The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN PENCAPAIAN DAN PELAKSANAAN PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN SEPANJANG RMKe-10 DAN RMKe-11 SERTA HALATUJU RMKe-12 PUSAT PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMMAD IQBAL ABDULLAH (MARDI), 2023-03-13 00:38:13

BUKU LAPORAN PENCAPAIAN DAN PELAKSANAANPTJ TE_RMK10-RMK11 & RMK12

LAPORAN PENCAPAIAN DAN PELAKSANAAN PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN SEPANJANG RMKe-10 DAN RMKe-11 SERTA HALATUJU RMKe-12 PUSAT PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

Keywords: MARDI

LAPORAN PENCAPAIAN DAN PELAKSANAAN PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN SEPANJANG RMKe-10 DAN RMKe-11 SERTA HALATUJU RMKe-12 PUSAT PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN


ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKASURAT 1.0 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Pusat Pemindahan Teknologi Dan Pembangunan Usahawan 1 - 6 1.2 Program Agropreneur Muda MARDI 7 - 14 1.3 Pembangunan Usahawan MARDI Bagi RMKe-10 (2011 – 2015) Dan RMKe11 (2016 – 2020) 15 - 19 1.4 Program Perhubungan Industri - RMKe 10 (2011 – 2015) dan Program Peningkatan Skala – RMKe-11 (2016 – 2020) 20 - 65 2.0 BANTUAN DAN GERAN 2.1 Geran Agropreneur Muda (2016-2022) 66 – 69 2.2 Geran Pemadanan Usahawan Sepanjang RMKe-10 (2011 – 2015) Dan RMKe11 (2016 – 2020) 70 – 76 2.3 Projek Azam Tani Sepanjang RMKe-10 (2011-2015), RMKe-11 (2016-2020) DAN RMKe-12 (2021-2022) 77 – 117 3.0 PEMINDAHAN TEKNOLOGI 3.1 Promosi Dan Pemasaran Agropreneur Muda 118 – 123 3.2 Latihan Keusahawanan Agora (2017-2022) 124 - 127 3.3 Kursus Dan Latihan Teknikal Sepanjang RMKe-10, RMKe-11 Dan RMKe-12 128 – 132 3.4 Bengkel Teknologi Pembangunan Usahawan Dari RMKe-10 (2011 – 2015) Dan RMKe-11 (2016 – 2020) 133 – 136 3.5 Projek Pembangunan Pelan Peningkatan Pendapatan Golongan B40 (Agropreneur Muda) Melalui Projek Tanaman Kontan Terpilih Tahun 2020 Di MARDI Bagi Negeri Terengganu Dan Kelantan 137 - 140 3.6 Projek Inovasi Produk Usahawan Bersama Pegawai Pakar RMK-11 (2016- 2020) 141 - 160 3.7 Inkubator Teknologi MARDI Bagi RMKe-10 (2011 – 2015) Dan RMKe-11 (2016 – 2020) 161 – 162 3.8 Test Bed Teknologi MARDI – RMKe-10 (2011 – 2015) Dan RMKe-11 (2016 – 2020) 163 – 165 3.9 Kompleks Latihan MARDI (Klm) Tahun 2019 - 2022 166 – 176 3.10 Ladang Contoh MARDI (2016-2022) 177 -181 3.11 Pameran – RMKe-10 (2011 – 2015) Dan RMKe-11 (2016 – 2020) 182 – 183 3.12 Persidangan RMKe-10 2011-2015 184 – 192 3.13 Pusat Bertauliah MARDI (Latihan Kemahiran Pertanian) – Laporan 2011-2021 193 – 194 3.14 Kajian Impak Pembangunan Usahawan MARDI Dalam Rancangan Malaysia Ke -11 (2016 – 2020) 195 – 209 4.0 HALATUJU PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN 4.1 Isu Dan Cabaran Pembangunan Usahawan 210 - 213 4.2 Halatuju Pembangunan Usahawan Bagi RMKe12 214 - 220


PENGENALAN PUSAT PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN 1 PENGENALAN PUSAT PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN PENDAHULUAN Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawana dalam salah satu pusat di bawah sayap Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan MARDI. MARDI adalah sebuat institut penyelidikan namun pindaan Akta MARDI dalam tahun 1990 telah membenarkan penglibatan MARDI dalam aktiviti pengkomersialan. Pindaan akta kedua pada tahun 2002 telah mengizinkan lebih banyak ruang ke arah pengkomersialan. Evolusi Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan (TE) bermula dari tahun 1977. Pada mulanya, ia dikenali sebagai Bahagian Pembangunan (LVT) dan seterusnya ditukar kepada Cawangan Latihan Teknikal MARDI pada tahun 1979. Pada tahun 1980, Pusat TE terus berevolusi kepada Program Bimbingan/Pembangunan Usahawan sehinggalah ditukarkan kepada Bahagian Promosi Teknologi pada tahun 1984. Pada tahun 2000 pula, Bahagian Promosi Teknologi ini telah dinaik taraf kepada Program Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Teknologi. Selepas 2 tahun, ia terus dinaik taraf kepada Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi (PT). Pada tahun 2015, ia telah diberi nama baharu iaitu Pusat Promosi dan Pembangunan Perniagaan (PB). Setelah 4 tahun, ia sekali lagi diberi nafas baharu apabila namanya ditukar kepada Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan usahawan pada tahun 2019 dan terus digunakan sehingga hari ini. Rajah 1: Evolusi Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan MARDI


PENGENALAN PUSAT PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN 2 Berdasarkan Akta MARDI yang diterbitkan pada 1969, beberapa tugas MARDI adalah berkaitan dengan aktiviti pemindahan teknologi dan ianya menjadi teras utama kepada fungsi utama pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan. Antara fungsi MARDI tersebut adalah berkhidmat sebagai suatu pusat bagi mengumpul dan menyebar maklumat dan nasihat berkenaan dengan perkara-perkara sains, teknik dan ekonomi berhubung dengan industri pertanian, industri berasaskan pertanian dan industri makanan melalui apa-apa jua cara termasuk penerbitan laporan, terbitan berkala dan kertas kerja berhubungan dengannya, dan mengelolakan pameran, persidangan, syarahan dan seminar. MARDI juga perlu menjadi sebagai suatu pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri pertanian, industri berasaskan pertanian dan industri makanan, seperti perkhidmatan perundingan, perkhidmatan makmal analisis, jaminan kualiti dan perkhidmatan penyelidikan dan pemajuan kontrak: pertanian dan industri makanan. Selain itu, MARDI juga perlu memberi latihan dalam apa jua cara bagi kemajuan industri pertanian, industri berasaskan pertanian dan industri makanann. Seterusnya memberi bantuan bagi maksud penyelidikan dan pemajuan dari segi sains, teknik dan ekonomi berasaskan jenis jati dan gunaan berkenaan dengan perusahaan pertanian. MARDI juga disaran untuk sentiasa mengadakan perhubungan dengan pertubuhan-pertubuhan lain, sama ada awam atau sendirian, dalam negeri atau luar negeri yang mengambil bahagian dalam penyelidikan dari segi sains, teknik, ekonomi dan sosial berkenaan dengan industri pertanian, industri berasaskan pertanian dan industri makanan. Selain itu, MARDI juga perlu membangunkan, mempromosikan dan mengeksploitasikan dapatan-dapatan penyelidikan seterusnya memberi perkhidmatan pengembangan kepada industri pertanian, industri berasaskan pertanian dan industri makanan. Berdasarkan fungsi dan tugas yang telah digariskan di dalam AKTA MARDI (1969) tersebut, Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan telah dibahagikan kepada 4 program iaitu Program Agropreneur Muda (TE01), Program Pembangunan Usahawan (TE02), Program Pemindahan Teknologi (TE03), dan Program Hubungan Antara Jabatan/Agensi (TE04). Setiap program ini menjalankan fungsi dan peranan yang tersendiri dan ianya dinyatakan di dalam gambarajah xx dibawah.


PENGENALAN PUSAT PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN 3 PROGRAM AGROPRENEUR MUDA Program Agropreneur Muda MARDI ditubuhkan untuk merancang, melaksana dan memantau aktiviti inovasi dan teknologi di kalangan Agropreneur Muda (18-40 tahun) bagi bidang Industri Asas Tani (IAT) dan Tanaman. Melalui program ini, pelbagai faedah dan inisiatif yang telah dirancang kepada peserta yang menyertai program ini di bawah agensi MARDI seperti khidmat nasihat teknikal, latihan/bengkel, geran dan bantuan untuk usahawan dan bakal usahawan serta promosi jualan produk usahawan. Program ini bernaung dibawah Unit Agropreneur Muda, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN Program pembangunan usahawan lebih fokus kepada usahawan yang telah mendaftar diri sebagai Usahawan Bimbingan MARDI dan bertanggungjawab untuk memberi pelbagai perkhidmatan sokongan dalam membangunkan modal insan dalam teknologi wajar dan membangunkan usahawan yang dinamik dan mapan. Antara perkhidmatan sokongan usahawan yang diberikan adalah memindah dan mempromosi teknologi MARDI kepada golongan sasar seperti petani, pekebun kecil, penternak dan usahawan melalui klinik usahawan, Latihan sangkut di Testbed MARDI dan ceramah teknikal. Program ini juga bertanggungjawab untuk memberikan khidmat bimbingan usahawan seperti memindahkan teknologi dan membangunkan usahawan bimbingan MARDI.


