Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik BAB 2
6. Rajah menunjukkan kaedah agihan air bagi kawasan perumahan.
Tangki perkhidmatan
Kawasan
bekalan
Dari loji Tangki
rawatan air pengimbang Pam air
P
Kaedah A
Dari loji Tangki
rawatan air pengimbang
Tangki
perkhidmatan
Aliran secara Kawasan PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
graviti bekalan
Kaedah B
Nyatakan kaedah tersebut.
Kaedah A:__________________________________________________________________
Kaedah B:__________________________________________________________________
7. Berdasarkan rajah di bawah, lakarkan paip salir, kedudukan lurang dan kebuk pemeriksaan
untuk menyalirkan kumbahan ke tangki septik.
Tangki septik
Dapur Bilik air
Ruang tamu Bilik tidur
143
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik
BAB 2
8. Rajah menunjukkan pembetung awam yang dipasang bagi menyalirkan kumbahan ke loji
rawatan kumbahan.
(a) Nyatakan kaedah pembetung awam itu.
________________________________________________________________________
(b) Terangkan mengapa kaedah tersebut dipilih.
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
9. Sistem penyaliran kumbahan domestik yang tidak sistematik boleh menyebabkan
pencemaran terhadap alam sekitar. Terangkan dua jenis pencemaran yang boleh
berlaku dan nyatakan penyelesaian yang boleh diambil bagi mengelakkan
pencemaran tersebut berlaku semula.
(a) Pencemaran I: ___________________________________________________________
_______________________________________________________________________
Penyelesaian I: ___________________________________________________________
_______________________________________________________________________
(b) Pencemaran II: ___________________________________________________________
_______________________________________________________________________
Penyelesaian II: __________________________________________________________
_______________________________________________________________________
10. Sistem penyaliran kumbahan domestik perlu dipilih bergantung kepada sesuatu kawasan
perumahan. Nyatakan sistem penyaliran kumbahan domestik yang sesuai bagi kawasan
perumahan di luar bandar dan terangkan sebab-sebab pemilihan tersebut.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
144
Sistem Bekalan Air Bersih dan Sistem Penyaliran Kumbahan Domestik PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
BAB 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
1. Kaedah ____________ dan ____________ ialah kaedah pengambilan air yang digunakan
untuk disalirkan ke loji rawatan air.
2. Dalam proses rawatan air, penyaringan akan dilaksanakan. Penyaringan terbahagi kepada dua,
iaitu _________________ dan ___________________.
3. Pengentalan dan penggumpalan kebiasaannya akan menggunakan ___________ supaya
kentalan terbentuk dan seterusnya terenap.
4. Pembasmian kuman lazimnya akan menggunakan ____________ untuk membunuh kuman
yang terkandung di dalam air.
5. _______________ ialah paras kandungan fluorida yang dibenarkan di dalam air.
6. Bahan penapis yang biasa digunakan dalam proses penapisan air adalah _______________
dan _______________.
7. Sistem perpaipan bekalan air terbahagi kepada tiga sistem, iaitu _______________,
___________, dan _______________.
8. Dalam sistem ______________, semua paip utama, paip cawangan, dan paip cabang
bersambungan antara satu sama lain.
9. Paip di dalam bangunan yang menyalirkan najis dan air sisa dikenali sebagai ______________.
10. ______________________ ialah satu daripada suruhanjaya yang bertanggungjawab dalam
memantau kecekapan sistem pengagihan di Malaysia.
145
KEUSAHAWANAN
BAB
3
Standard Kandungan
3.1 Pengenalan Keusahawanan
3.2 Milikan Perniagaan
3.3 Pemasaran
3.4 Rancangan Perniagaan
Kata Kunci
• Cukai
• Saham
• Untung
• Peniaga
146
Bidang keusahawanan merupakan satu bidang yang mampu memupuk dan melahirkan murid
dengan budaya berniaga. Dunia perniagaan dapat menjana pendapatan lumayan dan mengubah
sosioekonomi diri, keluarga, dan masyarakat. Setiap murid perlu memiliki kemahiran keusahawanan
untuk berjaya dalam bidang keusahawanan. Antaranya ialah kebolehan mengenal pasti peluang
perniagaan, kebolehan merangka perancangan perniagaan, kebolehan membina, meneroka dan
merebut peluang perniagaan serta pekerjaan, dan kebolehan untuk bekerja sendiri.
147
Keusahawanan
BAB 3
3.1 PENGENALAN KEUSAHAWANAN
Keusahawanan merupakan bidang yang penting untuk memberi pengetahuan dalam
memasarkan sesuatu produk. Tujuan keusahawanan adalah untuk memberi pendedahan
tentang asas perniagaan dan membentuk usahawan baharu ke arah kreativiti dan inovasi.
3.1.1 Definisi Peniaga, Usahawan dan Keusahawanan
Peniaga dan usahawan ialah istilah yang digunakan untuk Standard pembelajaran
individu yang bekerja sendiri. Individu tersebut mampu menyara
diri dan keluarga tanpa mengharapkan pekerjaan daripada • Mengenal pasti definisi
individu lain. Berikut merupakan definisi bagi setiap peranan peniaga, usahawan, dan
dalam aktiviti perniagaan. keusahawanan.
Definisi Peniaga
Peniaga merujuk kepada individu yang menjalankan aktiviti menjual dan membeli barangan
atau perkhidmatan dengan tujuan mendapatkan keuntungan.
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Definisi Usahawan
Usahawan ialah individu yang menubuhkan sesebuah perniagaan, menguruskan dan
membangunkan perniagaan tersebut serta mengambil risiko perniagaan yang diceburinya.
Definisi Keusahawanan
Keusahawanan ialah satu proses yang menggabungkan sumber-sumber ekonomi untuk
memperkenalkan sesuatu yang baharu, keupayaan untuk mengesan peluang perniagaan,
menjana idea perniagaan, dan membuat pembaharuan demi menjayakan sesuatu perniagaan
yang memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.
Bincangkan perbezaan antara peniaga SILA IMBAS KOD QR
dengan usahawan.
Sila imbas kod QR untuk menonton
148 video keusahawanan.
(Dicapai pada 5 Ogos 2020)
Keusahawanan
BAB 3
3.1.2 Ciri dan Peranan Usahawan
Individu yang ingin menjadi usahawan yang berjaya perlu Standard pembelajaran
mempunyai semangat yang tinggi dan dilatih dengan baik bagi
menjamin kestabilan perniagaan. Sebuah perniagaan mampu • Menerangkan ciri dan peranan
kekal berada dalam pasaran serta memaksimumkan keuntungan usahawan.
sekiranya individu tersebut mampu mengaplikasikan ciri-ciri
usahawan. Rajah 3.1 menunjukkan ciri-ciri usahawan.
10Berdaya saing 1 Kreatif
Keupayaan 9 2 Inovatif
memimpin
Berani mengambil 8 Ciri-ciri Usahawan 3 Bijak merebut
risiko peluang
Tidak mudah 7 4 Berwawasan
putus asa
Kebolehan membuat 6 5 Lokus kawalan
keputusan dalaman
Rajah 3.1 Ciri-ciri usahawan PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
PAK-21
Hot Seat
1. Murid dikehendaki melakukan kajian tentang tokoh usahawan yang berjaya di Malaysia.
2. Guru akan memilih murid secara rawak untuk duduk di hot seat yang disediakan
di hadapan kelas dan melakonkan watak usahawan tersebut.
3. Watak usahawan akan menjawab soalan yang ditanyakan oleh murid lain tentang
ciri-ciri usahawan.
149
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Keusahawanan
BAB 3
Ciri-ciri Usahawan
1 Kreatif
Kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu
idea baharu dan asli. Usahawan yang kreatif dapat mewujudkan
produk dan perkhidmatan yang baharu dalam pasaran.
Contoh
Chia Wen Shin merupakan pengasas Green Yards, iaitu sebuah
syarikat ekoproduk. Syarikat itu menjalankan usaha untuk
mengurangkan pencemaran dengan menyediakan platform
untuk masyarakat mengitar semula minyak masak yang sudah
digunakan. Sumber minyak masak terpakai diperoleh daripada
restoran dan isi rumah di Malaysia. Minyak yang dikumpul itu
diproses untuk dijadikan sabun-eko dan lilin. Produk itu dijual
secara dalam talian dan di kedai-kedai cenderamata. Beliau
telah dianugerahkan Queen’s Young Leaders Award oleh Queen
Elizabeth II pada tahun 2018 di atas usaha dan kerja yang
dilakukannya dalam menangani pencemaran.
2 Inovatif
Inovatif merupakan aktiviti menghasilkan sesuatu pembaharuan atau perubahan
terhadap sesuatu penciptaan sedia ada. Kehendak pengguna yang sentiasa berubah
mendorong kepada aktiviti inovasi.
Contoh
Cheong Jin Xi merupakan pengasas Poladrone, syarikat yang
menggunakan dron dalam industri tanaman kelapa sawit
di Malaysia. Pada Ogos 2020, Oryctes, dron pertanian pintar bagi
industri kelapa sawit yang pertama di dunia telah dilancarkan.
Dron itu dinamakan bersempena nama saintifik kumbang badak
(Oryctes Rhinoceros). Oryctes direka bentuk khusus untuk
menghapuskan kumbang badak yang merosakkan pokok
kelapa sawit muda dengan menyembur racun serangga
secara tepat ke tempat yang mudah terkena serangan
serangga perosak.
150
Keusahawanan
BAB 3
3 Bijak Merebut Peluang
Usahawan perlu menganalisis persekitaran secara teliti dan mengenal pasti peluang yang ada
dengan cepat. Usahawan tidak akan membiarkan peluang terlepas, malah dengan segera merebut
peluang yang wujud.
Contoh
Dato’ Dr. Haji Ramly bin Mokni bersama isterinya Datin Hajjah Shala Siah
binti Abdul Manap merupakan pengasas Ramly Food Processing Sdn. Bhd. telah
menghasilkan daging burger jenama Ramly yang halal, bersih, dan bermutu
untuk umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia pada tahun 80-an. Pada waktu itu,
timbul isu berkaitan produk daging burger yang tidak pasti status halal haramnya.
Beliau yang ketika itu bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di
ibu negara, mengambil peluang untuk membuat
daging burger dan menjualnya sendiri.
