perubahan kurikulum adalah suatu kegiatan yang amat penting dalam memperbaiki
mutu pendidikan. Bersandarkan kepada Teori Behaviorisme dan Teori Jean Piaget,
guru LINUS perlu berinovasi dengan menggunakan teknik pengajaran yang sesuai
dengan tahap kebolehan murid LINUS agar dapat membantu murid yang bermasalah
dari segi menguasai kemahiran asas literasi.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian
Lepas) :
Program Intervensi LINUS (Literacy and Numeracy Screening) telah diperkenalkan
KPM pada awal sesi persekolahan tahun 2010 dan merupakan satu pendekatan
bersepadu yang telah dilaksanakan untuk mengatasi masalah literasi bahasa Melayu
dan numerasi seawal murid berada di tahap 1 lagi. LINUS ialah akronim kepada
perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Saringan) atau Program Saringan
Literasi dan Numerasi. LINUS disasarkan kepada murid-murid yang mempunyai
masalah dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Program LINUS ini mula
dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid tahun satu di semua jenis
sekolah rendah seluruh Malaysia. Masih terdapat kelemahan dan kekurangan dalam
pelaksanaan dan pengurusan program LINUS khususnya dari segi amalan guru
dalam pelaksanaan kemahiran literasi Bahasa Melayu. Mahzan (2008) menyatakan
bahawa amalan pengajaran guru tidak berubah walaupun kurikulum dan bahan
pengajaran telah diperbaharui. Pernyataan ini disokong oleh Saemah dan Zamri
(2017) yang menyatakan kebanyakan inovasi P&P dan perubahan di peringkat
sekolah tidak berjaya dilaksanakan dengan berkesan.
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut,
antaranya ialah :-
i) memberi bimbingan sepenuhnya kepada murid di dalam kelas.
ii) guru perlu bijak memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat
memberi kefahaman kepada murid bermasalah pembelajaran.
iii) merujuk guru pembimbing untuk mengetahui cara berkomunikasi dengan
murid.
iv) guru memberi insentif kepada murid dengan cara memberi ganjaran atau pujian
kepada murid yang dapat menguasai kemahiran atau memberi dendaan kepada murid
yang tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran.
v) perjumpaan yang kerap atau pembahagian masa yang cekap dengan murid
membolehkan guru memberi tumpuan dan bimbingan yang sepenuhnya kepada
murid.
vi) guru-guru LINUS perlu berinovasi dan berkompetensi dalam beberapa aspek,
iaitu menguasai pengetahuan teoritikal berkaitan psikologi murid-murid bermasalah
pembelajaran, mempunyai sikap yang boleh merangsang pembelajaran menjadi lebih
menarik, hubungan yang ikhlas terhadap murid-murid LINUS, menguasai
pengetahuan dalam LINUS dan menguasai kemahiran pedagogi LINUS.
vii) mendapat komitmen pihak yang terlibat seperti guru, ibu bapa, pihak pentadbir
sekolah dan masyarakat.
5. Tempoh Masa Penyelesaian :
1 Minggu
6. Tindakan Susulan :
Setelah perbincangan dilakukan bersama guru-guru, beberapa cadangan
penyelesaian adalah seperti berikut:
i) Guru berperanan sebagai pendidik, pemudah cara atau fasilitator. Guru yang
pandai mendidik akan memudahkan murid memahami sesuatu konsep atau sesuatu
kemahiran, manakala guru yang tidak pandai mendidik akan menyebabkan murid
berasa bosan dan tidak memberi tumpuan di dalam kelas. Oleh itu, amalan guru
dianggap berkesan terutama dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) apabila guru
tersebut berupaya mempelbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan alat bantu
mengajar yang menarik serta mendalami isi kandungan yang hendak diajar.
ii) Amalan guru dalam pelaksanaan kemahiran literasi bahasa Melayu dari segi
insentif merupakan amalan yang sangat digalakkan untuk dijalankan di bilik darjah.
