JURNAL PRAKTIKUM ( MINGGU 1 )
NAMA PELAJAR SOO XIN TIAN
KURSUS DAN AMBILAN PISMP AMBILAN JUN 2019
BIDANG TERAS BAHASA MELAYU
MINGGU PRAKTIKUM 1
TARIKH 30.6.2021
TAJUK MURID TIDAK MEMBERI TUMPUAN SEMASA SESI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Isu Yang Difokuskan :
Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas 2K Linus. Saya
mendapati ketika set induksi dijalankan, tumpuan pelajar adalah memuaskan, namun
setelah sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan selama 15 minit, saya mendapati
murid mulai hilang tumpuan dan berasa bosan terhadap pengajaran yang saya
sampaikan. Kehadiran murid juga tidak memuaskan. Kebanyakan murid-murid juga
tidak menghantar kerja sekolah.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :
Punca murid tidak dapat memberi tumpuan yang lama dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran hasil daripada analisis terhadap isu yang telah saya kenal pasti ialah
penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak dapat menarik perhatian. Sebagai
contohnya, saya telah menggunakan aplikasi Blooket untuk menjalankan aktiviti
pengukuhan. Hanya 4 orang murid yang dapat melibatkan diri dalam aktiviti ini kerana
murid-murid yang lain tidak mahir untuk menggunakan aplikasi secara talian.
Kebanyakan tempat tinggal mereka mengalami masalah talian dan mereka tidak
mahir dalam menggunakan aplikasi selain daripada Google Meet. Selain itu, saya
tidak memasukkan maksud kosa kata yang mencukupi sehingga mereka tidak faham
tentang apa yang perlu disampaikan daripada petikan. Gaya pengajaran yang
digunakan kurang menarik serta pengajaran terlalu berfokuskan kepada guru. Selain
itu, saya mendapati bahawa mereka menghadapi masalah dalam membaca. Mereka
tidak mempunyai kemahiran asas tentang suku kata. Kesan terhadap isu yang
berlaku ini iaitu murid hilang tumpuan pada pengajaran dan pembelajaran akan
menyebabkan mereka tidak dapat menguasai pengajaran yang disampaikan secara
sempurna, justeru, ini telah menjejaskan minat mereka untuk terus mempelajari ilmu
baru.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian
Lepas) :
Pendidikan berkualiti memerlukan guru yang berkualiti (Mohamad Sani, Mohd Izham
& Jainabee 2008). Sungguhpun banyak pemboleh ubah yang menyumbang kepada
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seperti keadaan fizikal sekolah
dan bilik darjah, kemudahan resos pengajaran pembelajaran, tetapi yang paling
penting ialah kualiti interaksi yang wujud antara guru dan pelajar. Guru-guru dalam
abad ke-21 perlu memiliki kekuatan minda, ketangkasan daya cipta, kemantapan
idealisme dan kekuatan diri. Profesionalisme dan disiplin kendiri yang positif menjadi
paksi utama kepada budaya kecemerlangan kerjaya seorang guru (Mohd. Najib 1999)
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya
mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :-
i) menghasilkan bahan bantu mengajar yang mengandungi video dan gambar-
gambar yang menarik.
ii) menggunakan pendekatan gaya yang lebih menarik perhatian murid.
iii) merujuk guru pembimbing untuk mengetahui cara menghasilkan BBM yang
menarik dan mengetahui keadaan murid-murid.
iv) memahami tahap murid-murid dan menghasilkan bahan bantu belajar yang
dapat membolehkan murid-murid belajar pada tahap yang maksima.
v) memahami setiap pelajarnya itu adalah berbeza tahap kognitifnya. Sudah tentu
apabila menyoal (aras soalan), memberi tugasan (mudah atau sukar), memberi
arahan main peranan (sebagai ketua, pembentang, pencatat) dan sebagainya, maka
guru-guru Bahasa Melayu perlu mengambil keupayaan pelajar tersebut untuk
menjawab soalan, menyiapkan tugasan, kemampuan bertindak ketika main peranan
dan sebagainya.
5. Tempoh Masa Penyelesaian :
1 Minggu
6. Tindakan Susulan :
Setelah perbincangan dilakukan bersama guru-guru, beberapa cadangan
penyelesaian adalah seperti berikut:
i) Guru perlu mencurahkan lebih banyak usaha dalam proses menghasilkan BBM
seperti Powerpoint.Guru tidak boleh malas untuk menaipkan semula petikan
sekiranya petikan yang dipetik daripada Internet tidak jelas dilihat oleh murid-murid.
Guru perlu rajin mencari lebih banyak gambar dan video yang menarik supaya dapat
mengukuhkan pemahaman mereka.
ii) Guru perlu memperbanyakkan teknik pengajaran. Teknik pengajaran adalah
perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran
lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat
dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik
pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah
mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik
mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan,
demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan
menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk
menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu
pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
iii) Guru perlu menghasilkan aktiviti yang lebih berpusatkan murid dengan
membolehkan murid-murid berlatih untuk mendengar dan bertutur serta boleh
membimbing murid-murid untuk membaca petikan. Guru perlu bijak memainkan
peranan sebagai fasilitator untuk membimbing murid-murid supaya tidak mewujudkan
pembelajaran berasaskan guru dengan murid hanya mendengar/pendekatan
pengajaran sehala. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu,
terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah.
Selalunya guru-guru Bahasa Melayu akan menggunakan pendekatan konvensional
dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktif, induktif
dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru Bahasa Melayu perlu meneroka kepada
pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar,
kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh
digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif,
penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai disiplin ilmu dan pembelajaran
berasaskan masalah
iv) Guru perlu mengenal pasti setiap masalah pembelajaran pelajar Bahasa
Melayunya. Melalui kaedah ini, guru Bahasa Melayu dapat merancang aktiviti
pengajarannya, bahan pembelajaran, kaedah pengajaran dan aktiviti pengukuhan dan
penilaian yang sesuai dengan kemampuan pelajar-pelajar yang bermasalah dalam
pembelajaran Bahasa Melayu ini.
v) Guru Bahasa Melayu seharusnya mempunyai gaya mengajar seperti:
Gaya mengajar pakar, iaitu guru Bahasa Melayu merupakan guru yang pakar
dalam bidangnya (menguasai pengetahuan/ilmu Bahasa Melayu, ilmu
pedagogi)
Gaya mengajar fasilitator, iaitu guru Bahasa Melayu lebih banyak bertindak
sebagai pemudah cara, pembimbing dan penunjuk ajar kepada pelajar
(berpusatkan pelajar)
Gaya mengajar delegator, iaitu guru Bahasa Melayu memberi panduan kepada
pelajar bagaimana hendak mempelajari sesuatu tajuk, kemahiran, membuat
aktiviti berkaitan Bahasa Melayu dengan mudah.
7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :
7.7.2021
8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :
Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian
yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui
peningkatan bilangan murid yang memberi tumpuan ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran, selain itu, didapati seramai 80% murid dapat membaca dengan
bimbingan guru. Murid-murid yang menghantar tugasan juga telah meningkat.
9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :
Saya merasa berpuas hati dengan minat murid terhadap pengajaran dan
pembelajaran yang telah saya sampaikan dengan menggunakan bahan bantu
mengajar dan gaya pengajaran yang telah saya hasilkan dan saya sampaikan.
Pendekatan ini mampu menarik serta mengekalkan minat pelajar terhadap
pengajaran yang saya sampaikan.
Rujukan
Mahamod, Z., & Mahamod, M. D. Z. (2011). Memperkasa guru, mempercekap pelajar:
pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu dalam abad ke-21. In Kertas Kerja
Ucaptama di Seminar Bahasa Melayu Singapura.
JURNAL PRAKTIKUM ( MINGGU 2 )
NAMA PELAJAR SOO XIN TIAN
KURSUS DAN AMBILAN PISMP AMBILAN JUN 2019
BIDANG TERAS BAHASA MELAYU
MINGGU PRAKTIKUM 2
TARIKH 7.7.2021
TAJUK PENGURUSAN BILIK DARJAH
1. Isu Yang Difokuskan :
Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas 2K Linus.
Pengurusan bilik darjah merupakan komponen yang paling sukar untuk dikuasai
walaupun banyak teori yang telah dipelajari dan banyak teknik yang telah cuba
diaplikasikan. Masalah ini seolah-olah tiada penawar yang dapat menyelesaikannya
secara pantas dan tuntas. Pengurusan bilik darjah termasuklah mengurus tingkah laku
pelajar merupakan kemahiran yang hanya akan dicapai melalui pengalaman
mengajar.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :
Terdapat murid yang bersikap introvert, ekstrovert, ADHD dan sebagainya dalam
kelas ini. Oleh itu, muncul pelbagai masalah semasa PdP. Sebagai contohnya,
sesetengah murid suka mengganggu sesi PdP dengan menaipkan pelbagai mesej
yang tidak penting dalam ruangan chat dan menyebabkan murid-murid bergaduh.