Berkat semangat dan kegigihannya
serta sokongan keluarga, beliau mampu
mengembangkan perniagaannya daripada
gerai menjual burger kepada kilang
pengeluaran berteknologi tinggi daging burger
dan produk sejuk beku jenama Ramly yang lain.
Kini, terdapat hampir 100 produk jenama Ramly di
pasaran tempatan dan boleh didapati di rangkaian kedai Ramly
Halal Mart seluruh negara. Kumpulan Ramly mempunyai 11 anak
syarikat antaranya Ramly Food Industries Sdn. Bhd., Ramly Halal Mart Sdn. Bhd., Ramly Halal
Kiosk Sdn. Bhd., dan Ramly Food Marketing Sdn. Bhd.
4 Berwawasan
Usahawan yang berwawasan mempunyai matlamat yang jelas dalam mencapai kejayaan yang
diinginkan. Usahawan yang berwawasan tinggi juga sentiasa positif dengan perniagaannya.
Contoh PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
Tan Sri Datuk Dr. Haji Mustapha Kamal bin Haji Abu Bakar
merupakan Pengerusi Eksekutif Kumpulan EMKAY, sebuah syarikat
hartanah terkenal. Berbekalkan pengalaman yang lama dalam bidang
pembangunan hartanah, beliau merangka wawasan dan menentukan
matlamat dan hala tuju operasi kumpulan. Berdasarkan matlamatnya
yang jelas itu, beliau berjaya menjadikan kumpulan EMKAY
sebagai antara pemaju hartanah yang terkemuka di negara ini dan
disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 1992. Beliau telah
berjaya membangunkan kawasan yang dahulunya terpencil
menjadi kawasan elit yang lengkap dengan kemudahan
infrastruktur yang maju seperti Damansara Perdana
dan Cyberjaya.
151
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Keusahawanan
BAB 3
5 Lokus Kawalan Dalaman
Usahawan perlu percaya dan yakin akan kebolehan dirinya tanpa dipengaruhi oleh faktor-
faktor luaran. Komitmen yang tinggi terhadap sesuatu perniagaan akan menentukan jumlah
keuntungan yang akan diperoleh.
Contoh
Aaron Patel ialah Ketua Pegawai Eksekutif iHandal Energy Solutions,
iaitu sebuah firma kejuruteraan dan kontraktor yang pakar dalam
meningkatkan kecekapan tenaga haba bangunan komersial dan
perindustrian. Pada usia 17 tahun, Aaron Patel terpaksa
mengambil alih perniagaan bapanya apabila bapanya
diserang angin ahmar. Pada mulanya, bapa Aaron
menjalankan perniagaan pembekalan panel solar
secara kecil-kecilan tanpa mempunyai pekerja.
Aaron kemudiannya beralih kepada pembekalan
peralatan industri yang membolehkan tenaga dalam
bentuk haba dikitar semula untuk digunakan pada
pemanas air. Walau bagaimanapun, Aaron berdepan
dengan cabaran untuk meyakinkan pelanggan
lantaran dirinya yang masih muda. Sebagai
penyelesaian, Aaron menawarkan pelanggan untuk
menggunakan produknya dalam tempoh masa tertentu.
Sekiranya pelanggan berpuas hati, barulah mereka akan
membuat pembayaran.
6 Kebolehan Membuat Keputusan
Usahawan yang berjaya akan cuba memikirkan pendekatan yang sesuai untuk menyelesaikan
masalah yang timbul. Usahawan akan membuat keputusan yang efektif dengan
cepat untuk menyelesaikan masalah.
Contoh
Dato’ Wan Mohammad Sani Salleh merupakan pengasas dan Pengarah
Urusan Kumpulan Syarikat Sani United Berhad. Cabaran terbesar dalam
bidang perniagaan ialah apabila dua orang rakan kongsinya menarik diri
daripada perniagaan yang diceburi bersama sehingga beliau terpaksa
meneruskan perniagaan seorang diri. Beliau perlu membuat keputusan
yang tepat berkaitan urusan perniagaan supaya berjaya. Hasilnya,
Kumpulan Syarikat Sani United Berhad kini mempunyai sembilan
anak syarikat, antaranya Sani Hotel Sdn. Bhd., Sani Engineering
Sdn. Bhd. dan Sani Plantation Sdn. Bhd.
152
Keusahawanan
BAB 3
7 Tidak Mudah Putus Asa
Setiap perniagaan yang dijalankan tidak akan mendapat keuntungan dalam sekelip
mata. Usahawan perlu cekal dalam menghadapi halangan dan cabaran serta sanggup
berusaha berulang kali.
Contoh
Dato’ Haji Mohd Yusof bin Haji Ismail merupakan Pengarah Urusan Usima
Sdn. Bhd. Beliau ialah seorang usahawan yang tidak mudah berputus
asa dalam perniagaan. Beliau mula menceburkan diri dalam perniagaan
melalui penubuhan syarikat pemasangan kabel telekomunikasi. Namun,
perniagaan ini tidak dapat bertahan lama disebabkan masalah-masalah
tertentu. Kemudian, beliau beralih kepada perniagaan pakaian. Perniagaan
ini terpaksa ditutup kerana pelanggannya tidak membayar hutang. Selepas
itu, beliau berniaga ikan di pekan sehari. Dalam masa yang sama, beliau
memberanikan diri mendaftarkan syarikat kontraktor. Akhirnya syarikat
Usima Sdn. Bhd. kini berjaya sebagai syarikat pembinaan yang diberi
kepercayaan menjalankan projek bernilai jutaan ringgit.
8 Berani Mengambil Risiko PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
Usahawan perlu memberanikan diri mengambil risiko berdasarkan
peluang yang ada. Setiap tindakan berisiko yang diambil oleh seseorang
usahawan adalah bertujuan untuk memajukan perniagaannya.
Contoh
Profesor Datuk Dr. Paul Chan Tuck Hoong telah menubuhkan HELP
International Corp pada tahun 1986. HELP ialah akronim kepada “Higher
Education Learning Programme” merupakan sebuah institut pengajian
tinggi swasta yang dibuka di sebuah rumah kedai di Kampung Attap,
Kuala Lumpur. Pada waktu itu belum ada sebarang Institut
Pengajian Tinggi Swasta di negara ini. Beliau dengan beraninya
telah menawarkan peluang mendapatkan ijazah dari universiti
luar negara dengan kos yang rendah. Beliau memperkenalkan
program berkembar dengan universiti luar negara. Strateginya
sangat berjaya sehingga Institut HELP dinaik taraf menjadi
universiti penuh dan Universiti HELP telah disenaraikan di
Bursa Malaysia pada tahun 2007.
153
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Keusahawanan
BAB 3
9 Keupayaan Memimpin
Keupayaan untuk memimpin dalam perniagaan dengan berkesan akan menjadikan peniagaan
itu lebih mudah beroperasi untuk mencapai kejayaan. Keupayaan memimpin merujuk kepada
kebolehan seorang usahawan untuk mempengaruhi pekerja atau ahli pasukan untuk mencapai
matlamat yang telah ditetapkan.
Contoh
Tan Sri Anthony Francis Fernandes merupakan pengasas Tune Air Sdn.
Bhd. yang memperkenalkan penerbangan tambang rendah. Beliau yang
juga Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Berhad ialah seorang
pemimpin yang berkarisma dan merendah diri. Beliau ialah seorang
majikan yang sangat menjaga kebajikan para pekerjanya. Baginya,
apabila pekerja gembira, pelanggan juga akan turut gembira. Di
bawah kepimpinannya, AirAsia menawarkan penerbangan tambang
rendah untuk semua golongan termasuk yang berpendapatan rendah
melalui slogan “Kini, semua orang boleh terbang.” Melalui
sifat kepimpinan dan hasil strategi pengurusan perniagaan
yang dijalankannya, AirAsia kini menjadi antara
syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka di
dunia selain turut melonjakkan nama Malaysia di
peringkat global.
10 Berdaya Saing
Usahawan yang mempunyai daya saing yang tinggi akan sentiasa memikirkan cara untuk
menghasilkan produk dan perkhidmatan yang lebih berkualiti.
Contoh
Nuraizah Shamsul Baharin merupakan pengasas dan Pengarah Urusan
Madcat World Sdn. Bhd., iaitu syarikat multimedia berstatus Multimedia
Super Corridor (MSC) yang mengeluarkan aplikasi, kandungan, dan
perkhidmatan mudah alih kepada pengendali mudah alih dan Internet.
Beliau menganggap wanita Malaysia bertuah kerana suasana di negara
ini membolehkan mereka bersaing tanpa sempadan dan menjadi
usahawan yang berjaya. Industri digital yang diceburinya menawarkan
akses pasaran yang luas dan mampu mengurangkan kebergantungan
usahawan kepada bantuan luar. Graduan Kejuruteraan Elektrik dari
University of Michigan Ann Arbor, Amerika Syarikat ini pernah
memenangi Anugerah Usahawan ICT Wanita Terbaik
(2013) dan Anugerah Ikon Wanita (2019).
154
Keusahawanan
BAB 3
Peranan Usahawan
Usahawan memainkan peranan yang penting dalam melakukan pembaharuan dari segi produk
atau perkhidmatan bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan. Bidang keusahawanan
dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara. Rajah 3.2 menunjukkan
peranan usahawan. Foto 3.1 menunjukkan usahawan yang memilih untuk menubuhkan syarikat
kontraktor pembinaan berperanan untuk menyediakan perkhidmatan membina bangunan, rumah
kediaman, dan pembinaan struktur.
Peranan 1. Mewujudkan Peluang Perniagaan
Usahawan
Mewujudkan peluang kepada masyarakat untuk menjadi pengusaha,
pembekal, dan pengedar.
2. Memenuhi Keperluan dan Kehendak Masyarakat
Membangunkan produk yang memenuhi keperluan dan cita rasa
pengguna. Pengguna mempunyai cita rasa yang pelbagai dan menjadi
tugas usahawan untuk memenuhi keperluan dan kehendak tersebut.
3. Meningkatkan Taraf Hidup
Menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan yang memerlukan. Perniagaan yang wujud
akan menawarkan pekerjaan kepada diri usahawan, keluarga, dan masyarakat setempat.
