The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN PENCAPAIAN DAN PELAKSANAAN PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN SEPANJANG RMKe-10 DAN RMKe-11 SERTA HALATUJU RMKe-12 PUSAT PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMMAD IQBAL ABDULLAH (MARDI), 2023-03-13 00:38:13

BUKU LAPORAN PENCAPAIAN DAN PELAKSANAANPTJ TE_RMK10-RMK11 & RMK12

LAPORAN PENCAPAIAN DAN PELAKSANAAN PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN SEPANJANG RMKe-10 DAN RMKe-11 SERTA HALATUJU RMKe-12 PUSAT PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

Keywords: MARDI

KAJIAN IMPAK PEMBANGUNAN USAHAWAN MARDI DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE -11 (2016 – 2020) 198 Pahang 12 3 2 1 - 2 14 6 Sabah 3 1 1 3 5 8 9 12 Sarawak 1 2 11 8 1 0 13 10 Jumlah 167 104 100 69 86 23 353 196 62% 69% 27% 56% PEMBANGUNAN USAHAWAN MARDI Di bawah Pembangunan Usahawan MARDI, usahawan-usahawan yang terlibat dikategorikan kepada 2 kategori utama iaitu Usahawan Bimbingan MARDI (UBM) dan Agroprenuer Muda MARDI (AMM). Lain-lain perkhidmatan yang diberikan kepada usahawan adalah penggunaan Test Bed dan juga Inkubator MARDI. Kesemua kategori usahawan itu, kajian ini menerima 53% daripada Usahawan Bimbingan MARDI, 35% Agroprenuer Muda MARDI dan 12% daripada pengguna Test Bed dan Inkubator MARDI (Rajah 1). 79% daripada mereka terlibat dalam kluster Industri Asas Tani (IAT) Makanan, 12% Tanaman, 11% IAT Bukan Makanan dan 75 Ternakan (Rajah 2). Analisis silang yang dilakukan menunjukkan bahawa bagi UBM, 80% daripada mereka adalah yang terlibat dengan IAT Makanan, 11% IAT Bukan Makanan, 5% Ternakan dan 3% Tanaman. Berbanding dengan AMM, 57% terlibat dalam IAT Makanan, 27% Tanaman, 95 Ternakan dan 7% IAT Bukan Makanan. Manakala bagi pengguna Test-Bed dan Inkubator MARDI pula, 87% adalah IAT Makanan dan 13% IAT Bukan Makanan (Rajah 3). Rajah 1: Kategori Usahawan Usahawan Bimbingan MARDI 53% Agropreneur Muda MARDI 35% Lain-lain: Test-Bed/ Inkubator MARDI 12% Ketegori Usahawan


KAJIAN IMPAK PEMBANGUNAN USAHAWAN MARDI DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE -11 (2016 – 2020) 199 Rajah 2: Penglibatan dalam Kluster Rajah 3: Kategori Usahawan MARDI dengan kluster Antara sumber maklumat yang boleh diperolehi oleh usahawan-usahawan seperti UBM dan AMM adalah melalui rakan-rakan, ceramah, seminar dan pameran, Facebook, bahan bacaan termasuk buku dan majalah serta Laman sesawang. Selain itu, trend hebahan ini dilihat telah meningkat sepanjang RMK ke-9 sehingga RMK ke-11. Ini menunjukan bahawa sumbersumber hebahan ini boleh digunakan oleh pihak MARDI untuk mengetengahkan maklumat dan hebahan yang berkaitan latihan dan juga maklumat teknologi yang ada di MARDI kepada masyarakat. 0% 20% 40% 60% 80% Industri IAT Makanan Industri IAT Bukan Makanan Tanaman Ternakan 79% 11% 12% 7% Penglibatan dalam kluster 0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% 90% Usahawan Bimbingan MARDI Agropreneur Muda MARDI Test-Bed/Inkubator MARDI 80% 57% 87% 11% 7% 13% 3% 27% 5% 9% Kategori Usahawan MARDI dengan Kluster Industri IAT Makanan Industri IAT Bukan Makanan Tanaman Ternakan


KAJIAN IMPAK PEMBANGUNAN USAHAWAN MARDI DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE -11 (2016 – 2020) 200 Rajah 4: Trend sumber maklumat berkenaan MARDI mengikut RMK Selain daripada sumber maklumat meluas daripada sumber-sumber yang pelbagai, para usahawan juga berminat untuk menyertai pelbagai program daripada MARDI kerana yakin akan bimbingan dah tunjuk ajar yang diberikan (99% bersetuju), dapat belajar teknologi baru (98% bersetuju) dan pengisian program yang ditawarkan adalah berkesan kepada mereka (98% bersetuju). Selain itu, mereka juga ingin menjalinkan hubungan perniagaan melalui program-program MARDI (98% bersetuju) dan berupaya meningkatkan pendapatan daripada tunjuk ajar yang diberikan (97% bersetuju) (Rajah 5). 0% 5% 10% 15% 20% 25% Rakan rakan Ceramah/ Seminar/ Pameran Facebook Bahan bacaan (buku/majalah/ akhbar) Laman sesawang Televisyen Radio Instagram Blog Lain lain Trend sumber maklumat mengikut RMK RMK9(2006-2010) RMK10(2011-2015) RMK11(2016-2020)


