The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Admin, 2021-01-21 17:49:13

Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 5 KSSM

PKA T5 KSSM

Keywords: PKA,PKA KSSM,KSSM,Pengajian Kejuruteraan Awam KSSM

RUKUN NEGARA

Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak;

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokrasi;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan

seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

(Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

MATA PELAJARAN ELEKTIF TEKNIKAL

PENGAJIAN
KEJURUTERAAN

AWAM

5Tingkatan

PENULIS

Prof. Ir. Dr. Hj. Md Azlin bin Md Said
Ts. Mohd Effendi bin Jamlos
Ts. Zulhafizal bin Othman
Ainamardia binti Nazarudin

EDITOR

Nur Hannan binti Sabaruddin

PEREKA BENTUK

Fatin Atiqah binti Mohd Hijazi

ILUSTRATOR

Maski Yu bin Latif Yu

2020

No. Siri Buku: 0117 PENGHARGAAN

KPM2020 ISBN 978-967-2448-91-4 Penghasilan buku ini melibatkan kerjasama
banyak pihak. Sekalung penghargaan dan
Cetakan Pertama 2020 terima kasih ditujukan kepada semua pihak
© Kementerian Pendidikan Malaysia yang terlibat:

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam • Jawatankuasa Penambahbaikan
buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, Pruf Muka Surat,
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang Kementerian Pendidikan Malaysia.
bentuk atau cara, baik dengan cara elektronik,
mekanik, penggambaran semula mahupun • Jawatankuasa Penyemakan
dengan cara perakaman tanpa kebenaran Pembetulan Pruf Muka Surat,
terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi
Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Pendidikan,
Malaysia. Perundingan tertakluk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.
perkiraan royalti atau honorarium.
• Jawatankuasa Penyemakan Naskah
Diterbitkan untuk Sedia Kamera,
Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Bahagian Sumber dan Teknologi
Aras Mega (M) Sdn. Bhd. (164242-W) Pendidikan,
No. 18 & 20, Jalan Damai 2, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Taman Desa Damai, Sungai Merab,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. • Pegawai-pegawai Bahagian Sumber
No. Telefon: 03-89258975 dan Teknologi Pendidikan, Bahagian
No. Faksimile: 03-89258985 Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional,
Laman Web: www.arasmega.com Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Reka Letak dan Atur Huruf:
Aras Mega (M) Sdn. Bhd. • Jawatankuasa Peningkatan Mutu,
Muka Taip Teks: Times New Roman Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
Saiz Muka Taip Teks: 11 poin
• Semua tokoh usahawan secara
langsung atau tidak langsung dalam
usaha menjayakan penerbitan buku ini.

Dicetak oleh:
ARIF CORPORATION SDN. BHD.
No. 42, Jalan Pengasah 15/13,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor.
No. Telefon: 012-2273472
No. Faksimile: 03-55111510
E-mel: [email protected]

BAB KANDUNGAN v
1
Pendahuluan vi

Pengenalan ikon 2

SISTEM PENGANGKUTAN DAN KEJURUTERAAN JALAN 4
4
1.1 SISTEM PENGANGKUTAN 14
1.1.1 Jenis sistem pengangkutan
1.1.2 Hubung kait sistem pengangkutan dengan konsep kelestarian 20
20
1.2 SALIRAN DAN KESTABILAN CERUN 29
1.2.1 Sistem saliran jalan raya 33
1.2.2 Faktor yang mempengaruhi kestabilan cerun 38
1.2.3 Kaedah penstabilan cerun
1.2.4 Kaitan antara sistem saliran dengan penstabilan cerun 39
39
1.3 PEMBINAAN JALAN RAYA 43
1.3.1 Jenis jalan raya 47
1.3.2 Aspek pembinaan jalan raya di Malaysia 52
1.3.3 Lapisan struktur jalan 58
1.3.4 Jenis turapan jalan 60
1.3.5 Konsep kelestarian dalam inovasi bahan turapan jalan
1.3.6 Kaedah penyenggaraan kerosakan jalan 65
65
1.4 PERABOT JALAN 74
1.4.1 Jenis perabot jalan
1.4.2 Susun atur perabot jalan

BAB SISTEM BEKALAN AIR BERSIH DAN SISTEM PENYALIRAN 80
2 KUMBAHAN DOMESTIK

2.1 SISTEM BEKALAN AIR BERSIH 82
2.1.1 Sumber bekalan air dan kaedah pengambilan air ke loji rawatan 82
2.1.2 Proses rawatan air 88
2.1.3 Pengagihan air 96
2.1.4 Sistem perpaipan 101
2.1.5 Kehilangan Air Bukan Hasil (NRW) 104
2.1.6 Kaedah agihan air dan sistem perpaipan 106

iii

2.2 SISTEM PENYALIRAN KUMBAHAN DOMESTIK 109
2.2.1 Kepentingan sistem penyaliran kumbahan domestik 113
2.2.2 Sistem penyaliran kumbahan domestik 114
2.2.3 Lakaran sistem penyaliran kumbahan domestik 120
2.2.4 Analisis sistem penyaliran kumbahan domestik 121
2.2.5 Sistem penyaliran kumbahan domestik sedia ada dan implikasi 133
terhadap alam sekitar
2.2.6 Sistem penyaliran kumbahan domestik yang sesuai bagi 138
kawasan perumahan

BAB KEUSAHAWANAN 146
3

3.1 PENGENALAN KEUSAHAWANAN 148
3.1.1 Definisi peniaga, usahawan dan keusahawanan 148
3.1.2 Ciri dan peranan usahawan 149
3.1.3 Fungsi dan peranan agensi pembangunan usahawan 156

3.2 MILIKAN PERNIAGAAN 159
3.2.1 Ciri-ciri milikan tunggal, perkongsian dan syarikat berhad 159
menurut syer
3.2.2 Peluang usahawan memulakan perniagaan 163
3.2.3 Prosedur pendaftaran perniagaan 167

3.3 PEMASARAN 173
3.3.1 Definisi dan tujuan pemasaran 173
3.3.2 Konsep pemasaran 174
3.3.3 Strategi pemasaran 177

3.4 RANCANGAN PERNIAGAAN 187
3.4.1 Definisi dan tujuan Rancangan Perniagaan 187
3.4.2 Rancangan Perniagaan mengikut bidang kejuruteraan 189
3.4.3 Objektif dan latar belakang organisasi perniagaan 196
3.4.4 Carta aliran proses pengeluaran dan carta organisasi perniagaan 198
3.4.5 Justifikasi perbelanjaan dalam Rancangan Perniagaan 200
3.4.6 Dokumen Rancangan Perniagaan 201

Glosari 220
Rujukan 223
Indeks 225

iv

PENDAHULUAN

Buku teks Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 5 ini ditulis berdasarkan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang digubal berlandaskan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Buku ini merupakan satu daripada Mata Pelajaran Elektif Teknikal (MPET) dalam
kelompok Sains, Teknologi dan Kejuruteraan serta Matematik (STEM). Buku teks
Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 5 ini mengandungi tiga bab, iaitu Sistem
Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan, Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran
Kumbahan Domestik dan Keusahawanan.

Dari segi persembahan, buku ini ditulis dengan fakta dan maklumat yang ringkas dan
padat. Halaman rangsangan dalam buku ini dipersembahkan secara double spread dan
mengandungi standard kandungan yang bakal dipelajari oleh murid. Selain itu, foto dan
ilustrasi juga digunakan bagi mencetus minat murid dan persediaan mereka untuk belajar.
Setiap bab diakhiri dengan rumusan dan latihan pengukuhan.

Buku teks ini diharap dapat melahirkan murid dengan asas ilmu pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang kejuruteraan awam seterusnya membantu mereka berjaya dalam
mencapai matlamat.

v

PENGENALAN IKON

KATA KUNCI TAHUKAH KAMU?