4. Menyumbang kepada Pembangunan Ekonomi
Peluang pekerjaan yang ditawarkan dapat mengurangkan masalah pengangguran di Malaysia,
meningkatkan pendapatan negara, dan mengurangkan pergantungan terhadap barang import.
Rajah 3.2 Peranan usahawan
Foto 3.1 Usahawan yang memilih untuk menubuhkan syarikat kontraktor pembinaan PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
155
Keusahawanan
BAB 3
3.1.3 Fungsi dan Peranan Agensi Pembangunan Usahawan
Agensi pembangunan usahawan terdiri daripada kerajaan Standard pembelajaran
dan bukan kerajaan yang berfungsi untuk membantu
usahawan dalam proses memulakan perniagaan baharu dan • Membezakan fungsi dan
membangunkan serta mengembangkan perniagaan sedia peranan agensi dalam
ada. Antara fungsi dan peranan tersebut dalam membantu membantu pembangunan
pembangunan usahawan ialah: usahawan.
(a) Pembiayaan Kewangan
• Menawarkan skim pinjaman dan pembiayaan. SILA IMBAS KOD QR
• Memberikan pinjaman jangka sederhana dan jangka panjang.
• Memberikan bantuan kewangan untuk membeli saham dan Sila imbas kod QR untuk
mengetahui maklumat lanjut
pembiayaan ekuiti. tentang TEKUN Nasional.
• Menyediakan modal bagi sektor pertanian. (Dicapai pada 5 Ogos 2020)
• Membiayai program penyelidikan dan pembangunan
barangan tempatan.
Antara agensi yang berkaitan dengan bidang pembiayaan kewangan ialah:
Perbadanan Usahawan Nasional Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Agrobank
Berhad (PUNB) Niaga Nasional (TEKUN Nasional)
(b) Promosi dan Pemasaran Produk
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 • Mempromosikan barang kilang buatan Malaysia dan hasil SILA IMBAS KOD QR
pertanian daripada petani dan peladang kecil.
Sila imbas kod QR untuk
• Membantu pengeluar dan pengeksport memasarkan barang mengetahui maklumat lanjut
ke luar negara. tentang MATRADE.
(Dicapai pada 5 Ogos 2020)
• Mengadakan pertunjukan dan pameran, bengkel serta
menjalankan penyelidikan pemasaran.
• Menjamin harga yang berpatutan bagi hasil keluaran petani.
Antara agensi yang berkaitan dengan bidang promosi dan pemasaran produk ialah:
Perbadanan Pembangunan Lembaga Pemasaran Pertanian Perbadanan Kemajuan Kraftangan
Perdagangan Luar Malaysia
Persekutuan (FAMA) Malaysia (Kraftangan Malaysia)
(MATRADE)
156
Keusahawanan
BAB 3
(c) Penyelidikan dan Pembangunan
• Menjalankan kajian dan penyelidikan tentang hasil SILA IMBAS KOD QR
pertanian negara dan mutu sesuatu produk.
Sila imbas kod QR untuk
• Memperkenalkan teknologi baharu untuk meningkatkan mengetahui maklumat lanjut
produktiviti dan kualiti produk. tentang SIRIM.
(Dicapai pada 5 Ogos 2020)
• Melakukan penyelidikan dalam pembangunan produk
makanan dan bukan makanan, pemprosesan sekunder, dan
proses kejuruteraan.
• Membantu usahawan meningkatkan kecekapan, pencapaian
teknologi pengeluaran, mengekalkan, dan meningkatkan
mutu produk.
Antara agensi yang berkaitan dengan bidang penyelidikan dan pembangunan ialah:
Institut Standard dan Penyelidikan Lembaga Minyak Sawit Institut Penyelidikan dan
Perindustrian Malaysia (SIRIM) Malaysia (Malaysian Palm Kemajuan Pertanian Malaysia
Oil Board-MPOB) (MARDI)
(d) Latihan dan Pengurusan
SILA IMBAS KOD QR
• Mempertingkatkan pembangunan sumber tenaga manusia. Sila imbas kod QR untuk
• Menyediakan kursus dan bengkel perniagaan, latihan mengetahui maklumat lanjut
tentang SME Corp.
pengurusan, dan bimbingan keusahawanan. (Dicapai pada 5 Ogos 2020)
• Memberikan nasihat dan kepakaran dalam pengurusan.
• Memberikan khidmat sokongan, bimbingan, dan latihan.
Antara agensi yang berkaitan dengan bidang latihan dan pengurusan ialah: PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
SME Corporation Institut Keusahawanan Negara, Perbadanan Produktiviti
Malaysia Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia (MPC)
dan Koperasi Malaysia (INSKEN)
157
Keusahawanan
BAB 3
(e) Kemudahan Prasarana atau Infrastruktur
• Membangunkan bandar baharu, bangunan pejabat, dan ruang- SILA IMBAS KOD QR
ruang niaga.
Sila imbas kod QR untuk
• Membina bazar, arked, kedai, medan selera, dan bengkel mengetahui maklumat lanjut
perusahaan. tentang MARA.
(Dicapai pada 5 Ogos 2020)
• Membina kawasan untuk pusat penyelidikan berteknologi
tinggi.
Antara agensi yang berkaitan dengan bidang kemudahan prasarana atau infrastruktur ialah:
Institut Standard dan Penyelidikan Perbadanan Kemajuan Majlis Amanah Rakyat
Perindustrian Malaysia (SIRIM) Ekonomi Negeri (PKEN) (MARA)
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 AKTIVITI
Setelah lebih setahun bekerja di syarikat pembinaan, Aiman sudah semakin mahir dalam
kerja-kerja membina rumah. Hasil kerjanya mendapat reaksi positif daripada pelanggan.
Hal ini menyebabkan ramai pelanggan mengesyorkan perkhidmatan Aiman kepada kenalan
mereka. Lantaran itu, Aiman bercadang untuk membuka syarikatnya sendiri berkaitan
perkhidmatan pembinaan bangunan.
Berdasarkan situasi ini, anda dikehendaki menyenaraikan agensi yang boleh membantu
Aiman merealisasikan hasratnya untuk memulakan perniagaan sendiri. Jelaskan mengapa
anda memilih agensi tersebut.
PAK-21
Perbincangan Meja Bulat
1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
2. Setiap kumpulan dikehendaki mencari maklumat mengenai:
(a) agensi kerajaan yang membantu usahawan
(b) peranan setiap agensi kerajaan
(c) jenis bantuan yang disediakan oleh setiap agensi kerajaan
3. Setiap kumpulan diminta membuat pembentangan dan mempersembahkan hasil
perbincangan kepada keseluruhan kelas.
158
Keusahawanan
BAB 3
3.2 Milikan Perniagaan
Sebelum mendaftarkan perniagaan, pemilik perniagaan perlu menentukan terlebih dahulu jenis
milikan perniagaan yang ingin dijalankan. Pemilihan milikan perniagaan yang sesuai untuk
perniagaan baharu membantu memaksimumkan tahap keupayaan kewangan dan kejayaan
operasi perniagaan.
3.2.1 Ciri-ciri Milikan Tunggal, Perkongsian Standard pembelajaran
dan Syarikat Berhad Menurut Syer
• Menyatakan ciri milikan
Terdapat tiga jenis milikan perniagaan yang boleh ditubuhkan, iaitu: tunggal, perkongsian dan
syarikat berhad menurut syer.
(a) Milikan Tunggal
Milikan tunggal ialah perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik menggunakan PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
nama peribadi atau nama perdagangan. Jenis perniagaan ini adalah yang paling murah dan
mudah untuk memulakan perniagaan kerana dimiliki dan dioperasikan oleh individu tunggal.
Pemilik merupakan usahawan perseorangan
yang menjalankan kawalan penuh terhadap
pentadbiran perniagaan dan hal-hal kewangan
yang berkaitan dengannya.
Milikan tunggal merupakan perniagaan
mikro dan kecil yang sesuai untuk pelaburan
seorang individu tanpa melibatkan pekerja.
Modal perniagaan disumbangkan oleh pemilik
sendiri sama ada daripada simpanan atau
pinjaman. Contoh perniagaan ialah kedai
runcit, salun dandanan rambut, kedai kraf, gerai
makanan, dan sebagainya. Foto 3.2 menunjukkan
contoh perniagaan milikan tunggal.
Foto 3.2 Contoh milikan tunggal
(b) Perkongsian
Jenis perniagaan perkongsian adalah sama seperti milikan tunggal kecuali sekiranya mempunyai
lebih daripada seorang pemilik. Perkongsian biasanya dikendalikan oleh dua orang dan tidak melebihi
20 orang. Sumber modal disumbangkan oleh rakan kongsi mengikut kadar yang dipersetujui dalam
perjanjian. Tanggungan (liabiliti) kewangan akan ditanggung bersama oleh semua.
159
Keusahawanan
BAB 3
Perkongsian bukan sahaja melibatkan
seseorang secara fizikal (tidak diperbadankan)
tetapi juga daripada kalangan korporat. Terdapat
perkongsian antara dua orang atau lebih.
Perkongsian sesuai dijalankan untuk firma
profesional yang tidak memerlukan dana yang
besar. Contoh perniagaan ialah firma guaman,
firma perakaunan, klinik, dan sebagainya.
Foto 3.3 menunjukkan contoh perniagaan
perkongsian.
Foto 3.3 Contoh perkongsian
(c) Syarikat Berhad Menurut Syer
Syarikat berhad menurut syer ialah entiti perniagaan yang dimiliki oleh sekumpulan individu yang
menyumbang modal dan diberi syer dalam syarikat. Terdapat dua jenis syarikat berhad menurut
syer yang termaktub dalam Akta Syarikat 2016, iaitu Syarikat Persendirian dan Syarikat Awam.
Syarikat Persendirian terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang ahli dan tidak melebihi
50 orang. Manakala, Syarikat Awam terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang ahli dan tiada
had maksimum. Modal bagi syarikat berhad menurut syer diperoleh hasil daripada jualan saham.
Pengurusan syarikat dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik oleh pemegang
saham dalam mesyuarat agung. Foto 3.4 menunjukkan contoh syarikat persendirian dan Foto 3.5
menunjukkan contoh syarikat awam.
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Foto 3.4 Contoh syarikat persendirian Foto 3.5 Contoh syarikat awam
SILA IMBAS KOD QR
Sila imbas kod QR untuk mengetahui
jenis milikan perniagaan.
