/10/2016 2:36:31 PM


54 1 Pada 30 April 2016, baki aset Perniagaan Zaleha adalah sebanyak RM12 450, Liabiliti RM7 800, Ambilan RM400 dan mengalami Rugi Bersih sebanyak RM1 500. Hitung baki modal pada tarikh ini. 2 Butiran di bawah diambil daripada buku Kedai Runcit Sam pada 31 Disember 2016. RM Premis 280 500 Inventori 57 930 Akaun Belum Terima: Terrence 2 400 Tunai di tangan 1 250 Tunai di bank (800) Akaun Belum Bayar: Thomas 8 900 Dengan menggunakan persamaan perakaunan, hitung modal Kedai Runcit Sam pada tarikh tersebut. Tunjukkan langkah pengiraan anda. 3 Encik Yusof ialah pemilik Perniagaan Jati yang beroperasi di Shah Alam, Selangor. Baki aset dan liabiliti perniagaannya pada 31 Jan 2016 adalah seperti berikut: RM Perabot 4 800 Inventori 2 100 Akaun Belum Terima 5 400 Bank 3 810 Akaun Belum Bayar 1 810 Urus niaga berikut telah berlaku sepanjang bulan Februari 2016: (i) Membeli empat buah meja pejabat bernilai RM2 800 dengan cek. (ii) Menerima cek daripada Akaun Belum Terima berjumlah RM1 960. (iii) Sekeping cek daripada Akaun Belum Terima bernilai RM410 tidak dilayan oleh bank. (iv) Encik Yusof mengambil RM600 untuk membayar yuran sekolah anaknya. (v) Menjelaskan hutang sebanyak RM800 dengan menggunakan cek. (vi) Membeli barang niaga secara kredit berjumlah RM780 daripada pembekal Chong. (vii) Inventori pada kos RM1 050 dijual dengan harga RM2 050 secara tunai dan dibankkan. Rekodkan urus niaga dengan menggunakan jadual persamaan perakaunan berikut: Urus niaga Aset Ekuiti + Liabiliti Perabot Inventori Akaun Belum Terima Bank Modal Untung Bersih Ambilan Akaun Belum Bayar RM RM RM RM RM RM RM RM LATIHAN MINDA 2.3 chap 2 new.indd 54 10/10/2016 2:36:31 PM


Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN 55 Murid boleh: • Menjelaskan maksud Catatan Kontra. • Menyenaraikan akaun yang boleh dikontrakan dengan akaun yang lain. • Menerangkan dan menunjukkan kesan Catatan Kontra terhadap akaun yang berkaitan. • Menerangkan kesan sekiranya tidak dibuat Catatan Kontra tersebut terhadap akaun yang berkaitan. • Menjelaskan definisi Carta Akaun. • Menjelaskan fungsi dan kegunaan Carta Akaun dalam perisian perakaunan. • Menyediakan jadual Carta Akaun. 2.4 CA STANDARD PEMBELAJARAN TATAN KONTRA DAN CARTA AKAUN Catatan Kontra Catatan Kontra ialah catatan yang mengurangkan baki akaun yang berkaitan dengannya. Bukan semua akaun mempunyai Catatan Kontra, hanya beberapa akaun sahaja yang ada Catatan Kontra. Berikut merupakan senarai bagi pasangan akaun berkaitan berserta catatan kontranya: Akaun Berkaitan Catatan Kontra Aset Bukan Semasa Susut nilai terkumpul Akaun Belum Terima Peruntukan hutang ragu Modal/ Ekuiti Pemilik Ambilan Jualan Pulangan jualan/ Pulangan masuk Belian Pulangan belian/ Pulangan keluar Bagaimanakah Catatan Kontra ini memberikan kesan kepada akaun berkaitan dengannya? Catatan Kontra akan mengurangkan baki dalam akaun berkaitan dengannya. Kesan pengurangan baki daripada Catatan Kontra terhadap akaun berkaitan dengannya dapat dilihat daripada Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan juga Penyata Kedudukan Kewangan yang disediakan pada akhir tempoh perakaunan. SUSUT NILAI TERKUMPUL: Jumlah penyusutan nilai dalam Aset Bukan Semasa. PERUNTUKAN HUTANG RAGU: Anggaran hutang yang tidak dapat dikutip daripada Akaun Belum Terima. PULANGAN JUALAN: Barangan yang telah dijual tetapi dikembalikan oleh pelanggan/ pembeli kepada kita. PULANGAN BELIAN: Barangan yang telah dibeli tetapi dikembalikan kepada pembekal/penjual. DISKAUN DIBERI: Potongan harga yang diberikan kepada Akaun Belum Terima jika penerimaan bayaran mengikut terma yang ditetapkan. DISKAUN DITERIMA: Potongan harga yang diterima daripada Akaun Belum Bayar apabila bayaran dibuat mengikut terma yang ditetapkan. GLOSARI CONTOH 7 Akaun Pulangan Jualan akan mengurangkan nilai jualan. Maka Akaun Pulangan Jualan merupakan Catatan Kontra kepada Akaun Jualan. chap 2 new.indd 55 10/10/2016 2:36:31 PM


56 Akaun Perdagangan dan Untung Rugi berikut akan menunjukkan kedudukan Catatan Kontra dan akaun yang berkaitan dengannya: Perniagaan Runcit Pesat Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 RM RM RM Jualan 567 320 Tolak Pulangan Jualan (460) Jualan Bersih 566 860 Tolak Kos Jualan Inventori Awal 278 334 Belian 405 791 Tolak Pulangan Belian (210) Belian Bersih 405 581 Tambah Angkutan Masuk 2 300 Upah atas Belian 4 410 Insurans atas Belian 2 100 Duti Import 345 Kos Belian 414 736 Kos Barang untuk Dijual 693 070 Tolak Inventori Akhir (599 457) Kos Jualan (93 613) Untung Kasar 473 247 Tambah Hasil Komisen Diterima 5 000 Faedah Simpanan 2 700 7 700 Tolak Belanja Kadar Bayaran 50 000 Insurans 60 000 Gaji 66 865 (176 865) Untung Bersih 304 082 Inventori akhir dan kos jualan bukan Catatan Kontra tetapi merupakan sebahagian daripada pengiraan untuk menghitung untung atau rugi kasar perniagaan. Pulangan jualan • merupakan Catatan Kontra kepada jualan • mengurangkan baki jualan Pulangan belian • merupakan Catatan Kontra kepada belian • mengurangkan baki belian chap 2 new.indd 56 10/10/2016 2:36:31 PM


Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN 57 Susut nilai terkumpul • merupakan Catatan Kontra kepada Aset Bukan Semasa • mengurangkan nilai Aset Bukan Semasa Ambilan • merupakan Catatan Kontra kepada Akaun Modal • mengurangkan baki modal/ Ekuiti Pemilik Peruntukan Hutang Ragu • merupakan Catatan Kontra kepada Akaun Belum Terima • mengurangkan baki Akaun Belum Terima Perniagaan Runcit Pesat Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2016 RM RM RM RM Aset Bukan Semasa Kos Susut Nilai Terkumpul Nilai Buku Premis 700 000 Perabot 9 000 (1 800) 7 200 Kelengkapan 8 000 (1 230) 6 770 13 970 713 970 Aset Semasa Inventori Akhir 599 457 Akaun Belum Terima 45 320 Tolak Peruntukan Hutang Ragu (890) 44 430 Bank 51 050 Tunai 2 300 697 237 Tolak Liabiliti Semasa Akaun Belum Bayar (57 400) Modal Kerja 639 837 1 353 807 Ekuiti Pemilik Modal Awal 55 745 Tambah Untung Bersih 304 082 359 827 Tolak Ambilan (6 020) Modal Akhir 353 807 Liabiliti Bukan Semasa Pinjaman Bank 1 000 000 1 353 807 INFO Nilai Buku (book value) = Kos Aset Bukan Semasa – Susut Nilai Terkumpul Dalam Penyata Kedudukan Kewangan, penggunaan Akaun Susut Nilai Terkumpul membolehkan nilai aset dinyatakan dalam harga kos dan dalam nilai buku. Merujuk kepada Penyata Kedudukan Kewangan di atas didapati bahawa: • Harga kos bagi perabot dan kelengkapan ialah RM9 000 dan RM8 000 masing-masing. Ini bertepatan dengan konsep prinsip kos. • Selepas mengambil kira susut nilai terkumpul, nilai buku bagi perabot dan kelengkapan ialah RM7 200 dan RM6 770 masing-masing. 57 chap 2 new.indd 57 10/10/2016 2:36:31 PM


58 CONTOH 8 Sekiranya Catatan Kontra tidak dibuat, maka kesan terhadap akaun berkaitannya adalah seperti berikut: Jika tiada Akaun Pulangan Jualan ⇒ Jualan akan terlebih nyata ⇒ Untung Kasar terlebih nyata Jika tiada Akaun Pulangan Belian ⇒ Belian akan terlebih nyata ⇒ Untung Kasar terkurang nyata Jika tiada Akaun Ambilan ⇒ Modal akhir akan terlebih nyata Jika tiada Akaun Susut Nilai Terkumpul Aset Bukan Semasa ⇒ Nilai buku aset berkenaan terlebih nyata Jika tiada Akaun Peruntukan Hutang Ragu ⇒ Akaun Belum Terima akan terlebih nyata Carta Akaun Carta Akaun merupakan senarai nombor dan tajuk bagi semua akaun yang disusun secara sistematik untuk tujuan perekodan dalam sistem perekodan berkomputer. Dalam Carta Akaun, semua akaun yang terlibat akan dikumpul dan disusun mengikut kelasnya. Setiap akaun yang terkandung dalam Carta Akaun diberi nama akaun berserta nombor yang tersendiri. Lazimnya, nombor yang diberi kepada sesuatu akaun mengandungi sekurang-kurangnya 3 digit seperti yang berikut: 1 2 0 Digit pertama menunjukkan klasifikasi suatu akaun sama ada akaun itu merupakan aset, liabiliti atau kelas akaun yang lain. Sebagai contoh, ‘1’ mewakili Akaun Aset. Digit-digit berikutnya menunjukkan kedudukan akaun tersebut dalam lejar, misalannya ‘20’ mewakili muka surat ke-20 ataupun Akaun Aset yang ke-20. Kod item Nama akaun 10000 – 19999 Aset 20000 – 29999 Liabiliti 30000 – 39999 Ekuiti Pemilik 40000 – 49999 Hasil 50000 – 59999 Belanja 60000 – 69999 Catatan Kontra Berdasarkan contoh jadual di sebelah, jika akauntan ingin memberikan nombor untuk Akaun Tunai, maka nombor yang akan diberikan hendaklah antara nombor 10000 hingga 19999, misalnya 10011. Bagi Akaun Aset yang lain, contohnya Akaun Inventori, nombor yang mungkin diberikan ialah 10012; bagi Akaun Kadar Bayaran (belanja), nombor yang boleh diberikan adalah dalam julat 50000 – 59999. Dalam lejar, kedudukan baki Catatan Kontra adalah songsang dengan akaun berkaitan. Contoh: • Akaun Belian dan Akaun Pulangan Belian Akaun Belian XX Akaun Pulangan Belian XX • Akaun Jualan dan Akaun Pulangan Jualan Akaun Jualan XX Akaun Pulangan Jualan XX • Akaun Modal dan Akaun Ambilan Akaun Modal XX Akaun Ambilan XX • Akaun Belum Terima dan Akaun Peruntukan Hutang Ragu Akaun Belum Terima XX Akaun Peruntukan Hutang Ragu XX TIP chap 2 new.indd 58 10/10/2016 2:36:32 PM


Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN 59 Langkah-langkah untuk Menyediakan Carta Akaun 1 Kenal pasti semua akaun yang terlibat dalam sesebuah perniagaan. 2 Klasifikasikan akaun-akaun dalam langkah 1 kepada aset, liabiliti, Ekuiti Pemilik, hasil, belanja dan kontra. 3 Tetapkan bilangan digit yang perlu digunakan. Lazimnya perniagaan secara kecil-kecilan menggunakan 3 digit manakala ada syarikat gergasi yang menggunakan lebih daripada 5 digit. 4 Tetapkan digit pertama bagi setiap jenis klasifikasi akaun, contoh digit ‘1’ untuk Akaun Aset, digit ‘2’ untuk Akaun Liabiliti, digit ‘3’ untuk Akaun Ekuiti Pemilik, digit ‘4’ untuk Akaun Hasil, digit ‘5’ untuk Akaun Belanja dan digit ‘6’ untuk Catatan Kontra. 5 Berikan nombor kepada setiap akaun mengikut klasifikasinya, misalnya berikan ‘110’ untuk Akaun Perabot, ‘120’ untuk Akaun Alatan Kedai dan ‘210’ untuk Akaun Belum Bayar. INFO Untuk memahami cara penyediaan Carta Akaun, sila imbas QR Code berikut: https://www.youtube.com/ watch?v=sJWG1oYJshU (Diakses pada 9 September 2016) Daya Fikir Adakah Carta Akaun sesuai digunakan oleh pihak yang berikut? Berikan rasional anda. • Penjaja burger di pasar malam • Pekedai runcit di sebuah pekan • Pasar Raya Ana • Syarikat Pelaburan Lum Berhad GERAK KERJA 3 Encik Mansur pemilik Kedai Runcit Mansur ingin mewujudkan Carta Akaun untuk memudahkan kerja penyelenggaraan akaun. Akan tetapi, beliau tidak tahu cara yang betul untuk menyediakan Carta Akaun. Beliau telah meminta pertolongan anda untuk membantunya. Berikut merupakan akaun-akaun yang terdapat dalam buku lejarnya: Tunai Simpanan Tetap Susut Nilai Van Kadar Bayaran Alat Tulis Belanja Am Van Bermotor Komisen Diterima Komisen Dibayar Deposit Telefon Akaun Belum Terima: Gilbert Overdraf Bank Akaun Belum Bayar: Ronny Jualan Akaun Belum Bayar: Kevin Ambilan Insurans Faedah Pinjaman Pulangan Masuk Dividen Modal Gaji dan Upah Akaun Belum Terima: Aivy Diskaun Diberi Motosikal Sewa Diterima Inventori Tunai Runcit Belian Duti Import Sediakan sebuah Carta Akaun untuk Encik Mansur. Bandingkan Carta Akaun anda dengan rakan-rakan. Bincangkan amalan-amalan yang baik ketika menyediakan Carta Akaun. chap 2 new.indd 59 10/10/2016 2:36:32 PM


60 1 Apakah yang dimaksudkan dengan Catatan Kontra? 2 Lengkapkan jadual berikut: Catatan Kontra Akaun Berkaitan Akaun Modal Akaun Susut Nilai Terkumpul Akaun Belum Terima Akaun Pulangan Keluar 3 Terangkan secara ringkas tentang Carta Akaun. 4 Berikut merupakan Carta Akaun bagi Syarikat Peter Sdn. Bhd.: Kod Akaun 1000 – 1999 Aset 2000 – 2999 Liabiliti 3000 – 3999 Belanja 4000 – 4999 Hasil Cadangkan kod akaun bagi setiap akaun berikut berdasarkan Carta Akaun yang diberi: Akaun Cadangan Kod Insurans Sewa diterima Pelaburan Syarikat A Inventori Angkutan keluar Faedah simpanan 5 Susun langkah-langkah penyediakan Carta Akaun berikut mengikut turutan nombor yang betul: Tetapkan digit pertama bagi setiap jenis klasifikasi akaun. Tetapkan bilangan digit yang perlu digunakan. Kenal pasti semua akaun yang terlibat dalam sesebuah perniagaan. Berikan nombor kepada setiap akaun mengikut klasifikasinya. Klasifikasikan akaun-akaun yang terlibat. LATIHAN MINDA 2.4 chap 2 new.indd 60 10/10/2016 2:36:32 PM


Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN 61 Persamaan Perakaunan Barang yang diperlukan: Kad manila, pen penanda, kertas kosong, mesin kira Langkah-langkah: 1 Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 2 – 3 orang murid. Setiap kumpulan dibekalkan dua keping kad manila dan pen penanda. 2 Setiap kumpulan memotong sekeping kad manila masing-masing kepada 16 kepingan kecil yang sama saiz. 3 Pada kepingan kecil kad manila, reka dan tulis perkara-perkara berikut: (a) Pada kepingan pertama, reka maklumat asas perniagaan misalannya nama perniagaan, jenis perniagaan, tempoh rekod dan modal awal. Lihat contoh maklumat asas perniagaan berikut: (b) Pada 15 kepingan kad manila yang selebihnya, reka 15 urus niaga yang sesuai dengan perniagaan yang telah direka dalam langkah (a). Lihat contoh urus niaga berikut: 4 Setelah siap mengisi semua kepingan kad manila, tukar dengan kumpulan lain. 5 Pada kad manila yang satu lagi, hasilkan jadual yang sesuai untuk mencatatkan kesan urus niaga terhadap persamaan perakaunan perniagaan. 6 Berpandukan 16 keping kad manila yang ditukar dengan kumpulan lain, bincang dan catatkan kesan semua urus niaga terhadap persamaan perakaunan dalam jadual. 7 Setelah jadual dilengkapkan, bentangkan hasil kerja kumpulan di hadapan kelas. Nama Perniagaan : Kedai Runcit Murah Jenis Perniagaan : Jual beli barangan runcit Tempoh rekod : 1 Februari 2016 – 29 Februari 2016 Modal awal : Perabot RM5 000, Tunai di tangan RM600, Inventori RM12 000 Pada 2 Februari 2016, belian barang niaga berjumlah RM5 000 secara kredit daripada Pemborong Cemerlang. AKTIVITI PENGAYAAN chap 2 new.indd 61 10/10/2016 2:36:32 PM


62 KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN Fungsi Akaun Perdagangan dan Untung Rugi Menentukan untung bersih atau rugi bersih perniagaan dalam tempoh perakaunan tertentu. Fungsi Penyata Kedudukan Kewangan Menunjukkan baki-baki aset, liabiliti dan Ekuiti Pemilik pada suatu tarikh tertentu. Komponen Akaun Perdagangan dan Untung Rugi • Komponen jualan bersih (jualan, pulangan jualan) • Komponen kos jualan (inventori awal, belian, pulangan belian, angkutan masuk, upah atas belian, insurans atas belian, duti import) • Komponen hasil (komisen diterima, faedah simpanan, sewa diterima, hutang lapuk terpulih, diskaun diterima) • Komponen belanja (kadar bayaran, gaji, insurans, alat tulis, susut nilai aset, diskaun diberi) Komponen dalam Penyata Kedudukan Kewangan: Aset, liabiliti, Ekuiti Pemilik Hasil – pendapatan yang dijana dalam perniagaan • Hasil operasi • Hasil bukan operasi Belanja – perbelanjaan yang dibuat dalam perniagaan • Belanja operasi – perbelanjaan untuk meneruskan operasi perniagaan. Sebagai contoh, kadar bayaran, sewa premis, insurans, gaji • Belanja bukan operasi – perbelanjaan lain seperti rugi atas pelupusan aset Aset Harta benda perniagaan yang digunakan untuk menjana pendapatan yang terdiri daripada Aset Semasa dan Aset Bukan Semasa. Liabiliti Hutang perniagaan terhadap pihak luar yang terdiri daripada Liabiliti Semasa dan Liabiliti Bukan Semasa. Ekuiti Pemilik • Tuntutan pemilik perniagaan terhadap aset perniagaan. • Sumbangan modal pemilik dalam perniagaan. • Dipengaruhi oleh modal tambahan, untung atau rugi bersih dan ambilan. Persamaan perakaunan • Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik (tanpa hasil dan belanja) • Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil – Belanja (dengan hasil dan belanja) Catatan Kontra • Catatan yang mengurangkan baki akaun berkaitannya. Carta Akaun • Senarai nombor akaun dan tajuk akaun yang sistematik. 62 chap 2 new.indd 62 10/10/2016 2:36:32 PM


Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN 63 Soalan Objektif Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan yang paling sesuai. 1 Berikut merupakan ciri-ciri bagi suatu akaun: Yang manakah antara berikut menepati ciri-ciri di atas? A Alat tulis dan Akaun Belum Terima C Tunai di tangan dan overdraf bank B Inventori dan Akaun Belum Bayar D Simpanan tetap dan deposit telefon 2 Pasangan yang manakah benar tentang Aset Semasa dan Aset Bukan Semasa? Aset Semasa Aset Bukan Semasa A Inventori Tanah B Akaun Belum Terima Akaun Belum Bayar C Kelengkapan Akaun Belum Terima D Tunai di bank Premis 3 Semua yang berikut adalah benar tentang Aset Bukan Semasa kecuali A Aset Bukan Semasa dimiliki untuk dijual semula. B Aset Bukan Semasa digunakan untuk jangka masa panjang. C Aset Bukan Semasa sukar untuk ditukar menjadi tunai. D hampir semua Aset Bukan Semasa mengalami susut nilai. 4 Semua yang berikut merupakan Liabiliti Semasa bagi sebuah pasar raya kecuali A Akaun Belum Bayar C Overdraf bank B Akaun Belum Terima D Pinjaman 5 Butiran berikut dipetik daripada buku Perniagaan Simon: Aset Liabiliti Modal RM36 090 RM4 780 P Perniagaan Simon memperoleh rugi bersih sebanyak RM5 000. Hitung nilai P. A RM35 870 C RM26 310 B RM45 870 D RM36 310 6 Pilih pernyataan yang benar tentang Ekuiti Pemilik. A Tuntutan pihak luar terhadap aset perniagaan B Tuntutan pemilik terhadap aset perniagaan C Harta yang digunakan untuk menjana pendapatan D Hutang perniagaan terhadap pihak ketiga 7 Yang manakah antara berikut bukan belanja operasi bagi sebuah kedai elektrik? A Kadar bayaran C Alat tulis B Belanja runcit D Rugi pelupusan aset • Tahap kecairan tinggi. • Digunakan untuk menjana pendapatan kepada perniagaan. LATIHAN chap 2 new.indd 63 10/10/2016 2:36:33 PM


64 8 Semua persamaan perakaunan berikut adalah betul kecuali A Aset = Liabiliti + Modal B Aset = Liabiliti + Modal + Untung Bersih C Aset = Liabiliti + Modal – Rugi Bersih D Aset = Liabiliti + Modal + Ambilan 9 Urus niaga berikut berlaku dalam Kedai Makan Ria pada bulan Oktober 2016: Apakah kesan urus niaga di atas terhadap Penyata Kedudukan Kewangan Kedai Makan Ria? A Aset bertambah, liabiliti bertambah, Ekuiti Pemilik berkurang. B Aset bertambah, liabiliti berkurang, Ekuiti Pemilik tidak berubah. C Aset bertambah, liabiliti tidak berubah, Ekuiti Pemilik bertambah. D Aset bertambah, liabiliti bertambah, Ekuiti Pemilik tidak berubah. 10 Berikut merupakan satu urus niaga yang berlaku dalam Perniagaan Teh bagi bulan Julai 2016: Apakah kesan urus niaga di atas terhadap Penyata Kedudukan Kewangan Perniagaan Teh pada bulan Julai 2016? A Inventori berkurang RM5 800, Akaun Belum Terima bertambah RM5 400, modal berkurang RM400. B Inventori berkurang RM5 400, Akaun Belum Terima bertambah RM5 800, modal bertambah RM400. C Inventori berkurang RM5 400, Akaun Belum Terima bertambah RM5 800, modal berkurang RM400. D Inventori berkurang RM5 400, Akaun Belum Terima berkurang RM5 800, modal bertambah RM400. 11 Pilih pasangan Catatan Kontra dan Akaun Berkaitan yang betul. Catatan Kontra Akaun Berkaitan A Akaun Ambilan Akaun Modal B Akaun Belum Terima Akaun Peruntukan Hutang Ragu C Akaun Kenderaan Akaun Susut Nilai Terkumpul D Akaun Jualan Akaun Belum Terima 12 Carta Akaun Syarikat Maju adalah seperti berikut: Kod Akaun 1000 – 1999 Aset 2000 – 2999 Liabiliti 3000 – 3999 Hasil 4000 – 4999 Belanja Yang manakah antara kod di bawah sesuai diberikan kepada Akaun Alat Tulis? A 1021 C 3021 B 2021 D 4021 Bangunan premis kedai dibesarkan dan kerja ini dibiayai dengan pinjaman bank RM50 000. Inventori berkos RM5 400 dijual kepada Sam dengan harga RM5 800. Sam berjanji akan membayar invois pada bulan berikutnya. chap 2 new.indd 64 10/10/2016 2:36:33 PM