Perkataan-perkataan yang berkaitan dengan Pengetahuan am yang boleh membantu
pembelajaran yang bakal dipelajari. dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

SUDUT INFO LATIHAN PENGUKUHAN

Maklumat tambahan tentang perkara yang Pelbagai latihan yang disediakan pada
berkaitan dengan tajuk pembelajaran. akhir setiap bab yang berunsurkan
KBAR dan KBAT.
KBAT
SILA IMBAS KOD QR
Soalan-soalan kemahiran berfikir aras tinggi
yang dapat menguji minda murid. Layari laman sesawang untuk mendapatkan
maklumat tambahan dengan cepat melalui
PAK-21 imbasan Kod QR.

Memberi fokus kepada kemahiran berfikir, SILA IMBAS APLIKASI AR
kemahiran hidup, dan kerjaya yang
berteraskan amalan nilai murni. Imbas halaman yang mengandungi ikon ini.

1 Muat turun aplikasi AR dengan
mengimbas Kod QR di bawah.

AKTIVITI 2 Cari halaman yang mempunyai ikon AR.

Aktiviti disediakan bagi membantu murid Imbas imej pada halaman tersebut
dalam memahami aktiviti pembelajaran. 3 dengan menggunakan telefon pintar

vi atau tablet untuk menikmati pengalaman
pembelajaran yang baharu.

BAB 1 SISTEM PENGANGKUTAN
DAN KEJURUTERAAN
JALAN

BAB 2 SISTEM BEKALAN AIR
BERSIH DAN SISTEM
PENYALIRAN KUMBAHAN
DOMESTIK

BAB 3 KEUSAHAWANAN

PENGAJIAN
KEJURUTERAAN

AWAM

5TINGKATAN

1

SISTEM PENGANGKUTAN DAN
KEJURUTERAAN JALAN

BAB

1

Standard Kandungan
1.1 Sistem pengangkutan
1.2 Saliran dan kestabilan cerun
1.3 Pembinaan jalan raya
1.4 Perabot jalan

Kata Kunci
• Cerun
• Landskap
• Kelestarian
• Perabot jalan

2

Sistem pengangkutan memudahkan pergerakan penumpang dan barangan dari satu destinasi
ke destinasi yang lain. Pengangkutan merupakan satu cabang dalam bidang Kejuruteraan Awam.
Sistem pengangkutan yang cekap mestilah selamat, cepat, selesa, boleh dipercayai, ekonomik, dan
lestari terutamanya dalam mendepani cabaran Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0). Dasar
Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030 telah digubal dan diperkenal bagi menambah baik mod
pengangkutan yang merangkumi pengangkutan darat, air, dan udara.

3

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

1.1 SISTEM PENGANGKUTAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), pengangkutan didefinisikan sebagai pembawaan
(barang-barang dan lain-lain) dari satu tempat ke tempat lain. Sistem pengangkutan terdiri
daripada infrastruktur, kenderaan, dan manusia. Infrastruktur merupakan kemudahan yang
disediakan bagi tujuan pembawaan menggunakan mod pengangkutan darat, air, dan udara.
Contoh infrastruktur yang disediakan ialah jalan raya, pelabuhan, landasan kereta api, landasan
kapal terbang, dan sebagainya. Kenderaan pula merupakan medium yang menggunakan
infrastruktur yang disediakan. Contoh kenderaan ialah kereta, kapal, kereta api, kapal terbang,
dan sebagainya. Manakala, manusia merupakan pemandu dan penumpang kepada kenderaan
yang disediakan. Sistem pengangkutan memainkan peranan utama dalam pembangunan
ekonomi negara. Jaringan pengangkutan di Malaysia telah menyumbang sebanyak 3.6 peratus
kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2017 (Dasar Pengangkutan Negara
2019-2030, Kementerian Pengangkutan Malaysia, 2019).

1.1.1 Jenis Sistem Pengangkutan

Pengangkutan di Malaysia terbahagi kepada tiga mod Standard pembelajaran
pengangkutan, iaitu darat, air, dan udara. Sistem pengangkutan
yang digunakan adalah bergantung kepada mod pengangkutan • Menerangkan jenis
yang disediakan bagi sesebuah kawasan sama ada menggunakan sistem pengangkutan:
mod pengangkutan darat, mod pengangkutan air, atau mod i. Darat
pengangkutan udara. Rajah 1.1 menunjukkan sistem pengangkutan ii. Air
yang terdapat di Malaysia. iii. Udara

Mod Pengangkutan

1 Darat

Sistem 2 Mod Pengangkutan Air
Pengangkutan

3 Mod Pengangkutan

Udara
Rajah 1.1 Sistem pengangkutan di Malaysia

4

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

1 Mod Pengangkutan Darat PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

Mod pengangkutan darat boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu jalan raya dan rel.
Rajah 1.2 menunjukkan mod pengangkutan jalan raya dan rel.

Mod Pengangkutan Darat

(a) Jalan raya (b) Rel

Medium jalan raya terdiri daripada Perkhidmatan rel bersepadu terdiri
kereta, lori, bas, van, dan motosikal. daripada komuter, kereta api, dan
transit aliran ringan.

Rajah 1.2 Mod pengangkutan jalan raya dan rel

(a) Jalan Raya

Jalan raya merupakan mod pengangkutan darat yang utama di Malaysia. Jalan raya dibina
bagi memudahkan perhubungan, memendekkan masa perjalanan, meningkatkan pelaburan,
memudahkan pergerakan, dan sebagainya. Kawasan yang mempunyai rangkaian jalan raya
yang padat biasanya akan menjadi pusat bandar utama yang menjalankan pelbagai kegiatan
sosioekonomi seperti perkilangan, perkhidmatan, perdagangan antarabangsa, pembuatan,
dan pertanian.

Umumnya, jalan raya lebih banyak tertumpu TAHUKAH KAMU?
di bahagian yang mempunyai kepadatan
penduduk yang tinggi dan kegiatan ekonomi Lembaga Lebuh Raya Malaysia
yang rancak. Jalan raya menjadi elemen yang (LLM) ialah sebuah badan
penting dalam mempengaruhi perkembangan berkanun yang telah ditubuhkan
sosioekonomi sesebuah kawasan khususnya dari pada 24 Oktober 1980 mengikut
segi guna tanah. Akta 231 (Perbadanan 1980).
Tujuan penubuhan LLM adalah
Kerajaan telah memberi penekanan terhadap untuk menyelia dan melaksanakan
pembangunan jalan raya bermula sejak dahulu reka bentuk, pembinaan,
lagi melalui rancangan pembangunan lima tahun, pengawalan, pengendalian, dan
iaitu Rancangan Malaysia Pertama (RMK-1) penyelenggaraan lebuh raya,
pada tahun 1966. mengenakan dan mengutip tol,
membuat kontrak dan membuat
peruntukan berkenaan dengan
perkara-perkara yang berkaitan
dengannya.

5

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

Rajah 1.3 menunjukkan jumlah panjang jalan (tidak termasuk lebuh raya bertol) yang telah
dibina di Malaysia.

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5Panjang Jalan32,871
Johor(km)
Melaka 31,050
N. Sembilan35,000
Selangor
Perak30,000
P. Pinang
Kedah24,58323,548
Perlis25,000
Pahang20,33321,378
Terengganu20,00016,00620,770
Kelantan
W.P. Kuala Lumpur15,00014,99516,213
W.P. Putrajaya
W.P. Labuan10,0004,9364,923
Sabah5,000
Sarawak02,447

602 156 210 Negeri

Rajah 1.3 Jumlah panjang jalan (tidak termasuk lebuh raya bertol) mengikut negeri

Sumber: Statistik Jalan Edisi 2018,
Jabatan Kerja Raya, 2018

Umum mengetahui bahawa pembinaan jalan di Malaysia begitu pesat dijalankan sama
ada melalui peruntukan kerajaan atau penswastaan. Antaranya ialah Projek Lebuh Raya Utara
Selatan (PLUS), Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), Lebuh Raya Pan Borneo, lebuh raya di sekitar
Lembah Klang, dan sebagainya.