(Dicapai pada 21 September 2020)
160
Keusahawanan
BAB 3
Jadual 3.1 Ciri-ciri milikan perniagaan
Syarikat Berhad Menurut Syer
Ciri-ciri Milikan Tunggal Perkongsian Syarikat Syarikat Awam
Milikan Persendirian
Modal
Dimiliki oleh Dimiliki oleh dua Terdiri daripada Terdiri daripada
Pengurusan seorang pemilik hingga 20 orang. sekurang-kurangnya sekurang-kurangnya
Liabiliti sahaja. seorang dan seorang dan tiada
Penubuhan maksimum 50 had maksimum.
orang.
Modal diperoleh Modal dikumpul Modal diperoleh daripada hasil jualan
daripada simpanan hasil perkongsian saham.
sendiri, sumbangan pemilik atau
ahli keluarga, pinjaman bank.
pinjaman rakan,
dan bank yang
menawarkan
pinjaman mikro.
Keputusan dibuat Kepakaran Pengurusan diuruskan oleh Ahli Lembaga
oleh pemilik sendiri. rakan kongsi Pengarah yang dilantik oleh pemegang syer
dimanfaatkan dalam mesyuarat agung.
dalam pengurusan
perniagaan. Tanggungan setiap ahli terhad kepada
jumlah syer yang dimiliki.
Tidak terhad kerana Tidak terhad kerana
melibatkan harta melibatkan harta Tertakluk kepada Akta Syarikat 2016.
peribadi. ahli dan peribadi.
Tertakluk kepada Tertakluk kepada
Akta Pendaftaran Akta Perkongsian
Perniagaan 1956. 1961.
Agihan Keuntungan Keuntungan dan Keuntungan Keuntungan PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
Keuntungan menjadi hak kerugian dibahagi diagihkan kepada diberi dalam
milik pemilik dan antara pemilik pemegang syer bentuk dividen
Cukai kerugian ditanggung berdasarkan dalam bentuk dan bonus.
oleh pemilik. persetujuan dividen.
bersama.
Pemilik perlu Setiap ahli perlu membayar cukai
membayar cukai Rakan kongsi hanya pendapatan perseorangan dan cukai
perseorangan perlu membayar syarikat.
sahaja. cukai pendapatan
perseorangan
sahaja.
161
Keusahawanan
BAB 3
Milikan Tunggal • Murah dan mudah dibentuk.
• Pemilik mempunyai kawalan penuh terhadap perniagaan.
• Modal perniagaan kecil.
• Cukai yang rendah.
• Keuntungan untuk diri sendiri.
Kelebihan Perkongsian • Murah dan mudah dibentuk.
• Dapat berkongsi kemahiran dan kepakaran.
• Modal lebih besar kerana dapat dikumpul daripada rakan kongsi.
• Kerugian dapat dikongsi bersama.
Syarikat Berhad • Liabiliti pemegang syer terhad.
Menurut Syer • Jangka hayat perniagaan lebih panjang dan terjamin.
• Kemampuan untuk menarik modal.
• Mempunyai sumber modal yang lebih besar berbanding dengan milikan
tunggal dan perkongsian.
Milikan Tunggal • Liabiliti tidak terhad.
• Harta peribadi boleh digunakan untuk membayar hutang perniagaan.
• Sumber modal terhad. Sukar mendapatkan pinjaman.
• Risiko kerugian ditanggung sendiri.
• Perniagaan terhenti jika pemilik meninggal dunia.
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Perkongsian • Liabiliti rakan kongsi tidak terhad.
Kekurangan • Boleh berlaku pertelingkahan antara rakan kongsi.
• Keuntungan perniagaan terpaksa dikongsi.
• Perlu mendapat persetujuan rakan kongsi lain untuk menarik diri.
Syarikat Berhad • Bilangan pemegang syer terlalu ramai.
Menurut Syer • Kekurangan kerahsiaan.
• Pelbagai cukai dikenakan.
• Proses pembubaran amat rumit.
SUDUT INFO
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ialah badan yang mengawal selia perniagaan di Semenanjung
Malaysia supaya mengikut perundangan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang
komprehensif. SSM juga membantu syarikat untuk menyalurkan maklumat syarikat kepada masyarakat
awam. Pendaftaran perniagaan bagi milikan tunggal dan perkongsian di Sabah dan Sarawak dikawal
selia oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
162
Keusahawanan
BAB 3
3.2.2 Peluang Usahawan Memulakan Perniagaan
Setiap usahawan perlu melakukan kajian sebelum memulakan Standard pembelajaran
perniagaan supaya usahawan lebih bersedia dan memahami
perjalanan perniagaan. Rajah 3.3 menunjukkan faktor • Memerihalkan peluang
memulakan perniagaan. usahawan untuk memulakan
perniagaan.
Modal a b Kemahiran
Lokasi c d Stok
Latihan e f Pemasaran
Bantuan profesional g
Rajah 3.3 Faktor memulakan perniagaan
a Modal PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
Faktor utama untuk memulakan perniagaan ialah keperluan mempunyai modal yang mencukupi
mengikut jenis perniagaan yang diceburi. Modal diperlukan untuk membiayai dan menampung
perniagaan. Modal permulaan perniagaan boleh diperoleh daripada simpanan sendiri,
pertolongan daripada ahli keluarga, pinjaman daripada rakan, serta pembiayaan oleh pihak
bank, syarikat kewangan, dan agensi kerajaan yang terlibat. Foto 3.6 menunjukkan contoh
agensi sumber modal.
Bank Pembangunan Malaysia Berhad Perbadanan Nasional
(BPMB)
Foto 3.6 Contoh agensi sumber modal
163
Keusahawanan
BAB 3
b Kemahiran
Setiap usahawan perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran tertentu sebelum menceburi dunia perniagaan. Usahawan
perlu memahirkan diri dalam aspek pengurusan kewangan, pemasaran
produk, dan penggunaan media sosial. Usahawan yang mahir dalam
penggunaan teknologi maklumat boleh meluaskan rangkaian perniagaan
dan mengukuhkan kedudukan kewangan perniagaan.
c Lokasi
Satu daripada faktor yang penting dalam memulakan perniagaan ialah pemilihan lokasi.
Pemilihan lokasi yang tepat akan menjamin operasi perniagaan yang berterusan. Lokasi yang
dipilih haruslah senang dikunjungi oleh pelanggan dan mudah bagi proses penghantaran bekalan
oleh para pembekal. Rajah 3.4 menunjukkan ciri-ciri lokasi yang strategik.
(i) Tempat tumpuan ramai
Ciri-ciri (ii) Berhampiran pelanggan dan pembekal
(iii) Terdapat kemudahan infrastruktur
Lokasi
yang
Strategik
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 (iv) Mudah dikunjungi
Rajah 3.4 Ciri-ciri lokasi yang strategik
d Stok
Stok ialah barang yang disimpan untuk dijual kepada pelanggan. Pembelian stok
yang banyak dapat mengurangkan kos pembelian. Barang yang dibeli secara
borong tentu harganya jauh lebih murah berbanding pembelian barang
secara runcit. Perjalanan stok bergantung kepada kaedah
pemasaran. Seandainya kaedah pemasaran tidak berkesan,
maka stok tidak akan mendapat sambutan dan akan
berlakunya kerugian.
164
Keusahawanan
BAB 3
e Latihan
Sebelum memulakan perniagaan, usahawan perlu menghadiri kursus dan mengikuti latihan
keusahawanan. Maklumat dan ilmu pengetahuan yang diperoleh boleh digunakan semasa
menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Terdapat pelbagai latihan yang disediakan khusus
untuk perniagaan seperti:
i Latihan keusahawanan ii Kursus perniagaan dalam talian iii Kursus pemasaran
Usahawan perlu mengikuti latihan yang berbeza supaya mendapat pengetahuan yang
maksimum. Rajah 3.5 menunjukkan kepentingan latihan kepada usahawan.
i Memberi dorongan untuk
membuat perancangan
Kepentingan ii Memberi motivasi untuk mencapai
Latihan kepada matlamat dalam perniagaan
Usahawan
iii Dapat mengikuti perkembangan
teknologi semasa
Rajah 3.5 Kepentingan latihan kepada usahawan
TAHUKAH KAMU? PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia
(Malaysian Global Innovation & Creativity Centre,
MaGIC) direka untuk menjadi pusat sehenti kepada
usahawan yang menyediakan setiap kemudahan
yang diperlukan oleh usahawan. MaGIC juga
membantu proses pendaftaran harta intelek dan menyediakan kemudahan latihan, bimbingan,
dan mentor.
165
Keusahawanan
BAB 3
f Pemasaran
Pemasaran merupakan penyumbang kepada aliran duit masuk kepada syarikat. Usahawan
perlu menguasai ilmu pemasaran dengan betul bagi mengelakkan daripada kegagalan dalam
perniagaan. Pemasaran memerlukan kos yang tinggi. Namun, kreativiti juga penting dalam
pemasaran. Seandainya usahawan dapat menguasai pemasaran dengan sebaik mungkin, maka
dapat menjimatkan kos dan meningkatkan jualan.
TAHUKAH KAMU? SILA IMBAS KOD QR
Strategi Pemasaran Digital ialah satu Sila imbas kod QR untuk
pelan tindakan yang dibangunkan dengan mengetahui strategi
menggunakan jaringan dalam talian untuk pemasaran digital.
menarik minat pelanggan terhadap produk (Dicapai pada 22 September 2020)
atau perkhidmatan sesuatu perniagaan.
g Bantuan Profesional
Terdapat pelbagai bantuan bagi memulakan perniagaan daripada pihak yang terlibat. Setiap
agensi menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk membantu usahawan. Bantuan bukan hanya
dalam bentuk kewangan tetapi juga khidmat nasihat, pemasaran, infrastruktur serta bimbingan,
dan latihan perniagaan. Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan untuk membimbing,
membantu, melatih, dan menggalakkan usahawan bumiputera supaya aktif dalam kegiatan
perniagaan. MARA menawarkan skim pembiayaan perniagaan, menyediakan prasarana seperti
ruang niaga, dan mengadakan latihan keusahawanan.
