Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
5 Pengenapan
Bahan berbuku yang mendap akan mengalir melalui tangki pengenapan untuk tempoh yang panjang
supaya pengenapan berlaku dengan sempurna. Pengenapan yang berlaku akan mengasingkan
air yang jernih di bahagian atas dan pepejal di bahagian bawah membentuk mendapan. Namun,
bahan berbuku yang ringan dan halus
tidak mendap sebaliknya terapung. Bahan
berbuku ini akan melalui proses yang
berbeza, iaitu menggunakan gelembung
udara untuk mengapungkannya dan air
di bahagian bawah menjadi jernih. Foto 2.8
menunjukkan tangki pengenapan.
Foto 2.8 Tangki pengenapan
6 Penapisan PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
Penapisan bertujuan mengasingkan bahan berbuku yang tidak mendap daripada air bersih. Air
yang bersih kemudiannya akan memasuki tangki air jernih. Kebiasaannya media pasir dan batu
kerikil digunakan untuk proses penapisan.
Penapis akan dicuci dengan menggunakan
kaedah cuci balikan (backwash) dengan
kerap melalui kombinasi adunan udara
dan air. Pembersihan penapis penting bagi
memastikan penapis tidak tersumbat dan
dapat melancarkan penapisan air mentah.
Foto 2.9 menunjukkan penapis.
Foto 2.9 Penapis
93
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
7 Pembasmian Kuman dan Penyesuaian pH
Air di dalam tangki jernih akan disinfeksi bagi menghapuskan mikroorganisma yang masih
terkandung selepas penapisan. Klorin bergas atau larutan klorin lazimnya digunakan untuk
pembasmian kuman. Foto 2.10 menunjukkan tangki klorin. Nilai pH perlu diselaraskan agar tahap
keasidan air selamat untuk diminum. Pelarasan
pH dapat dilakukan dengan menggunakan
kapur atau bikarbonat.
Foto 2.10 Tangki klorin
SUDUT INFO
Kandungan klorin yang dibenarkan
dalam pembasmian kuman adalah
antara 1.0 – 3.0 mg/ℓ.
8 Pemfluoridaan
Proses ini mencampurkan air bersih dengan
bahan kimia sodium fluorida bagi tujuan
membekalkan air dengan kandungan fluorida.
Fluorida sangat diperlukan untuk membantu
menjaga kesihatan gigi dan mencegah kaviti
pada gigi terutama dalam kalangan kanak-
kanak. Kandungan fluorida di dalam air perlu
mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh
Drinking Water Quality Standard for Malaysia
bagi mengelakkan risiko fluorosis dalam
kalangan kanak-kanak. Paras kandungan
fluorida yang dibenarkan di dalam air adalah
antara 0.4 – 0.6 mg/ℓ. Justeru itu, kandungan
fluorida di dalam air yang dirawat akan sentiasa
dipantau agar mematuhi standard. Foto 2.11
menunjukkan pemfluoridaan.
Foto 2.11 Pemfluoridaan
94
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
BAB 2
9 Tangki Simpanan Air Jernih
Selepas selesai dirawat, air akan
disalirkan ke tangki simpanan air jernih
sebelum dibekalkan kepada pengguna
melalui paip perkhidmatan. Foto 2.12
menunjukkan tangki simpanan air jernih.
Foto 2.12 Tangki simpanan air jernih
AKTIVITI
1. Murid dikehendaki membuat lawatan ke loji rawatan air yang berdekatan dengan
kawasan mereka bersama-sama guru pengiring.
2. Melalui lawatan tersebut, dapatkan maklumat tentang proses yang terlibat dalam
merawat air.
3. Murid diminta menghasilkan laporan ringkas berserta gambar hasil daripada
lawatan tersebut.
95
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
2.1.3 Pengagihan Air
Air yang telah dirawat akan disalurkan ke tangki simpanan air Standard pembelajaran
jernih untuk dibekalkan kepada pengguna.
Tujuan Penyimpanan Air • Membandingkan kaedah
agihan air dari loji rawatan air
Penyimpanan air diperlukan bagi mengimbangi kadar aliran kepada pengguna.
air dalam sistem paip agihan yang disebabkan oleh permintaan i. Kaedah graviti
dan bekalan. Paip akan mengalami tekanan tinggi semasa ii. Kaedah pam
iii. Kaedah pam dan takungan
permintaan rendah. Tekanan yang tinggi ini boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada sistem
paip agihan. Apabila permintaan tinggi, tekanan di dalam sistem paip agihan akan menjadi terlalu
rendah dan menyebabkan air tidak dapat dibekalkan dengan secukupnya.
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Penggunaan tangki simpanan sangat penting kerana tangki ini berfungsi membekalkan air
yang mencukupi semasa permintaan tinggi manakala semasa permintaan rendah, air akan mengalir
memasuki tangki simpanan untuk disimpan dan diagihkan pada waktu permintaan tinggi.
Jenis Tangki Simpanan
Tangki simpanan dikenali sebagai tangki agihan kerana selain berfungsi sebagai tempat menyimpan
air, tangki simpanan juga berfungsi sebagai takungan agihan kepada pengguna. Tangki simpanan
kebiasaannya dibina pada paras yang lebih tinggi dari kawasan bekalan bagi memastikan tekanan
yang diperlukan mencukupi supaya air dapat dibekalkan ke kawasan yang berada jauh dari tangki
simpanan. Jadual 2.2 menunjukkan jenis-jenis tangki simpanan.
Jadual 2.2 Jenis-jenis tangki simpanan
Jenis Tangki Simpanan Fungsi
1. Tangki simpanan loji
Tangki jenis ini berfungsi untuk menyimpan
air yang telah dirawat di loji rawatan sebelum
diagihkan kepada pengguna melalui tangki
pengimbang dan tangki perkhidmatan.
96
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
Jenis Tangki Simpanan Fungsi
2. Tangki pengimbang
Tangki pengimbang ialah tangki yang
digunakan untuk menyimpan kuantiti air
yang banyak, lazimnya antara 450 m3 hingga
9000 m3. Air bersih dari tangki simpanan loji
akan disalurkan ke tangki pengimbang dan air
dari tangki pengimbang akan disalurkan ke tangki
perkhidmatan.
3. Tangki perkhidmatan Tangki perkhidmatan ialah tangki yang
membekalkan air yang diterima dari tangki
(a) Tangki bentuk pengimbang untuk diagihkan ke kawasan agihan PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
cendawan seperti kawasan perumahan atau kawasan
perindustrian. Terdapat beberapa bentuk tangki
perkhidmatan yang digunakan, antaranya:
(a) Tangki bentuk cendawan
(b) Tangki bentuk silinder
(c) Tangki segi empat
(b) Tangki bentuk
silinder
(c) Tangki segi
empat
97
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
Kaedah Agihan
Air yang disimpan di dalam tangki simpanan akan dibekalkan kepada pengguna dengan
menggunakan kaedah agihan. Jadual 2.3 menunjukkan kelebihan dan kekurangan bagi setiap
kaedah agihan. Rajah 2.6 menunjukkan kaedah agihan air kepada pengguna.
Jadual 2.3 Kelebihan dan kekurangan kaedah agihan
Kaedah Ciri-ciri
Graviti • Sumber bekalan atau tangki berada lebih tinggi
dari kawasan bekalan.
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Pam • Kawasan bekalan lebih tinggi atau berada sama
aras dengan sumber bekalan atau tangki.
• Air akan dipam ke kawasan bekalan.
Pam dan Takungan • Sebahagian air dari tangki akan dipam ke
98 kawasan bekalan dan sebahagiannya ke
tangki perkhidmatan yang berada lebih
tinggi kedudukannya.
• Air yang disimpan di tangki perkhidmatan
akan diagihkan ke kawasan bekalan semasa
permintaan tinggi.
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
Apakah bahan yang digunakan untuk
membuat paip agihan?
Kelebihan Kekurangan
• Air yang disalurkan kepada pembekal hanya • Aras ketinggian yang berbeza boleh
dengan menggunakan tekanan graviti sahaja. menyebabkan tekanan di dalam paip menjadi
terlalu tinggi.
• Kaedah ini dapat menjimatkan kos operasi dari
segi penyenggaraan pam dan penggunaan bekalan • Tekanan tinggi yang berlaku akan menyebabkan
elektrik kerana tidak menggunakan pam. paip mudah rosak.
• Air dapat dibekalkan ke kawasan yang • Pengagihan air akan terjejas sekiranya bekalan PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
lebih tinggi. elektrik terputus.
• Memerlukan kos yang tinggi dalam
penyenggaraan pam.
• Semasa permintaan air rendah, tekanan di dalam
paip akan menjadi tinggi dan menyebabkan
kerosakan paip.
• Pemantauan berterusan diperlukan
bagi memastikan pam sentiasa dalam
keadaan optimum.
• Kaedah ini menghasilkan kecekapan yang • Tiada kekurangan yang ketara.
tinggi dan dapat mengurangkan kos
penyenggaraan pam kerana pam beroperasi
pada kadar yang tetap.