Modul 2: KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN 65 Soalan Struktur 1 Nyatakan dua contoh belanja operasi. 2 Bezakan hasil operasi dengan hasil bukan operasi. 3 Berikan dua contoh akaun bagi setiap yang berikut: (a) Liabiliti semasa (c) Aset semasa (b) Liabiliti bukan semasa (d) Aset bukan semasa 4 Lengkapkan persamaan perakaunan berikut: (a) Aset = + Liabiliti (b) Aset = Modal + + Liabiliti (c) Aset = Modal + – Belanja + Liabiliti 5 Maklumat berikut dipetik daripada buku rekod Perniagaan Elanddi pada 31 Mac 2016: RM RM Tunai 750 Alatan Kedai 7 800 Akaun Belum Bayar 3 300 Akaun Belum Terima 2 100 Modal 18 000 Perabot 10 800 Inventori 25 760 Untung Bersih 35 710 Bank 9 800 Lengkapkan Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Mac 2016 berikut: Perniagaan Elanddi Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Mac 2016 RM RM Aset Bukan Semasa Ekuiti Pemilik Aset Semasa Liabiliti Semasa 6 Cyfon menjalankan Perniagaan Super Fon dan dibantu oleh dua orang pekerja yang dibayar gaji bulanan RM800 seorang. Berikut merupakan Penyata Kedudukan Kewangan Perniagaan Super Fon pada 31 Disember 2016: Perniagaan Super Fon Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2016 RM RM Kelengkapan 54 000 Modal X Inventori 78 900 Akaun Belum Bayar 4 450 Akaun Belum Terima 4 150 Bank 7 300 Tunai 150 chap 2 new.indd 65 10/10/2016 2:36:33 PM


66 Urus niaga berikut berlaku sepanjang bulan Januari 2017: (i) MJ Berhad membayar tunai RM2 000 untuk menjelaskan penuh hutangnya sebanyak RM2 100. (ii) 10% daripada inventori dijual pada harga RM8 500 secara kredit. (iii) Membayar dengan cek untuk menjelaskan hutang RM4 450 dan menerima diskaun RM150. (iv) Bayar gaji pekerja dengan cek. (v) Pemilik membawa masuk tunai RM10 000 sebagai modal tambahan perniagaan. (vi) 3 buah alat penyaman udara telah dibeli pada harga RM7 500 daripada Kedai Wai Hong secara kredit tetapi belum lagi dipasang di dalam premis kedai. Anda dikehendaki: (a) Menghitung nilai X. (b) Melengkapkan jadual berikut: Urus niaga Aset Ekuiti + Liabiliti Kelengkapan Inventori Akaun Belum Terima Bank Tunai Modal Untung Bersih Akaun Belum Bayar RM RM RM RM RM RM RM Baki 54 000 78 900 4 150 7 300 150 X 4 450 (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Baki (Jawapan: X = RM140 050) 7 Butiran berikut dipetik daripada buku Kedai Perabot Mel pada 31 Disember 2016: RM Premis 56 000 Inventori 23 450 Akaun Belum Terima: Olleary 1 300 Tunai di bank 5 100 Akaun Belum Bayar: Dylan 2 300 Modal X Berikut merupakan urus niaga yang berlaku sepanjang bulan Januari 2017: (i) Olleary membayar cek RM1 200 untuk menjelaskan kesemua hutangnya. (ii) 10 set sofa berkos RM200 setiap set dijual dengan harga RM2 400 secara kredit. (iii) Kadar bayaran RM150 dibayar dengan cek. (iv) 2 buah kerusi plastik bernilai RM30 setiap satu diambil untuk kegunaan rumah kediaman Mel. (v) Mel membawa masuk alat penyaman udara bernilai RM1 400 untuk kegunaan kedai. (vi) Terima komisen jualan RM400 dengan cek. (vii) Sebuah alat penyaman udara RM2 000 telah dibeli secara kredit pada 31 Januari 2017 tetapi akan dipasang di kedai pada bulan Februari 2017. Anda dikehendaki: (a) Menghitung nilai modal pada 31 Disember 2016 (tunjukkan kerja pengiraan). (b) Mendraf semula Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Januari 2017 (langkah kerja hendaklah ditunjukkan di luar Penyata Kedudukan Kewangan). (Jawapan: Modal = RM85 440, Penyata Kedudukan Kewangan = RM89 740) chap 2 new.indd 66 10/10/2016 2:36:33 PM


DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT Cuba keluarkan dompet, beg tangan atau beg plastik pasar raya. Majoriti daripada kita akan menjumpai resit-resit pembelian dan pembayaran. Resit-resit ini merupakan dokumen perniagaan yang membolehkan kita mengesan perbelanjaan harian kita. Dalam dunia perniagaan, dokumen perniagaan merupakan peringkat pertama dalam sesebuah kitaran perakaunan. Maklumat dalam dokumen perniagaan dijadikan asas untuk penyediaan akaun dalam peringkat yang berikutnya. Oleh itu, pengurusan dokumen perniagaan yang baik menjamin proses penyediaan akaun yang lebih lancar, tepat dan mampu mencerminkan keupayaan dan prestasi sebenar perniagaan. Akauntan perlu memiliki kemahiran mengendalikan pelbagai dokumen perniagaan dan peniaga pula perlu bijak menggunakan dokumen perniagaan sebagai media komunikasi bertulis dengan peniaga yang lain. STANDARD KANDUNGAN 3 Dokumen Perniagaan Dokumen Sumber Dokumen Bukan Sumber Modul Kepelbagaian dokumen perniagaan 67 chap 3 new.indd 67 8/3/2017 2:27:12 PM


68 Murid boleh: • Menyatakan maksud dan kepentingan dokumen perniagaan. • Membezakan dokumen sumber dan dokumen bukan sumber dalam perniagaan. • Menyediakan carta aliran dokumen antara pembeli dengan penjual mengikut urutan yang betul. • Menghubungkaitkan aliran dokumen perniagaan bagi urus niaga secara tunai dan secara kredit. 3.1 STANDARD PEMBELAJARAN DOKUMEN PERNIAGAAN Pengenalan Dokumen perniagaan merupakan dokumen bertulis urus niaga yang digunakan sebagai alat komunikasi antara pembekal dengan pembeli. Dengan kata lain, dokumen perniagaan ialah satu-satunya bukti bertulis yang menunjukkan sesuatu urus niaga telah berlaku antara dua pihak. Maklumat seperti tarikh, amaun dan butiran urus niaga tercatat dalam dokumen perniagaan dan diperlukan sebagai rujukan perekodan perakaunan. Dokumen perniagaan perlu disimpan secara sistematik dan teratur kerana kepentingan yang berikut: Bukti bertulis bahawa suatu urus niaga telah berlaku antara dua pihak. Maklumat seperti tarikh urus niaga, amaun, butiran, syarat pembayaran dan diskaun niaga diperlukan untuk tujuan perekodan. Berfungsi sebagai rujukan pada masa hadapan tentang sesuatu urus niaga. Bahan bukti siasatan polis dan bahan bukti mahkamah jika berlaku sebarang kes penipuan dalam urus niaga. Bahan bukti bagi taksiran cukai pendapatan. Berikut merupakan dokumen-dokumen sumber: Bil tunai Resit Keratan cek Baucar pembayaran Baucar tunai runcit Slip daftar tunai Slip bank/Slip deposit cek Slip pindahan wang Slip transaksi perbankan elektronik Makluman debit Makluman kredit Memo Invois Nota debit Nota kredit Bil bayaran (kadar bayaran) Folio pelanggan Daya Fikir (a) Apakah yang akan terjadi kepada perekodan akaun jika tiada dokumen perniagaan? (b) Apakah kepentingan dokumen perniagaan? CELIK KEWANGAN • Sebagai pengguna yang bijak, kita perlu menyimpan semua bil tunai dan resit pembayaran. Sediakanlah rekod perbelanjaan secara konsisten. Hal ini untuk memastikan supaya kita tidak berbelanja secara berlebihan dan dapat menjimatkan wang. • Setiap kali kita membuat pembelian secara atas talian dari luar negara, pastikan kita merekodkan kadar pertukaran mata wang asing pada masa pembelian. Hal ini kerana kadar pertukaran mata wang asing sentiasa berubah-ubah. 68 chap 3 new.indd 68 8/3/2017 2:27:12 PM


Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT 69 Dokumen Perniagaan Dokumen Sumber Dokumen Bukan Sumber Dokumen Sumber Dokumen perniagaan yang menjadi sumber maklumat bagi tujuan perekodan dalam perakaunan. Sebagai contoh, invois, nota debit, nota kredit, bil tunai, resit rasmi, baucar pembayaran, keratan cek, slip bank, slip pindahan wang, slip transaksi perbankan elektronik, slip daftar tunai, memo, makluman debit dan makluman kredit. Dokumen-dokumen ini mengandungi maklumat urus niaga yang diperlukan untuk perekodan. Misalannya dalam resit rasmi, maklumat seperti tarikh, butiran pembayaran, amaun pembayaran, penerima pembayaran dan pembayar diperlukan oleh pengurus akaun untuk direkodkan dalam Buku Tunai. Dokumen Bukan Sumber Dokumen perniagaan yang menjadi rujukan bagi urus niaga yang akan dan telah direkodkan. Terdapat beberapa jenis dokumen bukan sumber, seperti penyata akaun, penyata bank, nota serahan, nota belian, pesanan belian dan sebut harga. INFO Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang pengenalan kepada dokumen, sila imbas QR Code berikut: https://www.youtube.com/ watch?v=fpGr6s9kgmg (Diakses pada 9 September 2016) Beberapa dokumen bukan sumber seperti katalog dan senarai harga boleh berbentuk digital (tidak semestinya dalam bentuk bercetak). Laman web jualan seperti Amazon.com mempamerkan katalog atas talian. TAHUKAH ANDA? GERAK KERJA 1 Bina sebuah peta pemikiran i-Think untuk merumuskan kepentingan dokumen perniagaan. • Dokumen seperti invois, nota debit, nota kredit dan resit rasmi mempunyai nombor dokumen. • Dokumen salinan (menjual barang atau menerima bayaran) mempunyai nombor dokumen yang berturutan. Hal ini kerana dokumen salinan berasal daripada buku yang sama. Contohnya, buku resit. • Dokumen asal (membeli atau membayar) tidak mempunyai nombor dokumen yang berturutan kerana dokumen ini diserahkan oleh pelbagai pembekal dan penerima bayaran. TAHUKAH ANDA? GERAK KERJA 2 Bentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat orang murid. Selepas itu, setiap ahli kumpulan membawa lima contoh dokumen perniagaan. Pada sesi pembelajaran berikutnya, laksanakan aktiviti berikut: • Asingkan dokumen sumber dan dokumen bukan sumber. • Bincangkan butiran urus niaga yang terkandung dalam setiap dokumen perniagaan. • Bincangkan kepentingan dokumen berkenaan terhadap pembeli dan pembekal. • Bentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas. chap 3 new.indd 69 8/3/2017 2:27:12 PM