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 TAHUKAH KAMU? SILA IMBAS KOD QR
Jenis pembiayaan perniagaan yang Sila imbas kod QR untuk
ditawarkan oleh MARA: mengetahui maklumat lanjut
• Pembiayaan Kontrak mengenai pembiayaan
• Pembiayaan Am (<500 ribu) perniagaan MARA.
• Pembiayaan Am (500 ribu – 5 juta) (Dicapai pada 21 September 2020)
166
Keusahawanan
BAB 3
3.2.3 Prosedur Pendaftaran Perniagaan
Setiap pemilik perniagaan perlu membuat pendaftaran Standard pembelajaran
perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum
memulakan perniagaan. Berikut merupakan beberapa prosedur • Membincangkan prosedur
pendaftaran perniagaan yang perlu diikuti. pendaftaran perniagaan.
Prosedur Pendaftaran Perniagaan Milikan Tunggal dan Perkongsian
1 Mengisi borang PNA 42 bagi memohon kelulusan nama perniagaan
yang akan digunakan.
Melengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan (Borang A). 2
3 Menghantar borang tersebut kepada Pendaftar Perniagaan,
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Membuat pembayaran RM30 sekiranya menggunakan nama sendiri atau 4 PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
RM60 sekiranya menggunakan nama tred. (Yuran pendaftaran berubah
mengikut kadar semasa tahunan).
5 Mendapatkan Borang D, iaitu Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan.
167
Keusahawanan
BAB 3
BORANG PNA 42
PERCUMA
PERMOHONAN NAMA PERNIAGAAN
(Permohonan ini perlu dilampirkan bersama dengan Borang A. Tiada bayaran dikenakan)
A. Saya memohon untuk menggunakan salah satu nama perniagaan mengikut pilihan di bawah :
1.
2.
3.
Jika nama perniagaan menggunakan perkataan rekaan dan singkatan atau selain B. Malaysia / Inggeris.
Sila jelaskan maksud (Jika ada, lampirkan dokumen sokongan).
B. Jenis perniagaan yang dijalankan (Sesuai dengan nama perniagaan yang dicadangkan) :
C. Pengesahan pemilik atau salah seorang rakan kongsi :
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 TANDATANGAN PEMILIK ATAU
SALAH SEORANG RAKAN KONGSI
NAMA :
NO. MYKAD/MYPR :
NO. TELEFON BIMBIT :
TARIKH PERMOHONAN --
Perhatian:
(a) Permohonan nama perniagaan diluluskan berdasarkan keutamaan nama perniagaan yang dipohon.
(b) Nama perniagaan yang telah diluluskan diberi tempoh 30 hari dan tidak boleh dipinda atau ditukar kepada pemilik yang lain.
(c) Jika ada arahan mahkamah atau bantahan oleh pihak ketiga ke atas nama perniagaan disebabkan penggunaan Cap Dagangan
dan lain-lain, pemilik diminta mengambil tindakan menutup perniagaan dan mendaftar menggunakan nama perniagaan yang lain.
1/1
Foto 3.7 Borang PNA 42
168
Keusahawanan
BAB 3
BORANG A
PERCUMA
PENDAFTARAN PERNIAGAAN
KAEDAH-KAEDAH PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1957 (KAEDAH 3)
SILA TANDAKAN ( √ ) DI PETAK BERKENAAN DAN LENGKAPKAN MAKLUMAT DENGAN HURUF BESAR
(*Ruangan wajib diisi)
NAMA SENDIRI Menggunakan nama sendiri seperti di dalam MYKAD/MYPR sebagai nama perniagaan.
NAMA TRED Menggunakan nama perniagaan yang direka atau selain nama di MYKAD/MYPR sebagai nama perniagaan.
NO. RUJUKAN
(Untuk kegunaan pejabat)
MAKLUMAT PERNIAGAAN
*NAMA PERNIAGAAN
*TARIKH MULA BERNIAGA - -
*PERJANJIAN PERKONGSIAN TIADA
ADA TARIKH - -
*ALAMAT
(P.O. Box tidak dibenarkan) (Nyatakan tarikh dan lampirkan perjanjian)
BANDAR NEGERI
POSKOD NEGERI
ALAMAT SURAT MENYURAT
(Jika berlainan dari alamat di atas)
BANDAR - E-MEL
POSKOD
NO. TELEFON
*JENIS PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN
ALAMAT CAWANGAN (Jika ada, P.O. Box tidak dibenarkan) PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
ALAMAT
(P.O. Box tidak dibenarkan)
POSKOD NEGERI
ALAMAT
(P.O. Box tidak dibenarkan)
POSKOD NEGERI
Foto 3.8 Borang A (Muka surat 1) 1/2
169
Keusahawanan
BAB 3
PENDAFTARAN PERNIAGAAN
*MAKLUMAT PEMILIK (Ejaan nama seperti di dalam MYKAD/MYPR)
NAMA PEMILIK
NO. MYKAD/MYPR -- NO. K/P
(Lama)
TARIKH LAHIR - - L P
JANTINA
KERAKYATAN WARGANEGARA PENDUDUK TETAP
(Nyatakan negara asal)
BANGSA MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN
(Nyatakan bangsa)
ALAMAT KEDIAMAN
BANDAR NEGERI
POSKOD -
NO. TELEFON
NAMA PEMILIK
NO. MYKAD/MYPR -- NO. K/P
(Lama)
TARIKH LAHIR - - L P
KERAKYATAN JANTINA
WARGANEGARA
PENDUDUK TETAP
(Nyatakan negara asal)
BANGSA MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN
(Nyatakan bangsa)
ALAMAT KEDIAMAN
BANDAR NEGERI
POSKOD -
NO. TELEFON
PENGESAHAN PEMILIK TUNGGAL/RAKAN KONGSI
(Diwajibkan setiap pemilik tunggal/rakan kongsi mengisi butiran dan menurunkan tandatangan/cap ibu jari kanan di atas borang ini)
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Saya/kami yang bertandatangan di bawah mengesahkan semua kenyataan yang dibuat dalam borang ini adalah benar dan mengaku bahawa saya/kami adalah pemilik
tunggal/rakan kongsi bagi perniagaan ini.
BIL. NAMA DAN NO. MYKAD/MYPR TANDATANGAN/CAP IBU JARI KANAN
TARIKH PERMOHONAN --
UNTUK KEGUNAAN PEJABAT
Saya adalah Orang Yang Bertanggungjawab (OYB) menyerahkan butir pendaftaran perniagaan yang dinyatakan di atas.
NAMA DAN NO. MYKAD/MYPR TANDATANGAN/CAP IBU JARI KANAN
2/2
Foto 3.8 Borang A (Muka surat 2)
170
Keusahawanan
BAB 3
Prosedur Pemerbadanan Syarikat Persendirian
1 Mendapatkan kelulusan nama syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM).
Menghantar dokumen pemerbadanan kepada SSM dalam tempoh tiga 2
bulan dari tarikh kelulusan nama syarikat.
3 Notis pendaftaran akan dikeluarkan oleh SSM setelah syarikat mematuhi
prosedur penubuhan dan penyerahan dokumen yang lengkap.
Pelantikan setiausaha syarikat hendaklah dilakukan dalam tempoh 30 hari 4
selepas pemerbadanan sesebuah syarikat.
Prosedur Pemerbadanan Syarikat Awam
1 Mendapatkan kelulusan nama syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
Malaysia (SSM).
Menghantar dokumen pemerbadanan kepada SSM dalam tempoh tiga 2
bulan dari tarikh kelulusan nama syarikat.
3 Notis pendaftaran akan dikeluarkan oleh SSM setelah syarikat mematuhi
prosedur penubuhan dan penyerahan dokumen yang lengkap.
171
Keusahawanan
BAB 3
Panduan Am Pendaftaran Perniagaan
Berikut merupakan panduan pendaftaran perniagaan yang disediakan oleh SSM.
1. Perniagaan mestilah telah dijalankan dan didaftarkan tidak lewat dari 30 hari tarikh
permulaan perniagaan.
2. Pendaftaran baharu perniagaan boleh dilakukan bagi jangka masa setahun dan tidak
melebihi lima tahun pada setiap pendaftaran.
3. Jenis perniagaan yang didaftarkan mestilah tidak menyalahi undang-undang, tidak
bersalahan dengan keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral.
4. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperoleh dalam masa sejam dari waktu
pembayaran dibuat.
5. Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftar perniagaan adalah membuat
suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956) dan sekiranya
disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM50,000 atau
dipenjara selama tempoh tidak lebih dari dua tahun atau kedua-duanya sekali.
6. Pemilik perniagaan bertanggungjawab bagi mendapatkan lesen, permit atau surat
kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis atau aktiviti
perniagaan yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah didaftarkan
di SSM.
Sumber: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Syarat Pendaftaran
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Pemilik mestilah Operasi perniagaan mestilah Pemilik dan rakan
warganegara Malaysia beralamat di Semenanjung kongsi sahaja
atau penduduk tetap
yang berumur 18 tahun Malaysia atau Wilayah dibenarkan membuat
Persekutuan Labuan sahaja. permohonan.
ke atas.
Rajah 3.6 Syarat permohonan dan pendaftaran perniagaan
172
Keusahawanan
BAB 3
3.3 Pemasaran
Faktor utama kejayaan sesebuah perniagaan bergantung kepada usaha pemasaran. Usaha
pemasaran yang berkesan membolehkan produk dan perkhidmatan sesuatu syarikat lebih
dikenali oleh pengguna.
3.3.1 Definisi dan Tujuan Pemasaran
Definisi Pemasaran
Menurut Persatuan Pemasaran Amerika (American Marketing Standard pembelajaran
Association, AMA), pemasaran merupakan suatu aktiviti,
melibatkan kumpulan institusi, proses untuk membentuk, • Menyatakan definisi dan
menyampaikan, dan pertukaran tawaran yang mempunyai nilai tujuan pemasaran.
kepada pengguna, pelanggan, rakan kongsi, dan masyarakat
secara keseluruhan.
Kotler, P. (2007) mendefinisikan pemasaran sebagai suatu proses kemasyarakatan yang
membolehkan individu dan kumpulan memperoleh sesuatu yang diperlukan dan dikehendaki
dengan membentuk, menawar, menukar barang, dan perkhidmatan yang mempunyai nilai tertentu
antara satu sama lain.