Selain itu, terdapat murid yang tidak suka menggunakan fungsi ‘raise hand’ sebelum
membuka mikrofon untuk bercakap dan terus menjerit. Sesetengah murid tidak yakin
untuk bersuara dan menyebabkan mereka kehilangan minat untuk belajar mata
pelajaran Bahasa Melayu.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian
Lepas) :
Konsep pengurusan bilik darjah merangkumi kaedah dan strategi yang digunakan
oleh guru selaku pengurus bilik darjah untuk menangani masalah pengawasan,
kemudahan fizikal, suasana pembelajaran yang kondusif, serta pengurusan disiplin
dan tingkah laku pelajar (Solarte 2011). Menurut James dan Nolan (2007), masalah
disiplin wujud apabila berlakunya gangguan secara psikologi atau fizikal semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam bilik darjah.
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya
mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :-
i) membina dan menjaga hubungan baik dengan pelajar.
ii) tegas dengan memperjelaskan prosedur dan peraturan di bilik darjah serta
ekspektasi yang guru harapkan daripada pelajarnya
iii) membuat perancangan yang rapi sebelum memulakan sesi pengajaran di
dalam bilik darjah agar guru mengetahui apa yang akan diajar kepada pelajar.
iv) memahami tahap murid-murid dan menghasilkan bahan bantu belajar yang
dapat membolehkan murid-murid belajar pada tahap yang maksima.
5. Tempoh Masa Penyelesaian :
1 Minggu
6. Tindakan Susulan :
Setelah perbincangan dilakukan bersama guru-guru, beberapa cadangan
penyelesaian adalah seperti berikut:
i) Guru pelatih perlu akur dengan kenyataan ini kerana tanpa peneguhan, sikap
positif yang dilakukan oleh seorang pelajar akan dianggap seperti tidak
mendatangkan apa-apa faedah terhadap pelajar yang melakukannya. Menurut Glenn
(2001), guru pelatih perlu menunjukkan contoh sikap yang baik kepada pelajar seperti
mengambil berat, bertanggungjawab dan hormat-menghormati agar pelajar turut
bertindak seperti apa yang guru mereka pamerkan. Guru perlu melayan setiap murid
dengan sama rata.
ii) Guru perlu membuat perancangan yang rapi sebelum memulakan sesi
pengajaran di dalam bilik darjah agar guru mengetahui apa yang akan diajar kepada
pelajar. Guru pelatih sangat perlu memahirkan diri dengan segala isi kandungan
subjeknya agar dapat mengajar dengan yakin seterusnya melancarkan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pelajar juga akan berasa lebih
bersemangat untuk belajar kerana mereka melihat guru mereka sebagai seorang
berpengetahuan yang mampan untuk mengajar mereka tentang subjek itu.
iii) Guru perlu tegas dengan memperjelaskan prosedur dan peraturan di bilik
darjah serta ekspektasi yang guru harapkan daripada pelajarnya. Ini sebagai isyarat
kepada pelajar supaya mereka bertingkah laku seperti yang dikehendaki dan tidak
memberi peluang kepada mereka untuk “melampaui garis peraturan” yang telah
ditetapkan bersama. Sekiranya pelajar menunjukkan tingkah laku yang negatif, guru
perlu melayan tingkah laku pelajar-pelajar ini dengan ketegasan, keadilan dan
saksama.
7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :
14.7.2021
8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :
Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian
yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui
peningkatan bilangan murid yang memberi tumpuan ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran, selain itu, didapati seramai 80% murid dapat membaca dengan
bimbingan guru. Murid-murid yang menghantar tugasan juga telah meningkat.
9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :
Saya merasa berpuas hati dengan minat murid terhadap pengajaran dan
pembelajaran yang telah saya sampaikan dengan menggunakan bahan bantu
mengajar dan gaya pengajaran yang telah saya hasilkan dan saya sampaikan.
Pendekatan ini mampu menarik serta mengekalkan minat pelajar terhadap
pengajaran yang saya sampaikan.
Rujukan
Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009). ‘Pengurusan Bilik Darjah’. Dalam
Noraini Idis dan Shuki Osman, Pengajaran dan Pembelajaran: Teori dan Praktis.
Kuala Lumpur: McGraw Hill. Pps 161 – 188. ISBN 978-983-3850-54-9.
JURNAL PRAKTIKUM ( MINGGU 3 )
NAMA PELAJAR SOO XIN TIAN
KURSUS DAN AMBILAN PISMP AMBILAN JUN 2019
BIDANG TERAS BAHASA MELAYU
MINGGU PRAKTIKUM 3
TARIKH 15.7.2021
TAJUK MURID TIDAK BERMINAT DALAM MENULIS
KARANGAN
1. Isu Yang Difokuskan :
Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas 2K Linus. Saya
mendapati satu masalah yang dihadapi oleh murid-murid, iaitu mereka tidak berminat
untuk menulis karangan. Oleh itu, mereka tidak dapat mencapai objektif
pembelajaran.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :
Punca murid tidak berminat untuk belajar pantun hasil daripada mereka lemah dalam
kosa kata. Oleh itu, mereka tidak dapat mengenalpasti kosa kata yang memadankan
ayat kerana mereka tidak memahami maksud kosa kata dan ayat tersebut. Selain itu,
saya tidak memasukkan maksud kosa kata yang mencukupi sehingga mereka tidak
faham tentang apa yang perlu disampaikan daripada petikan. Gaya pengajaran yang
digunakan kurang menarik serta pengajaran terlalu berfokuskan kepada guru. Kesan
terhadap isu yang berlaku ini iaitu murid hilang tumpuan pada pengajaran dan
pembelajaran akan menyebabkan mereka tidak dapat menguasai pengajaran yang
disampaikan secara sempurna, justeru, ini telah menjejaskan minat mereka untuk
terus mempelajari ilmu baru.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian
Lepas) :
Menurut Rajendran (2014) menyatakan KBAT merupakan aras yang paling tinggi
dalam hieraki proses kognitif. Ini berlaku apabila seseorang mendapat maklumat
baharu, menyimpan dan memeri, menyusun, serta mengaitkannya dengan
pengetahuan sedia ada dan akan memanjangkan maklumat itu untuk mencapai
sesuatu tujuan atau
penyelesaian situasi yang rumit.SALAK DIDIK telah dikemukakan kepada murid di
sebuah sekolah dalam daerah Hulu Langat untuk membantu mereka menjana idea
dalam prapenulisan sebelum mereka menulis karangan. SALAK DIDIK juga sebagai
pemangkin untuk murid menjana idea mencari isi karangan, menyusun rangkai kata,
membina ayat, menyusun ayat membentuk perenggan dan seterusnya. membina
sebuah karangan dengan koheren dan kohesi. SALAK merujuk kepada akronim:
S: merujuk kepada Siapa
A: merujuk kepada Aktiviti
L: merujuk kepada Lokasi
A: merujuk kepada Alatan
K: merujuk kepada Keterangan
Akronim SALAK menjadi kata tanya untuk memandu dan memudahkan murid
memindahkan maklumat daripada lirik nyanyian dan pantun berlagu ke dalam ruangan
Jadual SALAK (A. Rahman, Jamaludin & Zamri 2013; A. Rahman et al. 2012a; 2012b;
Zamri et al. 2012; A.Rahman 2010; A. Rahman 2009).
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut,
antaranya ialah :-
i) menekankan penggunaan elemen didik hibur ( elemen nyanyian dan elemen
pantun ) dalam P&P mata pelajaran penulisan karangan.
ii) memberi latihan dan bimbingan kepada murid yang agak lemah agar
dapat membina sekurang-kurangnya ayat mudah tetapi tepat dengan tajuk karangan
yang diberi. Ini selari dengan saranan (Abd. Ghafar 2011; Mohd. Yusof 2000; Abdul
Fatah 1998; Leonard & Karen 1996) yang menyatakan guru perlu kreatif dan
berinovatif dalam menjana idea, konsep atau strategi baharu untuk mempertingkat
amalan berkesan dalam pengajaran.
iii) merujuk guru pembimbing untuk mengetahui cara menghasilkan BBM yang
menarik dan mengetahui keadaan murid-murid.
iv) memahami tahap murid-murid dan berkemampuan mencipta kelainan atau
modifikasi dengan menggunakan unsur dan sumber yang sedia ada.
v) kreatif dan mencipta kaedah sendiri yang berkesan dan biasanya berbentuk
formula yang memudahkan murid mengingat sesuatu fakta.
5. Tempoh Masa Penyelesaian :
1 Minggu
6. Tindakan Susulan :
Setelah perbincangan dilakukan bersama guru , beberapa cadangan penyelesaian
adalah seperti berikut:
i) Guru perlu mencurahkan lebih banyak usaha dalam proses menghasilkan BBM
seperti Powerpoint . Guru boleh menghasilkan BBM yang dapat mengorganisasikan
fikiran murid-murid dalam bentuk gambar ataupun kata kunci supaya dapat
menjimatkan masa belajar dan meningkatkan ingatan murid-murid.
ii) Guru boleh menjalankan Pendekatan SALAK DIDIK secara berperingkat-
peringkat dan bersistematik . Murid boleh dibimbing dan dilatih untuk membina ayat
yang bertepatan dengan tajuk karangan yang diberi. Terdapat beberapa proses untuk
membina ayat seterusnya menulis karangan dengan pendekatan SALAK DIDIK.
iii) Guru perlu bijak memainkan peranan sebagai fasilitator untuk membimbing
murid-murid supaya tidak mewujudkan pembelajaran berasaskan guru dengan
murid hanya mendengar/pendekatan pengajaran sehala.
iv) Guru-guru juga harus kreatif dan mencipta kaedah sendiri yang berkesan dan
biasanya berbentuk formula yang memudahkan murid mengingat sesuatu fakta.Selain
itu, guru-guru perlu memberi latihan kepada murid mengikut tahap dan kemampuan
mereka. Beri latihan yang mudah kepada pelajar lemah atau permudahkan latihan itu
dengan memberikan latihan terarah atau mengisi tempat kosong. Di samping itu guru-
guru juga perlu melatih pelajar untuk membuat pembetulan terhadap kesalahan yang
dilakukan dan guru perlu menyemak latihan murid dengan teliti. Pastikan murid
membuat pembetulan bagi setiap kesalahan yang ditandakan. Seterusnya langkah
yang akhir ialah teknik latih tubi atau teknik hafalan perlulah dilakukan dan kalau perlu
lengkapkan murid dengan fakta-fakta penting
7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :
28.7.2021
8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :
Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian
yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui
peningkatan bilangan murid yang memberi tumpuan ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran. Murid-murid yang menghantar tugasan juga telah meningkat.
