Bab 1
3. (a) Maklumat di bawah menunjukkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh kerajaan.
Membina jalan raya baharu Membina sekolah menengah
di Seri Iskandar, Perak dengan dan baharu di Gopeng, Perak dengan
kos RM1.8 juta kos RM2.2 juta
Jumlah hasil kerajaan
sebanyak RM3.0 juta
Jelaskan cara penyelesaian masalah ekonomi di atas.
(b) Jelaskan dua kelebihan ekonomi Islam berbanding dengan sistem ekonomi pasaran
bebas.
4. (a) Kerajaan wajar campur tangan dalam aktiviti ekonomi agar kebajikan rakyat terjamin.
Beri ulasan anda tentang pernyataan di atas.
(b) Maklumat di bawah berkaitan dengan ciri-ciri sistem ekonomi di negara P dan
negara Q.
t Motif pengeluaran yang t Motif pengeluaran yang
mengutamakan keuntungan mengutamakan kebajikan
maksimum masyarakat
t Mengeluarkan barang yang t Mengeluarkan barang awam
diminta oleh pasaran
negara P negara Q
(i) Apakah sistem ekonomi negara P dan negara Q?
(ii) Bezakan cara penyelesaian masalah asas ekonomi yang berikut oleh sistem ekonomi
negara P dan negara Q:
(a) Berapa yang hendak dikeluarkan
(b) Bagaimana hendak dikeluarkan
(c) Untuk siapa dikeluarkan
5. Jadual di bawah menunjukkan kombinasi pengeluaran bagi dua jenis barang dalam
sebuah ekonomi.
Kombinasi Barang modal Barang pengguna
pengeluaran (unit) (unit)
A0 100
B 10 90
C 20 70
D 40
E 40 0
(a) Lukis keluk kemungkinan pengeluaran pada kertas graf.
(b) Berdasarkan keluk kemungkinan pengeluaran di (a), jelaskan konsep kos lepas yang
semakin meningkat.
42
Pengenalan kepada Ekonomi
6. Perbualan berikut berkaitan dengan sistem ekonomi dua buah negara.
Zambri
Hai Samad, sudah lama kita tidak berjumpa
sejak kamu berpindah ke negara A…
Samad
Ya, tidak sangka saya telah menetap
di negara A selama 3 tahun.
Zambri
Bagaimana prestasi perniagaan
roti kamu di negara A?
Samad
Boleh dikira baik…
Zambri
Kamu mesti dapat untung yang
banyak kerana kamu bebas untuk
mengumpul kekayaan…
Samad
Ya, memang betul. Menetap di negara A ada
baik dan buruknya. Bukan semuanya baik.
Bagaimana pula dengan kamu? Sudah ada
berapa orang anak sekarang?
Zambri
Tiga, semuanya nakal tetapi comel…
Nasib baik kerajaan memberi wang bantuan
persekolahan. Ia memang meringankan
beban saya.
Samad
Bagusnya kalau macam itu.
(a) (i) Jelaskan tiga perbezaan ciri sistem ekonomi yang diamalkan di negara Zambri dan
di negara Samad.
(ii) “Menetap di negara A ada baik dan buruknya”. Jelaskan pernyataan ini.
(b) Beri pendapat anda tentang kesan pemberian wang bantuan persekolahan oleh
kerajaan.
43
Bab 1
KAJIAN KES
Encik Murli ialah seorang pengusaha dan pereka kasut yang terkenal di Bayan Baru, Pulau Pinang.
Syarikat kasut beliau mengeluarkan pelbagai jenis kasut wanita untuk pasaran tempatan dan juga
dieksport ke rantau negara-negara ASEAN. Bersempena dengan sambutan ulang tahun syarikat yang
ke–10, Encik Murli telah menghasilkan satu siri kasut wanita yang unik iaitu ‘Comfortness’, yang khas
disasarkan kepada golongan wanita korporat yang berpendapatan tinggi.
Untuk menguasai pasaran kasut tempatan yang semakin meluas, syarikat Encik Murli telah melibatkan
diri dalam pengeluaran kasut lelaki. Jadual di bawah menunjukkan kombinasi barang yang dikeluarkan
oleh syarikat Encik Murli:
Kombinasi Kasut wanita (pasang) Kasut lelaki (pasang)
A 200 0
B 120 80
C 80 120
D0 200
Dalam mesyuarat pengurusan syarikat yang terkini, keputusan telah diambil untuk meningkatkan
kapasiti pengeluaran kilang sebanyak 100 peratus. Syarikat akan menambahkan penggunaan mesin
dan peralatan moden dalam proses pengeluaran supaya matlamat syarikat dapat dicapai.
Dalam usaha mengembangkan lagi perniagaan syarikat, dengan jumlah wang sebanyak RM1.5 juta,
Encik Murli telah mengesyorkan dua cadangan iaitu sama ada membina sebuah kilang pembuatan
yang baharu di Batu Kawan, Pulau Pinang atau pun mengambil alih syarikat pesaing iaitu Syarikat
Seri Wani Sdn. Bhd. Akhirnya, keputusan telah diambil untuk memulakan proses pengambilalihan
ke atas Syarikat Seri Wani Sdn. Bhd.
Pada minggu lalu, syarikat Encik Murli telah menerima notis amaran bertulis daripada pihak Jabatan
Alam Sekitar Pulau Pinang (JAPP) kerana menyalurkan bahan buangan ke sungai yang berhampiran
dengan kilang beliau. Tanpa menolak tanggungjawab sosial yang harus dipikul, Encik Murli telah
mengambil langkah yang drastik untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut.
(a) Apakah masalah asas ekonomi yang telah berjaya diselesaikan oleh syarikat Encik Murli dalam
pengeluaran sempena sambutan ulang tahun syarikat?
(b) (i) Hitung kos lepas syarikat Encik Murli apabila kombinasi barang berubah daripada titik B ke
titik D.
(ii) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk kemungkinan pengeluaran syarikat
Encik Murli.
(c) Jelaskan kesan terhadap syarikat Encik Murli jika perancangan syarikat berjaya dicapai.
(d) Jelaskan cara penyelesaian masalah ekonomi oleh syarikat Encik Murli dalam usaha mengembangkan
lagi perniagaan syarikat.
(e) Jelaskan kesan terhadap syarikat Encik Murli jika pihak Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang
mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikatnya.
44
Pengenalan kepada Ekonomi
Praktis
Arahan: Lengkapkan peta pemikiran di bawah.
1. Nyatakan ciri faktor pengeluaran berikut.
(a)
(d) (b)
Tanah
(c)
2. Lengkapkan masalah asas ekonomi berikut.
Masalah Asas Ekonomi
(a) (b)
Penentuan Penyelesaian Penentuan Penyelesaian
Jenis Permintaan 7HNQLN SDOLQJ FHNDS
barangan masyarakat yang dapat
memaksimumkan
(c) keuntungan
(d)
Penentuan Penyelesaian Penentuan Penyelesaian
.XDQWLWL Corak agihan 45
barangan barangan
Bab 2 Info
EKONOMI & U Harga Sayur
Hari ini hari minggu, anda sempat bersembang dengan ayah KUALA LUMPUR
anda semasa membaca surat khabar di ruang tamu rumah
anda. Berikut adalah salah satu tajuk yang anda baca. Sayur Oktober November
RM3.50
Kangkung RM2.00 6.00
5.50
Salad 4.00 10.00
16.00
Limau nipis 4.00 4.50
3.00
Cili kecil 5.00 4.00
1.80
Cili merah 8.00 1.50
4.00
Bayam 3.50
Timun 1.50
Kacang panjang 3.00
Ubi keledek 1.80
Sengkuang 1.80
Sawi 6.00
JOHOR BAHRU
Sayur Oktober November
RM2.50
Bayam RM3.67 11.00
5.50
Cili merah 14.00 6.50
2.50
Halia 4.00 3.00
6.50
Kacang buncis 6.00 4.50
3.00
Kangkung 2.50 6.00
Kobis bulat 3.00
Kobis bunga 6.00
Kobis panjang 4.00
Timun 3.00
Tomato 8.00
NOTA: Harga di atas adalah bagi
setiap kilogram
(Sumber: FAMA, Jun 2015)
Ayah anda telah mengemukakan beberapa soalan untuk anda.
1. Tahukah anda bagaimana harga sayur ditentukan di pasaran?
2. Mengapakah harga sayur boleh turun naik di pasaran?
3. Apabila harga cili merah meningkat dengan tinggi, adakah anda masih membelinya atau cari cili
lain yang lebih murah?
4. Apakah faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran sayur di pasaran?
5. Jika anda ialah penjual, adakah peningkatan harga sayur sesuatu yang menguntungkan?
Selepas mempelajari bab ini, cuba anda jawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh ayah anda.
BAB Pasaran
2 Dalam pasaran, harga barang ditentukan melalui kuasa pasaran iaitu
interaksi antara permintaan pengguna dengan penawaran pengeluar.
Harga barang dan perkhidmatan memainkan peranan penting dalam
menentukan kuantiti permintaan dan penawaran di samping faktor
penentu yang lain. Konsep keanjalan harga permintaan dan keanjalan
harga penawaran serta faktor yang mempengaruhinya turut dibincang
dalam bab ini.
Standard Kandungan: Kata Kunci:
2.1 Keseimbangan Pasaran
2.2 Keanjalan Harga 3HUPLQWDDQ
3HQDZDUDQ
%DUDQJ SHQJJDQWL
%DUDQJ SHQJJHQDS
/HELKDQ SHUPLQWDDQ
/HELKDQ SHQDZDUDQ
.HVHLPEDQJDQ SDVDUDQ
.HDQMDODQ SHUPLQWDDQ
.HDQMDODQ SHQDZDUDQ
Bab 2 2.1 Keseimbangan Pasaran
OPEC ditubuhkan pada Apakah yang dijelaskan oleh hukum permintaan dan penawaran?
14 September 1960 oleh Bagaimanakah keluk permintaan atau penawaran individu dan
Iran, Iraq, Kuwait, Arab dan pasaran dibentuk?
Saudi Venezuela berdasarkan Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan dan
konferensi Baghdad tahun 1960. penawaran sesuatu barang di pasaran?
Tujuan awal pembentukannya Mengapakah kuantiti permintaan dan penawaran akan berubah
adalah untuk menjaga walaupun harga tidak berubah?
kestabilan harga minyak Apakah perbezaan antara pengembangan permintaan atau
dunia demi kepentingan penawaran dan pertambahan permintaan atau penawaran?
negara-negara anggotanya. Apakah perbezaan antara penguncupan permintaan atau
penawaran dengan pengurangan permintaan atau penawaran?
Dalam keadaan bagaimanakah pasaran dikatakan telah mencapai
keseimbangan?
Apakah yang akan berlaku terhadap pasaran apabila permintaan
atau penawaran berubah?
SEPINTAS LALU
Renungan terhadap Penentuan Harga
Turun naik harga barang adalah norma pasaran. Apabila permintaan melebihi penawaran, harga
akan meningkat dan apabila penawaran melebihi permintaan harga akan jatuh. Ini hukum pasaran
bebas. Seperti barang-barang lain, penurunan dan kenaikan harga minyak mentah dunia juga
ditentukan oleh permintaan dan penawarannya walaupun dasar Pertubuhan Negara-Negara
Pengeksport Petroleum (OPEC) juga boleh mempengaruhi pengeluaran dan harganya. Apabila
harga minyak dunia meningkat secara mendadak, kos bahan api akan meningkat dan menyebabkan
semua kos pengeluaran serta barang runcit juga meningkat. Setiap kali harga barang-barang
runcit dinaikkan, rakyat akan mempersoalkan kenaikan harga tersebut dan para peniaga akan
dipersalahkan kerana menaikkan harga. Sebenarnya turun naik harga barang di pasaran, satu hakikat
yang boleh diterima oleh rakyat jelata tetapi apabila kenaikan harga adalah melebihi daripada paras
normal, atau harga meningkat secara berlebihan,
ia akan membebankan banyak pihak. Benarkah
harga boleh menjadi satu mekanisme yang dapat
menyelesaikan masalah lebihan atau kurangan di Harga minyak
pasaran dengan baik?