Muhammad Syakir Sula (2006) pula mendefinisikan pemasaran daripada perspektif Islam
sebagai satu disiplin dalam perniagaan yang membawa kepada proses penciptaan, penawaran dan
perubahan nilai daripada seseorang yang mengambil langkah utama kepada pemegang amanah
harta yang mematuhi akad dan prinsip-prinsip muamalah dalam Islam.
Tujuan Pemasaran PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
Tujuan utama pemasaran adalah untuk mengenal pasti keperluan dan kehendak pengguna yang
masih belum dipenuhi dengan mencipta penyelesaian yang baharu dan kreatif. Antara tujuan
pemasaran ialah:
(a) Menjual produk atau perkhidmatan kepada pelanggan.
(b) Menghasilkan produk atau perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak yang
masih belum dipenuhi oleh produk atau perkhidmatan sedia ada di pasaran.
(c) Menghasilkan produk atau perkhidmatan yang dapat meningkatkan taraf dan
kualiti kehidupan.
173
Keusahawanan
BAB 3
3.3.2 Konsep Pemasaran
Aktiviti pemasaran adalah penting dalam sesebuah perniagaan. Standard pembelajaran
Rajah 3.7 menunjukkan konsep asas dalam pemasaran.
• Menerangkan konsep
pemasaran.
a Keperluan
b Kehendak
Konsep c Permintaan
Asas d Pertukaran
Pemasaran
e Transaksi atau urus niaga
f Nilai
Rajah 3.7 Konsep asas pemasaran
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
174
Keusahawanan
BAB 3
a Keperluan
Manusia memerlukan keperluan untuk terus hidup. Sekiranya keperluan ini tidak dapat dipenuhi,
kehidupan manusia akan menjadi sukar dan tidak lengkap. Antara keperluan asas manusia ialah
makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Selain tiga keperluan asas tersebut, Abraham Maslow ada
menyenaraikan empat lagi keperluan asas. Rajah 3.8 menunjukkan teori hierarki keperluan Maslow.
Hasrat Diri
Keperluan Peribadi (Status, penghormatan, prestij)
Keperluan Sosial (Persahabatan, kasih sayang)
Keperluan Keselamatan (Kebebasan, keselamatan)
Keperluan Fisiologi (Makanan dan minuman,
pakaian, tempat tinggal)
Rajah 3.8 Teori hierarki keperluan Maslow PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
b Kehendak
Kehendak ialah satu bentuk keperluan manusia yang disebabkan oleh budaya, persekitaran,
personaliti, dan gaya hidup seseorang individu. Lazimnya, kehendak dicari selepas sesuatu
keperluan telah dipenuhi. Sekiranya kehendak tidak dapat dipenuhi, kehidupan manusia tidak akan
terkesan kerana kehendak bukanlah sesuatu yang diperlukan.
Contohnya, manusia memerlukan rumah sebagai tempat untuk berteduh. Kehendak manusia
pula adalah untuk melengkapkan rumah tersebut dengan perabot kayu jati. Perabot kayu jati
merupakan satu kehendak kerana sekiranya tidak dapat dipenuhi, manusia masih boleh mendiami
kediaman tersebut dengan menggunakan perabot lain yang lebih murah. Kehendak ini mungkin
berlaku disebabkan oleh pengaruh daripada jiran tetangga atau gaya hidup individu yang merasakan
perabot kayu jati sebagai simbol kemewahan.
175
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Keusahawanan
BAB 3
c Permintaan
Permintaan merujuk kepada kuasa pembeli yang berlandaskan keperluan dan kehendak pengguna.
Apabila seseorang individu itu mempunyai kemampuan untuk membeli, maka keperluan dan
kehendak tersebut akan bertukar menjadi permintaan.
d Pertukaran
Pertukaran pula ialah tindakan untuk memperoleh sesuatu yang diinginkan daripada seseorang
dengan menawarkan sesuatu sebagai balasan. Konsep pertukaran ialah seseorang perlu memberikan
sesuatu untuk menerima sesuatu. Pertukaran terjadi sekiranya berlaku permintaan dan penawaran.
Bagi sesebuah organisasi, pemasaran melibatkan persetujuan pengguna untuk membuat pertukaran,
iaitu dengan membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Pertukaran berlaku apabila
kedua-dua pihak saling memenuhi hajat masing-masing. Penjual mendapat untung daripada
pertukaran tersebut manakala pembeli pula mendapat produk atau perkhidmatan yang memenuhi
keperluan atau kehendak mereka.
e Transaksi atau Urus Niaga
Urus niaga ialah pertukaran yang berlaku dalam dunia perniagaan. Urus niaga melibatkan pertukaran
wang dengan barangan atau perkhidmatan antara kedua-dua pihak. Urus niaga berlaku setelah pihak
penjual dan pembeli bersetuju untuk menukar barangan atau perkhidmatan dengan wang pada masa
dan tempat yang dipersetujui.
f Nilai
Nilai ialah perbezaan antara manfaat yang diperoleh pelanggan daripada memiliki dan menggunakan
sesuatu produk berbanding dengan kos untuk mendapatkan produk tersebut. Nilai dipengaruhi oleh
kualiti, perkhidmatan yang diterima, dan harga barangan. Sekiranya kualiti dan perkhidmatan yang
diterima terhadap produk tersebut meningkat, nilai yang diletakkan terhadapnya juga meningkat.
176
Keusahawanan
BAB 3
3.3.3 Strategi Pemasaran
Strategi pemasaran ialah perancangan atau usaha yang Standard pembelajaran
dijalankan untuk mencapai objektif pemasaran dengan lebih
baik dan berkesan. Strategi pemasaran melibatkan perancangan • Mencadangkan strategi
pemasaran yang strategik dan efisien. Terdapat dua faktor penting pemasaran bagi sesuatu
dalam pelaksanaan strategi pemasaran. Rajah 3.9 menunjukkan produk dan perkhidmatan
faktor pelaksanaan strategi pemasaran. dalam bidang kejuruteraan.
i
Faktor a Sasaran pasaran
Pelaksanaan ii
Strategi
Pemasaran b Campuran pemasaran
iii
Rajah 3.9 Faktor pelaksanaan strategi pemasaran
Dalam pelaksanaan strategi pemasaran, sasaran pasaran merupakan kumpulan pengguna yang
mempunyai ciri-ciri dan kehendak yang sama. Pengeluar dapat memasarkan keluaran dengan lebih
berkesan sekiranya mempunyai pengetahuan mengenai ciri-ciri dan kehendak pengguna. Campuran
pemasaran pula terdiri daripada produk, harga, pengagihan, dan promosi. Elemen ini memainkan
peranan yang penting dalam menjayakan sesuatu perniagaan.
a Sasaran Pasaran
Sasaran pasaran ialah usaha untuk mendapatkan LEGASI PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
pelanggan bagi sesuatu produk atau perkhidmatan.
Pengeluar akan membahagikan pasaran mengikut KEDIAMAN
kumpulan pengguna yang mempunyai ciri-ciri dan
kehendak yang sama. Sasaran pasaran boleh terdiri 5 TIP
daripada kumpulan lelaki, wanita, kanak-kanak, dewasa,
warga emas, atau sebagainya. Pengeluar sukar untuk JUAL BELI
menyasarkan semua orang dengan satu produk atau RUMAH
perkhidmatan sahaja. Sebaliknya aktiviti pemasaran akan
lebih mudah dijalankan sekiranya pasaran dibahagikan 10
kepada kumpulan tertentu. Foto 3.9 menunjukkan contoh
majalah berkaitan hartanah yang menyasarkan pelabur, INSPIRASI
usahawan, dan pembeli rumah. RUMAH
IDAMAN
MILIKI RUMAH PADA USIA 20 TAHUN
Foto 3.9 Contoh majalah berkaitan hartanah
177
Keusahawanan
BAB 3
b Campuran Pemasaran
Campuran pemasaran merupakan satu konsep yang penting dalam strategi pemasaran.
Campuran pemasaran ialah satu set alat pemasaran yang digunakan untuk mengeluarkan
produk atau perkhidmatan yang dikehendaki oleh sasaran pasaran. Konsep campuran
pemasaran atau lebih dikenali sebagai 4P telah diperkenalkan oleh Jerome McCarthy pada
tahun 1960-an. Terdapat empat kategori strategi campuran pemasaran yang bermula dengan
huruf P dalam bahasa Inggeris, iaitu:
(i) Produk (Product)
(ii) Harga (Price)
(iii) Pengagihan (Place)
(iv) Promosi (Promotion)
(i) Produk (Product)
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Produk terbahagi kepada barang-barang berbentuk fizikal Foto 3.10 Contoh produk; mesin pencanai
dan bukan fizikal seperti perkhidmatan. Produk berbentuk
fizikal adalah seperti makanan, pakaian, perabot, alatan
elektrik dan elektronik, dan sebagainya. Manakala
produk bukan fizikal terdiri daripada perkhidmatan
seperti perkhidmatan perhotelan, perbankan, guaman,
atau pembaikan rumah. Produk ialah sesuatu yang boleh
ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian, pemilikan
atau penggunaan yang dapat memuaskan keperluan dan
kehendak pengguna. Perkhidmatan pula ialah aktiviti,
faedah atau kepuasan yang diperoleh hasil tawaran
perkhidmatan oleh sesebuah organisasi. Foto 3.10
menunjukkan contoh produk dan Foto 3.11 menunjukkan
contoh perkhidmatan.
Foto 3.11 Contoh perkhidmatan; kontraktor pembinaan
178
Keusahawanan
BAB 3
Antara ciri produk yang baik ialah:
Kualiti
Produk yang berkualiti tinggi akan menarik minat pembeli. Kualiti
produk merangkumi prestasi, ketahanan, mudah digunakan dan
sifat-sifat bernilai lain yang terdapat pada sesuatu produk. Produk
yang berkualiti tinggi dapat menjamin pasaran kerana pengguna
tetap akan membelinya walaupun harga produk lebih tinggi
berbanding dengan produk yang kurang berkualiti.
Jenama
Jenama ialah nama, istilah, reka bentuk, simbol, atau ciri lain yang
membezakan produk daripada saingannya di mata pelanggan.
Penjenamaan produk penting kerana pengguna akan melihat jenama
sebagai satu daripada faktor dalam membuat pemilihan barang.