PENGENALAN PUSAT PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN 4 PROGRAM PEMINDAHAN TEKNOLOGI Program Pemindahan Teknologi bertanggungjawab untuk mempromosi dan mengenengahkan maklumat dan teknologi yang dihasilkan oleh penyelidik MARDI kepada golongan sasar melalui aktiviti seperti pameran, persidangan, kursus-kursus dan latihan teknikal serta Pusat Bertauliah MARDI. Oleh itu, program ini terlibat dalam kerja-kerja mengurus persidangan, mengurus pameran, melaksanakan kursus dan latihan teknikal, menguruskan Pusat Bertauliah MARDI (NATC), dan mengurus Pusat Latihan MARDI. PROGRAM HUBUNGAN ANTARA JABATAN DAN AGENSI Program yang keempat adalah Program Hubungan Jabatan dan Agensi. Program ini bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti hubungan kerjasama bilateral dan multilateral antara MARDI dengan Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS). Selain itu, program ini juga berperanan untuk merancang, menyelaras dan melaksana kerjasama bilateral dan multilateral antara MARDI dengan Jabatan/Agensi di lain-lain Kementerian serta bertanggungjawab merancang, menyelaras dan melaksana kerjasama bilateral dan multilateral antara MARDI dengan pihak industri dan agensi bukan kerajaan. DASAR PEMINDAHAN TEKNOLOGI MARDI Keseluruhan aktiviti pemindahan teknologi di dalam Pusat ini adalah berteraskan Dasar Pemindahan Teknologi MARDI (DPTM). Aktiviti pemindahan teknologi merupakan salah satu fungsi yang dilaksanakan oleh institut sejak penubuhannya di bawah Akta MARDI tahun 1969. Sejak itu Akta MARDI telah dipinda beberapa kali bagi membolehkan institut beroperasi dengan lebih cekap dan berkesan seiring dengan perubahan serta pemodenan ekonomi negara dan global. Pindaan ini termasuklah membenarkan institut melaksanakan fungsi pengkomersialan sebagai salah satu aktiviti pemindahan teknologi. Dasar Pemindahan Teknologi MARDI (DPTM) 2021 – 2030 dibangunkan sebagai langkah proaktif bagi menetapkan hala tuju dan pelan strategik institut dalam perkara yang berkaitan dengan aktiviti pemindahan teknologi. Dasar Pemindahan Teknologi MARDI (DPTM) 2021 – 2030 merupakan strategi jangka panjang menjadikan MARDI sebagai sebuah institusi penyelidikan dan pemindahan


PENGENALAN PUSAT PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN 5 teknologi yang mapan menjelang tahun 2030. Dasar ini akan bertindak sebagai pemangkin kepada pencapaian MARDI dalam pemindahan teknologi kepada golongan sasar sama ada dalam bentuk teknologi gunaan awam mahupun komersial. Lima objektif utama di bawah DPTM 2021 – 2030 adalah seperti berikut: Secara umumnya MARDI memindahkan teknologi secara komersial, gunaan awam dan perkhidmatan pelanggan. Beberapa kaedah pengkomersialan yang menjadi perhatian institut pada masa ini merangkumi penjualan terus, pelesenan, lantikan fabrikator komersial, lantikan pengeluar peralatan asli [Original Equipment Manufacturer (OEM)] dan konsultasi. Aktiviti pemindahan teknologi gunaan awam pula termasuklah khidmat nasihat (one-off), kursus teknikal, seminar, khidmat penyelesaian masalah di premis, latihan sangkut, pembangunan perantis atau inkubati atau teknopreneur, demonstrasi teknologi, penerbitan manual teknologi serta panduan usahawan, bengkel teknologi, latihan amali di ladang contoh, persidangan, pameran, hubungan bilateral dan multilateral, hebahan massa dan lantikan panel fabrikator. Perkhidmatan pelanggan yang ditawarkan institut adalah seperti khidmat nasihat pembangunan produk makanan oleh MARDIpack, analisis makmal kimia oleh MARDILab, penjualan bahan tanaman dan ternakan serta pengeluaran benih padi asas oleh BBShoppe, perkhidmatan berasaskan aplikasi teknologi penanda molekul oleh Center for Marker Discovery and Validation (CMDV) dan perkhidmatan konservasi serta aplikasi sumber mikrob oleh MARDI Microbial Culture Collection (MMCC). Aktiviti pemindahan teknologi adalah sangat penting bagi memastikan teknologi yang dihasilkan institut dapat digunakan di peringkat lapangan dan industri seperti industri padi, buah-buahan, sayur-sayuran, komoditi


PENGENALAN PUSAT PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN 6 agromakanan dan pemprosesan makanan. Teknologi MARDI merangkumi pelbagai peringkat rantaian pengeluaran agromakanan seperti pembangunan varieti tanaman dan baka ternakan, sistem pengeluaran tanaman dan ternakan, kaedah kawalan penyakit dan perosak, pengurusan lepas tuai, pembangunan dan pemprosesan produk inovatif serta kajian pasaran dan sosioekonomi sektor pertanian negara.


PROGRAM AGROPRENEUR MUDA MARDI 7 PROGRAM AGROPRENEUR MUDA MARDI PENDAHULUAN Program Agropreneur Muda MARDI (TE01) ditubuhkan untuk merancang, melaksana dan memantau aktiviti inovasi dan teknologi pertanian di kalangan Agropreneur Muda bagi bidang Industri Asas Tani (IAT) dan Tanaman. Program ini bergerak seiring dengan Unit Agropreneur Muda (UAM) oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, MOA (kini dikenali sebagai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, MAFS) yang dilancarkan pada tahun 2013 kepada warganegara Malaysia berusia 18 - 40 tahun. Program ini merupakan salah satu strategi holistik kerajaan dalam membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agro pelancongan. Antara objektif bagi program ini adalah: Menyelaras dan memudah cara program / aktiviti jabatan / agensi di bawah MAFS dan / atau swasta yang berkaitan di dalam dan di luar negara Mengubah persepsi dan menarik minat generasi muda terhadap bidang pertanian dan industri asas tani Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif. Membangunkan modul pakej keusahawanan berasaskan industri pertanian mengikut keserasian dan kehendak generasi muda Membangunkan agropreneur muda dengan memberi latihan, bimbingan dan khidmat perundingan serta sokongan teknikal, kewangan dan pemasaran secara berpakej Penawaran teknologi terkini dan terkesan dilihat sebagai salah satu mekanisme untuk menarik minat golongan muda menjadikan sektor pertanian dan industri asas tani sebagai satu kerjaya. Selaras dengan peranan MARDI sebagai institusi yang menyediakan teknologi pertanian melalui penyelidikan dan pembangunan. Pelbagai kaedah dan mekanisme telah dilakukan bagi memastikan teknologi yang dihasilkan dapat dipraktikkan dan diguna pakai oleh golongan sasar. Pendekatan dan kaedah pemindahan teknologi yang dilaksanakan di bawah program agropreneur muda MARDI adalah melalui khidmat nasihat teknikal, inovasi produk usahawan, teknologi pembungkusan dan pelabelan produk, latihan hands-on, Latihan


PROGRAM AGROPRENEUR MUDA MARDI 8 Sangkut, Test Bed Teknologi MARDI, bengkel keusahawanan serta pemasaran produk. Selaras dengan saranan MAFS melahirkan Agropreneur Muda yang meletakkan pertanian sebagai sektor moden dan dinamik serta menjanjikan pendapatan tinggi. Program yang mapan ini bakal menghasilkan ramai jutawan tani dan menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan Bagi mencapai tujuan itu, Program Agropreneur Muda telah menyediakan bantuan dana dalam bentuk barangan (in kind contribution) dan pembiayaan dari AGROBANK dan TEKUN dengan faedah yang rendah kepada peserta yang layak. Sejak ditubuhkan Program Agropreneur Muda MARDI telah banyak membantu usahawan dan bakal usahawan dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan sistem dan teknologi terkini untuk pengeluaran produk sedia ada atau produk baru, sekali gus merangsang proses inovasi teknologi di kalangan usahawan bagi mewujudkan sikap berdaya saing secara sihat. Bagi memastikan perjalanan Program Agropreneur Muda MARDI berjalan dengan lancar dan terancang, program ini bergerak dengan prosedur operasi standard yang berstruktur seperti pada Rajah 1. Prosedur ini melibatkan proses pendaftaran, khidmat nasihat, latihan keusahawanan (Agora), geran, pembiayaan dan bantuan, promosi dan pemasaran serta graduasi kepada usahawan bimbingan MARDI. Rajah 1: Prosedur operasi standard Program Agropreneur Muda MARDI


PROGRAM AGROPRENEUR MUDA MARDI 9 PENDAFTARAN AGROPRENEUR MUDA Di awal penubuhan program Agropreneur Muda pada Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) dan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11), pendaftaran agropreneur muda dilaksanakan secara manual dengan menggunakan borang daripada pihak UAM dan secara atas talian di laman web khas (wixsite). Data-data pendaftaran seterusnya akan diselaraskan dan dikumpulkan di Microsoft Excel untuk aktiviti dan perkhidmatan selanjutnya. Pada Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), Program Agropreneur Muda MARDI telah melancarkan sistem pendaftaran secara atas talian sepenuhnya yang telah diberi nama Sistem eYouth MARDI. Penggunaan sistem eYouth MARDI akan memudahkan lagi pendaftaran peserta Agropreneur Muda MARDI dan mendapatkan perkhidmatan selanjutnya selain ia memudahkan pegawai-pegawai program ini untuk memantau peserta yang mendaftar. Proses pendaftaran adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur antara 18 hingga 40 tahun yang berminat dalam bidang pertanian dan makanan. Setiap individu yang berjaya mendaftar akan diklasifikasikan sebagai Peserta Agropreneur Muda MARDI dan layak untuk mendapat perkhidmatan khidmat nasihat dan latihan keusahawanan. Jadual 1 menunjukkan jumlah pendaftaran Agropreneur Muda dari tahun 2014 hingga 2022. Jadual 1: Jumlah pendaftaran peserta Agropreneur Muda MARDI tahun 2014 hingga 2022 Tahun 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022 Bilangan 1006 990 1,225 2,088 1,091 965 976 818 906


PROGRAM AGROPRENEUR MUDA MARDI 10 Rajah 2: Paparan muka Sistem eYouth MARDI Rajah 3: Peratus pendaftaran peserta Agropreneur Muda MARDI mengikut kluster 48% 32% 17% 3% Industri Makanan Tanaman Ternakan Lain-lain


PROGRAM AGROPRENEUR MUDA MARDI 11 Rajah 3 menunjukkan peratus pendaftaran peserta Agropreneur Muda MARDI mengikut kluster. Didapati kluster industri makanan merupakan pendaftar tertinggi dan diikuti dengan kluster tanaman, ternakan dan lain-lain. Perusahaan industri makanan menjadi pilihan usahawan mungkin kerana perusahaan ini tidak memerlukan modal yang besar, mendapat pulangan modal yang lebih cepat dan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk gagal berbanding industri lain. KHIDMAT NASIHAT AGROPRENEUR MUDA Khidmat nasihat maklumat diberikan kepada agropreneur muda berkenaan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaitan dengan industri pertanian dan industri berasaskan pertanian. Khidmat nasihat dilaksanakan melalui nasihat teknikal kepada pelanggan secara one-off melalui perbincangan secara bersemuka, surat-menyurat, telefon, e-mel dan perkhidmatan klinik usahawan. Ia merupakan perkhidmatan pertama yang diberikan kepada usahawan dan bakal usahawan bagi mendapatkan segala informasi berkaitan teknologi MARDI dan bantuan yang diberikan kepada mereka. Setiap usahawan yang mendapatkan perkhidmatan ini samada di Ibu Pejabat atau di Pejabat MARDI Negeri akan direkodkan pertanyaan mereka di dalam borang atau dilaporkan secara terus di Sistem eYouth MARDI. Peserta yang mendaftar di eYouth MARDI juga boleh membuat temu janji terlebih dahulu bersama pegawai sebelum datang untuk mendapatkan khidmat nasihat. Data-data yang diperolehi daripada khidmat nasihat dijadikan sebagai panduan dalam menentukan teknologi serta topik bagi latihan-latihan untuk agropreneur muda. Jadual 2: Jumlah khidmat kepada peserta Agropreneur Muda MARDI tahun 2014 hingga 2022 Tahun 2018 2019 2020 2021 2022 Bilangan 1,794 1,322 1,323 1,010