99
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
Kaedah graviti
Dari loji Tangki
rawatan pengimbang
air Tangki
perkhidmatan
Aliran secara Kawasan
graviti bekalan
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Kaedah pam
Dari loji Tangki Aliran Kawasan
rawatan pengimbang secara pam bekalan
air Pam air Kawasan
bekalan
Dari loji P
rawatan
Kaedah pam dan takungan
air Tangki perkhidmatan
100 Tangki Pam air
pengimbang
P
Rajah 2.6 Kaedah agihan air kepada pengguna
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
2.1.4 Sistem Perpaipan
Satu rangkaian paip perlu dipasang bagi tujuan pengagihan Standard pembelajaran
bekalan air kepada pengguna. Sistem rangkaian paip
kebiasaannya ditanam di dalam tanah dan bersebelahan jalan • Membezakan sistem perpaipan
raya. Sistem perpaipan bergantung kepada kawasan bekalan air bekalan air.
seperti kawasan perindustrian dan kawasan perumahan. Selain i. Sistem hujung mati
itu, bentuk muka bumi juga turut mempengaruhi reka bentuk ii. Sistem grid
sistem perpaipan. Sistem perpaipan terdiri daripada rangkaian iii. Sistem jejarian
paip dan injap, iaitu:
1 Paip Utama PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
Paip utama membawa bekalan air dari loji rawatan ke tangki simpanan atau terus ke kawasan
bekalan. Sekiranya kedudukan loji rawatan berada lebih tinggi daripada kawasan bekalan, air
boleh diagihkan secara terus tanpa melalui tangki simpanan.
2 Paip Cawangan
Paip yang disambung dari paip utama untuk mengagihkan air ke kawasan perumahan atau
ke kawasan perindustrian.
3 Paip Cabang
Paip cabang berfungsi untuk mengagihkan air secara individu dari paip cawangan ke rumah,
bangunan, kilang, dan paip bomba. Meter air akan dipasang pada paip ini untuk mengukur
kadar penggunaan air yang digunakan.
4 Injap
Injap berfungsi untuk mengawal atau menghentikan kadar aliran air, melepaskan udara yang
terperangkap di dalam paip, membuang kotoran dan mengimbangi tekanan di dalam paip.
101
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
Sistem perpaipan yang digunakan terbahagi kepada tiga, iaitu sistem hujung mati, sistem grid,
dan sistem berjejarian. Jadual 2.4 menunjukkan sistem perpaipan agihan air serta kelebihan
dan kekurangan.
Jadual 2.4 Sistem perpaipan agihan air serta kelebihan dan kekurangan
Sistem Perpaipan
Paip utama
Paip cawangan
a. Sistem Hujung Mati
Contoh: Penempatan Paip cabang
luar bandar
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Paip utama Pandangan atas
Paip cawangan
b. Sistem Grid
Paip cabang
Contoh: Penempatan
taman perumahan
c. Sistem Jejarian Pandangan atas
Paip cawangan
Contoh: Rumah flat
atau kondominium Paip cabang
Paip utama Pandangan sisi
102
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
Kelebihan Kekurangan
• Mudah membuat sambungan baharu sekiranya • Sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada satu
terdapat permintaan baharu. bahagian, bekalan air pada bahagian lain turut
terjejas kerana air mengalir dalam satu hala.
• Kos pemasangan yang rendah kerana panjang
paip adalah minimum. • Tekanan air tidak dapat ditingkatkan ketika
diperlukan terutama semasa kebakaran.
• Sesuai digunakan di kawasan perumahan tidak
terancang, contohnya kawasan kampung. • Enapan akan terkumpul di hujung paip dan
injap salir keluar perlu disambung untuk
membuang enapan.
• Semua paip utama, paip cawangan, dan paip • Kos pemasangan yang tinggi kerana PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
cabang disambung antara satu sama lain. penyambungan paip dan injap yang banyak.
• Sesuai digunakan di kawasan bandar terancang,
contohnya kawasan taman perumahan.
• Sekiranya berlaku kerosakan atau kerja
penyenggaraan pada bahagian paip, bekalan
air tidak akan terjejas kerana air mengalir dari
pelbagai arah.
• Tekanan air dapat ditingkatkan dengan
menghalakan aliran air ke tempat yang
diperlukan sahaja.
• Air diagihkan dari tangki simpanan dan • Kos pemasangan yang tinggi kerana penggunaan
tangki perkhidmatan secara berjejarian paip dan injap yang banyak.
ke kawasan bekalan.
• Tekanan air dalam sistem sentiasa tetap.
• Bekalan air tidak terjejas sekiranya berlaku
kerosakan atau kerja penyenggaraan dijalankan
pada salah satu bahagian paip.
• Sesuai digunakan pada bangunan bertingkat yang
mempunyai tangki perkhidmatan, contohnya
rumah flat atau kondominium.
103
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
2.1.5 Kehilangan Air Bukan Hasil (NRW)
Air Bukan Hasil (NRW) Standard pembelajaran
Menurut definisi oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara • Membahaskan cara mengatasi
(SPAN), Air Bukan Hasil (Non Revenue Water-NRW) merupakan Kehilangan Air Bukan
perbezaan antara kuantiti air yang disalurkan di dalam sistem Hasil (NRW) dalam sistem
pengagihan dan kuantiti air yang dibilkan kepada pengguna. pengagihan.
Dalam erti kata lain, kuantiti air tidak mendatangkan pulangan
kepada operator air.
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Punca Kehilangan Air Bukan Hasil
Punca kehilangan Air Bukan Hasil semasa proses pengagihan kepada kawasan bekalan ialah:
1. Kehilangan fizikal
Kehilangan air di dalam paip merupakan
punca utama disebabkan oleh kebocoran paip,
paip pecah, limpahan kolam, dan tangki air
perkhidmatan.
2. Kehilangan komersial
Kehilangan yang berpunca daripada meter
pengguna yang kurang tetap seperti terkurang
catat, kesilapan pengendalian data, sambungan
tidak sah, dan kecurian air.
3. Penggunaan sah yang tidak dibilkan
Air yang digunakan oleh operator air untuk pencucian saluran paip, memadam kebakaran, air
yang dibekalkan semasa gangguan bekalan, dan air yang diberikan percuma kepada sesetengah
kumpulan pengguna seperti tempat ibadat dan badan kebajikan.
104
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
Cara Mengatasi Kehilangan Air Bukan Hasil
Secara umumnya, SPAN dan operator air di setiap negeri dalam usaha untuk mengurangkan
kadar kehilangan air bukan hasil bagi setiap tahun. Setakat tahun 2020, kadar NRW di Malaysia
ialah 35 peratus. Kadar NRW ini disasarkan semakin berkurangan setiap tahun. Bagi mencapai
sasaran ini, punca kehilangan fizikal dan komersial menjadi fokus utama untuk dikurangkan. Oleh
yang demikian, cara mengatasi kehilangan air bukan hasil ini boleh dipecahkan kepada beberapa
langkah yang menjurus kepada tanggungjawab setiap lapisan masyarakat. Jadual 2.5 menunjukkan
tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh semua lapisan masyarakat.
Jadual 2.5 Tanggungjawab lapisan masyarakat
Pihak Berwajib dan Penguat Kuasa Pengguna
• Melaksanakan pemantauan yang • Bertanggungjawab untuk melaporkan sebarang PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
lebih intensif dengan mengaplikasikan aktiviti kecurian air, kebocoran, limpahan
teknologi terkini seperti sensor. paip, atau tangki kepada pihak operator air.
• Memperketat undang-undang dengan • Menukarkan meter lama yang telah
mengenakan hukuman yang lebih berat kepada rosak atau kurang tepat bacaan kepada
pengguna yang melakukan kecurian air. yang baharu.
• Memberikan pendedahan dan kesedaran • Memupuk sikap bertanggungjawab
kepada masyarakat berkaitan dengan dalam penggunaan air bersih terutama dalam
tanggungjawab bersama. kalangan golongan muda dan kanak-kanak.
• Memberi insentif kepada pengguna bagi • Memberi kerjasama kepada sebarang kempen
menggalakkan pengguna menukarkan meter yang dilaksanakan dalam usaha mengurangkan
air lama kepada yang baharu. kehilangan air bukan hasil.
• Membuat penilaian bagi keperluan menukar • Sentiasa prihatin terhadap penggunaan air dan
paip lama kepada paip baharu yang lebih tidak menggunakan air yang tidak melepasi
tahan lama. meter premis masing-masing.
105
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
2.1.6 Kaedah Agihan Air dan Sistem Perpaipan
Agihan air dan sistem perpaipan perlu direka bentuk mengikut Standard pembelajaran
kesesuaian bagi sesuatu kawasan. Pemilihan cara agihan air dan
sistem perpaipan yang betul adalah penting bagi memastikan • Mencadangkan kaedah agihan
bekalan air diterima di kawasan yang sepatutnya. air dan sistem perpaipan yang
sesuai bagi sesuatu kawasan
Contoh situasi 1: Kedudukan kawasan penempatan terancang perumahan.
lebih rendah daripada lokasi tangki.