Biasanya jenama produk yang sudah terkenal akan memberi nilai
tambah kepada produk berkenaan.
YUNI
Pembungkusan
Pengguna kini sudah mula mencari produk yang mempunyai
bungkusan dan pelabelan yang menarik. Pembungkusan yang
digunakan mestilah memenuhi ciri-ciri keselamatan, sesuai, dan
menarik. Fungsi utama pembungkusan adalah untuk menyimpan dan
melindungi produk. Pembungkusan yang menarik dapat memikat
pengguna dan seterusnya mempengaruhi mereka untuk membeli.
Jaminan dan Khidmat Sampingan MESIN PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
PEMBANCUH
Jaminan merujuk kepada tanggungjawab pengeluar terhadap KONKRIT
produk yang dihasilkan. Pengguna akan berasa lebih yakin
sekiranya produk tersebut mempunyai jaminan pengeluar. RM1,359.00
Khidmat sampingan pula ialah perkhidmatan tambahan yang
diberikan oleh pengeluar seperti perkhidmatan selepas jualan, PAKEJ SERVIS 2 TAHUN
perkhidmatan penyenggaraan berkala, perkhidmatan pembaikan, PERCUMA
dan sebagainya. Jaminan dan khidmat sampingan yang
ditawarkan oleh pengeluar membolehkan pengguna membuat
pertanyaan atau aduan sekiranya berlaku sebarang masalah
apabila menggunakan produk tersebut.
179
Keusahawanan
BAB 3
(ii) Harga (Price)
Harga ialah nilai sesuatu produk atau perkhidmatan. Manakala harga kepada penjual pula ialah hasil
jualan, iaitu sumber asas keuntungan. Harga merupakan sesuatu yang diberikan sebagai pertukaran
bagi mendapatkan produk atau perkhidmatan. Harga juga menunjukkan nilai yang diletakkan
kepada sesuatu produk atau perkhidmatan. Harga menjadi faktor utama yang mempengaruhi
pilihan pembeli. Harga yang ditentukan mestilah berpatutan kerana harga yang terlalu tinggi akan
mengurangkan jualan manakala harga yang terlalu rendah pula akan menjejaskan keuntungan.
Foto 3.12 menunjukkan perbandingan harga bagi mesin pemotong besi dan Rajah 3.10 menunjukkan
matlamat utama dalam peletakan harga.
Jenama ABC Jenama XYZ
RM346.00 RM546.00
Foto 3.12 Perbandingan harga bagi mesin pemotong besi
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Memaksimumkan hasil jualan Menghabiskan inventori dan
dan keuntungan. melancarkan pengurusan.
Meningkatkan syer pasaran dan Meningkatkan imej dan menjamin
menggalakkan persaingan. tanggungjawab sosial korporat.
Rajah 3.10 Matlamat utama dalam peletakan harga
180
Keusahawanan
BAB 3
Penentuan Harga
Harga yang ditetapkan mestilah tidak terlalu rendah bagi memberikan margin keuntungan dan
juga tidak terlalu tinggi bagi mewujudkan permintaan terhadap produk atau perkhidmatan yang
ditawarkan. Terdapat tiga faktor yang menentukan penentuan harga, iaitu:
Penentuan harga berasaskan kos
Kaedah ini ialah cara yang paling mudah dan popular untuk menentukan harga. Sebelum
harga jualan ditentukan, kos pengeluaran seunit dihitung terlebih dahulu. Lazimnya,
pengeluar akan menetapkan harga jualan berdasarkan peratus keuntungan yang dikehendaki.
Contoh: Harga = kos pengeluaran seunit + % keuntungan
Harga = Kos pengeluaran satu beg simen + 25% keuntungan
= RM12.00 + RM3.00
= RM15.00
Penentuan harga berasaskan nilai PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
Kaedah ini menggunakan persepsi pembeli terhadap nilai sesuatu produk. Pengeluar
menetapkan harga sasarannya berdasarkan persepsi pelanggan terhadap nilai produk.
Contohnya, sebotol air mineral dijual dengan harga RM1.00 di kedai runcit biasa. Tetapi
harganya mungkin mencecah RM5.00 jika dijual di hotel-hotel mewah kerana tempat
tersebut mempunyai nilai dari segi status dan kos. Kos makanan dan minuman di hotel
sudah tentu jauh lebih mahal berbanding dengan harga di kedai biasa.
Penentuan harga berasaskan persaingan
Pengeluar akan menetapkan harga berdasarkan harga yang ditetapkan oleh pesaing terhadap
produk yang sama tanpa mengambil kira faktor kos atau permintaan produk. Pengeluar
boleh mengenakan harga yang sama, lebih rendah atau lebih tinggi daripada harga pesaing
sedia ada. Syarikat-syarikat kecil banyak menggunakan cara ini untuk menetapkan harga
jualan mereka.
181
Keusahawanan
BAB 3
(iii) Pengagihan (Place)
Pengagihan merupakan proses pengedaran produk atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada
pengguna. Usahawan perlu membuat pemilihan mengenai saluran agihan yang digunakan bagi
membolehkan produk yang dibeli oleh pelanggan sampai tepat pada masanya, cukup kuantitinya,
dan tiada kerosakan.
Pengeluar perlu mencari jalan bagi mengagihkan produk atau perkhidmatan kepada pengguna
dengan cara yang paling efisien. Terdapat empat fungsi utama pengagihan, iaitu:
Fungsi Utama Memudahkan proses pertukaran dengan
Pengagihan mengurangkan bilangan hubungan pasaran
yang diperlukan untuk membuat jualan.
Pengedar melaraskan perbezaan pelbagai
produk dan perkhidmatan di pasaran
melalui proses penyusunan.
Menetapkan urus niaga pertukaran dengan
menetapkan jangkaan untuk produk.
Memudahkan pencarian oleh pembeli
dan penjual.
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 TAHUKAH KAMU?
Pos Malaysia Berhad merupakan syarikat kurier yang mula beroperasi
di Malaysia bermula seawal tahun 1800-an. Syarikat ini menyediakan
perkhidmatan penghantaran barang dalam tempoh 24 jam sehingga 72 jam
mengikut lokasi penghantaran.
182
Keusahawanan
BAB 3
Penentuan Saluran Agihan
Produk atau perkhidmatan dikeluarkan bagi memenuhi dan memuaskan keperluan dan kehendak
pengguna. Oleh itu, pengeluar perlu menyalurkan barangan kepada pengguna dengan cara yang
paling cekap. Penggunaan orang tengah memainkan peranan penting dalam urusan pengedaran.
Antara peranan saluran agihan adalah sebagai:
Sumber penyampai Penghubung Promosi
maklumat
Mencari dan berkomunikasi Membentuk dan
Mengumpul dan mengagihkan dengan pembeli yang menyebarkan komunikasi
maklumat penyelidikan berpotensi. persuasif berhubung
pemasaran serta perisikan dengan sesuatu tawaran.
pemasaran yang diperlukan
untuk tujuan pertukaran,
perancangan, dan bantuan.
Pengambilan risiko Pemadanan
Mengambil risiko dalam Membentuk dan
menjalankan kerja-kerja menyesuaikan tawaran
saluran pengagihan. mengikut keperluan para
pembeli, termasuklah
aktiviti pengeluaran,
penggredan, pemasangan,
dan pembungkusan.
Pembiayaan Pengagihan fizikal Perundingan PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
Mendapat dan menggunakan Mengangkut dan Mencapai satu persetujuan
kos bagi saluran pengagihan. menyimpan barangan. mengenai harga dan terma-
terma sesuatu tawaran
supaya pemilikan boleh
dilaksanakan.
183
Keusahawanan
BAB 3
Rangkaian Saluran Agihan
Usahawan perlu memikirkan kos pengedaran yang perlu ditanggung untuk menghantar barangan
kepada pelanggan. Usahawan perlu memilih saluran agihan yang dapat menjimatkan kos dan
memuaskan hati pelanggan.
Saluran 1
Pengeluar Pengguna
Saluran agihan ini tidak melibatkan orang tengah. Pengeluar memasarkan produk atau perkhidmatan
secara terus kepada pengguna.
Produk yang ditempah khas Produk berteknologi tinggi Perkhidmatan seperti pusat
seperti pakaian, kraf tangan, seperti jentera dan kesihatan, pusat tuisyen, dan
dan langsir. kapal terbang. firma guaman.
Saluran 2
Pengeluar Peruncit Pengguna
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Saluran agihan ini memerlukan satu orang tengah sahaja. Pengeluar memasarkan produk kepada
peruncit dan peruncit menjualkannya kepada pengguna.
Produk yang tidak tahan lama seperti ikan dan sayur. Produk yang memerlukan
184 khidmat nasihat seperti
peralatan elektrik.
Keusahawanan
BAB 3
Saluran 3
Pengeluar Pemborong Peruncit Pengguna
Saluran ini memerlukan dua pihak pengantara, iaitu pemborong dan peruncit. Pemborong membeli
barang secara pukal daripada pengeluar dan menjualkannya kepada peruncit. Peruncit akan menjual
barang kepada pengguna mengikut permintaan pengguna.
SILA IMBAS
Barang keperluan harian. PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
AKTIVITI
Dalam kumpulan, pilih satu produk atau perkhidmatan yang terdapat di pasaran. Kemudian
bincangkan cara produk atau perkhidmatan tersebut sampai kepada pengguna.
(iv) Promosi (Promotion)
Promosi ditakrifkan sebagai komunikasi yang digunakan oleh pemasar bagi memberitahu,
menggalakkan, dan meyakinkan pembeli yang berpotensi supaya mencuba dan membeli produk
atau perkhidmatan yang dipasarkan.
Usahawan perlu membuat promosi yang agresif dan berkesan bagi memastikan produknya
diketahui umum. Segala maklumat tentang ciri-ciri, faedah, dan kelebihan produk dapat
dipromosikan kepada pelanggan dengan sebaiknya supaya mereka tertarik untuk melakukan
pembelian. Promosi yang berkesan bagi sesuatu produk akan menentukan kejayaan produk
tersebut di pasaran. Antara matlamat promosi adalah untuk:
• Memberitahu pelanggan tentang produk atau perkhidmatan yang baharu.
• Memujuk pelanggan untuk membeli produk atau perkhidmatan.
• Meningkatkan dan meluaskan jualan di pasaran.