Jalan raya akan memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pengguna di samping dapat
meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan menarik minat pelabur untuk membuat
pelaburan di Malaysia. Hal ini seterusnya akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara melalui
pelaburan langsung asing (Foreign Direct Investment-FDI) dalam jangka masa panjang. Pelaburan
langsung asing merupakan faktor utama yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Jalan raya dapat menjimatkan kos, masa, dan memudahkan pengeluar mengakses pasaran yang
lebih luas serta mampu mendapatkan input seperti bahan mentah dan sumber manusia. Hal ini
secara tidak langsung akan meningkatkan pengeluaran tempatan.

6

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

(b) Rel PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

Rangkaian pengangkutan kereta api di Malaysia telah bermula dari utara ke selatan melalui
pantai barat Semenanjung Malaysia pada tahun 1909 untuk menghubungkan lombong bijih
timah, perladangan khususnya ladang getah, dan pusat komersial di pantai barat Semenanjung
Tanah Melayu pada ketika itu. Semenjak itu, perkhidmatan kereta api telah mula berkembang
dan dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Kini, jumlah panjang
laluan rel kereta api ialah 1,833 kilometer. Sebanyak 1,066 kilometer menggunakan rel satu
trek dan 767 kilometer menggunakan sistem dwitrek berkuasa elektrik. Rajah 1.4
menunjukkan laluan rel kereta api di Semenanjung Malaysia yang dikendalikan oleh KTMB.

Rajah 1.4 Laluan rel kereta api di Semenanjung Malaysia di bawah KTMB
Sumber: Statistik Pengangkutan Malaysia 2018,
Kementerian Pengangkutan Malaysia, 2019

7

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

Rangkaian pengangkutan rel di Semenanjung Malaysia diuruskan oleh KTMB, Prasarana
Malaysia Berhad, dan Express Rail Link Sdn. Bhd. Perkhidmatan yang disediakan adalah untuk
pengangkutan penumpang, barangan, dan kontena. Jadual 1.1 menunjukkan statistik penggunaan
rangkaian pengangkutan rel di Malaysia bagi tahun 2018.

Jadual 1.1 Statistik penggunaan rangkaian pengangkutan rel di Malaysia

Operator Perkhidmatan Kategori Statistik (Tahunan)
Perkhidmatan

Perkhidmatan kereta api Penumpang 3,527,000 penumpang
(KTMB) Barangan 5,994,000 tan
Kontena 351,222 TEU
KTMB

KTM Komuter Penumpang 32,078,000 penumpang

Electric Train Service (ETS) Penumpang 3,933,000 penumpang

KLIA Express Penumpang 2,195,353 penumpang

KL Monorel Penumpang 12,594,377 penumpang
Penumpang 6,540,177 penumpang
Prasarana Malaysia Penumpang 51,314,240 penumpang
Berhad, Express KLIA Transit

Rail Link Sdn. Bhd.

Mass Rapid Transit (MRT)

Light Rail Transit (LRT) Penumpang 148,177,042 penumpang

Sumber: Statistik Pengangkutan Malaysia 2018,
Kementerian Pengangkutan Malaysia, 2019

8

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

Pada ketika ini, rangkaian pengangkutan rel telah berkembang dan terbahagi kepada beberapa
jenis, iaitu:

i Rel kereta api PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

• Kereta api yang membawa penumpang dan barang-barang.

ii Rel komuter

• Tren yang beroperasi khusus untuk perjalanan komuter seperti KTM Komuter
dan ETS.

iii
Rel Monorel
• Tren yang menggunakan landasan bertingkat bagi pergerakan tren berkuasa elektrik
di kawasan Kuala Lumpur.
• Monorel mampu menampung kapasiti penumpang sehingga 430 penumpang dalam
masa yang sama.

iv Rel penghubung ke lapangan terbang

• Tren yang menggunakan landasan rel ke lapangan terbang seperti KLIA Express dari
Kuala Lumpur Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
dan KLIA 2.

• Panjang landasan KLIA Express ialah 57 kilometer dan mampu menampung kapasiti
penumpang 30,000 hingga 60,000 penumpang dalam masa sehari.

v Rel MRT

• Tren yang beroperasi membawa penumpang melebihi 40,000 orang sejam,
menggunakan rel, dan kekerapan yang tinggi di kawasan Kuala Lumpur dan sekitarnya.

vi
Rel LRT
• Tren yang beroperasi membawa 20,000 orang sejam, menggunakan rel, dan kekerapan
yang tinggi di kawasan Kuala Lumpur dan sekitarnya.

9

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

Terdapat pelbagai mod bagi pengangkutan rel bandar, iaitu LRT, monorel, MRT, dan
sebagainya. Foto 1.1 menunjukkan pengangkutan rel bandar yang ada di Malaysia. Sistem ini
merupakan pengangkutan awam dalam bandar yang paling cekap bagi menyelesaikan masalah
kesesakan jalan raya seperti di Kuala Lumpur. Selain perkhidmatannya yang dapat menjimatkan
masa, perkhidmatan ini mampu membawa penumpang dengan kapasiti yang besar, mempunyai
laluan dan jadual yang tetap, serta lebih kecil dan ringan.

Perkhidmatan monorel dikenali sebagai KL Monorel. KL Monorel ialah perkhidmatan monorel
dengan laluan di sekitar segi tiga emas Kuala Lumpur. KL Monorel dikendalikan oleh Prasarana
Malaysia Berhad, Express Rail Link Sdn. Bhd. (Prasarana) yang menghubungkan antara KL Sentral
dengan Titiwangsa.

Perkhidmatan LRT menggunakan kereta api moden berkuasa elektrik dan bergerak di atas dua
landasan. Terdapat dua laluan LRT, iaitu laluan Kelana Jaya dan laluan Ampang. Kedua-dua laluan
ini akan berakhir di Stesen Bersepadu Putra Heights.

MRT digunakan untuk membawa penumpang di kawasan bandar. MRT diintegrasikan dengan
LRT, KL Monorel, KTM Komuter, KLIA Ekspres, dan KLIA Transit. MRT akan menjadi tulang
belakang perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan Greater Kuala Lumpur (GKL) atau Lembah
Klang. MRT merupakan usaha kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi Greater Kuala
Lumpur atau Lembah Klang oleh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang akan mendorong
integrasi dan kecekapan pengangkutan awam bandar. Terdapat dua laluan bagi MRT iaitu:

1Laluan :

MRT Sungai Buloh ̶ Kajang bermula di Sungai Buloh dan melalui pusat
bandar Kuala Lumpur sebelum berakhir di Kajang.

2Laluan :

Laluan ini akan menghubungkan Sungai Buloh ̶ Serdang ̶ Putrajaya. Laluan ini
akan bermula dari Sungai Buloh melalui pusat perdagangan ke Bandar Malaysia,
Kuchai Lama, Serdang, dan berakhir di Putrajaya.

Kerajaan menyedari bahawa kepentingan untuk mengembangkan dan menambah baik sistem
pengangkutan rel sedia ada pada masa akan datang. Hal ini akan dapat meningkatkan tahap ekonomi
negeri-negeri terlibat secara mikro dan ekonomi Malaysia secara makro. Dengan erti kata lain,
taraf hidup sosioekonomi masyarakat dapat ditingkatkan sekali gus memberi kesan negatif yang
minimum kepada alam sekitar melalui pengurangan kadar pelepasan karbon.

10

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

Komuter PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

Monorel
Light Rail Transit (LRT)

Mass Rapid Transit (MRT)
Foto 1.1 Pengangkutan rel bandar

11

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

2 Mod Pengangkutan Air

Mod pengangkutan air ialah pengangkutan terawal yang digunakan pada zaman dahulu kerana
kebanyakan kawasan penempatan dibina di pinggir laut dan berhampiran sungai. Penggunaan rakit,
perahu, dan sampan telah memudahkan pergerakan pedagang-pedagang untuk urusan jual beli pada
zaman dahulu. Kini, medium pengangkutan air seperti kapal sering digunakan untuk perdagangan
antarabangsa di pelabuhan utama seperti di Pelabuhan Klang, Selangor, dan Pelabuhan Tanjung
Pelepas, Johor. Foto 1.2 menunjukkan medium pengangkutan air yang terdapat di negara ini.