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 55
50
35 45
40 Tangki
simpanan
Sistem agihan yang bersesuaian ialah kaedah graviti. Bekalan air dapat dibekalkan kepada
pengguna dengan menyalirkan air dari kawasan tinggi ke kawasan rendah tanpa penggunaan
pam. Kaedah ini dikatakan paling ekonomik kerana tidak memerlukan kos pemasangan dan
penyenggaraan pam, manakala sistem perpaipan yang bersesuaian ialah sistem grid kerana
sesuai digunakan di kawasan perumahan terancang. Kelebihan sistem grid ialah bekalan air
tidak terganggu semasa penyenggaraan paip, air mengalir dalam pelbagai arah, dan tekanan
air sentiasa terkawal.
106
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
BAB 2
Contoh situasi 2: Kedudukan kawasan penempatan tidak terancang lebih tinggi daripada
lokasi tangki.
70 60
Tangki
simpanan
Kaedah agihan yang bersesuaian bagi situasi 2 ialah kaedah pam. Tekanan air yang kuat
diperlukan kerana bekalan air perlu diagihkan dari kawasan rendah ke kawasan tinggi.
Sebanyak dua pam akan dipasang bagi memastikan proses agihan menjadi lebih lancar
dan meningkatkan kecekapan agihan air. Sistem perpaipan yang bersesuaian bagi situasi
ini ialah sistem hujung mati. Sistem ini sesuai bagi kawasan perumahan tidak terancang
dan mempunyai kelebihan, iaitu mudah membuat sambungan baharu sekiranya terdapat
permintaan baharu dan kos pemasangan juga rendah kerana panjang paip adalah minimum.
107
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
Contoh situasi 3: Bekalan air menggabungkan sistem agihan.
Tangki
perkhidmatan
Tangki Pengguna
pengimbang
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 P
Kilang Rumah
Merujuk kepada situasi 3, kaedah agihan yang digunakan ialah kombinasi sistem pam dan
graviti. Kaedah ini bersesuaian kerana permintaan bekalan air yang tinggi dari kawasan
perindustrian dan perumahan. Air akan dibekalkan secara terus menggunakan pam dari
tangki pengimbang pada waktu puncak kerana kadar permintaan air adalah tinggi. Air akan
disalurkan dan disimpan di tangki perkhidmatan semasa kadar permintaan rendah.
108
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
2.2 SISTEM PENYALIRAN KUMBAHAN DOMESTIK
Air kumbahan atau air sisa kumbahan ialah air yang telah digunakan dan dicemari oleh aktiviti
manusia. Kumbahan boleh dikelaskan kepada tiga jenis, iaitu kumbahan domestik, kumbahan
industri, dan air larian permukaan. Jadual 2.6 menunjukkan sumber-sumber kumbahan.
Jadual 2.6 Sumber-sumber kumbahan
Jenis Sumber
Kumbahan domestik Air yang digunakan di dalam bilik air, tandas, sinki, dan lain-lain yang PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
Kumbahan industri dihasilkan dari kawasan perumahan, kawasan komersial, kawasan
Air larian permukaan rekreasi, dan kawasan institusi.
Air yang digunakan dalam proses pembuatan dan perindustrian seperti
pembuatan makanan, pembersihan alatan, dan pertanian.
Air hujan mengalir pada permukaan bumi.
Kumbahan domestik terdiri daripada najis, air sisa, dan air larian permukaan. Kumbahan
ini akan disalirkan ke persekitaran melalui sistem penyaliran kumbahan domestik yang sesuai.
Kumbahan yang dihasilkan dari bangunan akan melalui beberapa peringkat yang bermula daripada
lekapan sanitari sehingga dilepaskan ke sungai atau laut. Kumbahan juga perlu dirawat terlebih
dahulu di loji rawatan kumbahan atau tangki septik bagi mengelakkan berlakunya pencemaran
kepada alam sekitar. Rajah 2.7 menunjukkan carta alir sistem pengaliran kumbahan domestik.
Bangunan SUDUT INFO
Lekapan sanitari
Paip lekapan dan paip salir Aliran kumbahan yang telah dirawat dalam
tangki septik akan dilepaskan sama ada
melalui penyusupan ke tanah atau terus
masuk ke sungai atau laut.
Pembetung awam Tangki septik
Loji rawatan kumbahan
Sungai atau laut
Rajah 2.7 Carta alir sistem pengaliran kumbahan domestik
109
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
Kumbahan domestik yang terhasil perlu disalirkan dari kawasan perumahan ke loji rawatan
kumbahan supaya boleh dirawat sebelum dilepaskan ke dalam sungai. Oleh itu, sistem penyaliran
kumbahan yang sistematik amat penting bagi mengelakkan pencemaran kepada alam sekitar
kerana kumbahan mengandungi sisa tercemar yang terdiri daripada bahan pepejal organik dan
bukan organik. Air kumbahan mengandungi jumlah cecair yang tinggi, iaitu 99 peratus dan hanya
1 peratus sisa tercemar.
Kewujudan bahan organik dalam air kumbahan merupakan sumber utama pembiakan
mikroorganisma dan terdapat sebilangan kecil daripada mikroorganisma yang boleh mendatangkan
penyakit. Walau bagaimanapun, sebahagian besar daripadanya berfungsi untuk mereputkan bahan
organik yang terdapat dalam air kumbahan. Bahan bukan organik ialah bahan yang tidak terurai
oleh mikroorganisma seperti garam, logam, dan kersik. Rajah 2.8 menunjukkan komposisi dan
kandungan kumbahan domestik.
Kumbahan domestik
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Air (99%) Sisa tercemar (1%)
Bahan Bahan bukan
organik organik
Protein Karbohidrat Lemak Garam Logam Kersik
Rajah 2.8 Komposisi dan kandungan kumbahan domestik
Rawatan kumbahan amat penting supaya mengikut piawaian pelepasan efluen ke tahap yang
selamat. Rajah 2.9 menunjukkan sistem penyaliran daripada bangunan ke loji rawatan kumbahan
untuk dirawat sebelum dilepaskan ke persekitaran seperti sungai atau laut.
SILA IMBAS KOD QR
Sila imbas kod QR untuk melihat
piawaian efluen.
(Dicapai pada 21 Ogos 2020)
110
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
Kawasan perumahan Institusi
Paip salir Loji rawatan
kumbahan
Pusat komersial
Sungai atau
Pembetung laut
awam
Rajah 2.9 Sistem penyaliran kumbahan PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
Rajah 2.10 menunjukkan jenis-jenis mikroorganisma. Walau bagaimanapun, hanya beberapa
jenis mikroorganisma yang sesuai untuk rawatan air kumbahan, iaitu bakteria, protozoa, dan alga.
Bahan organik yang terdapat dalam air kumbahan boleh dikenal pasti melalui beberapa bentuk
parameter, iaitu Keperluan Oksigen Biokimia dan Keperluan Oksigen Kimia.
Jenis-jenis Mikroorganisma
Fungi Protozoa Bakteria Virus Alga
Yis Amoeba Basilus Influenza Spirulina
Paramesium E.coli HIV
Rajah 2.10 Jenis-jenis mikroorganisma
Sumber: Suwaibatullaslamiah Jalaludin, Jong, Tze Kian &
Mohd Ramadhan Anwar, 2015.
111
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
Keperluan Oksigen Biokimia (Biochemical Oxygen Demand-BOD)
Keperluan Oksigen Biokimia ialah sukatan jumlah oksigen yang diperlukan untuk pencernaan
kumbahan. Parameter ini akan menentukan jumlah oksigen yang telah digunakan oleh
mikroorganisma untuk mereputkan bahan organik yang terdapat pada kumbahan dalam keadaan
semula jadi. Secara teorinya, satu jangka masa
yang panjang diperlukan bagi memastikan
semua bahan organik mereput. Oleh sebab sukar
menunggu tempoh yang lama, satu piawai telah
ditetapkan. Nilai BOD diambil selepas tempoh
lima hari pada suhu 20°C dengan menganggar
sebahagian besar bahan organik telah direputkan.
Nilai BOD boleh diperoleh melalui alatan Inkubator
BOD. Foto 2.13 menunjukkan alatan BOD yang dengan suhu
digunakan bagi menilai kepekatan air kumbahan
dari segi kandungan oksigen yang diperlukan 20°C
untuk pereputan bahan organik. Nilai BOD
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 merupakan kriteria utama dalam mengawal Botol Meter oksigen
pencemaran air, reka bentuk komponen dalam loji winkler terlarut
rawatan kumbahan, dan juga menilai kecekapan
bagi sistem rawatan kumbahan. Foto 2.13 Alatan BOD
Keperluan Oksigen Kimia (Chemical Oxygen Demand-COD)
Keperluan Oksigen Kimia menyukat kuantiti Spectrophotometer
oksigen yang diperlukan oleh agen pengoksidaan
untuk bahan organik yang menjadi karbon Thermoreaktor
dioksida, air, dan ammonia. Nilai COD boleh
diperoleh dalam masa yang singkat, iaitu dua jam Foto 2.14 Ujian COD
melalui ujian COD. Foto 2.14 menunjukkan alatan
ujian COD yang digunakan. Walau bagaimanapun,
nilai COD tidak dapat membezakan bahan
organik yang boleh atau tidak boleh terurai secara
biologi. Nilai COD juga sering digunakan bagi
menggantikan nilai BOD terutamanya bagi air
kumbahan industri. Ujian ini menggunakan alat
yang dikenali sebagai Spectrophotometer untuk
mendapatkan nilai COD.