9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :
Saya merasa berpuas hati dengan minat murid terhadap pengajaran dan
pembelajaran yang telah saya sampaikan dengan menggunakan bahan bantu
mengajar dan gaya pengajaran yang telah saya hasilkan dan saya sampaikan.
Pendekatan ini mampu menarik serta mengekalkan minat pelajar terhadap
pengajaran yang saya sampaikan.
Rujukan
Haron, A. R., Badusah, J., & Mahamod, Z. (2016). KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
TINGGI (KBAT) DALAM SALAK DIDIK DENGAN ELEMEN NYANYIAN DAN
ELEMEN PANTUN (Higher Order Thinking Skills (HOTS) in SALAK DIDIK Singing
and Pantun Elements). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(1), 53-60.
JURNAL PRAKTIKUM ( MINGGU 4 )
NAMA PELAJAR SOO XIN TIAN
KURSUS DAN AMBILAN PISMP AMBILAN JUN 2019
BIDANG TERAS BAHASA MELAYU
MINGGU PRAKTIKUM 4
TARIKH 29.7.2021
TAJUK PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DALAM
PENGAJARAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN
PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN
PELAJAR
1. Isu Yang Difokuskan :
Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas 2K Linus. Saya
mendapati bahawa murid-murid dalam kelas ini lemah dalam menguasai kemahiran
asas membaca dan menulis. Saya tidak pernah berputus asa untuk meneroka kaedah
pengajaran dalam talian yang sesuai untuk memberi motivasi kepada murid-murid
untuk belajar Bahasa Melayu. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya, guru-
guru terpaksa merancang aktiviti PdP dalam talian yang bersesuaian. Hal ini adalah
amat sukar kerana Bahasa Melayu menekankan penguasaan kemahiran berbahasa,
iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :
Pada abad ke-21 kini, aspek pembelajaran yang berkesan menekankan perancangan
yang rapi. Perancangan ini berdasarkan ketetapan objektif, isi pelajaran, strategi,
kejelasan pendekatan serta kerelevanan bahan-bahan pengajaran. Pemilihan isi
pelajaran, aktiviti serta bahan-bahan pembelajaran yang bersifat kontekstual yang
bermakna dapat memberikan implikasi positif kepada para pelajar. Kepelbagaian
penggunaan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik oleh guru adalah disebabkan
oleh perbezaan individu. Aktiviti P&P yang berpusatkan pelajar seperti teknik-teknik
interaktif dalam pembelajaran aktif dijadikan sebagai fokus utama dalam proses
pendidikan terkini (Asmawati Mohd Ali et al., 2018).Dalam konteks pembelajaran
berpusatkan pelajar, selain pemilihan kaedah yang digunakan oleh guru , pemilihan
dan penggunaan alat serta bahan yang sesuai juga turut mempengaruhi
keberkesanan sesebuah proses P&P. Penggunaan pelbagai sumber P&P amat
penting bagi memastikan para pelajar seronok untuk mengikuti pembelajaran.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian
Lepas) :
Bertepatan dengan revolusi Education 4.0, pembelajaran berpusatkan pelajar
merupakan pendekatan pembelajaran yang perlu diberikan tumpuan pada masa kini.
Dalam konteks pembelajaran berpusatkan pelajar, selain kaedah pengajaran, sumber
pengajaran dan pembelajaran juga merupakan aspek yang penting dalam sesebuah
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Lazimnya sumber pengajaran terdiri
daripada tiga kategori, iaitu bahan rujukan seperti sukatan pelajaran, buku panduan
mengajar dan buku sumber. Kategori kedua ialah bahan pengajaran seperti alat bantu
mengajar yang digunakan oleh guru semasa mengajar. Manakala, kategori yang
ketiga ialah bahan pembelajaran seperti buku teks dan alat-alat yang digunakan oleh
pelajar untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Menurut kajian pakar-pakar
pendidikan, 75% daripada maklumat yang diperoleh oleh manusia adalah melalui
deria penglihatan, 13% daripada deria pendengaran dan selebihnya melalui deria
sentuh, rasa dan bau (Mook Soon Sang 2008). Oleh yang demikian, sumber
pengajaran dan pembelajaran, khususnya alat pandang dengar memainkan peranan
penting dalam aktiviti P&P. Penggunaan alat bantu mengajar dalam proses P&P
Bahasa Melayu berpusatkan pelajar adalah bertujuan untuk memudahkan pelajar
memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran yang dipelajari. Antara Ciri-ciri
P&P berpusatkan pelajar menurut Mok Soon Sang (2008) ialah:
1. Dalam P&P, pelajar memainkan peranan utama dan pensyarah menjadi
pembimbing
2. Interaksi di dalam kelas merupakan interaksi dua hala
3. Pensyarah bersifat demokratik, pelajar sentiasa digalakkan memberikan
pendapat mereka dan kaedah perbincangan sangat digalakkan
4. Penyampaian pensyarah lebih tertumpu kepada pengajaran bermakna
5. Aktiviti kumpulan sangat digalakkan
6. Pelajar digalakkan untuk menjadi lebih kreatif dan berinisiatif.
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut,
antaranya ialah :
i) menggabungkan isi kandungan sesi pengajaran dan pembelajaran
dengan perisian multimedia.
ii) menerapkan sokongan lain ke dalam sesi PdP seperti tayangan video, sedutan
iklan, dan drama pendek. Penerapan ini adalah bertujuan untuk membantu memberi
kefahaman kepada pelajar tentang apa sahaja isi pelajaran yang beliau sampaikan.
iii) merujuk guru pembimbing untuk mengetahui cara menghasilkan BBM yang
menarik dan mengetahui keadaan murid-murid.
iv) memahami tahap murid-murid dan berkemampuan mencipta kelainan atau
modifikasi dengan menggunakan unsur dan sumber yang sedia ada.
v) melengkapkan diri dengan kemahiran terkini agar mudah menghadapi cabaran
pendidikan alaf baharu yang mendedahkan murid kepada akses dan aplikasi
maklumat lebih luas berikutan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi.
5. Tempoh Masa Penyelesaian :
1 Minggu
6. Tindakan Susulan :
Setelah perbincangan dilakukan bersama guru , beberapa cadangan penyelesaian
adalah seperti berikut:
i) Guru perlu mencurahkan lebih banyak usaha dalam proses menghasilkan BBM
yang berbentuk multimedia. Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
adalah seiring dengan perkembangan dunia pendidikan pada masa kini.
Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran, khususnya mengajarkan Bahasa
Melayu akan menjadi lebih menarik, bermakna dan produktif dengan
penggabungjalinan penggunaan multimedia. Menurut Zamri dan Mohamed Amin
(2008), multimedia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat
dan mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan. Pelaksanaannya terhadap murid-murid yang bermasalah dalam
kemahiran membaca atau menulis akan memberi impak yang lebih positif. Hal ini
demikian kerana bahan teknologi maklumat biasanya menggabungkan teknik suara,
bunyi, gambar, video serta teks yang pelbagai untuk mewujudkan persekitaran yang
baharu di samping kaya dengan maklumat bahasa.
ii) Guru perlu memilih menggunakan ABM dan BBM yang sesuai supaya pelajar
akan dapat memahami isi pelajaran yang disampaikan dengan lebih mudah.Bagi
memastikan guru Bahasa Melayu memilih alat bantu mengajar (ABM) atau bahan
bantu mengajar (BBM) yang baik, berikut merupakan kriteria yang boleh dijadikan
panduan:
1. ABM/BBM mestilah bersesuaian dengan aktiviti P&P. Isi kandungan harus tepat
dan berkait rapat dengan topik yang dibincangkan.
2. ABM/BBM harus mengandungi idea-idea dan reka bentuk yang asli dan
tersendiri.
3. ABM/BBM yang digunakan membantu pensyarah dan pelajar untuk lebih
memahami isi pelajaran yang disampaikan.