Insentif bermaksud kebolehan guru memuaskan murid bermotivasi tinggi untuk terus
belajar dan menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru. Guru memberi insentif
kepada murid dengan cara memberi ganjaran atau pujian kepada murid yang dapat
menguasai kemahiran atau memberi dendaan kepada murid yang tidak dapat
menguasai sesuatu kemahiran. Pelaksanaan kemahiran literasi bahasa Melayu dari
segi insentif telah memberi pelbagai bentuk insentif kepada murid-murid LINUS
sebagai galakan dan sokongan kepada mereka untuk terus belajar membaca dan
menulis. Setiap guru menyediakan insentif dengan pelbagai cara, misalnya cop
penilaian guru terhadap hasil kerja murid, simbol bintang atau ‘star’, hadiah seperti
alat tulis dan coklat. Namun begitu, guru-guru perlu menyedari keadaan diri murid-
murid LINUS dan denda yang diberikan bersifat ringan dan tidak mendera murid.
iii) Murid-murid LINUS ini mudah lupa serta lemah untuk menguasai sesuatu
kemahiran literasi bahasa, perjumpaan yang kerap dengan murid membolehkan guru
memberi tumpuan dan bimbingan yang sepenuhnya kepada murid. Selain itu, murid
tidak mudah lupa dan senang untuk menguasai kemahiran dengan cepat. Sebagai
contoh, guru boleh memperuntukkan masa tambahan setiap hari dengan
mengadakan sesi bacaan pada waktu pagi sebelum murid masuk ke kelas. Murid-
murid LINUS ini diajar membaca secara individu atau berkumpulan. Walaupun mereka
dapat membaca dalam jangka masa yang pendek setiap hari tetapi ini dapat
membantu mereka menguasai kemahiran membaca dengan lancar dan cepat.
iv) Bagi memastikan keberkesanan P&P murid-murid LINUS, guru-guru LINUS
perlu berinovasi dan berkompetensi dalam beberapa aspek, iaitu menguasai
pengetahuan teoritikal berkaitan psikologi murid-murid bermasalah pembelajaran,
mempunyai sikap yang boleh merangsang pembelajaran menjadi lebih menarik,
hubungan yang ikhlas terhadap murid-murid LINUS, menguasai pengetahuan dalam
LINUS dan menguasai kemahiran pedagogi LINUS. Sebagai guru LINUS, mereka
perlu jelas dan memastikan murid-murid LINUS tahu isi kandungan pembelajaran,
pemahaman mereka terhadap pengajaran guru dan kesan apabila belajar
perkaraperkara tersebut. Hal ini yang akan menentukan tahap kualiti pengajaran
seseorang guru LINUS.
v) Sekolah memainkan peranan penting dalam pembentukan pengetahuan
seterusnya penguasaan kemahiran literasi murid. Sekolah juga merupakan pusat
penjanaan ilmu bagi memastikan murid-murid menguasai literasi kerana mereka
adalah aset dan modal insan kepada negara. Oleh itu, pelaksanaan Program LINUS
mempunyai implikasi kepada pembangunan negara kerana penyediaan murid-murid
yang menguasai literasi ialah pelaburan kepada pembangunan negara secara
keseluruhan.
vi) Pengajaran guru juga hendaklah dirancang di samping memberi pertimbangan
kepada kepelbagaian pelajar.dan pelajar hendaklah dilibatkan secara aktif dalam
proses pengajaran. Pengajaran guru juga hendaklah dirancang di samping memberi
pertimbangan kepada kepelbagaian pelajar (Mohd Aderi Che Noh dan Rohani Ahmad
Tarmizi, 2009). Oleh kerana ilmu pengajaran sentiasa berkembang dari semasa ke
semasa, maka konsep pengajaran juga berubah mengikut perkembangannya. Pada
masa kini, banyak kajian terhadap teori pengajaran berlandaskan psikologi
perkembangan kanak-kanak, objektif pendidikan serta kurikulum sekolah, konsep
pengajaran adalah lebih tepat sebagai sains pengajaran yang melibatkan kajian ke
atas amalan pengajaran dari segi strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dengan
tujuan mendapat hasil pengajaran yang berkesan. (Mok, 2013).
7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :
23.9.2021
8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :
Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian
yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui
peningkatan bilangan murid yang memberi tumpuan ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran. Bilangan murid yang sudi untuk membaca petikan juga semakin
meningkat.