112
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
2.2.1 Kepentingan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
Sistem penyaliran kumbahan domestik amat penting bagi Standard pembelajaran
memastikan kumbahan yang dihasilkan dari kawasan
perumahan dapat dialirkan keluar dari rumah dan dihantar ke • Mengenal pasti kepentingan
loji rawatan kumbahan. Rajah 2.11 menunjukkan kepentingan sistem penyaliran kumbahan
sistem penyaliran kumbahan domestik. domestik.
Memastikan kumbahan 41 Memastikan kesihatan isi PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
dapat dikumpulkan dan rumah terjaga daripada
dibuang dengan lebih Kepentingan bahan cemar yang
sistematik. Sistem Penyaliran terdapat dalam kumbahan
kerana bahan cemar
Kumbahan tersebut boleh menjadi
Domestik penyebab kepada
penyakit berjangkit.
Memastikan gas 3 Memastikan kumbahan
berbahaya tidak terhasil
daripada kumbahan dan 2 dikeluarkan dari bangunan
terkumpul di dalam paip dengan lebih cepat
atau tangki septik. menggunakan sistem
penyaliran yang betul.
Rajah 2.11 Kepentingan sistem penyaliran kumbahan domestik
Oleh itu, sistem penyaliran kumbahan domestik yang betul dan sistematik perlu dikenal pasti
dan dirancang sebelum kawasan perumahan dibina.
TAHUKAH KAMU?
Air kumbahan boleh dijadikan sebagai air minuman (NEWater). Pelbagai kaedah alternatif diutarakan
bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air termasuklah merawat air kumbahan untuk dijadikan
sumber air minuman seperti yang dilaksanakan oleh negara Singapura.
113
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
2.2.2 Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
Lekapan Sanitari Standard pembelajaran
Lekapan sanitari ialah kelengkapan yang disambung pada paip • Menerangkan ciri dan fungsi
lekapan bagi mengumpulkan najis atau air sisa. Lekapan sanitari dalam sistem penyaliran
terbahagi kepada dua, iaitu lekapan najis dan lekapan air sisa. kumbahan domestik.
Rajah 2.12 menunjukkan jenis lekapan sanitari.
Alat lekapan
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Lekapan najis Lekapan air sisa
Tandas Urinal Sinki dapur Dulang pancuran
Tandas cangkung
Jenis papak Basin basuh Tab mandi
Tandas duduk
Bidet Jenis kandang
Jenis mangkuk
Rajah 2.12 Jenis lekapan sanitari
114
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
BAB 2
(a) Lekapan Najis
Lekapan najis ialah alat yang digunakan untuk mengumpulkan najis seperti tandas dan urinal.
(i) Tandas
Tandas ialah kelengkapan sanitari yang digunakan untuk membuang air besar. Terdapat tiga jenis
tandas, iaitu tandas cangkung, tandas duduk, dan tandas berteknologi yang dikenali sebagai bidet.
Foto 2.15 menunjukkan jenis-jenis tandas.
Tandas duduk
Tandas cangkung Bidet
Foto 2.15 Jenis-jenis tandas
115
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
(ii) Urinal
Urinal ialah kelengkapan sanitari yang digunakan oleh lelaki untuk membuang air kecil. Terdapat
tiga jenis urinal, iaitu jenis papak, jenis kandang, dan jenis mangkuk. Foto 2.16 menunjukkan
jenis-jenis urinal.
Jenis papak
Jenis kandang
Jenis mangkuk
Foto 2.16 Jenis-jenis urinal
116
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
(b) Lekapan Air Sisa
Lekapan air sisa ialah alat yang digunakan untuk mengumpulkan air sisa daripada sebarang aktiviti
yang menggunakan air selain aktiviti membuang air besar dan air kecil. Antara lekapan air sisa ialah
sinki dapur, basin basuh, tab mandi, dan dulang pancuran. Foto 2.17 menunjukkan jenis-jenis lekapan
air sisa.
Sinki dapur Basin basuh PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
Dulang pancuran
Tab mandi Dulang pancuran
Foto 2.17 Jenis-jenis lekapan air sisa
117
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
Paip Lekapan dan Paip Salir
Paip lekapan dan paip salir berfungsi untuk menyalirkan kumbahan dari lekapan sanitari
ke pembetung awam atau tangki septik. Paip lekapan dipasang secara menegak pada dinding rumah
manakala paip salir dipasang secara mendatar di dalam tanah. Pemasangan paip lekapan dan paip
salir bergantung kepada sistem yang dipilih oleh pemilik rumah atau pihak pemaju perumahan.
Foto 2.18 menunjukkan paip lekapan dan Foto 2.19 menunjukkan paip salir.
Paip salir
Paip lekapan
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Foto 2.18 Paip lekapan Foto 2.19 Paip salir
TAHUKAH KAMU?
Bagi negara-negara yang mempunyai sumber air yang terhad, kumbahan perlu dirawat bergantung
kepada tahap pencemaran sebelum dikitar semula untuk kegunaan selain daripada air minuman.
Kumbahan ini telah dibahagikan kepada tiga jenis mengikut sumber, iaitu:
(i) Air hitam (black water): Kumbahan daripada bilik air dan tandas yang mengandungi najis dan
air sisa.
(ii) Air kelabu (grey water): Kumbahan daripada sinki, mesin basuh, sinki dapur, dan tab mandi yang
mengandungi bahan kimia daripada aktiviti pencucian.
(iii) Air kuning (yellow water): Kumbahan daripada air sisa urin sahaja dan tidak mengandungi
pencemar seperti najis, bahan kimia, dan sisa makanan.
Sumber: Gulyas, H, Deepak Raj Gajuran
& Otterpohl, R., 2007.
118
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
Pembetung Awam
Pembetung awam dibina untuk menyalirkan kumbahan dari kawasan perumahan ke loji rawatan
kumbahan. Pembetung awam terdiri daripada dua jenis, iaitu sistem pembetungan bergabung dan
sistem pembetungan berasingan. Sistem pembetungan bergabung berfungsi untuk mengumpulkan
semua jenis kumbahan manakala sistem pembetungan berasingan berfungsi untuk mengasingkan
kumbahan domestik dan industri dengan air permukaan. Foto 2.20 menunjukkan penyenggaraan
sistem pembetung awam.
Foto 2.20 Penyenggaraan sistem pembetung awam PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
Rawatan Kumbahan
Rawatan kumbahan berfungsi untuk merawat kumbahan dengan menggunakan kaedah biologi,
kimia, dan fizikal sebelum menyalirkan kumbahan yang telah dirawat ke dalam sungai. Kaedah
rawatan biologi ialah pencernaan bahan organik melalui kehadiran bakteria dan mikroorganisma,
manakala rawatan kimia merupakan campuran bahan nyahkuman. Rawatan fizikal pula
ialah penapisan, pemendapan, dan penyingkiran pepejal terampai. Terdapat dua jenis rawatan
kumbahan domestik, iaitu tangki septik dan loji rawatan kumbahan. Foto 2.21 menunjukkan loji
rawatan kumbahan.
Foto 2.21 Loji rawatan kumbahan
119
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
2.2.3 Lakaran Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
Sistem penyaliran kumbahan domestik mengandungi beberapa Standard pembelajaran
bahagian penting, iaitu paip lekapan, paip salir, lurang,
pembetung awam, dan loji rawatan kumbahan. Rajah 2.13 • Melakar sistem penyaliran
menunjukkan aliran kumbahan domestik ke loji rawatan kumbahan domestik.
kumbahan sebelum disalirkan ke sungai.
Loji rawatan Paip lekapan
kumbahan (sistem satu paip)
Pembetung awam
(sistem gabungan)
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Paip salir
bergabung
Sungai
Rajah 2.13 Aliran kumbahan domestik
TAHUKAH KAMU? SILA IMBAS KOD QR
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Sila imbas kod QR untuk melihat
Negara (SPAN) merupakan agensi sistem penyaliran kumbahan
yang bertanggungjawab dalam hal domestik.
berhubung dengan peraturan dan undang-undang (Dicapai pada 2 September 2020)
yang mengawal selia industri perkhidmatan air
dan pembetungan.