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kenaikan harga makanan:
Mengapa dan apa seterusnya’ oleh Prof Datin Paduka
Dr. Fatimah Mohamed Arshad, UPM, 25 Feb 2016)
Permintaan dan penawaran menentukan harga
barang. Lebihan permintaan menyebabkan harga
naik dan lebihan penawaran menyebabkan harga turun. Adam Smith menyifatkan sistem
harga sebagai “tangan tak nampak” (invisible hand) yang akan mengatasi masalah
lebihan atau kurangan di pasaran sehingga pasaran mencapai keseimbangan iaitu Abad
permintaan pasaran sama dengan penawaran pasaran. ke-21
48
2.1.1 Hukum Permintaan Pasaran
Permintaan merujuk kepada keinginan dan kemampuan seseorang Ceteris paribus merupakan
individu untuk membeli sesuatu barang atau perkhidmatan pada frasa Latin yang bermaksud
suatu tingkat harga tertentu dan dalam jangka masa tertentu. hal atau faktor lain tidak
berubah. Ia merupakan
Individu membeli barang mengikut kemampuannya dan tingkat andaian penting dalam analisis
harga barang itu sendiri. Sesuatu keperluan dan kehendak ekonomi yang menunjukkan
individu dianggap sebagai permintaan jika disokong dengan kesan perubahan satu atau
kuasa beli (kemampuan). Permintaan tidak wujud jika individu beberapa pemboleh ubah
menginginkan sesuatu tetapi tidak mampu membayarnya. Dalam bebas, sementara pemboleh
topik ini, permintaan yang dipelajari adalah merujuk kepada ubah bebas yang lain
permintaan berkesan. adalah tetap.
Permintaan berkesan ialah permintaan yang disokong oleh kuasa
beli atau kemampuan membayar.
Rasionalnya, individu akan menambahkan permintaan apabila JOM
harga sesuatu barang menurun dan mengurangkan permintaan
apabila harga meningkat. 1. Apakah maksud permintaan?
2. Adakah permintaan
Pada hari pertama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
dibuka, Puan Norita membeli 3 buah buku cerita untuk berkesan wujud jika Mahdi
anaknya apabila harga buku adalah RM12.00 sebuah. Tetapi ingin membeli rumah tetapi
pada hari terakhir pesta buku, kuantiti buku cerita yang dibeli tidak mampu membayar?
oleh Puan Norita meningkat kepada 5 buah kerana harga Berikan alasan jawapan anda.
buku telah jatuh kepada RM7.00 sebuah.
Permintaan individu terhadap barangan bergantung Kuasa beli atau kemampuan pengguna perlu
kepada tingkat harga barangan tersebut disokong dengan wang
49
Bab 2 Berdasarkan contoh pembelian buku cerita oleh Puan Norita
(m.s. 49), faktor yang mempengaruhi kuantiti diminta ialah
Cabaran KBAT harga barang itu sendiri. Apabila harga buku cerita turun maka
Tonton video berikut dan lebih banyak kuantiti yang akan diminta dan apabila harga buku
jawab soalan. cerita meningkat maka kuranglah kuantiti yang akan diminta.
https://www.youtube.com/ RM12 sebuah RM7 sebuah
watch?v=QvGLcCTXk9o
(Diakses pada 5 Oktober 2016)
Mengapakah apabila harga Beli 3 buah Beli 5 buah
barang turun, kuantiti diminta
barang itu akan meningkat? Situasi di atas adalah selaras dengan hukum permintaan.
JOM Hukum permintaan menyatakan bahawa semakin tinggi harga
sesuatu barang, semakin kurang kuantiti diminta terhadap barang
1. Jika harga beras meningkat, tersebut dan sebaliknya semakin rendah harga sesuatu barang,
apakah kesan terhadap semakin banyak kuantiti diminta terhadapnya dengan andaian
kuantiti dimintanya? ceteris paribus.
2. Jelaskan maksud ceteris Maka, hubungan antara harga barangan dengan kuantiti diminta
paribus. adalah negatif.
Harga meningkat Kuantiti diminta turun
Harga turun Kuantiti diminta meningkat
F 1. Keinginan dan kemampuan seseorang individu untuk membeli sesuatu barang
atau perkhidmatan pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu dikenal
O sebagai permintaan.
K 2. Permintaan yang disokong oleh kuasa beli ialah permintaan berkesan.
3. Faktor yang mempengaruhi kuantiti diminta ialah harga barang itu sendiri.
U 4. Hukum permintaan menyatakan bahawa semakin meningkat harga barang itu, semakin
S kurang kuantiti diminta dan sebaliknya.
5. Wujud hubungan negatif antara harga barang itu dengan kuantiti diminta.
50
2.1.2 Keluk Permintaan Individu dan Pasaran
Pasaran
JOM
Permintaan individu ialah kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan
yang diminta oleh seseorang individu pada suatu tingkat harga 1. Jelaskan maksud
dalam jangka masa tertentu. (a) permintaan individu
(b) permintaan pasaran
Hubungan negatif antara harga barang dengan kuantiti
diminta dapat digambarkan melalui jadual permintaan dan 2. Nyatakan hukum
keluk permintaan. permintaan.
Jadual Permintaan dan Pembentukan Keluk
Permintaan Individu
Jadual 2.1 menunjukkan kuantiti buah durian yang diminta oleh Cara melukis keluk
Han Boon pada pelbagai tingkat harga dalam tempoh sebulan. permintaan individu
https://youtu.be/cEfZz-yO1Ic
Jadual 2.1 Permintaan Han Boon terhadap buah durian
Cabaran KBAT
Harga Kuantiti diminta Titik
(RM/kg) (kg) Dalam keadaan sebenar,
adakah keluk permintaan
5 4a mesti bergaris lurus (malar)?
4 6b
3 8c
2 10 d
Berdasarkan Jadual 2.1, pada harga RM5 sekilogram, sebanyak
4 kg durian diminta oleh Han Boon. Apabila harga durian
menurun kepada RM4, RM3, RM2 sekilogram, semakin
banyak kuantiti durian yang diminta oleh Han Boon iaitu
masing-masing meningkat kepada 6 kg, 8 kg, dan 10 kg.
Daripada Jadual 2.1 boleh dibina keluk permintaan buah durian
seperti yang ditunjukkan oleh rajah berikut.
Harga (RM)
5 Da Hubungan antara harga dengan
kuantiti yang diminta adalah bersifat
songsang (negatif) iaitu apabila
4 b harga naik, kuantiti yang diminta
akan turun dan apabila harga turun,
kuantiti yang diminta akan naik.
3c
2d
D
1
0 2 4 6 8 10 Kuantiti (kg)
Rajah 2.1 Keluk permintaan Han Boon terhadap buah durian
51
Bab 2
Berdasarkan Rajah 2.1, paksi mendatar menunjukkan kuantiti
diminta dan paksi menegak menunjukkan harga.
Apabila harga durian ialah RM5 sekilogram, kuantiti durian
yang diminta oleh Han Boon adalah sebanyak 4 kg seperti
yang ditunjukkan oleh titik a.
Apabila harga durian menurun kepada RM4, RM3,
RM2, kuantiti diminta durian semakin meningkat iaitu
masing-masing menjadi 6 kg, 8 kg, dan 10 kg seperti yang
ditunjukkan oleh titik b, c, dan d.
Keluk permintaan (DD) terbentuk dengan menyambungkan
setiap titik kombinasi harga dan kuantiti diminta iaitu titik
a, b, c, dan d.
Keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan
menunjukkan hubungan songsang antara harga dengan kuantiti
diminta seperti yang dinyatakan dalam hukum permintaan.
AKTIVITI 2.1.2 A
Jadual berikut menunjukkan permintaan Zahira terhadap aksesori wanita pada pelbagai
tingkat harga.
Harga Kuantiti diminta
(RM/unit) (unit)
5
7 6
6 7
5 8
4
(a) Lukis keluk permintaan Zahira terhadap aksesori wanita pada kertas graf.
(b) Nyatakan bentuk keluk permintaan yang dilukis.
(c) Apakah yang ditunjukkan oleh keluk permintaan?
(d) Berdasarkan keluk yang dilukis, apakah yang akan berlaku kepada kuantiti diminta apabila
harga meningkat dari RM5 ke RM6?
Permintaan pasaran ialah kuantiti sesuatu barang atau
perkhidmatan yang diminta oleh semua individu dalam pasaran
pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu.
Dalam sebuah pasaran, permintaan terhadap sesuatu barang tidak
terhad kepada seorang individu sahaja tetapi melibatkan ramai
individu yang lain.
Jadual Permintaan Pasaran dan Pembentukan
Keluk Permintaan Pasaran
Permintaan pasaran diperoleh dengan menjumlahkan secara
mendatar kuantiti diminta oleh setiap individu dalam pasaran
pada suatu tingkat harga tertentu dan dalam tempoh masa
tertentu seperti Jadual 2.2.
52
Jadual 2.2 Permintaan pasaran terhadap baju kemeja Pasaran
(1) (2) (3) (4) = (2) + (3) (5)
Harga seunit Titik
Kuantiti diminta Kuantiti diminta Permintaan pasaran
(RM) w
50 oleh Rani (unit) oleh Sofea (unit) (unit) x
y
40 12 3 z
30 23 5
20 34 7
45 9
Andaikan bahawa dalam pasaran baju kemeja hanya terdapat JOM
dua orang pembeli iaitu Rani dan Sofea.
Permintaan pasaran diperoleh dengan menjumlahkan secara Lengkapkan Jadual di bawah.
mendatar kuantiti diminta oleh Rani dan Sofea pada setiap
tingkat harga. Harga Permintaan individu (unit) Permintaan
Contohnya, pada harga RM50 seunit, permintaan pasaran
pasaran ialah 3 unit iaitu dengan menjumlahkan kuantiti (RM) Individu Individu Individu (unit)
diminta Rani sebanyak 1 unit dan kuantiti diminta Sofea
sebanyak 2 unit. A BC
Apabila harga menurun kepada RM40, RM30, RM20 seunit,
semakin banyak kuantiti baju kemeja yang diminta oleh 52 4 0
Rani dan Sofea, oleh itu permintaan pasaran turut meningkat
iaitu masing-masing bertambah kepada 5 unit (2 + 3), 7 unit 4 65 14
(3 + 4), dan 9 unit (4 + 5).
34 8 22
Daripada jadual permintaan pasaran di atas, boleh dibina keluk
permintaan pasaran seperti yang ditunjukkan oleh rajah berikut. 25 15 30
16 12 20
Harga (RM) Harga (RM) Harga (RM)
DR DS DP
50
40 50 DS 50 w
40 1 234 5 x
40 y
30 30 (b) Sofea 30
20 357
20 20 (c) Pasaran z
10 DR 10 10 DP
Kuantiti 0
0 12 34 Kuantiti 0 Kuantiti
(unit) (unit) 9 (unit)
(a) Rani
Rajah 2.2 Pembentukan keluk permintaan pasaran daripada keluk permintaan individu
53
Bab 2 Berdasarkan Rajah 2.2, paksi mendatar menunjukkan kuantiti
JOM diminta dan paksi menegak menunjukkan harga.
Dalam setiap situasi berikut, Keluk permintaan pasaran (DpDp) diterbit daripada
hitung permintaan pasaran keluk permintaan Rani (DRDR) dan keluk permintaan
bagi barangan berikut: Sofea (DSDS) yang dilukiskan secara mendatar pada setiap
tingkat harga.
(a) Syafik dan Kathi membeli
kad sim 5 unit setiap Pada tingkat harga RM50 seunit, permintaan pasaran baju
orang apabila harganya
menurun kepada RM10.00 kemeja ialah 3 unit yang ditunjukkan oleh titik w pada
setiap unit di Plaza IT,
Kuala Lumpur. Rajah 2.2(c) iaitu dengan menjumlahkan secara mendatar
(b) Ericia, Stacy, dan Joseph permintaan Rani (Rajah 2.2(a)) sebanyak 1 unit dan
mampu membeli 10 kg,
6 kg, dan 8 kg buah Naga permintaan Sofea (Rajah 2.2(b)) sebanyak 2 unit.
Merah apabila harga
promosinya ialah RM3.00 Apabila harga menurun kepada RM40, RM30, dan RM20,
sekilogram di Pasar Besar
Kota Kinabalu. permintaan pasaran semakin meningkat iaitu masing-masing
(c) Hanim, Swee Bee, Nathan, menjadi 5 unit, 7 unit, dan 9 unit seperti yang ditunjukkan
dan Sadamon membeli
keropok ikan setiap oleh titik x, y, dan z.
bungkus (1 kg) berharga
RM8.00 sebanyak 20 Keluk permintaan pasaran DpDp terbentuk dengan
bungkus di Pasar Payang, menyambungkan setiap titik kombinasi harga dan kuantiti
Kuala Terengganu.
diminta iaitu titik w, x, y, dan z.
Keluk permintaan pasaran mencerun ke bawah dari kiri
ke kanan menunjukkan hubungan songsang antara harga
dengan kuantiti diminta seperti yang dinyatakan dalam
hukum permintaan.
Keluk permintaan pasaran (DpDp) didapati lebih landai
daripada keluk permintaan Rani (DRDR) dan keluk permintaan
Sofea (DSDS).
Suasana di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan
54
Pasaran
AKTIVITI 2.1.2 B
1. Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan untuk suatu barang oleh tiga orang individu.