KAJIAN IMPAK PEMBANGUNAN USAHAWAN MARDI DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE -11 (2016 – 2020) 201 Rajah 5: Tujuan menyertai program MARDI Selain itu, para usahawan juga akan dibantu daripada beberapa aspek untuk meningkatkan dan memajukan perusahaan mereka. Jenis-jenis bantuan yang sangat kerap diterima oleh usahawan-usahawan ini adalah khidmat nasihat (35.1%), bengkel & kursus (22.6%), bantuan berkaitan geran (20.2%), dan teknologi pemprosesan (10.8%). Rajah 6: Jenis bantuan yang diterima daripada MARDI Bantuan-bantuan ini jika dilihat dengan lebih mendalam, terdapat pecahan bantuan yang lebih khusus diberikan oleh pihak MARDI kepada usahawan ini. Bimbingan khidmat nasihat merupakan teknologi/khidmat yang paling tinggi diberikan kepada usahawan iaitu sebanyak 62% 85% 86% 88% 97% 98% 98% 98% 99% 38% 15% 14% 12% 3% 2% 2% 2% 1% 0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% 90% 100% Ikut kawan sertai Bantuan subsidi mudah Kemudahan asas mudah Menjamin tempat pasaran Tingkat pendapatan Pengisian program berkesan Dapat belajar teknologi baru Tingkatkan silaturahim Bimbingan tunjuk ajar Tujuan menyertai program MARDI sangat setuju sangat tidak setuju 35.1% 22.6% 20.2% 10.8% 9.1% 1.1% 0.4% 0.8% 0% 5% 10% 15% 20% 25% 30% 35% 40% Jenis bantuan yang diterima


KAJIAN IMPAK PEMBANGUNAN USAHAWAN MARDI DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE -11 (2016 – 2020) 202 64% daripada 196 orang usahawan yang dikaji. Ke dua tertinggi adalah pembungkusan pelabelan (43%), ketiga adalah peningkatan kualiti produk (42%), keempat pula teknologi pemprosesan makanan (35%) dan kelima tertinggi adalah analisis produk (34%) (Rajah 7). Walaubagaimanapun jika dilihat daripada kategori usahawan pula, terdapat beberapa perbezaan yang dikenal pasti. Bagi UBM, 5 pecahan bantuan yang dikenal pasti adalah bimbingan khidmat nasihat, peningkatan kualiti produk, pembungkusan pelabelan, analisis produk dan teknologi pemprosesan makanan & inovasi produk. Manakala bagi AMM pula, 5 pecahan bantuan yang tertinggi adalah bimbingan khidmat nasihat, pembungkusan pelabelan & peningkatan kualiti produk, pembangunan produk, teknologi pemprosesan produk dan inovasi produk. Bagi usahawan yang menggunakan fasiliti Test Bed dan Inkubator MARDI pula, 5 pecahan bantuan yang diterima pula adalah pembungkusan pelabelan, teknologi pemprosesan makanan, analisis & inovasi produk, peningkatan kualiti produk & panduan persijilan dan inovasi proses. Sebanyak 90% usahawan menyatakan bahawa terdapat peningkatan daripada aspek pengetahuan keusahawanan dan kualiti produk selepas menerima bantuan dan khidmat nasihat daripada MARDI. Manakala 89% usahawan pula menyatakan terdapat peningkatan dari segi motivasi diri usahawan. Peningkatan-peningkatan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa melalui bantuan dan khidmat nasihat yang diberikan oleh MARDI, para usahawan telah berjaya meningkatkan kualiti keusahawanan dan juga memajukan perusahaan mereka.


KAJIAN IMPAK PEMBANGUNAN USAHAWAN MARDI DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE -11 (2016 – 2020) 203 Rajah 7: Teknologi/Khidmat nasihat yang diterima daripada MARDI Rajah 8: Teknologi/Khidmat nasihat yang diterima daripada MARDI mengikut kategori usahawan 64% 43% 42% 35% 34% 33% 30% 29% 29% 29% 26% 26% 22% 22% 16% 14% 14% 6% 6% 5% 4% Bimbingan khidmat nasihat Pembungkusan perlabelan Peningkatan kualiti produk Teknologi pemprosesan makanan Analisa produk Inovasi produk Kajian jangka hayat produk Inovasi proses Pembangunan produk Kawalan mutu Kebersihan sanitasi Panduan persijilan Susunatur kilang Penambahbaikan premis Pembangunan sistem pengeluaran Pembangunan modal insan latihan Peningkatan kapasiti Mekanisasi pengeluaran Teknologi fertigasi Teknologi kelulut Teknologi cendawan tiram kelabu Teknologi/Khidmat nasihat yang diterima 13.2% 12.7% 5.9% 8.1% 7.6% 10.4% 8.4% 7.6% 7.4% 6.2% 6.1% 9.6% 7.4% 3.8% 8.1% 6.2% 5.7% 8.1% 6.0% 5.3% 5.4% 5.1% 5.2% 6.7% 5.0% 6.4% 5.2% 6.0% 4.1% 5.9% 4.5% 4.5% 7.4% 4.8% 4.8% 5.1% 5.2% 2.2% 5.2% 2.9% 4.1% 1.5% 4.5% 4.5% 2.2% 2.7% 2.5% 2.2% 1.9% 4.1% 2.2% 1.0% 1.6% 0.7% 0.3% 3.2% 0.0% 0.0% 2.5% 0.5% 0.7% 1.3% 0.0% U S A H A W A N B I M B I N G A N M A R D I A G R O P R E N E U R M U D A M A R D I T E S T - B E D / I N K U B A T O R M A R D I T E K N O L O G I / K H I D M A T N A S I H A T Y A N G D I T E R I M A M E N G I K U T K A T E G O R I U S A H A W A N Bimbingan khidmat nasihat Pembungkusan perlabelan Peningkatan kualiti produk Teknologi pemprosesan makanan Analisa produk Inovasi produk Kajian jangka hayat produk Inovasi proses Pembangunan produk Kawalan mutu Kebersihan sanitasi Panduan persijilan Susunatur kilang Penambahbaikan premis Pembangunan sistem pengeluaran Pembangunan modal insan latihan Peningkatan kapasiti Mekanisasi pengeluaran Teknologi fertigasi Teknologi kelulut Teknologi cendawan tiram kelabu