PROGRAM AGROPRENEUR MUDA MARDI 12 Rajah 4: Khidmat nasihat diberikan kepada usahawan di kaunter klinik usahawan BANTUAN PENINGKATAN KUALITI PRODUK Pembangunan usahawan tekno agromakanan moden bertujuan membangunkan lebih ramai usahawan tekno yang berdaya saing baharu melalui suntikan teknologi terkini dan inovasi baharu untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Ini dilaksanakan melalui pendedahan yang betul, latihan teknikal, kualiti dan kajian jangka hayat, penjenamaan, pelabelan dan pembungkusan produk industri asas tani kepada usahawan agropreneur muda dan usahawan bimbingan MARDI. Penambahbaikan produk yang dibangunkan untuk usahawan termasuk peningkatan kualiti dan keselamatan produk melalui pengesahan kaedah pemprosesan, penilaian kualiti awal dan kajian jangka hayat produk. Khidmat nasihat dan kepakaran dalam setiap aspek seperti penjenamaan, pembungkusan dan reka bentuk pelabelan turut diberikan untuk mengukuhkan daya saing produk di pasaran domestik dan seterusnya meningkatkan potensi menembusi pasaran eksport. Lebih 184 usahawan telah memohon dan penilaian permohonan dilakukan bagi memastikan produk tersebut berpotensi besar dan memenuhi kriteria pemilihan oleh MARDI. Penilaian termasuk sesi perundingan awal antara usahawan dan kumpulan pakar untuk membantu mengenal pasti masalah dan penambahbaikan yang diperlukan dari segi kualiti produk, jangka hayat dan peningkatan keselamatan. Sepanjang tahun 2016 hingga 2022, terdapat 27 sesi perundingan dijalankan dengan 184 usahawan dan 323 produk


PROGRAM AGROPRENEUR MUDA MARDI 13 dibangunkan. Lebih 323 produk yang telah menjalani kajian kualiti dalam tempoh dalam tempoh tersebut untuk meneruskan penambahbaikan atau analisis kualiti berdasarkan cadangan semasa sesi perundingan. 323 produk turut dibantu dari segi penjenamaan, pembungkusan dan/atau reka bentuk pelabelan untuk memastikan produk usahawan terpilih memenuhi keperluan akta pelabelan dan dapat mempromosikan jualan. Kualiti, jangka hayat, keselamatan, pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan produk usahawan telah dinaik taraf untuk memenuhi keperluan undang-undang. Justeru, ia akan meningkatkan daya saing produk dalam pasaran domestik dan mengukuhkan potensi mereka untuk menembusi pasaran antarabangsa, berpotensi meningkatkan kesejahteraan dan taraf hidup dalam kalangan usahawan tani melalui peningkatan nilai jualan produk dan pendapatan bulanan yang lebih tinggi. Rajah 10: Sesi konsultasi usahawan bersama pakar


PROGRAM AGROPRENEUR MUDA MARDI 14 Rajah 11: Perubahan pada pembungkusan produk usahan setelah menjadi program bantuan peningkatan kualiti produk PENUTUP Program Agropreneur Muda merupakan satu platform kepada usahawan-usahawan muda dalam mengorak langkah untuk menjadi agromakanan sebagai kerjaya. Program Agropreneur Muda juga akan membantu usahawan dalam memberi khidmat nasihat secara teknikal, menyalurkan kursus-kursus atau latihan yang berkaitan dengan projek yang dijalankan oleh usahawan serta memberi bantuan geran kepada usahawan bagi mengembangkan lagi perniagaan usahawan tersebut. Kesemua latihan dan geran yang diberikan kepada usahawan merupakan kerjasama dan bantuan kewangan daripada Unit Agropreneur Muda (UAM) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Selain bantuan dari UAM, projek Rancangan Malaysia juga banyak membantu usahawan muda terutama dalam peningkatan kualiti produk. Konklusinya, kewujudan Program Agropreneur Muda mampu membantu menjayakan hasrat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk melahirkan usahawan muda yang berdaya saing dan konsisten dalam perniagaan agromakanan.


PEMBANGUNAN USAHAWAN MARDI BAGI RMKE-10 (2011 – 2015) DAN RMKE-11 (2016 – 2020) 15 PEMBANGUNAN USAHAWAN MARDI BAGI RMKE-10 (2011 – 2015) DAN RMKE11 (2016 – 2020) PEMBANGUNAN USAHAWAN Pembangunan usahawan kecil dan sederhana yang berjaya dan berdaya saing akan melibatkan rantaian aktiviti terancang iaitu pembangunan kemahiran dan pengetahuan modal insan sokongan teknikal, khidmat nasihat yang menyeluruh dan khidmat kepakaran yang berterusan daripada kumpulan pakar teknologi. Pengetahuan pengurusan perniagaan, teknologi dan kemahiran merupakan aset penting yang mesti dimiliki oleh usahawan yang ingin berjaya untuk membolehkan mereka berdaya saing dalam dunia perniagaan yang serba mencabar. Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan (TE) telah diberi mandat untuk melaksanakan aktiviti pembangunan usahawan yang melibatkan khidmat nasihat teknikal kepada usahawan dan bakal usahawan dalam bidang industri asas tani (IAT) makanan dan bukan makanan, tanaman dan ternakan. Program Pembangunan Usahawan (TE2) di bawah Pusat TE mempunyai empat teras utama iaitu Khidmat Sokongan Usahawan, Khidmat Bimbingan Usahawan, Pengurusan Test Bed, Inkubator dan Ladang Contoh MARDI serta Pelaksanaan Projek Khas daripada kementerian (Skim Geran Pemadanan dan Projek Azam Tani). Program ini bertanggungjawab memindahkan teknologi janaan MARDI dan teknologi wajar kepada usahawan mikro, kecil dan sederhana berasaskan teknologi terkini dalam bidang industri asas tani (IAT) makanan dan bukan makanan, tanaman dan ternakan melalui aktiviti khidmat nasihat teknikal. Antara khidmat nasihat teknikal yang ditawarkan adalah seperti penyelesaian masalah di premis, pemprosesan makanan, susun atur kilang, peningkatan kualiti dan mutu produk, inovasi produk, pembungkusan dan pelabelan produk, analisis makanan, pematuhan perundangan makanan, bengkel teknologi serta lain-lain perkhidmatan yang bersesuaian bagi meningkatkan sumbangan usahawan terhadap industri makanan, asas tani dan pertanian. Perkhidmatan ini merupakan peranan utama TE2 dalam membangunkan usahawan bimbingan baharu agromakanan terutamanya dalam bidang makanan, pertanian dan penternakan yang berteraskan teknologi terkini. Khidmat nasihat teknikal dan bimbingan yang diberikan kepada usahawan merupakan salah satu medium penyampaian dan pemindahan teknologi yang berkesan dan cepat. Melalui cara


PEMBANGUNAN USAHAWAN MARDI BAGI RMKE-10 (2011 – 2015) DAN RMKE-11 (2016 – 2020) 16 ini, sekurang-kurangnya ia dapat membantu usahawan dalam mengatasi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai tambahan, usahawan juga perlu bersikap proaktif supaya dapat bersaing serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Khidmat nasihat teknikal ini dipindahkan melalui aktiviti promosi dan teknologi yang dijana kepada golongan sasar iaitu usahawan tekno yang bakal membangun dalam bidang makanan, pertanian dan penternakan negara. Penggunaan teknologi dalam industri telah terbukti memberi impak positif kepada usahawan dalam membantu perusahaan untuk menjadi lebih cekap, efisien, maju dan berdaya saing seiring dengan arus pasaran domestik dan global. AKTIVITI KHIDMAT BIMBINGAN Khidmat nasihat teknikal yang diberikan kepada usahawan bimbingan MARDI meliputi aspek teknikal seperti teknologi pemprosesan, penyelesaian masalah di premis, peningkatan kualiti, kawalan mutu, pembangunan produk baru, kepelbagaian produk, pembangunan sistem pengeluaran, inovasi produk, susun atur kilang serta spesifikasi mesin dan peralatan. Khidmat nasihat teknikal ini diberikan melalui lawatan pemantauan secara berkala di premis usahawan yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pembimbing di ibu pejabat dan juga di negeri. Sepanjang RMK-10 iaitu dari tahun 2011 sehingga 2015, sebanyak 1,324 usahawan bimbingan MARDI telah diberikan khidmat bimbingan teknikal di mana pecahannya adalah seperti jadual 1 di bawah: Jadual 1. Bilangan usahawan bimbingan MARDI sepanjang RMK-10 (2011-2015) TAHUN BILANGAN USAHAWAN BIMBINGAN 2011 160 2012 234 2013 272 2014 301 2015 357 Jumlah 1,324


PEMBANGUNAN USAHAWAN MARDI BAGI RMKE-10 (2011 – 2015) DAN RMKE-11 (2016 – 2020) 17 Manakala, sebanyak 2,334 usahawan bimbingan MARDI telah dibimbing sepanjang RMK11 iaitu bermula dari tahun 2016 sehingga tahun 2020. Pecahan bilangan usahawan bimbingan MARDI sepanjang RMK ini adalah seperti di Jadual 2. Jadual 2. Bilangan usahawan bimbingan MARDI sepanjang RMK-10 (2011-2015) TAHUN BILANGAN USAHAWAN BIMBINGAN 2016 383 2017 438 2018 497 2019 486 2020 530 Jumlah 2,334 Setiap tahun menunjukkan berlakunya peningkatan bilangan usahawan bimbingan MARDI kecuali pada 2019 di mana terdapat sedikit penurunan kerana pemutihan yang dibuat disebabkan oleh usahawan yang sudah tidak aktif lagi. Jadual 3 menunjukkan trend bilangan usahawan bimbingan mengikut tahun dari 2011 sehingga 2020. Jadual 3. Trend bilangan usahawan bimbingan mengikut tahun dari 2011 sehingga 2020 160 234 272 301 357 383 438 497 486 530 0 100 200 300 400 500 600 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 BILANGAN USAHAWAN BIMBINGAN MENGIKUT TAHUN SEPANJANG RMK-10 DAN RMK-11