Kapal kargo

Bot

Feri

Kapal layar

Foto 1.2 Medium pengangkutan air
12

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

3 Mod Pengangkutan Udara PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

Mod pengangkutan udara dapat menghubungkan bandar-bandar utama dalam negara, kawasan
pedalaman di Sabah dan Sarawak, dan menghubungkan Malaysia ke seluruh dunia dengan pantas.

Contoh medium pengangkutan udara ialah kapal terbang, helikopter, belon udara panas, kapal
angkasa, dan roket. Di Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) menyediakan rangkaian pengangkutan
udara di seluruh negara dan juga luar negara yang dikenali sebagai penerbangan domestik
dan antarabangsa. Helikopter boleh mendarat di lokasi yang berkeluasan lebih kecil.
Manakala belon udara panas digunakan untuk tujuan rekreasi. Foto 1.3 menunjukkan medium
pengangkutan udara.

TAHUKAH KAMU?

Mod pengangkutan udara di negara ini
bermula pada tahun 1947 dengan penubuhan
Malayan Airways Limited (MAL).

Kapal terbang

Helikopter

Belon udara panas
Foto 1.3 Medium pengangkutan udara

13

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

1.1.2 Hubung Kait Sistem Pengangkutan dengan Konsep Kelestarian
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
Pengangkutan lestari bukan sahaja menawarkan perkhidmatan Standard pembelajaran
berkualiti, iaitu cepat, cekap, dan selesa bahkan berupaya
mengurangkan kesan negatif daripada sistem pengangkutan. Hal • Menghubungkaitkan sistem
ini merangkumi aspek perancangan, reka bentuk, pembinaan, pengangkutan dengan
dan operasi pengangkutan. konsep kelestarian.

Pengangkutan lestari diperlukan untuk proses perkembangan, perubahan perbandaran, dan
pertambahan populasi yang menyebabkan peningkatan permintaan pengangkutan. Peningkatan
penggunaan kenderaan bermotor telah meninggalkan kesan ke atas alam sekitar. Pengangkutan
lestari dapat direalisasikan melalui pendekatan berikut:

1. Pengurangan jumlah kenderaan persendirian di atas jalan.

2. Menggalakkan perkongsian kenderaan.

3. Menggalakkan mod pengangkutan tanpa motor.

4. Pembinaan yang menggunakan bahan mesra alam terutamanya bahan yang boleh dikitar semula.

Kelestarian sistem pengangkutan boleh dilihat daripada aspek-aspek berikut:

a Infrastruktur

b Penggunaan tenaga rendah karbon

c Teknologi

a Infrastruktur

Infrastruktur yang disediakan mestilah memenuhi aspek-aspek berikut:
(i) Menyediakan rangkaian perjalanan pengangkutan awam yang lebih efisien, menyeluruh, mudah

dicapai, mesra pengguna terutamanya bagi orang kurang upaya (OKU), dan sebagainya.
(ii) Infrastruktur yang menyokong semua mod pengangkutan termasuk mod tanpa motor seperti

laluan pejalan kaki dan lorong basikal.

14

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

b Penggunaan Tenaga Rendah Karbon PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

Penggunaan tenaga rendah karbon akan mengurangkan berlakunya pelepasan gas rumah hijau
yang memberi kesan negatif terhadap persekitaran. Kerajaan telah menetapkan kadar pengurangan
pelepasan gas rumah hijau sehingga 40 peratus dengan pelaksanaan konsep kelestarian. Penggunaan
teknologi biodiesel sebagai alternatif kepada bahan bakar petrol boleh menyumbang kepada bandar
rendah karbon. Hal ini selari dengan pelan tindakan teknologi hijau bagi pengangkutan, iaitu dengan
menggalakkan penggunaan kenderaan rendah karbon.

c Teknologi

Penggunaan kenderaan yang menggunakan teknologi elektrik menyumbang kepada kelestarian
pengangkutan. Penggunaan Sistem Pengangkutan Pintar seperti yang dipraktikkan oleh Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga merupakan antara teknologi yang mengurus trafik
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tujuan kelestarian pengangkutan.

Kesan Kelestarian dalam Pengangkutan

Terdapat pelbagai kesan positif hasil daripada pelaksanaan pengangkutan lestari. Rajah 1.5
menunjukkan kesan kelestarian dalam pengangkutan.

(a) Kesan Kelestarian (e)
Mengurangkan dalam Pengangkutan Mengurangkan

kesesakan kemalangan
jalan raya

(b) (c) (d)
Mengurangkan Mengekalkan Kos sosial
nilai-nilai alam
pencemaran
udara sekitar

Rajah 1.5 Kesan kelestarian dalam pengangkutan

15

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

(a) Mengurangkan Kesesakan Jalan Raya
• Menukar mod daripada kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam dapat

mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan dan seterusnya mengurangkan kesesakan
jalan raya. Apabila jumlah kenderaan persendirian di atas jalan berkurangan, maka
kesesakan jalan raya juga turut berkurang dan dapat mempertingkatkan kecekapan
terutamanya perkhidmatan pengangkutan awam dan logistik dari segi masa perjalanan,
penggunaan tenaga, dan lain-lain.
• Kecekapan pengangkutan awam seperti kekerapan jadual perjalanan, capaian yang lebih
luas, keselesaan, dan keselamatan merupakan faktor utama yang dapat menarik minat
pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam.
Foto 1.4 menunjukkan kesesakan jalan raya yang sering berlaku.

Foto 1.4 Kesesakan jalan raya

16

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

(b) Mengurangkan Pencemaran Udara PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

• Apabila bilangan kenderaan di jalan raya berkurangan, maka sudah pasti akan dapat
mengurangkan kesan pencemaran dan jejak karbon.

• Penggunaan teknologi seperti penggunaan biodiesel, kenderaan elektrik, dan kenderaan
hibrid sebagai alternatif juga membantu mengurangkan kesan gas rumah hijau.

• Pergerakan manusia tanpa menggunakan kenderaan bermotor seperti berjalan kaki dan
berbasikal juga dikategorikan sebagai kaedah pengangkutan lestari yang bukan sahaja
mesra alam malah memberikan kesihatan yang baik.

Foto 1.5 menunjukkan pencemaran yang berlaku disebabkan oleh kenderaan.

Foto 1.5 Pencemaran disebabkan oleh kenderaan
17

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

(c) Mengekalkan Nilai-nilai Alam Sekitar
• Sistem pengangkutan lestari terdiri daripada elemen hijau dalam pembinaan infrastruktur.

Hal ini termasuk mereka bentuk landskap yang mengekalkan pokok-pokok yang
boleh merendahkan suhu dan berfungsi sebagai penapis haba dan habuk terutamanya
di kawasan bandar.
Foto 1.6 menunjukkan landskap jalan yang mengekalkan elemen hijau.

Foto 1.6 Landskap jalan

(d) Kos Sosial
• Pengangkutan lestari dapat mengurangkan kos sosial dari segi kos kemalangan yang

kebanyakannya ditanggung oleh pihak kerajaan. Contohnya, kemusnahan harta benda
seperti papan tanda jalan, lampu jalan, dan sebagainya yang disebabkan oleh kemalangan.
• Sekiranya risiko kemalangan dan kecederaan dapat dikurangkan, maka kos perubatan
juga turut berkurang.
• Pengangkutan lestari akan dapat melancarkan perjalanan dan seterusnya menjimatkan
masa. Hal ini akan dapat mengurangkan kesesakan dan tekanan emosi semasa berada
di jalan raya.