120
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
2.2.4 Analisis Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
Sistem penyaliran kumbahan domestik direka bentuk dan dibina Standard pembelajaran
berdasarkan kaedah pemasangan dan anggaran aliran kadar
isi padu kumbahan yang dihasilkan oleh kawasan perumahan • Menganalisis sistem penyaliran
berkenaan. Kadar isi padu kumbahan akan mempengaruhi saiz kumbahan domestik.
paip, saiz pembetung, saiz loji rawatan air, saiz tangki septik,
dan sebagainya. Rajah 2.14 menunjukkan sistem penyaliran
kumbahan domestik yang terdapat di Malaysia.
Sistem satu paip Paip lekapan Sistem paip tumpu
Sistem dua paip
Sistem berasingan Paip salir Sistem berasingan separa PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
Sistem gabungan
Pembetung awam
Sistem pembetungan bergabung Sistem pembetungan berasingan
Rawatan kumbahan
Loji rawatan kumbahan Tangki septik
Rajah 2.14 Sistem penyaliran kumbahan domestik
121
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
Paip Lekapan
Paip lekapan ialah paip yang menyalirkan najis dan air sisa yang dikumpulkan pada lekapan sanitari
ke paip salir sebelum dirawat di tangki septik atau loji rawatan kumbahan. Terdapat tiga jenis paip
lekapan, iaitu paip najis, paip air sisa, dan paip bolong.
Jenis-jenis Paip Lekapan
1 Paip najis Paip yang bersambung dengan lekapan najis dan hanya
2 Paip air sisa menyalirkan najis sahaja.
Paip yang bersambung dengan lekapan air sisa dan hanya
menyalirkan air sisa sahaja.
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 3 Paip bolong Paip yang melepaskan udara termampat.
Terdapat tiga sistem yang digunakan dalam pemasangan paip lekapan, iaitu sistem satu paip,
sistem dua paip, dan sistem paip tumpu.
a Sistem Satu Paip Rasuk bumbung
Paip bolong Paip cabang
bolong
Sistem satu paip hanya menggunakan satu Tandas Basin basuh
paip yang bersambung dengan lekapan sanitari duduk
melalui paip cabang untuk menyalirkan air Lantai Paip
sisa dan najis ke paip salir di bawah tanah. atas cabang
Paip bolong dipasang pada paip cabang bagi
melepaskan udara yang termampat. Rajah 2.15 Paip najis Paip tumpu
menunjukkan pemasangan paip lekapan yang dan air sisa bolong
menggunakan sistem satu paip.
Tandas
duduk
Lantai
bawah
Paip salir
Rajah 2.15 Sistem satu paip
122
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
b Sistem Dua Paip
Rasuk bumbung
Paip bolong
Sistem dua paip menggunakan dua paip, iaitu Tandas Basin basuh Sinki
paip najis yang disambung dengan lekapan najis duduk Lantai
manakala paip air sisa yang disambung dengan Tab mandi atas
lekapan air sisa. Kedua-dua paip ini disambung Paip tumpu Paip
dengan paip bolong bagi melepaskan udara najis
yang termampat. Paip-paip ini akan bersambung Tandas cabang
dengan paip salir di bawah tanah. Rajah 2.16 duduk
menunjukkan pemasangan paip lekapan yang Paip tumpu Sinki
menggunakan sistem dua paip. air sisa Lantai
bawah
Basin basuh
Dulang
pancuran
Paip salir PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
Rajah 2.16 Sistem dua paip
c Sistem Paip Tumpu Rasuk bumbung
Sistem paip tumpu hanya menggunakan satu Paip bolong
paip sahaja seperti sistem satu paip. Lekapan
sanitari disambung pada paip tumpu melalui Tab Sinki Tandas Lantai
paip cabang untuk menyalirkan air sisa dan mandi duduk atas
najis ke paip salir di bawah tanah. Paip bolong
pula dipasang terus pada paip tumpu bagi Paip cabang Paip tumpu najis
melepaskan udara yang termampat. Rajah 2.17 Tandas dan air sisa
menunjukkan pemasangan paip lekapan yang duduk
menggunakan sistem paip tumpu. Sinki Tab
mandi
Lantai
bawah
Paip salir
Rajah 2.17 Sistem paip tumpu
123
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
Paip Salir
Paip salir ialah paip yang dipasang untuk menyalirkan najis, air sisa, dan air permukaan dari bangunan
atau rumah ke pembetung awam. Paip ini dipasang di bawah tanah dan diperbuat daripada bahan
tahan lasak dan tahan tekanan kerana terdedah dengan beban di atasnya seperti tanah, bangunan,
kenderaan, dan sebagainya. Terdapat beberapa jenis bahan yang digunakan untuk membuat paip
salir seperti tanah liat, besi tuang, PVC, gentian kaca, dan konkrit.
Jenis-jenis Paip Salir
1 Paip Tanah Liat
• Tahan lama dan tahan kakisan.
• Mudah pecah sekiranya dikenakan beban
yang tinggi.
2 Paip Besi Tuang
• Mampu menampung beban yang tinggi dan
mempunyai sambungan yang kukuh.
• Mudah berkarat terutama pada kawasan berasid.
3 Paip PVC
• Tahan kakisan, ringan, dan mudah dipasang.
• Mudah melentur jika dikenakan beban
yang tinggi.
124
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
BAB 2
4 Paip Gentian Kaca
• Keanjalan tinggi, mudah dipasang, ringan,
dan tahan kakisan.
• Tidak tahan kepada pelarut, petrol, kimia,
dan lemak.
5 Paip Konkrit
• Kukuh dan tahan lasak.
• Tidak tahan kakisan serta mempunyai tahap
geseran yang tinggi.
SUDUT INFO
Kecerunan minimum paip salir perlu mengikut piawaian reka bentuk. Kecerunan paip berdiameter
100 mm adalah nisbah x kepada y bersamaan 1 kepada 80 manakala paip berdiameter 150 mm pula
mempunyai nisbah kecerunan x kepada y bersamaan 1 kepada 150.
x
y
125
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
Fungsi dan Ciri Paip Salir
Terdapat tiga sistem paip salir, iaitu sistem berasingan, sistem gabungan, dan sistem
berasingan separa.
a Sistem Berasingan
Pemasangan paip salir menggunakan sistem berasingan memerlukan penggunaan dua jenis
paip. Rajah 2.18 menunjukkan sistem berasingan.
Paip bolong
(i) Paip Salir Najis dan Air Sisa
Berfungsi mengumpulkan najis dan air Paip air hujan
sisa dari paip lekapan dan disalirkan Paip najis
ke pembetung awam sebelum ke loji dan air sisa
rawatan kumbahan.
Titik jolok
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 (ii) Paip Salir Air Permukaan Paip salir Paip
najis dan salir air
Berfungsi mengumpulkan air hujan air sisa permukaan
yang menjadi air permukaan melalui
paip air hujan. Air permukaan yang Ke pembetung Lurang atau kebuk
dikumpulkan akan disalirkan terus awam pemeriksaan
ke sungai atau laut.
Ke sungai atau laut
Rajah 2.18 Sistem berasingan
Paip bolong
b Sistem Gabungan
Pemasangan paip salir menggunakan sistem Paip air hujan
gabungan merupakan sistem yang paling
mudah dipasang dan ekonomik kerana Paip najis dan
air sisa
hanya memerlukan penggunaan satu paip Titik jolok
sahaja yang berfungsi mengumpulkan najis,
air sisa, dan air permukaan dalam paip
yang sama. Kumbahan yang dikumpulkan
akan disalirkan ke pembetung awam dan Paip salir najis,
seterusnya ke loji rawatan kumbahan. Rajah air sisa dan air
2.19 menunjukkan sistem gabungan.
permukaan
Ke pembetung Lurang atau kebuk
awam
pemeriksaan
Rajah 2.19 Sistem gabungan
126
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
c Sistem Berasingan Separa
Pemasangan paip salir menggunakan sistem berasingan separa memerlukan penggunaan dua jenis
paip. Rajah 2.20 menunjukkan sistem berasingan separa.
(i) Paip Salir Najis dan Air Sisa
Berfungsi mengumpulkan najis dan air Paip bolong
sisa dari paip lekapan dan disalirkan ke
pembetung awam sebelum ke loji rawatan Paip air hujan
kumbahan. Paip salir air permukaan yang Paip najis
terletak berdekatan dengan paip najis dan dan air sisa
air sisa akan disambungkan terus ke paip
salir najis dan air sisa.
(ii) Paip Salir Air Permukaan Paip Titik jolok PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
salir air
Berfungsi mengumpulkan air hujan yang permukaan Paip salir najis
menjadi air permukaan melalui paip air dan air sisa
hujan. Air permukaan yang dikumpulkan Ke
tidak akan disalirkan ke pembetung pembetung Lurang atau kebuk
awam untuk dirawat tetapi akan pemeriksaan
disalirkan terus ke sungai atau laut. awam
Ke sungai atau laut
Rajah 2.20 Sistem berasingan separa
Prinsip Pemasangan Paip Salir
Pemasangan paip salir yang betul amat penting bagi memastikan kumbahan dapat disalirkan dengan
berkesan dan tahan lama. Oleh itu, terdapat beberapa prinsip yang perlu dipatuhi dalam pemasangan
paip salir. Jadual 2.7 menunjukkan prinsip pemasangan paip salir.