Harga (RM)
D2 D3 Kuantiti (unit)
10
D1
0
D1 D3 D2
0
20 28 32 39
Nyatakan permintaan pasaran pada harga
(a) RM5
(b) RM10
2. (a) Lakonkan di dalam kelas anda suasana sebuah karnival IT. Andaikan setiap murid
membawa duit sebanyak RM100.00 ke karnival tersebut. Salah satu gerai barangan IT
telah mempromosikan jualan berbentuk lelong pemacu jari.
(b) Seorang murid melakonkan sebagai penjual pemacu jari di gerai tersebut. Manakala murid-
murid yang lain dalam kumpulan ialah pengunjung yang ingin mendapatkan barangan
promosi harga runtuh di karnival tersebut.
(c) Murid yang melakonkan sebagai watak penjual di gerai tersebut memulakan jualan dengan
harga RM30.00 seunit. Kemudian menurunkan harga secara berperingkat-peringkat
kepada RM25.00, RM20.00, RM15.00, dan RM10.00 seunit.
(d) Setiap kumpulan murid dikehendaki membeli mengikut tingkat harga yang ditetapkan dan
mencatatkan jumlah kuantiti yang diperoleh.
(e) Setelah selesai, setiap murid hendaklah menyediakan jadual permintaan kumpulan
masing-masing. Kemudian, berdasarkan jadual permintaan yang telah dibuat itu, lukiskan
keluk permintaan kumpulan masing-masing.
(f) Bandingkan jadual permintaan dan keluk permintaan yang diperoleh oleh setiap kumpulan.
Kemudian, sediakan rumusan.
1. Jadual dan keluk permintaan menunjukkan kuantiti diminta sesuatu barang pada
pelbagai tingkat harga dalam jangka masa tertentu.
F 2. Permintaan individu ialah kuantiti diminta seseorang individu manakala
O permintaan pasaran ialah jumlah kuantiti diminta semua individu dalam pasaran.
K 3. Keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan
negatif antara harga dengan kuantiti diminta.
U 4. Keluk permintaan individu lebih curam manakala keluk permintaan pasaran lebih
S landai kerana keluk permintaan pasaran diterbitkan daripada keluk permintaan individu
dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti diminta semua individu di pasaran.
55
Bab 2
2.1.3 Penentu Permintaan
Faktor yang mempengaruhi permintaan sesuatu barang boleh
dibahagikan kepada harga barang itu dan penentu permintaan
bukan harga barang itu seperti berikut:
Penentu Permintaan
Harga barang itu Bukan harga barang itu
JOM Harga barang lain Cita rasa Pendapatan
Berdasarkan Rajah 2.3, Musim Jangkaan harga masa depan Dasar kerajaan
lengkapkan rajah berikut.
Harga Barang Itu
Harga barang itu
↑ Harga barang merupakan faktor utama yang mempengaruhi
permintaan. Mengikut hukum permintaan, apabila harga sesuatu
P↑ P barang meningkat, kuantiti diminta bagi barang tersebut akan
QQ menurun. Sebaliknya jika harga barang itu menurun, kuantiti
diminta bagi barang tersebut akan meningkat.
Hubungan antara P dengan Rajah 2.3 menunjukkan keluk permintaan sayur.
Q adalah
Harga (RM)
Penentu Permintaan
Anda boleh menonton video D
berikut untuk mengetahui P1
penentu permintaan.
https://www.youtube.com/ P0
watch?v=fmZvPmPrPNw
(Diakses pada 5 Oktober 2016) P2
D
56
0 Q1 Q0 Q2 Kuantiti (kg)
Rajah 2.3 Penentu harga barang itu
Apabila harga sayur meningkat daripada P0 kepada P1, kuantiti
diminta sayur menurun daripada Q0 kepada Q1. Sebaliknya
apabila harga sayur menurun daripada P0 kepada P2, kuantiti
diminta sayur meningkat daripada Q0 ke Q2. Hubungan antara
harga dengan kuantiti diminta adalah songsang. Perubahan harga
barang itu menyebabkan pergerakan berlaku di sepanjang
keluk permintaan yang sama.
Penentu Permintaan Bukan Harga Barang itu
Dalam keadaan sebenar, banyak situasi menunjukkan apabila
harga tetap, permintaan barang berubah. Contohnya apabila harga
minyak tetap, permintaan minyak menurun kerana peningkatan
harga kereta. Maka jelaslah bahawa selain harga barang itu, terdapat
juga faktor-faktor lain yang akan mempengaruhi permintaan.
Pasaran
Harga Barang Lain
Permintaan terhadap suatu barang juga akan dipengaruhi oleh
faktor harga barang lain jika dua barang itu ialah barang berkaitan.
Barang berkaitan yang dimaksudkan ialah barang pengganti dan
barang penggenap.
Barang pengganti Barang penggenap
Barang pengganti merupakan suatu barang yang Barang yang perlu digunakan bersama-sama
boleh diganti dengan mudah oleh barang lain. dengan barang lain.
Daging dan ikan merupakan barang pengganti Mesin pencetak dan kartrij dakwat merupakan
barang penggenap
Apabila harga daging meningkat, isi rumah Apabila harga mesin pencetak meningkat,
akan bertukar kepada ikan yang masih tetap maka permintaan terhadap kartrij dakwat akan
harganya. Maka permintaan ikan akan meningkat berkurangan dan sebaliknya walaupun harga
dan sebaliknya. kartrij dakwat tidak berubah.
Jadual 2.3 Barang pengganti Jadual 2.4 Barang penggenap
Harga Kuantiti ikan Harga Kuantiti kartrij
daging yang diminta Hubungan pencetak dakwat yang Hubungan
diminta (unit)
(RM) (kg) (RM)
Meningkat (+) Meningkat (+) + Meningkat (+) Menurun (–) –
Menurun (–) Menurun (–) + Menurun (–) Meningkat (+) –
Harga daging (RM) Harga pencetak (RM)
P1 P1
P0 P0
P2
P2 Kuantiti Kuantiti
0 Q2 Q0 Q1 ikan (kg) 0 Q1 Q0 Q2 kartrij (unit)
Rajah 2.4 Barang pengganti Rajah 2.5 Barang penggenap
Hubungan antara harga sesuatu barang dengan Hubungan antara harga sesuatu barang
permintaan barang penggantinya adalah positif. dengan permintaan barang penggenapnya
adalah negatif.
57
Bab 2
AKTIVITI 2.1.3 A
Murid diminta membuat pemerhatian di persekitaran rumah mereka. Kemudian murid
dikehendaki menyenaraikan barang pengganti dan barang penggenap yang terdapat di
persekitaran tersebut.
Iklan ialah pemberitahuan Cita Rasa
mengenai sesuatu barang dan Cita rasa merujuk kepada kegemaran pengguna terhadap sesuatu
perkhidmatan dengan tujuan barang dan perkhidmatan. Cita rasa setiap individu adalah
untuk memujuk pengguna berlainan antara satu sama lain.
agar tertarik pada barang dan
perkhidmatan yang ditawarkan. Kini, perubahan cita rasa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap
permintaan sesuatu barang memandangkan dunia sekarang tiada
sempadan dan cita rasa pengguna di sebuah negara boleh saling
mempengaruhi pengguna di negara lain.
Iklan, fesyen, dan kesedaran kesihatan boleh mengubahkan cita
rasa pengguna. Iklan yang berjaya akan meningkatkan permintaan
barang, contohnya iklan Tahun Melawat Malaysia di negara asing
boleh meningkatkan permintaan terhadap pakej pelancongan
di Malaysia.
Penggunaan telefon pintar adalah trend pada masa kini dan didominasi golongan muda yang tidak mahu
ketinggalan dalam perkembangan teknologi
58
Masyarakat pelbagai peringkat usia hari ini berdepan dengan Pasaran
risiko pelbagai ancaman penyakit akibat daripada gaya hidup
kurang sihat yang diamalkan. Kesedaran kesihatan boleh Dalam keadaan sebenar,
mengubah gaya hidup masyarakat dan permintaan terhadap kesan pendapatan pengguna
produk kesihatan. Misalnya, memandangkan pekerjaan sekarang terhadap permintaan
memerlukan masyarakat lebih aktif dan produktif maka produk bergantung pada jenis barang
penjagaan kesihatan seperti vitamin dan makanan tambahan yang diminta. Bagi barang
menjadi pilihan mereka. Jadi permintaan terhadap barangan biasa, pendapatan meningkat,
tersebut akan meningkat. permintaan barang biasa
akan meningkat. Tetapi bagi
Pendapatan barang mesti seperti garam,
pendapatan meningkat,
Dengan andaian ceteris paribus, sekiranya pendapatan seseorang permintaan akan tetap. Bagi
individu meningkat maka permintaannya terhadap sesuatu barang bawahan seperti
barang juga akan meningkat. Hal ini demikian kerana kenaikan beras hancur, apabila
pendapatan individu akan membawa kepada peningkatan pendapatan meningkat,
pendapatan boleh guna dan seterusnya kuasa beli individu. permintaan akan turun
Peningkatan kuasa beli akan menyebabkan permintaan barang kerana individu akan tukar
meningkat dan keluk permintaan beralih ke kanan. kepada barang lain yang
lebih berkualiti.
Sebaliknya penurunan pendapatan individu akan membawa
kepada penurunan pendapatan boleh guna dan seterusnya
kuasa beli individu. Kejatuhan kuasa beli akan menyebabkan
permintaan barang menurun dan keluk permintaan beralih
ke kiri.
Musim
Musim-musim seperti awal persekolahan dan perayaan seperti
Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, dan Hari Deepavali
akan meningkatkan permintaan terhadap barang atau
perkhidmatan. Perubahan cuaca juga akan menyebabkan
perubahan dalam permintaan sesuatu barangan. Contohnya,
semasa musim panas, permintaan terhadap air
batu dan aiskrim meningkat. Maka keluk
permintaan barang-barang ini akan
beralih ke kanan.
Cuaca panas yang kering dan
berjerebu akan meningkat
permintaan terhadap topeng muka
59
Bab 2
Jangkaan Harga Masa Depan
Apabila ramai pengguna menjangkakan harga sesuatu barang
akan meningkat pada masa depan, maka permintaan pengguna
terhadap barang tersebut pada masa sekarang akan meningkat.
Sebaliknya apabila ramai pengguna menjangkakan harga
sesuatu barang akan turun pada masa depan, mereka akan
mengurangkan permintaan barang tersebut pada masa sekarang.
Apabila harga kereta dijangkakan akan meningkat pada masa depan,
permintaannya pada masa sekarang akan meningkat
Cabaran KBAT Dasar Kerajaan
1. Adakah anda bersetuju Kerajaan boleh menjalankan pelbagai dasar seperti cukai
dengan dasar pemberian pendapatan individu, bantuan kerajaan kepada isi rumah,
Bantuan Rakyat 1Malaysia atau penguatkuasaan undang-undang untuk menjaga industri
(BR1M) oleh kerajaan? tempatan. Apabila kerajaan meningkatkan kadar cukai pendapatan
Berikan alasan anda. individu, maka pendapatan boleh guna individu akan menurun.
Kemampuan mereka untuk membeli barang ekonomi akan
2. Apakah kesan menurun. Oleh itu, permintaan terhadap barang ekonomi akan
peningkatan kadar cukai menurun dan keluk permintaan terhadap barangan tersebut
pendapatan individu akan beralih ke kiri.
kepada pengguna?
Bantuan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
kepada golongan miskin akan meningkatkan pendapatan boleh
guna mereka dan meningkatkan permintaan barang.
60
Pasaran
AKTIVITI 2.1.3 B
Rajah berikut menunjukkan permintaan terhadap barang Z. Keluk permintaan yang asal ialah D0D0
dan titik asal ialah a.
Harga (RM) D0 D2
D1 c
40
30 d a e
20 b
D2
D1 D0
0 100 150 200 250 300 Kuantiti (kg)
(a) Nyatakan faktor yang menyebabkan pergerakan titik dari
(i) a ke b (ii) a ke c (iii) a ke d (iv) a ke e
(b) Berdasarkan peristiwa berikut, analisis pergerakan titik yang akan berlaku.
Peristiwa Pergerakan titik
Kadar cukai pendapatan diturunkan 1%.
Harga barang Z dijangka akan meningkat.
Harga barang pengganti barang Z meningkat.
Harga barang penggenap barang Z meningkat.
Harga barang Z menurun.
Kadar pengangguran meningkat.
1. Apabila harga sesuatu barang itu meningkat, permintaan terhadap barang itu
akan menurun.
2. Apabila harga sesuatu barang meningkat, permintaan terhadap barang
F penggantinya akan meningkat (hubungan positif).
3. Apabila harga sesuatu barang meningkat, permintaan terhadap barang penggenapnya
O akan menurun (hubungan negatif).
K 4. Iklan, fesyen, dan kesedaran kesihatan boleh mengubahkan cita rasa pengguna.
