The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Admin, 2021-01-21 17:49:13

Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 5 KSSM

PKA T5 KSSM

Keywords: PKA,PKA KSSM,KSSM,Pengajian Kejuruteraan Awam KSSM

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

1.3.2 Aspek Pembinaan Jalan Raya di Malaysia PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

Aspek yang perlu diambil kira dalam pembinaan jalan raya Standard pembelajaran
ialah kaedah pembinaan, kaedah penyenggaraan, peruntukan
kewangan, fungsi, dan reka bentuk. Rajah 1.25 menunjukkan • Menerangkan jenis jalan raya
aspek pembinaan jalan raya di Malaysia. di Malaysia dari aspek:
i. Kaedah pembinaan
ii. Kaedah penyenggaraan
iii. Peruntukan kewangan
iv. Fungsi dan reka bentuk

(d) Fungsi dan Aspek (a) Kaedah
reka bentuk Pembinaan pembinaan
Jalan Raya
(c) Peruntukan di Malaysia (b) Kaedah
kewangan penyenggaraan

Rajah 1.25 Aspek pembinaan jalan raya di Malaysia

(a) Kaedah Pembinaan

Pembinaan lebuh raya ekspres biasanya dilakukan oleh syarikat konsesi yang terdiri daripada
gabungan atau kerjasama syarikat swasta dan kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan. Biasanya
penglibatan kerajaan negeri atau persekutuan dalam syarikat konsesi adalah sebagai satu bentuk
strategi pelaburan jangka panjang. Syarikat konsesi yang membina lebuh raya ekspres dibenarkan
untuk memungut tol bagi satu had tempoh tertentu yang telah dipersetujui dalam perjanjian konsesi.

(b) Kaedah Penyenggaraan

Penyenggaran jalan di Malaysia bergantung kepada jenis jalan. Penyenggaraan lebuh raya ekspres
di Malaysia pada asalnya adalah bawah seliaan dan tanggungjawab Lembaga Lebuh Raya
Malaysia (LLM). Namun, selepas pelaksanaan Dasar Penswastaan Kerajaan, penyenggaraan lebuh
raya ekspres adalah bawah tanggungjawab syarikat konsesi yang membina lebuh raya ekspres
berkenaan, bergantung kepada perjanjian konsesi yang telah dipersetujui. LLM masih memainkan
peranan penting dalam aspek memberi khidmat nasihat kepada syarikat konsesi dalam urusan

43

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

penyenggaraan lebuh raya ekspres bagi pihak kerajaan. Penyenggaraan jalan bandar dan jalan
luar bandar adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya Persekutuan, Jabatan Kerja Raya
Negeri, dan pihak berkuasa tempatan. Foto 1.30 menunjukkan logo Lembaga Lebuh Raya Malaysia
dan Foto 1.31 menunjukkan logo Jabatan Kerja Raya.

SILA IMBAS KOD QR

Imbas kod QR untuk melihat
portal rasmi Lembaga
Lebuh Raya Malaysia.
(Dicapai pada 4 Ogos 2020)

Foto 1.30 Logo Lembaga
Lebuh Raya Malaysia

SILA IMBAS KOD QR

Imbas kod QR untuk melihat
portal rasmi Kementerian
Kerja Raya.
(Dicapai pada 4 Ogos 2020)

Foto 1.31 Logo Jabatan
Kerja Raya

(c) Peruntukan Kewangan

Pembinaan dan penyenggaraan jalan memerlukan peruntukan kewangan yang tinggi.

Tanggungjawab menyediakan peruntukan kewangan bagi tujuan pembinaan dan penyenggaraan

jalan bergantung kepada jenis jalan. Sumber kewangan untuk pembinaan lebuh raya ekspres

disediakan oleh syarikat konsesi seperti PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Lebuh Raya Shah Alam

(KESAS), dan lain-lain. Tempoh kutipan tol oleh syarikat konsesi bergantung kepada perjanjian

konsesi yang telah dipersetujui. Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan pihak berkuasa

tempatan bertanggungjawab untuk menyediakan peruntukan kewangan untuk pembinaan dan

penyenggaraan jalan bandar dan jalan luar bandar. Contohnya,

peruntukan kewangan untuk membina Lebuh Raya Pan Borneo

yang menghubungkan Sarawak dan Sabah. Manakala Kerajaan

Persekutuan bertanggungjawab sepenuhnya menyediakan

peruntukan kewangan untuk penyenggaraan bagi jalan sedia ada

seperti Lebuh Raya Persekutuan. Foto 1.32 menunjukkan contoh

logo syarikat konsesi pembinaan lebuh raya di Malaysia. Foto 1.32 Logo syarikat konsesi

pembinaan lebuh raya

44

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

(d) Fungsi dan Reka Bentuk PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

Jalan boleh diklasifikasikan kepada dua, iaitu jalan bandar dan jalan luar bandar sebagaimana yang
telah diperincikan dalam subtopik jenis jalan raya. Reka bentuk jalan pula mengambil kira faktor
halaju trafik, beban trafik, dan prestasi jalan yang hendak dibina. Jadual 1.3 menunjukkan panduan
reka bentuk jalan berdasarkan fungsi jalan dan Jadual 1.4 menunjukkan ciri-ciri jalan berdasarkan
piawaian reka bentuk jalan.

Jadual 1.3 Panduan reka bentuk jalan berdasarkan fungsi jalan

Piawaian Reka Bentuk Kategori Jalan Piawaian Reka Bentuk Kategori Jalan
(Luar Bandar) (Bandar)

R6 • Lebuh raya ekspres U6 • Lebuh raya ekspres
U5 • Jalan arteri
R5 • Lebuh raya
• Jalan utama

R4 • Jalan utama U4 • Jalan arteri
• Jalan sekunder • Jalan pengumpul

R3 • Jalan sekunder U3 • Jalan pengumpul
• Jalan tempatan

R2 • Jalan minor U2 • Jalan tempatan

R1 • Laluan dua hala U1 • Laluan dua hala
yang rendah yang rendah

R1a • Akses tempatan ke • Akses tempatan ke
kawasan terhad U1a kawasan perumahan

kos rendah

Sumber: A Guide on Geometric Design of Roads,
Arahan Teknik (Jalan) 8/86, Jabatan Kerja Raya

45

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

Jadual 1.4 Ciri-ciri jalan berdasarkan piawaian reka bentuk jalan

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Piawaian Reka Bentuk Kategori
(Luar Bandar)

R6/U6 • Piawaian reka bentuk geometri yang tinggi.
R5/U5 • Jarak perjalanan yang jauh dengan halaju perjalanan melebihi
R4/U4
90 km/jam.
• Pembahagi jalan berkembar dengan kawalan akses penuh.

• Piawaian reka bentuk geometri yang tinggi.
• Jarak perjalanan yang jauh dan sederhana dengan halaju perjalanan

sederhana melebihi 80 km/jam.
• Boleh direka bentuk dengan pembahagi jalan berkembar dengan kawalan

akses separa.

• Piawaian reka bentuk geometri yang sederhana.
• Jarak perjalanan sederhana dengan halaju perjalanan sederhana melebihi

70 km/ jam.
• Kawalan akses separa.

R3/U3 • Piawaian reka bentuk geometri yang rendah.
• Trafik tempatan dengan halaju pemanduan 60 km/jam.
• Kawalan akses separa atau tiada kawalan akses.

R2/U2 • Piawaian reka bentuk geometri yang rendah untuk trafik tempatan rendah
R1/U1 sahaja dan biasanya halaju perjalanan ialah 50 km/jam.

• Tiada kawalan akses.

• Piawaian reka bentuk geometri yang paling rendah dengan
halaju perjalanan kurang daripada 40 km/jam.

• Jumlah kenderaan dagangan yang rendah berbanding
penumpang trafik.