KAJIAN IMPAK PEMBANGUNAN USAHAWAN MARDI DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE -11 (2016 – 2020) 204 Rajah 9: Kesan nyata selepas mendapat khidmat nasihat daripada MARDI Melalui khidmat nasihat dan juga pengenalan teknologi MARDI, kajian mendapati terdapat kesan-kesan kemajuan yang nyata terutama dari aspek kaedah jualan, liputan jualan dan persijilan para usahawan ini. Perubahan daripada aspek kaedah jualan menunjukan terdapat peningkatan dari penggunaan agen/pemborong dalam membantu usahawan-usahawan ini berbanding sebelum menyertai MARDI. Kaedah jualan yang memerlukan peningkatan agen/pemborong ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa adanya peningkatan kuantiti jualan dan juga sebaran jualan yang memerlukan pengembangan kaedah jualan berbanding hanya menjual sendiri dikalangan usahawan ini. Liputan jualan yang meningkat di pasaran luar negeri dan luar negara juga menunjukkan bahawa sebaran jualan mereka telah keluar daripada jualan dalam negeri sahaja. Pengurangan liputan jualan dalam negeri dan peningkatan bagi liputan luar negeri dan luar negara ini juga merupakan kesan tidak langsung daripada khidmat nasihat yang diberikan oleh MARDI kepada usahawan dalam usaha membantu usahawan meluaskan pasaran mereka. 40% 57% 55% 61% 69% 53% 70% 75% 76% 77% 79% 82% 83% 83% 89% 90% 90% 57% 41% 41% 38% 29% 28% 27% 23% 22% 20% 20% 16% 16% 15% 10% 10% 9% 2% 2% 4% 1% 2% 19% 2% 2% 2% 2% 1% 2% 1% 2% 1% 1% 1% 0% 50% 100% Harga pasaran Penggunaan jentera mekanisasi Pelaburan tambahan Pemilikan aset Sistem perakaunan kewangan Kos pengeluaran Bil produk dikeluarkan Saiz operasi perniagaan Keluasan pasaran Pengurusan perniagaan Kemahiran komunikasi Keuntungan Kemahiran teknikal Pendapatan Motivasi diri usahawan Kualiti produk Pengetahuan keusahawanan Kesan nyata selepas mendapat khidmat nasihat meningkat tidak berubah menurun


KAJIAN IMPAK PEMBANGUNAN USAHAWAN MARDI DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE -11 (2016 – 2020) 205 Peningkatan daripada aspek akreditasi seperti sijil Halal dan sijil MESTI juga menunjukkan bahawa usahawan-usahawan ini telah berjaya memenuhi keperluan standard pasaran yang membolehkan mereka menjual produk-produk mereka ke pasaran luar yang dapat meyakinkan pelanggan mereka untuk membeli produk syarikat mereka. Rajah 10: Kaedah jualan Rajah 11: Liputan jualan Rajah 12: Akreditasi 63% 37% 63% 53% Jual sendiri Agen/Pemborong Kaedah jualan Awal Semasa 63% 30% 6% 52% 35% 13% Dalam negeri Luar negeri Luar negara Liputan jualan Awal Semasa 1% 1% 1% 0% 26% 0% 22% 2% 3% 2% 1% 40% 1% 39% HACCP GMP ISO VHM HALAL SOM MESTI Akreditasi Awal Semasa


KAJIAN IMPAK PEMBANGUNAN USAHAWAN MARDI DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE -11 (2016 – 2020) 206 Maklum balas daripada usahawan menyatakan bahawa para pembimbing usahawan MARDI mampu untuk memberikan khidmat nasihat dan kepakaran mereka kepada usahawan dengan baik dan penuh dedikasi. Ini dapat dibuktikan apabila 99 % usahawan bersetuju bahawa pegawai pembimbing MARDI ini mudah untuk dihubungi dan 98% pula bersetuju bahawa adanya hubungan akrab diantara usahawan dan pegawai pembimbing MARDI, pegawai pembimbing MARDI sentiasa ada sekiranya terdapat bantuan yang diperlukan oleh usahawan dan usahawan akan merujuk kepada pegawai pembimbing MARDI sekiranya mempunyai sebarang masalah. Rajah 13: Keupayaan pegawai pembimbing MARDI 33% 92% 92% 93% 98% 98% 98% 99% 67% 8% 8% 7% 2% 2% 2% 1% 0% 20% 40% 60% 80% 100% Usahawan lebih mudah jalankan operasi perniagaan tanpa bimbingan pembimbing Pegawai pembimbing melakukan pemantauan berkala Pembimbing berkeupayaan selesaikan masalah usahawan Pembimbing sentiasa hubingi uasahawan untuk maklumkan informasi terkini Usahawan merujuk kepada pembimbing sekiranya ada masalah/persoalan yang timbul Kewujudan pembimbing sentiasa ada jika diperlukan Wujud hubungan akrab antara pembimbing dan usahawan Pembimbing mudah dihubungi untuk mendapat khidmat nasihat Keupayaan pegawai pembimbing setuju tidak setujju