PEMBANGUNAN USAHAWAN MARDI BAGI RMKE-10 (2011 – 2015) DAN RMKE-11 (2016 – 2020) 18 TAHAP KEUSAHAWAN USAHAWAN BIMBINGAN MARDI Sepanjang RMK-10 dan RMK-11, usahawan yang menjadi usahawan bimbingan MARDI kebanyakkannya terdiri daripada usahawan yang bertahap 3 dan 4. Jadual 4 menunjukkan tahap keusahawan usahawan bimbingan MARDI pada RMK-10. Manakala, tahap keusahawan yang dicapai oleh usahawan bimbingan MARDI pada RMK-11 ditunjukkan pada Jadual 5. Perbezaan tahap pendapatan ini diklasifikasikan mengikut jumlah jualan tahunan yang berjaya dicapai. Perbezaan nilai jualan dan kategori tahap keusahawan dapat ditunjukkan seperti Jadual 6. Jadual 4. Tahap keusahawan usahawan bimbingan MARDI sepanjang RMK-10 Tahap 2011 2012 2013 2014 2015 1 0 8 12 24 21 2 0 10 12 25 32 3 26 88 101 84 111 4 44 105 122 141 170 5 21 22 24 26 22 6 1 1 1 1 1 Jumlah 160 234 272 301 357 Jadual 5. Tahap keusahawan usahawan bimbingan MARDI sepanjang RMK-11 Tahap 2016 2017 2018 2019 2020 1 14 13 13 18 17 2 22 33 33 29 50 3 133 163 193 157 174 4 169 211 238 260 265 5 22 14 15 19 22 6 1 4 5 3 2 Jumlah 383 438 497 486 530


PEMBANGUNAN USAHAWAN MARDI BAGI RMKE-10 (2011 – 2015) DAN RMKE-11 (2016 – 2020) 19 Jadual 6. Kategori Tahap Usahawan Mengikut Nilai Jualan Kasar Tahunan (RM) KATEGORI NILAI JUALAN KASAR TAHUNAN (RM) Tahap 1 ≤ 50,000 Tahap 2 > 50,000 - ≤ 100,000 Tahap 3 > 100,000 - ≤ 300,000 Tahap 4 > 300,000 - ≤ 5,000,000 Tahap 5 > 5,000,000 - ≤ 15,000,000 Tahap 6 > 15,000,000 - ≤ 50,000,000


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 20 PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKe 10 (2011 – 2015) Program Perhubungan Industri atau lebih dikenali (PT2) digerakkan oleh seorang timbalan pengarah, dua (2) pegawai penyelidik dan dua (2) orang penolong pegawai penyelidik bertanggungjawab menyelaras serta melaksanakan aktiviti perhubungan industri di peringkat pusat manakala 13 Pengarah MARDI Negeri (PMN) membantu mengetuai aktiviti diperingkat negeri bersama pegawai dan staf MARDI Negeri. Program ini dibahagi kepada tiga (3) sub program iaitu Promosi Teknologi, Forum Industri dan Maklumat Industri. Ketigatiga sub program ini telah dirancangkan dengan baik bagi memenuhi misi pusat iaitu mempromosi dan menyebarkan maklumat teknologi MARDI yang diperlukan oleh golongan sasar bagi menyokong transformasi sektor pertanian dan industri asas tani negara kepada yang lebih moden, komersial dan berdaya saing. Program Perhubungan Industri telah menjalankan pelbagai aktiviti samada yang dirancang atau yang diarahkan dari semasa ke semasa. Sasaran utama adalah petani/pengusaha, usahawan industri kecil dan sederhana (IKS), agensi pengembangan/jabatan pelaksana dan lain-lain individu atau badan yang menyokong ke arah mencapai misi pusat. Secara umumnya, keseluruhan sasaran sepanjang RMK10 di bawah Program Perhubungan Industri telah dicapai dengan jayanya. Kerjasama yang baik oleh semua program di Pusat PT dan Pejabat MARDI Negeri (PMN) di negeri secara langsung membantu pencapaian tersebut. Sepanjang RMKe10 (2011-2015), Program Perhubungan Industri (PT2) bertanggungjawab terhadap 3 KPI iaitu : 1) Mempromosi Teknologi Media Massa Seminar Teknikal Pameran Pengisytiharan/Pelancaran Teknologi 2) Menguruskan Forum Industri Hari Mesra Pelanggan Forum Teknologi Hubungan Dua Hala MARDI – Jabatan/Agensi & Industri 3) Maklumat Industri


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 21 Pengumpulan Maklumat Industri Dan Maklumat Pangkalan Data Pembangunan Dan Pengurusan TIC MEMPROMOSI TEKNOLOGI Sepanjang RMK10, pelbagai program dan aktiviti yang dirancang telah dapat dilaksanakan dengan baik bagi memenuhi misi pusat iaitu mempromosi dan menyebarkan maklumat teknologi MARDI yang diperlukan oleh golongan sasar bagi menyokong transformasi sektor pertanian dan industri asas tani negara kepada yang lebih moden, komersial dan berdaya saing. (Jadual 1) Aktiviti promosi teknologi dilaksanakan bertujuan untuk mempromosi teknologi yang dijana MARDI, perkhidmatan yang ditawarkan serta aktiviti yang dijalankan menyumbang sebanyak 675 promosi teknologi di media massa iaitu melalui media cetak seperti akhbar tempatan dan media elektronik seperti radio dan televisyen. Bagi seminar teknikal pula sebanyak 298 aktiviti seminar telah diadakan yang merangkumi 3 bidang teknologi utama iaitu tanaman, ternakan dan pemprosesan makanan. Sementara itu, sebanyak 576 aktiviti pameran telah diadakan di peringkat negeri di seluruh negara untuk mempromosikan peranan dan teknologi MARDI. Bagi pengisytiharan dan pelancaran teknologi pula adalah sebanyak 59 aktiviti seperti majlis pelancaran stesen dan teknologi. Jadual 1 Ringkasan Aktiviti Promosi Teknologi dari Tahun 2011 hingga 2015. TAHUN PROMOSI TEKNOLOGI MEDIA MASSA SEMINAR TEKNIKAL PAMERAN PENGISYTIHARAN/ PELANCARAN TEKNOLOGI 2011 81 36 83 4 2012 127 34 158 14 2013 172 64 125 10 2014 169 62 117 16 2015 126 102 93 15 JUMLAH 675 298 576 59


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 22 MENGURUSKAN FORUM INDUSTRI Sepanjang RMK10, (Jadual 2) menunjukkan sebanyak 117 program Hari Mesra Pelanggan MARDI telah dijalankan seluruh negara. Selain itu, sebanyak 187 aktiviti forum teknologi telah diadakan bertujuan sebagai platform penyampaian informasi dan perbincangan mengenai teknologi janaan MARDI. Forum teknologi ini merangkumi 3 bidang teknologi utama iaitu tanaman, ternakan dan pemprosesan makanan. Bagi mengukuhkan lagi hubungan antara MARDI dengan jabatan/agensi di bawah MOA, mesyuarat kerjasama dua hala telah diadakan samada di peringkat pusat mahupun negeri. Dalam mesyuarat ini antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai jalinan kerjasama yang boleh dilaksanakan secara bersama dengan menggunakan kepakaran jabatan/agensi masing-masing meliputi pelbagai aktiviti yang bersesuaian. Melalui jalinan hubungan dua hala antara MARDI dengan jabatan/agensi dan industri, sebanyak 88 mesyuarat telah direkodkan dengan perbincangan lebih tertumpu kepada projek bersama secara ‘Technical Working Group’ (TWG) iaitu memperkukuhkan kompenan latihan dan khidmat nasihat serta pusat rujukan teknikal. Jadual 2 Ringkasan Aktiviti Pengurusan Forum Industri dari Tahun 2011 hingga 2015. TAHUN MENGURUSKAN FORUM INDUSTRI Hari Mesra Pelanggan Forum Teknologi Hubungan Dua Hala – Jabatan/Agensi & Industri 2011 32 13 7 2012 39 40 15 2013 17 10 31 2014 15 22 16 2015 14 102 19 JUMLAH 117 187 88


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 23 MAKLUMAT INDUSTRI Pada RMK10, (Jadual 3) menyatakan sebanyak 1756 maklumat industri telah diperolehi dengan majoriti maklumat yang dikumpulkan terdiri daripada usahawan dan pembekal yang terlibat dengan industri makanan dan industri asas tani. Maklumat industri telah dibangunkan bersama Pusat ET bagi mewujudkan pangkalan data. Selain itu juga, 1 Pusat Maklumat Teknologi (TIC) telah dibina di RTC Gopeng. Beberapa TIC lain telah dibuat penambahbaikan seperti TIC Kelantan dan Cameron Highlands serta TIC Langkawi dalam proses pengisian maklumat. Fungsi TIC merupakan satu ruang pameran untuk pengenalan hasil teknologi MARDI kepada orang ramai dan ianya terbuka kepada pengunjung atau usahawan untuk membuat lawatan. TIC mempamerkan mesin-mesin pemprosesan makanan yang dihasilkan oleh para penyelidik MARDI, produk-produk usahawan bimbingan MARDI, buku dan majalah terbitan MARDI dan teknologi-teknologi MARDI. Jadual 3 Ringkasan Maklumat Industri dari Tahun 2011 hingga 2015. TAHUN MAKLUMAT INDUSTRI PENGUMPULAN MAKLUMAT INDUSTRI DAN MAKLUMAT PANGKALAN DATA 2011 429 2012 359 2013 394 2014 388 2015 186 JUMLAH 1756