Sumber: A Guide on Geometric Design of Roads,
Arahan Teknik (Jalan) 8/86, Jabatan Kerja Raya

46

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

1.3.3 Lapisan Struktur Jalan PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

Terdapat dua cara pembinaan jalan di Malaysia, iaitu jalan Standard pembelajaran
berturap dan jalan tidak berturap. Struktur jalan berturap terdiri
daripada empat komponen utama, iaitu subgred, subtapak, • Membezakan lapisan
tapak, dan lapisan turapan. Setiap komponen mempunyai struktur jalan:
fungsi penting dan perlu diberikan perhatian serta difahami i. Lapisan subgred
dalam membina jalan yang baik. Rajah 1.26 menunjukkan ii. Lapisan subtapak
lapisan struktur jalan. iii. Lapisan tapak
iv. Lapisan turapan
SILA IMBAS

Turapan
Tapak
Subtapak

Subgred

Rajah 1.26 Lapisan struktur jalan

a Lapisan Subgred

Lapisan subgred terdiri daripada bahan tambakan atau tanah semula jadi yang berada pada lapisan
paling bawah jalan dan berfungsi sebagai lapisan yang menanggung beban daripada lapisan-lapisan
jalan di atasnya dan kenderaan yang melaluinya.

Sifat lapisan subgred yang baik ialah stabil di bawah pelbagai jenis beban, mempunyai
kekuatan yang berkekalan dan dapat mengalirkan air dengan baik. Faktor yang mempengaruhi
kekuatan lapisan subgred ialah jenis tanah, kandungan air, dan kaedah pemadatan. Lapisan subgred
perlu dibina lebih tinggi daripada paras banjir tertinggi di kawasan pembinaan jalan.

Sekiranya keupayaan galas tanah asal bagi lapisan subgred adalah rendah, maka tanah perlu
digantikan dengan tanah yang lain. Ujian terhadap tanah perlu dijalankan agar tanah yang diganti
mempunyai nilai keupayaan galas tanah yang tinggi. Foto 1.33 menunjukkan kerja penggantian
tanah sedang dijalankan dan Foto 1.34 menunjukkan kerja pembinaan lapisan subgred.

47

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

Foto 1.33 Kerja penggantian tanah Foto 1.34 Kerja pembinaan lapisan subgred

Lapisan subgred hendaklah dipadatkan dengan menggunakan jentera pemadat seterusnya
dikamberkan. Foto 1.35 menunjukkan kerja pemadatan lapisan subgred dan Foto 1.36 menunjukkan
kerja pengkamberan lapisan subgred.

Foto 1.35 Pemadatan lapisan subgred Foto 1.36 Pengkamberan lapisan subgred

SUDUT INFO
Jika subgred tidak kukuh, kaedah saliran pasir
tegak perlu dijalankan.
48

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

b Lapisan Subtapak

Lapisan subtapak terdiri daripada bahan pasir lombong, pasir sungai, pecahan batu atau tanah laterit PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
yang diratakan di atas lapisan subgred. Lapisan subtapak berfungsi menanggung beban tapak jalan
dan mengagihkan beban ke lapisan subgred serta bertindak sebagai sistem penyaliran.

Lapisan subtapak mengandungi dua lapisan dengan ketebalan 150 mm untuk setiap lapisan.
Setiap lapisan dipadatkan dengan menggunakan jentera penggelek.

Setelah selesai pemadatan dijalankan, lapisan tersebut perlu dikamberkan. Foto 1.37
menunjukkan kerja penyediaan lapisan subtapak dan Foto 1.38 menunjukkan kerja pemadatan
lapisan subtapak.

Foto 1.37 Penyediaan lapisan subtapak Foto 1.38 Pemadatan lapisan subtapak

c Lapisan Tapak

Lapisan tapak terdiri daripada adunan agregat terhancur. Agregat terhancur yang digunakan
hendaklah kuat, tahan lasak, dan bersih.

Lapisan ini berfungsi sebagai lapisan penanggung utama beban, mengagihkan beban ke lapisan
bawahnya dan berfungsi menyediakan permukaan binaan untuk lapisan permukaan.

Lapisan tapak ini perlu dipadatkan dengan jentera pemadat dan dikamberkan. Foto 1.39
menunjukkan kerja-kerja penyediaan lapisan tapak dan Foto 1.40 menunjukkan kerja-kerja
pemadatan lapisan tapak menggunakan jentera pemadat. Foto 1.41 menunjukkan kerja-kerja
pengkamberan lapisan tapak.

49

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

Foto 1.39 Kerja penyediaan lapisan tapak Foto 1.40 Kerja pemadatan lapisan tapak

SUDUT INFO
Penggunaan jentera pemadat yang berat dapat
mempercepat proses pemadatan. Jumlah
bilangan jentera juga mempengaruhi proses
pemadatan tanah.

Foto 1.41 Kerja pengkamberan lapisan tapak

TAHUKAH KAMU?

Agregat dikenali sebagai batu baur. Terdapat dua jenis batu
baur, iaitu batu baur halus (pasir) dan batu baur kasar.

50

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

d Lapisan Turapan PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

Turapan jalan ialah struktur yang dibina di atas tanah yang telah dipadatkan bagi menampung
bebanan lalu lintas tanpa berubah bentuk. Turapan ini berfungsi menyebarkan beban kenderaan
pada asas jalan raya dan menyediakan permukaan jalan yang mempunyai rintangan kelincir yang
tinggi serta mempunyai masa hayat yang lama tanpa memerlukan kerja membaiki jalan.

Proses reka bentuk turapan bergantung kepada pemilihan bahan binaan dan reka bentuk
ketebalan. Rajah 1.27 menunjukkan ciri reka bentuk turapan jalan.

Ketebalan turapan

Ciri Reka Bentuk Kekuatan turapan
Turapan Jalan Kalis air

Tekstur permukaan

Rajah 1.27 Ciri reka bentuk turapan jalan

SUDUT INFO
Terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum pembinaan jalan seperti keadaan
topografi, iaitu bentuk muka bumi sesuatu kawasan, memastikan ciri tanah yang bersesuaian,
kesan pembinaan jalan terhadap alam sekitar, sumber kewangan serta sosioekonomi kawasan
persekitaran, dan memastikan sejarah laluan yang dipilih.

51

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 1.3.4 Jenis Turapan Jalan

Konsep reka bentuk turapan boleh dibahagikan kepada dua Standard pembelajaran
jenis, iaitu turapan lentur dan turapan tegar.

1 Turapan Lentur • Membandingkan jenis
turapan jalan:
Turapan lentur menyokong beban melalui i. Turapan lentur
tindakan zarah. Beban disebarkan pada satu ii.Turapan tegar
kawasan yang boleh dikatakan berbentuk
kon di bawah tayar. Bebanan dalam kawasan
kon ini berkurangan dari bawah ke atas dan
bergantung kepada jenis bahan yang digunakan.
Sehubungan itu, kekuatan subgred memainkan
peranan penting sebagai asas yang menyokong
beban.

Turapan lentur juga dikenali sebagai Foto 1.42 Proses pembinaan jalan turapan lentur
turapan berbitumen yang digunakan dalam
bancuhan turapan yang terdiri daripada jenis
asfalt atau tar. Bahan bitumen ini bertindak
sebagai pelekat kepada butir-butir agregat yang
mampu menanggung beban lalu lintas dan
menyalurkan beban ke lapisan bawah sehingga
lapisan subgred. Foto 1.42 menunjukkan proses
pembinaan jalan turapan lentur.

Pembinaan turapan lentur terdiri daripada lapisan subgred, lapisan subtapak, lapisan tapak, dan
lapisan turapan. Turapan direka bentuk dengan mengambil kira empat aspek utama, iaitu:

Ketebalan turapan mestilah mencukupi untuk mengagihkan beban tayar di permukaan
sehingga lapisan subgred mampu menampungnya tanpa berubah bentuk.