KAJIAN IMPAK PEMBANGUNAN USAHAWAN MARDI DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE -11 (2016 – 2020) 207 IMPAK PEMBANGUNAN USAHAWAN MARDI Pembangunan usahawan MARDI semestinya harus memberikan impak yang signifikan kepada para usahawan terutama dalam membantu para usahawan untuk meningkatkan pendapatan mereka. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang signifikan bagi setiap peningkatan pendapatan di mana di awal kemasukan mereka dalam program kelolaan MARDI, mereka berjaya meningkatkan pendapatan mereka samada kekal di tahap yang sama atau ke tahap yang seterusnya. Rajah 14 menunjukkan peningkatan yang dikatakan di mana bagi setiap usahawan, mereka di letakkan di tahap 1 hingga tahap 6 berdasarkan nilai jualan sewaktu awal kemasukan dan dilihat peningkatan pendapatan mereka pada masa semasa. Bagi usahawan yang berdaftar di peringkat awal berada di tahap 1 (87 usahawan), didapati 25 usahawan berjaya naik ke tahap 2, dan 7 usahawan berjaya ke tahap 3 dan tahap 4 manakala 48 masih berada di tahap yang sama. Usahawan yang berada pada tahap 2 pula (35 usahawan), seramai 23 telah berjaya meningkat ke tahap 3 dan 5 usahawan ke tahap 4 dan 7 usahawan masih kekal di tahap 2. Begitu juga bagi usahawan yang berada di tahap 3 (39 usahawan), 19 daripada mereka berjaya meningkat ke tahap 4 manakala 19 lagi masih berada di tahap 3. Namun begitu, terdapat juga seorang usahawan yang nilai jualannya turun ke tahap 2.


KAJIAN IMPAK PEMBANGUNAN USAHAWAN MARDI DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE -11 (2016 – 2020) 208 Rajah 14: Perubahan tahap usahawan mengikut tahap 1-6 87 48 25 7 7 Awal Semasa Tahap 1 Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5 Tahap 6 35 7 23 5 Awal Semasa Tahap 2 Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5 Tahap 6 1 39 19 19 Awal Semasa Tahap 3 Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5 Tahap 6 26 25 1 Awal Semasa Tahap 4 Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5 Tahap 6 5 4 1 Awal Semasa Tahap 5 Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5 Tahap 6 1 1 Awal Semasa Tahap 6 Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5 Tahap 6


KAJIAN IMPAK PEMBANGUNAN USAHAWAN MARDI DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE -11 (2016 – 2020) 209 Jadual 2: Purata peningkatan nilai jualan usahawan. Melalui Pembangunan Usahawan MARDI, antara impak kepada usahawan MARDI adalah berjaya meningkatkan pendapatan usahawan berbanding sewaktu mula menyertai MARDI, di mana mereka yang berada pada Tahap 1 berjaya meningkat ke Tahap 2 (25%), ke Tahap 3 (8%) dan ke Tahap 4 (8%) dengan purata peningkatan sebanyak RM 99,328. Bagi mereka yang awal penyertaan berada pada Tahap 2 pula, 66% berjaya meningkat ke Tahap 3 dan 14% ke Tahap 4 (purata peningkatan RM154,005). Usahawan yang menyertai MARDI pada Tahap 3 pula, 49% daripada mereka berjaya meningkat ke Tahap 4 (purata peningkatan RM404,061). Peningkatan pendapatan mereka ini adalah signifikan pada 5% bagi setiap Tahap peningkatan pendapatan mereka. Selain daripada itu, impak sumbangan MARDI (pandangan usahawan terhadap usaha dan peranan MARDI kepada perusahaan perniagaan mereka) kepada perusahaan usahawan adalah secara puratanya menyumbang kepada 31.7% daripada keseluruhan kejayaan perniagaan mereka atau bersamaan nilai jualan RM41.6 juta daripada keseluruhan nilai jualan usahawan (RM 131.1 juta) yang dikaji. Tahap usahawan Purata Peningkatan nilai jualan usahawan Tahap 1 99,328.90 Tahap 2 154,005.83 Tahap 3 404,061.33 Tahap 4 289,299.80 Tahap 5 2,499,600.00


ISU DAN CABARAN PEMBANGUNAN USAHAWAN 210 ISU DAN CABARAN PEMBANGUNAN USAHAWAN Matlamat MARDI untuk mencapai sebagai sebuah institusi penyelidikan dan pemindahan teknologi yang mapan menjelang tahun 2030 memerlukan penambahbaikan ekosistem pemindahan teknologi MARDI yang merangkumi pelbagai aspek termasuklah mekanisme pemindahan teknologi yang dilaksanakan, penggunaan fasiliti-fasiliti sedia ada, tanggungjawab dan peranan bagi penjana teknologi, pegawai pemindahan teknologi serta pihak negeri dan golongan sasar yang dikenal pasti. Strategi yang dirangka harus mengambil kira proses pelaksanaan yang betul dan sesuai untuk memacu pemindahan teknologi. Terdapat lapan (8) isu dan cabaran yang dikenal pasti dan perlu ditangani. Antara isu dan cabaran yang boleh dikaitkan ialah:- A) DEMOGRAFI PENERIMA TEKNOLOGI Penerima teknologi MARDI terdiri daripada pelbagai umur dan latar belakang yang berlainan. Penerima boleh terdiri daripada golongan muda atau belia iaitu lingkungan 18 hingga 40 tahun dan golongan berumur iaitu 41 tahun ke atas. Golongan belia adalah golongan yang memerlukan perkhidmatan segera dan pantas serta selesa menggunakan saluran perhubungan masa kini seperti media sosial, aplikasi Whatsapp dan e-mel. Golongan ini kebanyakannya kurang memiliki modal dan masih baru menceburi bidang pertanian atau perniagaan. Ini memberi cabaran kepada pegawai pemindahan teknologi untuk memberi perkhidmatan kepada golongan ini dari segi kepantasan dan komitmen yang tinggi dalam memberikan perkhidmatan. Selain itu, golongan ini perlu dibantu untuk mendapatkan modal sama ada melalui geran atau pinjaman institusi kewangan tertentu dalam usaha menggunakan teknologi-teknologi yang diperlukan. Golongan berumur 41 tahun ke atas didapati lebih cenderung menggunakan pendekatan secara fizikal dan bersemuka serta kurang mahir menggunakan saluran perhubungan masa kini. Rata-rata golongan ini sukar untuk menerima teknologi-teknologi baru yang ditawarkan oleh MARDI kerana terikut dengan cara lama mereka. Mereka memerlukan dorongan dan bimbingan dengan pendekatan yang bersifat tunjuk dan bukti yang memerlukan pengorbanan masa pegawai pemindahan teknologi. Bagi penerima teknologi yang mempunyai kewangan yang kukuh, sudah pasti setiap sen yang dilaburkan terhadap teknologi yang ditawarkan oleh MARDI adalah berbaloi dengan apa yang dikeluarkan. Oleh itu, teknologi yang ditawarkan oleh MARDI seharusnya mempunyai pakej yang lengkap, menarik dan kos efektif.