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 24 PROGRAM PENINGKATAN SKALA - RMKe 11 (2016 – 2020) Program Penigkatan Skala (PB4) menjalankan aktiviti pemindahan teknologi melalui pelaksanaan sistem testbed teknologi (Test Bed), inkubator teknologi (Inkubator), ladang contoh, inovasi produk dan guna pakai teknologi. Program PB4 bertanggungjawab melaksanakan 4 KPI dalam projek RMKe11 pada 2016 – 2018 iaitu ; Memberi khidmat latihan perantis/pengguna teknologi yang menggunakan kemudahan test bed dan inkubator kepada 1000 usahawan setahun, Memberi khidmat latihan perantis/pengguna teknologi yang menggunakan kemudahan test bed dan inkubator kepada 1000 usahawan setahun, Seramai 500 orang petani dan penternak dilatih menggunakan kemudahan ladang contoh mardi di stesen-stesen terpilih, 20 produk inovasi bersama usahawan dengan bantuan pegawai pakar. Objektif utama PB4 adalah meningkatkan kejayaan proses inovasi MARDI, menyokong keperluan pembangunan teknologi di kalangan kumpulan sasar serta mempercepat proses pemindahan teknologi hasilan MARDI kepada golongan sasar terutama sector awam dan pekebun kecil melalui sistem testbed, inkubator, ladang contoh, inovasi produk dan guna pakai teknologi. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan tahap kesedaran, penerimaan penggunaan teknologi oleh kumpulan sasaran dengan melaksanakan projek inisiatif kerajaan seperti projek Azam Tani dan Kerjasama Lautan Biru Kebangsaan (NBOS 3), Agropelancongan, MyAgrosis dan HPPNK. Selain itu, PB4 juga menganjurkan Mesyuarat Kerjasama Dua Hala bersama Jabatan/Agensi di bawah MOA. Ia adalah satu jalinan kerjasama bagi membincangkan dan menyelesaikan isu-isu berkaitan pertanian dan industri asas tani. Jadual 4 Kronologi Perubahan Nama Program NAMA PROGRAM TAHUN FUNGSI PROGRAM Program Peningkatan Skala (PB4) 2016 – 2018 Menjalankan Aktiviti Pemindahan Teknologi Melalui Pelaksanaan Sistem Test Bed Teknologi, Inkubator Teknologi, Ladang Contoh, Inovasi Produk dan Guna Pakai Teknologi MARDI


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 25 Program Hubungan Antara Jabatan / Agensi (TE4) * Penjenaman semula program selepas penstrukturan MARDI bermula tahun 2019 2019 - kini • Melaksanakan aktiviti pemindahan teknologi dan pengetahuan yang dihasilkan daripada penyelidikan yang dijalankan oleh MARDI kepada agen pengembangan dan usahawan tani. • Meningkatkan kerjasama antara dua agensi dalam membangunkan bidang pertanian secara bersama dengan menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh MARDI. • Meningkatkan kompetensi agen pengembangan terhadap teknologi MARDI melalui kursus / bengkel / seminar / latihan / TOT LIMA (5) KPI BAGI SUB-PROJEK B Rajah 1 KPI Bagi Sub Projek B bagi Sepanjang RMKe11 (2016 – 2020) KPI 1 Memberi Khidmat Latihan Perantis/Pengguna Teknologi Menggunakan Kemudahan Testbed dan Inkubator MARDI (1000 usahawan setahun) KPI 2 Melatih Petani/Penternak Menggunakan Kemudahan Ladang Contoh MARDI (500 petani/penternak setahun) KPI 3 Menginovasikan Produk Usahawan Bersama Pegawai Pakar (20 projek inovasi) KPI 4 Penggunaan dan Guna Pakai Teknologi Baharu Di Kalangan Usahawan (Adoption of Technology) (20 teknologi) . KPI 5 Pemantauan Data, Khidmat Kepakaran dan Menilai Prestasi 150 Usahawan Tekno Aplikasi Guna-Teknologi MARDI (KPI ini dimasukkan selepas penstrukturan bermula 2019)


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 26 KPI AKTIVITI 1 : MEMBERI KHIDMAT LATIHAN PERANTIS/PENGGUNA TEKNOLOGI YANG MENGGUNAKAN KEMUDAHAN TEST BED DAN INKUBATOR KEPADA 1000 USAHAWAN SETAHUN Sepanjang RMKe11, seramai 8483 peserta dengan 1191 aktiviti telah dijalankan yang terdiri daripada usahawan, perantis dan benifesiari telah menyertai dan mendapat manfaat melalui aktiviti seperti latihan sangkut, kursus, perantis, pra-OEM/dana dan demonstrasi serta lawatan di testbed dan inkubator MARDI. (Jadual 5) menunjukkan tren bilangan perantis, usahawan, benefesiari yang menyertai dan mendapat manfaat di Test Bed dan Inkubator MARDI dari tahun 2016 sehingga 2020. Jadual 5 Bilangan Perantis/Usahawan/Benifesiari Yang Telah Menyertai Latihan di Test Bed dan Inkubator MARDI Bagi Tahun 2016 - 2020. TAHUN BILANGAN USAHAWAN BILANGAN AKTIVITI (KURSUS DAN LATIHAN SANGKUT) DICAPAI MELALUI AKTIVITI 2016 1365 80 Latihan Sangkut Latihan Hands On Kursus , Demo & Lawatan, Perantis Pra-OEM, Inkubati 2017 2364 191 2018 879 82 2019 2181 172 2020 1694 666 JUMLAH 8483 1191 SISTEM TEST BED MARDI Peranan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di dalam bidang penyelidikan dan seterusnya menghasilkan teknologi khususnya dalam bidang pemprosesan makanan adalah sangat penting bagi memajukan usahawan industri makanan negara kategori Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Usahawan IKS menghadapi masalah kekurangan pengetahuan berkaitan teknologi pemprosesan makanan, penggunaan mesin, kawalan mutu produk, pembungkusan dan pelabelan yang tidak bermutu (Chua et al. 2005). MARDI telah membangunkan sistem testbed khasnya di seluruh negeri untuk membantu usahawan IKS mendapatkan khidmat bimbingan teknikal dan latihan hands-on bagi pengeluaran produk makanan dengan menggunakan teknologi MARDI.


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 27 Di test bed ini juga usahawan akan diberi peluang untuk mempelajari dan mencuba serta menyakinkan diri sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam perniagaan produk pemprosesan makanan kerana pelaburan terhadap penggunaan teknologi adalah sangat tinggi. Usahawan dan bakal usahawan akan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan sistem dan teknologi untuk pengeluaran produk sedia ada dan produk baharu untuk ujian pasaran (Badaruzzaman 2019). Sistem testbed teknologi MARDI juga menawarkan kemudahan pemprosesan dan khidmat kepakaran teknikal yang diperlukan untuk memulakan serta menguruskan proses inovasi teknologi dan perniagaan. Ini akan dapat merangsang proses inovasi teknologi di kalangan usahawan yang ingin berkembang dan berdaya saing di pasaran serta menggalakkan penglibatan usahawan dalam pengeluaran produk makanan terpilih bagi meningkatkan nilai tambahan hasil perniagaan negara. Test bed teknologi MARDI adalah makmal teknologi pemprosesan makanan yang dilengkapkan dengan mesin dan peralatan asas untuk pengeluaran berskala kecil bagi jenis produk makanan terpilih (Zainun et al. 2015). Sehingga 2019, terdapat 10 testbed teknologi MARDI yang terletak di stesen MARDI negeri yang menawarkan latihan teknikal dalam pelbagai kluster teknologi pemprosesan makanan. Sistem test bed adalah makmal teknologi pemprosesan makanan yang dilengkapkan dengan mesin dan peralatan moden untuk kemudahan pengeluaran berskala kecil bagi jenis produk makanan terpilih. Usahawan akan mendapatk khidmat bimbingan teknikal dan latihan handson dalam pengeluaran produk makanan menggunakan teknologi MARDI. Selain itu, ia juga bagi membantu usahawan bimbingan MARDI dan bakal usahawan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan sistem dan teknologi untuk pengeluaran produk sedia ada dan produk baharu untuk ujian pasaran sekaligus merangsang proses inovasi teknologi di kalangan usahawan IKS yang ingin berkembang dan berdaya saing di pasaran. (Jadual 6) menunjukkan lokasi dan kluster produk teknologi pemprosesan makanan yang ditawarkan di test bed MARDI.


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 28 Perkhidmatan yang ditawarkan berdasarkan kluster produk yang terdapat di setiap lokasi test bed MARDI : Teknologi pengeluaran produk makanan terpilih Penggunaan sistem pengeluaran terkini Pengendalian mesin dan peralatan Penggunaan bahan mentah sesuai dalam pembangunan formulasi Pembungkusan, reka bentuk, pelabelan, dan persembahan Penentuan kualiti dan analisis Panduan mematuhi perundangan makanan Pencapaian persijilan sistem jaminan kualiti MARDI (MQAS) Panduan persijilan termasuk MeSTI, GMP dan HACCP Suntikan inovasi teknologi untuk pembangunan dan mempelbagaikan produk Analisis ekonomi pengeluaran produk Pengeluaran bagi tujuan ujian pasaran LATIHAN SANGKUT Latihan sangkut adalah latihan hands-on pengeluaran produk tertentu di test bed teknologi MARDI. Tempoh penempatan peserta untuk mengikuti latihan ini di testbed MARDI adalah jangka pendek dan di dalam bidang teknologi pemprosesan makanan daripada sumber seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, kekacang, daging, ikan dan lain-lain. Usahawan perlu membuat permohonan rasmi melalui borang permohonan latihan sangkut kepada Pengarah, Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan MARDI, Serdang Selangor untuk mengikuti latihan sangkut. Mulai tahun 2019, para peserta yang berminat untuk mengikuti latihan sangkut di MARDI perlu mendaftar melalui atas talian elatihan sangkut (http://elatihansangkut.mardi.gov.my/pendaftaran) iaitu Sistem Pengurusan Latihan Sangkut MARDI. Kadar bayaran yang dikenakan adalah mengikut jenis latihan yang akan menentukan penggunaan bahan mentah dan peralatan. Kadar bayaran minimum adalah RM100.00 dikenakan bagi setiap peserta latihan sangkut. Bahan mentah disediakan oleh peserta atau kos penyediaan bahan mentah ditanggung oleh peserta. Peserta yang berjaya akan ditempatkan di test bed MARDI seperti yang dinyatakan


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 29 dalam (Jadual 1) mengikut jenis kluster latihan yang dipohon. Pasukan petugas di test bed teknologi MARDI akan mendapatkan bahan mentah yang diperlukan untuk latihan dan mempastikan peralatan dan mesin yang digunakan dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Latihan yang dijalankan mengikut teknologi MARDI. Semasa latihan, para pesert diberi pendedahan aspek teori dan latihan amali. Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang telah berjaya menyempurnakan latihan dengan jayanya. Rajah 2 Peserta Latihan Sangkut Pemprosesan Sos Cili di Test bed MARDI Kuching, Sarawak. LATIHAN PERANTIS/INKUBATI Latihan ini biasanya dilaksanakan kepada peserta yang telah mengikuti latihan sangkut, yang mana mereka mempunyai pengetahuan asas penggunaan peralatan mesin dan kaedah pemprosesan produk makanan. Peserta yang mempunyai hasrat untuk mengeluarkan produk makanan tertentu dan membuat ujian penerimaan pasaran untuk mengetahui samada produk makanan mempunyai pasaran yang baik dan akan mengambil masa kira-kira sebulan. Peserta yang tidak mahu mengeluarkan modal untuk membeli peralatan untuk memproses produk sebelum mengetahui keboleh terimaan produk makanan di pasaran. Usahawan tersebut perlu membuat permohonan secara rasmi kepada Pengarah, Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan MARDI, Serdang Selangor untuk mengikuti latihan sebagai perantis. Kadar bayaran yang dikenakan adalah mengikut jenis latihan yang akan menentukan penggunaan bahan mentah dan peralatan.