Kekuatan turapan sendiri mestilah sepadan untuk menampung tegasan yang dibebankan
ke atasnya.

Turapan jalan raya mestilah kalis air terhadap air permukaan. Jika tidak, penyusupan air
akan melemahkan subgred dan seterusnya memusnahkan lapisan struktur turapan.

Tekstur permukaan turapan mestilah memiliki ciri tahan gelincir yang memuaskan.

52

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

Lapisan turapan ialah lapisan permukaan jalan yang terdiri daripada dua lapisan, iaitu lapisan
pengikat dan lapisan haus.

(a) Lapisan pengikat PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

• Berfungsi sebagai pengagih beban ke tapak jalan dan sebagai penyediaan lapisan yang
rata dan lapisan haus dihamparkan ke atasnya.

• Menggunakan saiz agregat kurang daripada 28 mm dan dicampurkan dengan bitumen.

• Salut perdana (prime coat) akan disemburkan terlebih dahulu ke atas lapisan tapak dan
dibiarkan selama 24 jam. Salut perdana berfungsi untuk mengikat agregat pada lapisan
tapak. Foto 1.43 menunjukkan lapisan pengikat yang
telah disembur dengan salut perdana.

• Setelah 24 jam, salut jelujur (take coat) akan disembur
sebagai perekat pada lapisan tapak dengan lapisan
pengikat.

• Bahan pracampuran akan diturap di atas lapisan tapak.
Suhu bahan pracampuran ketika diturap mestilah 110ºC
hingga 135ºC supaya pemadatan mudah dijalankan.
Lapisan pengikat perlu dikamberkan. Foto 1.44
menunjukkan kerja-kerja penurapan bahan pracampuran
bagi lapisan pengikat yang sedang dijalankan.

• Lapisan pengikat akan dipadatkan dan dikamber. Foto 1.43 Lapisan pengikat yang
Foto 1.45 menunjukkan kerja-kerja pemadatan bagi telah disembur dengan salut perdana
lapisan pengikat sedang dijalankan.

Foto 1.44 Kerja-kerja penurapan lapisan pengikat Foto 1.45 Kerja-kerja pemadatan
lapisan pengikat

53

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

(b) Lapisan haus

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 • Berfungsi sebagai lapisan rintangan gelincir, pelindung turapan, penyediaan permukaan
laluan yang baik, dan bertindak sebagai sistem penyaliran permukaan dengan lapisan
kalis air serta dapat menyalirkan air permukaan ke sistem saliran.

• Saiz agregat maksimum yang digunakan ialah 20 mm
dan dicampurkan dengan bitumen.

• Salut jelujur perlu disembur sebagai perekat kepada
lapisan pengikat dengan lapisan haus. Foto 1.46
menunjukkan penyemburan salut jelujur pada
permukaan lapisan pengikat.

• Bahan pracampuran akan diturap di atas lapisan
pengikat. Suhu semasa bahan pracampuran yang
dihamparkan mestilah 110ºC hingga 135ºC agar
pemadatan mudah dijalankan. Foto 1.47 menunjukkan
kerja-kerja penurapan bahan pracampuran bagi lapisan
haus sedang dijalankan.

• Lapisan pengikat akan dipadatkan dan dikamber bagi Foto 1.46 Penyemburan salut jelujur
tujuan penyaliran air. Foto 1.48 menunjukkan kerja- pada permukaan lapisan pengikat
kerja pemadatan lapisan haus sedang dijalankan.

Foto 1.47 Kerja-kerja penurapan lapisan haus Foto 1.48 Kerja-kerja pemadatan
54 lapisan haus

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

Ciri-ciri turapan lentur PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

• Turapan ini menyediakan permukaan yang rata dan selesa kerana bersifat elastik.
• Mempunyai rintangan yang tinggi terhadap kehausan dan perubahan bentuk

permukaan.
• Mempunyai rintangan yang tinggi terhadap gelinciran dan mengurangkan percikan

dan semburan air dari tayar kenderaan.
• Turapan ini tidak memerlukan sambungan pengembangan.

2 Turapan Tegar

Turapan tegar menggunakan bahan yang mempunyai kekuatan lentur yang tinggi supaya beban
tayar disebarkan dengan lebih seragam dan menyeluruh melalui bahan binaan seperti konkrit yang
diletakkan pada lapisan permukaan paling tinggi.

Kebiasaannya, lapisan konkrit mempunyai tetulang yang berfungsi untuk mengawal retakan
daripada merebak dan boleh menyebabkan kekurangan sokongan pada subtapak. Tetulang jenis
keluli jejaring sering digunakan kerana mudah disebarkan dan diagihkan dengan lebih seragam
di dalam konkrit.

Turapan tegar terdiri daripada lapisan subgred, lapisan subtapak, lapisan tapak, dan lapisan
papak konkrit bertetulang. Bahan pembinaan turapan tegar adalah sama seperti pembinaan turapan
lentur kecuali bagi lapisan papak konkrit bertetulang. Bahan bagi lapisan konkrit bertetulang adalah
seperti berikut:

Konkrit Tetulang
tegangan tinggi

Bahan kedap Lapisan
sambungan kalis air

55

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan Foto 1.49 Proses pembinaan jalan turapan tegar
BAB 1

Cara pembinaan turapan tegar adalah
sama seperti pembinaan turapan lentur kecuali
bagi lapisan papak konkrit bertetulang. Bancuhan
konkrit bagi lapisan papak konkrit bertetulang
terdiri daripada campuran simen, batu baur
kasar, batu baur halus, air, dan bahan tambah.
Tetulang tegangan tinggi akan diletakkan di atas
permukaan lapisan tapak secara memanjang
dan melintang bagi menambah kekuatan
lapisan konkrit bertetulang. Bancuhan konkrit
akan dihamparkan menggunakan jentera tren
penurap konkrit atau jentera penurap slip form.
Foto 1.49 menunjukkan proses pembinaan jalan
turapan tegar.

Antara jalan yang menggunakan turapan tegar di Malaysia ialah:

Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)
dari Ayer Keroh ke Pagoh dari Kuala Lumpur ke Tanjong Malim

ii
i

iii

Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)
dari Gurun ke Bukit Kayu Hitam

Turapan tegar merupakan lapisan papak konkrit bertetulang yang tidak akan lentur apabila dikenakan
beban kenderaan. Antara ciri turapan tegar ialah:

Ciri-ciri turapan tegar

• Bersifat tegar
• Tahan lasak dengan tindakan cuaca dan lalu lintas
• Menggunakan konkrit bertetulang
• Dibina berpetak dan bersambung
• Kerja penyenggaraan yang sukar
• Memerlukan sambungan pengembangan
• Tahap kebolehkhidmatan yang panjang

56

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan BAB 1

Jadual 1.5 menunjukkan perbandingan antara turapan lentur dan turapan tegar.

Jadual 1.5 Perbandingan antara turapan lentur dan turapan tegar PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

Jenis Turapan Turapan Lentur Turapan Tegar

Struktur lapisan Turapan berbitumen Konkrit bertetulang
Tapak Tapak

Subtapak Subtapak

Subgred Subgred

• Bersifat elastik. • Bersifat tegar.
• Kebolehkhidmatan • Kebolehkhidmatan

yang pendek. yang panjang.

Hayat reka bentuk • Kebiasaannya 10 tahun hingga • Kebiasaannya 10 tahun hingga

15 tahun. 20 tahun.

Bahan turapan • Menggunakan bahan • Menggunakan bahan konkrit.
berbitumen.

Kerja pembinaan • Kos pembinaan lebih murah • Kos pembinaan lebih mahal dan
dan bahan mudah didapati bahan seperti simen bergantung
seperti agregat. kepada pengeluaran simen.