5. Apabila pendapatan meningkat, permintaan barang akan meningkat.
U 6. Musim boleh mempengaruhi permintaan barang.
S 7. Jika harga barang dijangkakan meningkat pada masa depan, maka permintaan barang
pada masa sekarang akan meningkat.
8. Kenaikan kadar cukai pendapatan akan menurunkan permintaan manakala pemberian
bantuan kewangan oleh kerajaan akan meningkatkan permintaan.
61
Bab 2
2.1.4 Perubahan Dalam Kuantiti Diminta
Perubahan dalam kuantiti diminta merujuk kepada perubahan atau
pergerakan di sepanjang keluk permintaan yang sama.
Perubahan harga barang itu akan mengakibatkan perubahan
dalam kuantiti diminta.
Rajah 2.6 menunjukkan berlakunya perubahan dalam
kuantiti diminta.
JOM Harga (RM) Penguncupan
permintaan
Apakah faktor yang D
menyebabkan perubahan P2 c Pengembangan
dalam kuantiti diminta? a permintaan
P
0
P1 b Kuantiti (unit)
D
0 Q2 Q0 Q1
Rajah 2.6 Perubahan dalam kuantiti diminta
Pergerakan dari titik a ke b dikenal sebagai pengembangan
permintaan. Ia menunjukkan kuantiti diminta meningkat
daripada Q0 unit kepada Q1 unit akibat daripada penurunan
harga barang itu daripada P0 kepada P1.
Pergerakan dari titik a ke c dikenal sebagai penguncupan
permintaan. Ia menunjukkan kuantiti diminta menurun daripada
Q0 unit kepada Q2 unit akibat daripada peningkatan harga barang
itu daripada P0 kepada P2.
F 1. Perubahan harga barang itu akan mengakibatkan perubahan dalam
kuantiti diminta.
O
K 2. Perubahan dalam kuantiti diminta ditunjukkan oleh pergerakan ke atas (penguncupan
permintaan) atau ke bawah (pengembangan permintaan) di sepanjang keluk permintaan
U yang sama.
S
62
Pasaran
2.1.5 Perubahan Permintaan
Perubahan permintaan ditunjukkan oleh peralihan keluk permintaan
sama ada ke kiri atau ke kanan selari dengan keluk permintaan
yang asal.
Perubahan penentu permintaan bukan harga barang itu akan
mengakibatkan perubahan permintaan.
Harga (RM)
Pengurangan permintaan Pengurangan Pertambahan Pertambahan permintaan
disebabkan oleh: permintaan permintaan disebabkan oleh:
+DUJD EDUDQJ SHQJJDQWL WXUXQ D2 D0 D1 +DUJD EDUDQJ SHQJJDQWL QDLN
+DUJD EDUDQJ SHQJJHQDS QDLN +DUJD EDUDQJ SHQJJHQDS WXUXQ
3HQGDSDWDQ WXUXQ P0 3HQGDSDWDQ QDLN
&LWD UDVD \DQJ WLGDN &LWD UDVD \DQJ PHQJJDODNNDQ
D2 D0 D1 +DUJD GLMDQJND QDLN SDGD
menggalakkan
+DUJD GLMDQJND WXUXQ SDGD masa depan
.DGDU FXNDL SHQGDSDWDQ MDWXK
masa depan 3HPEHULDQ EDQWXDQ NHUDMDDQ
.DGDU FXNDL SHQGDSDWDQ QDLN
3HPEDWDODQ EDQWXDQ NHUDMDDQ
0 QQ Q .XDQWLWL
20 1 (unit)
Rajah 2.7 Perubahan permintaan JOM
Peralihan keluk permintaan dari D0D0 ke D1D1 dikenal sebagai Bezakan antara perubahan
pertambahan permintaan. Ia menunjukkan harga barang itu dalam kuantiti diminta dengan
tidak berubah tetapi kuantiti permintaan telah meningkat pada perubahan permintaan.
setiap tingkat harga akibat daripada perubahan penentu
permintaan bukan harga barang itu. Contohnya, peningkatan
pendapatan pengguna menyebabkan kuantiti permintaan
meningkat daripada Q0 unit kepada Q1 unit.
Peralihan keluk permintaan dari D0D0 ke D2D2 dikenal sebagai
pengurangan permintaan. Ia menunjukkan harga barang itu tidak
berubah tetapi kuantiti permintaan telah menurun pada setiap
tingkat harga akibat daripada perubahan penentu permintaan
bukan harga barang itu. Contohnya, penurunan harga barang
pengganti menyebabkan kuantiti permintaan menurun daripada
Q0 unit kepada Q2 unit.
F 1. Perubahan penentu permintaan bukan harga barang itu akan mengakibatkan
perubahan permintaan.
O
K 2. Perubahan permintaan ditunjukkan oleh peralihan keluk permintaan sama ada ke kiri
(pengurangan permintaan) atau ke kanan (pertambahan permintaan) selari dengan
U keluk permintaan yang asal.
S
63
Bab 2 2.1.6 Hukum Penawaran
RM0.70 Penawaran merujuk kepada kuantiti sesuatu barang atau
800 bungkus perkhidmatan yang sanggup dan mampu dikeluarkan oleh
pengeluar atau firma pada suatu tingkat harga tertentu dalam
tempoh masa tertentu.
RM0.80 Firma menawarkan barang berdasarkan harga barang tersebut.
1000 bungkus Apabila harga barang itu meningkat, penawaran firma untuk
barang itu juga akan meningkat kerana untung firma meningkat.
Contohnya, sekiranya harga roti meningkat daripada
RM0.70 kepada RM0.80 sebungkus, Syarikat Roti Liana
akan meningkatkan kuantiti roti yang ditawarkan daripada
800 bungkus ke 1 000 bungkus sehari. Situasi ini adalah selaras
dengan hukum penawaran.
JOM Hukum penawaran menyatakan bahawa semakin tinggi harga
sesuatu barang, semakin banyak kuantiti ditawarkan dan sebaliknya
1. Jelaskan maksud semakin rendah harga sesuatu barang, semakin kurang kuantiti
penawaran. ditawarkan dengan andaian ceteris paribus.
2. Jelaskan hubungan antara Maka, hubungan antara harga barang dengan kuantiti ditawarkan
harga barang dengan adalah positif.
kuantiti ditawarkan.
Harga meningkat Kuantiti ditawarkan meningkat
Harga menurun Kuantiti ditawarkan menurun
F 1. Penawaran ialah kuantiti sesuatu barang dan perkhidmatan yang sanggup dan
mampu dikeluarkan oleh pengeluar pada suatu tingkat harga dalam tempoh
O masa tertentu.
K 2. Hukum penawaran menyatakan apabila harga sesuatu barang meningkat, kuantiti
U ditawarkan akan meningkat dan sebaliknya.
S 3. Wujud hubungan positif antara harga barang dengan kuantiti ditawarkan.
64
2.1.7 Keluk Penawaran Firma dan Pasaran
Pasaran
Cabaran KBAT
Penawaran firma ialah kuantiti barang atau perkhidmatan yang
ditawarkan oleh sesebuah firma pada suatu tingkat harga dalam Adakah jumlah kuantiti
jangka masa tertentu. penawaran sama dengan
jumlah kuantiti pengeluaran?
Hubungan positif antara harga barang dengan kuantiti Jelaskan jawapan anda.
ditawarkan dapat digambarkan melalui jadual penawaran dan
keluk penawaran. Cara melukis keluk
penawaran firma
Jadual Penawaran dan Pembentukan Keluk
Penawaran Firma https://youtu.be/N-mYra
Rt-3w
Jadual 2.5 menunjukkan kuantiti kasut yang ditawarkan oleh
Syarikat Kasut Teguh pada pelbagai tingkat harga dalam tempoh JOM
masa seminggu.
1. Jelaskan maksud
Jadual 2.5 Penawaran kasut oleh Syarikat Kasut Teguh penawaran firma.
Harga Kuantiti ditawarkan Titik 2. Apakah yang ditunjukkan
(RM /pasang) (ribu pasang) oleh keluk penawaran?
20 4 a 65
40 6 b
60 8 c
80 10 d
Berdasarkan Jadual 2.5, pada harga RM20 sepasang, sebanyak
4 ribu pasang kasut ditawarkan. Apabila harga kasut meningkat
kepada RM40, RM60, RM80 sepasang, semakin banyak kuantiti
kasut ditawarkan oleh syarikat iaitu masing-masing meningkat
kepada 6 ribu pasang, 8 ribu pasang, dan 10 ribu pasang.
Daripada jadual penawaran kasut di atas, boleh dibina keluk
penawaran kasut seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 2.8 berikut.
Harga (RM)
S
80 d
Hubungan antara harga dengan
60 c kuantiti yang ditawarkan adalah
bersifat langsung (positif) iaitu
apabila harga naik, kuantiti
40 b ditawarkan akan naik dan apabila
harga turun, kuantiti ditawarkan
akan turun.
a
20
S
0 2 4 6 8 10 Kuantiti (’000 pasang)
Rajah 2.8 Keluk penawaran kasut oleh Syarikat Kasut Teguh
Bab 2
Berdasarkan Rajah 2.8, paksi mendatar menunjukkan kuantiti
ditawarkan dan paksi menegak menunjukkan harga.
Apabila harga kasut ialah RM20, kuantiti kasut yang
ditawarkan oleh Syarikat Kasut Teguh adalah sebanyak
4 ribu pasang seperti yang ditunjukkan oleh titik a.
Apabila harga kasut meningkat kepada RM40, RM60, dan
RM80, kuantiti kasut yang ditawarkan semakin meningkat
iaitu masing-masing menjadi 6 ribu pasang, 8 ribu pasang,
dan 10 ribu pasang dan ditunjukkan oleh titik b, c, dan d.
Keluk penawaran (SS) terbentuk dengan menyambungkan
setiap titik kombinasi harga dan kuantiti ditawarkan iaitu
titik a, b, c, dan d.
Keluk penawaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan
menunjukkan hubungan langsung antara harga dengan
kuantiti ditawarkan seperti yang dinyatakan dalam
hukum penawaran.
AKTIVITI 2.1.7 A
Berikut adalah jadual penawaran Syarikat Biskut Asli pada pelbagai tingkat harga.
Harga (RM/tin) Kuantiti (tin)
15 150
20 300
25 450
30 600
(a) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk penawaran Syarikat Biskut Asli.
(b) Nyatakan bentuk keluk penawaran yang dilukis.
(c) Apakah yang akan berlaku kepada kuantiti ditawarkan apabila harga menurun daripada
RM25 kepada RM20?
(d) Nyatakan perubahan kuantiti ditawarkan apabila harga meningkat daripada RM15
kepada RM30.
(e) Apakah yang akan berlaku pada harga RM10? Mengapakah pengeluar membuat keputusan
demikian?
Penawaran pasaran ialah kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan
yang ditawarkan oleh semua firma dalam pasaran pada suatu
tingkat harga dalam jangka masa tertentu.
Dalam keadaan sebenar, penawaran sesuatu barang tidak terhad
kepada seorang pengeluar atau sebuah firma sahaja tetapi
melibatkan ramai pengeluar dan firma yang lain.
66
Pasaran
Pembentukan Keluk Penawaran Pasaran
Penawaran pasaran diperoleh dengan menjumlahkan secara
mendatar kuantiti ditawarkan oleh setiap firma dalam pasaran
pada suatu tingkat harga dalam tempoh masa tertentu seperti
Jadual 2.6 berikut.
Jadual 2.6 Penawaran pasaran terhadap beg galas
(1) (2) (3) (4) = (2) + (3) (5)
Harga seunit Kuantiti ditawarkan Kuantiti ditawarkan Penawaran pasaran Titik
oleh Syarikat Jenas oleh Syarikat Kiwis
(RM) (unit)
(unit) (unit)
15 20 10 30 w
30 25 15 40 x
45 30 20 50 y
60 35 25 60 z
Andaikan bahawa dalam pasaran beg galas hanya terdapat
dua buah firma iaitu Syarikat Jenas dan Syarikat Kiwis.
Penawaran pasaran diperoleh dengan menjumlahkan secara
mendatar kuantiti ditawarkan oleh Syarikat Jenas dan Syarikat
Kiwis pada setiap tingkat harga.
Contohnya, pada harga RM15 seunit, penawaran
pasaran ialah 30 unit iaitu dengan menjumlahkan
kuantiti ditawarkan oleh Syarikat Jenas sebanyak
20 unit dan kuantiti ditawarkan oleh Syarikat Kiwis
sebanyak 10 unit.
Begitu juga pada harga seterusnya. Apabila harga
meningkat kepada RM30, RM45, dan RM60 seunit, semakin
banyak kuantiti beg galas ditawarkan oleh Syarikat Jenas
dan Syarikat Kiwis, oleh itu penawaran pasaran turut
meningkat iaitu masing-masing menjadi 40 unit
(25 + 15), 50 unit (30 + 20), dan 60 unit (35 + 25).