ISU DAN CABARAN PEMBANGUNAN USAHAWAN 211 Dari segi pemikiran, usahawan atau pelanggan MARDI perlu dipupuk dengan semangat keusahawanan yang jitu, agar mereka terus mencari ruang dan peluang bagi meningkatkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi. Terdapat usahawan yang terlalu bergantung kepada geran dan bantuan kewangan daripada pihak Kerajaan melalui agensi-agensi seperti MARDI dalam memajukan perniagaan mereka. Semangat keusahawanan dapat dicapai sekiranya usahawan bersedia untuk melakukan anjakan dan mengubah orientasi minda mereka daripada keusahawanan berasaskan keperluan kepada keusahawanan berasaskan peluang dan seterusnya kepada keusahawanan berasaskan inovasi. Perubahan ini hanya dapat dilakukan dengan peralihan daripada pemikiran tetap (fixed mindset) kepada pemikiran pertumbuhan (growth mindset). Teknologi-teknologi MARDI seharusnya digunakan untuk melakukan inovasi-inovasi tertentu bagi melonjakkan perniagaan mereka. Pemikiran dan penerimaan juga berkait rapat dengan tahap pendidikan. Golongan sasar MARDI terdiri daripada pelbagai tahap pendidikan. Oleh itu, perlunya ada keseimbangan, versatility, cara penyampaian dan mekanisme pemindahan teknologi yang berkesan kepada usahawan pelbagai peringkat ini. Selain itu, latihan yang diperlukan oleh usahawan juga berbeza mengikut tahap-tahap tertentu. Ada usahawan yang memerlukan latihan asas, ada yang memerlukan latihan bersifat pertengahan dan ada yang memerlukan latihan bersifat ke hadapan. Ini memberi cabaran kepada pegawai pemindahan teknologi dalam membuat perancangan bagi menganjurkan latihan ini khususnya dalam kekangan peruntukan dan kekangan masa. B) LOKASI PENERIMA TEKNOLOGI Lokasi penerima juga merupakan salah satu cabaran dalam memindahkan teknologi kepada golongan sasar. Masalah ini lebih menjurus kepada penerima teknologi di kawasan pedalaman atau kawasan yang jauh daripada stesen dan pejabat-pejabat MARDI negeri. Pendedahan atau penyampaian maklumat berkaitan teknologi MARDI kepada golongan ini adalah rendah. Bagi mereka yang telah menjadi pelanggan atau usahawan MARDI, pegawai di lapangan perlu mengambil masa yang lama dan memerlukan kos yang tinggi dalam melaksanakan pemantauan kepada golongan ini.


ISU DAN CABARAN PEMBANGUNAN USAHAWAN 212 C) TAHAP TEKNOLOGI DAN TAHAP PENERIMAAN Tahap teknologi dan tahap penerimaan sesuatu teknologi juga menjadi isu dan cabaran kepada pegawai pemindahan teknologi dalam melaksanakan tugas. Terdapat teknologiteknologi yang dihasilkan oleh MARDI mempunyai tahap seperti terlalu asas atau terlalu maju ke hadapan untuk dipindahkan kepada usahawan atau pelanggan MARDI. Penentuan teknologi yang ditawarkan haruslah diperkemaskan dan mempunyai pakej yang lengkap dengan pengenalpastian kaedah pemindahan yang efisien dengan mengguna pakai fasiliti yang sesuai. D) TENAGA KERJA DAN SUMBER PERUNTUKAN Antara isu dan cabaran dalam pemindahan teknologi adalah pelaksanaan pemantauan kepada golongan sasar. Permintaan terhadap perkhidmatan MARDI semakin bertambah dari semasa ke semasa dan usahawan atau pelanggan semakin bertambah setiap tahun. Pemantauan berkala perlu dilaksanakan bagi memastikan usahawan atau pelanggan MARDI mendapat perkhidmatan sewajarnya dan prestasi mereka dapat dipantau serta dikaji. Dalam pelaksanaan ini, perancangan yang rapi telah dilaksanakan namun keupayaan pegawai untuk melaksanakannya adalah terbatas. Ini kerana kekurangan pegawai di lapangan berbanding dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Selain itu, sumber peruntukan yang terhad untuk melaksanakan pemantauan juga sering menjadi batasan kepada pelaksanaan pemantauan ini. Keperluan pegawai pakar semasa pelaksanaan pemantauan juga memerlukan perancangan yang teliti dan komitmen yang tinggi daripada mereka. E) KOMPETENSI PEGAWAI PEMINDAHAN TEKNOLOGI Dalam memenuhi keperluan memindahkan teknologi-teknologi MARDI secara holistik, pembangunan modal insan perlu diberi penekanan oleh MARDI. Pegawai yang ditugaskan sebagai frontliner perlu memiliki kepakaran dan pengalaman yang secukupnya bagi mengelakkan penyampaian yang tidak tepat kepada golongan sasar. Terdapat jurang kepakaran di antara pegawai pakar dengan pegawai baru dan memerlukan pelan tindakan. Selain menimba pengalaman sewaktu bekerja, pegawai-pegawai di lapangan harus menerima latihan daripada pegawai pakar dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kompetensi. Selain latihan teknikal, latihan yang berbentuk peningkatan keupayaan diri juga harus diberikan kepada pegawai lapangan bagi membolehkan mereka lebih berkeyakinan sewaktu berurusan dengan golongan sasar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.