Jadual 2.7 Prinsip pemasangan paip salir
Ciri-ciri Keterangan
Kualiti paip Paip salir hendaklah mempunyai kekuatan dan ketahanlasakan terhadap
tekanan tanah dan bebanan kenderaan di atasnya serta tindak balas kimia
dalam tanah. Kualiti paip ini bergantung kepada mutu bahan paip seperti
tanah liat, besi tuang, PVC, gentian kaca, dan konkrit.
127
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
Ciri-ciri Keterangan
Kedap air Paip salir hendaklah mempunyai ciri kedap air. Kedap air bermaksud air
bawah tanah tidak dapat memasuki paip salir, manakala najis dan air sisa
tidak dapat keluar dari paip salir. Ciri ini amat penting bagi mengelakkan
pencemaran tanah dan persekitaran disebabkan najis dan air sisa.
Kecerunan Paip salir hendaklah dipasang mengikut kecerunan yang sesuai bagi
memastikan pengaliran kumbahan di dalam paip salir tidak terlalu laju
sehingga boleh menyebabkan hakisan pada dinding paip salir dan tidak
terlalu perlahan supaya pepejal tidak termendap pada dasar paip.
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Pengalihudaraan Paip salir hendaklah mempunyai proses pengalihudaraan yang berkesan
kerana gas yang terhasil oleh kumbahan boleh menyebabkan perubahan
tekanan udara di dalam paip salir. Oleh itu, pemasangan paip bolong pada
paip lekapan adalah amat penting bagi memastikan gas yang dihasilkan
dapat dikeluarkan melalui paip bolong. Pemasangan paip bolong
bergantung kepada jenis pemasangan paip lekapan.
Kelurusan Paip salir hendaklah disambung dalam keadaan lurus supaya penyaliran
kumbahan berjalan dengan lancar dari satu tempat ke tempat yang
lain tanpa memerlukan kerja penyenggaraan yang kerap. Walau
bagaimanapun, paip perlu dibengkokkan mengikut keperluan dan
kedudukan sambungan paip.
SUDUT INFO
Tiga jenis ujian ke atas paip salir selepas proses pemasangan paip salir ialah:
1. Ujian untuk kedapan
Tahap kedapan boleh dilakukan melalui tiga cara, iaitu:
• Ujian air: Mengenal pasti aras kekedapan air di dalam paip salir.
• Ujian asap: Mengesan kebocoran yang berlaku dalam paip salir apabila asap keluar dari
bahagian yang bocor.
• Ujian tekanan atau udara: Mengenal pasti kawasan kebocoran melalui udara yang keluar
dari paip salir tetapi ujian ini sukar untuk mendapatkan bahagian yang bocor dengan tepat.
2. Ujian kelurusan
Tahap kelurusan paip dapat ditentukan dengan menggunakan cermin dan lampu suluh melalui
prinsip pembalikan cahaya oleh cermin.
3. Ujian untuk keratan sambungan
Menguji kerataan pada sambungan paip salir dengan menggunakan ujian bebola. Pergerakan
bebola akan dipantau sama ada bergerak atau tersangkut.
128
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
Lurang
Lurang ialah ruang atau lubang periksa yang dibina di bahagian tertentu pada sambungan paip salir
atau pembetung awam. Lurang mempunyai penutup yang boleh dibuka bagi tujuan pemeriksaan
dan penutup tersebut kebiasaannya diperbuat daripada kepingan besi atau papak konkrit pratuang.
Lurang perlu ditutup dengan rapat dan kedap udara supaya gas yang dihasilkan oleh kumbahan
tidak boleh keluar. Lurang mempunyai saiz yang berbeza bergantung kepada jenis lurang.
Lurang perlu dibina dengan menggunakan bahan yang bersesuaian bagi memastikan lurang
sentiasa dalam keadaan baik dan tidak bocor. Contoh bahan yang boleh digunakan untuk pembinaan
lantai dan dinding lurang ialah bata, konkrit pratuang, atau plastik.
Lurang terdiri daripada dua jenis, iaitu lurang dan kebuk pemeriksaan. Jadual 2.8 menunjukkan
maklumat berkaitan jenis-jenis lurang.
Jadual 2.8 Jenis-jenis lurang
Nama Kebuk pemeriksaan Lurang PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
Ciri Kedalaman kurang daripada 1 m Kedalaman melebihi 1 m
Fungsi Pemeriksaan sahaja Pemeriksaan dan penyenggaraan
Penutup besi Penutup besi
Tangga
Lakaran Dinding bata
bentuk
Aliran air sisa Paip salir Aliran air sisa
dan najis dan najis
Paip salir
Gambar
129
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
Lokasi Pemasangan Lurang dan Kebuk Pemeriksaan
Penentuan lokasi pemasangan lurang amat penting bagi memudahkan proses pemeriksaan paip salir
dan pembetung awam. Lokasi pemasangan lurang dan kebuk pemeriksaan adalah seperti berikut:
i Perubahan arah paip salir
ii Persimpangan paip salir
iii Perubahan cerun paip salir
iv Perubahan saiz paip salir
v Perubahan salir yang terlalu panjang
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Rajah 2.21 menunjukkan pandangan pelan lokasi pemasangan lurang atau kebuk pemeriksaan
di kawasan sesebuah rumah.
Persimpangan paip salir Paip salir
Lurang atau kebuk Perubahan
pemeriksaan arah paip salir
DAPUR BILIK AIR Paip salir
RUANG BILIK terlalu panjang
MAKAN TIDUR
RUANG TAMU
Pembetung awam
Rajah 2.21 Pelan lokasi pemasangan lurang atau kebuk pemeriksaan
130
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
Pembetung Awam
Pembetung awam dibina bagi menyalirkan kumbahan ke tangki septik atau loji rawatan kumbahan.
Terdapat dua jenis sistem pembetungan awam, iaitu sistem pembetungan bergabung dan sistem
pembetungan berasingan.
Sistem Pembetungan Bergabung
Sistem pembetungan bergabung menggunakan Paip air hujan Paip salir air PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
satu paip pembetung sahaja yang mengumpulkan permukaan
najis, air sisa, dan air permukaan di dalam Paip salir najis
paip yang sama. Kumbahan ini akan dihantar dan air sisa Pembetung
ke loji rawatan kumbahan untuk dirawat Ke loji rawatan kumbahan awam
sebelum dilepaskan ke persekitaran seperti
laut, tasik, dan sungai. Walau bagaimanapun,
sebahagian kumbahan pada paras tertentu akan
terus dialirkan ke persekitaran. Rajah 2.22
menunjukkan sistem pembetungan bergabung.
Rajah 2.22 Sistem pembetungan bergabung
Sistem Pembetungan Berasingan
Paip air hujan
Sistem pembetungan berasingan menggunakan Paip salir air
dua paip pembetung, iaitu pembetung yang permukaan
menyalirkan najis dan air sisa ke loji rawatan
kumbahan dan pembetung yang menyalirkan Paip salir najis Pembetung
air permukaan ke persekitaran seperti sungai dan air sisa awam
dan laut. Rajah 2.23 menunjukkan sistem
pembetungan berasingan. Ke sungai Ke loji rawatan kumbahan
atau laut
Rajah 2.23 Sistem pembetungan berasingan
131
BAB 2 Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
Rawatan Kumbahan
Terdapat dua kaedah bagi rawatan kumbahan, iaitu tangki septik dan loji rawatan kumbahan.
Tangki Septik Influen dari Paip
rumah pengudaraan Efluen ke saliran
Tangki septik dibina menggunakan bahan
binaan yang berkualiti seperti batu bata, terbuka
konkrit, bahan gentian, atau plastik. Kumbahan
yang diterima dari rumah akan disalirkan Lapisan kekam Tembok
ke dalam tangki septik. Bahan pepejal landas
kumbahan akan termendap ke dasar tangki Enap cemar
septik dan bahan terampai akan terapung di Rajah 2.24 Tangki septik
permukaan. Bahan yang termendap akan
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 membentuk lapisan enap cemar. Air yang
bersih akan disalirkan ke sistem saliran
berhampiran. Sistem ini sering digunakan bagi
rumah persendirian atau di kawasan pendalaman.
Rajah 2.24 menunjukkan tangki septik.
Tangki septik perlu dikosongkan apabila tahap enap cemar najis telah memenuhi satu pertiga
daripada saiznya. Oleh itu, kekerapan proses pengosongan adalah bergantung kepada kapasiti dan
reka bentuk tangki septik. Pemilik tangki septik bertanggungjawab untuk melantik kontraktor
berlesen atau Indah Water Konsortium (IWK) untuk menyenggara tangki septik bagi mengelakkan
masalah pencemaran air bawah tanah.