18

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

(e) Mengurangkan Kemalangan PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

• Pergerakan menggunakan kenderaan tidak bermotor dapat mengurangkan kecederaan
parah sekiranya berlaku kemalangan.

• Sekiranya bilangan kenderaan berkurangan di jalan raya, maka risiko berlaku kemalangan
juga akan turut menurun.

Foto 1.7 menunjukkan kemalangan yang berlaku di jalan raya.

Foto 1.7 Kemalangan jalan raya

AKTIVITI
1. Senaraikan tiga contoh sistem pengangkutan di Malaysia yang menepati elemen kelestarian.
2. Fikirkan justifikasi mengapa sistem pengangkutan tersebut perlu digunakan berbanding

dengan sistem sedia ada.

19

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

1.2 SALIRAN DAN KESTABILAN CERUN

Sistem saliran dan kestabilan cerun amat penting bagi menyokong pembinaan jalan yang kukuh
dan stabil bagi tempoh yang lama. Struktur kestabilan cerun seperti bangunan, empangan,
jalan, dan kemudahan binaan perlu dibina di atas tanah yang kukuh. Kebanyakan tanah asal
lebih stabil dan kental. Terdapat juga tanah yang bermasalah seperti tanah pasir yang mudah
runtuh dan tanah liat yang mengembang. Tanah seperti ini boleh menyebabkan masalah
kestabilan dan enapan yang boleh menyebabkan kemalangan dan kerosakan kepada sebarang
binaan di atas tanah tersebut. Pembaikan tanah perlu dilakukan supaya boleh menampung
keperluan pembinaan.

1.2.1 Sistem Saliran Jalan Raya Standard pembelajaran

Sistem saliran jalan raya melibatkan proses pengawalan • Menggambarkan sistem saliran
dan penyingkiran air berlebihan pada permukaan turapan jalan raya:
dan air bawah permukaan dalam lingkungan rizab jalan dan i. Sistem saliran air permukaan
kawasan yang bersebelahan dengannya. Sistem saliran jalan ii. Sistem saliran air bawah tanah
terdiri daripada dua komponen penting, iaitu penghindaran
dan saliran. Penghindaran bermaksud penyingkiran air
hujan dari permukaan jalan. Saliran pula meliputi semua
komponen struktur jalan bagi memastikan struktur jalan
kering. Rajah 1.6 menunjukkan contoh keratan rentas jalan
dan sistem saliran.

Laluan Rizab jalan untuk Rizab jalan untuk Laluan

Rizab pejalan Perabot pelebaran masa Jalan raya Jalan raya pelebaran masa Perabot pejalan Rizab

parit kaki jalan hadapan hadapan jalan kaki parit

1.2 m min pelbagai 3.65 m 3.65 m pelbagai min 1.2 m
1.5 m 1.5 m

20 m

Rajah 1.6 Contoh keratan rentas jalan dan sistem saliran

Sumber: Garis Panduan Pemasangan Railing, Laluan
Pejalan Kaki Jenis Konkrit dan Ramp Mengikut

Reka bentuk Sejagat (Universal Design) serta Bandar
Selamat / Crime Prevention Through Environmental

Design (CPTED), 2016

20

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

Kepentingan Sistem Saliran Jalan Raya PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

Sistem saliran permukaan penting dalam kejuruteraan jalan raya. Sebuah jalan berturap tanpa
kemudahan saliran yang baik tidak akan berfungsi untuk jangka masa yang lama. Air, terutamanya
air hujan di atas jalan perlu dialirkan keluar melalui saliran permukaan yang membawa air ke
saliran terdekat seperti parit atau longkang terbuka. Air yang bertakung pada permukaan jalan boleh
memberikan kesan yang berbahaya terhadap kenderaan yang bergerak dan sekali gus kepada pengguna
jalan raya. Foto 1.8 menunjukkan kerosakan jalan disebabkan oleh kegagalan reka bentuk saliran.

Banjir kilat

Jalan raya runtuh

Kerosakan lapisan turapan
Foto 1.8 Contoh kerosakan jalan

21

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

Air hujan akan membentuk air larian permukaan yang turut meresap ke dalam tanah membentuk
air bumi. Sistem saliran air bawah tanah perlu bagi memastikan kelembapan yang minimum dalam
subgred dan menghalang resapan air bumi dengan pemasangan saliran bawah tanah. Kedudukan
aras air bumi bergantung kepada keadaan di sesuatu kawasan. Jika kawasan tersebut kerap berlaku
banjir, aras air bumi mestilah sekurang-kurangnya dua meter di bawah aras formasi. Bagi kawasan
yang tidak mengalami banjir, aras air bumi mestilah sekurang-kurangnya satu meter di bawah aras
formasi. Rajah 1.7 menunjukkan kesan sistem saliran jalan raya.

Air hujan

Air larian

Meresap Bertakung
ke dalam tanah di permukaan jalan

Air bumi

Melemahkan kestabilan subgred Merosakkan lapisan permukaan Kesan
dan mengakibatkan kegagalan
struktur turapan jalan turapan dan berbahaya kepada ke atas

pemandu kenderaan jalan

Saliran air bawah tanah Saliran air permukaan Kaedah
penyelesaian

Rajah 1.7 Kesan sistem saliran jalan raya

22

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

1 Sistem Saliran Air Permukaan PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

Sistem saliran air permukaan berfungsi untuk menyingkirkan air yang terkumpul di atas permukaan

jalan raya, bahu jalan raya, dan permukaan berhampiran. Air permukaan disumbangkan oleh

air hujan dan air yang telah digunakan oleh manusia sama ada dari rumah, pejabat, bangunan,

dan lain-lain. Air permukaan akan dikumpulkan dan

kemudian disingkirkan daripada permukaan jalan dengan TAHUKAH KAMU?
sistem saliran permukaan. Sistem penyaliran air biasanya

berhubung dengan sistem pembetungan untuk mengalirkan

air ke sungai. Sistem ini penting bagi mengelakkan Sistem pembetungan terdiri
berlakunya banjir di atas jalan raya. daripada longkang, paip atau
parit yang menyalirkan air
Bagi memastikan sistem saliran air permukaan permukaan sebelum melimpah

berfungsi dengan baik, jalan raya perlu direka bentuk keluar ke permukaan jalan.

secara geometri untuk memastikan air di atas permukaan

jalan mengalir ke sistem saliran air permukaan yang

terletak di pinggir jalan. Rajah 1.8 menunjukkan sistem

saliran air permukaan.

Sistem (a) Kamber permukaan jalan
Saliran Air (b) Membina erong salir dan gegeluk
Permukaan (c) Membina parit
(d) Membina pembetung

Rajah 1.8 Sistem saliran air permukaan

23

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

(a) Kamber Permukaan Jalan

Keratan rentas jalan perlu dicerunkan dari titik tengah jalan dan terus menuju ke kedua-
dua sisi turapan untuk menghasilkan satu titik tertinggi yang dinamakan puncak turapan.
Perbezaan aras puncak turapan dengan sisi turapan dikenali sebagai kecerunan jalan dan
dinamakan sebagai kamber jalan. Semakin tinggi nilai kecerunan, maka semakin besar
perbezaan aras dan seterusnya semakin cepat air dapat disalirkan keluar dari permukaan
jalan. Kepantasan penyaliran air bergantung kepada tekstur permukaan jalan. Kecerunan
jalan ditentukan oleh jenis permukaan turapan. Rajah 1.9 menunjukkan kecerunan
permukaan jalan. Jadual 1.2 menunjukkan nilai kecerunan permukaan jalan.