67
Bab 2
Daripada Jadual 2.6, boleh dibina keluk penawaran pasaran seperti yang ditunjukkan oleh
Rajah 2.9 berikut.
Harga (RM) Harga (RM) Harga (RM) SP
60 SJ SK z
45 y
30 60 60 x
45 45
30 30
15 15 15 w 60 Kuantiti
SJ SP (unit)
SK
0 20 25 30 35 Kuantiti 0 10 15 20 25 Kuantiti 0 30 40 50
(unit) (unit)
(c) Pasaran
(a) Syarikat Jenas (b) Syarikat Kiwis
Rajah 2.9 Pembentukan keluk penawaran pasaran daripada keluk penawaran firma beg galas
Berdasarkan rajah, paksi mendatar menunjukkan kuantiti
ditawarkan dan paksi menegak menunjukkan harga.
Keluk penawaran pasaran (SpSp) diterbit daripada keluk
penawaran Syarikat Jenas (SJSJ) dan keluk penawaran Syarikat
Kiwis (SKSK) yang dilukiskan secara mendatar pada setiap
tingkat harga.
Pada tingkat harga RM15 seunit, penawaran pasaran
beg galas ialah 30 unit yang ditunjukkan oleh titik w
pada Rajah 2.9(c), iaitu dengan menjumlahkan secara
mendatar penawaran Syarikat Jenas (Rajah 2.9(a))
sebanyak 20 unit dan penawaran Syarikat Kiwis (Rajah 2.9(b))
sebanyak 10 unit.
Apabila harga meningkat kepada RM30, RM45, dan RM60,
penawaran pasaran semakin meningkat iaitu masing-masing
menjadi 40 unit, 50 unit, dan 60 unit dan titik kombinasinya
masing-masing ialah x, y, dan z.
Keluk penawaran pasaran SpSp terbentuk dengan
menyambungkan setiap titik kombinasi harga dan kuantiti
ditawarkan iaitu titik w, x, y, dan z.
Keluk penawaran pasaran mencerun ke atas dari kiri ke
kanan menunjukkan hubungan langsung antara harga
dengan kuantiti ditawarkan seperti yang dinyatakan dalam
hukum penawaran.
Didapati keluk penawaran pasaran (SpSp) lebih landai
daripada keluk penawaran Syarikat Jenas (SJSJ) dan keluk
penawaran Syarikat Kiwis (SKSK).
68
Pasaran
AKTIVITI 2.1.7 B
Jadual berikut menunjukkan penawaran baju bayi oleh dua buah firma dalam pasaran.
Harga Kuantiti ditawarkan (unit) Penawaran
(RM) Pasaran (unit)
Firma A Firma B
16 5 11
2 12 22
3 15 33
4 24 20
5 30 25 55
6 36 30 66
(a) Lengkapkan jadual di atas.
(b) Lukis keluk penawaran firma A, firma B, dan keluk penawaran pasaran pada kertas graf
yang sama.
(c) Berdasarkan (b), jelaskan pembentukan keluk penawaran pasaran.
(d) Pada pendapat anda, mengapakah keluk penawaran firma dan pasaran bercerun positif?
Jelaskan dua sebab.
F 1. Jadual dan keluk penawaran menunjukkan kuantiti ditawarkan sesuatu barang
pada pelbagai tingkat harga.
O 2. Penawaran firma dilakukan oleh sebuah firma manakala penawaran pasaran
K
menjumlahkan kuantiti ditawarkan semua firma dalam pasaran.
U 3. Keluk penawaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan positif
S antara harga dengan kuantiti ditawarkan.
2.1.8 Penentu Penawaran
Faktor yang mempengaruhi penawaran sesuatu barang boleh
dibahagikan kepada harga barang itu dan bukan harga barang
itu seperti berikut:
Penentu Penawaran
Harga barang itu Bukan harga barang itu
Harga faktor pengeluaran Cuaca Tingkat teknologi
Jangkaan harga masa depan Matlamat pengeluar Dasar kerajaan
69
Bab 2 Harga Barang Itu
JOM Faktor penentu penawaran yang utama ialah perubahan
dalam harga barang itu sendiri. Mengikut hukum penawaran,
Berdasarkan Rajah 2.10, apabila harga sesuatu barang itu meningkat, kuantiti yang
lengkapkan rajah berikut. ditawarkan oleh firma juga meningkat dan sebaliknya jika harga
barang itu menurun, kuantiti yang ditawarkan bagi barang
Harga barang itu tersebut akan berkurang. Oleh itu, hubungan antara harga barang
↑ dengan kuantiti ditawarkan adalah positif.
P↑ P Perubahan dalam harga barang itu akan menyebabkan perubahan
QQ dalam kuantiti ditawarkan yang ditunjukkan oleh pergerakan
Hubungan antara P dengan di sepanjang keluk penawaran yang sama seperti yang
Q adalah ditunjukkan dalam Rajah 2.10.
Harga minyak sawit (RM) S
P1
P0
P2
S Kuantiti
minyak
0 Q2 Q0 Q1 sawit (kg)
Rajah 2.10 Penentu harga barang itu
Dengan andaian faktor lain adalah tetap atau ceteris paribus,
apabila harga minyak sawit meningkat daripada P0 kepada P1,
kuantiti ditawarkan minyak sawit meningkat daripada Q0 kepada
Q1. Sebaliknya apabila harga minyak sawit menurun daripada P0
kepada P2, kuantiti ditawarkan minyak sawit menurun daripada
Q0 kepada Q2. Hubungan antara harga dengan kuantiti ditawarkan
adalah positif. Perubahan harga barang itu menyebabkan
pergerakan berlaku di sepanjang keluk penawaran yang sama.
Penentu Penawaran Bukan Harga Barang itu
Walaupun harga barang itu merupakan penentu utama penawaran,
tetapi dalam keadaan sebenar, banyak situasi menunjukkan
apabila harga tetap, penawaran barang berubah. Contohnya
penawaran komputer meningkat walaupun harga tidak berubah
kerana berlaku peningkatan dalam teknologi pembuatannya.
Maka jelaslah bahawa selain harga barang itu, terdapat juga
faktor-faktor lain yang mempengaruhi penawaran.
70
Harga faktor pengeluaran Pasaran
Peningkatan harga faktor pengeluaran seperti sewa tanah, upah Angin Monsun Timur Laut
buruh, dan bahan mentah dalam kegiatan pengeluaran akan atau lebih dikenali sebagai
menyebabkan kos pengeluaran meningkat. Peningkatan kos musim tengkujuh bermula
pengeluaran akan menyebabkan keuntungan firma menurun. pada awal November
Apabila keuntungan firma merosot, firma akan mengurangkan dan berakhir pada Mac.
pengeluaran. Pada tingkat harga yang sama di pasaran, keluk Kebiasannya semasa musim
penawaran akan beralih ke kiri. Sebaliknya, penurunan harga tengkujuh, negeri-negeri Pantai
faktor pengeluaran menyebabkan penjimatan dalam kos Timur Semenanjung dan
pengeluaran dan seterusnya meningkatkan keuntungan firma. barat Sarawak akan dilanda
Oleh itu, firma akan menambahkan pengeluaran pada tingkat banjir dan penawaran ikan
harga yang sama di pasaran. akan berkurang kerana
nelayan tidak dapat turut
Jangkaan Harga Masa Depan ke laut.
Apabila pengeluar menjangkakan harga sesuatu barang akan
meningkat pada masa depan, firma akan mengurangkan penawaran
barang tersebut pada masa sekarang. Kesannya, penawaran
barang tersebut akan berkurang dan keluk penawaran akan
beralih ke kiri. Sebaliknya, apabila pengeluar menjangkakan
harga sesuatu barang akan turun pada masa depan, firma akan
menambahkan penawaran barang tersebut pada masa kini. Maka,
penawaran barang tersebut akan meningkat dan keluk penawaran
akan beralih ke kanan.
Cuaca
Cuaca buruk seperti banjir atau kemarau yang berpanjangan
boleh merosakkan tanaman dan seterusnya mengurangkan
jumlah penawarannya di pasaran. Contohnya tanah runtuh
yang berlaku di Cameron Highlands akibat hujan lebat
menyebabkan pengeluaran sayur-sayuran berkurangan, keadaan
ini menyebabkan penawarannya juga berkurang. Oleh itu, keluk
penawaran akan beralih ke kiri. Sebaliknya cuaca cerah dan
kadar kelembapan yang sesuai dengan pertumbuhan tanaman
akan meningkatkan jumlah penawaran sayur-sayuran di pasaran.
Oleh itu, keluk penawaran akan beralih ke kanan.
Suhu sederhana di Cameron Highlands, Pahang
sesuai untuk penanaman Strawberi
71
Bab 2 Tingkat Teknologi
Cabaran KBAT Kemajuan dalam tingkat teknologi seperti reka ciptaan
teknologi yang lebih canggih, mesin yang lebih moden, dan
Ramalkan apa yang akan teknik pengeluaran yang lebih cekap dapat meningkatkan
berlaku terhadap penawaran daya pengeluaran sesebuah firma. Selain itu, kos dan masa
makanan apabila berlaku pengeluaran juga dapat dikurangkan. Melalui penggunaan
(a) peperangan teknologi moden juga, pengeluaran secara besar-besaran dapat
(b) bencana alam dijalankan. Peningkatan pengeluaran menyebabkan keluk
penawaran beralih ke kanan.
JOM Perkembangan teknologi bukan sahaja mengurangkan kos
pengeluaran telefon, malah menambahkan pelbagai fungsi baharu
Lengkapkan rajah di bawah.
Objektif firma dalam telefon
pengeluaran pengeluaran Matlamat Pengeluar
Keluk SS Keluk SS Seorang pengeluar atau firma lazimnya mempunyai dua
beralih ke beralih ke objektif iaitu sama ada memaksimumkan keuntungan atau
memaksimumkan jualan.
Objektif sebahagian besar firma adalah untuk memaksimumkan
keuntungan. Bagi memaksimumkan keuntungan, sesebuah
firma tidak harus mengeluarkan output secara berlebihan.
Pengeluaran berlebihan akan menyebabkan harga barang turun.
Penurunan harga barang akan menjejaskan keuntungan firma.
Oleh itu, sekiranya objektif firma adalah untuk memaksimumkan
keuntungan, firma akan mengurangkan pengeluarannya. Maka,
keluk penawaran akan beralih ke kiri.
Sebaliknya, sekiranya objektif firma adalah untuk
memaksimumkan jualan, firma akan meningkatkan pengeluaran
dengan sebanyak mungkin. Dengan berbuat demikian,
harga yang dikenakan terhadap pengguna akan menjadi lebih
rendah dan firma dapat menguasai sebahagian besar pasaran.
Oleh itu, sekiranya objektif firma adalah untuk memaksimumkan
jualan, firma akan menambahkan pengeluaran. Keluk penawaran
akan beralih ke kanan.
72
Dasar Kerajaan Pasaran
Kerajaan melalui polisi cukai, pemberian subsidi, galakan taraf JOM
perintis, dan pelepasan cukai boleh mempengaruhi penawaran
barangan. Kenaikan cukai contohnya cukai ke atas input akan 1. Nyatakan tiga faktor
menyebabkan kurangnya barangan yang akan dikeluarkan oleh penentu bukan harga
firma kerana kos pengeluaran meningkat. Kesannya, keluk barang itu yang
penawaran akan beralih ke kiri. mempengaruhi penawaran.
Dasar kerajaan yang memberi subsidi atau taraf perintis kepada 2. Nyatakan penawaran
firma dapat mengurangkan kos pengeluaran. Pengurangan meningkat atau menurun
kos pengeluaran akan menggalakkan firma untuk menambahkan untuk situasi berikut:
pengeluarannya. Kesannya, keluk penawaran akan beralih (a) Pengeluar
ke kanan. bermatlamatkan untung
(b) Cukai dinaikkan 1%
(c) Kos buruh menurun
(d) Jangkaan harga akan
meningkat pada masa
depan
Taraf perintis merupakan salah satu insentif cukai kepada pengeluar yang
melabur dalam industri baharu atau aktiviti pengeluaran yang digalakkan
oleh kerajaan. Pengecualian cukai yang dinikmati adalah sebanyak 70%
hingga 100% pendapatan berkanun selama 5 hingga 10 tahun. Elaun-elaun
modal yang tidak diserap dan kerugian yang ditanggung sepanjang tempoh
perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan boleh
cukai syarikat selepas tempoh perintis.