Loji Rawatan Kumbahan
Loji rawatan kumbahan akan melalui rawatan fizikal, rawatan biologi, dan rawatan kimia untuk
merawat kumbahan sebelum dilepaskan ke sungai atau laut. Rajah 2.25 menunjukkan penyaliran
kumbahan di dalam loji rawatan kumbahan yang terdapat di Malaysia. Antara kaedah biologi yang
merawat kumbahan adalah seperti berikut:
Kolam penstabilan sisa Lagun berudara Enap cemar teraktif Penyentuh biologi
berputar
Rumah pam Penyaringan halus Rawatan biologi Rawatan
(enap cemar fizikal
teraktif) (pemendapan) Rawatan kimia
(pengklorinan)
Efluen
Penyaringan Enap cemar
kasar
Rawatan fizikal
(penyaringan)
Rajah 2.25 Penyaliran kumbahan di dalam loji rawatan kumbahan
132
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
2.2.5 Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik Sedia Ada
dan Implikasi Terhadap Alam Sekitar
Pemilihan sistem penyaliran kumbahan amat penting bagi Standard pembelajaran
kawasan perumahan mengikut kesesuaian rumah, kos
pemasangan, kos penyenggaraan, dan lain-lain. Sistem • Membuat justifikasi sistem
penyaliran kumbahan yang betul dan sesuai akan memastikan penyaliran kumbahan domestik
penyaliran kumbahan dari rumah kembali ke alam sekitar sedia ada dan implikasinya
tanpa memberikan pencemaran kepada alam sekitar. terhadap alam sekitar.
Paip Lekapan
Paip lekapan terbahagi kepada tiga jenis pemasangan paip lekapan, iaitu sistem satu paip, sistem PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
dua paip, dan sistem paip tumpu. Jadual 2.9 menunjukkan perbandingan antara tiga jenis sistem
paip lekapan.
Jadual 2.9 Perbandingan sistem paip lekapan
Sistem Jenis paip Kelebihan Kekurangan
Satu paip
• Paip air sisa • Memerlukan satu • Memerlukan lebih
dan najis yang paip utama sahaja banyak pemasangan
bersambung dengan untuk penyaliran air paip cabang bolong
paip bolong. sisa dan kumbahan. dan pemasangannya
lebih rumit.
• Kerja pemasangan
lebih ringkas.
• Kos pemasangan
dan penyenggaraan
lebih murah
berbanding sistem
dua paip.
Dua paip • Paip najis yang • Penyaliran lebih • Kerja pemasangan
bersambung dengan berkesan. lebih rumit kerana
paip bolong dan memerlukan
paip cabang. • Sesuai untuk rumah pemasangan
bertingkat. dua paip.
• Paip air sisa yang
bersambung dengan • Memerlukan kos
paip bolong dan paip pemasangan dan
cabang bolong. penyenggaraan
yang tinggi.
133
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
Sistem Jenis paip Kelebihan Kekurangan
Paip tumpu
• Paip najis dan air • Memerlukan satu • Sistem pengudaraan
sisa tunggal. paip tunggal sahaja kurang lancar.
untuk penyaliran air
sisa dan kumbahan. • Mudah tersumbat
sekiranya tidak
• Kos penyenggaraan disenggara
dan pemasangan dengan baik.
lebih murah.
Sistem satu paip merupakan pilihan pemasangan yang terbaik kerana memerlukan kos
pemasangan dan penyenggaraan yang lebih rendah berbanding dengan sistem dua paip. Sistem ini
juga mempunyai pengudaraan yang baik walaupun pemasangan paip bolong adalah lebih rumit.
Paip Salir
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Terdapat tiga jenis pemasangan paip salir, iaitu sistem berasingan, sistem bergabung, dan sistem
berasingan separa. Jadual 2.10 menunjukkan perbandingan antara tiga sistem paip salir.
Jadual 2.10 Perbandingan sistem paip salir
Sistem Jenis paip Kelebihan Kekurangan
Berasingan
• Paip najis dan • Memerlukan • Kos pemasangan
air sisa. saiz loji rawatan lebih tinggi kerana
kumbahan yang memerlukan dua
• Paip air permukaan. lebih kecil. paip salir.
• Kos rawatan • Pemasangan
kumbahan lebih rumit dan
lebih rendah. berisiko sekiranya
berlaku kesilapan
semasa proses
penyambungan.
Bergabung • Paip najis, air sisa, • Kos pemasangan • Memerlukan
134 dan air permukaan. lebih rendah kerana saiz loji rawatan
memerlukan satu kumbahan yang
paip salir sahaja. lebih besar.
• Pemasangan • Kos rawatan
lebih mudah. kumbahan
lebih tinggi.
• Limpahan dalam
paip salir boleh
berlaku sekiranya
hujan lebat.
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
Sistem Jenis paip Kelebihan Kekurangan
Berasingan separa
• Paip najis dan • Kos pemasangan • Kos rawatan
air sisa. lebih rendah kumbahan lebih
daripada sistem tinggi sekiranya
• Paip air permukaan. berasingan kerana lebih banyak
paip air permukaan air permukaan
lebih pendek. memasuki paip salir
najis dan air sisa.
Berdasarkan perbandingan di atas, pemasangan paip salir yang menggunakan sistem berasingan
adalah lebih sesuai berbanding sistem yang lain kerana sistem ini mengurangkan pencemaran kepada
alam sekitar sekiranya berlaku hujan lebat. Sistem ini juga memerlukan kos rawatan kumbahan yang
lebih rendah dan saiz loji rawatan kumbahan yang kecil kerana kuantiti kumbahan yang memasuki
loji kumbahan adalah lebih rendah berbanding sistem gabungan.
Pembetung Awam PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
Terdapat dua jenis sistem pembetungan awam, iaitu sistem pembetungan berasingan dan sistem
pembetungan bergabung. Jadual 2.11 menunjukkan perbandingan antara sistem-sistem tersebut.
Jadual 2.11 Perbandingan antara pembetung bergabung dan pembetung berasingan
Pembetung Bergabung Pembetung Berasingan
• Menyalirkan najis dan air sisa dari paip • Menggunakan dua jenis paip salir, iaitu paip
lekapan dan air permukaan dari bumbung yang menyalirkan najis dan air sisa dari
dan kawasan sekitar ke paip salir sebelum paip lekapan dan paip yang menyalirkan air
memasuki pembetung awam. permukaan sahaja.
• Semua air kumbahan yang dikumpulkan • Paip yang menyalirkan najis dan air sisa akan
akan disalirkan ke loji rawatan kumbahan disalirkan ke loji kumbahan untuk dirawat
untuk dirawat sebelum disalirkan ke sungai manakala air permukaan akan disalirkan terus
atau laut. ke sungai atau laut tanpa dirawat.
• Kebaikan: Melibatkan penggunaan satu paip • Kelebihan: Menjamin kesihatan dan
pembetung yang besar dan pembinaannya mengelakkan pencemaran.
lebih mudah.
• Kelemahan: Air akan mudah melimpah • Kelemahan: Memerlukan kos yang lebih
sekiranya hujan lebat dan akan mencemarkan tinggi kerana penggunaan paip yang banyak.
alam sekitar.
135
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
Rawatan Kumbahan
Sistem On-Site
Sistem on-site ialah sistem yang merawat kumbahan domestik menggunakan tangki septik
sebelum dikembalikan ke sungai berhampiran. Sistem ini merupakan kaedah yang berkesan dalam
menguruskan kumbahan dengan selamat dan mengembalikan air bersih ke sungai yang berdekatan.
Walau bagaimanapun, sistem on-site boleh menyebabkan pencemaran air bawah tanah. Pencemaran
ini boleh berlaku disebabkan faktor-faktor berikut:
Jenis tanah kerana tanah mempunyai liang atau ruang yang memudahkan
1 tanah menyerap kumbahan dan menyalirkan air ke bawah tanah.
Kepadatan penduduk yang tinggi bagi tempat kediaman kecil yang
menyebabkan peningkatan kuantiti air kumbahan dan mengakibatkan
2 kumbahan melimpah keluar.
Tangki septik diletakkan berhampiran aras air bawah tanah atau
berhampiran dengan air permukaan yang memudahkan kumbahan
3 meresap ke dalam tanah.
Tangki septik tidak dirancang, dibina dan disenggara dengan baik dan
sistematik. Tangki septik perlu disenggara dengan mengeluarkan sisa
pepejal yang termendap sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi
4 mengelakkan pencemaran sumber air.
Penggunaan air bawah tanah dan air permukaan yang tercemar boleh meningkatkan penyebaran
penyakit cirit-birit, terutamanya di kawasan luar bandar kerana air bawah tanah dan air permukaan
sering digunakan tanpa dirawat terlebih dahulu. Rajah 2.26 menunjukkan pencemaran air bawah
tanah disebabkan tangki septik.