70 Carta Aliran Dokumen antara Pembeli dengan Pembekal Terdapat dua jenis aliran dokumen antara pembeli dengan pembekal: Aliran Dokumen bagi Urus Niaga secara Tunai • Pembeli akan membuat pembayaran dengan tunai, cek, pindahan wang atau kad kredit. • Pembekal akan menyerahkan bil tunai kepada pembeli. • Setelah menerima bil tunai, pembeli perlu memeriksa sama ada semua butiran direkodkan dengan betul, iaitu tarikh, perkara (misalannya saiz dan kuantiti barang) dan amaun yang perlu dibayar. Aliran Dokumen bagi Urus Niaga secara Kredit • Urus niaga tunai merujuk kepada urus niaga yang melibatkan penerimaan dan pembayaran wang, sama ada dalam bentuk tunai ataupun cek. • Urus niaga kredit merujuk kepada urus niaga secara berhutang. Jual beli secara kredit bererti penjual akan menghantar barang terlebih dahulu sebelum pembeli membuat pembayaran. TAHUKAH ANDA? Daya Fikir Terangkan secara ringkas aliran dokumen bagi urus niaga berikut: (a) Jual beli barang niaga secara tunai. (b) Jual beli barang niaga secara kredit. Aliran dokumen antara pembekal dengan pembeli bagi urus niaga secara tunai. Pembeli Pembekal 2. Bil tunai 1. Tunai/Cek/ Pindahan wang/ Kad kredit Aliran dokumen antara pembekal dengan pembeli bagi urus niaga secara kredit. 3. Tunai/Cek/ Pindahan wang/ Kad kredit Pembeli Pembekal 1. Invois 2. Nota debit/Nota kredit 4. Resit • Invois akan dikeluarkan oleh pembekal kepada pembeli. • Setelah menerima invois, pembeli perlu menyemak semua butiran iaitu tarikh, perkara (misalannya jenis dan kuantiti barang yang dipesan), amaun invois yang perlu dijelaskan, syarat serahan dan syarat pembayaran adalah betul. Pembelian barang di pasar raya ialah contoh urus niaga secara tunai. CELIK KEWANGAN Kad kredit memudahkan urusan pembayaran kerana pembeli tidak perlu membawa tunai yang banyak. Namun demikian, penggunaan kad kredit perlu dirancang dengan rapi kerana baki hutang kad kredit akan dikenakan faedah yang tinggi. Jika tidak, pembeli akan mengambil masa yang lebih panjang untuk menjelaskan baki kad kredit. chap 3 new.indd 70 8/3/2017 2:27:12 PM


Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT 71 1 Dokumen perniagaan adalah penting dan perlu disimpan dengan rapi dan sistematik. Berikan tiga kepentingan dokumen perniagaan. 2 Nyatakan perbezaan kegunaan dokumen sumber dengan dokumen bukan sumber. 3 Berikan dua contoh dokumen bagi setiap yang berikut: (a) Dokumen sumber (b) Dokumen bukan sumber 4 Terangkan secara ringkas aliran dokumen bagi urus niaga secara kredit. 5 Lengkapkan carta aliran dokumen berikut bagi urus niaga secara kredit antara pembeli dengan pembekal: Pembeli Invois Pembekal Tunai/Cek 6 Isi tempat kosong dengan jawapan yang tepat. Aliran dokumen perniagaan merujuk kepada pergerakan dokumen perniagaan antara pembekal dengan pembeli. Dalam urus niaga secara kredit, apabila pembeli membuat pesanan barang, pembekal akan mengeluarkan (a) yang mengandungi butiran seperti amaun yang perlu dijelaskan, syarat serahan dan syarat pembayaran. Pembekal boleh membetulkan kesilapan dan ketinggalan dalam (b) dengan menggunakan (c) dan (d) . Setelah pembeli membuat bayaran untuk menjelaskan hutang, (e) akan dikeluarkan oleh pembekal sebagai bukti penerimaan bayaran. LATIHAN MINDA 3.1 • Pembekal boleh membetulkan kesilapan atau ketinggalan dengan mengeluarkan nota debit atau nota kredit. • Kemudian pembeli akan membuat bayaran untuk menjelaskan invois dengan tunai, cek, pindahan wang atau kad kredit. • Setelah bayaran diterima, pembekal mengeluarkan resit kepada pembeli sebagai bukti pembayaran. Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT Pembekal melakukan pembetulan pada invois seperti berikut: • Jika invois terkurang caj, nota debit dikeluarkan untuk menambah jumlah amaun dalam invois. • Jika invois terlebih caj, nota kredit dikeluarkan untuk mengurangkan jumlah amaun dalam invois. TIP chap 3 new.indd 71 8/3/2017 2:27:13 PM


72 Bil Tunai Dokumen perniagaan bagi urus niaga jualan dan belian dengan menggunakan tunai atau cek. Disediakan dalam dua salinan. Bil tunai asal dihantar kepada pembeli manakala bil tunai salinan disimpan oleh pembekal sendiri. BIL TUNAI Pemborong Stephen No.2, Blok 23, Taman Cahaya, 89740 Kuala Penyu, Sabah. 087-874 323 ASAL No: BT0801 Tarikh: 3 Jun 2016 Kepada: Kong Enterprise Jalan 5, Taman Sibuga, 89740 Kuala Penyu, Sabah. Bil Butir Kuantiti Harga seunit (RM) Jumlah (RM) 1. Pemadam Jenama L 60 kotak 8.50 510 2. 3. 4. 5. 6. JUMLAH 510 Ringgit: Lima ratus sepuluh sahaja Tunai/No. Cek: CIMB1054784 ––––––––––––––––––––– (Pengurus) Resit Dikeluarkan oleh pembekal apabila tunai diterima. Penerima bayaran akan menandatangani resit sebagai bukti bayaran telah diterima. Disediakan dalam dua salinan. Resit rasmi asal diserahkan kepada pembuat bayaran manakala resit rasmi salinan disimpan oleh pembekal sendiri. Murid boleh: • Menerangkan fungsi dokumen sumber perniagaan. • Memadankan dokumen sumber perniagaan dengan setiap urus niaga yang berkaitan. • Melengkapkan maklumat penting dalam dokumen sumber perniagaan termasuk diskaun niaga dan diskaun tunai. • Menerangkan fungsi dan menghitung diskaun niaga dan diskaun tunai. 3.2 STANDARD PEMBELAJARAN DOKUMEN SUMBER Contoh bil tunai BIL TUNAI: Dokumen sumber yang menunjukkan urus niaga jual beli secara tunai. RESIT RASMI: Dokumen sumber yang menunjukkan bayaran telah diterima dengan amaun yang sebenar. GLOSARI Aziha Daya Fikir Terangkan fungsi resit rasmi. chap 3 new.indd 72 8/3/2017 2:27:13 PM


Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT 73 RESIT RASMI Halimah Trading Tkt. 2, Bangunan IKJ, 89740 Kuala Penyu, Sabah. 087-826 200 ASAL No: RR0891 Tarikh: 1 Jul 2016 Diterima daripada: Wong Berhad Sebanyak: Lima ratus sahaja Untuk bayaran: Sewa kedai bulan Jun 2016 RM500.00 Tunai/No. Cek: MB786431 ––––––––––––––––––––– (Pengurus) Keratan Cek Bahagian cek yang disimpan oleh pembayar yang mengandungi butiran tarikh cek, nama penerima, tujuan pembayaran, baki wang di bank dan amaun bayaran. Tarikh: 17 Mac 2016 Penerima: TNG Berhad Untuk: Menjelaskan invois Baki akhir 2 300 00 Deposit 7 900 00 Jumlah 10 200 00 Cek ini 5 600 00 Baki 4 600 00 ABMB 246801 Contoh resit rasmi Contoh keratan cek KERATAN CEK: Bahagian cek yang tertinggal selepas cek diceraikan daripada buku cek dan mengandungi butiran pembayaran cek yang dibuat. GLOSARI Intan CELIK KEWANGAN Kebaikan membuat bayaran dengan menggunakan cek berbanding tunai. • Mudah dibawa dan mudah disimpan. • Selamat kerana hanya penama dalam cek sahaja dapat menunaikan cek. • Tidak perlu membawa tunai di tangan yang banyak jika amaun bayaran adalah besar. INFO Beberapa fakta tentang cek: • Hanya pemegang akaun semasa di bank sahaja diberikan kemudahan penggunaan cek. • Tarikh yang ditulis pada cek dan keratan cek merupakan tarikh sah laku cek, iaitu tarikh cek itu boleh ditunaikan/ didepositkan ke dalam akaun bank penerima. • Setiap cek yang dikeluarkan boleh mempunyai tempoh sah laku tiga bulan atau enam bulan dari tarikh cek. • Cek boleh dilipat dengan syarat lipatan itu tidak merosakkan tulisan dan cek tersebut. 1 Baki dalam akaun bank sebelum deposit dan cek ini dikeluarkan 2 Jumlah yang didepositkan ke akaun bank sebelum cek ini dikeluarkan 3 Baki terkini tambah amaun sebelum cek dikeluarkan 4 Amaun cek yang dibayar 5 Baki akhir wang di bank selepas cek ini dikeluarkan 6 Kod bank 7 Nombor cek 1 2 3 4 5 6 7 chap 3 new.indd 73 8/3/2017 2:27:13 PM


74 Baucar Pembayaran Dokumen dalaman yang dikeluarkan adalah untuk merekodkan pembayaran yang dibuat oleh perniagaan itu sendiri dengan perakuan (tandatangan) penerima bayaran. Pada kelazimannya, pembayaran gaji pekerja, pembayaran sewa premis kedai dan belanja lain yang tidak mempunyai dokumen akan menggunakan baucar pembayaran. Penerima bayaran perlu menandatangani baucar pembayaran sebagai bukti wang telah diterima dan memastikan amaunnya adalah seperti yang direkodkan. Baucar pembayaran disediakan dalam satu salinan untuk kegunaan dalaman sahaja. BAUCAR PEMBAYARAN Pemborong Stephen No.2, Blok 23, Taman Cahaya, 89740 Kuala Penyu, Sabah. 087-874 323 No: 002 Kepada: Encik Samin bin Razak Tarikh: 31 Okt 2016 Tarikh Keterangan Jumlah (RM) 31 Okt 2016 Gaji Pekerja 800.00 Ringgit: Lapan ratus sahaja Tunai/No. Cek: ––––––––––––––––––– ––––––––––––––––––– (Penerima) (Pengurus) Baucar Tunai Runcit Disediakan oleh juruwang runcit perniagaan sebagai bukti bertulis bahawa perbelanjaan runcit telah dibuat. Belanja runcit merujuk kepada pembayaran tunai dalam amaun yang kecil. Sebagai contoh, urusan pembayaran yang menggunakan baucar tunai runcit adalah seperti tambang teksi, membeli setem, membeli mangga pintu, membeli minuman dan membayar langganan surat khabar. Akan difailkan oleh juruwang runcit dan diperiksa oleh ketua juruwang untuk mengesahkan rekod dalam buku tunai runcit adalah betul. Contoh baucar pembayaran Ali Aziha Daya Fikir Berdasarkan urus niaga berikut, nyatakan sama ada baucar pembayaran atau baucar tunai runcit digunakan: (a) Membeli sebungkus serbuk teh dan sebungkus serbuk kopi untuk kegunaan pejabat. (b) Membeli 30 bungkus serbuk teh dan 30 bungkus serbuk kopi untuk simpanan inventori restoran. BAUCAR PEMBAYARAN: Dokumen dalaman untuk menunjukkan suatu pembayaran telah dibuat dan diperakui dan ditandatangani oleh penerima. BAUCAR TUNAI RUNCIT: Dokumen dalaman untuk menunjukkan pembayaran secara tunai runcit. GLOSARI INFO • Dalam perniagaan, juruwang runcit ditugaskan untuk mengendalikan tunai runcit. • Setiap kali tunai runcit dibayar, baucar tunai runcit yang dikeluarkan perlu difailkan dengan kemas dan teratur. Ketua juruwang akan memeriksa baucar tunai runcit dan baki tunai runcit untuk memastikan tiada penyelewengan dalam pembayaran tunai runcit. chap 3 new.indd 74 8/3/2017 2:27:13 PM


Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT 75 BAUCAR TUNAI RUNCIT Kedai Buku Tong Meng No.5, Blok 23, Taman Cahaya, 89740 Kuala Penyu, Sabah. 087-893 262 BTR002 Kepada: Encik Tan Yew Fat Tarikh Keterangan Jumlah (RM) 31 Okt 2016 Surat Khabar (langganan sebulan) 62.00 ––––––––––––––––––– ––––––––––––––––––– (Penerima) (Pengurus) Slip Daftar Tunai Dokumen sumber yang paling kerap dijumpai. Dikeluarkan daripada mesin daftar tunai sebagai bukti pelanggan sudah membuat pembayaran. Digunakan di kedai makan, pasar raya, kedai buku, dan kedai runcit sebagai bukti belian pelanggan. Perniagaan ini kebanyakannya dilengkapi dengan sistem POS (Point of Sales). Sistem POS dengan sendirinya akan menyimpan data jualan dalam komputer, maka slip daftar tunai tidak perlu dicetak salinannya. Contoh baucar tunai runcit Contoh slip daftar tunai Tan Yew Fat Zura Slip Bank/Slip Deposit Cek Dokumen yang digunakan untuk mendepositkan tunai di tangan ke dalam akaun bank. Amaun tunai yang ingin didepositkan, nama pemegang akaun dan nombor akaun perlu diisi dengan jelas dan tepat. SLIP DAFTAR TUNAI: Slip bayaran yang dikeluarkan daripada mesin daftar tunai. GLOSARI INFO Pelaksanaan GST (goods and service tax) bermula 1 April 2015, penggunaan invois cukai (tax invoice) menggantikan penggunaan slip daftar tunai dan bil tunai di sesetengah kedai. Hal ini kerana invois cukai memberikan maklumat pecahan bayaran untuk barangan/perkhidmatan dan GST dengan jelas. Invois cukai membolehkan pengguna mengetahui jumlah bayaran untuk barangan/perkhidmatan dan jumlah GST yang dibayar. Mesin daftar tunai chap 3 new.indd 75 8/3/2017 2:27:14 PM


76 BANK RAKYAT DATE : 28/06/2016 ATM ID : 0641 TRANS TYPE : CASH WITHDRAWAL AMOUNT : 300.00 RESP CODE : 3010- [ A/C NOT FOUND ] TRANS STATUS : REJECTED FUNDS AVAIL : A/C BAL : TRACE NO : 888326 TIME : 09:55 [ Your data privacy is important to us. Please view our Privacy Notice at www.bankrakyat.com.my for details . ] SLIP TRANSACTION SLIP TRANSAKSI SLIP TRANSAKSI SLIP TRANSACTION Contoh slip bank Setiap bank mempunyai format slip bank yang berbeza tetapi maklumat yang perlu diisi adalah sama. Slip bank asal akan disimpan oleh pihak bank sendiri manakala slip bank salinan akan diserahkan kepada pendeposit. Daya Fikir Apakah kegunaan slip bank dan slip pindahan wang? SLIP BANK: Dokumen yang perlu disertakan semasa mendepositkan wang ke dalam bank. SLIP PINDAHAN WANG: Dokumen yang digunakan untuk memindahkan wang kepada pihak ketiga. GLOSARI Slip Pindahan Wang Digunakan untuk membuat pindahan wang kepada pihak ketiga, sama ada dalam atau ke luar negara. Pengirim wang akan mengisi borang pindahan wang dan menyerahkan borang tersebut kepada pengawai bank. Pindahan wang ke luar negara akan dikenakan caj perkhidmatan. Slip Transaksi Perbankan Elektronik Dokumen yang diperoleh apabila transaksi pembayaran dibuat dengan mesin ATM (pindahan wang, bayaran dan pengeluaran tunai) dan transaksi deposit dengan menggunakan mesin deposit cek atau mesin deposit tunai. Transaksi perbankan elektronik dilakukan secara layan diri oleh pengguna perkhidmatan ini. Selepas transaksi selesai, mesin akan mencetak slip transaksi perbankan elektronik sebagai bukti transaksi. Slip ini mengandungi maklumat penting seperti tarikh transaksi, amaun, butiran, nombor akaun dan paparan dokumen (bagi mesin deposit cek). SLIP TRANSAKSI PERBANKAN ELEKTRONIK: Bukti bahawa transaksi antara pelanggan dengan bank telah berjaya dilakukan melalui kemudahan transaksi perbankan elektronik. GLOSARI Contoh slip transaksi menggunakan mesin ATM BORANG SIMPANAN / BAYARAN DEPOSIT / PAYMENT FORM Ringgit Malaysia: Sila Tanda ( ) di ruang berkenaan / Please tick ( ) in relevant box. Akaun Simpanan / Saving Account Pembiayaan / Financing Kad Kredit Credit Card Lain-lain / Others 1. SILA GUNAKAN SLIP BERASINGAN BAGI SETIAP SIMPANAN / BAYARAN / PLEASE USE SEPARATE SLIP FOR EACH DEPOSIT / PAYMENT. Resit ini hanya diakui sah selepas dicetak oleh mesin Bank atau ditandatangani oleh penandatangan berkuasa. / This receipt is only valid if signed by authorised personnel or machine validated. Wang Tunai / Cash Only JUMLAH BERSIH / NET TOTAL RUANG CETAKAN KOMPUTER Nama / Name : No. Telefon / Telephone No. : DEP 505 Salinan Bank Bank’s Copy NO. AKAUN / ACCOUNT NO. RM SEN 3. SILA TULIS NO. AKAUN DAN NO. TELEFON DI BELAKANG TIAP TIAP CEK / PLEASE WRITE YOUR ACCOUNT NO. AND TELEPHONE NO. AT THE BACK OF EACH CHEQUE. Cek-cek hanya diterima untuk pungutan / Cheque are accepted for collection 0nly. 2. SEGALA PEMBAYARAN YANG DIBUAT DITERIMA TANPA PRASANGKA TERHADAP APA-APA TINDAKAN UNDANG-UNDANG / ALL PAYMENTS ACCEPTED ARE WITHOUT PREJUDICE AGAINST ANY LEGAL ACTION. BANK NO. CEK CHEQUE NO. TEMPAT PLACE KOMISEN COMMISSION chap 3 new.indd 76 8/3/2017 2:27:14 PM


Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT 77 MAKLUMAN DEBIT: Makluman daripada pihak bank bahawa baki tunai di bank pemegang akaun telah berkurang. GLOSARI Contoh transaksi perbankan elektronik menggunakan mesin ATM Contoh slip transaksi menggunakan mesin deposit tunai INFO Teknologi perbankan atas talian merupakan satu kaedah perbankan elektronik yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan pengguna. Apabila pengguna melakukan urusan pembelian atau pembayaran secara atas talian, resit akan dikirim kepada mereka melalui e-mel. Resit ini boleh dicetak dan disimpan sebagai bukti pembayaran. Urus Niaga atas Talian Satu lagi perbankan elektronik yang popular di Malaysia ialah perbankan atas talian (online banking) dan jual beli secara atas talian. Bank perdagangan menyediakan platform perbankan atas talian untuk memudahkan pelanggan melakukan urusan perbankan dengan telefon pintar dan komputer. Sebagai contoh, urusan yang boleh dilakukan adalah seperti memindahkan dana ke dalam akaun pihak ketiga, membayar bil dan membayar kad kredit serta menyemak baki tunai di bank. Jual beli secara atas talian semakin mendapat perhatian dalam kalangan pengguna di Malaysia. Sebagai contoh, tempahan tiket kapal terbang dan jual beli barangan melalui laman jualan. Makluman Debit Dokumen yang dikeluarkan oleh pihak bank kepada pelanggan yang menyatakan bahawa akaun bank telah didebitkan. Apabila akaun bank didebitkan, tunai di bank akaun pelanggan akan berkurangan. Sebagai contoh, caj bank yang meliputi caj pembaharuan kad ATM dan pembayaran atas arahan tetap pelanggan. Contoh pemindahan wang ke dalam akaun pihak ketiga chap 3 new.indd 77 8/3/2017 2:27:15 PM


78 Propfit Bank Berhad Makluman Debit Kepada: Ramli Bin Samad No Akaun: 789000100234 Tarikh: 23 Sept 2016 Akaun anda telah didebitkan seperti berikut: Butir Jumlah (RM) Bayaran ansuran pinjaman kenderaan 800 Ringgit: Lapan ratus sahaja ––––––––––––––––––– (Pengurus) Makluman Kredit Dokumen yang dikeluarkan oleh pihak bank kepada pelanggan yang menyatakan bahawa akaun bank telah dikreditkan. Apabila akaun bank dikreditkan, tunai di bank akaun pelanggan akan bertambah. Sebagai contoh, pembayaran dividen dan pindahan kredit. Propfit Bank Berhad Makluman Kredit Kepada: Ramli Bin Samad No Akaun: 789000100234 Tarikh: 23 Sept 2016 Akaun anda telah dikreditkan seperti berikut: Butir Jumlah (RM) Dividen – Syarikat Omh Berhad 4 600 Ringgit: Empat ribu enam ratus sahaja ––––––––––––––––––– (Pengurus) Memo Dokumen dalaman yang dikeluarkan oleh pemilik perniagaan untuk memaklumkan perniagaan tentang suatu urus niaga yang tidak mempunyai dokumen sokongan. Sebagai contoh, ambilan, modal tambahan dan catatan pembukaan. Hanya disediakan dalam satu salinan sahaja. Untuk mengelakkan risiko berlakunya penyelewengan, sesebuah perniagaan hanya menurunkan kuasa kepada jawatan tertentu sahaja untuk mengeluarkan memo. Contoh makluman debit Contoh makluman kredit Melvin Melvin Adakah hubungan antara bank dengan pemegang akaun bagaikan Akaun Belum Terima dengan Akaun Belum Bayar? Pemegang akaun menyimpan wang di bank dan pihak bank akan menjaga keselamatan simpanan wang tersebut. Wang simpanan itu dimiliki oleh pemegang akaun, bukannya dimiliki oleh bank. Pihak bank perlu mengembalikan wang simpanan tersebut jika dituntut oleh pemegang akaun. Jadi, wang simpanan pemegang akaun merupakan liabiliti kepada pihak bank. Makluman debit dikeluarkan apabila tunai di bank berkurang kerana liabiliti bank telah berkurangan (liabiliti berkurang jika didebitkan); makluman kredit dikeluarkan apabila tunai di bank bertambah kerana liabiliti bank telah bertambah (liabiliti bertambah jika dikreditkan). TAHUKAH ANDA? MAKLUMAN KREDIT: Makluman daripada pihak bank bahawa baki tunai di bank pemegang akaun telah bertambah. MEMO: Dokumen yang digunakan oleh pemilik perniagaan sebagai pengganti kepada ketiadaan dokumen sokongan. GLOSARI Kegunaan memo tidak terhad untuk perakaunan sahaja. Memo juga digunakan untuk panggilan perjumpaan, pembatalan perjumpaan dan peringatan. Hanya memo yang berkaitan dengan perakaunan sahaja perlu disimpan untuk tujuan perekodan. TAHUKAH ANDA? chap 3 new.indd 78 8/3/2017 2:27:15 PM


Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT 79 Contoh memo MEMO SHANE FURNITURE Blok 4, Jalan Taman Ru, 89740 Kuala Penyu, Sabah. 087-814 552 Kepada: Pengurus Akaun Daripada: Marry Jean Jebitan (Pemilik) Tarikh: 2 Ogos 2016 Perkara Mengambil sebuah kerusi plastik berharga RM25 untuk kegunaan keluarga. ––––––––––––––––––– (Pemilik) Invois Dokumen perniagaan yang digunakan ketika pembeli membeli barangan secara kredit. Invois dihantar kepada pelanggan adalah untuk memaklumkannya tentang amaun yang perlu dijelaskan. Disediakan dalam dua salinan. Invois asal diserahkan kepada pelanggan manakala invois salinan disimpan oleh pembekal. 'Syarat Angkutan Dibayar' dalam invois bermaksud kos pengangkutan barangan ditanggung oleh pembekal. ASAL INVOIS Kedai Hollysius No.5, Jalan Cahaya, Taman Salleh, 89740 Kuala Penyu, Sabah. 087-892 676 No. dokumen: INV50117 Tarikh: 5 Ogos 2016 Kepada: Olympus Enterprise No.7, Jalan Permata, 89740 Kuala Penyu, Sabah. Bil Butir Harga (RM) Unit Jumlah (RM) 1. Telefon Pintar Y 2 200 1 2 200 2 200 Tolak Diskaun Niaga 10% 220 JUMLAH 1 980 Ringgit: Satu ribu sembilan ratus lapan puluh sahaja Syarat: 10% 7 hari Serahan: Angkutan dibayar K. & K. di K. ––––––––––––––––––– ––––––––––––––––––– (Penerima) (Pengurus) Marry INVOIS: Dokumen sumber yang menunjukkan urus niaga kredit telah berlaku. GLOSARI Contoh invois Ahmad Amileya Contoh urus niaga yang menggunakan memo: • Pemilik membawa masuk aset ke dalam perniagaan. • Pemilik membuat ambilan daripada aset perniagaan. • Perniagaan mengeluarkan barang niaga untuk tujuan promosi. • Akaun Belum Terima dihapus kira sebagai hutang lapuk. TIP INFO • Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang cara menghasilkan invois, sila imbas QR Code berikut: https://www.youtube.com/ watch?v=32bdv3VzirM (Diakses pada 9 September 2016) • K. & K. di K. merupakan singkatan kepada 'Kesilapan dan Ketinggalan diKecualikan'. Syarat ini membolehkan pembekal membuat pembetulan ke atas invois yang silap, sama ada kesilapan terlebih caj atau kesilapan terkurang caj. chap 3 new.indd 79 8/3/2017 2:27:15 PM


80 Nota Debit Dihantar untuk memberitahu pembeli bahawa baki hutangnya telah bertambah. Digunakan semasa: • Butiran tertinggal rekod dalam invois. • Pelanggan dikenakan caj tambahan kerana meminta menukar ganti barang. • Faedah dikenakan atas pelanggan kerana lewat menjelaskan invois. • Jumlah dalam invois terkurang nyata. • Bayaran tambahan dikenakan kerana pelanggan tidak memulangkan bekas kosong. Disediakan dalam dua salinan. Nota debit asal dihantar kepada pembeli dan salinan disimpan oleh pembekal. ASAL NOTA DEBIT Kedai Elektrik KWF Lot 5, Jalan 5, Taman Sinar Daya, 89740 Kuala Penyu, Sabah. 087-844 918 No.: ND33240 Tarikh: 1 Ogos 2016 Kepada: Seung Keung Taman Emas, 89740 Kuala Penyu, Sabah. Akaun tuan/puan telah didebitkan seperti berikut: Butiran Jumlah (RM) Caj ke atas bekas kosong yang tidak dipulangkan 45 Ringgit: Empat puluh lima sahaja ––––––––––––––––––– ––––––––––––––––––– (Penerima) (Pengurus) Nota Kredit Dihantar untuk memberitahu pembeli bahawa baki hutangnya telah berkurangan. Digunakan semasa: • Pembeli memulangkan barangan kerana salah jenama, rosak atau tidak sama model dengan barang yang dipesan. • Pembeli mengembalikan bekas kosong seperti tin dan kotak kepada pembekal. • Kuantiti barangan yang diterima adalah kurang daripada kuantiti yang dipesan. • Invois pembeli terlebih nyata. Contoh nota debit Seuang Keung Mastura Daya Fikir 1 (a) Berikan sebab-sebab mengapa nota debit perlu dikeluarkan. (b) Berikan tiga situasi yang menggunakan nota debit. 2 Tentukan sama ada nota debit atau nota kredit perlu dikeluarkan oleh pembekal dalam situasi berikut: (a) Pak Chin memulangkan tin kosong minuman soya kepada pembekal. (b) Kedai Suresh dikenakan caj angkutan oleh penjual. (c) Restoran Burger Sedap dikenakan faedah oleh Pembekal Roti Wangi kerana lewat menjelaskan invois. (d) Dua buah kipas meja dikembalikan kepada pembekal kerana rosak. NOTA DEBIT: Invois tambahan yang digunakan untuk menambahkan baki hutang dalam invois. NOTA KREDIT: Dokumen yang digunakan untuk mengurangkan baki hutang dalam invois. GLOSARI chap 3 new.indd 80 8/3/2017 2:27:15 PM


Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT 81 ASAL NOTA KREDIT Kedai Ali Blok 1, Lorong 3, Taman Tiga, 89740 Kuala Penyu, Sabah. 087-842 454 No.: NK00709 Tarikh:12 Jun 2016 Kepada: Kedai Citra Jalan 4, Tama Delima, 89740 Kuala Penyu, Sabah. Akaun tuan/puan telah dikreditkan seperti berikut: Bil Butiran Kuantiti Harga seunit (RM) Jumlah (RM) 1. Kasut Jenama K 12 35.00 420.00 2. Tolak Diskaun Niaga 10% 42.00 JUMLAH 378.00 Ringgit: Tiga ratus tujuh puluh lapan sahaja ––––––––––––––––––– ––––––––––––––––––– (Penerima) (Pengurus) Bil Bayaran (Kadar Bayaran) Dokumen yang dikeluarkan oleh pembekal perkhidmatan (elektrik, air dan telefon) kepada peniaga tentang jumlah bayaran yang perlu dijelaskan atas perkhidmatan yang digunakan. Contoh nota kredit Alisya Zuriah Daya Fikir 1 Beri tiga situasi yang menggunakan nota kredit. 2 Puan Nelly telah membeli 20 pasang kasut sukan berharga RM230 sepasang secara kredit daripada Pembekal Kasut Tung. Diskaun niaga ialah 10%. Dua hari kemudian, Puan Nelly mengembalikan 2 pasang kasut kerana salah jenama. Hitung jumlah wang yang perlu dijelaskan oleh Puan Nelly. BIL BAYARAN: Makluman kepada pelanggan tentang bayaran utiliti atau telekomunikasi yang perlu dijelaskan. GLOSARI Contoh bil bayaran telefon Pembekal perlu mengambil kira diskaun niaga ketika mengeluarkan nota kredit jika pembeli memulangkan barang. TIP INFO Sesetengah bil kadar bayaran boleh dijelaskan melalui kiosk pembayaran yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan dan pembayaran atas talian. chap 3 new.indd 81 8/3/2017 2:27:16 PM


82 Folio Pelanggan Satu dokumen yang menyenaraikan perkhidmatan yang telah diberikan kepada pelanggan dan rekod pembayaran pelanggan. Disediakan dalam sektor perkhidmatan seperti sektor perhotelan, perkhidmatan pos dan kurier, hospital dan firma guaman. FOLIO PELANGGAN: Dokumen yang menyenaraikan perkhidmatan yang telah diberikan kepada pelanggan dan rekod pembayaran yang berkenaan. GLOSARI Daya Fikir Apakah kegunaan folio pelanggan kepada perniagaan? INFO Untuk mengetahui tentang perbezaan antara invois dengan folio pelanggan dalam perkhidmatan perhotelan, sila imbas QR Code berikut: (http://travel.stackexchange.com/ questions/38785/what-is-thedifference-between-folio-andinvoice-in-hotel-management) Disediakan dalam dua salinan. Dokumen asal akan diserahkan kepada pelanggan ketika pembayaran dibuat dan dokumen salinan disimpan oleh pihak berkenaan. Berfungsi sebagai resit dan menjadi bukti pembayaran oleh pelanggan terhadap perkhidmatan yang dikenakan caj. Urus Niaga dan Dokumen Sumber Setiap dokumen sumber mempunyai fungsi yang berbeza maka peniaga perlu mengeluarkan dokumen sumber yang betul dan sesuai dengan urus niaga yang terlibat. Contoh folio pelanggan dalam perkhidmatan pos dan kurier. Nota Kiriman Domestik Pos Laju Domestic Pos Laju Consignment Note *WAJIB DIISI MENGGUNAKAN PEN DAKWAT KERING HITAM ATAU BIRU SAHAJA 1 Pengirim (Sender) 2 Penerima (Receiver) 3 Keterangan Kandungan (Description of Content) 4 Pengakuan (Declaration) Nama (Name)* Item* Nilai (Value)- RM* Saya mengaku bahawa semua maklumat yang diberi adalah benar dan bersetuju menerima Terma & Syarat perkhidmatan Pos Laju (I hereby certify that all information provided by me is true and I agreed to accept Pos Laju services Terms & Conditions.) No* Nama & Alamat (Name & Address)* Bandar (City)* Negeri (State)* Tel/Emel (Tel/Email)* Poskod Penerima (Receiver Postcode)* Alamat (Address)* Tekan kuat semasa menulis Copyright @ Pos Laju 2016 (wholly owned by Pos Malaysia Bhd) MFG DATE July 2015 Pos PL1A Pin.3 1/2013 (Salinan Pengirim) Bandar (City)* Negeri (State)* Poskod (Postcode)* Tel/Emel (Tel/Email)* Tandatangan (Signature)* Pejabat Asal (Origin Office) Pejabat Tuju/Destinasi (Destination Office) Tarikh(Date)* Insuran (Insurance)* Kastam (Customs)* Ya (Yes) Nilai Insuran (Insured Value) Kod Tarif (Tariff Code) Nilai diisytihar untuk Kastam (Declared Value for Customs) (Sila kosongkan ruangan ini) Sila gunakan nombor di bawah untuk menyemak status kiriman menerusi laman web Pos Laju di www.poslaju.com.my atau hubungi (Pos Laju) di 1-300-300-300 EH 22 571 846 4MY SRI WAHYU BINTI MOHD ZAIN POS 13, 1. BUKU _ BATU 12, SENGGARANG BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 8 3 2 0 0 S A P P U B S E K S Y E N 2 6 KL E M B A R A S D N B H D 4 0 J A L A B A G A N IN R A N SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN 03 - 5192 9822 4 0 4 0 0 chap 3 new.indd 82 8/3/2017 2:27:16 PM


Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT 83 Berikut merupakan padanan urus niaga dengan dokumen: Urus niaga Dokumen Aliran dokumen Jualan tunai Bil tunai (salinan) Penjual → Pembeli Jualan barang niaga secara kredit Invois (salinan) Penjual → Pembeli • Pulangan barang niaga daripada pelanggan (pulangan jualan/pulangan masuk) • Invois terlebih caj Nota kredit (salinan) Invois terkurang caj Nota debit (salinan) Belian tunai Bil tunai (asal) Penjual → Pembeli Belian barang niaga secara kredit Invois (asal) Penjual → Pembeli • Pulangan barang niaga kepada penjual (pulangan belian/ pulangan keluar) • Invois terlebih caj Nota kredit (asal) Invois terkurang caj Nota debit (asal) Kos belian (angkutan masuk/ insurans atas belian/upah atas belian/duti import) Nota debit (asal) Bayaran tunai/cek daripada Akaun Belum Terima untuk menjelaskan invois Resit rasmi (salinan) Penerima → Pembayar Terima sewa/komisen/hasil lain (secara tunai atau cek) Resit rasmi (salinan) Terima dividen/pindahan kredit (dibankkan terus ke akaun perniagaan oleh pembayar) Makluman kredit Bank → Penerima (Pemilik akaun) Bayar sewa/gaji/upah/belanja lain yang tiada resit Baucar pembayaran – Keratan cek (jika dibayar dengan cek) – chap 3 new.indd 83 8/3/2017 2:27:17 PM