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 30 LAWATAN/DEMONSTRASI Program ini dilaksanakan di test bed untuk memberi penerangan secara lisan dan juga demonstrasi kepada pemprosesan produk makanan di test bed kepada tetamu yang melawat daripada agensi kerajaan dan swasta. Ia adalah maklumat teknikal yang awal mengenai teknologi yang ada di test bed yang diberikan kepada golongan benefisiari ini sebagai promosi untuk menyertai latihan seperti latihan sangkut dan perantis. Rajah 3 Sesi Demonstrasi Pemprosesan Keropok Lekor di Test bed MARDI Kuala Terengganu. KURSUS Test bed juga digunakan sebagai premis untuk melaksanakan kursus oleh agensi di bawah kementerian dan pusat yang menguruskan program latihan di MARDI. Mereka yang melaksanakan program kursus pemprosesan makanan tidak mempunyai peralatan dan kepakaran untuk melaksanakannya. Teknologi pemprosesan makanan di test bed dapat dipindahkan kepada golongan sasar melalui kaedah ini. OEM/Pra-OEM/Dana Antara fasiliti yang disediakan di test bed dan inkubator adalah mengikut susun atur yang menepati MeSTI, GMP dan HACCP. Para usahawan boleh menyewa kemudahan test bed dan


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 31 inkubator dengan kadar yang ditetapkan oleh MARDI di mana pemprosesan di test bed dan inkubator adalah berbeza mengikut lokasi. Seterusnya, ia akan membantu para usahawan yang tidak mempunyai premis dan fasiliti yang lengkap untuk menghasilkan produk mereka yang bermutu, mengikut perundangan dan menepati kehendak pelanggan. Jadual 6 Senarai Lokasi dan Kluster Teknologi Pemprosesan Makanan yang ditawarkan di Test bed MARDI. Bil. Lokasi Test bed MARDI Kluster Teknologi Pemprosesan Makanan 1 MARDI Kuala Terengganu, Terengganu Hasilan Surimi, Hasilan Ikan, Keropok, Pes, Hasilan Daging, Sata & Otak-Otak 2 MARDI Pasir Puteh, Kelantan Mi & Pasta, Sos, Hasilan Bakeri, Makanan Sejukbeku, Snke & Makanan Tradisional, Hasilan Soya, Jeruk & Hasilan Fermentasi, Pes, Minuman, Cincau, Taugeh 3 MARDI Seberang Perai, Pulau Pinang Hasilan Bakeri & Pastri, Cookies, Kek 4 MARDI Pendang, Kedah Snek & Makanan Tradisional, Hasilan Soya, Mi & Pasta 5 MARDI Cameron Highlands, Pahang Minuman Dan Hasilan Jem 6 MARDI Kuching, Sarawak Mi & Pasta, Hasilan Ikan, Sos, Hasilan Bakeri, Hasilan Soya, Snek, Minuman, Hasilan Surimi, Hasilan Daging, Taugeh, Lemang Mekanikal, Jeli Kelapa, Dadih, Jeruk, Jem, Halwa 7 MARDI Kota Kinabalu, Hasilan Ikan, Hasilan Bakeri, Minuman, Sos,


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 32 Sabah Hasilan Daging, Snek & Makanan Tradisional, Hasilan Soya, Jem 8 MARDI Johor Bahru, Johor Mi & Pasta, Hasilan Soya, Sos, Pes, Snek, Jem, Jeruk & Hasilan Fermentasi, Minuman, Dadih, Jeli Kelapa Muda, Lemang Tradisional, Seri Kaya 9 MARDI Besut, Terengganu Hasilan Bakeri, Puri 10 MARDI Bagan Datuk, Perak Minyak Kelapa Dara (VCO – Virgin Coconut Oil) INKUBATOR MARDI Sistem Inkubator Teknologi MARDI didefinasikan sebagai kilang perintis teknologi baharu yang dilengkapi dengan mesin dan peralatan terkini berskala komersial. Inkubator Teknologi MARDI diwujudkan bermatlamat untuk mengeluarkan graduan (inkubati) yang berjaya dari aspek perniagaan yang berdaya saing dari segi kewangan, mempunyai pasaran yang mantap dan kemampuan teknikal yang berkeupayaan untuk berkembang maju. Aspek latihan secara hands-on dan bimbingan usahawan (inkubati) memberi ruang kepada usahawan menimba pengalaman menggunakan teknologi dalam penghasilan produk mereka. Dua jenis perkhidmatan yang ditawarkan ini akan membolehkan inkubati mempelajari aspek teknologi dan pembangunan perniagaan dalam anggaran masa 12 – 18 bulan. Teknologi yang ditawarkan juga berbeza di setiap lokasi inkubator (Jadual 7). Seterusnya apabila inkubati tamat latihan dan bergraduasi, inkubati akan dapat beroperasi dengan sendirinya dan berupaya menggunakan teknologi yang dipelajari dalam program inkubator. Program inkubator membolehkan kaedah pemindahan teknologi MARDI dilaksanakan dengan lebih sistematik.


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 33 Rajah 4 Latihan Hands On Pemprosesan Produk Berasaskan Minyak Pati Losyen dan Aromaterapi Ekstrak Botanika di Inkubator MARDI Kuala Linggi, Melaka. Jadual 7 Senarai Lokasi dan Teknologi yang ditawarkan di Inkubator MARDI. Bil Lokasi Inkubator MARDI Teknologi 1 MARDI Alor Setar, Kedah Pemprosesan Snek Hiliran Berasaskan Beras Menggunakan Teknologi Ekstrusi Generasi Kedua Pemprosesan Snek Hiliran Berasaskan Beras Menggunakan Teknologi Ekstrusi Generasi Ketiga 2 MARDI Kuala Linggi, Melaka Teknologi Penyulingan Minyak Pati Teknologi Pemprosesan Produk Berasaskan Minyak Pati 3 MARDI Kota Kinabalu, Sabah Teknologi Pemprosesan Produk Hiliran Berasaskan Hasilan Ikan


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 34 KPI AKTIVITI 2 : MELATIH PETANI/PENTERNAK MENGGUNAKAN KEMUDAHAN LADANG CONTOH MARDI Sepanjang RMKe11, (Jadual 8) sebanyak 78 aktiviti telah dijalankan dengan penglibatan seramai 3080 orang petani dan penternak telah mendapat manfaat daripada program latihan di Ladang Contoh MARDI seluruh negeri. KPI 2 mensasarkan seramai 500 orang petani dan penternak setahun dilatih menggunakan kemudahan ladang contoh mardi di stesen-stesen terpilih. Ini menunjukkan KPI bagi aktiviti 2 mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Jadual 8 Bilangan Petani/Penternak dan Aktiviti Yang Telah Menerima Latihan di Ladang Contoh MARDI. TAHUN BILANGAN PETANI/PENTERNAK BILANGAN AKTIVITI 2016 994 19 2017 588 17 2018 515 13 2019 463 16 2020 520 13 JUMLAH 3080 78 LADANG CONTOH MARDI Di antara strategi mentransformasikan sektor pertanian dan makanan negara termasuklah mempromosikan penyertaan sektor swasta, mempertingkatkan R&D dan mengkomersialkan penemuan R&D dan ini merupakan hala tuju ke arah pemodenan sektor ini. Keperluan untuk membangunkan Ladang Contoh teknologi dalam bidang pertanian dan makanan kini meningkat berikutan penumpuan pihak kerajaan untuk memperkukuh program pembangunan usahawan tani dan jaminan bekalan makanan negara. Pengenalan konsep Ladang Contoh kepada kumpulan usahawan tani diharap dapat mempercepatkan proses transformasi dan mempromosi teknologi yang dihasilkan MARDI. Terdapat 11 Ladang Contoh telah dibangunkan di beberapa lokasi di seluruh negeri seperti (Jadual 9). Kaedah ini juga mampu menghasilkan golongan para petani, penternak dan peladang yang moden, beriltizam dan berdaya maju sejajar dengan aspirasi kerajaan yang meletakkan sektor pertanian sebagai


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 35 jentera ketiga penjana ekonomi negara. Ladang Contoh juga digunakan untuk mengadakan latihan hands on teknologi pertanian kepada golongan sasar bagi memberi pendedahan pengalaman amali dengan menyediakan garis panduan yang lengkap berkaitan penggunaan teknologi fertigasi bagi tanaman sayur-sayuran & buah-buahan terpilih, teknologi penternakan lebah kelulut, teknologi penanaman cendawan, teknologi penternakan ayam kampung dan sebagainya. Latihan ini sering mendapat sambutan dari segi penyertaan yang amat menggalakkan setiap kali ia dianjurkan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak Modus Operandi Ladang Contoh MARDI seperti berikut : Pemilihan syarikat atau usahawan tani yang berpotensi dalam bidang berkaitan dan memenuhi ciri-ciri tertentu yang telah ditetapkan Operasi ladang lengkap dan bertaraf komersial Syarikat akan dibimbing sehingga mampu membangunkan ladag milik sendiri yang berdaya maju Rajah 5 Para Peserta Didedahkan dengan Latihan Hands On Pembuatan Kotak Haif di Kemudahan Ladang Contoh MARDI. Rajah 6 Para Peserta Peserta Bengkel Teknologi Penternakan Lebah Kelulut di Ladang Contoh Kelulut MARDI Kota Kinabalu, Sabah.