• Proses pembinaan kurang • Proses pembinaan memerlukan
memerlukan pekerja mahir dan pekerja mahir dan jentera
jentera berteknologi tinggi. berteknologi tinggi.

Kerja penyenggaraan • Kerja penyenggaraan mudah. • Kerja penyenggaraan sukar
• Memerlukan penyenggaraan kerana perlu memotong konkrit
yang keras dan perlu menukar
yang kerap kerana sering bahan kedap sambungan.
berlaku lubang dan retakan yang
disebabkan oleh beban trafik. • Tidak memerlukan
penyenggaraan yang kerap.

Masa yang boleh digunakan • Memerlukan sekurang- • Memerlukan masa lebih kurang
selepas pembinaan kurangnya satu jam selepas 28 hari untuk mengeraskan
proses terakhir pemadatan konkrit sebelum dibuka
sebelum dibuka kepada kepada laluan trafik.
laluan trafik.

57

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

1.3.5 Konsep Kelestarian dalam Inovasi Bahan Turapan Jalan

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Konsep kelestarian dalam inovasi bahan turapan jalan Standard pembelajaran
diaplikasikan dengan mencampurkan bitumen atau asfalt
dengan sisa pepejal yang tidak boleh dicernakan seperti sisa • Mengaplikasi konsep
plastik dan getah. Penggunaan bahan ini dalam campuran kelestarian dalam inovasi
turapan mampu mengurangkan penghasilan sisa pepejal dan bahan turapan jalan.
dapat memelihara alam sekitar. Rajah 1.28 menunjukkan
bahan inovasi yang digunakan sebagai bahan turapan jalan.

Bahan Inovasi (1) Bahan turapan sisa plastik
Turapan Jalan (2) Bahan turapan lateks

Rajah 1.28 Bahan inovasi turapan jalan

(1) Bahan Turapan Sisa Plastik

Bahan turapan jalan akan dicampurkan dengan sisa plastik. Proses pencampuran tersebut dijalankan
di kuari. Sisa plastik yang dipotong kecil akan digaul dengan agregat yang dipanaskan dan membaluti
permukaan agregat itu. Seterusnya, agregat yang disaluti sisa plastik tersebut akan digaul dengan
bitumen bagi menghasilkan bahan turapan sisa plastik. Rajah 1.29 menunjukkan kelebihan bahan
turapan sisa plastik.

a Memiliki daya tahan bahan turapan lebih tinggi.
b Memiliki ikatan yang lebih kuat antara batuan

dan bitumen.

c Mempunyai rintangan yang lebih tinggi
terhadap air.

d Memanjangkan jangka hayat jalan.

e Menjimatkan kos pembinaan.

Rajah 1.29 Kelebihan bahan turapan sisa plastik
58

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

(2) Bahan Turapan Lateks Selain daripada bahan turapan sisa PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
plastik dan lateks, terdapat beberapa
Bahan turapan getah asli, iaitu lateks dihasilkan dengan bahan lain yang boleh digunakan
mencampurkan getah asli ke dalam campuran bitumen bagi menggantikan bitumen.
dan agregat. Penggunaan campuran lateks juga dapat Bincangkan bahan lain yang
menggalakkan penggunaan bahan komoditi negara dan bersesuaian dan bentangkan.
merancakkan lagi industri getah di negara ini. Rajah 1.30
menunjukkan kelebihan turapan lateks.

a Turapan lebih elastik.
b Turapan tidak mudah berubah bentuk apabila

menerima beban yang tinggi.

c Turapan tidak mudah berubah bentuk ketika
terdedah pada suhu yang tinggi.

d Jangka hayat turapan lebih panjang.
e Mengurangkan kos penyenggaraan.

Rajah 1.30 Kelebihan turapan lateks

59

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

1.3.6 Kaedah Penyenggaraan Kerosakan Jalan

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Kerja penyenggaraan dilakukan bagi mengekalkan jalan Standard pembelajaran
seperti keadaan asal dari segi bentuk dan kekuatan struktur
jalan. Kerja penyenggaraan penting untuk mengurangkan kos • Membuat justifikasi kaedah
membaiki kerosakan jalan dan memberikan keselesaan serta penyenggaraan mengikut jenis
menjamin keselamatan pengguna jalan. Kerja penyenggaraan kerosakan jalan.
bergantung kepada jenis turapan dan jenis kerosakan.
Foto 1.50 menunjukkan kerja penyenggaraan dan pembinaan
semula lapisan permukaan dan Foto 1.51 menunjukkan kerja
penyenggaraan pembinaan semula struktur jalan.

Foto 1.50 Pembinaan semula lapisan permukaan

Foto 1.51 Pembinaan semula struktur jalan
60

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

Jadual 1.6 menunjukkan kepentingan penyenggaraan.

Jadual 1.6 Kepentingan penyenggaraan PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

Kepentingan Penyenggaraan Justifikasi

Mengurangkan kos kerosakan Penyenggaraan yang dijalankan akan dapat
mengurangkan kos bagi jangka masa panjang
kerana kerosakan yang berlaku tidak akan merebak
kepada lapisan struktur jalan yang lain.

Memberi keselesaan kepada pengguna Penyenggaraan yang dijalankan akan dapat
memberi keselesaan kepada pengguna kerana
jalan yang digunakan sentiasa berada dalam
keadaan yang baik dan selesa untuk digunakan.

Menjamin keselamatan pengguna Penyenggaraan yang dijalankan akan dapat
menjamin keselamatan pengguna kerana
permukaan jalan yang tidak berlubang, retak, dan
sebagainya. Hal ini akan dapat mengelakkan risiko
berlakunya kemalangan.

Penyenggaraan jalan ialah kerja-kerja yang dijalankan selepas satu jangka masa setelah jalan
yang dibina dapat digunakan. Penyenggaraan bertujuan untuk membaiki keadaan fizikal jalan agar
tidak membahayakan pengguna.

Penyenggaraan jalan bagi turapan boleh lentur dan turapan tegar adalah berbeza. Justifikasi
pemilihan kaedah penyenggaraan perlulah mengambil kira jenis kerosakan, kos, dan kualiti kerja.
Foto 1.52 menunjukkan kerosakan jalan dan kaedah penyenggaraan bagi turapan lentur.

Kerosakan: Lopak Kerosakan: Retakan
Kaedah penyenggaraan: Penampalan Kaedah penyenggaraan: Kedap keretakan

61

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Kerosakan: Kecacatan permukaan Kerosakan: Perubahan bentuk permukaan

Kaedah penyenggaraan: Pembinaan Kaedah penyenggaraan: Pembinaan
lapisan haus lapisan haus

Kerosakan: Kecacatan bahu dan bucu jalan Kerosakan: Kerosakan lapisan turapan
Kaedah penyenggaraan: Penampalan
Kaedah penyenggaraan: Pembinaan
lapisan turapan

Kerosakan: Kerosakan struktur jalan
Kaedah penyenggaraan: Pembinaan
struktur jalan
Foto 1.52 Kerosakan jalan dan kaedah penyenggaraan turapan lentur

62

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

Penyenggaraan Lopak

Lopak merupakan satu daripada jenis kerosakan jalan raya yang sering terjadi terutamanya ketika PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
musim hujan. Lopak jika dibiarkan akan menjadi lebih teruk sehingga boleh merosakkan lapisan
struktur jalan melalui penyerapan air. Lopak juga boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna
jalan raya akibat kemalangan yang mungkin berlaku. Oleh itu, lopak mestilah disenggara dengan
segera. Foto 1.53 menunjukkan proses penyenggaraan lopak.

1. Lopak sedia ada.

2. Lopak dipotong dalam bentuk segi empat
dan dibersihkan.

3. Sembur salut jelujur.

4. Turap dan padatkan bahan pracampuran.

Foto 1.53 Proses penyenggaraan lopak

63

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

Foto 1.54 menunjukkan kerosakan jalan dan kaedah penyenggaraan bagi turapan tegar.