9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :
Saya merasa berpuas hati dengan minat murid terhadap pengajaran dan
pembelajaran yang telah saya sampaikan dengan menggunakan cara pengajaran
menyeronokkan yang telah saya sampaikan. Tidak dapat dinafikan bahawa peranan
guru amat penting sebagai individu yang menjadi pemangkin dalam proses murid
mencari ilmu. Guru yang berkesan akan sentiasa memberikan motivasi dan galakan
kepada murid-murid dan selalu memantau kemajuan murid melalui pelbagai bentuk
penilaian. Oleh itu, pengajaran yang berkesan bukan sahaja bergantung kepada
kebolehan guru mengajar dengan baik tetapi lebih daripada itu.
Rujukan
Wan Nurzuliana Wan Ahmad.( 2019). Amalan Guru Dalam Melaksanakan Kemahiran
Literasi Bahasa Melayu Bagi Program Linus Di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 9(1),1-11.
JURNAL PRAKTIKUM ( MINGGU 11 )
NAMA PELAJAR SOO XIN TIAN
KURSUS DAN AMBILAN PISMP AMBILAN JUN 2019
BIDANG TERAS BAHASA MELAYU
MINGGU PRAKTIKUM 11
TARIKH 23.9.2021
TAJUK AMALAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21)
DALAM PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN
(PdPc) GURU-GURU SEKOLAH RENDAH
1. Isu Yang Difokuskan :
Dalam usaha untuk memastikan proses PdP pada peringkat sekolah dan institusi
pengajian tinggi tetap terus berjalan, pelaksanaan e-pembelajaran telah dimanfaatkan
sebaik-baiknya. Keterbatasan pergerakan dan hubungan yang menyebabkan PdP
secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan telah digantikan dengan pembelajaran
dan pengajaran secara dalam talian. Kaedah pembelajaran dalam talian yang
dahulunya hanya dijalankan sebagai nilai tambah kepada pembelajaran bersemuka,
telah menjadi satu keperluan. Semua pendidik mempunyai hasrat dan tekad yang
sama iaitu ingin melahirkan murid yang berjaya dan berdaya saing dalam kehidupan
abad ke-21.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :
Pengisytiharan situasi pandemik akibat penularan sejenis virus baharu yang
menyebabkan wabak Covid-19 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah
memberi kesan langsung terhadap semua sektor termasuklah sektor pendidikan.
Sebagai langkah untuk memutuskan rangkaian jangkitan virus tersebut, Malaysia
mengambil langkah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana rakyat
dinasihatkan untuk terus kekal di rumah atau bekerja dari rumah (Work From Home).
Situasi ini telah banyak mengubah lanskap kehidupan setiap individu di dunia pada
hari ini. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memutuskan agar semua
pembelajaran dan pengajaran (PdP) dilaksanakan secara dalam talian dan semua
aktiviti PdP bersemuka ditangguhkan. Keputusan ini telah mengubah mod
pembelajaran dan pengajaran (PdP) daripada pembelajaran secara bersemuka
digantikan dengan pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian
Lepas) :
Metiri Group (2003), menjelaskan tentang kemahiran abad ke-21 sebagai kemahiran
yang sangat penting diterapkan dalam diri murid di era ekonomi digital bagi memenuhi
tuntutan perubahan pesat yang berlaku. Kemahiran ini sangat penting bagi melahirkan
murid dan pekerja yang dapat memenuhi kehendak industri. Anjakan paradigma perlu
segera dilaksanakan dalam sistem pendidikan bagi memastikan kemahiran tersebut
dikuasai oleh pendidik agar ia boleh disampaikan dengan lebih menyeluruh dan
berterusan kepada murid. Oleh yang demikian, peneraju sistem pendidikan perlu
memahami dan menghayati kemahiran abad ke-21 untuk diaplikasikan ke dalam
konteks akademik secara menyeluruh. Kementerian Pendidikan Malaysia berusaha
mengangkat pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan
negara dan meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam
kehidupan seharian khususnya di sekolah- sekolah yang berfungsi sebagai satu
institusi perkembangan ilmu. Kurikulum pendidikan haruslah sentiasa mengikut
peredaran zaman bagi memastikan pelajar yang dikeluarkan bukan sahaja
mempunyai ilmu pengetahuan malah menguasai kemahiran abad ke- 21 bagi
menghadapi era globalisasi pada masa ini. Hal ini kerana bagi menghadapi cabaran
globalisasi, rakyat Malaysia perlu dilengkapi dengan asas pendidikan dan latihan yang
kukuh serta mempunyai pelbagai kemahiran umum termasuk kebolehan
berkomunikasi dan menguasai bahasa (Azalya, 2003). Sehubungan dengan
itu, guru-guru perlu mempunyai kefahaman tentang PAK21 dan bersedia untuk
melaksanakannya agar proses pengajaran dan pemudahcaraan berkesan.
Pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dianggap penting sebagai proses
melengkapkan keperluan murid yang begitu dinamik. Justeru, guru yang mempunyai
kompetensi tertentu akan mengembangkan kemahiran, bakat, potensi dan
pengetahuan pelajar dalam pelbagai bentuk. Guru yang mengajar dengan baik dapat
mengubah persepsi murid terhadap sesuatu mata pelajaran.
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut,
antaranya ialah :-
A. memberi bimbingan sepenuhnya kepada murid di dalam kelas.
B. guru perlu bijak memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat
memberi kefahaman kepada murid bermasalah pembelajaran.
C. merujuk guru pembimbing untuk mengetahui cara meningkatkan kualiti guru.
D. laksanakan aktiviti PLC melalui strategi lesson study
E. laksanakan aktiviti PLC melalui strategi learning walk
F. laksanakan aktiviti PLC melalui strategi peer coaching
G. pelaksanaan PdPc oleh guru melalui parking lots
H. adaptasi KBAT dalam setiap aktiviti PdPc
I. mempunyai iltizam yang tinggi dan bersedia menerima cabaran dalam
melaksanakan inisiatif dan pendekatan baharu demi peningkatan kualiti pendidikan.
J. mempunyai kemahiran yang tinggi dalam lima dimensi kemahiran iaitu
kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran kritikal,
kemahiran refleksi dan kemahiran teknologi maklumat.
5. Tempoh Masa Penyelesaian :
1 Minggu
6. Tindakan Susulan :
Setelah perbincangan dilakukan bersama guru-guru, beberapa cadangan
penyelesaian adalah seperti berikut:
i) Guru berperanan sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendorong dan
penilai untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan
menghasilkan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.
ii) Elemen 4C dalam Pendidikan Abad-21 bermaksud communication
(komunikasi), collaboration (kolaboratif), critical thinking (kemahiran kritis) dan
creativity (kreativiti). Communication (Komunikasi) bermaksud murid berkomunikasi di
dalam kelas menggunakan bahan seperti pembentangan, penggunaan bahan seperti
kertas mahjong, powerpoint, gambarajah dan aktiviti lain bagi menyampaikan ilmu
yang mereka faham daripada pembelajaran dan berkongsi pengetahuan dengan
rakan-rakan. Collaboration (Kolaboratif) bermaksud murid berkolaboratif semasa
pembelajaran berlangsung melalui aktiviti berkumpulan atau berpasangan, bertujuan
untuk bertukar idea dan pandangan. Critical Thinking (Kemahiran Kritis) bermaksud
murid mengenalpasti masalah dengan cara yang lain dan menyelesaikannya. Teknik
penyoalan yang betul juga boleh digunakan. Creativity (Kreativiti) bermaksud
pendekatan guru dalam PdPc hendaklah menggunakan unsur kreativiti dalam aktiviti,
kreatif pada bahan, kreatif pada soalan dan mampu menjana murid untuk menjadi
kreatif dalam pemikiran.
iii) guru-guru perlu menguasai enam (6) dimensi PAK-21. Antaranya,
A. menguasai subjek dengan baik,
B. mahir dan berketrampilan dalam pedagogi,
C. memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka,
D. memahami psikologi pendidikan,
E. memiliki kemahiran kaunseling dan
F. mampu menggunakan teknologi terkini.
iv) Guru sebagai pendorong harus memotivasikan murid di mana murid-murid
boleh berkomunikasi dan berkolaboratif antara satu sama lain bagi menghasilkan
idea-idea baru. Selain itu, guru sebagai penilai harus peka dalam mengenalpasti tahap
penguasaan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran untuk menilai
murid. Pentaksiran mestilah disesuaikan dengan tahap pembelajaran yang terbeza
supaya penilaian adil kepada murid di mana murid yang cerdik dijalankan pengayaan
dan yang lemah diberi pemulihan (Khuzaimah et al. 2019). Menurut Willingham (2010),
menyatakan bahawa pentaksiran abad ke-21 harus menggunakan pelbagai kaedah
pentaksiran dan memerlukan pentaksiran yang boleh mengukur hasil pembelajaran
yang kaya dengan ilmu pengetahuan dan tugasan yang lebih mencabar.