4% 2.5% 2.5% 4%

Turapan Tapak Subtapak Subgred

Rajah 1.9 Kecerunan permukaan jalan

Jadual 1.2 Nilai kecerunan permukaan jalan

Kualiti Permukaan Turapan Kecerunan (%)
Tinggi 2.5

Sederhana 2.5 – 3.5
Rendah 2.5 – 6.0

Sumber: A Guide on Geometric Design of Road,
Arahan Teknik (Jalan) 8/86, Jabatan Kerja Raya

Air yang bertakung di atas permukaan jalan boleh mendatangkan risiko kemalangan
kepada pengguna jalan raya. Hal ini dapat dilihat daripada aspek-aspek berikut:

Rintangan gelincir di antara permukaan jalan dengan permukaan tayar kenderaan akan
menurun sekiranya permukaan turapan ditakungi air. Hal ini akan mengakibatkan
kenderaan berisiko untuk tergelincir.

Air yang bertakung di atas permukaan jalan juga meningkatkan kemungkinan berlaku
penyusupan air ke lapisan struktur turapan jalan hingga ke lapisan subgred. Hal ini akan
menyebabkan kerosakan terhadap lapisan struktur jalan.

Air yang bertakung di atas permukaan jalan boleh mengurangkan sifat lekitan antara
bahan berbitumen dengan agregat dan seterusnya menyebabkan kerosakan pada
permukaan turapan jalan.

24

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

(b) Membina Erong Salir dan Gegeluk PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

Air permukaan disalirkan melalui sistem gegeluk yang mengandungi gegeluk (gully),
erong salir (scupper drain), dan bebendul (kerb). Di hujung turapan jalan mempunyai
bebendul yang berfungsi untuk mengumpul dan mengalirkan air pada sela masa tertentu
sebelum disingkirkan ke dalam gegeluk, erong salir, dan parit jalan (road drain).
Rajah 1.10 menunjukkan keratan rentas gegeluk, erong salir dan parit jalan.

Bebendul

Erong salir Parit jalan
Gegeluk

Rajah 1.10 Keratan rentas gegeluk, erong salir dan parit jalan

(c) Membina Parit

Parit dibina di sepanjang tepi jalan untuk mengalirkan air permukaan dari jalan ke bahu
jalan. Di kawasan potongan, parit akan dibina bagi menghalang air dari tanah tinggi

masuk ke atas jalan. Manakala di kawasan tambakan pula, parit ini memerangkap air bagi
mengelakkan hakisan terhadap tambakan. Foto 1.9 dan Rajah 1.11 menunjukkan sistem

saliran di cerun.

Parit Parit Parit pemungut Parit pemintas
pemintas pemungut

Bahu jalan

Foto 1.9 Sistem saliran di cerun Parit
jalan

Salir
bawah tanah
Rajah 1.11 Sistem saliran di cerun

25

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

(d) Membina Pembetung

Pembetung (culvert) digunakan sebagai laluan untuk mengalirkan air permukaan
melalui bawah jalan tanpa gangguan dan merosakkan jalan. Pemilihan jenis pembetung
bergantung kepada pertimbangan persekitaran, risiko harta benda, kos pembinaan dan
penyenggaraan, jumlah isi padu jangkaan air permukaan, dan nilai estetik. Foto 1.10
menunjukkan jenis-jenis pembetung yang digunakan untuk menyalirkan air permukaan.
Faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam reka bentuk dan pembinaan pembetung ialah:
• Menyediakan laluan air yang mencukupi terutamanya semasa hujan lebat.
• Kekuatan struktur yang mencukupi untuk menanggung beban tanah tambak dan

lalu lintas.
• Kecerunan yang mencukupi untuk mengelakkan mendapan dan hakisan. Kecerunan

pada satu hingga dua peratus diperlukan bagi mencapai halaju yang dibenarkan.
• Tembok perlu dibina di bahagian keluar atau masuk pembetung dan dibina di kawasan

berbukit atau tambakan tinggi.

Contoh jenis-jenis pembetung

Pembetung kotak Pembetung gerbang

Pembetung paip
Foto 1.10 Jenis-jenis pembetung

26

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

2 Sistem Saliran Air Bawah Tanah PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

Sistem saliran air bawah tanah berfungsi untuk menyingkirkan air yang terkumpul di bawah lapisan
struktur jalan bagi memastikan kekuatan struktur jalan raya dapat dikekalkan. Air bawah tanah boleh
terkumpul di bawah lapisan turapan melalui dua cara, iaitu resapan air ke bawah tanah disebabkan
oleh tarikan graviti dan kenaikan air bumi disebabkan oleh kenaikan rerambut (capillary rise).
Rajah 1.12 menunjukkan sistem saliran air bawah tanah.

Sistem a Penurunan aras air bumi SUDUT INFO
Saliran b Resipan dan kenaikan rerambut
Air Bawah Air bumi ialah air yang
Tanah menyusup ke dalam tanah dan
menusuk ke strata bawah tanah
yang dikenali sebagai acquifer.

Rajah 1.12 Sistem saliran air bawah tanah

a Penurunan Aras Air Bumi

Air yang meresap ke bawah tanah disalirkan melalui salir pencawang dan salir utama yang dibina
di bawah bahagian turapan. Antara corak saliran bawah tanah yang biasa digunakan ialah corak
selari dan corak tulang belut. Rajah 1.13 menunjukkan saliran bawah tanah corak selari dan
Rajah 1.14 menunjukkan saliran bawah tanah corak tulang belut.

Salir utama Salir pencawang

(i) Corak selari Pandangan atas

Salir utama/paip salir berliang Salir pencawang

Pandangan keratan rentas

Rajah 1.13 Corak selari

27

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Salir utama

Salir pencawang

(ii) Corak tulang belut

Pandangan atas

Salir utama/paip salir berliang Salir pencawang

Pandangan keratan rentas

Rajah 1.14 Corak tulang belut

b Resipan dan Kenaikan Rerambut

Kuasa graviti boleh menarik air dan wap ke bawah supaya berada pada aras air muka tanah
manakala struktur rerambut tanah cenderung menarik air dan wap ke atas. Tanah mempunyai kuasa
sedutan dan akan bergerak ke atas apabila terdapat perbezaan kandungan wap di dalam strata tanah
dan perbezaan suhu harian. Resipan air melalui kenaikan rerambut boleh dikawal dengan membina
satu lapisan bahan berbutir setebal 100 mm hingga 500 mm di bawah lapisan turapan untuk
menyalirkan air yang naik disebabkan kenaikan rerambut. Rajah 1.15 menunjukkan resipan dan
kenaikan rerambut.

Turapan jalan Lapisan berbutir (pasir) Parit jalan

Pergerakan air dengan kenaikan rerambut
Rajah 1.15 Resipan dan kenaikan rerambut

28

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

1.2.2 Faktor yang Mempengaruhi Kestabilan Cerun PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

Cerun dikaitkan dengan ketinggian sesuatu kawasan, iaitu

kawasan yang tinggi mempunyai kecerunan yang tinggi. Standard pembelajaran
Kawasan seperti ini sering berlaku keruntuhan di mana tanah

atau batuan di kawasan tersebut tergelongsor ke bawah. • Menganalisis faktor yang

Tanah yang berada dalam keadaan cerun akan mempengaruhi kestabilan cerun.

membentuk daya dan mengakibatkan tanah bergerak dari

kawasan yang tinggi ke kawasan yang lebih rendah. Daya utama yang wujud ialah daya graviti dan

daya resipan yang membentuk tegasan ricih dalam tanah. Sekiranya paduan rintangan ricih ke atas

setiap satah dalam tanah lebih kecil daripada tegasan kenaan, kegagalan cerun akan berlaku dalam

bentuk gelinciran. Rajah 1.16 menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan cerun.

1 Beban

Kejelekitan tanah 2

3 Penyaliran

Tekanan air liang 4

5 Kecerunan

Rajah 1.16 Faktor yang mempengaruhi kestabilan cerun

29

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 1 Beban

Daya yang bertindak pada satah gelinciran Foto 1.11 Kegagalan cerun akibat beban
terdiri daripada beban cerun dan beban kenaan
(jika ada). Beban kenaan ialah beban yang
terdapat pada cerun dan berada dalam keadaan
stabil apabila direntangi oleh tegasan ricih
yang bertindak di sekeliling satah kegagalan.
Sekiranya beban kenaan bertindak melebihi
kekuatan ricih tanah, maka kegagalan cerun
akan berlaku. Foto 1.11 menunjukkan kegagalan
cerun akibat beban yang dikenakan melebihi
kekuatan ricih tanah.