136
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik BAB 2
Tangki septik Telaga yang
tercemar
Tangki septik
Air bawah Air bawah
tanah tercemar tanah tercemar
Aras air
bawah tanah
Rajah 2.26 Pencemaran air bawah tanah disebabkan tangki septik
Sistem Off-Site PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
Sistem off-site merupakan sistem yang sering digunakan di kawasan bandar yang mempunyai
kepadatan penduduk yang tinggi dan pembangunan yang pesat. Sistem ini akan mengumpulkan
dan menyalirkan kumbahan ke loji rawatan kumbahan yang dibina mengikut kuantiti kumbahan
yang dihasilkan oleh penduduk di kawasan berkenaan. Sistem pembetungan gabungan sering
digunakan kerana lebih mudah dipasang dan memerlukan kos yang lebih rendah berbanding sistem
pembetungan berasingan.
Walau bagaimanapun, sistem ini mempunyai kesan kepada alam sekitar. Kebocoran pada paip
salir dan pembetung awam boleh berlaku disebabkan tekanan kumbahan dan air hujan, terutamanya
pada bahagian sambungan paip. Kebocoran ini boleh mengakibatkan hakisan tanah dan pencemaran
alam sekitar kerana kumbahan meresap ke bawah tanah. Sekiranya berterusan, keadaan ini akan
menyebabkan bangunan menjadi mendap.
Selain itu, limpahan kumbahan disebabkan oleh kuantiti kumbahan meningkat akan
menyebabkan pencemaran air permukaan dan pencemaran bau. Perkara ini berlaku bagi sistem
pembetungan gabungan yang mengabungkan penyaliran kumbahan dan air hujan dalam paip yang
sama. Sekiranya berlaku hujan yang lebat, sistem terpaksa menerima kuantiti air yang lebih tinggi
daripada yang dirancang sehingga menyebabkan limpahan air kumbahan ke sungai berhampiran.
TAHUKAH KAMU?
Indah Water Konsortium (IWK) dipertanggungjawabkan untuk menjalankan
operasi dan penyenggaraan loji rawatan kumbahan awam. IWK juga terlibat
dalam melakukan kerja-kerja pembaikan jika terdapat masalah pada saluran
paip pembetungan awam seperti tersumbat atau rosak.
137
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
2.2.6 Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik yang Sesuai bagi
Kawasan Perumahan
Sistem penyaliran kumbahan domestik memainkan peranan yang Standard pembelajaran
penting bagi kawasan perumahan untuk memastikan kumbahan
yang dihasilkan oleh isi rumah dapat dikeluarkan dari rumah • Mencadangkan sistem
dan disalurkan ke loji rawatan kumbahan untuk dirawat. Oleh penyaliran kumbahan
itu, pemilihan sistem perlu dilakukan mengikut lokasi kawasan domestik yang sesuai bagi
perumahan dan jumlah penduduk di kawasan tersebut. sesuatu kawasan perumahan.
Sistem off-site sesuai digunakan bagi kawasan perumahan
di bandar yang mempunyai jumlah penduduk yang tinggi dan
padat kerana jumlah penghasilan kumbahan adalah tinggi dan memerlukan loji rawatan kumbahan
yang besar. Loji rawatan kumbahan perlu dibina dengan jarak yang bersesuaian dari kawasan
perumahan bagi mengelakkan pencemaran bau yang terhasil dari loji tersebut. Selain itu, sistem
pembetungan berasingan amat sesuai bagi mengurangkan kuantiti kumbahan yang perlu dirawat
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 di loji rawatan kumbahan. Sistem ini dapat memastikan kumbahan yang tercemar disalurkan ke
loji rawatan air untuk dirawat serta dapat mengurangkan pencemaran air permukaan. Rajah 2.27
menunjukkan sistem pembetungan berasingan.
Paip air hujan
Paip salir air Paip salir najis
permukaan dan air sisa
Ke sungai atau laut Air permukaan
Ke loji rawatan Najis dan air sisa
kumbahan Rajah 2.27 Sistem pembetungan berasingan
138
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
Manakala, bagi kawasan perumahan di luar bandar yang mempunyai jumlah penduduk yang
rendah, penggunaan sistem on-site, iaitu pembinaan tangki septik adalah amat sesuai kerana
pembinaan loji rawatan kumbahan tidak sesuai dan membazir disebabkan kuantiti kumbahan yang
sedikit. Walau bagaimanapun, sistem on-site perlu ditambah baik bagi memastikan kumbahan
dapat dirawat dengan lebih baik. Sistem ini boleh ditambah baik dengan menyalirkan kumbahan
yang telah dirawat di dalam tangki septik ke sistem tanah bencah buatan (constructed wetland).
Rajah 2.28 menunjukkan proses rawatan air kumbahan menggunakan sistem tanah bencah.
Tanah bencah buatan berfungsi sebagai penulen air semula jadi bagi memastikan air
yang mengalir ke alam sekitar lebih bersih. Pembinaan sistem tanah bencah buatan juga boleh
meningkatkan kawasan hijau dan juga habitat fauna. Proses pemulihan atau penulenan air dilakukan
dengan menggunakan tumbuhan tanah bencah untuk menyerap dan menapis bahan pencemar
yang terdapat di dalam air. Antara tumbuhan yang boleh menyerap bahan pencemar yang terlarut
ialah teratai putih dan teratai merah. Contoh kawasan tanaman tanah bencah buatan yang
berada di Malaysia ialah di Putrajaya Wetland. Jadual 2.12 menunjukkan kelebihan dan kekurangan
tanah bencah.
Lubang Efluen mengalir ke tanah Tanaman tanah bencah
penyenggaraan bencah buatan
Influen Permukaan PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
batu kerikir
Tangki septik Air terawat
Pelapik tanah bencah mengalir keluar
Tanah bencah buatan
Efluen
Rajah 2.28 Proses rawatan air kumbahan menggunakan sistem tanah bencah
Jadual 2.12 Kelebihan dan kekurangan tanah bencah
Kelebihan Kekurangan
• Kos pembinaan dan operasi yang lebih murah. • Memerlukan kawasan yang luas.
• Proses rawatan dan penyenggaraan yang • Berkemungkinan menjadi tempat
lebih mudah. pembiakan nyamuk.
• Mampu merawat bahan beracun seperti • Boleh menyebabkan masalah kepada alam
logam berat. sekitar sekiranya tidak disenggara dan
dioperasi dengan baik.
• Bahan organik boleh dimanfaatkan dan
digunakan semula sebagai biojisim. • Memerlukan kepakaran dalam menentukan
reka betuk dan operasi.
139
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
RUMUSAN
SISTEM BEKALAN AIR BERSIH
Sungai Sumber Tasik atau kolam
Air bawah tanah Bekalan Air Air laut
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Proses Rawatan Air Penyaringan Pengudaraan
Pengambilan dari
sumber air Pengentalan dan Pembauran kimia
penggumpalan
Pengenapan Pemfluoridaan
Pembasmian kuman dan Tangki simpanan
Penapisan penyesuaian pH
air jernih
Kaedah Agihan Kaedah graviti
Air Kaedah pam
Kaedah pam dan takungan
140
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
SISTEM PENYALIRAN KUMBAHAN DOMESTIK
Kumbahan domestik
Jenis Kumbahan industri
Kumbahan
Air larian permukaan PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
Sistem Penyaliran
Paip lekapan Paip salir Lurang Pembetung Rawatan
awam kumbahan
Sistem satu Sistem Kebuk
paip berasingan pemeriksaan Sistem Loji rawatan
pembetungan kumbahan
Sistem dua Sistem
paip gabungan bergabung
Sistem paip Sistem Sistem Tangki septik
tumpu berasingan pembetungan
separa berasingan
141
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
LATIHAN PENGUKUHAN
1. Air merupakan satu daripada keperluan penting bagi isi rumah untuk kegunaan aktiviti harian.
Terangkan tiga jenis sumber bekalan air yang terdapat di Malaysia.
(a) _______________________________________________________________________
(b) _______________________________________________________________________
(c) _______________________________________________________________________
2. Rawatan air merupakan proses pembersihan air bagi memastikan air yang diterima oleh
pengguna adalah bersih dan selamat. Huraikan proses-proses berikut yang terdapat dalam
rawatan air.
(a) Penyaringan: _____________________________________________________________
________________________________________________________________________
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 (b) Pengentalan dan penggumpalan: _____________________________________________
________________________________________________________________________
(c) Pengenapan: _____________________________________________________________
________________________________________________________________________
3. Bandingkan kaedah graviti dan kaedah pam dalam proses pengagihan air dari loji rawatan air
kepada pengguna.
Kaedah graviti Kaedah pam
(a) (a)
(b) (b)
(c) (c)
4. Huraikan kaedah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah Kehilangan Air Bukan Hasil
(NRW) dalam sistem pengagihan dan implikasi kaedah tersebut dalam penjimatan kos sistem
pembekalan air.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
5. Sistem penyaliran kumbahan domestik melibatkan proses mengumpul, menghantar, dan
merawat air kumbahan yang dihasilkan oleh isi rumah. Nyatakan tiga kepentingan sistem
penyaliran kumbahan domestik.
(a) _______________________________________________________________________
(b) _______________________________________________________________________
(c) _______________________________________________________________________
142