v) Konsep PdPc abad ke-21 memerlukan guru yang berupaya mengubah
paradigma sedia ada kepada pembelajaran berpusatkan murid dalam setiap proses
PdPc (Raja Abdullah & Daud, 2018). Perancangan merupakan elemen yang penting
dalam menghasilkan PdPc yang berkesan. Dalam menghasilkan satu proses PdPc
yang berkesan, guru harus mengaturcara skop pembelajaran mengikut yang
dirancang dengan terkawal (Khuzaimah, et al., 2019). Dalam perancangan yang rapi
maka murid harus dapat menguasai pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai yang
dirancang. Menurut (Osman, 2010), guru adalah aset penting dalam melonjak sistem
pendidikan ke arah yang lebih tinggi, mereka berupaya menyampaikan isi pelajaran
yang baik dan berkesan merupakan guru-guru yang mempunyai efikasi yang tinggi.
Pendapat Osman (2010) juga selari dengan pendapat Kazu dan Erten (2014) bahawa
dalam penyelidikan mereka mendapati guru mempunyai efikasi diri yang tinggi
menggunakan proses dan kaedah pengajaran, serta mengintegrasikan ICT dalam
PdPc bilik darjah. Manning dan Bucher (2013) juga menyatakan pengurusan
merupakan cabaran kepada guru kontemporari abad ke-21.
vi) Dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad 21, kemahiran berfikir kritis
sangat penting bagi memahami dan menaakul sesuatu perkara yang diajar oleh guru.
Selain itu, individu dapat menggunakan pelbagai teknik penciptaan idea, membangun,
melaksana dan berkomunikasi dengan idea-idea baru kepada orang lain secara
berkesan dengan aspek kemahiran pemikiran kreatif (Ahmad dan Majid, 2018). Aspek
kemahiran komunikasi dan kolaborasi juga penting bagi individu dalam pengajaran
dan pembelajaran abad 21. Sesi PdP di dalam bilik darjah seharusnya lebih bersifat
interaktif atau dua hala dengan turut melibatkan murid secara aktif agar mereka lebih
mudah mengikuti dan memahami pelajaran yang disampaikan seperti aktiviti kerja
berkumpulan. Pada masa yang sama, guru harus berani mengaplikasikan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK dan ICT) untuk menampung keperluan kepelbagaian
kaedah pembelajaran abad 21. Proses pengajaran dan pembelajaran abad 21, dapat
membantu murid mencerap sesuatu maklumat kemudian diproses dalam minda dan
berupaya dikeluarkan semula. Disinilah lahirnya murid yang produktif, global dan
berdaya saing.
7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :
30.9.2021
8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :
Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian
yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif kepada saya. Saya telah
sedar bahawa guru perlu mempunyai amalan pengajaran dan pembelajaran abad 21
yang tinggi bagi membangunkan modal insan yang berkualiti. Justeru itu, menerusi
amalan pengajaran dan pembelajaran abad 21 para guru yang mempunyai kemahiran
pedagogi abad 21 iaitu berbantukan ICT dan kepelbagaian dalam metodologi
penyampaian ilmu adalah penting. Selain itu, kualiti guru juga harus dipertingkatkan
di mana para guru harus mengamalkan aspirasi belajar sepanjang hayat (Koehler &
Mishtra, 2005).
9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :
Saya merasa berpuas hati kerana saya telah sedar bahawa saya perlu berusaha
untuk menjadi seorang yang berkualiti. Guru yang berkualiti mempunyai kompetensi
profesional yang tinggi akan mampu melaksanakan pedagogi yang berimpak dan
bermakna kepada pembelajaran murid. Guru-guru perlu sedar akan kepentingan
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran agar selari dengan
pendidikan abad ke-21 dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab mereka demi
kemenjadian murid. Penekanan dalam menguasai kemahiran abad ke-21 dalam
PdPc haruslah bermula dengan menerapkan konstruk kemahiran abad ke21
dalam proses PdPc. Justeru, guru harus sentiasa bersikap proaktif, menilai diri,
bersedia, berkeyakinan dan mengambil inisiatif untuk berusaha meningkatkan
kemahiran dan menghasilkan teknik pengajaran berkesan yang mampu menarik
minat murid. Pada masa yang sama turut memenuhi keperluan sukatan pelajaran dan
kandungan pengajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) yang telah ditetapkan.