2 Kejelekitan Tanah

Cerun tanah jelekit lebih stabil kerana mempunyai
daya ikatan yang kukuh antara zarah-zarah
tanahnya. Daya ikatan tersebut akan membentuk
kekuatan ricih hasil daripada rekatan dan
geseran antara zarah tanah. Rekatan dan daya
geseran ini mengikat zarah tanah dan berupaya
menahan cerun daripada menggelongsor.
Foto 1.12 menunjukkan kejadian cerun runtuh
bagi tanah jelekit.

Foto 1.12 Cerun runtuh tanah jelekit

Cerun tanah tak jelekit seperti pasir dan kerikil
bergantung pada daya geseran antara zarahnya
sahaja. Daya geseran tanpa rekatan kurang
berupaya menahan berat tanah dan beban kenaan
sehingga menyebabkan cerun menggelongsor.
Foto 1.13 menunjukkan kejadian cerun runtuh
bagi tanah tak jelekit.

Foto 1.13 Cerun runtuh tanah tak jelekit

30

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

3 Penyaliran PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

Kandungan air yang terdapat di dalam tanah Foto 1.14 Cerun runtuh akibat air larian
boleh melemahkan ikatan antara zarah tanah. permukaan dan resipan air
Air hujan yang mengalir pada permukaan cerun
dan resipan yang berlaku antara zarah tanah
akan meningkatkan kandungan lembapan
dan aras air bumi. Peningkatan kandungan
lembapan akan meningkatkan lagi berat tanah
dan seterusnya mengurangkan kekuatan ricih
tanah tersebut. Air larian permukaan dan resipan
perlu disalirkan dengan baik bagi mengelakkan
kegagalan cerun atau dikenali sebagai cerun
runtuh. Foto 1.14 menunjukkan air larian
permukaan dan resipan air dalam tanah yang
menyebabkan kegagalan cerun.

4 Tekanan Air Liang Zarah tanah Zarah tanah
tersusun rapat renggang
Cerun yang berada dalam keadaan normal
mempunyai kandungan lembapan dan tekanan Tekanan air
air liang yang boleh membantu mengukuhkan liang
ikatan antara zarah tanah. Semasa hujan,
air larian permukaan akan meresip masuk Pengumpulan
ke dalam rongga dan liang zarah tanah. Hal ini dan penepuan
akan menyebabkan peningkatan kandungan
air dan meningkatkan tekanan air liang sedia air
ada di dalam cerun. Tekanan air liang yang
berlebihan akan menyebabkan tekanan antara (a) Tekanan berkesan dalam (b) Tekanan berkesan
zarah tanah berkurangan dan ikatan antara zarah keadaan normal berkurangan
tanah menjadi longgar sehingga menyebabkan
kegagalan cerun. Rajah 1.17 menunjukkan
tekanan air liang.

Rajah 1.17 Tekanan air liang

31

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 5 Kecerunan

Tanah yang mempunyai kejelekitan yang
tinggi membolehkan kecerunannya dibina lebih
curam, manakala bagi tanah yang mempunyai
kejelekitan yang rendah, kecerunannya dibina
lebih landai untuk mengimbangkan antara
tindakan berat kenaan dan berat tanah dengan
daya ricih tanah pada permukaan cerun. Cerun
bagi tanah tak jelekit yang dibina terlalu curam
boleh menyebabkan berlakunya kegagalan cerun.
Foto 1.15 menunjukkan kecerunan cerun.

TAHUKAH KAMU? Foto 1.15 Kecerunan cerun

Akar serabut dapat memegang tanah
dan batuan yang mampu meningkatkan
kestabilan cerun.

AKTIVITI

1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2. Murid dikehendaki mendapatkan maklumat tentang kejadian tanah runtuh dan

kestabilan cerun.
3. Murid diminta membuat pembentangan dan mempersembahkan hasil dapatan kepada

keseluruhan kelas.

32

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

1.2.3 Kaedah Penstabilan Cerun PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

Terdapat pelbagai kaedah penstabilan cerun bagi mengelakkan Standard pembelajaran
keruntuhan cerun dan hakisan tanah di kawasan cerun.
Kaedah-kaedah ini boleh dipilih bergantung kepada jenis • Membuat justifikasi pemilihan
tanah, ketinggian cerun, dan fasa pembangunan. Rajah 1.18 kaedah penstabilan cerun.
menunjukkan kaedah penstabilan cerun.

(h) Memasang cerucuk Kaedah (a) Melandaikan cerun
kepingan (sheet pile) Penstabilan
(b) Membina tembok
(g) Memasang geosintetik Cerun penahan

(f) Membina sistem (c) Membina tembok
penambat gabion

(e) Membina saliran (d) Penanaman pokok
dan rumput

Rajah 1.18 Kaedah penstabilan cerun

(a) Melandaikan Cerun

Sudut cerun bagi tanah jelekit tidak melebihi 60° dan sudut bagi tanah tak jelekit tidak melebihi
30°. Rajah 1.19 menunjukkan sudut cerun tanah jelekit dan tanah tak jelekit.

SILA IMBAS KOD QR

Imbas kod QR untuk
mengetahui maklumat
tambahan tentang kaedah
penstabilan cerun.
(Dicapai pada 4 Ogos 2020)
60° 30°

Cerun tanah jelekit Cerun tanah tak
sudut 60° jelekit sudut 30°

Rajah 1.19 Sudut cerun tanah jelekit dan tanah tak jelekit

33

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

(b) Membina Tembok Penahan

Tembok penahan yang direka bentuk mampu menampung beban yang dikenakan. Tembok penahan
dibina daripada batu atau konkrit bertetulang. Rajah 1.20 dan Foto 1.16 menunjukkan tembok
penahan konkrit bertetulang. Rajah 1.21 dan Foto 1.17 menunjukkan tembok penahan graviti.

Bahan Lubang
berbutir leleh
tergred

Tembok penahan konkrit bertetulang Lubang leleh
Rajah 1.20 Tembok penahan konkrit bertetulang Foto 1.16 Tembok penahan konkrit bertetulang

Bahan Lubang leleh
berbutir
tergred

Tembok penahan graviti Lubang leleh
Rajah 1.21 Tembok penahan graviti Foto 1.17 Tembok penahan graviti

Nyatakan tiga perbezaan tembok
penahan konkrit bertetulang dan tembok
penahan graviti.

34

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

(c) Membina Tembok Gabion PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

Tembok gabion merupakan sangkar jaring berbentuk segi empat yang diisi dengan ketulan batu
sederhana besar. Tembok gabion biasanya disusun bertangga atau berbentuk hamparan supaya lebih
kukuh dan stabil. Foto 1.18 menunjukkan tembok gabion.

Foto 1.18 Tembok gabion

(d) Penanaman Pokok dan Rumput

Penanaman pokok dan rumput boleh menghalang hakisan cerun dan dapat mengurangkan kelajuan
air larian permukaan. Foto 1.19 menunjukkan penanaman rumput di cerun.

Foto 1.19 Penanaman rumput

35

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

(e) Membina Saliran
Sistem saliran berfungsi untuk memudahkan penyaliran air dengan membina longkang secara
melintang di atas cerun dan alur utama secara menegak. Foto 1.20 menunjukkan sistem saliran
di cerun.

Foto 1.20 Sistem saliran di cerun
(f) Membina Sistem Penambat
Penambat biasanya dibina pada tanah cerun yang keras dan padat. Penambat atau sauh bumi terdiri
daripada kabel atau bar keluli tegangan tinggi yang dipanggil tendon. Satu hujung tendon ditanam
di dalam tanah dengan menggunakan turapan simen atau tanah berturap, manakala hujung yang
satu lagi ditambat pada plat galas di atas struktur yang akan disokong. Foto 1.21 menunjukkan
sistem penambat.