(Sumber: http://www.mida.gov.my/home/frequently-asked-questions-(faqs)/
posts/?lg=MAL)
AKTIVITI 2.1.8
Bahagikan kelas kepada empat kumpulan, setiap kumpulan perlu mengkaji faktor-faktor yang
mempengaruhi penawaran barangan berikut:
(a) Sayur
(b) Roti
(c) Kereta
(d) Pakej pelancongan
Setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan dalam bentuk powerpoint dan bentangkan
hasil kajian di depan kelas.
1. Apabila harga sesuatu barang naik, penawaran terhadap barang itu akan
meningkat (hubungan positif).
F 2. Penentu penawaran bukan harga barang itu ialah:
O (a) Harga faktor pengeluaran
K (b) Jangkaan harga masa depan
(c) Cuaca
U (d) Tingkat teknologi
S (e) Matlamat pengeluar
(f) Dasar kerajaan
73
Bab 2
2.1.9 Perubahan Dalam Kuantiti
Ditawarkan
Perubahan harga barang itu akan mengakibatkan perubahan
dalam kuantiti ditawarkan.
Perubahan dalam kuantiti ditawarkan merujuk kepada pergerakan
di sepanjang keluk penawaran yang sama.
Rajah 2.11 menunjukkan berlakunya perubahan dalam
kuantiti ditawarkan.
JOM Harga (RM) S
P1 b
1. Jelaskan maksud perubahan
dalam kuantiti ditawarkan. Pengembangan
2. A p a k a h f a k t o r y a n g P0 penawaran
membawa kepada a
pengembangan penawaran?
Penguncupan
P2 c penawaran
S
0 Kuantiti (unit)
Q2 Q0 Q1
Rajah 2.11 Perubahan dalam kuantiti ditawarkan
Pergerakan dari titik a ke b dikenal sebagai pengembangan
penawaran. Ia menunjukkan kuantiti ditawarkan meningkat
daripada Q0 unit kepada Q1 unit akibat daripada peningkatan
harga barang itu daripada P0 kepada P1.
Pergerakan dari titik a ke c dikenal sebagai penguncupan
penawaran. Ia menunjukkan kuantiti ditawarkan menurun
daripada Q0 unit kepada Q2 unit akibat daripada penurunan
harga barang itu daripada P0 kepada P2.
F 1. Perubahan harga barang itu akan mengakibatkan perubahan dalam
O kuantiti ditawarkan.
K 2. Perubahan dalam kuantiti ditawarkan ditunjukkan oleh pergerakan ke atas
(pengembangan penawaran) atau ke bawah (penguncupan penawaran) di sepanjang
U keluk penawaran yang sama.
S
74
2.1.10 Perubahan Penawaran Pasaran
Perubahan penentu penawaran bukan harga barang itu akan Perubahan dalam kuaniti
mengakibatkan perubahan penawaran. Penentu penawaran ditawarkan dengan
bukan harga barang itu merujuk kepada penentu-penentu selain
faktor harga barang itu sendiri seperti harga faktor pengeluaran, perubahan penawaran
matlamat pengeluar, tingkat teknologi, cuaca, jangkaan harga https://www.youtube.com/
masa depan, dan dasar kerajaan. watch?v=HVXr13v-gFg
(Diakses pada 5 Oktober 2016)
Perubahan penawaran merujuk kepada peralihan keluk penawaran
sama ada ke kiri atau ke kanan selari dengan keluk penawaran
yang asal.
Rajah 2.12 menunjukkan berlakunya perubahan penawaran.
Harga (RM)
Pengurangan penawaran P0 Pengurangan 3HUWDPEDKDQ 3HUWDPEDKDQ SHQDZDUDQ
penawaran penawaran disebabkan oleh:
disebabkan oleh:
S2 S0 S1 +DUJD IDNWRU SHQJHOXDUDQ PHQXUXQ
+DUJD IDNWRU SHQJHOXDUDQ PHQLQJNDW 7LQJNDW WHNQRORJL EHUWDPEDK EDLN
.HPXQGXUDQ WLQJNDW WHNQRORJL S2 S0 S1 &XDFD \DQJ EDLN
&XDFD \DQJ EXUXN +DUJD GLMDQJND PHQXUXQ pada
+DUJD GLMDQJND PHQLQJNDW SDGD PDVD GHSDQ
3HQJHOXDU EHUPDWODPDWNDQ
PDVD depan MXDODQ PDNVLPXP
3HQJHOXDU EHUPDWODPDWNDQ XQWXQJ .DGDU FXNDL LQSXW PHQXUXQ
3HPEHULDQ VXEVLGL
PDNVLPXP
.DGDU FXNDL LQSXW PHQLQJNDW
3HQJKDSXVDQ VXEVLGL
0 Q2 Q0 Q1 .XDQWLWL
XQLW
Rajah 2.12 Perubahan penawaran JOM
Peralihan keluk penawaran dari S0S0 ke S1S1 dikenal sebagai Bezakan antara perubahan
pertambahan penawaran. Ia menunjukkan harga barang itu tidak dalam kuantiti ditawarkan
berubah tetapi kuantiti penawaran telah meningkat pada setiap dengan perubahan penawaran.
tingkat harga akibat daripada perubahan penentu penawaran
bukan harga barang itu. Contohnya peningkatan tingkat teknologi
menyebabkan kuantiti penawaran meningkat daripada Q0 unit
kepada Q1 unit.
Peralihan keluk penawaran dari S0S0 ke S2S2 dikenal sebagai
pengurangan penawaran. Ia menunjukkan harga barang
itu tidak berubah tetapi kuantiti penawaran telah menurun
pada setiap tingkat harga akibat daripada perubahan penentu
penawaran bukan harga barang itu. Contohnya cuaca yang buruk
menyebabkan kuantiti penawaran menurun daripada Q0 unit
kepada Q2 unit.
75
Bab 2
AKTIVITI 2.1.10
Kenaikan harga petrol baru-baru ini telah memberi kesan langsung kepada pengeluar amnya dan
para pengguna khususnya. Sebagai contoh, pihak pengurusan Syarikat UKKP Kerepek Wangi
sebuah syarikat pengeluar kerepek ubi mendapati kos pengeluaran telah meningkat. Kesannya,
pulangan syarikat berkurangan.
Jadual di bawah menunjukkan jumlah pendapatan Syarikat UKKP Kerepek Wangi pada empat
bulan terakhir bagi tahun lepas akibat kenaikan harga petrol.
Bulan Hasil Jualan
(RM)
September 12 000
Oktober 11 567
November 9 005
Disember 7 890
Untuk menutup kos pengeluaran yang semakin meningkat, Syarikat UKKP Kerepek
Wangi menimbangkan untuk menaikkan harga produk keluaran syarikatnya yang terdiri daripada
kerepek ubi, kerepek keladi, dan kerepek pisang. Untuk sementara waktu, syarikat juga mengambil
tindakan mengurangkan kuantiti produk bagi setiap bungkusan yang dikeluarkan. Syarikat akan
mengalami kerugian jika tidak meningkatkan sedikit harga jualan bagi produk yang dikeluarkan.
Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut.
(a) (i) Apakah faktor yang mempengaruhi penawaran kerepek ubi Syarikat UKKP Kerepek Wangi?
(ii) Bagaimanakah faktor di (a)(i) memberi kesan kepada keluk penawaran syarikat?
(iii) Jelaskan perubahan penawaran yang disebabkan oleh faktor di (a)(i).
(b) Setujukah anda dengan tindakan yang diambil oleh syarikat untuk mengatasi masalah kos
pengeluaran yang semakin meningkat? Berikan alasan.
(c) Bagaimanakah syarikat dapat meningkatkan keuntungannya? Berikan dua cadangan.
(d) Bagaimanakah kerajaan dapat membantu Syarikat UKKP Kerepek Wangi?
F 1. Perubahan penentu penawaran bukan harga barang itu akan mengakibatkan
O perubahan penawaran.
K 2. Perubahan penawaran ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran sama ada ke kiri
(pengurangan penawaran) atau ke kanan (pertambahan penawaran) selari dengan
U keluk penawaran yang asal.
S
76
2.1.11 Keseimbangan Pasaran Pasaran
Pasaran ialah suatu tempat atau situasi yang membolehkan Penawaran dan
penjual dan pembeli berinteraksi sama ada secara langsung permintaan
atau tidak langsung untuk menjalankan urus niaga pada suatu
tingkat harga dalam tempoh masa tertentu. https://youtu.be/
I3BjHp19N_0
Berikutan dengan perkembangan teknologi dan kemudahan alat
komunikasi serta kemajuan sistem perhubungan, kini pasaran
tidak langsung menjadi semakin popular. Contohnya, e-dagang
semakin disambuti oleh masyarakat kerana pasarannya yang luas
dan tanpa sempadan.
E-dagang ialah sejenis pasaran tidak langsung. Bazar ialah sejenis pasaran langsung.
Segala urus niaga dijalankan secara atas talian Pembeli berdepan dengan penjual apabila
menjalankan urus niaga
Sesuatu pasaran dikatakan mencapai keseimbangan apabila: JOM
Kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawarkan 1. Apakah maksud pasaran?
2. Bezakan pasaran langsung
Keluk permintaan bersilang dengan keluk penawaran
dan tidak langsung.
Pada tingkat keseimbangan, harga dan kuantiti keseimbangan 3. Jelaskan maksud
dapat ditentukan. Keseimbangan pasaran boleh dijelaskan melalui
cara jadual dan rajah. keseimbangan pasaran.
F 1. Pasaran boleh dibahagi kepada pasaran langsung dan tidak langsung.
2. Keseimbangan pasaran berlaku apabila kuantiti diminta sama dengan kuantiti
O
K ditawarkan. Pasaran bebas daripada lebihan atau kurangan.
U 3. Pada titik persilangan DD dan SS, harga dan kuantiti keseimbangan dapat ditentukan.
S
77
Bab 2 2.1.12 Jadual dan Rajah Keseimbangan
Pasaran
Keseimbangan pasaran
https://www.youtube.com/ Keseimbangan pasaran boleh dijelaskan melalui cara jadual
watch?v=HIQkug-kWvQ dan rajah.
(Diakses pada 5 Oktober 2016)
Jadual 2.7 Permintaan dan penawaran seluar sukan di pasaran
Harga Kuantiti permintaan Kuantiti penawaran
(RM / helai) (‘000 helai) (‘000 helai)
10 15 3
20 12 6
30 9 9
40 6 12
50 3 15
Jadual 2.7 menunjukkan permintaan dan penawaran seluar
sukan di pasaran. Berdasarkan jadual, keseimbangan
pasaran dicapai pada tingkat harga RM30 apabila kuantiti
permintaan pasaran sama dengan kuantiti penawaran pasaran
pada 9 000 helai.
Harga (RM)
50 D S
E
40 Harga
keseimbangan Titik keseimbangan
30
20
10 S Kuantiti D
keseimbangan
0 Kuantiti
2 4 6 8 10 12 14 16 20 (’000 helai)
Rajah 2.13 Keseimbangan pasaran
Rajah 2.13 diterbitkan daripada Jadual 2.7. Keseimbangan pasaran
dicapai apabila keluk permintaan pasaran (DD) bersilang
dengan keluk penawaran pasaran (SS) pada titik E. Harga
keseimbangan dicapai pada RM30 dan kuantiti keseimbangan
dicapai pada 9 000 helai. Pada tingkat keseimbangan, harga dan
kuantiti tidak cenderung untuk berubah.
F 1. Secara jadual, keseimbangan pasaran dicapai apabila kuantiti diminta sama
dengan kuantiti ditawarkan.
O
K 2. Secara rajah, keseimbangan pasaran berlaku apabila keluk permintaan bersilang dengan
U keluk penawaran.
S
78
Pasaran
2.1.13 Ketidakseimbangan Pasaran
Sesuatu pasaran dikatakan berada dalam ketidakseimbangan
apabila jumlah permintaan pengguna tidak sama dengan jumlah
penawaran pengeluar. Dua keadaan akan berlaku apabila pasaran
berada pada ketidakseimbangan iaitu:
Penawaran Permintaan
50 kg 40 unit
Permintaan Penawaran
100 kg 85 unit
Lebihan permintaan Lebihan penawaran
Lebihan permintaan merujuk keadaan apabila kuantiti diminta
melebihi kuantiti ditawarkan dalam pasaran pada suatu tingkat
harga tertentu.
Lebihan penawaran merujuk keadaan apabila kuantiti ditawarkan
melebihi kuantiti diminta dalam pasaran pada suatu tingkat
harga tertentu.
Ketidakseimbangan pasaran boleh dijelaskan melalui cara jadual
dan rajah.