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 36 Jadual 9 Senarai lokasi dan teknologi di Ladang Contoh MARDI. Bil. Lokasi Ladang Contoh MARDI Teknologi 1 Serdang, MARDI Ibu Pejabat Teknologi Penternakan Kelulut Bersepadu Ladang Organik 2 Klang, MARDI Selangor Teknologi Penghasilan Benih Cendawan dan Teknologi Penanaman Cendawan 3 Alor Setar, MARDI Alor Setar Teknologi Penanaman Secara Fertigasi 4 Arau, MARDI Perlis Teknologi Penanaman Buah-buahan (Harum Manis) 5 Langkawi, MARDI Kedah Teknologi Penanaman Secara Fertigasi 6 MARDI Cherating, Pahang Teknologi Penternakan Lebah Kelulut Berintegrasi Tanaman Kelapa 7 MARDI Kuala Linggi, Melaka Teknologi Pengeluaran Tanaman Herba Untuk Penghasilan Minyak Pati 8 MARDI Kluang, Johor Teknologi Penanaman Halia Secara Fertigasi 9 Kompleks Bimbingan Usahawan (KBU) Pagoh, Johor Teknologi Penanaman Secara Fertigasi 10 MARDI Saratok, Sarawak Teknologi Penternakan Lebah Kelulut 11 MARDI Kota Kinabalu Teknologi Penternakan Lebah Kelulut dan Teknologi Penanaman Secara Fertigasi


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 37 KPI AKTIVITI 3 : MENGINOVASIKAN PRODUK USAHAWAN BERSAMA PEGAWAI PAKAR 20 PRODUK INOVASI SETAHUN - BERSAMA USAHAWAN DENGAN BANTUAN PEGAWAI PAKAR Sepanjang RMKe11, sebanyak 96 projek inovasi telah dilaporkan. (Jadual 10) menunjukkan tren bilangan perantis, usahawan, benefesiari yang menyertai dan mendapat manfaat di Test Bed dan Inkubator MARDI dari tahun 2016 sehingga 2020. Bagi KPI 3, sebanyak 20 projek inovasi setahun diperuntukkan.Projek inovasi usahawan bersama pegawai pakar MARDI ini dibuka kepada Pegawai Penyelidik dan Penolong Pegawai Penyelidik, Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan pada setiap awal tahun . Setiap permohonan projek inovasi yang berjaya mendapat kelulusan akan diberi peruntukan RM5000.00. Bagi tahun 2020, projek inovasi usahawan ini terbuka kepada Pegawai Penyelidik sahaja, dan Usahawan/Usahawan Tani yang terlibat terdiri daripada Usahawan Bimbingan MARDI, Agropreneur Muda MARDI, peserta Rezeki Tani dan juga usahawan one-off. Jadual 10 Ringkasan bilangan projek inovasi sepanjang RMK11 dari tahun 2016-2020. TAHUN BILANGAN PROJEK INOVASI 2016 15 2017 20 2018 21 2019 20 2020 20 JUMLAH 96 Bagi setiap projek inovasi usahawan akan diketuai oleh seorang ketua projek dan ahli-ahli kumpulan yang terdiri daripada pegawai dan staf sokongan dengan kepakaran relevan dan tidak terhad kepada staf Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan (TE) sahaja dan boleh melibatkan pegawai pakar iaitu dari Pegawai Penyelidik daripada pusat tanggungjawab (PTJ) lain terutamanya pusat penyelidkan contohnya Pusat Penyelidikan


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 38 Sains dan Teknologi Makanan (FT), Pusat Penyelidikan Kejuruteraan(ER), Pusat Penyelidikan Hortikutur (HR), Pusat Penyelidikan Sains Ternakan (LS) dan sebagainya bagi menyalurkan dan memindahkan teknologi terkini MARDI untuk digunapakai dan penyelesaian masalah yang dihadapi usahahawan tani. Projek inovasi ini boleh dijalankan di test bed teknologi MARDI atau di premis usahawan. Matlamat projek penginovasian ini untuk menjana teknologi dan inovasi pertanian dan industri asas tani yang inklusif dan berdaya saing ke arah kesejahteraan masyarakat dengan membangunkan produk baharu dengan nilai ditambah tinggi yang seterusnya akan meningkatkan kualiti teknologi dan inovasi yang dihasilkan dan mewujudkan kepelbagaian produk agromakanan. Selain itu, ia bertujuan untuk membangun agropreneur industri asas tani yang berdaya saing dengan mempertingkatkan penglibatan usahawan dalam aktiviti R&D dan pemindahan teknologi menerusi aktiviti turun padang yang seterusnya akan meningkatkan pengetahuan usahawan dan agropreneur dan secara tidak langsung akan meningkatkan taraf kehidupan usahawan dan agropreneur. Projek inovasi usahawan Bersama pegawai pakar MARDI ini dijalankan berdasarkan penginovasian produk/tanaman usahawan tani dan makanan oleh pegawai pakar dan penerimaan dan penggunaan teknologi di kalangan usahawan (technology adoption). Teknologi yang digunakan adalah teknologi MARDI sepenuhnya. Penginovasian produk usahawan tani dan makanan akan dilaksanakan oleh pegawai dengan kepakaran relevan. Aktiviti penginovasian merangkumi aspek penambahbaikan formulasi atau pembangunan produk baharu, penambahbaikan proses pengeluaran dan cara kerja serta penambahbaikan pembungkusan dan pelabelan produk. Aktiviti ini boleh dilaksanakan sama ada di test bed, inkubator, ladang contoh MARDI atau di premis usahawan tani atau makanan itu sendiri. Projek ini juga melaksanakan aktiviti-aktiviti memindahkan teknologi kepada usahawan dan juga guna pakai teknologi dikalangan usahawan. Ini membantu dalam meningkat kualiti produk usahawan dan melahirkan usahawan yang lebih kompetitif di pasaran tempatan dan antarabangsa.


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 39 PROJEK INOVASI USAHAWAANTAHUN 2016 Sebanyak 15 Projek Inovasi Usahawan telah dijalankan dengan kluster makanan mendominasi keseluruhan projek inovasi pada tahun 2016. Jenis inovasi yang terlibat termasuklah produk baru, pembungkusan baru dan proses pengeluaran baru. Jadual 11 Senarai tajuk projek inovasi tahun 2016 Bil. Tajuk Inovasi Jenis Inovasi 1. Pembangunan produk kek cawan sifon tepung beras Produk baru testbed 2. Pembungkusan pulut panggang Sibu sejukbeku Pembungkusan baru 3. Produk nilai tambah dari ikan lumek kering : sate lumek Produk baru 4. Minuman Jus Kedondong – Asam Boi Produk Baru 5. Sos Bolognese Hot Dog Proses pengeluaran baru 6. Sos Perang (Brown Sauce) Produk Baru 7. Pembangunan minuman tomato Proses pengeluaran baru 8. Pembangunan minuman tomato Proses pengeluaran baru 9. Percubaan Budu Kiub Proses pengeluaran baru 10. Percubaan Budu Kiub Perisa Tempoyak Dan Cili Proses pengeluaran baru 11. Pemprosesan Kordial Markisa Proses pengeluaran baru 12. Pemprosesan Kordial Buah Ciku Proses pengeluaran baru 13. Pembangunan minuman tomato Proses pengeluaran baru 14. Ketahanan kuah rojak R & D Pembangunan Produk


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 40 15. Keropok Lekor Otak-Otak R & D Pembangunan Produk PROJEK INOVASI USAHAWAN TAHUN 2017 Pada tahun 2017 sebanyak 20 projek inovasi telah berjaya dilaksanakan oleh Pegawai Pusat Pembangunan Usahawan , Pusat Promosi dan Pembangunan (PB). Jadual 12 Senarai projek inovasi yang telah dilaksanakan oleh pegawai-pegawai PB bersama usahawan dan dibantu oleh pegawai pakar tahun 2017 BI L. TAJUK KLUSTER 1 Inovasi Pulut Mangga Sejuk Beku Pemprosesan Makanan 2 Kajian Penerimaan Pengguna Terhadap Teknologi Penghasilan Kek Cawan Sifon Berasaskan Tepung Beras Komersial Pemprosesan Makanan 3 Pembangunan Produk Serbuk Asam Berasaskan Biji Jeruk Buah Jambu Batu Pemprosesan Makanan 4 Penghasilan Produk Berasaskan Madu Kelulut Berbenuk Gel Lembut Mudah Dimakan Pemprosesan Makanan 5 Kaedah Pembungkusan Produk Madu Kelulut Berbentuk Sachet Sedia Dimakan Pembungkusan Makanan 6 Penggunaan Mikoriza Dalam Penanaman Secara Fertigasi Tanaman 7 Inovasi mesin penggoreng kerepek Mekanisasi makanan 8 Pembangunan Produk Sos Pencicah Hijau Limau Kasturi Pemprosesan Makanan 9 Process Optimization And Shelf Life Study Of Retort Pemprosesan Makanan


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 41 Processed Chocolate Milk 10 Kajian Kesesuaian Pelbagai Sayuran Berdaun Secara Fertigasi Bertingkat Tanaman 11 Pembangunan Produk Puri Buah Bambangan Pemprosesan Makanan 12 Penghasilan benih cendawan jenis ’plug’ untuk memudahkan inokulasi benih cendawan ke beg media dan mengurangkan kontaminasi Tanaman 13 Pembangunan kaedah baharu dan mudah dalam penanaman cendawan kukur Tanaman 14 Pembangunan Produk Keropok Lekor Cendawan Sejuk Beku Pemprosesan Makanan 15 Pembangunan produk campuran serbuk sos pasta Pemprosesan makanan 16 Murtabak Cendawan Tiram Sejuk Beku Pemprosesan makanan 17 Development Of Fermented Mango Peel Powder As Potential Functional Food Ingredient Pemprosesan makanan 18 Pengestrakkan Dan Penilaian Analisis Pati Aroma Daripada Bunga Mawar Malaysia Produk hiliran tanaman 19. Development Of Cookies From Fermented Mango Skin Powder Pemprosesan makanan 20 Portable Honey Harvester Tanaman/ Mekanisasi