4. ABM/BBM yang digunakan mesti menarik dan berkesan terhadap
pembelajaran pelajar
5. ABM/BBM yang digunakan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar
6. ABM/BBM yang digunakan seharusnya mengandungi nilai-nilai murni. Gambar
yang tidak sopan atau bahan-bahan yang berunsur negatif perlulah dielakkan.
iii) Guru perlu bijak menggunakan Youtube sebagai bahan bantu mengajar.Kajian
yang dijalankan oleh Kee-Man Chua (2013) menjelaskan bahawa You Tube banyak
digunakan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran bertutur. Namun dalam P&P
Bahasa Melayu, You Tube digunakan sebagai daya tarikan kepada para pelajar untuk
mengikuti P&P, selain meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.
iv) Guru-guru juga harus kreatif dan mencipta kaedah sendiri yang berkesan dan
biasanya berbentuk formula yang memudahkan murid mengingat sesuatu fakta.Selain
itu, guru-guru perlu memberi latihan kepada murid mengikut tahap dan kemampuan
mereka. Beri latihan yang mudah kepada pelajar lemah atau permudahkan latihan itu
dengan memberikan latihan terarah atau mengisi tempat kosong.
v) Guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran terkini agar mudah menghadapi
cabaran pendidikan alaf baharu yang mendedahkan murid kepada akses dan aplikasi
maklumat lebih luas berikutan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi.Murid
sekarang lebih terdedah maklumat diperoleh daripada pelbagai sumber dan mereka
cenderung untuk mengetahui dan bertanya secara lebih mendalam yang dengan
sendirinya memerlukan guru melengkapkan diri dengan pengetahuan berlandaskan
teknologi terkini. Guru juga perlu melahirkan generasi berilmu untuk berfikir, bertindak
dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop global dan teknologi
terkini serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa
kini.
7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :
5.8.2021
8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :
Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian
yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui
peningkatan bilangan murid yang memberi tumpuan ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran. Murid-murid yang menghantar tugasan juga telah meningkat.
9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :
Saya merasa berpuas hati dengan minat murid terhadap pengajaran dan
pembelajaran yang telah saya sampaikan dengan menggunakan bahan bantu
mengajar dan gaya pengajaran yang telah saya hasilkan dan saya sampaikan.
Pendekatan ini mampu menarik serta mengekalkan minat pelajar terhadap
pengajaran yang saya sampaikan.
Rujukan
Alizah Lambri, Zamri Mahamood. (2019). PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN PENDEKATAN
PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR. International Journal of Education,
Psychology and Counseling, 4(33), 78-94.
JURNAL PRAKTIKUM ( MINGGU 5 )
NAMA PELAJAR SOO XIN TIAN
KURSUS DAN AMBILAN PISMP AMBILAN JUN 2019
BIDANG TERAS BAHASA MELAYU
MINGGU PRAKTIKUM 5
TARIKH 5.8.2021
TAJUK MASALAH TIDAK MENYIAPKAN KERJA RUMAH
DALAM KALANGAN MURID
1. Isu Yang Difokuskan :
Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas 2K Linus. Saya
mendapati bahawa murid-murid dalam kelas ini tidak suka menyiapkan tugasan yang
diberikan. Hal ini dapat dibuktikan dengan bilangan murid yang menghantar kerja
rumah hanya 4 orang daripada 24 orang.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :
Kerja rumah merupakan salah satu alat untuk memperkukuhkan pengetahuan atau
kemahiran murid dalam satu-satu tajuk yang telah diajar di dalam bilik darjah. Ianya
juga berfungsi untuk mengesan tahap kefahaman murid terhadap sesuatu yang
disampaikan oleh guru selain daripada melatih murid bertanggungjawab dan mengisi
masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Walau bagaimanapun masih terdapat
sebilangan murid yang memandang enteng kepada kepentingan dan faedah
melaksanakan kerja rumah. Murid-murid beranggapan bahawa kerja rumah adalah
sesuatu yang membebankan dan sukar dilaksanakan pada waktu lapang ketika di
rumah.Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa murid-murid tidak dapat menyiapkan
kerja rumah kerana sesetengah murid keletihan dan ada juga sesetengah murid tidak
menumpukan perhatian semasa PdP sedang berlangsung. Fadzilah (2010) pula telah
menemukan faktor murid tidak meminati sesuatu subjek dan sikap mereka menjadi
punca mereka gagal menyiapkan kerja rumah.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian
Lepas) :
Selain aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang telah disebut, kerja
rumah (homework) juga merupakan satu aktiviti P&P yang telah lama dipraktikkan
yang harus dikaji keberkesanannya. Kerja rumah (homework) didefinisikan sebagai
kerja atau tugasan yang diberikan kepada pelajar oleh guru di sekolah sewaktu pelajar
masih di sekolah untuk disiapkan atau diperpanjangkan pada bukan waktu
persekolahan. (Cooper, 1989). Kerja rumah yang diberikan mungkin disiapkan ketika
masa belajar peribadi, masa penggunaan perpustakaan, mahupun di kelas tambahan.
Kerja rumah telah kerap menimbulkan percanggahan pendapat antara institusi
sekolah serta rumah berbanding aktiviti pengajaran yang lain. Banyak ibu bapa
meluahkan perasaan yang kurang menyenangkan terhadap kerja rumah yang
diberikan, seperti kerja rumah yang terlalu panjang atau terlalu pendek, terlalu susah
atau terlalu senang, mahupun terlalu kabur. Pihak guru pula bersungut kerana
kurangnya sokongan daripada ibu bapa dan pentadbir, kurangnya latihan kemahiran,
serta kurangnya masa untuk menyediakan kerja rumah yang efektif kepada para
pelajar. Manakala para pelajar pula merungut kerana banyak masa mereka terpaksa
digunakan untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan guru sehinggakan mereka
tiada masa lapang untuk beristirehat dan beriadah.
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut,
antaranya ialah :
i) memastikan agar tugasan yang diberi bersifat menyeluruh tetapi tidak terlalu
banyak bilangannya.
ii) memberi arahan yang mudah dan jelas kepada murid, pelbagaikan jenis latihan,
jangan memberi latihan yang terlalu banyak dan memastikan murid tahu akan
kepentingan latihan yang diberikan dalam pembelajaran keseluruhan mereka.
iii) merujuk guru pembimbing untuk mengetahui cara menguruskan disiplin murid-
murid yang efektif dan mengetahui keadaan murid-murid.
iv) memberi kerja rumah yang didahului dengan perbincangan yang dijalankan
semasa PdP.
v) kerja rumah yang diberikan kepada pelajar juga harus diselia atau dikelola
dengan baik, mengikut teori tingkah laku ini.
vi) menggunakan kaedah sticker bagi mengurangkan jumlah murid yang tidak
menyiapkan kerja rumah.
vii ) melaporkan kemajuan pencapaian akademik murid kepada ibu bapa
termasuklah dalam hal menyiapkan kerja rumah agar ibu bapa maklum akan sikap
dan pencapaian anak-anak mereka dalam pelajaran.
5. Tempoh Masa Penyelesaian :
1 Minggu
6. Tindakan Susulan :
Setelah perbincangan dilakukan bersama guru , beberapa cadangan penyelesaian
adalah seperti berikut:
i) Guru perlu memastikan agar tugasan yang diberi bersifat menyeluruh tetapi
tidak terlalu banyak bilangannya. Guru-guru juga perlu mempertimbangkan
kemudahan-kemudahan yang boleh didapati oleh pelajar untuk menyelesaikan kerja
rumah mereka sesuai dengan peringkat keupayaan masing-masing.
ii) Guru perlu memberi kerja rumah yang didahului dengan perbincangan yang
dijalankan didalam bilik darjah akan dapat membolehkan pelajar meningkatkan
kecekapan mereka sewaktu menyelesaikan tugasan. Pelajar juga akan mempunyai
keyakinan serta sikap yang lebih positif berbanding kerja rumah yang diberikan tanpa
sebarang panduan atau perbincangan
iii) Kerja rumah yang diberikan kepada pelajar juga harus diselia atau dikelola
dengan baik, mengikut teori tingkah laku ini. Guru sebagai pentadbir kerja rumah
harus mengelola kerja rumah dengan sempurna supaya tujuan asal kerja rumah
tercapai.
iv) Guru juga harus kreatif dan mencipta kaedah sendiri yang berkesan dan
biasanya berbentuk formula yang memudahkan murid mengingat sesuatu fakta.Selain
itu, guru-guru perlu memberi latihan kepada murid mengikut tahap dan kemampuan
mereka. Beri latihan yang mudah kepada pelajar lemah atau permudahkan latihan itu
dengan memberikan latihan terarah atau mengisi tempat kosong.
v) Guru mestilah merancang dan merangka kerja rumah sesuai dengan
kemampuan dan pencapaian murid. Pastikan kerja yang diberi adalah berfokus dan
merupakan kesinambungan pelajaran yang telah diajar kepada murid yang
bermaksud murid telah pun faham dan mempunyai pengetahuan sedia ada tentang
kerja atau latihan yang diberi.
7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :
12.8.2021
8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :
Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian
yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui
bilangan murid yang menghantar kerja sekolah semakin meningkat.
9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :
Saya merasa berpuas hati dengan bilangan murid yang menghantar kerja sekolah
semakin meningkat dengan menggunakan cara-cara dan kaedah pengajaran yang
telah saya hasilkan dan saya sampaikan. Pendekatan ini mampu mempertingkatkan
pencapaian murid dan menarik minat murid-murid untuk belajar.
Rujukan
Yeo Kee Jiar, Ainul Hakimah Karim.(2011). Hubungan Antara Kerja Rumah Dengan
Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Dari Kelas Premier di Dua Buah
Sekolah Menengah. Journal of Educational Psychology and Counseling, 2, 28-50 .