Jadual 2.8 Permintaan dan penawaran seluar sukan di pasaran
Harga Kuantiti Kuantiti Keadaan pasaran Tindak Implikasi
(RM / helai) permintaan penawaran balas
harga
(helai) (helai)
10 15 000 3 000 Lebihan permintaan Naik t 1FSNJOUBBO
(12 000 helai) turun
20 12 000 6 000 Lebihan permintaan Naik t 1FOBXBSBO
(6 000 helai) naik
30 9 000 9 000 Keseimbangan Tetap Tidak berubah
40 6 000 12 000 Lebihan penawaran Turun t 1FSNJOUBBO
(6 000 helai) naik
50 3 000 15 000 Lebihan penawaran Turun t 1FOBXBSBO
(12 000 helai) turun
Pada harga yang lebih rendah daripada harga keseimbangan,
iaitu harga RM10 dan RM20, lebihan permintaan berlaku.
Contohnya pada harga RM10, kuantiti diminta ialah 15 000
helai dan kuantiti ditawarkan ialah 3 000 helai, maka wujud
lebihan permintaan sebanyak 12 000 helai (15 000 – 3 000).
Pada harga RM20, wujud lebihan permintaan sebanyak 6 000
helai (12 000 – 6 000).
79
Bab 2 Lebihan permintaan akan menyebabkan harga meningkat dan
pengeluar akan menambahkan penawaran manakala pengguna
Keseimbangan dan akan mengurangkan permintaan. Proses ini akan berterusan
ketidakseimbangan sehingga keseimbangan pasaran dicapai pada tingkat harga
RM30 dengan kuantiti sebanyak 9 000 helai.
pasaran
https://www.youtube.com/ Pada harga yang lebih tinggi daripada harga keseimbangan
watch?v=PKUcBi9EYBk iaitu harga RM40 dan RM50, lebihan penawaran berlaku.
(Diakses pada 5 Oktober 2016) Contohnya pada harga RM40, kuantiti diminta ialah 6 000 helai
dan kuantiti ditawarkan ialah 12 000 helai, maka wujud lebihan
penawaran sebanyak 6 000 helai (12 000 – 6 000) dan pada
harga RM50 sehelai, wujud lebihan penawaran sebanyak 12 000
helai (15 000 – 3 000).
Lebihan penawaran akan menyebabkan harga turun
dan pengguna akan menambahkan permintaan manakala
pengeluar akan mengurangkan penawaran. Proses ini akan
berterusan sehingga keseimbangan pasaran dicapai pada
tingkat harga RM30 dan 9 000 helai.
Ketidakseimbangan pasaran juga boleh ditunjukkan dalam bentuk
rajah. Rajah 2.14 menunjukkan proses penentuan harga
dan kuantiti keseimbangan pasaran seluar sukan.
Harga (RM) S
D
Lebihan penawaran
50 E
40
30 Lebihan permintaan
20
10 S D
024 6 8 10 12 14 16 20 Kuantiti
(‘000 helai)
JOM Rajah 2.14 Ketidakseimbangan pasaran
1. Apakah maksud lebihan Berdasarkan Rajah 2.14, keseimbangan pasaran dicapai pada
permintaan? titik E dengan tingkat harga keseimbangan RM30 dan
kuantiti keseimbangan 9 000 helai. Ketidakseimbangan
2. Jelaskan penyesuaian berlaku apabila pasaran mengalami lebihan permintaan atau
yang akan berlaku apabila lebihan penawaran.
harga pasaran adalah
lebih tinggi daripada harga
keseimbangan.
80
Pasaran
Pada harga yang lebih rendah daripada harga keseimbangan Kekurangan gandum
iaitu harga RM10 dan RM20, lebihan permintaan berlaku. antarabangsa
Contohnya pada harga RM10, kuantiti diminta ialah 15 000 helai
dan kuantiti ditawarkan ialah 3 000 helai, maka wujud lebihan Anda boleh menonton video
permintaan sebanyak 12 000 helai (15 000 – 3 000). berikut tentang kekurangan
penawaran gandum
Lebihan permintaan akan menyebabkan harga meningkat dan menyebabkan harga barang
pengeluar akan menambahkan penawaran manakala pengguna yang berkaitan dengan
akan mengurangkan permintaan. Proses ini akan berterusan gandum meningkat.
sehingga pasaran mencapai keseimbangan pada titik E dengan
harga dan kuantiti keseimbangan masing-masing ialah RM30 https://youtu.be/
dan 9 000 helai. TSFJIfjHazM
Pada harga yang lebih tinggi daripada harga keseimbangan iaitu
harga RM40 dan RM50, lebihan penawaran berlaku. Contohnya
pada harga RM40, kuantiti diminta ialah 6 000 helai dan kuantiti
ditawarkan ialah 12 000 helai, maka wujud lebihan penawaran
sebanyak 6 000 helai (12 000 – 6 000).
Lebihan penawaran akan menyebabkan harga turun dan
pengguna akan menambahkan permintaan manakala pengeluar
akan mengurangkan penawaran. Proses ini akan berterusan
sehingga pasaran mencapai keseimbangan semula pada titik E
dengan harga dan kuantiti keseimbangan masing-masing ialah
RM30 dan 9 000 helai.
Ketidakseimbangan Pasaran Barangan
Lebihan permintaan Lebihan penawaran
t ,VBOUJUJ EJNJOUB LVBOUJUJ EJUBXBSLBO
t )BSHB QBTBSBO IBSHB LFTFJNCBOHBO t ,VBOUJUJ EJUBXBSLBO LVBOUJUJ EJNJOUB
t )BSHB QBTBSBO IBSHB LFTFJNCBOHBO
Harga cenderung meningkat
Harga cenderung menurun
Permintaan Penawaran Permintaan Penawaran
menurun meningkat meningkat menurun
Proses penyesuaian harga di pasaran
Keseimbangan pasaran
t )BSHB LFTFJNCBOHBO
t ,VBOUJUJ LFTFJNCBOHBO
t ,VBOUJUJ EJNJOUB LVBOUJUJ EJUBXBSLBO
Rajah 2.15 Proses penyesuaian apabila pasaran berada dalam ketidakseimbangan
81
Bab 2
AKTIVITI 2.1.13
Jadual di bawah menunjukkan permintaan pasaran dan penawaran pasaran ayam pada pelbagai
tingkat harga.
Harga Kuantiti Kuantiti
(RM/kg) permintaan (kg) penawaran (kg)
8.00 500 100
10.00 450 200
12.00 350 350
14.00 225 550
16.00 75 800
(a) Lukis keluk permintaan dan keluk penawaran pada kertas graf yang sama.
(b) Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan.
(c) Lengkapkan jadual mengenai keadaan pasaran pada tingkat harga:
Harga Kuantiti Kuantiti Lebihan Harga
(RM/kg) cenderung
permintaan (kg) penawaran (kg) (unit)
9.00
15.00
F 1. Ketidakseimbangan pasaran merujuk keadaan apabila berlakunya lebihan
permintaan (DD > SS) atau lebihan penawaran (SS > DD) di pasaran.
O
K 2. Lebihan permintaan akan menyebabkan harga pasaran meningkat manakala lebihan
U penawaran akan menyebabkan harga pasaran menurun.
S
82
Pasaran
2.1.14 Perubahan Keseimbangan
Keseimbangan pasaran yang dihuraikan sebelum ini ialah
berdasarkan andaian ceteris paribus iaitu penentu-penentu
permintaan dan penawaran bukan harga barang itu tidak berubah,
yang berubah hanyalah harga barang itu.
Dalam keadaan sebenar, bukan harga barang itu sahaja yang berubah
malah terdapat juga penentu-penentu lain seperti harga barang lain,
cita rasa, tingkat teknologi, dan harga faktor pengeluaran. Apabila
penentu bukan harga barang itu berubah, keluk permintaan
dan keluk penawaran akan beralih ke kiri atau ke kanan dan
seterusnya menyebabkan keseimbangan pasaran turut berubah.
Perubahan keseimbangan pasaran boleh dianalisis berdasarkan:
perubahan permintaan
perubahan penawaran
Perubahan Permintaan
Perubahan permintaan merujuk kepada pertambahan permintaan
atau pengurangan permintaan.
Pertambahan Permintaan
Jika berlaku pertambahan permintaan, maka keluk permintaan
sahaja yang akan beralih dan keluk penawaran tetap. Keluk
permintaan akan beralih ke kanan. Rajah 2.16 menunjukkan
pertambahan permintaan dan penawaran adalah tetap.
Harga (RM) S0
D0 D1
E1
P1 E0
P
0
S0 D1 JOM
0 D0
Nyatakan lima faktor yang
menyebabkan pertambahan
permintaan.
Q0 Q1 Kuantiti (unit)
Rajah 2.16 Pertambahan permintaan
83
Bab 2 Keseimbangan pasaran asal tercapai apabila keluk permintaan
D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada titik E0.
Kesan pertambahan Harga dan kuantiti keseimbangan masing-masing ialah P0
permintaan terhadap dan Q0.
keseimbangan pasaran Apabila pertambahan permintaan berlaku (disebabkan
https://www.youtube.com/ oleh penentu permintaan bukan harga barang itu), keluk
watch?v=muNqZu65yGA permintaan akan beralih ke kanan dari D0D0 ke D1D1.
(Diakses pada 5 Oktober 2016) Pada harga P0, kuantiti permintaan lebih banyak daripada
kuantiti penawaran. Ini bermakna wujud lebihan permintaan.
JOM Kesannya, harga akan meningkat ke P1.
Keseimbangan baharu tercapai apabila keluk permintaan D1D1
Nyatakan lima faktor bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada titik E1. Harga
yang menyebabkan keluk meningkat dari P0 ke P1 manakala kuantiti meningkat dari
permintaan beralih ke kiri. Q0 ke Q1. Oleh itu harga dan kuantiti keseimbangan baharu
ialah P1dan Q1.
Kesimpulannya, apabila berlaku pertambahan permintaan
manakala penawaran tetap akan menyebabkan harga dan
kuantiti keseimbangan meningkat.
Pengurangan Permintaan
Sebaliknya jika berlaku pengurangan permintaan, keluk
permintaan akan beralih ke kiri manakala keluk penawaran
tetap. Rajah 2.17 menunjukkan berlakunya pengurangan
permintaan dan penawaran tetap.
Harga (RM) S0
D0
D
1
E0
P0 E1
P1
S0 D0
0 D1
Q1 Q0 Kuantiti (unit)
Rajah 2.17 Pengurangan permintaan
Keseimbangan pasaran asal tercapai apabila keluk permintaan
D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada titik E0.
Harga dan kuantiti keseimbangan masing-masing ialah P0
dan Q0.
84
Pengurangan permintaan menyebabkan keluk permintaan Pasaran
beralih ke kiri dari D0D0 ke D1D1. Pada harga P0, kuantiti
penawaran lebih banyak daripada kuantiti permintaan. Ini Cabaran KBAT
bermakna wujud lebihan penawaran. Lebihan penawaran
akan menyebabkan harga cenderung untuk menurun. Persatuan Pengguna telah
Keseimbangan baharu tercapai apabila keluk permintaan menjalankan kempen
D1D1 bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada titik E1. “Green Mondays” untuk
Harga turun dari P0 ke P1, manakala kuantiti berkurangan menggalakkan orang ramai
dari Q0 ke Q1. Oleh itu harga dan kuantiti keseimbangan menggantikan daging dengan
baharu ialah P1 dan Q1. sayur pada hari Isnin.
Kesimpulannya, apabila berlaku pengurangan permintaan
manakala penawaran tetap akan menyebabkan harga dan Dengan menggunakan rajah,
kuantiti keseimbangan menurun. jelaskan bagaimana kempen
ini mempengaruhi pasaran
Perubahan Penawaran daging ayam dalam negara.
Perubahan penawaran merujuk kepada pertambahan penawaran
atau pengurangan penawaran.
Pertambahan Penawaran
Jika berlaku pertambahan penawaran, maka keluk penawaran
sahaja yang akan beralih dan keluk permintaan tetap. Keluk
penawaran akan beralih ke kanan. Rajah 2.18 menunjukkan
pertambahan penawaran dan permintaan tetap.
Harga (RM) E0 S0 JOM
D0 E1 S1
1. Nyatakan lima faktor yang
P0 menyebabkan keluk
P1 penawaran beralih ke kanan.
S0 Q0 Q1 D0 2. Nyatakan kesan terhadap
S1 Kuantiti (unit) harga dan kuantiti
keseimbangan apabila
0 berlaku pertambahan
penawaran.
Rajah 2.18 Pertambahan penawaran
Keseimbangan pasaran asal tercapai apabila keluk permintaan
D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada titik
E0. Harga dan kuantiti keseimbangan masing-masing ialah
P0 dan Q0.
85
Bab 2
Apabila pertambahan penawaran berlaku, keluk penawaran
beralih ke kanan dari S0S0 ke S1S1. Pada harga P0, kuantiti
penawaran lebih banyak daripada kuantiti permintaan. Ini
bermakna wujud lebihan penawaran. Kesannya, harga akan
turun ke P1.