ISU DAN CABARAN PEMBANGUNAN USAHAWAN 213 F) PEMATUHAN TERHADAP PROSEDUR DAN PERATURAN Dalam melaksanakan pemindahan teknologi kepada usahawan atau pelanggan MARDI, pegawai pemindahan teknologi perlu mengikuti prosedur-prosedur tertentu bagi mengelakkan mereka terlibat dengan pelanggaran peraturan-peraturan kewangan tertentu. Kurangnya kefahaman terhadap prosedur boleh melambatkan perkhidmatan yang perlu diberikan kepada golongan sasar. Polisi khas dan prosedur yang jelas dapat memudah cara mereka perlu dikaji semula serta digubal agar pelaksanaan aktiviti pemindahan teknologi dapat berjalan dengan lancar. Ini juga dapat mengelakkan pegawai pemindahan teknologi tidak terlibat dalam sebarang penyalahgunaan prosedur dan peraturan. G) FAKTOR LUARAN Faktor luaran seperti kemelesetan ekonomi juga turut merencatkan aktiviti pemindahan teknologi. Ini kerana teknologi-teknologi baru tidak dapat dihasilkan akibat peruntukan yang terhad. Pemindahan teknologi dan pemantauan turut terjejas apabila peruntukan yang diperlukan terhad. Situasi penularan pandemik seperti COVID-19 sememangnya memberi kesan yang sangat drastik kepada aktiviti pemindahan teknologi MARDI yang mana perancangan aktiviti seperti bengkel dan pemantauan tidak dapat dilaksanakan. Walaupun pendekatan norma baharu dilaksanakan seperti penganjuran bengkel serta aktiviti pemantauan secara dalam talian telah dilaksanakan namun keberkesanan dan impak adalah berbeza dengan pelaksanaan secara fizikal. Peruntukan yang berlebihan juga menjadi isu apabila situasi pandemik ini berlaku apabila kesemua perancangan aktiviti dan bengkel secara fizikal terpaksa diganti dengan kaedah dalam talian yang hanya memerlukan sedikit peruntukan. Demikian adalah antara isu dan cabaran dalam pelaksanaan aktiviti pemindahan teknologi MARDI. Justeru, MARDI perlu merangka dasar dan strategi yang berkesan dalam menangani isu dan cabaran ini bagi memastikan MARDI kekal relevan menjadi sebuah institusi penyelidikan dan pemindahan teknologi yang mapan menjelang tahun 2030.


HALATUJU PEMBANGUNAN USAHAWAN BAGI RMKe-12 214 HALATUJU PEMBANGUNAN USAHAWAN BAGI RMKe-12 Dasar Keusahawanan Negara 2030 menyatakan bahawa kelemahan mengadaptasi teknologi dan kebergantungan terhadap tenaga buruh berkemahiran rendah menyebabkan penskalaan produktiviti terbantut. Keadaan ini menghalang persaingan usahawan tempatan dalam pasaran global, sekaligus menghadkan pasaran mereka. Justeru itu, dalam Rancangan Malaysia ke-12, Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan (TE) akan melaksanakan projek bertajuk Pemerkasaan Teknopreneur Agromakanan Yang Progresif Dan Kompetitif Melalui Pemindahan Teknologi Dan Inovasi MARDI yang mempunyai matlamat utama untuk melonjakkan pendapatan golongan sasar melalui pemindahan teknologi dan inovasi, inisiatif tambah nilai proses, produk serta perkhidmatan. Impak utama projek yang disasarkan adalah untuk meningkatkan tahap keusahawanan atau nilai jualan tahunan 80% daripada keseluruhan Teknopreneur Agromakanan MARDI yang dibimbing melalui projek ini. Impak kedua ialah seramai 2,500 usahawan dan petani bimbingan jabatan serta agensi menerima manfaat daripada pemindahan teknologi MARDI. SASARAN HALATUJU RMKe12 Bagi mencapai halatuju yang telah ditetapkan, sasaran ataupun output untuk projek ini telah di gariskan bagi tempoh 5 tahun supaya menjadi panduan dalam merencana aktiviti dan pengurusan peruntukan yang diberikan. Sebanyak 11 sasaran halatuju ataupun output telah ditetapkan bagi projek ini sepanjang RMK-12 adalah: 1. Aset dan fasiliti yang dilengkapi dengan teknologi MARDI memperoleh serta mengekalkan pensijilan dan akreditasi yang diiktiraf 2. Makmal perkhidmatan analisis kimia makanan dan pertanian yang lengkap dan terkini serta mengekalkan akreditasi mengikut piawaian kebangsaan/antarabangsa 3. Sebanyak 3,300 Teknopreneur Agromakanan MARDI baru dan sedia ada dibangunkan dan dibimbing (160 Teknopreneur Agromakanan MARDI baru dan 500 Teknopreneur Agromakanan MARDI sedia ada setahun). 4. Peningkatan daya pengeluaran bagi 350 Teknopreneur Agromakanan MARDI melalui penggunaan teknologi dan mekanisasi. 5. Peningkatan kualiti dan dayasaing produk bagi 500 Teknopreneur Agromakanan MARDI