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Kerosakan: Kerosakan sambungan Kerosakan: Serpihan

Kaedah penyenggaraan: Menggantikan Kaedah penyenggaraan: Memotong
bahan kedap sambungan bahagian papak yang rosak dan menampal
dengan konkrit yang baharu

Kerosakan: Mendapan kebezaan Kerosakan: Kecacatan permukaan

Kaedah penyenggaraan: Membuat tindihan Kaedah penyenggaraan: Mencanai
bahagian atas permukaan dengan konkrit permukaan konkrit

Kerosakan: Retakan
Kaedah penyenggaraan: Memotong
kawasan yang retak dan menggantikannya
dengan papak konkrit baharu

Foto 1.54 Kerosakan jalan dan kaedah penyenggaraan turapan tegar

64

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

1.4 perabot jalan

Perabot jalan ialah semua jenis kelengkapan yang disediakan di permukaan atau tepi jalan PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
bagi memastikan perjalanan pengguna jalan lebih lancar dan selamat. Ketiadaan perabot
jalan berkemungkinan boleh mengakibatkan kemalangan kepada pengguna dan tidak sampai
ke destinasi yang dituju.

1.4.1 Jenis Perabot Jalan

Infrastruktur perabot jalan biasanya direka bentuk secara jelas Standard pembelajaran
dan teratur bagi memastikan maklumat yang diberi sampai
kepada pengguna jalan raya. Terdapat pelbagai jenis perabot • Menerangkan jenis perabot
jalan, antaranya ialah: jalan.

1 Tanda lalu lintas
2 Tanda jalan
3

Kelengkapan keselamatan
4 Kemudahan jalan

1
Tanda lalu lintas

a Tanda Peraturan

Tanda peraturan ialah tanda yang dikuat kuasa di bawah undang-undang lalu lintas. Perlanggaran
kepada arahan ini boleh didakwa mengikut ordinan lalu lintas. Tanda peraturan dibahagikan kepada
dua, iaitu tanda mandatori dan tanda larangan.

65

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

i Tanda Mandatori

Pengguna jalan raya wajib mengikut arahan tanda mandatori bagi mengelakkan kemalangan
yang boleh membawa kecederaan, kerosakan harta benda, dan kematian. Terdapat pelbagai tanda
mandatori di jalan raya. Foto 1.55 menunjukkan tanda mandatori.

Jalan terus atau ke Ikut arah anak panah Belok ke kanan sahaja
kanan sahaja (ke hadapan)

Ikut arah anak panah ke kiri Laluan basikal sahaja Laluan motosikal sahaja

Foto 1.55 Tanda mandatori

66

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

ii Tanda Larangan

Tanda larangan ialah tanda yang memberi panduan dan peringatan kepada pengguna jalan raya PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
berkaitan dengan perkara yang dilarang dilakukan. Terdapat pelbagai tanda larangan di jalan raya.
Pengguna jalan raya seharusnya akur kepada arahan tanda larangan bagi memastikan aliran trafik
berjalan lancar dan tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain. Foto 1.56 menunjukkan
tanda larangan.

Kenderaan dilarang masuk Dilarang membelok ke kanan Dilarang berpusing balik

DILARANG 8T 50
MEMOTONG
Kenderaan melebihi berat Km / j
Dilarang memotong lapan tan dilarang melalui Had laju 50 km/j

laluan ini

Berhenti di simpang jalan Dilarang meletak kenderaan BERI
Foto 1.56 Tanda larangan LALUAN

Beri laluan

67

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

b Tanda Amaran

Tanda amaran ialah tanda yang memberi amaran kepada pengguna tentang keadaan bahaya yang
berada di hadapan. Foto 1.57 menunjukkan tanda amaran.

Jalan tidak rata Selekoh bahaya Persimpangan jalan atau
simpang empat

PINTU PAGAR Lintasan kereta api
AUTOMATIK tanpa pagar

Lintasan kereta api berpagar Lintasan kereta api automatik

10% 10%

Menuruni bukit curam Mendaki bukit curam Laluan sempit di hadapan

Jalan bengkang-bengkok Bahu jalan lembut Jalan licin
68 Foto 1.57 Tanda amaran

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

c Tanda Maklumat

Tanda ini memberi maklumat kepada pengguna jalan berkenaan jarak perjalanan, nama jalan, nama PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
pekan atau bandar, dan arah. Foto 1.58 menunjukkan tanda maklumat.

Tempat meletak kenderaan Hospital Simpang ke destinasi

Tunjuk arah bulatan Susur keluar ke destinasi Jalan mati di hadapan

Dibenarkan berpusing balik Stesen minyak Perhentian bas

Papan tanda jarak

Foto 1.58 Tanda maklumat

69

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

2 Tanda Jalan

Tanda jalan berfungsi sebagai panduan kepada pengguna jalan semasa menggunakan jalan raya.
Tanda ini amat efektif untuk memberi amaran dan arahan lalu lintas secara berterusan. Tanda jalan
biasanya terletak pada permukaan jalan. Foto 1.59 menunjukkan tanda jalan.

Garisan tengah jalan Garisan larangan memotong

Anak panah arah laluan Tanda lintasan pejalan kaki

Garisan larangan berhenti Garisan tepi jalan

Foto 1.59 Tanda jalan

70

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

3 PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
Kelengkapan Keselamatan

Kelengkapan keselamatan dipasang bagi meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya.
Pemasangan kelengkapan keselamatan boleh dipasang di bahagian pembahagi jalan, bahagian tepi
jalan, dan tepi tiang jambatan. Foto 1.60 menunjukkan kelengkapan keselamatan.

Bebendul Bonggol

Rel adang Jalur derum

Pepaku jalan pantulan/RRPM Penyahlelurus

Foto 1.60 Kelengkapan keselamatan

71

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

4 Kemudahan Jalan

a

Lampu Jalan
Lampu jalan berfungsi bagi meningkatkan jarak penglihatan pengguna pada waktu malam
terutamanya di kawasan persimpangan, selekoh, dan bulatan. Terdapat beberapa jenis lampu yang
boleh digunakan untuk lampu jalan, iaitu lampu pendarflour, lampu wap sodium, lampu wap raksa,
dan sebagainya. Foto 1.61 menunjukkan contoh lampu jalan wap sodium.

(i) Lampu Pendarflour
• Memancarkan warna putih yang terang dan mempunyai jangka hayat yang panjang.
• Sesuai dipasang berhampiran kawasan beli-belah atau premis perniagaan.

(ii) Lampu Wap Sodium
• Mengeluarkan warna kekuningan dan dapat dilihat dari jarak yang jauh.
• Sesuai digunakan di sepanjang jalan raya.

(c)(Liiia)mLpaumwpuapWap Raksa
raksa

• Mengeluarkan cahaya putih yang terang dan mempunyai jangka hayat yang panjang.
• Sesuai digunakan di persimpangan lebuh raya dan plaza tol.

72

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

Foto 1.61 Contoh lampu jalan wap sodium

b Telefon Kecemasan

Telefon kecemasan hanya boleh digunakan
semasa kecemasan seperti kereta rosak atau
berlaku kemalangan yang memerlukan bantuan
peronda. Telefon kecemasan berada pada
setiap dua kilometer di sepanjang lebuh raya.
Pihak peronda boleh mengenal pasti lokasi
secara automatik tanpa perlu dimaklumkan
oleh pengadu apabila menggunakan telefon
kecemasan tersebut. Foto 1.62 menunjukkan
telefon kecemasan yang disediakan di tepi
lebuh raya.

Foto 1.62 Telefon kecemasan

73

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 1.4.2 Susun Atur Perabot Jalan

Perkara yang perlu diberikan perhatian semasa menyusun atur Standard pembelajaran
perabot jalan bagi memastikan perabot jalan berfungsi dengan
baik adalah seperti berikut: • Mencadangkan susun atur
perabot jalan.