84 Urus niaga Dokumen Aliran dokumen Bayar insurans/kadar bayaran/ belanja lain yang ada resit daripada penerima Resit rasmi (asal) Penerima → Pembayar Keratan cek (jika dibayar dengan cek) – Caj bank/buku cek/faedah overdraf/faedah pinjaman Makluman debit Bank → Penerima (Pemilik akaun) Beli aset bukan semasa secara tunai (bayar dengan tunai atau cek) Bil tunai (asal) Pembekal → Pembeli Keratan cek (jika dibayar dengan cek) – Beli aset bukan semasa secara kredit Invois (asal) Pembekal → Pembeli Bawa masuk aset bukan semasa peribadi pemilik ke dalam perniagaan/sumbangan modal luar Memo – Ambilan tunai di tangan Memo – Ambilan tunai di bank Memo/ Keratan cek Ambilan barang niaga Memo Ambilan aset bukan semasa Memo Tunai di tangan didepositkan (disimpan) ke dalam bank Slip bank Bank → Pemilik akaun Tunai di bank ditunaikan untuk kegunaan kedai Slip bank Keratan cek – chap 3 new.indd 84 8/3/2017 2:27:17 PM


Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT 85 CONTOH 2 Perniagaan Murni menawarkan 20% diskaun niaga bagi pembelian cat yang melebihi 60 tin. Harga jualan cat ialah sebanyak RM15 setin. Encik Musi membeli sebanyak 60 tin cat itu secara kredit. Hitung: (a) jumlah diskaun niaga, (b) harga invois. Penyelesaian (a) Harga asal = RM15 × 60 tin = RM900 Diskaun niaga = RM900 × 20% = RM180 (b) Harga invois= Harga asal – Diskaun niaga = RM900 – RM180 = RM720 CONTOH 1 Pemborong Minuman Cool menawarkan diskaun niaga sebanyak 10% atas pembelian melebihi 50 karton dan 15% atas pembelian melebihi 100 karton. Harga borong sekarton minuman ialah sebanyak RM25. Hitung diskaun niaga yang diberikan kepada setiap pelanggan berikut: (a) Puan Priscilla membeli 48 karton minuman. (b) Kedai Makan Ganesan membeli 76 karton minuman. (c) Pasar Raya Morand membeli 150 karton minuman. Penyelesaian (a) Tidak layak diberi diskaun niaga kerana tidak memenuhi syarat diskaun niaga. (b) Jumlah harga asal bagi 76 karton minuman = RM25 × 76 karton = RM1 900 Layak diberi diskaun niaga 10% kerana pembelian melebihi 50 karton Diskaun niaga = RM1 900 × 10% = RM190 (c) Jumlah harga asal bagi 150 karton minuman = RM25 × 150 karton = RM3 750 Layak diberi diskaun niaga 15% kerana pembelian melebihi 100 karton Diskaun niaga = RM3 750 × 15% = RM562.50 ASAL INVOIS Kedai Hollysius Jalan Cahaya, Taman Salleh, 89740 Kuala Penyu. 087-892 676 No. invois: INV50117 Tarikh: 5 Ogos 2016 Kepada: Olympus Enterprise No.7, Jalan Permata, 89740 Kuala Penyu, Sabah. Bil Butir Harga (RM) Unit Jumlah (RM) 1. Telefon Pintar Y 2 200 1 2 200 2 200 Tolak Diskaun Niaga 10% 220 JUMLAH 1 980 Ringgit: Satu ribu sembilan ratus lapan puluh sahaja Syarat: 10% 7 hari K. & K. di K. ––––––––––––––––––– ––––––––––––––––––– (Penerima) (Pengurus) Contoh diskaun niaga Diskaun Niaga Potongan harga senarai barangan yang diberikan oleh pembekal pada masa belian dibuat. Tujuan diskaun niaga diberikan adalah untuk menggalakkan pembelian secara pukal kerana semakin banyak barangan yang dibeli, semakin tinggi diskaun niaga yang dinikmati oleh pembeli. Kebiasaannya diskaun niaga dinyatakan dalam invois. Sesetengah pembekal memberikan diskaun niaga berdasarkan volum jualan (kuantiti) barang. Ada juga pembekal yang memberikan diskaun niaga berdasarkan jumlah harga barangan. Alisya Zuriah chap 3 new.indd 85 8/3/2017 2:27:17 PM


86 Diskaun Tunai Potongan harga daripada harga invois yang diberikan oleh pembekal. Diskaun tunai diberikan adalah untuk menggalakkan pembayaran invois pada kadar segera. Semakin awal bayaran invois dibuat semakin banyak jumlah diskaun tunai yang diterima mengikut terma syarat pembayaran. ASAL INVOIS Kedai Hollysius No.5, Jalan Cahaya, Taman Salleh, 89740 Kuala Penyu, Sabah. 087-892 676 No. dokumen: INV50117 Tarikh: 5 Ogos 2016 Kepada: Olympus Enterprise No.7, Jalan Permata, 89740 Kuala Penyu, Sabah. Bil Butir Harga (RM) Unit Jumlah (RM) 1. Bateri Lite-on 45 20 900 900 Tolak Diskaun Niaga 10% 90 JUMLAH 810 Ringgit: Lapan ratus sepuluh sahaja Syarat pembayaran: 10% 14 hari, 5% 30 hari K. & K. di K. ––––––––––––––––––– ––––––––––––––––––– (Penerima) (Pengurus) Syarat pembayaran di dalam invois merupakan syarat pemberian diskaun tunai. • ‘10% 14 hari’ bermaksud jika invois dijelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh invois, maka diskaun tunai sebanyak 10% akan diberikan. • ‘5% 30 hari’ bermaksud jika invois dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois, maka diskaun tunai sebanyak 5% akan diberikan. • Jika invois dijelaskan selepas 30 hari, maka tiada diskaun tunai diberikan kepada pelanggan. DISKAUN NIAGA: Potongan harga senarai untuk menggalakkan pembelian secara pukal. DISKAUN TUNAI: Potongan harga invois untuk menggalakkan pembayaran hutang dengan segera. GLOSARI Hisyam Damien CELIK KEWANGAN Walaupun diskaun memberikan penjimatan dalam pembelian tetapi kita haruslah rasional dan tidak terpengaruh dengan potongan harga hingga membeli tanpa kawalan. Jika tidak, pembaziran wang akan berlaku. Daya Fikir Puan Aisyah membeli beberapa gulung kain bernilai RM2 500 daripada pemborong kain Seri Gading pada 1 Jan 2016 untuk butik pakaiannya. Pemborong tersebut menawarkan diskaun tunai 5% 10 hari dan 2% 15 hari. Kira jumlah yang perlu dibayar sekiranya Puan Aisyah membayar pada 11 Jan 2016. INFO Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang diskaun tunai, sila imbas QR Code berikut: https://www.youtube.com/ watch?v=yc5l7Idec68 (Diakses pada 9 September 2016) Contoh invois yang mempunyai terma syarat pembayaran. chap 3 new.indd 86 8/3/2017 2:27:17 PM


Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT 87 1 Nyatakan dokumen perniagaan yang terlibat dalam setiap urus niaga berikut: Urus Niaga Dokumen (a) Beli barang niaga secara kredit. (b) Beli aset bukan semasa secara kredit. (c) Beli barang niaga dengan tunai. (d) Beli barang niaga dengan cek. (e) Jual barang niaga secara kredit. (f) Jual aset bukan semasa secara kredit. (g) Terima komisen jualan secara tunai. (h) Bayar bil elektrik dengan cek. (i) Bawa masuk kipas ke dalam perniagaan. (j) Ambilan barang niaga untuk kegunaan keluarga. (k) Deposit tunai ke dalam bank. (l) Keluarkan tunai dari bank untuk kegunaan kedai. 2 Berdasarkan nota debit di atas: (a) Siapakah pihak yang menyediakan nota debit tersebut? (b) Mengapakah nota debit ini dikeluarkan? ASAL NOTA DEBIT Kedai Tekekomunikasi NEL Lot 5, Jalan 5, Taman Sinar Daya, 89740 Kuala Penyu, Sabah. 087-844 525 No.: ND22673 Tarikh: 11 Jun 2016 Kepada: Amran Aziz 54, Taman Bunga Raya, 89740 Kuala Penyu, Sabah. Akaun tuan/puan telah didebitkan seperti berikut: Butiran Jumlah (RM) Menukar telefon bimbit A yang berharga RM800 kepada telefon bimbit B yang berharga RM880. 80 Ringgit: Lapan puluh sahaja ––––––––––––––––––– ––––––––––––––––––– (Penerima) (Pengurus) Amran Chong LATIHAN MINDA 3.2 chap 3 new.indd 87 8/3/2017 2:27:17 PM


88 Murid boleh: • Menerangkan maksud dokumen bukan sumber perniagaan. • Menerangkan secara ringkas fungsi dokumen bukan sumber perniagaan. 3.3 DOKUMEN BUKAN SUMBER STANDARD PEMBELAJARAN Dokumen bukan sumber berfungsi sebagai dokumen sokongan yang menjadi rujukan bagi urus niaga yang telah berlaku. Dokumen Bukan Sumber Penyata Akaun Penyata Bank Penyata Akaun Penyata yang dikeluarkan oleh pembekal kepada pelanggannya sebagai peringatan tentang jualan, bayaran dan baki yang belum dijelaskan. Dalam penyata akaun, nombor invois yang masih tertunggak dinyatakan bersama-sama jumlah bakinya. Syarat pembayaran juga dinyatakan dengan jelas. Pada kelazimannya, jika semua invois telah dijelaskan, maka penyata akaun tidak akan dikeluarkan kepada pelanggan. Penyata Bank Penyata bulanan yang menyenaraikan semua urus niaga yang dibuat melalui bank. Dikeluarkan oleh pihak bank kepada pemegang akaun. Maklumat yang terkandung dalam Penyata Bank adalah seperti baki awal tunai di bank, senarai urus niaga yang akaun didebitkan, senarai urus niaga yang akaun dikreditkan dan baki tunai di bank pada akhir bulan. Setelah menerima Penyata Bank, peniaga perlu menyemak semua urus niaga dalam Penyata Bank dengan catatan akaun bank dalam Buku Tunai. Baki akhir Buku Tunai hendaklah sama dengan baki akhir Penyata Bank. Sekiranya baki akhir Buku Tunai tidak sama dengan baki akhir Penyata Bank, maka baki-baki ini perlu diselaraskan dengan menyediakan Penyata Penyesuaian Bank. PENYATA AKAUN: Penyata yang memaklumkan peniaga tentang baki hutang yang masih tertunggak. PENYATA BANK: Penyata yang dikeluarkan oleh pihak bank kepada pemegang akaun. PENYATA PENYESUAIAN BANK: Penyata yang disediakan oleh peniaga untuk menyelesaikan baki Penyata Bank dengan baki Buku Tunai. GLOSARI Daya Fikir Nyatakan butir-butir penting yang perlu ada dalam penyata akaun. Bezakan fungsi penyata akaun dengan fungsi Penyata Bank. LATIHAN MINDA 3.3 chap 3 new.indd 88 8/3/2017 2:27:17 PM


Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT 89 Dokumen Sumber Hasilkan pelbagai templat dokumen sumber dengan menggunakan Microsoft Word atau Microsoft Excel. Langkah-langkah: 1 Agihkan murid kepada beberapa kumpulan (Cadangan: 2 orang setiap kumpulan). 2 Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan satu templat dokumen sumber, misalannya invois, nota kredit, resit rasmi dan baucar pembayaran. 3 Setiap kumpulan boleh melakukan pencarian tutorial tentang cara menghasilkan templat dokumen di Internet. 4 Cetak dan pamerkan hasil kerja setiap kumpulan pada sudut mata pelajaran dalam kelas. Contoh: ASAL NOTA KREDIT No. dokumen: Tarikh: Kepada: Akaun tuan/puan telah dikreditkan seperti berikut: Bil Butir Harga (RM) Unit Jumlah (RM) Tolak Diskaun Niaga JUMLAH Ringgit: –––––––––––––– –––––––––––––– (Penerima) (Pengurus) AKTIVITI PENGAYAAN chap 3 new.indd 89 8/3/2017 2:27:18 PM