JURNAL PRAKTIKUM ( MINGGU 6 )
NAMA PELAJAR SOO XIN TIAN
KURSUS DAN AMBILAN PISMP AMBILAN JUN 2019
BIDANG TERAS BAHASA MELAYU
MINGGU PRAKTIKUM 6
TARIKH 12.8.2021
TAJUK
MASALAH YANG WUJUD SEMASA BERLAKU
KOMUNIKASI ANTARA GURU DENGAN MURID.
1. Isu Yang Difokuskan :
Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas 2K Linus yang
terdapat di sebuah sekolah SJK(C). Saya mendapati bahawa terdapat beberapa
masalah yang wujud semasa berlaku komunikasi antara guru dengan murid. Sebagai
contohnya, murid-murid tidak boleh memahami apa yang perlu cikgu sampaikan
semasa guru menggunakan hanya semata-mata Bahasa Melayu sebagai bahasa
utama untuk berkomunikasi dengan murid-murid. Selain itu, murid-murid tidak aktif
untuk memberi idea sepanjang sesi PdP.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :
Proses komunikasi antara guru dengan pelajar merupakan salah satu aspek yang
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi yang wujud ini
memberi ruang interaksi yang membolehkan proses penyampaian ilmu dilakukan
dengan berkesan dan pembelajaran dilakukan secara komprehensif.Kelemahan guru
berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja boleh menyebabkan objektif PdPc
yang dirancang akan gagal malah boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati murid
sepanjang proses pembelajaran tersebut. Oleh itu, kelemahan guru berkomunikasi
juga turut mempengaruhi tingkah laku murid.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian
Lepas) :
Tinjauan awal Kamarulzaman (2007) mendapati penguasaan kemahiran interpersonal
dalam kalangan guru serta komunikasi antara guru dan pelajar adalah kurang
memuaskan.Tiga aspek dalam komunikasi perlu diberi perhatian bagi menjamin
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah berjalan lancar. Aspek-aspek ini
termasuklah sumber yang umumnya guru, pelajar sebagai penerima, dan
persekitaran di mana komunikasi berlaku. Komunikasi tidak dapat berjalan dengan
lancar apabila wujud halangan. Halangan komunikasi wujud disebabkan gangguan
daripada persekitaran dan mengakibatkan mesej yang dihantar tidak dapat diterima
dengan baik (Sazwani et al, 2013).
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut,
antaranya ialah :-
i) berbual-bual dengan murid menggunakan Bahasa Melayu.
ii) menggunakan bahasa yang mudah difahami.
iii) merujuk guru pembimbing untuk mengetahui cara berkomunikasi dengan
murid.
iv) memahami tahap murid-murid dan bercakap dengan nada biasa tetapi perlahan.
serta menggunakan gestur apabila perlu,
v) memberi peluang kepada murid-murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
literasi dan berinteraksi.
vi) mengamalkan tingkah laku beradab.
vii) memberi galakan, memberi pujian serta memberi cukup masa kepada
muridmurid untuk bertindak balas.
5. Tempoh Masa Penyelesaian :
1 Minggu
6. Tindakan Susulan :
Setelah perbincangan dilakukan bersama guru-guru, beberapa cadangan
penyelesaian adalah seperti berikut:
i) (Mustika Chairani, Ida Wiendijarti & Dewi Noviant, 2009) menjelaskan bahawa
interaksi guru dengan pelajar kini dilihat semakin penting apabila guru turut menggalas
tanggungjawab sebagai sahabat yang memberikan nasihat, pemberi motivasi yang
memberi inspirasi dan dorongan, pembimbing dalam memupuk sikap dan tingkah laku
serta nilai-nilai murni. Guru seharusnya mengenali pelajar mereka, menunjukkan dan
memberikan kasih sayang, menghormati idea yang dikeluarkan oleh pelajar, membina
potensi diri dan kemahiran mereka, serta menegur dengan kata-kata yang baik. Guru
juga seharusnya menghukum untuk mendidik bukannya mendenda (Nur Hanani
Hussin, Mohd Aderi Che Noh & Ab. Halim Tamuri, 2013).
ii) Guru perlu memperbanyakkan teknik pengajaran. Teknik pengajaran adalah
perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran
lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat
dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik
pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah
mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik
mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan,
demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan
menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk
menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu
pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
iii) Guru yang mengamalkan tingkah laku beradab akan lebih disukai oleh pelajar
(Atan 1991). Seorang guru yang memiliki personaliti menarik seperti peramah, mudah
mesra, penyayang, mengambil berat, prihatin dan pandai bergurau akan lebih suka
didampingi oleh pelajar. Guru yang menepati masa menghadiri kelas, sabar dalam
menyampaikan pengajaran, tertib dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
dan berkeyakinan tinggi akan disukai dan lebih dihormati oleh pelajar.
iv) Guru perlu mengenal pasti setiap masalah pembelajaran pelajar Bahasa
Melayunya. Melalui kaedah ini, guru Bahasa Melayu dapat merancang aktiviti
pengajarannya, bahan pembelajaran, kaedah pengajaran dan aktiviti pengukuhan dan
penilaian yang sesuai dengan kemampuan pelajar-pelajar yang bermasalah dalam
pembelajaran Bahasa Melayu ini.
v) Pujian berfungsi. Sebenarnya, penyelidikan pendidikan sejak tahun 1960-an
menunjukkan bahawa pelajar di setiap tingkatan kelas dan dalam setiap mata
pelajaran suka dipuji kerana kerja mereka di dalam kelas. Bukti empirikal dari
penyelidikan menunjukkan bahawa pujian boleh memberi kesan positif kepada
pembelajaran akademik pelajar dan tingkah laku sosial. Pujian hendaklah bersifat
khusus atau spesifik. Contohnya, seorang cikgu mengungkapkan kata-kata ini
kepada anak muridnya yang telah mencapai peningkatan markah ujian walaupun
dengan peningkatan sedikit saja seperti “Cikgu amat bangga dengan pencapaian
ujian kamu kali ini, teruskan pencapaian seperti ini pada masa hadapan, tahniah sekali
lagi”.
7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :
19.8.2021
8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :
Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian
yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui
peningkatan bilangan murid yang memberi tumpuan ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran. Murid-murid juga berani untuk membuka mic mengemukakan
pandangan.
9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :
Saya merasa berpuas hati dengan minat murid terhadap pengajaran dan
pembelajaran telah meningkat dengan menggunakan cara komunikasi yang telah
saya sampaikan. Pendekatan ini mampu menarik serta mengekalkan minat pelajar
terhadap pengajaran yang saya sampaikan. Saya akan menggunakan peluang untuk
menyalurkan ilmu dengan sebaik mungkin. Saya akan memastikan setiap pelajar saya
mendapat ilmu dan mengaplikasikan ilmu yang disampaikan dengan sebaik mungkin.
Rujukan
Noor Aini Ahmad, Zamri Mahamod, Zahara Aziz. (2012).Pengajaran Kemahiran
Komunikasi Bagi Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran Teruk.Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 2(2),11-18.
JURNAL PRAKTIKUM ( MINGGU 7 )
NAMA PELAJAR SOO XIN TIAN
KURSUS DAN AMBILAN PISMP AMBILAN JUN 2019
BIDANG TERAS BAHASA MELAYU
MINGGU PRAKTIKUM 7
TARIKH 19.8.2021
TAJUK PENGGUNAAN STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA
UNTUK MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBACA
1. Isu Yang Difokuskan :
Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas 2K Linus yang
terdapat di sebuah sekolah SJK(C). Seperti kita sedia maklum, LINUS ialah akronim
bagi “Literacy and Numeracy Screening”. LINUS merupakan program intervensi yang
dirangka untuk membolehkan murid memperoleh asas literasi (bahasa Malaysia)
danasas numerasi semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang
belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Murid-murid yang
telah dikenal pasti masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi
akan diajar secara intensif. Murid-murid dalam kelas ini kurang menguasai kemahiran
membaca, menulis dan bertutur.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :
Program LINUS menggunakan kurikulum KSSR sebagai asas dalam menentukan
skop kandungan pengajaran dan pembelajaran. Matlamat LINUS adalah untuk
mengenal pasti masalah dan memulihkan kelemahan murid pada peringkat lebih awal
agar murid yang tidak berupaya membaca dan menulis ini tidak ketinggalan dalam
menguasai pembelajaran secara keseluruhan. Dalam usaha mempertingkat
kemahiran bahasa murid-murid ini, guru mempunyai peranan yang besar. Menurut
Roselan (2003), kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas yang amat penting
dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Guru sebagai pelaksana kurikulum perlu mengambil berat tentang objektif kurikulum
yang digubal bagi membolehkan hasrat kerajaan tercapai. Menurut Yahya (2004),
membaca merupakan proses interaksi antara teks dengan imaginasi pembaca.Oleh
itu, guru sebagai penggerak utama program ini harus mempunyai sikap dan aspirasi
yang cemerlang, bersemangat dan kredibiliti yang tinggi sepanjang pengajarandan
pembelajaran. Guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran membaca agar dapat
menjadikan pengajaran lebih bervariasi, menarik serta dapat menimbulkan minat
murid untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian
Lepas) :
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang baik amat penting dalam memastikan
kejayaan penguasaan kemahiran literasi murid dalam pelajaran bahasa. Ia juga turut
memberi kesan kepada murid dalam meningkatkan keupayaan membaca dan menulis
jika guru dapat menggunakan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang baik.