Rujukan
Ng Lee Ching, Hazura Et Al. ( 2020). Tahap Amalan Pembelajaran Abad Ke-21
( PAK21): Satu Kajian Kes. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 33(1)
2020.
Noor Lela Ahmad ,Sho Sin Looi Et Al. ( 2019). Kepentingan Amalan Pengajaran Dan
Pembelajaran Abad 21 Terhadap Pembangunan Pelajar. International Journal of
Education, Psychology and Counseling. 4(28), 28-51.
Yahaya, Ph.D, Mashira Et Al. (2020). Amalan Pembelajaran Abad Ke-21 (Pak21)
Dalam Pengajaran Dan Pemudahcaraan (Pdpc) Guru-Guru Sekolah Rendah. Jurnal
Ipda,26(1),13-24.
JURNAL PRAKTIKUM ( MINGGU 12 )
NAMA PELAJAR SOO XIN TIAN
KURSUS DAN AMBILAN PISMP AMBILAN JUN 2019
BIDANG TERAS BAHASA MELAYU
MINGGU PRAKTIKUM 12
TARIKH 30.9.2021
TAJUK Cara menjalankan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
1. Isu Yang Difokuskan :
Dengan pemansuhan peperiksaan dalam kalangan murid tahap satu, PBD menjadi
satu alat penilaian untuk menilai prestasi murid. Keberkesanan dan kejayaan PBD
banyak bergantung kepada komitmen guru. Pentaksiran yang berkesan berupaya
memberi maklumat kepada guru, pentadbir, ibu bapa dan murid, berkaitan dengan
pengetahuan murid dan kefahaman mereka. Pelaksanaan PBD oleh para guru
membolehkan pihak sekolah dan ibu bapa mendapat maklum balas secara kualitatif
dan kuantitatif tentang diri murid. Mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP), PBD dilaksanakan secara berterusan bertumpu pada aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai. Guru yang kompeten penting dalam menjayakan
proses pemantauan pembelajaran. Perkembangan murid secara berterusan dalam
bilik darjah dapat dikesan melalui pentaksiran di dalam bilik darjah yang sistematik
(Kanji, 2014).
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) diperkenalkan dengan tujuan untuk menilai dan
mengukur perkembangan pembelajaran seseorang murid secara holistik. PBD perlu
dilaksanakan untuk memastikan murid-murid dapat memupuk minat dan
keseronokkan untuk belajar. Bebanan peperiksaan telah dikurangkan sepenuhnya
untuk memastikan pembinaan karakter murid dapat dilakukan sepanjang tempoh
murid-murid ini berada di tahun satu hingga tiga. Penyelidikan ini dijalankan untuk
memahami cara guru-guru sekolah rendah di Malaysia melaksanakan PBD. Aspek
utama yang dilihat ialah cara guru-guru menghubungkaitkan kurikulum, pengajaran
dan pentaksiran dan yang kedua ialah cara guru-guru melaksanakan PBD.Tetapi
didapati bahawa amalan menggunakan maklum balas kerap dipraktikkan oleh guru-
guru semasa proses pdp, tetapi maklumat yang diberikan adalah terhad. Guru-guru
menggunakan gred atau komen asas seperti “Baik”,“Memuaskan” dan “Teruskan
usaha” sebagai maklum balas dalam pentaksiran mereka, namun mereka kurang
membekalkan maklum balas kepada murid-murid berkaitan dengan kelebihan dan
kelemahan murid-murid.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian
Lepas) :
PBD telah diperkenalkan pada tahun 2019 oleh mantan Menteri Pendidikan Malaysia,
Yang Berusaha Dr. Maszlee Malik. PBD diperkenalkan dengan beberapa matlamat
seperti mengurangkan bebanan peperiksaan dalam usia awal persekolahan,
mewujudkan budaya pembelajaran yang menyeronokkan, membantu guru untuk
mengukur perkembangan pembelajaran murid secara holistik dan mewujudkan
peluang pembelajaran yang sama rata untuk semua murid (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2019). Perkara ini adalah selaras dengan apa yang telah diperkatakan oleh