90 DOKUMEN SUMBER PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT Kegunaan dokumen perniagaan • Bukti bertulis bahawa suatu urus niaga telah berlaku. • Rujukan ketika membuat perekodan. • Berfungsi sebagai rujukan pada masa hadapan. Dokumen perniagaan • Dokumen sumber – dokumen yang menjadi rujukan utama bagi perekodan ke dalam Buku Catatan Pertama. • Dokumen bukan sumber – dokumen yang tidak digunakan dalam perakaunan tetapi menjadi dokumen sokongan dalam melancarkan urusan perniagaan. Jenis urus niaga belian dan jualan • Urus niaga tunai – urus niaga jual beli yang melibatkan pembayaran tunai ataupun cek. • Urus niaga kredit – urus niaga jual beli secara berhutang dan pembeli akan membuat pembayaran kemudian. Bil tunai • Bukti urus niaga belian dan jualan dengan menggunakan tunai atau cek. Resit rasmi • Bukti urus niaga yang melibatkan penerimaan dan pembayaran dengan menggunakan tunai atau cek. Keratan cek • Rujukan yang mengandungi maklumat seperti tarikh cek, nama penerima, tujuan pembayaran cek dan amaun cek tersebut. Baucar pembayaran • Dokumen dalaman untuk menunjukkan suatu pembayaran telah dibuat dan diperakui dan ditandatangani oleh penerima. Baucar tunai runcit • Dokumen dalaman untuk membuktikan pembayaran bagi pembelanjaan kecil secara tunai telah dibuat dengan menggunakan Dana Tunai Runcit. Slip daftar tunai • Slip senarai barang yang dibeli berserta jumlah bayaran. Slip ini ialah cetakan daripada mesin daftar tunai. Slip bank • Slip untuk mendepositkan tunai ataupun mengeluarkan tunai daripada bank. Slip transaksi perbankan elektronik • Bukti transaksi perbankan melalui mesin ATM dan mesin deposit (cek atau tunai) bagi urus niaga pembayaran dan pindahan wang. chap 3 new.indd 90 8/3/2017 2:27:18 PM


Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT 91 Slip pindahan wang • Slip untuk membuat pindahan wang kepada pihak ketiga. Makluman debit • Makluman bertulis daripada pihak bank yang memaklumkan bahawa akaun bank pelanggan telah dikurangkan. Pengurangan boleh disebabkan oleh caj bank, caj pembaharuan kad ATM dan arahan tetap. Makluman kredit • Makluman bertulis daripada pihak bank yang memaklumkan bahawa akaun bank telah bertambah. Penambahan ini boleh disebabkan oleh penerimaan dividen atau pindahan kredit. Memo • Dokumen dalaman yang mengandungi maklumat urus niaga yang tiada dokumen sokongan. Invois • Digunakan dalam urus niaga jual beli secara kredit. Nota debit • Digunakan untuk menambahkan amaun invois yang telah diterima sebelumnya. Nota kredit • Digunakan untuk mengurangkan amaun invois yang telah diterima sebelumnya. Bil bayaran • Dokumen yang dikeluarkan oleh pembekal perkhidmatan kepada pelanggan yang mengandungi maklumat amaun yang perlu dibayar. Folio pelanggan • Penyata yang mengandungi senarai perkhidmatan yang telah diberikan kepada pelanggan dan rekod pembayaran pelanggan. Penyata ini biasanya disediakan oleh sektor perkhidmatan seperti perhotelan, pos dan kurier, hospital dan firma guaman. Diskaun niaga • Potongan harga senarai. • Untuk menggalakkan pembelian secara pukal. Diskaun tunai • Potongan harga invois yang tertakluk kepada syarat pembayaran. • Untuk menggalakkan pembayaran hutang dengan segera. Penyata akaun • Dokumen peringatan kepada peniaga tentang jumlah baki hutang yang masih tertunggak yang perlu dijelaskan. Penyata Bank • Senarai urus niaga untuk tempoh sebulan mengenai keluar masuk wang pelanggan di bank termasuk baki awal dan baki akhir akaun bank. chap 3 new.indd 91 8/3/2017 2:27:18 PM


92 Soalan Objektif Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan yang paling sesuai. 1 Berikut merupakan kegunaan dokumen perniagaan dalam sesebuah perniagaan kecuali A sebagai peringatan kepada peniaga tentang hutang yang perlu dijelaskan. B sebagai bukti bertulis tentang berlakunya suatu urus niaga. C untuk tujuan pemeriksaan taksiran cukai pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. D sebagai rujukan utama penyediaan Penyata Kewangan perniagaan pada akhir tahun. 2 Pernyataan berikut berkaitan dengan satu jenis dokumen perniagaan: Dokumen manakah menepati pernyataan-pernyataan di atas? A Resit rasmi C Memo B Invois D Slip mesin daftar tunai 3 Pasangan urus niaga dan dokumen sumber yang manakah dipadankan dengan betul? Urus niaga Dokumen sumber A Ambilan barang niaga untuk kegunaan keluarga Baucar pembayaran B Barang rosak dipulangkan kepada pembekal Nota kredit C Caj angkutan dikenakan atas belian barang niaga Invois D Pembayaran upah kepada penjaga kedai Makluman kredit 4 Berikut ialah dialog antara pembekal dengan pembeli: Saruddin: Encik Farhan, saya memulangkan 80 botol kosong minuman soya kepada awak. Farhan: Baik, Encik Saruddin, setiap botol kosong yang dikembalikan akan diberikan potongan RM0.50 daripada harga invois. Apakah dokumen perniagaan yang perlu dikeluarkan oleh Encik Farhan kepada Encik Saruddin? A Nota debit asal C Nota kredit asal B Nota debit salinan D Nota kredit salinan 5 Syarat ‘K. & K. di K.’ yang dinyatakan dalam invois menunjukkan bahawa A butiran boleh dibetulkan melalui nota debit atau nota kredit. B butiran boleh dibetulkan melalui makluman debit atau kredit. C penjual tidak bertanggungjawab terhadap sebarang keciciran dan kerosakan barangan. D pembeli hanya boleh menuntut gantian barangan rosak dalam tempoh masa yang telah dipersetujui antara pembekal dengan pembeli. 6 Mengapakah penyata akaun dikeluarkan oleh pembekal kepada pembeli? A Untuk menunjukkan baki tunai di bank. B Untuk memberikan ringkasan urus niaga kepada pembeli. C Untuk menggalakkan pembeli membuat pembelian secara kredit. D Untuk menggalakkan pembeli membuat pembelian secara tunai. LATIHAN • Digunakan dalam urus niaga secara kredit. • Diskaun niaga dan diskaun tunai dinyatakan dengan jelas dalam dokumen ini. chap 3 new.indd 92 8/3/2017 2:27:18 PM


Modul 3: DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT 93 Soalan 7 dan soalan 8 adalah berpandukan invois di bawah. SALINAN INVOIS Sharina Trading Lot 4, Blok A, Taman Bunga Emas, 89740 Kuala Penyu, Sabah. 087-834 6769 No. dokumen: INV4021 Kepada: Tarikh: 23 Julai 2016 Kedai Elektrik Lucy Tkt 2, Bangunan Suria, 89740 Kuala Penyu, Sabah. Bil Butir Harga (RM) Unit Jumlah (RM) 1. Seterika Jenama King 42.00 20 840.00 2. Periuk Nasi Jenama Bagus 75.00 8 600.00 1 440.00 Tolak Diskaun Niaga 10% 144.00 JUMLAH 1 296.00 Ringgit: Satu ribu dua ratus sembilan puluh enam sahaja Syarat pembayaran: 10% 14 hari, 5% 30 hari Angkutan dibayar K. & K. di K. ––––––––––––––––––– ––––––––––––––––––– (Penerima) (Pengurus) 7 Pernyataan yang manakah menerangkan urus niaga di atas? A Sharina Trading menjual barangan elektrik kepada Kedai Elektrik Lucy secara tunai. B Sharina Trading menjual barangan elektrik kepada Kedai Elektrik Lucy secara kredit. C Kedai Elektrik Lucy menjual barangan elektrik kepada Sharina Trading secara tunai. D Kedai Elektrik Lucy menjual barangan elektrik kepada Sharina Trading secara kredit. 8 Ketika memeriksa senarai harga, didapati harga sebuah seterika sebenarnya ialah RM45 sebuah tetapi tersilap rekod sebagai RM42 dalam invois. Apakah dokumen sumber yang digunakan untuk membetulkan kesilapan tersebut? A Nota debit C Makluman debit B Nota kredit D Makluman kredit 9 Jika Nancy menjelaskan invois pada 22 Jun 2016, berapakah amaun wang yang perlu dibayar kepada Kedai Mesra? A RM4 230 C RM5 040 B RM4 465 D RM5 320 10 Apakah tujuan utama diskaun tunai diberikan kepada pelanggan? A Menggalakkan pembayaran hutang dengan segera. B Mendorong pelanggan membeli dalam kuantiti yang banyak. C Mengelakkan pelanggan membuat pembelian secara kredit. D Menyediakan kemudahan pembayaran hutang yang fleksibel. Lucy Sharina Pada 14 Jun 2016, Nancy membeli barangan berharga RM5 600 secara kredit daripada Kedai Mesra. Syarat diskaun tunai ialah 10% 7 hari, 5% 14 hari. Pada 16 Jun 2016, Nancy mengembalikan barangan berharga RM900 kerana salah jenama. chap 3 new.indd 93 8/3/2017 2:27:19 PM


94 Soalan Struktur 1 Berikan dua kegunaan dokumen sumber dalam perakaunan. 2 Nyatakan kesan terhadap rekod perakaunan jika dokumen perniagaan tidak diurus secara sistematik. 3 Nyatakan tiga keadaan nota kredit digunakan. 4 Pada 4 April 2016, Kedai Roti Johana telah menjual 400 sandwic kepada Kelab Mutiara secara kredit. Harga jualan ialah RM3 setiap sandwic. Diskaun niaga 5% diberikan. Syarat diskaun tunai adalah 10% 5 hari, 5% 10 hari. Berpandukan maklumat yang diberi, lengkapkan invois berikut: ASAL INVOIS No. dokumen: INV4021 Kepada: Tarikh: Bil Butir Harga (RM) Unit Jumlah (RM) Tolak Diskaun Niaga 5% JUMLAH Ringgit: Angkutan dibayar K. & K. di K. ––––––––––––––––––– ––––––––––––––––––– (Penerima) (Pengurus) 5 Apakah perbezaan antara diskaun niaga dengan diskaun tunai? 6 Cik Stacy baru sahaja membuka Kedai Alat Sukan Stacy pada 16 Julai 2016. Untuk mempopularkan perniagaan barunya serta untuk melariskan jualan, Cik Stacy bercadang untuk menawarkan diskaun niaga dan diskaun tunai yang menarik seperti berikut: • diskaun niaga 5% diberikan atas pembelian melebihi RM2 000 dan 10% atas pembelian melebihi RM5 000; • diskaun tunai 2% 7 hari. Pada 20 Julai 2016, Kelab Badminton Juara telah membeli 30 unit raket badminton berharga RM230 seunit. Pembelian adalah secara kredit. Pada 26 Julai 2016, Kelab Badminton Juara menjelaskan invois dengan tunai. Hitung: (a) Diskaun niaga yang diberikan kepada Kelab Badminton Juara. (b) Diskaun tunai yang diberikan kepada Kelab Badminton Juara. (c) Bayaran yang perlu dibuat oleh Kelab Badminton Juara. (Jawapan: (a) RM690, (b) RM124.20, (c) RM6 085.80) Robert Alex chap 3 new.indd 94 8/3/2017 2:27:19 PM


Click to View FlipBook Version