Dari segi perancangan pembelajaran, strategi pembelajaran bermaksud langkah-
langkah yang diambil oleh pelajar untuk mempercepatkan proses pemerolehan,
penyimpanan, mengingat kembali dan penggunaan sumber maklumat (Abu Talib
1998). Mengikut Oxford (1990, 1993), tindakan tersebut diambil bagi membantu
pelajar menguasai proses pembelajaran dengan mudah, cepat, lebih menyeronokkan,
lebih ke arah kendiri, lebih cekap, dan lebih mudah dipindahkan ke situasi baru.
Chamot, Beard El-Dinary dan Robbins (1999) pula berpendapat strategi pembelajaran
ialah teknik yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membantu tugas pembelajaran.
Strategi pembelajaran bahasa pula boleh dikaitkan sebagai langkah-langkah yang
disedari atau suatu tingkah laku yang digunakan oleh pelajar bahasa dalam mencapai,
menyimpan, mengingati kembali dan menggunakan semula maklumat baru (Rigney
1978; Oxford 1990). Dalam konteks pendidikan bahasa, strategi pembelajaran bahasa
(SPB) boleh ditentukan dengan pelbagai cara seperti menggunakan diari, prosedur
penyuaraan berfikir dan pemerhatian (Oxford 1989). Dalam pendidikan bahasa,
terdapat pelbagai SPB yang boleh digunakan oleh pelajar ketika belajar bahasa. SPB
yang berbeza dipengaruhi oleh faktor kognitif, metakognitif, afektif, sosial, psikologi
dan lain-lain (Oxford 1990). Pemilihan SPB oleh pelajar boleh dilihat daripada aspek
seperti jantina, etnik, budaya dan sebagainya.
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut,
antaranya ialah :-
i) menggunakan alat bantuan seperti radio, televisyen, dan bahan bacaan.
ii) menerapkan unsur cerita kanak-kanak ke dalam sesi PdP dan meminta
murid-murid untuk membacakannya.
iii) merujuk guru pembimbing untuk mengetahui cara meningkatkan kemahiran
membaca pada tahap murid-murid.
iv) menggalakkan murid-murid membaca bahan bacaan lain seperti cerita
kanak-kanak, surat khabar dan sebaginya.
v) memperbanyakkan aktiviti berdialog dan meminta murid-murid mendengar
bacaan murid lain semasa dalam PdP.
vi) memperbetulkan sebutan dan intonasi murid-murid serta memberi bimbingan
sekiranya perlu.
vii ) menerapkan permainan yang melibatkan perkataan ke dalam sesi PdP.
5. Tempoh Masa Penyelesaian :
1 Minggu
6. Tindakan Susulan :
Setelah perbincangan dilakukan bersama guru-guru, beberapa cadangan
penyelesaian adalah seperti berikut:
i) Guru perlu bijak menggunakan alat bantuan belajar bagi meningkatkan aspek
pembacaan seperti radio, televisyen, dan bahan bacaan. Misalnya, dengan
mendengar cara percakapan yang disampaikan oleh juruhebah radio dan televisyen,
murid-murid dapat meniru cara bertutur juruhebah dan kemudiannya diaplikasikan
ketika membaca.
ii) Guru perlu menggalakkan murid-murid membaca pelbagai bahan bacaan
seperti cerita kanak-kanak, surat khabar dan sebagainya kerana ini dapat membantu
murid-murid membaca dengan lancar, membaca dengan menggunakan bahasa yang
formal, mencatat isi-isi penting, membuat nota latihan, membaca dengan nada dan
intonasi yang betul, dan lain lain lagi. Murid-murid bukan sahaja dapat meningkatkan
kemahiran membaca, bahkan juga dapat mengetahui dan menguasai pelbagai
perbendaharaan kata yang berkualiti yang boleh digunakan ketika bertutur ataupun
menulis
iii) Guru perlu bijak menerapkan teknik seperti meminta rakan mendengar bacaan
semasa aktiviti berdialog dijalankan. Ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran
mendengar, tetapi juga membantu mereka membaca dengan lancar. Segala
kesilapan yang dilakukan ketika membaca akan ditegur dan diperbetulkan oleh rakan
dan seterusnya membantu meningkatkan kemahiran membaca.
iv) Guru boleh menerapkan permainan yang melibatkan permainan yang
melibatkan perkataan ke dalam sesi PdP. Contohnya kita boleh bertanya, apakah
perkataan yang bermula dengan ‘p’? Murid-murid dikehendaki melihat sekeliling
mereka untuk mencari jawapan.Jawapannya mungkin ‘pisang’ atau ‘pin’.
7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :
26.8.2021
8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :
Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian
yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui
peningkatan bilangan murid yang memberi tumpuan ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran. Prestasi murid-murid juga bertambah maju dan mereka telah membina
keyakinan untuk membaca.
9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :
Saya merasa berpuas hati dengan minat murid terhadap strategi pengajaran dan
pembelajaran yang telah saya sampaikan telah meningkat. Pendekatan ini mampu
menarik minat pelajar dan juga meningkatkan keupayaan membaca dalam kalangan
murid-murid.
Rujukan
Mohamed Amin Embi, Zamri Mahamod. (2005). Penggunaan Strategi Pembelajaran
Bahasa Untuk Menguasai Kemahiran Membaca,Jurnal Teknologi, 42(E),1–18.
JURNAL PRAKTIKUM ( MINGGU 8 )
NAMA PELAJAR SOO XIN TIAN
KURSUS DAN AMBILAN PISMP AMBILAN JUN 2019
BIDANG TERAS BAHASA MELAYU
MINGGU PRAKTIKUM 8
TARIKH 26.8.2021
TAJUK KEPELBAGAIAN KAEDAH PENYOALAN LISAN
DALAM PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU:
KAEDAH PEMERHATIAN
1. Isu Yang Difokuskan :
Saya telah menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas 2K Linus yang
terdapat di sebuah sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Saya mendapati
bahawa murid-murid tidak menggunakan kemahiran berfikir secara optimum. Sebagai
contohnya, murid-murid tidak boleh memberikan respon terhadap soalan yang perlu
cikgu sampaikan . Selain itu, terdapat beberapa orang murid yang suka berdiam diri
kerana bimbang , tidak yakin diri dan malu untuk menjawab soalan.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :
Dalam PdP, guru-guru dapati guru kurang mahir dalam teknik penyoalan di dalam
kelas. Guru lebih banyak menggunakan kaedah pengajaran secara tradisional, iaitu
bersyarah untuk memberi maklumat. Kegagalan guru untuk merangsang pemikiran
pelajar telah menyebabkan kurangnya penglibatan pelajar dalam mengikuti proses
P&P guru Bahasa Melayu.Kegagalan guru untuk merangsang pemikiran pelajar telah
menyebabkan kurangnya penglibatan pelajar dalam mengikuti proses P&P guru
Bahasa Melayu. Kajian Seman (2005), Waheedawati (2003) dan Roselan (2001)
menunjukkan penggunaan penyoalan guru hanya berkisar pada aras kognitif rendah
atau sederhana sahaja. Sebagai contoh, kajian Waheedawati (2003) mendapati
segelintir guru tidak dapat menguasai atau mengabaikan penyoalan di dalam bilik
darjah. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah dalam jumlah yang kecil dan kurang
merangsangkan daya pemikiran pelajar. Kajian Seman (2005) juga menunjukkan pola
soalan yang diajukan kepada pelajar adalah soalan-soalan beraras rendah, iaitu pada
peringkat pengetahuan.Guru juga kurang menyerapkan aplikasi kemahiran berfikir
dalam melalui kaedah penyoalan yang digunakan.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian
Lepas) :
Penggunaan soalan merupakan salah satu cara guru menyampaikan
kandungan pelajaran kepada para pelajarnya. Soalan-soalan yang dikemukakan
berpotensi untuk membantu pelajar untuk mencapai keupayaan kognitif optimum.
Melalui soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru dalam proses pembelajaran dan
pengajaran (P&P) dapat mendedahkan pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada
dan membandingkan maklumat yang diperoleh dan kemudian menggunakannya
untuk penyelesaian masalah. Pelajar bertindak secara aktif dan bukannya bertindak
secara pasif dalam proses pembelajaran mereka.
Penggunaan soalan di dalam kelas merupakan salah satu cara guru
menyampaikan pengajaran yang popular dan merupakan salah satu yang paling
mudah untuk dilaksanakan (Omardin 1999). Kemahiran menyoal sebahagian
daripada kemahiran komunikasi lisan. Menurut M. Mojibur (2010), kemahiran
komunikasi lisan dapat mengukur keupayaan dan kebolehan seseorang pelajar itu
berkomunikasi dengan baik ataupun sebaliknya. Ini bermakna dalam konteks (P&P),
penyoalan berupaya dan menggalakkan interaksi guru dan pelajar secara berkesan.
Soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru dapat mencungkil pengetahuan pelajar
dan mengukuhkan pelajaran yang disampaikan oleh guru. Soalan-soalan yang
dikemukakan oleh guru mestilah dapat menguji atau menilai apa yang telah
disampaikan oleh guru semasa proses P&P. Contoh kajian oleh Balakrishan (2002)
dan Muhundhan (2002) mendapati aplikasi kemahiran berfikir melalui kaedah
penyoalan guru semasa P&P adalah kurang. Apabila teknik penyoalan guru kurang
mengandungi unsur kemahiran berfikir, hal ini menyebabkan pemikiran pelajar kurang
berkembang melalui soalan yang dikemukakan oleh guru.
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut,
antaranya ialah :-
i) menggunakan kemahiran hentian untuk memberi peluang kepada pelajar untuk
berfikir tentang jawapan bagi soalan guru.
ii) bertanyakan soalan berdasarkan enam aras soalan kognitif Bloom.
iii) merujuk guru pembimbing untuk mengetahui cara berkomunikasi dengan
murid.
iv) memberi peluang kepada murid-murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
literasi dan berinteraksi.
v) memberi galakan, memberi pujian kepada murid-murid yang menjawab serta
memberi cukup masa kepada murid-murid untuk bertindak balas.
5. Tempoh Masa Penyelesaian :
1 Minggu
6. Tindakan Susulan :
Setelah perbincangan dilakukan bersama guru-guru, beberapa cadangan
penyelesaian adalah seperti berikut:
i) Guru boleh melakukan hentian yang sepatutnya untuk memberi peluang
kepada pelajar untuk memikirkan jawapan yang tepat. Guru juga perlu menguasai
kemahiran penyoalan seperti berikut :
Kemahiran penyoalan
1. Pembentukan soalan : jelas, ringkas dan tepat
2. Fokus kepada satu idea atau lebih daripada satu idea
3. Sebaran ke seluruh kelas
4. Hentian yang sepatutnya
5. Melayan jawapan dengan baik
6. Memberi petunjuk
7. Mencungkil fikiran
8. Soalan yang menggunakan idea/ jawapan pelajar
9. Panggil nama pelajar untuk menjawab
10. Menggalakkan pelajar menyoal
ii) Guru perlu mengenal pasti tahap setiap pelajar dan bertanyakan soalan
mengikut aras taksonomi Bloom. Guru boleh mengemukakan soalan aras
pengetahuan, iaitu soalan bertumpu atau berpusat pada mulanya suaya dapat
mengukuhkan pemahaman murid. Soalan-soalan pada aras ini hanya untuk melihat
daya ingatan pelajar terhadap tajuk yang dipelajari seperti nama watak, peristiwa dan
sebagainya. Seterusnya, guru boleh mengemukakan soalan aras kefahaman dengan
meminta murid-murid menuliskan isi-isi rumusan yang telah digariskan oleh pelajar di
papan putih.
iii) Guru yang mengamalkan tingkah laku beradab akan lebih disukai oleh pelajar
(Atan 1991). Seorang guru mesti tidak boleh mengabaikan setiap pelajar. Contohnya,
guru tidak boleh hanya mengutamakan pelajar cemerlang dan tidak memberi peluang
kepada murid yang agak lemah untuk menjawab soalan. Guru boleh memberi
petunjuk dan mencungkil fikiran murid-murid sekiranya perlu.
iv) Guru perlu mengenal pasti setiap masalah pembelajaran pelajar Bahasa
Melayunya. Melalui kaedah ini, guru Bahasa Melayu dapat merancang aktiviti
pengajarannya, bahan pembelajaran, kaedah pengajaran dan aktiviti pengukuhan dan
penilaian yang sesuai dengan kemampuan pelajar-pelajar yang bermasalah dalam
pembelajaran Bahasa Melayu ini.
v) Pujian berfungsi. Sebenarnya, penyelidikan pendidikan sejak tahun 1960-an
menunjukkan bahawa pelajar di setiap tingkatan kelas dan dalam setiap mata
pelajaran suka dipuji kerana kerja mereka di dalam kelas. Bukti empirikal dari
penyelidikan menunjukkan bahawa pujian boleh memberi kesan positif kepada
pembelajaran akademik pelajar dan tingkah laku sosial. Pujian hendaklah bersifat
khusus atau spesifik. Contohnya, seorang cikgu mengungkapkan kata-kata ini
kepada anak muridnya yang telah mencapai peningkatan markah ujian walaupun
dengan peningkatan sedikit saja seperti “Cikgu amat bangga dengan pencapaian
ujian kamu kali ini, teruskan pencapaian seperti ini pada masa hadapan, tahniah sekali
lagi”.
7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :
2.9.2021
8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :
Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian
yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui
peningkatan bilangan murid yang memberi tumpuan ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran. Ini dapat mengembangkan pemikiran pelajar supaya pembelajaran
mereka menjadi lebih bermakna serta meningkatkan kecemerlangan mereka dalam
pencapaian Bahasa Melayu.
9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :
Tegasnya, seorang guru yang mahir ialah seorang penyoal yang berkesan kerana
beliau dapat menggunakan soalan-soalan yang membimbing para pelajar
memberikan idea yang jelas, mengembangkan potensi berfikir, serta dapat
menggerakkan daya imaginasi pelajar. Oleh itu, penyoalan guru mestilah dirancang
dengan baik bagi menepati penggunaan soalan dalam proses P&P yang berkesan.
Guru boleh menggunakan soalan untuk mencabar pemikiran pelajar atau
menimbulkan perasaan ingin tahu dan minat pelajar pada awal pengajaran hinggalah
membawa kepada menjawab soalan guru yang dikemukakan secara bertulis (M.
Mojibur 2010). Penggunaan penyoalan dalam proses P&P akan membawa kepada
proses mendapatkan jawapan yang betul, sekaligus membantu pelajar mendapatkan
idea serta mengukuhkannya dalam bentuk pertuturan dan penulisan.
Rujukan
Nor Razah Lim , Zamri Mahamod. (2011). Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan
Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu,1(1), 51-65
JURNAL PRAKTIKUM ( MINGGU 9 )
NAMA PELAJAR SOO XIN TIAN
KURSUS DAN AMBILAN PISMP AMBILAN JUN 2019
BIDANG TERAS BAHASA MELAYU
MINGGU PRAKTIKUM 9
TARIKH 2.9.2021
TAJUK PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MENYERONOKKAN
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU
1. Isu Yang Difokuskan :
Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas 2K Linus yang
terdapat di sebuah sekolah SJK(C). Saya mendapati bahawa saya tidak pandai untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Oleh itu, murid-murid tidak
begitu aktif untuk belajar.Guru yang hebat menjana transformasi pendidikan negara.
Penekanan kepada keperluan melahirkan guru-guru yang kompeten dan berkualiti
amatlah penting bagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutama
pembinaan minda guru-guru yang boleh memberi impak tinggi secara kritis dan kreatif.
Keberkesanan pendidikan dapat diukur dengan pembentukan tingkah laku dan
kemenjadian murid sejajar dengan harapan aspirasi murid iaitu pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan
kerohanian serta identiti nasional perlu diterapkan dalam diri setiap murid.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :
Pelajar sekolah dan juga institut pengajian tinggi tidak dibenarkan menghadiri kelas
sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020. Mereka
dinasihatkan berada di rumah dan meneruskan pembelajaran dalam
talian.Pembelajaran dalam talian terutama google classroom yang diamalkan di
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terbukti cukup membantu guru dan
pensyarah selain aplikasi zoom bagi membolehkan interaksi secara terus dengan
pelajar dapat dilakukan.Pelaksanaan lebih kreatif perlu dilakukan guru dalam medium
penyampaian disediakan oleh kerajaan bagi mengelak murid bosan.Oleh itu,
pembelajaran berkesan berlaku jika murid seronok belajar. Pembelajaran
merangkumi tiga aspek perlu diberi keutamaan, iaitu guru, murid, dan bahan.Apabila
ketiga-tiga aspek saling berinteraksi antara satu sama lain, maka akan wujud
pembelajaran berkesan. Tugas guru bukan hanya memberi ilmu pengetahuan kepada
murid, tetapi lebih daripada itu. Guru perlu berupaya menarik minat murid kepada apa-
apa jua yang ingin disampaikan. Mereka perlu berusaha ke arah menonjolkan kreativiti
lebih tinggi untuk menarik minat dan keseronokan murid terus mengikuti
pengajarannya.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian
Lepas) :
Tingkah laku bermasalah seperti hiperaktif, kelakuan nakal serta mengganggu rakan
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran merupakan masalah disiplin yang sering
menjadi isu dalam kalangan guru-guru di sekolah. Dalam era globalisasi kini, murid-
murid mendapat pengaruh daripada pelbagai saluran sama ada siaran televisyen
mahupun melayari Internet yang memungkinkan mereka memperoleh ilmu
pengetahuan tanpa sempadan. Oleh itu, guru-guru di sekolah tidak lagi relevan untuk
menggunakan set peraturan yang autokratik dan tegas dengan cara memaksa,
mengherdik, meninggikan suara ataupun menggunakan bahasa yang kasar untuk
mendisiplinkan murid. Sebaliknya, guru perlu mewujudkan hubungan yang lebih akrab
dengan murid-murid. Salah satu caranya adalah melalui pendekatan pembelajaran
menyeronokkan. Unsur didik hibur yang diterapkan dalam Memartabatkan Bahasa
Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) adalah suatu langkah bijak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Unsur ini diperkenalkan kepada muridmurid
sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Melayu. Tujuannya
supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menjadi seronok untuk
diikuti oleh murid-murid.