Keseimbangan baharu tercapai apabila keluk permintaan
D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S1S1 pada titik E1.
Harga turun dari P0 ke P1, manakala kuantiti meningkat dari
Q0 ke Q1. Oleh itu harga dan kuantiti keseimbangan baharu
ialah P1 dan Q1.
Kesimpulannya, apabila berlaku pertambahan penawaran
manakala permintaan tetap, harga keseimbangan turun dan
kuantiti keseimbangan meningkat.
JOM Pengurangan Penawaran
1. Nyatakan lima faktor yang Sekiranya berlaku pengurangan penawaran, keluk penawaran
menyebabkan pengurangan akan beralih ke kiri dan keluk permintaan tetap. Rajah
penawaran. 2.19 menunjukkan berlakunya pengurangan penawaran dan
permintaan tetap.
2. Nyatakan kesan terhadap
harga dan kuantiti Harga (RM) S1
keseimbangan apabila D0 S0
berlaku pengurangan
penawaran. P1 E1
P
E0
0
Cabaran KBAT S1 Q1 Q0 D
S0 0
Analisis situasi berikut Kuantiti (unit)
terhadap pasaran kereta. 0
Situasi 1
Kerajaan melaksanakan Rajah 2.19 Pengurangan penawaran
dasar perkongsian kereta.
Situasi 2 Keseimbangan pasaran asal tercapai apabila keluk permintaan
Syarat sewa beli kereta
dilonggarkan. D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada titik
Situasi 3 E0. Harga dan kuantiti keseimbangan masing-masing ialah
Subsidi kerajaan kepada P0 dan Q0.
pengeluar dihapuskan dalam Pengurangan penawaran menyebabkan keluk penawaran
masa yang sama kerajaan
mengurangkan kadar cukai beralih ke kiri dari S0S0 ke S1S1. Pada harga P0, kuantiti
ke atas input. permintaan lebih banyak daripada kuantiti penawaran.
Ini bermakna wujud lebihan permintaan. Kesannya, harga
akan meningkat ke P1.
86
Pasaran
Keseimbangan baharu tercapai apabila keluk permintaan
D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S1S1 pada titik E1.
Harga meningkat dari P0 ke P1, manakala kuantiti menurun
dari Q0 ke Q1. Oleh itu harga dan kuantiti keseimbangan
baharu ialah P1 dan Q1.
Kesimpulannya, apabila berlaku pengurangan penawaran
manakala permintaan tetap akan menyebabkan
harga keseimbangan meningkat dan kuantiti
keseimbangan menurun.
AKTIVITI 2.1.14
Berikut ialah peristiwa-peristiwa yang akan mempengaruhi pengeluaran ikan di negara kita.
Andaikan setiap peristiwa itu adalah berasingan.
(i) Harga minyak petrol meningkat sebanyak RM0.30 seliter.
(ii) Berlakunya musim tengkujuh di pantai timur Semenanjung Malaysia.
(iii) Cita rasa pengguna beralih kepada ayam goreng pedas berjenama.
(iv) Nelayan melancarkan mogok di seluruh negara apabila kerajaan menghapuskan subsidi
minyak diesel.
(v) Lambakan pengeluaran ikan dari negara Thailand.
(vi) Harga ayam dinaikkan kerana harga makanan ayam meningkat.
(vii) Harga ikan sardin dari luar negara diturunkan.
Setiap murid dikehendaki:
(a) Melakar keluk keseimbangan bagi pasaran ikan berdasarkan setiap peristiwa di atas.
(b) Tentukan peralihan keluk permintaan atau penawaran pada lakaran di (a).
(c) Menganalisis kesan peristiwa di atas terhadap harga dan kuantiti keseimbangan pasaran ikan.
(d) Membuat rumusan dengan melengkapkan jadual di bawah.
Perubahan permintaan Perubahan penawaran
Bertambah Berkurang Bertambah Berkurang
Harga Kuantiti Harga Kuantiti Harga Kuantiti Harga Kuantiti
1. Pertambahan permintaan akan menyebabkan harga dan kuantiti
F keseimbangan meningkat.
2. Pengurangan permintaan akan menyebabkan harga dan kuantiti
O keseimbangan menurun.
K 3. Pertambahan penawaran akan menyebabkan harga keseimbangan menurun dan
U kuantiti keseimbangan meningkat.
S 4. Pengurangan penawaran akan menyebabkan harga keseimbangan meningkat dan
kuantiti keseimbangan menurun.
87
Bab 2
2.2 Keanjalan Harga
Apakah maksud keanjalan harga permintaan (Ed) dan keanjalan
harga penawaran (Es)?
Bagaimanakah anda mentafsirkan nilai barang ini, Ed barang
A = 2.5 dan Es barang B = 0.8? Apakah jenis keanjalan harga
yang ditunjukkan oleh nilai pekali tersebut?
Apakah faktor yang mempengaruhi keanjalan harga permintaan
dan keanjalan harga penawaran sesuatu barang?
Mengapakah penawaran barang pertanian tak anjal berbanding
dengan barang perkilangan?
Mengapakah pengeluar perlu menurunkan harga untuk barang
yang permintaannya anjal?
SEPINTAS LALU
CUTI-CUTI Malaysia
Bukit Bendera di Pulau Pinang terkenal sebagai sebuah
stesen tanah tinggi Inggeris yang tertua di Asia Tenggara.
Landasan kereta api funikular ini merupakan landasan yang
terpanjang di Asia dan juga landasan berterowong yang
tercuram di dunia. Yang berikut ialah senarai harga tiket
kereta api funikular Bukit Bendera.
Harga tiket (setakat Julai 2016):
Kategori Warganegara Bukan warganegara
2 hala (Promosi)* Biasa ‘Fast Lane’ Biasa ‘Fast Lane’
Kanak-kanak (Umur 4-6 tahun)
Pelajar (Sekolah/kolej/universiti) RM3 – – –
Dewasa
Warga Emas (Umur 60 tahun ke atas) RM3 RM3 RM5 RM5
Orang kurang upaya
Pas bulanan RM5 RM15 RM15 RM45
RM10 RM30 RM30 RM60
RM5 RM5 RM30 RM60
Percuma
RM40 RM120
*Promosi hanya sah pada 6.30 pagi – 9.00 pagi dan 7.00 malam – 10.30 malam (warganegara
sahaja) dan tidak sah pada musim cuti sekolah (tertakluk pada kalender cuti sekolah yang dikeluarkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia).
(Sumber: http://www.penanghill.gov.my/index.php/ms/)
Tahukah anda sebab harga tiket yang dikenakan berbeza untuk setiap kumpulan pelawat
yang berlainan walaupun kereta api funikular yang disediakan kepada pelawat adalah
sama? Tahukah anda mengapa harga promosi hanya sah dengan syarat masa dan
kumpulan tertentu? Mengapakah pas bulanan ditawarkan sedemikian? Apakah Abad
ke-21
rasionalnya? Sebenarnya persoalan-persoalan ini berkait rapat dengan konsep
keanjalan harga permintaan.
88
2.2.1 Keanjalan Harga Permintaan Pasaran
Mengikut hukum permintaan, apabila harga sesuatu barang Barang kosmetik amat
meningkat, kuantiti diminta terhadap barang tersebut akan responsif terhadap
berkurang dan sebaliknya apabila harga sesuatu barang menurun, perubahan harga
kuantiti diminta terhadap barang itu akan meningkat.
JOM
Namun, tindak balas perubahan kuantiti diminta kesan daripada
perubahan harga adalah berlainan bagi setiap jenis barangan. 1. Apakah maksud keanjalan
Sesetengah barang sangat responsif terhadap perubahan harga harga permintaan?
misalnya barang kosmetik yang mempunyai banyak pengganti.
Apabila harga barang kosmetik diturunkan sedikit, kuantiti 2. Nyatakan kegunaan
dimintanya akan meningkat dengan lebih banyak. Sesetengah pengetahuan konsep
barang pula kurang responsif terhadap perubahan harga keanjalan harga
contohnya barangan yang mempunyai ketaatan pengguna yang permintaan kepada firma.
tinggi. Sekiranya pengguna taasub dengan sesuatu jenama,
walaupun harga barang jenama tersebut meningkat, permintaan
terhadap barang tersebut akan berkurangan sedikit sahaja.
Konsep keanjalan harga permintaan (Ed) digunakan untuk
mengukur tindak balas perubahan kuantiti diminta kesan
daripada perubahan harga barang itu.
Keanjalan harga permintaan (E ) mengukur peratus perubahan
d
dalam kuantiti diminta kesan daripada peratus perubahan harga
barang itu dengan andaian ceteris paribus.
Konsep keanjalan harga permintaan ini adalah penting kepada
firma dalam membandingkan tindak balas pelbagai jenis barang
terhadap perubahan harga dalam menentukan strategi harganya.
Ketika mengambil keputusan mengenai dasar subsidi dan cukai,
kerajaan perlu tahu tindak balas permintaan terhadap perubahan
harga untuk mencapai matlamatnya.
F 1. Tindak balas perubahan kuantiti diminta kesan daripada perubahan harga adalah
berlainan bagi setiap jenis barangan.
O
K 2. kKeesaannjadlaanriphaadrgaappereurmbaihnatananha(rEgda) mengukur tindak balas perubahan kuantiti diminta
U barang itu dengan andaian ceteris paribus.
S
89
Bab 2
2.2.2 Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan
Keanjalan harga permintaan dapat dihitung mengikut rumus berikut:
Keanjalan harga permintaan (Ed) = % perubahan kuantiti diminta (%ΔQ)
% perubahan harga barang (%ΔP)
Atau
Ed = %ΔQ
%ΔP
%ΔQ = Kuantiti baharu (Q1) – Kuantiti asal (Q0) × 100
Kuantiti asal (Q0)
%ΔP = Harga baharu (P1) – Harga asal (P0) × 100
Harga asal (P0)
Contoh pengiraan
Hitung nilai keanjalan harga permintaan bagi beras apabila harga
beras meningkat dari RM5.00 ke RM6.00 dan kuantiti dimintanya
turun daripada 20 kg kepada 18 kg.
Mengira peratus perubahan kuantiti diminta
Langkah ¨Q = .XDQWLWL EDKDUX Q1 ± .XDQWLWL DVDO Q0) × 100
1 .XDQWLWL DVDO Q0)
Pengiraan keanjalan ¨Q = 18 – 20 × 100
harga permintaan
20
Anda boleh menonton video
berikut untuk mempelajari = -10%
penghitungan keanjalan
harga permintaan melalui Mengira peratus perubahan harga
penerangan rajah.
Langkah ¨P = +DUJD EDKDUX P1) – Harga asal (P0) × 100
https://www.youtube.com/
watch?v=GEAO095gP6M 2 Harga asal (P0)
(Diakses pada 5 Oktober 2016)
¨P = RM6 – RM5 × 100
RM5
= 20%
90
Pasaran
Langkah Mengira keanjalan harga permintaan JOM
3 ¨Q 1. Apakah maksud tanda
Ed = ¨P negatif pada pekali
keanjalan harga
-10% permintaan?
=
2. Hitung nilai keanjalan harga
20% permintaan jika peratus
= -0.5 perubahan harga ialah
30% dan peratus perubahan
Tanda negatif pada pekali keanjalan harga permintaan kuantiti ialah 60%.
menunjukkan hubungan negatif antara harga dengan kuantiti
diminta. Dalam ekonomi, tanda negatif ini akan diabaikan dengan 3. Tafsirkan pekali keanjalan
mengambil nilai mutlak sahaja. Dalam contoh di atas, pekali harga permintaan yang
keanjalan -0.5 akan dinyatakan sebagai 0.5. Nilai keanjalan harga bernilai E = 1.5.
permintaan 0.5 bermaksud apabila harga meningkat 20%, kuantiti
yang diminta akan turun 10% atau apabila harga meningkat 1%, d
kuantiti yang diminta akan turun 0.5%.
AKTIVITI 2.2.2
Jadual berikut menunjukkan kuantiti permintaan bagi dua jenis barang pada pelbagai tingkat harga.
Harga sekilogram Kuantiti gula diminta Kuantiti durian diminta
(RM) (kg) (kg)
1.50 10 40
2.00 8 30
3.00 6 20
Andaikan harga naik daripada RM1.50 kepada RM2.00. Hitung nilai keanjalan harga permintaan
bagi kedua-dua jenis barang. Tafsirkan nilai tersebut.
F 1. Rumus keanjalan harga permintaan
O
Keanjalan harga permintaan (Ed) = % perubahan kuantiti diminta (%ΔQ)
% perubahan harga barang (%ΔP)
K
2. JaikkaanntiulariunEd = 2, ini bermakna apabila harga meningkat 1%, kuantiti diminta
U 2% dan sebaliknya apabila harga menurun 1%, kuantiti diminta akan
S meningkat 2%.
91