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 42 PROJEK INOVASI TAHUN 2018 Sebanyak 21 projek inovasi telah dijalankan pada tahun 2018 dengan 14 projek ialah daripada kluster teknologi makanan dan mekanisasi produk makanan dan 7 projek ialah daripada kluster tanaman dan ternakan. Jadual 13 Senarai Projek Inovasi Bagi Tahun 2018. Bil. Tajuk Projek Kluster 1. Pembangunan Untuk Mendirikan Satu Pakej Pemampat, Pemotong dan Pembentuk Snek Tenaga Mampu Milik Bagi Usahawan Agropreneur Muda - Marathonbaker Enterprise Pemprosesan dan mekanisasi Makanan 2. Penghasilan Silaj Menggunakan Air Valve Plastic Bag Ternakan dan makanan ternakan 3. High Protein Fish Ball Pemprosesan Makanan 4. Produk Inovasi Berasaskan Tempe Pemprosesan Makanan 5. Penilaian Bahan Tambah Dalam Pemprosesan Dodol Pemprosesan Makanan 6. Penginovasian Penyediaan Bongkah Cendawan Tanaman 7. Penginovasian Produk Sejuk Beku Makanan KanakKanak Berasaskan Cendawan Tempatan Pemprosesan Makanan 8. Penentuan Spesifikasi Bahan Mentah Dan Prosedur Operasi Standard Pemprosesan Bagi Mengatasi Penurunan Kelikatan Sos Perisa Tiram Semasa Penyimpanan Pemprosesan Makanan 9. Pembangunan Produk Mudah Sedia Pes Rempah Perapan Untuk Pasaran Komersial Pemprosesan Makanan 10. Pembangunan Cookies Beras Bercoklat Tinggi Serat Pemprosesan Makanan


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 43 11. Pemprosesan Minuman Botani Berasaskan Kunyit Pemprosesan Makanan 12. Pembangunan Produk Minuman Terus Madu Kelulut Pemprosesan Makanan 13. Teknologi Tri-Pro Pemperosesan Madu Pemprosesan Makanan 14. Ais Krim Goyang dan Ais Krim Malaysia Perisa Madu Kelulut Pemprosesan Makanan 15. Penanaman Tomato Secara Fertigasi Terbuka Tanaman 16. Aruhan bunga pada tanaman cili dan timun menggunakan semburan foliar dengan kepekatan Kalium yang tinggi Tanaman 17. Penghasilan benih halia menggunakan sistem fertigasi Tanaman 18. Tangki Pemeraman Ikan Pekasam Pemprosesan dan mekanisasi Makanan 19. Sistem Pengurusan Najis Arnab Ternakan 20. Ais Krim Bambangan Pemprosesan Makanan 21. Pemprofilan asid organik, gula, aktiviti antioksidan dan penentuan ciri-ciri prebiotik bagi produk “fermented tea” menggunakan konsortium strain kombucha Pemprosesan Makanan PROJEK INOVASI BAGI TAHUN 2019 Projek inovasi usahawan bersama pegawai pakar MARDI bagi tahun 2019 dijalankan berdasarkan penginovasian produk/tanaman usahawan tani dan makanan oleh pegawai pakar dan penerimaan dan penggunaan teknologi di kalangan usahawan (technology adoption). Aktiviti penginovasian merangkumi aspek penambahbaikan formulasi/pembangunan produk baharu, penambahbaikan proses pengeluaran/cara kerja serta penambahbaikan pembungkusan dan pelabelan produk. Ini membantu dalam meningkat kualiti produk usahawan dan melahirkan usahawan yang lebih kompetitif di pasaran tempatan dan antarabangsa. Jadual 5


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 44 di bawah menunjukkan senarai 20 permohonan projek inovasi usahawan bersama pegawai pakar MARDI pada tahun 2019. Daripada 20 projek inovasi yang dikemukakan, sebanyak 11 inovasi teknologi baharu bersama usahawan telah berjaya disiapkan pada tahun 2019. Jadual 14 Senarai Permohonan Projek Inovasi Tahun 2019. BIL. TAJUK PROJEK/MAKLUMAT USAHAWAN KETUA PROJEK 1. Stingless Bee Smart Log – Log Kelulut Pintar Anil Jinius Tuaran Sabah Norhayati binti Zaini Pegawai Penyelidik Program Pembangunan Usahawan (TE02) MARDI Sabah 2. Keropok Ikan Sambal Pedas Basah Puan Sariyaman Sabur De’SR Resepi Kunak Sabah Rina binti Singkina Pegawai Penyelidik Program Pembangunan Usahawan (TE02) MARDI Sabah 3. Domestika Midin (Stenochlaena palustris) dengan menggunakan kaedah penanaman fertigasi Kansar anak Karar Kina Karar Agrofarm Kuching, Sarawak Zarifah binti Hj Masni Pegawai Penyelidik Program Pembangunan Usahawan (TE02) MARDI Sarawak 4. Beg Cendawan Tiram Dua Muka untuk meningkatkan hasil usahawan Zainal Abidin bin Sulaiman Kuching, Sarawak Hassan bin Saji Pegawai Penyelidik Program Agropreneur Muda (TE01) MARDI Sarawak Wakil : Mohd Al Bar Saili 5. Pemprosesan Gula Kabong – Tambah baik kualiti Kamaruzaman bin Ahmad


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 45 produk dengan kaedah/teknik menggunakan mesin dan peralatan moden Shahrulnizam bin Shamsudin Pahang Pegawai Penyelidik Program Pembangunan Usahawan (TE02) MARDI Ibu Pejabat 6. Mini Rempeyek – Penyelesaian yang lain untuk proses pengeringan rempeyek selain daripada cara manual Zarina binti Yusoff Terengganu Ashadi bin Yaacob@Ramli Pegawai Penyelidik Kanan Program Pembangunan Usahawan (TE02) MARDI Kuala Terengganu 7. Pembangunan Produk Makanan Berfungsi daripada Cendawan “ Black Jelly wood ear” (Auricularariaspp) Muhammad Syahmi Anuar Mushroom Titans Enterprise Ashadi bin Yaacob@Ramli Pegawai Penyelidik Kanan Program Pembangunan Usahawan (TE02) MARDI Kuala Terengganu 8. Pembangunan Produk Roti Canai Segera Melalui Kaedah Moden Aizreg Food Industries Sdn. Bhd. Mohd Hairy Azwan bin Mohd Bakhtiar Pegawai Penyelidik Kanan Program Pembangunan Usahawan (TE02) MARDI Melaka 9. Kuih Batang Buruk – mencari penyelesaian untuk menghasilkan produk secara cepat dan teratur Norhafizah binti Zainon Pegawai Penyelidik


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 46 dengan penyediaan alat/mesin Siti Rohana binti Yadan Selangor Program Pembangunan Usahawan (TE02) MARDI Selangor 10. Pengoptimuman parameter pemprosesan thermal dalam memanjangkan jangka hayat dan meningkatkan kualiti madu kelulut Malek bin Jarni Kabong, Sarawak Muhamad Anas bin Othaman Pegawai Penyelidik Kanan Program Agropreneur Muda (TE01) MARDI Ibu Pejabat 11. Penghasilan Produk Pes segera berasaskan soya peraman Nik Muhammad Harith Haikal bin Kamaruzaman Kota Bharu, Kelantan Hafiz Aizat bin Yanan Pegawai Penyelidik Kanan Program Agropreneur Muda (TE01) MARDI Ibu Pejabat Wakil : Hjh Hamidah Husin 12. Penyimpanan Ikan yang tidak sempurna – cara dan kaedah penyimpanan ikan agar tahan lebih lama dan segar Abu Hanifah bin Hasim Pahang Kamaruzaman bin Ahmad Pegawai Penyelidik Program Pembangunan Usahawan (TE02) MARDI Ibu Pejabat 13. Serbuk Minuman Halia- tambah baik kualiti produk Hasimah bt Che Non Kota Bharu, Kelantan Kamaruzaman bin Ahmad Pegawai Penyelidik Program Pembangunan Usahawan (TE02) MARDI Ibu Pejabat


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 47 14. Penambahbaikan Pembungkusan Produk hasilan soya : “Chocolate Tempe Chip” untuk kekal rangup Maznah binti Katmin Maznah World Enterprise Johor Bahru, Johor Nur Humaira binti Md Salleh Pegawai Penyelidik Program Pembangunan Usahawan (TE02) MARDI Johor 15. Perikanan – Nelayan Pantai Mohon Inovasi rumah jemuran daripada MARDI Azlan Mohammed Ali Melaka Kamaruzaman Ahmad Pegawai Penyelidik Program Pembangunan Usahawan (TE02) MARDI Ibu Pejabat 16. Pemprosesan berasaskan kacang soya – penghasilan produk soya dengan rasa yang konsisten Mohd Shafee Ali Melaka Kamaruzaman Ahmad Pegawai Penyelidik Program Pembangunan Usahawan (TE02) MARDI Ibu Pejabat 17. Penghasilan Sukupan tanah biodegradasi berasaskan bahan buangan bag media cendawan Rosli Mohd Abu Penolong Pegawai Penyelidik


PROGRAM PERHUBUNGAN INDUSTRI - RMKE 10 (2011 – 2015) DAN PROGRAM PENINGKATAN SKALA – RMKE-11 (2016 – 2020) 48 En. Sudiro Kg. Jenjarom, Selangor Program Hubungan Antara Jabatan/Agensi MARDI Ibu Pejabat 18. Proses mengurang kandungan air madu kelulut menggunakan labu sayung Md Saad Che Ein Kg. Seputih ,Bakai ,Baling, Kedah Kamaruzaman Ahmad Pegawai Penyelidik Program Pembangunan Usahawan (TE02) MARDI Ibu Pejabat 19 Pembangunan produk Mi berasaskan cendawan Wangsabudi Enterprise Seri Kembangan, Selangor Noor Fadzlina Inche Zainal Abidin Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Sains & Teknologi Makanan (FT) 20 Penghasilan Baja Foliar berasaskan bahan buangan cendawan Tam Agro Farm Enterprise Sg Buloh Selangor Rosli Mohd Abu Penolong Pegawai Penyelidik Program Hubungan Antara Jabatan/Agensi MARDI Ibu Pejabat PROJEK INOVASI BAGI TAHUN 2020 (Jadual 15) di bawah menunjukkan senarai 20 projek inovasi usahawan bersama pegawai pakar MARDI berserta maklumat, status dan potensi/Impak inovasi kepada peningkatan dan penambahbaikan produk dan keboleh-pindahan teknologi kepada usahawan dan golongan sasar. Daripada 20 projek inovasi yang dikemukakan, sebanyak 11 inovasi teknologi baharu bersama usahawan telah berjaya disiapkan manakala 9 projek inovasi di dalam proses untuk


Click to View FlipBook Version