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut,
antaranya ialah :-
i) menggunakan media elektronik seperti komputer untuk menyediakan bahan
pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Contohnya, cakera padat
interaktif, video,komik dan sebagainya.
ii) menerapkan unsur jenaka, estetik, permainan, muzik dan lakonan ke dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran.
iii) merujuk guru pembimbing untuk mengetahui cara berkomunikasi dengan
murid.
iv) guru perlu bijak menanamkan kemahiran sosial agar murid dapat mengawal
emosi dalam suasana pengajaran dan pembelajaran.
v) memberi peluang kepada murid untuk meneroka ilmu secara mendalam melalui
pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan
peperiksaan semata-mata.
vi) menyanyi dan melakukan gerakan ketika sesi pembelajaran untuk
menimbulkan suasana yang menyeronokkan kepada murid.
vii) memberi galakan, memberi pujian serta memberi cukup masa kepada murid-
murid untuk bertindak balas.
5. Tempoh Masa Penyelesaian :
1 Minggu
6. Tindakan Susulan :
Setelah perbincangan dilakukan bersama guru-guru, beberapa cadangan
penyelesaian adalah seperti berikut:
i) penggunaan bahan bantu mengajar yang mempunyai unsur pembelajaran
menyeronokkan seperti komik merupakan salah satu pilihan dalam mengajar Bahasa
Melayu. Dalam hal ini, komik ciptaan kartunis tempatan iaitu Lat begitu jelas melalui
ilustrasi dan lakaran karikatur yang menarik. Secara langsung, kreativiti ini dapat
membantu guru menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam
suasana yang menyeronokkan, ceria dan berkesan kepada pelajar (Abdul Rasid,
2012). Oleh itu, guru tidak hanya terikat dengan disposisi semula jadi, tetapi juga
menggunakan bahan bantu mengajar yang lebih menarik. Video mampu
mempersembahkan sesuatu imej dalam keadaan yang realistik atau menyerupai
keadaan yang sebenar. Ini membolehkan seseorang pelajar dapat merasakan
seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang
digambarkan.Paparan atau persembahan video yang lebih hidup dan realistik
mampu meraih emosi seseorang dengan lebih mudah berbanding penggunaan
imej atau media lain yang static sifatnya. Sebagai contoh, dalam proses
penyampaian mesej mengenai bahaya peperangan, paparan video yang
memaparkan keadaan mangsa perang dengan mudahnya mampu memberi
kesan kepada emosi penonton seterusnya mengusik jiwa dan perasaan mereka.
Ini secara tidak langsung boleh mengubah sikap seseorang dengan lebih
mudah dan pantas.
ii) Guru boleh meminta murid menjelaskan setiap kartun tersebut dan bagaimana
ia berkait dengan isi kandungan pelajaran. Papan buletin yang mempunyai unsur-
unsur jenaka dapat diwujudkan dalam bilik darjah. Maklumat dan mesej yang
disampaikan melalui papan buletin ini haruslah dalam bentuk seperti kartun yang
berunsur jenaka tetapi berkaitan dengan tujuan atau isi kandungan pelajaran. Semasa
pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam bilik darjah, guru boleh menggunakan
tiga hingga empat kartun yang berunsurkan jenaka dalam menyampaikan isi
kandungan pelajaran berbentuk cerita, contoh dan anekdot. Guru juga boleh
menyediakan soalan ujian yang mempunyai pernyataan yang berunsur jenaka.
Penggunaan bahan media seperti video yang mengandungi unsur jenaka boleh
membantu menceriakan persekitaran pembelajaran di bilik darjah.
iii) Pembentukan emosi murid ketika di dalam bilik darjah menjadi tanggungjawab
guru untuk membentuk tingkah laku mulia.Oleh itu, guru perlu bijak menanamkan
kemahiran sosial agar murid dapat mengawal emosi dalam suasana pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah seperti kemahiran kesedaran kendiri, empati,pemantauan
diri dan dorongan diri bagi memujuk, berunding dan memimpin.Antara langkah yang
harus digunakan oleh guru dalam usaha membentuk tingkah laku positif menerusi
penjanaan kecerdasan emosi dalam kalangan murid melalui penerimaan murid tanpa
syarat; mewujudkan perhubungan mesra; memahami muridnya dengan mendalam
secara empati, membantu murid mencari alternatif dan guru sebagai agen perubahan
dan model.Guru tidak harus mendominasi proses pembelajaran di dalam bilik darjah
sebaliknya perlu mementingkan interaksi antara murid, guru dengan rakan sekelas
yang membantu percambahan idea serta minda yang kreatif dan inovatif. Jelasnya,
melalui penggunaan unsur pembelajaran menyeronokkan maka guru akan sentiasa
disenangi oleh murid apabila mereka yakin bahawa guru mereka adalah insan mesra
murid.
iv) Muzik dan nyanyian begitu sinonim terutamanya pada peringkat kanak-kanak.
Secara semulajadi, kanak-kanak menyukai bunyi dan muzik dan membuatkan mereka
lebih terhibur. Oleh yang demikian, muzik dan nyanyian dapat dilihat memberi kesan
positif serta menarik perhatian kanak-kanak di dalam bilik darjah (Harriet et al, 2014).
Ia bukan sahaja menarik perhatian kanak-kanak malah merupakan satu rangsangan
yang memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan minda kanak-kanak
terutamanya dalam bilik darjah. Selain daripada itu, kanak-kanak memberikan
perhatian, memahami rentak, irama dan sebutan melalui muzik yang dimainkan. Oleh
itu, muzik dapat digunakan secara kreatif dan efektif oleh guru ketika proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P).
v) Pujian berfungsi. Sebenarnya, penyelidikan pendidikan sejak tahun 1960-an
menunjukkan bahawa pelajar di setiap tingkatan kelas dan dalam setiap mata
pelajaran suka dipuji kerana kerja mereka di dalam kelas. Bukti empirikal dari
penyelidikan menunjukkan bahawa pujian boleh memberi kesan positif kepada
pembelajaran akademik pelajar dan tingkah laku sosial. Pujian hendaklah bersifat
khusus atau spesifik. Contohnya, seorang cikgu mengungkapkan kata-kata ini
kepada anak muridnya yang telah mencapai peningkatan markah ujian walaupun
dengan peningkatan sedikit saja seperti “Cikgu amat bangga dengan pencapaian
ujian kamu kali ini, teruskan pencapaian seperti ini pada masa hadapan, tahniah sekali
lagi”.
7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :
9.9.2021
8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :
Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian
yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui
peningkatan bilangan murid yang memberi tumpuan ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran. Guru dan murid-murid juga telah mewujudkan komunikasi dua hala dan
murid-murid dapat membuat kerja rumah kerana mereka telah memahami isi
kandungan pembelajaran yang telah dipelajari.
9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :
Saya merasa berpuas hati dengan minat murid terhadap pengajaran dan
pembelajaran yang telah saya sampaikan dengan menggunakan cara pengajaran
menyeronokkan yang telah saya sampaikan. Tidak dapat dinafikan bahawa peranan
guru amat penting sebagai individu yang menjadi pemangkin dalam proses murid
mencari ilmu. Tanpa kehadiran guru, proses pembelajaran yang berlaku mungkin
tidak efektif. Guru yang mampu mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran
yang efektif merupakan guru yang cemerlang. Oleh itu, guru-guru perlu sedar akan
kepentingan unsur pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran untuk
mewujudkan hubungan baik dengan murid-murid mereka.Saya berharap sentiasa
dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan kemajuan
dalam teknologi pendidikan terkini.
Rujukan
Abdul Rasid Jamian,Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran
Menyeronokkan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu,3(2),49-63.
JURNAL PRAKTIKUM ( MINGGU 10 )
NAMA PELAJAR SOO XIN TIAN
KURSUS DAN AMBILAN PISMP AMBILAN JUN 2019
BIDANG TERAS BAHASA MELAYU
MINGGU PRAKTIKUM 10
TARIKH 10.9.2021
TAJUK
AMALAN GURU DALAM MELAKSANAKAN
KEMAHIRAN LITERASI BAHASA MELAYU BAGI
PROGRAM LINUS DI SEKOLAH RENDAH
1. Isu Yang Difokuskan :
Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas 2K Linus yang
terdapat di sebuah sekolah SJK(C). Saya telah menghadapi beberapa masalah
selama tiga bulan berpraktikum. Oleh itu, saya perlu meneroka amalan guru dari segi
kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran, insentif dan masa dalam
pelaksanaan kemahiran literasi Bahasa Melayu bagi Program LINUS di sekolah
rendah. Murid-murid dalam kelas ini tidak menguasai kemahiran asas 3M (membaca,
menulis dan mengira).
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :
PdP abad 21 ini memerlukan guru yang sanggup dan bersedia mengharungi segala
perubahan dalam pendidikan. Perubahan atau transformasi ini akan turut memberi
kesan ke atas amalan guru LINUS dalam pelaksanaan P&P. Guru LINUS akan gagal
mendidik murid-murid bermasalah pembelajaran ini dan seterusnya boleh
menggagalkan program LINUS sekiranya masih tidak mahu menerima perubahan
sama ada dari segi kurikulum atau pendekatan pengajaran. Perkembangan dan