• Mengekalkan imej produk di pasaran.
• Mengatasi pesaing yang menjual produk atau perkhidmatan yang sama.
185
Keusahawanan
BAB 3
Usahawan perlu menentukan strategi untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan
bagi menarik minat pelanggan. Rajah 3.11 menunjukkan kaedah yang boleh digunakan untuk
tujuan promosi.
Pengiklanan Surat khabar, majalah, televisyen, papan iklan, Internet
Promosi jualan Pemberian sampel atau kupon diskaun, peraduan atau
cabutan bertuah
Jualan peribadi Komunikasi bersemuka, perbualan peribadi melalui telefon
Publisiti Pelancaran produk, penulisan artikel, penggunaan testimonial
AKTIVITI Rajah 3.11 Kaedah promosi
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Puan Nawal telah menjalankan perniagaan roti dan kek secara kecil-kecilan
semenjak tahun 2019 di Temerloh, Pahang. Perniagaannya mendapat permintaan
yang tinggi kerana rasa yang enak dan harga yang berpatutan. Selepas setahun
berniaga, perniagaan Puan Nawal kurang mendapat sambutan kerana persaingan
yang banyak. Suaminya mencadangkan agar Puan Nawal menjalankan perniagaan
secara dalam talian.
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan berikut:
1. Apakah strategi pemasaran yang boleh diguna pakai oleh Puan Nawal dalam
meningkatkan lagi jualannya? Jelaskan jawapan anda.
2. Terangkan ciri-ciri usahawan yang dimiliki oleh Puan Nawal.
186
Keusahawanan
BAB 3
3.4 RANCANGAN PERNIAGAAN
Rancangan Perniagaan merupakan suatu elemen penting yang akan menentukan arah tuju
syarikat dan strategi untuk mencapai kejayaan oleh usahawan. Selain merekodkan informasi
penting yang berkaitan dengan sesebuah syarikat dan perniagaan, Rancangan Perniagaan juga
penting dalam usaha untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan.
3.4.1 Definisi dan Tujuan Rancangan Perniagaan
Definisi Rancangan Perniagaan Standard pembelajaran
Rancangan Perniagaan ialah satu dokumen bertulis yang • Menyatakan definisi dan
menerangkan secara terperinci mengenai: tujuan Rancangan Perniagaan.
a Perniagaan atau projek yang akan dijalankan, hala tuju perniagaan, dan perkembangan
perniagaan secara menyeluruh.
b Ramalan, jangkaan, dan cara pelaksanaan strategi perniagaan.
c Dikenali sebagai kertas kerja, kertas projek, dan cadangan perniagaan.
SUDUT INFO SILA IMBAS KOD QR PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
Sila imbas kod QR untuk melihat
Kepentingan menyediakan Rancangan contoh Rancangan Perniagaan.
Perniagaan: (Dicapai pada 4 Ogos 2020)
• Memberi peluang kepada usahawan menilai
187
projek yang dirancang dengan teliti.
• Merancang keperluan sumber perniagaan.
• Menjangka risiko dan masalah yang timbul
semasa melaksanakan projek perniagaan.
• Memberi gambaran sama ada projek yang
dirancang berdaya maju atau tidak.
• Meyakinkan pihak pelabur atau bank.
Keusahawanan
BAB 3
Tujuan Rancangan Perniagaan
Antara tujuan Rancangan Perniagaan adalah seperti berikut:
Garis panduan perniagaan
1 Rancangan Perniagaan merupakan garis panduan kepada pemilik dan pekerja semasa
menjalankan perniagaan. Segala aktiviti yang harus dijalankan oleh sesuatu perniagaan
digariskan dalam Rancangan Perniagaan. Dengan adanya garis panduan, keuntungan
dapat dicapai dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Hal ini dapat mengurangkan
kesilapan dan penyelewengan dalam sesuatu perniagaan.
Membantu ketika membuat keputusan 2
Rancangan Perniagaan yang mempunyai segala maklumat perniagaan akan membantu
pemilik dan pekerja membuat keputusan yang betul. Maklumat ini akan dikaji oleh
pihak pengurusan sebelum membuat keputusan atau strategi perniagaan.
Membantu ketika membuat ramalan
Ramalan mengenai prestasi jualan atau keuntungan amat penting untuk memastikan
3 keberlangsungan sesuatu perniagaan. Rancangan Perniagaan sedia ada akan membantu
usahawan membuat ramalan atau jangkaan mengenai prestasi perniagaan pada masa
akan datang.
Menilai prestasi perniagaan
Usahawan dapat mengkaji prestasi atau kejayaan sesuatu perniagaan dalam tempoh 4
masa tertentu melalui Rancangan Perniagaan. Kekuatan dan kelemahan perniagaan
akan dikaji.
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 Meyakinkan pihak tertentu
Rancangan Perniagaan yang teratur dapat meyakinkan ramai pihak. Pihak bank, badan
5 kerajaan, dan agensi-agensi yang terlibat akan berasa yakin untuk tujuan pinjaman dan
insentif perniagaan kepada usahawan.
Membantu untuk mencapai objektif 6
Perancangan yang rapi amat penting dalam sesuatu perniagaan dan pengambilan
langkah yang berkesan dapat membantu untuk mencapai matlamat perniagaan.
Memaksimumkan penggunaan masa dan sumber
Melalui Rancangan Perniagaan, produktiviti perniagaan dapat ditingkatkan. Amalan
7 pembaziran masa dan sumber dapat dikurangkan.
188
Keusahawanan
BAB 3
3.4.2 Rancangan Perniagaan Mengikut Bidang Kejuruteraan
Penyediaan Rancangan Perniagaan dalam bidang kejuruteraan Standard pembelajaran
dapat membantu usahawan untuk mencapai matlamat dan sasaran
perniagaan. Rajah 3.12 menunjukkan 12 perkara penting dalam • Menerangkan Rancangan
format Rancangan Perniagaan yang perlu disediakan. Perniagaan mengikut bidang
kejuruteraan.
1. 2. 3. 4. 5.
Ringkasan Pengenalan Latar Belakang Latar Belakang Kedudukan
Eksekutif Tapak Projek
Perniagaan Pemilik atau
Rakan Kongsi
12. Format Rancangan 6.
Lampiran Perniagaan Objektif
Perniagaan
11. 10. 9. 8. 7.
Penutup Rancangan Rancangan Rancangan Rancangan
Kewangan Pemasaran Pentadbiran
Operasi
Rajah 3.12 Format Rancangan Perniagaan
1. Ringkasan Eksekutif
Ringkasan eksekutif memberi gambaran ringkas berkaitan perniagaan secara keseluruhannya yang PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
mampu menimbulkan minat pihak tertentu untuk meneliti Rancangan Perniagaan yang telah disediakan.
Maklumat yang perlu ada dalam ringkasan eksekutif adalah seperti berikut:
a e
Maklumat pemilik Bentuk perniagaan
b f Kegiatan utama produk
Modal permulaan atau perkhidmatan
c g Nombor pendaftaran perniagaan atau
Nama perniagaan nombor lesen perniagaan
d 189
Alamat perniagaan
Keusahawanan
BAB 3
2. Pengenalan
Bahagian ini memberikan gambaran umum tentang tujuan Rancangan Perniagaan. Tujuan usahawan
menyediakan Rancangan Perniagaan ialah:
a Memohon pinjaman atau pembiayaan kewangan
b Merancang pelaksanaan perniagaan
c Meyakinkan pihak berkepentingan untuk mendapatkan sumber kewangan atau sumbangan
3. Latar Belakang Perniagaan
Bahagian ini memberikan maklumat asas berkaitan dengan perniagaan. Berikut merupakan beberapa
maklumat sebagai panduan penyediaan latar belakang perniagaan.
ad g
Nama perniagaan Jenis perniagaan (produk Jumlah modal permulaan
atau perkhidmatan) perniagaan
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 b e h
Sumber pembiayaan
Alamat dan lokasi Tarikh mula dan daftar
perniagaan perniagaan
c f i
Bentuk milikan perniagaan Nombor pendaftaran Nama dan nombor akaun
(milikan tunggal, perkongsian perniagaan bank perniagaan
atau syarikat berhad)
190
Keusahawanan
BAB 3
4. Latar Belakang Pemilik atau Rakan Kongsi
Bahagian ini memberikan maklumat berkaitan butir-butir peribadi pemilik atau rakan kongsi. Berikut
merupakan maklumat sebagai panduan penyediaan latar belakang pemilik atau rakan kongsi.
a Nama penuh d Alamat tetap g Status perkahwinan
b Nombor kad e Nombor telefon h Pengalaman
pengenalan f Kelulusan akademik i Kemahiran
c Tarikh lahir
atau umur
5. Kedudukan Tapak Projek
Kedudukan tapak projek ialah pelan atau peta lokasi yang menunjukkan kedudukan tapak perniagaan
sebenar atau yang dicadangkan. Rajah 3.13 menunjukkan kedudukan tapak projek.
Jalan Setia
PERUMAHAN
MASJID FLAT PERUMAHAN MASJID PERUMAHAN
STESEN Jalan Budiman
MINYAK
PADANG BOLA KILANG SURAU PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5
Jalan Jujur
BALAIJalan DaganganKEDAI KILANG
BOMBA KEDAIKEDAI
KEDAI
MAKAN
KLINIK TAPAK PROJEK
Rajah 3.13 Kedudukan tapak projek
191
Keusahawanan
BAB 3
6. Objektif Perniagaan
Objektif perniagaan mengandungi beberapa maklumat berkaitan dengan tujuan perniagaan.
a Objektif b
Sasaran Jualan Perniagaan Sasaran Untung
c
Sasaran Pelanggan
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 5 (a) Sasaran jualan
Sasaran jualan merupakan anggaran jualan yang berlaku dalam tempoh sesuatu masa.
Sasaran jualan membantu usahawan mencapai sasaran untung.
(b) Sasaran untung
Sasaran untung merupakan anggaran keuntungan yang akan diperoleh dalam tempoh
sesuatu masa.
Sasaran untung mesti melebihi titik pulang modal.
Bagi memaksimumkan sasaran untung, kos perniagaan harus diminimumkan.
SILA IMBAS KOD QR
Sila imbas kod QR untuk
mengetahui titik pulang modal.
(Dicapai pada 28 September 2020)
192