HALATUJU PEMBANGUNAN USAHAWAN BAGI RMKe-12 215 6. Sebanyak 100 produk Teknopreneur Agromakanan MARDI mendapat suntikan teknologi dan inovasi 7. Sebanyak 15,000 benefisiari mendapat khidmat nasihat teknikal (one-off) 8. Sebanyak 100,000 benefisiari mendapat pendedahan teknologi hasil aktiviti promosi dan pameran 9. Sebanyak 13,000 benefisiari mendapat latihan teknologi di fasiliti MARDI (Test Bed, Inkubator, Ladang Contoh & Kompleks latihan) 10. Pemindahan teknologi MARDI kepada 1000 agen pengembangan jabatan dan agensi 11. Sebanyak 800 hektar keluasan bertanam dengan bahan tanaman baru MARDI AKTIVITI BAGI MENCAPAI SASARAN HALATUJU Projek ini akan dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti yang dirangkumkan di dalam empat komponen utama iaitu (i) Pemantapan aset serta fasiliti pemindahan teknologi MARDI, (ii) Pemerkasaan Teknopreneur Agromakanan MARDI melalui perkhidmatan teknikal kepada golongan sasar, (iii) Penyebaran dan pemindahan teknologi MARDI kepada benefisiari umum serta (iv) Pemindahan teknologi melalui pengukuhan jalinan kerjasama dengan agensi pengembangan dan industri. Aktiviti yang dirancang juga akan menjurus kepada mencapai output atau sasaran yang telah ditetapkan, Teknologi-teknologi yang telah dijana oleh penyelidik MARDI dalam RMK-11 akan dipindahkan melalui projek ini kepada golongan sasar. Projek RMK-12 ini dimantapkan lagi dengan penambahan elemen jalinan kerjasama dan kolaborasi bersama pelbagai jabatan agensi serta industri. Justeru itu, projek ini perlu diteruskan bagi memastikan hasrat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk meningkatkan tahap pendapatan usahawan tani negara tercapai.


SKOP AKTIVITI SERTA PERUNTUKAN PROJEK BERTAJUK PROGRESIF DAN KOMPETITIF MELALUI PEMINDAHAN TEK KOMPONEN/SKOP PECAHAN KOM 1) Pemantapan Aset Serta Fasiliti Pemindahan Teknologi MARDI RM5,541,000 Output: 1) Aset dan fasiliti yang dilengkapi dengan teknologi MARDI memperoleh serta mengekalkan pensijilan dan akreditasi yang diiktiraf (Aktiviti 1, 2, 3 & 4) i- 12 Test Bed menerima pensijilan MeSTI (Test Bed Pendang, Test Bed Seberang Perai, Test Bed Melaka, Test Bed Serdang, Test Bed Cameron 1. Pemerkasaan 12 Perai, Test Bed Highland, Test Be Kuala Terengganu Bagan Datuk, T pemindahan tekno usahawan dan baka 2. Pemerkasaan Kinabalu, Inkuba pemindahan tekno usahawan dan baka


HALATUJU PEMBANGUNAN USAHAWAN BAGI RMKe-12 216 K PEMERKASAAN TEKNOPRENEUR AGROMAKANAN YANG KNOLOGI DAN INOVASI MARDI MPONEN/AKTIVITI ANGGARAN KOS (RM) 2 Test Bed (Test Bed Pendang, Test Bed Seberang Melaka, Test Bed Serdang, Test Bed Cameron ed Johor Bahru, Test Bed Kota Kinabalu, Test Bed u, Test Bed Kuching, Test Bed Pasir Puteh, Test Bed est Bed Besut) bagi kegunaan latihan perantis, ologi dan guna teknologi yang lebih efisen kepada al usahawan 1,531,000.00 3 Inkubator (Inkubator Serdang, Inkubator Kota ator Alor Setar) bagi kegunaan latihan perantis, ologi dan guna teknologi yang lebih efisen kepada al usahawan 152,000.00


Highland, Test Bed Johor Bahru, Test Bed Kota Kinabalu, Test Bed Kuala Terengganu, Test Bed Kuching, Test Bed Pasir Puteh, Test Bed Bagan Datuk, Test Bed Besut) ii- 3 Inkubator menerima pensijilan MeSTI (Inkubator Serdang, Inkubator Kota Kinabalu, Inkubator Alor Setar) iii- 6 Ladang Contoh menerima pensijilan MyGAP (Ladang Contoh Kluang, Ladang Contoh Saratok, Ladang Contoh Klang, Ladang Contoh Alor Setar, Ladang Contoh Kota Kinabalu, Ladang Contoh Langkawi) iv- 1 Fasiliti Kompleks latihan MARDI yang lengkap 3. Pemerkasaan 6 contoh Saratok, L Ladang contoh K kegunaan latihan yang lebih efisen k 4. Pemerkasaan 1 pemindahan tekno usahawan dan baka 5. Perolehan pera mencapai Output 5


HALATUJU PEMBANGUNAN USAHAWAN BAGI RMKe-12 217 6 Ladang Contoh (Ladang contoh Kluang, Ladang Ladang contoh Klang, Ladang contoh Alor Setar, Kota Kinabalu, Ladang contoh Langkawi) bagi perantis, pemindahan teknologi dan guna teknologi kepada usahawan dan bakal usahawan 498,000.00 1 kompleks latihan bagi kegunaan latihan perantis, ologi dan guna teknologi yang lebih efisen kepada al usahawan 200,000.00 alatan ICT bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk 5 dalam skop 2 1,160,000.00