1 Memastikan papan tanda boleh dilihat walaupun dalam keadaan hujan lebat
atau dari jarak yang jauh.

Memastikan maklumat dan simbol dalam papan tanda mengandungi maklumat 2
yang betul, padat, dan mudah difahami tanpa mengganggu fokus pemandu.

3 Memastikan papan tanda diletakkan di tempat yang selamat dan tidak mengganggu
pengguna jalan.

Memastikan tanda jalan seragam di seluruh negara dan dapat dilihat sepanjang 4
masa apabila dipantulkan dengan cahaya kenderaan.

5 Memastikan tiang paduan dipasang pada bahagian kiri dan kanan jalan
terutamanya pada bahagian selekoh atau jalan yang berbahaya.

Memastikan lampu jalan dipasang pada kawasan persimpangan bagi mengelakkan 6
kemalangan pada waktu malam.

74

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

PAK-21

Gallery Walk PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

Projek ini memerlukan murid menambah susun atur perabot jalan bagi memastikan lokasi
jalan berkenaan selamat dan sesuai digunakan oleh pengguna.
Bahan-bahan:

Kamera

Kertas

Alat tulis

Langkah-langkah:
1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
2. Pilih satu lokasi jalan yang berdekatan dan ambil gambar lokasi berkenaan.
3. Lakarkan lokasi berkenaan di atas sehelai kertas. Pastikan setiap lakaran dilabel

sepenuhnya mengikut skala yang betul.
4. Setiap kumpulan perlu memilih dan melakarkan tambahan perabot jalan yang

bersesuaian dengan lokasi yang dipilih.
5. Setiap kumpulan diminta membuat pembentangan dan mempersembahkan hasil

lakaran kepada keseluruhan kelas.

75

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

RUMUSAN

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 SISTEM PENGANGKUTAN DAN KEJURUTERAAN JALAN

Sistem Mod pengangkutan
Pengangkutan i. Darat
ii. Air
iii. Udara

Konsep kelestarian
i. Infrastruktur
ii. Penggunaan tenaga rendah karbon
iii. Teknologi

Sistem saliran jalan raya

i. Sistem saliran air permukaan
ii. Sistem saliran air bawah tanah

Saliran dan Faktor yang mempengaruhi kestabilan cerun
Kestabilan Cerun
i. Beban
ii. Kejelekitan tanah
iii. Penyaliran
iv. Tekanan air liang
v. Kecerunan

Kaedah penstabilan cerun

i. Melandaikan cerun
ii. Membina tembok penahan
iii. Membina tembok gabion
iv. Penanaman pokok dan rumput
v. Membina saliran
vi. Membina sistem penambat
vii. Memasang geosintetik
viii.Memasang cerucuk keping

76

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

Jenis jalan raya PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
i. Jalan bandar
Pembinaan ii. Jalan luar bandar
Jalan Raya
Lapisan struktur jalan
Perabot Jalan i. Lapisan subgred
ii. Lapisan subtapak
iii. Lapisan tapak
iv. Lapisan turapan

Jenis turapan jalan
i. Turapan lentur
ii. Turapan tegar

Jenis perabot jalan
i. Tanda lalu lintas
ii. Tanda jalan
iii. Kelengkapan keselamatan
iv. Kemudahan jalan

77

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan
BAB 1

LATIHAN PENGUKUHAN

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 1. Senaraikan tiga jenis mod pengangkutan.
(a) ________________________________________________________________________

(b) ________________________________________________________________________

(c) ________________________________________________________________________

2. Nyatakan kepentingan sistem pengangkutan kepada penduduk dan perdagangan di Malaysia.
___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

3. Bincangkan kelebihan dan kekurangan mod pengangkutan rel berbanding dengan
mod pengangkutan yang menggunakan jalan raya.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

4. Terangkan mengapa mod pengangkutan air merupakan pengangkutan yang penting
di Malaysia pada zaman dahulu?

___________________________________________________________________________

5. Huraikan konsep kelestarian dalam sistem pengangkutan.
___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

6. Nyatakan empat perbezaan bagi setiap jenis jalan raya yang terdapat di Malaysia.

Lebuh raya Lebuh raya Jalan utama Jalan sekunder Jalan minor
ekspres

7. Pembinaan jalan memerlukan peruntukan kewangan yang tinggi. Bincangkan agensi yang
bertanggungjawab menyediakan peruntukan kewangan untuk membina dan menyenggara
jalan bandar dan jalan luar bandar.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

78

Sistem Pengangkutan dan Kejuruteraan Jalan

BAB 1

8. Nyatakan lapisan struktur jalan. PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
(a) _____________________________________

(b) _____________________________________

(c) _____________________________________

(d) _____________________________________

9. Anda sebagai seorang jurutera diberi tugasan untuk mereka bentuk jalan raya yang
berdekatan dengan cerun. Cadangkan reka bentuk jalan raya yang selamat dengan
mengambil kira sistem saliran air dan kestabilan cerun.
___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

10. Bincangkan kepentingan lapisan struktur jalan dari aspek fungsi, bahan dan
aktiviti pembinaan.
___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

11. Nyatakan perbezaan antara turapan lentur dan turapan tegar.

Turapan lentur Turapan tegar

12. Anda sebagai seorang jurutera reka bentuk dikehendaki membina jalan raya yang
memenuhi kriteria kelestarian dan memberi cadangan bahan turapan yang baharu.
Cadangan tersebut hendaklah memenuhi kriteria dan konsep kelestarian.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

13. Jelaskan tiga kepentingan perabot jalan bagi pengguna jalan raya.
(a) _________________________________________________________________________
(b) _________________________________________________________________________
(c) _________________________________________________________________________

79

SISTEM BEKALAN AIR BERSIH DAN SISTEM
PENYALIRAN KUMBAHAN DOMESTIK

BAB

2

Standard Kandungan
2.1 Sistem Bekalan Air Bersih
2.2 Sistem Penyaliran

Kumbahan Domestik

Kata Kunci
• Klorin
• Lekapan
• Pengentalan
• Penggumpalan

80

Air merupakan sumber semula jadi di bumi. Semua hidupan di bumi seperti manusia, haiwan,
dan tumbuhan memerlukan air untuk terus hidup. Keperluan terhadap air adalah sangat penting
di Malaysia bukan sahaja untuk hidup tetapi untuk melakukan pelbagai aktiviti yang berkaitan
dengan kehidupan seperti aktiviti pertanian, perindustrian, dan pengangkutan. Oleh itu, air perlu
dilindungi daripada sebarang bentuk pencemaran.

81

Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2

2.1 SISTEM BEKALAN AIR BERSIH

Air ialah sumber penting yang diperlukan oleh semua kehidupan di bumi. Menurut perangkaan
daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), rakyat Malaysia secara purata
menggunakan air sebanyak 230 liter/orang/hari bagi tahun 2019 dan nilai ini adalah lebih tinggi
daripada yang disarankan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu 165 liter/orang/hari.

2.1.1 Sumber Bekalan Air dan Kaedah Pengambilan Air
ke Loji Rawatan

Sumber Bekalan Air Standard pembelajaran

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Bekalan air terhasil daripada kitaran air atau dikenali sebagai • Menyatakan sumber bekalan
kitaran hidrologi. Kitaran hidrologi merupakan proses kitaran air dan kaedah pengambilan
air yang berlaku dari permukaan bumi ke atmosfera dan kembali air ke loji rawatan.
semula ke bumi.