Yates dan Johnston (2018) bahawa pendekatan peperiksaan adalah kurang sesuai
untuk diamalkan untuk murid-murid pada zaman ini memandangkan setiap murid
mempunyai potensi dan kebolehan yang berbeza.Perbezaan ini memerlukan satu
pendekatan yang holistik dan memerlukan satu jangka masa yang agak panjang untuk
mengenal pasti kebolehan dan potensi yang ada pada murid tesebut. Murid juga
mempunyai minat dan keseronokkan belajar apabila mereka tidak mempunyai
bebanan peperiksaan yang keterlaluan memandangkan mereka mempunyai ruang
masa yang lebih banyak untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti
pembentangan,perbincangan kumpulan, pembelajaran berasaskan projek dan
pembelajaran bersifat penerokaan (Tong, 2016). Melihat kepada keadaan ini, maka
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka dan memperkenalkan satu
bentuk pentaksiran yang bersifat holistik serta mampu untuk mengukur
perkembangan pembelajaran murid secara menyeluruh. PBD juga dikatakan mampu
memberi ruang pembelajaran yang sama rata kepada semua murid memandangkan
proses pentaksiran akan dijalankan sepanjang masa dan murid mempunyai peluang
yang luas untuk memperbaiki kelemahan mereka (Sidhu, Kaur & Chi, 2018).
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut,
antaranya ialah,memastikan anak pelajar memupuk sikap hendak belajar,memastikan
penglibatan yang aktif dalam kalangan murid,melakukan pentaksiran ketika murid-
murid ini melakukan perbincangan kumpulan,merujuk DSKP untuk memilih tajuk serta
menggunakan kaedah pengajaran yang dicadangkan,menggunakan pelbagai kaedah
pentaksiran agar sesuai dengan aras keupayaan murid,menyediakan Rancangan
Pelajaran Harian (RPH) yang mengandungi aktiviti pentaksiran dan sebagainya.
5. Tempoh Masa Penyelesaian :
1 Minggu
6. Tindakan Susulan :
Setelah perbincangan dilakukan bersama guru, beberapa cadangan penyelesaian
adalah seperti berikut:
i) Pentaksiran kendiri berlaku apabila murid menilai kerja mereka sendiri
berdasarkan bukti dan kriteria yang jelas bagi tujuan meningkatkan prestasi masa
hadapan. Pentaksiran kendiri merupakan kaedah pentaksiran yang berkesan untuk
menilai tahap pembelajaran akademik murid pada akhir tempoh pengajaran. Kaedah
pentaksiran ini menggalakkan murid untuk lebih melibatkan diri dan
bertanggungjawab dalam pembelajaran sendiri, di samping memupuk minat mereka
dalam pembelajaran. Kaedah pentaksiran ini dapat membantu murid untuk memikir
dan menilai prestasi, tahap penguasaan, kemajuan, pencapaian, kekuatan dan
kekurangan diri sendiri secara refleksi. Guru boleh menjalankan Pentaksiran Rakan
Sebaya.Pentaksiran rakan sebaya memberi peluang kepada murid untuk belajar
dalam pasukan atau kumpulan, berkomunikasi antara satu sama lain dan melibatkan
diri secara aktif dalam proses pembelajaran dengan bertanggungjawab. Kaedah ini
dapat meningkatkan motivasi murid dalam proses pembelajaran dan melahirkan rasa
kepunyaan terhadap proses pentaksiran. Dalam kaedah ini murid berpeluang
membuat pentaksiran yang sewajarnya terhadap rakan sebaya. Di samping itu, ia
membolehkan guru menilai murid dari segi kemahiran berkomunikasi dan sosialisasi
semasa mereka berinteraksi sesama rakan sebaya dalam kerja berpasukan
ii) Pentaksiran yang paling sesuai digunakan untuk membimbing
penambahbaikan murid dalam pembelajaran ialah kuiz, ujian, tugasan penulisan
selain pentaksiran yang sering dijalankan oleh guru semasa pdp (Guskey, 2015).