1) Pemantapan aset serta fasiliti pemindahan teknologi MARDI RM5,541,000 Output: 2) 2 Makmal perkhidmatan analisis kimia makanan dan pertanian yang lengkap dan terkini serta mengekalkan akreditasi mengikut piawaian kebangsaan/antarabangsa (Aktiviti 6) 6. Pemerkasaan 2 pertanian berakred 2) Pemerkasaan Teknopreneur Agromakanan MARDI melalui perkhidmatan teknikal kepada golongan sasar RM4,863,000 Output: 3) Sebanyak 3,300 Teknopreneur Agromakanan MARDI baru dan sedia ada dibangunkan dan dibimbing (160 Teknopreneur Agromakanan MARDI baru dan 500 Teknopreneur Agromakanan MARDI sedia ada setahun) (Aktiviti 1 & 2) 4) Peningkatan daya pengeluaran bagi 350 1. Bimbingan 80 Usahawan Bim 2. Pemantauan, p (500 Teknopre 3. Pembangunan Teknopreneur Agr 4. Penyelesaian Agromakanan MA 5. Seminar/bengk MARDI setahun)


HALATUJU PEMBANGUNAN USAHAWAN BAGI RMKe-12 218 Makmal perkhidmatan analisis kimia makanan dan ditasi 2,000,000.00 00 Teknopreneur Agromakanan MARDI baru (300 mbingan dan 500 Usahawan Agropreneur Muda) pemberian khidmat kepakaran dan penilaian prestasi neur Agromakanan MARDI sedia ada setahun) 1,828,000.00 susun atur kilang dan pelan lantai premis romakanan MARDI (5 premis setahun) masalah teknikal di premis (100 Teknopreneur ARDI setahun) 310,000.00 kel teknologi (600 Teknopreneur Agromakanan 975,000.00


Teknopreneur Agromakanan MARDI melalui penggunaan teknologi dan mekanisasi (Aktiviti 3, 4 & 5) 5) Peningkatan kualiti dan dayasaing produk bagi 500 Teknopreneur Agromakanan MARDI (Aktiviti 6 & 7a) 6) 100 produk Teknopreneur Agromakanan MARDI mendapat suntikan teknologi dan inovasi (Aktiviti 7b) 6. Analisa produ Mikrobiologi (200 setahun) 7. Peningkatan da Agromakanan MA a) Produk Teknop pembungkusan d Agromakanan MA b) Inovasi produk Teknopreneur Agr 8. Perolehan per mencapai Output 1 3) Penyebaran dan pemindahan teknologi MARDI kepada benefisiari umum RM1,699,000 Output: 7) 15,000 benefisiari mendapat khidmat nasihat teknikal (one-off) (Aktiviti 1) 8) 100,000 benefisiari mendapat pendedahan 1. Khidmat nasih usahawan mikro & 2. Pameran bagi p setahun).


HALATUJU PEMBANGUNAN USAHAWAN BAGI RMKe-12 219 uk (kestabilan produk): Analisa fizikokimia & 0 produk/100 Teknopreneur Agromakanan MARDI 408,000.00 aya saing & kebolehpasaran produk Teknopreneur ARDI kepada peringkat yang lebih tinggi preneur Agromakanan MARDI ditingkatkan kualiti, dan penjenamaan (50 produk/25 Teknopreneur ARDI setahun) Teknopreneur Agromakanan MARDI (20 produk/20 romakanan MARDI setahun) 485,040.00 525,000.00 ralatan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk 1 hingga 4 dalam skop 1 331,960.00 hat teknikal one-off kepada usahawan & bakal & IKS (3000 usahawan/ bakal usahawan setahun). 152,000.00 enyebaran maklumat & teknologi (20,000 benefisiari 573,760.00


teknologi hasil aktiviti promosi dan pameran (Aktiviti 2) 9) 13,000 benefisiari mendapat latihan teknologi di fasiliti MARDI (Test Bed, Inkubator, Ladang Contoh & Kompleks latihan) (Aktiviti 3) 3. Latihan di Tes contoh (600 pese setahun). 4) Pemindahan teknologi melalui pengukuhan jalinan kerjasama dengan agensi pengembangan dan industri RM4,897,000 Output: 10) Pemindahan teknologi MARDI kepada 1000 agen pengembangan jabatan dan agensi (Aktiviti 1 & 2) 11) 800 hektar keluasan bertanam dengan bahan tanaman baru MARDI (Aktiviti 3) 1. Peningkatan h pembentukan T 2. Pemindahan tek kompetensi agen-a pengembangan set 3. Pemindahan tek perintis setahun) JUMLAH


HALATUJU PEMBANGUNAN USAHAWAN BAGI RMKe-12 220 t Bed & Inkubator (1500 peserta setahun), Ladang erta setahun) dan kompleks latihan (500 peserta 973,240.00 hubungan dua hala dengan agensi/industri melalui Technical Working Group (4 agensi/industri setahun). knologi melalui kursus/bengkel untuk meningkatkan agen pengembangan agensi dan jabatan (200 agen tahun) terhadap teknologi-teknologi MARDI. knologi MARDI melalui Projek perintis (10 Projek 382,000.00 4,515,000.00 17,000,000.00


LAPORAN PENCAPAIAN DAN PELAKSANAAN PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN SEPANJANG RMKe-10 DAN RMKe-11 SERTA HALATUJU RMKe-12 PUSAT PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN Terbitan 2023


Click to View FlipBook Version