Kitaran ini terjadi apabila air dari permukaan bumi seperti lautan, sungai, dan tasik tersejat
menjadi wap air dan naik ke atmosfera. Wap air itu akan melalui proses pemeluwapan menjadi
titisan air yang membentuk kumpulan awan dan apabila mencapai takat tepu, wap air akan turun
semula ke permukaan bumi dalam bentuk curahan air hujan atau salji. Air curahan akan mengalir
ke dalam tasik, sungai, dan lautan. Sebahagian daripadanya akan menyusup masuk ke dalam tanah
dan diserap oleh tumbuhan melalui akar kemudian dikembalikan ke atmosfera melalui proses
sejat peluhan.

Proses kitaran ini akan terus berlaku pada kadar yang berbeza bergantung kepada beberapa
faktor, antaranya ialah suhu, kadar kelembapan udara, ketinggian, dan bentuk muka bumi.
Rajah 2.1 menunjukkan proses kitaran hidrologi.

Salji dan ais Pengangkutan wap Matahari
air ke daratan Pemeluwapan
Air larian permukaan
Pemeluwapan

Curahan Sejat Curahan
Pintasan peluhan Wap air

Aras aliran Sungai Penyejatan
air bumi Aras air bumi Laut

Penyusupan

Rajah 2.1 Proses kitaran hidrologi
82

Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2

Sumber air di bumi boleh dipecahkan mengikut sumber air yang diperoleh. Air laut ialah
komposisi air paling banyak, iaitu 97 peratus daripada jumlah keseluruhan air di bumi diikuti air
bersih sebanyak tiga peratus. Rajah 2.2 menunjukkan komposisi air yang diperoleh di bumi.

Air tawar, 3% Air permukaan dan Sungai, 2%
lain-lain, 1.2% Paya bakau,
Air masin
(lautan), Air bawah 11%
tanah,
97% 30.1% Tasik,
87%
Kemuncak
ais dan PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
glasier,
68.7%

Air bumi Air tawar Air permukaan dan
Rajah 2.2 Komposisi air di bumi lain-lain

Sumber Bekalan Air di Malaysia

Di Malaysia, purata hujan tahunan dicatatkan sebanyak 951 bilion m3 pada tahun 2018. Sebanyak
580 bilion m3 sumber air yang boleh diperbaharu, merangkumi air larian permukaan dan aliran air
bawah tanah manakala, 371 bilion m3 air tersejat ke permukaan melalui proses sejat peluhan. Rajah
2.3 menunjukkan sumber air di Malaysia.

Hujan Tahunan = 951 bilion m3
• Aliran Permukaan = 532 bilion m3
• Aliran Air Bawah Tanah = 48 bilion m3
• Sejat Peluhan = 371 bilion m3

Sumber: United Nation Statistic Department, 2018

Rajah 2.3 Sumber air di Malaysia

83

Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2

Malaysia mempunyai jumlah keluasan bentuk muka bumi seluas 329,847 km2. Sebanyak
1,200 km2 atau 0.37 peratus daripadanya terdiri daripada air seperti sungai, tasik, atau sumber
air bawah tanah. Kebanyakan sumber air di Malaysia adalah daripada sungai dan saliran yang
menyumbang sebanyak 97 peratus dan sebanyak tiga peratus adalah daripada air bawah tanah.
Terdapat 47 empangan fungsi tunggal dan 16 buah empangan pelbagai fungsi dengan jumlah
keseluruhan air simpanan sebanyak 25 bilion m3.

Sumber air bersih sangat penting bagi kegunaan seharian kita. Air digunakan untuk pelbagai
kegunaan, antaranya untuk tujuan minuman, masakan, pengairan pertanian, dan sebagainya. Oleh
yang demikian, air yang digunakan atau dibekalkan mestilah bersih dan terjamin dari segi kualiti
dan keselamatannya. Tanpa bekalan air yang bersih, penularan penyakit yang disebarkan melalui air
antaranya bakteria berbahaya seperti E.coli dan leptospirosis boleh berlaku. Selain itu, bahan kimia
yang terkandung dalam air yang tidak dirawat juga boleh mengandungi bahan karsinogenik yang
menyebabkan penyakit kanser. Bahan tercemar fizikal dan biologikal turut boleh mendatangkan
kemudaratan kepada kesihatan dan alam sekitar. Terdapat beberapa sumber bekalan air, iaitu:

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sungai

1 Tasik atau
kolam
Sumber 2
Bekalan Air 3 Air bawah
tanah

4
Air laut

84

Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
BAB 2

1 Sungai

Sungai merupakan sumber utama air mentah di Malaysia. Sungai yang dipilih sebagai sumber
pengambilan air perlu sentiasa bersih dan menepati kriteria standard yang ditetapkan oleh Jabatan
Alam Sekitar. Penilaian kualiti air ini diklasifikasi mengikut Indeks Kualiti Air (IKA) seperti
yang diwartakan dalam Piawaian Kualiti Air Kebangsaan Malaysia.

2 Tasik atau Kolam

Tasik atau kolam menjadi satu daripada sumber bekalan air. Pembekalan air dari tasik atau kolam
perlu dipastikan kualiti air yang terjamin bersih. Air tasik kebiasaannya tidak keruh dan kurang
kandungan bakteria. Hal ini kerana proses penyerapan ke dalam tanah menyebabkan kebanyakan
bakteria melekat pada dasar dan tidak memerlukan rawatan yang canggih bagi memastikan kualiti
air tasik sentiasa dalam keadaan baik. Namun, air tasik mempunyai masalah bau dan warna akibat
tumbuhan air yang boleh menyebabkan nitrifikasi.

85

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2

3 Air Bawah Tanah

Sumber air bawah tanah banyak digunakan pada zaman dahulu dan di kawasan luar bandar
disebabkan sistem perpaipan yang tidak meluas dan kurang baik. Air bawah tanah ini boleh
didapati dengan cara membuat telaga atau menggunakan pam untuk menyedut air ke atas. Kualiti
air bawah tanah kurang tercemar kerana air ini tidak terganggu dengan aktiviti manusia yang
dapat menjejaskan kualiti air. Namun, air bawah tanah mengandungi kandungan mineral yang
tinggi yang akan menyebabkan keliatan air.

4 Air Laut

Air laut turut dijadikan sebagai satu alternatif bagi sumber bekalan air. Air laut perlu melalui
beberapa peringkat proses rawatan sebelum dijadikan sebagai air minuman. Antaranya ialah
proses penyulingan atau dikenali sebagai proses nyahgaram. Arab Saudi dan Emiriah Arab
Bersatu (UAE) adalah antara negara terbesar yang menjalankan proses nyahgaram air laut sebagai
sumber bekalan air.

86

Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2

Kaedah Pengambilan Air ke Loji Rawatan

Pengambilan air bagi tujuan bekalan air kepada pengguna mestilah diambil dari kawasan yang
mempunyai kualiti air yang baik dan mempunyai sumber air yang mencukupi. Bagi memudahkan
penyenggaraan peralatan dan kemudahan lain, tapak pengambilan air yang dipilih perlulah
mempunyai jalan masuk yang bersesuaian. Pengambilan air permukaan terbahagi kepada dua
kaedah, iaitu:

1 Muka Sauk 2 Pam

1 Muka Sauk PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

Muka sauk ialah struktur binaan yang dibina di tebing sungai. Air mengalir secara graviti ke dalam
muka sauk dan ke kebuk pengepaman. Pam tenggelam yang dipasang padanya akan mengepam air
mentah dari kebuk pengepaman ke loji rawatan air. Bagi memastikan air boleh dipam sepanjang
masa, kebiasaannya sempak akan dibina di kawasan berhampiran dengan muka sauk. Namun, pam
tidak dapat beroperasi sekiranya sempak tidak
mempunyai air. Selain itu, struktur muka sauk
haruslah stabil dan kukuh supaya bendasing
yang besar terapung seperti sisa kayu balak
yang hanyut bersama pergerakan air tidak akan
merosakkan muka sauk. Muka sauk juga akan
dipasang penyaring kasar dan penyaring halus.
Foto 2.1 menunjukkan muka sauk.