Foto 1.21 Sistem penambat
36

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

(g) Memasang Geosintetik PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

Fungsi utama geosintetik adalah untuk mengukuhkan tanah dan menstabilkan binaan seperti
subgred dan cerun. Geosintetik diletakkan antara dua jenis bahan yang berbeza. Contohnya tanah
dan batu baur berfungsi untuk menghalang percampuran antara keduanya. Foto 1.22 menunjukkan
cerun yang dihamparkan dengan geosintetik.

Foto 1.22 Geosintetik

(h) Memasang Cerucuk Keping (Sheet Pile)

Cerucuk keping boleh digunakan secara
sementara atau kekal. Cerucuk keping sangat
tahan dan berkesan dalam menahan tanah dan air.
Cara pembinaan cerucuk keping ini juga melalui
cara hentakan menggunakan penukul atau
penggetar. Cerucuk keping sangat sesuai dalam
pembinaan ruang bawah tanah (basement) dan
dinding penahan ombak. Foto 1.23 menunjukkan
penggunaan cerucuk keping.

Foto 1.23 Cerucuk keping

37

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

1.2.4 Kaitan antara Sistem Saliran dengan Penstabilan Cerun

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sistem saliran amat penting bagi memastikan kestabilan Standard pembelajaran
cerun kerana air ialah salah satu penyebab kepada kejadian

tanah runtuh sekiranya tidak dialirkan dengan baik. • Merumuskan perkaitan antara
sistem saliran dengan penstabilan
Pembinaan sistem saliran dapat memudahkan penyaliran cerun.
air permukaan di kawasan cerun. Sistem saliran juga perlu

diselenggara dengan baik bagi mengelakkan air melimpah

sehingga boleh mengakibatkan hakisan di kawasan cerun. Sistem saliran di kawasan cerun terdiri

daripada binaan longkang secara melintang dan menegak. Foto 1.24 menunjukkan pembinaan

sistem saliran di cerun.

Parit Parit
pemintas pemungut

Foto 1.24 Pembinaan sistem saliran di cerun

Pengaliran air bumi pula boleh disalirkan dengan pembinaan paip berlubang yang dimasukkan
ke dalam cerun untuk mengalirkan air bumi keluar ke permukaan cerun dan memasuki longkang.
Paip berlubang ini disaluti dengan geosintetik bagi menghalang tanah yang halus memasuki
longkang. Rajah 1.22 menunjukkan sistem saliran air bumi di kawasan cerun.

Air yang keluar Air bumi

Paip berlubang
Rajah 1.22 Sistem saliran air bumi di kawasan cerun
38

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

1.3 pembinaan jalan raya

Pembinaan jalan raya ialah proses pembukaan ruangan trafik untuk laluan kenderaan yang PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
melibatkan perubahan muka bumi, pembinaan jambatan, dan terowong serta pembersihan
kawasan hutan.

1.3.1 Jenis Jalan Raya

Jabatan Kerja Raya (JKR) bertanggungjawab mengkategori Standard pembelajaran
dan mengklasifikasi jalan-jalan di Malaysia. Jalan raya
telah dikategorikan kepada dua, iaitu jalan bandar dan jalan • Menyatakan jenis jalan raya.

luar bandar.

1 Jalan Bandar

Jalan bandar boleh diklasifikasikan kepada empat jenis jalan. Rajah 1.23 menunjukkan jenis
jalan bandar.

Jalan Tempatan Lebuh Raya TAHUKAH KAMU?
d a Ekspres
Laluan Sutera China ialah jalan paling
Jalan c b Jalan Arteri awal dibina sekitar 2600 SM semasa
Pengumpul Tamadun China. Laluan sutera ini
digunakan untuk perdagangan sutera
dari China hingga Eropah.

Rajah 1.23 Jalan bandar

2 Jalan Luar Bandar

Jalan luar bandar boleh diklasifikasikan kepada lima jenis jalan. Rajah 1.24 menunjukkan jenis jalan
luar bandar.

(b) Lebuh Raya (d) Jalan Sekunder

(a) Lebuh Raya (c) Jalan Utama (e) Jalan Minor
Ekspres

Rajah 1.24 Jalan luar bandar

39

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

a Lebuh Raya Ekspres

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Lebuh raya ekspres dibina bagi perjalanan jarak jauh berserta SUDUT INFO
trafik berkelajuan tinggi, iaitu had maksimum 110 km/j.
Lebuh raya ini mempunyai persimpangan dan akses yang Rangkaian lebuh raya PLUS
terhad, iaitu kawalan penuh. Semua lebuh raya ekspres adalah merangkumi:
bertol. Lebuh raya ekspres dibina dan diselenggara oleh • Lebuh Raya Utara Selatan
beberapa syarikat konsesi dan dikawal selia oleh Lembaga • Lebuh Raya Baru Lembah
Lebuh Raya Malaysia (LLM). Foto 1.25 menunjukkan lebuh
raya ekspres. Klang
• Lebuh Raya Seremban ̶ Port

Dickson (SPDH)
• Lebuh Raya Utara Selatan

Lingkaran Tengah
• Laluan Kedua Malaysia ̶

Singapura (LINKEDUA)
• Lebuh Raya Butterworth ̶ Kulim
• Jambatan Pulau Pinang

Bincangkan kesan
pembinaan lebuh raya
terhadap persekitaran
setempat.

Foto 1.25 Lebuh raya ekspres

b Lebuh Raya atau Jalan Arteri

Lebuh raya atau jalan arteri dibina untuk perjalanan jarak sederhana dengan kelajuan maksimum
90 km/j. Lebuh raya menghubungkan lebuh raya ekspres dengan kawalan akses separa. Peruntukan
pembinaan dan penyelenggaraan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan pusat melalui Jabatan Kerja
Raya (JKR) persekutuan. Foto 1.26 menunjukkan lebuh raya atau jalan arteri.

Foto 1.26 Lebuh raya atau jalan arteri
40

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

c Jalan Utama atau Jalan Pengumpul PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

Jalan utama atau jalan pengumpul dibina bagi tujuan perjalanan jarak sederhana dengan kelajuan
maksimum 90 km/j. Jalan ini merupakan jalan raya utama di dalam negeri yang menghubungkan
satu daerah dengan satu daerah yang lain. Peruntukan pembiayaan dan penyelenggaraan dibiayai
oleh kerajaan negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri. Foto 1.27 menunjukkan jalan utama
atau jalan pengumpul.

Foto 1.27 Jalan utama atau jalan pengumpul

d Jalan Sekunder atau Jalan Tempatan

Jalan sekunder atau jalan tempatan dibina bagi tujuan perjalanan jarak sederhana dengan kelajuan
maksimum 60 km/j. Jalan ini menghubungkan satu kawasan dengan satu kawasan lain di dalam
daerah yang sama. Peruntukan pembiayaan dan penyelenggaraan dibiayai oleh pihak berkuasa
tempatan seperti majlis perbandaran, majlis daerah dan sebagainya. Foto 1.28 menunjukkan jalan
sekunder atau jalan tempatan.

Foto 1.28 Jalan sekunder atau jalan tempatan

41

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

e Jalan Minor

Jalan minor dibina bagi tujuan perjalanan jarak pendek dan biasanya melibatkan lalu lintas tempatan.
Peruntukan pembiayaan dan penyelenggaraan dibiayai oleh pihak berkuasa tempatan. Foto 1.29
menunjukkan jalan minor.

Foto 1.29 Jalan minor

Bincangkan perbezaan antara jalan raya AKTIVITI
di Malaysia dan di luar negara.
Dapatkan saiz bagi setiap jenis jalan raya
di Malaysia dan bincangkan.

42


Click to View FlipBook Version