Penglibatan aktif murid dalam pembelajaran membantu murid memperolehi
pengetahuan dan menjana ilmu.pelaksanaan PBS dapat membantu murid
memperbaiki kelemahan dalam pembelajaran, mengurangkan stres murid dalam
menghadapi peperiksanan dan dapat meningkatkan pencapaian gred murid dalam
peperiksaan. Hal ini secara langsung merapatkan jurang perbezaan antara murid
yang lemah dan murid yang cemerlang. Menurut ahli-ahli psikologi kognitif, latihan
mampu meningkatkan ingatan murid terhadap kandungan pembelajaran, manakala
pengulangan yang dibuat mampu memberi peneguhan secara kognitif kepada murid.
iii) Guru sebagai pendorong harus memotivasikan murid di mana murid-murid
boleh berkomunikasi dan berkolaboratif antara satu sama lain bagi menghasilkan
idea-idea baru. Selain itu, guru sebagai penilai harus peka dalam mengenalpasti tahap
penguasaan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran untuk menilai
murid. Pentaksiran mestilah disesuaikan dengan tahap pembelajaran yang terbeza
supaya penilaian adil kepada murid di mana murid yang cerdik dijalankan pengayaan
dan yang lemah diberi pemulihan (Khuzaimah et al. 2019). Menurut Willingham (2010),
menyatakan bahawa pentaksiran abad ke-21 harus menggunakan pelbagai kaedah
pentaksiran dan memerlukan pentaksiran yang boleh mengukur hasil pembelajaran
yang kaya dengan ilmu pengetahuan dan tugasan yang lebih mencabar.
iv) Tindakan susulan boleh dijalankan secara serta-merta atau dirancang.
Kemampuan setiap murid untuk memahami atau menguasai pelajaran masingmasing
adalah berbeza. Semasa menjalankan pentaksiran guru boleh mengenal pasti murid
yang belum atau telah menguasai perkara yang telah dipelajari. Seterusnya guru
boleh menjalankan tindakan susulan yang sesuai untuk meningkatkan tahap
penguasaan setiap murid. Dalam mengendalikan tindakan susulan bagi
meningkatkan penguasaan murid, guru boleh menggunakan pelbagai teknik PdP
yang berkesan bersesuaian dengan tahap keupayaan murid yang
berkenaan,menggunakan bahan PdP yang menarik dan bersesuaian,menggunakan
bahasa yang sesuai dengan tahap penguasaan murid,memberi perhatian dan
bimbingan yang rapi secara individu atau berkumpulan,memberi peluang kepada
murid untuk mengukuhkan penguasaan dalam pengetahuan, kemahiran dan nilai.
7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :
7.10.2021
8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :
Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian
yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif kepada saya. Saya telah
sedar bahawa pentaksiran merupakan sebahagian daripada PdP. Pentaksiran dalam
bilik darjah ini menyumbang kepada pembentukan modal insan yang holistik dan
seimbang seperti dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelaksanaan
pentaksiran yang berterusan dalam bilik darjah diharap dapat diperkasakan dan
dibudayakan oleh pihak sekolah. Pembudayaan PBD dalam kalangan guru berupaya
menghasilkan anjakan kepada pendidikan yang tidak berorientasikan peperiksaan.
9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :
Tugas guru termasuklah memastikan murid-murid bermotivasi untuk melakukan yang
terbaik dalam mana-mana pentaksiran, menjalankan pentaksiran dengan adil dan
saksama serta memastikan hasil pentaksiran tepat (Gredler, 1999). Pentaksiran yang
berkualiti membekalkan data yang betul dan tahap penguasaan murid yang tepat
(Ramlah Ab. Khalid, Jamil Ahmad & Analisa Hamdan, 2015). Pentaksiran yang
berterusan sepanjang tahun membolehkan guru memainkan peranan sebagai
pentaksir bagi menjamin pembangunan dan penguasaan pembelajaran murid
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Dengan maklumat pembelajaran murid,
guru dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan murid lalu merancang dan
mengubahsuai pengajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018). Lain daripada
itu, maklum balas yang diberi kepada murid-murid juga membantu mereka
mengetahui kelemahan masing-masing agar penambahbaikan dibuat bagi
meningkatkan pencapaian murid. Tegasnya, tahap pelaksanaan PBD guru penting
dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti (Guskey, 2015).
Rujukan
Kalai Selvan Arumugham. (2020). Kurikulum, Pengajaran Dan Pentaksiran Dari
Perspektif Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Asian People Journal.VOL 3(1),
152-161.