Foto 2.1 Muka sauk

2 Pam

Air permukaan di muka sauk akan dipam terus untuk proses rawatan air yang seterusnya. Air yang
dipam ialah air yang tidak mengandungi bendasing yang bersaiz besar kerana telah disaring

menggunakan penyaring kasar dan penyaring
halus. Penyaringan penting supaya mesin atau
peralatan semasa rawatan air tidak rosak. Bagi
pengambilan terus dengan pam, beberapa pam
dan paip pengambilan dibina dan dipasangkan
pada struktur pengambilan. Saiz paip pengambilan
bergantung kepada kadar pengambilan air. Foto 2.2
menunjukkan pengambilan air secara pam.

Foto 2.2 Pengambilan air secara pam

87

Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2

2.1.2 Proses Rawatan Air

Air perlu melalui proses rawatan sebelum dibekalkan kepada Standard pembelajaran
pengguna bagi menghapuskan bakteria dan virus yang boleh
mendatangkan penyakit. Proses rawatan air bermula daripada • Menghuraikan proses
proses pengambilan dari sumber air hingga ke simpanan air rawatan air.
di dalam tangki bagi tujuan pengagihan. Rajah 2.4 menunjukkan
carta alir proses rawatan air.

Pengambilan dari Penyaringan Pengudaraan
sumber air

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Pengenapan Pengentalan dan Pembauran kimia
penggumpalan

Penapisan Pembasmian kuman Pemfluoridaan
dan penyesuaian pH

Tangki simpanan air jernih
Rajah 2.4 Carta alir proses rawatan air

SILA IMBAS KOD QR Sekiranya bekalan air kita tercemar,
apakah yang perlu dilakukan untuk
Sila imbas kod QR untuk mendapatkan air yang bersih?
menonton video proses
rawatan air.
(Dicapai pada 21 Ogos 2020)

88

Rajah 2.5 menunjukkan proses rawatan air bermula daripada pengambilan air dari muka sauk hingga ke simpanan air terawat di dalam tangki
simpanan untuk tujuan pengagihan.

Pengudaraan Pembauran Pengentalan dan Pengenapan

Rumah kimia penggumpalan
pam

Kebuk Enap cemar Tangki
kersik pengenapan

Muka sauk
Sungai

Penyaringan Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan DomestikPaip airTangkiPemfloridaan,Penapisan
BAB 2jernihsimpananpembasmian kuman
Tangki agihan air jernih dan penyesuaian pH
SILA IMBAS89
Pam air
jernih

Rajah 2.5 Proses rawatan air

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5

Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2

1 Penyaringan

Penyaringan bertujuan untuk mencegah bahan-bahan terampai seperti sampah sarap, serpihan kayu,
plastik, tumbuhan, bangkai haiwan, dan hidupan air daripada memasuki kebuk kersik pengepaman.
Penyaringan terbahagi kepada dua, iaitu penyaring kasar dan penyaring halus. Penyaring kasar
diletakkan untuk menyaring bahan terampai yang bersaiz besar. Penyaring halus dipasang selepas
penyaring kasar bagi menyaring bendasing yang lebih halus memasuki sistem pengepaman. Selepas
penyaringan, bahan-bahan terampai yang tersekat akan dibuang dengan cara membiarkan air
mengalir melalui kebuk kersik dan memendapkan bahan ini ke dasar. Proses ini dapat mengelakkan
daripada pam atau paip mengalami kerosakan. Foto 2.3 menunjukkan penyaring kasar dan Foto 2.4
menunjukkan penyaring halus.

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Foto 2.3 Penyaring kasar Foto 2.4 Penyaring halus

2 Pengudaraan

Air yang telah melalui proses penyaringan akan dipam dan dicampurkan dengan udara
di ruang pengudaraan. Pengudaraan ini menghasilkan oksigen dari atmosfera untuk melakukan
pengoksidaan bahan larut besi dan mangan. Besi dan mangan yang larut di dalam air akan bertukar
menjadi tidak larut akibat daripada
pengoksidaan ini. Pengudaraan ini juga
dapat menambahkan rasa segar pada
air serta membuangkan rasa dan bau
air yang tidak menyenangkan. Foto 2.5
menunjukkan pengudaraan terjun.

Foto 2.5 Pengudaraan terjun

90

Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik BAB 2

Jadual 2.1 menunjukkan jenis-jenis pengudaraan yang selalu digunakan di loji rawatan air.
Jadual 2.1 Jenis-jenis pengudaraan

Jenis Pengudaraan Keterangan

a. Pengudaraan Percik Dulang Air mentah akan dipercikkan dari muncung
Muncung bertingkat penyembur ke atas dulang logam bertingkat yang
penyembur berliang mempunyai liang. Air akan turun dari dulang atas
ke dulang bawah melalui liang-liang yang terdapat
Air mentah di atas dulang. Pengudaraan akan berlaku daripada
percikan dan jatuhan air secara bertingkat di dalam
dulang.

b. Pengudaraan Terjun Air yang telah Pengudaraan terjun berlaku secara susun atur
Air mentah diudarakan seperti tangga. Air akan dialirkan melalui takungan
atas dan air diudarakan melalui aliran gelora yang
Air yang telah terhasil daripada terjunan. PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
diudarakan

Takungan air

c. Pengudaraan Dulang Bertingkat Air mentah dipam melalui saluran paip tegak
ke dulang kecil di bahagian yang paling atas.
Dulang Air yang telah Kemudian, air akan jatuh ke atas dulang-dulang
bertingkat diudarakan yang lebih besar di bawahnya secara berterusan.
Pengudaraan air berlaku semasa air jatuh dari
dulang ke dulang.

Air mentah Takungan air Pengudaraan resapan dilakukan di dalam tangki
Paip udara yang terletak pada bahagian bawah tangki. Udara
d. Pengudaraan Resapan dipam melalui paip berliang yang dibekalkan
Gelembung dengan udara mampat dan oksigen akan terlarut di
dalam air apabila udara mampat dilepaskan melalui
udara paip berliang.

Muncung
resapan udara

Udara diresapkan Takungan air

91

PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2

3 Pembauran Kimia

Selepas melalui pengudaraan, bahan kimia akan dicampurkan ke dalam air mentah di dalam saluran
yang membawa air dari pengudaraan ke pengentalan. Bahan pengental yang biasa digunakan ialah
aluminium sulfat Al2(SO4)3 atau alum, ferik
klorida FeCl3 dan ferik sulfat Fe2(SO4)3.
Bahan kimia pengental dicampurkan
di flum venturi. Keadaan aliran gelora
pada flum venturi akan memastikan
bahan kimia dicampur dengan sempurna.
Tujuan pembauran kimia adalah untuk
menyediakan agen pengentalan bagi
memerangkap bendasing mikro yang
terdapat di dalam air. Foto 2.6 menunjukkan
pembauran kimia.

Foto 2.6 Pembauran kimia

SUDUT INFO

Flum venturi ialah penggentingan pada saluran terbuka yang
menyebabkan aliran gelora berlaku di atasnya.

4 Pengentalan dan Penggumpalan

Pengentalan ialah proses pembentukan bahan berbuku dengan menggunakan alum (aluminium
sulfat) atau tawas yang bertindak sebagai agen pengentalan yang menyebabkan zarah-zarah
halus bercantum dan membentuk bahan berbuku. Setelah itu, bahan berbuku akan melalui
penggumpalan. Penggumpalan bertujuan untuk membentuk bahan berbuku menjadi lebih besar,
berat dan seterusnya mendap ke dasar
tangki. Proses ini perlu dilakukan pada
pH yang bersesuaian bagi memastikan
pengentalan dan penggumpalan berlaku
dengan baik. Foto 2.7 menunjukkan tangki
pengentalan dan penggumpalan.

Foto 2.7 Tangki pengentalan
dan penggumpalan

92


Click to View FlipBook Version